Ini gazet Program Ziarah ADUN Maharani di Parit Bakar Darat pada hari Khamis 31 Mac 2011.
Sementara menunggu sahabat untuk menziarahi rakyat Dr ngeteh (Amin belanja ! :) di warong Amin kat simpang Pt Bakar-Jln Dato Kusai. Ternampak apa benda tu ?
Eh, idea dari langit ni......tengah2 bulat putih.....border hijau empat segi.....
ada kepala paip hijau pulak ?
Ooooh .... singki air paip ! Sah penyokong PAS tegar .....
Paip di warongnya pun berlambang bulan ! Mungkin air paipnya pun hijau....... :)
MAJLIS MAULIDUR RASUL SURAU AL KUDUS, LORONG PERKASA, JALAN HAJI JAIB, MUAR
Surau Al Kudus di Lorong Perkasa Muar tidak ketinggalan menyambut Maulidur Rasul untuk tahun 1432H ini. Majlis dimulakan dari jam 6.30 petang, hari Selasa 29 Mac 2011 yang lalu. Ustaz Iskandar Abd Hamid diberi penghormatan menyampaikan ceramah pada malam tersebut. Kupasan perjuangan Rasulullah yang beliau sampaikan cukup menarik dan berkesan.
Pengerusi Surau, Tuan Haji Shamsudin Hj Ali, menyampaikan
ucapan aluan.
Tetamu khusyuk mendengar ucapan Pengerusi Surau.
Qari Jemputan, Ustaz Hj Katemon Hj Misran (Imam Masjid Jamek Al Mubarak,
Kg Kelantan Muar), mengalunkan ayat-ayat suci al Quran sebagai pembuka majlis.
Ceramah Maulid oleh Ustaz Iskandar Abd Hamid
Pada malam tersebut YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, turut dijemput untuk menyampaikan Ceramah Kesihatan mengenai Kencing Manis, Darah Tinggi dan Penyakit Jantung. Dengan kehadiran ramai warga emas pada malam tersebut memang sesuai sekali tajuk tersebut. Masa sangat terhad untuk memberi makluman secara terperinci. Walau bagaimanapun YB Dr Mohammad menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat seperti yang biasa beliau lakukan dalam DUN Maharani khususnya.
Mohamed (dua, kanan) menyerahkan komputer riba kepada Ahmad Ibrahim
di kediamannya di Kampung Parit Raja Darat , baru-baru ini.
MUAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamed Taslim dan ADUN Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh meraikan kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Ahmad Ibrahim Zakaria, baru-baru ini.
Dalam kunjungan ke rumah pelajar tersebut, Mohamed menyerahkan komputer riba kepada Ahmad Ibrahim sebagai tanda penghargaan ke atas kejayaan yang diperolehnya.
Mohamed berkata, lebih membanggakan apabila Ahmad Ibrahim bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar turut muncul sebagai pelajar terbaik seluruh Johor.
Menurutnya, kejayaan tersebut mengharumkan nama daerah Muar, sekolah dan juga keluarganya.
"Ahmad Ibrahim merupakan anak kepada seorang aktivis Pas yang dikenali ramai, Zakaria Nor yang kembali ke rahmatullah pada 2008 selepas Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu.
"Zakaria pernah memegang amanah sebagai Ketua Pemuda Pas Kawasan Bakri, Ketua Urusan Ulama' Pas Kawasan Bakri dan juga Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Johor," katanya kepada Sinar Harian.
Mohamed berkata, kejayaan Ahmad Ibrahim perlu menjadi teladan kepada pelajar yang lain kerana ketabahannya mengharungi hidup walaupun ketiadaan ibu dan ayah tercinta.
Selain itu, Ahmad Ibrahim juga telah hafaz 13 juzuk al-Quran dan keberkatan itu memungkinkan beliau memperoleh semua A dalam SPM 2010.
"Semoga ketabahan beliau ini menjadi pendorong dan contoh terbaik kepada adik-adik lain yang bakal mengambil SPM akan datang," katanya.
Sambutan Majlis Maulidur Rasul gabungan Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Muar dan PASTI Ar Rahmah telah selamat dianjurkan pada pagi Ahad 27 Mac 2011 yang lalu. Kesepakatan penduduk setempat dan PASTI ini membuahkan hasil mengeratkan silaturrahim seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah sendiri .Menurut Pengerusi Badan Kebajikan ini, Sdr Uzair Abd Hamid, kali ini jamuan disediakan secara bergotong royong oleh penduduk sendiri.
Doa anak soleh cemerlang, Ahmad Ibrahim. YB Dr Mohammad
dan Pengerusi Badan Kebajikan, Cikgu Uzair Abd Hamid di belakangnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh penerima Anugerah Calon Cemerlang Negeri Johor SPM 2010, Ahmad Ibrahim bin Zakaria. Inilah penghormatan yang dapat diberi kepada beliau dan juga sebagai motivasi kepada pelajar dan ibubapa di Taman ini khususnya. Majlis ini berjaya menyumbang derma sebanyak RM500.00 untuk persediaan beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara.Sekarang beliau sedang mengikuti Diploma Tahfiz Quran di Darul Quran (JAKIM). Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya menghafaz 13 juzuk al Quran ! Alhamdulillah dan tahniah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Ceramah Maulidur Rasul pula di sampaikan oleh Ustaz Nazri Abd Samad.
Pelajar PASTI Ar Rahmah mempersembahkan nasyid.
Click on people's faces in the photo to tag them.
Peminat Nasyid khusyuk mendengar.
YB Dr Mohammad Taslim sempat mengabadikan pertemuan
dengan Calon Cemerlan SPM, Ahmad Ibrahim.
Kanak-kanak dan ibubapa mendengar ceramah.
Surau Taman Sri Temenggung Muar sedang dibina.
Hulurkan sumbangan tuan puan.
Pengerusi Badan Kebajikan, Cikgu Uzair mengumumkan dalam Majlis tersebut bahawa hasil usaha dan doa mereka sebuah surau di atas tanah wakaf di Tamantelah pun mula dibina. Seorang hamba Allah telah bermurah hati menderma sebanyak RM70,000.00 untuk memulakan pembinaannya.Derma daripada orang ramai masih diperlukan untuk kos tambahan dan kelengkapan. Moga Allah meninggikan darjat hamba Allah ini dan semua yang menyumbang.
SUKAR sekali untuk saya menulis kolum kali ini. Selepas hampir dua jam terpaku di depan komputer, melayari pelbagai laman, kaki semakin lenguh menyengat dan pinggang sakit, namun idea belum juga muncul. Apa lagi yang menyiksakan bagi mana-mana penulis selain kebuntuan mencari ilham sedangkan masa bergerak pantas.
Juru fisioterapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sering mengingatkan saya agar jangan terlalu "berlama-lamaan" menaip. Harus mengadakan senaman ringan atau paling tidak, menggerak-gerakkan anggota badan setiap 15 minit. Tetapi, adatlah, apabila asyik menulis atau ligat mencari bahan mengejar dead-line, tiga empat jam berlari pantas, segala nasihat terabai. Sedar-sedar, kaki tidak dapat dibengkok dan terasa kebas.
Kalau boleh memang saya mahu menghindari topik yang hangat dibicarakan, iaitu kes video seks-lucah yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim. Menyebutnya pun sudah meloyakan, apatah lagi dikaitkan dengan pelacur China. Ia terpampang di dada akhbar, memenuhi muka depan, hinggakan anak bongsu saya, berusia lapan tahun bertanyakan ibunya, "seks itu apa, bu?"
Isteri sekadar menjeling tajam ke arah saya, mungkin menagih jawapan yang beradab. Kemusykilan si anak tidak dapat dirongkai. Kebetulan Harakah juga menjadikannya berita utama dan turut dibaca anak kecil. Ya, sukar juga untuk kami menyorot isu lain dalam keadaan negara hiruk-pikuk tertumpu kepada kontroversi berkenaan. Lebih penting, pembaca menuntut penjelasan dan fitnah mesti disanggah.
Saya kira ramai lagi yang mempunyai pengalaman hampir serupa. Misalnya, apa yang mahu dijelaskan kepada anak-anak yang bertanyakan soal liwat ketika keluarga menonton berita TV jam lapan malam, yang seakan-akan memperincikan perlakuan songsang terkutuk itu apabila melaporkan perbicaraan mahkamah.
Bayangkan, insiden 12 tahun lalu masih segar di ingatan, sehingga mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat. Tragedi mata lebam makin menghangatkan iklim politik. Tilam diusung ke mahkamah, bersama cebisan lendir dan bulu. Siapa sebenarnya yang dibicarakan di mahkamah ketika itu? Anwar atau maruah-kehormatan orang Melayu sendiri yang dipertaruhkan? Permainan politik yang sepatutnya beroperasi dalam kerangka akhlak dan adab menjadi cukup kotor dan hina.
Ekoran daripada itu, Anwar merengkok di penjara selama enam tahun. Tidak lama selepas pembebasannya, pilihan raya umum 2004 menyusul. Mungkin personaliti Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan tiada isu-isu kontroversi membabitkan soal dalam kelambu dan keaiban peribadi.
Tsunami politik, Mac 2008 menyentak. PRU12 dikatakan membawa elemen politik baru yang lebih segar. Politik yang tidak lagi terkepung dengan sentimen perkauman atau bermodalkan fitnah-tohmah, sebaliknya bercirikan idealisme luhur, membahaskan isu-isu ketelusan, keadilan, tata kelola pemerintahan yang baik, serta memartabatkan hak asasi manusia.
Ekoran itu, peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan dipercepatkan. Malangnya, isu skandal peribadi muncul semula, juga membabitkan Anwar. Sekali lagi rakyat Malaysia terpaksa menyaksikan episod yang begitu mengaibkan. Istilah-istilah "geli-geleman" diperdengarkan kembali. Dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, pada pertengahan Ogos 2008, isu sumpah Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat heboh diperkatakan.
Tunas politik baru yang mula berputik seperti terbantut. Di Perak, politik ugut bercampur-aduk dengan tawaran rasuah bagi membeli Adun Pakatan Rakyat. Akhir Ogos 2008, kita juga mendengar kes-kes pelik seperti "habuan sedekah seks" yang dibawa ke mahkamah oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR, sekarang SPRM). Tidak lama selepas itu, Februari 2009, kerajaan PAS-DAP-KeADILan yang diterajui Mohammad Nizar Jamaluddin tumbang.
Rupanya budaya politik kuno masih dominan dan akar tunjangnya masih menjalar kukuh.
Belum selesai kes liwat II, negara gempar lagi. Keaiban dipamerkan secara terbuka. Bagai mengulangi babak sebelum ini, perebutan "kuasa politik" juga menjadi paksinya. Dato' T tidak menunggu lama untuk tampil bangga membuat pengakuan. Lebih malang, menteri yang "menjaga polis dan undang-undang", Hishammuddin Hussein dan Nazri Aziz, berkokok dengan nada politik yang tebal.
Jelas mereka membela Dato' T, yang ketika itu belum dikenali. Tanpa mengetahui hujung-pangkalnya, Anwar dibelasah cukup-cukup. Sah, ia satu permainan politik tahap murahan. Ketua Pembangkang itu mahu diperosok sedalam-dalamnya -- dengan apa jua cara.
Tiada kelihatan langsung fokus Hishammuddin untuk menegakkan undang-undang. Hanya atas alasan tiada laporan polis dibuat, acara menonton video lucah di hotel mewah Carcosa Seri Negara itu seolah-olah bukan suatu kesalahan. Kecekapan, kebebasan dan tahap profesionalisme pihak polis diperjudikan. Sehinggalah Anwar sendiri membuat aduan rasmi di Balai Polis Dang Wangi baru siasatan dibuka.
Cuba kita gambarkan, sekiranya video lucah yang dipertontonkan kepada para wartawan itu menjadikan Perdana Menteri, Najib Razak atau timbalannya Muhyiddin, atau anggota kabinet yang lain sebagai sasaran, apakah pihak polis dan Hishammuddin sendiri selaku Menteri Dalam Negeri akan sabar menunggu laporan polis sebelum dapat bertindak?
Saya yakin, jika targetnya adalah Najib, seluruh kekuatan polis dan perisikan akan dikerah untuk menangkap Dato' T belumpun sempat tayangan adegan ranjang itu berakhir. Ia bukti amalan double-standard atau talam dua muka yang hanya merendahkan lagi kredibiliti pihak polis pada pandangan publik.
Mulut celupar Nazri memang sukar dikawal. Mengulas tayangan aksi seks melampau di Carcosa, Nazri bertegas bahawa tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian. "Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami," katanya.
Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan Dato' T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan. "Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," kata Nazri mempertahankan Dato' T daripada kesan undang-undang terutama Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Abd Rahim Tamby Chik muncul membuat pengakuan bersama ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah (sambil mendakwa Bendahari Perkasa, Shuib Lazim turut terlibat) bahawa mereka bertiga adalah Dato' T, misteri video lucah itu mula tersingkap.
Sekali lagi, yang timbul adalah persoalan "kuasa dan dendam kesumat", bukannya isu akhlak atau kebenaran yang mahu ditegakkan. Siapa tidak kenal Rahim dan sejarah hitam politiknya? Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah disumbat ke penjara Kajang selama 18 bulan pada 1998 tentu masih menyimpan cerita menarik Rahim.
Saya sendiri pernah menulis dua buku politik tentang Rahim. Pertama, sebelum beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno pada 1993, dalam regu Anwar, Team Wawasan. Tajuk buku itu, Anwar Salah Pilih, jelas menggambarkan peringatan saya bahawa Anwar melakukan kesilapan besar memasukkan Rahim ke dalam pasukannya.
Buku kedua, Siapa Dalang?, diterbitkan selepas Rahim dipaksa meletakkan jawatan atas alasan kepincangan moral. Anwar dilihat berperanan penting dalam kes penyingkiran Rahim.
Saya difahamkan ramai penyokong Anwar lega apabila mengetahui Rahim menjadi dalang pengedaran video lucah itu. Malah, ahli-ahli Umno sendiri "terkejut" dengan pembabitan Rahim, yang dijangka akan membawa lebih banyak masalah kepada Najib dan BN sendiri. "Silap jalan, jika terbukti ia fitnah semata-mata, isu ini boleh menguburkan Umno dalam PRU13 nanti," kata seorang aktivis Umno. "Kalaupun Umno mahu berkonspirasi, Rahim adalah orang yang terakhir menjadi pilihan Umno," tambahnya.
Namun begitu, episod ini baru saja bermula, penamatnya masih sukar untuk ditelah. Pengakuan Rahim tidak bermakna segalanya nampak mudah. Kita belum lagi mendengar reaksi Najib. Percaturan sedang berjalan. Seorang pemerhati politik berkata: "Pihak yang tidak banyak melakukan kesalahan akan lebih selamat."
Petang tadi (Jumaat) seorang rakan sempat berpesan kepada saya, jika kita tidak dapat menerima fitnah dilemparkan kepada Anwar, maka kita juga usah terjerat dalam perangkap sama apabila secara terbuka membuat tuduhan-tuduhan berkaitan perlakuan seks kepada Rahim. Begitu juga dengan dakwaan berterusan kepada Najib, berkaitan Altantuya.
Beliau meminta saya membaca tulisan terbaru Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bekas Mufti Perlis itu menegaskan tindakan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik dilarang agama. "Sama ada PAS, Umno dan KeADILan; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka," tulisannya dipetik.
Artikelnya yang bertajuk Video Lucah dan Dosa Politik itu diakhiri dengan rumusan: "Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!"
Bagaimanapun, ingatan Anwar di majlis solat hajat di kediamannya, malam 24 Mac lalu patut menjadi renungan penggerak Pakatan. Seperti dilaporkan Harakahdaily, Anwar menekankan: "Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.
"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya."
Yang pasti, medan tempur di Sarawak yang nampak sedikit terabai dengan isu ini perlu diberikan perhatian serius. Fokus harus disasarkan ke sana.
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.
"Tak payah komen la...bodoh sangat.
"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.
Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.
Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.
Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.
"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.
Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.
Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.
In a show of solidarity tonight, State Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chief, Baru Bian, DAP Chairman, Wong Ho Leng and Secretary Chong Chieng Jen and PAS Chairman, Haji Adam Ahid announced the number of constituency they are contesting. Baru Bian said he had previously said that despite the hiccup in their negotiation last week, he was sure that they would come together and tonight has proved it. He did not announce where PKR would be standing as he said they are on the negotiation table and by latest April 4, they would make a final decision. Ho Leng announced that they are going to stand in Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawa, Simanggang, Repok, Meradong, Bawang Assan, Bukit Asset, Dudong, Palawan, Kidurong, Piasau, Pujut and Bukit Kota.
The seat of two incumbents of Padungan (PKR Dominque Ng) and Batu Lintang (DAP Voon Lee Shan) were swapped.Adam who made a comeback after losing his deposit when contesting in 2004 Parliamentary Election said he has five seats compared to three only in the previous state election.
The most contended of the lot, Adam said he would be happy to win just a seat. The five seats are Tanjung Datu, Muara Tuang, Beting Maro, Sebuyau and Sadong Jaya. Three of the candidates are female. The candidates, he said are aged between 30 to 60.
"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi.Perkara yang tersembunyi Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat".
Jadi di sini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim,sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"
Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa dipaksa sebanyak 4 kali (mengikut mazahab hanafi). Di dalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman di dunia. Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.
Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina" ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian ke atas permintaan Maiz. Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina" .Kemudia Rasulullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila? Sahabat mengatakan bahawa beliau tidak mabuk atau gila. Selepas itu Azan asar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asar bersama Rasulullah.Selepas solat Asar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata "Hukumlah aku kerana aku telah berzina". Rasulullah menjawab "Bukankah kamu telah bersolat bersama-sama denganku tadi, mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu. Beliau berkata "Ya, saya telah solat asar tadi, tetapi, Hukumlah saya kerana saya telah berzina" kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?" beliau menjawab "ya" Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau. Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati. Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata "mengapa kamu mengejar beliau, mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya" Kesimpulanya di sini, seseorang yang membuat pengakuan ikrar, kemudian ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik, maka hukumannya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil. Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki)zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi, maka orang yan menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali.dan jangan diterimaa orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."
Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut :-
1.Islam
2.Adil(tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)
3Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)
4.Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak. Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupun begitu ujian DNA dibolehkan untuk mengugurkan tuduhan.
Nota Admin : Catatan ini adalah sedutan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg. Gelugor Kedai , Marang, Terengganu.- Ogos 1999
sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=190384171002672
Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...
Pada tanggal 26 Mac 2011, Ustaz Azhar Idrus berkesempanan menyampaikan ceramah agama di Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang. Beliau menyambung balik bacaan kitab "Anak Kunci Syurga''...
sampai ke tempat ambil wudhuk org solat margrib
mengalahkan solat hari raya/ jumaat dah nie
sampai ke luar-luar
Yang nie pula di Masjid As Syariff, Meru Klang pada keesokan harinya.... pehhh!!!
Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
"Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.
"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya.
Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.
"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.
Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.
Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.
Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.
"Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.
"Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.
"Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian.
Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.
Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.
Pertengahan tahun lalu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengadakan Pertandingan Senam Seni 1Malaysia termasuk aktiviti senaman yang dipopularkan dari negara luar seperti poco-poco.
(ala...kat perak je haram...kat Dataran boleh lagi....wakakakakaka)
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal-siasat Teoh Beng Hock.
Patutlah CCTV tak berfungsi? Pastu boleh dapat kenaikan pangkat lagi. Atau ditukarkan kerana ehem..ehem?
Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.
Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitanganya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka di kawasan suruhanjaya itu.
Pada satu ketika, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009. Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?
Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).
Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?
Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.
Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.
Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap "ia di luar kawalannya".
"Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri," katanya.
Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh. -mk
Ulasan GB
Dasyat sungguh. Pegawai SPRM boleh tonton ponografi di pejabat SPRM. Dan bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim menyatakan ia di luar kawalannya.
Itu pun boleh dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan pula.
Rumah penuh wang: Pengarah kastam direman? Pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, yang ditahan reman bersama isteri di rumahnya di Temerloh kelmarin oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mungkin bertaraf pengarah.
Demikian menurut sumber yang belum disahkan, tetapi paling heboh sedang diperkatakan di negeri Pahang. PAHANG ! PAHANG ! PAHANG ! Rakyat Malaysia harap, kes ini janganlah umpama kambing hitam untuk menutup kerja yang sama melibatkan ratusan skandal sebegini.
Bagaimanapun sumber rasmi, belum mendedahkan identiti pegawai kanan kastam yang mana isterinya juga pegawai kanan agensi tersebut. Media semalam melaporkan SPRM menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan kastam di Temerloh.
Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.
Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.
Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.
"Saya hanya bagi klu bahawa pegawai tersebut mungkin berasal dari sebuah kampung di Temerloh. Beliau pernah aktif dalam Pemuda Umno beberapa ketika dulu," kata sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya.
Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.
Siasatan juga membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.
Terengganu paling ramai miskin, bukan Sabah - kata menteri BN Wilayah Persekutuan
Sabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.
Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai
Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini
Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.
Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.
"Statistik atau perangkaan ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) penduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar Adnan bin Mohd Ikshan.
Ismail Sabri Yaakob ( Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan & Ahli Parlimen BN di BERA, Pahang) & Saifuddin Abdullah (timbalan menteri pengajian Tinggi & ahli parlimen BN di TEMERLOH, di Pahang )dan PM di Parlimen BN Pekan(DS Najib sendiri )
TEMERLOH Bera Mentakab – Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di sekitar bandar Temerloh, Bera, Mentakab dan Seberang Temerloh termasuk Hospital Sultan Haji Ahmad Shah terputus bekalan air sejak empat hari lalu hingga mendatangkan kemarahan mereka terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA). Difahamkan masalah yang berlaku di beberapa taman perumahan dan kampung tradisional itu adalah antara krisis air paling teruk di daerah ini sejak banjir besar penghujung 2007. Di Taman Setia Jasa, seramai 1,800 penduduk memasang sembilan kain rentang yang mengandungi pelbagai ayat untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap JBA berhubung masalah bekalan air itu. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pelanggan JBA Pahang, Jalaini Jasman berkata, masalah itu berlaku berikutan paip utama bersaiz 600 milimeter (mm)yang membekalkan air dari loji Kampung Lubuk Kawah pecah. ( tak kan lah paip 60cm pun hang ambik masa lama macam ni? )
Menurutnya, JBA mengenal pasti lokasi pecah di Kampung Megat Segama dan kerja-kerja baik pulih sudah selesai namun ia memerlukan sedikit masa untuk pulih sepenuhnya kerana berlaku tekanan udara yang tinggi dalam paip.
"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. - Mufti Perak kecam pendedahan video seks Datuk T. - Dalam Islam tayangan rakaman video tidak boleh dijadikan bukti. - 4 orang saksi yang adil yang menyaksikan
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
"Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.
"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.
"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.
Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.
Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali.
Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.
Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.
Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.
Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.
"Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.
"Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.
"Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.
"Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.
"Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain," katanya.
Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik "Datuk T" tidak boleh dijadikan bahan bukti.
"Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.
"Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat," katanya.
Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.
"Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.
"Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum," katanya.
Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.
"Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan," katanya.
Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.
Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.
PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif. Beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati Gombak 25 Mac 2011 yang berakhir dengan kekecohan. Semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.
Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu, Tampin. Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah.
Polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang. Kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai. Mereka hendak pastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.
Setakat hari ini jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.
PAS ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri. Rakyat pula tertanya-tanya kenapa polis sibuk ganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula serbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011. Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal. Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.
"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi.Perkara yang tersembunyi Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat".
Jadi di sini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim,sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"
Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa dipaksa sebanyak 4 kali (mengikut mazahab hanafi). Di dalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman di dunia. Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.
Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina" ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian ke atas permintaan Maiz. Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku,kerana aku telah berzina" .Kemudia Rasulullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila? Sahabat mengatakan bahawa beliau tidak mabuk atau gila. Selepas itu Azan asar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asar bersama Rasulullah.Selepas solat Asar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata "Hukumlah aku kerana aku telah berzina". Rasulullah menjawab "Bukankah kamu telah bersolat bersama-sama denganku tadi, mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu. Beliau berkata "Ya, saya telah solat asar tadi, tetapi, Hukumlah saya kerana saya telah berzina" kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?" beliau menjawab "ya" Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau. Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati. Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata "mengapa kamu mengejar beliau, mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya" Kesimpulanya di sini, seseorang yang membuat pengakuan ikrar, kemudian ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik, maka hukumannya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil. Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki)zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi, maka orang yan menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali.dan jangan diterimaa orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."
Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut :-
1.Islam
2.Adil(tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)
3Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)
4.Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak. Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupun begitu ujian DNA dibolehkan untuk mengugurkan tuduhan.
Nota Admin : Catatan ini adalah sedutan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg. Gelugor Kedai , Marang, Terengganu.- Ogos 1999
sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=190384171002672
LEREH - Sebilangan besar nelayan yang berpangkalan di Muara Sungai Duyong, di sini, mengeluh kerana tidak dapat ke laut sejak kelmarin, berikutan laluan keluar dan masuk perahu di muara sungai terbabit terlalu cetek.
Keadaan itu sekali gus menyekat aktiviti nelayan ke laut dan mereka terpaksa menanggung kerugian ratusan ringgit kerana tidak dapat memungut hasil tangkapan.
Seorang nelayan, Samsuri Harun, 49, mendakwa, laluan muara sungai berkenaan semakin mengecil sejak lebih seminggu lalu.
Menurutnya, lantaran itu, perahu mereka rosak kerana bergesel dengan batuan yang terdapat pada bersebelahan tebing.
"Lebih membimbangkan, semasa air bergelora, perahu nelayan turut terdedah pada pukulan ombak.
"Keadaan itu menyebabkan nelayan terpaksa turun ke laut dengan menolak perahu ketika mahu keluar atau masuk ke pangkalan berikutan paras air terlalu cetek apabila air surut," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Difahamkan, Samsuri menanggung rugi kira-kira RM400 hingga RM500 kerana tidak dapat memungut hasil tangkapan, kelmarin.
Menurutnya, mereka terpaksa menggunakan laluan sempit di sebelah kiri berikutan muara asal sudah dipenuhi timbunan beting pasir.
"Sebelum ini, kami ada membuat aduan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan ini (Pangkalan Lanjut) dan pihak terbabit sudah membuat laporan pada pihak berkaitan tetapi hingga kini masih belum ada penyelesaian lagi," katanya.
Selain itu, Samsuri berkata, dia turut menghantar SMS kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Ali Rustam, pagi kelmarin, untuk meminta jasa baik beliau membantu nelayan di sini, bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang mereka hadapi itu.
YB Abdul Khasim Abdul Aziz BN-Lembah Jaya? Tentu ramai yang terkeliru dengan laporan akhbar Berita Harian hari ini 31 Mac 2011, Khamis pada artikel yang ditulis oleh Zailan Ahmad dan Khairul Azran Hussin di halaman 6 yang bertajuk 'MIDA lulus 13 projek pelaburan'.
Merujuk kepada gambar yang dipaparkan, Abdul Khasim Abdul Aziz yang dimaksudkan sebenarnya ialah YB Khasim Bin Abdul Aziz daripada PAS, ADUN N20 Lembah Jaya. YB Khasim berkata bagaimana kesilapan yang boleh mengelirukan ini boleh terjadi sedangkan ianya adalah maklumat berbentuk fakta yang sangat penting.
Adakah ini akibat daripada kecuaian atau disengajakan? Andainya kecuaian, bagaimana rakyat boleh menerima maklumat-maklumat yang dipaparkan di akhbar ini sekiranya perkara seperti inipun mereka tidak mampu untuk memberikan laporan dengan tepat.
Rata-rata rakyat yang ditemui kesal dengan kesilapan itu dan meminta agar Berita Harian bertanggungjawab dan membetulkannya dengan kadar segera.
Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...
Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Belum reda kontroversi mengenai kenyataan bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalan raya, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sekali lagi menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat hari ini.
Kekecohan timbul apabila Bung menggelarkan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai 'syaitan' sewaktu sesi soal jawab lisan pagi tadi.
Gelaran itu pada awalnya ditujukan kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur) yang bangun 'mengganggu' ketika beliau mengemukakan soalan tambahan mengenai kursus peningkatan kemahiran rakyat khusunya kepada golongan wanita kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah.
Ketika itu, Kulasegaran bangun dan bertanya adakah perlu diadakan kursus memandu kepada golongan wanita.
Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat.
"Mereka manipulasi kenyataan saya untuk tarik undi golongan wanita supaya sokong Pakatan Rakyat.
"Sudahlah, jangan tipu rakyat. Mereka faham apa yang saya cakap," katanya dengan suara yang agak tinggi.
Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu.
Bung seterusnya berkata, ramai 'syaitan' yang mengganggunya namun 'syaitan-syaitan ini akan direjam'.
"Kalau pun ada bisikan syaitan di pagi ini, akan direjamlah mereka," katanya.
Kulasegaran bangun membantah perkara itu dan menganggap Bung mengeluarkan perkataan yang tidak baik dalam dewan.
"Apa ini Yang Dipertua...tiba-tiba cakap syaitan," katanya.
Namun Bung terus bertanya soalan dan setelah menghabiskan soalannya, Bung secara tiba-tiba memandang Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan menggelarnya 'syaitan besar'.
"Ini Shah Alam memang syaitan yang besar," katanya.
Khalid bangun dan meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuruh Bung menarik balik kata-katanya.
"Yang Dipertua, dia (Bung) panggil saya syaitan besar. Minta tarik balik. Ini dewan yang mulia, kena jaga kata-kata," katanya.
Bung terus mempertahankan diri dengan mendakwa mereka yang mula mengganggunya.
Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pula bangun mempertahankan Bung dengan meganggap wakil Pakatan Rakyat yang tidak menghormati dewan.
Junaidi bagaimanapun menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat.
"Saya faham itu Yang Berhormat. Tapi itu tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perkataan yang tidak betul dalam dewan. Perkara ini saya pertahankan. Kalau tidak semua orang boleh guna perkataan sesuka hati," tegasnya.
Mahfuz pula bangun dan menyokong pendirian Junaidi itu.
"Yang Dipertua, kalau cakap dia terganggu, kita pun selalu terganggu, tapi kita terbuka. Saya pun selalu diganggu. Tapi tak adalah sampai nak menggunakan perkataan yang bagi saya sangat buruk," katanya.
Mereka seterusnya mendesak Bung menarik balik perkataan 'syaitan' itu sehingga Bung terpaksa mengalah dan menarik balik perkataan itu.Hrkh
Sabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.
Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai
Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini
Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.
Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.
"Staistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'Ujarnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar Adnan bin Mohd Ikshan.
Beban pembuktian (burden of proof) harus terletak pada orang yang menuduh dan bukan mangsa kena tuduh. Kenapa DSAI harus mencari alibi serta bukti yang beliau bukan "pelakon" video hitam putih keluaran DATUK T.
Sahibus Samahah Datuk Seri Utama Diraja Dato' Setia Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.
"Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.
"Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul," katanya. Ikuti Laporan Malaysia kini berjudul Siasat dulu kesahihan berita, mufti senada
Utusan Malaysia. SEREMBAN 30 Mac 2011 - Lima penjenayah bertindak nekad melarikan sejumlah wayar emas dari sebuah lori syarikat keselamatan, selepas kenderaan itu dirempuh menggunakan sebuah treler curi.
Kejadian berlaku di Lorong Senawang 2/3, Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Ketika kejadian, lori syarikat keselamatan itu yang dinaiki tiga pengawal keselamatan dalam perjalanan ke sebuah kilang syarikat semikonduktor di kawasan perindustrian itu.
Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, salah seorang daripada penjenayah yang memandu sebuah treler bertindak merempuh bahagian depan lori keselamatan berkenaan menyebabkan ia terhenti di lorong tersebut. "Empat lagi rakannya yang bersenjatakan parang dan menaiki sebuah kereta muncul di belakang lori keselamatan itu sejurus selepas kejadian dan mengarahkan kesemua pengawal keselamatan tersebut menyerah diri.
Van Keselamatan Dilanggar Sebelum Peralatan Semikonduktor Dilarikan
SEREMBAN - Sebuah van sekuriti dilanggar oleh lori kontena sebelum sekumpulan lelaki melarikan peralatan semikonduktor bernilai lebih setengah juta dari van terbabit, di sini Rabu. Kejadian pada pukul 11.45 pagi itu berlaku di lorong Senawang 2/3, kawasan perindustrian Senawang, hanya beberapa meter dari kilang semikonduktor yang menjadi destinasi penghantaran van sekuriti itu.
"Pengawal keselamatan yang memandu van itu cedera ringan," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Yusoff Awang. Beliau berkata perlanggaran berlaku secara berdepan sebelum sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berhenti di belakang van berkenaan. "Tiga lelaki bersenjatakan parang yang menaiki kereta itu kemudian menghampiri van berkenaan dan mengarahkan tiga pengawal keselamatan yang berada dalam van itu supaya jangan bertindak atau melawan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata tiga lelaki terbabit bersama pemandu lori kontena itu kemudian memindahkan peralatan semikonduktor dalam kereta mereka sebelum kesemua mereka melarikan diri dengan kereta itu. Lori kontena terbabit ditinggalkan di kawasan kemalangan itu, katanya. Mohd Yusoff berkata kumpulan pengawal keselamatan itu dilengkapkan dengan selaras senjata api. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=575021
Guard almost killed in faked accident
SEREMBAN: A security guard was almost killed when robbers used a container lorry to knock into the security van he was driving at Lorong Senawang 2/3, Senawang Industrial Park in a daring robbery at 11.45am. According to Seremban deputy police chief Supt. Mohd Yusoff Awang, the security guard who escaped with minor injuries however, could not prevent the robbers from carting away semiconductor items worth almost RM500,000 from the van.
"After knocking into the van, head-on, three men from a car that was trailing the van, rushed to the van with parang and forced the security guard to surrender," he told Bernama when contacted. The three robbers and the driver of the lorry later transferred the semi-conductor products to their car before escaping, leaving the lorry behind.
He added that though the security guard was armed with a gun, he could not use his weapon because the incident happened unexpectedly. Mohd Yusoff said the 'staged' accident and the robbery happened just meters away from the semiconductor factory where the van was heading. http://www.mmail.com.my/content/68065-guard-almost-killed-faked-accident
Perompak rempuh lori samun bahan RM1 juta
SEREMBAN: Sekumpulan perompak merempuh sebuah lori syarikat keselamatan yang membawa bahan semikonduktor bernilai lebih RM1 juta sebelum melarikannya di Lorong Senawang 2/3 Kawasan Perindustrian Senawang di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, seorang perompak memandu sebuah treler curi dan melanggar bahagian depan lori terbabit menyebabkannya berhenti di tengah jalan.
"Pada masa sama, empat lagi rakannya bersenjatakan parang yang menaiki kereta datang dari belakang lori berkenaan sebelum mengarahkan tiga pengawal keselamatan menyerah diri.
"Mereka tidak bertopeng kemudian memecahkan pintu belakang lori berkenaan dan memindahkan barangan dibawa ke dalam kereta sebelum melarikan diri," katanya. Beliau berkata, pengawal keselamatan yang memandu lori cedera ringan akibat rempuhan dan dua lagi tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata. http://www.bharian.com.my/articles/PerompakrempuhlorisamunbahanRM1juta/Article/
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.
Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.
Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.
Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan? Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).
Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?
Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya. Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.
Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap "ia di luar kawalannya".
"Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri," katanya.
Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.
"Tak payah komen la...bodoh sangat.
"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.
Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.
Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.
Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.
"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.
Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.
Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.(harakahdaily)
Kekecewaan terhadap kawalan media di negara kita masih berterusan, terbaru media arus perdana sengaja tidak menyiarkan pendapat mufti-mufti dalam serangan kes qazaf terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana ummat Islam di Malaysia sangat memerlukan bimbingan dan pencerahan daripada para Ashabu as-Samahah Mufti-Mufti tentang perkara tersebut mengikut hukum syara' ekoran liputan media perdana secara besar-besaran tentang perkara tersebut.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menafikan beliau tidak bersuara, bahkan melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap media arus perdana yang tidak mengeluarkan kenyataan penuh beliau sehingga menyebabkan masyarakat tertanya-tanya tentang pendirian beliau dalam mempertahankan hukum syara'.
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
"Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan."
"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.
"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.
Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.
Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali.
Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.
Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.
Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.
Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.
"Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.
"Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.
"Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.
"Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada
Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenaipolitik idea untuk membela rakyat.
"Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.
"Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.
KUALA LUMPUR – Pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) dekat Kuantan yang bernilai hampir RM700 juta, menerima bantahan daripada segelintir penduduk yang khuatir projek berkenaan mengancam kesihatan mereka.
Wakil kumpulan itu, Vincent Jiam berkata, kerajaan perlu memandang serius projek itu kerana kebanyakan negara menolak untuk membina loji pemprosesan logam radioaktif kerana khuatir berlakunya pencemaran sisa bahan berkenaan.
"Kami mewakili rakyat yang inginkan keadilan dan perhatian kerajaan kerana tidak mahu sejarah Bukit Merah di Perak berulang.
"Tindakan ini bukan mewakili parti politik. Kami harap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima memorandum ini dan putuskan supaya projek itu dihentikan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata, jika syarikat terbabit masih meneruskan projek berkenaan walaupun sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji itu, penduduk tetap bimbang risikonya.
"Semua ahli politik cuba tanggalkan jawatan sebentar dengan meletakkan diri sebagai ibu bapa dan mengenang masa depan generasi muda jika projek ini masih diteruskan.
"Saya berjumpa dengan beberapa pegawai kerajaan sebentar tadi (semalam) dan mereka persoalkan saya mengapa menentang projek sebesar ini. Kami hanya berharap mereka dapat membantu supaya menghentikan syarikat itu," katanya.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pihaknya akan menghantar memorandum tersebut kepada Perdana Menteri.
"Saya terharu perjuangan saya sejak 2008 akhirnya didengari oleh penduduk dan berharap ia dapat dihentikan segera," katanya.
Kira-kira jam 9.20 pagi semalam, sekumpulan 100 penyokong berhimpun di luar bangunan Parlimen mengadakan protes menentang projek berkenaan.
SHAH ALAM 31 MAC: Cadangan projek Aliran Transit Massa (MRT) yang melibatkan laluan Kajang - Sungai Buloh sepanjang 60 kilometer akan menjadi ujian getir kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ini berikutan katanya, projek menaiktaraf pengangkutan awam yang akan menelan kos sebanyak RM40 bilion itu meliputi sebahagian besar kawasan Selangor selain cadangan laluan melibatkan kawasan penempatan penduduk.
Justeru Khalid bertegas akan mengambil sikap proaktif berbincang dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan kepentingan rakyat di negeri Selangor tidak diabaikan.
"Kerajaan negeri bukan lihat sebab komersial tapi usaha kerajaan untuk selesaikan masalah kesesakan jalan raya. Ini adalah satu ujian antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri agar dapat berbincang secara profesional bagaimana untuk mencapai satu perbincangan untuk kebaikan rakyat. Kita perlu proaktif," jawab beliau dalam Sidang DUN Selangor pagi tadi.
Menjawab soalan yang dikemukakan ADUN Bangi, Khalid menjelaskan taklimat proses pemetaan lokasi stesen MRT telah diwartakan untuk perbincangan.
Justeru katanya, penglibatan secara langsung kerajaan negeri dalam usaha mencari penyelesaian aliran laluan MRT penting bagi mengelakkan sebarang ketidakadilan kepada rakyat tempatan.
Terdahulu, 30 pemilik kedai di Kajang membantah cadangan laluan MRT yang turut melibatkan premis mereka.
"Yang penting kuasa yang ada pada tangan kerajaan negeri adalah proses pengambilan tanah. Jika kerajaan negeri mendapati pengambilan untuk aliran tidak adil
kepada rakyat dalam pembangunan, kita berhak untuk tidak meluluskan.
"Saya akan mengambil sikap proaktif tapi tidak akan membelakangi rakyat negeri selangor. Kita telah mengumumkan bercadang untuk menempatkan exco dalam perbincangan supaya hampir dengan rakyat dan mengetahui keadaan sebenar. Pampasan yang adil perlu diberikan," jelas Khalid lagi.
Namun menurut Khalid setakat ini tiada sebarang pembangunan diluluskan di kawasan aliran yang terlibat.
Katanya lagi, kerajaan negeri melalui pejabat-pejabat tanah daerah telah mengeluarkan notis awal kepada penduduk yang terlibat bagi mengelakkan sebarang spekulasi harga tanah.
Justeru jelas beliau lagi, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diberikan boleh mengemukakan perkara tersebut di mahkamah.
Khalid kemudian menjelaskan kerajaan negeri masih merasa sangsi dengan pendekatan kerajaan Persekutuan berhubung kos pembinaan MRT, justeru beliau menyarankan agar badan penilaian bebas diwujudkan bagi menilai kos sebenar sejajar dengan konsep nilai berpatutan.
"Tidak semestinya Gamuda akan mendapat kontrak tersebut. Kontrak tersebut perlu ditender. Pasukan penilaian bebas akan menilai sebenar kos tersebut. Kita masih sangsi dengan kerajaan persekutuan dan saya rasa ini adalah satu cara memastikan kos terlibat memberi konsep nilai berpatutan," jelasnya lagi.
KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Katanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.
Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam, beliau berkata, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, dianugerahkan dan dilaksanakan syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.
Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.
"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai," katanya
Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Februari tahun lepas.
Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Jan tahun lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar.
Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang seringkali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.
"Masalah teknikal yang dihadapi adalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.
"Tak payah komen la...bodoh sangat.
"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.
Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.
Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.
Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.
"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.
Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.
Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.
LOJI Fukushima Dai-ichi di Okumamachi, Fukushima musnah teruk akibat tsunami 11 Mac lalu.
Krisis terbaru menimpa TEPCO ketika bertungkus lumus menstabilkan loji jana kuasa
TOKYO: Bacaan tahap radiasi dalam air laut berhampiran loji nuklear Jepun yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu, mencatatkan paras tertinggi semalam ketika presiden syarikat pengendali loji itu dimasukkan ke hospital.
Presiden Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Masataka Shimizu, tidak kelihatan hampir dua minggu selepas muncul dalam satu sidang media di sini, dua hari selepas gempa bumi yang merosakkan sistem penyejukan loji Fukushima Dai-ichi dan menyebabkan kebocoran radiasi.
Shimizu, 66, dibawa ke sebuah hospital di sini, kelmarin selepas mengadu pening dan mengalami tekanan darah tinggi, kata jurucakap TEPCO, Naoki Tsunoda.
Sebelum ini terdapat banyak spekulasi berhubung kesihatan Shimizu sejak beliau menghilangkan diri dari pandangan umum, dengan Naib Presiden syarikat Sakae Muto muncul menggantikannya dalam taklimat berita.
Pihak berkuasa TEPCO sebelum ini tidak banyak menjawab soalan berhubung kesihatan Shimizu, hanya menyatakan beliau sedang 'berehat' di ibu pejabat syarikat.
Ia adalah krisis terbaru yang menimpa TEPCO yang masih bertungkus lumus menstabilkan loji jana kuasa yang terlebih panas dan membendung radiasi menyusup dari kompleks loji ke laut dan tanah berhampiran.
Gempa dengan magnitud 9.0 menghasilkan tsunami yang memutuskan bekalan elektrik dan sistem sokongan penting untuk memastikan suhu turun di dalam loji reaktor.
Penduduk dalam lingkungan 20 kilometer dari loji dipindahkan dua minggu lalu, sementara mereka yang tinggal 30 kilometer digesa berpindah secara sukarela sejak beberapa hari lalu.
Paras radiasi meningkat di sekitar loji, sayuran, susu mentah dan air.
Minggu lalu, air paip sejauh Tokyo ini terletak 220 kilometer ke selatan dikesan mengandungi paras iodin-131 penyebab kanser dianggap tidak selamat untuk bayi.
Semalam, pegawai keselamatan nuklear berkata air laut di luar loji didapati mengandungi 3,335 kali paras biasa iodin radioaktif iaitu kadar tertinggi setakat ini dan ia satu tanda bahawa lebih banyak air tercemar memasuki laut.
Jumlah iodin-131 ditemui di tepi pantai 300 meter selatan loji itu tidak memberi satu ancaman segera kesihatan manusia namun ia satu 'kebimbangan', kata pegawai Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri, Hidehiko Nishiyama, semalam.
Katanya kegiatan menangkap ikan tidak berlaku di kawasan itu.
"Kami akan menamatkan punca dan melakukan sedaya upaya untuk menghalangnya daripada terus meningkat," katanya.
Nishiyama sebelum ini mengakui sesetengah air tercemar dari loji itu menyusup ke dalam laut, namun tidak jelas bahagian loji mana yang bocor.
Plutonium yang amat toksik turut ditemui menyusup ke dalam tanah di luar loji, kata TEPCO.
Pegawai keselamatan berkata, jumlah itu tidak memberi risiko kepada manusia, namun beberapa penemuan menyokong perasaan curiga bahawa air radioaktif berbahaya bocor dari rod bahan api nuklear yang rosak. – AP
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Skim Rumah Pertamaku yang baru diperkenal kerajaan hanya akan menyebabkan golongan muda bukan sahaja terus dibebani hutang malah berdepan insolvensi.
AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata skim yang dilancar Perdana Menteri pada 8 Mac lalu itu tidak lebih hanya sebagai tindakan populis namun pada masa yang sama, memusnahkan masa depan golongan muda.
Dengan tawaran 100 peratus pinjaman tanpa deposit sehingga RM200 ribu, golongan muda katanya bukan dibantu, namun dibebankan hutang tambahan selain hutang pinjaman barangan lain yang sedia ditanggung.
Malah jelasnya juga, peserta skim ini terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan yang tinggi untuk tempoh 30 tahun.
Jelasnya, apa yang lebih dituntut generasi muda ketika ini adalah tambahan ke atas pendapatan mereka.
"Isu yang lebih kritikal berhubung pemilikan rumah adalah menangani isu pendapatan sebenar bakal pemilik rumah.
"Majoriti golongan pekerja masih terperangkap dalam pendapatan sederhana," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor pada sidang media di parlimen hari ini.
Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau turut memberi contoh pengiraan mudah bagi seorang pekerja berpendapatan RM3000.
"Ansuran bulanan kereta RM500, bil telefon RM80, sewa kediaman RM400, makanan RM500.
"Hanya ada RM1,000 sahaja lagi lebihan selepas pemotongan EPF dan Socso," katanya.
Untuk rekod, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan sejumlah 50,361 kes berkaitan kegagalan membayar hutang pinjaman.
Dari jumlah itu 10.6% adalah mereka yang tidak membayar hutang kad kredit manakala 74.3% bermasalah membayar pinjaman rumah, kereta dan baki kad kredit.
Kamaruddin dalam pada itu berkata, PAS bersedia memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.
Tambahnya, kehadiran melebihi jangkaan iaitu 300 ribu golongan muda pada pameran kerjaya anjuran Pemuda Umno baru-baru ini membuktikan masih ramai sebenarnya golongan belia menganggur.
PARIT BUNTAR, 31 Mac: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menggesa rakyat supaya menilai semula semua slogan BN termasuk sebagaimana yang dilaung-laungkan di Sarawak sekarang.
"Rakyat Sarawak secara matang dan sedar mesti melihat kepada tempoh yang cukup panjang dan peluang yang telah diberikan kepada BN, kenapa sekarang baru BN berjanji untuk berubah," katanya.
Katanya, sejarah membuktikan Barisan Nasional gagal dan tidak mampu berubah sementara slogan BN mampu berubah hanya kata-kata kosong dan janji manis pemimpin BN.
Beliau berkata ungkapan BN berubah tidak lebih dari usaha untuk mengaburi mata rakyat supaya kembali menyokong BN.
Menurutnya, usaha BN untuk menarik sokongan rakyat sering meningkat apabila hampir dengan pilihan raya.
Oleh kerana itu, katanya rakyat mestilah berhati-hati dengan media pengampu yang akan memaparkan janji-janji manis pemimpin BN.
Mengenai peranan pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin, beliau menegaskan bahawa pemimpin BN mengkhianati amanah tersebut.
"Pemimpin BN telah mengkhianati amanah yang telah diberikan lebih 50 tahun. Kerana itu negara memerlukan pemerintah yang bijak mengawal aset negara untuk manfaat rakyat secara holistik, bukannya hanya untuk berapa kerat elit kerajaan seperti yang diamalkan oleh BN," katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, pemerintah dalam apa jua keadaan mesti mendahulukan rakyat, ianya bukan sekadar slogan seperti yang dilaungkan oleh pemimpin BN.
"Bagi saya BN telah mempersendakan rakyat dengan pelbagai slogan, namun jauh dari realiti pelaksanaannya.
"Saya ingin mempersoalkan kenapakah dasar-dasar yang tidak dikaji dengan baik sebelum ia dilaksanakan sehinggakan bayak wang rakyat telah dibazirkan," katanya yang juga Adun Titi Serong.
Katanya, kini banyak bukti sebagaimana yang dipaparkan melalui media baru banyaknya kelemahan BN mentadbir urus Malaysia.
Situasi itu, katanya memberi petunjuk bahawa negara berada dalam situasi tidak selamat.
Oleh itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menyeru seluruh rakyat supaya berubah sekarang untuk selamatkan Malaysia.
SHAH ALAM: Seorang peguam, N. Pathmanabhan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini pada Julai ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang dilaporkan hilang bersamanya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menetapkan perbicaraan berjalan selama tiga bulan bermula 4 Julai hingga 30 September.
Pathmanabhan, 42, akan dibicarakan bersama tiga pekerja ladangnya, iaitu T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, yang turut didakwa melakukan kesalahan itu.
Terdahulu, semua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 Ogos 2010 di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini. Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 yang memperuntukkam hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
SYDNEY: Penyiasatan sedang dijalankan selepas empat orang terbunuh dan dua lagi cedera parah apabila sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah New South Wales.
Pesawat dengan enam tempat duduk itu terhempas ketika cuaca agak baik lewat semalam berdekatan kawasan tempat meletak karavan di utara wilayah berkenaan.
Ketika empat orang terunuh, seorang bapa dan anak perempuannya berusia 13 tahun terselamat apabila pesawat berkenaan terhempas kurang satu kilometer berdekatan Lapangan Terbang Moree, kira-kira 600 kilometer dekat Sydney.
"Pesawat itu kelihatan mahu menuju lapangan terbang dan secara tiba-tiba ia terjatuh dari langit," kata penduduk tempatan, Lex Baguley kepada wartawan.
Seorang lagi saksi berkata, pesawat itu mungkin terlanggar pokok. -AFP
Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.
Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini.
Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.
Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.
Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib. Sinar Harian cuba mendapatkan komen atau pendapat daripada tokoh agama berkenaan pengharaman tarian poco-poco ini.
KANGAR: Kira-kira 3,000 mangsa banjir dari 729 keluarga dipindahkan ke 31 pusat pemindahan banjir di Perlis sehingga pukul 10 malam Rabu.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata daripada jumlah itu, seramai 2,147 orang dari 546 keluarga ialah di Kangar manakala yang lain dari Padang Besar dan Arau.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid berkata banjir yang berlaku sejak Isnin lepas itu adalah akibat taburan hujan yang tinggi dan bukannya berpunca dari empangan Timah Tasoh.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Ir Nishad Mohamad berkata empangan Timah Tasoh terpaksa melepaskan air yang berlebihan apabila kadar taburan hujan begitu tinggi.
"Air empangan Timah Tasoh dialirkan melalui Sungai Perlis ke laut dan tidak mungkin ia menyebabkan banjir," katanya.
Sementara itu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Abdul Rashid berangkat melawat mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir, antaranya Sekolah Kebangsaan Sena dan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang. - BERNAMA
SHAH ALAM, 30 Mac: Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.
Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.
Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.
Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.
"Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).
"Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.
"Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran," tegasnya.
Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.
"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.
"Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009.
Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.
Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan.
SEREMBAN: Sekumpulan perompak merempuh sebuah lori syarikat keselamatan yang membawa bahan semikonduktor bernilai lebih RM1 juta sebelum melarikannya di
Lorong Senawang 2/3 Kawasan Perindustrian Senawang di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, seorang perompak memandu sebuah treler curi dan melanggar bahagian depan lori terbabit menyebabkannya berhenti di tengah jalan.
"Pada masa sama, empat lagi rakannya bersenjatakan parang yang menaiki kereta datang dari belakang lori berkenaan sebelum mengarahkan tiga pengawal keselamatan menyerah diri.
"Mereka tidak bertopeng kemudian memecahkan pintu belakang lori berkenaan dan memindahkan barangan dibawa ke dalam kereta sebelum melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, pengawal keselamatan yang memandu lori cedera ringan akibat rempuhan dan dua lagi tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.
PETALING JAYA: Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana ketiadaan wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion.
Ketua Pegawai Pemasaran, Amanah Raya Bhd (ARB) Ahmad Saruji berkata, anggaran itu meliputi kira-kira sejuta kes di negara ini.
Kajian ARB pula mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat, yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian, katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.
Katanya lagi, bagi membudayakan penulisan wasiat pada kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn Bhd melancarkan kempen 'Tahun Menulis Wasiat 2011'.
"Kami tidak mahu masalah ini bertambah lagi. Kempen ini akan diadakan sepanjang tahun ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej kepentingan menulis wasiat sekali gus mengelakkan masalah lain yang timbul terutamanya keretakan institusi kekeluargaan," katanya.
Sempena kempen tersebut, orang ramai boleh memiliki dokumen wasiat bagi menguruskan pengurusan harta pusaka bernilai ribuan ringgit dengan hanya melibatkan kos permulaan serendah RM30 sebulan serta bayaran bulanan yang fleksibel.
Kempen tersebut yang bermula dari Januari hingga Disember tahun ini adalah untuk memudahkan masyarakat membuat wasiat sekali gus mengelakkan pembekuan harta dan perbalahan keluarga.
Sementara itu Pengerusi Warisan Mukmin Datuk Mohd Nahwari Hashim berkata syarikat itu mensasarkan pendaftaran 5,000 wasiat sehingga akhir tahun ini.
KOTA BHARU, 31 Mac: 'Tunggal pun dikatakan hantu..' Mungkin inilah yang dapat digambarkan apabila Persatuan Peniaga Arked MPKB mendakwa kerajaan negeri tidak berpegang kepada janji.
Kelmarin anggota jawatankuasa persatuan itu mendakwa menerima surat kuning supaya mengosongkan bangunan mulai hari ini, sedangkan sebelum itu dijanjikan sebelum 31 Mei depan.
Seorang anggota jawatankuasa persatuan itu mendakwa notis penamatan sewa dikeluarkan Blue Lang Marketing.
Sedangkan pengurus syarikat terbabit, Wan Muhamad Azha Wan Omar memberitahu notis kuning yang dikeluarkan bagi menyatakan pihaknya
tidak lagi bertanggungjawab ke atas kutipan sewa, bil elektrik dan kebersihan premis selepas 30 Mac dan peniaga dikehendaki menjelaskan tunggakan sewa dan bil elektrik sehingga 31 Mac.
"Peniaga mungkin salah faham terutamanya kepada peniaga di tingkat satu," katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menjelaskan pihak perunding mengesahkan Arked MPKB tidak lagi selamat diduduki kerana terdedah kepada litar pintas kabel elektrik.
Yang Dipertuanya, Nazran Muhamad berkata, air sentiasa bocor dan mengalir sehingga menyebabkan kekuatan konkrit semakin merosot dan
menurun.
"Ini tidak ekonomik untuk dibaiki kerana kos sangat besar di samping rumit dari segi pelaksanaan.
"Selaras dengan peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keselamatan semua bangunan di kawasannya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya MPKB BRI telah membuka tawaran dan bersetuju pembangunan semula tapak Arked MPKB kepada sebuah syarikat dengan keseluruhan pulangan sebanyak RM6.8 juta.
"Pembangunan semula tapak Arked MPKB merupakan satu usaha ke arah mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi setempat, di samping membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk Kota Bharu," ujarnya.
Oleh itu kata beliau sepatutnya tidak berbangkit soal jual beli bangunan arked kepada pemaju kerana perkara tersebut sudah selesai.
Nazran berkata, sebelum Arked MPKB diroboh, MPKB BRI telah membeli ruang niaga di tingkat satu Bazar Tengku Anis bagi menyelesaikan masalah dihadapi peniaga.
Bagaimanapun katanya, peniaga tingkat atas Arked MPKB tidak bersetuju berpindah ke Bazar Tengku Anis sebaliknya memilih Bazar Tok Guru.
"Keluasan lot di Bazar Tok Guru sepatutnya tidak berbangkit kerana saiz tersebut telah pun dipersetujui bersama dalam mesyuarat pada 20 Januari 2010 yang turut dihadiri wakil peniaga Arked MPKB dan ArkedUda.
"Persetujuan saiz lot tersebut bagi membolehkan semua peniaga dikedua-dua bazar ditempatkan di ruang niaga tingkat bawah Bazar Tok
Guru," katanya.
Difahamkan pada mesyuarat yang diadakan itu peniaga diwakili Abdul Salim Ahmad daripada Arked MPKB dan Wan Lukman Wan Salleh (Arked Uda).
Ketika itu wakil peniaga terbabit memohon penempatan semula semua peniaga berdaftar di Arked MPKB dan Arked Uda seramai 415 orang.
Manakala sebahagian besar peniaga makanan di tingkat bawah Arked MPKB bersetuju menerima tawaran lot di sekitar Bazar Tengku Anis dan terminal bas di Lembah Sireh.
Nazran berkata, kerajaan negeri dan MPKB-BRI telah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya bagi menjaga kebajikan peniaga selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.
"Tidak berbangkit langsung kerajaan negeri mengabaikan kebajikan dan kepentingan peniaga malah lebih bersifat prihatin bagi menjaga masa depan mereka," ujarnya.
LONDON: Menteri Luar Libya, Mussa Kussa, terbang ke Britain dan mengumumkan beliau meletakkan jawatan serta tidak mahu mewakili rejim pemerintah Tripoli itu.
Kenyataan Pejabat Luar Negera, berkata Mussa tiba di Lapangan Terbang Farnborough, barat London.
"Beliau melakukan perkara itu atas kehendak sendiri. Beliau memberitahu kami sudah meletakkan jawatan.
Musa adalah pemimpin kanan kerajaan Muammar Gaddafi dan beliau tidak mahu mewakili kerajaan rejim itu di peringkat antarabangsa," tambahnya lagi. - AFP
TOKYO: Air laut di luar loji kuasa tenaga nuklear di timur laut Jepun dikesan mengandungi 3,335 kali ganda bahan radioaktif iodin peringkat tinggi dan setakat ini belum ada tanda air yang tercemar itu telah mengalir ke laut.
Jumlah iodin –131 ditemui di luar pesisir kira-kira 300 meter daripada selatan reaktor nukelar Fukushima Daichi bagaimanapun tidak menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia namun maklumat tersebut disebarkan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat, kata jurucukap daripada Agensi Nuklear dan Keselamatan Industri, Hidehiko Nishiyama pada Rabu.
Di Malaysia, orang ramai mula bimbang mengenai pencemaran radiasi yang mungkin di bawa oleh makanan import dari Jepun.
Beberapa rangkaian makanan menjual sushi dan restoran makanan Jepun di negara ini memberi jaminan bahawa makanan yang dijual adalah selamat dan bebas daripada pencemaran radiasi.
SUKAR sekali untuk saya menulis kolum kali ini. Selepas hampir dua jam terpaku di depan komputer, melayari pelbagai laman, kaki semakin lenguh menyengat dan pinggang sakit, namun idea belum juga muncul. Apa lagi yang menyiksakan bagi mana-mana penulis selain kebuntuan mencari ilham sedangkan masa bergerak pantas.
Juru fisioterapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sering mengingatkan saya agar jangan terlalu "berlama-lamaan" menaip. Harus mengadakan senaman ringan atau paling tidak, menggerak-gerakkan anggota badan setiap 15 minit.
Tetapi, adatlah, apabila asyik menulis atau ligat mencari bahan mengejar dead-line, tiga empat jam berlari pantas, segala nasihat terabai. Sedar-sedar, kaki tidak dapat dibengkok dan terasa kebas.
Kalau boleh memang saya mahu menghindari topik yang hangat dibicarakan, iaitu kes video seks-lucah yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim. Menyebutnya pun sudah meloyakan, apatah lagi dikaitkan dengan pelacur China.
Ia terpampang di dada akhbar, memenuhi muka depan, hinggakan anak bongsu saya, berusia lapan tahun bertanyakan ibunya, "seks itu apa, bu?"
Isteri sekadar menjeling tajam ke arah saya, mungkin menagih jawapan yang beradab. Kemusykilan si anak tidak dapat dirongkai. Kebetulan Harakah juga menjadikannya berita utama dan turut dibaca anak kecil.
Ya, sukar juga untuk kami menyorot isu lain dalam keadaan negara hiruk-pikuk tertumpu kepada kontroversi berkenaan. Lebih penting, pembaca menuntut penjelasan dan fitnah mesti disanggah.
Saya kira ramai lagi yang mempunyai pengalaman hampir serupa. Misalnya, apa yang mahu dijelaskan kepada anak-anak yang bertanyakan soal liwat ketika keluarga menonton berita TV jam lapan malam, yang seakan-akan memperincikan perlakuan songsang terkutuk itu apabila melaporkan perbicaraan mahkamah.
Bayangkan, insiden 12 tahun lalu masih segar di ingatan, sehingga mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat. Tragedi mata lebam makin menghangatkan iklim politik. Tilam diusung ke mahkamah, bersama cebisan lendir dan bulu.
Siapa sebenarnya yang dibicarakan di mahkamah ketika itu? Anwar atau maruah-kehormatan orang Melayu sendiri yang dipertaruhkan? Permainan politik yang sepatutnya beroperasi dalam kerangka akhlak dan adab menjadi cukup kotor dan hina.
Ekoran daripada itu, Anwar merengkok di penjara selama enam tahun. Tidak lama selepas pembebasannya, pilihan raya umum 2004 menyusul. Mungkin personaliti Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan tiada isu-isu kontroversi membabitkan soal dalam kelambu dan keaiban peribadi.
Tsunami politik, Mac 2008 menyentak. PRU12 dikatakan membawa elemen politik baru yang lebih segar. Politik yang tidak lagi terkepung dengan sentimen perkauman atau bermodalkan fitnah-tohmah, sebaliknya bercirikan idealisme luhur, membahaskan isu-isu ketelusan, keadilan, tata kelola pemerintahan yang baik, serta memartabatkan hak asasi manusia.
Ekoran itu, peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan dipercepatkan. Malangnya, isu skandal peribadi muncul semula, juga membabitkan Anwar. Sekali lagi rakyat Malaysia terpaksa menyaksikan episod yang begitu mengaibkan.
Istilah-istilah "geli-geleman" diperdengarkan kembali. Dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, pada pertengahan Ogos 2008, isu sumpah Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat heboh diperkatakan.
Tunas politik baru yang mula berputik seperti terbantut. Di Perak, politik ugut bercampur-aduk dengan tawaran rasuah bagi membeli Adun Pakatan Rakyat. Akhir Ogos 2008, kita juga mendengar kes-kes pelik seperti "habuan sedekah seks" yang dibawa ke mahkamah oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR, sekarang SPRM).
Tidak lama selepas itu, Februari 2009, kerajaan PAS-DAP-KeADILan yang diterajui Mohammad Nizar Jamaluddin tumbang.
Rupanya budaya politik kuno masih dominan dan akar tunjangnya masih menjalar kukuh.
Belum selesai kes liwat II, negara gempar lagi. Keaiban dipamerkan secara terbuka. Bagai mengulangi babak sebelum ini, perebutan "kuasa politik" juga menjadi paksinya. Dato' T tidak menunggu lama untuk tampil bangga membuat pengakuan. Lebih malang, menteri yang "menjaga polis dan undang-undang", Hishammuddin Hussein dan Nazri Aziz, berkokok dengan nada politik yang tebal.
Jelas mereka membela Dato' T, yang ketika itu belum dikenali. Tanpa mengetahui hujung-pangkalnya, Anwar dibelasah cukup-cukup. Sah, ia satu permainan politik tahap murahan. Ketua Pembangkang itu mahu diperosok sedalam-dalamnya -- dengan apa jua cara.
Tiada kelihatan langsung fokus Hishammuddin untuk menegakkan undang-undang. Hanya atas alasan tiada laporan polis dibuat, acara menonton video lucah di hotel mewah Carcosa Seri Negara itu seolah-olah bukan suatu kesalahan. Kecekapan, kebebasan dan tahap profesionalisme pihak polis diperjudikan. Sehinggalah Anwar sendiri membuat aduan rasmi di Balai Polis Dang Wangi baru siasatan dibuka.
Cuba kita gambarkan, sekiranya video lucah yang dipertontonkan kepada para wartawan itu menjadikan Perdana Menteri, Najib Razak atau timbalannya Muhyiddin, atau anggota kabinet yang lain sebagai sasaran, apakah pihak polis dan Hishammuddin sendiri selaku Menteri Dalam Negeri akan sabar menunggu laporan polis sebelum dapat bertindak?
Saya yakin, jika targetnya adalah Najib, seluruh kekuatan polis dan perisikan akan dikerah untuk menangkap Dato' T belumpun sempat tayangan adegan ranjang itu berakhir. Ia bukti amalan double-standard atau talam dua muka yang hanya merendahkan lagi kredibiliti pihak polis pada pandangan publik.
Mulut celupar Nazri memang sukar dikawal. Mengulas tayangan aksi seks melampau di Carcosa, Nazri bertegas bahawa tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian. "Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami," katanya.
Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan Dato' T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan. "Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," kata Nazri mempertahankan Dato' T daripada kesan undang-undang terutama Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Abd Rahim Tamby Chik muncul membuat pengakuan bersama ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah (sambil mendakwa Bendahari Perkasa, Shuib Lazim turut terlibat) bahawa mereka bertiga adalah Dato' T, misteri video lucah itu mula tersingkap.
Sekali lagi, yang timbul adalah persoalan "kuasa dan dendam kesumat", bukannya isu akhlak atau kebenaran yang mahu ditegakkan. Siapa tidak kenal Rahim dan sejarah hitam politiknya? Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah disumbat ke penjara Kajang selama 18 bulan pada 1998 tentu masih menyimpan cerita menarik Rahim.
Saya sendiri pernah menulis dua buku politik tentang Rahim. Pertama, sebelum beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno pada 1993, dalam regu Anwar, Team Wawasan. Tajuk buku itu, Anwar Salah Pilih, jelas menggambarkan peringatan saya bahawa Anwar melakukan kesilapan besar memasukkan Rahim ke dalam pasukannya.
Buku kedua, Siapa Dalang?, diterbitkan selepas Rahim dipaksa meletakkan jawatan atas alasan kepincangan moral. Anwar dilihat berperanan penting dalam kes penyingkiran Rahim.
Saya difahamkan ramai penyokong Anwar lega apabila mengetahui Rahim menjadi dalang pengedaran video lucah itu. Malah, ahli-ahli Umno sendiri "terkejut" dengan pembabitan Rahim, yang dijangka akan membawa lebih banyak masalah kepada Najib dan BN sendiri.
"Silap jalan, jika terbukti ia fitnah semata-mata, isu ini boleh menguburkan Umno dalam PRU13 nanti," kata seorang aktivis Umno. "Kalaupun Umno mahu berkonspirasi, Rahim adalah orang yang terakhir menjadi pilihan Umno," tambahnya.
Namun begitu, episod ini baru saja bermula, penamatnya masih sukar untuk ditelah. Pengakuan Rahim tidak bermakna segalanya nampak mudah. Kita belum lagi mendengar reaksi Najib. Percaturan sedang berjalan. Seorang pemerhati politik berkata: "Pihak yang tidak banyak melakukan kesalahan akan lebih selamat."
Petang tadi (Jumaat) seorang rakan sempat berpesan kepada saya, jika kita tidak dapat menerima fitnah dilemparkan kepada Anwar, maka kita juga usah terjerat dalam perangkap sama apabila secara terbuka membuat tuduhan-tuduhan berkaitan perlakuan seks kepada Rahim. Begitu juga dengan dakwaan berterusan kepada Najib, berkaitan Altantuya.
Beliau meminta saya membaca tulisan terbaru Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bekas Mufti Perlis itu menegaskan tindakan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik dilarang agama. "Sama ada PAS, Umno dan KeADILan; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka," tulisannya dipetik.
Artikelnya yang bertajuk Video Lucah dan Dosa Politik itu diakhiri dengan rumusan: "Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.
Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.
Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!"
Bagaimanapun, ingatan Anwar di majlis solat hajat di kediamannya, malam 24 Mac lalu patut menjadi renungan penggerak Pakatan. Seperti dilaporkan Harakahdaily, Anwar menekankan: "Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga.
Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.
"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya."
Yang pasti, medan tempur di Sarawak yang nampak sedikit terabai dengan isu ini perlu diberikan perhatian serius. Fokus harus disasarkan ke sana.
KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.
Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.
"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean, lapor Malaysiakini.
Pada sidang media di sini, Rabu, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).
Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen "pembasuhan minda" dan mempromosikan perkauman serta perpecahan.
"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.
"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.
"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya.
Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.
Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.
Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.
"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.
Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".
"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.
Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, 'saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, 'Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?', Baginda menjawab, 'Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka,
Ali bertanya, 'Apakah yang ayahanda lihat di sana?' Rasulullah SAW bersabda, 'aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.'
'Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta'
'Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.'
Sebab-sebab wanita masuk neraka
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ' Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?'
Rasulullah menjawab, 'Fatimah, adapun perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.'
'Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang'.
'Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah'
'Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.'
'Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.'
Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, 'Aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.'
Tidak bersyukur kepada suami
Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 'Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.'
Sabda Rasulullah SAW lagi:
'Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: 'Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. 'Rasulullah SAW menjawab: 'Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya.
Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.'
p/s: Ambillah manfaat, dengar, taat dari apa yang kita bacakan.
PARIT BUNTAR, 31 Mac : Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata sejarah membuktikan Barisan Nasional gagal dan tidak mampu berubah, slogan bahawa BN mampu berubah tidak ubah seperti kata-kata kosong dan janji manis pemimpin BN. Ucapan sedemikian tidak lebih dari usaha untuk mengaburi mata rakyat supaya kembali menyokong BN.
Menurutnya usaha BN untuk menarik sokongan rakyat sering meningkat apabila hampir dengan Pilihanraya, kerana itu baginya lagi rakyat mestilah berhati-hati dengan media pengampu yang akan memaparkan janji-janji manis pemimpin BN.
Menyentuh mengenai peranan pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat memimpin beliau menegaskan bahawa pemimpin BN telah mengkhianati amanah yang telah diberikan lebih 50 tahun.
"Pemimpin BN telah mengkhianati amanah yang telah diberikan lebih 50 tahun. Kerana itu negara memerlukan pemerintah yang bijak mengawal aset Negara untuk manfaat rakyat secara holistik, bukannya hanya untuk berapa kerat elit kerajaan seperti yang diamalkan oleh BN" katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, pemerintah dalam apa jua keadaan mesti mendahulukan rakyat, ianya bukan sekadar slogan seperti yang dilaungkan oleh pemimpin BN namun satu kwwajipan yang sepatutnya berlaku dalam amalan memerintah di Malaysia.
"Bagi saya BN telah mempersendakan rakyat dengan pelbagai slogan, namun jauh dari realiti pelaksanaannya" jelasnya
"Saya ingin mempersoalkan kenapakah banyak dasar-dasar yang tidak dikaji dengan baik sebelum ia dilaksanakan? sehinggakan bayak wang rakyat telah dibazirkan" soalnya.
Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menggesa rakyat perlu menilai semula semua slogan BN termasuk sebagaimana yang dilaung-laungkan di Sarawak sekarang.
"Rakyat sarawak secara matang dan sedar mesti melihat kepada tempoh yang cukup panjang dan peluang yang telah diberikan kepada BN, kenapa sekarang baru BN berjanji untuk berubah" Soalnya
"Kini banyak bukti sebagaimana yang dipaparkan di media baru betapa banyaknya kelemahan BN mentadbir urus Malaysia, situasi ini memberi petunjuk bahawa Negara berada dalam situasi tidak selamat,Oleh itu saya menyeruh seluruh rakyat malaysia supaya " ubah sekarang selamatkan Malaysia", jelasnya ketika mengakhiri sesi temubual.
KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini, beliau berkata kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
"Penyelenggaraan (setiap satu kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.
"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai," katanya.
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai, 2010.
Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Febuari tahun lalu.
Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Januari tahun lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar.
Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang sering kali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.
"Masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal selam adalah masalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia. Saya kira dalam hal ketenteraan dan keselamatan negara kita patut berkongsi rahsia, jangan mendedahkan kelemahan sistem pertahanan negara ke luar (negara)," katanya.
Beliau berkata pencapaian paling membanggakan dalam operasi kapal selam berkenaan ialah apabila KD Tunku Abdul Rahman membuat penembakan misil SM 39 pada Julai lepas di kedalaman 55 meter dan telah mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer.
"Kejayaan itu dapat meningkatkan semangat juang yang lebih tinggi kepada krew kapal walau pembangkang mengatakan kedua-duanya (kapal) bermasalah," katanya.
Abdul Latiff juga berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati selepas menaiki KD Tunku Abdul Rahman dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan baru-baru ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA 29 Mac – Dua pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, semalam.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.
Menurutnya, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara.
"Selain itu, lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita hasil operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi kegiatan haram membabitkan nilai berbilion ringgit," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Operasi pasukan petugas khas diketuai oleh SPRM itu dijalankan secara serentak dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam semalam.
Mustafar berkata, tindakan penyitaan akan dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.
Beliau berkata, kesemua entiti berkaitan diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.
"Kesemua kegiatan tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.
Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah mengenai kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan berjumlah berbilion ringgit disebabkan kegagalan mengutip cukai dan duti kastam.
"Ia juga melibatkan pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar ke luar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara," katanya.
Beliau berkata, pasukan tindakan khas itu akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat terlibat kerana kegiatan-kegiatan berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan reputasi negara.
For many years, coffee was considered a vice, linked with sleepless nights and cigarettes.
But scientists have discovered that coffee contains potent antioxidants that can fight numerous ailments, including heart disease and diabetes.According to the American Coffee Association, 54 percent of Americans drink coffee on a daily basis, and they drink, on average, over three cups each.
The diseases coffee can benefit include: Dementia. Drinking moderate amounts of coffee during middle age -classified as three to five cups daily - can decrease the risk of dementia by 65 percent, according to a 2009 study by Swedish and Finnish researchers.
Liver disease. In those who drink too much alcohol, those who drank the most coffee - more than four cups every day - reduced their risk of developing alcoholic cirrhosis by 80 percent.
Heart disease. Research associated with The Nurses' Health Study found that women who drank two to three cups of coffee daily had a 25 percent lower risk of dying from heart disease. Along the same line, a Spanish study found that men who drank more than five cups of coffee each day lowered their risk of dying from heart disease by 44 percent, and that women who drank four to five cups each day reduced their risk by 34 percent.
Prostate cancer. A recent study from Harvard Medical School found that men who drank the most coffee slashed their risk of developing the fastest growing and most difficult to treat prostate cancers by more than half when compared to men who drank no coffee.
Gout. Drinking four or more cups of coffee each day dramatically reduces the incidence of gout, say U.S. and Canadian researchers. Men who drank four to five cups daily lowered their risk by 40 percent, and those who drank six or more cups daily reduced their risk of developing gout by 59 percent when compared to men who didn't drink coffee.
Breast cancer. Coffee can either reduce the risk of developing breast cancer or delay its onset, according to Swedish studies. They found that coffee alters a woman's metabolism and produces a safer balance of estrogens. Women who drank two to three cups of coffee a day reduced their cancer risk by as much as two-thirds, depending on the specific type of breast cancer.
Diabetes.D Enjoying six or more cups of coffee daily can cut chances of Type 2 diabetes by 54 percent in men and 30 percent in women over those who don't drink coffee.
Parkinson's disease. Several studies show that drinking coffee lowers a man's risk of developing Parkinson's up to 80 percent - and the more the better.
Colon cancer. A Japanese report found that women who drank three or more cups of coffee every day slashed their risk of developing colon cancer in half.
What's responsible for coffee's healthy benefits? Most researchers believe it's the antioxidants (polyphenols or flavonoids) in coffee, but there are hundreds of compounds in coffee that may be partially responsible.
Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
"Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.
"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.
"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.
Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.
Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali.
Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.
Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.
Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.
Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.
"Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.
"Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.
"Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.
"Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.
"Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain," katanya.
Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik "Datuk T" tidak boleh dijadikan bahan bukti.
"Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.
"Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat," katanya.
Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.
"Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.
"Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum," katanya.
Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.
"Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan," katanya.
Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.
Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis