Ahad, 27 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biaqpila

Posted: 27 Mar 2011 03:04 PM PDT

Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.

NONEKeseluruhan proses bagi siasatan berhubung video lucah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya mengambil masa kira-kira lima jam.

Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga "Datuk T" ini amat berat kerana membabitkan ketua pembangkang dan seperti kata Rahim (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasat ke atas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira jam 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

NONEKes Teoh hanya membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya.

Lima jam untuk Rahim dan Eskay… berbanding penahanan semalaman yang terpaksa ditempohi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua.

Dendam...

Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu.

NONEKhamis lalu juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah.

Pembabitan Rahim yang secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar.

Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu.

NONEHujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh PKR.

Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti dilihat menjalankan siasatan secara profesional dan paling penting - adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar.

Pembohongan...

Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay Khamis lalu sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan.

NONEKredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu - satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan oleh dua individu itu kepada pihak media.

azlanEskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu.

Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan.

Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu.

NONEJusteru video lucah itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti.

Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba Datuk T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media "kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah."

Nyata polis tidak perlu mengambil seluar dalam Rahim ataupun Eskay (buat masa ini). Namun polis mempunyai tanggungjawab untuk tidak diheret dalam agenda politik mana-mana pihak dan menjalankan siasatan berwibawa, secara professional dan berkecuali.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 27 Mar 2011 03:04 PM PDT

[Gambar-18SX] Jurugambar CUN Berbogel di Kawasan Awam, New York. Gila!

Posted: 27 Mar 2011 06:29 AM PDT

Berita menarik daripada DM.

Biasanya, jurugambar merakamkan aksi/ragam manusia atau fenomena alam, atau apa-apa sahaja.

Namun jurugambar cun bernama Erica Simone mempunyai pendapat yang berbeza. Dia membuat keputusan untuk berbogel - menangkap gambar sendiri - di jalan/kawasan awam sekitar New York. 

Gadis berusia 25 tahun itu tidak segan untuk berbuat demikian atas alasan seni.

Bercakap kepada pihak DM, "Pada mulanya, hal itu seperti, 'Bolehkah saya melakukannya?' 'Saya menyukai idea itu, namun tidak ada keberanian untuk melakukannya- Saya bukan exhibitionist sepenuhnya."

"Namun, saya berjaya melakukannya pada hari pertama di West Village dan saya tidak ditangkap oleh pihak berkuasa."

Kesemua 20 keping gambar bogel yang dirakamkan di sekitar New York itu merupakan sebahagian daripada material pameran terbaharu Simone, iaitu Nue York: Self-Portraits of a Bare Urban Citizen yang bakal dilancarkan bulan depan di Galeri Dash, Tribeca.

Maaflah, berita fasal kegilaan jurugambar ini terlalu panjang. Saya tidak mahu menterjemah lanjut fasal kegilaannya. Saya yakin akhbar tempatan akan menterjemahkannya nanti. Anda boleh baca butiran lanjutnya kemudian.

P/s: Dunia akhir zaman tuan-tuan!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Raja Sesumpah Ezam PENAKUT?

Posted: 27 Mar 2011 05:26 AM PDT

Saya dengar berita di Awani tadi. Cerita fasal Raja Sesumpah Ezam yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia TIDAK BERMINAT untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Katanya, tiada perancangan untuk bertanding biarpun BN menawarkannya menjadi calon untuk mewakili parti itu. Walaupun tidak mahu bertanding, Ezam menegaskan bahawa dia akan membantu BN merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Saya tidak mahu mengulas panjang fasal Raja Sesumpah ini. Saya cuma pelik kerana tatkala MP Katak sedang hebat membodek Najib untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Si Raja Sesumpah ini pula sebaliknya. Adakah dia hanya hebat berkata-kata tetapi takut untuk berhadapan dengan rakyat? Raja Sesumpah seorang yang penakut? 

Dia melalak di media dan di lapangan ceramah memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin dan Pakatan Rakyat, namun tidak mahu bertanding dalam pilihan raya. Jika dakwaannya benar, dan setiap dakwaannya itu diterima oleh rakyat khususnya di Selangor, tempat yang lazim kelihatan dia dan puak UMCO mengadakan ceramah, mengapa takut untuk bertanding dalam pilihan raya?

P/s: Kalau tidak ada "telor" mengaku sahajalah!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

[Video] Wanita Dakwa Dirogol Bergilir-gilir 15 Konco Gadaffi

Posted: 27 Mar 2011 03:15 AM PDT

Seorang wanita Libya mendakwa dirinya dirogol secara bergilir-gilir, dikencing, didera, dan dihina oleh 15 lelaki yang didakwanya konco Gadaffi, selama dua hari. 

Iman al-Obeidi mendakwa konco Gaddafi itu menahannya di suatu sekatan jalan raya sebelum dia diikat dan kemudiannya didera dan dirogol oleh mereka lapor DM.


Semasa membuat dakwaan itu, mukanya kelihatan calar-balar dan luka. Dia mendakwa ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pemberontak dari Bandar Benghazi. Semasa sidang media itu, Iman turut menyelak kainnya untuk menunjukkan kesan cedera pada kakinya.

Dia yang membuat sidang akhbar di Tripoli di depan wartawan media asing menceritakan dakwaannya sebelum sidang media itu dihentikan oleh pegawai kerajaan yang kemudian menahannya.

Kedatangan pegawai kerajaan itu menimbulkan sedikit kekecohan. Dalam kejadian itu, kamera milik CNN dirampas dan dipecahkan oleh kumpulan yang menyokong kerajaan.

Ketika dibawa pergi, Iman menyatakan "Sebaik sahaja saya dibawa pergi, mereka akan memenjarakan saya."

Jurucakap kerajaan Moussa Ibrahim memberitahu media bahawa penyiasat mendapati wanita itu mabuk dan berkemungkinan mengalami masalah mental.

P/s: Dalam hal ini, kejadian dan dakwaan ini boleh jadi suatu bentuk propaganda Amerika Syarikat dan kumpulan pemberontak, boleh jadi juga dakwaan wanita itu benar!

Video:

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Anak Biri-biri + Anjing

Posted: 27 Mar 2011 01:45 AM PDT

Pakar-pakar veterinar menyatakan bahawa perkara yang terjadi adalah suatu yang mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai suatu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.

Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya Xian, Wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama dengan anjing-anjing lain.

"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut apabila melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.

Kini, ladangnya dikunjungi oleh penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.

Mengulas tentang kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.

"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, anak biri-biri itu ganjil," katanya.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Senat Mexico Sokong Orang Curang

Posted: 27 Mar 2011 12:30 AM PDT

Berita AFP melaporkan bahawa Senat Mexico memansuhkan undang-undang menipu pasangan yang menetapkan perbuatan itu sebagai suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.

Sebanyak 69 Senator kecuali seorang yang tidak hadir, mengundi untuk membatalkan hukuman orang yang melakukan hubungan luar nikah mengikut kanun jenayah, menurut dokumen Senat.

Di bawah undang-undang sebelum ini, individu yang bersalah melakukan seks luar nikah akan dihukum penjara dua tahun dan digantung hak sivil mereka sehingga enam tahun. 

Undian terbaharu dikatakan sebagai cara mengutuk penafsiran jenayah lama yang membenarkan lelaki melayan wanita umpama memiliki harta, kata senator dari sayap kiri, Pablo Gomez semasa perbahasan.

Perubahan itu diluluskan di Dewan Rendah Kongres Nasional dan dihantar ke Presiden Felipe Calderon untuk ditandatangani.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

1Malaysia Sudah Kena Tipu, Taib Mahmud Pertahan Kerusi DUN Balingian

Posted: 26 Mar 2011 11:50 PM PDT

1Malaysia kena tipu...


Saya petik:

[BH] MUKAH: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

"Anda tanya saya apakah saya akan bertanding di Balingian, ya. Itulah sebab saya di sini hari ini (semalam) untuk melawat pejabat ini," katanya ketika ditanya wartawan ketika kunjungan singkatnya ke Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian, di sini. 

Taib berkata, parti itu meletakkan kira-kira 25 peratus muka baru. 

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) negeri juga sedang dalam proses membereskan senarai calonnya.

"Selepas kami membereskannya, saya akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pengesahan beliau, mungkin pada 1 atau 2 April ini," katanya. 

P/s: Taib Mahmud, dua hari sebelum DUN Sarawak dibubarkan, mengumumkan bahawa dia akan mengundurkan diri selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. Semua dimaklumkan bahawa KM Sarawak paling lama berkuasa itu tidak akan menawarkan diri untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas PRN ini, malah membayangkan pengundurannya daripada politik.

Sudah tentulah pengumuman itu membuatkan orang Sarawak berasa lega.

Tiba-tiba semalam Taib Mahmud mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan Kerusi DUNnya. 1Malaysia kena gebang!

Jika Taib Mahmud masih ADUN walaupun bukan sebagai KM,  apa bezanya Sarawak semasa dan selepas Taib Mahmud sebagai KM? Tidak terbayangkah anda bahawa KM baharu yang bakal dilantik (jika BN masih berpeluang memerintah) itu hanya BONEKA Taib Mahmud? Pusing macam mana pun. macam itu jugalah!

Tiada ulasan:

Pengikut