Selasa, 10 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Hamidah Osman

Posted: 09 May 2011 11:43 PM PDT

Hamidah Osman


Islam Agama Rasmi Persekutuan Malaysia

Posted: 09 May 2011 12:33 AM PDT




Hormati Status Agama Islam

1. Selama lebih 50 tahun negara kita merdeka, yang ada dalam fikiran kita ialah Islam agama rasmi Persekutuan Malaysia. Tidak ada masalah timbul selama ini kecuali isu-isu antara kaum dan agama setempat yang akhirnya berjaya diselesaikan.

2. Cadangan agama Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri daripada golongan agama itu memang sukar untuk diterima.

3. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya bertenang. Gesaan ini diharap dapat membuka fikiran semua kaum untuk memikirkan apa yang terbaik untuk kesejahteraan negara ini.

4. Status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia sudah baik dan tidak pernah pun penganut agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain disekat daripada mengamalkannya.

5. Semua kaum sepakat menerima peruntukan dalam Perlembagaan itu yang bersifat sederhana, termasuk mengiktiraf hak kebebasan rakyat untuk menganut dan mengamalkan agama lain

6. Soal agama adalah amat sensitif apatah lagi kesempatan yang diambil daripada sikap tolak ansur dan kelonggaran di dalam Perlembagaan mengenai isu agama.

7. Apa yang Kak Midah harapkan ialah semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Kak Midah
Sg Rapat

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 09 May 2011 09:03 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 09 May 2011 10:40 AM PDT

Dgn peg2 Wisma Putra isu nelayan Pontian

Posted: 09 May 2011 10:13 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 09 May 2011 03:29 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


UCAPAN DI PERSIDANGAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN 2011

Posted: 08 May 2011 07:36 PM PDT

Pendahuluan

Tuan-tuan dan puan-puan serta sidang perwakilan yang di hormati sekelian.

Bersyukur saya ke hadrat Allah dengan izin dan limpahnya kita dapat berkumpul pada hari untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli parti. Perhimpunan ini merupakan fasa terakhir yang amat penting bagi saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda di mana ucapan saya pada 2009 berkisar tentang hala tuju, cabaran membina kepimpinan pemuda serta cabaran PRU13. Ucapan saya pada 2010 tertumpu tentang cabaran pemuda menghadapi gagasan pembangunan 1Malaysia, RMK 10, demografi dan kepimpinan pemuda Umno Jasin.

Pada fasa terakhir ini merupakan bagaimana kita dapat melaksanakan perubahan dan tranformasi bagi membentuk kepimpinan pemuda yang lebih mantap bagi dekad-dekad mendatang serta cabaran yang akan di hadapi oleh pengerak parti untuk mempengaruhi undi orang muda melayu menyokong UMNO dan BN.

Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati Allah,

Saya juga amat bersyukur dan insaf dengan ujian PRK Merlimau tempoh hari serta saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pergerakan pemuda dun Merlimau dan pergerakan pemuda Jasin amnya kerana telah berjaya membawa keyakinan pengundi muda menyokong BN. Ini terbukti dengan majoriti terendah saluran 3 + 4 di peti undi Pengkalan Samak sebanyak 309 undi dan majoriti tertinggi di peti undi Merlimau Pasir sebanyak 414 undi.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada anak muda di peti undi Chin-Chin. Walaupun calon pembangkang merupakan anak jati Chin-Chin tetapi saluran 3+4 masih mendapat majoriti 318 undi. Ini pencapaian yang amat membanggakan walaupun sebelum ini Chin-Chin di labelkan sebagai kubu kuat pembangkang. Penyumbang ke arah ini adalah kerana kita berjaya mengeluarkan lebih dari 900 orang pengundi muda lelaki melayu daripada 1183 pengundi tersebut. Tahniah dan Syabas saya juga kepada sahabat-sahabat pemuda India kerana dapat memberikan sokongan yang jitu kepada BN dalam PRK Merlimau yang lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan serta sidang perwakilan yang di kasihi sekelian

Keputusan ini bukanlah datang dengan sendirinya tetapi ianya datang dari pemerhatian oleh pengundi muda dalam Jasin tentang kepimpinan kita samaada di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri, tambahan pula dengan penggunaan Media Baru yang lebih mesra di kalangan orang muda.

Justeru itu pergerakan pemuda perlulah mengambil iktibar tentang perkara ini terutamanya dalam soal memilih kepimpinan akan datang. Apa yang mampu pergerakan pemuda hari ini laksanakan adalah cetusan-cetusan idea baru untuk mengembalikan keyakinan pengundi muda kepada UMNO dan BN.
Pada hari ini kita sama-sama akan mencipta sejarah dalam kaedah pemilihan. Seperti mana di PRK Merlimau tempohari saya bersedia untuk jadi tidak popular di kalangan tuan-tuan demi untuk memastikan UMNO semakin kuat di kalangan anak muda melayu. Inilah pengorbanan yang harus kita buat bagi melahirkan ketelusan dalam kepimpinan kerana anak muda di luar sana sedang memerhatikan kita bagaimana kita menguruskan parti yang dapat memartabatkan maruah dan hak orang melayu.

Tuan-tuan dan puan-puan serta sidang perwakilan yang di hormati sekelian

Kita juga harus berubah daripada tradisi-tradisi yang tidak menguntungkan parti dan orang melayu di Jasin terutamanya sentimen pantai dan darat yang di gunakan oleh pemimpin untuk mengekalkan kuasa. Pemuda perlu merubah warisan ini dan menjadi agen perubahan yang dapat menyatukan kita dalam membentuk kepimpinan yang lebih mantap kerana cabaran-cabaran akan datang kepada untung nasib orang melayu adalah lebih kritikal di sebabkan pengundi akan datang, tidak akan hanya memberikan fokus kepada politik pembangunan tetapi akan memberikan perhatian serius kepada pembentukan Idealisme perjuangan yang tinggi menjurus kearah pembentukan "Urustadbir " parti dan kerajaan yang baik.

Tuan-tuan dan puan-puan serta sidang perwakilan yang di kasihi sekelian

Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyentuh sedikit usul yang di bawa oleh pergerakan pemuda di mana sejarah telah membuktikan pada ketika orang melayu bermasalah dalam parti UMNO pada tahun 1987 rakan-rakan bukan malayu membantu kita mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen dalam pilihanraya tahun berikutnya. Pada 1997 sekali lagi kita di landa krisis kerana pemecatan Anwar Ibrahim, MCA dan rakan-rakan kompenan yang lain membantu kita mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen tetapi apabila mereka bermasalah pada PRU12 tempohari adilkah bagi kita menjatuhkan hukuman kepada mereka.

Tetapi cuba kita lihat kehebatan pemimpin kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin mengatakan " Orang cina perlu membuat pilihan samaada mahu menyokong MCA atau kehilangan wakil dalam kerajaan " dan di sambut oleh YBhg DS Dr Chua Soi Lek presiden MCA mereka tidak akan menyertai kabinet sekiranya MCA gagal dalam PRU13. Inilah jiwa besar yang di tunjuk oleh pimpinan kita bersedia berkorban untuk kepentingan negara.

Inilah garis panduan dan pendekatan yang akan kita gunakan bagi menghadapi PRU13 nanti dalam konteks Pergerakan Pemuda BN Jasin dan saya akan gariskan kaedah-kaedah sepertimana kita memenangi undi orang muda dalam PRK Merlimau dan kita perlu mengenal pasti lebih daripada 10000 pengundi muda lelaki di bawah umur 40 tahun di dalam Parlimen Jasin yang boleh menjadi penentu kemenangan atau kekalahan kita dalam PRU13 nanti dengan kata-kata itu saya sudahi ucapan saya dengan SALAM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MENCARI BAKAL KEPIMPINAN PEMUDA JASIN.

Posted: 08 May 2011 05:19 PM PDT

Penggal ini adalah yang terakhir buat Ketua Pemuda Bahagian Sdr Zaidi Attan. Setelah meletakkan 2 asas penting dalam kepimpinan beliau iatu untuk membentuk kepimpinan muda dalam Bahagian Jasin dan memenangi PRU 13, sejak memenangi jawatan tersebut.

Kini masanya untuk mendapat Ketua Pemuda yang baru. Siapakah yang bakal menggantikannya. Antara calon-calon yang disebut bakal memimpin pergerakan pemuda Jasin adalah Sdr Aiman bin Tan Sri Aziz.

Blog PPUBJ akan cuba mendapatkan pandangan calon-calon yang berhajat untuk bertanding untuk jawatan tersebut.

MENGAPA DAP TAKUT GABUNGAN PAS-UMNO?

Posted: 08 May 2011 05:05 PM PDT


IKUTI KUPASANNYA NANTI ? FORMULA GABUNGAN PAS JANGAN TAMAK DAN UMNO JANGAN KEDEKUT ?

ORANG MELAYU MAHU KEPIMPINAN UMNO BERUBAH...

Posted: 08 May 2011 05:03 PM PDT

Berubah supaya relevan

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

USIA Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) genap 65 tahun pada 11 Mei ini. Seperti yang termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaannya, parti itu berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Sebenarnya terdapat enam asas utama dalam perjuangan UMNO yang ditubuhkan pada 1946, antaranya untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial menerusi sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia amnya.

Ia juga berjuang bagi melahirkan bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

UMNO sudah pasti akan kekal dengan segala asas perjuangannya. Bagaimanapun berikutan perubahan zaman yang menyaksikan menurunnya sokongan orang Melayu terutama generasi muda selepas Pilihan Raya Umum 2008, maka mahu tidak mahu ia perlu mengubah pendekatannya.

Seperti yang sering disebut kepimpinan parti itu, cerita-cerita kejayaan UMNO membangunkan Malaysia dan perjuangannya untuk memerdekakan negara sudah tidak lagi berkesan untuk menambat hati orang Melayu terutama generasi muda.

Parti itu tidak boleh terlalu mengharapkan perjuangannya sebelum ini akan dihayati oleh generasi muda yang sudah pasti tidak lagi melihat UMNO dari segi jasa yang telah dicurahkan sebaliknya sama ada ia relevan pada masa kini dan akan datang.

Keperluan supaya parti itu, berubah dibangkitkan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-64 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tahun lalu.

Dalam ucapannya, Najib menyeru seluruh lapisan kepimpinan dan ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Presiden UMNO itu turut mengingatkan pemimpin dan ahli parti supaya tidak leka dalam perjuangan sehingga ia dianggap oleh rakyat jelata hanya memperjuangkan kelompok kecil kumpulan yang berkepentingan sahaja.

''Demi menjadikan UMNO dekat di hati rakyat, para pemimpinnya mesti mengatur program untuk rakyat pada setiap masa dan bukannya secara bermusim menjelang pilihan raya sahaja," katanya.

Najib juga mengingatkan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah mengetuai Barisan Nasional (BN) memenangi sebanyak 12 pilihan raya umum, perlu mengambil iktibar daripada nasib parti pemerintah di luar negara seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang hampir sama usianya yang kini menjadi parti pembangkang.

''Parti terbabit kehilangan kuasa kerana berleluasanya politik berpuak sehingga perkara itu lebih diutamakan daripada berkhidmat kepada rakyat. Parti ini mengutamakan kelompok tertentu yang berkepentingan sehingga kehendak dan tuntutan rakyat tidak diberi perhatian.

''Parti berkenaan juga tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan perubahan dalaman sehingga pengundi melihatnya jauh daripada hati rakyat, tidak memahami kehendak mereka selain tidak segar mahupun dinamik," katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang diminta mengulas perkembangan parti itu sekarang melahirkan kegembiraan kerana ia telah melalui proses overhaul selepas Tsunami 2008.

''Saya nampak parti telah mula melakukan perubahan dan ini sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti ini.

''Saya juga tertarik dengan gaya kepimpinan Najib yang terbuka dan berterus terang seperti baru-baru ini apabila mengajak Pas bergabung dengan UMNO.

''Ini bagus dan sesuai dengan zaman sekarang apabila rakyat lebih selesa dengan pemimpin yang mengamalkan ketelusan,'' ujarnya.

Sabbaruddin juga melahirkan keyakinan bahawa segala perubahan yang dirancang oleh Najib akan dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan beliau mempunyai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan Sabbaruddin sebagai seorang timbalan yang bagus.

''Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) juga tiada yang bermasalah dan saya tidak nampak lagi berlaku pertelingkahan di peringkat kepimpinan negeri dan bahagian seperti sebelum ini. Saya harap ia berterusan sampai pilihan raya akan datang," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani menyambut baik nasihat Najib supaya kepimpinan parti itu di semua peringkat mendampingi rakyat.

''Saya harap pemimpin dan ahli parti di semua peringkat mengikut nasihat Presiden supaya mereka memainkan peranan untuk menjuarai isu-isu rakyat supaya UMNO disegani dan dilihat masih lagi relevan.

''Saya mendapati program mendekati rakyat yang diadakan sekarang tidak menyeluruh dan agresif seperti yang sepatutnya dan tumpuan juga harus dibuat bagi mendampingi orang Melayu bandar yang kini dihimpit dengan pelbagai masalah kehidupan," katanya.

Beliau juga berharap tiada mana-mana pihak yang menyokong UMNO semata-mata kerana mahukan habuan kewangan.

Sebenarnya, perubahan UMNO tidak harus dijadikan slogan semata-mata sebaliknya ia perlu diterapkan dari segi amalannya. Jangan lagi ada pihak yang masih mengatakan orang-orang UMNO sombong, angkuh dan tidak mesra rakyat.

Usaha UMNO untuk berubah adalah selaras dengan hakikat bahawa parti itu sahaja yang boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau parti-parti kecil lain yang didominasi oleh orang Melayu tidak boleh menjadi alternatif kepada UMNO kerana ia lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup melihat kedudukan orang Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan lain-lain bidang terus dipinggirkan.

Dengan cogan kata Bersatu - Bersetia - Berkhidmat, UMNO perlu membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih dinamik, segar dan bernafas baru.

13 MEI 2100 DAN DS OMEGA DI MELAKA.

Posted: 08 May 2011 04:59 PM PDT

DENGAR CERITA AKAN ADA DI MELAKA PADA 13 MEI 2011 SELAMA SATU HARI .....


APA KATA KALAU KITA BAWA SEKALI DATUK YANG ANGKAT SUMPAH HARI TU DAN BERDEPAN DENGAN DATUK OMEGA ?

TERIMA KASIH DATO' MUKHRIZ....

Posted: 08 May 2011 04:54 PM PDT

Penyatuan UMNO-Pas teras perpaduan Melayu


MUKHRIZ Mahathir bersama perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah di Alor Gajah, semalam.


ALOR GAJAH 8 Mei - Penyatuan UMNO dengan Pas di bawah payung Barisan Nasional (BN) diyakini mampu menjadikan masyarakat Melayu bersatu hati sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik negara.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, UMNO dan Pas mempunyai banyak persamaan dan merupakan parti yang berpengaruh dalam arena politik tanah air.
"UMNO dan Pas mempunyai banyak persamaan tetapi tidak ditonjolkan, hanya perbezaan kecil kedua-dua parti ini yang digembar-gemburkan oleh suara-suara sumbang yang mahu menentang usaha murni ini," katanya ketika merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini hari ini.
Menurutnya, Pas tidak perlu lagi bergantung kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu mempunyai ahli yang ramai, berpengaruh dan pengalaman yang luas dalam politik.
Katanya, sudah tiba masanya pucuk pimpinan Pas membuka mata dan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang yang selama ini dilihat hanya mempergunakan Pas untuk kepentingan mereka.
Jelas beliau, sekiranya usaha menyatukan UMNO dan Pas gagal, cukuplah sekiranya parti itu mahu bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
Dalam pada itu beliau berkata, membangkitkan isu sensitif dan bersifat perkauman menjadi senjata baru pihak pembangkang dalam usaha meraih sokongan masyarakat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, perkara itu terbukti semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lepas.
Menurutnya, pembangkang terutama DAP pandai mengambil kesempatan terhadap pengundi di bandar kerana penduduknya tidak bergantung kepada perkhidmatan wakil rakyat untuk mendapat semua keperluan asas disebabkan segalanya telah pihak kerajaan sediakan.
"Untuk menjanjikan kemajuan dan pembangunan adalah mustahil kerana mereka (parti pembangkang) tidak mampu. Usaha mendekati masyarakat bandar dan menyelesaikan masalah mereka perlu digiatkan kerana keperluan mereka berbeza berbanding dengan masyarakat luar bandar," katanya

ISU AGAMA KERISTIAN : REAKSI PEMUDA PAS SELANGOR...

Posted: 08 May 2011 04:52 PM PDT


Jangan pertikai kedudukan Islam - Pemuda Pas

PPUBJ : Terima kasih atas respon itu, yang lain mana masih tidur lagi ?

SHAH ALAM 8 Mei - Pas Selangor menggesa masyarakat bukan Islam supaya tidak sekali-kali mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Ketua Dewan Pemudanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan berkata, tindakan mempertikaikan status Islam adalah tidak wajar kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara selain boleh mengundang suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.

"Sekiranya benar ada usaha itu (jadikan Kristian agama rasmi), kita hendak mengingatkan agar semua pihak menghormati perkara yang sedia ada (peruntukan agama rasmi dalam Perlembagaan) yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Kita tidak mahu perkara yang menyentuh sensitiviti agama dijadikan isu sehingga mencetuskan ketegangan dan perselisihan di kalangan masyarakat berbilang agama sehingga menjejaskan keharmonian," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan wujudnya pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang baru-baru ini dan mereka berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Perkara itu didedahkan oleh dua laman blog iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Hasbullah yakin seluruh rakyat memahami perkara itu termasuk kesan negatif yang akan timbul sekiranya isu sensitif itu dicetuskan./td>

Jangan fikir tarikh PRU-13

Posted: 08 May 2011 04:50 PM PDT

Jangan fikir tarikh PRU-13

KUALA LUMPUR 8 Mei – Ahli Pergerakan Pemuda UMNO diminta tidak terlalu memikirkan tentang tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13, sebaliknya menumpukan usaha untuk meningkatkan persediaan bagi menghadapinya.

Naib ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, tumpuan perlu diberikan terhadap aspek permainan politik dan taktik pembangkang.

Beliau memberi contoh ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lepas, pembangkang mula menyerang sewaktu berkempen dan jentera Barisan Nasional (BN) tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menangkisnya.

"Ini bermakna kita bukan sahaja perlu mendekati pengundi tetapi berhadapan dengan taktik tidak bertanggungjawab pembangkang yang boleh mempengaruhi pengundi," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Selayang, di sini hari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda UMNO juga perlu mengikis sikap suka menyalahkan orang lain kerana ia merupakan tabiat orang yang lemah dan gagal.

Kata beliau, sikap suka menyalahkan orang lain hanya akan menyukarkan UMNO untuk bangkit dan melaksanakan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan.

Menurutnya, tanggapan bahawa kekalahan BN terutama di kawasan bandar adalah disebabkan pengundi Cina perlu dihentikan, sebaliknya usaha menarik balik sokongan masyarakat itu perlu dipertingkatkan.

"Apa yang penting bagi jentera kita bukan sahaja berkempen di kawasan BN, sebaliknya meningkatkan usaha bagi menarik sokongan di kawasan yang kita kalah pada pilihan raya lepas," katanya.

2011 BELUM SESUAI PRU....

Posted: 08 May 2011 04:48 PM PDT

2011 belum masa PRU-13

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my


Dr. mahathir Mohamad (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Seniwati Mariani (dua, kiri) selepas merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak sepatutnya diadakan pada tahun ini memandangkan sokongan rakyat dilihat masih berbelah-bahagi.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sikap perkauman yang cukup menebal ketika ini turut menjadi faktor beliau berpendapat demikian.

Beliau bagaimanapun memulangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

"Saya dapati rakyat masih berbelah-bahagi malah sikap perkauman cukup tebal. Kalau dulu, orang Cina tiada masalah untuk sokong Perdana Menteri.

"Sebagai contoh pada 1999, walaupun kejadian mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan Melayu tidak bagi sokongan pada Barisan Nasional (BN), tetapi Cina tetap kuat menyokong. Sebab itu kita dapat majoriti dua pertiga," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Cheras 2011 di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Habshee serta timbalannya, Datuk Mahadi Shukor.

Mengulas sokongan kaum Cina yang dilihat tidak menyebelahi BN ketika ini termasuk pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu, beliau berkata, ia bukan bermakna BN gagal memenuhi kehendak golongan itu.

"Tengok di sekeliling Kuala Lumpur ini siapa punya (bangunan dan ekonomi)? Orang Melayu punya semua ini? Berapa banyak Melayu ada?

"BN bagi cukup banyak pada kaum Cina. Kalau nak kata kita tidak bagi, itu tidak benar. Cumanya bila kita dah bagi, kita ambil bahagian kita (bumiputera) sedikit. Kita minta pun tak banyak," ujarnya.

Beliau menambah, pengurangan sokongan itu berkemungkinan disebabkan sesetengah kaum Cina yang bersifat ekstremis mahu menjadi dominan melalui kuasa dan menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh.

"Bukan semua kaum Cina tetapi sesetengah daripadanya. Tetapi biasalah, kalau Melayu di negara ini pun apabila puak ekstremis bercakap, mereka tak mahu menentang kerana bimbang mendapat masalah. Akhirnya, ikut sajalah," katanya

ISU TBH DAN SALAH GUNA KUASA DAP.....!!!!!!!!!!

Posted: 08 May 2011 04:46 PM PDT

DAP perlu berhenti politikkan kematian Beng Hock

KUALA LUMPUR 8 Mei - DAP perlu berhenti daripada mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock, sebaliknya melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga mendiang dengan memberi pampasan sewajarnya kepada mereka.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana kematian Beng Hock di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dipercayai berkaitan kes salah guna kuasa pemimpin DAP.

Menurutnya, fakta daripada kenyataan saksi-saksi utama pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock memberi gambaran jelas bahawa kematian mendiang adalah berhubung kait dengan tugasnya sebagai pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

"Disebabkan fakta tersebut, adalah wajar keluarga mendiang menuntut pampasan daripada Hian Wah dan DAP kerana membawa mendiang terjerumus ke dalam skandal rasuah DAP di Selangor," katanya menerusi blog http://zahrainmp.blospot.com hari ini.

Zahrain dalam pada itu memberitahu, kenyataan dalam prosiding suruhanjaya itu menggambarkan seolah-olah mendiang sanggup mati sebelum dihina (death before dishonour) demi melindungi ahli politik DAP daripada dakwaan rasuah.

Dakwanya lagi, fakta-fakta berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri untuk menganjurkan kegiatan politik sudah timbul sebelum ini dan DAP pasti akan menafikannya walaupun ada bukti nota bunuh diri Beng Hock kepada individu di dalam parti.

"Justeru saya mengesyorkan DAP berhenti mengaburi pandangan orang ramai berhubung kematian Beng Hock dan sebagai langkah permulaan saya cadangkan agar DAP bersifat lebih bertanggungjawab dan memberi pampasan kepada keluarga mendiang," katanya.e

umno bahagian cheras

Posted: 09 May 2011 01:10 PM PDT

umno bahagian cheras


Syed Ali syorkan pemimpin UMNO kejar jawatan diketepikan sebagai calon PRU

Posted: 09 May 2011 12:09 AM PDT

MANA-MANA pemimpin UMNO yang dilihat begitu mengejar jawatan dan bergelumang dengan masalah peribadi wajar diketepikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Tak ada gunanya pilih calon yang gilakan jawatan kerana calon tersebut sudah pasti akan ditolak oleh rakyat termasuk ahli-ahli parti," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, mana-mana wakil rakyat UMNO yang menunjukkan prestasi buruk dan menjadi kemarahan rakyat juga perlu disingkirkan sebagai calon pada PRU ke-13 akan datang.

Beliau mengingatkan, jangan sampai ahli-ahli UMNO bertindak menyokong parti pembangkang hanya disebabkan ketidak sesuaian calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

Serentak itu, beliau mehu Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenalpasti calon yang benar-benar memenuhi citarasa pengundi.

"Kita mahu kemenangan, bukannya kerana mengambil hati kita pilih calon yang tidak berkelayakan atau yang tidak ada semangat untuk berjuang kepada agama, bangsa dan tanahir," tegasnya.

Bagaimanapun beliau yakin Najib yang juga Perdana Menteri akan membuat keputusan terbaik demi UMNO dan kepentingan negara.

Menurutnya, ahli-ahli UMNO sekarang ini sudah cerdik dan mereka tahu menilai yang mana intan dan kaca.

"Mereka sudah bosan dengan pemimpin UMNO yang berjuang kerana berebutkan jawatan atau ingin dipanggil YB, oleh sebab itu pada PRU ke-12 kita kalah teruk," tambahnya.

Beliau mengulas teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa pemimpin UMNO sekarang ini berjuang kerana habuan, semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, pagi semalam.

Syed Ali berkata, teguran Dr. Mahathir adalah ikhlas dan lahir daripada rasa bimbang beliau terhadap masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Memang agak pahit kenyataan Dr. Mahathir, tetapi itulah hakikat yang harus kita terima jika kita benar-benar ikhlas ingin membina semula kekuatan UMNO," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mengecam keras Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mengeluarkan cercaan terhadap Najib sebagai 'pandukutti' (anak babi) dalam satu majlis ceramah politiknya di Klang, Sabtu lalu.

Beliau menegaskan, jika benar laporan tersebut, ianya perbuatan sungguh biadab dan Anwar perlu menarik balik kata-kata tersebut.

"Adalah sangat biadab seorang pemimpin politik Melayu tergamak mengeluarkan cercaan sedemikian rupa," tegasnya.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 09 May 2011 11:22 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Anwar Sudah Meroyan — Anwar panggil DS Najib anak babi

Posted: 09 May 2011 06:47 AM PDT

KLANG: Opposition Leader Anwar Ibrahim renewed his pledge to defend the rights of Indian community at the Malaysian Indian Voice (MI-Voice) gathering held at Dewan Hamzah here last night. Speaking to a crowd of 2,000 predominantly Indians, he said: "We … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 09 May 2011 07:34 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Program Masih Ada Yang Sayang

Posted: 08 May 2011 08:17 AM PDT

Hajjah Nafisah sedang menyambut para tetamu yang terdiri dari Biro Kebajikan,Skuad Sayang UMNO Bahagian Kuala Langan serta Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok

Setiausaha PUcTD juga turut serta dalam program ini

Memasang jaring dipagar

Komandan Skuad Sayang

 
antara yang hadir,merakamkan gambar kenangan bersama tuan rumah.

Pada 7 May 2011,Dalam kesibukkan tugasan seharian,tanggungjawab sosial serta masyarakat tidak pernah dilupakan,maka,Biro Kebajikan dan Skuad Sayang UMNO Bahagian Kuala Langat serta Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok,telah mengadakan satu program turun ke padang dengan membuat kunjungan ke rumah Tuan Haji Hamzah Nor bin Gabuh di Taman Seri Telok Datok.Biro Kebajikan dan Skuad Sayang UMNO Bahagian Kuala Langat diketuai oleh Puan Zabaidah Talib manakala Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok diketuai oleh Hj.Zawalajam Hj.Mashod telah bersama-sama berganding bahu membersihkan kediaman Tuan Haji Hamzah Nor serta membaik pulih beberapa bahagian yang telah rosak.Tuan Haji Hamzah Nor adalah merupakan bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia,kini terlantar sakit dan baru-baru ini tangannya patah akibat terjatuh.Dalam ucapannya,beliau merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Biro Kebajikan,Skuad Sayang serta Pemuda Telok Datok yang masih lagi mengambil berat akan diri serta keluarganya dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.Puan Zabaidah Talib berkata,selaku komandan skuad sayang parlimen kuala langat saya sentiasa bersedia menerima apa jua arahan yang di pinta untuk bergotong royong,menziarah,melawat dan apa jua yang berkaitan mengenai kebajiakan.semenjak adanya skuad sayang ianya secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat yang wanita tidak duduk berdiam diri .setiap dun ada pengerusinye.jika ada mana2 pihak yang memerlukan pertolongan skuad sedia menerimanya.setakat ni skuad sayang sentiasa aktif bergerak.
Manakala Hj.Zawalajam juga merakamkan jutaan penghargaan kepada Tn.Hj.Hamzah dan keluarga kerana sudi menerima kunjungan pada hari ini dan berjanji akan membantu selagi termampu.

Tiada ulasan:

Pengikut