Ahad, 2 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Zulkifli Noordin

Posted: 01 Jan 2011 09:03 PM PST

Zulkifli Noordin


IMAM KARPAL?

Posted: 31 Dec 2010 10:49 PM PST

Salam 2 all.

Teman agak terkejut mendengar petikan ucapan Datuk Wan Abdul Rahim, bekas Speaker DUN Kelantan dan kini Ahli Parlimen (PAS) Kota Bharu yang mempertahankan Karpal Singh dalam isu "you want Islam over my dead body!".

Satu dunia tahu kenyataan biadap dan kurang ajar Karpal Singh mengenai cadangan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam didalam negara ini. Ketika membantah cadangan itu, Karpal membuat kenyataan "if you want Islam, over nmy dead body - kalau kamu mahukan Islam, langklah mayat aku dulu!!". Dan sehingga kini Karpal Singh masih dengan pendirian biadapnya itu.

Dan inilah Karpal Singh yang sama yang mendedahklan perilaku homoseks dan liwat Anwar Ibrahim semasa berucap didalam Parlimen pada 22.10.1997, sambil mendesak Kerajaan mengambil tindakan terhadap Anwar. Beliau juga membuat ucapan di Federal Hotel mendedahkan punya bukti perilaku homoseks & liwat Anwar. Beliau jugalah peguam yang berjumpa dan menasihatkan Azizan Abu Bakar (yang mengadu diliwat Anwar) dan Umi Hafilda Ali. Beliau juga yang mendedahkan perilaku homoseks & liwat Anwar kepada beberapa kepimpinan PAS masa itu sehingga menyebabkan mereka melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi. Dan ketika pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal jugalah orangnya yang mendesak Anwar bertaubat dan mengundurkan diri kerana "he is morally unfit". DAN KARPAL SINGH TU JUGALAH HARI NI YANG MENJADI LAWYER MEMBELA ANWAR DALAM KES MELIWAT SAIFUL, seorang kakitangan Anwar.

Inilah wajah sebenar Karpal dan kepimpinan DAP. Manusia penuh dengan wajah-wajah hipokrit. Apa lagi bukti yang pak jangoat-pak jangoat mahu teman pun dah tak tahu. Udah terang bersuluh pulak. Kalau macam ni punya terang bukti betapa hipokritusnya politikus golongan kafir harbi ini pun masih para pak jangoat terkial-kial nak menyokong, wallahua'lam, kita serah kepada ALLAH sahajalah untuk menentukannya nanti.

Jadi adalah satu perkara yang tidak masuk aqal jika ada pemimpin dari parti PAS, parti yang katanya bercita-cita mahu mendirikan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam untuk membela Karpal Singh dengan kenyataan "siapa usik Karpal Singh, langkah mayat ambo dulu!!". Tetapi itulah kenyataan yang dibuat oleh YB Datuk Wan Rahim, saperti yang jelas terkandung didalam ucapannya. Ucapan itu dipercayai dibuat pada 19.12.2010 semasa program anjuran Pakatan pembangkang di Konvensyen Pembangkang di Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang (bagi yang berminat sila layari youtube untuk mendengar sendiri ucapan tersebut).

Apa dah jadi dengan segelintir pemimpin PAS ini? Apakah mereka sudah menjadi kelkatu yang terlalu taksub dan bernafsu untuk memegang kuasa sehingga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi. Kafir yang terang-terang menentang Islam. Malah sanggup mati pulak mempertahankan kafir harbi ini! Sehinggakan habis yang dulunya haram kini menjadi halal!?

Kepada para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, nasihat dan seruan teman ialah kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah memperjuangkan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw. Tinggalkan segala kemungkaran, serulah kepada yang ma'ruf, dan berimanlah dengan sebenar-benarnya kepada ALLAH. Jika itu kamu lakukan, ALLAH menjanjikan kamu akan menjadi ikutan manusia. Dan bantulah agama ALLAH, mengikut landasan Al Quran & Sunnah, nescaya ALLAH akan bantu kamu. Yakin dan percayalah dengan janji ALLAH ini.

Dan kepada Datuk Wan Rahim dan yang sewaktu dengannya, moga permintaan kamu akan dimakbul ALLAH. Mungkin elok sebelum malakul maut menjemput, berwasiatlah kepada keluarga kamu supaya Karpal Singh yang mengimamkan solat jenazah kamu, dan mentalqinkan kamu. Dan kalau dapat, wasiatkan kepada keluarga supaya buat pakej sekali supaya Karpal Singh menjadi kalipah tahlil buat jenazah kamu. Dan mungkin kamu boleh minta kepada pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan untuk mintak tuhan simpan satu bilik disorga buat kamu.

Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Allahhumma ya ALLAH, peliharalah iman dan aqidah kami, dikala umat Islam sedang menghadapi ujian aqidah yang hebat ini. Segala puji itu bagiMu ya ALLAH. Kau Tuhan Raja segala raja. Kepada Mu kami menyembah, dan kepada Mu kami pohon bantuan dan pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan para anbiya, syuhada, solehin dan muqminin. Jauhkanlah kami daripada jalan mereka yang Engkau murkai, dan jalan mereka yang telah Engkau sesatkan. Ameen ya robbal 'alameen.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
23 Muharram 1432
01 Januari 2011

Anwar Ibrahim

Posted: 01 Jan 2011 07:22 PM PST

Anwar Ibrahim


Kenyataan Akhbar Menteri Besar Selangor

Posted: 01 Jan 2011 01:02 AM PST

KENYATAAN AKHBAR
1 JANUARI 2011

______________________________________________________________________________
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MEMBELAKANGKAN ETIKA PROFESIONAL PEGAWAI TINGGI KERAJAAN

Kerajaan Selangor kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.

Pemilihan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.

Selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat untuk proses dokumentasi pelantikan.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato' Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam Kerajaan Negeri Selangor.

Ketika mengumumkan pelantikan Dato' Mohamad Khusrin Munawi, Ketua Setiausaha Negara bukan saja membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Lebih merunsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan. Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

________________________________________________________________________________________________________________________________
PRESS STATEMENT
JAN 1, 2011
CHIEF SECRETARY DISREGARDS PROFESSIONAL CONDUCT AMONG CIVIL SERVANTS

The Selangor Government regrets that Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan willfully ignored the process of selection adopted by the state in choosing the best candidate to fill the state secretary position.

In naming Dato Khusrin Munawi , the Chief Secretary had disregarded the selection process which is in line with the civil service practice notes as prepared by the state civil service commission which seeks advice from the public civil service at the federal level.

The selection process requires the state civil service to propose candidates suitable for the position for the approval of the Menteri Besar after which the names will then be presented to the DYMM Sultan of Selangor for consent.

After securing the consent of the Sultan, the state service will forward the name to the public civil service for appointment.

The State had taken a step further by setting up a committee led by Selangor State Assembly Speaker Dato' Teng Chang Kim to interview all eight candidates proposed by the state civil service commission. The committee had chosen three best candidates based on their merits apart from other necessary criterias needed to fill such a strategic and senior position.

When he announced Dato Khusrin's appointment , the Chief Secretary had not only bypassed the Menteri Besar but he had willfully disregarded a process which had picked the best candidates based on their ability, caliber and experience.

Needless to say, Tan Sri Mohd Sidek's acts are unconstitutional, irresponsible and unprofessional which can be construed as a political act in an attempt to sabotage the credibility of the Pakatan Rakyat Government in Selangor.

Additionally, Tan Sri Mohd Sidek has sent out an unhealthy message to civil servants that merits and ability is not priorities in promoting government servants who are already facing criticisms for being ineffective and incompetent.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

PKR HULU LANGAT

Posted: 01 Jan 2011 03:21 PM PST

PKR HULU LANGAT


Harap Maaf......

Posted: 01 Jan 2011 07:19 AM PST

Belum ada masa utk update....

AMK KLGT

Posted: 01 Jan 2011 03:04 PM PST

AMK KLGT


Perutusan Tahun Baru 2011 Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Posted: 01 Jan 2011 05:45 AM PST




Ayuh Isytihar 2011 "Tahun Pemulihan Malaysia"!

2010 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai perkembangan yang bercampur baur dan menarik perhatian rakyat. Pastinya, impak yang pelbagai juga akan mengesani rakyat Malaysia, khususnya generasi muda.

Di sebalik perencanaan agenda transformasi yang bermacam-macam jenis oleh Umno-BN, rakyat seolah-olah tidak merasai kesannya baik secara langsung ataupun tidak langsung. Yang pasti, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kemungkinan kenaikan harga tarif air dan elektrik nyata sekali akan terus menghimpit kehidupan rakyat yang terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi dari hari ke hari.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) meyakini sepenuhnya bahawa cabaran tahun 2011 bukan sesuatu yang mudah bagi generasi muda Malaysia. Ternyata, melalui propaganda Umno-BN, rakyat seolah-olah sedang dihipnotis agar melupakan bala yang dilakukan oleh Umno-BN. Dalam masa yang sama, tawaran KEADILAN dan Pakatan Rakyat (PR) diperkecil dan dihenyak sepanjang masa oleh media.

KEADILAN dan PR konsisten di dalam menawarkan penyelesaian kepada kemelut politik dan ekonomi yang membelenggu rakyat Malaysia. Segalanya dihalusi dengan kajian dan penyelidikan yang terperinci dengan mengambil kira pembaziran yang dilakukan oleh Umno-BN.

Memperlihatkan kepada keampuhan KEADILAN dan PR, Umno-BN tergamak untuk membelakangi prosedur untuk melakukan pelbagai tekanan ke atas KEADILAN, antaranya ialah mengharamkan permit Suara Keadilan dan juga menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen PR: YB Karpal Singh, YB Azmin Ali dan YB Sivarasa Rasiah daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan.

Serangan ke atas KEADILAN khususnya pasca pemilihan juga bertubi-tubi dilakukan Umno, kononnya KEADILAN berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pemilihan 2010 yang menyaksikan sejarah tercipta dengan sistem 1 Anggota 1 Undi. Meskipun masalah kecil yang diperbesar media, KEADILAN berjaya memperkemas barisan kepimpinannya dengan pengenalan muka-muka baru khususnya suara-suara muda di dalam kepimpinan KEADILAN untuk terus kekal relevan dalam arus politik semasa.

Hakikatnya Umno buntu mencari butir jawapan kepada serangan KEADILAN dan PR. Isu penyelewengan dalam tadbirurus Felda, kenaikan harga minyak dan barangan, ketirisan dalam pelbagai perolehan kerajaan seperti yang dilapor oleh Laporan Ketua Audit Negara, semuanya gagal dijawab dengan fakta melaluikan 'auta' berpanjangan melalui media arus perdana kepunyaan Umno-BN.

Yang terus berlaku ialah rakyat ditindas secara senyap, keupayaan Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dinafi dan dicabul di bawah semangat Federalisme.

Dalam keadaan 2011 bakal menyaksikan Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan dalam suku tahun kedua, rakyat seharusnya membulatkan tekad. 53 tahun Umno memerintah Malaysia, kita kekal berada di takuk lama. Menyandarkan kejayaan hanya pada menara pencakar langit dan pembangunan fizikal sama sekali tidak tepat untuk mengatakan bahawa rakyat telah berada pada tahap kehidupan yang terbaik. Isu keselamatan, kenaikan kos sara hidup, pencabulan hak asasi dan sebagainya kekal membungkam rakyat.

AMK percaya bahawa rakyat semakin bijak. KEADILAN dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik.

Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ayuh kita nobatkan 2011 sebagai Tahun Pemulihan Malaysia!


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 01 Jan 2011 01:03 PM PST

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar

Posted: 31 Dec 2010 06:12 PM PST

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Posted: 31 Dec 2010 05:46 PM PST

LangkawiFM tingkatkan kandungan pelancongan

Posted: 31 Dec 2010 05:44 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 01 Jan 2011 11:22 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jejantas Maut 1Malaysia di Seremban, MPS memalukan PM

Posted: 01 Jan 2011 05:24 AM PST

Jejantas amat penting untuk melintas jalan, lebih-lebih jalan yang sibuk di bandar Seremban. Lagi penting kalau jejantas tersebut digunakan oleh pelajar sekolah rendah , iaitu Sekolah Kebangsaan Ampangan , Seremban yang terletak teramat hampir dengan jejantas. Tapi sayang, pihak bertanggungjawab tidak mementingkan keselamatan pelajar, yang penting ialah papantanda 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tak percaya? Tengoklah sendiri jejantas tersebut yang tidak terurus langsung. Bumbung jejantas tersebut bukan sahaja nak roboh, tapi dah roboh atapnya, dah melayang entah ke mana. Bukan saja mencacatkan pemandangan, tapi tidak selesa digunakan oleh pelajar sekolah.

Dah tahu jejantas tersebut memalukan, yang amat menggelikan hati ialah terdapat papantanda yang besar yang masih baru yang diletakan di kedua-dua belah jejantas iaitu papantanda 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang berlambangkan Majlis Perbandaran Seremban.

Lebih ajaib huruf 1 pada 1Malaysia tersebut betul-betul selari dengan bumbung jejantas yang hilang.

Apakah MPS sengaja hendak memalukan slogan ilham Perdana Menteri Malaysia?

Jejantas seharusnya tidak ada papantanda atau apa-apa halangan penglihatan, kerana ianya membahayakan pengguna yang tersorok dari pandangan umum, yang memudahkan kes cabul pelajar sekolah, ragut dan sebagainya.

Buat memalukan orang Seremban saja papantanda tersebut.

Gambar di bawah ini diambil pada Sabtu 1 Januari 2011 jam 9.15 minit pagi. Sila klik pada gambar untuk besarkan imej.





Tiada ulasan:

Pengikut