Dah lama betul penduduk Kuala Sat di Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang minta baiki masjid mereka yang nak roboh ni. Dah berapa kali keluar Utusan keluhan mereka tak tahulah. Tak juga dibaiki masjid di sini. Yang dapat ialah Kereta Kabel di Batu Caves, RM500,000 untuk Tokong di Tenang, Johor. Agaknya nak tunggu wakil rakyat kawasan ni mati baru nak baiki masjid ni. Gereja terbakar di KL pun rasanya dapat RM500,000
Utusan Malaysia 4 Feb 2011
SEGERA BINA MASJID DAN JALAN BERTURAP
Saudara pengarang,
SAYA merupakan bekas ketua kampung yang mewakili seramai 800 penduduk Kampung Kuala Sat di Hulu Tembeling, Jerantut.
Kami meminta kerajaan negeri melaksanakan segera beberapa kemudahan asas penempatan di kampung ini supaya tidak tersisih daripada pembangunan sejak negara mencapai kemerdekaan.
Selain Kampung Kuala Sat, kampung-kampung lain yang turut memerlukan perhatian kerajaan negeri ialah Kampung Benih, Kampung Baru, Kampung Olak Koh, Kampung Belutin dan Kampung Jipang.
Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri ialah pembinaan jalan kampung sejauh tujuh kilometer, padang permainan dan rekreasi, masjid serta penempatan semula penduduk Kampung Jipang di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kuala Sat.
Semasa diamanahkan sebagai ketua kampung 15 tahun lalu, banyak kali saya memohon kemudahan asas kepada pihak kerajaan negeri dan pentadbiran daerah Jerantut tetapi tidak berhasil.
Malah ada permohonan yang tertangguh tanpa alasan yang memuaskan.
Kemudahan paling utama bagi kariah Kampung Kuala Sat yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri ialah pembinaan masjid baru dan jalan kampung.
Kami begitu sedih melihat keadaan masjid kayu berusia 50 tahun yang uzur dan hampir roboh yang sepatutnya diganti baru.
Bagaimanapun tiada tanda-tanda ada projek pembinaan baru walaupun banyak kali permohonan dibuat.
Penduduk Kuala Sat juga kecewa kerana kerajaan negeri tidak melaksanakan projek jalan kampung sejauh tujuh kilometer sehingga kesukaran petani membawa hasil kampung ke jeti untuk dipunggah ke dalam bot penambang Sungai Tembeling untuk dipasarkan ke bandar Jerantut.
Sehubungan itu, saya merayu kerajaan negeri menyegerakan projek pembinaan masjid baru kerana salah seorang penduduk di sini sudah mewakafkan tanahnya untuk tujuan itu.
Sebenarnya tidak ada alasan lagi pihak berwajib untuk menangguhkan projek tersebut.
Begitu juga jalan kampung perlu diturap untuk kemudahan penduduk membawa hasil kampung ke jeti dan keselesaan untuk keluar berbelanja menaiki bot penambang ke bandar Jerantut.
Sayugia diingatkan, perkara berkenaan tidak perlu terlepas pandang walaupun banyak projek infrastruktur ditaburkan di tempat lain.
Penduduk Kuala Sat menagih janji pihak berwajib berasaskan manifesto kepimpinan kerajaan negeri yang mahu mengubah kehidupan penduduk pedalaman Hulu Tembeling.
SIDEK MAHUSIN Bekas Ketua Kampung Kuala Sat, Jerantut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htmKisah masjid ini sebelum ini di PAHANG, JUARA MASJID ROBOH pada pautan berikut
http://amkns.blogspot.com/2010/12/pahang-juara-masjid-roboh.htmlJuga artikel MAKIN RAMAILAH RAKYAT DOAKAN WAKIL RAKYAT MEREKA MATI di
http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.htmlDATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan