Rabu, 2 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biaqpila

Posted: 02 Mar 2011 03:15 PM PST

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

NONEMenurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak," katanya.

NONEMenurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

NONEPada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Duit banyak habis dengan kos logistik mereka tapi isu jarak ceramah yang terlalu dekat antara PAS dan BN pun tidak boleh diselesaikan.

NONE"Apa fungsi mereka yang banyak menghabiskan wang rakyat tapi tak boleh kawal keselamatan?" soal naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Menurutnya juga, PAS tidak keberatan untuk mengadakan pertemuan dengan ketua polis Melaka sekiranya perkara ini masih berterusan.

"Kita sedang memberi perhatian untuk bertemu dengan pihak polis. Kita lihat sehingga malam ini, jika gangguan dan perbuatan khianat masih berterusan, kita tak keberatan untuk bertemu pihak polis bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian," katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 02 Mar 2011 03:09 PM PST

Melayu Felda tak kisah Pahang bankrap

Posted: 02 Mar 2011 05:06 AM PST

M Faqih

SEORANG rakan seperti yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi di Kerdau dan Merlimau. Alasannya kerana calon BN di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad seorang ustaz. Ilmu agamannya dianggap setaraf dengan pemimpin PAS.

Manakala calon BN di Merlimau, Roslan Ahmad mempunyai keluarga besar dan dikenali ramai. Tanpa mengambil kira banyak isu yang membelit di kaki Umno dan Perdana Menteri, rakan tadi mempertahankan hujahnya.

Katanya, apa isu sekali pun dibangkit PAS dan Pakatan, orang Melayu Felda akan buat seperti pekak badak sahaja.

Mereka tidak kisah terhadap laporan Ketua Audit Negara mengenai hutang kerajaan BN Pahang sebanyak RM2.17 bilion. Mereka persyaitan Pahang mengalami defisit belanjawan 13 tahun berturut-turut.

Apa yang mereka mahukan harga getah kekal lebih RM8 sekilogram sekarang. Harga sawit juga melonjak tinggi. Hari ini ada pekebun yang mendapat RM10,000 sebulan.

"Buat apa susah-susah undi parti lain lagi," ujar rakan tadi. Peneroka Felda di Kerdau nampaknya lebih terpesona dengan pengumuman Datuk Seri Najib Razak melulus peruntukan RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau.

Mereka tidak ambil kisah kalau Pahang bankrap atau tidak. Pengundi Melayu di Felda seperti lupa pekan itu tidak berubah biar pun sejak merdeka berada di bawah ketuanan Umno.

Masjid di Kerdau masih ada yang berdinding kayu. Kalau hendak dibandingkan dengan pekan Felda di Chiku, Gua Musang ia agak jauh berbeza. Begitu juga dengan pekan Paloh di bawah Kesedar.

Kerdau pekan lama

Kerdau masih lagi seperti pekan alakoboi. Tengok stesen kereta api dahulu lebih cantik berbanding sekarang. Jadi mengapa pengundi Melayu di Kerdau mahu mempertahankan status quo.

Lebih baik mereka pilih wakil rakyat yang berani bersuara membawa masalah mereka ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun). Hassanuddin Salim boleh lakukan sekiranya pengundi sepakat mahu perubahan. Beliau sudah lama dikenali rakyat di Kerdau.

Sudah dua pilihan raya beliau berusaha membawa paradigma baru buat rakyat di Kerdau, namun pengundi belum mampu tinggalkan Umno.

Dan kali ini pusingan ketiga Hassanuddin tampil dengan harapan pengundi Kerdau ada sedikit kesedaran baru.

Biar apa pun rakan yang rapat dengan Umno tadi melembutkan nada, PAS masih ada peluang kerana rakyat di akar umbi tidak kenal Ustaz Syed Ibra.

"Lagi pun kemunculannya kerana rapat dengan Datuk Seri Adnan Yaakub. Dia bertugas sebagai pegawai agama Menteri Besar.

"Namun dia bersikap elit sedikit. Cuma sekarang sahaja yang berlakon mesra dengan penduduk kerana mahu menarik simpati mereka," ujar rakan itu.

Apa yang diceritakan rakan terbabit berlainan dengan cerita yang dipaparkan media saban hari. Laporan media memberi wajah baru kepada Syed Ibra dan Abang Ron di Merlimau.

Inilah peranan media harian berbahasa Melayu sekarang. Dahulu mereka diiktiraf kerana membawa suara menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Sekarang peranan media harian Melayu memastikan perjuangan Umno diterima orang Melayu.

Maka tidak hairanlah kalangan wartawan akhbar harian yang berpangkalan di Kota Bharu juga dikhabarkan mencari jalan bagi 'mengkuburkan' kerajaan PAS.

Menjelang pilihan raya umum 2004, syarikat akhbar sama juga mencetus agenda serupa. Ada wartawan kanan yang dibawa khas ke Kelantan.

Hebatlah petugas syarikat akhbar terbabit. Kalau benarlah apa yang dikata, sahlah akhbar berkenaan merupakan satu unit daripada tubuh badan Umno.

Sedangkan sebelum ini kita hanya mendengar Umno dan parti kompenan BN yang mencipta agenda seperti itu.

Lainlah Harakah kerana permitnya dilulus Kementerian Dalam Negeri sebagai akhbar milik parti. Malah perkataan 'Untuk Ahli PAS Sahaja' diwajibkan KDN.

Harakah dianggap seperti subversif oleh kerajaan BN. Buktinya kekerapan penerbitannya dipancung selepas undi Melayu berolak kepada Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999.

Ketika itu KDN pantau Harakah seolah-olah akhbar itu pembawa ajaran sesat. Penerbitan lapan kali sebulan cuma tinggal dua kali sahaja.

Nyonya baca Harakah

"Saya suka baca Harakah, ceritanya banyak betul," tiba-tiba seorang wanita Cina meluahkan isi hatinya. Beliau ditemui ketika kebetulan datang membayar cukai bandar di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, dua minggu lalu.

Ketika ditanya mengapa tidak membaca akhbar berbahasa Cina, kata perempuan Cina itu, ada juga sekali sekala beli Sin Chew Jit Poh.

Nampaknya orang bukan Melayu lebih percayakan Harakah kerana akhbar harian katanya sama seperti sayap Umno.

Begitu juga beberapa agensi kerajaan milik pusat di negeri ini.

Kemas, Kesedar, Risda, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Kada dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga sama peranan dengan akhbar harian Melayu.

Masing-masing ada pelan bagaimana hendak lemaskan kerajaan PAS di Kelantan dan Pakatan Rakyat di negeri lain.

Kesedar tidak mampu sembunyikan lagi peranannya. Dua calon pilihan raya kecil di Kelantan pada tahun lepas dan 2009 ialah bekas pegawai Kesedar.

Tuan Aziz Tuan Mat, calon BN di Dun Manek Urai bekas pengurus kilang Kesedar. Begitu juga Abdul Aziz Yusof, bekas penyelia Kesedar di RPT Sungai Terah menjadi calon BN di Galas.

Pada hari mengundi pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009, Pemuda PAS Kuala Krai mendakwa pejabat Kesedar di Sungai Peria dijadikan tempat mengagihkan duit kepada penyokong BN.

Jelaslah sekarang sebutlah nama akhbar harian berbahasa Melayu yang ada di negara kita, semuanya siap sedia menjadi alat kepada Umno dan BN.

Sebuah akhbar lokal yang baru diterbit nampaknya cuba mempertahankan dasar kebebasan bersuara. Namun, riak-riak sikap bias pun sudah kelihatan.

Akhbar harian juga sudah menghambur peluru tabur kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kalau sebelum 2008, sasaran lebih terarah kepada Kelantan sahaja, namun kini melencong pula ke Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Serangan propaganda mereka dipertingkatkan lagi sekarang. Bukan sekadar isu tertentu yang diulang tayang, sebaliknya peluru dihala terus kepada tubuh badan pemimpin PAS.

Tembakan mereka ke arah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peluru murah yang mereka dapat termasuk daripada bekas pensyarah, Ustaz Noor Idris dan Ustaz Abdullah Sa'amah dari Pondok Geting, Tumpat.

Sekarang ada pula NGO yang dikenali sebagai Minda Pondok. Semuanya diperguna sebagai peluru bagi mencalar imej Menteri Besar Kelantan dan PAS.

Tidak terhenti setakat itu, malah wartawan kanan akhbar Melayu yang didatang ke Kelantan menunding pena ke arah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Kadang-kadang agenda setting mereka menjadi bahan ketawa orang kampung.

Begitu juga dengan peperangan politik yang berlaku di Kerdau dan Merlimau sekarang. Media Melayu awal-awal lagi sudah julangkan Ustaz Syed Ibra dan Abang Ron.

Kalau begitu eloklah akhbar harian Melayu tulis di halaman depan seperti Harakah, Hanya Untuk Ahli Umno Sahaja.

Pemuda PAS bantah bilik gerakan BN di premis awam

Posted: 02 Mar 2011 05:03 AM PST

Nazri Abdullah

PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kesalahan Umno BN menggunakan premis awam dalam kempen PRK Kerdau yang sedang berlangsung.

Memorandum mengandungi bukti bergambar itu diserahkan oleh Naib Ketuanya, Sabki Yusof kepada wakil SPR di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini (gambar).

Turut serta semasa penyerahan itu, ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat.

Antara tempat yang didakwa disalahguna oleh Umno BN adalah, padang awam Teluk Sentang, Masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23, Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25 dan Balai Raya Kuala Tekal.

Kesemua premis-premis itu digunakan sebagai bilik gerakan BN.

Pada sidang medianya, Sabki berkata tindakan Umno BN itu bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan SPR digesa segera bertindak.

"Saya yakin mereka guna tempat-tempat ini tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

"Saya mewakili jentera kempen PAS dan Dewan Pemuda PAS, minta SPR ambil tindakan dan halang mereka kempen guna tempat awam," katanya.

Tindakan itu juga katanya telah menimbulkan rasa tidak senang hati dan telah mencemarkan proses demokrasi.

Memorandum sama juga, kata Sabki akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran wujud elemen salah guna kuasa.

Sementara itu, Suhaizan pada sidang media sama pula menggesa SPR tidak berlengah lagi untuk bertindak kerana bukti telah mereka berikan.

Malah katanya, aduan sama telah dibuat kepada SPR negeri, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kes seperti ini bukan kali pertama berlaku. Jadi saya mintak SPR ambil tindakan terus, bukan berlengah-lengah lagi," katanya.

Umno: Untuk rakyat membazir, perut sendiri OK

Posted: 02 Mar 2011 05:00 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS menafikan menjadi kuda tunggangan PKR apabila melancarkan Buku Jingga di Markaz Induk Pilihan raya Kecil Kerdau pada 26 Februari lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tuduhan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berhubung perkara itu sebagai satu fitnah kepada PAS supaya wujud perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.

"Buku Jingga ialah pemuafakatan bersama dan dirancang serta diteliti oleh ketiga-tiga parti (PAS, PKR dan DAP) supaya mendapat keputusan bersama, bukan oleh satu parti sahaja," jelasnya.

Tambahnya, tuduhan Naib Presiden Umno itu membayangkan keresahan yang ada di dalam pemikiran pemimpin Umno, kerana bimbang rakyat mengalih sokongan kepada PR, terutama angin perubahan di Asia Barat.

Jelasnya lagi, tuduhan yang mengatakan bahawa Buku Jingga mengenepikan pakar-pakar ekonomi adalah tidak betul.

"Orang yang tidak pakai pakar ekonomi ialah pemimpin Umno," katanya.

Katanya, kes kritikan Tengku Datuk Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda, nampaknya terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin pertengahan Umno.

Mereka, ujarnya menuduh Tengku Zafrul sebagai telah mempertikai dan memperkecil-kecilkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Isa, sehingga dicadangkan beliau dipecat daripada jawatan.

Menurutnya lagi, tuduhan negara akan bankrap jika PR melaksanakan janji 100 hari adalah penyakit yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab selama ini.

"Mereka akan memastikan perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan boleh membawa bankrap. Jika cadangan untuk perut dan kroni mereka akan bersetuju.

"Ini adalah sikap biasa mana-mana pemimpin yang takut tembelang mereka akan terdedah jika kerajaan baru menggantikan mereka," katanya lagi.

Justeru, PAS ingin mengingatkan Zahid sebelum membuat tuduhan hendaklah menyelidik dahulu.

"Jangan buat telahan sebarangan, sesuai dengan ijazah Doktor Fasafah yang dimiliki. Jangan malukan nilai akademik yang dimiliki oleh beliau," ujarnya.

Kempen Mesra Rakyat dicemari provokasi

Posted: 02 Mar 2011 03:00 AM PST

Hazayani Zakaria

JASIN: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengulangi gesaan mahu semua parti yang bertanding pada PRK Dun Merlimau berkempen secara aman tanpa sebarang provokasi.

Beliau mengulas mengenai kempen pada PRK Merlimau yang mula dicemari provokasi dan perbuatan khianat oleh pihak lawan.

"Hari ini hari kelima kempen, kita lihat unsur keganasan dan provokasi masih berterusan.

"Kenapa di Merlimau ini setiap kali ceramah PAS ada gangguan daripada pihak lawan. Ada sahaja sorakan yang sengaja dilakukan untuk memprovok penyokong PAS, seolah-olah sengaja dirancang," katanya.

Salahuddin turut mempersoal kehadiran pihak polis yang ramai ke kawasan ini namun tidak mampu menangani perbuatan demikian.

"Duit banyak habis dengan kos logistik mereka tapi isu jarak ceramah yang terlalu dekat antara PAS dan BN pun tidka boleh diselesaikan.

"Apa fungsi mereka yang banyak menghabiskan wang rakyat tapi tak boleh kawal keselamatan?" soalnya.

Menurutnya juga, PAS tidak keberatan untuk mengadakan pertemuan denagn Ketua Polis Melaka sekiranya perkara ini masih berterusan.

"Kita sedang memberi perhatian untuk bertemu dengan pihak polis. Kita lihat sehingga malam ini, jika gangguan dan perbuatan khianat masih berterusan, kita tak keberatan untuk bertemu pihak polis bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Difahamkan, sehingga malam tadi sebanyak 10 buah motosikal dan 2 kereta penyokong Pakatan dirosakkan selain dua cermin kereta dipecahkan.

DUN Kerdau: TPM mahu SPR siasat Pakatan guna logo selain PAS

Posted: 02 Mar 2011 02:59 AM PST

BERNAMA

TEMERLOH – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat penggunaan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lambang kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian adalah menyalahi peraturan yang ditetapkan SPR kerana hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan menggunakan lambang parti mereka.

"(Penggunaan) poster (itu) tak betul (sesuatu yang salah), maknanya dia (PAS) tidak ada pendiriannya, yang bertanding di sini adalah PAS, ikut (peraturan) SPR, dia (calon) boleh pakai satu simbol sahaja iaitu PAS, yang tidak bertanding tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga pendidik di Sekolah menengah Kebangsaan Kerdau di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon BN pada pilihan raya kecil itu, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan Syed Ibrahim dicabar calon PAS Hassanuddin Salim. Pengundian ditetapkan Ahad ini.

Mengulas pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata pemimpin-pemimpin pembangkang kini semakin tidak yakin terhdap calon mereka yang bertanding di dua pilihan raya kecil ketika ini iaitu di Kerdau dan Merlimau, Melaka.

Beliau berkata sekalipun pemimpin-pemimpin utama pembangkang berkata yang mereka hanya ingin menguji kekuatan BN pada pilihan raya kecil itu dan sebagai persiapan mereka (pembangkang) untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, jentera BN diminta tidak mengambil mudah terhadap kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan.

"Walaupun sudah begitu baik, kita tak (jangan) kisah apa pembangkang buat (tapi) jangan pandang mudah," katanya.

BN terus menciplak Buku Jingga

Posted: 02 Mar 2011 02:50 AM PST

Harakahdaily

SHAH ALAM: Pengumuman terbaru pimpinan BN tentang insentif tawaran baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Demikian kata Pengarah Komunikasi PKR yang juga Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan medianya.

Semalam Tan Sri Muhyidin Yassin terus menerus menuduh pelaksanaan buku Jingga akan memufliskan negara.

Januari lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

"Justeru kita melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara," kata Nik Nazmi.

Harakahdaily difahamkan, Jasa yang terletak di bawah Kementerian Penerangan juga menganjurkan diskusi khas mengenai Buku Jingga. Turut dijemput adalah pemimpin Perkasa iaitu, Dr Zubir.

Tawaran Baru untuk guru yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan bagi menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka Felda boleh dituntut menerusi tiga pilihan.
Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula. Bayaran ini telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004.

Bayaran sebanyak RM5000 dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi Felda masih lagi berhutang sebanyak RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit.

Pakatan telah mengumumkan bahawa Felda Plantations akan dibubarkan dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan ketiga Felda.

Malang sekali, kata Nik Nazmi, ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga," katanya.

Pengasas Umno Jengka 25 masuk PAS

Posted: 02 Mar 2011 02:47 AM PST

Harakahdaily

TEMERLOH: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi.

Muzamil Mualip, yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 ahli Umno yang lain telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah beliau sendiri.

Majlis itu yang turut dihadiri beberapa wartawan dan pemimpin tertinggi PAS itu dipercayai bakal mencetuskan satu fenomena baru perkembangan PAS di Jengka 25, yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan perkembangan ini sebagai satu tekanan terhadap Umno.

Dalam ucapan ringkas bagi mengalu-alukan penyertaan beliau, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS berharap penyertaan beliau bersama 11 ahli Umno yang lain akan memperkukuhkan perjuangan Islam di Jengka 25.

"Beliau yang sangat berpengaruh di Jengka 25 adalah pembantu khas kepada bekas Adun Kerdau Allahyarham Datuk Abdullah Kia," tambah Tuan Ibrahim.

Pilihanraya Sarawak : BN Boleh Menang Tetapi Tidak Mustahil Akan Tumbang

Posted: 02 Mar 2011 02:47 AM PST

Ditulis oleh Aspan Alias

Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN.

Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu.

Masalah parti-parti pembangkang ialah untuk menghampiri rakyat pengundi di kawasan pedalaman yang mudah dilakukan oleh BN yang berkuasa. Blog ini telah menyebutkan bagaimana parti-parti pembangkang selama ini menghadapi kesulitan untuk mendekati pengundi di kawasan pedalaman seperti di rumah-rumah panjang dan kawasan penempatan-penempatan rakyat yang miskin.

Setiap kali pilihanraya pengempen-pengempen bagi parti pembangkang tidak dapat mendekati pengundi dengan mudah kerana penekanan yang dilakukan oleh Taib Mahmud dengan kuasa politik dan wang yang ada kepada beliau. Kalaulah negara kita melaksanakan demokrasi secara tulin dengan memberikan pembiayaan kepada parti pemerintah dan alternatif dan dibenarkan kedua-dua pihak mendekati rakyat dengan terbuka, perubahan di Sarawak sudah lama berlaku.

Kali ini pembangkang yang begitu serius untuk menolak kepimpinan BN di bawah Taib telah menggunakan kaedah mendekati rakyat dari jauh dengan menggunakan perkhidmatan radio, 'Free Sarawak Radio' yang beroperasi dari Convent Garden, London yang diharapkan dapat mendekati hati rakyat yang ingin diperjuangkan oleh pihak yang ingin melihat tamatnya pemerintahan kuku besi Taib selama ini.

Dengan adanya gerakan seperti ini terhadap sesuatu pemerintahan ianya hanya membawa satu kefahaman bagi mereka yang mempunyai pemikiran siasah yang serius; iaitu mereka serius untuk memperbetulkan keadaan yang begitu serius yang dihadapi oleh rakyat. Bagi rakyat Sarawak yang tidak boleh berbuat apa-apa oleh kerana kuasa politik yang menekan yang dilakukan oleh Taib, kumpulan yang sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka terhadap negeri kelahiran mereka terpaksa melakukan gerakan yang mereka anggap sebagai tanggungjawab yang patut dipikul oleh mereka untuk membetulkan keadaan.

Kalau gerakan yang begitu seirus dilakukan oleh anak-anak Sarawak dengan kaedah yang betul-betul disiplin, selalunya gerakan itu akan berjaya. Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang perubahan boleh berlaku dengan sekelip mata sahaja.

Banyak perubahan telah berlaku dengan pantas dan apa yang berlaku di keseluruhan Semananjung Arab dan Utara Afrika sekarang ini adalah contoh yang sedang kita lihat dengan begitu jelas. Keruntuhan Tembuk Berlin yang telah memisahkan Jerman kominis dengan Jerman yang demokratik pada tahun 1989 dahulu berlaku dalam masa sebulan dua sahaja.

Di negara-negara Arab tidak ada parti-parti politik yang dibenar beroperasi secara halal pun boleh melakukan perubahan dengan cepat tetapi mereka melakukannya dengan cara berkonfrontasi yang merbahaya. Tetapi di negara kita, rakyat tidak perlu melakukan demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai banyak parti-parti politik yang dihalalkan oleh perlembagaan negara dan rakyat hanya perlu memberikan undi kepada mereka melalui pilihanraya yang diadakan setiap 45 tahun sekali.

Rakyat tidak perlu berpenat lelah untuk berdemonstrasi dan melumpuhkan sistem kehidupan seharian kita. Walaupun begitu banyak kenyataan pemimpin-pemimpin kita membuat kenyataan untuk menyedapkan telinga dan hati sendiri, hakikatnya tetap yang BN di Sarawak tidak lagi sebuah 'coalition' yang semantap dahulu.

Penolakan rakyat semakin hari semakin jelas dan dengan adanya kesempatan untuk melakukan perubahan secara aman di negara ini maka kesempatan inilah yang memungkinkan BN kecundang dalam masa yang terdekat ini. Alasan untuk menolak kepimpinan BN oleh Taib ini adalah merupakan asas yang tidak lagi boleh dipersoalkan kebaikan niat pihak yang inginkan perubahan ini.

Dalam masa dan zaman ini mana-mana pemerintahan yang dikendalikan oleh seorang individu yang seperti pemerintahan sistem Raja dan Maharaja seperti di negara-negara Arab akan mendapat tentangan dari rakyat yang inginkan cara pemerintahan yang tidak rasuah yang menerbitkan sistem krnism yang begitu menebal. Di Sarawak elemen ini jelas kedapatannya.

Jika ada pihak yang serius yang melakukan pembelaan kepada rakyat maka isu penekanan Taib dan parti pemerintah terhadap rakyat dan siasah negeri itu, pihak itu akan mudah mendapat sokongan dan dukungan rakyat yang ramai.

Hanya yang perlu dilakukan oleh parti-parti pembangkang ini ialah untuk mendekati rakyat dengan waktu dan masa yang mencukupi untuk melakukan perubahan itu. Alasan untuk rakyat memberikan sokongan terhadap usaha mereka adalah kuat dan jika ada apa-apa perubahan di Sarawak, itu adalah perubahan yang akan membawa keabikan dan faedah kepada negeri dan rakyat negeri itu.

Kita perlu ingat, perubahan drastik dan cepat memang tidak mustahil untuk berlaku dan dialami dizaman sekarang ini. Perubahan memang tidak lagi mustahil.

Enam Anggota Hindraf Didakwa Di Mahkamah

Posted: 02 Mar 2011 02:41 AM PST

TVS NEWS

IPOH 2 MAC : Seramai enam anggota kumpulan Hindraf Perak didakwa di Mahkamah Ipoh berikutan mengadakan konvoi kereta di Jalan Besar Jelapang Ipoh, menerusi pertubuhan yang diharamkan kerajaan Persekutuan, Hindraf Makkal Sakti.

Kesemua mereka ditahan semasa mengadakan konvoi bagi menzahirkan bantahan mereka terhadap penggunaan novel Interlok sebagai buku Sejarah Tingkatan 5.

Antara yang ditahan adalah, Ramesh Periasamy, 40 thaun, J.Vijelingam, 51 tahun, S. Jayakumar, 49 tahun, R.Arumugam, 44 tahun, N. Subramayam, 43 tahun, R.S. Sivagumar, 33 tahun.

Kesemua mereka diikat jamin sebanyak RM 2,000 ringgit seorang dengan seorang penjamin.

Majistret Intan Nurul Fahena memutuskan kes ini akan dibacakan semula pada April 4 depan.

Peguam yang mewakili tertuduh, Agustine Anthony menegaskan tidak ada kenyataan yang dapat membuktikan Hindraf Makkal Sakti adalah persatuan haram.

Hindraf sebelum ini telah membuat permohonan kepada pihak Pendaftaran Persatuan tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan mengenainya.

Agustine juga menekankan kes ini tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah kerana di bawah Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan secara jelas menerangkan rakyat berhak untuk bersuara dan menubuhkan persatuan ataupun mengadakan perhimpunan dengan bebas.

Media ramal DUN Sarawak dibubar 19 Mac, undi 9 April

Posted: 02 Mar 2011 02:40 AM PST


Taib berkata BN Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri. — gambar fail
KUALA LUMPUR — Spekulasi semakin kencang dengan desas-desus terbaru mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka ruang kepada pilihan raya negeri yang ke-10.

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen negeri Sabtu ini dan ia dilihat sebagai petanda jelas pembubaran akan menjadi kenyataan bulan ini selepas spekulasi mengenainya bermula kira-kira setahun lalu.

Kini BN memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak di Semenanjung dengan hari pengundian berlangsung Ahad ini.

Laporan The Star hari ini menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.

Mandat semasa hanya akan berakhir 23 Julai ini sementara Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud terus dengan gaya beliau membiarkan orang ramai membuat spekulasi demi spekulasi mengenai kemungkinan tarikh pembubaran.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber berkata kepimpinan BN pusat yang mengadakan mesyuarat bulan lalu menjangkakan pilihan raya negeri, yang menawarkan 71 kerusi, akan diadakan awal April.

Menurut laporan akhbar itu hari ini menyebut DUN akan dibubarkan pada 19 Mac manakala penamaan calon diadakan pada 2 April dan disusuli dengan tarikh pengundian 9 April.

Akhbar itu memetik Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, "sebarang tarikh sebelum Julai mungkin."

"Ketua Menteri telah meminta kami agar bersedia. Dan kami sudah pun bersedia," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi berkata, jika pilihan raya hendak diadakan pada 9 April, BN "sudah bersedia untuk bertarung."

"Sebenarnya saya tidak tahu-menahu tarikh pembubaran. Ia bergantung pada Ketua Menteri bila hendak memanggil pilihan raya tetapi kami sudah bersedia," katanya.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mahu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya.

"Kami akan melakukan yang terbaik dan kami bersedia sepenuhnya dan bertanding habis-habisan," katanya lagi.

Setiausaha Agung Parti Nasional Sarawak Stanley Jugol percaya pilihan raya akan diadakan April ini.

"Kami sudah meramalkan pilihan raya tidak akan diadakan lewat daripada bulan April. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya jika ia diadakan," katanya lagi.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Pada 25 Februari lalu, Taib berkata BN Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima.

"Sudah... sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya.

Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.

Tuan Ibrahim : Turunkan Harga Gula, Itu Tugas Kerajaan Pusat

Posted: 02 Mar 2011 02:33 AM PST

TVS NEWS

SHAH ALAM : Tanggungjawab menurunkan harga gula adalah tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan Barisan Nasional selaku kerajaan persekutuan dan bukannya tugas Pakatan Rakyat (PR).

Demikian tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi TV Selangor.

Beliau berkata, sekiranya diberi peluang mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) negara, Pakatan Rakyat tidak akan keberatan untuk menurunkan harga gula.

Jelas Tuan Ibrahim, program tawaran harga gula murah yang dilakukan PAS adalah salah satu mekanisme kempen yang dilaksanakan Pakatan Rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

"Sepatutnya sebagai menteri, beliau (Ismail Sabri) berasa bangga mencabar pembangkang untuk menurunkan harga sebab tanggungjawab untuk turunkan harga ini adalah tanggungjawab kerajaan, bukan tanggungjawab parti pembangkang. Ada pun tindakan yang dibuat oleh PAS dalam konteks DUN Kerdau, kita melihat bahawa kita memberi tawaran harga istimewa gula kepada pembeli-pembeli bagi meringankan bebanan dalam konteks penduduk setempat," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, program kempen berkenaan dilihat membuahkan hasil, malah mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

Program yang dijalankan ini adalah sebagai satu 'isyarat' atau peringatan kepada kerajaan Persekutuan supaya memandang serius soal bebanan kos hidup rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mencabar PAS menjual gula pada harga lebbih rendah di negeri pemerintahan PR.

SPR: Undian pos DUN Kerdau bermula esok

Posted: 02 Mar 2011 02:32 AM PST


SPR berkata terdapat 54 pengundi pos di DUN Kerdau. — gambar fail
TEMERLOH — Proses pengundian pos pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau akan berlangsung esok dengan kertas-kertas undi pos akan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 10 pagi.

Jurucakap SPR ketika dihubungi Bernama berkata seramai 54 orang pengundi pos terdiri daripada 15 anggota polis dan 39 petugas SPR akan mengundi bermula pada 3 hingga 5 petang.

"Anggota polis akan mengundi di Balai Polis Kerdau manakala petugas SPR akan mengundi di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh di Temerloh esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Keputusan undi pos akan diketahui serentak selepas proses pengundian yang akan berlangsung pada 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara BN diwakil Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang Hasanuddin Salim, 43.

Ia diadakan ekoran kematian penyandang kerusi DUN itu Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Feb lepas.

PRK DUN Merlimau : Premis Awam Turut Menjadi Tumpuan Kempen Politik BN

Posted: 02 Mar 2011 02:29 AM PST

TVS NEWS

MERLIMAU : Merlimau berbangga dengan sebuah masjid baru di tengah pekan tersebut dan seperti masjid-masjid lain di Malaysia, menaranya dilengkapi dengan pembesar suara.

Bagaimanapun, kini, bukan setakat azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sahaja yang boleh didengar dari Masjid as-Syuja'ah.

"Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orangMelayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik.

"Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan," begitu antara yang disampaikan seorang penceramah sebelum masuk waktu solat Isyak pada hari Isnin lapor Malaysiakini.

Mungkin halus bunyinya tetapi mesej tersiratnya konsisten dengan risalah yang ditemui di sekitar kawasan pilihan raya kecil DUN Merlimau, bahawa mengundi Pakatan Rakyat adalah seperti memperjudikan masa depan orang Melayu di negara ini.

Manakala bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad - ketika berkempen di Permatang Pasir pada hari Isnin - pula berpesan: "Bila kita kalah (di satu kawasan), sangat sukar untuk menang kembali. Kami kalah Kelantan pada 1990 dan kami masih belum berjaya mendapatkannya kembali."

Oleh itu, jagalah Melaka baik-baik," kata beliau yang juga pengerusi Felda.

Begitu juga dengan satu risalah yang memuatkan keratan akhbar bertajuk Melayu hilang kuasa, bersebelahan gambar mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menangis, dengan judul "Anak cucu bagaimana?".

NONEManakala di satu majlis di SMK Dang Anum pada hari Isnin pula Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta hadirin yang terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun, ibu bapa dan guru mereka, mengangkat tangan jika mereka adalah pengundi di DUN Merlimau.

Dan bila mereka berbuat demikian, Mohd Ali berkata terdapat 311 guru yang mengundi di Merlimau), sambil menambah bahawa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah menaikkan elaun mereka.

"Ada ubi ada batas lah kan," katanya memetik pepatah Melayu yang membawa bermaksud membalas budi.

PRK DUN Merlimau : Proses Undi Pos Bermula Hari Ini

Posted: 02 Mar 2011 02:24 AM PST

Ditulis oleh BERNAMA
JASIN : Proses undi pos bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau bermula hari ini melibatkan 36 orang pengundi.

Pengurus pilihan raya Roslan Eusoff berkata mereka yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk empat anggota wanita mula mengundi di Pejabat Daerah dan Tanah Jasin pukul 11.30 pagi ini.

Katanya terdapat lima anggota polis tidak mengundi kerana bertugas di luar daerah dan SPR akan mengedarkan kertas undi kepada mereka melalui pos.

"Proses pengundian berjalan lancar," katanya ketika ditemui pemberita, disini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau, Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Fitnah 2 : ' Perbicaraan Dalam Perbicaraan'

Posted: 02 Mar 2011 02:21 AM PST

Ditulis oleh Hadri YazizKUALA LUMPUR : Perbicaraan kes fitnah 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung petang ini dengan mahkamah mendengar permohonan peguambela untuk mengadakan 'perbicaraaan dalam perbicaraan' di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan barang bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan diambil secara tidak sah.

Semalam permohonan daripada pihak pendakwaan yang mahu beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana anwar ditahan semalaman antra 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - dikemukakan sebagai barangan bukti.

Karpal Singh yang bercakap di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menjelaskan tertuduh harus dilindungi daripada barang bukti yang diambil secara tidak sah bagi memastikan keadilan.

"Cara yang betul untuk menghadapi perkara ini adalah dengan mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan. Ini bagi memastikan perkara berkaitan dapat diketengahkan.

"Adalah perlu untuk hakim mempraktikkan budibicara terhadap pembelaan," ujar Karpal.

Semalam peguambela menimbulkan isu terhadap barang kes yang diperoleh secara tidak adil selain menggunakan tipu helah untuk mendapatkan sampel DNA tanpa perngetahuan Anwar.

Justeru Karpal menambah, penahanan anak guamnya pada Julai 2008 adalah tidak sah menurut undang-undang seolah mahu memerangkap.

Hakim Zabidin sedang mendengar hujah daripada pihak pendakwaraya.

Akta Kg Baru: Penduduk mahu kuasa mutlak menteri dikaji balik

Posted: 02 Mar 2011 02:15 AM PST


Johari berkata harga tanah Kamung Baru perlu dibentangkan bersama akta tersebut. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR — Umno Titiwangsa mahu kuasa mutlak dalam akta yang digubal khusus untuk membangunkan Kampung Baru, penempatan orang Melayu paling mahal di ibu negara, dikaji balik dan "kena diubah sedikit" supaya tidak merugikan pemilik dan pewaris dalam jangka panjang.

Pemangku ketuanya Datuk Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu perlu memandangkan pemilik dan pewaris bimbang dengan kuasa menteri yang kelihatan mutlak dan tidak boleh dipertikaikan jika wujud masalah kelak.

"Ketika dibentangkan kali pertama, akta ini telah menakutkan orang. Contohnya, kuasa menteri adalah mutlak maknanya tidak boleh didakwa.

"Apabila menteri itu berbuat sesuatu, ia harus dilaksanakan. Itulah maksud tersirat yang difahami pemilik tanah di Kampung Baru. Jadi, kuasa mutlak ini kena diubah sedikit," kata beliau.

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen yang bermula Isnin ini tetapi ditangguhkan sehingga sesi akan datang.

Malah menurut Johari, undang-undang itu turut mencadangkan pembubaran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

"Bagi penduduk, apa salahnya dikekalkan kerana badan ini dianggap sebagai lambang yang menjaga kepentingan mereka," katanya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sehingga bulan Jun bagi mengemaskan beberapa perkara dan memberi ruang kepada pemilik dan pewaris memberikan pandangan.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan beberapa klausa dalam rang undang-undang itu diperhalusi.

"Ia juga untuk memberi ruang kepada pemilik dan pewaris agar lebih memahaminya," kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan wakil pemilik dan pewaris Kampung Baru semalam.

Dipetik temu bual terbitan Utusan Malaysia hari ini, Johari berkata, selain itu, banyak orang Kampung Baru ingat apabila bentang akta itu, mesti bentang harga.

"Harga sebenarnya tertakluk kepada pasaran. Untuk menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam menyatakan pasaran tanah di Kampung Baru ini bernilai tinggi, kerajaan perlu membuat pengisytiharan (dalam akta) bahawa seluruh tanah di Kampung Baru ini ditukar kepada tanah komersial.

"Ini sekali gus akan membolehkan harganya naik berlipat kali ganda," katanya.

Malah menurut Raja Nong Chik berkata pihaknya juga menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib dan dianggotai beberapa badan bukan kerajaan bagi memperhalusi klausa-klausa terbabit.

"Jika ada perkara yang belum selesai sebelum itu, jikalau perlu dilambatkan kita akan lambatkan (pembentangan). Apa yang penting suara pemilik dan pewaris didengar dan akhirnya kepentingan mereka dilindungi," kata beliau.

Katanya sesi penerangan berkaitan klausa berkenaan akan dikendalikan beberapa NGO seperti Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, Persatuan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Kampung Baru (Pakam).

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga akan melaksanakan referendum mengenai cadangan pembangunan Kampung Baru pada Mei ini.

Mengenai pandangan terhadap sikap ragu kebanyakan pemilik tanah terhadap cadangan terbaru membangunkan Kampung Baru, Johari berkata, apabila kerajaan telah membuat keputusan untuk memberi status pusat bandar raya komersial dan mempermudahkan nisbah plot, itu secara tidak langsung telah meningkatkan nilai tanah daripada tanah pertanian biasa kepada nilai dalam lingkungan RM800 sehingga RM1,200 sekaki persegi.

Bagaimanapun katanya, pihak kerajaan atau mana-mana pemaju perlu mengambil kira bahawa tanah di Kampung Baru bukan seperti tanah di dalam hutan.

Katanya, kebanyakannya menjadi penjana pendapatan kepada pemiliknya melalui sewaan rumah dan juga mempunyai orang yang menetap di situ.

"Perkara ini perlu diambil kira pemaju dan kerajaan sebelum memajukan tanah tersebut," katanya.

Berhubung soalan bahawa cadangan terbaru pembangunan Kampung Baru masih retorik atau boleh menjadi realiti, Johari berpendapat "apabila kita hendak bercerita soal realiti atau retorik, kita perlu membahagikannya kepada tiga perkara iaitu akta, kewujudan perbadanan dan pembangunan."

"Jika kita lihat sekarang, kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah membentangkan satu draf akta untuk pembangunan Kampung Baru.

"Bermakna hal ini sudah boleh dilihat secara fizikal, bukan lagi retorik. Kalau dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun dahulu, kita bercakap... tetapi tiada yang nyata," katanya,

Cuma menurut beliau, draf akta ini mempunyai banyak perkara yang perlu dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira suara tuan-tuan tanah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Baru yang merasakan bahawa sebahagian daripada akta ini tidak bersesuaian dan tidak memenuhi cita rasa mereka.

"Keduanya, persoalan berkenaan perbadanan. Ia juga akan wujud. Namun perkara ketiga, iaitu pembangunan... saya tidak nampak realitinya.

"Pembangunan adalah perkara paling sukar dilakukan kerana ia melibatkan tiga pihak iaitu kerajaan, tuan-tuan tanah dan permintaan pasaran hasil daripada pembangunan tersebut. Jika kerajaan dan tuan tanah telah bersetuju dalam soal harga, namun permintaan pasaran tidak bersesuaian, ia masih tidak berguna," katanya lagi.

MB Selangor: BN usah pertikai, kami sudah laksana Buku Jingga

Posted: 02 Mar 2011 02:10 AM PST

Oleh Shannon Teoh

SHAH ALAM – Tan Sri Khalid Ibrahim menangkis serangan Barisan Nasional (BN) kononnya pakej Buku Jingga tidak realistik atas alasan inisiatif-inisiatif digariskan adalah berdasarkan polisi dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Dengan merujuk kepada air percuma 20 meter padu yang diberikan kepada rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur meskipun berhadapan dengan pertikaian pengambilalihan industri air, Menteri Besar Selangor (gambar) berkata, "kami sudah pun melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ini."

Tiada ulasan:

Pengikut