Khamis, 20 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 20 Jan 2011 03:18 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


NORMALA DISENANGI SEMUA KAUM

Posted: 19 Jan 2011 08:46 PM PST














SEGAMAT, 20 Jan:
Calon PAS yang bakal bertanding dalam Dun Tenang, Normala Sudirman, diyakini bakal mendapat sokongan padu dari pelbagai masyarakat termasuk kaum Cina dan India.

Perkara itu diakui Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, semalam ketika diminta mengulas berhubung pemilihan calon terbabit.

Katanya, walaupun penamaan calon belum lagi bermula, namun 'mood' rakyat khususnya golongan Cina dan India begitu gembira dengan pemilihan Normala oleh pucuk pimpinan.

"Mereka bukan sahaja bersedia untuk bertugas, berkempen nanti, sebaliknya akan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk agar calon kita menang pada pilihan raya itu nanti," ujarnya.

Sehubungan itu, Zailah juga mengucapkan terima kasih pada pucuk pimpinan PAS termasuk pimpinan Pakatan Rakyat yang lain kerana memilih golongan muslimat untuk bertanding di situ.

"Ianya merupakan satu pengiktirafan pada golongan wanita yang selama ini dituduh kita tidak mendapat tempat dalam PAS sebagaimana yang didakwa oleh pihak mereka,"ujarnya lagi.

Beliau juga berpendapat, kemungkinan kepercayaan diberikan pada muslimat hasil kejayaan wakil rakyat Pakatan Rakyat wanita disemua negeri sama ada peringkat Dun atau Parlimen.

Normala, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis akan ditentang bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim diumumkan sebagai calon mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi Dun Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NAK SUBSIDI BALIK TAK?

Posted: 19 Jan 2011 08:31 AM PST


Saban hari kita terus mencongak wang kita. Cukup atau tidak hingga akhir bulan. Cukupkah jikalau yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cukupkah kalau secara tiba - tiba anak datang kepada ayah atau ibu untuk meminta wang perbelanjaan.

Setiap kali kita mendapat gaji kita harus buat kira - kira agar anak dan isteri kita cukup makan hatta kita terpaksa mengikat perut. Si bujang juga terpaksa mengikat perut.

Semuanya kerana semuanya telah naik. Harga makanan terpaksa dinaikkan setelah harga minyak masak, bawang, tepung, gula, harga tong gas dan lain - lain telah naik mendadak. Harga minyak petrol juga naik dan ini menambahkan lagi kekusutan kita. Apa salah kita? Kita taat menyokong kerajaan selama puluhan tahun. Kita tidak melawan hatta kuasa raja - raja Melayu ditarik pun kita masih taat.

Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan perbelanjaan boros menggila dari isteri PM iaitu Rosmah? Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan menaikkan harga - harga keperluan? Subsidi makanan telah ditarik. Subsidi yang paling utama telah diganggu oleh BN. Salahkah kita untuk menikmati subsidi tersebut. Rakyat ini hina sangatkah? Rakyat ini memang anjing kurap di tepi jalankah?

Khir Toyo merompak wang negeri Selangor ratusan juta. Wang negeri yang sepatutnya disalurkan pada rakyat negeri Selangor akhirnya masuk ke lubang poket Khir Toyo. Itu bagi kawasan negeri. Bagaimana pula negara? Sudah pembaziran yang tersangat dahsyat telah dilakukan. Apabila negara tiada wang siapa yang menjadi mangsa? Kita. Rakyat. Rakyat Malaysia tempat mereka menjadikan sandaran untuk memenuhkan kembali wang negara. Keji sangat perangai mereka.

Persoalan sekarang jikalau mahu kita mengembalikan hak kita. Senang. Pilih yang mana tidak menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, pilih kerajaan yang memberi air percuma kepada rakyat jangan pilih kerajaan yang ikut cakap kontraktor. Kita pilih kerajaan di mana jika rakyatnya kena berhenti kerja tapi kerajaan tolong sediakan kerja lain untuk rakyatnya. Jangan sesekali pilih kerajaan yang menarik hak kita.

Undi BN, harga tepung naik. Undi BN, harga air akan naik. Undi BN, harga bawang akan naik. Undi BN, harga minyak akan naik. Ha..fikir secara elok. Nak subsidi atau BN?

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 19 Jan 2011 07:26 PM PST

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


NAJIB BERHATI MULIA

Posted: 19 Jan 2011 02:36 AM PST

Semalam Najib Razak telah melawat DUN Tenang dan menyampaikan berita gembira buat warga Felda bahawa Felda mempunyai budget sebanyak RM1.6 bilion, aset sebanyak RM15 bilion dan saham2 lebih dari RM5bilion. Bagi Generasi ke-2 pula sebanyak RM85juta telah disediakan sekaligus membuat orang2 Felda terlopong begitu banyak hasil Felda tapi mengapa masih ada peneroka Felda hidup dalam kedaifan.
Najib Razak yang tiba di Labis kira2 jam 9.30am dengan helikopter telah merasmikan Pusat Jalur Lebar Komuniti dan Gelanggang Futsal di Felda Chemplak Barat. Namun begitu Najib Razak yang merupakan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional telah membuatkan sebuah keluarga dan mungkin juga penyokong Umno yang lain berfikir... Inikah pemimpin yang selama ini aku sokong..???
Semalam juga berita yang menyayat hati apabila Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din telah meninggal dunia akibat serangan jantung dan darah tinggi yang melampau. Menurut keluarga Allahyarham, arwah mungkin kepenatan kerana bertungkus lumus menguruskan persiapan menyambut Najib Razak. Namun sumbangan dan penat lelah arwah tidak dihargai bukan sahaja Perdana Menteri malahan seluruh pimpinan Umno samada diperingkat Pusat, Negeri, Bahagian mahupun cawangan apabila jenazah arwah yang berada di masjid langsung tidak diziarahi oleh mana2 pemimpin Umno apatah lagi disembahyangkan. Mungkin jadual Najib Razak terlalu padat atau Najib terlalu asyik mencerca DS Anwar Ibrahim sehinggakan tidak berkesempatan melawat jenazah tersebut walaupun padang yang digunakan untuk majlis perjumpaan Najib dan warga DUN Tenang hanya kira2 100 meter dari masjid dimana jenazah Allahyarham Abdul Latif diletakkan. Suasana pilu, hiba dan terkilan menyelubungi keluarga Pn. Maimunah Hindun yang merupakan balu kepada Allahyarham Abdul Latif yang turut meninggalkan 4 orang anak. Allahyarham merupakan bekas tentera dan pertahanan awam.
Akhirnya jenazah Allahyarham Abdul Latif disempurnakan oleh petugas2 PAS (Unit Amal) sehingga sempurna. Calon PR untuk DUN Tenang, Cikgu Normala sempat menziarahi jenazah Allahyarham Abdul Latif serta bertemu dengan Pn. Maimunah serta keluarganya untuk mengucapkan takziah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah

Anwar Ibrahim

Posted: 19 Jan 2011 07:16 PM PST

Anwar Ibrahim


Cabaran Debat: Laporan Bernama Mengelirukan

Posted: 19 Jan 2011 08:22 AM PST

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato’ Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul “SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG” – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri Telah Dipersembah Kepada DYMM Sultan Selangor

Posted: 18 Jan 2011 10:46 PM PST

KENYATAAN AKHBAR
19 JANUARI 2011

Kerajaan Negeri menyembah ucapan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah memberi perkenan untuk diadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.

Kami menghargai keprihatinan DYMM Sultan kepada usaha Kerajaan untuk mengembalikan kuasa Negeri dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio iaitu: Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dalam perjumpaan mingguan saya dengan DYMM Sultan pagi tadi, saya telah mempersembahkan Rang Undang-Undang yang boleh mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar.

Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:

"Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan ini jelas bertujuan mengembalikan prosedur untuk pelantikan tiga pegawai tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ianya dipinda pada 1993.

Rang undang-undang ini kita hebahkan kepada orang ramai supaya ianya dapat dibincang dan dikupas secara sihat dan professional sebelum ia dibawa ke Dewan Negeri Selangor untuk dibentangkan. Ini selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban (transparency and accountability) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 19 Jan 2011 01:10 PM PST

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


PKR pecat bekas bendahari Selangor Kottapan

Posted: 19 Jan 2011 06:55 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 19 Jan 2011 11:49 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Azhar Ibrahim calon BN di Tenang

Posted: 19 Jan 2011 01:26 AM PST

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azhar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

NONEAzhar (kiri) juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil pada 30 Januari ini, Azhar bakal ditentang oleh ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman yang merupakan bekas guru berkelulusan dari Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi DUN Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONESeramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Posted: 19 Jan 2011 01:00 AM PST



azlanSpeaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul HishamAbdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.

"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang," kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November," katanya.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.


Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 19 Jan 2011 11:45 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


British prihatin nasib Melayu miskin lebih dari Umno

Posted: 18 Jan 2011 08:09 PM PST


Nenek Hasnah ditawarkan pampasan RM98,000 untuk tanah dan rumahnya di Rembau yang terlibat dengan pembinaan landasan keretapi berkembar. Mana nak dapat tanah yang luas dan rumah dengan RM98,000? Sesiapa yang boleh dapat tanah dengan rumah RM98,000 sila bantu nenek Hasnah. Penjajah British pun lebih prihatin terhadap Melayu yang merempat. Menurut Perlembagaan Tanah Melayu yang dideraf oleh British, tanah seekar jika diambil kerajaan, mesti diganti dengan seekar. HIDUP MELAYU? RAKYAT DIDAHULUKAN? UNTUK SIAPA?


BRITS CARED MORE FOR POOR MALAYS THAN UMNO'
Zefry Dahalan – Free Malaysia Today
January 19, 2011

Rembau MP Khairy is urged to be responsible and attend personally to the need of an 80-year-old resident.

REMBAU: The British colonial government was more concerned about the plight of poor Malays compared to Umno, said an opposition leader.

Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin made the accusation after coming to learn about the plight of an 80-year-old resident in Kampung Halt Chembong here.

The resident, Hasnah Latif is upset with the amount of compensation she has received from the government, claiming that it is well below market value.

Hasnah's land and house is among the 40 houses in the village which have to make way for the double railway track project from Seremban to Gemas which passes through the district of Rembau and Tampin.

Hasnah claimed that the RM98,000 compensation is not sufficient for her to buy a plot of land and build another new house.

"From day one, I insisted that I don't want money and I told the staff at the Rembau parliament service centre to please replace my land and house, but this did not happen," she said.

Malay reserve land

Meanwhile, Badrul said the affected land is called "Tanah Adat" in Negeri Sembilan which is equivalent to the Malay reserve land.

"According to the Tanah Melayu Constitution that was drafted by the British, it's clearly written that any Malay reserve land that is developed must be replaced with the same amount of land.

"This means that if you take one acre, you must replace with one acre. This rule was enforced by the British to safeguard the rights of poor Malays who lived in kampongs at that point of time.

"In this context, I think the British were more concerned about the rights of poor Malays than Umno which claims to champion the race," he added.

Badrul also lambasted Rembau MP Khairy Jamaluddin's personal assistant, who purportedly told Hasnah to ask the PKR leader for compensation.

"She informed me that the PA told her that if she is not happy with the compensation, 'ask Badrul for a few hundred thousand ringgit'," he said.

"What kind of mentality does this man have mocking the old lady with such words. I urge Khairy as the Rembau MP to be responsible and attend personally to this problem," he added.

Badrul said he was told by the residents of the kampung that three different private real estate valuation companies gave a quotation of RM248, 000 for the land and the house.

"But the valuation by the parties developing the kampung land for the double railway track is just RM121, 000 in total," he added.

Meanwhile, Rembau PAS chief Mohd Taufek Abdul Ghani, who also visited Hasnah promised to raise matter during the state assembly sitting in April.

"This clearly shows that Umno-Barisan Nasional is not really concerned about the people," said the Paroi assemblyman.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/19/brits-cared-more-for-poor-malays-than-umno/

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 19 Jan 2011 09:37 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Ujian buat BN dan PR: Teng Chang Kim perjelas dolak-dalik Adun Pelabuhan Klang

Posted: 19 Jan 2011 07:14 AM PST

Berdasarkan laporan media kelmarin, Badrul Hisham dikatakan menafikan dia tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan. Katanya, mereka yang mendakwa dia tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri dan mahukan kerusi itu dikosongkan perlu menilai semula kemahiran mengira, lapor The Malaysian Insider.

"Saya menghadiri hari pertama sidang pada November lalu sebelum mengambil cuti sakit untuk mendapatkan rawatan alternatif. Ini usaha terdesak pihak tertentu yang mengugut saya agar menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kurang tiga undi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan negeri," kata Badrul Hisham.

Terdahulu pada sidang akhbar, Speakar Dun Selangor, Teng Chang Kim, menjelaskan, terdapat tiga sidang Dewan Undangan Negeri sepanjang tahun lalu iaitu 12 hingga 14 April, 12 hingga 15 Julai dan 8 hingga 15 November. Katanya Badrul Hisham hadir kesemua tiga hari pada sidang April dan tidak hadir dua hari (13 dan 14 Julai) bagi sidang Julai dan kesemua enam hari pada sidang November.

Teng berkata Badrul Hisham mengemukakan sijil sakit bagi ketidakhadirannya bagi dua hari pada sidang Julai dan "mengaku yang beliau tidak hadir pada keseluruhan mesyuarat (November) melalui surat bertarikh November 2010 yang sampai ke pejabat saya pada 10 Disember 2010". Katanya Badrul Hisham, dalam suratnya itu, memohon kebenaran bagi ketidakhadirannya, menyatakan beliau menjalani rawatan tradisional di Pahang sepanjang tempoh sidang November itu.

Teng berkata beliau menjawab surat itu pada 21 Disember 2010, memaklumkan kepada Badrul Hisham bahawa alasan bagi ketidakhadirannya itu tidak diterima atas dua sebab - pertamanya, beliau tidak memohon kebenaran itu sebelum atau semasa sidang berlangsung dan keduanya, beliau tidak memberikan alasan konkrit bagi membolehkan permohonannya yang lewat itu diterima.

"Oleh yang demikian, saya memutuskan ketidakhadirannya pada sidang November adalah tanpa kebenaran. Bagi keputusan saya itu, Badrul Hisham menjawab dalam suratnya bertarikh 5 Januari 2011 untuk memohon maaf tetapi tiada alasan diberikan.

"Perkara 69, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan jika seorang anggota Dewan Undangan Negeri apabila, tanpa kebenaran Speaker, tidak hadir daripada setiap sidang iaitu bagi tempoh enam bulan, kerusi beliau akan diisytiharkan kosong oleh Speaker."

"Oleh yang demikian, saya perlu memutuskan jika ketidakhadiran YB Badrul Hisham pada sidang DUN termaktub dalam ketetapan Perkara 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan, dengan itu, sama ada kerusi itu kosong," kata beliau dipetik Bernama.

"Isu yang perlu saya putuskan ialah sama ada mengikut peruntukan Perkara 69, Badrul Hisham telah tidak hadir daripada semua sidang Dewan Undangan Negeri selama tempoh enam bulan. Pendek kata, bilakah enam bulan itu bermula, dari 16 Julai atau 8 November 2010?" katanya.

Teng berkata berdasarkan kajiannya, tiada kes duluan isu itu dilaporkan sama ada di Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri di Malaysia. Katanya rujukan kepada "Erskine May: Parliamentary Practice" juga tidak membantu kerana soal di hadapannya itu merupakan satu tafsiran terhadap peruntukan perlembagaan dan bukannya amalan Parlimen.

Sumber: http://sanggahtoksago.blogspot.com/

MUNGKINKAH ARTIKAL 69 AKAN DICABAR ?

Posted: 19 Jan 2011 05:11 AM PST

Salam

JIKA IKUTKAN NEGERI KEDAH SPR AKAN LAWAN ARTIKAL 69 PERLEMBAGAAN NEGERI SELANGOR

Speaker Kedah sudah istiharkan kerusi Adun yang telah dikososongkan lalu ceritanya sehingga kehari ini tidak dengar cerita atas tindakan SPR merujuk kepada mahkamah, mungkinkah pengistiharan kekosongan DUN Pelabuhan Kelang akan mengikut jejak negeri Kedah ? Jika SPR yang punyai kuasa besar dari BN mengarahkannya berbuat semacam mana negeri Kedah maka pilihanraya tidak akan diadakan dan perlembagaan 69 perlembagaan Selangor wajib dihakiskan atau ia menjadi artikal yang tiada bernilai, buat sakit mata dan mulut baca sahaja

Sumber: http://abnnasution.blogspot.com/

Umno-BN panas punggung: Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Posted: 19 Jan 2011 02:05 AM PST

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun. Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun. Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker. ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah. Badrul Hisham memenangi kerusi P{elabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi. Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha. Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng. Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

Sumber: http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 19 Jan 2011 09:29 AM PST

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


执政中央堵贪污津贴,民联“百日新政”讲到做到

Posted: 19 Jan 2011 12:38 AM PST

(怡保19日讯)务边区国会议员李文材医生表示,只要民联执政中央堵住每年因贪污流失的280亿令吉和独立发电厂津贴的190亿令吉,民联"百日新政"承诺绝对讲到做到。   他表示,民联"百日新政"承诺将会以行动回馈乐龄人士对国家的贡献,每年给予超过60岁的国民1000令吉;另外,我们也将关注乐龄人士的福利政策,特别是在医疗保健方面,以提高乐龄人士的生活素质。   "其实民联执政州属已经落实多项回馈国民的计划,包括雪州免费水供计划、大学生奖励金、微型贷款和槟州乐龄回馈金计划等,这是国阵执政州属无法落实的计划。" 他是在日前前往新邦波赖乐龄公会移交3500令吉支票,以赞助改回卡拉OK音响系统后发表文告表示。其他出席见证该移交支票仪式包括新邦波赖州议员曾敏凯、乐龄公会主席巫秋红以及乐龄公会委员们。   他表示,首相纳吉以破产论来扭曲民联"百日新政"是不负责任的行为,但是他却不敢与反对党领袖安华展开理性辩论,其误导性的言论不攻自破。   另外,他也鼓励退休和乐龄人士应该发挥"年龄不是问题"的精神,因为我国的退休年龄设定在55岁,而公务员则提高至56岁到58岁,在这个年龄阶段的人士还可以启动更精彩的人生,为国家改革作出更大的贡献。

骨痛热症死亡率飙升52%,民众须持续宣战黑蚊

Posted: 19 Jan 2011 12:36 AM PST

(怡保18日讯)务边区国会议员李文材医生呼吁民众不要轻视骨痛热症的危害,因为该病例和死亡率在近年内不断飙升,在去年的病发死亡率就大幅度增加52%,严重威胁国人的性命安全。   "2009年和2010年分别共发生4万1171宗和4万6171宗的病例,两年的病例率共攀升11%;另外,病发的死亡人数在2009年为88人,而在2010年突然飙升52%,共有134人死于骨痛热症。"   他强调,我国的骨痛热症的案例和死亡案例每年不断攀升,让骨痛热症崛起成为我国致命的高危险疾病,黑斑蚊的繁殖只需要在七至十天内就可完成,而且繁殖率相当惊人,所以各方均有共同的职责向黑斑蚊宣战。   "除了依靠执法单位的取缔和侦察行动,民众依然可以扮演主动的角色以减少黑斑蚊的滋长地,不要随意丢弃垃圾特别是铝罐、旧轮胎或任何成为蚊虫滋生处的容器。" 李文材医生于日前在务边花园与民众进行大扫除活动前向民众讲解"宣战骨痛热症"时这么表示。出席这项活动的包括迪遮区州议员郑立慷、金宝县议会代表和近打区卫生局代表。 另外,郑立慷则希望民众必须持续进行消灭黑斑蚊的工作,尽管在进行群众大扫除后,也必须不时自我警惕,长期侦查和清除任何黑斑蚊可能滋长的地带。   "最近逢雨季造就黑斑蚊更多的空间繁殖,它们的滋长地无处不在特别是清洁的积水,所以民众必须多加注意周围环境的整洁。"   他提醒民众一旦发现身体不适必须立刻求医,因为骨痛热症的征兆与感冒相似,耽误就医的时间恐怕会酿成悲剧的发生。

Dr Lee Boon Chye: UMNO dan MCA rampas tanah lagi

Posted: 19 Jan 2011 12:28 AM PST

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye mendedahkan bahawa dua bidang tanah di Meru Raya Ipoh telah dirampas oleh UMNO dan MCA dan mengesyaki ini adalah satu lagi skandal penyelewengan rampasan tanah oleh Barisan Nasional. Beliau berkata, jumlah keluasan tanah tersebut adalah enam ekar di mana MCA dan UMNO masing-masing mendapat 3 ekar tanah. "Ini [...]

李文材揭国阵盗取土地,美鲁再也6依格地给马华巫统

Posted: 19 Jan 2011 12:28 AM PST

(怡保17日讯)务边区国会议员李文材医生再次揭发国阵,通过滥权和贪污的方式以盗取人民的土地,而这次涉及的地点是在怡保美鲁拉也(Meru Raya)地段,一共有6依格的土地分别分给马华公会(3依格Ekar)和巫统(3依格Ekar)。 李文材强调,这肯定不是国阵单一的滥权贪污事件(Isolated Case),而这是国阵和其成员党一贯的滥权贪污作风,一个根深蒂固的犯罪行为。 他表示,这次马华公会和巫统获得的地段属怡保2020年发展大蓝图的心脏地带,换句话说该地点将会成为未来经济发展重点地段,成为怡保市交通枢纽中心、落实生态城并开发绿色科技工艺和其他的大型的经济发展计划。 他指出,该6依格的土地原本属于政府用途(Institusi dan Kemudahan Masyarakat)的保留地,但是为何现在会批准该两个土地给马华和巫统? "马华总会长蔡细历和霹雳州州务大臣赞比里必须在一个星期内作出解释!" 李文材医生是在今早举行记者会向媒体揭发这宗土地舞弊案后发表文告表示。其他出席记者会包括迪遮区州议员郑立慷和十八丁区州议员戴成银。 另外,郑立慷则表示国阵政府在夺权后发生一连串的土地舞弊事件,但是州政府和反贪局在之前揭发的土地舞弊案却无动于衷,任由国阵和其朋党继续坐大,继续任意的掠夺人民的土地。 在之前,迪遮区州议员郑立慷也曾经揭发两宗发生在务边的土地舞弊案,这分别是在务边双溪伊迪重组村(Rancangan Perkampungan Tersusun Sungai Itek)出现10个重组村固打名额保留给巫统区部主席;另外一宗发生也是在上述地点附近的地段,一幅约50依格土地批给一间由巫统务边区部署理主席兼市议员,罗斯兰太平局绅(JP)持50%股份的公司Safura House of Diamond Sdn Bhd。 "目前我们正在搜集更多国阵和朋党的土地舞弊事件,我们将会在短时间内揭发更多国阵的土地舞弊案,并投报反贪委员会。" 他促反贪委员会和州政府必须采取严厉的行动,以杜绝国阵贪得无厌的滥权事件继续上演。

Tiada ulasan:

Pengikut