Ahad, 20 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 20 Mar 2011 03:08 PM PDT

Kiriman ulang siar ini khas untuk bacaan penyangak DNA Anwar Ibrahim termasuklah Zul Nordin, Zaid Ibrahim, Perkasa, Gaps, segala macam NGO mi segera, jurublog UMCO, dan manusia-manusia yang seangkatan dengan mereka.

Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,

Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara,
Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.

YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama.

3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.

3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.

4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.

4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.

5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;

5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.

"Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto."

5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.

6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.

6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.

6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;

a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).

b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.

c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.

6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.

6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

YBhg.Datuk,

7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.

7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.

7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.

8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.

8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini.

9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.

Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Terima kasih.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

P/s: Ada sesiapa yang mahu  mendakwa bekas pegawai kanan polis ini menipu? Kalau beliau menipu laporkanlah kepada pihak polis! Bagi yang celik hati, anda tahu sebab mereka mahukan sampel DNA baru. Jika setakat mahu membuat padanan, mengapa tidak rujuk rekod lama?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 20 Mar 2011 03:05 PM PDT

Sarawak Report ikut jejak WikiLeaks

Posted: 20 Mar 2011 03:54 AM PDT

MALAYSIA KINI

Mengikuti jejak langkah lamanweb pemberi maklumat WikiLeaks - lamanweb Sarawak Report (SR) yang berpangkalan di London - mendakwa telah memuatkan pangkalan data penuh mengenai tanah negeri dan urusniaga terbaru jabatan ukur dan tanah negeri dalam lamanwebnya untuk tatapan umum.

azlanHasilnya? Menurut SR, yang mereka temui adalah apa yang banyak
disyaki - dan telah dilaporkan tetapi tidak diendahkan oleh pihak berkuasa - untuk kebanyakan tempoh 30 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mentadbir negeri itu.

Ianya adalah butiran mengenai 1,094 plot tanah yang diambil dalam tahun-tahun kebelakangan ini, yang berjumlah lebih 1.5 juta hektar (15,000 km persegi) yang kini berada dalam tangan syarikat dan individu yang didakwa ada kaitan dengan keluarga Taib, dan premium dibayar atau dibilkan kepada mereka yang dikurniakan tanah tersebut.

SR menunjukkan bahawa kerajaan negeri Sarawak dianggarkan telah menerima hanya RM734 juta bayaran premium daripada mereka yang bertuah mendapat hakmilik.

NONERM734 juta itu kutipan bagi kawasan berukuran 15,000 km persegi, yang keluasannya sama besar dengan 20 kali saiz Singapura!

Menurut SR lagi, jumlah hak milik tanah yang diberikan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, seperti dikira oleh jabatan ukuran dan tanah sendiri, mencecah 1.5 juta hektar.

Kebanyakannya, kata lamanweb itu lagi, membabitkan pengambilan tanah adat, yang telah membabitkan lebih 200 kes pemilikan tanah yang dibawa ke mahkamah.

KM: WiFi percuma untuk semua, termasuk kawasan BN

Posted: 20 Mar 2011 03:51 AM PDT

MALAYSIA KINI

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas agensi berita nasional Bernama dan akhbar harian bahasa Inggeris, New Straits Times kerana melaporkan kerajaan negeri tidak memasukkan kawasan pilihan raya BN untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar Wifi secara percuma.

NONELim (kiri), yang juga setiausaha agung DAP, turut mengecam
pemimpin BN atas 'taktik tidak jujur' mereka menggunakan kawalan mereka atas media untuk melakukan penipuan.

Lim berkata, kerajaan negeri tidak terperanjat bila akhbar seperti New Straits Times berterusan menyerang kerajaan negeri bagi sesuatu yang ia tidak dilakukannya, tetapi sebenarnya cuba membetulkannya.

"Tetapi bagi agensi berita nasional seperti Bernama untuk tidak menyiarkan penjelasan kerajaan negeri bahawa inisiatif WiFi bebas itu adalah untuk semua, termasuk kawasan parlimen BN, menunjukkan bahawa pilihan raya umum semakin hampir dan Bernama patut dikenali BNnama," kata Lim, dalam satu kenyataan hari ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," jelas Lim.

Beliau mengulas laporan yang memetik pengerusi Pasukan Petugas Komunikasi Pulau Pinang, Jeff Ooi sebagai didakwa berkata tiada gunanya melabur wang di Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Nibong Tebal buat masa ini.

Laporan tersebut dibidas oleh beberapa pemimpin BN yang mengkritiknya sebagai "tidak adil", malah "merbahaya dan kebudak-budakan".

Ooi, yang juga ahli parlimen Jelutong dilaporkan berkata jika kerajaan negeri mempunyai sumber, ia akan menyediakan perkhidmatan percuma, tetapi inisiatif itu kini ditumpukan ke kawasan pilihan raya yang diwakili Pakatan.

Beliau dilaporkan berkata, jika penduduknya mahu perkhidmatan WiFi, maka mereka hendaklah mengundi Pakatan.

DAP gesa rakyat S'wak nafi BN majoriti dua pertiga

Posted: 20 Mar 2011 03:49 AM PDT

Regina Lee

Tidak lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri, DAP negeri terus melancarkan kempennya, dengan penasihatnya, menggesa supaya menafikan BN dua pertiga majoriti.

Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur meminta pengundi Sarawak supaya memanfaatkan sepenuhnya peti undi - untuk "memastikan Taib meletak jawatan sebagai KM".

Lim berkata, dalam tempoh beberapa jam, Taib telah menunjukkan bahawa cakap-cakapnya untuk mengundurkan diri sebagai KM begitu kabur dan hanya beliau sahaja yang menjadi penentu "kepada apa yang dimaksud".

Malah, tegas Lim lagi, Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak sendiri pun tidak dapat berbuat apa-apa.

Katanya, Taib sebenarnya meminta "sekeping cek kosong" untuk terus menjadi KM sehingga beliau dapat mencari penggantinya dan 'membentuk satu pasukan baru' untuk mentadbir Sarawak.

Dua tugas itu, kata Lim, boleh memberi Taib keseluruhan penggal kerajaan akan datang selepas gagal selama 30 tahun yang lalu untuk menyediakan penggantinya," kata Lim adlam satu kenyataan pagi ini.

Taib telah mengumumkan semalam bahawa beliau akan mengundurkan diri selepas pilihan raya negeri akan datang. Bagaimanapun, tidak pasti beberapa lama Taib bercadang untuk kekal memegang jawatannya selepas pilihan raya negeri nanti.

Taib yang sudah 30 tahun menjadi ketua menteri, pernah membuat pengumuman yang serupa sebelum itu, yang terbaru pada 2006.

Di mana SPR?

Posted: 20 Mar 2011 03:40 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menikus berdiam diri ketika Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sibuk berkempen sebelum sidang dewan dibubarkan.

Umum mengetahui sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok. Tambahan pula pilihan raya negeri Sarawak mesti diadakan dalam bulan April.

Apa yang meghairankan penulis ialah Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun memulakan kempen pilihan raya Sarawak.

Perkara ini telah pun disiarkan dalam media cetak dan elektronik arus perdana.

Walau bagaimanapun, SPR membisu seribu bahasa.

Para pemimpin Pakatan Rakyat juga turut berkempen sebagaimana yang tercatat di laman blog mikro – Twitter mereka.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim umpamanya membuat catatan ini di akaun Twitter beliau semalam.

"Kini di Sarawak. Anak-anak masyarakat Penan di Sarawak masih menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah."

Pada masa sama pentadbiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud boleh menghalang pemimpin pakatan pembangkang dari mendarat di Sarawak.

Ini merupakan autonomi Sarawak yang disalahgunakan oleh Taib. Sejarah menjadi saksi bagaimana segelintir pemimpin PKR dihalang dari menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang.

Jika perkara ini ditimbulkan kepada SPR, mereka akan beri alasan SPR hanya bertanggungjawab menjalankan pilihanraya bebas secara adil.

Mungkin mereka lupa bahawa mereka juga dipertanggungjawabkan dengan tugas menentukan jumlah hari berkempen.

Kempen sepatutnya dimulakan selepas proses penamaan calon tamat dan bukan seperti apa yang berlaku sekarang.

PR Kepada Rakyat Sarawak :

Posted: 20 Mar 2011 03:38 AM PDT

Ditulis oleh shuaib ayobSHAH ALAM : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok bukanlah tarikh keramat tetapi adalah titik paling penting kepada rakyat di negeri itu untuk merubah sepenuhnya dasar kuku besi pentadbiran BN.

Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan dan pembungan undi di negeri itu.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, tarikh yang bakal diumumkan oleh Tan Sri Taib Mahmud pada esok bukanlah tarikh keramat kepada Pakatan Rakyat namun ia titik paling penting kepada rakyat di negeri itu

"Tarikh yang disebutkan itu tidaklah terlalu keramat memandangkan ianya sudah bocor dan ramai pihak telahpun menyebutkannya. Ia telah dijangkan dan saya sendiri telah membuat telahan dan tepat pula,"katanya kepada Tv Selangor.

Taib semalam mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan esok dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Walaupun angin bertiup kencang bahawa Taib dijangka akan berundur dari tampuk pentadbiran yang ditejuinya sejak 30 tahun lalu, namun tidak memaklumkan bila beliau akan berbuat demikian.

Malah Taib juga mengesahkan beliau akan bertanding pada pilihanraya negeri itu, seraya membuktikan Ketua Menteri Sarawak itu belum bersedia meninggalkan
legasinya.

Mengulas hal itu, Dr Dzul berkata, apa yang paling penting kepada Pakatan Rakyat pada masa kini ialah keadilan dalam proses pilihanraya bagi memastikan nasib rakyat Sarawak dapat dibela gagasan itu.

Beliau juga sekali lagi memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak sesekali melakukan jenayah pembelian undi seperti yang berlaku sebelum ini.

"Saya ingatkan kerajaan Umno Barisan Nasional, kalah menang itu suatu yang lazim dan adat pertandingan. Persoalan yang rakyat inginkan kepastian adakah Dewan
Undangan Negeri Sarawak akan menyaksikan sistem pemilihan itu akan dicerobohi dan diperkosa oleh kerajaan Barisan Nasional atau ia dapat diberikan ruang kepada rakyat dan kepada semua parti-parti yang bertanding untuk bertanding di atas padang yang sama rata? " soalnya.

"Saya dan Pakatan Rakyat cukup bersedia untuk bertanding tapi kalau terus-terusan cara begini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan persoalan pertandingan inilah yang dikatakan sebagai Professor Andres Sadler, inilah yang menyebabkan beliau meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang mengamalkan
sistem pilihanraya kuku besi," katanya.

Sementara itu bagi Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Pusat (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, walaupun pemilihan tarikh pembubaran DUN itu di saat
kes Ketua Pembangkang hebat diperkatakan, ia tidak sama sekali menggoyahkan semangat Pakatan Rakyat.

"Reaksi pengundi secara jujurnya apabila saya turun bertemu dengan mereka mengingatkan saya kepada tahun 2008 di mana suasana perubahan yang belaku di
Semenanjung, dirasai di Sarawak bila orang mula berani mengkritik Taib, mula bercakap tentang perubahan kerajaan dan sebagainya. Pada saya ini merupakan satu
isyarat yang positif yang ditunjukkan oleh pengundi," katanya.

Sementara menurut ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pula, Pakatan Rakyat akan memastikan nasib rakyat sarawak dibela di bawah pentadbiran gagasan pembangkang itu.

" Ada banyak aduan bekaitan isu salahguna kuasa berkaitan tanah ini. Kedua adalah isu amalan keagamaan di mana sekarang penganut Kristian dukacita dengan beberapa tindakan berhubung rampasan naskah Kitab Injil," katanya

Peguam Anwar : Isu DNA Hanya 'Wayang Kulit'

Posted: 20 Mar 2011 03:37 AM PDT

TVS NEWS

SHAH ALAM : Desakan beberapa badan bukan kerajaan pro Umno yang meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau di mahkamah, dilihat sebagai satu pertunjukan 'wayang kulit' bertujuan memesongkan pemikiran masyarakat dalam kes fitnah kedua Anwar.


Peguambela Anwar, Sivarasa Rasiah dalam segmen Fokus Berita Khas di Tv Selangor semalam berkata, apa yang berlaku hari ini adalah skrip yang diulang tayang ketika kes fitnah Anwar pada 1998.

"Mereka keterangan dalam kes Datuk Seri Anwar ini bukan satu fenomena baru. Dalam kes 98', it sudah mula dengan (Tan Sri) Gani Patail sendiri yang dibuktikan mereka laporan medikal supaya memberi gambaran palsu bahawa Anwar telah mencederakan diri sendiri dalam kes mata lebam," tegas beliau.

Beliau menjelaskan, tindakan pemalsuan bukti dalam kes Anwar Ibrahim begitu kronik hinggakan seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut terlibat memalsukan bukti kes dengan meletakkan DNA Anwar pada tilam dalam kes sebelum ini.

Justeru ujarnya, keengganan Anwar yang juga Ketua Pembangkang untuk membenarkan sampel DNA beliau diperoleh ada asasnya.

"SAC (Mohd) Rodwan (Mohd Yusof) pada masa itu, terlibat dalam usaha mencuri sampel darah Datuk Seri Anwar yang disimpan oleh Dr Zahari Nor dan Rodwan ini terlibat dalam usaha memberi keterangan DNA dengan menanam DNA di atas tilam yang kita nampak diangkat turun setiap hari di mahkamah (pada masa itu)," kata
beliau lagi.

Selain itu, tambah beliau, keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat juga tidak konsisten serta menampakkan ciri-ciri wujudnya satu konspirasi untuk menjatuh dan membunuh karier politik Anwar.

"Kita ada bukti sekarang yang disahkan di mahkamah, budak Saiful ini dah berjumpa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), juga dengan (Datin Seri) Rosmah (Mansor). Mula-mula Najib menafikan, kita kena ingat itu, lepas itu (Najib) terpaksa mengakui, kata, Saiful berjumpa untuk bincang pasal biasiswa. Itu membohong, satu pembohongan. Lepas itu dia (Najib) tukar cerita dan kata Saiful datang laporkan tentang satu insiden liwat," jelas beliau.

Malah tambah beliau, terdapat banyak lagi kesangsian yang boleh dipersoalkan dari segi teknikal berkenaan kejadian sebenar pada hari Saiful mendakwa dirinya diliwat, dengan hanya menilai bukti DNA yang kononnya milik Anwar yang ditemui pada tubuh pengadu.

PRN Sarawak : SPR Mesyuarat Rabu Ini

Posted: 20 Mar 2011 03:35 AM PDT

TVS NEWS

SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak.

Khabar angin bertiup kencang, hari pengundian bagi pilihanraya itu jatuh pada 16 April.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud semalam mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan esok dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Sehubungan itu, pilihanraya negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006, BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas

Najib 'Lewat' Tiga tahun Menawarkan Sampel DNAnya

Posted: 20 Mar 2011 03:31 AM PDT

Oleh : Wira Arjuna

Apakah kuasa atau 'muka' yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Ketua Pembangkang untuk menyerahkan DNA beliau dalam kes liwat fitnah 2.

Berucap di Kuching semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika di minta diminta oleh pendakwaraya.

Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa pembincaraan kes bunuh Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jelas menunjukkan Najib bukan sahaja mengenali model Mongolia itu tetapi mengadakan hubungan seks dengannya.

Rasa tidak perlulah dikitarkan semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib kepada Abdul Razak Baginda (penasihat Najib) dan pegawai polis yang di dapati bersalah membunuh Altantuya.

Ketika perbicaraan itu, bukan sahaja Najib tidak memberikan DNAnya, beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan demi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada Ketua Pembangkang itu.

Namun segala tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar. Di Petaling Jaya, 50 orang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan!.

Mungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi?.

Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari 'perangkap" yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah.

Apa pun, hakikat ialah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998.

Dua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini, Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful secara sulit sebelum laporan polis di buat terhadap Anwar.

Hakikat juga adalah pengadu Saiful Bukhari Azlan menalifon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa di liwat oleh Anwar.

Najib tahu semua ini, Beliau juga tahu ketelusan proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti reka cipta terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang kini menjadi musuh utama politik beliau dan Umno.

Berbekal semua "pengetahuan dan maklumat itu" Najib tetap "yakin"' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar.

Perbicaraan setakat ini sudah pun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal.

Perbicaraan turut memperlihatkan "ketakutan' doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful.

Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu sendiri.

Bayangkan seorang kanan pegawai polis boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu.

Najib tahu semua ini --- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya?

Jawapannya mudah --- kerana mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan atas bukti reka cipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim.

DNA : Campur Tangan Menteri Cemar Institusi Perundangan

Posted: 20 Mar 2011 03:26 AM PDT

Ditulis oleh shuaib ayob

SHAH ALAM : Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan campur tangan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri yang turut serta mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau sebagai mencemar institusi undang-undang.

Dr Aziz ketika dihubungi Tv Selangor berkata, campur tangan menteri dalam perbicaraan kes fitnah ke atas Ketua Umum PKR yang sedang berlangsung kini, sebagai menunjukkan usaha berterusan kerajaan untuk menjatuhkan seteru politik mereka.

"Nampak sangat mereka telah terdesak, sepatutnya sebagai individu yang faham undang-undang, menteri berkenaan tidak sepaatutnya berbuat sedemikian kerana ia menganggu undang-undang sekaligus menyebabkan sistem undang-undang kita tercemar dan tercabar seolah-olah ia tidak berintegriti dan tidak mampu menangani masalah," katanya ketika diminta mengulas berhubung komentar Najib dan Rais Yatim berhubung kes Anwar.

Najib ketika turun ke Sarawak untuk kempen Barisan Nasioanal semalam mencabar Anwar untuk menyerahkan spesimen DNA beliau dalam usaha menggoyah keyakinan rakyat yang sudah bertunas kepada Pakatan Rakyat.

Malah walaupun tarikh penamaan dan pembuangan undi bagi pilihanraya negeri itu belum diumumkan, Najib turut mengumumkan peruntukan RM252.85 juta untuk penduduk parlimen Serian dan parlimen Mambong untuk projek kemudahan asas yang sepatutnya telah lama dinikmati penduduk.

Desakan sama turut diulang oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan komunikasi,Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Rais yang juga bekas menteri undang-undang menggesa Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau sebagai kesinambungan demo-demo yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan pro Umno mutakhir ini.

"Perkara ini harus ditangani di mahkamah dan bukannya dipolitikkan, kalau mereka tuduh Anwar mempolitikkan kes perbicaraan ini, tetapi sekarang mereka pula beria-ia mahu berbuat begitu jadi jelas mereka terdesak," katanya lagi.

Aziz yang kesal dengan tindakan pucuk pimpinan negara turut memberi peringatan kepada barisan kabinet Najib bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan mereka melambangkan pendirian negara.

"Kalau menteri sendiri sudah berbuat begitu, ini mengambarkan sikap kerajaan, kerana menteri adalah sebahagian dari kabinet dan kabinet itu adalah kerajaan, jadi adakah menteri tersebut berbuat demikian kerana disuruh kerajaan? Tetapi apapun ia mengambarkan sikap sebenar kerajaan,"katanya lagi

.

Libya: Serangan Barat bunuh 48, cedera 150 lagi

Posted: 20 Mar 2011 03:24 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

Sebuah patung jet F16 Amerika Syarikat digenggam oleh seorang askar Libya di Bab Al- Aziziyah, 20 Mac 2011. — Foto Reuters
TUNIS — Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan "orang awam", dakwa televisyen kerajaan hari ini.

Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh.

Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia).

Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn.

Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain.

Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali.

Dalam pada itu, hari ini seorang korespoden Reuters melaporkan dia melihat sekurang-kurangnya 14 mayat di sisi kenderaan-kenderaan tentera yang setia kepada Muammar, di sebelah timur Libya, yang diserang oleh tentera perikatan.

Jalan antara bandar Benghazi dan Ajdabiyah, bandar strategik ke sebelah timur Libya, kelihatan sebagai bandar yang musnah manakala berpuluh-puluh kenderaan terbakar, kata koresponden Mohammed Abbas.

Interlok: Jangan politikkan kenyataan saya, kata wakil kaum India

Posted: 20 Mar 2011 03:23 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Penulis bebas Uthaya Sankar, yang berundur daripada panel bebas pindaan novel Interlok Rabu lalu bersama dua wakil lain, mahu agar kenyataannya berkaitan isu tersebut tidak dipolitikkan sambil mendakwa "tidak ada agenda tersembunyi."

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini berkaitan isu Interlok, Uthaya Sankar berkata, ada yang cuba menyebarkan berita palsu kononnya (sebuah badan bukan kerajaan) NIAT cuba tumpang glamour berikutan tindakannya dan dua wakil yang lain keluar panel bebas mengkaji pindaan ke atas novel Interlok, buku teks sastera sekolah, yang bertukar menjadi kontroversi awal tahun ini.

"Saya secara peribadi kagum membaca laporan mengenai pelbagai aktiviti ahimsa seluruh negara anjuran NIAT pada 20 Mac 2011 (hari ini).

"Suara majoriti kaum India pelbagai agama di Malaysia amat jelas berhubung kontroversi novel Interlok edisi murid. Ada pihak yang cuba menyebarkan berita palsu kononnya NIAT cuba tumpang glamour berikutan tindakan saya, Dr NS Rajendran dan Krishnabahawan berundur daripada Panel Bebas pada 16 Mac lalu," kata beliau dalam entri terbaru blognya hari ini.

Kelmarin, NIAT atau nama penuhnya Badan Bertindak Interlok Kebangsaan menyifatkan langkah Putrajaya menjadikan novel Interlok sebagai buku teks sastera Tingkatan 5 sebagai "menggadai" masa depan pelajar.

Sejak awal tahun ini ia mengambil pelbagai menggesa kerajaan menarik balik novel tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak membiarkan berita palsu seperti itu mempengaruhi atau melemahkan semangat NIAT.

"Semua sedia maklum bahawa NIAT amat kuat dan tidak perlu tumpang glamour sesiapa, termasuk glamour daripada tiga wakil kaum India dalam panel bebas," katanya lagi.

Uthaya Sankar menambah, apa yang dilakukan oleh NIAT mungkin tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh tiga wakil kaum India dalam panel bebas atau apa yang dilakukan Kumpulan Sasterawan Kavyan atau mana-mana pihak lain.

"Akan tetapi, kesemuanya adalah suara kaum India yang merupakan Bangsa Malaysia," katanya lagi.

Malah tambah beliau, "kalaulah saya berpeluang menghadiri aktiviti NIAT pada 20 Mac (hari ini), jangan ada pihak cuba politikkan."

"Jangan lupa bahawa saya telah turut hadir ke Perhimpunan NGO Melayu di Rumah Gapena pada 15 Januari 2011 dengan semangat ahimsa," katanya lagi.

"Kenyataan ini adalah kenyataan mewakili diri saya sendiri. Kenyataan ini juga tidak ada sebarang pengaruh politik atau agenda tersembunyi," katanya lagi.

Rabu lalu, wakil kaum India mengambil untuk menarik diri daripada panel bebas itu selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketiga-tiga mereka memutuskan demikian selepas pertemuan khas itu yang dikatakan meminta agar berkompromi dan mengurangkan jumlah pindaan kepada perkataan "paria" sahaja.

Selain Uthaya Sankar, dua yang lain ialah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr N.S Rajendran, dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan.

Wakil kaum India juga mahu segala pindaan yang bakal dilakukan Kementerian Pelajaran mesti mengikut keputusan yang telah dipersetujui oleh panel bebas pada mesyuarat terakhirnya 4 Mac lalu.

Malah kata mereka, jika pindaan itu tidak dibuat sebagaimana diputuskan, lebih baik novel tersebut "dikeluarkan terus" daripada dijadikan sukatan teks sastera.

Panel bebas itu dipengerusikan oleh Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketiga-tiga mereka dilantik menganggotau panel itu oleh MIC.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata, ketiga-tiga mereka telah bersetuju bekerjasama menyelesaikan isu tersebut berkaitan dengan Interlok.

Kata Palanivel, anggota panel itu telah meminta supaya MIC mengatur pertemuan khas dengan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.

Seorang maut, enam parah nahas bas di Lebuh Raya Utara-Selatan

Posted: 20 Mar 2011 12:23 AM PDT

BERNAMA

TAPAH — Seorang penumpang maut, manakala enam lagi parah apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di KM 341.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Bidor awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata yang terbunuh dikenal pasti Sahad @ Shariff Md Din, 74, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Polis masih mengenal pasti mereka yang parah dalam kejadian pukul 4.50 pagi itu yang turut menyaksikan 35 lagi termasuk pemandu bas cedera ringan, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata semua yang parah dihantar ke Hospital Tapah, Teluk Intan dan Ipoh, manakala yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.

Bas itu katanya, membawa 43 penumpang terdiri daripada anggota rombongan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai, Negeri Sembilan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah.

"Pemandu kemudian memberhentikan bas itu dan menurunkan penumpang sebelum sebuah lori yang membawa muatan kertas merempuh bahagian belakang bas terbabit termasuk beberapa penumpang yang sudah turun daripada bas tersebut," katanya.

Roslan berkata pasukan bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Punca sebenar kejadian sedang disiasat, katanya.

SPR tiada kuasa adakan referendum Kg Baru

Posted: 20 Mar 2011 12:21 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa mengadakan sebarang referendum seperti yang dicadangkan oleh majlis penduduk Kampung Baru berhubung rang-rang pembangunan semula kawasan penempatan itu, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Kelmarin, Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru mencadangkan agar satu referendum diadakan bagi menentukan sama ada pemilik tanah bersetuju dengan Putrajaya untuk membangunkan kawasan tersebut di bawah satu akta baru.

Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi berkata SPR merupakan badan ideal untuk mengadakan referendum kerana dilihat berkecuali.

Jelas beliau pungutan suara itu penting jika kerajaan "benar-benar mahu mengetahui" bentuk pembangunan yang penduduk mahukan di kawasan berkenaan.

Justeru, menurut Abdul Aziz, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan referendum kerana tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan peraturan badan itu.

"SPR tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang SPR untuk menjalankan apa-apa referendum.

"SPR adalah satu badan bebas di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh terlibat dalam kes seperti referendum Kampung Baru," katanya menerusi khidmat pesanan ringkat (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Shamsuri juga berkata langkah mengadakan referendum itu bagi mengelakkan perebutan di kalangan pewaris yang kemungkinan menyokong parti-parti politik tertentu.

Secara purata ada lima pemilik bagi satu-satu lot dan ada kemungkinan lebih dalam kes-kes tertentu.

Bagaimanapun beliau mengakui proses referendum itu bukan mudah kerana ia akan mengambil masa sehingga setahun untuk selesai.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya masih optimistik usaha membangunkan semula kawasan penempatan berusia 111 tahun itu akan menjadi kenyataan tetapi akan memakan masa yang panjang daripada dijangkakan.

Pentadbiran itu melahirkan pendirian ini di sebalik langkah Putrajaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 untuk bacaan kali kedua ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah.

Undang-undang itu membuka laluan kepada pembentukan sebuah perbadanan, yang awalnya dikatakan akan menggantikan MAS dan kuasa mutlak menteri dan imuniti daripada pendakwaan, tetapi ditentang keras oleh banyak pihak.

MAS melahirkan pandangan itu memandangkan soal membangunkan semula Kampung Baru sudah lama diperkatakan — lebih tiga dekad lalu - tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Sehubungan itu, pihak MAS mahu kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan sebelum meneruskan rancangan untuk membangunkan semula kawasan penempatan milik orang Melayu, yang termahal dan mempunyai "kuasa autonomi" itu.

Malah Ahli Parlimen Tititwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berkata pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memberi kata dua — tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal dan Sultan Selangor jika Putrajaya masih berhasrat membawa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ke Parlimen.

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat Jun ini.

Sepatutnya ia dibentang pada bulan ini namun ditangguhkan sehingga Jun bagi memperhalusi semula draf undang-undang itu.

Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya

Posted: 20 Mar 2011 12:19 AM PDT

Mohd Nasir Awang

Alhamdulillah, satu permulaan sangat baik untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) di Besut, malam tadi (Jumaat, 18 Mac). Dianggarkan lebih 10 ribu hadirin membanjiri Dataran PGU yang terletak di belakang Masjid Bandar Jertih. Diharap sambutan luar biasa sebegitu berlanjutan dalam sesi-sesi seterusnya sepanjang hari ini hingga ke penghujung acara tengah malam nanti.

Sepertimana kebiasaan bagi mana-mana perhimpunan besar dianjurkan PAS, majlis malam tadi juga berlangsung penuh tertib dan adab. Lautan hadirin seramai itu masih berupaya meminimakan sebarang kesulitan, kacau-ganggu atau apa-apa kesan negatif terhadap pihak yang tidak ikut serta, khususnya penduduk sekitar lokasi.

Tidak syak lagi ketertiban itulah antara yang meyakinkan kepimpinan PAS untuk menganjurkan sebarang perhimpunan berskala besar. Mereka tahu ahli dan penyokong parti sangat mengutamakan disiplin diri. Mereka tahu adab, sama ada ketika menggunakan jalan raya, sepanjang berhimpun, mahu pun bersurai.

Hakikat itu mewajarkan pendirian kita betapa pihak lain tidak sepatutnya gusar atau menelah dengan berbagai andaian negatif dan buruk sekiranya PAS berhasrat mengadakan sebarang perhimpunan. Lebih-lebih lagi itulah antara isyarat dan penegasan penting dalam ucapan penceramah utama malam tadi, Haji Mohamad Sabu.

Beliau yang juga pengerusi lajnah berkaitan mobilisasi massa untuk demokrasi sekali lagi mengulangi pendiriannya berhubung kepentingan rakyat berhimpun menunjukkan sikap terhadap sebarang salahlaku atau kepincangan parti pemerintah.

Isu paling ditekankan beliau ialah soal pengurusan pilihan raya negara ini yang disifatkannya masih belum meyakinkan. Rakyat memang tidak menilai keadaan proses demokrasi itu setakat ini diurus secara adil, telus dan bersih.

Banyak sangat kepincangan dan kelompangan dalam urustadbir pilihan raya kita. Kita telah menyaksikan bagaimana kemuncak rasa benci dan muak rakyat terhadap penyelewengan dan ketidakadilan proses pilihan raya telah membuahkan satu perhimpunan lebih 100 ribu rakyat di ibu negara beberapa tahun lalu.

Mereka menuntut pilihan raya negara diurus secara adil dan bersih. Antaranya, daftar pemilih dibersihkan daripada sebarang perkara meragukan, pendaftaran pemilih dibuat secara automatik, penghapusan undi pos dan penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang. Rakyat juga menuntut akses lebih luas dan adil kepada parti pembangkang dalam media arus perdana, termasuk yang dikuasai kerajaan.

Seluruh negara gempar dengan komitmen luar biasa ditunjukkan rakyat menuntut keadilan demokrasi. Pada suatu peringkat Barisan Nasional (BN) kelihatan seolah-olah bakal meraikan tuntutan itu. Beberapa aspek perjalanan pilihan raya dikatakan lebih telus dan adil ketika pilihan raya umum lalu.

Namun, tsunami politik yang terhasil daripada proses lebih demokratik itu tidak memihak kepada BN. Ia tumbang di lima negeri dan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.
.
"Inilah bukti, apabila demokrasi dilaksanakan dengan sebenarnya, rakyat diberi peluang memilih secara adil, BN boleh ditumbangkang. Betul atau tidak?", terjah Mohamad Sabu, dengan gaya yang menjadi 'trademark' beliau itu.

Menurutnya, ekoran keputusan mengejutkan itu BN seakan hilang punca. Riak dan tingkahnya selepas itu hingga kini tidak menampakkan ia bersedia mengulangi proses pemilihan setelus pilihan raya 2008. Ia jelas tidak menguntungkan BN.

Justeru, rakyat tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat proses demokrasi lebih baik dalam pilihan raya nanti. Setakat ini BN bukan sahaja tidak menunjukkan komitmen meyakinkan untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Pendaftaran pengundi secara automatik masih dalam perbahasan. Penggunaan dakwat kekal belum diterima, pembersihan daftar pemilih tidak dilakukan. Keadilan media untuk pembangkang pula suatu yang masih terlalu jauh untuk direalisasikan.

Paling mengusik kesabaran rakyat ialah pendirian kerajaan berhubung undi pos. Jangan dikatakan ia bakal dihapuskan, kerajaan sebaliknya berura-ura memperkasa dan memperbanyakkan lagi kategori pemilih yang layak didaftarkan sebagai pengundi pos.

Sebelum ini yang disenaraikan sebagai pengundi kategori itu majoritinya adalah anggota pasukan keselamatan, iaitu polis dan tentera. Namun kedengaran kebelakangan ini hasrat menjadikan suami atau isteri mereka pula sebagai pengundi pos. Bahkan, kecenderungan itu juga diura-ura turut melibatkan anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

"Jika benar anggota Rela pun nak dijadikan pengundi pos, ini terang-terang usaha menyelamatkan BN. Awas! Kita memberi amaran, kita tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalan raya," Mohamad Sabu memberi amarannya, disambut laungan takbir hadirin.

Beliau menafsirkan pendirian meragukan ditunjukkan kerajaan, terutama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seakan berusaha menukar status anggota Rela daripada pemilih biasa kepada pengundi pos yang banyak diperkatakan masyarakat sebelum ini.

Semua kita akui undi pos setakat ini tidak pernah memihak kepada pembangkang. Ia bagaikan deposit tetap buat BN. Sebab itu sebarang usaha memperluaskan kategori pemilih yang layak didaftarkan sebagai pengundi pos secara mudahnya memang boleh dianggap usaha menambah undi tetap untuk BN. Logik, bukan?

Ertinya undi pos adalah perkara yang sering menjadi bahan utama pertikaian. Ia dikaitkan sebagai lambang ketidaktelusan dan taktik jahat BN mengekalkan kuasa. Ia juga dilihat medan paling subur untuk penipuan BN demi mendapatkan undi tinggi.

Apatah lagi kumpulan pengundi pos berada dalam persekitaran yang tertakluk sepenuhnya kepada manipulasi kuasa dan kawalan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang menguntungkan BN selaku kerajaan.

Justeru, jika benar Rela turut dijadikan undi pos, ia sebenarnya menambahkan kekecewaan rakyat dan memburukkan persepsi tidak telus perjalanan proses demokrasi negara.

Apakah rakyat harus berdiam diri melihat penodaan itu di depan mata? Apakah menjadi kesalahan sekiranya rakyat sekali lagi menggunakan jalan raya untuk menuntut keadilan pilihan raya?

Itulah intipati persoalan dilontar Mohamad Sabu malam tadi. Beliau menjelaskan apa yang bakal dilakukan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat adalah bagi memastikan demokrasi terpelihara.

Justeru, kemungkinan demonstrasi jalan raya yang disebutnya adalah dalam rangka memulihkan proses demokrasi dan menuntut keadilan pilihan raya, tidak lebih dari itu.

Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Harakah 1618, 28 Februari lalu) membayangkan kemungkinan mengadakan himpunan Bersih ke-2 jika kerajaan BN gagal memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya diamalkan kini.

P'raya: PAS gesa BN henti peralat media

Posted: 20 Mar 2011 12:18 AM PDT

Mohd Nasir Awang

BESUT: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi didesak agar menghidupkan amalan demokrasi secara yang lebih positif sebagaimana diamalkan negara-negara maju yang menggunakan sistem demokrasi.

Untuk itu, ia mesti menghentikan amalan menyalahgunakan media massa arus perdana untuk kepentingan politiknya, terutama dalam tempoh berlangsungnya sesuatu pilihan raya.

Desakan itu diluahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada sidang media sejurus selesai majlis penutup Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Siri Kedua (HKR-PGU II), malam tadi.

Perhimpunan anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu itu diadakan di Dataran PGU, Belakang Masjid Bandar Jertih, dekat sini. Ia berlangsung sejak Jumaat malam hingga malam tadi dan dipenuhi berbagai acara.

Menurut Abdul Hadi, media massa arus perdana mempunyai peranan penting memperbaiki amalan demokrasi negara. Untuk itu media tidak seharusnya menjadi alat propaganda bagi pihak BN semata-mata, sebaliknya perlu menyalurkan maklumat dan berita yang benar dan adil kepada rakyat.

"Rakyat adalah hakim. Media mesti meletakkan diri mereka sebagai saksi dan saksi hendaklah adil dan memberitahu hakim perkara sebenar," ujarnya berkias.

Dalam ertikata lain, katanya, media mesti melaporkan kepada rakyat maklumat dan pandangan semua pihak, terutama melibatkan parti-parti yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

"Di setiap kali pilihan raya kita lihat BN bertongkat kepada media arus perdana yang berat sebelah. Seluruh saluran media dipergunakan habis-habisan untuk kepentingan BN, untuk serang pembangkang.

"Sedangkan ruang untuk kita (Pakatan Rakyat) menjawab tak ada, kita hanya terhad kepada ceramah umum. Itu pun tertakluk kepada kebenaran pihak polis, yang selalunya menjaga kepentingan BN," katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan BN memperalatkan media utama milik kerajaan untuk kepentingan politiknya sebagai tindakan tidak bermaruah dan menyalahguna wang rakyat.

"RTM (tv) masuk tiap-tiap buah rumah. Kita tengok sepanjang (tempoh kempen) pilihan raya, (tv) berkempen untuk BN. Sedangkan RTM ini (media kerajaan) beroperasi dengan duit rakyat.

"Bukan semua rakyat sokong BN, bukan semua rakyat setuju BN guna media burukkan pembangkang. Ini (manipulasi media kerajaan) bercanggah dengan kepentingan rakyat," tegasnya.

Pilihan raya Sarawak bakal berlaku kejutan

Posted: 20 Mar 2011 12:15 AM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa berharap rakyat Sarawak boleh menerima parti lain daripada BN supaya boleh dipanjangkan tuntutan royalti petroleum dan pada masa sama mengagihkan kekayaan negeri dengan lebih saksama.

Katanya, hari ini jurang rakyat Sarawak sangat besar; yang miskin terlalu miskin sementara ketua menterinya pula dikenali mempunyai aset yang sangat besar dan sehingga hari ini dia pun tidak menafikannya.

"Selain daripada mempunyai kekayaan, kalau kita lihat anaknya yang bercerai baru-baru ini bahawa tuntutan harta dia adalah beratus juta nilai harta yang dia miliki. Ini baru anak dia, dan macam mana pula dengan anak-beranaknya yang lain.

"Dan saya sangat hairan bagaimana BN masih mengizinkan beliau bertanding. Dia dah berkhidmat dan berurusan begitu lama. Ini bermakna BN tidak ada tokoh," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi , Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata, PAS akan memberikan tumpuan kepada kerusi-kerusi yang ditandingi supaya mempunyai kerusi pertama di Sarawak.

Justeru, katanya petugas khas khususnya daripada kawasan Kubang Kerian dan negeri Kelantan dihantar ke Sarawak.

Ini, katanya, penting agar menikmati kemenangan pertama bagi membolehkan perjuangan rakyat Sarawak diangkat dengan lebih baik termasuk dari segi kekayaan Sarawak khususnya dari segi royalti petroleum yang begitu besar.

"Tetapi masih ramai rakyat Sarawak miskin, dan kita bercadang untuk meningkatkan bayaran royalti petroleum ini daripada lima peratus kepada 20 peratus kerana rakyat tempatan harus menikmati hasil daripada petroleum tersebut lebih baik daipada pihak lain," katanya.

Menurutnya, rakyat Sarawak kini sudah bersedia untuk melaksanakan pilihan di luar dari BN.

Tambahnya, dengan perkembangan yang ada pada hari ini, satu kejutan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berlaku.

Katanhya lagi, rakyat Sarawak kini sudah dapat banyak maklumat yang dahulunya tidak sampai kepada mereka.

"Sekarang mereka sudah ada maklumat bahawa kekayaan Sarawak dimonopoli pihak tertentu sedangkan rakyat Sarawak masih kekal seperti biasa. Kemudahan-kemudahan dan insfrastruktur di luar bandar, bekalan air dan tanah mereka sangat mendukacitakan.

"Kalau rakyat Sarawak hendakkan perubahan, mereka tidak ada pilihan lain melainkan mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) dan juga SNAP supaya ada perubahan politik di negeri Sarawak," katanya kepada media pada Majlis Makan Malam Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Hadi: Tak mustahil berlaku perubahan di S'wak

Posted: 20 Mar 2011 12:12 AM PDT

BERNAMA

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.

"Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini," katanya.

Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh hari ini.

Turut serta dalam ceramah itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw.

Semalam Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai adiknya Ummi Hafilda yang mengadakan ceramah di Jerteh semalam yang antara lain mendakwa abangnya itu telah hilang pedoman dan tenggelam dengan janji-janji manis ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata:

"Pembangkang fokus dalam perjuangan dan terpulang kepada parti lawan yang menggunakan cara berkenaan".

Penduduk cekup penuntut IPT

Posted: 20 Mar 2011 12:08 AM PDT

SINAR HARIAN ONLINE
TAMAN PERMINT - Seorang gadis penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tidak mam-pu meluahkan kata-kata, sebaliknya air mata yang gugur di kelopak matanya sudah cukup menggambarkan penyesalan atas perbuatan dilakukan sebaik dia dibawa ke balai polis setelah dicekup penduduk kampung atas kesalahan khalwat.

Berikutan perbuatan sumbangnya mengunjungi rumah sewa selain berada dalam keadaan mencurigakan bersama teman lelaki di sebuah rumah sewa di taman perumahan, dekat sini, lewat senja kelmarin, gadis itu juga mungkin berdepan tindakan tatatertib termasuk disingkirkan dari IPT tersebut jika dia didapati bersalah oleh mahkamah.

Menceritakan detik hitam yang dialami itu, gadis terbabit yang difahamkan sedang mengikuti latihan amali berkata, dia sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dan hanya singgah di rumah teman lelakinya itu untuk menukar pakaian.

Bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyangka kunjungannya ke rumah sewa yang didiami beberapa penuntut lelaki yang juga rakan sekuliah itu membawa padah apabila tindak-tanduknya diperhatikan jiran tetangga sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

"Tidak sangka pula gerak-geri diperhatikan penduduk kampung yang akhirnya menyebabkan saya boleh ditangkap khalwat," katanya.

Pasangan terbabit, masing-masing penuntut IPT berdekatan dicekup penduduk kampung di sebuah rumah sewa di Taman Permint kerana berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Pasangan remaja berusia belasan tahun itu ketika ditemui mengakui tidak berniat melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun keadaan mereka yang tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim apatah lagi berada di rumah itu telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menyebabkan mereka ditangkap khalwat.

Perempuan yang berasal dari Manir bersama teman lelakinya dari Marang itu dibawa ke Pejabat Agama Daerah Dungun untuk diambil keterangan sebelum disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sukarkah melayu untuk mengundi selain UMNO?

Posted: 20 Mar 2011 12:01 AM PDT

Susah sangatkah kaum melayu untuk menerima PAS? Sebenarnya bukan hanya PAS yang ditolak kerana jika menolak PAS bermakna terlalu ramai kaum melayu boleh dianggap menolak perjuangan Islam yang di bawa PAS. Sebenarnya sindrom yang berakar umbi dalam sosio kehidupan melayu ialah sindrom penolakan terhadap pembangkang selain BN malah mungkin menganggap malaysia adalah negara uni-parti seperti sesetengah negara arab diktator. Mereka menganggap pembangkang sebagai musuh dan bukannya pengimbangtara dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen yang sihat. Rata-rata kaum melayu masih belum tergamak memilih pembangkang malah menganggap pembangkang adalah parti-parti yang dicipta oleh penjajah untuk mencabar UMNO iaitu penyelamat mereka.

Jika ditinjau daripada kekalahan dua pilihanraya kawasan majoriti Melayu, jelas kaum melayu masih sukar menyambut sebarang pembangkang ke kawasan tertentu mereka. Merlimau yang terletak di Melaka, merupakan sebuah kubu kuat UMNO, seperti juga kawasan kawasan lain di Melaka.

Di sini BN telah mampu memperolehi 5,962 undi iaitu 71.8% daripada keseluruhan undi, berbanding dengan 63.8% yang diperolehi dalam PRU tahun 2008, iaitu peningkatan sejumlah 8%. Peningkatan melebihi 8% undi Melayu dan India.

Bagi DUN Kerdau Bilangan 5,060 undi yang diperolehi merupakan 68.4% keseluruhan undi, berbanding dengan 62.1% yang dicapai dalam PRU 2008. Ini adalah satu peningkatan 6.3% dalam tempoh tersebut. Keputusan ini menunjukkan undi Melayu dan India telah meningkat keparas yang amat tinggi untuk BN di Kerdau.

Menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Sufian, kejayaan Umno-BN di Merlimau dan Kerdau, dengan majoriti lebih besar menunjukkan pengundi Melayu masih memihak BN. PAS da Pakatan Rakyat masih gagal mengubah melayu yang masih memiliki perasaan terima kasih kepada kerajaan yang masih sangat tebal.

Jika alasan ia hanya pilihanraya kecil maka biarkan sahaja mengundi UMNO ia jelas bukan alasan yang kritis atau bijak. Malah faktor material yang mampu meragut sokongan untuk menyokong UMNO dan BN mampu memberi imej buruk kepada bangsa melayu yang dianggap rendah tahap artikulasi dan pegangan politik mereka.

Sampai bilakan faktor materialistik, kebendaan, janji projek dan projek mi segera terus menacing kaum Melayu? Miskin sangatkah melayu sehingga terlalu tagihkan talian hayat UMNO? Pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kaum melayu perlu tegar dengan itikad dan pegangan.

Jika pernah menolak BN dalam pilihanraya umum atas banyak isu yang telah dimaklumi kenapa pula pilihanraya kecil sanggup menyokong UMNO atas alasan projek dan bantuan BN?

Kini 5 kawasan pilihanraya kecil yang terakhir, iaitu Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau menunjukkan ada peningkatan sokongan undi Melayu kepada BN sebanyak 11% dan peningkatan undi India melebihi 33% berbanding Pilihanraya tahun 2008.

Sebelum ini PRU 12 menunjukkan bahawa PAS masih gagal mendapat undi kaum melayu sebanyak 40%.

Menurut Kajian Ilham Centre, berbanding sokongan terhadap PR pada tahun 2004 ke tahun 2008, sokongan kaum Cina terhadap PR meningkat daripada 27.6% kepada 91.7%. Kaum India adalah terendah iaitu hanya meningkat daripada 37.8% kepada 48%. Manakala kaum melayu masih kalah kepada kaum Cina hanya berganjak daripada 43.6% kepada 61.9% sahaja.

Ilham Center juga menyatakan bahawa kaum Cina semakin berani menyatakan kehendak etnik kepada bentuk protes undi pilihanraya, malah meninggalkan politik pemusatan kaum etnik) kepada pemusatan isu dan keperluan mereka.

Dr Abu hassan Hasbullah menyatakan Melayu masih keliru antara fakta, kenyataan dan stigma lapuk bahawa hanya UMNO majukan negara dan mampu selamatkan melayu sehingga menangkan BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau. Dalam masa yang sama Dr Hassan masih meninggalkan 'assignment' kepada petugas PAS untuk terus membina imej yang lebih progresif, pragmatik, segar, dinamik serta terbilang di klangan masyarakat jika ingin terus memburu undi kaum melayu sendiri.

Dalam masa yang sama ahli PAS tidak wajar mengabaikan saranan Almarhum ustaz fadzil Nor yang menggesa pas memperkasakan cawangan parti yang dianggap sebagai wakil atau duta sebenar PAS. Di Perak, masih ada beberapa UPU-UPU yang tidak didokongi oleh organisasi cawangan yang kuat. Masyarakat memerlukan petugas PAS yang manusiawi, politikawan, karismatik dalam penyelesaian masalah, diterima oleh masyarakat, menepati masa dan janji, menghargai jemputan sesiapa sahaja, tidak bersifat seperti hakim atau hanya pandai menghukum, malah masyarakat memerluka petugas PAS yang cakap serupa bikin.

Masyarakat Melayu perlu disedarkan bahawa kehadiran PAS dicelahan sosiologi melayu bukanlah baru malah telah wujud awal sebelum kehadiran UMNO atas nama HIzbul Muslimin. PAS cukup arif kehendak dan keperluan Melayu dan PAS bukanlah makhluk asing yang perlu dipinggir masyarakat seolah-olah negara ini politiknya uni parti.

Dalam kertas kerja yang dibentang dalam Konvensyen Pengupayaan bangsa 19 Feb 2011, (m/k 20) PAS menyatakan 3 persoalan besar yang menjadi obligasi besar PAS sama ada semasa bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat iaitu kedudukan politik kaum melayu, kedudukan islam dan kedudukan ekonomi melayu. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

PAS akan tetap konsisten untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu serta akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah dan bukannya perhambaan kepada projek dan wang. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera selagi mana berlandaskan kepada keadlan Islam tanpa mengira fahaman da latar belakang.

Pakatan Rakyat bersama PAS juga menegaskan untuk mempertahankan beberapa peruntukan perlembagaan yang melindungi kaum melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam dan bahasa Melayu di Malaysia.

Pembentangan Presiden TERAS ( dalam Konvensyen Pengupayaan Bangsa) juga menyatakan budaya kebergantungan kaum Melayu terhadap agensi kerajaan dan kepada kerajaan menyebabkan pengupayaan kaum melayu masih meleset. Malah ia juga mengundang khurafat bahawa hanya UMNO tempat bergantung kaum melayu dan hanya UMNO boleh menyelamatkan melayu. Gejala intervensi politik yang melampau kepada kaum melayu, fungsi agensi perlaksana yang korup juga menyebabkan melayu terus bergantung kepada kerajaan yang sedia ada serta tidak mahu berubah sekaligus melupakan beberapa agenda lebih besar (isu lebih besar seperti rasuah dan masa depan Negara)

Kaum melayu perlu memugar minda untuk berubah jika ingin maju dan ke hadapan. Jika dirujuk Buku Taklimat Isu Penerangan (Siri Kedua) yang diadakan pada 12 Mac 2011 di Shah Alam, kaum melayu menjadi lemah dan hilang jatibangsa disebabkan oleh beberapa perkara pokok iaitu;

· Tidak lagi menghayati nilai syariah Islam sebagai cara hidup.

· Agensi kerajaan untu melayu dimanipulasi untuk menindas melayu dan menjahilkan melayu seperti Felda Plantation.

· Melayu rela mengamalkan UMNOputera bukannya konsep Bumiputera tanpa mengira aliran politik.

· Melayu mudah salahkan DAP dengan melupakan kesilapan dan sikap MCA dan Gerakan terhadap kaum Melayu.

· Kaum melayu masih enak hidup bernaungkan sistem rasuah baik dari akar umbi hingga ke kabinet.

Sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Parlimen ke-12 2011, Yang Dipertuan Agong telah bertitah agar rakyat negara ini tidak bermain dengan api perkauman. Mesej ini adalah isyarat agar UMNO tidak semberono memborong isu ketuanan melayu semata-mata rakus mengaut undi melayu sehingga melayu sendiri jahil makna sebenar ketuanan melayu. Jika anda membaca novel Animal Farm tulisan George Orwell (1945) anda akan membaca watak seekor babi yang memerintah sekumpulan haiwan dalam ladang untuk berjuang atas dasar 'kehaiwanan' sehingga mengguling kuasa peladang sekeluarga (manusia). Akhirnya si babi menjadi diktator dan menindas haiwan lain atas alasan kaum mereka yang bermatian memerdekakan haiwan lain di ladang itu maka selayaknyalah babi menajdi raja dan menjaga ketuanan haiwan tersebut. Adakah novel ini memiliki isyarat yang sama dengan kempen-kempen UMNO?

Melayu selalu mudah menerima pujukan UMNO untuk menolak parti selain UMNO atas banyak alasan yang diadakan seolah-olah parti lain adalah musuh negara. Jelasnya Melayu lupa bahawa kaum 'melayu' yang dianggap penjaga ketamadunan dan adi kuasa ketuanan melayu itu yang banyak mengaut keuntungan di atas kedunguan mereka sendiri. Prof Hassan Ahmad dalam majalah Dewan Masyarakat Oktober 2010 adalah menyatakan "

Orang Melayu tidak boleh menyalahkan kaum lain. Yang salah adalah orang melayu itu sendiri. Diberikan kuasa, kuasa itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya, seadil-adilnya menurut PRINSIP ISLAM. Diberikan kemudahan dan projek, kemudaha itu digadai atau dijual kepada orang lain untuk kepentingan peribadi, tidak digunakan untuk kepentingan bangsa dan negara"

Malah beliau juga menyatakan bahawa sumber tamadun melayu yang paling asasi dan utama iaitulah ISLAM dan BAHASA MELAYU kini kian terhakis akibat salah laku pemimpin melayu sendiri. Bahasa Melayu dipinggirkan, tulisan jawi dihakis hingga pupus malah Islam juga tidak menjadi intipati persidangan pemimpin melayu yang memerintah.

Di kampung-kampung Melayu rata-rata menganggap bahawa Pakatan Rakyat adalah parti yang menghakis kuasa politik mereka. Malah khabarnya Pakatan Rakyat kurang meletak calon Melayu dalam pilihanraya seluruh negara. Ini suatu pembohongan yang diterima oleh kaum melayu. Perhatikan, dalam PRU 2008 pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2% sahaja. Dalam PRU 2008 juga wakil rakyat BN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula 37.2%.

Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum. Tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu.

Kaum Melayu perlu berani berubah jika ingin melihat senario politik dibaiki dari pelbagai aspek seperti Indeks rasuah dan korupsi negara, Indeks pembangunan insan malaysia yang merosot, Kadar jenayah meningkat saban tahun, perbelanjaan boros pemimpin negara ke luar negara da projek-projek boros, Bahasa Melayu yang kian pupus penggunaannya (papan iklan, mahkamah, filem, bahasa pemimpin), Mahkamah yang masih dikuasi oleh ahli politik, serta kadar kemiskinan melayu yang masih tertinggi.

Kaum melayu sering tertipu dengan dakyah UMNO bahawa PAS wajib ditolak kerana dasar pragmatik PAS menyebabkan PAS tergamak 'berkawan' dengan DAP. Perlu ditanya kepada golongan UMNO yang berkempen sedemikian adakah mereka memilih PAS sebelum PAS berkawan dengan DAP? Semestinya tidak kerana kempen sekadar mencari alasan agar melayu terus menidakkan pembangkang dan anti demokrasi malti parti.

Melayu sering dan kerap lupa bahawa MCA juga parti perkauman Cina yang telah lama berkawan rapat sekapal dengan UMNO. Bayangkan menurut Amaluddin darus dalam bukunya Serbasalah Melayu di Malaysia bahawa MCA Selangor pernah mengeluar resolusi bahawa kaum melayu adalah pendatang di tanah Melayu kerana kecewa dengan isu DEB yang menyebabkan kerusi mereka banyak hilang ke tangan DAP pada tahun 1986 dahulu. Ini bukan hujah perkauman tetapi Melayu layak dan wajar untuk merenung sejenak apa di tepi kain mereka sendiri. Mereka ingin mendokong negara demokrasi berparlimen tetapi masih tegar pertahankan stigma fikir anti pembangkang dan politik malti parti.

Jika dasar tahaluf siasi atas nama Pakatan rakyat yang disertai oleh PAS dianggap suatu dasar pragmatik yang mencarik perjuangan asal PAS, bagaimana pula suatu ketika dahulu Melayu menilai dasar UMNO untuk melebarkan sayap ke Sabah yang sebelumnya ingin dibiarkan sahaja kepada USNO? Kemudian dasar UMNO menerima bumiputera bukan Islam sebagai ahli seperti kaum Siam dan sebagainya akibat semakin terdesak dengan kejayaan PBS di sana. Maka terpampanglah di dada akhbar Berita Harian 16 Feb 1987 UMNO ke Sabah : Ahli Beragama Islam masih majoriti, disebabkan takut Melayu Islam menolak UMNO kerana dasar pragmatiknya. Adakah UMNO cerita kisah-kisah ini kepada melayu hari ini?

Dasar perkauman tidak akan ke mana malah parti-parti perkauman di Timur Tengah telah bungkus. Fahaman sosialis ala arab seperti Baath' juga kini kian terhakis daripada persada pemilihan rakyat mereka sendiri. Nasionalisme terlampau yang dipupuk British kini mulai ditinggalkan oleh umat Arab yang kian sedar bangsa mereka terpecah kepada banyak negara kecil yang tidak bersepadu disebabkan bahana assobiyyah dan nasionalisme melampau.

*Muhammad Nuruddin Bashah merupakan Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Umno cuba rasuah wakil rakyat PAS Selangor RM20 juta?

Posted: 19 Mar 2011 11:58 PM PDT

PASPB Beberapa Wakil Rakyat PAS yang dijangka menang ditawarkan oleh Umno lebih RM20 juta untuk tidak tanding di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Salah seorang Adun di Selangor yang bergelar Dr (bukan Dr Hasan Mohd Ali) telah didatangi wakil Umno sebanyak dua kali.

"Kali pertama (saya didatangi) oleh seorang Datuk yang agak berumur, kali kedua (saya didatangi) oleh seorang Datuk lain (iaitu) seorang yang agak muda," ujarnya awal pagi tadi.

Pengalaman "dibeli" oleh agen Umno tersebut turut disampaikan kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan dipandang serius oleh Presiden PAS itu.

Bagaimanapun agen Umno yang dijumpai buat kali kedua didakwah supaya tidak berhenti mengamalkan rasuah.

"Kali kedua, pertemuan di pejabat Adun saya. Saya keluarkan al-Quran dan kata: Saya masuk politik ini kerana sana nak masuk syurga, bukan sebab duit.

"(Saya kata) dalam al-Quran dah cukup, saya tak perlu RM20 juta," beliau menambah.

Dijangka wakil rakyat PAS di negeri-negeri lain pun akan ditawarkan rasuah berupa wang menjelang PRU13 kelak.

Kenapa libatkan PAS Mersing? Demo sendirilah!

Posted: 19 Mar 2011 11:50 PM PDT

Oleh 21Halim

"Satu dua hari ini kita menerima makluamt orang yang tidak puas hati dengan Anwar Ibrahim buat demonstrasi. Berita Sinar Harian hari ini melaporkan aksi demo di Kluang dan Muar.

Barangkali pihak yang tidak puas hati itu cuba adakan aktiviti yang sama di Mersing. Sayangnya tiada sambutan. Habis hendak buat apa? Hati masih tidak puas hati kerana Anwar belum lagi serahkan DNA.

Lalu pihak ini bermesyuarat bersama syaitan. Keputusan mesyuarat segera dilaksanakan pada Hari Jumaat semalam ( 18 Mac ). Entah ambil bahan dari mana, tidak dapat dipastikan.

Hasilnya risalah 3 helai dicetak dengan menggunakan logo PAS secara haram. Ini yang membuat Encik Idris Ahmad, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Mersing geram.

Menurut Encik Idris, beliau segera ke Masjid Sawah Dato' dan Masjid Kg Tenglu untuk mengutip saki baki risalah yang ditinggalkan oleh pihak yang baling batu sembunyi tangan setelah dihubungi oleh seorang ahli yang curiga dengan keadaan longgokan risalah tersebut.

PAS Mesing lazimnya akan meletakkan risalah di kenderaan para jemaah dan tidak pernah melonggokkan sebarang risalah di satu tempat.

Selain itu setiap risalh yang diedar mesti ada maklumat penerbit, misalnya atas nama PAS Kaw Mersing, PAS pusat dsb. Apabila diamati, ternyata risalah berkenaan bertujuan memberitahu ahli kariah betapa Anwar mesti memberikan DNAnya.

Katanya, PAS pusat amnya dan PAS Mersing khususnya tidak ingin campur tangan dengan mengganggu perjalanan kes liwat 2 di mahkamah yang sedang berlangsung kini. Justeru kehadiran risalah tersebut dirasakan pelik sekali.

Oleh itu, beliau menghubungi pimpinan PAS Kawasan yang kemudiannya mengarahkan beliau membuat laporan Polis.

Satu laporan Polis telah dibuat malam tadi.

Taib beli darjah kebesaran Universiti Adelaide?

Posted: 19 Mar 2011 11:39 PM PDT


DETIK DAILY

SARAWAK REPORT telah mengambil masa beberapa minggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Universiti Adelaide apakah faktor mereka menamakan sebahagian dari kampus mereka sempena nama Ketua Menteri Sarawak.

'Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court' telah dinamakan khas sebagai menghormati seorang ahli politik yang penuh kontroversi dari Malaysia Timur pada tahun 2008

Pada ketika itu ianya dikatakan sebagai "suatu ruang sosial yang telah dilanskapkan", yang mana terdapat sekeping gambar menunjukkan seorang ahli politik berstatus multi-jutawan dilihat sedang berjalan-jalan di suatu kawasan di situ bersama Naib Chancelor, Professor James McWha.

Namun permintaan kami tidak mendapat sebarang respon dari pihak universiti. Email-email kami tidak berjawab malah soalan-soalan lisan menerusi telefon kami pun tidak mendapat sebarang layanan.

Beberapa orang ahli alumni Malaysia yang telah menuntut di situ telah meluahkan rasa kesal mereka terhadap penghormatan Taib Mahmud pada bulan Disember lalu, mengemukakan aduan bersama di dalam surat mereka:

"Sungguh memalukan kami bahawa universiti kami menganugerahkan seorang kleptomaniak dan seseorang penyalahguna hak asasi kemanusiaan"

Alasan kegagalan untuk mendapatkan respon dari pihak universiti mungkin memandangkan Taib Mahmud mampu mencurahkan sejumlah derma yang amat banyak, tetapi tidak mampu dilakukan oleh Sarawak Report mahupun warga alumni universiti berkenaan.

'Pemberian peribadi' Taib diberikan dengan pelbagai cara!

Taib tamat pengajiannya dari Adelaide dalam jurusan perundangan dalam tahun 1961, tetapi seterusnya menerima darjah doktor kehormat dalam tahun 1994, diikuti dengan anugerah-anugerah lain kerana sokongannya.

Pengumuman-pengumuman dari universiti itu menyatakan beberapa sumbangannya dalam masa beberapa tahun, namun setelah mereka mendiamkan diri sejak kebelakangan ini, kita sukar untuk membuat sebarang perkiraan.

Adelaide telah mengikhtiraf derma pertama Taib yang dilakukannya pada tahun 1987, enam tahun setelah beliau menjadi Ketua Menteri dan beliau telah mula memperlihatkan tahap pendapatan yang di luar jangkaan.

Syarikat hartanahnya di Amerika Utara, Sakti International, telah diasaskannya bersama-sama ahli-ahli keluarganya pada tahun berkenaan dan kini bernilai beratus-juta dollar Australia. Menurut universiti itu, derma pertamanya adalah untuk menaiktaraf kelengkapan Sekolah Perundangan di situ.

Dalam tahun 2001 Ketua Menteri itu telah menderma sebanyak $300,000 kepada universiti berkenaan yang telah digunakan untuk mendirikan "Malaysia Room, lengkap dengan perabot dan artifaks dari Sarawak". Pihak universiti telah menyebut bilik berkenaan sebagai:

"suatu pemberian dari Ketua Menteri yang pemurah, yang juga merupakan seorang daripada alumni kehormat dan dermawan kami".

Harga penghormatan apa?

Tanpa memperoleh sebarang respon rasmi dari pihak universiti berkenaan, kami menganggarkan bahawa sejumlah wang yang lebih besar telah mereka terima sebelum mereka menggunakan nama Taib Mahmud, Naib Chancellor, Prof. James McWha, mengucapkan terima kasih kepada Taib atas "sokongan signifikannya dan usaha gigihnya" dan seterusnya menyebut:

"Pemberian peribadi Ketua Menteri itu telah berterusan sejak selama beberapa tahun ini"

Malangnya, derma-derma yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai status dan pangkat tidak dipersoalkan oleh pihak universiti itu, bagaimana seseorang dalam kedudukan Taib itu dibolehkan undang-undang untuk menghulurkan "pemberian peribadi" yang sebegitu banyak jumlahnya. Sebagai seorang penjawat awam yang dipilih, gaji bulanan Taib merupakan suatu rekod awam dan kesemuanya berjumlah RM20,000 sebulan (kira-kira $10,000 Australia). Ini bermaksud nilai harga untuk mewujudkan "Malaysia Room" sahaja boleh mencecah dua kali ganda gaji tahunannya.

Hanya sedikit penyoalan dilakukan oleh pihak universiti ke atasnya akan membongkar isu-isu yang berkisar sekeliling kekayaan Taib. Sudah pastinya tiada kekurangan maklumat dan bukti yang boleh mengaitkan Ketua Menteri itu dengan rangkaian rasuah pembalakan di seluruh hutan hujan tropika Sarawak yang telah semakin mengecil sehingga kurang dari 5% saiz asalnya selama 30 tahun beliau berkuasa.

Sebenarnya, kemusnahan yang dilakukan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan regim Taib Mahmud telah berkembang menjadi ancaman global.

Syarikat-syarikat itu beroperasi di seluruh kepulauan Borneo, di Irian Jaya, the Solomon Islands, lembah-lembah Amazon dan Siberia, sebagai mana dilaporkan oleh beberapa NGO. Dalam pada itu, the Green Party di Tasmania telah mempersoalkan kenapa sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Taib telah diberikan subsidi sebanyak $8 juta oleh negeri itu untuk menebang kayu dan mengeksportnya kembali ke Malaysia, di mana hutannya kini telah ranap?

Suatu jenayah pelbagai mangsa

Kesan pemusnahan yang dahsyat ini telah menjejaskan hidupan liar, sungai-sungai dan sistem ekologi di rantau ini. Kemusnahan ini juga telah menjejaskan orang-orang asal yang mana kawasan-kawasan mereka telah dicerobohi, tanpa diadakan sebarang keberterusan, dan juga menghampiri kepupusan.

Hanya segelintir orang sahaja yang menikmati dari kekayaan yang terjana dari pemusnahan hutan mereka itu. Sebaliknya, University of Adelaide merupakan pemanfaat, bukan dari 'pemberian peribadi' Ketua Menteri, tetapi, dari hasil rompakannya ke atas rakyatnya sendiri.

Soalan-soalan kami

Dengan alasan-alasan inilah maka Sarawak Report telah menyenaraikan beberapa soalan yang kami harap sedia dijawab oleh Naib Chancellor.

Kami ingin mengetahui jika universiti berkenaan mempunyai garis panduan etika apabila mereka menerima sebarang derma dari sesiapa, dan jika ada, apakah dasar yang digunakan oleh Professor McWha untuk menerima Taib Mahmud sebagai rakan kongsinya untuk Adelaide?

Kami juga ingin memohon maklumat mengenai jumlah sebenar derma-derma yang diterima dari universiti itu, berasaskan sejumlah derma itu dikenali sebagai wang dari hasil rompakan dan rasuah, dan seharusnya dikembalikan secara sah berteraskan undang-undang kepada rakyat Sarawak.

Jika universiti berkenaan sering menjelaskan bahawa derma-derma itu adalah hasil 'pemberian peribadi', maka kami tidak akan mempersoalkan lagi hanya jika wang daripada Taib Mahmud itu sememangnya dari gaji rasminya walaupun amat terhad.

Banyak lagi di Australia

Sebagaimana yang sering ditimbulkan oleh para NGO, terdapat banyak lagi harta Taib di Australia, ditambah dengan jutaan misteri Ketua Menteri itu.

Adelaide Hilton 380 bilik merupakan sebuah syarikat perhotelan yang didaftarkan bawah nama anak-anak dan arwah isterinya, dan terdapat banyak lagi harta keluarganya di kawasan-kawasan lain.

Memandangkan Australia mempunyai kekayaan sendiri yang mencukupi, adalah memadai bagi University of Adelaide mencari penderma tempatan yang sah dan dari sumber-sumber domestiknya sendiri, tanpa mengharapkan keuntungan hasil dari ekploitasi ke atas orang-orang miskin di Borneo oleh Ketua Menteri mereka yang korup? Yang pastinya, adakah kebolehpercayaan itu harus dinafikan?

2,000 penduduk minta pili bomba sentiasa diselanggara

Posted: 19 Mar 2011 11:34 PM PDT

KENINGAU KINI

KENINGAU: Lebih kurang 2,000 penghuni rumah murah fasa dua, Jalan JKR dekat sini meminta agar pili bomba di kawasan perumahan terbabit sentiasa diselenggara dari masa ke semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Bandar (JKDB) taman itu Lee Then Loi berkata, penyelenggaraan pili bomba di kawasan perumahan ini penting bagi memudahkan pihak Bomba dan Penyelamat membuat pengawalan dan memadam api apabila berlaku kebakaran.

"Ketiadaan pili bomba yang berfungsi dengan baik menyukarkan anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja memadam api semasa kebakaran" katanya kepada media selepas majlis ringkas penyerahan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran rumah di taman itu kelmarin.

Pada majlis itu Lee menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,630.00 yang dikutip dari sumbangan ikhlas penghuni rumah murah kepada keluarga Erik Umbol yang mengalami kebakaran rumah pada Selasa lepas.

Jumlah sumbangan itu tidak termasuk sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini.

Pengerusi JKDB itu berkata, risiko kemusnahan rumah dan harta benda di kawasan kebakaran boleh kurangkan jika pili bomba berfungsi dengan baik.

Walau bagaimanapun katanya, penduduk di kawasan perumahan itu merakamkan penghargaan kepada anggota bomba dan penyelamat yang berjaya mengawal kebakaran itu dari merebak di rumah yang berhampiran.

Dalam masa yang sama Lee meminta pihak yang berkenaan agar mendirikan mini dewan serbaguna di kawasan perumahan itu bagi keperluan penduduk setempat.

Katanya, dewan serbaguna perlu didirikan di kawasan ini kerana selain keperluan pada majlis-majlis keramaian ia juga amat penting untuk dijadikan tempat tinggal sementara bagi penduduk yang di timpa bencana seperti keluarga Erik Umbol.

Noh Omar perlu 'cermin diri' dulu

Posted: 19 Mar 2011 11:29 PM PDT

WARTA KERAJAAN RAKYAT SHAH ALAM: Kelab penyokong Menteri Besar Selangor (MBSC) meminta Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, 'mencermin diri' dulu sebelum menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Presiden MBSC, Khairul Anuar Othman berkata, amaran keras turut diberikan kepada Menteri Pertanian, Industri dan asas Tani itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengarut, jika tidak mahu kes-kes salah laku pimpinan Umno sewaktu mentadbir Selangor, dibongkar.

"MBSC memberi amaran kepada Noh Omar supaya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan kerana Menteri Besar dan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sekarang mempunyai banyak kes salah laku kerajaan terdahulu semasa mereka mentadbir Selangor," katanya dalam satu kenyataan media.

Khairul dalam masa yang sama menegaskan kesetiaan dan keteguhan MBSC berdiri di belakang kepimpinan Khalid Ibrahim.

Media semalam mengeluarkan berita desakan Noh Omar supaya Khalid meletak jawatan kononnya berhubung lantikan kroni dalam Yayasan Selangor. Khalid bagaimanapun telah memecat kakitangan tersebut.

Menjawab Noh Omar, MBSC percaya kredibiliti Khalid Ibrahim tidak tergugat malah yakin rakyat Selangor tetap menyokong kepimpinan beliau.

"Kredibiliti Menteri Besar tidak tercalar dengan apa berlaku, malah rakyat Selangor menyokong penuh kempimpinan Menteri Besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah yang terbaik berbanding pimpinan Umno lalu sewaktu memimpin Selangor," katanya.

Samseng kroni Taib Mahmud guna bom rampas tanah adat

Posted: 19 Mar 2011 10:51 PM PDT

WARTA KERAJAAN RAKYAT

KUALA LUMPUR: Syarikat yang menjadi kroni Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sanggup mengupah samseng untuk membakar rumah bagi menghalau orang Asal, seterusnya merampas tanah milik mereka.

"Jika dulu, syarikat kroni menggunakan kaedah memujuk sebelum 'merampas' tanah rakyat tetapi kini sampai ke tahap membakar dan mengupah samseng untuk menyerang penduduk seperti yang berlaku di rumah panjang Ranggong.

"Saya tidak menolak kemungkinan masyarakat Orang Asal akan 'memenggal' mereka seperti zaman dahulu jika syarikat kroni terus-terusan menindas dan merampas hak kami," kata Minggat anak Nyakin.

Beliau berkata demikian pada forum 'Tanah, Adat dan Pilihan Raya' malam tadi. Ahli panel ialah Pengarah Eksekutif BRIMAS Sarawak, Mark Bujang; Setiausaha Awam Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Nicholas Mujah dan Koordinator Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA), Abun Sui Anyit.

Lebih 200 orang menghadiri forum anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil dan NGO Peguam, Loyar Buruk.

Wakil rumah Ranggong, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit.

"Kami selaku pemilik tanah dan Orang Asal kesal dengan tindakan syarikat kroni yang mengahtar samseng untuk menghalau dan menakut-nakutkan kami.

"Serangan samseng itu termasuk menggunakan bom dan sabit dilakukan terhadap penduduk rumah panjang kira-kira seminggu," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut