Dewan Pemuda Pas Sepanggar |
Muktamar PAS kawasan Sepangar kali Pertama Posted: 24 Apr 2011 06:38 PM PDT 24hb April (Likas): Bertempat di Dewan Komplek Sukan Likas, satu sejarah telah ditempa buat PAS kawasan Sepangar apabila dengan rasminya telah diadakan muktamar buat kali pertama. PAS kawasan Sepangar yang pada mula telah digerakan oleh para pemuda Islam yang sehingga kini telah hampir 10 tahun menggerakan aktiviti PAS dikawasan Sepangar. Pada sesi muktamar kali ini, telah diadakan pemilihan jawatan kuasa baru, dimana Hj. Ali Hassan telah dipilih secara sebulat suara untuk memimpin PAS kawasan bagi penggal 2011-2013. Manakala satu usul juga telah diluluskan iaitu, mendesak agar pembahagian kerusi bagi Parlimen dan DUN bagi persiapan awal menghadapi PRU-13 segera diselesaikan di diperingkat PR negeri Sabah. Pada ucapan penangguhan beliau, Hj. Ali Hassan mengingatkan kepada seluruh jentera PAS kawasan agar bersedia untuk memasuki fasa pilihanraya yang dijangkakan akan diadakan sekitar bulan Jun-September ini. Selain dari itu beliau, mengharapkan agar para pendakwah dari PAS sentiasa meningkatkan usaha menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid dan surau seluruh kawasan Sepangar. Ini adalah penting kerana, kekosongan jiwa dan ilmu di kalangan masyarakat akan menyebabkan mereka jahil terhadap hukum-hukum yang terkandung di dalam Islam. Pada hari yang sama, sebelum bermula muktamar PAS kawasan, telah diadakan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar kali ke-8. Mesyuarat kali ini yang telah dihadiri lebih 30 orang pemuda dari seluruh kawasan Sepangar membuktikan bahawa pemuda kini telah bersedia untuk berhadapan dengan pilihanraya. Pada sesi pemilihan kali ini, saudara Amir Saifuddin Samsuddin telah sekali lagi dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar untuk penggal 2011-2013. Beliau pada ucapan penagguhan, meminta agar pemuda segera mempersiapkan kekuatan diri dari sudut dalaman (spiritual) dan luaran (tektikal) bagi menjadi juara kepada rakyat yang kini ditindas oleh UMNO/BN. Pemuda harus menjadi benteng kepada rakyat yang tertindas, sebagaimana para sahabat r.a yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w di dalam menyampaikan seruan Islam dan membela mereka yang tertindas, menurut beliau pada akhir ucapannya. Mesyuarat Agung Pemuda kali ke-8 ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Anuar Ali yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Sepanggar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan