Temiang, Seremban - Impian lebih 60 pembeli untuk tinggal di kediaman sendiri di Taman Bukit Zamrud, dekat sini hanya tinggal angan-angan apabila pembinaan rumah mereka terbengkalai sejak lebih lima tahun lalu.
Rumah teres yang mereka beli pada 2004 itu kini masih belum siap dan belum ada tanda akan disiapkan pemaju sepenuhnya.
Seorang pembeli, Kamarullah Hawari, 46, berkata, seramai 67 pembeli rumah berkenaan hanya mampu 'gigit jari' apabila pemaju gagal menyiapkan projek peruma-han berkenaan.
Dia dan keluarga yang berharap untuk menduduki rumah berkenaan selepas bersara nanti hanya mampu berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Menurutnya, sehingga kini, mereka bukan saja terbeban untuk membayar ansuran rumah berkenaan, malah terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah.
"Dalam perjanjian jual beli oleh pemaju sebelum ini, projek berkenaan dikatakan dapat siap dalam tempoh 24 bulan.
"Tetapi sampai hari ini kami masih tidak boleh mendiami rumah berkenaan, namun tetap membayar ansuran rumah sehingga kini," katanya.
Menurutnya, rumah berkenaan dibeli sekitar RM87,000 seunit.
Seorang lagi pembeli, Mohd Affendy Abd Wahid, 34, berkata, dia kesal kerana projek peruma-han yang sudah siap 65 peratus itu dihentikan secara tiba-tiba.
"Saya benar-benar kecewa. Sampai bila kami harus sabar menunggu ? Saya masih lagi menyewa rumah.
"Hasil pertemuan dengan pihak pemaju awal tahun ini pun tidak membawa apa-apa jalan penyelesaian," katanya.
Sehubungan dengan itu, katanya, pembeli di situ sudah sepakat mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju bagi menuntut semula wang pinjaman yang sudah dibayar pembeli dalam masa terdekat.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN – DAP) Temiang, Ng Chin Tsai yang turut mendengar keluhan pembeli projek perumahan tersebut berjanji akan cuba membantu dengan melantik peguam bagi mengadili masalah dihadapi.
Untuk kesekelian kalinya, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO-BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR). . Bagi PAS, seruan Dat...o'Seri Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan UMNO-BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.
Kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.
PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Ia tidak sama dengan kerjasama wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu-Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.
Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam ?. Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan UMNO-putra ?
Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini? Jawapannya adalah kerajaan pimpinan UMNO-BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri. . Maka, sebaliknya saya menyeru kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. Jika benar UMNO hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada ditangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?
SAMBUTAN HARI PEKERJA 2011 BERSAMA ADUN PAKATAN RAKYAT
Sudah 3 tahun ADUN Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk mewakili mereka dalam Dewan Negeri Johor.menyuarakan hasrat dan suara mereka dan menyelesaikan nmasalah rakyat. Tanpa peruntukan daripada kerajaan mereka terus berbakti untuk rakyat dengan bantuann ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
Hari ini, 1 Mei 2011 ialah Hari Pekerja yang disambut oleh semua warga pekerja. Sebagai mengenang jass dan bakti mereka yang bekerja pada hari tersebut, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, bersama YB Gwee Ting Hiang, ADUN Bentayan, dengan diiringi oleh AJK mereka telah menziarahi Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis CawanganTrafik Muar, Balai Bomba dan Pemyelamat, pusat Pemulihan Akhlah Muar , HospitalPakar Sultanah Fatimah Muar dan Balai Polis Parit Jawa.
Turut mengiringi YB Dr Mohammad ialah Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Tuan Hj A Rahman Lajim (Ketua Lajnah Kebajikann PAS Muar), Tuan Hj Malik Md Diah (Timbalan YDP PAS Muar), AJK PAS Kawasan Muar dan AJK DUN Maharani. YB Gwee Tong Hiang, ADUN Bentayan diiringi oleh Setiausahanya dan AJK DAP Bakri.Sambutan mesra kami terima daripada petugas-petugas di jabatan tersebut. Acara ini merupakan acara tahunan ADUN Maharani bermesra dengan kakitangan kerajaan sempena Hari Pekerja. YB Gwee Tong Hiang juga turut bersama meraikan pekerja-pekerja pada hari tersebut. Kali ini rombongan YB Dr Mohammad membawa kek sementara rombongan YB Gwee menghadiahkan hamper.
Ibu Pejabat Polis Muar.
Pegawai Polis yang bertugas menerima sumbangan kami tanda perihatin dengan tugas mereka memastikan keselamatan rakyat.
YBDr Mohammad dan YB Gwee menyampaikan sumbangan kepada Pegawai polis yang bertugas.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar
Suasana ceria: Pegawai-Pegawai Bomba yang bertugas menerima sumbangan daripada YB Dr Mohammad dan YB Gwee.
Pusat Pemulihan Akhlak Muar
Kehadiran kami disambut mesra oleh Tuan Zulkefli. Terima kasih Tuan kerana menyediakan minuman untuk kami.
Sedikit buah tangan untuk petugas PPA Muar sempena Hari Pekerja.
Di Jabatan Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah - YB Dr Mohammad dan YB Gwee bertemu seorang pesakit buah pinggang yang mengalami kemalangan jalan raya
Untukmu Petugas Jabatan Kecemasan HPSF Muar.
Team ziarah Hari Pekerja ADUN Maharani dan ADUN Bentayan mengabdikan gambar kenangan di HPSF.
Lawatan terakhir ke Balai Polis Parit Jawa.
YB Dr Mohammad dan Tuan Hj Malik Md Diah menyampaikan kek untuk Pegawai Polis yang bertugas.Di kanan sekali ialah Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar)
Untuk kesekelian kalinya, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO-BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).
Bagi PAS, seruan Dato'Seri Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan UMNO-BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini. Kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.
PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Ia tidak sama dengan kerjasama wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu-Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.
Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam ?. Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan UMNO-putra ?. Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini? Jawapannya adalah kerajaan pimpinan UMNO-BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.
Maka, sebaliknya saya menyeru kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. Jika benar UMNO hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada ditangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?
Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil – bekas Mufti WP Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi. Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
"Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Bagaimanapun, sumpah li'an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.
Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.
Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li'an.
"Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.
"Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li'an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.
"Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.
"Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak," ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.
"Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
"Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.
"Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman," ujarnya.
Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.
"Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina," ujarnya.- dipetik dari GB
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mengulangi desakan supaya kerajaan segera melaksanakan enam tuntutan yang diperjuangkan mereka selama ini.
Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata tuntutan itu ialah penetapan gaji minimum RM900 sebulan, mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam daripada 48 jam seminggu dan penetapan usia tamat tempoh perkhidmatan kepada 60 tahun.
MTUC juga menuntut supaya kerajaan memberikan faedah persaraan yang dikira berdasarkan kepada sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan pekerja, menghapuskan sistem kerja kontrak dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat termasuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.
"Sempena sambutan Hari Pekerja ini, kita minta kerajaan dapat mengambil tindakan segera (terhadap tuntutan ini). Janganlah dilengah-lengahkan terutama mengenai pelaksanaan gaji minimum.
"Ini kerana berdasarkan statistik kerajaan, masih terdapat sebanyak 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan," katanya kepada pemberita pada perhimpunan Hari Pekerja anjuran MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Turut hadir ialah bekas Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dan Pengerusi MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam.
Balasubramaniam berkata MTUC juga meminta kerajaan mengurangkan pengambilan pekerja asing sebaliknya memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk menceburi sektor swasta terutama dalam sektor perkilangan.
"Kita (MTUC) ada terima aduan daripada kesatuan yang menyifatkan majikan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja tempatan dan mengutamakan pekerja asing," katanya.
Beliau juga berkata hanya sembilan peratus daripada pekerja di negara ini yang menyertai kesatuan pekerja.
"Setakat ini jumlah ahli adalah seramai hampir 620,000 orang dari 272 kesatuan, namun yang aktif adalah seramai 530,000 orang," katanya yang turut meminta majikan menganggap kesatuan adalah rakan kepada syarikat dan bukannya sebagai beban.
Kira-kira 400 orang yang mewakili pelbagai kesatuan sekerja menghadiri perhimpunan berkenaan. - BERNAMA
Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.
Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam yang ditahan ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields. Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berhimpun depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dekat Maju Junction di ibu negara. Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagi "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja di seluruh dunia. Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mendakwa, setakat ini 19 orang peserta perhimpunan itu sudah ditahan. Jumlah ini bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa. Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu.-MK
TRIPOLI 1 Mei — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu NATO tetapi serangan dilancarkan semalam itu telah meragut nyawa anak bongsu dan tiga cucunya selain turut mencederakan sejumlah rakan dan saudara-maranya.
Muammar dan isterinya berada di rumah anak mereka Saif al-Arab Gaddafi 29 ketika premis itu menjadi sasaran satu peluru berpandu Nato demikian menurut jurucakap Libya Moussa Ibrahim.
Saif al-Arab anak keenam Muammar pernah belajar di sebuah universiti Jerman tetapi tidak menghabiskan pengajiannya kata Moussa.
Pegawai-pegawai Libya membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan kediaman elit.Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah.
Moussa berkata vila itu diserang dengan hentaman yang kuat dirujuk kepada peluru berpandu.
"Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini " kata jurucakap itu.
"Pemimpin kami Muammar berada dalam keadaan sihat " kata Moussa.
"Beliau tidak cedera Isterinya juga berada dalam keadaan sihat " katanya dipetik laporan media asing.
Dalam laporan disiarkan msnbc hari ini,Moussa berkata Saif al-Arab "sedang bermain dan bercakap dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila dia diserang bagi kesalahan yang dia tidak lakukan.
Selasa lalu,Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Robert Gates memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat NATO tidak menyasarkan Muammar secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat perintah tindakan ketenteraan.
Muammar ada tujuh anak lelaki dan seorang perempuan.
Pemimpin juga mempunyai seorang anak angkat yang terbunuh dalam tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas kawasan kediamaannya di Bab al-Aziziya pada 1986.
Ibu Saif al-Arab adalah Safiya Farkash iaitu isteri kedua Muammar dan seorang bekas jururawat.
Serangan semalam muncul beberapa jam selepas Muammar meminta agar diadakan perundingan dengan kuasa-kuasa NATO bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah berlarutan hampir dua bulan.-MI
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).
Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.
Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.
''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.
Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.
Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.
"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.
Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.
"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?
"Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?
"Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya.
Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.-Harakahdaily
"Kehinaan yang kitatempuhidalamperjalananmencariilmutidakmengapakerananantiilmuituakanmemuliakankita.Sayaamatmenyukaisuasanasebegini. Di sekolah-sekolahkelolaan PAS sahajakitaakanjumpa, masjidnyalebihbesardarisekolah. Banyaksekolah-sekolah yang didirikankerajaan, muridnya 3,000 orangtapisuraunyabolehmemuatkanCuma 200-300 orang.Mengambarkansembahyangbukansuatu agenda pentingkerajaan.Sayamengakuibahawasayabukanseorangbapa yang berilmutetapisayainginkansistem yang adabolehmendidikanaksayamenjadiseorang yang baik.Takkisahnantimerekanakjadiapa, doktor, loyar, polis atauapasahaja, yang pentingmerekamestikenal Allah."
Itulahantaranasihat yang dilontarkanSaudara Bob Lokmanketika program sepetangbersama Bob sempenaIhtifalTahunanMuassasahMatla'inBadrain, Jabipetangsemalam.Ihtifal yang menjadi agenda kalendartetaptahunanMuassasahkelmarin 30 April 2011, mengorbankan 6 ekorlembudandihadiriribuanpendudukdarisekitarBesut, Setiu, PasirPutehmalahramaitetamudarikawasan yang lebihberjauhanturutmengunjunginya.
PerkampunganMuassasahMatla'inBadraindiKampungPasirTawar, Jabi yang menempatkanMa'ahadTahfizWaTa'alimMatla'inBadrain, kinimenjaditempatmenuntutilmubagikira-kira 50 orangpelajardenganmengamalkankonseppusatpendidikanbersepadu, tahfiz, agama danakademik. Sebahagianbesarpembiayaannyaadalahdarisumbanganorangramai.
Kehadiran Bob padapetangnyaternyatabegitumengujakandanbeliaudiberikansambutanmeriaholehpengunjung yang takputus-putusinginbergambardanbersalamandengannya.Kemeriahanmajlispadapetangnya turut diserikanlagidengankehadiranDato' Haji Abu BakarChik, TimbalanPesuruhjaya PAS Terengganu danUstazMohdPauziMuda, Yang Dipertua PAS KawasanSetiu.
Dato' Abu BakarChik pula, dalamucapannya yang penuhbersemangatdiataskapasitinyasebagaiPengerusiLajnahPendidikan PAS Pusatmenekankanpentingyainstitusipendidikanrakyatinidipertahankan.Walaupunberdepandengankedhaifanprasarana, kekurangantenagamanusia, infrastruktur yang serbasederhana, isukebajikanparapelajardan guru tetapidengansokongansemuapihak, kitaterusmajukehadapan.Telahpelbagaimehnahdantribulasidilalui, semuainimemantangkankita.
BerucapmewakilipihakMuassasah, AhliLembagaPengarahMa'ahadTahfizWaTa'alimMatla'inBadrain yang jugaAhliJawatankuasaLujnahPendidikan PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menegaskantiadaummat yang bolehmajukehadapansekiranyaindividumanusiadidalamnyatidakdibina. Bagipendokonggerakan Islam, MuassasahMatla'inBadraininiadalahmilikdantanggungjawabkitabersama.Jatuhbangunnyaadalahsebahagianmaruahperjuangankita.
Mak Ngah Suaibaton- Emak Sufian hassan Kampong Luat meninggal dunia dan solat jenazah jam 10.30 pagi di rumahnya dekat Dewan orang ramai Kg Paya Luat. Al-fatihah.
1. Politik suku agama suku. 2. Nabi tak cukur janggut kerana tiada gillete. 3. Cukai sama dengan zakat dalam islam- (Saklabah yang menyamakan zakat dengan cukai). menyamakan ketentuan Allah dengan perbuatan manusia boleh ment=jatuhkan syahadat. Kerana itu kalau kata sumpah oleh eskay sebagai Mubahalah maka boleh menjatuhkan syahadah seseorang yang berkata seperti itu. Mubahalah hanya kepada yang dituduh. Orang lain (penuduh) tiada hak untuk bermubahalah.
Isu yang dimainkan oleh pencacai keji RTM yang bertujuan memperbodohkan rakyat Kelantan dan seluruh Rakyat Malaysia. Jika benar begitu mengapa RTM tak menganjurkan orang miskin itu buat laporan polis? Kenapa kenyataan dari pihak kerajaan negeri dan pejabat tanah tak di ambil? Dalam TV3 ada aduan rakyat mereka bila ada isu mereka juga akan bertanya kepada pejabat yang berkuasa. dalam hal lain ada NGO buat laporan polis mereka ambil kenyataan dari pelapor dan kadang kala mereka ambil kenyataan pihak polis. Kenapa dalam soal ladang rakyat mereka tak ambil penjelasan dari pejabat yang berkuasa atas tanah? atau buat laporan sahaja kepada polis atau SPRM. Kalau pihak PR yang buat laporan polis yang pasti yang melapor yang kena panggil. Tapi kalau bukan PR tak kena. Dalil yang nyata isu video, eskay yang dakwa DSAI buat laporan polis. Wartawan mintak DNA anwar. Media minta anwar sumpah. eskay bersumpah pakai baju kalis peluru dan dikawal polis. Jadi kalau ladang rakyat itu sesuatu yang salah pasti bila dibuat laporan polis tentunya ada pihak yang kena tangkap. Kalau dilaporkan kepada SPRM harus ada pula yang mati seperti TBH dan Sarbini? Ternyata RTM menjadi kuda tunggangan berok-berok umno. Semoga semua yang terlibat itu dilaknat Allah. Celakalah mereka itu.
Tujuh NGO lapor polis kekecohan di Masjid Amru Al-As
01/05/2011 5:38pm
KUALA TERENGGANU 1 Mei - Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Tujuh NGO terlibat ialah Kelab Belia Generasi Prihatin, Sahabat Laut Malaysia (Selam), Gerakan Belia 4B Terengganu, Kelab Permotoran Parlimen Kuala Terengganu, Persatuan Pendekar Marang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Alumni 4B Terengganu. - Bernama
Akan menyiasatlah polis kejadian itu. Sedang kekecohan itu ialah untuk mencegah suatu kemungkaran.
Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.
Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang "Sumpah Mubahalah" yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.
Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.
Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang "Sumpah Mubalahah".
Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.
Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah "Sumpah Mubahalah" di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah "muktamad" bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul - atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.
Lalu disyari'atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.
Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu.
(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari'at.
Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID'AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.
Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.
Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda 'Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.
Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.
Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu 'Penjagaan Maruah'.
Seharusnya mereka mengikut hukum syara' dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.
Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.
Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.
Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH 'Qazaf' (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar'iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.
Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.
Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.
Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.
Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.
Bila Saiful bersumpah maka semua yang terkemuka mengatakan itulah mubahalah. Maka selapas itu ramai pakat menunggu apa yang akan jadi kepada Saiful. Ada blogger yang mengatakan Saiful telah kena penyakit kelamin maka blogger itu kena samman oleh saiful. Bila Najib bersumpah tak kenal wanita monggolia maka ada orang kata itu juga sumpah laknat justru menanti bila Najib akan tersopak muka atau jadi macam-macam. Sedang Najib terus dengan keangkuhannya. Bila Dato Tajul Rosli bersumpah dengan kata " in the name of God" atas tangkapan rasuah adun PKR ada orang kata tak jadi sebab dia bersumpah ikut bahasa inggeris. Sepatutnya dia kena bersumpah dengan menyebut Wallahi. Dan sebab itu barangkali si Eskay berani bersumpah dengan menyebut Wallahi. Semasa Saiful bersumpah dulu yang kena ialah Ramlang Poringgi. Imam ini kerana tak mahu bersubahat dengan kemungkaran yang dipaksa keatasnya telah naik pentas Anwar dan menceritakan keadaan sebenarnya. Umum melihat dia telah dibuang dari jawatan imam. Barangkali melihat keadaan itu penceramah bebas yang mempersaksikan acara bid'ah(kerana sumpah itu bukan mubahalah)/kemungkaran itu tidak berani tanpil. Begitu juga Jawi yang pegawainya yang berada disitu. Semuanya yang berada disitu dan yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh sk itu menyangka laknat itu seperti bagaian-bagaian. Semua menyangka laknat itu seperti yang di alami oleh Ariel Shaaron yang tak di ketahui mampus atau hidup. Semua menyangka laknat itu seperti mayat jadi seperti babi. Semua menyangka laknat itu seperti jadi gila sasau. Semua menyangka laknat seperti buncit dan pecah perut seperti doa Tok Guru. Jadi kerana perkara begitu tidak berlaku maka itu memberanikan sesiapa sahaja untuk bersumpah laknat dan membuat sumpah laknat yang salah itu dan terus menabalkan sebagai sumpah laknat. Selepas itu semua puak-puak itu di hasut untuk berkata itulah mubahalah. Jamil Khir bukan ahli fatwa juga kata boleh bersumpah untuk menegakkan kebenaran. Bahasa yang si Khair ini kata persis menyatakan bahawa apa yang disumpah oleh sk ini ialah sumpah laknat. Semuanya yang berfikiran begitu adalah salah. Semua yang bersetuju begitu adalah salah. Semua yang membenarkan yang begitu adalah salah. Bila dah salah itulah haram. Bila dah haram itulah menghina islam. Bila menghina islam itulah kuffur. Bila kuffur itulah sehina-hina laknat. Sesiapa yang menerima/mengiktiraf apa yang dilakukan oleh eskay itu sebagai mubahalah ialah orang yang menghina islam dan menjadilah mereka itu kuffur selagi mereka tidak bertaubat. Maksud ayat "Dan orang yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu Zalimun" "Dan orang yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu munafiqun" "Dan orang yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itu Kafirun" SK sah kefasikannya kerana dia menuduh DSAI berzina dan tidak membawa 4 saksi. Ayat Allah itu amat jelas pengertiannya. Manakala Jamil Khir yang kata sk boleh buat begitu pula ialah menghalal/mengharuskan yang bukan syariat, jadi kufr. Semoga Allah menyelamatkan Hambanya yang ikhlas.
Dato haron Kata begitu, Orang alim juga kata begitu. Mufti Harussani kata Anwar tak perlu sumpah. Punca kuasa dalam hal ini ialah ayat quran, Dan orang yang menuduh perempuan yang baik (orang melakukan zina) melakukan zina hendaklah membawa 4 orang saksi. jika tidak hendaklan disebat 80 kali dan jangan ambil persaksiannya selamanya. dan penadakwa itu ialah orang yang fasik. Eskay menuduh Anwar berzina, Eskey wajib membawa 4 orang saksi. Eskey tiada hak baginya bersumpah dengan apa sumpah sekalipun. Wajib baginya 80 kali sebatan. Sekarang eskey bersumpah dengan mengatakan itu "sumpah laknat" sedangkan sumpah itu tidak mengikut syariat islam ertinya si eskey ini telah menghina syariat islam ertinya si eskey ini telah menghina islam. Menghina islam ertinya kufur. kalau tak bertaubat dan kembali kepada sahadat maka kekallah dia dalam kekufuran. Bila kekal dalam kekufuran itulah sebesar-besar laknat ke atasnya. satu kaedah feqah, Redha maksiat, Maksiatun. Redha kufr, Kufrun. Siapa yang redha dan peraku apayang di lakukan oleh eskey itu. Jamil Khair menteri kata itu hak dia, maknanya redha tentang apa yang dilakukannya(maksiat bersumpah itu) maka Si Jamil Khair juga telah melakukan maksiat. Malah lebih dahsyat lagi si Jamil khair ini seolah menghendaki DSAI juga buat seperti itu. Maknanya si jamil khir menggalakkan perlakuan maksiat (bersumpah)
Dalam satu hadis " apabila kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu cegah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan mulut, jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan hati. Syabas AMK yang berusaha mencegah kemungkaran itu yang tidak difahami oleh Perisik Rakyat yang melebelkan AMK sebagai laknat. Harap Perisik Rakyat tidak tempias menjadi orang yang fasik
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berkata ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hak melakukan sumpah laknat untuk mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks yang dirakamkan pada Februari lalu.
NONEDalam sidang media di Alor Setar semalam, Mahathir berkata, perkara itu dilakukan kerana Eskay merasakan beliau mempunyai hak melakukannya.
Manakala pihak yang enggan bersumpah pula mungkin merasa melakukan kesalahan, kata Dr Mahathir (kanan) sambil menegaskan kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama.
Bagaimanapun, tidak semua senada dengan pendapat Dr Mahahir itu. Terdapat pihak yang berpendapat bahawa kemuliaan masjid telah dicemari dengan tindakan yang diambil di Masjid Sentul semalam.
Bagi Naib Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, tindakan Eskay bersumpah di sebuah masjid di Sentul pada Jumaat sebagai propaganda terbaru tajaan Umno.
Beliau juga mendakwa majlis angkat sumpah itu merupakan Bidaah Dalalah (bidaah yang sesat) dalam Islam.
"Kuala Terengganu, 30 April 2011 : Sempena hari terakhir bulan April ini Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu telah berkesempatan untuk mengadakan Muktamar tahunan yang di adakan di Markas Tarbiyah Pas Kuala Terengganu. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Sebelum itu YB. Ustaz telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke tempat program. Turut hadir pada muktamar tersebut ialah Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ustaz Abu Bakar Chik, Mohd Suhaimi Embong dan beberapa orang lagi tetamu jemputan.
Dalam ucapan perasmian tersebut Ustaz Nasharudin mengingatkan semua pemuda yang hadir supaya mengambil semangat revolusi-revolusi yang sedang dan telah berlaku di timur tengah. Pemuda mestilah berada di barisan depan revolusi ini.
Hadirin yang hadir hampir 400 orang, memenuhi dewan besar Markas Tarbiyyah. Perbahasan yang diadakan adalah agak panas tetapi masih agak terkawal. Satu usul telah diterima dengan bahas, satu usul diterima tanpa bahas dan satu usul telah ditolak. Usul yang diterima dengan bahas adalah usul dari DPPK Marang iaitu untuk menubuhkan satu Lajnah ARC. Usul tersebut diterima dengan sedikit pindaan iaitu akan dijadikan Jabatan, iaitu Jabatan ARC.
Berikut disenaraikan sebahagian jawatankuasa yang telah terpilih :
Ketua : Ust. Mohd Nor Hamzah Timb. Ketua : Ust. Ridzuan Hashim Naib Ketua : Ust. Kamaruzaman Abdullah Setiausaha : Ust. Wan Faizol Wan Abbas Ketua Penerangan : Ust. Sheikh Hanafi Abdul Aziz."
Ulasan Blogger - Habis Lima2 Jawatan di atas dimenangi oleh golongan ustaz-Ustaz.. Mana Golongan Profesional dan Lainnya? Inilah kelemahan utama PAS Terengganu yang memerlukan Transformasi untuk mencapai kejayaan gemilang di dalam PRU ke 13. . Renungkanlah......
Sabtu, 30 April berlangsung di Palm Villa, Kulaijaya bermulanya majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Johor kali ke 39 yang telah di rasmikan oleh YB Datuk Paduka Hj Husam Musa selaku AJK Pas Pusat.
Majlis bermula seawal jam 8 malam dimulakan dengan perbarisan dan pemeriksaan Unit Amal Johor. Kemudian majlis rasmi dimulakan dengan persembahan montaj yang menarik.
Ucaptema Ketua DPPNJ berkisar mengenai sasaran PAS "Menuju ke Nusajaya". Sejauh mana komitmen dan iltizam pemuda untuk menawan Nusajaya. Pada muktamar kali ini akan membariskan hampir 70% muka-muka baru di kalangan Ketua-ketua Pemuda Kawasan yang telah dilantik dalam mesyuarat agong Pemuda Pas Kawasan.
Dalam muktamar kali ini juga di adakan juga pemilihan di peringkat negeri bagi mengisi jawatan Dewan Pemuda Pas negeri Johor. Pada kali ini Saudara Khairul Faizi tidak akan mempertahankan jawatannya selaku Ketua Pemuda DPPNJ. Bermakna dikalangan Exco DPPNJ juga akan di barisi oleh muka-muka baru yang bakal memikul tugas yang mencabar khususnya persiapan menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.
Semuga apa juga keputusan yang di capai akan lebih mematangkan DPPNJ dalam melayari bahtera bersama Badan Perhubungan Pas Negeri Johor bagi menuju ke Nusajaya.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil merakamkan sekalung tahniah buat Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah yang bakal menerajui kepimpinan pemuda Melaka untuk sesi akan datang. Tidak lupa ucapan tahniah buat Timbalan Ketua Pemuda, Al-Fadhil Ustaz Musa Muhammad dan Naib Ketua Pemuda, Saudara Yuzi Azhar dan beberapa Ahli jawatankuasa yang di lantik.
DPPKBK juga merakamkan tahniah kepada semua panitia Muktamar DPPNM kali-36 ini yang menjadi penggerak kepada kelancaran program Muktamar walaupun menerima pelbagai ujian dari luar.
Selaku sayap pemuda di peringkat kawasan dan atas kapasiti saya sebagai Ketua Pemuda Kawasan Bukit Katil, saya dan ahli jawatan kuasa DPPKBK berjanji dan beriltizam untuk memberikan sepenuh komitmen pada segala setiap gerak-kerja yang di laksanakan di bawah kepimpinan pemuda negeri kali ini.
Moga Allah membantu segala usaha dan gerak kerja amal Islami yang dilakukan. InsyaAllah.
Jauhar Dawi - Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad TUESDAY, 26 APRIL 2011 10:13
Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tantang bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.
Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.
Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.
PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.
Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.
KEMAMAN: Kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai ditangan Barisan Nasional (BN) kerana kelebihan parti Umno di "kubu" kuatnya Paya Berenjut.
Pada pilihan raya 2008, Tuan Haji Hanafiah Mat gagal merampas kerusi Dun Chukai dari penyandangnya, Dato' Mohamed Awang Tera dengan kelebihan dibawah 700 undi sahaja.
Bedah siasat pilihan raya mendapati Kampung Paya Berenjut merupakan antara beberapa "kubu" kuat Umno yang terdiri di kalangan nelayan yang berasal dari Kuala Kemaman.
Pengundi di kampung berkenaan seramai 1759 orang dan PAS kalah dengan 94 undi sahaja. Manakala, culaan terakhir yang dilakukan mendapati PAS bakal menang dengan kelebihan 3 undi.
Hari ini, kubu tersebut telah berjaya "dipecahkan" dan senario pergolakan 'dalaman' Umno-BN yang tidak ada kesudahan bakal memberi harapan serta peluang kepada PAS dalam pilihan raya akan datang.
Sehubungan itu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai telah mengadakan program al-Falah di Unit Peti Undi (UPU) Banggol selepas UPU Pengkalan Pandang minggu lalu.
Bermula dengan bacaan Ya'asin oleh Muslimat PAS di rumah-rumah terpilih secara berkelompok juga diadakan tazkirah maghrib oleh pendakwah bebas, Ustaz Ismail Dagang.
Aktiviti pemuda pula diadakan perlawanan Futsal muhibbah yang disertai oleh 18 pasukan bertanding.
Pasukan futsal Arena Berenjut dinobatkan sebagai johan, di tempat kedua kumpulan Pemuda Hijau dan Peteh di tempat ketiga.
Pada satu majlis penyampaian sumbangan 80 orang penerima fakir miskin dan 20 orang anak-anak yatim diadakan pada hari Sabtu (1 Mei) beserta dengan jamuan rakyat.
Masing-masing menerima sumbangan beras dan keperluan dapur serta wang tunai kepada anak-anak yatim tersebut.
Pada tengaharinya, rombongan MTD dan Muslimat mengadakan lawatan ziarah ke rumah orang sakit di kampung berkenaan.
Antaranya, ketika ziarah ke rumah seorang warga emas, Omar Mohamad, 65, yang mengidap sakit ghout kronik sehingga tidak mampu berjalan seperti biasa.
Beliau menangis ketika Haji Hanafiah melawatnya kerana sedih tidak dapat memberi sumbangan khidmat bekerja untuk jamaah kerana keuzuran.
"Jika boleh, sebelum saya meninggal nok tengok Islam menang. Setiap kali selepas sembahyang, saya selalu doakan supaya Islam (PAS) menang.
"Saya rasa sedih sebab lama tidak dapat bersama dengan jamaah (PAS) di luar untuk buat kerja-kerja parti," ujarnya dengan nada sedih.
Katanya, bukan kerana Islam tidak baik tetapi kerana orang Melayu "degil" dan menolak perjuangan Islam.
Petugas pejabat YB Dr Abd Rani Osman, ADUN Meru bersama JKKK, muslimat telah menziarahi mangsa di kediaman masing-masing sekitar jalan Iskandar. Air yang mula naiki mencecah keparas lutut selepas waktu solat Jumaat. Pihak rombongan telah menerangkan. Kiranya perlu berpindah, Pusat Pemindahan mangsa banjir telah dibuka di sekolah Kebangsaan Bukit Kapar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Buah tangan berupa nasi ayam telah diedarkan semasa kunjungan.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Temiang, Seremban - Impian lebih 60 pembeli untuk tinggal di kediaman sendiri di Taman Bukit Zamrud, dekat sini hanya tinggal angan-angan apabila pembinaan rumah mereka terbengkalai sejak lebih lima tahun lalu.
Rumah teres yang mereka beli pada 2004 itu kini masih belum siap dan belum ada tanda akan disiapkan pemaju sepenuhnya.
Seorang pembeli, Kamarullah Hawari, 46, berkata, seramai 67 pembeli rumah berkenaan hanya mampu 'gigit jari' apabila pemaju gagal menyiapkan projek peruma-han berkenaan.
Dia dan keluarga yang berharap untuk menduduki rumah berkenaan selepas bersara nanti hanya mampu berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Menurutnya, sehingga kini, mereka bukan saja terbeban untuk membayar ansuran rumah berkenaan, malah terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah.
"Dalam perjanjian jual beli oleh pemaju sebelum ini, projek berkenaan dikatakan dapat siap dalam tempoh 24 bulan.
"Tetapi sampai hari ini kami masih tidak boleh mendiami rumah berkenaan, namun tetap membayar ansuran rumah sehingga kini," katanya.
Menurutnya, rumah berkenaan dibeli sekitar RM87,000 seunit.
Seorang lagi pembeli, Mohd Affendy Abd Wahid, 34, berkata, dia kesal kerana projek peruma-han yang sudah siap 65 peratus itu dihentikan secara tiba-tiba.
"Saya benar-benar kecewa. Sampai bila kami harus sabar menunggu ? Saya masih lagi menyewa rumah.
"Hasil pertemuan dengan pihak pemaju awal tahun ini pun tidak membawa apa-apa jalan penyelesaian," katanya.
Sehubungan dengan itu, katanya, pembeli di situ sudah sepakat mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju bagi menuntut semula wang pinjaman yang sudah dibayar pembeli dalam masa terdekat.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN – DAP) Temiang, Ng Chin Tsai yang turut mendengar keluhan pembeli projek perumahan tersebut berjanji akan cuba membantu dengan melantik peguam bagi mengadili masalah dihadapi.
29.4.11 Jumaat YB Dr Hjh Halimah Ali bawa YDP MPK serta rombongan untuk turun padang di kawasan Selat Klang bagi memberitahu keadaan sebenar di padang yang menjadi rungutan dan aduan berulang penduduk di kawasan DUN Selat Klang. YDP MPK Dato' Mislan Tugiu membawa semua ketua-ketua jabatan daripada kejuruteraan, alam sekitar, kesihatan, taman dan padang, perlesenan, penguatkuasaan dll bersama-sama melihat keadaan sebenar. Bermula dengan longkang di sepanjang Jalan Sg. Bertih yang sudah pecah-pecah dibeberapa tempat menyebabkan air tidak boleh mengalir dengan berkesan dan mengakibatkan banjir di kawasan sekitar yang rendah. MPK berjanji akan menggantikan kepada sistem yang lebih baik.Gerai-gerai MPK depan Econmart juga diperiksa kerana sudah uzur. Sistem perparitan yang di bawah jalan di simpang 4 juga di minta ADUN untuk diselenggarakan supaya tidak tersumbat. Parit disepanjang Jln Tepi Sungai terutama depan Surau juga diambil maklum keadaannya yang sering mengakibat banjir di kawasan sekeliling. Keadaan padang dan tanah lapang juga diperiksa dan di minta rumput dipotong serta tanah diratakan.Sampah yang masih merata-rata juga di arah untuk diambil tindakan segera dancara berkesan.
KUALA LUMPUR, 1 Mei: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu.
"Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.
"Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami," ujarnya.
Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.
"PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam," ujarnya.
Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.
"Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya lagi.
Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang.
"Siapa punya angkara?" soalnya.
Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.
PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.
Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.
"Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali," ujarnya.
Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam.
Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan.
Dalam laporan dibawa Harakah Daily hari ini, Presiden PAS itu menegaskan, seruan Najib semalam adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.
Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.
Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau.
"PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.
Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.
"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," kata Hadi lagi.
Jelas Hadi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama "tahaluf siyasi" yang dibenarkan agama dan tidak menggadai prinsip.
Hadi menambah, kerjasama PAS-DAP tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadai prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara ini.
"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?
"Siapakah pula yang mendiskriminasi penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?" kata Hadi.
Selain itu soal Hadi, "siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?"
Justeru kata Hadi, jawapannya adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.
Selain Hadi, semalam pemimpin-pemimpin kanan PAS, antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayub juga menolak bulat-bulat pelawaan Najib.(themalaysianinsider)
30 April – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah mengadakan Muktamar Agung ke 42 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu dengan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Sebelum itu, YB Ustaz Nasharudin telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke Markaz Tarbiyyah yang turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya iaitu Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Satiful Bahri Mamat dan beberapa orang tetamu jemputan.
Ustaz Nasharudin mempersoalkan tentang pihak yang meminta Presiden PAS berundur kerana ketewasan PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak, walhal Presiden PAS yang sama juga yang mengetuai parti mendapat kemenangan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum itu seperti di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu.
Semangat perubahan di dunia arab juga turut disentuh oleh Timbalan Presiden PAS itu, bagi memberi motivasi kepada para pemuda PAS di tanahair untuk meneruskan perjuangan dengan lebih bersemangat lagi.
Usul daripada DPP Kawasan Marang untuk menjadikan ARC sebagai sebuah Lajnah atau Jabatan dalam DPPNT telah diterima sebulat suara oleh para perwakilan setelah dibahaskan.
Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ustaz Mohd Soud dan Ustaz Saiful Anbiya' tidak lagi bertanding dalam pemilihan pada kali ini kerana faktor umur.
Jawatankuasa baru Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang baru dipilih, sekali lagi menyandarkan amanah kepimpinan kepada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim selaku Timbalan Ketua, Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai Naib Ketua.
Sementara Ustaz Wan Faizul Wan Abbas dan Saudara Saufi Chik mengekalkan jawatan sebagai setiausaha dan bendahari.
Muktamar dihadiri oleh lebih 400 orang perwakilan dan pemerhati.
Pagi tadi bertempat di Kampung Jawa Klang telah berlangsung Gotong Royong mencegah denggi di Kampung ini. Turut hadir ialah YB Dr Siti Mariah, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Kampung, Ahli Majlis dan lain-lain.
Ikuti rakaman program ini yang dibuat oleh Tn Hj Bahaudin selaku ketua unit fotografi PAS Kawasan Kota Raja.
Kutip YB kutip sampah tu, ianya menyemak dan memedihkan mata memandangnya. inilah sikap rakyat Malaysia yang perlu diubah.
Aksi YB, minat nampaknya beliau dengan lri sampah masuk kampung ciptaan MPK ini. Kalau nak pandu jangan lupa pakai topi ye.
YDP Kota Raja pun turut serta
Serius perbincangan Tok Ketua dengan YB atas titian usang ni.
Mana pulak datang nya periuk tu YB, ni lah antara tempat nyamuk Aedes membiak - dengarnya 10 kes di Kampung Jawa sehingga kini.
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).
Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.
Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.
''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.
Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.
Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.
"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.
Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.
"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?
"Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?
"Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya.
Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.
Sempena dengan Hari pekerja yang disambut pada hari ini 1 Mei maka saya dan seluruh warga kerja blog Cina Islam mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang berkerja di sektor awam dan swasta. Termasuklah kepada seluruh warga asing yang berkerja di pelbagai sektor dan industri di Malaysia.
Harapan saya semuga hari pekerja pada tahun ini membawa arti yang lebih besar bila segala tuntutan dan usaha badan dan agensi yang berkaitan berhasil memberi pembelaan yang lebih besar kepada warga pekerja di seluruh pelusuk negara.
Saya juga mengharapkan hari cuti yang panjang pada minggu ini yg berlanjutan sehingga pada hari esok 2 mei bagi negeri yang cutinya Ahad, agar memanfaatkan cuti ini untuk kerja-kerja yang berfaedah dan tidak bercanggah dengan Islam.
Bagi warga kerja yang menggunakan hari cuti ini untuk bersama, saya harapkan ianya dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan seluruh rakyat Malaysia.
KEPALA BATAS, 1 Mei: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.
"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.
"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi.
Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat, katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam yang sebenar.
Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.
"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.
"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan, ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan imam tersebut," ujarnya lagi.
LONDON: Penyerang Salomon Kalou memastikan Chelsea memungut tiga mata penuh apabila menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge, sebentar tadi.
Spurs bagaimanapun mendahului pada minit ke-19 menerus Sandro Raneirei sebelum Frank Lampard menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi gol konytroversi.
Ketika Spurs hampir meraikan kejayaan mengikat kedudukan 1-1, Kalou menguis masuk pada minit ke-87 untuk memastikan Chelsea terus memburu kejuaraan liga di belakang pendahulu, Manchester United.
MOSUL 1 Mei – Seramai lapan orang terbunuh dan 19 lagi cedera dalam satu serangan berani mati di tempat pemeriksaan tentera di bandar Mosul, Iraq semalam.
Polis wilayah Nineveh, Leftenan Kolonel Mahmoud al-Jibouri berkata, mangsa yang terbunuh adalah lima anggota tentera dan tiga penduduk awam, sementara dua lagi anggota tentera turut cedera.
Sumber hospital turut mengesahkan angka itu dan memberitahu serangan berlaku di sebuah pasar popular di timur Mosul, kira-kira 390 kilometer ke utara Baghdad.
Polis Dearborn cuba menenangkan penunjuk perasaan membantah kemunculan Pastor Terry Jones di pekarangan Dewan Bandaraya Dearborn, Dearborn, Michigan semalam. — Foto Reuters
DEARBORN (Michigan)— Pastor kontroversial dari Florida yang minggu lalu dilarang daripada mengadakan protes di masjid terbesar Amerika Syarikat, yang terletak Dearborn, terpaksa memendekkan demonstrasi ekoran perhimpunan balas diadakan kumpulan yang menentangnya.
Pastor Terry Jones, 59, bertekad untuk kembali minggu ini walaupun perintah mahkamah melarangnya mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Islam Amerika di sini.
Dia mendakwa perintah itu bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Amerika Syarikat.
"Kami berada di sini untuk bercakap mengenai isu-isu berkaitan dengan rakyat Amerika," kata Jones, yang bercakap menggunakan mikrofon tanpa wayar di podium yang didirikan di atas tangga dewan bandar raya.
Bulan lalu dia membakar al-Quran di Florida, menyebabkan kemarahan di banyak negara. Zon sekatan juga didirikan di sepanjang jalan empat lorong di Michigan Avenue.
Seramai 75 pengikut Jones, dilihat kecil telah diatasi oleh kumpulan penentangnya yang lima kali lebih besar.
Datuk Bandar Dearborn John O'Reilly Jr kemudian memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu dihentikan atas sebab-sebab keselamatan.
"Mereka meminta dia tidak melangkah ke arah sekatan dan dia patuh arahan itu," kata O'Reilly.
"Tugas kami ialah melindungi komuniti kami dan itu yang kami lakukan," katanya lagi.
Jones merancang untuk mengadakan demonstrasi selama tiga jam tetapi berakhir dalam 75 minit, dan dia diiringi oleh polis ke arah kereta yang sedang menanti.
Masyarakat Islam dan Kristian, tidak kira muda atau tua berbaris memperlihatkan sokongan membantah Jones, yang menurut mereka dia membwa mesej membenci.
"Kami tidak mengecam anda. Kami berada di sini bukan untuk protes anda. Kami berada di sini untuk menjemput anda kepada Islam," kata penduduk Dearborn Monzer Jaber.
"Setiap orang berhak kepada kebebasan berucap tetapi saya tidak menganggap yang itu sebagai kebebasan berucap," kata Matty O'Dea yang dipetik Fox Detriot.
"Saya fikir adalah sangat penting kita biar orang lain mengetahui bahawa Dearborn adalah satu komuniti yang bersatu.
"Kami mengambil berat dan menghormati satu sama lain," kata seorang lagi penduduk Dearborn Roxanne McDonald.
Awalnya protes bermula dengan tenang dan aman.
Jones berada di podium sambil bercakap menyentuh Islam radikal manakala kumpulan yang antibeliau pula melemparkan kata-kata yang mencabarnya.
"Ini Amerika dan sangat cantik, malah walaupun ia kontroversial, tapi dalam hal ini mereka boleh menyuarakan pandangan mereka. Ramai yang tidak boleh melakukan begitu di banyak negara," katanya.
Bagaimanapun Jones dengan menarik mikrofon terus berjalan ke arah penunjuk perasaan yang mengecamnya.
Polis Dearborn tidak dapat mengawal keadaan apabila berpuluh-puluh orang melepasi sekatan lalu menjerit dan membaling botol dan kasut ke arah Jones dan pengikutnya.
KUALA LUMPUR, 30 April: PAS dengan tegas menyatakan akan kekal bersama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.
Mustafa (gambar) mengulas kenyataan Najib yang sekali lagi menjemput PAS untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah beberapa kali ditolak oleh PAS.
Chua pula berkata, MCA tidak akan berada dalam kabinet lagi jika parti itu tidak mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
Najib hari ini mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.
Najib mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. Sebelum ini timbalan beliau, tan Sri Muhyidin Yasin juga datang ke Dun Manir, kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib.
"Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat - bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia," kata Mustafa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Bagi Mustafa, kenyataan Najib dan Chua ini hanya kenyataan politik.
Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.
"Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu," tegas beliau.
KUALA KANGSAR, 29 April:- Litar motorcross di bendang kering sayong diharapkan lain dengan litar yang lain bila peserta dan penganjur yang terlibat tidak mengabaikan tanggungjawab kepada tuntutan agama dan diharapkan supaya kerja kita dianggap sebagai ibadah kepada disisi Allah. Demikian antara penegasan Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, YB. Dato' Seri Muhamaad Nizar Jamaluddin semasa merasmikan Kejohanan Motocross Terbuka Perak di Litar kepala bendang Sayong, disini hari ini.
Kejohanan yang julung kali diadakan di litar yang juga baru dibuka itu menarik lebih 100 orang peserta dari seluruh negara, antaranya dari Kedah, perlis dan seorang pelumba dari Australia yang mewakili satu kumpulan dari Ipoh.
Penganjuran kejohanan ini adalah anjuran bersama yayasan amal malaysia bersama dengan Pengusaha-pengusaha Seramik Sayong yang menawarkan hadiah keseluruhan bagi semua kategori hampir RM 10,000.
Hadir saya dalam kejohanan itu ialah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan pengarah Program.
Selesai merasmikan program tersebut Dato" Seri Nizar yang juga ditemani oleh Isterinya serta 3 orang nakannya meluangkan masa untuk melawat lebih 40 gerai jualan kejohanan selama 2 hari itu.
Program penutupan akan disempurnakan oleh tuan Hj. Mohd Sabu esok pada jam 5.30 petang.
GEORGETOWN: Tun Abdul Rahman Abbas hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi penggal keempat.
Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Hakim Pengurus Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Zakaria Sam di Seri Mutiara di sini. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, anggota Exco kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat. Pada 19 April lalu, Abdul Rahman, 73, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memegang jawatan itu bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Abdul Rahman yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.
Abdul Rahman yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat orang anak.
Beliau yang berkelulusan ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum bergiat aktif dalam politik dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bertam, Pulau Pinang selama empat penggal pada pilihan raya umum tahun 1978, 1982, 1986 dan 1990.
Abdul Rahman dalam karier politiknya pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974 hingga 1988, Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO dari 1976 hingga 1978 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada 1988. -
WASHINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Panama awal hari ini, kata kerajaan Amerika Syarikat.
Gempa yang berlaku pada kira-kira 3.19 pagi waktu tempatan, kira-kira 179 kilometer selatan bandar David, dekat sempadan Costa Rica, kata Pengkaji Geologi Amerika Syarikat.
Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan. - AFP
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan dirinya sendiri dan menunjukkan dia sudah tidak ada isu lagi untuk bercakap dengan meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat yang disifatkkannya jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Najib juga berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
Sedangkan beberapa usaha dilakukan Umno yang dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Usaha ini diperhebatkan dan dilihat ada kewajaran lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.
Kalaulah dengan alasan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam, saya lihat kenyataan Najib adalah kenyataan yang sangat rapuh dan akan ditertawakan oleh sesiapapun yang tahu antara DAP dan UMNO sendiri siapakah yang sebenarnya lebih baik pada masa ini.
Tidak lagi bercakap siapa yang memperjuangkan Islam, kerana DAP walaupun parti bukan Islam seperti dakwaan UMNO dia adalah parti yang berjuang untuk Islam, ternyata yang telah ditunjukkan oleh Ketua Menteri dari DAP di Pulau Pinang, Lim Guang Eang adalah lebih baik dari masa pemerintahan BN.
Pemberiaan saguhati kepada para penghafal al Quran, bantuan kepada guru KAFA, Sekolah Agama dan banyak lagi usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang menunjukkan negeri itu lebih baik pembelaan Islam berbanding dibawah BN satu masa dulu.
Walaupun "wangi" yang dilakukan oleh Kerajaan PR ditutup rapat, malah di "busukkan" dengan putar belit dan cerita palsu oleh media BN, namun sesuatu yang baik dan wangi itu pasti dicium juga oleh seluruh rakyat Pulau Pinang malah sampai keluar Pulau Pinang.
Selain itu siapakah Najib yang memandai untuk mengajar PAS keluar dari PR. Nasihat saya jagalah dulu parti sendiri dan gabungan BN yang sudah semakin nazak dan akan dikuburkan dalam PRU ke 13 nanti. jangan menyibuk mengenai parti dan gabungan pakatan Rakyat, tahulah kami untuk mengajar BN dalam PRU ke 13 nanti !
Persoalannya ilah orang cina sudah menolak komponen parti yang mewakili orang Cina dalam BN iaitu MCA. Kegusaran kalau isu liwat dan video seks tidak menjadi untuk mengukuhkan sokongan melayu kepada UMNO, dimanakah lagi UMNO akan berpaut melainkan mencari kaedah baru untuk pecah dan lemahkan Pakatan Rakyat.
Bercakap dengan nada yang "bodoh" supaya PAS keluar dari PR dan jangan berkawan dengan DAP adalah ajakan supaya PAS bergabung dengan UMNO yang telah jelas ditolak oleh pemimpin PAS.
Alhamdulillah apa yang saya lihat dari kenyataan Najib pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu hari ini menggambarkan bahawa UMNO dan BN sudah tersangat lemah dan hampir pasti menerima kekalahan yang teruk dalam pru ke 13.
Kalau sebelum ini Pakatan Rakyat dapat membuktikan dan berjaya menumbangkan BN di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pualau Pinang. Adakah satu perkara yang mustahil dan susah sangat untuk kita menjadi kerajaan Pusat selepas PRU ke 13 ?
Montaj Sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang kali ke 11 yang diadakan di An Nahdoh Kubang Semang. Montaj ini telah disediakan oleh Jabatan ICT Dewan Pemuda PAS Negeri. Kualiti gambar mungkin kurang memuaskan kerana video teah dicompress ke saiz kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan