Sabtu, 1 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 01 Jan 2011 01:07 AM PST

DunSemarang


Bila Mati suruh Kapal Sing ..sembahyang MAYATmu..

Posted: 31 Dec 2010 07:57 PM PST

Kasihan...Kasihan..Kasihan..Wan Abdul Rahim Wan Abdullah atau Cikgu Rahim, Ahli Parlimen (PAS) Kota Bharu. Belum ada dalam sejarah sorang MUSLIM berkata demikian untuk seorang rakannya yang KAFFIR..Dan Belum ada juga soerang KAF FIR yang sanggup membela rakannya MUSLIM sebaik itu. Tahniah..bahwa sesungguhnya ISLAM itu INDAH...cuma yang jadi PEMUSNAH adalah orang yang Nama sahaja ISLAM, tetapi perangai bagai TALAM....Dulang..Nyiru...Kaudu..

Menunggu Imam tak sampai-sampai....sapa agaknya IMAMnya...foto. trechan.blog
Semuga nanti kalau MU meninggal agar Karpal Sink akan memgangkat, mengusung MAYATmu ke kubur menggunakan kerusi rodanya, serta mengIMAMkan mayat mu..

Foto. fairytale-crgo.blogspot

foto. manlukeman.wprdpress
Wahai anak BangsaKu..lihatlah..fikirlah..Insaflah..sementara Nyawa masih di badan. Bersatulah kita demi AGAMA BANGSA dan TANAH MELAYU ini.
Dewasa ini bertambah ramai..ramai Si Kitol..dan Rajamundalliar. Andainya kamu berjaya, jangan lupa anak BangsaMU...jangan di gigit mereka..Apakah Cik Gu itu benar, sebenarnya ianya MEMALUKAN MERTABAT PERGURUAN, USTAZ dan ISLAM. Jangan lah KETERLALUAN..Kalau "Langkah Mayatku kalau ada yang Usik ISLAM" "Langkah MayatKu kalau ada yang hina IBUku" alangkah baiknya kalau ungkapan umpama itu di utarakan..DAYUS KAMU Cikgu rAHIM. ByM69.

DunSemarang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011

Posted: 31 Dec 2010 06:23 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 01 Jan 2011 01:05 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SELAMAT TAHUN BARU

Posted: 31 Dec 2010 08:05 AM PST

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia khusunya kepada semua ahli UMNO di peringkat cawangan mahupun peringkat kepimpinan tertinggi. Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010 dan semoga perpaduan yang terjalin di antara rakyat akan lebih erat dari sebelumnya.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

-UCBA

Najib Ajak Rakyat Malaysia Corak Masa Depan Lebih Baik

Posted: 31 Dec 2010 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan yang sepatutnya.

Najib, dalam perutusan Tahun Baru 2011 berkata, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menemui kejayaan.

"Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.

"Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," katanya.

Najib juga mengingatkan generasi kini supaya tidak memperdagang atau mempertaruhkan nasib generasi akan datang dengan membuat keputusan yang salah.

"Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuhkan keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan," katanya.

Kata Najib, dalam menguruskan negara, terutamanya ehwal ekonomi, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap penuh kebertanggungjawaban.

"Sebagai kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan naluri rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular namun hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua," katanya.

Perdana Menteri berkata sememangnya mana-mana kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar-dasar sekadar bersifat popular tetapi tidak bertanggungjawab mungkin akan mendapat pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek tetapi untuk tempoh masa panjang, rakyat yang sebenarnya akan menderita.

"Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang 2010, kita telah merancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan," katanya.

Antara yang diperkenalkan termasuk pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 12 NKEAnya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2011 - yang merupakan peta laluan komprehensif untuk mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.

"Sayangnya terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan sewenang-sewenangnya menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata itu tidak benar sama sekali," tegasnya.

Sinis menepis kritikan beberapa pihak, khususnya pembangkang, mengenai pembinaan beberapa projek seperti pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Pulau Pinang, Najib berkata pihak sama kini tersipu-sipu malu dan terkesima untuk mengakui kesilapan mereka kerana terbukti projek-projek yang dilaksanakan kerajaan itu telah memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

"Persoalannya jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka?

"Apatah lagi baru-baru ini janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara," soal Perdana Menteri.

Berharap rakyat Malaysia mampu melihat dan menilai "yang mana kaca, yang mana permata", Najib menegaskan bahawa kerajaan sejak dahulu telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ini kerana katanya lonjakan kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan terlaksananya keadilan sosial.

"Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat," katanya yang menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyahut seruan untuk menuju ke puncak kejayaan.

-- BERNAMA

Hamidah Osman

Posted: 31 Dec 2010 11:41 PM PST

Hamidah Osman


Selamat Tahun Baru 2011

Posted: 31 Dec 2010 02:38 PM PST





Assalamualikum WTB dan Salam Sejahtera


Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup Anda dan cahaya jalan Anda melalui Tahun Baru.


Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru,


misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin


Berharap anda dan keluarga anda selalu selamat dan bahagia.


Selamat Tahun Baru 2011.



Kak Midah Sekeluarga

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 31 Dec 2010 09:40 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


Salam 2011

Posted: 31 Dec 2010 08:41 PM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

Posted: 31 Dec 2010 03:16 PM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


di ambang tahun baru.....babai 2010

Posted: 31 Dec 2010 11:17 AM PST

Jam dah pun tunjuk pukul 1:43am...aku baru je sampai rumah dari kl 40minit yang lalu....

Petang tadi aku singgah jap ke majlis pelepasan Konvoi Bermotor kelab Rakan Muda Parlimen Masjid Tanah kat Bukit Beringin. Tak dapat tunggu lama sebab nak menghantar adik lelakiku Ady Iskandar merisik...ala, bukan jauh pun.. kampung sebelah aje...kira orait la tu kan. tak sia2 ady lambat nak kawin.... (kak emy baya ko dulu dah ada anak 2 dah tau..hihihh)

 mak tengah sarungkan cincin merisik kat tangan ain bakal menantu, insyaallah...

eh bro, mana leh amik gambau dulu...tak aci betul laaa
 apapun, kita sama-sama doa agar jalinan yang termeterai hari ini akan terlaksana nanti..insyaallah ...amin

WOKEY..........................cerita lain pulak
hmmm... lepas habis je urusan merisik tu, aku terus balik ke rumah siap2 nak ke kl pulak....dah janji dengan kwn2 lama nak jumpa hari ni...janji jam 4pm, tapi aku paling lambat sampai..jam 7suku baru tiba,.seronok sangat dapat jumpa kawan2 lama stf 893.  we had so much fun, loads of food...and siap tukar2 hadiah lagi. Ni semua gara-gara aku tengok gambar my stf junior yaang dok buat reunion last november. jeles jeles...jeles....jadi aku pun hantar mesej to eideq a.k.a "madamme dhaka" n i asked her whether boleh ka arrange time for us to get together once she's back from dhaka. alhamdulillah responnya baik...n others pun dok reply in FB.Nizeq pulak volunteer jadi host.... n here we are today (31stdecember, 2010) @ eco park setia...(phuh...lawaaaaa u... rumah sana memang kelassssss-kelasssss nyah...). Bangga akak dapat masuk dalam...hihih


haaa, ni nizeq tuan punya tanah kedaung......phuh...rumah hang memang lawo la beb.....

fizzy badar sedang menunjukkan cara2 utk membuat kopi....(kasik can laa kat rumah dia xde menatang tu...)

KECOH!!!!! memasing tengah tengok apa nombor yang dapat n hadiah mana utk cabutan no bertuah.....

tadaaaaaa..... hati riang selepas dapat n bukak hadiah......(wei nizeq a.k.a mak buyong x aci tutup perut guna bantal...)

ni masa aku mula2 sampai.....(walaupun paling lambat tiba)
hmm....nampak atas meja ada cheese cake, pasta....selamat dah dalam perut memasing...
apapun, thanks to sahabat2 yang memang sporting...ada sanggup drive jauh dari kulim juz to meet up kwn2 lama. macam2 memori lama keluar, dapatlah jugak kita meng"update" berita kawan2 yang mana2 dah m.i.a tu kan.....ada jugak yang tak dapat datang sebab ada ketentuan lain..hopefully , next time around akan lebih ramai yang join, in case ada kwn2 lama yang dok baca post ni...pls contact aku balik, boleh update hp number and address. doa aku buat semua sahabat2 aku ni...wish u all the best for this coming 2011(eh dah 2011 dah pun...) semoga panjang umo, murah rezeki, dipertemukan jodoh , kesihatan yang baik serta bahagia dunia dan akhirat nanti.......amin.....

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 31 Dec 2010 11:30 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SELAMAT DATANG 2011.......... SELAMAT TINGGAL 2010

Posted: 31 Dec 2010 08:14 AM PST


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras, ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian - Bahagian di Wilayah Persekutuan, rakan-rakan pembaca dan juga sahabat-sahabat bloggers diluar sana.

Semoga kehadiran tahun baru 2011 nanti, menjanjikan kebahagian dan kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia. Diharap, Allah akan terus memberkati serta merahmati bumi Malaysia ini. Amin.

Dato Hj Rosol B Wahid

Posted: 31 Dec 2010 07:17 AM PST

Dato Hj Rosol B Wahid


Tahun baru 2011,Syukur dan Sawit

Posted: 30 Dec 2010 09:19 AM PST

Salam bloggers...Lama sungguhnya rasanya saya tidak menulis dan mencoretkan sesuatu di laman maya ini. Maaf setinggi-tingginya kepada rakan dan taulan yang saya rasa amat kecewa kerana setiap kali menrjah masuk ke laman ini tetapi ianya tidak di 'update' maaf banyak-banyak. Semuanya ini kerana ketiadaan masa yang sesuai ditambah pula ketiadaan isu atau perkara yang boleh dibangkitkan. Bermula dengan tahun baru 2011 ini InsyaAllah saya akan cuba mengupdate sekerap mungkin...orang Terengganu sebut 'kerek'...InsyaAllah.

Tidak lama lagi kita akan sambut tahun baru 2011. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk terus berbakti di alam fana ini. Syukur kita kepada Allah dan terima kasih kita kepada manusia-manusia yang telah banyak berbudi sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada kita. Syukur kita yang paling mulia ialah kepada pencipta dan pemberi segalanya kepada kita iaitu Allah Swt. DIA memberi segalanya kepada kita dengan percuma tanpa meminya bayaran walaupun satu sen.Cuma apa yang diperintahkan ialah amar makruf dan nahi mungkar. Itu sahaja.

Syukur kita seterusnya ialah kepada manusia yang berbudi dan berjasa kepada kita iaitu ibu bapa kita, guru-guru kita, jiran tetangga kita dan semua yang budiman kepada kita. Kerana tanpa mereka siapalah kita. Tidak lupa juga kepada pemerintah yang menjadikan negara kita ini aman, makmur dan sejahtera sehingga kita mampu mencari rezeki secara aman di bumi bertuah ini. Ditambah pula kehebatan dan kepintaran pemimpin kita yang diberi idea dan inayah oleh Allah untuk menjadikan bumi Malaysia ini bagai permata di Nusantara. Tidak hairanlah berpusu-pusu rakyat negara jiran datang sama secara sah atau sebaliknya ke sini. Alhamdulillah.

Syukur juga kita kerana harga sawit dan getah melambung tinggi. Anak buah saya di Felda Bukit Bading, Felda Mengkawang, Felda Tersat dan Felda Jerangau Barat serta pekebun kecil getah dan sawit hari ini beritahun (royat) kepada saya bahawa mereka tidak pernah mengimpikan harga komoditi setinggi hari ini. Jawapan saya hanyalah bersyukur dengan segala kurniaan ini dan jangan lupa untuk sedekahkan alfatihah kepada pemimpin yang membawa mengusahakan sawit dan getah untuk dijadikan tanaman utama negara, kerana tanpa usaha dan idea mereka saya yakin rakyat Malaysia tidak kenal sawit atau getah sementelah pula untuk dijadikan pendapatan utama. Fatihah untuk mereka...Moga mereka terus diberkati. Saya berkata demikian kerana getah berasal dari Brazil dan Sawit pula dari Afrika...

Akhir sekali syukur kerana Pasukan Bola Malaysia Johan Piala AFF Suzuki... Malaysia Hebat, Malaysia Boleh dan kita semua boleh...

Kata hukamak...'Jadilah orang yang banyak memberi manfaat bukan mereka yang banyak membawa mudarat'...Fikir-fikirkanlah

Tiada ulasan:

Pengikut