Selasa, 25 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 25 Jan 2011 01:15 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Posted: 24 Jan 2011 11:11 PM PST


          Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya menjuarai Badminton Terbuka Malaysia 2011 pada ahad.Semoga Datuk Lee Chong Wei terus menharumkan nama negara dengan kemenangan demi kemenangan.

         Pada perlawan akhir itu,Datuk Lee Chong Wei telah menundukkan Taufik Hidayat pemain dari Indonesia dengan  21-8,21-17.Chong Wei hanya mengambil masa selama 36 minit sahaja untuk menundukkan Taufik sebelum beliau dinobatkan Juara Terbuka Malaysia buat kali ke-7.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 24 Jan 2011 11:35 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


My Press Statement re Security Barriers in Guarded Communities

Posted: 24 Jan 2011 07:33 AM PST

Press Statement  by YB R Sivarasa, Member of Parliament – Subang, Member of Political Bureau, Parti Keadilan Rakyat
Re: Announcent by MBPJ on dismantling permanent barriers in guarded communities
I refer to the Malay Mail report : PJ residents given until March 31 to dismantle permanent barriers written by nurul huda jamaluddin dated Friday, January 21st, 2011.
This report states that the Traffic Committee of Majlis Bandaraya Petaling Jaya has announced a 31 March deadline for implementation of new guidelines on barricades which may result in removal of some of the existing barricades put up by residents on some PJ roads.
I understand that what was not reported in the Malay Mail that the implementation of the decision is subject to getting feedback from ADUNS, MPs  and  RAs in the area of PJ. This decision will also need to be endorsed by the full monthly Council meeting of MBPJ before implementation.
I call upon MBPJ to put a hold on any implementation of this "new Guidelines" and maintain the status quo.  The deadline of 31 March 2011 should also be removed immediately as it is causing much concern amongst affected PJ residents.
Whilst some of the barricades do breach existing laws such as the Street Drainage and Buildings Act,  MBPJ decision makers including the Mayor and councilors must appreciate the root cause of the problem – i.e. the continuing failure of the Federal Government to provide security to the people in their homes and streets through a  functioning police force.  
Any response to the current situation MUST therefore take into account the security concerns of residents.
It would be more productive for MBPJ to press the Federal  Government  to  relook at the rejection by the previous IGP of the proposal by MBPJ to employ 100 auxiliary policemen to improve security in PJ.  MBPJ had already allocated 4.5 million ringgit to fund this.
 I also call upon the new IGP to approve the request by MBPJ to appoint the new force of auxiliary policemen as soon as possible. The Minister of Home Affairs should also give this his urgent attention.  The low number of police personnel in PJ is a key factor in the crime situation and must be addressed immediately.
Asking residents to dismantle barricades would be reasonable  after measures to deal with  the security issue are in place.  In the meantime, if certain roads have been blocked unreasonably, then dialogues with the concerned residents should be initiated to resolve such disputes.
The recent repeated announcements by the Federal Government that the crime rate has reduced  has not created confidence with residents that is the actual reality on the ground.  Crime remains a serious concern.
 MBPJ should immediately facilitate dialogues with the relevant RAs whose areas are considered not to be in compliance with the guidelines.  RAs should be advised on the guidelines to follow with their existing boomgates.  Each side should take one step back in order to move forward.
 The concerns of the residents must also be given due consideration and not simply compliance with existing law.  Perhaps a blanket ban on permanent structures is too simplistic an approach.
I would agree that barricades should not obstruct traffic especially for emergency  services vehicles. Similarly, oil drums used in barricades and any other obstructions should not be a health hazard as  breeding spots for Aedes mosquitoes.
If compliance with existing law is the concern of MBPJ, a discussion should be initiated as to what amendments are necessary to existing law to deal with the current reality on the ground. 
With these compromises, the RAs of PJ and MBPJ can all work together positively to help make Petaling Jaya a safer and livable city.

YB R Sivarasa
Ahli Parlimen Subang.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 24 Jan 2011 11:32 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Adun Pelabuhan Klang fail saman, namakan Speaker dan SPR defendan

Posted: 24 Jan 2011 12:57 AM PST


SHAH ALAM, 24 Jan — Badrul Hisham Abdullah mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memfailkan saman petang ini meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa beliau masih wakil rakyat yang bagi kawasan Pelabuhan Klang.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Badrul Hisham berkata wakil rakyat itu mahu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerusinya tidak kosong dan Speaker Datuk Teng Chang Khim bukan pihak berkuasa boleh mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

"Ia seperti kes Perak," kata beliau kepada pemberita di sini selepas memfailkan writ saman petang ini.

Kata beliau pihaknya juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan kedua.

"Sebab kami mahu menghalang SPR daripada mengisytiharkan kerusi itu kosong," Hafarizam.


Sumber: Malaysian Insider

Didakwa fitnah Cikgu Mala, PAS mahu saman anak Soi Lek

Posted: 24 Jan 2011 12:52 AM PST




LABIS, 24 Jan — PAS Johor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong kerana didawka telah memfitnah calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Laporan akhbar harian China Press hari ini memetik Chua, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebagai berkata Normala ada bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak" ketika berkempen.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, pihaknya akan menyaman Chua kerana telah membuat tuduhan yang tidak berasas.

Selain itu, Dzulkefly memberi tempoh 24 jam kepada Chua untuk membuktikan tuduhan tersebut.

"Tuduhan itu adalah satu pembohongan, dalam masa 24 jam kita minta Tee Yong untuk buktikan nombor kedai, tempat dan masa kejadian itu berlaku.

"Kalau gagal kita akan hantar surat peguam dan memfailkan saman fitnah di mahkamah.

"Calon kita tidak lakukan perkara itu, jadi kita minta Chua Tee Yong buktikan kepada kita," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa Chua supaya meminta maaf kepada Normala kerana telah membuat tuduhan palsu.

"Chua Tee Yong kata Normala pergi ke sebuah kedai kopi dan jumpa dengan bos kedai itu kenapa jual arak?

"Ini adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh Chua Tee Yong, saya dah maklumkan kepada PAS dan Normala sendiri menafikan perkara itu," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu percaya tuduhan yang dibuat Chua itu adalah kerana mahu menakut-nakutkan pengundi-pengundi bukan Melayu di kawasan Tenang.

"Ini adalah untuk takutkan pengundi Cina, ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, dia (Chua) perlu minta maaf kepada Normala," katanya.

Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula berkata tuduhan itu dibuat kerana mahu menimbulkan keresahan di kalangan pengundi bukan Melayu khususnya orang Cina.

"Cikgu Mala (Normala) telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya.

Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi kelmarin dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Hari pengundian adalah Ahad ini.

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

MB Selangor: Umno biadap rampas kuasa istana, bukannya Pakatan

Posted: 24 Jan 2011 12:50 AM PST

SHAH ALAM, 24 Jan — Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat hari ini secara terbuka menuduh kerajaan pusat dan negeri pimpinan Umno-BN yang telah melakukan pindaan secara senyap-senyap dan "bersikap biadap" kira-kira 18 tahun lalu tanpa mendapatkan perkenan istana terlebih dahulu.

Oleh itu kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar, berdiri) tuduhan Umno bahawa Pakatan Rakyat membelakangi Sultan dalam pindaan perlembagaan hari ini tidak masuk akal dan tidak munasabah sama sekali.

"Saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?" kata beliau pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.

Justeru kata beliau, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.

"Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana.

"Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula," katanya sambil berkata, "apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu."

Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008, ini kali pertama DUN membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri untuk kembali ke kedudukan sebelum 1993.

Perkara 52(1) yang asal berbunyi, "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi, "maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan pelantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan."

Syor pindaan dibawa hari ini ialah "Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Bertolak daripada itu, kata Khalid, memandangkan kedaulatan Raja-raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menyatakan dulu perkara yang sebenar.

"Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-raja sejak awal 1980-an lagi.

"Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja," katanya.

Kata Khalid, Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi, "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja.

"Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-raja," katanya.

Kata Khalid, antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5) di mana peruntukan asal berbunyi, "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatangani."

"Peruntukan pindaan pula adalah rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab rang undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas rang undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani rang Undang-undang tersebut dan rang undang-undang itu, berkuat kuasa sebagai undang-undang," katanya.

Katanya, begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1) iaitu kalau perdana menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini, maka beliau boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut.

"Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

"Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-raja, Umno pada ketika itu membuat 'road show' ke seluruh negara mengutuk Raja-raja," katanya.

Kata Khalid, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi iaitu Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri digugurkan dan kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987.

"Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Baru.

Bagaimanapun, katanya, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila ia tersungkur 39-0 di Kelantan pada pilihan raya umum 1990.

"Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-raja.

"Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda," kata Khalid dalam usul pembentangan panjang lebar mengimbas perkembangan politik negara sejak tiga dekad lalu.

Namun begitu, jelas Khalid, Umno memaksa Raja-raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992".

"Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat," katanya.

Hubungan tegang Umno dengan Raja-raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-raja dan keistimewaan imuniti dan membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas.

Katanya, ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena-mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu, termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri Selangor.

"Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993.

"Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?" katanya.

Khalid juga memetik kenyataan Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu, menurutnya telah memungkiri janji tersebut.

"Tun Mahathir ketika itu menyatakan, 'kelulusan (pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-raja, Majlis Raja-raja perlu memberi persetujuan'.

"Kata beliau lagi, 'di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat'," kata Khalid.

Khalid seterusnya berkata, pada 1994 Dr Mahathir memungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 dipinda di luar pengetahuan Raja-raja.

"Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan rang undang-undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali.

"Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) — adalah sebuah rang undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan," katanya.

Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

"Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa 'tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja'.

"Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-raja.

"Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan, khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Khalid seterusnya menambah, meskipun diketahui bahawa Dr Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang "kita daripada berasa aneh" kerana hari ini bekas perdana menteri itu tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza.

"Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi.

"Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik," kata menteri besar dari PKR ini.


Sumber: Malaysian Insider

Umno rosakkan demokrasi, Raja Berperlembagaan

Posted: 24 Jan 2011 12:47 AM PST

SHAH ALAM, 24 Jan: Persidangan Dun Selangor hari ini akan menulis semula sejarah berdasarkan fakta dan ilmu, kata Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.

"Di mana anak bangsa kita khususnya rakyat Negeri Selangor akan diingatkan bahawa Umno yang merosakkan dan menjahanamkan institusi-institusi demokrasi termasuk sistem Raja Berperlembagaan dalam Negara Malaysia yang tercinta ini," ujarnya semasa membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

Katanya, orang Melayu tidak mudah lupa dan rakyat Malaysia juga tidak mudah lupa tetapi yang mudah lupa hanyalah pemimpin-pemimpin Umno dan mereka ini sering menjadi mangsa propaganda yang mereka cipta untuk menipu rakyat.

Ini, tambahnya yang tertipu bukan rakyat tetapi mereka sendiri.

Justeru, beliau amat bimbang usaha-usaha Umno sekarang ini yang terdesak untuk menyemarakkan politik perkauman sempit yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

"Alhamdulillah, hari ini Dewan Negeri Selangor melakar sejarah apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 khususnya pada Perkara 52 (1) berkaitan dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri," katanya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, usaha yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan prosedur untuk perlantikan itu seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri yang sama yang mana peruntukan itu telah dimansuhkan pada 1993 oleh makhluk perosak bernama Umno.

Menurutnya, usaha itu tidaklah mudah kerana pelbagai pihak yang menjadi alat dan perkakas Umno cuba memberikan penakrifan undang-undang mengikut selera dan nafsu serakah peimimpin Umno di Putrajaya bagi menghalang mesyuarat pada pagi ini.

Tambahnya, lihat sahaja kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar berhubung usaha Datuk Menteri Besar untuk kembali ke Dewan untuk memperbetulkan kerosakan sistem tatkala di tangan Umno.

Antara lain, ujarnya Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang.

"Beliau juga membuat tuduhan jahat bahawa pindaan ini bermaksud untuk memberikan kuasa kepada Datuk Menteri Besar dan bukan memberikan kuasa kepada Tuanku Sultan," ujarnya.

Kenyataan itu, tambahnya timbul dari seorang watak yang buta sejarah dan jumud pemikirannya.

Ini mengingatkan beliau kepada puisi seorang budayawan Indonesia bernama Ehma Ainul yang berkata: Nasib malang golongan yang bernama rakyat, rakyat yang terlalu lama diperbodohkan tidak tahu apa itu kebodohan.

Di Selangor, katanya rakyat makin cerdas dan mendapat pencerahan.

Ahli Parlimen Gombak itu menambah, golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan, mereka tidak tahu apa itu kebodohan.

Katanya, Umno mencuba untuk memperbodohkan rakyat dengan menggunakan media arus perdana milik mereka sendiri tetapi rakyat dibebaskan dengan pengembangan internet dan media baru.

Tambahnya lagi, pemimpin Umno yang tidak menurut arus perkembangan teknologi ini, diperbodohkan akibat terlalu lama hidup dalam kepompong mereka sendiri.

"Kita, rakyat Selangor bersyukur kerana Allah SWT telah mengurniakan seorang Raja yang berilmu, kompeten, bijaksana, adil dan menaungi rakyat Selangor.

"Saya sedia maklum bahawa Tuanku Sultan adalah seorang Raja yang mencintai buku. Kegemaran ini adalah cerminan kepada kecintaan Baginda terhadap tradisi ilmu dan budaya intelektual," katanya.

Budaya itulah, katanya yang akan membawa Negeri Selangor lebih yakin untuk mendepani cabaran abad ke-21.

Menurutnya, rakyat Negeri Selangor tidak akan dapat melupakan perkenan Tuanku untuk menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat pagi ini selaras dengan kuasa dan tanggungjawab Tuanku yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Tambahnya, mesyuarat pagi ini juga penting untuk anak bangsa memahami sejarah.

Beliau berkata, sejarah tidak boleh dipadamkan walaupun Umno sering menggunakan 'profesor kangkung' untuk memutarbelitkan sejarah.


Sumber: Harakah Daily

Tolak Usul: Ketua Pembangkang Berhujah Dangkal

Posted: 24 Jan 2011 12:44 AM PST


SHAH ALAM 24 JAN: Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman hari ini berhujah dangkal apabila menolak usul Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1) untuk mengembalikan kuasa melantik pegawai kanan kerajaan negeri.

Satim Diman dalam ucapannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas Selangor hari ini menegaskan beliau dan 20 ADUN dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang di bentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Kedangkalan Ketua Pembangkang tersebut tampak jelas dalam ucapannya dengan memberi alasan penolakkan rang undang-undang tersebut kerana berpendapat pindaan tersebut bertentangan dengan pelembagaan persekutuan.

Pakar Undang-Undang Perlembagaan Dr Aziz Bari yang dihubungi TV Selangor menyatakan hujah Satim Diman itu tidak menjawab persoalan asas isu yang dibahaskan di Sidang DUN hari ini.

" Ucapan Ketua Pembangkang, Satim Diman saya fikir mengelak daripada menangani isu pokok iaitu soal kedudukan Umno dan apakah benar Umno komited kepada komitmen untuk menjunjung untuk mempertahankan institusi raja. Jadi itu yang saya rasa tidak dijelaskan oleh Datuk Satim Diman," kata Dr Aziz.

Satim juga dilihat melabel kerajaan negeri 'Syok Sendiri' selain mengutuk kerajaan negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat bermotifkan politik serta bersikap hipokrit.

Antara alasan yang dikemukan oleh Satim ialah Barisan Nasional terdahulu tidak pernah mengenepikan dan membelakangkan DYMM Sultan SElangor sejak pindaan dibuat sejak 1993.

Satim mula membahaskan usul tersebut selepas selesai ucapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dewan mula bersidang jam 10 pagi. ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.


Sumber: TVSNEWS

Pentas Debat Untuk Najib Sudah Disediakan

Posted: 24 Jan 2011 12:43 AM PST


LABIS 24 JAN : Pakatan Rakyat bersedia menyediakan platform perbahasan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa pilihanraya di DUN Tenang ini.

Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihanraya PAS PRK DUN Tenang, Salehuddin Ayub pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau menambah Datuk Seri Najib tidak perlu mengeluarkan pelbagai alasan dan helah untuk menerima pelawaan debat tersebut kerana pentas telah pun ditawarkan agar rakyat dapat menilai hujah daripada kedua-dua pemimpin itu.

"'Kami Pakatan Rakyat DUN Tenang sedia menyediakan pentas untuk kedua-dua tokoh.

"Najib tidak wajar tolak pelawaan kami sekiranya konsisten. Kalau takut guna perkataan debat, guna perkataan diskuasi," ujar beliau.

Dalam pada itu ditanya media kesedian calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman untuk berdebat sekiranya dicadangkan, Salehuddin menjawab.

"Kami bersedia pada bila-bila masa dan kami amat yakin sekiranya ada NGO yang mahu mempengerusikannya," tambahnya lagi.

Dalam sidang media yang sama, Salehuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menggesa kerajaan menyiasat segera kerugian MAS RM8 bilion yang dianggap skandal kedua terbesar selepas Port Klang Free Zone (PKFZ) ketika dipimpin Tan Seri Tajuddin Ramli.

Beliau turut mempersoalkan tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada bekas menteri Umno-Barisan Nasional itu berhubung perkara itu.

"Kalau Najib ikhlas dan konsisten dalam agenda perangi rasuah, maka saya mohon kerugian MAS mesti diambil tindakan.

"Adakah dia telah masuk ke dalam zon 'untouchable'?" ujar Salehuddin lagi.

Salehuddin turut menyentuh laporan akhbar China Press semalam yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang menuduh calon PAS, Normala mempersoalkan penjualan arak di kedai makanan yang dilawati ketika sesi bertemu masyarakat di DUN Tenang.

Beliau berkata penafian telahpun dibuat oleh Normala dan menggesa ahli parlimen itu mengemukakan bukti tuduhan itu.
"Kita cabar ahli parlimen ini kemukakan bukti," tegas beliau.

Sejak akhir ini, Normala sering diserang oleh komponen MCA berhubung isu agama dan perkauman di DUN Tenang.

Normala akan bertanding satu lawan satu dengan calon BN, Azhar Ibrahim pada 30 Januari nanti.


Sumber: TVSNEWS

Dua Faktor Pengaliran Wang Haram- Tony Pua

Posted: 24 Jan 2011 12:41 AM PST


LABIS 24 JAN: Terdapat dua faktor utama pengeluaran dana wang haram yang dilaporkan berjumlah RM888 bilion baru-baru ini menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

Beliau berkata sejumlah besar wang itu mampu menampung perbelanjaan negara selama lima tahun.

Tony yang ditemui di Bilik Gerakan DAP Pekan Labis malam tadi berkata, walaupun negara Malaysia kelihatan kaya namun tidak dapat menandingi negara jiran seperti Singapura kerana kebocoran wang yang tidak dilaporkan.

"Kita mahu tahu siapa yang bawa wang ini keluar. Ini ada dua kemungkinan, satu banyak peniaga dan pelabur tidak berkeyakinan dengan Malaysia oleh kerana itu mereka membawa wang itu keluar. Tapi mereka tidak mahu diketahui dan bawa keluar secara sembunyi.

"Kedua ini mungkin wang rasuah yang merupakan pendapatan haram oleh ahli politik Barisan Nasional atau kerajaan dibawa keluar tanpa dilaporkan," jelas beliau kepada Tv Selangor di sini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menggesa siasatan segera dilakukan untuk mengesan punca pengaliran wang haram keluar dari negara berdasarkan laporan Kewangan Integriti Global (GFI) baru-baru ini.

Anwar berkata tidak mustahil untuk mengesan pengeluaran sejumlah wang yang begitu besar jikalau pesalah tidak dilindungi. Tambahnya jika kerajaan gagal mengesan maka sudah tentu ada penglibatan pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Walaubagaimana pun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Razak menolak untuk memberi sebarang komen apabila ditanya wartawan Jumaat lalu dan berkata Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Tony Phua juga berkata, tidak susah untuk membawa sejumlah wang ke luar negara namun jumlah yang begitu besar menjadi kemusykilan banyak pihak.

"Bukan susah mahu bawa keluar tapi yang hairan jumlahnya begitu besar. Boleh naik kapalterbang dan tidak memberitahu kepada pihak berkuasa.

"Kita akan mengenakan tekanan kepada pihak kerajaan untuk membuat siasatan penuh dan jika ada perkara yang tidak kena dalam perkara ini kita akan memberikan penjelasan kepada rakyat supaya rakyat dapat tahu bahawa pempinan Barisan Nasional telah membazirkan begitu banyak wang yang dikeluarkan tidak secara rasmi," jelas beliau lagi.


Sumber: TVSNEWS

Harussani : Presiden MCA Diminta Mohon Maaf

Posted: 24 Jan 2011 12:39 AM PST


SHAH ALAM 24 JAN : Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memohon maaf kepada orang Islam kerana mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tertib bersalam wanita Islam.

Sebelum ini Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - calon PAS-Pakatan Rakyat kerusi DUN Tenang Normala Sudirman, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Tindakan Chua Soi Lek dilihat cuba mempersendakan hukum Islam tatkala Umno berdiam diri dalam soal ini.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala yang tidak bersalam dengan bukan muhrim.

Kontroversi itu yang terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua kemudian ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang.

"Betullah tu, orang perempuan tidak boleh bersalam dengan orang lelaki, itu hukum Islam, haram bersalam tu," tegas Harussani yang dihubungi TV Selangor.

"Dia (Chua Soi Lek) sepatutnya tahulah menghormati, bila dia mengkritik itu (hukum Islam) maknanya dia mengkritik Islam, dia patut minta maaf pada orang Islam, itu hukum, siapa pun tak boleh lari daripada hukum," ujarnya Mufti Perak itu lagi.

Mufti Perak itu dilihat antara mufti yang bertegas dalam soal hukum yang mengharamkan penganjuran karnival sure heboh beberapa tahun dahulu.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

Semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.


Sumber: TVSNEWS

Jui Meng: Pengundi Cina Bukan Lagi Penyelamat Umno-BN

Posted: 24 Jan 2011 12:38 AM PST


LABIS 24 JAN: Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang ditemui Tv Selangor di sini malam tadi berpendapat masyarakat Cina Tiong Hua di Labis akan bangkit menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) pada Pilihanraya Kecil kali ini seraya menghantar mesej perubahan demi masa depan.

Beliau turut menggesa agar masyarakat selain Cina di DUN Tenang bersama-sama memilih calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang akan datang.

"Hendak ingatkan, orang Cina bantu menyelamatkan Umno pada PRU 12. Pada tahun 1999 di mana undi Umno jatuh begitu ketara apabila Anwar dipenjarakan, orang Cina juga yang menyelamatkan Umno.

"Tapi kali ini kalau orang Cina undi kepada Pakatan Rakyat, ini menunjukkan satu budaya yang jelas orang Cina akan bangkit mudah-mudahan rakyat Melayu dan India akan bangkit dan menaikkan martabat Pakatan Rakyat supaya kita dapat memerintah di negeri ini supaya membawa banyak manfaat kepada rakyat secara demokrasi dan kewangan yang dikembalikan kepada rakyat," jelas beliau.

Ketika ditemubual selepas menghadiri ceramah kempen Pakatan Rakyat di Jalan Tenang malam tadi, Chua memberitahu respon yang baik diterima daripada masyarakat Tiong Hua selain menjangkakan peratus undi Cina di kawasan DUN Tenang meningkat.

"Respon sangat menggalakkan sehingga kini. Bayangkan pada PRU 12 kita mendapat 55 peratus sokongan daripada masyarakat Tiong Hua untuk calon PAS di Tenang.

"Kalau kita dapat kekalkan dengan kadar 55 peratus bermakna kita sudah menang. Wang disalurkan kepada mereka tetapi masih bilangan yang sama menyokong PAS, ini satu kemenangan. Kalau kita dapat tambahan lagi pengundi Cina, lebih elok bagi Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan orang berbangsa Tiong Hua di sini sudah tolak Umno, MCA, MIC dan lain-lain," ujar beliau lagi.

Pengundi Cina di DUN Tenang merangkumi 38 peratus daripada jumlah keseluruhan 14,753 pengundi berdaftar di sini.

Dalam pada itu, Chua juga turut membidas keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar tiga pusat undi dengan alasan ianya terletak di kawasan DUN Bekuk.

Perkara itu diumumkan Pengarah SPR, Tan Sri Azri Yusoff sehari sebelum penamaan calon.

Seterusnya tindakan tersebut mendapatkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Justeru Chua tidak menolak perkara tersebut adalah arahan daripada parti Umno-Barisan Nasional yang bimbang akan kehilangan undi kaum Cina.

"Umno khuatir orang Cina akan mengundi Pakatan Rakyat walaupun kawasan ini dianggap sebagai kubu kepada MCA. Lim Liong Sik dan Chua Soi Lek dari sini dan anak kepada Chua Soi Lek masih menjadi ahli parlimen. Tapi mereka sudah takut. Ini satu tindakan biasa yang dilakukan SPR," ujarnya.


Sumber: TVSNEWS

Isu Agama: Umno-BN Gagal Beri Pemahaman Kepada Ahli

Posted: 24 Jan 2011 12:36 AM PST


LABIS 24 JAN: Selama 53 tahun merintah Barisan Nasional di DUN Tenang masih tidak mampu menyelami pemikiran rakyat yang menolak prinsip tidak menghormati agama lain menurut calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.

Tambahnya kegagalan parti itu mendidik ahli-ahli bangsa selain Melayu Islam merupakan contoh pengabaian parti itu terhadap rakyat.

Normala yang ditemui sidang media sebagai berkata, masyarakat berbangsa lain di Tenang amat menghormati hak individu Muslim terutama dalam soal agama.

"Saya anggap 53 tahun kita merdeka, komponen Umno-BN gagal memahamkan ahli-ahli komponen mereka, MCA dan sebagainya bahawa adap bersalaman individu Muslim dengan orang lain. Kami (wanita) tidak bersalaman dengan lelaki. Kalau dengan wanita tiada masalah begitu juga dengan wanita kaum Tiong Hua.

"Tiada seorang pun saya kira kaum Tiong Hua lelaki yang bersalaman dengan saya kerana mereka telah difahami kerana DAP dan PKR telah menerangkan dalam sesi santai," jelas beliau.

MCA sebelum ini memberitahu masyarakat Cina di kawasan sekitar Labis bahawa Cikgu Mala tidak mahu bersalaman dengan masyarakat termasuk tidak mahu mengunjungi kuil-kuil Cina.

Presidennya, Chua Soi Lek turut dibidas hari ini oleh parti DAP kerana menggunakan taktik menakutkan pengundi- pengundi Cina tentang dakwaan negara Islam akan dilaksana PAS sekiranya menang ketika berkempen di pilihanraya kecil DUN Tenang.

Normala yang juga Ketua Muslimat PAS Labis menambah, ini yang perlu dijelaskan kepada penganut agama lain oleh pemimpin dan bukan memperalatkan fahaman Islam untuk kepentingan berkempen.

Normala yang juga ketua muslimah menyifatkan sentimen agama yang cuba dicetus MCA memburukkan reputasi parti itu mengingatkan prinsip yang dipegang individu adalah hak mereka.

"Tapi prinsip asas orang Islam saya pegang untuk mendapatkan keredhaan Allah, Insyallah," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefli Ahmad menasihati media supaya tidak hilang tumpuan utama dalam agenda menyelamatkan rakyat oleh Pakatan Rakyat justeru tunduk kepada sentimen perkauman yang dimainkan Barisan Nasional.

"Tolong jangan kurangkan seluruh kempen pilihanraya ini kepada isu salam. Kita mempunyai isu yang lebih besar kepentingan rakyat, keselamatan rakyat. Ini sudah cukup kita perlu beredar kepada isu yang lebih serius yang akan dibawa setiap pagi dalam sidang media," tegasnya.

Normala Sudirman merupakan calon PAS-Pakatan Rakyat Pilihanraya Kecil Dun Tenang melawan Azhar Ibrahim selaku wakil Umno-Barisan Nasional.



Sumber: TVSNEWS

Suara Sri Andalas

Posted: 24 Jan 2011 11:22 PM PST

Suara Sri Andalas


Teks Ucapan Tan Sri Khalid - Pindaan Beri Ruang Konsultasi Dalam Urusan Lantikan SUK

Posted: 24 Jan 2011 12:00 AM PST

Dengan izin Allah SWT, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan.

Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam dewan ini.

Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka.

Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun Tuanku.


Dato' Speaker, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, ahli-ahli dewan negeri, ahli-ahli parlimen yang turut hadir, pengamal undang-undang, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini.

Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.

Peristiwa pelantikan setiausaha kerajaan negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini.

Maka, tindakan kerajaan persekutuan atas tiket ketua setiausaha negara melantik pegawai eksekutif ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1).

Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Berburu ke padang datar,
Tembak rusa belang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan.

Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.

Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya.

Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tata kelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.

Begitu juga dengan peguam Umno Dato' Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory. Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "Melayu mudah lupa". Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti 'constitutional monarchy' dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita.

Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?

Dato Speaker yang dimuliakan,
Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani". Peruntukan pindaan pula adalah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang".

Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi:

(1) Pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu. 
(2) Kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen, 
(3) Ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan, 
(4) Keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru.

Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat.

Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja.

Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?

Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan;

"Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat".

Beliau meneruskan hujah, "Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan".

(Nah... itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri).

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik.

Dato' Speaker,
Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Perkara LII ( 1 ) yang asal berbunyi;

"(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi;

" LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. "

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.

Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.

Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.

Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.

Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.


Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.

Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.

Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.

Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.

Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:

(1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
(2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
(3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.

Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.

Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.

Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.

Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.

Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.

Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.

Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.

Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.

Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.

Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.

Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.

Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.

Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,
Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.

Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:
Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?
Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini? 

Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.

Oleh itu, Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.



Sumber: Malaysiakini

Zulkifli Noordin

Posted: 24 Jan 2011 09:10 PM PST

Zulkifli Noordin


LETAK JAWATAN!

Posted: 24 Jan 2011 02:53 AM PST

(Sidang tergempar DUN Selangor 24 Januari 2011 akan dicatat dalam sejarah sebagai sidang yang menghina Tuanku Sultan Selangor)

Salam 2 all.

Terbukti cubaan Pakatan pembangkang untuk meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa kepada mutlak kepada Menteri Besar memilih dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri telah GAGAL! Gagal kerana mereka tiada dua pertiga majoriti, walaupun pelbagai usaha dan taktik kotor yang mereka lakukan, termasuk memecat keahlian ADUN Pelabuhan Kelang YB Badul Hisham.

Cubaan meminda Artikel 52 Undang-Undang Perlembagaan Selangor yang dikompangkan sebagai untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan sebenarnya adalah untuk "memperkudakan Tuanku Sultan". Hakikatnya Tuanku Sultan Selangor akan hanya menjadi "tukang cop & rubber stamp" Pakatan pembangkang sahaja. Kerana walaupun atas kertas Tuanku yang memilih dan melantik, tetapi Tuanku perlu merujuk kepada Menteri Besar dan mendapat "perkenan" Menteri Besar" sebelum membuat sebarang perlantikan. Tindakan yang jelas menghina dan merendahkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan.

Dan sikap merendahkan dan memperlekehkan Tuanku Sultan Selangor ini telah awal-awal mereka tunjukkan apabila mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang tergempar DUN tanpa merujuk kepada Tuanku. Dan mereka hanya memohon perkenan Tuanku Sultan setelah notis dikeluarkan, itupun setelah dikritik hebat oleh rakyat dan kepimpinan politik.

Pada teman, kegagalan cubaan meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini membawa mesej yang jelas, bahawa Menteri Besar dan Speaker telah gagal. Disebabkan kegagalan itu, teman berpendapat Menteri Besar dan Speaker wajib meletakkan jawatan. Kalau mereka ada maruah, mereka wajib meletakkan jawatan. Dan teman cabar mereka supaya melakukan apa yang mana-mana pemimpin bermaruah akan lakukan; pikul tanggungjawab kegagalan itu dan letak jawatan!!

Begitu juga kesemua Exco dan semua ADUN Pakatan pembangkang yang menyokong cubaan pindaan Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini. Kesemua mereka juga wajar meletakkan jawatan kerana tindak-tanduk mereka jelas langsung tidak menghormati kedudukan dan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Kalau ada harga diri dan maruah, letaklah jawatan.

Malahan pada teman, Pakatan pembangkang sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini untuk membolehkan rakyat memilih untuk melantik kerajaan baru. Kerana semasa pilihanraya umum ke 12 lepas, pindaan kepada Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dan menurunkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor tiada didalam manifesto mereka. Malah pada teman, ini satu penipuan pilihanraya, kerana rakyat diperdaya memilih mereka tanpa mengetahui mereka mempunyai agenda yang tersembunyi untuk mendapat kuasa mutlak.

Tetapi teman cukup yakin, mereka bukan sahaja tidak akan meletakkan jawatan, ataupun membubarkan DUN. Mereka tahu kalau itu berlaku mereka sendiri akan bungkus, kerana sudah pasti rakyat Selangor sudah muak dan jelak dengan politiking mereka yang tak habis-habis, tetapi kebajikan dan kepentingan rakyat diabaikan.

Malahan teman yakin mereka akan turun kampung masuk kampung, keluar internet masuk internet bahawa UMNO/ BN telah menolak usaha untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan. Mereka akan kompangkan UMNO/ BN anti Raja, anti istana. Mereka akan kompangkan yang mereka dizalimi. Mereka akan kompangkan bahawa Datuk Ahmad Khusrin adalah agen dan balaci UMNO/ BN yang dihantar untuk menjatuhkan dan sabotaj Pakatan pembangkang di Selangor.

Teman juga cukup yakin mereka akan kompang sakan bahawa kegagalan meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini membuktikan rakyat perlu memberi mereka majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor. Maka akan dicanangkan supaya dalam pilihanraya ke 13 akan datang rakyat perlu memberi undi majoriti 2/3 kepada Pakatan pembangkang; maka barulah mereka boleh berbuat sesukan hati mereka. Kalau tak percaya yop, cuba dengar ceramah dema di Tenang & Merlimau nanti. Cuba tengok media mereka nanti. Jangan temberang lah yop, teman dah masak dengan pe'el dema ni yop!!

Apa pun, yang paling jelas ialah kedudukan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tetap kekal. Beliau sepatutnya dibenarkan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya tanpa sebarang halangan dan gangguan lagi. Sekiranya ada pihak masih mempertikaikan kedudukan dan jawatan beliau, pada pendapat teman mereka melakukan kesalahan jenayah menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan wajib disiasat dan diheret ke Mahkamah dan jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat. Dan mereka juga jelas menghina Tuanku Sultan kerana perlantikan dan pemilihan Datuk Ahmad Khusrin bukan sahaja mendapat perkenan Tuanku, malahan sudahpun mengangkat sumpah dihadapan Tuanku Sultan.

Dan yang paling jelas, dan perlu rakyat membuka mata ialah untuk melihat betapa liciknya kepimpinan DAP memainkan dan memperkudakan segelintir orang Melayu untuk menentang Raja, agama dan bangsanya sendiri. Ini adalah bukti amalan politik cauvinis, rasis dan bigotri demokrasi yang jelas. Teman berharap rakyat dan umat dapat membuka mata, dan menolak politik sempit dan cauvinis ini. Rakyat dan umat wajib menolak Pakatan Syaitan yang akan menjahanamkan masadepan negara dan rakyat Malaysia. Amin!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
19 Safar 1432
24 Januari 2011

PELIK TAPI BENAARRR!

Posted: 24 Jan 2011 12:05 AM PST

(Isterinya sampai bersarung tangan, lakinya bisa menyorong pak..kompius dong!!)

Salam 2 all.

Teman kesal dengan kenyataan Dato' Seri Chua Soi Lek, yang kemudiannya diikuti oleh Dato' Seri Ng Yen Yen yang mempertikaikan tindakan calon PAS di PRK DUN Tenang Normala Sudirman @ Cikgu Mala tidak mahu bersalaman dengan lelaki ajnabi. Adalah sangat malang setelah lebih 50 tahun merdeka masih ada lagi kejahilan di kalangan kepimpinan bukan Islam dalam negara ini mengenai soal yang begitu fundamental dan asas.

Dato' Seri Chua sepatutnya memahami bahawa ada 'amalan dan hukum hakam yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan seseorang pada agamanya, walaupun mungkin kelihatan pelik bagi orang lain.

Contohnya dalam isu terbaru membabitkan Bhagan Singh a/l Surinderpal Singh yang digunting rambutnya oleh mereka yang tidak diketahui semasa sedang tidur di kem PLKN. Rambut beliau dikatakan sudah mencecah sampai kebawah pinggang. Bagi orang Melayu dan mungkin juga bagi sesetengah kaum lain, ini sesuatu yang pelik bagi seseorang lelaki menyimpan rambutnya sebegitu panjang. Malah menyimpan rambut panjang disamatarafkan dengan gejala negatif saperti mat pit, kaki dadah dan lain-lain. Malah ada media yang mengharamkan artis berambut panjang muncul dikaca televisyen.

Tetapi tiada siapa pun mempertikaikan, apatah lagi memperlekehkan rambut panjang beliau Malahan ramai umat Islam, termasuk teman sendiri yang mengutuk tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab kerana memotong rambut beliau. Bukan kerana teman menyokong menyimpan rambut panjang itu, tetapi kerana itu adalah fahaman agama Sikh, yang dipanggil kesh. Rupanya menggunting rambut adalah diharamkan didalam fahaman agama Sikh, walaupun teman hairan dan keliru apa hukumnya bagi orang Sikh kepada mereka yang mengguntingnya dengan sengaja saperti Karpal Singh. Adakah murtad, atau dosa besar, teman pun tak tahu. Nanti ada kesempatan teman mahu juga minta pandangan hukum itu dari para agamawan Sikh.

Sama saperti perayaan Thaipusam baru-baru ini. Ada kelompok yang akan melihat tindakan mencocok diri sendiri, berjalan atas api, memecah buah kelapa dan lain-lain sebagai satu amalan yang sangat pelik. Malah ianya kelihatan saperti satu pembaziran. Tetapi kerana itu adalah kepercayaan kaum Hindu, kita menghormatinya walaupun tidak bersetuju dengannya.

Begitu jugalah amalan kaum Kristian, mempercayai Santa Claus, meletak pokok Krismas, merayakan Krismas dengan salji (takde salji pun terpaksa buat salji palsu) yang bagi sesetengah kelompok satu amalan pelik, kerana Jesus sendiri pun tak pernah tengok pokok Krismas. Malah Jesus tak pernah jumpa pun, apatah lagi mengenali Santa Claus. Apatah lagi nak tengok Santa Claus terbang sana sini dengan rusa. Lagilah Jesus tak pernah tengok., sebab Jesus pun tak bioleh terbang macam Santa Claus. Tetapi kita umat Islam masih menghormatinya kerana itu kepercayaan umat Kristian masakini, walaupun kita tidak bersetuju apatah lagi meredhoinya.

Itulah pentingnya toleransi dan kefahaman inter-agama. Supaya tidak timbul salah faham. Cuba kita tinjau balik insiden yang sama beberapa minggu lepas bilamana seorang peguam kafir mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah, Kg. Kerinci, Kuala Lumpur. Rupanya yang dia pertikaikan ialah kuliah dan zikir yang dipasang kuat melalui mikrofon, maka bila bunyi azan dia samakan. Sedangkan dia tidak faham azan itu memang perlu dikumandangkan, tetapi tidak kuliah dan kuliah. Hanya setelah difahamkan baru beliau mengerti, dan dengan segera memohon maaf. Itu toleransi agama namanya!

Tetapi kepada pihak masjid pun hendaklah mengambil kira hukum kuliah dan zikir tidak perlu dipasang ke corong pembesar suara dengan kuat. Cukup sekadar dalaman masjid sahaja buat makmum dan jemaah yang hadir mendengarnya. Tetapi azan memang perlu dikumandangkan. Cuba tanya Dr. Asri Zainal Abidin, yang menegaskan hanya azan perlu dikumandangakan, sebaliknya zikir dan bacaan Al Quran tidak perlu. Kupasan beliau agak detail dalam hal ini (layari lamanweb www.drmaza.com).

Dan kita umat Islam pun perlu tanya diri sendiri mengapa orang macam Dato' Seri Chua Soi Lek masih tidak faham. Seperkara yang kita perlu ingat, kenyataan Dato' Seri Chua adalah kerana kejahilan, tidak saperti Karpal Singh & Kitsiang yang menentang. Itu perbezaan besar. Karpal dan Kitsiang adalah kafir harbi disegi hukum. Yang mencabar Islam dan umat Islam. Sehingga umat Islam mahu melaksanakan Islam dicabar "over my dead body". Kafir harbi saperti ini perlu diperangi, wajib ditentang habis-habisan, bukan disekongkoli dan dikawanrakankan. Tetapi orang macam Dato' Seri Chua, Dr. Ng Yen Yen, kenyataan dan tindakan mereka lebih kepada kerana kejahilan. umngkin elok pendakwah dan ilmuan PAS mendekati mereka dengan cara hikmah. Eh yop, takkan sebab parti lain kita tak mau berdakwah. Itu bukan cara Rasulullah saw tu yop. Dakwah tidak kira siapa, jangan dakwah pun nak kira parti jugak, teruk bebenor dah tu yop!

Dan teman sendiri pun tidak akan salahkan seratus peratus kejahilan orang saperti Dato' Seri Chua dan Ng Yen Yen. Ini kerana dia melihat rakan sekutu PAS juga mengamalkan perkara yang sama. Disatu pihak, mereka melihat isteri manusia yang ditabal sebagai anugerah tuhan beriya-iya menjaga adab bersalam sehingga membuat sarung tangan khas ala Michael Jackson (sarung tangan sebelah dibuat dari sutera lembut yop). Salam tiada masalah bagi beliau, cuma berlapik dengan sarung tangan. Teman pun tak tahu dari segi hukum, yang dilarang itu bersalam ke atau menyentuh kulit tangan? Sebab prinsipnya ialah menjaga adab dan kehormatan wanita Muslimat. Jadi tiada guna kalau bersarung tangan tetapi masih bersalam kesana-kemari. Tetapi itu untuk para ulama' dan fuqaha membincangkannya, teman sendiri pun tak tahu hukumnya.

Tetapi diwaktu yang sama, laki yang beliau sendiri tabal sebagai anugerah tuhan itu bersalam-salam dengan perempuan ajnabi macam tak cukup tanah. Langsung tiada masalah. Siap berjoget lagi, dengan anak tokeh judi Lim Goh Tong pun berdangdut habis (cuba lihat videoklip diatas). Tambah-tambah pulak manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini adalah mursyidul am Pakatan pembangkang. Dan PAS pun duduk didalam kelompok yang sama!!

Jadi sudah tentu ini memberi satu kekeliruan kepada orang kafir saperti Dato' Seri Chua. Isterinya sampai bersarung tangan pak, lakinya sampai berjoget sakan!? Bagaimana itu dong..kompius gue dong!!??

Jadi kita umat Islam punya banyak kerja lagi yang perlu dibuat. Kerja dakwah perlu dipertingkatkan. Kefahaman tentang Islam perlu disebarkan. Jangan batasan parti dan politik menyebabkan kita tidak berdakwah. Dan dok sibuk tuding jari ni kerja orang lain. Ni kerja kita umat Islam, salah satu sifat Nabi saw, tabligh! Janganlah kita dok sibuk berpolitiking sampai akhirnya berputih-mata nanti. Sampai kerja dakwah pun nak berpolitik. Akhirnya yang tum-PAS ialah Islam juga. Teman cukup yakin kalau kena cara penjelasannya, Dato' Seri Chua insyallah akan memahaminya. Dan sebagaimana dalam insiden azan di Masjid Ikhlasiah itu, mau beliau pula yang meminta maaf. Tidak guna kita nak memaki-hamun beliau kalau ada dikalangan kita sendiri pun mengamalkan perkara diluar tabi'e - isterinya bersarung, lakinya menyorong pak!!

Apa pun, teman angkat tabik kepada Cikgu Mala yang bertegas tidak mahu bersalam dengan lelaki. Kenyataan Cikgu Mala, "dengan lelaki Islam pun saya tidak bersalam" adalah satu penegasan yang sangat berprinsip. Teman berharap Cikgu Mala akan terus mempertahankan prinsip itu, "walau karihal kaafiruun, walau karihal musyrikun, walau karihal munaafiquun". Cuma teman risau tengok gambar hari ni Cikgu Mala dah mula meniru jejak langkah isteri manusia yang dilabel anugerah tuhan ini, dah pakai sarung tangan sebelah ala Michael Jackson pulak dah, dah bersalam sakan dah pun. Pada teman, prinsip tetap prinsip, pertahankanlah Cikgu Mala. Jangan bertaklik kepada manusia, tetapi berpeganglah kepada Al Quran dan Sunnah. Dan yakinlah dengan bantuan ALLAH, dan bantulah agama ALLAH dengan mematuhi hukum hakamnya. intansurullah hayannsurkum, wayusab bit a'kdaamaqum - bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu.

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
19 Safar 1432
24 Januari 2010

Anwar Ibrahim

Posted: 24 Jan 2011 07:07 PM PST

Anwar Ibrahim


Pakatan Rakyat Menyokong Pindaan Mengembalikan Kuasa Sultan, BN Menolak

Posted: 24 Jan 2011 01:49 AM PST

KENYATAAN AKHBAR
24 JANUARI 2011

Saya ingin menekankan di sini bahawa sidang Dewan Negeri Selangor yang diadakan hari ini bukan sidang tergempar. Mesyuarat ini diadakan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk membincangkan perkara-perkara spesifik, mendesak dan berkepentingan awam. Hari ini Dewan membincangkan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang melibatkan kepentingan awam.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker, Dato Teng Chang Kim dan kakitangan Dewan Negeri kerana berjaya menganjurkan mesyuarat hari ini. Kebijaksanaan dan pendekatan profesional Tuan Speaker telah membimbing satu pembentangan usul yang sihat dan bermanfaat.

Hari ini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mencipta sejarah apabila semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bersatu menyokong cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio yang telah dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan 1993.

Dalam pada itu, semua wakil Kerajaan memberi perbahasan baik dan bernas berkenaan satu isu begitu penting kepada rakyat yang gagal disentuh oleh pentadbiran sebelum ini. Perbahasan Pakatan Rakyat hari telah berjaya memartabatkan kesucian Dewan Negeri Selangor dan Eksekutif.

Ini selari dengan keinginan rakyat Negeri Selangor yang mahukan satu pentadbiran professional bagi dua institusi tertinggi – Dewan dan Eksekutif – yang tidak diamalkan di peringkat Persekutuan.

Dari asas ini, usul hari ini adalah untuk meminda Fasal 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor supaya satu prosedur dibuat bagi pelantikan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna.

Kami kesal dengan keputusan wakil-wakil Umno/Barisan Nasional untuk menolak usul ini. Lebih kesal lagi, Barisan Nasional gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan ini. Tiada satu pun soalan atau hujah yang kami kemukakan dijawab dengan baik dan professional.

Jelas, penolakan ini dibuat atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya. Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlulah berdasarkan kepentingan rakyat.

Penolakan usul juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.

Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas ternampak dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini, 2011.

Sidang Dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar. Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan.

Walaupun kita mungkin tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dewan telah menyokong. Ini tidak akan mematahkan semangat Pakatan Rakyat. Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad Pakatan Rakyat untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula.

Kami masih berpendirian bahawa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan 3 pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengenepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme atau bertemu setengah jalan, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan pentadbiran negeri akan terus dijalankan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat Selangor.

Bersama menjunjung amanah yang diberi oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menggandakan usaha untuk melaksanakan tugas dan meneruskan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Luncheon Talk Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 24 Jan 2011 01:00 AM PST

LUNCHEON TALK BERSAMA YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tajuk: SUBSIDI: BEBANAN NEGARA ATAU BEBANAN RAKYAT?

Tarikh: 25 Januari 2010

Masa: 11.30 pagi – 2.00 petang

Tempat: Kelab Shah Alam, Jalan Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Ahli Panel: Y.Bhg. Dr. Zakariah Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif, Malaysia Institute of Economic Research (MIER)

Kit media akan diedarkan kepada sdr/sdri sebaik sebelum majlis bermula.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor

Ucapan Khas Buat “Sang Raja Kg. Baru

Posted: 23 Jan 2011 10:51 PM PST

Dari Blog Dr.LO’LO’

Ucapan ini ditujukan khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin kerana akan ditabalkan menjadi "RAJA KAMPONG BHARU" pada Mac 2011 nanti.

Untuk menjadi "RAJA KAMPONG BHARU" tidak susah, hanya perlu bentangkan dan luluskan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 (RUU PPKB 2010) sahaja. Justeru Dato' Raja Nong Chik pada 17 Disember 2010 yang lalu telah membentangkan untuk bacaan kali pertama RUU tersebut di Dewan Rakyat. Dalam kegawatan Negara dan pimpinan Melayu menghebohkan Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu maka tindakan ini harus dipuji kerana akan menambah seorang lagi Raja Melayu khas bagi penduduk Kampong Bharu. TAHNIAH sekali lagi.

RUU PPKB 2010 dibentangkan bertujuan untuk menubuhkan suatu Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dengan tanggungjawab untuk melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubung dengan pembangunan dalam kawasan pembangunan Kampong Bharu, untuk menggalakkan, merangsang, meningkatkan, memudahkan dan menyelaraskan pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu dan untuk mengadakan peruntukkan peruntukkan yang berkaitan dengannya.

Tujuan utama RUU PPKB 2010 ini adalah untuk menubuhkan suatu
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang mana fungsi dan
kuasanya ini dinyatakan dengan jelas di dalam Bahagian III RUU ini.

Mengikut Fasal 5, Perbadanan akan dianggotai oleh tidak lebih dari
enam belas (16) orang ahli yang terdiri daripada :

a)Seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri;

b)Tidak lebih empat (4) orang wakil Kerajaan Persekutuan yang
dilantik oleh Menteri;

c)Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar;

d)Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakilnya;

e)Seorang wakil Kerajaan Negeri Selangor yang dinamakan oleh Raja
Negeri Selangor dan hendaklah dilantik oleh Menteri;

f)Dua (2) orang daripada tuan tanah Kampong Bharu yang dilantik oleh
Menteri; dan

g)tidak lebih enam (6) orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.

Fasal 17 dengan jelas menyatakan bahawa Perbadanan adalah
bertanggungjawab kepada Menteri dan Menteri juga boleh memberikan
arahan kepada Perbadanan dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Selain Perbadanan, terdapat suatu Majlis Penasihat diwujudkan melalui
Fasal 19 (1) bagi maksud menasihati Perbadanan. Fasal 20 seterusnya
memperuntukkan keanggotaan Majlis Penasihat yang mestilah terdiri
daripada :

a)Pengerusi; dan

b)Tidak lebih lima belas (15) orang wakil masyarakat Kampong Bharu
yang semuanya dilantik oleh Menteri.

Majlis Penasihat ini bagaimana pun tidak lebih daripada "Majlis Mesyuarat Tingkap" dalam filem Tan Sri P. Ramlee kerana nasihat Majlis
ini tidak mengikat Perbadanan seperti yang dinyatakan di dalam Fasal
19 (3). Apa guna mengadakan suatu Majlis penasihat jika nasihat mereka tidak mengikat dan boleh dibakulsampahkan? Apa rasionalnya Majlis Penasihat ini?

Berdasarkan penubuhan dan keanggotaan Perbadanan serta Majlis
Penasihat ini, maka jelas dilihat bahawa kuasa penuh RUU ini adalah
terletak di tangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar iaitu Dato' Raja Nong Chik. Beliau berkuasa melantik ahli
Perbadanan dan memberi arahan kepada Perbadanan. Beliau jugalah
berkuasa melantik ahli Majlis Penasihat. Dato' Raja Nong Chik inilah
"Raja Kampong Bharu" yang akan ditabalkan jika RUU PPKB 2010 ini
diluluskan nanti. TAHNIAH sekali lagi kepada Dato' Raja Nong Chik
kerana akan menjadi "RAJA KAMPONG BHARU" dan juga Tahniah kepada
penduduk serta pemilik tanah Kampong Bharu kerana akan mendapat
seorang "RAJA" baru.

Dengan penabalan "RAJA" baru ini maka kedudukan tanah Kampong Bharu diambang bahaya. Ia terdedah kepada pemilikan orang-orang dan syarikat- syarikat konglomerat yang kaya-raya dan beduit. Hak dan keistimewaan pemilik tanah Kampong Bharu yang dijamin melalui Malay Agricultural Settlement Rules 1950 [Selangor G.N. 50/51 & Selangor G.N. 66/51 dan Selangor G.N. 480/54 akan terhapus. Perlu diingat dan diambil
perhatian bahawa tanah Kampong Bharu telah diwujudkan sejak tahun 1899 atas desakan penduduk Melayu di Kuala Lumpur ke atas pihak pentadbir British ketika itu. Ekoran desakan tersebut, Residen Brittish Selangor telah bersetuju untuk menubuhkan perkampungan Melayu di Kuala Lumpur merangkumi seluas 223 ekar tanah di antara Sungai Klang dan juga Jalan Batu (Batu Road). Antara tujuan Jeneral Residen Brittish mewujudkan perkampungan tersebut adalah untuk melibatkan dan mendidik anak-anak bangsa Melayu :-

a)Untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran Kerajaan Residen British;

b)Untuk membolehkan orang-orang Melayu mengambil peluang dalam pembangunan dan kemajuan Kuala lumpur.

Justeru pemilik dan penduduk Kampong Bharu pada tahun ini 2011 telah
merayakan sambutan 111 tahun penubuhannya. Ironinya Kementerian
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membentangkan RUU PPKB 2010 di Parlimen dengan hasrat membatalkan dan menghapuskan status Kampong Bharu yang unik ini. Fasal 57 (1) menyebut bahawa Malay Agricultural Settlement Rules 1950 adalah dibatalkan manakala Fasal 57 (2) pula memansuhkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu yang ditubuhkan di bawah Malay Agricultural Settlement Rules 1950 tersebut. Dengan pembatalan dan pembubaran ini, status tanah Kampong Bharu adalah sama seperti tanah-tanah lain yang akan terdedah kepada pemilikan pihak-pihak lain sedangkan tujuan utama penubuhan Kampong Bharu adalah khas semata-mata untuk orang Melayu di Kuala Lumpur.

Lebih baik Penjajah British yang menjamin hak Ketuanan Melayu daripada
Kerajaan Ketuanan Melayu yang akan menghapuskan hak bangsa sendiri
atas nama kemajuan dan pembangunan.

Fasal 51 RUU PPKB 2010 seterusnya menyatakan bahawa tiada apa-apa
tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau
dibawa, dimulakan atau dibuat ke atas Perbadanan atau anggota
Perbadanan, atau anggota jawatankuasa, atau mana-mana pekerja atau ejen Perbadanan di dalam mana-mana mahkamah. Ini adalah kekebalan Perbadanan daripada undang-undang. Peruntukkan ini sekali lagi menunjukkan bahawa RAJA KAMPONG BHARU dan Perbadanan adalah kebal melebihi kekebalan Raja-Raja Melayu yang ada. Hidup Raja Kampong Bharu.

Akhirnya kepada pemilik tanah Kampong Bharu, ingatan ini kepada anda
semua. Adakah ini yang anda mahukan? Adakah ini yang diperjuangkan
selama ini untuk pembangunan? Tepuk dada tanya selera. Tiada sesiapa
boleh mempertahankan hak anda melainkan anda sendiri.

Zulhazmi Shariff

Najib Diajak Berdiskusi, Jika Takut Debat

Posted: 23 Jan 2011 10:37 PM PST

Dari Malaysiakini

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan pentas terbaik untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai program 100 hari sekiranya menawan Putrajaya.

Menyifatkan debat itu sebagai “Debat Agung”, Salahudin berkata Najib tidak wajar menolak cabaran tersebut sekiranya beliau “konsisten, berani dan tidak berdolak-dalik dalam komitmen beliau untuk menyaksikan rakyat diberikan maklumat dan informasi yang telus”.

“(Saya) mengulangi atas nama Pakatan Rakyat, Najib wajar menerima tawaran ini.

“Tidak ada hujah beliau menolak cabaran ini. Malah dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat bersetuju, jika beliau (Najib) takut untuk menggunakan perkataan debat, pentas yang sama boleh diubah menjadi diskusi ilmiah.

“(Ini kerana) rakyat perlu diberikan kefahaman. Kita yakin pemimpin Pakatan Rakyat mampu menjelaskan apa hujah dan substancenya,” katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang pagi ini.

Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata tawaran debat itu dibuat sekali lagi ekoran pelbagai kecaman dan tuduhan jahat termasuk dakwaan negara akan bankrap seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Sebelum ini Anwar mencabar Najib yang juga presiden Umno untuk berdebat mengenai cadangan Pakatan Rakyat itu, tetapi ditolak oleh Najib.

Malah, Anwar juga tetap terus mencabar Najib dalam satu ceramahnya di Felda Tenang setelah Najib menyindirnya Anwar ‘akan demam’ sekiranya Najib “mendedahkan semua maklumat” tentang Anwar.

“Kami dari jentera pilihan raya PAS dan Pakatan Rakyat bersedia untuk memberikan pentas bebas dan wibawa serta ruang seluasnya bagi pemimpin meyakinkan rakyat dengan seluruh penghujahan mereka atas isu mengapa Pakatan Rakyat atau BN yang wajar disokong rakyat,” kata Salahudin.

“Najib jangan lari daripada cabaran (ini). Beliau telah memperlekeh mencemuh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak mahu (debat) isu soal peribadi,” katanya.

How Corporate America Is Pushing Us All Off a Cliff (APCO)

Posted: 23 Jan 2011 07:59 PM PST

From Global Research
By Michael Moore

When someone talks about pushing you off a cliff, it’s just human nature to be curious about them. Who are these people, you wonder, and why would they want to do such a thing?

That’s what I was thinking when corporate whistleblower Wendell Potter revealed that, when “Sicko” was being released in 2007, the health insurance industry’s PR firm, APCO Worldwide, discussed their Plan B: “Pushing Michael Moore off a cliff.”

But after looking into it, it turns out it’s nothing personal! APCO wants to push everyone off a cliff.

APCO was hatched in 1984 as a subsidiary of the Washington, D.C. law firm Arnold & Porter — best known for its years of representing the giant tobacco conglomerate Philip Morris. APCO set up fake “grassroots” organizations around the country to do the bidding of Big Tobacco. All of a sudden, “normal, everyday, in-no-way-employed-by-Philip Morris Americans” were popping up everywhere. And it turned out they were outraged — outraged! — by exactly the things APCO’s clients hated (such as, the government telling tobacco companies what to do). In particular, they were “furious” that regular people had the right to sue big corporations…you know, like Philip Morris. (For details, see the 2000 report “The CALA Files” (PDF) by my friends and colleagues Carl Deal and Joanne Doroshow.)

Right about now you may be wondering: how many Americans get pushed off a cliff by Big Tobacco every year? The answer is 443,000 Americans die every year due to smoking. That’s a big cliff.

With this success under their belts, APCO created “The Advancement of Sound Science Coalition.” TASSC, funded partly by Exxon, had a leading role in a planned campaign by the fossil fuel industry to create doubt about global warming. The problem for Big Oil speaking out against global warming, according to the campaign’s own leaked documents, was that the public could see the “vested interest” that oil companies had in opposing environmental laws. APCO’s job was to help conceal those oil company interests.

And boy, have they ever succeeded. Polls now show that, as the world gets hotter, Americans are getting less and less worried about it.

How big is this particular cliff? According to the World Health Organization, climate change contributes — right now — to the deaths of 150,000 people every year. By 2030 it may be double that. And after that…well, the sky is literally the limit! I don’t think it’s crazy to say APCO may rack up even bigger numbers here than they have with tobacco.

With this track record, you can see why, when the health insurance industry wanted to come after “Sicko,” they went straight to APCO. The “worst case,” as their leaked documents say, was that “Sicko evolves into a sustained populist movement.” That simply could not be allowed to happen. Something obviously had to be done.

As Wendell Potter explains, APCO ran their standard playbook, setting up something called “Health Care America.” Health Care America, according to Potter, “was received by mainstream reporters, including the New York Times, as a legitimate organization when it was nothing but a front group set up by APCO Worldwide. It was not anything approaching what it was reporting to be: a ‘grassroots organization.’ It was a sham group.”

Health Care America showed up online in 2007 (the year “Sicko” was released) and disappeared quickly by early 2008. You can still find their website archived here. As you’ll see, their “moderated forum” allowed normal, everyday, in-no-way-employed-by-the-insurance-industry Americans to speak out. For instance, here’s something Nicole felt very strongly about:

“Moore shouldn’t be allowed to call his film a ‘documentary.’ It should be called a political commercial. We need to fix our health care system, but we shouldn't accept a Hollywood moviemaker's political views as the starting point.”

Here’s what Wendell Potter revealed about the insurance industry’s media strategy:

“As we would do the media training, we would always have someone refer to him as ‘Hollywood entertainer’ or ‘Hollywood moviemaker Michael Moore.’ They don’t want you to think that it was a documentary that had some truth.”

Thanks for your perspective, “Nicole”!

Now, how big was THAT cliff? A pretty good size — according to a recent study, 45,000 Americans die every year because they don’t have health insurance.

And here we are in 2010. A lesser PR firm might be resting on its laurels at this point, content to sit back and watch hundreds of thousands of people continue to be pushed off the various cliffs they’ve built. But not APCO! Right now they’ve taken on their biggest challenge yet: leading a giant, multi-million dollar effort to help Wall Street “earn back the trust of the American people.”

We may never know the size of this particular cliff. But we can be sure it’s gigantic. According to the New York Times, one of the things Wall Street’s recession gave us is “the crippling of the government program that provides life-sustaining antiretroviral drugs to Americans with H.I.V. or AIDS who cannot afford them.” Internationally, organizations fighting AIDS and other diseases are “hugely afraid” of cutbacks in funding.

Of course, there are the 101 ways recessions kill quietly. For instance, children’s hospitals are seeing a sharp 55% rise in the abuse of babies by parents.

And that’s just the previous cliff. If APCO and its Wall Street co-conspirators lull us into turning our backs on them again, we can be sure the next cliff — the next crash — will be much bigger.

Anyway, this is all just a way for me to say to APCO: No hard feelings! My getting mad at you would be like a chicken who’s still happily pecking away getting mad at McDonald’s. Compared to the millions you’ve already turned into McNuggets, you’ve actually treated me much, much BETTER! Spying on my family, planting smears and lies about me, privately badgering movie critics to give the film a poor review, scaring Americans into believing they’d be committing a near-act of treason were they to go to the theater and see my movie — hey, ya done good, health insurance companies of America. And, most important, you stopped the nation from getting true universal health care. Good job!

There’s only one problem — I’m not one of those “liberals” you fund in Congress, the ones who fear your power.

I’m me. And that, sadly, is not good for you.

Yours in good health,

Michael Moore

P.S. It seems to me that APCO’s discussion of pushing me off a cliff should legitimately be part of their Wikipedia page. And why not something about their role in Wall Street’s new PR offensive? So I’m asking everyone interested to write something up that meets Wikipedia’s guidelines and help bring the APCO Worldwide entry up to date. Post it somewhere online and send a tweet about it to @mmflint. I’ll award a signed copy of “Sicko” by noon Sunday to the best entry…and then deputize you to post it on Wikipedia for real and make sure APCO’s minions don’t take it down. Just be sure afterward not to walk near any cliffs!

P.P.S. The late, great comedian Bill Hicks had some thoughts about marketing and the people who do it.

Michael Moore is a frequent contributor to Global Research. Global Research Articles by Michael Moore

AMK KLGT

Posted: 24 Jan 2011 03:27 PM PST

AMK KLGT


PRK DUN TENANG - BERSABARLAH NORMALA, PERTAHANKAN MARUAH KAMU DAN ISLAM

Posted: 24 Jan 2011 06:58 AM PST



OK Tak ?



Ini OK Ke ?





Calon PAS, Normala....Tak ok kot !!







PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam

Posted: 24 Jan 2011 06:51 AM PST






KUALA LUMPUR, 24 Jan: Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.

"Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

"PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

"Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum," ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

"Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon," katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

Berikut teks ucapan Abdul Khalid

Posted: 24 Jan 2011 06:47 AM PST



Dengan izin Allah SWT, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan. Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam dewan ini. Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka. Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun Tuanku. Dato' Speaker, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, ahli-ahli dewan negeri, ahli-ahli parlimen yang turut hadir, pengamal undang-undang, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini. Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini. Peristiwa pelantikan setiausaha kerajaan negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini. Maka, tindakan kerajaan persekutuan atas tiket ketua setiausaha negara melantik pegawai eksekutif ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1). Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan. Berburu ke padang datar, Tembak rusa belang kakinya, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Sidang dewan yang dimuliakan, Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan. Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah. Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya. Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tata kelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen. Begitu juga dengan peguam Umno Dato' Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory. Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "Melayu mudah lupa". Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti 'constitutional monarchy' dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme. Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat; Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita. Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap? Dato Speaker yang dimuliakan, Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja. Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani". Peruntukan pindaan pula adalah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang". Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu. Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi: (1) Pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu. (2) Kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen, (3) Ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan, (4) Keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat; Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru. Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat. Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja. Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu? Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan;

"Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat". Beliau meneruskan hujah, "Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan". (Nah... itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri). Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat; Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja". Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan. Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat; Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik. Dato' Speaker, Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Perkara LII ( 1 ) yang asal berbunyi;

"(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula." Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi; " LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. " Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat; Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri. Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri. Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster. Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian. Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat. Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah. Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak? Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka! Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat. Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat; Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka. Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri. Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa. Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor. Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu. Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang. Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat; Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak. Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi. Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa: (1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar. (2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku. (3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan. Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini. Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar. Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah. Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan. Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian. Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut. Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.

Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar. Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu. Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai. Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut. Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku. Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif. Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat; Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan. Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri. Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan. Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia. Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:

  1. Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?

  2. Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

  3. Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?

Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini. Oleh itu, Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.

ADUN PR Sokong Pindaan

Posted: 24 Jan 2011 06:44 AM PST


SHAH ALAM 24 JAN : Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat mencipta sejarah apabila semua wakil rakyatnya bersatu menyokong cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio yang telah dimansuhkan selepas Pindaan Perlembagaan 1993.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa puas hati di atas kata sepakat semua wakil kerajaan yang memberi perbahasan dengan baik dan bernas berkenaan isu penting kepada rakyat yang mana gagal disentuh oleh pentadbiran sebelum ini.

"Perbahasan Pakatan Rakyat hari ini telah berjaya memertabatkan kesucian Dewan Negeri Selangor, ini selari dengan keinginan rakyat Selangor yang mahukan satu pentadbiran profesional bagi dua institusi tertinggi," Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media.

Dalam pada itu, Khalid juga melahirkan rasa kesal terhadap wakil-wakil dari UMNO-BN yang dilihat bukan sahaja menolak usul ini malah gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan ini.

"Jelas, penolakan ini dibuat atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya, sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlulah berdasarkan kepentingan rakyat," katanya.

Tambah Tan Sri Khalid, penolakan ini jelas membuktikan bahawa UMNO-BN tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu dan tetap meghalang Institusi Raja-raja Melayu memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berpelembagaan.

"Sikap hipokrit UMNO ini jelas nampak dalam rekod mereka secara konsisten menafikan kuasa Raja-Raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini 2011" katanya.

Tan Sri Khalid berkata lagi sidang dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar.

Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan.

Turut hadir dalam sidang media ialah Exco Selangor, Dr Hassan Ali, Teressa Kok, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.

Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat

Posted: 24 Jan 2011 06:41 AM PST


SHAH ALAM 24 JAN: Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Yang kami timbulkan dalam perbahasan ini dengan mendapat perkenan Tuanku ialah cita-cita murni Datuk Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dirosakkan oleh Umno itu sendiri, itu sahaja!" tegas beliau.

Beliau menjelaskan, pelbagai helah dan tohmahan telah dilempar oleh Umno-BN bagi mengagalkan usaha pembangunan PR di Selangor.

"Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Persoalannya, apakah Umno faham dan menghormati undang-undang?" tanya beliau.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Selangor merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan mendapat mandat dan amanah dari rakyat melalui proses demokrasi dan ini terbukti pada 8 Mac 2008 di mana majoriti rakyat Negeri Selangor menolak parti UMNO dan BN yang bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa dan keangkuhan pemimpin.

"Derhakakah Umno jika Umno menolak dan lari daripada pindaan rang undang-undang ini? Sudah jelas lagi disuluh, Umnolah penderhaka Institusi Diraja," tegas beliau lagi.

Azmin seterusnya menjelaskan, rata-rata warga Selangor semakin celik dan golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan kerana mereka makin tidak tahu apa itu kebodohan.

"Siapakah yang memansuhkan kuasa Tuanku Sultan untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat Menteri Besar ? Pastinya, UMNO telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Sekaligus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau.

PKR HULU LANGAT

Posted: 24 Jan 2011 03:14 PM PST

PKR HULU LANGAT


Ringkasan Ucapan YAB Menteri Besar Selangor pada 24 Jan 2010

Posted: 23 Jan 2011 07:45 PM PST

Pengenalan

Mesyuarat di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hari ini diadakan untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1).

Ini kerana, tindakan Persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat dan berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri.

Pindaan yang dicadangkan hari ini sebagai perubahan supaya generasi akan datang tidak lagi dalam kekaburan dan tiada lagi individu atau puak tertentu yang berani melanggar kuasa negeri atau Sultan.

Pakatan Rakyat komited untuk menjunjung Perlembagaan baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran hari ini.

Atas prinsip yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Latar belakang krisis Perlembagaan

Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat daripada tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja.

Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi - "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja".

Pemimpin utama ketika itu telah melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan ialah Perkara 66(5).

Peruntukan asal berbunyi "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang DiPertuan Agung menandatangani".

Manakala peruntukan pindaan ialah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang DiPertuan Agung. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang DiPertuan Agung, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang".

Perkara 10(1), dimana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di Negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang DiPertuan Agung dan Yang DiPertuan Agung mesti menerima nasihat tersebut.

Perkara 66(4) dan (4A) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan – ialah sebuah Rang Undang-undang akan menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera di bawah seksyen 11(2A) dan (2C).

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ini termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan di mana ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja.

Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. UMNO pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja.

UMNO sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku kesempitan politik.

Peranan Raja, Kerajaan dan Perkhidmatan Awam dalam pentadbiran negeri

Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan yang mana Yang di-Pertuan Agong – di peringkat Persekutuan – adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri.

Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan.

Di bawah kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya –yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) – mesti bertanggungjawab ke atas segala keputusan dan dasar yang dibuat dan dilaksanakan.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan namun bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana dari terperangkap dalam kontroversi dan politik.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan di bawah Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.

Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; dari istana, suruhanjaya perkhidmatan dan kerajaan negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 – iaitu Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor - begitu ganjil sekali. Ini kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik: sepatutnya ada kuasa tertentu yang diletakkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Jika dibandingkan dengan Perkara 144 Perlembagaan, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Pindaan 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 bertujuan menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan SUK tidak harus disentuh.

Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja setuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu ialah imuniti. Kelihatannya Umno mengambil kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang panas dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undand-undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang – checks and balances – dalam Perlembagaan.

Konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; bagi mereka Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980an hinggalah sekarang.

Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat atas konsep ketuanan rakyat.

Disediakan oleh

Sekretariat Akhbar

Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor

PANAS: Badrul Dilarang Masuki Sidang DUN Selangor

Posted: 23 Jan 2011 07:39 PM PST

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.

Beliau ditahan ketika memasuki pintu DUN oleh pengawal pada pukul 10.02 pagi tadi.

Menurut Badrul Hisham, pihak pengawal memaklumkan mereka menerima arahan daripada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim supaya tidak membenarkannya memasuki dewan kira-kira pukul 10 pagi.

"Saya tak dibenarkan masuk...pengawal dapat arahan daripada speaker pukul 10 pagi tadi," katanya.

Bagaimanapun Badrul Hisham memaklumkan beliau menerima surat jemputan menghadiri persidangan DUN minggu lalu sebelum speaker mengisytiharkan kekosongan kerusinya.

Badrul Hisham bagaimanapun tetap mengikuti persidangan DUN yan antara lainnya untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Bagaimanapun beliau hanya mengikuti sidang khas berkenaan melalui bilik media.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 24 Jan 2011 11:35 AM PST

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


On the News : 11 January 2011

Posted: 24 Jan 2011 02:35 AM PST

 

14jan2011

*Click on the picture to Enlarge for Reading*

14jan2011b

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 24 Jan 2011 11:28 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Alangkah baik kalau ada Pilihanraya Kecil di Port Dickson

Posted: 23 Jan 2011 07:50 PM PST


Naik taraf segera surau sesak
Sinar Harian 24 Jan 2011

Taman Seri Tanjung , Port Dickson – Surau Taman Seri Tanjung yang mampu menampung seramai 200 jemaah dalam satu masa di sini selain menjadi nadi utama penduduk sekitar juga sering menjadi tumpuan pengunjung antarabangsa. Pengerusi surau, Wahab Ismail berkata, berdasarkan kedudukan surau yang terletak berhampiran beberapa hotel di sini menjadi tumpuan pengunjung hotel bagi menunaikan solat.

(Artikel sebelum ini Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati di http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html )

Malah menurutnya, sepanjang Ramadan, suraunya sentiasa penuh dan sesak berikutan pengunjung hotel yang turut serta menunaikan solat tarawih berjemaah di sini.

"Imam dari negara Arab yang bercuti di sini juga sering menawarkan diri untuk mengimamkan solat sunat.

"Begitu juga dengan aktiviti yang dilakukan di sini dan kami mengalu-alukan kehadiran pengunjung luar," katanya.

Wahab menambah, walaupun sering menerima kunjungan jemaah, surau ini juga tidak lari dari berhadapan dengan pelbagai masalah seperti struktur bumbung yang sudah rosak.

"Bumbung surau sering bocor menjadikan surau banjir setiap kali dan menyebabkan jemaah yang hadir tidak selesa.

"Masalah ini sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan walaupun sudah dibaiki, ia kembali bocor," katanya.

Wahab turut berkata, tandas surau juga sudah tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibaiki segera agar keselesaan pengunjung ke rumah ibadah ini dapat dijamin.

"Pihak surau bercadang menurap halaman surau ini bagi memudahkan menjalankan pelbagai aktiviti.

"Setiap kali aktiviti diadakan, khemah terpaksa dipasang bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai tambahan pula, ia juga berhampiran dengan balai raya," katanya.

Menurutnya, semua kekurangan dan kemudahan yang perlu dibaik pulih memerlukan belanja besar dan berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan.

"Dengan adanya penambahbaikan itu akan menjadikan surau ini lebih mesra pengunjung dan memberikan keselesaan untuk menunaikan ibadah serta pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Menurutnya lagi, surau tersebut turut menjadi tumpuan empat perumahan berdekatan berikutan ketiadaan institusi ibadah yang terdekat di taman perumahan tersebut.

"Selain pengunjung hotel bersebelahan taman ini, empat lagi penduduk taman perumahan di sekitar surau ini turut mengimarahkan surau ini sama ada dalam melaksanakan solat mahupun aktiviti mengimarahkan surau yang lain," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8660997.asp

Jejantas di Malaysia tak selamat, risiko kes jenayah

Posted: 23 Jan 2011 07:49 PM PST


AWAS WARGA KOTA: 23 JEJANTAS PEJALAN KAKI DI KUALA LUMPUR 'TIDAK SELAMAT'

SEBANYAK 23 jejantas pejalan kaki di sekitar ibu kota dikatakan berada dalam keadaan tidak selamat untuk pejalan kaki kerana amat terdedah kepada bahaya ragut dan jenayah jalanan.

Jejantas itu menjadi amat berbahaya kepada pejalan kaki, terutama yang menggunakannya secara bersendirian disebabkan keadaannya terlindung oleh papan tanda dan ketiadaan lampu yang menyebabkan ia menjadi pelabuhan bagi peragut untuk berlabuh, mencari mangsanya.

Ketua Biro Anti Jenayah dan Keselamatan Awam parti Gerakan, Lim Teck Ang, mendedahkan perkara ini dan langkah sedang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menukar semula kedudukan jejantas itu kepada jejantas yang selamat digunakan.

Beberapa langkah mesti diambil bagi tujuan itu termasuk menurunkan papan tanda yang melindungi pejalan kaki dan pemasangan lampu supaya ia menjadi terang dan boleh dilihat oleh orang lain.

Antara jejantas yang kurang sihat untuk keselamatan pengguna setakat ini ialah di Jalang Pahang, Jalan Genting Klang, Jalan Gombak off Jalan Chong Hwa dan Batu 5, Jalan Ipoh, MRR2, Abdullah Hukum, Jalan Pantai Baru dan Bangsar.-thestar

http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/awas-warga-kota-23-jejantas-pejalan.html

Artikel berkaitan :

UMNO LETAK KAIN RENTANG DI JEJANTAS di http://amkns.blogspot.com/2011/01/keselamatan-jejantas-umno-dan-pbt-tak.html

JEJANTAS MAUT DI SEREMBAN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/jejantas-maut-1malaysia-di-seremban-mps.html

Monday January 24, 2011
KL cops declare 23 pedestrian bridges 'unsafe'

KUALA LUMPUR: Twenty-three pedestrian bridges and a busy walkway in the city have been declared unsafe by the police.

City police has come out with a list detailing the bridges which need attention – mainly for lack of lighting and visibility which were ideal for crime.

This has stung the Kuala Lumpur City Hall into action, with the local authority saying the bridges will be repaired or upgraded within two weeks.

Federal Territories Gerakan anti-crime and public safety bureau chief Lim Teck Ang, who disclosed this, said advertisement boards fixed to the bridges would be removed as they were blocking users' view.

"Lights will also be replaced or installed to ensure the bridges are well lit at all times," he added.

Lim, who had highlighted the problem to city police, said the roof of several bridges were too low.

"City Hall will replace them to allow more lighting and visibility,'' he added.

"Eleven of the bridges were deemed too dark, seven were covered by advertisement boards and trees with the rest not well-maintained," he added.

The bridges included those in Jalan Pahang, Jalan Genting Klang, Jalan Gombak (Off Jalan Chong Hwa and Batu 5), Jalan Ipoh, MRR2, Abdullah Hukum, Jalan Pantai Baru and Bangsar. The walkway identified was the one linking KL Sentral to the Brickfields monorail station.

Lim said frequent complaints were received from commuters using bridges near eight LRT stations.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/24/nation/7856826&sec=nation

Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati

Posted: 23 Jan 2011 04:10 PM PST


Nampaknya semakin ramailah rakyat mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati apabila mereka memerlukan bantuan atau sumbangan. Semua masjid di DUN Tenang dapat RM100,000 serta semua surau dan sekolah agama dapat bantuan.

Tapi lihatlah sendiri masjid yang dah nak roboh di Pahang tempat Perdana Menteri sendiri dau Surau Maahad Ahmadi di Gemencheh tidak jauh dari DUN Tenang di bawah ini.

Apa gunanya suruh wakil rakyat kerap menjalani pemeriksaan kesihatan jika rakyat di kawasan mereka sentiasa mendoakan kematian wakil rakyat mereka. Suruhlah rakyat di kawasan mereka mendoakan kesihatan wakil rakyat mereka.

Pilihanraya kecil di mana pula selepas di DUN Merlimau?

PAHANG, JUARA MASJID ROBOH?
Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Kisah lanjut di
http://amkns.blogspot.com/2010/12/pahang-juara-masjid-roboh.html

LIHATLAH KEDAIFAN SURAU DI N.SEMBILAN, JOM BANTU.
Kisah sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html

RM1.13 JUTA UNTUK MASJID, SURAU DI DUN TENANG
LABIS: Peruntukan RM1.13 juta akan diagihkan kepada lapan masjid, sembilan surau dan lapan sekolah agama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Datuk Seri Najib Razak.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM1_13jutauntukmasjid_suraudiDUNTenang/Article/index_html

"Lapan masjid akan menerima peruntukan RM100,000 setiap satu untuk penambahbaikan, sembilan surau masing-masing menerima RM30,000 dan lapan Sekolah Agama Rakyat di kawasan ini akan menerima RM1.13 juta," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

PELBAGAI DERITA RAKYAT PAHANG DI BAWAH INI :
http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html

KISAH BENAR WAKIL RAKYAT TERIMA SURAT RAKYAT DOAKAN MEREKA CEPAT MATI di http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html

Aminuddin Harun

Posted: 24 Jan 2011 07:36 AM PST

Aminuddin Harun


Video Aktiviti 2010 & 2011

Posted: 23 Jan 2011 01:57 PM PST

Tiada ulasan:

Pengikut