Ahad, 30 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 30 Jan 2011 03:43 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Hujan yang mungkin memberikan rahmat di PRK Tenang hari ini (30 Jan 2011)

Posted: 29 Jan 2011 09:07 PM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 30 Jan 2011 03:22 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

PEMBEKUAN/PENGHAPUSAN TOL BUKTI BUKU JINGGA BOLEH DILAKSANAKAN

Posted: 29 Jan 2011 10:11 PM PST

(BUKU JINGGA )

Pengumuman Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan.

Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan.

Sementara saya mengalu-alukan keputusan itu, Perdana Menteri juga perlu berterus terang dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi pampasan kepada syarikat konsesi tersebut – sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri.

Penerimaan Perdana Menteri hari ini bahawa janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah.

Parti Keadilan Rakyat akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
28 JANUARI 2011

PRK MERLIMAU: 6 MAC UNDI, 26 FEBRUARI PENAMAAN CALON

Posted: 29 Jan 2011 11:17 AM PST

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini. Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama. "Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu. Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

KEDAH online

Posted: 30 Jan 2011 03:22 AM PST

KEDAH online

Langkah Gobalakrishnan bukan satu kehilangan, kata Tian Chua

Posted: 29 Jan 2011 08:04 PM PST

HANGPA TUNGGU LAGI...?

Posted: 29 Jan 2011 05:07 AM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 29 Jan 2011 11:20 PM PST

Suara Sri Andalas

Tenang: 61.17% mengundi hingga 2 petang

Posted: 29 Jan 2011 10:12 PM PST

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

LAPORAN LANGSUNG

2.37pm: Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.26pm: DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.

2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.

Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membantu mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara itu, SMS oleh Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

1.42pm: Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

1.12pm: Pemimpin DAP mula mengeluarkan seruan mengundi berikutan peratusan keluar mengundi oleh masyarakat Cina rendah.

"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo di laman Twitter.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis: "Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30am."

12.52pm: Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus. 

12.40pm: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

12.08pm: Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter..

11.40am: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

Di Jalan masuk ke Ladang North Labis juga ditenggelami air kira-kira sekali dalamnya.

11.36am: Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.

11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang.

"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.

"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin.

Normala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib.

Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian.

11.05am: Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing.

11.00am: Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.

10.52am: Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.

Anggota polis bertugas mengawal lalulintas dan memaklumkan kepada para pengguna mengenai keadaan banjir di situ.

10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.

Kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.

10.20am: Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am: Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

9.55am: Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.

9.40am: Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

9.30am: Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas.

Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.

9.25am: Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am: Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

Dengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.

8.50am: Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.

8.40am: Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.

Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster yang di gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.

8.15am: Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am: Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

8.00am: Peti undi dibuka.

Sumber: Malaysiakini

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 29 Jan 2011 11:03 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Tenang: Peratusan mengundi 55.36%, hingga 1pm

Posted: 29 Jan 2011 08:13 PM PST

Zulkifli Noordin

Posted: 29 Jan 2011 09:02 PM PST

Zulkifli Noordin

VANEKEM MACHA! POODAH ANVAR!

Posted: 28 Jan 2011 09:09 PM PST

(Dey Anvar..apa pootar-pooSingh itu novel Interlok; itu Azmin ada panggil saya pariah apa awak ada bikin, ada pekak ke?)

Salam 2 all.

Teman mengucapkan tahniah kepada YB Gobalakrishnan atas tindakan meletakkan semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan diri keluar daripada Parti Kelentong Rakyat sebentar tadi. Perisytiharan yang dibuat oleh YB Gobala di Padang Serai tadi sudah lama teman jangka, malah teman sudah pun membuat kenyataan sebelum ini bahawa beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan kanan PKR akan mengambil tindakan keluar, cuma masa dan cara sahaja yang berbeza.

Teman tidak hairan YB Gobi (panggilan kami kepada Gobalakrishnan) memilih untuk keluar PKR walaupun sebelum ini beliau berusaha keras mempertahankan kedudukan beliau didalam parti. Setiap manusia ada had dan batasan yang boleh diterima, ini adalah nilai sejagat dan kemanusiaan. Masing-masing ada limit, dan bila had itu dicemari, sudah pasti tindakan jelas perlu diambil. Cuma apa batasan dan had itu mengikut nilai masing-masing.

Contohnya YB Dato' Seri Zahrain, walau pun sudah bersama Anwar lebih 30 tahun, tetapi bila melihat Anwar sekadar menjadi pepatung dan barua kepada Kitsiang & DAP, beliau tidak boleh terima. Sehingga Anwar mengkhianati beliau dengan mengheret beliau ke Jawatankuasa Disiplin hanya kerana beliau mengkritik Anak Laki Kitsiang yang dilihat beliau mengkhianati & menzalimi orang Melayu di Pulau Pinang.

Begitu juga YB Wee Choo Keong, yang merasakan beliau dikhianati apabila pembohongan Anwar mengenai 16 Sept terbongkar. Beliau yang berpegang kepada prinsip memperjuangkan kebenaran merasa terhina untuk terus bersekongkol dengan pembohongan. Tidak saperti Karpal PooSingh yang menyedari pembohongan Anwar itu tetapi sekadar menyuruh Anwar bertaubat dan berundur, YB Wee memilih untuk keluar daripada gejala pembohongan ini.

Begitu juga dengan teman sendiri. Walaupun berbelas tahun bersama dengan Anwar, dan membela dia didalam kes pertuduhan salahguna kuasa dan liwat dahulu (dan tidak dibayar satu sen pun oleh Anwar Ibrahim walaupun ada bapak pembohong yang menjaja cerita kami peguam Anwar dahulu dibayar berjuta tiap seorang), namun bila melihat sendiri Anwar sehingga sanggup menjual agama dan nama ALLAH demi kepentingan politik, teman merasakan ianya sudah melampaui batasan nilai agama dan kemanusiaan yang teman boleh terima.

Cuma teman tidak memilih untuk keluar tetapi melawan mereka habis-habisan kerana ingin membuktikan dan mendedahkan kepada umat & rakyat topeng dan pekung mereka. Dan terbukti apa yang teman sebut itu benar bila Anwar dan partinya dengan sengaja memilih panel jawatankuasa kafir (Kristian & Hindu) untuk membicarakan teman dalam isu kalimah ALLAH. Ternyata rencana ALLAH lebih hebat, dan sejak itu pembohongan demi pembohongan Anwar mula terbongkar. Dan seorang demi seorang wakil rakyat, pimpinan kanan parti dan ahli yang mengambil tindakan keluar.

Pada teman, YB Gobi telah memilih untuk berhijrah daripada kebatilan kepada yang haq, daripada pembohongan kepada kebenaran. Anwar & PKR adalah parti yang bergelumang dengan pembohongan, tipudaya, cakap tak serupa bikin dan segala macam kemungkaran; hanya kerana nafsu serakah untuk memahkotakan diri ke persada Putrajaya.

Cuba lihat apa yang mereka putabelitkan di Selangor. Walaupun mereka tahu mereka tiada jumlah majoriti 2/3 undi, walaupun mereka mengaku perlantikan Datuk Ahmad Khsurin sebagai SUK adalah sah dan mengikut undang-undang, namun mereka teruskan juga sandiwara mengadakan sidang derhaka DUN Selangor. Dan benar saperti yang teman sebut, sekarang mereka memutarbelitkan isu ini dengan berkempen kepada rakyat bahawa pilihanraya akan datang mereka perlu diberi majoriti 2/3 untuk membolehkan mereka beranwarlela memerintah negeri dengan mengikut hawa nafsu mereka!!

Begitu juga bagi YB Gobi. Teman bersama dengan YB Gobi ni bersama berjuang bersama Anwar sejak hari pertama Anwar dipecat. Kami diperdaya kononnya Anwar dizalimi. Dan kami termakan dengan kata-kata itu. YB Gobi pada masa itu adalah Setiausaha Kerja Pemuda MIC, satu jawatan yang cukup kanan. Teman sendiri pada masa itu adalah AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan, dan YDP PAS Kawasan. Namun sekarang kami menyedari kesilapan besar yang telah kami lakukan iaitu menerima bohong kelentong Anwar tanpa sebarang soal, apatah lagi untuk double check. Langsung kami tak buat. Apa yang Anwar cakap semua kami terima bulat-bulat. Namun kami bersyukur ALLAH memberikan petunjuk untuk kami kembali kepada jalan yang benar.

Contohnya dalam isu Interlok. Mereka punya memekak dan bising konon novel Interlok menghina masyarakat Hindu, kerana penggunaan perkataan 'pariah'! Habis satu negara dikelentong dan di api-apikan kaum India supaya bangkit menentang Kerajaan, walhal sebenarnya ianya bukan isu pun, apatah lagi novel itu sudah berada dipasaran sejak tahun 1970an lagi!. Tetapi isu YB Azmin, Timbalan Presiden PKR memaki YB Gobi dengan panggilan "pariah" langsung tidak disebut! Apatah lagi diambil tindakan. Mereka senyap macam khinzir sakit gigi! Inilah politik pootar-pooSingh dan cakap tak serupa bikin yang makin ALLAH dedahkan untuk umat dan rakyat lihat dan menilai sendiri.

Begitu juga dalam isu Karpal PooSingh. Tidak ada manusia yang mempunyai aqal yang waras dan menasabah boleh menerima hakikat bagaimana manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini boleh menerima dan mengambil Karpal PooSingh, seorang kafir harbi yang terang-terang mengamalkan politik machiavelli yang akan menyebabkan Machiavelli pun mati terkejut. Dia yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar, dia yang menjadi peguam menasihati mangsa liwat Anwar (pemandunya Azizan Abu Bakar), dia yang memaklumkan kepada kepimpanan PAS tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga mereka melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi; dia yang mendesak Anwar bertaubat dan berundur bila pembohongan 16 Sept terbongkar; dan dia mengutuk perjuangan menubuhkan negara Islam & perlaksanaan undang-undang Islam PAS dengan kenyataan "over my dead body"!!! Jelas tidak akan ada manusia yang berfikiran waras dan menasabah boleh menerima politik pootar-pooSingh saperti ini!

Teman telah menyebut lama dahulu bahawa PKR ini parti yang akan berkubur dan hancur. Cuma teman tidak menjangka ianya berlaku begitu cepat. Jelas daripada perisyhtiharan keluar PKR baru-baru ini membuktikan ianya melangkaui batasan kaum & agama. Tindakan keluar oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang dikenali sebagai pembawa aliran Melayu sekular & liberal. Tindakan keluar Datuk Jeffrey Kitingan, yang dikenali sebagai taiko Sabah membawa aliran pemikiran non-Muslim dan perjuangan rakyat Sabah. Tindakan keluar oleh Sdr. Ng Lum Yong, antara pengasas PKR (dengan nombor keahlian 0000012) yang membawa aliran pemikiran Cina dan bukan Melayu. Tindakan keluar YB Gobalakrishnan, yang dilihat pembawa perjuangan mayarakat marhaen India dan penganut Hindu. Tindakan beberapa orang ulama' dan 'ilmuan Islam yang tidak mahu lagi bersekongkol dengan Anwar (termasuk beberapa rakan rapat dan sahabat karib Anwar sendiri).

Ini semua bukti jelas menunjukkan bahawa Anwar & juak-juaknya sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dan keyakinan yang sangat serius. Pada teman, Anwar bukan saha menzalimi dirinya sendiri, tetapi beliau juga menzalimi umat, rakyat dan negara! Beliau bukan sahaja merosakkan diri sendiri, tetapi menjadi makhluk perosak kepada umat, rakyat dan negara! Beliau bukan sahaja menganiaya diri sendiri, tetapi juga menganiaya umat, rakyat dan negara! Beliau perlu dihentikan, beliau perlu dibuang sebelum negara hancur dek kerana nafsu serakah Anwar yang terlalu ghairah mahu menjadi Perdana Menteri! Berkata benar dan yang haq kepada pemimpin yang zalim adalah satu jihad besar!!

Perletakkan jawatan YB Gobi dan perisytiharan keluar beliau adalah satu isyarat jelas bahawa Parti Kelentong Rakyat ini sudah hancur lebur. Teman tahu ada beberapa orang lagi Ahli Parlimen (termasuk ADUN), kepimpinan kanan parti yang akan mengambil langkah yang sama tidak lama lagi. Masing-masing menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk bertindak sedemikian.

Kepada Anwar, teman cabar beliau supaya letaklah jawatan, berundurlah daripada politik. Terimalah desakan Karpal PooSingh yang menuntut supaya Anwar bertaubat dan berundur. Dengarlah nasihat Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang melabel Anwar sebagai dinasour politik dan dinasihatkan meletakkan jawatan dan berundurlah. Berilah peluang kepada umat dan rakyat negara ini mengorak langkah kehadapan untuk menghadapi cabaran global yang semakin sengit.

Dalam keadaan Putrajaya menghalau pergi, Sg. Buloh menggamit mari; dalam keadaan Bukit Segambut semakin jauh, Bukit Kiara semakin dekat; dalam keadaan negara semakin makmur subur, PKR semakin berkubur; nasihat teman kepada Anwar bertaubatlah sebelum terlambat. Bermuhasabahlah diri. Kesianlah kepada anak isteri dan cucu yang menanti. Ingatlah kepada keangkuhan Fir'aun dan kesombongan Namrud, akhirnya mereka hancur berkecai dihadapan Robbul Jalil! Pintu taubat masih terbuka, bertaubatlah. Berundurlah daripada menjadi makhluk perosak negara. Hentikanla segala sandiwara dan pembohongan pootar-alam ini!

Teman percaya kalau Anwar bercakap secara baik, tidak berbohong dan pootar-pooSingh, mengaku kesilapan dan meminta ma'af kepada rakyat & umat, dan meminta pengampunan atas segala salah-laku, rakyat dan negara boleh memaafkan Anwar; dan teman percaya umat, rakyat dan negara kita bersedia menghantar Anwar ke Makkah dan membiayai perbelanjaan Anwar disana untuk bermuhasabah dan bertaubat nasuha kepada ALLAH!

Kepada YB Gobi, vanekem kedunia Ahli Parlimen Bebas. Semoga perjuangan saudara untuk mengangkat martabat masyarakat India dan meningkatkan maruah kaum akan berjaya. Nandre & vanekem macha!

Nasihat teman kepada YB Gobi, selepas ini mike akan diserang dan dimaki habis-habisan. Mereka akan tuduh UMNO/ BN sudah beli you & bayar RM2juta; mereka akan kata you dulu jual roti sekarang sudah pakai Mercedesz S-Class No. 111; mereka akan kata you ada girlfriend dan ada skandal perempuan, mereka akan kata you ada girlfriend Melayu; mereka akan kata UMNO/BN sudah bayar you punya banglo besar di Kulim Golf Resort; mereka akan kata YAB PM & Datin Sri Rosmah belanja you pergi India baru-baru ini; mereka akan kata you sudah jadi baruah dan pariah UMNO/ BN, maki-hamun dan macam-macam lagi! Nasihat teman ialah buat pekak ajelah. Kita tahu itu semua pembohongan dan tindakan desperado mereka yang sudah lemas mahu hancur. Teruskanlah perjuangan saudara, dan buktikan kepada rakyat dan kaum India terutamanya bahawa PKR adalah parti kelentong rakyat!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
24 Safar 1432
29 Januari 2011

*Nota: insyallah teman akan ke Kaherah & Dubai mulai malam ini sehingga Sabtu 05 Februari 2011 untuk beberapa urusan. Insyallah teman akan cuba update maklumat melalui FB dan Twitter.

Wee Choo Keong

Posted: 29 Jan 2011 03:24 PM PST

Wee Choo Keong

YB N Gobalakrishnan says NO to the politic of “CAKAP TAK SERUPA BIKIN” & “POLITIC OF DECEITS!

Posted: 29 Jan 2011 01:05 AM PST

This morning YB N Gobalakrishnan, MP for Padang Serai, has announced that he quit PKR with immediate effect . I congratulate YB N Gobalakrishnan for fighting against those who practice politic of “CAKAP TAK SERUPA BIKIN” and “POLITIC OF DECEITS” and racism. I know that he will not be the last to say “NO” to [...]

Wee Choo Keong

Posted: 29 Jan 2011 01:18 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 29 Jan 2011 11:44 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Pilihanraya Kecil di Jempol? Dah nasib Orang Asli

Posted: 29 Jan 2011 05:46 AM PST

Siapa dulu menghuni Tanah Melayu atau Bumi Malaya atau Malaysia? Orang Asli atau Orang Melayu? Tapi kenapa nasib Orang Asli ini hanya diketengahkan waktu pilihanraya sahaja, terutama pilihanraya kecil? Adakah mereka hanya diperlukan masa mengundi sahaja? Sebelum ini keluhan Saudara Baru Orang Asli di Parlimen Jelebu yang dahagakan ilmu Islam tetapi tiada yang sudi membimbing mereka. Sekarang kisah Orang Asli di Parlimen Jempol yang buta huruf. Apa PERMATA tak nak buka kelas ke di Perkampungan Orang Asli terutama di Seri Menanti dan Rembau. Ke, dah lupa asal usul?

Kisah keluhan Saudara Baru Orang Asli di Parlimen Jelebu yang dahagakan ilmu Islam tetapi tiada yang sudi membimbing mereka pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/01/tiada-yang-sudi-ajar-orang-asli-agama.html

DILEMA ANAK ORANG ASLI JEMPOL
Utusan Malaysia 29 Jan 2011
JEMPOL 28 Jan. - Umur Suhaidi sudah 10 tahun, tetapi kanak-kanak Orang Asli dari suku kaum Semelai dari Kampung Sungai Cherbang di sini masih tidak bersekolah.

Kata Suhaidi, dia tidak pernah bersekolah, mahupun memasuki tadika dan mula menoreh getah ketika usianya 9 tahun.

Suhaidi adalah antara 112 penduduk yang menetap di kampung berkenaan dan masih mengamalkan fahaman animisme dan tidak mempunyai sebarang agama.

Sementara itu, rakan-rakannya, Suhaidi Napsah, Minah, Habsah Samsuri, Shukri Sharif dan Reza Amat yang tidak mampu menyatakan umur sebenarnya cuma tersenyum dan ketawa apabila diajukan soalan 'satu campur satu berapa?'.

Dengan pantas Minah menjawab, 'satu'. Penulis sekadar mengangguk dan tersenyum serta menunjukkan dua jari telunjuk yang disatukan sambil menyebut 'satu campur satu, jawapannya dua'.

Menurut Shukri, dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis.

Menurut Reza, sekolah di situ jauh iaitu di Lui Barat dan kalau menaiki motosikal perjalanan lebih kurang hampir sejam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

JEMPOL 28 Jan. - Penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Cherbang di sini tidak menolak pendidikan untuk anak-anak mereka supaya menjadi insan berjaya pada masa hadapan.

''Di kampung ini, bukan ada kelas tadika kekal seperti di bandar. Kami hidup sederhana dan kalau ada yang datang sesekali, mereka akan memberi tunjuk ajar pelajaran yang mudah kepada anak-anak kami," katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Sungai Cherbang di sini baru-baru ini.

Dia juga menjelaskan, faktor sekolah yang jauh serta kurangnya kehadiran orang luar di kampung berkenaan menyebabkan rasa menyendiri di kalangan anak-anak mereka begitu menebal.

''Mahu ke klinik di bandar, jaraknya sampai 32 kilometer. Kalau ada anak buah yang isterinya mahu bersalin, terpaksalah kami panggil ambulans. Macam mana nak bawa naik motor," ujarnya yang mempunyai 12 orang anak yang berusia dari 11 hingga 38 tahun.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Tn Hj Mohd Sabu 31 Jan 2011 Seremban

Posted: 28 Jan 2011 02:50 PM PST

CERAMAH UMUM
Tarikh : 31 Januari 2011 (ISNIN)
Masa : 9 Malam
Tempat : PASTI Wildan (Sebelah Masjid Ampangan), Jalan Seremban-Jelebu, Seremban
Penceramah :
Tn Hj Mohd Sabu , AJK PAS Pusat
YB Ravi , ADUN Port Dickson

Sumber http://czackpy.blogspot.com

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 29 Jan 2011 09:40 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Ciittt!! Kerusi kasi balik!! Tarak malu punya orang

Posted: 29 Jan 2011 01:29 AM PST

Kompom!! Bara yang digenggan Gobala sudah jadi bara. Tangan Gobala yang menyeluk perkasam sudah berlemoih sampai ke lengan.

Bravo Gobala!! Kasi satu kali sama itu PKR!! Tapi aaa... apabila lu tarak, PKR punya kapla akan sikit ringan juga. PKR banyiak lega. Gobala tarak kalu.... PKR punya kapla, tarak pusing.

Gobala tarak kalu.... Manikavasagam ada.
Gobala tarak kalu.... Sivarasa ada.
Gobala tarak kalu.... Dr Xavier ada
Gobala tarak kalu.... N Surendran ada.

Tarak apa.... Tarak apa.... tapi sikit mau tanya, boleh ka??

Itu kerusi parlimen Padang Serai apa macam?? Tarak lepas, ka?? Ayoyo.... rakyat angkat itu kerusi, kasi sama lu.... sebab itu kerusi ada label PKR. Kalau lain punya label.... rakyat tarak mau angkat. Now, apa macam?? Tarak mau kasi rakyat balik, itu kerusi ka??

Tak boleh itu maciam..... Sudah angkat orang punya kerusi, misti kasi balik. Itu kerusi rakyat punya hak. Tak boleh 'curi' itu kerusi, itu macam. By right, itu kerusi masih pakai label PKR. Tempoh masa tarak lebeh daripada 5 tahun. Sudah habis 5tahun, baru boleh tukar itu label, ikut rakyat punya cita rasa.

Sikarang.... kalu lu respek sama rakyat, lu kasi balik itu kerusi sama rakyat. Kalu tidak.... lu tarak maruah punya wakil rakyat.

Apa??? Sikarang... you wakil rakyat bebas?? Ciiittt....!! Poorraaahhh!! Tarak malu punya orang.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 29 Jan 2011 09:34 AM PST

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Skandal tanah Barisan Nasional lagi!

Posted: 29 Jan 2011 03:25 AM PST

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak

Posted: 29 Jan 2011 02:18 AM PST

Program Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Perak Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia 31 Januari 2011 (Isnin)   1) 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea Loaksi : Dewan Ko Chow, Ulu Bernam, Tanjong Malim Penceramah: 1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2.      YB Dato' Mahfuz Omar 3.      YB Ng Swee Lin 4.      YBhg Dr Muhammad Nor Manuty   2) [...]

Tiada ulasan:

Pengikut