Selasa, 28 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 28 Dec 2010 03:09 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


CKGU BARD MENAGIH JANJI, TOLAK JAWATAN DLM PKR

Posted: 27 Dec 2010 06:58 AM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 27 Dec 2010 11:44 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


AMK Selangor tolak Khusrin

Posted: 27 Dec 2010 12:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) dalam satu kenyataan hari ini menolak perlantikan Datuk Khusrin Munawi (gambar) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Menyifatkan tindakan kerajaan pusat itu sebagai tidak menghormati kerajaan negeri, ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yakin, perlantikan itu dibuat untuk mencapai kepentingan politik pihak tertentu.

"AMK Selangor menegaskan bahawa kerajaan pusat sewajarnya hormat kepada kerajaan negeri khususnya dalam perlantikan jawatan kanan kerajaan Selangor dan tidak mencampurkan adukkan agenda politik sempit Umno-Barisan Nasional dalam pentadbiran kerajaan.

"Kita juga menggesa kerajaan pusat memahami dan hormat semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara," katanya yang juga timbalan ketua AMK Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pagi tadi bahawa Khusrin dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari.

Selain itu, turut dipertikaikan kredibiliti Khusrin itu sendiri yang boleh dilihat dengan jelas sepanjang menggalas jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Khairul Anuar, Khusrin selama ini gagal untuk melaksanakan agenda kerajaan negeri malah lebih cenderung melaksanakan agenda politik Umno-Barisan Nasional.

"AMK Selangor juga memohon ke bawah DYMM Sultan Selangor agar menolak perlantikan Khusrin Munawi dan berharap agar jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor digalas oleh individu yang berkaliber,professional dan dapat melaksanakan dengan baik agenda kerajaan negeri Selangor yang mendapat mandat daripada rakyat pada 8 Mac 2008 lepas," katanya.

Sementara itu, kerajaan Selangor dalam satu kenyataan terbaru mereka memberitahu pelantikan Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor perkara itu belum muktamad.

Mereka mendakwa cadangan melantik ketua pengarah JAIS ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, Menteri Besar lapor kenyataan itu telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Tans Sri Khalid Ibrahim juga difahamkan turut menghantar tiga nama yang telah diputuskan oleh panel yang ditubuh kerajaan negeri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.


Sumber: Harakah Daily

Anak: Isa tidak layak terajui Felda

Posted: 27 Dec 2010 12:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.


Sumber: Harakah Daily

Siapakah menteri rogol amahnya?

Posted: 27 Dec 2010 12:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.

(Gambar perpustakaan: Alex (tengah) bersama Che Ishak (kanan) dan Taufek ketika berbincang bagi membawa pulang Azreen dari Lombok, Indonesia)

Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.

Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care.


Sumber: Harakah Daily

Imbuhan RM500 : Tindakan Muhyiddin Terus Dibidas

Posted: 27 Dec 2010 12:30 AM PST


SHAH ALAM 27 DIS : Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan pemberian imbuhan RM500 kepada guru- guru di negeri- negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka mempersoalkan Muhyiddin sebagai ahli parlimen veteran yang seolah- olah tidak memahami resolusi 100 hari yang terkandung dalam buku jingga adalah menifesto Pakatan Rakyat sekiranya gagasan itu berjaya menawan pucuk pemerintahan.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad menyifatkan Muhyiddin sebagai cepat melatah dan emosi dalam isu pemberian elaun kepada para guru seluruh malaysia.

Selain cepat melatah, Muhyidin mencerminkan wajah sebenar UMNO-BN setelah mengeluarkan kenyataan bahawa pemberian insentif kepada guru-guru akan menyebabkan pembaziran dana.

Tetapi Muhyiddin seolah- olah lupa pada cita-cita umno barisan nasional untuk melaksanakan projek mega yang hanya menguntungkan kroni dan individu berkepentingan sahaja, umpamanya menara warisan merdeka.

"Dia emosi dan melatah. patut dia baca soalan habislah. baca betul-betul,semua untuk rakyat, kalau kita buat dia kata membazir. tapi sampai 5 bilion buat bangunan 100 tingkat tak membazir, untuk kroni tak membazir. untuk manfaat rakyat pula membazir," katanya.

Beliau mengaskan, Pakatan Rakyat sudah meneliti pemberian tersebut akan diberikan kepada guru-guru yang mempunyai peranan besar dalam bidang pendidikan dan akan meneliti sektor awam yang lain untuk tujuan yang sama apabila pakatan berjaya berjaya menerajui negara dan seperti yang diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau ikut pemikiran dan tindakan pemimpin umno-bn memang tak mampu nak beri kerana mereka amalkan rasuah dan ketirisan dalam pengurusan. dia (Umno-BN) sengaja cabar kita. Padahal kita cakap 100 hari, kalau kita memerintah di peringkat pusat, macamana Muhyiddin ini jadi Menteri Pelajaran?"

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menyifatkan Umno-BN kini dalam keadaan terdesak malah tertekan dengan pendekatan Pakatan Rakyat merubah sistem pendidikan dengan pemberian insentif untuk golongan pendidik.

"Ini menunjukkan bahawa TPM dan Umno-Bn dalam keadaan terdesak dan tertekan untuk rela dalam perbincangan yang rasional ini dengan ketepikan hujah-hujah perubahan dalam dalam sistem pendidikan"

Tambahnya lagi, pemberian elaun tersebut tidak akan menjejaskan kewangan Kerajaan sekiranya negara mampu menangani rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam semua urusan.

"Kalau negara kita mampu tangani gejala rasuah, ketirisan, dan penyelewengan, kita memang tidak ada masalah kewangan untuk memberi elaun yang baik untuk mereka (guru)," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Mohd Nor Manuty pula menyifatkan Muhyidin sebagai ketinggalan zaman kerana gagal menerima aspirasi Pakatan Rakyat untuk mengangkat martabat golongan pendidik di Malaysia.

"TPM ketinggalan zaman, Aspirasi Pakatan Rakyat seperti yang tercatat dalam buku jingga pada kovensyen kedua tempoh hari antaranya ialah mengangkat martabat guru dengan meningkatkan elaun RM500 adalah satu janji yang akan ditunaikan sekiranya Pakatan menang dan berkuasa," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Pemimpin Umno-BN Takut Rakyat Tahu Rahsia 1 Malaysia Terdedah

Posted: 27 Dec 2010 12:25 AM PST


SHAH ALAM 27 DIS : Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional yang sebenarnya takut dan gusar dengan 1 Malaysia selepas konsep itu didakwa diciplak daripada One Israel dan didedahkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Ujar Shamsul, Anwar sebagai Ketua Umum PKR merupakan Ahli Parlimen yang telah membuat keputusan atau tindakan mempertikaikan 1 Malaysia yang diciplak daripada 'One Israel' melalui syarikat perunding yang dilantik, Apco Worldwide.

"Anwar sebagai Ketua Umum PKR adalah Ahli Parlimen yang telah membuat keputusan atau tindakan mempertikaikan 1 Malaysia yang ada persamaan yang jelas dengan 'One Israel'.

"Sebab itu, kebanyakkan pimpinan Pakatan Rakyat konsisten dengan pendirian bahawa 1 Malaysia lebih kepada slogan retorik politik semata-mata dan tidak menjuruskan kepada isu pokok dalam pentadbiran atau pun yang dicakapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai slogan negara.

"Ianya lebih kepada pendekatan atau pun slogan politik pimpinan Najib hasil nasihat daripada syarikat perunding, Apco Worldwide yang mempunyai persamaan dengan 'One Israel'.

"Sebab itu kita di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat negeri misalnya mengambil keputusan mengharamkan atau pun mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang mempromosikan slogan retorik 1 Malaysia kerana kita merasakan bahawa ianya lebih kepada politik bersifat hipokrasi.

Ujar beliau, kalau dilihat secara objektif pengisian 1 Malaysia sehingga sekarang hanyalah berbentuk kosmetik, berbentuk luaran misalan seperti Klinik 1Malaysia, Yayasan 1 Malaysia dan tidak kepada persoalan membabitkan hubungan antara kaum, kemajmukan budaya, agama dan sebagainya.

"Apabila Anwar mengambil sikap menyerang secara terbuka konsep 1 Malaysia di dalam Parlimen dengan menyatakan ia merupakan ciplakan 1 Israel atas nasihat Apco dan membelanja wang sebanyak RM77 juta, yang merasa bimbang dan gusar dengan 1 Malaysia adalah pemimpin di kalangan Umno-Barisan Nasional itu sendiri.

"Kita yakin, akhirnya yang akan memberikan kemenangan dalam pilihan raya dan keyakinan rakyat bukanlah sekadar slogan tapi pengisian yang cuba dipaparkan oleh pemimpin Umno-BN dalam konsep 1 Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pemuda Dapsy Anthony Loke berkata tidak timbul isu Pakatan Rakyat takut kepada konsep 1 Malaysia yang hanyalah merupakan retorik politik Umno-BN.

"Tidak timbul apa-apa takut kerana ini merupakan satu retorik politik iaitu 'cakap tidak serupa bikin' semata-mata untuk menunjukkan bahawa BN ini 'inclusive' untuk semua kaum tetapi hakikatnya tidak menunjukkan semangat 1 Malaysia.

"Bukan sahaja antara kaum tetapi antara wilayah atau negeri pun tidak menggambarkan 1 Malaysia seperti negeri Pakatan Rakyat yang tidak mendapat layanan daripada kerajaan Persekutuan.

"Ini merupakan satu retorik politik yang rakyat tidak akan tidak terpedaya,"ujar beliau.


Sumber: TVSNEWS

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Belum Muktamad

Posted: 27 Dec 2010 12:20 AM PST


SHAH ALAM 27 DIS : Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya belum muktamad,demikian satu kenyataan media dari Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor.

Ini kerana cadangan perlantikan Datuk Khusrin Munawi oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Bernama hari ini melaporkan tentang perlantikan Mohd Khusrin, 54, sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatanya pada 31 Disember 2010.


Sumber: TVSNEWS

Chegu Bard Tolak Tawaran Timbalan SUA PKR

Posted: 27 Dec 2010 12:15 AM PST


PULAU PINANG 27 DIS : Calon ketua angkatan muda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan timbalan setiausaha agung yang ditawarkan kepadanya.

Tambahnya, beliau kini masih menunggu tindakan parti itu berhubung aduan yang dibuat berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu.

Badrul Hisham yang popular dengan jolokan Chegubard itu turut mengucapkan terima kasih kepada presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kerana mengumumkan pelantikan beliau ke jawatan itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, Badrul Hisham berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah mendengar pandangan daripada rakan dan ahli keluarganya.

Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut.


Sumber: TVSNEWS

Isa Samad Dilantik Pengerusi FELDA

Posted: 27 Dec 2010 12:10 AM PST


KUALA LUMPUR 27 DIS : Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif lapor Bernama.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusof di atas perkhidmatan beliau menerajui FELDA bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Dis 2010.

Di bawah kepimpinan Mohd Yusof, FELDA telah mengalami transformasi membanggakan serta menempa pelbagai kejayaan, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi negara, menurut kenyataan itu.

Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.

Beliau merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang Negeri Sembilan. Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Okt 2009 mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.


Sumber: TVSNEWS

Asri : Masa Depan Melayu Bukan Pada Konsep 'Ketuanan Melayu'

Posted: 27 Dec 2010 12:05 AM PST


KAJANG 27 DIS : Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan masa depan orang Melayu tidak akan terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan terus kepada 'Ketuanan Melayu'.

Sebaliknya, beliau menganjurkan agar prinsip Islam yang tidak mengagungkan bangsa dipegang agar memberi keadilan kepada semua.

"Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

Beliau menyatakan demikian ketika berhujah dalam Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.

Forum yang anjuran PAS itu adalah bagi membincangkan polemik dan penggunaan politik ketuanan Melayu turut disertai Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.

Menurut Asri seseorang perlu menjawab apabila dikatakan berjuang dengan istilah Ketuanan Melayu tanpa deifinisi sebenar.

Malah beliau menganjurkan agar istilah 'Ketuanan Melayu' ditukar bagi mengelak salah faham dan timbul rasa mulia di kalangan orang berbangsa Melayu sendiri.

"Jika seseorang itu kata dia berjuang kerana Ketuanan Melayu, dia kena jelaskan perkataan Ketuanan Melayu ini, apa yang dipertahankan dan diperjuangkan melalui istilah ini? Adakah ia bermaksud hak keistimewaan orang Melayu atau ada maksud lain? Adakah hak keistimewaan orang Melayu ini menggunakan istilah ini (Ketuanan Melayu)?."

Istilah Ketuanan Melayu dipercayai mula timbul setelah UMNO mula menggunakannya untuk meraih sokongan orang melayu pada pilihan raya umum yang lalu setelah kehilangan majoriti dua pertiga.

Ketiga-tiga ahli panel lain turut bersetuju bahawa istilah ini sebenarnya kabur dan hanya timbul kerana gegaran politik dan bukannnya wujud pada zaman kemerdekaan.Dr Hassan bagaimanapun menjelaskan betapa tidak tepat definisi ketuanan Melayu sebagai Malay Supremacy kerana ia membawa maksud berlainan.

"Ketuanan Melayu bukan isu, ia bukan sesuatu yang harus diperdebatkan, ia cuma gegaran politik...Ketuanan Melayu ini hanya propaganda yang berlaku selepas pilihan raya 2008 yang mana pola pengundian ketika itu bersifat perkauman.

Sementara itu, Ezaruddin juga berpendapat polemik Ketuanan Melayu juga sekadar 'gegaran politik' yang dimainkan untuk meraih sokongan.

"Ini satu gegaran politik sahaja, ia dimainkan golongan tertentu untuk meraih sokongan..Tiada maksud Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan tetapi ia diguna pakai oleh ahli politik, jadi saya harap tafsiran ini perlu diperjelaskan supaya tiada mazhab yang berbeza-beza," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Khusrin SUK Selangor Baru

Posted: 27 Dec 2010 12:00 AM PST


KUALA LUMPUR 27 DIS : Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Menurut laporan Bernama Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Sidek, Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.

Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.

Tempat Mohd Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Mohd Sidek.


Sumber: TVSNEWS

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 27 Dec 2010 11:15 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Mansuhkan Felda Plantation

Posted: 27 Dec 2010 09:00 PM PST

Diantara tindakan yang telah dipersetujukan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat dalam tempoh 100 hari mereka memerintah Negara ini adalah untuk memansuhkan Felda Plantation dan ladang-ladang itu akan dipecahkan kepada lot-lot seluas 10 ekar setiap satu untuk diagih-agihkan kepada generasi kedua dan ketiga peneroka Felda.
Persetujuan ini memberikan semangat kepada anak-anak peneroka dari generasi kedua dan generasi ketiga didalam rancangan-rancangan Felda diseluruh Negara.
Generasi kedua dan generasi ketiga merupakan kumpulan terbesar didalam rancangan Felda pada hari ini.
Sebahagian kecil daripada mereka berjaya didalam bidang pendidikan dan bertugas di luar kawasan rancangan Felda dan setengah daripada golongan yang kecil itu berjaya sebagai ahli-ahli perniagaan dan sesetengah mereka adalah terdiri daripada golongan profesional.
Golongan terbesar daripada generasi kedua dan ketiga yang bekerja di luar rancangan-rancangan Felda adalah terdiri daripada pekerja-pekerja tidak mahir dan memperolehi pendapatan yang boleh dikategorikan sebagai pendapatan rendah.
Namun sebahagian daripada golongan terbesar daripada generasi kedua dan ketiga peneroka-peneroka Felda ini tinggal bersama-sama ibu bapa mereka didalam rancangan Felda dan sesetengah daripada mereka itu membantu ibu-bapa mereka menjalankan tugas samada diladang-ladang sawit atau diladang-ladang getah dengan pendapatan yang kecil dan tidak ekonomik.
Felda Plantation adalah ladang yang dimilikki oleh Felda dan pemilikan ini bertentangan dengan tujuan Felda ditubuhkan iaitu menempatkan peneroka-peneroka didalam rancangan Felda, dan dibawah matlamat itu juga tidak membenarkan mana-mana syarikat memilikki ladang selain dari untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka.
Felda Plantation adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dibawah Felda dan syarikat ini telah dikurniakan tanah-tanah yang begitu luas daripada kerajaan-kerajaan Negeri dan tidak tertakluk kepada undang-undang tanah iaitu Kanun Tanah Negara. Felda Plantation wujud dibawah satu kuasa politik yang tujuannya langsung tidak ada kena mengena dengan matlamat penubuhan Felda.
Sehingga hari ini terdapat 367,710 hektar tanah daripada kerajaan-kerajaan Negeri yang disalahgunakan oleh Felda untuk Felda Plantation.
Anak syarikat Felda ini menggunakan tenaga kerja murah dari pendatang-pendatang asing terutamanya dari Indonesia dan sebahagian kecil daripada pekerja-pekerjanya terdiri daripada anak-anak peneroka. Mereka diberikan gaji yang tidak sepadan tanpa diberikan perlindungan dibawah Akta Pekerja.
Pakatan Rakyat mengenal pasti bahawa generasi kedua dan ketiga yang tidak mempunyai kediaman sendiri dan tidak mempunyai pekerjaan selain daripada menumpang kerja di ladang-ladang sawit dan getah milik ibu bapa masing-masing mempunyai masa depan yang sangat tidak menentu.
Tanah-tanah didalam rancangan Felda hanya boleh diwariskan kepada seorang penama sahaja dan justeru kerana itu jika seseorang peneroka itu mempunyai 4 atau 5 orang anak, hanya seorang sahaja daripada anak-anak itu boleh mewarisi ladang dan tanah kampong milik peneroka tersebut apabila peneroka/isteri meninggal dunia.
Anak-anak yang lain tidak mempunyai tempat dan tidak mempunyai hak keatas tanah ladang dan tanah kampong tersebut.
Dengan kesedaran dan keinsafan ini, Pakatan Rakyat bersetuju untuk memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari mereka memegang tampuk Putrajaya.
Jika ini dilakukan maka seramai lebihkurang 79.000 daripada generasi baru Felda yang terdiri daripada mereka yang kini menjadi pekerja-pekerja di ladang-ladang Felda Plantation itu dan Generasi Kedua dan Ketiga boleh ditempatkan di ladang-ladang Felda Plantation yang dimansuhkan itu.
Ini adalah tindakan pr0-aktif dan pro-rakyat dan sekaligus dapat mengatasi masalah pengangguran besar kepada golongan anak-anak muda yang kini tidak mendapat pembelaaan di rancangan-rancangan Felda.

Majlis Dialog Peneroka-Peneroka Felda Lui Selatan 2 Dengan Biro Felda PKR Pusat

Posted: 27 Dec 2010 12:20 AM PST

Para Hadirin di Majlis Dialog
Hadirin di Majlis Dialog

Dari Kiri: Peguam T. Kumar, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Rosli Jamat, Pengerusi Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Getah Malaysia Cawangan Felda Lui Selatan 2
Para hadirin mulai mengambil tempat

Othman Komando, Setiausaha Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Getah Malaysia (PKPKGM) Cawangan Felda Lui Selatan 2, menjadi tuan rumah kepada Majlis Dialog dan mempengerusikan Majlis Dialog
==
26hb Disember 2010: Seramai 120 ahli Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Getah Malaysia Cawangan Felda Lui Selatan yang menjadi peneroka-peneroka Felda Lui Selatan telah mengadakan Majlis Dialog dengan Biro Felda Parti Keadilan Rakyat di Felda Lui Selatan 2.
Didalam ucapan alu-aluannya En Othman Komando menggariskan 3 maudhok untuk diketengahkan kepada para hadirin iaitu permasalahan yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda Lui Selatan berhubung dengan tindakan yang dijalankan oleh Kontraktor yang dilantik oleh JKKR yang menjalankan kerja-kerja penebangan pokok-pokok getah bertentangan dengan
kepentingan peneroka-peneroka tersebut.
Persatuan PKPKGM adalah sebuah persatuan yang berdaftar dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik dan berjuang untuk kepentingan ahli-ahlinya.
Tujuan dialog diadakan adalah untuk memberikan penerangan kepada ahli-ahli dan tidak berkokok diluar gelanggang.
En Rosli Jamat yang mewakili PKPKGM pula menyatakan bahawa peneroka-peneroka Felda di Felda Lui Selatan tidak berpuashati dengan kontraktor/Felda/JKKR kerana harga kayu yang ditawarkan adalah rendah dan tidak mengikut harga pasaran.
Kontraktor yang terlibat pula telah melanggar prosedur penebangan pokok-pokok getah kerana mendahului Sijil Perintah Kerja yang dikeluarkan oleh Felda Wilayah. Sijil Perintah Kerja (SPK) yang dikeluarkan oleh Felda adalah dokumen yang standard dan diantara syarat-syarat yang terkandung didalam SPK itu ialah larangan kepada pihak Kontraktor untuk mengeluarkan susu getah tetapi pihak Kontraktor berkenaan membuat arahan berasingan dengan melarang peneroka-peneroka mengeluarkan susu getah.
Peneroka-peneroka juga tidak puashati dengan pihak pengurusan Felda Lui Selatan 2 kerana tidak berbincang dengan pihak peneroka bahkan membuat keputusan tanpa merojok kepada peneroka-peneroka mengenai yuran-yuran yang kena dibayar kepada JKKR.
Pihak Kontraktor dengan kerjasama pihak JKKR telah menjalankan penebangan keatas pokok-pokok getah yang melibatkan peneroka-peneroka yang tidak menandatangani sebarang persetujuan dengan pihak Kontraktor dan JKKR dan tidak mengambil apa-apa bayaran daripada pihak Kontraktor/JKKR.
Peneroka-peneroka tidak berpuas hati kerana Felda/JKKR/Kontraktor tidak memberitahu harga kayu getah yang dibeli oleh Kontraktor dan jumlah harga belian, kesemua itu diputuskan oleh pihak Felda/JKKR tanpa merojok kepada peneroka-peneroka.
Majlis dialog yang diadakan pada hari ini membincangkan beberapa tindakan yang mungkin boleh diambil oleh peneroka-peneroka Felda terhadap pengurusan Felda, JKKR dan Kontraktor.
Haji Suhaimi Said dan T. Kumar selaku peguam akan meneliti isu-isu yang dibawakan didalam Majlis Dialog itu, dan meminta satu Jawatankuasa ditubuhkan untuk perbincangan khas dengan peguam-peguam PKR didalam jangka terdekat.
Haji Suhaimi menjelaskan bahawa terdapat isu-isu yang jelas yang boleh diambil tindakan melalui undang-undang dan ada juga isu-isu yang perlu diambil melalui tindakan sosial, dan isu-isu ini akan dikaji oleh pihak peguam-peguam PKR sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil.
Sebelum itu, Sdr Rebin Birham, Ahli Jawatankuasa Biro Felda PKR Pusat menerangkan bahawa peneroka-peneroka Felda mahu mewujukan forum perbincangan yang sihat diantara peneroka-peneroka Felda dan pengurusan Felda bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka.
Beliau menyentuh isu perahan KPG dan KGK yang mana Felda tidak memberikan nilai harga yang munasabah. Walaupun peneroka-peneroka kini sudah memfailkan saman-saman di Mahkamah, pintu rundingan masih terbuka untuk mencari jalan penyelesaian dimana peneroka-peneroka boleh mendapat keadilan.
Beliau menerangkan bahawa 650 peneroka-peneroka di Felda Maokil, Johor telah memfailkan saman terhadap Felda mengenai isu perahan KPG, 776 peneroka-peneroka Serting 1 dan 2 telah juga mengemukakan saman terhadap Felda diatas isu yang sama, dan di Negeri Pahang seramai 1000 orang peneroka didalam gugusan Bera akan menyaman Felda, 500 lebih dari Jengka sudah pun menyerahkan Waran untuk Bertindak bagi meneruskan tindakan saman dan menangguh hingga 2 minggu lagi untuk difailkan saman untuk memberikan masa yang dikehendaki oleh rakan-rakan lain untuk iikut serta.
Sdr Rebin juga menerangkan bahawa kajian sedang dibuat untuk menyaman Felda berhubung Kadar Getah Kering (KGK) yang mana ujian makmal menunjukkan KGK mencapai kepada lebih 60% tetapi Felda hanya membayar 46% menyebabkan kerugian kepada peneroka-peneroka.
Majlis Dialog itu memutuskan untuk melantik beberapa orang Peneroka bagi mewakili mereka untuk berbincang dengan peguam-peguam untuk memperincikan isu-isu yang boleh diketengahkan melalui tindakan undang-undang.




Anwar Ibrahim

Posted: 27 Dec 2010 07:44 PM PST

Anwar Ibrahim


Mengapa Melayu Berpolitik Mengikut Sentimen?

Posted: 27 Dec 2010 05:42 PM PST

Dari Sabahdaily.com

Tendensi pengundi Melayu memberi undi untuk mengangkat sesebuah kerajaan berpandukan sentimen adalah satu percaturan yang silap. Kesilapan berlaku apabila mereka malas mengangkat darjat akal. Akal yang menjadi aset paling berharga dalam diri manusia dipenyek oleh nafsu sehingga nafsu mendapat ruang udara yang begitu selesa untuk membuat percaturan bagi pihak tuannya. Nafsulah yang mencipta sentimen dan melenyapkan kewarasan budi..

Mana mungkin seseorang itu dapat mencipta keputusan yang bijak dengan berpandukan sentimen?

Mengundi ialah kerja politik yang amat penting dalam sistem demokrasi. Sebelum mengundi, masing-masing sudah memahat simbol parti yang akan dipangkah. Simbol itu bukan dipahat sebaik Parlimen atau DUN dibubarkan. Malah bagi sesetengah orang pahatan itu telah berpuluh tahun usianya. Kalaulah pahatan itu besi, maka sudah berkarat besi itu.

Ada pengundi Saluran 1 berkata, "Pakcik dah pangkah dacing sejak kapal layar lagi." Kapal layar itu merujuk kepada Parti Perikatan sebelum tertubuhnya Barisan Nasional. Seolah-olahnya sejak merdeka hingga alaf baru ini, dunia tidak pernah berubah. Bagi mereka UMNO sentiasa moleh sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Mereka tidak dapat membezakan kepimpinan Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dengan kepimpinan Tun. Dr. Mahathir, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib. Apalagi untuk mereka sedari bahawa UMNO sebenar telah lama berkubur. Yang ada sekarang ialah UMNO Baru yang dibuang perkataan 'Baru'nya.

Sejak dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir, UMNO bukan lagi berjuang untuk rakyat. Mereka juga tidak layak dipanggil wakil rakyat. Sebahagian besar ADUN atau AP-nya adalah wakil perut dan kroni. Mereka mengaut keberuntungan ekonomi yang tidak pernah berkecukupan. Mereka mencari sekawah lauk konon untuk dijamu bersama rakyat. Namun senduk mereka cukup besar untuk mengaut segala isi yang lazat-lazat maka ditinggalkanlah untuk rakyat yang mengundinya kuah agar dapat dihirup beramai-ramai. JKKK-lah yang menjadi tukang membahagikan kuah itu. Sempat juga JKKK merasai seketul dua daging yang ditinggalkan oleh wakil-wakil mereka.

Sikap politik masyarakat Melayu lebih berpaksikan sentimen terutamanya golongan tua dan golongan pengundi luar bandar. Mereka menyokong UMNO/BN macam golongan muda dan golongan bandar menyokong pasukan bolasepak. Menjadi satu fenomena bagi golongan ini memuja pasukan Manchester United (MU), Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Pasukan bolasepak gergasi ini tiada kena-mengena pun dengan harta dan jatidiri rakyat Malaysia. Namun mereka yang gila bola boleh saja bersengkang mata kerana menunggu perlawanan yang melibatkan pasukan pujaan mereka. Mereka rela berhabis duit mengumpul jersey, mafla dan logo kebanggaaan EPL itu. Apabila pasukan pujaan mereka menang, mereka tidak mendapat apa-apa pun. Seduit pun tidak dihulurkan oleh juara EPL kepada mereka. Hendak dibanggakan pun tak layak dan dketawakan orang. Bila pula mereka membuat MOU dengan pasukan itu?

Inilah analogi sikap pengundi yang meletakkan sentimen sebagai asas sokongan mereka. Mereka buat parti politik bagaikan pasukan bolasepak. Mereka bertindak dalam pilihanraya seperti tindakan penyokong fanatik bolasepak. Mana mungkin begini? Di manakah letaknya akal yang waras? Mengapa diperbodohkan diri sendiri?

Menyokong dan memilih pasukan bolasepak tidak melibatkan dosa dan pahala. Siapa-siapa pun secara peribadi boleh meminati pasukan itu dan ini walaupun tanpa sebab yang konkrit. Itu diharuskan sahaja selagi pasukan yang disokong itu tidak membawa imej yang bercanggah dengan Islam. Malah kini telah pun heboh isu simbol syaitan dan minum keras yang terpapar pada jersey pasukan-pasukan berkenaan. Ini bermakna dalam hal sukan pun kita kena teliti agar tidak syirik atau rosak akidah sedangkan sukan pada dasarnya diharuskan oleh syarak.

Apalagi dalam hal politik dan memilih pemimpin. Semestinya melibatkan dosa pahala dan nasib diri serta generasi. Penulis tertarik dengan perbahasan pemuda kampung dalam isu hudud. PAS memperjuangkan hudud manakala UMNO menolak hudud dengan pelbagai alasan.

Kata pemuda itu sebagai konklusi perbahasannya, " Agama saya kata orang mencuri mesti dipotong tangannya". Dia berkata demikian kerana oponennya berkeras menolak hukum hudud. Pemuda yang mempertahankan hudud itu menggunakan 'agama saya' tidak 'agama Islam'. Ini yang menarik bagi penulis. Apabila oponennya bertanya, " Apa agamamu?" Pemuda itu menjawab, "Islamlah." Lalu oponennya yang mendokong perjuangan UMNO berkata," habis, kau seorang saja Islam?" Maksudnya, aku juga Islam macam kamu. Lalu pemuda itu berkata lagi, "Agama aku kata pencuri perlu dipotong tangan. Agamamu kata pencuri sesuai dipenjara. Mana sama agama kita? Kalaulah agama kita sama tentulah hukumnya juga sama."

Demikianlah satu misalan yang jelas bahawa politik PAS dan UMNO melibatkan hukum dosa dan pahala. Apalagi dalam memilih pemimpin. Tentulah perlu dipilih pemimpin yang jujur, tidak rasuah, boleh memimpin demi kebahagiaan dunia sampai ke akhirat yang kekal abadi. Mana boleh pilih pemimpin kaki rasuah, kaki perempuan, kaki botol, kaki tipu dan kaki sapu.

Kesimpulannya, masyarakat mestilah memilih parti dan mengundi bertolak dari keimanan di dada ( meskipun sedikit) dan disinari oleh akal yang bermaruah lagi bijaksana. Kita akan ditanya di akhirat kelak tentang amalan dan tindakan kita. Sebelum sampai di sana, di dunia ini pun kita inginkan kesejahteraan dan kemakmuran untuk diri dan terutamanya anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Kesilapan kita memilih pemimpin bererti kita meletakkan nasib anak-anak kita dalam bahaya, gejala sosial yang menakutkan dan kesesatan hidup yang nyata. Janganlah berpegang kepada dakyah UMNO bahawa hidup hanya sekali sedangkan Islam mengajar kita bahawa hidup dua kali iaitu, sekali di dunia sekadar 60 tahun dan sekali lagi di akhirat yang kekal abadi. Ya, ingat-ingat sesungguhnya hidup ini dua kali, bukan sekali.

Imbuhan RM500 : Tindakan Muhyiddin Terus Dibidas

Posted: 27 Dec 2010 05:32 PM PST

Dari TV Selangor

Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan pemberian imbuhan RM500 kepada guru- guru di negeri- negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka mempersoalkan Muhyiddin sebagai ahli parlimen veteran yang seolah- olah tidak memahami resolusi 100 hari yang terkandung dalam buku jingga adalah menifesto Pakatan Rakyat sekiranya gagasan itu berjaya menawan pucuk pemerintahan.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad menyifatkan Muhyiddin sebagai cepat melatah dan emosi dalam isu pemberian elaun kepada para guru seluruh malaysia.

Selain cepat melatah, Muhyidin mencerminkan wajah sebenar UMNO-BN setelah mengeluarkan kenyataan bahawa pemberian insentif kepada guru-guru akan menyebabkan pembaziran dana.

Tetapi Muhyiddin seolah- olah lupa pada cita-cita umno barisan nasional untuk melaksanakan projek mega yang hanya menguntungkan kroni dan individu berkepentingan sahaja, umpamanya menara warisan merdeka.

“Dia emosi dan melatah. patut dia baca soalan habislah. baca betul-betul,semua untuk rakyat, kalau kita buat dia kata membazir. tapi sampai 5 bilion buat bangunan 100 tingkat tak membazir, untuk kroni tak membazir. untuk manfaat rakyat pula membazir,” katanya.

Beliau mengaskan, Pakatan Rakyat sudah meneliti pemberian tersebut akan diberikan kepada guru-guru yang mempunyai peranan besar dalam bidang pendidikan dan akan meneliti sektor awam yang lain untuk tujuan yang sama apabila pakatan berjaya berjaya menerajui negara dan seperti yang diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau ikut pemikiran dan tindakan pemimpin umno-bn memang tak mampu nak beri kerana mereka amalkan rasuah dan ketirisan dalam pengurusan. dia (Umno-BN) sengaja cabar kita. Padahal kita cakap 100 hari, kalau kita memerintah di peringkat pusat, macamana Muhyiddin ini jadi Menteri Pelajaran?”

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menyifatkan Umno-BN kini dalam keadaan terdesak malah tertekan dengan pendekatan Pakatan Rakyat merubah sistem pendidikan dengan pemberian insentif untuk golongan pendidik.

“Ini menunjukkan bahawa TPM dan Umno-Bn dalam keadaan terdesak dan tertekan untuk rela dalam perbincangan yang rasional ini dengan ketepikan hujah-hujah perubahan dalam dalam sistem pendidikan”

Tambahnya lagi, pemberian elaun tersebut tidak akan menjejaskan kewangan Kerajaan sekiranya negara mampu menangani rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam semua urusan.

“Kalau negara kita mampu tangani gejala rasuah, ketirisan, dan penyelewengan, kita memang tidak ada masalah kewangan untuk memberi elaun yang baik untuk mereka (guru),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Mohd Nor Manuty pula menyifatkan Muhyidin sebagai ketinggalan zaman kerana gagal menerima aspirasi Pakatan Rakyat untuk mengangkat martabat golongan pendidik di Malaysia.

“TPM ketinggalan zaman, Aspirasi Pakatan Rakyat seperti yang tercatat dalam buku jingga pada kovensyen kedua tempoh hari antaranya ialah mengangkat martabat guru dengan meningkatkan elaun RM500 adalah satu janji yang akan ditunaikan sekiranya Pakatan menang dan berkuasa,” katanya.

Pelabur Kurang: Najib Hanya Sibuk Pertahan Kuasa

Posted: 27 Dec 2010 05:26 PM PST

Dari Harakah

Ketika para pelabur diingatkan supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sibuk dengan kepentingan sendiri untuk mempertahan kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Syarikat pengurusan dan penasihat kewangan tersohor, Bank of America Merrill Lynch baru-baru ini mengingatkan supaya dikurangkan pelaburan ke negara ini, suatu tanda yang jelas bahawa Najib tidak diyakini sebagai pengurus ekonomi yang boleh diharapkan yang sekaligus menjadi ancaman kepada ekonomi negara.

“Tetapi, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan kerajaan Najib berusaha menangani perkara itu sebaliknya beliau hanya sibuk untuk mempropagandakan konsep 1Malaysia yang dilihat sebagai peniruan konsep One Israel termasuk membawa pemain import ke ke Jabatan Perdana Menteri, antaranya (ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, Datuk Seri Ahmad) Farid Ridzuan,” kata beliau.

Najib, kata Mahfuz, ternyata lebih berminat mempertahankan kuasanya dengan memberi tumpuan kepada mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu setelah konsep itu gagal menarik perhatian rakyat.

“Sama seperti pelbagai hingar-bingar dan kebisingan Najib dalam bidang ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang gagal menarik minat pakar-pakar ekonomi dan para pelabur dan menyebabkan mereka diingatkan supaya mengurangkan pelaburan, apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu juga gagal menarik perhatian rakyat.

“Tindakan mengambil pemain import seperti Farid ke JPM amat jelas membuktikan Najib menggelabah dan Apco Worldwide pula gagal menjalankan kerjanya untuk mempromosikan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu walaupun lebih dari RM70 juta wang rakyat dibazirkan kepada firma milik Yahudi Zionis itu,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bagaimanapun yakin Ahmad Farid tidak akan mampu mencapai keinginan Najib untuk mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu.

Konsep tersebut diharapkan oleh Najib dapat membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“1Malaysia yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu bukan TV hiburan yang penuh dengan pelbagai cerita menarik dan persembahan nyanyian yang mudah mengasyikkan orang ramai.

“Berapa banyak program yang sudah basi seperti Jom Heboh yang mahu dibuat oleh Ahmad Farid? Adakah setiap malam menjelang pilihan raya akan diisi dengan program Jom 1Malaysia pula?

“Benda-benda mengasyikkan seperti itu mungkin menarik minat muda mudi Melayu seperti yang berlaku dalam program-program Jom Heboh. Tetapi kaum lain yang semakin kecewa dengan api perkauman Umno tidak berminat pun dengan hiburan-hiburan seperti itu,” katanya.

Ketika ditanya tentang desas-desus bahawa pihaknya sedang mempersiapkan pelbagai program untuk menghadapi “kempen cara Ahmad Farid” termasuk menggunakan kepakaran mereka yang pernah berkerja dengan orang kuat TV3 itu, Mahfuz enggan mengulas.

SUK : Menteri Besar Tidak Dimaklum Perlantikan Khusrin

Posted: 27 Dec 2010 12:21 AM PST

Dari TV Selangor

Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin berkata perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri masih belum muktamad.

Sebelum ini menurut laporan Bernama,Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.

Justeru menurut Faekah yang dihubungi TV Selangor berkata Kerajaan Negeri turut kesal dengan pengumuman tersebut disebabkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dimaklumkan berhubung perlantikan tersebut.

“Perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad.

“Kita tidak dimaklumkan hasrat atau niat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun KSN untuk meletak Khusrin…kita tidak tahu dan tidak di’consult’, dipanggil bicara dan dimaklum.

“Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada Tuanku untuk menyatakan kekesalan kita di mana Menteri Besar tidak dimaklumkan.

“Kita juga telah mendapat perkenan Tuanku untuk mengadap hari Rabu ini. Saya percaya mungkin untuk membincangkan perkara tersebut.

“Belum muktamad kerana kita mempunyai nama lain dan kita telah melakukan proses pemilihan yang telus dengan menubuhkan jawatankuasa pemilihan,” ujar Faekah.

Kerajaan Negeri juga katanya turut mengusulkan nama lain bagi jawatan tersebut dan telah melalui proses pemilihan calon yang telus melalui jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak menolak kemungkinan perlantikkan tersebut berbaur politik di mana Khusrin dilihat pendekatan memihak dan kecenderungannya kepada Umno-Barisan Nasional.

“Tindakan dia melalui pengalaman saya dengan dia, saya rasa jelas beliau bertindak mengikut kepentingan Umno dan dia mempunyai hubungan yang jauh lebih rapat dengan pimpinan Umno di peringkat negeri dan Pusat yang saya sendiri saksikan

“Semasa tauliah saya ditarik pun, saya rasa yakin ianya adalah atas permintaan Nawawi dan beliau bertindak mengikut kepentingan Umno-BN dan tidak prosesional dari segi itu.

“Ini merupakan sebab mengapa beliau dipilih oleh kerajaan persekutuan…ini juga menunjukkan kerajaan persekutuan tidak menghormati kehendak rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat,” ujar beliau.

Tambah Khalid, Kerajaan Persekutuan sepatutnya memberikan keutamaan kepada calon yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor.

Wee Choo Keong

Posted: 27 Dec 2010 03:47 PM PST

Wee Choo Keong


“YB Karpal Singh demanded the Govt to investigate into Anwar Ibrahim’s sodomy case”

Posted: 27 Dec 2010 01:06 AM PST

It has been reported, in HERE, that on 21-12-2010 YB Karpal Singh has said that he had asked for  YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, when he was the Deputy Prime Minister, to be investigated for sodomy. It was reported as follow:  “The DAP chairman Karpal Singh said yesterday he had in 1997 asked sodomy allegations [...]

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 27 Dec 2010 01:39 PM PST

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Posted: 27 Dec 2010 04:29 AM PST

Wee Choo Keong

Posted: 27 Dec 2010 01:26 PM PST

Wee Choo Keong


“YB Karpal Singh demanded the Govt to investigate into Anwar Ibrahim’s sodomy case”

Posted: 27 Dec 2010 01:06 AM PST

It has been reported, in HERE, that on 21-12-2010 YB Karpal Singh has said that he had asked for  YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, when he was the Deputy Prime Minister, to be investigated for sodomy. It was reported as follow:  “The DAP chairman Karpal Singh said yesterday he had in 1997 asked sodomy allegations [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 27 Dec 2010 11:33 AM PST

BULETIN RAKYAT


TAHNIAH KPD PELAJAR SMK BUKIT SENTOSA TERUTAMA 72 STRAIGHT A DALAM PMR LEPAS!!

Posted: 27 Dec 2010 08:17 AM PST



Tahniah! kepada semua pelajar SMKBS yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2010 terutamanya kepada 72 orang pelajar yang telah mendapat straight A. Syukur di atas kurniaan Allah S.W.T. Sekalung tahniah juga kepada semua warga pendidik SMKBS yang telah banyak menabur ilmu dan dorongan kepada anak-anak didik SMKBS. Sesungguhnya kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha samua pihak dan juga kesungguhan para pelajar untuk memberikan yang terbaik buat diri sendiri, ibu bapa dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Teruskan berusaha kerana perjalanan kalian masih jauh..Tahniah!!

JAGA KEDUDUKAN PARLIMEN FELDA, ITU ALASAN LANTIK TS ISA SAMAD

Posted: 27 Dec 2010 08:11 AM PST

SHAH ALAM 27 DIS : Perlantikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baru adalah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'melangsaikan' wang simpanan agensi itu serta menjalankan misi membalas dendam terhadap peneroka.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata ianya juga untuk memastikan dan mengekalkan 46 kerusi Parlimen yang terletak di dalam kawasan tersebut kekal milik Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
"Saya rasa perlantikan Isa adalah tepat untuk melaksanakan misi yang kotor ini kerana orang lain tidak mampu, saya rasa pilihan ini merupakan pilihan yang bijak sebab Najib tahu keupayaan untuk melangsaikan wang-wang simpanan Felda dan sekaligus menjalankan misi membalas dendam terutama terhadap personaliti yang dikatakan meracuni fikiran peneroka-peneroka Felda.
"Kita merasa bimbang sekiranya peneroka dijadikan sasaran dan sekaligus antaranya membalas dendam dan yang kedua, untuk melakukan satu lagi penipuan untuk mempengaruhi dan menipu warga Felda, mungkin kepada peneroka, mereka buat cara baik tetapi kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mempengaruhi peneroka akan dilayan dengan kasar, mungkin ditangkap atau didakwa.
"Pilihanraya kali ini, 46 kawasan Parlimen akan ditentukan oleh peneroka Felda dan misi melantik Isa adalah untuk melengkapkan formula atau pun pelan yang tertinggal...barangkali khidmat akhir beliau sebelum hayat politiknya berakhir.
"Dia akan buat yang terbaik dan apa saja dengan matlamat seluruh kawasan peneroka (46 kawasan Parlimen) dijanjikan akan disapu bersih.
"Berapa perbelanjaan, kaedah cara macam mana...terpulang. Ini sebenarnya satu tugas yang tidak sanggup dilaksanakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor," ujar beliau.
Ujar beliau, Yusof barangkali tidak mahu menanggung dosa akibat daripada untuk melaksanakan misi tersebut.
Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata pihaknya membantah keras perlantikan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Beliau yang dihubungi TVSelangor berkata ianya juga memberikan kesan yang mendalam kepada warga Felda.
"Dalam keadaan kita bercakap soal ketelusan, integriti, penambahbaikan dan baru-baru ini diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa kejayaan anak-anak peneroka yang belajar di peringkat PHD, mereka yang terlibat sebagai ahli akademik, profesional dan ahli perniagaan yang berjaya menerajui beberapa syarikat besar, tiba-tiba melantik seorang yang kita tahu reputasinya pernah terpalit semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.
"Kemudiannnya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dengan banyak isu-isu kontroversi dan bertanding Naib Presiden Umno dan terpalit dengan politik wang. Bagaimana orang seperti ini yang dalam partinya sendiri sudah ditolak,dihukum dan orang ini juga telah 'expired' dalam politik.
"Tiba-tiba dilantik ke satu jawatan yang sangat penting khusus kepada kehidupan dua juta warga Felda yang 95 peratus adalah orang Melayu.
Tegasnya, di mana letaknya Felda yang digembar-gemburkan oleh Najib sebagai 1 Felda sebagai 1 Dunia, 1 Glokal dan 50 tahun akan datang dibawa ke pentas antarabangsa tetapi pada masa sama, melantik pemimpin yang korup sebagai tokoh yang terpenting di Felda.
"Apa kriteria yang mendorong sehingga kerajaan memilih Isa dalam keadaan kita mempunyai calon yang cukup ramai dan berwibawa.
"Kalau pun mereka tidak mahu ambil anak peneroka, saya rasa di luar sana saya fikir melambak-lambak ada. Apa pertimbangan kerajaan memilih beliau?," soal beliau.
"Saya ingin tekankan, kita bukan sahaja membantah tetapi sekirannya kerajaan tidak mahu mendengar pandangan kami atau pandangan rakyat, ANAK bercadang untuk mengeluarkan pungutan suara di mana tandatangan akan dipungut dari peneroka, generasi kedua dan ketiga yang mana akan diserahkan kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan membatalkan perlantikan tersebut," ujar Mazlan.
Ujarnya lagi, jika bantahan itu tidak dihiraukan, ANAK bercadang mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk campur tangan.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 27 Dec 2010 11:11 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Program memalukan dari BN di Negeri Sembilan?

Posted: 26 Dec 2010 08:12 PM PST

Apakah program memalukan dari BN di Negeri Sembilan tersebut? Cerita penuh pada pautan berikut http://koloparit.blogspot.com/2010/12/program-memalukan-dari-bn.html

Car Wash AMAL 20 Jan 2011 Seremban

Posted: 26 Dec 2010 05:55 PM PST

PROGRAM CUCI KERETA AMAL
Tarikh : 20 Jan 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com

Untuk maklumat sila lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Peta ke Pasti Hasanah pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/car-wash-amal-20-jan-2011-seremban.html

Kenali calon PAS untuk Parlimen Rembau PRU 13

Posted: 26 Dec 2010 05:11 PM PST

Siapakah calon-calon yang PAS akan ketengahkan untuk Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka pada tahun 2011 atau 2012 untuk kawasan Parlimen Rembau? Ulasan lanjut pada pautan berikut http://mohamadhusaini.blogspot.com/2010/12/pas-rembau-punyai-ramai-tokoh-berwibawa.html

Khairy Jamaluddin harus bersiap awal sekiranya masih lagi mahu bertanding di Parlimen Rembau.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 27 Dec 2010 11:02 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Imbasan PRU-Ke Arah Menawan Negeri Sembilan

Posted: 26 Dec 2010 11:58 PM PST

Apabila parti Umno mengumumkan penangguhan Pemilihan 2010 selama 18 bulan, ramai pemerhati politik tanah air telah membuat ramalan, telahan dan andaian bahawa Pilihanraya Umum ke-13 bakal berlangsung pada tahun 2011 antara bulan Mac hingga Jun.

Perkembangan itu telah menjadi titik perbincangan hangat politik. Teka-teki Pilihanraya DUN Sarawak juga sedang hangat bermain-main. Begitu juga dikhabarkan juga Pilihanraya DUN Perak juga dilaporkan bakal berlangsung pada bulan Mac 2011.

Namun, kehangatan perkhabaran itu telah memberi suatu isyarat kepada Pakatan Rakyat Negeri Sembilan bagi membuat persediaan awal dari segi jentera, gerak kerja dan penyusunan strategi menghadapi kemungkinan PRU-13 berlaku pada tahun 2011.

Imbasan PRU-12 lalu menyaksikan PR Negeri Sembilan hampir sahaja menawan negeri ini. Barisan Nasional hanya berkelebihan 4 kerusi dan kehilangan majoriti dua pertiga dalam DUN Negeri Sembilan. Tsunami politik 8 Mac 2008 telah menyaksikan PR menang 15 kerusi DUN manakala BN menang 21 kerusi DUN.

PKR memenangi 4 kerusi DUN iaitu Ampangan, Sikamat, Chuah dan Port Dickson serta Parlimen Telok Kemang. DAP pula unggul dengan memenangi 10 kerusi DUN daripada 11 kerusi yang ditandingi iaitu Nilai, Lobak, Temiang, Rahang, Bukit Kepayang, Mambau, Senawang, Lukut, Repah dan Bahau disamping menang Parlimen Seremban dan Rasah. PAS buat pertama kali dalam tempoh lima dekad telah berjaya memenangi DUN Paroi.

Jika kajian maklumat dinilai PRU 2008, terdapat beberapa DUN yang dimenangi oleh BN berada di bawah majoriti dua ribu undi. PKR berpotensi menang enam lagi DUN iaitu Labu, Linggi, Pertang, Jeram Padang, Pilah dan Juasseh. PAS pula berpotensi menang tiga DUN iaitu Klawang, Lenggeng dan Johol. Ketiga-tiga kawasan ini telah dikategorikan sebagai kawasan putih oleh PAS Negeri Sembilan sebagai DUN untuk menang pada PRU-13. Manakala DAP hanya perlu menang DUN Chennah.

Jika 10 DUN ini berjaya dimenangi disamping mempertahankan kemenangan DUN yang sedia ada pada PRU-13 nanti, PR Negeri Sembilan mempunyai kelebihan majoriti dua pertiga.

DUN kental majoriti BN (peratus undi menang 58% ke atas) seperti Sungai Lui, Palong, Gemas, Bagan Pinang mungkin kekal dimenangi BN. Namun begitu, bagi DUN yang peratus kemenangan BN berada pada paras 56-53% seperti Seri Menanti, Senaling, Serting dan Gemencheh mungkin jika gerak-kerja dan strategi yang betul, tidak mustahil kawasan-kawasan ini akan turut jatuh ke tangan PR.


www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 27 Dec 2010 07:27 AM PST

www.telokkemang.blogspot.com/


Speech By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Posted: 27 Dec 2010 04:43 AM PST

Speech By:DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Title:SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Location:DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Date:18-01-1993
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya -- iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja.Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan "mahkamah" ditambah perkataan "tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis". Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal -- satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri -- `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan
tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- "(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan".Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- "(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu".

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: "(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,".Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: "(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini - (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja".

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem
Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari
takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat
Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum -- iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

Tiada ulasan:

Pengikut