ADUN MAHARANI BERSAMA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BERKEMPEN DI DUN TENANG DI MALAM TERAKHIR
Sabtu 29 Januari 2011 adalah hari terakhir kempen pilihanraya kecil DUN Tenang. Pakatan Rakyat terus menyampaikan mesej perjuangan untuk kemenangan PAS dalam PRK DUN Tenang pada 30 Januari 2011.Cahaya kemenangan telah mula memancar dengan bulan purnama menyinari Tenang.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah diberi kepercayaan untuk turun ke DUN Tenang pada malam terakhir kempen dengan mengadakan ceramah di Bukit Mambai,Tenang Stesen dan Redong. Walaupun cuaca sejuk dengan hujan turun renyai-renyai para pengundi dan penyokong tidak jemu-jemu mendengar penerangan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sempena PRK DUN Tenang ini.
Di Bukit mambai ahli-ahli Makkal Sakti termasuk ketuanya En. Kannan turut hadir memberi semangat dan sokongan padu kepada PAS.Ceramah disampaikan oleh YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai, diikuti oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, Sdr Hanipa Maidin dan YB Dato' Sri Nizar Jamaludin.
YB Dr Mohammad berucap di Bukit Mambai.
Giliran YB Mohd Firdaus menyampaikan amanat.
Perbincangan sebelum majlis bermula.
YB Dato' Seri Nizar turut berada di Bukit Mambai
bertemu pengundi dan memberi amanat.
Sdr Hanipa Maidin, Peguam PAS, turut bersama.
YB Idham Lim berkempen di malam terakhir di Redong.
YB Dr Mohammad juga turut memberi amanat terakhirnya sebelum tengah malam.
Ucapan rayuan terakhir YB Dr Mohammad kepada pengundi-pengundi di Redong - tamat tepat jam 12.00 malam
Mari kita doakan kemenangan Cikgu Mala yang mewakili PAS - Pakatan Rakyat dalam PRK DUN Tenang esok, 30 Januari 2011.
KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat. Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.
Mohamed Elbaradei
Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut - "Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.
Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun. Demonstrasi ini mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.
Para aktivis menyebarkan SMS bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah. Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi. Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari. Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi - Kosmo
SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi kontraktor yang dilantik Felda dalam kes penebangan pokok getah Felda Raja Alias 2, Serting, Jempol.
Hakim Datuk Rosnaini Saub berkata, permohonan injunksi kontraktor dilantik Felda itu tidak sah berikutan kesemua peneroka terlibat adalah pemilik berkepentingan tanah Felda.
Keputusan hakim itu diputuskan melalui perbicaraan di dalam kamar hakim yang dijalankan secara tertutup.
Kesemua 23 peneroka itu diwakili peguam, T.Kumar dan Surina Suhaimi.
16 Disember lalu, kontraktor Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd yang dilantik Felda menfailkan permohonan injunksi untuk menghalang peneroka dan kontraktor dilantik mengurus tanah Felda Raja Alias 2.
Permohonan injunksi itu bertujuan menghalang peneroka menguruskan tanah Felda mereka atau melantik mana-mana kontraktor mewakili mereka dalam urusan penebangan pokok getah.
Tindakan kontraktor memohon injuksi mahkamah itu sekali gus menghalang peneroka menguruskan kebun dan juga tidak membenarkan peneroka menghampiri kawasan masuk kebun sejauh 200 meter.
Sementara itu, di luar mahkamah, Surina berkata, keputusan hakim itu adalah tepat dalam melindungi hak peneroka.
Menurutnya, peneroka menolak kontraktor dilantik Felda berikutan harga jualan hasil dan pokok getah ditawarkan tidak mengikut harga pasaran.
"Bagi setiap tujuh ekar tanah milik seorang peneroka, harga hasil jualan pokok getah hanya RM28,000 sahaja yang ditawarkan kontraktor dilantik Felda, berbanding kontraktor dilantik peneroka sendiri menawarkan RM35,000.
Anda semua dijemput untuk menyertai Alternative Riding Club (ARC) bagi kawasan Lembah Pantai di bawah DACS DPPLP. Kelab iniakan mengumpul setiap rider-rider fans khususnya bagi kawasan Lembah Pantai dan sekitarnya.
Antara aktiviti menarik sepanjang tahun ialah konvoi bermotor, perkhemahan, demo pemanduan selamat, barbeque, bengkel kemahiran asas motorsikal, latihan softskill dan BANYAK LAGI!!!!
Majlis pelancaran kelab akan diadakan pada 12 FEBRUARI 2011 jam 5.00 PETANG di TEMPAT LETAK KERETA PERUMAHAN PANTAI PERMAI oleh Bekas juara CUP PRIX saudara YASIR SAAD.
Sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera di dalam poster.
Seorang Peniaga makanan Sdr Mohd Zawawi telah menerima musibah atau cubaan perit bila kali ini gerainya telah terbakar awal pagi tadi. Kebakaran dipercayai berlaku di antara jam 4pg - 6 pagi. Kebakaran dapat dipadam lebihkurang jam 7pg apabila bomba dari Kuala Kubu tiba membantu. Memang perit cobaan yang ditanggung oleh beliau kerana perniagaannya baru bermula seminggu yang lalu. Lebih memilukan , isterinya berada dihospital menjaga anak lelakinya yang sedang dalam rawatan . Kali pertama , beliau terpaksa pindah dari tapak yang lama belum sempat perniagaan dimulakan walaupun semua infra dan kelengkapan sudah siap. Sedemikian marilah kita berdoa agar beliau dan keluarga tabah dan berusaha meneruskan perniagaan. Kita yang ada kemampuan diharap menghulur sedikit sumbangan wang agar dapat meringankan beban yang beliau tanggung.
Sebenarnya sebelum Juara Rakyat dan sebelum PRKp094 Hulu Selangor di zaman khir Toyo telah membaiki bumbung rosak 4 blok sahaja dari 54 blok bumbung yang rosak. Kununnya beliau telah sempat membaiki 4 blok bumbung di Taman Cempaka depan Balai Polis Bukit Sentosa.Walaubagaimanapun kualiti bumbung versi 1 itu jelas tidak berkualiti berbanding versi bumbung baru ke 2 yang dibina oleh Pakatan Rakyat.Versi bumbung baru ke3 ialah bumbung yang dibina oleh Najib semasa pRK Parlimen Hulu Selangor. Tapi jangan lupa versi bumbung baru ke 3 oleh Najib rosak teruk(1) terlebih dahulu yang melibatkan tidak kurang 3 blog di Taman Semarak. Minggu lepas , bumbung baru versi pertama Khir Toyo pula rosak.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang speaking at the DAP organised event last night. — Picture by Choo Choy May
LABIS, Jan 29 — PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang made a personal plea for the Chinese vote for tomorrow's by-election as Malays continue to shun the party's candidate, Normala Sudirman.
Speaking at a 100 table dinner organised by DAP here Hadi was hopeful that the Chinese votes, which form 39 per cent of the 14,753 voters would lead to an electoral upset in the staunchly Barisan Nasional (BN) state seat.
"In 2008, the Chinese had supported Pakatan Rakyat. PAS and DAP won in Chinese areas. Hopefully we will see a bigger win this time," said Hadi to about 1,000 people who attended the dinner at a Labis restaurant.
Also present were top Pakatan Rakyat (PR) leaders PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP secretary-general Lim Guan Eng, on his second visit drumming up support for Normala.
In 2004 BN won the seat with a majority of more than 5,517 votes but it was reduced to 2,492 votes in Election 2008, which was largely attributed to the shift of Chinese support to the opposition.
There are three Chinese majority polling districts in the Tenang constituency; Labis Tengah, Labis Timur and Labis where in 2008 PAS secured 50 to 67 per cent of the votes.
Hadi's remarks came as the PR campaign has been unable to make any inroads among the Malay voters who make up 49 per cent of the electorate. Members of the community reside largely in the Felda settlements and traditional villages known to be Umno fortresses.
Normala's colleagues from the Pas Muslimat have resorted to wearing red headscarves or tudungs, similar to the Umno colours, in a bid to enter and campaign in the Felda schemes.
"I am confident all of you will work hard in defeating BN in Tenang for us to make another step to Putrajaya," said Hadi.
In his 20-minute speech, the former Terengganu mentri besar also sought to convince the Chinese community that PAS's victory would not lead to marginalisation of the minority.
The crowd showing their support at the dinner. — Picture by Choo Choy May
"We are in one coalition, despite our religious and racial differences. PAS is an Islamic party and Islam encourages politics and politics in Islam is different from what has been practiced by Umno and Barisan Nasional," said Hadi.
PAS and DAP have been under attack from MCA for the Islamist party's Islamic state agenda. Normala's refusal to shake hands with has also been made a campaign issue by the BN's second largest party.
"We reject racism, we unite based on a common goal of upholding justice and ending cruelty. We are fair to all regardless of race or religion, just look at Kelantan," said Hadi.
Normala is facing an uphill battle against BN's Azahar Ibrahim, whose father Datuk Ibrahim Daud was a former Tenang assemblyman.
Umno sources say Azahar is assured of a win despite initial local opposition to his candidacy but his majority will depend on the number of Chinese voting for BN or PR.
Polling tomorrow will start at 8am and end at 5pm. Election Commission (EC) officials expect results to be announced by 8pm. This is the country's 14th by-election since Election 2008.
Another by-election will be held in neighbouring Malacca where the Merlimau state seat fell vacant on January 20 when incumbent Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan died.
Both Umno and Pas are expected to renew their battle in the Merlimau vote which has been fixed for March 6.
LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.
"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.
Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.
Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.
"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.
"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.
Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.
Seramai 10, 679 pemilih berdaftatr yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.
Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.
"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengndi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.
"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Mstar/-
Walaupun ramai yakin Barisan Nasional (BN) dengan keseluruhan jenteranya hampir pasti mempertahankan kerusi DUN Tenang esok, namun PAS masih optimis akan berlaku "keajaiban" yang akan memihak kepada calon mereka Normala Sudirman.
Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata, jentera parti komponen Pakatan Rakyat telah bergerak ke tahap paling maksimum sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu. Kempen berakhir tengah malam ini. Pengundian bermula 8 pagi esok.\
Beliau juga mengakui menghadapi masalah untuk mendekati pengundi Melayu terutama di kawasan Felda yang merupakan kubu kuat BN.
"Kita dah bergerak ke tahap paling maksimum, kita dah kerahkan kekuatan untuk pastikan segala maklumat dapat disalurkan seperti yang diharapkan.
"Walaupun sekarang kita tumpu kepada pengundi Melayu, namun kita tak tinggalkan pengundi bukan Melayu yang kita serahkan kepada PKR dan DAP," katanya.
Dengan menyasarkan hanya 75 peratus pemilih yang akan keluar mengundi esok, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, Pakatan Rakyat berharap pengundi Melayu akan memihak kepada Normala. Kerusi DUN Tenang menjadi saingan Normala dan calon Umno-BN Mohd Azhar Ibrahim.
"Kita hanya sasarkan lima hingga tujuh peratus undi Melayu termasuk kawasan Felda. Kita realistik, dulu pada 2008 kita dapat 28 peratus undi Melayu dan sekarang kita sasarkan antara 35 peratus hingga 40 peratus sahaja.
"Bagi pengundi Cina, kita sasarkan antara 75 peratus hingga 80 peratus akan memihak kepada kita manakala pengundi India hanya 50 peratus sahaja.
"Kita boleh menang walaupun majoriti kecil, kita harap akan berlaku sentuhan dan keajaiban esok," katanya.
Salam perjuangan kepada seluruh petugas sama ada yang telah berada di bumi Tenang ataupun di dalam perjalanan ke sana. Abu Nawas mengucapkan selamat bertugas tak kira dari parti apa sekalipun.
PRK esok sudah pasti akan menyaksikan bagaimana seluruh jentera kerajaan akan di kerah sepenuhnya untuk menghancurkan kuasa rakyat. Suara rakyat sama sekali tidak akan di benarkan oleh umno demi survival mereka untuk terus berkuasa.
Di sini abu Nawas turunkan sedikit tips kepada para pertugas sekiranya anda di tahan oleh pihak polis tanpa kesalahan jenayah. Semoga dengan tips ini para pertugas tidak gentar dengan gertakan polis yang di gunkan umno untuk menakut nakutkan para pertugas PR.
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH 'DITAHAN'? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, "Anda ditahan"
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis
2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS(semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka
3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, "Adakah saya ditahan?"
b. Sekiranya mereka berkata "Ya", jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata "Tidak", anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.
4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan
5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan
6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi 'membantu' siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda
7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya "Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya." Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta 'perlindungan' mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.
8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.
9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.
10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
PETALING JAYA: The existence of a full-fledged First Lady of Malaysia (FLOM) division in the Prime Minister's Office (PMO) proves that Najib Tun Razak lied to the Dewan Rakyat when he said his wife Rosmah Mansor had no staff of her own, opposition Member of Parliament Teresa Kok said today.
"The prime minister lied to the Dewan Rakyat in November 2010 when in his parliamentary answer to Bukit Bendera (MP Liew Chin Ton), he said that there are no full-time staff or contract staff specially assigned to his wife, Rosmah Mansor.
"Najib's statement has now been proven to be a pack of lies with the discovery that there exists a "FLOM division" in the Prime Minister's Office dedicated to serving Rosmah as evidenced by the PMO's very own staff directory web page.
" The fact that the web page was suddenly removed two to three days ago upon being criticised by the public makes the existence of this division all the more suspicious," said Kok, the Seputeh MP, in a statement.
FMT yesterday in a report revealed that the FLOM division indeed existed as a full-fledged unit. It has six staff members and enjoys the same in stature as the PMO's Media Division, Policy and Research Division, and SMPKE (Chief Executive Information and Management System) – an ICT Division. FLOM is even larger than the Economy Division which is supposedly of prime importance to Najib.
woooo... woooo... woooo.... isu Fat Lady Of Malaysia (FLOM) sudah masuk Parlimen pada November 2010... beb..., dan Tuan Menteri Perdana menipu beb.... apa sudah jadi ni....????
1Malaysia kena tipu.... ha..ha..ha..., bini punya pasal sanggup menipu Dewan Rakyat... maknanya sekaligus telah menipu rakyat laaaaa.... malangnya rakyat Malaysia ada Perdana Menteri seperti ini.... ishhh... ishhh.. ishhhh...
Itulah akibatnya kalau keraaajaan laki bini terlalu asyik berkaraoke lagu "Fantasia Bulan Madu".... kah... kah... kah....
Bini di Utamakan... rakyat pi mampuih laaaaa..... kah...kah...kah.... kalau tak menipu bukan umno namanya....
Dari soseh-soseh di dalam kedai kopi (lokasi dirahsiakan), Puteri Umno-APCO yang sedang minum-minum bersama Pemuda Umno-APCO sedang galak menelefon pengundi luar DUN Tenang!
Dari soseh mereka, setiap dari mereka yang berjaya dirayu untuk pulang mengundi di kawasan masing-masing terutamanya FELDA, akan diberikan WANG SEBANYAK RM300 SEORANG!!
Puteri Umno-APCO ini akan meminta mereka yang berjaya supaya pulang dengan menaiki bas dan mereka akan menunggu di MEDAN SELERA SUSUR KELUAR TOLYONG PENG (sebelah kiri hala ke pekan Yong Peng) atau mana-mana lokasi yang diminta untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing!
Dan keesokkannya bila hari mengundi, Puteri Umno-APCO (gambar macam bik mama - kah kah kah...) ini akan mengambil mereka dari rumah untuk dibawa ke tempat membuang undi masing-masing.
Dan selepas mereka "memangkah Barisan Najis", mereka akan dibayar tiap seorang RM300!!
Daripada rayuan mereka (Puteri Umno-APCO), mereka meminta pengundi luar ini pulang petang ini atau esok pagi (Sabtu) atau malam Ahad!
Diminta semua jentera kempen Pakatan Rakyat supaya "alert" dengan keadaan ini di samping pengundi hantu yang khabarnya akan 'menyerang" bila-bila masa saja dari sekarang!! Jalan Pulang akan memantau keadaan ini dari semasa ke semasa!!
"ini pemandangan biasa bila ada perlawana tinju..cuba bayangkan..nak bertinju..tapi lupa nak pakai seluar"
usinkata;..Kesian betulah sepupu kepada Najib ni..sapa lagi kalau buka Hishamuddin..secara jelasnya beliau menunujukan betapa kurang cerdiknya Hishamudin didalam berpolitik apatahlagi utk mencari suatu isu sebagai kempen pilihanraya dan apa yang amat menyedihkan isu yg dibawanya langsung tidak ada kena mengena dengan PRK DUN Tenang.. Selalunya jika didalam kempen PRK isu tempatan sememangnya amat "laku" bagaikan goreng pisang panas utk dihidangkan kepada pengundi-pengundi dikawasan yang terlibat.. Ini tidak..apabila diajukan laporan CNN dimana Najib dakwa Putera Saudi ada sponsor Anwar dan PR utk pilihanraya dgn rasa angkuhnya beliau sebagai Menteri DiDalam Negeri dimana pasukan Polis dibawah seliaanya terus sahaja beliau bertitah agar pihak polis menyiasat hubungan Anwar dengan pengganas antarabangsa. Kita amat maklum mengapa Hishamudin "merepek" sebegitu...walaupun isu yg dipanjangkan kepada beliau itu langsung tidak menunjukan suatu bahan "isu tempatan" utk kempen di PRK DUN Tenang..tetapi terselitnya nama Ketua Pembangkang..mudah sahaja lidahnya menjadi panjang utk menyerang susuk tubuh Ketua Pembangkang itu... Apatahlagi seminggu dua yang lalu..Anwar mengajak Najib utk bedebat atas isu ekonomi tetapi ditolak mentah-mentah oleh Najib dan umum juga tahu bunyi-bunyi bising yang mengatakan bahawa Najib takut utk berdebat turut mengguriskan hainya sebagai sepupu utama Najib.. Nah inilah masa yang ditunggu-tunggu dan Hishamudin tiba-tiba lidahnya menjadi panjang terus membuat satu pukulan kepada Anwar yang dikatakan telah memalukan Najib. Lagi melucukan dan mengatasi lawak dari peserta Raja Lawak Astro..Hishamudin dgn slambanya mengatakan beliau mengakui tidak membaca laporan CNN itu..tetapi terus sahaja mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas utk menghubungi perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini. Pulak...malangnya Malaysia memiliki Menteri seperti ini..cakap bagaikan ikut kepala lutut sahaja..kerana terlalu ghairah utk menyerang lawan sehinggakan dia terlupa utk memakai seluar ketika bertarung...
Anwar Ibrahim pun satu..dulu didakwa Pro-Yahudi-Amerika..kini didakwa Pro-Saudi-Arabia..ini maknanya bolehla kita andaikan bahawa susuk tubuh yg bernama Anwar ini telah berjaya menarik perhatian Timur dan Barat agar bersimpati dgn nasib dirinya dan juga Pakatan Rakyatnya..padahal mengikut laporan CNN itu..agen risikan Saudi langsung tidak menjumpai apa-apa bukti berhubung dakwaan dan kebimbangan Naib itu....Dan isu ini juga secara tidak langsung memberikan promosi percuma dimata dunia Arab kehadiran Anwar dan PR yg kemungkinan besar akan mengambil aih pentadbiran Malaysia di Putrajaya kelak nanti.
Lepas ini Anwar pro apa la pulak..jangan Pro-Oman sudahlah..Pro-Oman sudah digezetkan utk FLOM...Fat Lady Of Malaysia..huhuhu..
Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.
Beliau mengulas tindakan KDN untukmeminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.
"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.
"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.
'Bantahan akan lebih meluas'
Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang sering berdepan dengan undang-undang PPPA pula memberi peringatan kepada kerajaan bahawa beliau menjangkakan bantahan yang lebih meluas akan timbul, susulan daripada langkah penguatkuasaan baru itu.
Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang pengusaha dan pengamal media tradisional.
Sebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebook akan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.
Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web.
"Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat, jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.
"Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk.
"Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas," katanya lagi.
'Sikap bacul kerajaan'
Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.
Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai "sikap bacul kerajaan" untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.
Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.
"Tapi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.
"Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?," katanya lagi.
Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai "langkah tergesa-gesa" BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Tambahnya, beliau melihat langkah itu "sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat."
BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang "cukup demokratik," katanya lagi.
"Siapa saja boleh hasilkan blog, jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat)," tambahnya.
Janji Dr M
Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian.
Tambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.
Namun, langkah memperluas definisi 'penerbitan' untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang "bercita-cita terlalu tinggi," kata penasihat Redberry Media Group itu lagi.
Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.
Sementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula memerhatikan, kerajaan sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk "menyekat Internet," terutama selepas kemenangan besar Pakatan pada pilihan raya umum 2008.
Cadangan 'Green Dam'
Katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan jaminan kerajaan untuk tidak menyekat Internet melalui Rang Jaminan MSC Malaysia.
"Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.
"Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia.
"Di sebalik manipulasi dan kempen kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.
ADUN Seri Setia itu juga berkata, kerajaan sebelum ini juga telah bertindak mengenakan tekanan ke atas pengamal media Internet.
"(Ini) termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today," katanya lagi.
Oleh:Salhan K Ahmad Dan Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengundi di kawasan DUN Tenang perlu memilih calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman bagi mengeratkan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam negara ini.
Menteri Besar Kelantan itu dalam ceramahnya malam tadi berkata kerajaan pimpinan PAS di negeri itu telah melakukan pelbagai kaedah untuk merapatkan jurang antara orang Islam dan orang bukan Islam.
"Bila ada pilihan raya kita perlu pilih (calon), tapi sekarang tidak tahu pilih, sekarang kita ada calon PAS.
"Undi calon Cikgu Mala (Normala), senang sahaja... tiada apa.
"Di Kelantan ada orang kata kalau undi PAS, kita akan potong kamu punya. Ini saya panas hati, kita satu bangsa... berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam kemudian lahir pelbagai bangsa," katanya di hadapan kira-kira 200 penduduk sekitar bandar Labis.
Walaupun kurang sihat, Nik Aziz meneruskan ceramahnya dengan mengatakan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.
"Sebagai orang Islam semua tahu di Kelantan kita buat macam-macam untuk satukan rakyat, kita buat masjid di Rantau Panjang tapi bentuk seperti di China dengan tujuan untuk meredakan antara orang Melayu dan orang Cina.
"Tahun lalu kita buat Ekspo Cheng Ho, dia orang Cina tapi Muslim yang datang (ke Melaka) untuk redakan perasaan orang Melayu dengan orang Cina dan orang Cina dengan orang Melayu," katanya.
Kedatangan Nik Aziz di Bilik Gerakan DAP di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Sebaik sahaja tokoh veteran itu keluar dari kenderaan dinaiki, beliau disambut meriah.
Terlebih dahulu Normala yang turut memberikan ceramah berkata sudah tiba masa pengundi di DUN Tenang membuat perubahan besar selepas 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah.
"Sudah tiba masa kita buat perubahan selepas 53 tahun merdeka, kita harus memiliki jiwa yang bersih daripada penjajahan.
"Buatlah satu perubahan dan keazaman demi masa depan, saya percaya pengundi bijak membuat pilihan, pilihlah seorang wakil rakyat yang boleh membawa suara di (sidang) DUN Johor.
"Saya merayu kepada pengundi untuk buat satu perubaha dan keazaman dalam memilih wakil rakyat," katanya.
... xde rupa ceramah UMNO tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan... cari le mane-mane blog pencacai angkat najis UMNO... xde pun gambar org yang gie dengar ceramah... yang ade gambo di snap jarak dekat... cube snap dengan penonton sekali... mesti kantoi lah....
...yang gie dengar pun puak-puak blogger pencacai mereka... tue pun sebab nak buat cerita bodo dalam blog... tak habis-habis kisah MC suami Cikgu Mala yang ditulis sendiri oleh puak-puak pencacai angkat najis UMNgOk...
... ini pulak ceramah PAS yang didakwa mereka xde sambutan... majlis tak start lagi memang la takde org woi!!!...
... kalu betul la Cikgu Ma'arof nie menipu ... awat Muhyiddin tak ambik port pasal benda nie... hang kan Menteri Pendidikan... dakwa je terus Cikgu Ma'arof... boleh tambah modal kempen korg...wakakakaka
Beberapa hari yang lepas telah berlaku rusuhan di Tunisia sehingga tergulingnya pemerintah diktator Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Setelah 23 tahun memerintah secara kuku besi dan zalim menyebabkan rakyatnya bangkit menentang bagi menuntut hak mereka. Antara perkara-perkara yang membangkitkan rasa kemarahan rakyat adalah :-
Pemimpin kerajaan sibuk mengumpul harta untuk diri sendiri. Projek dan limpahan kekayaan diagihkan kepada kroni-kroni presiden. Dianggarkan harta presiden di Perancis ialah GBP 3.5 billion hasil dari negara Tunisia yang telah di curi.
Sikap isterinya, Leila Ben Ali yang hidup bermewah-mewah dan boros kerana hobinya yang suka membeli belah di Dubai sehingga ia digelar Imelda Marcos negara arab.
Kadar pengganguran yang tinggi iaitu 14% hingga ramai para graduan tidak mendapat pekerjaan.
Tahap rasuah yang melampau.
Presiden telah mengharamkan semua parti Islam dan mengharamkan pemakaian tudung dan hijab di Tunisia.
Semua projek mesti melalui isteri presiden dan para pembodek dan pengampu kerajaan pasti akan mendapat kerja & projek pembangunan kerajaan.
Kawalan yang ketat ke atas penggunaan internet.
Kesatuan kerja dikawal dan ditutup suara mereka. Pelajar dan universiti dikawal oleh akta universiti.
Dilaporkan bahawa presiden sanggup membeli dan menerbangkan yogurt dari Perancis dengan menggunakan pesawat peribadi bagi tujuan sebuah parti keraian.
Paling tidak berhati perut (sebagai seorang muslim) kerana tidak membenarkan rakyatnya membuat demontrasi anti-Israel dan melarang usaha rakyatnya untuk mengutip dana bagi membantu penduduk Gaza.
Beliau dan isterinya serta keluarganya dikatakan telah melarikan diri ke Jeddah, Arab Saudi. Terkini kerajaan sementara Tunisia telah memerintahkan agar beliau dan isterinya serta keluarga ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa dan harta negara.
LAPORAN CNN: NAJIB JAGA TEPI KAIN ANWAR, KATA PEMIMPIN PKR - minsider
Pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Najib Razak menyalahgunakan saluran diplomatik untuk "kepentingan peribadi" dengan meminta kerajaan Arab Saudi menyiasat Anwar Ibrahim berhubung pembiayaan pilihan raya.
Sedangkan, Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan enggan menyiasat aliran keluar wang haram yang didakwa mencecah RM888 bilion, yang lebih "mencemaskan", kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata PKR sangat mual dengan tingkah laku Najib yang dilaporkan menekan kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan bahawa Anwar dibiayai tokoh-tokoh Saudi.
". . . sedangkan sehingga sekarang PM masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI," kata Rafizi yang juga ketua eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Dalam ulasannya pagi tadi, Anwar yang juga Anwar merupakan Penasihat Ekonomi Selangor mendakwa laporan CNN menyerlahkan "ketakutan dan rekayasa" Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.
Anwar juga berkata beliau tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri yang juga presiden Umno sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmahnya.
Laporan CNN itu muncul ketika tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang dan di tengah-tengah spekulasi negara bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13.
nota: sunnah wal rasuah ini banyak fatwa songsang 1 - rasuah ok 2 - ISA ok 3 - tipu ok 4 - judi ok 5 - duit lendir ok yang tak ok bila china berani masuk masjid kah kah kah
FATWA SONGSANG NIK AZIZ KELIRUKAN MASYARAKAT : MUHYIDDIN – meloya
Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang yang mengelirukan masyarakat.
Menurut Muhyiddin, tidak wajar Nik Aziz melabel umat Islam yang tidak menyokong Pas sebagai jahil atau bodoh.
Umat Islam di negara ini, kata Muhyiddin, mengikut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan pengundi di Dewan Undangan Negeri tidak menyokong Pas bukan bermakna mereka bodoh.
"Apakah penduduk Labis jahil kerana tidak sokong Pas? Sebagai seorang bertaraf tok guru beliau tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang, kita di Johor berasa tersinggung," katanya.
nota: jika kerajaan mubarak runtuh maka seluruh negara arab akan berubah - mesir adalah kunci untuk perubahan - malah politik arab israel juga akan berubah
kita tunggu dan nanti
PERTEMPURAN BERTERUSAN DI CAIRO –
Associated Press= CAIRO (AP) — Thousands of anti-government protesters wielding rocks, glass and sticks chased hundreds of riot police away from the main square in downtown Cairo and several of the policemen stripped off their uniforms and badges and joined the demonstrators.
An Associated Press reporter saw the protesters cheering the police who joined them and hoisting them on their shoulders in one of the many dramatic and chaotic scenes across Egypt on Friday.
After chasing the police, thousands of protesters were able to flood into the huge Tahrir Square downtown after being kept out most of the day by a very heavy police presence. Few police could be seen around the square after the confrontation.
LAMAN DIREKTORI WANITA PERTAMA JPM DIKELUARKAN - mkini
Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.
Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau "Wanita pertama Malaysia".
Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Rosmah Mansor, isteri Abdul Razak.
Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.
Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.
Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.
Kebolehan yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang adalah untuk seseorang itu membesarkan syariatnya tetapi sayang sesetengah orang nikmat kepandaian dan kebolehannya digunakan untuk mempersendakan ajaran dan suruhan Allah SWT.
Terbaru isu bersalam yang digembar-gemburkan oleh media sempena Kempen Pilihanraya Kecil Dun Tenang sehingga ada yang sanggup melukis kartun dengan niat sinis menghina muslimah dalam isu bersalam ini.
Kartun dalam Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang.
Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang muslim wanita. Dan seorang pula wanita cina menjual ikan. Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Gambar ni menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri! Gambar ini jelas menunjukkan perasaan prejudis orang cina dengan digambarkan melalui peniaga wanita cina terhadap wanita muslimah Islam. Apa lagi yang mahu disampaikan oleh kartun seperti ini? Tidak lain dan tidak bukan ianya bertujuan jahat semata-mata menimbulkan perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam itu sendiri.
Apakah pihak ini sudah kehabisan modal untuk berkempen sehingga sanggup melukis dengan perasaan tidak suka dengan seorang muslimah yang hanya menunjukkan satu contoh bagaimana sepatutnya seorang muslimah Islam bersikap??? Rendahnya tahap pemikiran mereka.
Ya Allah berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka semua ini..... Tunjukkan jalan kepada mereka agar mereka kenal kecantikan dan keelokkan agama mereka sendiri dan selamatkan mereka daripada jahiliyyah yang bersarang dalam benak daan jiwa mereka itu dan berilah pertolongan dan kemenangan kepada hamba-hambaMu yang soleh dan solehah khususnya mereka yang berusaha menegakkan syiarMu... amiin, ya rabbal 'aalamiin.
Salam...kali ni ambo nak berkongsi tentang perbezaan ketara antara calon Pas dan calon Umno PRK Dun Tenang,apa yang hendak dikongsikan disini bukan dari segi politik yang semua orang dah tahu tapi dari aspek kehidupan kedua calon.Ni bukan fitnah ni bro tapi kenyataan yang sah dari kedua calon.Siap dengan bukti print screen lagi,korang lihat je kat bawah
Calon Pas Normala Sudirman dan Calon BN Azhar Ibrahim di hari Penamaan Calon PRK Dun Tenang
Nabi Muhammad SAW merupakan idola cikgu Mala,sudah semestinya kerena beliau mewakili parti yang memperjuangkan Islam...
Sementara calon BN menjadikan bekas PM Dr Mahathir sebagai idolanya,ya la bro puak2 sekular ni lebih suka jadikan idola mereka seseorang yang sealiran dengan mereka,baru ada klass gitu he..he..
Cikgu Mala juga mendengar muzik.Bagaimanapun beliau lebih meminati muzik nasyid yang lebih bercorak keislaman...
Calon BN juga suka muzik,tapi nasyid2 ni tak mainlah broo.Muzik barat beb R&B siap berkaraoke lagi...
Mungkin perkara yang dipaparkan diatas dianggap remeh bagi sesetengah orang.Tapi ianya sudah cukup menggambarkan keperibadian kedua dua calon.Fikir fikirkanlah...
Wawancara penuh dengan cikgu Mala boleh diikuti DISINI sementara dengan calon BN DISINI/Thijau
Lapuran dari pemerhati di Tenang mengatakan yang 'reluctant candidate' dari BN, sdr Azhar Ibrahim sekarang ini sedang 'frust' (cuma masih belum menonggeng) setelah PAS/PR yang telah berjaya men'Jarum' pengundi-pengundi di-Tenang selepas satu sidang akhbar selasa lepas dimana mereka telah berjaya membawa seseorang yang mendakwa telah menyaman calun BN ini berhubung dengan satu urusan yang berkaitan dengan tanah.
Calun dari BN ini terpaksa 'berbuih' mulut cuba menerang dan menjawab isu ini bila dia mula ditanya oleh pengundi-pengundi semasa berkempen dengan mengatakan yang bukan dia yang disaman, tetapi dia hanya menjadi saksi dalam kes itu.
Calun BN ini seorang yang 'very educated' dan dia pun cukup paham dengan kepala otak pengundi-pengundi disana yang tidur mereka seawal jam 9-10 malam dan bangun pula pada jam 5 pagi untuk keluar menoreh getah dan mengait kelapa sawit untuk meneruskan kehidupan, jadi bila pengundi-pengundi ini sudah dijarum dengan mengatakan yang dia sekarang ada 'court case', ini bermakna PAS/PR tidak tipu dan hal itu adalah benar. Jadi saksi atau didakwa tidak timbul, yang pengundi-pengundi ini paham ialah "engkau tipu dan engkau memang ada kes".
Secara automatik sudah dua hari 'rating' calun dari BN ini telah jatuh merudum.
* Patut pun berita radio pagi-pagi buta hari ini 'headlines' dengan nada tegas berbunyi "Jangan silap pilih calun !".
Sementara itu dengan jatuhnya 'rating' calun dari BN ini, maka calun dari PAS/PR yang merupakan 'calun idaman hati' gurkah-gurkah politik di'port' iaitu cikgu Mala kita, telah mula mendapat kepercayaan dari setengah pengundi-pengundi DUN Tenang serta keseluruhan pengundi-pengundi 'atas pagar' dimana mereka telah memberikan respon yang positif dari semua bangsa melayu,india,cina serta masyarakat orang asli bila mereka kata yang mereka sudah tidak sabar untuk melakukan perubahan di DUN Tenang.
Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) saya merayu kepada seluruh pengundi di DUN N.05 Tenang supaya memberi undi kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu 'Cikgu Mala' dalam pengundian pada hari Sabtu 30 Januari ini. Segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan para pengundi memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja kawasan Tenang tetapi kepada politik negara.
Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.
Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.
Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu, pengundi di DUN Tenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.
Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
LABIS, 29 Jan — Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang menghampiri penghujung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi merayu masyarakat Cina memberikan undi padu kepada calon mereka Normala Sudirman. Pengundian diadakan esok. Kempen akan berakhir secara rasmi tengah malam ini. Bercakap pada majlis makan malam anjuran DAP, rakan komponen Pakatan Rakyat, Hadi berharap masyarakat Cina yang terdiri daripada 39 peratus pengundi di Tenang akan melakukan kejutan dengan mengubah kedudukan di mana kerusi itu secara tradisi dipegang oleh Barisan Nasional (BN). "Pada 2008, kaum Cina telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP menang di kawasan Cina, harap kemenangan selepas ini lebih besar. "Saya yakin pengundi Cina akan melakukan kerja menumbangkan Barisan Nasional untuk anak tangga menuju Putrajaya," kata Hadi lagi. Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng — yang melakukan kunjungan kedua untuk menarik sokongan kepada Normala, calon wanita mewakili parti itu. Kerusi DUN Tenang menjadi rebutan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN. Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi. Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 dan yang pertama sejak 1989. Dalam ucapannya Hadi turut menegaskan Islam yang diperjuangkan PAS berbeza dengan Islam dibawa Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara. Beliau berkata Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP bergabung dengan hasrat untuk membelas nasib rakyat yang ditindas kerajaan BN selama ini. "Pakatan rakyat adalah pakatan yang disertai PAS yang berhasrat sama dengan orang Islam dan bukan Islam dalam PKR dan DAP. "Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf. Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman. "Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah," katanya. Hadi menjelaskan Islam agama yang menganjurkan politik dan ia perlu dijelaskan kepada seluruh rakyat termasuk orang bukan Islam. "Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. "Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno. "Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman," katanya. Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pakatan Rakyat akan sentiasa menegakkan keadilan tanpa mengira kaum dan latar belakang. "Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum. "Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, kita selesaikan tanah di Kampung Baru," kata bekas menteri besar Terengganu.
LABIS, 29 Jan: Riibuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah kempen utama mereka di Tenang malam tadi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat.
Kawasan tanah lapang yang disewa oleh PAS berhadapan dengan Dataran Wayang Pacak mereka telah diberikan nama jolokan iaitu Dataran Cikgu Mala sempena dengan nama calon PAS untuk pilihan raya kecil Tenang. Kehadiran begitu ramai ini memberikan gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kalau tidak semua mereka adalah penduduk tempatan, kesanggupan mereka datang membayangkan sokongan untuk Pakatan dari seluruh negara walaupun dimomokkan dengan pelbagai isu oleh media BN.
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurukamera Harakah, Wan Zahari Wan Salleh.
Jika pengundi DUN Tenang memilih untuk mengundi BN dan BN menang dalam pilihanraya ini, inilah isyarat yang dihantar oleh para pengundi kepada parti yang memerintah;
1. BN bebas menghapuskan subsidi harga barang pada masa depan kerana pengundi Tenang tidak terkesan dan tiada sebarang masalah dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan lain kerana harga komoditi getah dan sawit sedang melambung pada waktu ini.
2. MCA bebas menghina Islam dan nilai-nilai Islam sebab orang melayu Islam di Tenang tidak kisah dengan komen-komen komponen BN yang menghina Islam asalkan BN terus memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan orang melayu dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa pilihanraya ini.
3. FELDA akan terus memanipulasikan peneroka FELDA dengan perkhidmatan yang bertaraf rendah tetapi dicajkan dengan mahal kepada para peneroka kerana peneroka di DUN Tenang tetap akan mengenang jasa BN dalam menubuhkan FELDA walaupun penyalahgunaan dana FELDA untuk pelbagai tujuan yang tidak menguntungkan peneroka telah didedahkan dengan seluas-luasnya.
4. UMNO bebas memilih calon yang mewakilinya walaupun calon itu dibuktikan di mahkamah telah tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama sebagaimana sepatutnya kerana pengundi Tenang masih mengundi Azahar walaupun dia pernah diturunkan pangkat dan gagal menjalankan tugas sebagai ADO dengan adil dan saksama.
5. PAS akan terus lemah di Johor dan orang melayu Johor tidak ada peluang untuk membuat rundingan yang lebih menguntungkan dengan Kerajaan BN kerana Kerajaan BN tidak gusar sedikit pun bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka dalam mana-mana pilihanraya.
MELAKA: Kerajaan Umno-BN didakwa mungkir janji apabila sekali lagi menaikkan harga minyak petrol baru-baru ini yang jelas membebankan golongan berpendapatan rendah walaupun sebelum ini kerajaan telah berjanji tiada kenaikan harga minyak petrol dalam masa terdekat.
Menurut Selamat Aman, pekerja swasta, 40, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan yang harga minyak petrol tidak akan dinaikan tetapi malangnya kenaikan tetap juga berlaku dengan alasan harga minyak dunia yang diapungkan sejak Julai lalu.
"Rakyat yang sudah begitu terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak petrol sebelum ini semakin tertekan kerana kenaikan harga yang terbaru ini pasti diikuti dengan kenaikan harga barang dan sebagainya," katanya.
Seorang suri rumah, Santhi A/P Vellasamy, 43, berkata, kerajaan tidak patut menaikkan lagi harga minyak petrol kerana dengan kenaikan pelbagai kos kehidupan dan harga barangan keperluan masa kini, bagaimana golongan berpendapatan rendah ingin hidup.
"Suami saya cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan yang mana gajinya kecil iaitu cuma cukup untuk menampung sewa rumah, makan minum yang ala kadar, belanja persekolahan anak-anak dan bil api serta air. Kalau harga barang naik lagi sedangkan gaji tidak naik masih di takuk lama juga bagaimana kita nak teruskan kehidupan ini, kerajaan kena memikirkan nasib golongan yang susah seperti kami bukannya hanya nak menguntungkan golongan kaya sahaja," ujar beliau.
Menurut Zainol Abidin Mohd Alwi, bekerja sendiri, 35, Kerajaan BN tidak prihatin dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat setelah menaikkan harga minyak petrol sebelum ini dan ini amat bercanggah sekali dengan slogan 'Rakyat Didahulukan' di dalam 1Malaysia.
"Saya yang masih bujang turut terkesan dengan kenaikan pelbagai kos dan harga barangan masa kini apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga serta mempunyai tanggungan yang besar, yang sudah tentu menjadikan kehidupan mereka semakin terhimpit," tambahnya.
Sementara bagi Abdul Aziz Mohamad, 49, kerajaan melakukan penipuan kerana telah berjanji tidak menaikkan harga minyak petrol dan perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku di dalam negara pengeluar minyak seperti Malaysia.
"Dengan pendapatan yang masih sama tetapi harga minyak telah beberapa kali naik bagaimana orang seperti saya nak mengharungi keperitan bergelut dengan kenaikan pelbagai kos dan harga barang, malah kini saya terpaksa berbasikal ke tempat kerja bagi menjimatkan belanja," jelasnya.
HARAKAH 10 - 12 SAFAR 1432 / 14 - 1 6 JANUARI 2011
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) saya merayu kepada seluruh pengundi di DUN N.05 Tenang supaya memberi undi kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu 'Cikgu Mala' dalam pengundian pada hari Sabtu 30 Januari ini. Segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan para pengundi memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja kawasan Tenang tetapi kepada politik negara.
Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.
Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.
Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu, pengundi di DUNTenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.
Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS 27 Januari 2011
LABIS, 28 Jan: PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yg mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.
Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakkit (guru tersebut) dan majikannya.
Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.
"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.
Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.
Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.
Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.
Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.
Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.
"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan," katanya lagi.
Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.
Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.
"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.
"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.
Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.
Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.
"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya.
SHAH ALAM, 28 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Dr Siddiq Fadzil akan menyertai wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk Ahad, 30 Januari ini.
Wacana untuk memperkasakan fikrah rakyat ini akan diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam, Selangor.
Program ini akan di fasilitatorkan oleh Dr Mohd Nor Manuty, Ketua Penerangan PKR akan diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.
Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).
Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu. Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.
Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.
Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.
Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.
Sharizat Jalil ni sebenarnya cantik. Korang je selalu kutuk die. Ha Ha Ha. Kan ayu bile pakai tudung tu. Tapi yangg tak ayunya UMNO bagi persepsi palsu kepada orang felda yang Sharizat ni memang pakai tudung sejak dulu. Walhal, sejak bilo dio pakai tudung?
LABIS: Srikandi KEADILAN malam semalam membuat laporan polis berikutan kamera kepunyaan salah seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dirosakkan dua ahli Puteri Umno di sini, petang semalam.
Kejadian berlaku ketika anggota AMK itu sedang merakam gambar kugiran muzik sebelum dua ahli Puteri Umno melalui kawasan berhampiran dan 'perasan' atau menyangka gambar mereka diambil, sedangkan lensa di hala ke arah kugiran.
Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Ismail, berkata ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan menepis kamera berkenaan hingga terhempas dan mengalami kerosakan teruk.
Beliau berkata, kedua-dua ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan beredar meninggalkan kawasan itu tanpa memohon maaf atau membayar ganti rugi.
"Kami memanggil kedua-dua Puteri Umno itu untuk penjelasan tetapi tidak diendah. Dua anggota polis yang berada di tempat kejadian turut sama memanggil mereka tetapi gagal, malah tangan seorang anggota turut ditepis," katanya.
Berikutan itu, Siti Aisyah membuat laporan di balai polis Labis. Puteri Umno itu turut berbuat demikian.
"Srikandi dan Puteri Umno kemudian bersetuju menarik balik laporan, sebaliknya mereka menuduh kononnya 'persentuhan fizikal' dan penggunaan kata-kata kesat dalam laporan mereka," katanya yang bercadang membuat dua lagi laporan.
LABIS, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin masyarakat Cina di Dun Tenang akan bersama Paktan Rakyat pada pilihan raya kecil itu esok.
Berucap pada majlis makan malam anjuran DAP malam tadi, beliau yakin sokongan lebih besar akan diberikan kaum itu berbanding Pilihan Raya Umum lalu.
"Pada 2008, kaum Cina telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP menang di kawasan Cina, harap kemenangan selepas ini lebih besar.
"Saya yakin pengundi Cina akan melakukan kerja menumbangkan Barisan Nasional untuk anak tangga menuju Putrajaya," lapor portal The Malaysian Insider.
Tambahnya, hasrat utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP adalah untuk membela nasib rakyat semua kaum yang ditindas kerajaan BN selama ini.
"Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf (kerjasama politik). Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.
"Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah," katanya.
"Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
"Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno.
"Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman," katanya menjelaskan perbezaan.
Sehubungan itu jelasnya, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat yang telah terbukti di beberapa buah negeri yang diperintah memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.
"Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum.
"Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, kita selesaikan tanah di Kampung Baru," kata bekas menteri besar Terengganu itu.
39 peratus pengundi Dun Tenang adalah terdiri daripada masyarakat Cina.
Pengundian diadakan esok. Kempen akan berakhir secara rasmi tengah malam ini.
Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Calon PAS, Normala Sudirman akan berdepan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.
Lensa Batu Gajah Mari dapat 'shoot' gambar Puteri UMNO dengan gaya yang 'sopan' lagi 'beradab' serta menjaga tatatusila aurat. Gambar ini diambil ketika Calon PAS bersama Ustaz Idris ahmad berkempen dan bersarapan di tempat orang UMNO berkubu iaitu di bersebelahan Pejabat UMNO Bahagian Labis.
Memang nampak begitu wara' dan alim' orang UMNO ni... tahniah... hehehe..
- 75 peratus pengundi Cina sedia mengundi PAS LABIS - Presiden Parti Makkal Sakhti Malaysia, R. Kannan yakin 60% pengundi India di DUN Tenang akan mengundi calon PAS, Normala Sudirman.
Beliau yang ditemui Buletinonline dekat Markaz Operasi PAS disini berkata, para petugas partinya telah berkampung selama lebih dua minggu di DUN terbabit.
Menurutnya, apabila petugas Makkal Sakhti bertemu dengan pengundi-pengundi India dibawah, majotinya dikampung Tenang Jaya dan mendapati. pengundi kaum India takut menyatakan sokongan secara terbuka.
(Gambar - R. Kannan (kiri) ketika ditemui Buletinonline malam semalam)
Mereka sebenarnya, kata beliau bukan tidak menyokong PAS namun mereka bimbang kepada ugutan dan disisikan dari mendapat bantuan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim berkata 75% pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sudah bersiap sedia untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Felda Cemplak disini semalam.
Ng yang fasih bertutur dalam bahasa 'Jawa' berkata, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh negeri itu.
Katanya wakil-wakil rakyat dari parti DAP telah menyokong peruntukkan tersebut membukti bahawa parti itu bukan sebuah parti yang anti Islam.
Beliau menempelak sebenarnya parti MCA lah yang menghina Islam dan hukum-hakam Islam.
Katanya, MCA menjadi 'sesat' kerana berkawan Umno/BN berbanding dengan DAP yang dapat memahami hukum-hakam Islam apabila bersama PAS dan PKR dalam muafakat Pakatan Rakyat.
Penyokong PAS telah menagadakan Munajat Perdana di Dataran Cikgu Mala. Munajat itu diadakan pada pukul 4 pagi tadi. Ruangan dataran itu telah dipenuhi penyokong PAS.
Ribuan rakyat telah membanjiri Dataran PAS di Labis untuk mendengar ceramah daripada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Antara pimpinan yang menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Ajk PAS Pusat Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan beberapa pimpinan lain. Ceramah itu juga dihadiri oleh Calon PAS Cikgu Normala Sudirman. Walaupun hujan lebat, rakyat tetap membanjiri dataran tersebut bagi mendengar ceramah dan penjelasan isu semasa oleh pimpinan Pakatan Rakyat
SHAH ALAM 29 Jan. – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.
Beliau berkata, Mursyidul Am Pas itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain Pas sebagai orang jahiliah.
"Ini adalah kata-kata yang tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Mursyidul Am dan saya percaya ramai di dalam Pas tidak setuju dengan pandangan beliau. Menteri Besar itu akhir-akhir ini sudah jadi pengeluar fatwa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2011 di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong di Labis dua hari lepas, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Sehubungan itu, Rais berkata sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam khususnya menilai Mursyidul Am Pas itu dengan sebaiknya dan tidak lagi diperlekehkan oleh beliau. "Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (Pas) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak," kata beliau. - Bernama
Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm
"Insyaallah pada 31 january 2011 jam 10.00 am Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan memorundum bantahan terhadap penahanan dan pembantaian rakyat Mesir dalam siri demontrasi di sana. Kerahkan semua anak muda untuk menunjukkan semangat solidariti ummah. jom !"
Sama-sama kita buat penilaian...siapakah yang sepatutnya dipilih 30 Januari ini.
mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?
Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.
Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.
Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan, tapi Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat
Pemenang : Cikgu Mala
Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?
Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.
(GAMBAR: Azhar kelihatan segan-segan untuk harungi air banjir manakala Cikgu Mala dilihat melakukannya dengan gembira)
Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.
Ulasan : Tok Ai kaki karaoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu ketuhanan
Pemenang : Cikgu Mala
Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?
Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.
Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.
Ulasan : Haha Tok Ai kaki wayang sedangkan Cikgu Mala lebih memperuntukkan masa kaki wayang untuk mendidik anak-anak
Pemenang : Cikgu Mala
mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?
Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.
Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.
Pemenang : Seri
mStar: Makanan kesukaan anda?
Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.
Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.
Pemenang : Seri
mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?
Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.
Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Ulasan : Tok Ai kaki melancong dan bangga tempat-tempat luar negara yang dilawati. Banyak tempat dilawati (duit ambik mana ni), tapi sayang Makkah tiada dalam senarai. Cikgu Mala lebih guna masa terluang untuk aktiviti bermanfaat dan khidmat pada masyarakat
Pemenang : Cikgu Mala
mStar: Sukan apa yang anda gemari?
Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.
Ulasan : Golf permainan untuk orang malas dan buncit perut, bukan sukan untuk masyarakat. Tok Ai suka bersama kawan-kawan kaya, Cikgu Mala lebih bersama masyarakat
Pemenang : Cikgu Mala
mStar: Bahasa yang anda kuasai?
Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.
Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.
Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa
Pemenang : Cikgu Mala
Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?
Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, 'Tok Ai'. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, 'Tok' dan 'Ai' itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.
Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.
Ulasan : Tok 'dot dot' adalah gelaran kuno untuk golongan atasan, sedangkan cikgu adalah gelaran mulia orang berilmu
Pemenang : Seri
mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?
Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura
-kura, 'Lulu dan Lala' saya jadi suka kepadanya.
Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya 'Mickey'.
Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura? Heheh, haiwan yang suka mencari kelemahan orang untuk tonjolkan kepadanya!
Pemenang : Cikgu Mala
mStar: Siapakah idola anda?
Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.
Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.
Ulasan : Allahu Akhbar! Jawapan ini menghurai segala-galanya untuk insan bernama manusia
Pemenang : Cikgu Mala (2 kali menang untuk soalan ni)
Mstar: Pelakon yang anda sukai?
Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.
Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.
Ulasan : Jelas siapa yang mengagungkan mat saleh kera di hutan dan siapa yang bangga dengan produk tempatan
Pemenang : Cikgu Mala
mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?
Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.
Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.
Ulasan : Jawapan Cikgu Mala sekali lagi menonjolkan ciri-ciri pemimpin kepada mayarakat
Sungguh biadap akhbar tabloid Harian Metro memainkan sentimen agama dalam sisipan akhbar cetaknya semalam (27 Januari 2011)..dlm tak sedar, mereka sebenarnya telah menyindir dan menghina Islam sendiri!
Siapa kartunis Juragan ni?..nama sebenar beliau ialah Mohd Desa Omar atau lebih popular dengan nama penanya, "Juragan"..asal Perak dan pernah melukis untuk majalah Gila-Gila..pernah menjadi guru sebelum kembali aktif melukis utk akhbar Harian Metro sejak tahun 1991 sehingga kini..
Mungkin beliau jahil dalam hal ini, maka tiada salahnya jika mengaku kesalahan..penulis selaku pembaca akhbar Metro menuntut beliau, termasuk (editor) akhbar Harian Metro membuat permohonan maaf atas isu ini..
Cukuplah dgn penghinaan dan sindiran tajam oleh parti MCA dan Gerakan terhadap maruah dan syariat Islam ini, jgn umat Islam sendiri terikut2 dgn rentak mereka akibat kejahilan diri sendiri!..fikir2kan..wallahua'lam..
CERAMAH UMUM Tarikh : 31 Januari 2011 (ISNIN) Masa : 9 Malam Tempat : PASTI Wildan (Sebelah Masjid Ampangan), Jalan Seremban-Jelebu, Seremban Penceramah : Tn Hj Mohd Sabu , AJK PAS Pusat YB Ravi , ADUN Port Dickson
TELUK INTAN, 28 Januari - Misi Datuk Khusrin Munawi mensabotaj kerajaan negeri Selangor sejak beliau menjadi Pengarah JAIS dan oleh kerana beliau berjaya maka tugas dan peranan beliau telah diangkat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ini telah diperjelaskan oleh ADUN Hulu Kelang YB Saari Sungib semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.
(Dari kiri) YDP PAS Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik, YB Saari Sungib dan Dr. Muhaimin.
Dr. Muhaimin Sulam turut berceramah.
"Peranan beliau nanti sebagai SUK mudah sahaja iaitu melewat-lewatkan setiap arahan MB dan Exco dan kerja-kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti lewat mengesahkan peruntukan pembangunan negeri dan sebagainya."
"Dan kita tahu siapa dalang atas pelantikan Datuk Khusrin sebagai SUK kala bukan orang dari Putrajaya sendiri," ujar beliau.
YB Saari mengupas isu negeri Selangor dengan baik sekali.
YB Saari menyantuni mantan YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Hir Damanhuri.
Menurut ADUN Hulu Kelang lagi, dengan menjawat sebagai SUK, Datuk Khusrin akan mengambil kesempatan atas sikap ketelusan MB dan kerajaan Selangr untuk melakukan pelbagai kerja sabotaj yang mampu mengundang ketidakpuasan hati rakyat akibat kelembapan dan kelewatan projek-projek pembangunan.
YB Saari sedang menandatangani buku tulisan beliau.
Di dalam ceramah tersebut juga, beliau telah menjelaskan kronologi bagaimana terlantiknya Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor dengan cara yang paling tidak beretika. Bagi beliau, apa yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak di bawah MB Nizar kini dirasai pula oleh Selangor.
Turut menyampaikan ceramah ialah Dr. Muhaimin Sulam.
TELUK INTAN, 28 Januari - Konsep politik dan dakwah yang dibawa oleh PAS perlu diperluaskan sehingga di luar lingkungan PAS itu sendiri. Demikian dinyatakan oleh Dr. Muhaimin Sulam semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Menurut beliau, biarlah pihak UMNO mengisi jawatan jawatankuasa masjid, apa yang penting ialah ahli-ahli PAS mengimarahkan masjid tersebut. Malah, sepatutnya peranan dan semangat masjid tersebut perlu di bawa ke padang-padang bola dan kedai-kedai kopi.
"Sudah sampai masanya pemikiran melihat berdakwah tempatnya hanya di masjid diubah. Kita imarahkan padang bola dan kedai kopi sebagaimana kita mengimarah masjid melalui tazkirah kepada masyarakat. Kita perlu ingat bahawa cara berfikir orang di luar sana berbeza dengan kita, oleh itu kita perlu bertindak keluar dari kelompok kita untuk berjumpa mad 'u untuk memahami mereka yang dahagakan bimbingan," tambah beliau lagi.
Beliau yang baru kembali dari luar negara setelah tamat pengajian pHD turut berkata bahawa ahli-ahli UMNO perlu dilihat sebagai sasaran dakwah kita dan mereka ini mungkin menjadi pengundi kita satu masa nanti.
"Keluarlah dari kelompok kita (cara berfikir dan tindakan) kerana kekuatan sebenar kita bukanlah dalam lingkungan kita saja tetapi kekuatan kita terserlah apabila kita berada di luar kelompok iaitu masyarakat mula menerima dakwah dan politik kita."
Selain Dr. Muhaimin, ADUN Hulu Kelang YB Saari Sungib turut diundang menyampaikan ceramah pada malam tersebut.
Blogger Cina Islam kini sedang berkampung di Tenang dengan sejumlah besar blogger PAS dan Pakatan Rakyat bagi membantu kemenangan calon pilihan pengundi DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman. - Moderator/Foto BatuGajahMari
LABIS, 29 Jan.:- Tempoh berkempen untuk parti-parti yang bertanding dalam PRK Tenang hampir sampai ke penghujungnya. Kedua-dua pihak yang bertanding iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional yang masing-masing mengemukakan calonnya melalui hari-hari akhir kempen termasuk pada hari ini dengan suasana cuaca yang redup dan hujan sepanjang hari.
Khususnya petugas dari Pakatan Rakyat, mereka terus berkerja keras dengan semangat jihad yang tinggi untuk menghabis kempen pada hari ini. Program ziarah dari rumah ke rumah terus dijalankan dalam keadaan mereka terpaksa meredah hujan dengan berpayung. bagi petugas lelaki kalau sekadar hujan rintik-rintik mereka bergerak tanpa menggunakan payung .
Jadual ceramah masih diatur seperti biasa pada malam ini dan saya terlibat pada tiga tempat ceramah pada malam akhir kempen ini.
Mengikut penelitian kepada kerja-kerja dan isu kempen saya dapat menyimpulkan bagaimana BN kekeringan isu dan kehabisan modal dengan menggunakan isu peribadi Calon PAS dan suaminya untuk memojokkan Calon PAS dan menaikkan imej calon BN yang tercemar teruk dengan pembohongan yang dilakukan dalam kes mahkamah yang belum selesai yang didakwa selesai oleh bekas ADIO itu.
Sekali imbas serangan akhir yang dilakukan oleh BN kepada isu suami Cikgu Mala yang dikatakan menyalah gunakan cuti sakit sehingga mendapat pemberitaan yang meluas dalam semua media pro BN kelmarin, agak mengejutkan kerana ianya dilakukan disaat-saat akhir semacam ada perancangan dan waktu itu telah diintai lama oleh jentera kempen BN.
Namun dengan kecekapan yang dilakukan oleh jentera Pakatan Rakyat dan kenyataan terus dari Cikgu Mala sendiri dalam isu berkaitan nampaknya dengan cepat meredakan serangan itu. Apapun BN ternyata kekeringan isu dan memutar belit dan membesarkan isu tersebut.
Demikian juga dengan serangan yang dilakukan oleh Presiden MCA dan anaknya dalam isu bersalam, arak dan negara Islam. Semuanya tidak menjadi dan bagi saya apalah cakap seorang yang diketahui umum terpalit dengan skandal sex yang membesarkan isu bersalam.
Adakah masayarakat Tionghua tidak boleh mencium hati busuk Chua anak beranak sedangkan dia sebetulnya telah memalukan bangsa dan partinya sendiri. Putarbelit berbanding skandal yang dihadapinya ternyata merupakan senjata yang makan tuannya. Apalagi apa yang diperbesarkan oleh Chua adalah tempelak kepada pimpinan UMNO yang ternyata gagal mendidik non muslim dalam BN untuk menghormati budaya dan agama orang lain.
Sebagaimana standar biasa jadual harian kempen BN dihiasi dengan jadual menteri pusat dan menteri besar Johor yang turn berkampung di Tenang dengan pelbagai program yan diatur oleh pelbagai agensi dan kementerian.
Cuma yang tidak ada ialah jabatan First Lady atau FLOM yang diketuai oleh Rosmah, mungkin akan datang FLOM juga akan turun berkampung dan kita tunggu kalau ianya mungkin berlaku di PRK Merlimau selepas ini.
Semuanya mendapat pemberitaan meluas dari media pro BN , cetak ataupun elektronik. Sebaliknya pergerakan calon Pakatan semacam tiada dan tidak pemberitaan yang sewajar. Kalaupun ada adalah berita untuk memburukkan Calon Pakatan dan pimpinannya.
Begitu juga projek mee segera turun seperti biasa kerana pilihanraya kecil adalah semacam "tongkat sakti" yang menjanjikan kesejahteraan rakyat.Semua masalah yang sudah berlapuk puluhan tahun nescaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam . Semacamlah cerita dalam drama Gerak Khas yang dalam tempoh yang singkat menyelesaikan kes-kes jenayah yang rumit.
Begitulah lakonan dari pimpinan BN setiap kali pilihanraya termasuklah di DUN Tenang. Namun saya percaya kuasa penentunya ialah pengundi yang memiliki undi rahsia yang akan dilakukan seawalnya jam 8.00 pagi esok .
Mudah-mudahhan dengan segala maklumat yang telah diterima oleh pengundi selama tempoh berkempen sejak penamaan calon pada 22 januari lepas akan melahirkan pengundi yang bijak bagi memilih ADUN baru di Tenang. Mereka juga mempunyai bekal tersendiri untuk membuat keputusan yang terbaik.
Pakatan Rakyat telah melakukan kerja yang sangat cemerlang bagi memastikan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi kerusi DUN Tenang. Itulah harapan besar seluruh jentera Pakatan Rakyat yang kini telah berkampung di Tenang daripada parti PAS,DAP dan PKR. Dimana mereka telah melakukan yang terbaik.
Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.
Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.
Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.
Usaha Malaysiakini menghubungi untuk penjelasan lanjut belum berhasil.
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.
PKR kini mempunyai 24 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 31 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.
BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.
Sudah diduga
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.
Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab."
Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.
Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.
Serangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.
Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.
January 29, 2011 KUALA KLAWANG, Jan 29 — The best place for a debate is in the Parliament, said Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Many people had made suggestions that the Prime Minister, Deputy Prime Minister, Umno Youth head and so on participated in debates, but the most suitable place for them is at the Dewan Rakyat or Dewan Negara.
"If the Dewan Negara, it is considered as the second house, but the golden opportunity for the opposition is at the Dewan Rakyat. The opposition should use the Dewan Rakyat as the place for debates at the highest and most effective level.
"Debating outside will only be for publicity and will not bring any decision. But if it is at the Dewan Rakyat, a particular issue will be debated in depth but not with emotion or any other detrimental manner," he told reporters after a function in conjunction with the Chinese New Year, here today.
He said this when commenting on the report by the Independent Bloggers Group (KUBID) last Thursday offering themselves to organise a debate between the two candidates contesting in the by-election for the Tenang state seat, Mohd Azhar Ibrahim from the Barisan Nasional and the PAS candidate, Normala Sudirman.
Rais, who is also the Member of Parliament for Jelebu, said each member of the House should debate in a civilised and prudent manner.
He said as such the best and appropriate debate was in parliament.
"The facility has been prepared and we must do justice to it in the best way possible.
"For example, in the United Kingdom, they are not debating outside the House. But during elections, any invitation to debate may be acceptable as the Dewan Rakyat is not in session.
"In the United States, why should they hold debate outside the Congress? The reason is that the Congress is not in session.
"But in our country, we have at least three Dewan Rakyat sessions a year and the opposition leader or PAS and PKR leaders can bring up any issue for debate.
"So I concluded that if you want to argue outside the House, it is merely craving for coverage, not seriously expecting results that could help the country," he said.
At the ceremony, Rais handed donations totalling RM110,000 to 195 elderly people and non-governmental organisations. — Bernama
LABIS - Presiden Parti Makkal Sakhti Malaysia, R. Kannan yakin 60% pengundi India di DUN Tenang akan mengundi calon PAS, Normala Sudirman. Beliau yang ditemui oleh team Cina Islam disini berkata, para petugas partinya telah berkampung selama lebih dua minggu di DUN terbabit.
Menurutnya, apabila petugas Makkal Sakhti bertemu dengan pengundi-pengundi India dibawah, majoritinya di kampung Tenang Jaya mendapati pengundi kaum India takut menyatakan sokongan secara terbuka. Mereka sebenarnya, kata beliau bukan tidak menyokong PAS namun mereka bimbang kepada ugutan dan disisihkan dari mendapat bantuan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim berkata 75% pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sudah bersiap sedia untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Felda Cemplak disini semalam.
Ng yang fasih bertutur dalam bahasa 'Jawa' berkata, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh negeri itu.
Katanya wakil-wakil rakyat dari parti DAP telah menyokong peruntukkan tersebut membukti bahawa parti itu bukan sebuah parti yang anti Islam.
Beliau menempelak sebenarnya parti MCA lah yang menghina Islam dan hukum-hakam Islam.
Katanya, MCA menjadi 'sesat' kerana berkawan Umno/BN berbanding dengan DAP yang dapat memahami hukum-hakam Islam apabila bersama PAS dan PKR dalam muafakat Pakatan Rakyat.
LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.
"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.
Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.
Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.
"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.
"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.
Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.
Seramai 10, 679 pemilih berdaftatr yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.
Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.
"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengndi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.
"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Mstar/-
TIADA isu lagi untuk Umno menyerang kredibiliti calon PAS, Puan Normala Sudirman yang jauh lebih baik daripada calon Umno/Bn, Azhar yang tercemar akibat kes kecuaian dan salahguna kuasa di dalam kes lelongan tanah itu. Akhirnya, Umno mensasarkan suami calon PAS iaitu Ma'arof Abd Talib kununnya menyalahgunakan cuti sakit.
Ini merupakan satu tekanan buat calon PAS dan suaminya yang kini dilihat semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi di Dun Tenang. Apakah benar cuti sakit itu disalahgunakan? Di dalam peraturan cuti sakit bagi kakitangan kerajaan, apakah ada larangan tertentu buat mereka yang mendapat cuti sakit sehingga menemani isterinya melakukan lawatan pun diangap salah?
Adakah selama ini sesiapa yang mendapat cuti sakit mesti berada di rumah berehat atau tidor sepanjang masa? Siapa boleh menafikan tugas dan tanggungjawab suami adalah berada di sisi isteri bagi menjaga keselamatannya? Isteri pula mesti ditemani suami ataupun muhrimnya hatta menunaikan fardhu Haji sekalipun. Apatah lagi, jika si isteri berjuang dan terpaksa menemui berbagai jenis manusia di merata pelosok kampung, wajarkah si suami membiarkan si isteri keseorangan?
Puan Normala Sudirman tidak tergamak meniru Rosmah Mansor yang merayap merata luar negara dan menginap di hotel mewah tanpa sang suami. Biarlah Rosmah berperangai begitu kerana Najib `redha'.
Sebelum ini, jabatana pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Apa pun, kita mengharapkan ini semua tidak melemahkan semangat Puan Normala dan suaminya.
Kita berbangga kerana suami Puan Normala amat bertanggungjawab terhadap isterinya. Muhyiddin jelas menghina profesyen kedoktoran yang memberikan cuti sakit seolah-olah pengesahan dari doktor kerajaan itu diragukan./wfauzdin.blogspot.com
SEMAKIN hampir tarikh mengundi di PRK Dun Tenang, maka muncul lagi wanita ini. Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga dikatakan telah di`buang' dari status anak kepada Arwah ayahnya hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.
Ummi bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain. "Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak," kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.
Mengapa Ummi memilih untuk berjumpa terus dengan Datuk Bakri? Apa salahnya beliau membuat laporan Polis sahaja dan sertakan apa yang patut beliau sertakan tanpa berbincang dengan Pegawai Atasan Bukit Aman ini? Perlu bincang apa lagi, buat laporan dan biarlah Polis lakukan siasatan sepertimana orang lain tanpa berjumpa dan berbincang terlebih dahulu dengan Pegawai tersebut.
Kisah `nyamuk' dengan Raja Namrud kununnya dijadikan alasan untuk wanita berumur ini untuk menjatuhkan karier politik DS Anwar. Beliau lupa, nyamuk yang diutuskan Allah bagi menghapuskan Raja Namrud adalah kerana raja tersebut zalim. Itu bukan nyamuk biasa jauh sekali untuk dibandingkan dengan wanita yang mengaku Islam tetapi tidak menutup aurat ini. Beliau boleh menjadi `nyamuk' tetapi mungkin sebagai `nyamuk' pembawa penyakit iaitu penyakit fitnah.
Wanita tua yang malang ini terus membuat fitnah ke atas abang dan kakak iparnya. Beliau mendakwa Azmin telah melacurkan isterinya kepada DS Anwar. Baca di sini. Untuk pengetahuan, wanita malang ini telah diberi kesempatan untuk menjadi Saksi Pendakwa semasa kes Liwat 1 dahulu, tetapi tiada apa pun yang mampu beliau buktikan untuk mensabitkan salah laku samada DS Anwar mahupun abangnya Azmin dan kakak Iparnya Shamsidar. Malahan, Azmin tampil dengan berani untuk mengadakan ujian DNA ke atas salah seorang anaknya yang dituduh adalah hasil kecurangan isteri beliau bersama DS Anwar, namun terbukti anak itu adalah anak Azmin dan Shamsidar. Keterangan wanita tua ini hancur lebur di mahkamah.
Kini beliau muncul kembali dengan membuka semula cerita lama yang diperbaharui. Meloyakan tekak bila melihat wanita tua ini membuat muka sedih menceritakan dirinya yang kununnya telah hilang maruah dan diaibkan. Siapa yang aibkan diri kamu jika bukan kerana perbuatan kamu sendiri? Baru-baru ini dikatakan Azwan Ali juga adik beliau turut meloya dengan perangai wanita tua ini. Kesihan nasibnya seperti sampah terbuang di lorong Hj Taib./wfauzdin.blogspot.com
Sekretariat Bloggers PR@Tenang menyeru agar dapat semua bloggers yang bernaung dibawah panji-panji perjuangan untuk rakyat agar dapat menghubungi nama-nama dibawah :
1. Blogger SM NOR : 013-9869183
2. Blogger albanjari : 012-4026129
Misi
Tindakan segera bagi mengumpulkan semua bloggers di 1 tempat khas untuk membuat serangan akhir kepada BN yang semakin sengit di DUN Tenang sekarang.
LABIS, 28 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.
Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.
"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana doktor lebih profesional terhadap surat yang dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.
Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.
Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.
Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.
Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.
Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.
Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.
Tambah Normala, gambaran yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.
"Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.
"Setahu saya, suami saya jarang ambil cuti, seorang yang sangat berkomitmen. Sabtu Ahad pun sanggup hantar pelajar main hoki," katanya.
Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.
Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.
Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.
"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.
Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.
Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.
Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.
"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi. Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti. “Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, [...]
Parti Islam SeMalaysia Pas membantah langkah kerajaan menarik balik pemberian subsidi tol 50 peratus kepada pengusaha bas ekspres sejak 15 Januari lalu, akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN.
Pas mendesak kerajaan perlu mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti.
Pas tidak mahu isu naik tambang bas ekspres, kerajaan akan marah kepada pengusaha bas. Pada hal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. Pas yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan