Khamis, 31 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 31 Mar 2011 03:15 PM PDT

Q : Apa gunanya saman ekor?

A : Saman ekor sangat berguna untuk mengawal pemandu-pemandu Malaysia daripada memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Q : Apakah keburukan saman ekor?

A : Keburukan saman ekor adalah sistem saman ekor tidak dapat berfungsi ketika hujan kerana anggota polis yang perlu "menyaman ekor" itu tidak mahu basah kuyup pakaiannya.

Q : Apakah kebaikan saman ekor?

A : Kebaikan saman ekor adalah sistem ini bergantung kepada sistem "surprise" di mana anda akan secara tiba-tiba mendapat surat mengatakan anda telah pun disaman.Kami assume semua orang sukakan parti hari jadi mengejut.Konsep sama diaplikasikan dalam saman ekor.

Q : Bagaimanakah saman ekor berfungsi?

A : Saman ekor berfungsi dengan seorang anggota polis bawahan (khasnya pegawai baru) dijadikan mangsa untuk menyorok di dalam semak atau di bawah jambatan berbekalkan speed gun untuk menembak mana-mana kereta yang didapati memandu melebihi had laju.Jika didapati lebih daripada had laju,surat saman akan dihantar terus ke alamat pendaftaran tuan punya kenderaan.

Q : Bolehkah sistem ini disalah gunakan?

A : Boleh.Cari seorang lelaki yang anda tidak gemari dan merayulah pada dia untuk meminjamkan kepada anda kereta dia.Pandulah dikawasan yang sudah terkenal dengan kawasan speed trapnya (cth. Federal Highway) dan pandulah selaju mungkin.Ulangi untuk beberapa hari.

Q : Jika anggota polis perlu menyorok untuk memeriksa kadar kelajuan,apa sebenarnya motif saman ekor ini?

A : Motif saman ekor ini jelas sekali untuk menghukum anda yang lalai.Jika anda gemar memandu melebihi had laju,sudah pasti akan makin banyak saman ekor yang akan anda terima.

Q : Kenapa anggota polis perlu menyorok di dalam longkang atau di dalam semak?

A : Tindakan ini hanyalah untuk memastikan anda tidak dapat melihat kelibat anggota polis yang terbabit.Sebab lain untuk anggota polis menyorok adalah untuk memastikan anda memandu laju dan anda tidak mematuhi undang-undang untuk membolehkan pesalah trafik leka dan boleh disaman.

Q : Jika anggota polis tadi menyorok menyebabkan saya memandu laju,kenapa anggota polis itu tidak menampilkan dirinya?Bukankah ini akan membuatkan saya memandu dengan lebih perlahan?

A : Dikhuatiri,jika lebih ramai orang Malaysia memandu dengan perlahan,ini akan menyebabkan kurangnya bilangan saman ekor yang dapat dikeluarkan dan seterusnya mengurangkan hasil kutipan saman yang mampu dikutip setiap tahun daripada pesalah trafik.Ini semua berkaitan dengan ekonomi,inflasi,KDNK,GDP dan pelaburan domestik.Saya sendiri kurang fasih mengenai benda ini tapi apa yang diberitahu,bayaran saman mampu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Q : Saya tak faham jawapan itu tadi.

A : Ringkasannya begini.Anda pandu laju,kami dapat tembak,anda kena saman,duit anda terbang,kerajaan pun gembira,ekonomi makin kukuh dan anda adalah penyumbang kekukuhan ekonomi.

Q : Bukankah lebih baik jika "Saya nampak ada polis bertugas,saya bawak perlahan,saya tak langgar undang-undang,trafik pun bergerak lancar"?

A : Harap maaf,anda tidak layak mempersoalkan modus operandi kami.Anda mesti merasakan,mencegah adalah pendidikan yang lebih baik untuk pesalah trafik.Pihak kami pula merasakan menghukum adalah pendidikan terbaik untuk pesalah trafik.

Kami bukan seperti Kementerian Kesihatan yang cukup suka mencegah nyamuk Aedes.Jika kami diberi kuasa untuk melawan masalah demam denggi,apa yang kami akan lakukan adalah biarkan sahaja rumah anda dipenuhi dengan nyamuk aedes dan apabila anda sudah terkena demam denggi,kami akan saman anda kerana menjadi penyebar demam denggi ketika anda sedang demam denggi.Itu adalah satu method hukuman yang sangat berkesan terhadap rakyat Malaysia.

Q : Bolehkah anda terangkan analogi itu dengan lebih jelas?

A : Modus operandi saman ekor tidak bertujuan untuk mencegah kesalahan trafik.Saman ekor bertujuan untuk menghukum kesalahan trafik kerana kami percaya kadar disiplin pemandu-pemandu di Malaysia membolehkan kami layak mempraktikkan taktik hukuman sedemikian supaya pesalah trafik beringat selepas membuat salah.Keywordnya di sini,selepas membuat salah.Sekali membayar saman,selamanya akan teringat denda yang terkena dan kesalahan yang dilakukan dapat dikawal oleh pemandu.

Q : Bagaimana pula dengan mereka yang masih memandu laju tetapi belum pernah di saman ekor?

A : Golongan seperti itu satu hari nanti sudah pasti akan dapat juga kami saman,asalkan pihak rakyat bekerjasama memastikan tidak ada yang memberikan signal "high beam" untuk memaklumkan kepada pemandu lain yang ada speed trap di kawasan berkenaan.Biarkan mereka lalai dan jangan beritahu mereka.Apa yang anda dapat bila anda tolong mereka terlepas dari kena saman?

Q : Bukankah itu sesuatu yang bagus dalam memastikan semua kenderaan mengikut had laju?

A : Tidak.Itu bukanlah sesuatu yang normal dan pihak kami tidak mahu menempatkan seorang anggota trafik di kawasan yang kurang berkemungkinan kesalahan trafik akan dilakukan kerana ini melibatkan pembaziran wang cukai negara dan tenaga kerja anggota polis. Jika kami mengadakan operasi speed trap,kami mahu nampak resultnya,jadi dalam hal ini,resultnya adalah dalam bentuk saman ekor.Apa saja yang kami lakukan adalah demi kepentingan negara jadi semua usaha perlu balik modal.

Q : Soalan terakhir,kita semua sudah sedia maklum,pemandu Malaysia akan berdisiplin jika nampak anggota polis di jalan raya.Kenapa perlu menyorok?

A : Itu sudah kali kedua anda bertanya soalan ini.Saya akan jawab lagi sekali,jika anggota polis trafik itu tidak menyorok,bagaimana kami dapat mengeluarkan surat saman jika semua orang memandu dengan berhati-hati?

cursingmalay

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 31 Mar 2011 03:13 PM PDT

[TMI] KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. 

"Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti "tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi."

"Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan

"Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan," kata beliau.

Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. 

"Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan. 

"Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan," katanya.

Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik "di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok."

"Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. 

"Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar," kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, "agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan."

Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.

Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.

Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. - G Manimaran

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut