Hamidah Osman Posted: 22 Dec 2010 11:24 PM PST Janji Yang Tak Pasti Posted: 22 Dec 2010 10:41 PM PST Janji Tinggal Janji
1. 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia'. Janji terbaru itu dilaungkan pada konvensyen mereka pada Ahad lalu.
2. 10 program reformasi awal yang disenaraikan dalam buku kecil itu mampu dilaksanakan atau tidak ia soal kedua. Apa yang penting rakyat 'diperdaya' dengan sebaik mungkin demi meraih kuasa.
3. Rakyat perlu memikir sejenak apa yang berlaku sejak Mac 2008 apabila pembangkang mempunyai kuasa memerintah di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
4. Fikirkan juga munasabah atau tidak segala janji yang ditaburkan termasuklah terbaru mahu memberi kuasa autonomi kepada Sarawak, memberi jaminan keluarga di negara ini akan menerima gaji RM4,000 sebulan manakala semua warga emas akan mendapat RM1,000 sebulan.
5. Pelbagai alasan diberikan berikutan kegagalan mereka untuk menunaikan janji, akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat, lihatlah apa yang berlaku kepada kes air di Selangor. Kerajaan persekutuan yang dipersalahkan.
6. Bersediakan kita seandainya mereka memerintah Putrajaya nanti, seandainya mereka gagal kerajaan sebelum itu pulak disalahkan atas pelbagai sebab yang direkayasakan.
7. Kalaulah di negeri-negeri yang diperintah hari ini pun banyak janji tidak mampu ditunaikan dan pemerintahan masih tunggang langgang serta penuh kekalutan, bagaimana mungkin janji-janji terbaru pakatan pembangkang mampu dilaksanakan?.
8. Kali ini Sebenarnya, pembangkang menggunakan taktik 2008 untuk sekali lagi dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Dengan menyenaraikan tawaran istimewa yang antaranya menyentuh soal kewangan rakyat secara mendadak, mereka berharap rakyat akan menyebelahi mereka lagi.
9. Di Selangor antaranya yang dijanjikan ialah memberi bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra sekolah, elaun khas ibu tunggal dan membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. Namun semuanya tidak ditunaikan.
10.Di Pulau Pinang pula, kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng bukannya menunaikan janji tetapi menjadikan janji yang dibuat ketika pilihan raya ibarat 'tuba' kepada rakyat.
11. Di Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih banyak mengeluarkan kenyataan politik berbanding memajukan negeri berkenaan.
12. Di Kedah lebih Istimewa selain tidak menunaikan janji mereka, malah media jugak diboikot sepenuhnya untuk menghadiri sidang dewan pembentangan Bajet yang lalu. Ini semua gara-gara laporan banjir yang 'membasuh Pas' kedah yang lalu.
13. Rakyat harus faham, usaha untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat bukan hanya bersandarkan kepada janji-janji kosong seperti dilakukan oleh pembangkang
14. Cuba fikirkan apakah semua janji-janji di kesemua negeri itu sudah ditunaikan? Apakah negeri-negeri berkenaan jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang berada di bawah Barisan Nasional (BN)?
15. Rakyat jangalah mudah terpedaya dengan janji manis meguruskan sebuah negara seperti menguruskan sebuah tadika. Pemikiran holistik dan memikirkan kepentingan semua peringkat masyarakat harus ada. Pembangkang yang baik kepada sesebuah negara membantu memperbaiki kelemahan pemerintah dan bukanya merosakkan keadaan yang sedia ada.
16. Teruskanlah berjanjilah demi masa depan Pakatan rakyat dan bukannya untuk Rakyat.
Kak Midah
Ipoh, Perak
| |
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN Posted: 22 Dec 2010 09:33 PM PST |
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN Posted: 22 Dec 2010 09:04 PM PST |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 22 Dec 2010 03:12 PM PST Ministry rebranding to empower youths Posted: 22 Dec 2010 01:01 AM PST Link artikel: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/21/nation/20101221161348&sec=nationPUTRAJAYA: The Youth and Sports Ministry is to undergo rebranding in the effort to empower youths to face bigger challenges, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Tuesday. He said it was necessary for the organisation, as a leader in the area of youth activities nationwide, to undergo a restructuring for the sake of youth development. A committee headed by the minister, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, would be set up to undertake a comprehensive study of the ministry's structure, he added. "The study will take into consideration the staff, resources, its structure and role in coordinating various agencies and working closely with youth organisations throughout the country," he told reporters after chairing a meeting of the Cabinet Committee on Youth Development, here. He said the meeting also agreed to review the National Youth Development Policy 1997 to align it to the current needs of youths and focus on specific groups among youths. Muhyiddin said the Youth Development Lab submitted its report at the meeting, recommending several initiatives to empower youths. The ministry had been asked to study the proposals, he added. "It proposed a Malaysian Youth Park, but the Cabinet had decided that Putrajaya become the youth-friendly city," he said. He also said the lab proposed a Malaysian Youth Chamber to serve as a parliament to enable youths to discuss and propose views, and a Youth Icon to identify a national personality as an icon. "The ministry feels that there are leaders and personalities in the community who can be models for the Leader Mentorship Programme," he said. Muhyiddin said one proposal was to involve the young generation in the school system in youth activities and for early education to begin at the age of six. "Youth activities have been started in schools. There are clubs, but they are not called youth clubs. However, their activities are related to youths. "Proposing that the age for starting school be brought forward, they felt that five years was more appropriate. This is in accordance with the view of the Education Ministry. We agree in principle," he said. Muhyiddin said many countries had implemented the system where children begin school at six years, a year earlier than now. However, he said, the matter was still under study because a huge financial allocation was required for infrastructure, teachers and so on. He said a committee headed by the director-general of education had been set up to look into the matter. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Isu APCO : Anwar Putar Belit, kata Ada Bukti Tapi Tak Pernah Kemukakan Posted: 21 Dec 2010 09:05 PM PST Link artikel: http://umno-online.com/?p=27537KUALA LUMPUR, 20 Dis – "Dia (Anwar Ibrahim) cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta dia buktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," demikian penjelasan Anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Razali Ibrahim Jelas beliau lagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah beri ruang yang luas kepada beliau Anwar namun malangnya Anwar tidak mengambil peluang tersebut sebaliknya membuat pelbagai dalih. Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya mendedahkan Anwar telah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan Dewan Rakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itu dan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu. Pada 16 Dis lalu Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarang perbahasan, dan ini telah mencetuskan kekecohan dalam Dewan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar. Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian. Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuasa itu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysia membuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatan berkaitan komunikasi. Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Najib nafi ciplak konsep 1Malaysia Posted: 21 Dec 2010 05:44 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain. Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri. "Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketikaberucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Kuala Lumpur, Selasa. Bernama melaporkan dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka. "Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai 'politik janji' tetapi apakahperkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis. Najib berkata, untuk membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab. "Kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab...bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar," katanya. Najib sebelum ini dibidas beberapa pihak, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep OneIsrael yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999. Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimenmendapati dakwaan itu tidak benar. Selain Anwar, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) turut menerima nasib sama setelah didapati menghina dewan atas isu yang sama. Dalam pada itu, menyentuh isu bonus kepada penjawat awam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan akan diberikan sebaik mungkin sekiranya kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh. Dengan nada berseloroh, beliau berkata, kerajaan faham apa yang dimahukan oleh Ceupacs, tetapi katanya kerajaan harus bersikap realistik dalam perbelanjaannya. "Kita akan buat yang terbaik (untuk rakyat) tetapi terbaik itu dalam konteks yang termampu...saya paling suka kalau boleh bagi bonus kerana saya dapat lihat 1.3 juta penjawat awam seronok, muka ceria, senyum...tetapi kita harus bersikaprealistik...kita tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan," katanya. Tegas Perdana Menteri, kerajaan tidak mahu terpaksa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semata-mata untuk membayar gaji penjawat awam. "Kalau kita buat itu, tunggu masa kita akan menjadi negara yang ditadbir oleh IMF. Kalau IMF sudah mentadbir tidak ada gunanya kemerdekaan yang telah diperjuangkan, tidak ada maknanya kalau kemerdekaan dan kedaulatan kita dikuasai oleh badan antarabangsa seperti IMF," kata beliau. Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 1,171 perwakilan yang hadir, Najib turut mengingatkan penjawat awam, khususnya mereka yang bertugas di barisan hadapan supaya memahami Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan. Katanya, ia penting kerana layanan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan itu merupakan cermin kepada imej kerajaan. "Yang bertugas di barusan hadapan ini mesti tahu bahawa layanan yang diberikan itu adalah cerminan imej kerajaan. Kalau kita buat program transformasi tetapi di peringkat barisan hadapan ini tidak berlaku perubahan kerangka minda, maka akan berlakulah rasa kecewa. "Mereka (rakyat) akan rasa kecewa dengan kerajaan kerana apa yang dilaungkan peringkat tertinggi sebagai dasar untuk dilaksanakan tidak sampai ke peringkatbarisan hadapan dalam kerajaan," katanya yang turut menggesa Ceupacs memainkan peranan memastikan berlakunya perubahan di peringkat berkenaan. Selain itu katanya, penjawat awam juga harus melakukan perubahan minda untukmenerima secara terbuka dan mempermudahkan kemasukan warga asing untuk berkhidmat dalam kerajaan.Katanya, penjawat awam tidak harus memendam rasa curiga kepada warga asing itu kerana apa yang lebih penting adalah untuk mendapatkan kepakaran warga asing tersebut untuk memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara luar Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | DAP 'PENJAJAH' BARU DI PULAU PINANG ? Posted: 21 Dec 2010 03:54 PM PST Kenyataan balas laporan berita MalaysiaKini bertajuk "SU Guan Eng perjelas isu 'pertikai' kerakyatan" - Dr Novandri Hasan Basri
Portal berita MalaysiaKini hari ini melaporkan berita tentang kenyataan Cheong Yin Fan, Setiausah Akhbar Lim Guan Eng yang mendakwa saya telah membuat fitnah di dalam artikel saya bertajuk "Lim Guan Eng semakin bersikap perkauman" yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia hari ini.
Di antara laporan tersebut :-
Merujuk kepada rencana Dr Novandri Hasan Basri di Utusan Malaysia hari ini, Cheong mendakwa pemimpin dan akhbar Umno itu sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah terhadap Lim -seterusnya.
Entri MalaysiaKini seterusnya melaporkan Cheong telah memetik kembali ucapan Lim dalam konvensyen di Pulau Pinang itu yang didakwa beliau tidak pernah mempertikaikan kerakyatan mana-mana warganegara Malaysia.
Malangnya, MalaysiaKini gagal (atau disengajakan?) melaporkan satu perenggan utama di dalam ucapan tersebut yang menimbulkan pelbagai persoalan. Jika kita rujuk blog Guan Eng, beliau berkata tentang 'siapa yang bukan Malaysia sebenarnya? Who are not the real Malaysian?'.
Di antara lain Guan Eng mengatakan :-
Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).
Perenggan ini yang gagal dilaporkan oleh MalaysiaKini dan tidak ditekankan oleh Setiausaha Akhbar Lim Guan Eng. Kenapa? Why? 为什么 ?
Padahal perenggan tersebut adalah bukti asas ke atas kenyataan saya di dalam Utusan Malaysia. Perenggan itu senang untuk difahami, jika mengikut pandangan Guan Eng, 'sesiapa yang mendokong dan meminati Utusan Malaysia, bukanlah Malaysia yang sebenarnya'.
Mudah sahaja, Tidak ada sumber fitnah pun seperti yang didakwa oleh Guan Eng. Dan seperti yang saya tulis di dalam blog MIM sebelum ini :-
Apakah Lim Guan Eng juga bermaksud, 4,082,411 pengundi yang menyokong dan mendokong BN semasa PRU-12 bukanlah rakyat Malaysia sebenarnya? -seterusnya
Segala kenyataan saya adalah berdasarkan kepada ucapan Guan Eng sendiri yang terdapat di dalam blog beliau. Jika tidak percaya, blog MIM ini meletakkan link blog Ketua Menteri .
Dan kenapakah Guan Eng cepat melenting dengan menuduh saya menabur fitnah sedangkan sumbernya datang sendiri daripada ucapan Guan Eng and it's documented ? Atau apakah Lim Guan Eng tidak berapa tahu apa yang beliau ucapkan semasa Konvensyen tersebut?
Kepada Lim Guan Eng,
Saya sarankan supaya baca balik teks ucapan anda itu sekali lagi dengan betul-betul. Baca perenggan yang saya maksudkan itu dan anda akan tahu yang anda sebenarnya telah membuat kesilapan yang sangat besar.
Tidak perlulah Guan Eng dan Setiausaha Akhbar beliau memutarbelitkan isu dengan menuduh saya menabur fitnah. Ianya menyerlahkan lagi sikap beliau dan pemimpin pembangkang yang hanya tahu menyalahkan orang lain padahal diri mereka itu yang tidak betul.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Dr Novandri Hasan Basri. |
| JANJI BARU VS JANJI LAMA : PENIPU BESAU ! Posted: 21 Dec 2010 03:49 PM PST Surat khabar Cina semua memberi sokongan kepada penipuan dan putar alam yang dilakukan di Konvensyen Pakatan Rakyat. Besar-besar Sin Chew dan khabar Cina lain memberi publisiti kepada janji 100 Pakatan Rakyat. Kami siarkan beberapa ringkasan laporan akhbar Cina. Sin Chew 20 Disember berikut: Pakatan Rakyat Menetapkan 10 Pendekatan Baru Dalam Masa 100 Hari.
Jika Berjaya Merampas Kuasa Pemerintahan Kerajaan Pusat
Dis 19, KEPALA BATAS: Pemimpin tertinggi 3 Parti Komponen Pakatan Rakyat mengumumkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 di Dewan Milenium KEPALA BATAS yang bertajuk "Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia" bahawa Pakatan Rakyat akan melaksanakan 10 dasar yang menguntungkan rakyat dalam masa 100 hari jika berjaya merampas kuasa pemerintahan kerajaan pusat pada Pilihanraya Umum Ke-13.
10 Dasar tersebut ialah:
1) Memansuhkan ISA; 2) Menghapuskan tol; 3) Mereformasikan Institut penting Negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara, PDRM untuk mengembalikan Kewibawaan kepada sisitem Pentadbiran Kerajaan; 4) Merombak struktur subsidi Negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta; 5) Mengkaji semula struktur gaji kakitangan awam dengan menaikkan imbuhan pengurusan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka; 6) Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan; 7) Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi penerima kepada semua rakyat dikawasan Bandar dan separa Bandar; 8) Membatalkan FELDA Plantations bagi membuka lading yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA; 9) Menaikkan royalti minyak kepada SABAH, SARAWAK, TERENGGANU dan KELANTAN kepada 20%; dan 10)Menubuhkan suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin dan kerakyatan di SABAH. Mereka juga memberi liputan kepada Lim Guan Eng yang menyokong program 100 hari. Ingat apa berlaku di Selangor, mana janji? Semua janji Pakatan di Selangor tidak praktikal dan tidak upaya dilakukan. Mereka hanya pandai menabur janji untuk menyedapkan hati pengundi seperti janji kepada guru dan peneroka Felda tapi adakah ianya praktikal dan boleh terlaksana. Menaikkan gaji guru akan menaikkan gaji semua kakitangan yang lain. Bolehkah dalam 100 hari mereka boleh dapat tambahan dan sumber kewangan untuk naikkan semua bujet gaji kakitangan kerajaan? Nak tutupkan Felda plantation untuk kasi kepada genrasi kedua dan ketiga? Cakap senang ... free. Peneroka generasi pertama dah dapat 10 ekar seorang, kini nak kasi semua genarasi kedua dan ketiga dengan menutup Felda Plantation? Dari mana mereka nak cekau duit untuk biayai subsidi dan segala kemudahan sosial yang Felda berikan kepada peneroka? Felda dah lama tidak dapat subsidi dan peruntukan dari kerajaan. Mereka dah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan. Kalau begitu ini bermakna Felda kena bergantung balik kepada kerajaan. Ini semua nak dilakukan dalam 100 hari? Nak rombak struktur subsidi kepada swasta? Ada subsidi kepada swasta itu adalah untuk mengurangkan kos kepada rakyat. Kalau swasta itu tak dapat subsidi, naiklah harga. Tapi mereka tak mahu naikkan harga keapda rakyat? Nak hapuskan tol akan bermakna mengkenselkan semua perjanjian antara kerajaan dengan syarikat swasta. Kerajaan tak akan ada duit untuk bayar compensation kepada syarikat yang sudah bermodal menyediakan jalanraya. Niat baik tapi macam mana cadangan mereka? Dalam 100 hari pulak tu? Main paksa syairkat semua kena jual ke? Paksa pakai tentera ke ni? Dah bunyi macam anarki!!! Selangor tu ... nak beli balik SYABAS dan empat aset air pun tak mampu. Rizab dah dihabiskan Khalid untuk kasi air free kepada orang kaya. Belum cerita pembiayaan nak naik taraf perkhidmatan air. Nak menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat dikawasan Bandar dan separa Bandar? Berapa billion ni? Telco pun tercungap2 nak mengejar menyediakan perkhidmatan dan mengejar teknologi. Tambahan belanja lagi. Tak ada ke cara nak tambahkan bujet kalau asyik nak belanja?Lepas tu kerajaan nak dikurangkan lagi kewangan dengan naikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan ke 20%. Negeri lain tak mahu kah royalti juga dan dinaikkan pula? 100 hari nak tukar perjanjian petroleum? Kikiki ...Lepas tu nak memansuhkan ISA? Kami tanya Lim Guan Eng .... kenapa Lee Kuan Yew tak mansuhkan ISA? Sudahlah nanti mereka akan buat satu peristiwa untuk perlu guna ISA dan jadi dalih untuk kekalkan sementara ISA. Lama2 kekal selama2nya. Kalau Anwar dan DAP pun tak hargai dan amal kebebasan akhbar, ini nak mansuhkan ISA. Jangan kena tipu! Elleh ... nak mereformasikan institusi seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara, dan PDRM. Mereka ini yang tidak menghormati institusi ini. Macam mana mereka nak reformasikan? Macam mana nak buat semua ini dalam 100 hari sedangkan mereka sendiri tidak tahu dan faham macam mana nak tadbir negara???? Janji senang dan sedap didengar tapi nak buat bukan semudah itu dan secepat itu. Anwar gay pasti akan mengecewakan anda!!!
Azwan Ismail, 32 seorang jurutera, penyair & penulis merupakan salah seorang peserta kempen Seksualiti Merdeka yang menyokong individu yang memilih untuk hidup sebagai "gay", "lesbian" dan sebagainya. Kempen tersebut mendapat sokongan daripada pergerakan It's Get Better Project.
Dalam video ini, Azwan Ismail mengaku bahawa dirinya gay dan bangga dengan slogannya "Saya Gay, Saya OK". Petikan dari MIM
Ayooo mula-mula wa caya pasal percaya penafian Sinar Harian berikut:
Isyyy ... wa ni naif sungguh. Takkan tak mungkin ustaz PAS bikin ini macam?
Bukan pasal wa tak caya orang PAS berkhalwat berkahwin dengan pompuan, itu wa tengok saja kat Mat Sabu.
Bukan pasal wa tak caya orang PAS suka juga hiburan, wa tahu Mahfuz suka pergi dangdut. Bila di Indon, asal bapak senang dia pun naik sheikh jadi u-start.
Bukan pasal wa tak caya Papagomo, tajuk Gomo sensasi tapi dalam ada isi. Kadang tersalah, takda hal. Semua kita tersalah. Lebih banyak yang betul dari tak betul. Bukan seteruk orang Pakatan Riot.
Wa susah percaya pasal tak akan sampai balun ustazah. Satu lagi sebab wa susah nak percaya pasal kes ini kes dalam keretapi.
Isyy isyyy ... orang UMNO yang sering digambarkan sebagai jahat oleh PAS pun tak tergamak sampai nak balun ustazah dan bikin hal dalam koc keretapi.
Kalau hal2 melibatkan dalam kapalterbang, diberi panggilan Mile High Club. ADUN Selising, Ustaz Saipul Bahri bin Mohamad ni dikira ahli Mile Long Club lah? Kah kah kah ...
Hangpa baca bukti Papagomo di sini. Ini bukan spin. Ini bukan wayang. Ini betul-betul.
Saksi pun ada.
Pi dengar macam mana Nik Aziz boleh ngaku salah kerana dia sudah spin kata buat Istiharah dan dapati sudah dimaafkan. Pembohong punya N.Ajis.
Mereka sudah rasa bersalah lalu semua maklumat sudah di delete
Wa tulis benda ni pun punai dah nak terbang. Dalam khayalan wa, bertanya macam mana agaknya rupa ustazah PAS tu ... terbayang Dato Mashitah pulak. Hmmm ...
Astaghfirullahhhh ... maaf ye. Itu pompuan dah bersuami. Banyak mintak maaf. Hanya wa punya imaginasi jahat.
Berbalik pada cerita, PAS patut rasa malu ...
Kita semua ada punai. Dah fitrah burung, dia mahu sentiasa bebas. Punai ni memang suka menghinggap. Kita sebagai tuan burung punai kena jaga baik2.
Kalau burung peliharaan ini jahat pun janganlah sampai hinggap pada ustazah dan dalam koc keretapi. Carilah hotel!
Hai ... apa nak kata PAS. Kalau dah pertahan punai hinggap punai, ini jadinya. Dah jangkit penyakit punai hingga dah tak terkawal.
Rupanya bukan setakat itu, ada kisah lain pula
... jeng jeng jeng |
| RPK SUDAH TUKAR KAH? Posted: 21 Dec 2010 03:42 PM PST PEMBANGKANG TAK LAYAK PERINTAH NEGARA - RAJA PETRA Raja Petra Kamaruddin, Pengendali Portal MALAYSIAN TODAY terus menyerang Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dengan mengatakan PKR tak layak nak memerintah Malaysia. Ketika RPK menegur Parti Pembangkang, mereka amat kecoh dan mendakwa RPK disogok oleh Umno atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. RPK menyerang Parti Keadilan Rakyat itu dalam laman ruangannya, No Hold Barred. Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai 'kuda Trojan' serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak. Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat.
"Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot. "Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini," soalnya. Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah. "Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan.
"Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi," ujar Raja Petra. "Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini? "Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar. "Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar," tulisnya. Jadi disini TEMBELANG Anwar dah pecah, semuanya dah dibongkar oleh Senjatanya dahulu yang kini nak makan TUAN badan balik. Buat baik dibalas baik, buat Anu, inilah pembalasannya. Terima aje lah pembalasannya Anwar...!!! |
| NIK AJIS NAK BUAT REKOD ? Posted: 21 Dec 2010 03:38 PM PST
Nik Aziz tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai menteri besar kelantan. Hairan??? tidak sama sekali, kerana nafsu serakah dendam syaitanirrajim telah mengusai dirinya. Dendamnya belum terbalas. Tambahan pula, syaitan2 semua bersatu dibelakangnya, menyokong usaha2 memecahbelahkah umat Islam dgn fatwa songsangnya. Katanya mentadbir bukanlah menggunakan tubuh badan, tapi fikiran.
GT nak tanya, klu dah badan tak sihat, fikiran tak terjejas ke???
Bila umur 79 tahun, rasa2 sedar tak klu diri tu dah nyanyuk???
Kubur kata mari.... rumah kata pergi... apa tunggu lagi???
Bertaubatlah tuan guru, sementara 5 perkara sebelum 5 perkara..... Anda mungkin juga meminati: |
| EKSKLUSIF MAHKAMAH RAKYAT : ZAID VS KARPAL? Posted: 21 Dec 2010 03:33 PM PST GEMPAR !!! ZAID AKAN MENYAMAN KARPAL KERANA FITNAH !!!
Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim akan menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh atas dakwaan memfitnah. Beliau berkata,ia ekoran beberapa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Karpal terhadapnya ketika menyampaikan ucapan pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang.Sambil menyifatkan Pengerusi DAP itu sebagai "ular" beliau berkata,Karpal sememangnya layak menerima gelaran itu,bukannya wira atau singa. "Karpal menggelarkan saya sebagai 'celaka' selain menuduh saya membentuk satu kumpulan gengster UMNO untuk membakar bangunan Majlis Peguam pada 1988 semasa kes Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara).Karpal merupakan seorang penipu dan 'celaka'. Saya akan failkan saman terhadap Pengerusi DAP tidak lama lagi memandangkan peguam saya sedang bercuti ketika ini,'' katanya semasa bertemu media Karpal ketika berucap pada konvensyen itu berkata,beliau sebelum ini telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim supaya tidak menerima Zaid menyertai PKR kerana latar belakangnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak boleh dipercayai.Karpal berkata, beliau cukup mengenali Zaid selepas berada dalam profesion undang-undang selama 40 tahun.Pemimpin veteran DAP itu juga mendakwa semasa krisis kehakiman pada lewat 1980-an, Zaid merupakan 'budak suruhan' bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad selain bertindak menaja sekumpulan gengster supaya membakar bangunan Majlis Peguam di sini berhubung kes Salleh.Zaid berkata,Karpal harus sedar bahawa beliau bukannya seorang yang kebal dan tidak boleh dikalahkan. Dalam perkembangan lain,beliau berkata,mustahil partinya akan menjadi rakan pakatan pembangkang berikutan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin utama pakatan itu, termasuk Anwar.Zaid dalam perkembangan sama turut mengkritik Karpal ekoran tindakan Pengerusi DAP itu menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Anwar atas tuduhan liwat ketika di Parlimen pada 1997. "Ular ini pada ketika itu mendakwa yang beliau telah berjumpa dengan 'mangsa'. Ular ini kemudian berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersalah.Namun sekarang pandangannya sudah berbeza iaitu sejak menjadi peguam bela kepada Anwar.Sebenarnya Karpal tahu segala-galanya tentang Anwar dan situasi ini yang telah membuatkan Anwar sukar membebaskan dirinya daripada cengkaman DAP.Malang buat Anwar kerana beliau kini dibelenggu cengkaman (Timbalan Presiden PKR), Azmin (Ali), Karpal dan hanya Tuhan sahaja yang tahu selain mereka,''katanya. Sementara itu, beliau sedia menerima saman Karpal kerana menggelarnya sebagai ular. "Kita tengok sahaja jika beliau nak saman saya kerana saya menggelarnya ular tetapi saya juga akan menyamannya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap saya,'' ujarnya. KITA LIHAT ADAKAH KARPAL ULAR BELIT INI AKAN PUSING BALIK CERITA ??? DULU DIA KATA ANWAR HARUS BERTUBAT,SEKARANG ZAID PULA.INI LAH DAP SEBENAR,TALAM DUA MUKA.AGAK NYA KARPAL NI KOT SEBENAR NYA NAK SGT PEGANG PUTRAJAYA ??? HEHEHE...JANGAN HARAP LAH,CERMIN MUKA TU SIKIT... |
| PAKATAN PEMBANGKANG "MEMPERBODOHKAN" PENGUNDI DENGAN JANJI BARU ? Posted: 21 Dec 2010 03:23 PM PST JANJI PRU 12 TAK TERTUNAI, KINI BUAT JANJI BARU Dengan nada Bongkak Pakatan Pembangkang yang langsung tidak memperdulikan janji-janji yang telah PKR janjikan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, walaupun belum dilunas dan ditunai sepenuhnya, kini dengan sombongnya mengemukakan janji baru pula untuk dijaja kepada rakyat.
Program 100 hari reforbasi yang ingin dilaksanakan adalah hanya Propaganda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang sibuk dicanang Pihak Pakatan Pembangkang sekarang. Reforbasi yang dicanang adalah untuk menyerang aspek pengurusan negara khususnya keselamatan dan ekonomi berdasarkan prinsip yang digariskan dalam dasar bersama Pakatan Haram. DAP pula cuba merancang dengan mengatakan, ianya adalah komitmen terhadap sesuatu perkara yang bakal dilakukan selepas mengambil alih kerajaan. Slogan "Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia" pada buku kecil di kovensyen PKR patut ditujukan pada Pakatan Pembangkang ni sendiri, oleh kerana sikap PKR ni yang terlalu biadap, berbohong demi kepentingan peribadi dan nafsu yang tak terkawal umtuk memburu kekuasaan seperti Ketua Pembangkangnya, Anwar yang dari dulu lagi tak sabar nak jadi PM. Sebenarnya PKR lah yang meranapkan Keadilan. Bagaimana pula Wakil Rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang telah dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri Sidang Dewan..?? Apakah Keadilan yang dimaksudkan oleh Pembangkang...?? Apakah itu bukan Keadilan atau ia menggambarkan demokrasi telah runtuh..?? Lihat saja di Dewan Undangan Negeri Perak, Kerajaan yang dah disahkan oleh mahkamah dan Perlembagaan serta diperkenankan oleh Sultan dipermain-mainkan oleh PKR dengan menjajakan kepada umum dikatakan tidak sah. Pakatan Pembangkang bangga menggunakan perkataan "perampas", padahal pertukaran kerajaan berlaku disebabkan sikap tamak mereka sendiri. Kini cuba mengemukakan janji-janji baru pula nak dijajakan untuk rakyat. Pakatan Pembangkang tak tahu malu ker..?? Tanpa segan silu membuat janji-janji palsu untuk PRU yang akan datang pula..?? Apabila pengundi menuntut janji-janji terdahulu, pelbagai alasan diberikan termasuk cubaan mengalihkan kesalahan tidak dapat menunaikan janji-janji kepada Barisan Nasional pula. Pada Pilihan Raya Umum yang lalu, janji-janji manis ditaburkan Pakatan Pembangkang tanpa melihat dan mengkaji sama ada janji-janji itu dapat dilaksanakan atau pun tidak, hinggakan ramai pengundi yang terjebak dalam perangkap mereka.
Jika Program 100 hari Pakatan Haram dilaksanakan, dari segi kewangan ia membazir dan tidak amanah. Ianya akan menyebabkan negara menanggung beban kos yang amat besar mencecah RM 100 Billion. Kerajaan Persekutuan yang sedia ada sekarang begitu kuat bekerja untuk menampung dan mengumpulkan wang untuk negara, sebaliknya Pihak Pembangkang sewenang-wenangnya nak menghabiskan kewangan negara. Jika hasrat Pembangkang ni mudah diterima oleh rakyat tanpa memikir agenda sebaliknya, rakyat akhirnya akan terpedaya malah negara akan jatuh muflis. Jika sayangkan anak-cucu kita, janganlah termakan "umpan" janji-janji manis Pakatan Pembangkang jika menang pada PRU ke 13.
Sudah lebih 2 tahun Pakatan Pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta dah 20 tahun memerintah Kelantan, Apa janji-janji manis yang telah ditunaikan oleh mereka ni..??
Deeiiiyy.....Ciittt....Poorraaahhh....!!! .....Itu PKR ...Auta punya kaki...!!! |
| |
umno bahagian cheras Posted: 22 Dec 2010 01:32 PM PST Syed Ali : Berbohong adalah budaya pembangkang Posted: 21 Dec 2010 10:26 PM PST PROGRAM 100 Hari jika pembangkang menguasai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hanya cerita bohong yang sengaja dilakukan untuk meraih undi rakyat. Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, pembohongan tersebut sekadar janji-janji manis yang tidak masuk akal untuk dilaksanakan. "Inilah cerita bohong paling terbaru dan tidak logik, jika kesemua janji itu tertunai, ekonomi negara boleh jadi bankrap dan rakyat akan terus tertindas," tegasnya. Syed Ali menjelaskan, pakatan pembangkang hanya bermain dengan mimpi dan tidak berpijak di bumi nyata. Beliau menyifatkan berbohong merupakan sebahagian daripada budaya politik pembangkang. Bagaimanapun beliau yakin rakyat tidak terlalu bodoh untuk terpengaruh dengan cerita bohong dan dongeng yang sedang dijaja oleh pembangkang. Pakatan pembangkang mengeluarkan resolusi 100 Hari pada konvensyen yang di adakan di Pulau Pinang Ahad lalu, yang antara lain akan mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya dengan tujuan menghapuskan tol. Pembangkang juga berjanji akan menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskan oleh generasi kedua dan ketiga Felda. Menurut Syed Ali lagi, pada PRU ke-12 lalu banyak janji-janji manis dalam manifesto pembangkang terutama di Selangor masih belum ditunaikan. "Kalau di Selangor pun mereka masih gagal melunaskan janji untuk kesejahteraan rakyat, inikan pula untuk memerintah negara dengan pelbagai cerita pembohongan," tegasnya. Beliau berkata, rakyat negeri itu terus tertekan dengan sistem pentadbiran yang tidak cekap walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor. "Cerita bohong 100 Hari pembangkang itu samalah dengan kisah lawak apabila Anwar yang sedang berdepan dengan kes liwat dilantik sebagai penasihat ekonomi," tambahnya. Beliau kesal kerana pakatan pembangkang yang turut disertai PAS sanggup berbohong kepada rakyat dengan janji-janji yang mustahil untuk dilaksanakan. Sehubungan itu, Syed Ali bersetuju dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) akan menjawab secara terperinci segala janji-janji manis tersebut. Katanya, adalah masa yang tepat untuk BN menyerang balas segala pembohongan pembangkang kerana tindak-tanduk mereka semakin menyusahkan kehidupan rakyat. "Rakyat semakin keliru dengan kisah bohong, provokasi dan permainan sentimen kaum yang sengaja dilakukan pembangkang," katanya. | |
LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK Posted: 22 Dec 2010 07:41 AM PST Taklimat Jentera Pilihanraya BN Dun Telok Datok Posted: 22 Dec 2010 06:32 AM PST
Langsung dari Pejabat UMNO Bahagian Kuala Langat. Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone | Logo 1 Malaysia DIHARAMKAN kat Selangor,perhhh! Posted: 22 Dec 2010 02:25 AM PST
Nampaknya Pakatan Rosak ni dah fobia dengan 1 Malaysia... nampak je logo 1 Malaysia di Selangor ni pihak PBT diarahkan wajib untuk turunkan logo tersebut...yang terbaru kedai serbaneka One-Eleven yang terletak di No-A-G-11 Jalan Sultan Abdul Samad 42700 Banting..(sebelah Public Bank Banting) yang mempunyai logo 1 Malaysia menjadi mangsa diarahkan untuk tidak menggunakan logo tersebut pada papan tanda kedainya. Alowww kawan,banyak lagi isu yang perlu ditangani di Daerah Kuala Langat dan Selangor... pergila tutup rumah urut, pusat pelacuran dan judi yang membiak dengan rakus di tanah Selangor ni...ni kedai yang ada letak logo 1 Malaysia yang dikejarnya...hairan... hairan... | |
Apo Kono Eh Jang! Posted: 22 Dec 2010 07:29 AM PST Budaya samseng dalam PAS. Posted: 22 Dec 2010 05:31 AM PST Ada sahabat blogger dari Kelantan bagitahu Spy tadi bahawa kereta yang dinaiki oleh Ustaz Saidi Hussin telah di"ambush" dari arah belakang oleh suspek yang disyaki pengikut PAS. Korang kenal tak siapa Ustaz Saidi Hussin? Dulu ustaz ni pernah jadi Ketua Keselamatan didalam PAS. Mungkin jaga keselamatan Nik Aziz kot sebab dikatakan dia ni baik dengan MurSamdol parti cap bulan tu.
Percubaan "meliwat" kereta Ustaz Saidi ni bagaimanapun tak membawa kecederaan parah kepada pemandu dan juga kereta tersebut. Kena sipi saja mungkin disebabkan Ustaz tersebut telah menyedari dan bersedia apabila keretanya diekori oleh suspek.
Spy juga difahamkan, perlakuan songsang samseng taik kucing PAS PIS PUSS ini ada berkaitan dengan pendedahan yang dibuat oleh beberapa blog tentang isu ADUN Selinsing yang dipercayai berkhalwat dengan isteri orang didalam koc keretapi.
Ustaz Saidi yang merupakan saksi kejadian tersebut juga telah mendedahkan bagaimana Nik Aziz sendiri telah bertindak "mengampunkan dosa" ADUN tersebut selepas membuat "sembahyang istiqarah" pada malam sebelumnya.
Mungkin akibat tak tahan dengan kebenaran yang mula timbul, satu tindakan menakut-nakutkan saksi ini dibuat oleh pengikut-pengikut PAS. Maka, disinilah samseng-samseng taik kucing PAS ini mengambil peranan.
Namun tahniah diucapkan kepada Ustaz Saidi kerana keberanian beliau berdepan dengan situasi tersebut. Ustaz Saidi juga mengesyaki perlakuan "ganas" puak-puak PAS ini adalah dirancang bagi mematahkan semangatnya untuk mendedahkan perkara yang benar.
Ustaz Saidi kini selamat setelah keluar dari Hospital pagi tadi sebagai pesakit luar. Mungkin keretanya saja terpaksa "ditahan" lama sikit di bengkel bagi memperbaiki kerosakan akibat cubaan "liwat" dari pengikut PAS.
Korang jangan hairan dengan perlakuan puak-puak PAS ini. Syed Azidi @ Kickdefella dulupun pernah diancam dengan kapak terbang dihadapan rumahnya sendiri ketika mendedahkan tentang isu PMBK. Sekarang ni giliran Ustaz Saidi pula.
Inilah ajaran sesat yang diajarkan didalam PAS. Segala perlakuan ganas ini halal jika dilakukan oleh puak-puak mereka, tetapi jatuh haram jika dilakukan oleh kumpulan lain terutamanya UMNO.
Budaya ganas inilah yang sangat diagung-agungkan didalam PAS. Mereka menganggap perlakuan mereka itu mulia kerana dilabelkan jihad oleh lebai-lebai mangkuk dalam PAS. Tetapi yang sebenarnya perbuatan mereka-mereka ini langsung tak mencerminkan budaya serta adap sopan didalam Islam.
Tapi, perangai-perangai samseng sebeginilah yang Nik Aziz suka. Lagi samseng lagi bagus sebab Tuhan pun samseng dia kata. Lagipun kan PAS sudah official berkawan dengan syaitonn..maka perangai pun kenalah jadi macam syaitonn jugak. Kalau jadi baik nanti syaitonn marah.
Oleh sebab itu, terpaksalah pengikut-pengikut PAS yang bebal ni menurut perintah Tok Guru mereka supaya jadi ganas dan samseng. Kalau Nik Aziz dikatakan dapat berkomunikasi dengan tuhan seperti yang Ustaz tu kata dalam video dia, pengikut Nik Aziz pulak kena ikut perangai tuhan jadi samseng.
Bukan Spy kata Tuhan samseng haaa…Nik Aziz yang kata. Kalau tak percaya, pi tanya dia sendiri kat Pulau Melaka nun. Mungkin time-time macam ni dia tengah mengular kat kebun pisang belakang rumah dia.
Jadi MB gaji dan elaun masuk tiap-tiap bulan, tapi kerja asyik mengular sini sana makan gaji buta. Sebab tu lah negeri Kelantan miskin.
Laporan Spy Leman dari front desk Hotel Kita, Kota Baharu Kelantan.
| |
Khairy Jamaluddin Posted: 22 Dec 2010 01:27 AM PST Treat returnees as real national assets Posted: 21 Dec 2010 04:00 PM PST For modern economies there are three ingredients central to their long-term competitiveness: natural resources, capital and talent. Rapidly growing countries in need of fuel, energy and food for their burgeoning population have gone on an unprecedented shopping spree buying all available supplies of natural resources and striking diplomatic and commercial relationships across the globe to guarantee long-term availability of scarce commodities. The competition for foreign direct investments has become more intense with investors having more choices where they want to direct their money than ever before, thanks to an unprecedented number of open markets around the world | New approach and policy tools to achieve 30% target Posted: 21 Dec 2010 04:00 PM PST Nothing is more contentious when discussing Malaysiaâs political economy than the so-called â30% targetâ. What started off as a well-meaning objective to redress socio-economic imbalances in the early 1970s has become the centre of heated political debate with proponents defending its continued relevance and critics dismissing it as an obstacle to competing in a globalised world. Because it is an economic target for a particular ethnic group, the debate itself drags in decades-old frustrations on all sides and usually produces an unproductive exchange of political chest-thumping against pseudo-intellectual put downs. | |
DunSemarang Posted: 22 Dec 2010 01:10 AM PST Lawatan kerja YB Datuk Samsolbari Jamali Posted: 21 Dec 2010 03:47 PM PST 21.12.2010.Selasa. Ayer Hitam, Dun Semarang. IKS (industri Kecil Sederhana) kawasan Dun Semarang telah terkenal dengan kepelbagaian pengeluarannya. Dari Pengeluar Makanan Ringan hingga Pengeluar kenderaan Mini pengangkut hasil pertanian Desa. Kerajaan Negeri Johor DT, telah memyumbang dan memberi bantuan IKS melalui Pejabat Pertanian Ayer Hitam. Dua orang pengusaha IKS DunSemarang telah menerima bantuan. Norhayati binti Kassim dari Kg pt Nipah, merupakan seorang Pengusaha kuih-muih dan kek. Beliau menerima bantuan peralatan oven dan mesin penguli tepung bernilan RM3990 Ramil bin Samingan Pt Hj Ali Tengah, pengusaha ukiran dan kraftangan menerima sumbangan mesin ukir moden bernilai RM 5000.00 Semasa majlis tersebut YB Datuk Samsolbari menyatakan, "Hanya kerajaan BN bersama UMNO Johor yang mengadakan program bantuan IKS seperti ini. kerajaan Negeri Johor memperuntukan RM 1.5 juta setahun dan program ini telah dilaksanakan selama 10 tahun".Beliau turut menyampaikan Sijil Kelulusan dari Pejabat Pertanian Johor kepada kedua-dua pengusaha IKS tersebut.. Sejajar dengan majlis tersebut,YB Datuk Samsolbari selaku Adun Dun Semarang meluangkan masa melawat mangsa kebakaran Kg Pt Haji Ali, yang berlaku semasa beliau masih di Tanah Suci. Beliau menyampaikan sumbangan derma orang ramai bagi meringankan beban mangsa. (Terima kasih, Sumber berita dan foto oleh Pejabat UMNO AH, Edit by Ajey M69) | |
Razlan's Posted: 21 Dec 2010 11:21 PM PST Peperangan JANJI KEPADA RAKYAT sudah bermula !! Posted: 21 Dec 2010 09:37 PM PST Melalui konvensyen Pakatan Rakyat yang lepas, sekali lagi pihak pembangkang telah merencanakan peperangan Janji Manis kepada rakyat Malaysia untuk memberikan mereka modal untuk mendapat sokongan. Takala Kerajaan Pusat sedang bertungkus lumus memperbaiki kemudahan dan membuat kerja untuk rakyat dengan merancang berbelanja berbillion wang kerajaan untuk kemudahan infrastuktur kepada rakyat, Pembangkan mengambil jalan mudah untuk menarik sokongan mereka dengan memberikan janji manis. Hakikatnya Rakyat Negara ini sudah pastinya akan terpeganruh kepada janji mereka kerana ianya memberikan keuntungan terus kepada rakyat pada jangka masa pendek. Dan dengan pendapat kebanyakkan rakyat pada hari ini, peduli apa dengan pembangunnan kerana apa yang mereka ada hari ini sudah mencukupi untuk mereka hidup, dan tanggapan dan pandangan ini telah memberi cabaran kepada kerajaan untuk mencari cara bagaimana untuk menjaskan kepada rakyat betapa pentingnya wang kerajaan di belanjakan kea rah pembanggunan. Banyak janji Pakatan Pembangkang tidak ditunaikan semasa mereka menang di beberapa negeri, seperti air percuma, wang kebajikan kepada warga emas, wang ehsan kepada ibu tunggal dan banyak lagi janji mereka sehingga hari ini tidak ditunaikan. Di Selangor sahaja, kantong yang di tinggalkan oleh kerajaan BN sebanyak 1.2 billion tunai telah habis digunakan dan banyak anak syarikat kerajaan Negeri telah mengalami kerugian. Rakyat hari ini di hidangkan dengan janji yang lebih besar seperti penghapusan Tol. Sudah pastinya ini merupakan janji yang amat besar kepada rakyat dan bagaimana untuk mereka merealisasikan, itu tidak penting, kerana yang paling utama adalah untuk mendapatkan kerusi sebanyak mung kin untuk mereka memerintah Negara Malaysia. Bolehlah kita ibaratkan hari ini janji mereka adalah kosong. Mungkin ada pendapat yang berkata apa ruginya kita mencuba, kalau betul, kita tidak perlu untuk membayar tol lagi selepas ini, dan sudah pastinya akan mendapat banyak keuntungan kepada kita. Dengan janji ini, sudah pasti ada yang dikurangkan untuk mereka merealitikan janji ini, dan jawapannya amat mudah, segala subsidi yang diperolehi oleh orang Melayu hari ini akan dihapuskan, Felda akan dihapuskan, MARA akan dihapuskan dan banyak lagi agensi yang terbabit dengan memberi subsidi akan dihapuskan semata-mata untuk memberikan kenikmatan kepada pengguna jalan raya untuk mendapat tol percuma. Inilah yang akan terjadi sekiranya mereka menang dan berkuasa. Adakah kita mahukan keuntungan jangka masa panjang ataupun keuntungan jangkamasa pendek. | RTM diminta siar perlawanan akhir Piala Suzuki Posted: 21 Dec 2010 02:05 AM PST UTUSAN MALAYSIA KELUARAN 20 DISEMBER** Terima Kasih kepada Rais kerana telah meluluskan siaran lansung untuk kali ini. Hidup Harimau Malaysia KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta supaya menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan menyaksikan Malaysia menentang Indonesia, hujung minggu ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafli dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air masih mengharapkan penyiaran penuh oleh RTM. Kata beliau, kementerian perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan rakyat tidak berasa kecewa seperti mana yang dialami mereka ketika gagal menyaksikan aksi penuh skuad negara pada peringkat separuh akhir Sabtu lalu. "Rakyat negara ini seharusnya berasa bangga dan berkongsi kegembiraan dengan skuad bola sepak negara yang hari ini telah membuktikan peningkatan prestasi mereka," katanya dalam kenyataan itu. Menurut Mohd. Razlan, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonton lintas langsung di skrin besar di Bukit Bintang beberapa hari lalu juga membuktikan sokongan beliau terhadap sukan tanah air. "Oleh itu, kita juga mahukan pihak tertentu di kementerian juga dapat merasai kehangatan dan semangat rakyat negara ini untuk menyokong skuad kebangsaan," katanya. Pada aksi separuh akhir lalu, siaran langsung hanya bermula kira-kira 30 minit selepas permainan berlangsung dan ia menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat. "Oleh itu, kita amat berterima kasih kepada RTM jika boleh menyiarkan keseluruhan perlawanan akhir nanti," tegas beliau lagi. | |
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN Posted: 21 Dec 2010 09:24 PM PST |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 21 Dec 2010 03:18 PM PST Komunisme Bermahajarela Semula Di Pulau Pinang Posted: 21 Dec 2010 03:15 PM PST Komunisme Bermahajarela Semula Di Pulau Pinang Kereta Ketua Pemuda PCM disimbah cat merah
Liew Yeow Hooi menunjukkan surat ugutan bunuh dan cat merah yang disimbah pada bahagian depan keretanya di Ayer Itam, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 21 Dis. - Kereta BMW milik Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM) yang diletakkan 30 meter dari pekarangan rumahnya di Jalan Air Putih di sini disimbah cat merah oleh pihak tertentu, dipercayai bertujuan menakut-nakutkannya.
Turut ditinggalkan di atas kereta milik mangsa, Liew Yeow Hooi adalah sebungkus beg plastik berisi cat dan tujuh keping kertas bersaiz A4.
Ketujuh-tujuh kertas tersebut bertulis: Amaran terakhir! Jangan buat bantahan tentang kerajaan negeri Pulau Pinang lagi! Jika tidak kita kan bunuh u dan keluarga u! Kali ini kita ajar sikit sama u sahaja kena kereta u tak kena orang. Kita bagi u Parti Cinta Malaysia semua habis.
Menurut mangsa, kejadian seumpama itu merupakan kali kelima dilaluinya selain pernah dipukul dan disimbah cat di pekarangan rumah bapanya di Padang Tembak, Ayer Itam pada Disember tahun lalu.
Dakwa beliau, perbuatan khianat tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan demonstrasi yang diadakannya di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2 November lalu.
''Saya menyifatkan mereka tidak profesional dan ia ada kaitan dengan faktor politik. Kita manusia biasa, bukannya seekor binatang. Kalau saya ada buat salah, datang berjumpa dan bercakap sendiri.
"Jangan guna kekerasan untuk meluahkan perasaan tidak puas hati. Negara kita ada undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau percaya ugutan itu ada kaitan dengan tindakannya yang sering membantah kerajaan DAP Pulau Pinang termasuk dalam isu kenaikan tarif air sebanyak 27 peratus dan caj letak kereta yang dikenakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sehingga larut malam.
Yeow Hooi bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi percaya perbuatan itu ada kaitan dengan penyokong kerajaan DAP Pulau Pinang.
''Dua bulan lalu saya telah menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada seseorang yang mengarahkan saya supaya tidak mengganggu dan membantah apa-apa arahan kerajaan negeri.
''Bagaimanapun, saya tidak takut dengan ugutan ini dan akan tetap meneruskan tanggungjawab saya," katanya.
Tambah Yeow Hooi, beliau meminta pihak polis menyiasat segera semua laporan yang dibuatnya sejak dari tahun lalu dan bertindak pantas dalam menangani isu itu sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.
Ulasan
Takkan kerja UMNO kot? Takkan kerja BN kot? Apa kena mengena UMNO Pulau Pinang dengan PCM? Itulah kerja DAP Pulau Pinang. Mengugut dan mengamalkan politik kebencian.
Teman belum lupa lagi kejadian seorang Melayu dibunuh di Jelutong dan mukanya dicat merah oleh konco-konco p*****k di Pulau Pinang yang menyemarakkan angin rusuhan kaum pada tahun 1969.
Hari ini mereka memulakannya semula. Tetapi atas kaum mereka sendiri. |
| PROGRAM 100 HARI PEMBANGKANG - RASUAH POLITIK ? Posted: 21 Dec 2010 03:05 PM PST Politik Malaysia sekali lagi "ditawarkan" dengan program 100 hari oleh pakatan pembangkang.Apa yang dapat dilihat, kebanyakan apa yang ditawarkan itu memberi keuntungan kepada rakyat. Namun jangan dilupakan bahawa mereka juga dapat juga. Ianya mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.
Persoalannya jika pakatan pembangkang memenangi lagi beberapa negeri tapi tak boleh membentuk kerajaan pusat adakah mereka akan menunaikan janji-janji tersebut. Setakat ini banyak lagi janji-janji politik yang dihamburkan sewaktu berkempem pada PRU 12 tidak dilaksanakan lagi. Satu lagi yang menjadi tandatanya kita adalah selalunya pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri dengan cara gabungan dari parti PKR< DAP DAN PAS. Ini disebabkan parti-parti tersebut tidak dapat majoriti mudah. Bila bergabung, macam-macam boleh berlaku, Pernah satu ketika dulu, ada yang jadi "Menteri Besar Boneka" sahaja. Tidakkah kali ini akan ada Perdana Menteri boneka juga?'Pembohongan besar untuk tipu rakyat' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.Beliau menganggap kenyataan pembangkang itu sekadar umpan untuk menarik pengundi dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan.Sebagai contoh, katanya, jika 400,000 orang guru diberikan imbuhan bulanan sebanyak RM500, ini bermakna kerajaan pembangkang perlu membelanjakan RM200 juta sebulan dan jika diukur setahun ia membabitkan kos RM2.4 bilion.''Dia kata ada duit jadi kita bacalah (andaikan) tapi implikasinya kalau naik gaji guru tapi tak naik gaji pegawai kerajaan lain yang berjumlah 1.2 juta orang, macam mana?''Apakah guru sahaja ditawarkan, kenapa tidak tawarkan kepada yang lain? Kalau semua dinaikkan gaji, setahun sudah berapa, darabkan dengan beberapa tahun, boleh bankrap kita," soal beliau.Muhyiddin mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu mengemukakan Program 100 Hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan untuk menghapuskan tol, merombak subsidi kepada swasta dan menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500.Menurut beliau, pembangkang boleh berkata apa sahaja kerana mereka tidak mempunyai pengalaman mengepalai Kerajaan Pusat berikutan setiap keputusan memerlukan kajian, penelitian dan kesan tempoh masa panjang.''Cakap tu kenalah teliti dan mendalam, jangan kerana nak tarik sokongan rakyat lepas itu katalah...Nauzubillah dia memang (pilihan raya) dan tak boleh kotakan janji, dia akan kata pula tak kan kita nak naikkan gaji guru.''Kakitangan kerajaan lain takkan nak berdiam diri, tuntutan persatuan-persatuan lain lagi, takkan ada yang akan cakap, tak apa, dia boleh naik (gaji) kami tak naik pun tak apa," katanya dalam nada sinis.Muhyiddin menambah, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan terikut-ikut dengan kerenah pembangkang kerana BN boleh kekal dalam keadaan yang cukup baik serta semua pihak dapat dinikmati kemajuan.Justeru, kata beliau, rakyat perlu lebih teliti supaya tidak termakan dengan tawaran pembangkang.Sementara itu mengulas mengenai kewujudan banyak parti baru seperti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, semua pihak yang berkemampuan boleh bertanding dan mendaftarkan pertubuhan politik mereka.''Lebih ramai lebih meriah, sebab rakyat ada banyak pilihan tetapi bagi kita ia tidak menggugat kerana kebanyakan yang wujud boleh bertahan satu penggal sahaja, sebab tidak ada idealogi, pemimpin mereka pun macam yang kita lihat sekaranglah tidak ada pandangan dan visi jelas untuk negara.''Tidak seperti BN, Perdana Menteri sudah gariskan kerangka untuk membawa negara berpendapatan tinggi dan maju tapi pembangkang tak ada perancangan hendak membawa pembaharuan ekonomi atau membentuk negara," katanya.Tidak berpaksi kemampuan sebenar - Najib21/12/2010 9:22pmPUTRAJAYA 21 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka.Bagaimanapun, Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut."Lain kalilah sebab kita akan beri respons yang terperinci," katanya selepas menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian persefahaman antara Malaysia dan India untuk kerjasama berkaitan perkhidmatan bantuan teknikal bagi pembangunan dan pengurusan lebuh raya di pejabatnya di sini hari ini.Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lepas.Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum ke-13.Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. - BernamaMenang secupak, rugi segantangAdalah tidak sihat kepada sebuah kerajaan apabila hanya mahu mendengar pujian semata-mata. Tentu sekali sama tidak sihatnya apabila yang tidak memerintah hanya tahu memperlekeh hasil positif kerajaan.Begitu juga dalam hal mengkritik, ia adalah sihat sama seperti reaksi terhadap kritikan itu. Tetapi yang selalu berlaku ialah yang dikritik dan mengkritik terbelenggu dengan perilaku untuk memusnahkan. Mereka sengaja menempatkan diri sebagai seteru walaupun mengaku mewakili suara rakyat.Inilah yang sedang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Tidak pernah dalam sejarah 53 tahun Malaysia - sejak Mac 2008 - kita terpaksa makan, minum dan tidur dengan gembar-gembur politik. Semua hal dan peristiwa mahu disalut dengan kepentingan politik.Lihatlah di Dewan Rakyat, yang sepatutnya menjadi tempat mulia menyuarakan hati nurani rakyat, didominasi dengan pertengkaran penuh keegoan dan aksi ala demonstrasi. Suara pemeriksa dan pengimbang jarang-jarang kedengaran. Mereka menggunakan tipu helah bersuara rakyat tetapi yang dijaja sebenarnya adalah kepentingan peribadi, kelompok dan nafsu memburu kekuasaan.Mereka bersuara tidak diberi keadilan tetapi realitinya merekalah yang meranapkan keadilan. Mungkinkah adil bagi mereka jika boleh sesuka hati menyalahgunakan Dewan yang mulia? Mungkinkah adil bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR - Gombak); R Sivarasa (PKR - Subang) dan Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) jika boleh berbuat apa sahaja perbuatan yang melanggar peraturan.Bagaimana pula wakil rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang juga telah dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri sidang Dewan? Apakah itu bukan keadilan atau ia menggambarkan demokrasi telah runtuh?Lihatlah di Dewan Undangan Negeri Perak, kerajaan yang disahkan oleh mahkamah dan Perlembagaan serta diperkenan oleh Sultan, terus-menerus dikata tidak sah. Mereka tetap bangga menggunakan perkataan perampas, sedangkan pertukaran kerajaan berlaku kerana sikap mereka sendiri.Lihatlah politikus yang melenting dicap rasis, sedangkan mereka mudah menuduh orang lain sedemikian. Mereka berkata memperjuangkan kebebasan dan ketelusan tetapi media disekat daripada melaporkan perkara sebenar. Malah peruntukan negeri digunakan untuk menggerakkan propaganda parti, bukannya menyebar maklumat mengenai program kerajaan negeri.Mereka marah dan tangkas mengumpulkan rakyat kononnya bagi menjelaskan fitnah dan konspirasi tuduhan liwat, sedangkan mahkamah telah memutuskan ia pernah berlaku tetapi tidak disabitkan kesalahan kerana masalah teknikal. Kumpulan ini juga marah digelar komunis tetapi sesenang hati mengata pemimpin lawan bukan rakyat Malaysia sebenar.Dan terbaru, mereka melancarkan program 100 hari yang kononnya akan dilaksanakan jika PKR, Pas dan DAP berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Ia adalah janji terbaru pakatan pembangkang untuk melaksanakan reformasi menyeluruh pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan.Rupa-rupanya dalam sinikal memperlekeh Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pembaharuan lain yang kini sedang rancak digerakkan, mereka cuba 'menculik' program negara dan rakyat itu. Mereka menjanjikan 'dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu."Cuba kita imbas antara program 100 hari itu yang tujuannya mengajak rakyat Malaysia, pengundi yang berdaftar supaya 'ubah sekarang, selamatkan Malaysia':* Reformasi institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.* Mansuhkan ISA, mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.* Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap guru sebagai penghargaan.* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan dan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.* Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA dan menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus.* Menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.Sebahagian besar daripada reformasi yang diimpikan untuk dilaksanakan pada hari pakatan pembangkang menawan Putrajaya itu, kini sudahpun digerakkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka pun sedar perkara itu kerana sama ada di podium ceramah, Dewan dan media, merekalah antara pihak yang berterusan memperlekeh program mahupun projek transformasi berkenaan.Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah berubah. Perubahan yang mengutamakan kehendak rakyat dan memperkasakan sistem penyampaian kerajaan sedang dilaksanakan, bukan lagi sekadar impian di atas kertas. Cuma, tentu sekali cara dan pendekatannya berbeza dengan reformasi pakatan pembangkang itu.Lihatlah semasa BN mengakui era kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir, pakatan pembangkang pula berfikir sebaliknya. Projek-projek dalam ETP umpamanya yang digarap hasil gabungan minda pelbagai pihak, telah pun disebarkan kepada umum melalui hari terbuka. Orang awam termasuk pembangkang boleh mengkritik, malah memperbetulkan jika masih ada kepincangan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kritkan membina.Jelaslah program impian 100 hari yang mereka uar-uarkan pada konvensyen pekatan pembangkang Ahad lalu, bukanlah perkara baru. Begitulah cekapnya politikus 'menculik' program-program yang kini sedang dilaksanakan dan kemudian mengaku pula ia adalah perjuangan mereka.Mungkin benar seperti nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa berucap pada konvensyen pakatan pembangkang itu bahawa "janganlah kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan..."Masih banyak kelemahan di negeri-negeri yang mereka tadbir - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Perbaiki yang itu dulu dan tunjukkan prestasi. Perhalusilah ucapan Abdul Hadi bahawa 'pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri dengan pencapaian selama ini ketika memerintah beberapa negeri, selain menilai kelemahan dasar dan pelaksanaan masing-masing.Tanpa diragui, pemimpin adalah pemain utama untuk membangun mahupun menghancurkan agama, bangsa dan negara. Baik pemimpin, baiklah negara. Jahat pemimpin, ranaplah bangsa. Fikirkanlah. |
| |
Dr Mohamad Khir Toyo Posted: 21 Dec 2010 09:32 AM PST |
DunSemarang Posted: 21 Dec 2010 01:32 AM PST SAN EXPRESS Posted: 21 Dec 2010 12:36 AM PST IPOH 20 Dis.Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan 48. Bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah Walau apa pun punca kejadian, kami warga UMNO Dun Semarang ingin mengucapkan "Salam Takziah" kepada keluarga Omar Shahidan. Semuga keluarganya tabah dalam menghadapi dugaan di akhir tahun 2010. Kami di sini sedang menanti sebarang berita "ADAKAH" lawatan susulan dari mana-mama pihak terhadap beliau seperti lain lain pemandu yang lain.... Maklumlah pemandu ini adalah rakyat tempatan berketurunan Melayu..mungkin hanya rakyat kelas DUA di bumi sendiri...Bukan Tuan...dan tidak Berdaulat. Yang PASti tUAN nya ialah..Sor Eng Hock. ByM69. | |
Hamidah Osman Posted: 20 Dec 2010 11:16 PM PST Salam Semua Posted: 20 Dec 2010 01:03 AM PST Salam semua,
Maaf lama jugak tidak berkesempatan menulis diruangan ini.
Dilampirkan artikel yang menarik yang dibaca untuk dikongsi bersama.
Terima kasih Awang Selamat, petikan dari Mingguan Malaysia
Kak Midah, Batu Gajah
Beberapa pemimpin DAP melenting apabila disebut DAP adalah parti paling rasis.
Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.
Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.
Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.
Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.
Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?
Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.
Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.
Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan.
Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.
Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.
Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran.
Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti.
Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa dan kepimpinan PAS pula saperti tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu. | |
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN Posted: 20 Dec 2010 09:05 PM PST |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 20 Dec 2010 03:13 PM PST NEGERI SEMBILAN TUMBANG ? Posted: 20 Dec 2010 10:05 AM PST Pakatan Rakyat Yakin Dapat Tawan N.Sembilan PRU Ke-13Konvesyen Pakatan Rakyat yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan merupakan satu wadah dalam usaha meningkatkan perhubungan antara parti di dalam gagasan itu serta memupuk semangat perjuangan tanpa batas sempadan bagi persediaan mengambil pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dalam ucapan aluannya pada perasmian konvensyen berkata tujuan ia diadakan adalah untuk mengeratkan semangat perpaduan, setiakawan dan ukhwah antara pimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin akar umbi yang berbilang kaum. "Mari kita lupakan apa jua perbezaan, kita bersatu di bawah satu pakatan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengubah arena politik dominasi kerajaan terkini yang masih dikuasai oleh satu kaum sahaja. "Pakatan Rakyat Negeri Sembalan kini bertambah mantap, kesederhanaan sikap pemimpin setiap parti menjadi tunjang kepada keakraban dan ini memudahkan setiap perbincangan dan mencari titik persamaan. "Dimana-mana program rakyat, ketiga-tiga pemimpin parti akan turun bersama berganding tangan bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat. Oleh yang demikian tidak menghairankan di mana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat kini menerima pertambahan anggota parti secara mendadak dan ini merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan serta mencerminkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan," kata beliau di hadapan lebih 300 perwakilan pagi tadi. Beliau berasa yakin Pakatan Rakyat akan berjaya di dalam usaha untuk menawan mengambil alih kerajaan negeri Negeri Sembilan dan seterusnya melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum nanti. "Namun begitu, kita jangan alpa di dalam situasi sebegini pemimpin disemua parti dan peringkat harus bekerjasama dengan lebih erat lagi di dalam memenangi hati rakyat majmuk. "Kita juga harus memastikan jentera parti sehingga ke peringkat akar umbi diperkukuhkan dan ini bukan sahaja dari segi meramaikan petugas bahkan perlu menyediakan sistem pengurusan yang baik serta sistem pentadbiran parti yang cekap," tegas Kamarul lagi. Kamarul berharap gerak kerja pendaftaran pemilih baru dan jentera pilihan raya hendaklah diperhebatkan terutamanya kepada anggota parti yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Beliau juga yakin konvesyen kali ini akan terus mendapat respons yang baik dari rakyat selain memastikan hayat politik Barisan Nasional adalah yang terakhir pada kali ini. |
| MINORITI DALAM MAJORITI Posted: 20 Dec 2010 10:04 AM PST Melayu:minoriti dalam majoritiMampukah penguasaan politik orang Melayu bertahan di negara ini di masa akan datang?Melihat keadaan semasa realitinya ia boleh lenyap bila-bila masa. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengingatkan tentang kemungkinan ini beberapa kali. Faktor di depan mata sekarang ialah majoriti orang Melayu di negara ini yang berpecah tiga dalam fahaman politik vs minoriti orang bukan Melayu yang bersatu dan terbukti boleh menjadi kuasa penentu yang kuat. Jangan main-main dengan golongan minoriti ini yang bersatu dan bertindak bersama. Dr Mahathir mengulangi ingatan ini semasa bercakap dalam forum rancangan Malaysia ke 10 yang disiarkan secara langsung oleh RTM dari PWTC Khamis malam. "Yang minoriti bersatu dan bertindak bersama maka pada waktu itu dia memang kuat…tetapi yang (majoriti) apabila ia terbelah tiga ia sudah menjadi kumpulan yang majoritI kerana ia memiliki satu pertiga dari 60 peratus (penduduk negara ini),"katanya. Dr Mahathir menyingkap situasai ini semasa bertanding melawan calon PAS (Allahyarham Yusof Rawa) di masa lampau dimana beliau tewas kerana golongan minoriti pengundi bukan Melayu kawasan itu menyokong calon PAS. Beliau melihat kekuatan majoriti kuasa politik orang Melayu sekarang tergugat kerana adanya orang (dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dakwanya begitu takasub nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup pecahbelahkan orang Melayu. "Asal dia dapat jadi (Perdana Menteri) ..tak apalah..apa pun taka pa,"katanya. Sementara itu menyentuh tentang syarikat berkaitan kerajaan (GLC),bekas Perdana Menteri itu berpendapat ia perlu disemak semula bagi melihat sama ada ia masih melaksanakan tujuan asal penubuhannya. "Kita perlu tahu. Jelas sekali ramai orang tidak gembira dengan apa yang dilakukan oleh GLC. Kita perlu melihat sama ada GLC sudah menyimpang dari tujuan dan matlamat penubuhannya atau tidak." "Kita kelihatan seperti meniru Singapura pada setiap masa," katanya. Katanya, dulu, tidak ada GLC. Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) ditubuh untuk menjaga saham Bumiputera. "Bila beri saham kepada Bumiputera, mereka jual saham untuk keuntungan. Jadi, kita tubuh PNB untuk menyimpan saham dalam satu badan untuk mengekalkan dalam bentuk saham amanah. "Khazanah pula ditubuh untuk simpan segala saham Bumiputera yang tidak dapat dibeli oleh Bumiputera dan untuk menentukan saham yang diperuntukkan untuk Bumiputera tidak hilang "Pegangan Khazanah yang menyebabkan angka ekuiti 20 peratus Bumiputera menjadi kenyataan," katanya. Mengenai Wawasan 2020,Dr Mahathir Malaysia boleh mencapainya sekiranya beberapa strategi pembangunan dan ekonomi ditukar. Bekas perdana menteri yang mengilhamkan wawasan itu pada 1991, berkata ini kerana krisis kewangan dunia serta krisis dalaman negeri pada tahun 1997 dan 1998 sedikit sebanyak telah menyekat pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dirancang. "Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya. Dr Mahathir berkata bagaimanapun, strategi pembangunan dan ekonomi yang perlu ditukar itu harus dibincang dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti bentuk strategi yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang lebih besar. "Ada cara-caranya, tapi kita kena perah otak supaya kita dapat satu idea bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya. Mengenai pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur, Dr Mahathir mencadangkan supaya kaum lain turut terlibat dalam program pembangunan itu supaya ia dapat dijadikan daya penarik dalam usaha tersebut. "Saya berpendapat perlu ada kaum lain yang mengambil bahagian. Kita tidak boleh tentukan 40 peratus ke 50 peratus tetapi sedikit sebanyak mesti ada, kerana ia adalah satu daya penarik. "Kalau tidak ada kaum lain berniaga bersama, orang Melayu pun tidak akan datang kerana memang sudah kepercayaan kononnya orang Melayu tidak boleh berniaga," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata punca masyarakat Melayu masih berkurangan dalam senarai 40 orang terkaya di negara ini walaupun Malaysia telah 50 tahun merdeka adalah kerana dakwanya orang Melayu masih "tidak dapat mengawal nafsu dan terlalu boros." "Kita tidak kawal nafsu, kita dapat duit sahaja (kita) hendak belanja. Saya jumpa dengan seorang kawan Cina, katanya masalah mengenai Bumiputera, tidak pandai hendak menguruskan tunai, ada duit sahaja hendak belanja, belum jadi duit sendiri pun sudah belanja," katanya. Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 bukan bersifat rasis walaupun banyak memberi tumpuan kepada agenda pembangunan Bumiputera. "(RMK-10) hanya bertujuan menyamakan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tumpuan mesti diberikan kepada yang tertinggal kerana yang di belakang tidak dapat kejar yang di depan," katanya. sumber : agendadaily |
| EKSLUSIF :SIRI JAMES BOND : WIKILEAKS Posted: 20 Dec 2010 09:56 AM PST Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam. Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia. Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit. Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin. Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams. Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm. Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal. Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan. Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan. Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa. Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam. Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. – Agensi |
| KITA JADI PESAING PAS DAN PKR... Posted: 20 Dec 2010 09:48 AM PST Kita parti untuk rakyat: Zaid PETALING JAYA – Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang keluar parti itu, dilantik sebagai Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan Tropicana Golf :Resort, di sini, semalam. Beliau mengambil alih tempat Zakaria Salleh, malah dalam mesyuarat itu juga mereka bersetuju Akim ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan parti. Zaid berkata, jawatan lain dan perlembagaan baru parti akan diumumkan dalam satu mesyuarat parti akan diadakan pada 19 Januari depan, selain itu juga ia berperanan sebagai parti nasional dan mempunyai ahli berbilang kaum. Menurutnya, parti tersebut akan hanya mempunyai satu cawangan di setiap negeri dan apa yang penting bukan hanya jumlah ahli sebaliknya sokongan yang diberikan oleh rakyat di negara ini terhadap Kita. "Saya yakin Kita akan menjadi sebuah parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat dan jika sesebuah parti politik ingin maju seharusnya menjadi sebuah parti yang berbilang kaum," katanya. Beliau menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar dari PKR pada 9 November lalu. Zaid berkata, Kita adalah parti demokrasi yang akan menerima mana-mana individu memperjuangkan kepentingan rakyat di negara ini, malah ia menerima siapa sahaja yang mahu melakukan perubahan dalam politik negara. "Kita tidak mahu mereka yang hanya pandai mengampu dan mempunyai kepentingan diri sendiri dalam Kita, kerana kami mempunyai dasar perjuangan yang berbeza di mana tumpuan diberikan kepada hak serta kepentingan rakyat. "Ini merupakan parti bebas ia mempunyai ideologi dan dasar, Kita tidak akan menyertai Pakatan Rakyat atau parti pemerintah, sebaliknya jika ada perkara yang dirasakan penting kami akan memberikan sokongan," katanya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Zaid berkata, Kita kini mempunyai ahli hampir 300 orang dan diyakini akan menjadi parti yang kuat sekiranya ia mendapat sokongan daripada kesemua barisan kepimpinan parti. |
| PRK TENANG : KEJUTAN ATAU TERKEJUT GILER... Posted: 20 Dec 2010 09:45 AM PST DUN Tenang: PAS akan wakili Pakatan, yakin buat kejutan KUALA LUMPUR, Dis — PAS akan meletakkan calonnya di DUN Tenang sambil yakin bakal mencatatkan kejutan pada pilihan raya kecil kali ini berdasarkan prestasi parti itu sejak lebih sedekad lalu. Mengambil kira pengalamannya bertanding dalam tiga pilihan raya umum yang lalu – 1999, 2004 dan 2008, Naib Presden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya akan bertanding di kerusi tersebut. PAS bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang sejak 1999 manakala pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, Semangat 46 menurunkan calonnya di mana PAS menjalin kerjasama dengannya. "PAS pernah bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini, jadi ini kerusi bagi PAS meletakkan calon. Maka, PAS akan meletakkan calon di sini untuk bertanding," kata Tuan Ibrahim kepada The Malaysian Insider. Pengarah Operasi Jentera PAS DUN Tenang Zulkifli Ahmad juga mengesahkan pihaknya akan meletakkan calon mereka walaupun ada kedengaran DAP kemungkinan bertanding. Perkembangan 13 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kesepakatan pembahagian kerusi Mac 2008. "Secara tradisi ini kerusi diperuntukkan dan ditandingi PAS. Berdasarkan konvensyen pembahagian kawasan, kerusi yang ditandingi oleh mana-mana parti dalam pilihan raya umum lalu akan ditandingi oleh parti berkenaan. "Atas sepakat ini, PAS akan bertanding di kerusi DUN Tenang," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ketika dihubungi petang ini. Katanya, PAS Johor mengadakan mesyuarat terbaru malam tadi. " Kami sudah mengadakan mesyuarat tiga hari lalu dan yang terbaru malam tadi bagi membincangkan persediaan," kata Zulkifli lagi. Dalam komen pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi DUN Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan. Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan. Pilihan raya kecil ini akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam. Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka akan mengadakan mesyuarat hujung minggu depan. Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama di Johor. Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis. DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 49 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina pula 38 peratus manakala masyarakat India dalam lingkungan 12 peratus. Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya yakin untuk merampas kerusi itu memandangkan rakyat Johor mahu melihat perubahan dengan kesan tsunami 2008 masih dapat dilihat dan dirasai di negeri itu. "Selain itu, kita melihat generasi muda mahukan perubahan di peringkat Johor, dan oleh itu, saya yakin mereka akan meneruskan sokongan untuk membawa perubahan," katanya sambil menambah, wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan prestasi baik di Dewan Undangan Negeri sepanjang dua tahun lalu. Kini PAS dan DAP ada anggota di DUN Johor. PAS memenangi satu kerusi dua tahun lalu. "Ini juga akan menjadi kayu ukuran untuk meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat di Tenang," katanya. Malah menurut Tuan Ibrahim, pencapaian calon PAS sejak 1999 di kerusi DUN Tenang menunjukkan ada peluang baik untuk menang kali ini. "Peluang itu, saya sangat yakin ada, cuma kita kena kerja kuat dan meletakkan calon terbaik di kalangan yang terbaik," kata Zulkifli lagi. Pada pilihan raya umum 2008 BN mempertahankan kerusi Tenang dengan 2,492 undi berbanding 5,517 undi empat tahun sebelum itu. Pada pilihan raya umum 1999 majoriti diperoleh calon BN adalah dalam lingkungan 8,649 undi ketika pengundinya dalam sekitar 24,100 orang. Mengenai calon, Zulkifli berkata, pihaknya ada tiga hingga empat nama buat masa sekarang. "Bagaimanapun cawangan dan kawasan akan mengemukakan nama masing-masing untuk pertimbangan negeri dan pusat," katanya. Ditanya sama ada Mohd Saim akan diturunkan buat kali ketiga, Zulkifli berkata, kemungkinan itu ada tetapi semua aspek akan diteliti dengan mendalam. "Yang penting kami akan memilih yang terbaik daripada kalangan terbaik," katanya. Kata Zulkifli, PAS memenangi tiga pusat pengundian di kawasan bandar. DUN mempunyai 12 pusat pengundian. Zulkifli berkata pihaknya juga akan memfokus ke atas tiga kawasan Felda yang menawarkan kira-kira 3,000 pengundi. "Sebenarnya kawasan Felda ini masih menjadi kawasan kubu kuat Umno, BN. Tetapi kami akan turut memfokus kerana ia membawa kira-kira 3,000 undi dari tiga kawasan Felda," katanya merujuk kepada Felda Cemplak, Cemplak Barat dan Tenang. Pilihan raya kecil DUN Tenang juga dilihat pilihan raya kecil pertama dalam tempoh 15 tahun lalu. sumber : themalaysiainsider |
| PRK TENANG DALAM OMBAK.... Posted: 20 Dec 2010 09:41 AM PST Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang diumum JumaatKUALA LUMPUR Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini. Difahamkan pilihan raya kecil kali ini akan diadakan minggu ketiga bulan depan. SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya sejak kekosongan wujud. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor pada Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN). "Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. Katanya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu. BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan pula PAS. Kerusi DUN Tenang kosong setelah Sulaiman meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus. Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor. |
| PATUTLAH JADI KUDA TUNGGANGAN DAP SELAMA-LAMANYA.... Posted: 20 Dec 2010 09:39 AM PST Sasaran 60 kerusi Parlimen cerah KUALA LUMPUR, Julai: Sasaran PAS adalah merampas 37 kerusi Parlimen daripada Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia dikuasai oleh PAS, tegas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Menurut beliau, usul 'menguasai 60 Parlimen' itu telahpun dipersetujui dalam Muktamar PAS kali ke-56 pada 12 Jun lalu demi memastikan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari Umno BN tidak lama lagi.
Sehubungan itu, beliau mewakili jentera pilihan raya pemuda menolak pelawaan Umno untuk kerjasama demi kepentingan parti perkauman itu.
"Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," tegas beliau petang tadi di Lobi Parlimen.
Baginya, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kesemua Parlimen sasaran tersebut jika berdasarkan demografi pengundian rakyat pada PRU12 lalu.
"Saya ingat cerah, kalau jentera lebih berkerja keras dari apa yang sedia ada," ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.
Ini kerana, beliau berkata, sebanyak 16 kerusi Parlimen menyaksikan PAS kalah kurang dari 5 ribu undi.
Manakala, katanya lagi, lapan kerusi parlimen sasaran yang lain menyaksikan PAS kalah kurang dari 10 ribu undi.
13 kerusi berbaki, menurut beliau lagi, menyaksikan PAS kalah 13 ribu undi sahaja.
"Kita kena gandakan fokus dan kerja, kalau nak pujuk rakyat tolak politik zalim dalam pilihanraya depan," tegasnya lagi.
Ditambah dengan mood rakyat yang kian sedar ekoran melihat isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada Singapura; gadai dua telaga minyak (Blok L dan Blok M) pada Brunei; kes pembunuhan Altantuya; skandal kapal selam Scropene; serta perlantikan Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang dikatakan pro Yahudi sebagai syarikat komunikasi kerajaan, beliau berkata, sudah tentu memberi kelebihan pada PAS dan Pakatan Rakyat.
Penegasan '60 Kerusi Parlimen' itu sekaligus menjawab pelawaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Nor Adam kononnya PAS lebih mudah melaksanakan Islam sekiranya bekerjasama dengan Umno adalah sandiwara Umno semata-mata.
Menurut beliau, tujuan pelawaan itu demi kepentingan Umno semata-mata, bukannya Islam.
"Kalau Umno ikhlas nak laksana Islam, mereka boleh buktikan sekarang, tak perlu 'main wayang' dengan PAS," ujar beliau sambil menyifatkan kenyataan Lokman itu bertujuan memecahbelah muafakat Pakatan Rakyat.
"Saya tak mahu Negara Islam versi Umno sebab negara kekal dalam kezaliman ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mahkamah tidak bebas, rasuah sana sini, sokong judi bola, amalkan politik membenci kaum-kaum lain yang tidak sokong Umno dan banyak lagi sebenarnya." Sebaliknya, beliau berkata, pendirian PAS bersama-sama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat demi memujuk rakyat menolak kezaliman Umno BN; sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
"Dalam Perjanjian Fudhul Hudaybiah, sebelum Perang Badar dan waktu memeterai Perjanjian Madinah pun, Nabi sendiri bersama-sama orang Islam dan yang bukan Islam untuk lawan kezaliman, apa masalahnya dengan DAP dan PKR," soal beliau.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Lokman turut mendakwa DAP anti Islam, manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin utamnya.
Lokman turut mengumpan PAS kononnya boleh melaksanakan Hudud sekiranya parti itu bersedia bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat ini.
Difahamkan, pujukan Lokman itu demi memulihkan semula sokongan masyarakat Melayu pada Umno yang belakangan ini dilihat kian pudar sejak parti perkauman itu menggadai kepentingan agama, negara dan bangsa.
sumber : kedahlanie |
| Segala-Galanya Dikawal Oleh PUSAT ? Posted: 20 Dec 2010 09:23 AM PST
Kerajaan PR mendakwa segala-galanya dikawal oleh PUSAT... Hudud PUSAT tentukan... Judi PUSAT tentukan... Maksiat PUSAT tentukan... Pendek kata segala-gala yang Jahat tentang BN, PUSAT yang tentukan... Adakah bantuan untuk mangsa banjir juga PUSAT yang tentukan ? Senangnya jadi PR... Apa guna PR jajah negeri yang kaya raya ? |
| EKSKLUSIF : WIKILEAKS DAN LIWAT.... Posted: 20 Dec 2010 08:41 AM PST Gagal Kemuka Bukti APCO, Anwar Sengaja Buat Kecoh Untuk Alih Perhatian Pendedahan Liwat Wikileaks??? KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.
Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Razali Ibrahim, berkata Anwar sudah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan Dewan Rakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itu dan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.
"Kami (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) telah beri ruang yang luas kepada beliau (Anwar) tapi dia tidak mengambil peluang itu.
"Dia cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta dia buktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Pada 16 Disember lalu Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.
Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarang perbahasan, dan ini telah mnecetuskan kekecohan dalam Dewan apabila semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar.
Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian. Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuasa itu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysia membuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatan berkaitan komunikasi.
Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu. - BERNAMA
Komen Isac;
Itu adalah perkara biasa buat Anwar... Beliau ni kira macam taraf wali juga lah... Menuduh tanpa payah memberikan bukti kerana kata-katanya adalah "suci"....
Itulah sebabnya walaupun setelah ditipu berkali-kali tetapi penyokong-penyokong Pakatan Rakyaat masih mempercayai beliau.... Seperti pembohongan 16 September, pembohongan PRK Dua Bukit dan Batang Ai di mana beliau berjanji akan membuat pendedahan "besar" menggemparkan negara berkaitan dengan parti pemerintah sebaik selepas menang PRK, rasuah RM dua juta untuk memancing MP Pakatan keluar parti, kes Alantunya, laporan perubatan dubur Saiful dan banyak lagi...
Sengaja membuat kekecuhan apabila digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Parlimen gara-gara tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti, menimbulkan kekecohan di dalam dan di luar dewan memang telah sinonim dengan Anwar Ibrahim....
Beliau sememangnya seorang yang pakar di dalam mengalih tumpuan dan kesalahan beliau sendiri... Pendedahan Wikileak tentang kes liwatnya baru-baru ini pastinya merupakan antara sebab mengapa beliau sengaja menimbulkan kekecohan untuk mengalih perhatian penyokong-penyokongnya daripada mengetahu perkara yang sebenar...
Bayangkan jika pengganas komunis yang tinggal di dalam hutanpun pernah termakan propaganda beliau semasa mogok lapar di Baling Kedah, sehingga mereka keluar hutan, inikan pula setakat rakyaat marhaen yang mempunyai hati yang lembut dan mudah tertipu dengan janji-janji manis, lakonan taraf pemenang pelakon terbaik Holywood dan penipuan-penipuan tahap "gaban"!!! |
| ADAKAH MASIH RELEVAN ATAU PATUT BERSARA ? Posted: 20 Dec 2010 08:36 AM PST KEPIMPINAN NIK AZIZ MULA DIPERTIKAIKAN ? Salam semua...
Kalau Ketua Pemuda PAS sendiripun tidak setuju dengan tingkahlaku ketuanya, Nik Aziz maknanya komunikasi di antara mereka sudah sampai ke tahap 'break down'.
Ini belum masuk lagi pandangan dari Ustaz Harun Taib dan Ustaz Hadi Awang.
Air di dalam kolam PAS akhirnya sudah menampakkan kekocakan. Lama kelamaan yang kecil tadi akan menjadi Tsunami yang besar.
Kalau tidak percaya, mari kita tengok paparan kenyataan mereka seperti mana yang dilapurkan oleh media;
Pertama sekali mari kita tengok kenyataan TGNA di siniKenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS pula baca di siniPandangan Ustaz Harun Taib pula baca di siniPandangan Ustaz Hadi Awang pula klik siniKesimpulannya, sepertimana masalah yang sedang dihadapi oleh saudara Anuar Ibrahim di dalam PKR, parti PAS juga sekarang ini menghadapi masalah penerimaan kepimpinan Nik Aziz.Parti-parti Melayu Islam rasanya akan lebih maju kehadapan jika kedua-dua pemimpin tegar seperti saudara Anuar Ibrahim dan Nik Aziz dapat diturunkan secepat mungkin.Tanpa kelibat mereka berdua, rakyat di Malaysia rasanya akan hidup lebih aman. Mereka berdualah punca kepada segala kekalutan yang ada di Malaysia sekarang ini. |
| BESAR PUNYA..... TIPU..... Posted: 20 Dec 2010 08:34 AM PST DAP Parti Penipu... Cakap Tak Serupa Bikin
Salam semua… Penulis ingin memberi sedikit komen berkenaan dengan PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT DASAR BERSAMA PR : UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA! yang dicadangkan oleh DAP di konvensyen Pakatan Rakyat ke - 2 di Kepala Batas pada 19/12/2010.
Penulis tidak sempat hendak menulis satu persatu janji-janji mereka kerana banyak sangat janji-janji yang mereka lontarkan di konvensyen tersebut. Penulis cuma ingat satu, antara lainnya DAP telah berjanji sekali lagi jika pakatan rakyat dapat memerintah Malaysia, mereka akan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol di seluruh Malaysia. Wow…dahsyat bunyinya… Penulis nak tergelak kerana cadangan tersebut telah mengingatkan penulis tentang janji-janji DAP sebelum PRU12 dulu bila mereka mengambil pendekatan yang sama bila berjanji kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior – Seberang Jaya jika dapat memerintah Pulau Pinang. Harga tol yang serendah 50 sen itu walaubagaimanpun hanya tinggal janji kerana DAP telah menipu semua penduduk Pulau Pinang kerana tol tersebut masih lagi dikenakan oleh kerajaan DAP dari dahulu sehinggalah ke sakarang ini. Kalaulah harga tol yang serendah 50 sen pun tidak mampu dilupuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, bagaimana agaknya mereka hendak memansuhkan kesemua bayaran tol di seluruh Malaysia. Nasihat penulis pada pemimpin-pemimpin DAP, kalau hendak cadang apa-apa pun biarlah logik sikit. Orang ramai bukannya bodoh. Penulis cabar Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mengotakan janji beliau di atas yang belum ditunai olehnya selepas PRU12. Selepas itu baru beliau boleh bercakap pasal janji baru…
P/S – Lim Guan Eng tak makankah KEK HITAM yang dibeli oleh rakyat negeri Pulau Pinang sempena kempen mari kita makan kek tolak politik lama yang dianjurkan oleh Nurul Izzah. |
| PAS 2 X KENA TIPU ....... Posted: 20 Dec 2010 08:31 AM PST DAP langgar JANJI Pakatan Rakyat
Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Karpal ketika berucap dalam sesi penggulungan di konvensyen kedua Pakatan, berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor MP merupakan satu-satunya pemimpin Pakatan yang membangkitkan isu kontroversi itu di konvensyen tersebut.
Peguam veteran itu menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, dan nasihatnya itu diterima dengan baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut.
Beliau menasihatkan PAS supaya mempertahankan hak bukan Melayu untuk kebebasan beragama sepertimana parti itu membela Islam sebagai agama rasmi negara di bawah perlembagaan.
"Tolong beri 'muka' sikit kepada DAP," kata Karpal berseloroh, disambut ketawa para hadirin.
Memungkiri Janji Sebelum Ini
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan mengelak isu-isu sensitif antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.
Lalu PAS yang patuh kepada arahan melalui Setiausaha Agung nya Datuk Mustafa Ali telah meminta semua ahli-ahli supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.
"Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini.
"Tak usah nak bangkitkan lagi " kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar .
Sebelumnya, Mustafa juga telah mengarahkan kesemua pemimpin PAS tidak menyentuh isu-isu semasa dipercayai berkaitan dengan dasar negara Islam dan jawatan timbalan perdana menteri dipegang bukan Melayu sehingga parti itu mengambil satu pendirian mesyuarat bulanan PAS tersebut.
Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan sehari selepas pertemuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan minggu berikutnya mereka bertemu di Pulau Pinang sempena konvensyen kedua.
DAP langgar Janji
Namun apa yang berlaku di Konvensyen tersebut, Karpal Singh telah menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, malah nasihatnya itu diterima baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut.
Pembaca boleh membuat telahan apakah akan berlaku jika Pakatan Rakyat memerintah. Mereka telah bermesyuarat, mereka telah bersetuju, mereka telah berjanji. PAS ikut sahaja telunjuk juak-juak di kalangan PKR dan DAP.
Namun, PAS diperbodohkan sekali lagi dan lagi dan lagi.
KESIAN PAS...... |
| TAHNIAH PPUM DAN PEMUDA SEMPANG RENGGAM. Posted: 20 Dec 2010 08:22 AM PST Posted: Monday, December 20, 2010 by Gelombang Rakyat in Labels: JOM Konvoi Jelajah One Malaysia (JOM) meneruskan misi khidmat masyarakat Johor di Simpang Renggam. Pertemuan bersama masyakarat di kawasan tersebut mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya. Ketua Pergerakan Pemuda BN Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin di dalam ucapannya berkata, Pemuda BN akan sentiasa mendekati golongan belia dengan melaksanakan program-program seperti sukan bola sepak dan sukan bermotor yang menjadi minat golongan muda ini. Beliau juga menangkis dakwaan yang mengatakan Pemuda BN terlalu mengamalkan protokol sehingga sukar didekati. Beliau mendakwa. program JOM ini telahpun membuktikan bahawa Pemuda BN tidak mengamalkan protokol seperti yang didakwa sesetemgah pihak terutamanya Pembangkang. YB. Khairy juga mengambil contoh pendekatan yang diamalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 2 hari yang lalu bersama rakyat tanpa sebarang protokol menonton Piala Malaysia di Bukit Bintang bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB. Datuk Razali Ibrahim di Bukit Bintang. Dan inilah konsep 1Malaysia yang diamalkan pemimpin BN. Program Jelajah JOM telah turun padang dan bergaul dengan kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan. Ini antara misi utama program ini dilaksanakan. Ucapan YB. Khairy itu mendapat tepukan gemuruh dari masyarakat yang hadir. Di kesempatan tersebut, Pemuda BN telah menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Beberapa individu di kawasan tersebut dikatakan telah uzur dan ada juga memerlukan peruntukan besar untuk memperbaiki rumah yang sudah usang. Selepas selepas Majlis JOM, beliau bersama dengan belia-belia di Simpang Renggam telah menyertai perlawanan Bola Sepak bersama belia-belia di kawasan tersebut di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Dato' Abdullah Majid. |
| PRK TENANG : calon-calonnya adalah..... Posted: 20 Dec 2010 08:18 AM PST Posted by ghostWRITER On Monday, December 20, 2010 DUN Tenang merupakan salah sebuah DUN yang berada dalam Parlimen Labis. Labis merupakan Kubu Kuat BN melalui parti komponennya yakni MCA yang dulunya diterajui oleh Chua Soi Lek. Kini anak Chua Soi Lek, Chua Tee Yong pula mewakili Parlimen Labis. Melalui PRK DUN Tenang ini, maka bolehla kita melihat antara dua Chua, siapa lebih berpengaruh?
Disamping pengaruh antara dua Chua, kita juga perlu melihat antara calon yang bakal dipertandingkan oleh PAS dan BN di kawasan DUN Tenang ini.
Bakal Calon PAS
Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamed Merupakan Ahli Majlis Syura PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor.
Mazlan Aliman merupakan anak jati dari Kulai , Johor yang juga kaki fitnah Felda. Mazlan cukup terkenal dikalangan ahli PAS Johor dan namanya sentiasa meniti di dada akhbar harakah , portal pembangkang dan juga blog2 . Tidak mustahil kaki hasut peneroka ini akan diletakkan sebagai calon kerana sumbangan cukup besar kepada PAS bagi mempergaruhi golongan peneroka .
Md Saim Siran Merupakan YDP PAS Kawasan Labis. Tentunya banyak sumbangan yang ditaburkan terutamanya terhadap orang-orang PAS. Penah bertanding mewakili PAS namun tumpas dengan 2,492 UNDI.
Bakal Calon BN
Tuan Haji Rusdin Mahmud Merupakan seorang Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh, Chaah. Beliau juga turut menyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis
Haslina Binti Saleh Bermula dengan Setiausaha Puteri Bahagian Labis, seterusnya Ketua Puteri Bahagian Labis dan kini merupakan Ketua Wanita Bahagian Labis.
Mohd Azhar Ibrahim Merupakan Penolong Pegawai Daerah Rengit dan Ahli biasa UMNO Bahagian Labis. |
| Posted: 20 Dec 2010 08:09 AM PST Fed Gov't To Make Penang Preferred Regional Hub, Says Najib GEORGE TOWN, Dec 20 – The Federal Government is to make Penang the preferred hub in the region, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today. He said several development strategies designed to stimulate the state's economy and provide jobs were driving the federal government towards that goal. The development in Penang would result in encouraging economic growth in the national interest, he said at the ground-breaking for an extension project at the Bayan Lepas International Airport here. Penang Chief Minister Lim Guan Eng was present at the ceremony. Najib said 10 infrastructure projects had been identified for implementation, and they included the expansion of the airport, Penang Port and the Penang Bridge, construction of the second bridge and the creation of a multimedia super corridor in the state. "These initiatives will not only facilitate economic activities but also support our nation's objective to increase tourism revenue from the RM53 billion in 2009 to RM168 billion by 2020," he said. Najib said Penang had many unique advantages which positioned the state well to become a hub for the northern corridor and the growth triangle comprising Indonesia, Malaysia and Thailand. "For example, Penang already offers the highest economic density and the shortest distance to market for a city in the growth triangle," he said. The total development of the airport expansion project, targeted to be completed by 2012, costs RM250 million, which is provided for under the RM60-billion fiscal stimulus package announced by the federal government last year. Najib said the project was yet another federal government initiative to enhance facilities and services as Penang was a catalyst for growth of the tourism industry. From the commercial perspective, airports enjoyed a competitive advantage and a captive market and, today, the modern airport offered much more than just a place to catch a flight, he said. He said that following the example of successful airline hubs around the world, Malaysia envisioned its airports as a platform to drive commercial business. In today's interconnected world, the abilities to offer high quality reliable air travel services and facilities served as a catalyst to attract trade and investment into any country, he said, adding that this directly supported employment and wealth generation which in turn would help Malaysia's drive to become a high-income nation. Najib said the Penang international airport had seen encouraging traffic growth, receiving more than 3.4 million passengers this year up to September, up by 30.5 per cent from the corresponding period last year. "As such, I am sure the expansion of the airport will enable Penang to achieve greater economic growth," he said. |
| UMNO KEDAH ALAMI PERUBAHAN! Posted: 20 Dec 2010 07:57 AM PST Di Kedah, timbalan ketua perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka dilantik menggantikan Shafie manakala Datuk Mukhriz Mahathir dijangka mengisi tempat Ahmad Bashah.
Pemilihan Mukhriz - yang juga ahli parlimen Jerlun dan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri - dilihat sebagai asas untuk menarik pengundi terutama sekali golongan muda.
Malah 14 daripada 15 Pemuda Umno bahagian di negeri itu mencalonkan beliau merebut jawatan ketua Pemuda Umno pusat, dalam pemilihan parti itu dua tahun lalu.
Selain Mukhriz, sumber-sumber Umno negeri itu berkata, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir juga dilihat berpeluang mengisi jawatan nombor dua itu.
Kedua-duanya adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik.
Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, Umno negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pemimpin untuk memilih calon yang terbaik untuk jawatan tersebut.
"Kami menerima sesiapa sahaja, asalkan mereka (bakal timbalan ketua perhubungan) dapat membantu ketua perhubungan.
"Fokus kita untuk memenangi pilihan raya dan seterusnya menawan semula Kedah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. |
| CALON PRU 13 : RAKYAT DIDAHULUKAN Posted: 20 Dec 2010 07:48 AM PST 'Rakyat didahulukan' dalam penentuan calon BN untuk PRU 13
Mereka yang berhajat nak jadi calon Barisan Nasional untuk pilihanraya umum ke 13 nanti kenalah pandang kiri kanan dan ukur diri samaada mereka popular dikalangan orang kawasan atau tidak.
Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak kata kali ini BN menentukan pilihan calon berdasarkan kehendak rakyat dan bukan ikut selera politik.
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas Konvensyen BN di Wisma MCA petang Ahad sebagai menjawab soalan samaada BN akan memastikan ' rakyat didahulukan' dalam menentukan kriteria calon yang akan dipilih kelak.
''Asas pokok, kita perlu mengutamakan konsep rakyat didahulukan dalam serba-serbi sama ada di peringkat tertinggi mahupun akar umbi. ''Dengan cara ini sahaja yang akan dapat menambahkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN," katanya.
Hal ini dianggap penting memandangkan didapati antara sebab kekalahan banyak calon BN semasa PRU ke 12 lalu adalah kerana faktor calon.
Antara mereka diletak juga atas kehendak politik kalangan parti komponen dan atas faktor cable dengan pihak atasan.
Sedangkan calon-calon berkenaan diketahui kurang disenangi oleh penduduk tempatan.
Menyentuh tentang soal kuota kerusi antara parti komponen,Najib menjelaskan perkara berkenaan akan diputuskan menerusi rundingan nanti atas semangat BN.
Kepada soalan lain,Perdana Menteri berkata konvensyen yang diadakan kali ini tidak semestinya kerana pilihanraya.
Menurutnya ia sebagai usaha berterusan untuk memantapkan BN.-5/12/2010
PANDANGAN : Cari calon yang boleh menang.......
|
| Posted: 20 Dec 2010 07:38 AM PST 丁能补选乃蔡细历试金石 赢半数华裔票将虽胜犹败作者/本刊曾薛霏 Dec 17, 2010 03:54:12 pm 【本刊曾薛霏撰述】柔佛州丁能(Tenang)区州议员苏莱曼达哈病逝,致使我国再有一场补选。这是首场在国阵以及马华公会总会长蔡细历老巢举行的补选;评论人黄进发认为,此战是蔡细历的试金石,若国阵获胜,而蔡细历又无法获得半数以上华裔选票将虽胜犹败。 黄进发(右图)告诉《独立新闻在线》,丁能区州议席补选的意义在于,这是柔佛的第一场补选,而柔佛又是国阵的堡垒,因此这场补选将检验柔佛是否如国阵所言,稳如泰山。 他表示,如果国阵赢,他们的选票来自哪里将极为关键。由于拉美士是蔡细历的老巢,这将是蔡细历的翻身战,因此马华公会不只要赢华人票,也得赢得漂亮。有鉴于此,蔡细历如果无法拿到半数或以上的华裔选票,虽胜犹败。 独立民调中心研究员陈承杰认为,国阵守土不是问题,但是可得到多少张多数票将是有趣的观察。 也是柔州子民的他表示:"在蔡细历当上马华总会长后,能否扭转上届大选在华裔投票站处于劣势的局势,将是个有趣的情况。这也决定了蔡细历能否以更好的成绩让巫统邀功。" 此 外,黄进发认为,丁能州议席补选将有助于人民检验,国阵在上个月甫落幕的吉兰丹加腊士(Galas)州议席补选以及沙巴州巴都沙比(Batu Sapi)国会议席补选中获胜是一个民心真的回流国阵的趋势,抑或只是地域性因素使然。这两个选区都属于边陲选区。在这些地区,国阵打出的发展牌都能奏 效。 华裔在308大选投在野党 2004年和2008年全国大选拉美士国会选区的成绩显示,蔡细历在2004年以1万729张多数票,打败民主行动党的候选人郑月雁;在2008年,其儿子蔡智勇只以4094张多数票击败行动党的候选人张颖群。 若审视丁能区州选区以华裔占大多数的投票区——拉美士市东区(Bandar Labis Timor)、拉美士中区(Bandar Labis Tengah)和拉美士(Labis),回教党候选人可获得50%至67%的选票。 在拉美士中区,华裔选民占96%,回教党得票66.8%;在国会选区,行动党得票73.8%。 在华裔选民占63.5%的拉美士东区,回教党得票52.5%;行动党得票57%。在华裔选民占58.3%以及印度人占32.4%的拉美士,回教党获得50.6%;行动党则得票60.4%。 由此可见,华裔选民在308大选时已将票投给在野党,在这些以华裔为主的投票区,在野党的得票率领先国阵。 回教党副主席沙拉胡丁(Salahuddin Ayub)表示,在民联的合作之下,他相信可让回教党得到华裔选民的支持。反之,争取垦殖民的支持才是该党的挑战。 民联须争取马来垦殖民票 另外,丁能区是国阵传统的堡垒区,是个混合选区,也属半城乡选区。这个选区共有13个投票区(Unit Peti Undi)。 根据2008年大选的资料,丁能区的种族比例为,马来人49.66%、华人38.13%、印度人12.11%以及其他种族0.1%。 由于这个选区的马来选民多少从事农业经济活动,如油棕或橡胶,陈承杰认为,由于原产品价格高涨,因此人民并不太有经济困难。至于,当地的华裔则多是小园主或商人,因此经济情况也不赖。 垦 殖民之子协会(Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan,简称ANAK)成员在主席玛兹兰(Mazlan Aliman,下左图)接受《独立新闻在线》电访时表示,在丁能州选区内有三个垦殖区——丁能园丘(Felda Tenang)、贞巴西区(Cehmpal Barat)、贞波拉(Chemplak),这些都是国阵的强区,因此回教党这次要胜选,必须提高垦殖区的支持。 他认为,回教党应专注争取垦殖区第二代和第三代年轻选民的支持,因为他们都面对没有房屋和薪资低廉的问题。这些居住在垦殖区的第二代或第三代垦殖民,都只能在园丘内当劳工。 丁能园丘(Felda Tenang)的马来人占了98.5%,国阵的支持力量仍稳固,回教党仅能取得20.4%的票数;行动党在国会也只能取得10.2%的票数。至于在贞巴西区、贞波拉这两个垦殖区,回教党分别获得18.6%以及18.7%的票数。 若审视数个马来人占90%以上的投票区,如甘榜仁东(Kampung Rendong)、热水湖镇(Pekan Ayer Panas)、沙哇巴鲁(Sawah Bharu),回教党的得票率都介于18%到32%之间。 值 得注意的是,在2008年大选时,印裔的投票趋向有两种不同的情况:在以印裔占46.6%的武吉拿督园丘(Ladang Bukit Dato),国阵得票67.9%;但在印度人占71.7%的拉美士北区园丘(Ladang Labis Utara)双方各得半数支持力量。 国阵有望守土惟多少票或减少 虽然陈承杰认为,国阵有望守土,但民联有可能可将多数票将减少至1500票。他认为,当地居民也面对一些课题,如柔佛州水费高涨问题、年轻人口外移的问题。 柔州峇吉里国会议员余德华曾发文告透露,在柔州水费未调整前水费前,家用水费每单位是马币98分,工业用水则是马币2元93分。现在柔州家用水费为马币1元5分,涨了6.68%至57% ;工业用水涨了0.15%至17%。【点击:柔州家用和工业水价再调高 余德华:人民尝私营化恶果】 此外,年轻人口外移的问题都是我国许多小镇面对的问题。随着年轻一辈离开拉美士到外地工作,特别是新加坡,导致该地人口都以年长者为主,久而久之,小镇将逐渐老化,而缺乏生命力。 根据陈承杰(右图)的观察,当地的马华公会服务不错,而许多老一辈的选民都倾向支持国阵,因此,国阵有望守土。然而,当地也出现缺乏发展的问题。 黄进发也认为,这场补选的成绩也是对纳吉经济改革的考验。 黄进发说,国阵在今年7月16日调涨燃油、天然气和白糖价格,但仍可在加腊士和巴都沙比 补选报捷;随着政府这个月再调涨燃油、天然气和白糖价格,国阵若仍可在即将举行的补选中获胜,纳吉将认为,选民认同政府削减津贴的做法。 反之,若国阵在这场补选中陷入苦战,则意味着首相署部长兼表现管理和传递单位(PEMANDU)行政总裁依德利斯嘉拉(Idris Jala)所主张的"津贴合理化"(Subsidy Rationalization)政策便可以搁在一旁。 随着表现管理和传递单位建议落实燃油消费税,向消费者征收燃油消费税,这意味着油价将调涨。此外,内阁已批准了调涨电费,因此下一波"涨"潮即将来临。 他也直言,三万多个丁能区选民的选票将决定着我国人民接下来是否须支付更高的油价和电费。
TERJEMAHAN
PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang?Chen Shaua Fui | Dec 17, 2010 06:54:28 pm
Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis. Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN. Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Kemenangan membawa makna kalah jikalau... Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan. Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti. Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah." Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan. 8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi. Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi. Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%. Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA. PR harus menarik sokongan peneroka FELDA Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain. Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik. Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang. Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang. Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing. Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%. Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan. Majoriti BN mungkin berkurang Walaupun Tan Seng Keat (gambar kanan) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya. Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%. Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini. Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN. Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik. Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya. *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal. |
| ANTARA DUA AZIZ........... Posted: 20 Dec 2010 07:35 AM PST Saya semakin menyampah mendengar komen daripada profesor yang menganggap dirinya serba hebat. Profesor Dr Aziz Bari, dalam satu kenyataannya hari ini mendakwa, kononnya demokrasi di Malaysia berada dalam keadaan bersimpang-siur (baca di sini) ekoran keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggantung empat ahli parlimen pembangkang termasuk Anwar Ibrahim, dua hari yang lalu. Menurut profesor yang "sangat bijak" ini, tindakan tersebut telah membunuh semangat demokrasi di negara ini, soalnya bila pula beliau begitu prihatin dengan semangat demokrasi? Satu lagi Ajis kau fikirlah sendiri...... |
|
|
|
| SEBAB SEBENAR PAS DISINGKIRKAN DARI BN..... Posted: 20 Dec 2010 12:44 AM PST "TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.
Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.
Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.
Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.
Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.
Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.
Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.
Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."
FAKTA TAMBAHAN.
Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.
AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.
5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
FAKTA TAMBAHAN 11.
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.
13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.
14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.
15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.
16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. |
| PAS DAH MULA, BN BILA LAGI? Posted: 20 Dec 2010 12:39 AM PST Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.
"Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.
Empat, lima calon Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.
"Kita akan mula beroperasi minggu ini," katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.
Sementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.
Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.
Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:
"Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.
"Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila," katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana "mempunyai empat, lima calon" daripada pelbagai peringkat. |
| Guan Eng mahu saman Utusan lagi Posted: 20 Dec 2010 12:37 AM PST
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengeluarkan saman malu ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.
Setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan berkata akhbar milik Umno itu benyak memfitnah Lim, seperti dalam isu perarakan maulud nabi, probohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.
"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan," kata Cheong.
Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co.
Dalam kenyataan hari ini, Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.
"Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.
"Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya. |
| PAS AKUI KELEMAHAN PR. Posted: 20 Dec 2010 12:33 AM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya kelemahan dalam Pakatan Rakyat apabila terdapat beberapa anggotanya yang mula hilang tumpuan setelah diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, beliau berkata kelemahan itu merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan sekaligus menyeru agar anggota parti bersatu dan tidak mudah tersasar daripada tujuan asal untuk melakukan perubahan menyeluruh kepada generasi akan datang. Ada ketikanya Pakatan juga sering berhadapan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah, katanya dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Kedua sehari di Dewan Millenium di Kepala Batas hari ini. Konvensyen itu turut dihadiri presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Selain itu, Abdul Hadi berkata PAS mengakui tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan beberapa dasar yang dirangka oleh Pakatan kerana BN sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri pimpinan mereka. Beliau berkata negeri pimpinan Pakatan tidak akan memberi makna dalam politik baru negara sekiranya gagal menunjukkan kaedah pemerintahan jauh lebih baik daripada negeri yang ditadbir oleh BN. Sementara itu Lim ketika berucap di konvensyen itu berkata Pakatan telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Ia merupakan sesuatu yang sangat penting dan kritikal, dan kita telah bersedia sepenuhnya," katanya. Dr Wan Azizah pula berkata konvensyen Pakatan kedua ini membuktikan parti dalam pakatan ini masih kukuh dan bekerjasama antara satu sama lain. Beliau turut menafikan bahawa anggota parti Pakatan Rakyat, PAS, DAP, PKR menghadapi masalah dalaman dan berada di ambang perpecahan. "Dakwaan yang Pakatan merosot dan menghadapi masalah dalaman sehingga akan dibubarkan adalah salah, sebaliknya kami sentiasa bersatu dan konvensyen ini membuktikan PR masih kukuh," katanya dalam sidang akhbar di konvensyen tersebut.
Dr Wan Azizah berkata konvensyen ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara anggota dalam pakatan dan yakin mampu merancang pelbagai agenda untuk pengukuhan dalam pakatan tersebut.
- Bernama |
| PROGRAM 100 HARI SATU MIMPI Posted: 20 Dec 2010 12:30 AM PST DAH TUNAIKAN KE JANJI 2008? |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan