Jumaat, 27 Mei 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Semua penjual kereta akan sokong Pakatan Rakyat

Posted: 26 May 2011 07:30 PM PDT



Nampaknya semua syarikat penjual kereta terpakai serta individu yang ingin menjual kereta sendiri lepas ni akan sokong Pakatan Rakyat. Makin lama kerajaan Umno BN ni menyusahkan peniaga dan rakyat untuk menjual kereta. Apa jaminan kalau periksa Puspakom kadar kemalangan dan kes kecurian kereta akan menurun? Apa jaminan dengan peraturan baru ini sifar rasuah di Puspakom?

Berita sebelum ini Umno BN menyusahkan rakyat beli kereta terpakai di http://amkns.blogspot.com/2011/05/umno-bn-menyusahkan-rakyat-beli-kereta.html

Kenderaan terpakai wajib diperiksa PUSPAKOM
Berita Harian 27 Mei 2011

PUTRAJAYA: Kerajaan tetap akan menguatkuasakan pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) bermula 15 Jun ini walaupun mendapat bantahan daripada penjual kereta terpakai Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata penguatkuasaan pindaan akta itu perlu dilaksanakan segera bagi melindungi semua pihak termasuk pengguna dan syarikat penjual kereta terpakai.

"Jika diteliti, ia memberi situasi menang-menang kepada semua pihak termasuk penjual kereta terpakai. "Apabila ada individu mahu menjual kereta kepada syarikat terbabit, beliau perlu membawa kereta berkenaan untuk pemeriksaan, baru kereta itu boleh dijual, ini sekali gus memberi perlindungan kepada syarikat penjual kereta terpakai juga," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama Persatuan Penjual Kereta Terpakai Malaysia, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan semua kenderaan bermotor terpakai, dibaik pulih dan diubahsuai, termasuk motosikal, diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi dan yang dipotong atau disambung.

Pindaan akta itu menetapkan setiap kenderaan terpakai wajib menjalani pemeriksaan 18 perkara di PUSPAKOM.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenderaanterpakaiwajibdiperiksaPUSPAKOM/Article

Apa kesudahan kes kematian pegawai Kastam di SPRM?

Posted: 26 May 2011 07:29 PM PDT



'Kami nak tahu apa status kes Sarbaini'

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu dua bulan lalu.
Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.

"Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini.

"Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Bapa lima anak itu meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh dari bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.

Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan "hilang" begitu sahaja.

"Sebab itu kami mahu polis dedahkan perkembangan terkini dalam kes ini, jangan senyap sahaja," katanya.

"Polis buat macam tak tahu sahaja, yang paling kasihan kami sekeluarga sebab masih menanti perkembangan terbaru," kata anggota tersebut.

Jelasnya, keluarga Ahmad Sarbaini sudah tidak mahu menunggu lagi dan mahu mengetahui perkembangan hasil siasatan dengan segera.

"Kami nak tahu apa yang berlaku, apa status... jangan senyap macam ini.

"Jangan biarkan kami tertanya-tanya, nak kami tunggu sampai bila? Sudah hampir dua bulan sejak kejadian, tak akan tiada apa-apa perkembangan?" katanya.

Balu Ahmad Sarbaini telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini kerana terdapat kesangsian ketika berbual dengan salah seorang pegawai kanan Kastam.

Maziah Manap dalam laporannya awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya - Ghani - telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-kami-nak-tahu-apa-status-kes-sarbaini/

Tiada ulasan:

Pengikut