Rabu, 6 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 06 Apr 2011 03:46 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Sekitar penamaan calon DUN Piasau (Yb Teresa Kok), Tarat (Yb Gan) dan Jepak (TS Khalid, Yb Fuziah)....

Posted: 05 Apr 2011 06:52 PM PDT

KEDAH online

Posted: 06 Apr 2011 03:07 AM PDT

KEDAH online


MSK: Muncul kembali di Sarawak

Posted: 05 Apr 2011 06:42 PM PDT

PRN Sarawak – Mampukah PR Menang?

Posted: 05 Apr 2011 06:31 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 05 Apr 2011 11:37 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


RM8 juta wang GLC biayai kempen Umno Kedah

Posted: 05 Apr 2011 02:42 AM PDT


ALOR SETAR, 5 April: Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah telah membelanjakan RM8 juta untuk membiayai program politik Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (gambar) mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang berlangsung semalam ketika menjawab soalan tambahan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berkaitan sumbangan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) berjumlah RM1.2 juta.

Antara perbelanjaan yang didedahkan ialah perbelanjaan persiapan mesyuarat perwakilan Umno, membiayai program Perdana Menteri di Padang Terap, sumbangan wang tunai kepada Umno Kedah dan bahagian-bahagian Umno untuk menghadapi PRU 12 lalu.

Amiruddin berkata, perbelanjaan yang tidak menepati objektif penubuhan syarikat itu telah mengundang 'teguran keras' Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunannya.

Susulan dari itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung cukai korporat ekoran permohonan kemudahan pengecualian cukai telah ditolak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akibat perbelanjaan yang bermotifkan politik Umno itu.

Amiruddin turut memaklumkan prestasi kewangan STDC yang berjaya dipulihkan sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan GLC Kedah.

STDC masih mencatatkan kerugian berjumlah RM144,000 pada 2008 tapi prestasi syarikat telah berjaya dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan RM334,000 (2009) dan RM826,000 (2010).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang) yang tidak berpuas hati dengan pendedahan tersebut bangun untuk mendapatkan penjelasan lanjut tetapi tidak dibenarkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail.


Sumber: Harakah Daily

Khalid : Dalang Video Lucah Mungkin Disaman

Posted: 05 Apr 2011 02:33 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL : Kesal dengan tindakan polis yang gagal mengambil tindakan tegas bersabit fitnah video lucah, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah ke atas dalang rakaman itu.

"Sebagai kerajaan (Selangor), kita akan memantau perkara ini dan jika perlu kita akan ambil tindakan untuk bawa ke mahkamah," ujar beliau pada sidang akhbar bersama anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Khalid berkata, ketulenan video lucah berkenaan bukan menjadi isu utama sebaliknya ketelusan siasatan polis yang dipersoalkan.

"Kita tidak mahu tahu ia tulen atau tidak? (Pokoknya) adakah polis membuat siasatan atas dasar ketulenan video tersebut? Ada banyak perkara penting," kata Khalid yang turut menolak rakaman video itu sebagai fitnah licik untuk menjatuhkan Anwar.

Polis setakat ini hanya mengesahkan video 21 minit yang ditayangkan tiga Datuk T adalah tulen namun tidak mengulas persoalan pokok iaitu sama ada pelakunya adalah Anwar.

Adalah difahamkan polis juga tidak menyoal beberapa pihak yang dapat mengesahkan pergerakan Anwar pada 21 Febuari, tarikh video itu dikatakan dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangn video berkenaak kepada media namun polis tidak mengambil tindakan menahan mereka.

Tan Sri Khalid melahirkan rasa kesal kerana politik negara diheret ke arah yang jijik dengan penggunaan video lucah fitnah untuk menjatuhkan seseorang.

"Fokus kita harus kepada penjanaan sektor ekonomi negara dan bukan politik jijik yang tidak tentu hala sehingga negara ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa.' kata beliau.

Justeru Khalid menggesa rakyat untuk bangkit menentang taktik kotor Umno-Barisan Nasional (BN) yang merendahkan martabat negara.

"Bagaimana kita hendak memastikan supaya ekonomi dan harta negara diutamakan dan bukan perkara jijik yang diketawakan (oleh dunia) dan membawa kesedihan kepada kita semua. Oleh sebab itu saya bersama keluarga Anwar harap rakyat faham dan mengutuk mereka yang melakukan perkara ini. Tindakan membiarkan dan ada kalanya menggalakkan penayangan video (lucah yang (fitnah) adalah perbuatan jijik dan merendahkan kewibawaan Malaysia," ujar Khalid.


Sumber: TVSNEWS

PAS Umum Tiga Calon, Dua Lagi Malam Ini

Posted: 05 Apr 2011 02:32 AM PDT


KUCHING 5 APRIL : PAS semalam mengumumkan 3 nama calon yang akan berdepan dengan calon UMNO BN pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Ketiga- tiga nama itu diumumkan secara berasingan ditiga buah lokasi.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengumumkan Abang Ahmad sebagai calon DUN Beting Maro.

Sementara Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengumumkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid sebagai calon DUN Sebuyau.

Manakala Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mengumumkan Noraini Hamzah sebagai calon DUN Muara Tuang.

"Beliau dipilih oleh PAS sebagai calon DUN Muara Tuang"

"Beliau adalah aktivis masyarakat. Banyak aktiviti yang disertai beliau dan beliau terkenal dikalangan masyarakat," umum Mustafa.

DUN Muara Tuang dikatakan kubu kuat UMNO BN sejak tahun 1981.

Noraini dilihat menggalas cabaran yang berat apabila diamanahkan untuk 'berentap' dengan adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Noraini bagaimanapun optimis beliau mampu memberi saingan kepada Datuk Seri Mohd Ali Mahmud.

"Dengan perasaan rendah diri saya menerima amanah ini dan akan menjalankan tugas yang diamanakan ini dengan sebaik mungkin," kata Noraini.

Noraini yang juga aktivis PAS itu yakin setiap langkahnya diiringi dengan doa rakyat Sarawak yang mahukan pertukaran pucuk kepimpinan, demi sebuah masa depan yang terjamin.

Noraini dilahirkan di Kelantan namun beliau telah menetap di Sarawak hampir 30 tahun setelah mendirikan rumah tangga dengan Mursidi Ali, yang merupakan anak jati negeri ini.

Dalam pada itu, dua lagi calon PAS bagi kerusi DUN Sadong Jaya dan DUN Tanjong Datu akan diumumkan malam ini.

Sejumlah 71 kerusi DUN dipertandingkan dalam pilihan raya Sarawak ke-10 yang akan bermula 6 April ini dan hanya akan berakhir 16 April depan.


Sumber: Malaysiakini

P'raya Sarawak : Awas Taktik Barisan Nasional Guna RM, Kata Anwar

Posted: 05 Apr 2011 02:27 AM PDT

SIBU 5 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Barisan Nasional akan cuba memecahkan undi pembangkang dengan menaja calon bebas dan parti-parti kecil menjelang hari penamaan calon pilihanraya negeri Sarawak esok.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat tidak akan mengalih tumpuan daripada misi menamatkan pemerintahan rasuah BN di bawah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tegas beliau.

"Ada usaha sekarang untuk menonjolkan beberapa tokoh bebas, parti-parti kecil dengan maksud pecahkan undi pembangkang dan Pakatan Rakyat," kata Anwar.

"Jadi kita harus waspada, kita lawan dengan Barisan Nasional tetapi Barisan Nasional akan juga gunakan kekuatan untuk pecahkan kekuatan melalui kalangan yang serpihan ini," tegas Anwar.

"Kita juga harus waspada kerana di Sarawak kekuatan wang dan dana Barisan Nasional itu cukup mudah memukau orang (pada masa lalu). Dia tak perlu bomoh, dia guna hanya wang. Sebab itu calon yang hendak diketengahkan mesti calon yang cukup wibawa, yang tidak akan khianat," tegas beliau.

Mengenai rundingan antara Parti Keadilan Rakyat dan SNAP yang gagal bersetuju atas pengagihan kerusi dalam menghadapi BN, Anwar berkata PKR dan Pakatan telah mengamalkan sikap terbuka sepanjang rundingan berjalan.

"Berulang kali kita runding dari peringkat negeri diketuai Baru Bian sehingga peringkat nasional diketuai oleh Azmin dan Tian Chua. Kita mengambil pendekatan yang cukup lunak beri kerjasama, dengar, sanggup bertolak ansur dalam apa-apa pertimbangan. Apa yang kita tidak boleh ansur ialah prinsip perjuangan," kata Anwar.

Anwar berkata rundingan itu gagal kerana SNAP secara tiba-tiba membuat desakan untuk diberikan jumlah kerusi yang banyak, malah menyerang PKR apabila tuntutan itu tidak dipenuhi serta merta.

"SNAP dulu hanya minta jumlah kerusi yang cukup kecil, mulanya sekitar enam dan akhirnya tandatangan persefahaman di antara SNAP dan KEADILAN di mana mereka pertahankan tiga kerusi dan nak runding tiga kerusi tambahan,' kata Anwar.

"Tetapi tak semena-mena beberapa minggu yang lalu jumlah itu telah meningkat mendadak. Itu menimbulkan kerisauan kita apa sebab peningkatan itu mendadak. Walau bagaimanapun kita masih meneruskan rundingan sehingga beberapa hari yang lalu bila SNAP dengan kasar dan dibantu oleh media Barisan Nasional diberikan laluan yang cukup luas untuk menyerang Parti Keadilan Rakyat," tambah beliau.

Anwar menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat masih terbuka kepada rundingan tetapi tidak akan berkompromi dengan perjuangan untuk membebaskan rakyat Sarawak daripada pemerintahan rasuah.

"Program kita dalam buku jingga baik di peringkat nasional atau di peringkat Sarawak iaitu soal tanah adat, soal nasib pekerja, soal pengambilan tanah dan kawasan balak oleh syarikat keluarga dan kroni menjadi tumpuan utamadan mengatasi isu-isu titik bengit," kata Anwar.


Sumber: TVSNEWS

Video Fitnah : Kenyataan Penuh Wan Azizah Dan Nurul

Posted: 05 Apr 2011 02:26 AM PDT

Berikut kenyataan penuh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar :

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

Persatuan Ulama Malaysia : Datuk 'T' Boleh Kena Sebat

Posted: 05 Apr 2011 02:24 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL : Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan "Datuk T" boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina yang dibuat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks adalah tidak benar.

Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi bagi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, sekiranya gagal individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu bagi tujuan mengaibkan orang lain.

"Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

"Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai "Datuk T" menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

"Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

"Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain," katanya.

Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.

"Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini," katanya.

Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap "Datuk T" semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.

Susulan tuduhan zina itu, Anwar telah membuat laporan polis sehari selepas video tersebut ditayangkan sekali gus menafikan beliau terlibat dalam rakaman video seks itu.


Sumber: Malaysiakini

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah

Posted: 05 Apr 2011 02:19 AM PDT

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

NONE
Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud serta anak sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah.

Turut hadir dalam sidang media itu, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

NONE
"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton sedutan video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam video itu.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Wan Azizah berkata

"Tidak ada apa-apa (perkara lucah) berlaku...(Jadi saya) nak memuaskan hati.

(Individu) itu bukan Anwar Ibrahim dalam video tersebut," tegasnya ketika menjawab soalan wartawan mengenai identiti lelaki tersebut.

Ditanya sama ada penyebaran sedutan video itu mengganggu atau mempengaruhi ahli PKR, Wan Azizah berkata, ceramah di Subang Jaya dua hari lalu, membuktikan semangat mereka naik kerana menyifatkan video itu "tidak beretika, memalu dan mengaibkan".

Ditanya sama ada akan menyahut cabaran pihak yang meminta Anwar bersumpah cara Islam, Wan Azizah berkata: "Tangkap dulu (Datuk T)..."

Menurut Wan Azizah lagi, tidak timbul sama ada video itu tulen atau tidak, tetapi sebaliknya menegaskan sekali lagi bahawa lelaki dalam video tersebut bukan Anwar.

Sementara itu, Wan Ismail pula - ketika menjawab soalan wartawan - berkata video tersebut adalah tuduhan yang tidak bermoral terhadap menantunya.

"Ia satu tuduhan yang tidak ada asas sama sekali. Orang itu tidak ada cara lain dah (maka mereka) berusaha pelbagai cara untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Sumber: Malaysiakini

SPR: Calon dibenar 50 penyokong saja esok

Posted: 05 Apr 2011 02:18 AM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan tidak lebih daripada 50 penyokong mengiringi bakal calon sewaktu proses penamaan
calon bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan esok.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penyokong yang lain tidak dibenarkan berada berhampiran bangunan yang digunakan untuk proses penamaan calon itu.

Katanya para penyokong parti yang bertanding juga tidak dibenarkan membawa alat-alat muzik seperti gendang dan trumpet, serta pembesar suara ketika proses penamaan calon.

"Kalau mereka dilihat membawa alat-alat muzik itu, barang itu akan dirampas oleh polis. Kadang-kadang barangan seperti ini mereka letakkan di atas kenderaan... ini juga tidak boleh," katanya pada sidang berita di pusat penamaan calon di Dewan Bandaraya Kuching Selatan di Kuching hari ini.

Beliau berkata polis telah menyediakan tempat berkumpul dan laluan bagi penyokong calon di semua 71 pusat penamaan calon tetapi mereka diminta tidak datang terlalu ramai.

"Para penyokong juga diminta menjaga tingkah laku masing-masing. Jangan mengeluarkan perkataan yang tidak elok atau yang berbentuk provokasi. Orang Sarawak baik-baik, saya harap budaya sebegini diteruskan," katanya.

Abdul Aziz berkata sebanyak 883 set borang pencalonan bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 telah dibeli sehingga 10 pagi ini.

"Masih ada tempoh untuk mendapatkan borang pencalonan. Borang pencalonan yang banyak dibeli bukan bermakna ramai orang nak bertanding. Ada juga orang yang memang dapatkan borang yang banyak takut berlaku kesilapan dalam mengisi borang," katanya.

Beliau berkata tempoh berkempen selama 10 hari, bermula esok hingga 15 April, adalah kurang sehari daripada tempoh berkempen bagi pilihan raya negeri yang lepas.

Pengundian bagi pilihan raya negeri kali ini adalah pada 16 April.

- Bernama

Bekas timbalan GM Yayasan S'gor dituduh rasuah

Posted: 05 Apr 2011 02:10 AM PDT


Bekas timbalan pengurus besar (pengurusan) Yayasan Selangor, Mohd Saifulruddin Sulaiman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Dia menghadapi tiga tuduhan secara rasuah menyetujui menerima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM45,000.

Mohd Saifulruddin dituduh melakukan kesalahan itu di antara 5 Oktober 2010 dan 11 November 2010. Dia didakwa dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Saifulruddin dituduh menerima wang tunai RM20,000 sebagai upah dalam membantu syarikat Drift Z Enterprise dipilih dan dilantik sebagai pengurus acara majlis sambutan 40 tahun Yayasan Selangor.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 malam 5 Oktober 2010 di alamat no.3, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7, Petaling Jaya, Selangor.

Bagi tuduhan kedua pula, dia dituduh menerima wang tunai berjumlah RM20,000 pada jam 9 malam 25 Oktober 2010 di alamat yang sama sebagai upah kerana tidak menahan pembayaran ketika itu kepada Syarikat Drift Z Enterprise.

Manakala bagi tuduhan ketiga, Mohd Saifulruddin dituduh menerima RM5,000 sebagai dorongan supaya melepaskan bayaran tambahan program sebanyak RM93,982.40 kepada syarikat yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 9 malm 11 November 2010 di hadapan Restoran The Skewers, Subang Avenue, Selangor.

Mohd Saifulruddin dituduh menerima wang rasuah dalam ketiga-tiga tuduhan tersebut dari Husni Abd Rahim.

Mohd Saifulruddin sebelum ini telah dipecat kerajaan Selangor pada 17 Februari lalu.

Dia tidak mengaku bersalah dan diwakili peguam Sawmee Ullah. Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 9 Mei depan.

Mahkamah juga membenarkan ikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwaraya Anthony Kevin Morais dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Hakim Mat Ghani.

Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.



Sumber: Malaysiakini

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 05 Apr 2011 11:20 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pembayaran wang dari MPOB kepada Jengka 23 adalah satu penipuan

Posted: 05 Apr 2011 04:00 PM PDT

Pergilah ke mana-mana Pejabat MPOB, samada di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, atau cawangan-cawanganya di Negeri Pahang, Kuantan atau Temerloh, tanyakanlah tentang wang insentif tanam semula dari MPOB sejumlah RM4,000.00, pejabat-pejabat itu akan menyatakan bahawa peruntukan untuk itu sudah kehabisan!

Seorang peneroka Felda Jengka 3 telah menyerahkan surat daripada MPOB Kuantan yang jelas tertulis bahawa MPOB tidak ada lagi mempunyai dana untuk dibayar kepada peneroka-peneroka sebagai insentif tanam semula.

Beberapa orang Peneroka dari Felda Jengka 9 menunjukkan cek-cek yang diterima daripada MPOB tetapi apabila mahu dituntut di Bank di Jengka, cek-cek itu ditendang, menunjukkan MPOB tidak lagi mempunyai sebarang dana untuk dibayar sebagai insentif tanam semula.

Tetapi apabila berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, semua peneroka-peneroka Felda Jengka 23 telah masing-masing dibayar RM4000.00 dari MPOB.

"Sebenarnya itulah rasuah Pilihanraya yang dilakukan oleh UMNO/BN dan Felda. Satu siasatan perlu dilakukan dari manakah sumber wang itu, kalau benar dari MPOB maka beribu orang peneroka bukan sahaja di Pahang bahkan diseluruh Negara layak menerimanya. Kalau wang itu bukan dari MPOB, maka itu adalah rasuah yang dilakukan UMNO/BN bagi menyogok peneroka-peneroka supaya mengundi calon UMNO/BN didalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau"
kata Peneroka dari Jengka 3.

Bagaimanapun, semua peneroka-peneroka didalam kawasan Tiga Segi Jengka akan mengemukakan tuntutan kepada MPOB supaya mereka dibayar wang insentif tanam semula, dan mereka akan mengemukakan melalui tuntutan guaman. "Kenapa Jengka 23 boleh dapat dan kami tidak boleh dapat?"

Orang-orang UMNO di seluruh kawasan Jengka juga mahu mengemukakan tuntutan. "Kami juga orang UMNO, kenapa kami tidak dapat? Kenapa peneroka-peneroka Jengka 23 dapat?"

Habuan rasuah kepada peneroka-peneroka Jengka 23 ini sudah memakan tuan, dan peneroka-peneroka dari UMNO sanggup berubah haluan didalam PRU-13 ini jika MPOB tidak membayar wang insentif itu kepada mereka.

Peneroka-peneroka Felda Jengka 22 sudah mulai terasa penipuan "wang cess"

Posted: 05 Apr 2011 03:40 PM PDT

"Masa terima RM13,000.00 selepas PRU Kerdau baru-baru ini, saya saya rasa seronok. Bulan ini dah mula dikenakan bayaran kembali kepada Felda RM650.00," keluh seorang Peneroka Felda Jengka 22 semasa menghadiri taklimat manipulasi peratusan perahan KPG di Felda Jengka 25 semalam.

"Berlambaklah hutang kami dengan Felda selepas ini," katanya. Beliau kesal kerana sehingga hari ini Felda masih gagal menyerahkan kunci kira-kira hutang peneroka kepada Felda. "Berapakah hutang kami sebenarnya? Sepatutnya Felda menyerahkan kepada kami setiap bulan penyata hutang ini, atau setidak-tidaknya tiga bulan sekali! Atau paling tidak setahun sekali," katanya dengan penuh perasaan kesal.

"Adakah RM13,000.00 itu dicampurkan dengan "wang cess" yang diberikan kepada kami? Benarkah hutang kami kini sudah melebihi RM80,000.00? Benarkah hutang peneroka-peneroka Felda Jengka 22 yang mengambil pinjaman perumahan sudah melebihi RM120,000.00?" beliau mendesak dengan pertanyaan.

"Saya sudah membuat kiraan mudah bahawa jika saya kena membayar BK RM650.00 setiap bulan, bererti hutang saya atas bayaran itu sahaja dalam tempoh 20 tahun akan datang sudah berjumlah RM130,000.00, cekik darah betul Felda ni!" katanya.

Beliau merasakan kekesalan kerana tidak menanam sendiri, bagi mereka yang tanam sendiri, bukan sahaja mereka tidak berhutang satu sen pun dengan Felda, bahkan pendapatan bulanan mereka boleh mencecah RM5000.00 sebulan. Tetapi bagi mereka yang menanam melalui Felda hanya memperolehi sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan yang juga dikira hutang dan setiap bulan hutang mereka bertambah.

"Ini bukan nak membantu peneroka! Bukan untuk membasmi kemiskinan dikalangan petani-peneroka, tetapi mahu mengekalkan peneroka-peneroka sebagai satu kelompok manusia di Negara ini yang dibebankan dengan hutang! Kami bukan wariskan harta kepada anak-anak kami, tapi kami akan wariskan bebanan hutang kepada waris-waris yang kami tinggalkan, itulah kejayaan Felda iaitu menjadikan golongan terbesar orang Melayu menanggung hutang!" katanya dengan gerang.

Didalam taklimat di Jengka 25 itu, beberapa orang peneroka bertanyakan tentang wang dana tanam semula yang dicarum oleh peneroka-peneroka. Mereka menyatakan bahawa mereka sudah berurus dan berunding dengan Felda untuk mendapatkan wang dana tanam semula itu tetapi hingga kini sudah beberapa tahun, Felda masih gagal mengembalikan wang kami, benarkah Felda sudah hampir bankerap? Mereka mempersoalkan.

Kumpulan yang menuntut wang dana tanam semula itu akan menemui peguam minggu ini untuk memulakan saman terhadap Felda.

25 orang Peneroka Felda Jengka 25 menyertai kumpulan 700 Peneroka Jengka untuk saman Felda

Posted: 05 Apr 2011 07:03 AM PDT

Razali Ithnin, bekas kakitangan MPOB menerangkan kepada hadirin bahawa tindakan menyaman Felda bukanlah tindakan politik tetapi tindakan bagi mendapatkan hak peneroka-peneroka yang kerugian berpuluh ribu ringgit hasil dari manipulasi peratusan perahan KPG. Beliau juga menerangkan bahawa hasil dari pengiraan buah yang dikatakan "muda" "mekal" dan tangkai panjang yang ditolak oleh Kilang Felda, setiap peneroka kerugian tidak kurang dari RM19,000.00 didalam tempoh 10 tahun. Adakah peneroka-peneroka mahu membiarkan kerugian ini? Felda hanya memberikan peratusan perahan KPG dalam lingkungan 20-21% setelah para peneroka berura-ura mahu menyaman Felda, walhal sebelum ini Felda hanya memberikan peratusan perahan diantara 17-19% sahaja. Razali membuat penjelasan itu kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 25 siang tadi.

Peguam T. Kumar menerangkan bahawa saman terhadap Felda kerana manipulasi peratusan perahan KPG akan dibuat di Mahkamah Tinggi Temerloh dihujung bulan April ini. Sementara itu, beliau menyatakan bahawa tempoh 10 hari dari tarikh ini masih dibuka kepada mana-mana Peneroka yang mahu ikut serta kerana beliau diberitahu masih ramai peneroka yang belum kesempatan mendaftarkan diri untuk menyertai tindakan menyaman Felda.

Peguam T. Kumar
Peneroka Jengka 25 yang hadir mendengar penerangan dan salah seorang daripada Peneroka yang hadir (tiada dalam gambar) adalah ahli UMNO, beliau menyatakan bahawa beliau hadir untuk mendengar penerangan, dan apabila mendapati bahawa penerangan yang diberikan adalah semata-mata untuk kepentingan peneroka beliau turut serta mendaftarkan diri untuk menyaman Felda. Beliau betul-betul terkilan dengan Felda yang hanya memberikan peratusan perahan disekitar 20% dan sebelum ini tidak pernah melebihi 18% sedangkan ujian di makmal mencatatkan melebihi 30%. Kenapa Felda mahu menipu peneroka? Tak sangka Felda sanggup menipu Peneroka lebih dari RM1000.00 setiap bulan!

Diatas permintaan seorang hadirin daripada Felda Sungai Tekam Utara, satu Majlis Penerangan mengenai isu peratusan perahan KPG akan diadakan di Felda Sungai Tekam Utara pada 7hb April 2011 untuk memberi peluang kepada peneroka-peneroka Jengak 1, Jengka 10 dan Sungai Tekam Utara mendengar penerangan mengenainya.

Suara Sri Andalas

Posted: 05 Apr 2011 11:11 PM PDT

Suara Sri Andalas


Kerajaan Selangor Cadang Bantu Rakyat Sarawak

Posted: 05 Apr 2011 03:10 AM PDT

SHAH ALAM 5 April - Kerajaan negeri bercadang menyalurkan bantuan melalui pelbagai saluran kepada penduduk Sarawak bagi membaik pulih beberapa kawasan di negeri tersebut menjelang Pilihanraya Sarawak pada 16 April nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika ditemui berkata, kesemua exco bersetuju untuk memberi bantuan kepada rakyat negeri Sarawak menerusi beberapa program yang dicadangkan di kawasan berkenaan.

"Bantuan ini adalah melalui kerajaan negeri di mana kita akan bina sebuah rumah panjang yang sebelum ini terbakar iaitu sebanyak 18 pintu. Selain itu, kerajaan negeri juga akan membina serta membaik pulih beberapa masjid dan surau untuk setiap kawasan masing-masing.

Dr Xavier menjelaskan, jumlah peruntukan yang bakal disalurkan kerajaan negeri kepada negeri Bumi Kenyalang itu adalah sebanyak RM500,000 dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.


Sumber: Selangorkini

Pendapatan PBT Selangor Meningkat

Posted: 05 Apr 2011 01:50 AM PDT

SHAH ALAM 5 April - Hasil kutipan pelbagai cukai di Selangor yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan peningkatan positif sepanjang tiga tahun bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Demikian jelas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dalam satu sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Exco di Bangunan SUK.

Ronnie menjelaskan jumlah kutipan cukai yang dicatatkan sehingga 2010 adalah sebanyak RM864,192,484.

Katanya, pada 2008, hasil kutipan cukai yang diperoleh PBT adalah sebanyak 89.4 peratus dan merupakan antara pencapaian baik yang direkodkan, namun ia tidak terhenti di situ sebaliknya terus diperbaiki pada tahun 2009.

"Pada tahun 2009, kita mencapai kutipan cukai sebanyak 90 peratus. Pada 2010, jumlahnya meningkat sedikit kepada 90.7 peratus. Ini menunjukkan pada keseluruhannya kutipan cukai pintu dan lain-lain di Selangor telah dipertingkatkan," katanya.


Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kepada PBT untuk membaik pulih beberapa kawasan pangsapuri dan jalanraya di Selangor sekiranya mereka memperolehi rizab.


Sumber: Selangorkini

Pemerdagangan Manusia : Kerajaan Selangor Gesa Putrajaya Tingkat Kerjasama

Posted: 05 Apr 2011 01:40 AM PDT

SHAH ALAM 5 April – Kerajaan negeri Selangor menggesa kerajaan persekutuan supaya memberikan hak sama rata dalam membanteras pemerdagangan manusia memandangkan ia adalah antara isu yang perlu ditangani bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, kerajaan persekutuan seharusnya memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung isu berkenaan.

Ini kerana jelas Rodziah, segala kes pemerdagangan manusia yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Adalah tidak adil sekiranya kerajaan persekutuan tidak memberikan kebenaran atau hak kepada kerajaan negeri untuk mengetahui perkembangan terkini isu tersebut. Isu pemerdagangan manusia adalah sesuatu yang serius dan perlu ditangani bersama untuk kebaikan semua pihak," katanya.


Jelas beliau, kerajaan negeri Selangor masih tidak diberi akses untuk berjumpa mangsa dan mengetahui keadaan sebenar yang berlaku sehingga kini. Kementerian Dalam Negeri hanya membenarkan Kementerian Pembangunan Wanita untuk mengetahui perkembangan mangsa pemerdagangan.

Kata Rodziah, aspek perlindungan mangsa dan pendakwaan penjenayah pemerdagangan manusia seharusnya memerlukan interaksi, kerjasama dan hubungan berkesan di antara badan-badan yang diamanahkan.

Kerajaan negeri Selangor merupakan satu-satunya badan kerajaan yang telah mewujudkan unit anti pemerdagangan dinamakan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (Mapmas) dan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (Mapo), selain turut melibatkan kerjasama jabatan dan agensi penguatkuasa serta Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tambahnya, langkah awal kerajaan negeri untuk memperkemaskan hubungan tersebut adalah dengan mewujudkan mekanisme berkesan dan aktif di peringkat PBT bagi menangani jenayah pemerdagangan manusia, seperti mewujudkan unit anti pemerdagangan manusia di setiap PBT.

"Usaha memberi kesedaran kepada ahli-ahli mesyuarat PBT telah dimulai dan mereka diharap akan menjadi mata dan telinga kerajaan negeri agar berupaya mengenal pasti amalan-amalan yang disyaki sebagai pemerdagangan manusia dan berupaya pula menghalang dan membanteras jenayah tersebut di peringkat komuniti," katanya.

Justeru Rodziah menjelaskan, dasar pengambilan pekerja asing yang berlandaskan persetujuan di peringkat kerajaan-kerajaan, akan dipastikan bagi mengelakkan elemen-elemen penipuan, ancaman dan seumpamanya dengan tujuan eksploitasi daripada syarikat-syarikat swasta atau lainnya.

"Pendekatan teliti kerajaan Selangor ketika ini ialah memastikan bahawa infrastruktur dalam bidang pendakwaan penjenayah dan perlindungan mangsa jenayah pemerdagangan manusia ini diperkemas dan berfungsi dengan berkesan.

Di samping itu, langkah proaktif dalam mensosialisasikan pengetahuan mengenai pemerdagangan manusia didedahkan kepada rakyat agar mereka juga menjadi agen membasmi jenayah keji pemerdagangan manusia," ujarnya.


Sumber: Selangorkini

Video Fitnah : Kenyataan Penuh Datuk Seri Wan Azizah Dan Nurul Izzah

Posted: 05 Apr 2011 01:30 AM PDT

Berikut kenyataan penuh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar :

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.


Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.


DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat


NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai


Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 05 Apr 2011 11:04 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


TOL direct to Nursery Operators - Sivarasa Supports You!

Posted: 05 Apr 2011 09:38 PM PDT

Nursery operators want state govt to give TOL


By JADE CHAN

jade@thestar.com.my





ABOUT 50 nursery operators in Sungai Buloh are appealing to the Selangor government to grant them the Temporary Occupation Licence (TOL) which they have been requesting for the past two years.



A representative of the nursery opeartors, Lee Chee Chong, said they had complied with all the requirements that the local authorities needed for TOL.



Lee said the nursery operators were upset with the possibility of an organisation taking over their land and did not want a repeat of what happened previously when they paid a few hundred ringgit every month to the Selangor Agriculture Development Corpora-tion (PKPS) for the management of their nurseries.



"The nursery operators have invested a lot into their businesses over the past 10 years.



"We also want the TOL to be granted to us as a contribution for having built Sungai Buloh's fame as a place for horticulture and landscaping resources," he said.





Updating on the latest: Dr Mohd Nasir (right) briefing the Sungai Buloh nursery operators. On his left is the group's representative Lee (in green shirt).

The nursery operators will be submitting a letter to Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim to seek a meeting with him soon.



There have been talk recently that the Sungai Buloh nursery plots will be taken over and managed by Yayasan Selangor.



Kota Damansara assemblyman Dr Mohd Nasir Hashim held a meeting with the nursery operators to address the matter and discuss their next course of action.



"All the local authorities involved, including the District Office, Syabas, Public Works Department and Petaling Jaya City Council, have already agreed to approve the nursery operators' applications for TOL.



"The District Office has even sent the paperwork on the TOL matter to the state government for its endorsement."



Nasir subsequently wrote to Khalid to seek clarification.



"The MB then asked the District Office to respond to my letter.



"I later met two of the state executive councillors who said everyone have agreed to having Yayasan Selangor come in," he said.

AMK KEDAH

Posted: 05 Apr 2011 09:35 PM PDT

AMK KEDAH


MANTAN KETUA AMK KEDAH DI LANTIK MENJADI AHLI DEWAN NEGARA(SENATOR)

Posted: 05 Apr 2011 12:08 AM PDT


ALOR SETAR, 5 April: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang bersidang semalam telah meluluskan perlantikan Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Saiful Izham Ramli (gambar) sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 21 Mei nanti.

Usul pelantikan beliau telah dibawa oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) dan disokong oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menggantikan Senator Zamri Yusof apabila tempoh perlantikannya berakhir kelak.

Saiful pada sesi pemilihan parti yang baru lalu telah dipilih menerajui PKR Cabang Merbok setelah penyandang yang juga Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din tidak mempertahankan jawatannya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-11, buat pertama kalinya beliau telah dipilih untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional, Datuk Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Merbok tetapi tewas dengan majoriti 15,162 undi.

Azizan ketika mengemukakan usul tersebut turut merakamkan penghargaan rakyat di negeri itu kepada Zamri yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.

Sementara itu, Dun Kedah turut dimaklumkan tentang perlantikan semula Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Yusof Hussin bagi tempoh sepenggal lagi berkuatkusa pada tarikh yang sama.

Suriati tidak gentar tumbangkan KM Sarawak

Posted: 04 Apr 2011 11:54 PM PDT


Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.

Sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.

"Saya akan menumbangkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri.

"Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya," dakwanya ketika ditemui selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.

Beliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.

Suriati, yang juga lepasan sekolah menengah, berkata akan menjadikan isu tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

- Bernama

Mood rakyat Sarawak cenderung pada KEADILAN, Pakatan- Anwar

Posted: 04 Apr 2011 11:42 PM PDT


MIRI: Persiapan jentera yang mantap di setiap kawasan yang ditandingi dan disiplin ahli sepanjang tempoh berkempen merupakan asas kemenangan KEADILAN pada pilihan raya negeri 16 April ini, kata Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, jentera KEADILAN dan setiap ahli perlu bekerja lebih keras bagi merealisasi kemenangan tersebut, memandangkan rakyat Sarawak kini cenderung menyokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Mood rakyat Sarawak kini cenderung kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh setiap ahli dan aktivis parti adalah meneruskan gerak kerja kempen berterusan di seluruh pelusuk kawasan.

"Koordinasi di antara parti-parti Pakatan Rakyat, iaitu Pas dan DAP akan membantu kempen Keadilan," katanya semasa pertemuan bersama jentera parti di Hotel Talang Usang, dekat Miri, hari ini.

Turut hadir ialah tiga calon Keadilan yang bertanding bagi kawasan tersebut, iaitu Zulhaidah Suboh yang bertanding bagi kawasan Lambir, Dr Michael Teo Yu Keng (Senadin) dan Ishak Mahwi (Bekenu).

Anwar dalam rangka lawatan padat ke negeri bumi kenyalang itu bagi membantu kempen KEADILAN dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya negeri 16 April ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10662

Anwar Ibrahim

Posted: 05 Apr 2011 07:53 PM PDT

Anwar Ibrahim


Sidang Media Mengenai Isu Suruhanjaya Diraja Isu Video Dato ‘T’

Posted: 05 Apr 2011 01:32 AM PDT

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 5 April 2011

SIDANG MEDIA MENGENAI ISU SURUHANJAYA DIRAJA ISU VIDEO DATO T

Dimaklumkan bahawa satu sidang media yang diketuai oleh YB Tuan Karpal Singh akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 6 April 2011 (Rabu)
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Lobi, Parlimen Malaysia

Antara yang akan menghadiri sidang media ini adalah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat serta para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat .

Wakil media dijemput hadir untuk meliputi sidang media ini.

Sekian, terima kasih.

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT

Orang Ramai Boleh Tangkap Trio Dato T- Karpal Singh

Posted: 04 Apr 2011 11:09 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap 'Trio Dato T' yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai 'citizen arrest' untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

"Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, " kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

"Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga," ujarnya.

Kenyataan Media / Media Statement Dr Wan Azizah, Nurul Izzah

Posted: 04 Apr 2011 10:27 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

———————————————————————

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE
5th APRIL 2011

Yesterday, the sex video that was first screened at Carcosa Seri Negara was shown in part on pro-UMNO websites.

Our family has been tested with many challenges since 1998. So many false accusations and aspersions have been cast onto the person of Datuk Seri Anwar Ibrahim. Each accusation was no doubt a heavy burden, yet Datuk Seri Anwar had no choice but to wade through and overcome each and every disgusting, disturbing, and demeaning accusation.

Yet if we were to recall all these accusations, it is truly mind-boggling to imagine that Datuk Seri Anwar was guilty of committing each and every one of them, in which some accusations contradicted others.

In the case of this new video, our entire family made the decision to view said video.

The video is the clearest proof yet that for all those who truly know Datuk Seri Anwar, this new accusation is none other than a vile, false and baseless accusation.

Who else would know the man as intimately as us, his closest and nearest family members, who have been through thick and thin with him, from the moment he took in the mainstream leadership of this country through the dark days when he slowly recovered from all the pain he endured when he was imprisoned.

It is clear that the body and physique of the actor in the video is extremely different from the body and physique of Datuk Seri Anwar Ibrahim. This is strengthened by the fact that for over a year now Datuk Seri Anwar Ibrahim has been accompanied by his children whenever he exercises and undergoes physiotherapy as part of recuperative measures for his injured spine.

As such, our family holds the opinion that the spreading of this video is another example of the gutter politics that is patronized and valorized by UMNO-Barisan Nasional. We reject wholeheartedly this form of politics and call on Malaysians to be together with us in upholding justice and in the rejection of such politics. Let us together bring back the agenda for holistic reforms in the political, economic and social systems in our beloved nation.

We are reminded of Allah s.w.t.’s firman in surah Al-Buruj, verse 10: “Verily, those who put into trial the believing men and the believing women (by torturing them and burning them), and then do not turn in repentance (to Allah), then they will have the torment of Hell, and they will have the punishment of the burning Fire.”

In facing this attack on our family’s dignity, we believe that goodness will cannot but arise just as falsehood cannot but fall. The distribution of this edited video coincidentally falls on 4th April 2011, which we are reminded is the 12th anniversary of the birth of Parti Keadilan Nasional which arose, again, out of the tumult of national politics.

These accusations comes from the greed for power, and a form of politics which has lost its moral compass. We must be civil yet critical of our differing viewpoints, but should never resort to personal attacks that defile and defame.

We hope that all Malaysians will not be trapped by these games of UMNO-Barisan Nasional, but instead forge ahead in upholding justice and the truth.

DATUK SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President of Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Vice President of Parti Keadilan Rakyat and Member of Parliament for Lembah Pantai

Family members of Datuk Seri Anwar Ibrahim

Wee Choo Keong

Posted: 05 Apr 2011 03:23 PM PDT

Wee Choo Keong


Questions Time: 05 April 2011 BNM: kerosakan wang kertas – kurang jelas dan luntur

Posted: 05 Apr 2011 08:51 AM PDT

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kewangan menyatakan kerugian terperinci yang mana Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa menanggung kerugian besar akibat kesalahan dalam pencetakan wang kertas Malaysia, yang menimbulkan masalah kekurangan wang kertas baru untuk Perayaan Tahun Baru Cina, serta memberi nama agensi atau syarikat yang dilantik untuk menguruskan kerja pencetakan wang oleh [...]

05 April 2011 Sumbangan kepada warga emas oleh Poling Keong di Wangasa Maju

Posted: 05 Apr 2011 06:49 AM PDT

Hari ini saya telah dijemput oleh pihak Tokong  Poling Kong di Danau Kota Wangsa Maju untuk bersama-sama dalam majlis sumbangan kepada warga emas dan masyarakat kurang upaya (OKU). Walaupun terpaksa datang dari Parlimen tetapi saya amat berbesar hati kerana dijemput memandangkan majlis tersebut diadakan khas kepada warga tua dan mereka-mereka yang kurang upaya. Jarang sekali [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 05 Apr 2011 11:25 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Satu, satu, bala datang N.Sembilan, 109 tahanan melarikan diri pula

Posted: 05 Apr 2011 02:28 AM PDT


Nampaknya satu demi satu bala turun di Negeri Sembilan ini, yang semakin membingungkan dan memeningkan pihak polis yang sedang sibuk sekarang ini memantau pergerakan aktiviti Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan. Setelah Pusat Latihan Polis di Port Dickson dilanda wabak Adenovirus yang boleh membawa maut, muncul pula kes serangan asid di Seremban. Kini satu lagi masalah 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dimana mereka merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam tadi 4 April 2011.

Ada Umno kisah? Atau mereka hanya kisah video lucah dan pastikan semua aktiviti, ceramah Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini dipantau setiap inci, penjenayah, Adenovirus, tahanan adalah tidak merbahaya agaknya.

Seramai 109 pendatang tanpa izin dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam tadi.

Sehingga tengah hari tadi, pihak berkuasa yang menggunakan helikopter serta anjing pengesan, berjaya menangkap 23 daripada mereka.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abdul Manan Mhd Hassan berkata, perusuh telah membakar sebuah bangunan tahanan dalam depot itu dan mengambil kesempatan untuk merempuh pagar 10 meter dari blok yang terbakar itu untuk melarikan diri ke dalam satu kebun kelapa sawit.

"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat bagaimana mereka memperoleh api untuk memulakan kebakaran," katanya kepada pemberita di depot itu hari ini.

Abdul Manan berkata beliau yakin ramai lagi tahanan akan dapat ditangkap kerana semasa kejadian, mereka hanya mampu bersembunyi di dalam hutan yang gelap dan pada waktu siang, sekatan jalan raya, rondaan kereta polis serta tinjauan unit udara akan menghalang mereka mendapatkan bantuan pengangkutan awam.

Katanya sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan Thailand.

"Selepas siasatan kita mendapati tahanan merusuh disebabkan berlaku kesesakan dalam blok yang mereka duduki selain memberi alasan tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan serta kerana proses tahanan yang terlalu lama," katanya.

Ada tahanan yang menunggu proses penerimaan oleh negara ketiga melalui Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan proses ini biasanya mengambil masa terlalu lama sehingga menyebabkan mereka hilang sabar, katanya.

"Ada tahanan yang sudah berada di depot sehingga 12 bulan," katanya.

Semasa kejadian, depot itu menempatkan 348 orang tahanan lelaki dan 192 tahanan perempuan.

Pendatang perempuan bagaimanapun tidak terlibat dalam kejadian itu, katanya.

Sebanyak empat jentera bomba digunakan untuk mengawal kebakaran dan tiada kecederaan yang berlaku.

- Bernama

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=576490

Polis PDRM sah Parti Komponen BN

Posted: 04 Apr 2011 08:35 PM PDT


Kah, kah, kah, ini memang lawak, Raja Lawak, Maharaja Lawak. Polis berpakaian preman telah ditangkap gambarnya turun dari kereta peronda polis yang canggih mencabut bendera Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan digantikan dengan bendera BN sebelum lawatan PM ke Pulau Pinang pada April 2011.


PDRM parti komponen BN.


TERGADAI SUDAH MARUAH POLIS, Kah, kah, kah, kah, ini Memang MAHARAJA LAWAK.


SIAPALAH NAK HORMAT POLIS LEPAS NI !


Laporan bergambar polis Malaysia yang Professional, PANTAS, CEKAP, CEPAT, BETUL tersebut di http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/04/police-are-bn-bannermen/

Rakyat N.Sembilan pula diserang asib, Bala, Bala

Posted: 04 Apr 2011 05:03 PM PDT


Setelah 14 penduduk Kuala Lumpur diserang asid oleh penunggang motosikal misteri, kini penyerang asid tersebut telah datang ke N.Sembilan. Mangsa terbaru ialah seorang surirumah Zurinah Tengkis dan anak saudaranya telah diserang di Mantin, N.Sembilan. Memang Bala telah melanda Malaysia dan N.Sembilan.


( Sila baca artikel sebelum ini : 3 pelatih polis meninggal dunia, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html )


'Splash-and-run' spreads to Seremban with two victims


Monday, April 4th, 2011 12:46:00


CRUEL ACT: Zuhainah in pain and misery on her hospital bed


KUALA LUMPUR: A housewife in Mantin, Negri Sembilan, and her niece are the latest victims of a "burning liquid" attack last Saturday night when they were riding a motorbike home after dinner. Zuhainah Tengkis, 27, suffered a swollen eye, burns on her face, chest and hands. She is now under intensive care at Hospital Kuala Lumpur.


Zuhainah and her teenage niece Shakilla Sulaiman were on the way home from Jalan Mantin to Batu Lima at 9pm when two men on a bike suddenly appeared alongside them. Zuhainah before the attack "One of the men said 'Hi' to us and when we turned in his direction, we felt liquid being splashed on us, causing a burning sensation. The men then fled," said Shakilla, 18. "I was lucky as the liquid splashed my helmet but my aunt suffered burns to her face." Despite the injuries, Zuhainah rode straight home with Shakilla behind her.


Their screams for help was heard by her husband, rubber tapper Azman Jani, 30. "I heard my wife and niece scream. I rushed out only to see my wife's face swollen and red with burns," said Azman. "My relatives helped me use a garden hose to spray Zuhainah with watter. This brought her some relief before we rushed her to Hospital Seremban. At 1am yesterday she was transferred to Hospital Kuala Lumpur." Mantin is 64km from Kuala Lumpur which saw four "splash and run" attacks in Bangsar, Brickfields and Jalan Conlay resulting in injuries to 14 victims over the past month.


The Malay Mail visited Zuhainah at HKL yesterday. She was still in a daze. "I don't have enemies and I don't know why my niece and I were targeted," said Zuhainah who had a fleeting glance of her attackers. "The men were fat and darkskinned. They wore green uniforms with badges resembling Rela uniforms. They had black boots and their bike was a red-coloured Yamaha Lagenda." It is understood Zuhainah has to undergo treatment at HKL for at least three weeks. Zuhainah's elder sister, Salbiah Tengkis, 30, said: "We are distraught at what happened. We hope police will catch the suspects."


"Initial investigations showed the number plate on the attacker's motorcycle was fake," said Seremban district police chief ACP Saiful Azly Kamaruddin, adding this is the first splash-and-run case involving a caustic chemical in Seremban. "Jalan Mantin is a lonely area. We are waiting for lab results on what chemical was used on Zuhainah and Shakilla." Victim's transfer request will be known in a week


KUALA LUMPUR: A teacher who requested for a school transfer after being splashed with corrosive liquid while passing SRJK Tamil Vivekananda near Jalan Sultan Abdul Samad in Brickfields here on March 25, will know the decision in a week. The 25-year-old history teacher of SMK Vivekananda, who preferred to be known only as Ng, said she submitted the transfer request on Friday to the Education Ministry. "I was told a decision on my request will be known in a week's time. I pray they grant my request as I do not feel safe working in KL anymore," she told The Malay Mail.


"I want to continue teaching because that's my calling." Ng, who started at SMK Vivekananda in January after graduating from University Perguruan Sultan Idris (UPSI) in Perak last October, suffered discomfort in her eyes and burns on her chest from the liquid-splashing attack by a motorcylist at 7am on March 25. "Blood kept oozing from the burn injuries near my nipples for several days until my latest treatment at a private clinic," she said. "My injuries had dried up but I have to constantly clean the wounds." Initially, Ng had problems sleeping and would wake up crying. "I am now on sleeping pills to help me rest at nights. Now the sound of a motorcycle engine makes me fidget," she said.


The motorcyclist approached Ng from behind as she was passing the primary school to get to the secondary school in the same compound. The liquid splashed on her eyes, baju kurung and bag. She was rushed to the school canteen by a couple who had just sent their children to the school. At the canteen, Ng's wounds were run over with water before an ambulance took her to University Malaya Medical Centre (UMMC).


Due to the burns, she has problems wearing normal clothes as it hurts whenever the fabric touches her wounds. Ng described her assailant as a man of dark complexion. She was the 12th of 14 victims of "splash and run" motorcyclists in KL over the past month. First, on the afternoon of March 2, eight primary pupils and a teacher of SK Bukit Bandaraya in Bangsar were splashed with a "burning liquid" by a motorcyclist.


Next, on the evening of March 24, two marketing executives suffered burns from being splashed by a motorcyclist near Jalan Tun Sambanthan in Brickfields. After the attack on Ng on March 25, a French man and his female companion were also splashed with burning liquid at Jalan Conlay on the afternoon of March 26. Police urged eyewitnesses and the public who have information on the incidents and the attackers to come forward, but all cases remain a mystery.


Bala Wabak Adenovirus melanda N.Sembilan, Bertaubatlah

Posted: 04 Apr 2011 04:35 PM PDT



PELATIH perajurit muda tentera memakai topeng mulut beratur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson semalam.


Tiga virus serang Kem Pusasda


Kosmo 5 April 2011


PORT DICKSON - Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang di sini disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.


( Sila baca artikel sebelum ini : 3 pelatih polis meninggal dunia, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html )


Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.


"Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1. "Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius," katanya ketika melakukan lawatan mengejut ke pusat latihan berkenaan semalam.


Menurut Ahmad Zahid, wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD). "Kelmarin selepas ujian saringan awal dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa lapan pelatih berkenaan disahkan dijangkiti tiga virus terbabit.


"Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD menakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas," ujarnya. Jelasnya, ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

BULETIN RAKYAT

Posted: 05 Apr 2011 11:24 AM PDT

BULETIN RAKYAT


TS KHALID IBRAHIM - RAKYAT BERHAK PEROLEHI GERAN TANAH

Posted: 04 Apr 2011 08:30 PM PDT

KALUMPANG - Kerajaan Negeri menyedari wujud kontroversi berkaitan permohonan tanah di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara masalah yang timbul membabitkan permohonan tanah kosong atau tidak diusahakan selain permohonan tanah berstatus pendudukan tanah sementara (TOL). Menurutnya, Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak memberikan hak pemilikan tanah kepada pemohon bagi permohonan di tanah-tanah kosong. "Kita juga tidak memberikan hak kepada tanah yang disewakan seperti kebanyakan dibuat pemilik TOL yang menyewakan tanah mereka kepada orang lain. "Bagaimanapun, penyewa ada hak untuk memohon dan memperoleh hak milik tanah sekiranya menduduki tanah tersebut untuk tempoh 10 hingga 15 tahun," katanya selepas menyampaikan Borang 5A kepada 27 penduduk Kampung Sejantung di sini kelmarin. Hadir sama pada program itu, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Elizebert Wong, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Penghulu Mukim Kalumpang, Abdul Ghani Surani serta beberapa Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor. Khalid berkata, tujuan Kerajaan Negeri melaksanakan pendekatan tersebut untuk memberi keutamaan dan kelayakankepada semua rakyat memiliki rumah sendiri. Menurutnya, menerusi pendekatan itu Kerajaan Negeri dapat memastikan semua rakyat yang mengusahakan tanah memperoleh hak pemilikan tanah. Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri berhasrat menjayakan usaha setinggan sifar yang lebih berkesan dengan memberikan rakyat hak yang sewajarnya diperolehi.
Sementara itu, Khalid berkata, Kerajaan Negeri telah menyelesaikan lebih 80,000 masalah pemilikan tanah di Selangor dalam tempoh tiga tahun pentadbirannya di negeri ini. Beliau berkata, penyelesaian itu meliputi pemberian geran tanah dan borang 5A di mana penyelesaian menerusi pendekatan berbeza dilakukan kerajaan terdahulu yang menggunakan TOL yang dilihat tidak menyelesaikan masalah pemilikan tanah rakyat. Khalid turut mengakui wujud lebih 100,000 permohonan geran tanah di negeri ini dan menurutnya jumlah tanah yang ada mampu menampung jumlah permohonan itu sekiranya diteliti. Dalam pada itu, Khalid meminta kerjasama ketua-ketua kampung dan masyarakat memberi kerjasama kepada pegawai daerah dan penolong pegawai untuk melaksanakan pemantauan seterusnya menyelesaikan masalah permohonan geran dikemukakan penduduk di kawasan masing-masing.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 05 Apr 2011 09:37 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Video fitnah : Chegu Bard akan dedah sesuatu yang penting esok

Posted: 05 Apr 2011 02:09 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin akan mendedahkan sesuatu yang penting berkaitan Video fitnah yang dipertontonkan kepadanya di sebuah hotel baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sedang memeriksa sumber itu sekali lagi hari ini sebelum mengeluarkan satu kenyataan petang esok.

"Pendedahan esok, akan lebih menggambarkan konspirasi sebenar pihak yang mendalangi video fitnah ini. Pihak tersebut pula memiliki hubungan yang rapat dan akrab dalam menjaga kepentingan Umno Barisan Nasional di negara ini," katanya ketika di hubungi Keadilandaily.

Difahamkan, individu yang menempah bilik di mana video itu dipertontonkan kepadanya mempunyai kaitan dengan seorang kenamaan dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu yang mulanya ditayangkan trio Dato T di Hotel carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, yang turut dipertontonkan kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato Johari Abdul.

Namun Badrul dan Johari menafikan sekeras-kerasnya lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan bentuk tubuh badan pelaku dalam video seks terbabit.

Semalam, beliau turut mengulas sedutan video rakaman tersebut, yang dimuat naik ke laman You Tube dan disiar oleh blogger Umno-BN.

Menurutnya, Video lucah hampir dua minit itu sengaja disunting sebegitu rupa supaya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan," kata beliau yang lebih mesra dengan panggila Che Gu Bard.

Sementara itu, isteri dan anak Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar dalam sidang media hari ini turut menafikan Anwar adalah individu dalam rakaman itu.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk tubuh Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuhkan lagi memandangkan sejak lebih setahun lalu , anak-anak saya sering menemani papanya setiap kali beliau pergi membuat aktiviti senaman dan fisioterapi sebagai sebahagian dari pemulihan tulang belakang.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tuduhan terbaru itu adalah satu fitnah zalim dan palsu. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau tidak bukan kami keluarga terdekat yang telah bersama beliau dalam susah dan senang," kata Azizah.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/

Video fitnah: Pendapat menarik

Posted: 04 Apr 2011 09:31 PM PDT

Mohd Faizal · Institut Teknologi Mara, Arau, Perlis


bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason...

1.kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly.

2.scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene..

Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu...aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..wallahualam..hanya tuhan yang tahu...

Pendapatnya disambung lagi....

Mohd Faizal · Institut Teknologi Mara, Arau, Perlis

Kepada semua pembaca..apa yang aku cakap bukan satu 100% kepastian..hanya satu pandangan berdasarkan sedikit pengalaman aku edit video....but kalau nak tahu macam mana buat boleh cari di youtube. cari perkataan split screen..kita boleh tengok betapa mudahnya buat...aku kasi satu cth video ni:



Satu lagi pembaca menyatakan ...


Zul Ikhwan · Smk saujana impian,kajang

By using our head n logik, doyou all think that this is DSAI. Frankly I think is not him. Why because it dose not even look like him. Npe pol*s xnk tahan RTC sbb dedah kn video ni kpde org rmai.. nmpk sgt die nk perbodoh kn org malaysia ni dgn beri kenyataan yg die xbg kepada sesiapa pun salinan ni kecuali pol*s.. kalo pol*s xamik tndakan n x siasat dgn betol n xbg bukti dalam mase yg cepat rkyat akn pndang yg pol*s telah dedah kn video yg xbetol ni. Wahai org2 BN gune akal, perap dlm otak masing2 n pikir ape yg BN telah ajar kowg untuk hidup bawah pemeritahan mereka, lme2 nnt video lucah brleluasa la jadi nye, rasuah jd no 1 dalam malaysia, khianat fitnah jd kebiasaan... Pol*s masuk kn jela dlm lokap RTC, SEA and SL 2, nmpk sgt diowg dalang yg xbermaruah n xde otak, sbb dendam sggup bagi dosa pada rkyat untuk tonton bende2 mcm ni.. pikir2 kn la...

Sorry gambar porno itu aku tak masukkan dalam blog aku ..kalau nak tengok juga kat FB di sini


Dosa menyebarkan fitnah .. aku tak sanggup


Aku bukan gerombolan yang teguk arak warna hitam ...


Apa apa pun, video fitnah terbaru itu adalah fitnah akhir zaman yang sudah dinyatakan oleh Allah swt. Dan mereka yang mengeluar serta mengedarkan nya adalah manusia yang dipilih untuk merealisasikan tanda-tanda akhir zaman itu. Maka tanggung lah dosa dosa tersebut dan nikmati lah pembalasan yang setimpal dengannya.

Wakakak !!!
 
Sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Pengikut