Khamis, 16 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 16 Dec 2010 03:20 AM PST

KEDAH online

Posted: 16 Dec 2010 03:04 AM PST

KEDAH online


Posted: 15 Dec 2010 06:35 AM PST

NAJIB GELABAH HADAPI KEBANGKITAN RAKYAT

Posted: 15 Dec 2010 06:28 AM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 15 Dec 2010 11:26 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


The Minority Report presented by YB Karpal Singh and YB Sivarasa

Posted: 15 Dec 2010 06:41 AM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 15 Dec 2010 11:21 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Perkara 44: 'Gantung' semua MP Pakatan

Posted: 15 Dec 2010 10:55 PM PST


KUALA LUMPUR, 16 Dis: Semua ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didakwa menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat.

Perkara 44 (4) antara lain memberi kuasa kepada Speaker 'menggantung' ahli parlimen yang ada dalam dewan dengan menyebut nama ahli parlimen tersebut.

Speaker sewaktu kekecohan sedang berlaku, didakwa membuat ugutan terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan mendakwa akan membaca senarai nama semua ahli parlimen pakatan kerana tidak mengendahkan arahannya.

Beliau juga dilihat mengarahkan dan meminta setiausaha dewan mendapatkan senarai nama ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk dibaca.

Ekoran itu, dalam keadaan dewan terus kecoh, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan sebagai protes kepada tindakan Speaker itu.

Bagi Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, tindakan Speaker itu menggambarkan kelemahan beliau mengawal keadaan dan berniat untuk menggantung semua wakil rakyat pembangkang.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika diminta mengulas perkara itu pula berkata, episod yang berlaku hari ini sangat malang dan memalukan.

"Kita minta Speaker membuat beberapa rulling sebelum perbahasan tetapi tidak diendahkan.

"Tetapi oleh kerana dia gagal mengawal keadaan, dia menggunakan kuasanya menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat untuk menekan dan mengugut MP Pakatan untuk menggantung mereka walaupun tidak menyebut tempoh," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub pula turut melahirkan rasa kecewa di atas apa yang berlaku di dewan rakyat hari ini apabila Speaker bertindak demikian.

"Kita lihat Speaker guna perkara 44, kita tidak dengar tadi dia guna ke tidak sebab suasana sangat kecoh.

"Kita akan cuba mendapatkan kepastian setiausaha dewan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Kekecohan hari ini berlaku ekoran MP Pakatan Rakyat membantah usul untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Subang, Gombak dan Bukit Gelugor.

Sehubungan itu, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bertindak keluar dewan tidak akan meneruskan persidangan hari ini.

Untuk rekod, hari ini adalah hari terakhir Persidangan Dewan Rakyat untuk Penggal ke-3 Parlimen ke-12 dan akan disambung semula Mac 2011.


Sumber: Harakah Daily

Pengasas Umno Sabah, Karim Ghani sertai PKR

Posted: 15 Dec 2010 10:33 PM PST

Bekas pemimpin Umno Sabah yang juga individu yang bertanggungjawab membawa parti dari Semenanjung ke negeri itu, Datuk Karim Ghani secara rasmi menyertai PKR.

"Saya rasa berbesar hati kerana PKR menerima saya," kata Karim yang sebelum ini pernah bersama Parti Bersatu Kebangsaan Sabah (Usno).

NONE"Saya telah serahkan borang permohonan terus ke ibupejabat PKR."

Menurutnya, beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan beberapa lagi pemimpin cabang di Sabah.

Ketika ditanya tentang alasan menyertai PKR, beliau berkata alasannya sama apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Umno Sabah.

"Pakatan telah berjanji akan mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan berjanji akan menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada kedua-dua negeri ini," kata Karim.

"Ini sama seperti yang saya nyatakan dalam surat perletakkan jawatan kepada Umno Sabah.

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," perlinya.

Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS).


Sumber: Malaysiakini

Wikileaks Tidak Harus Tenggelamkan Isu Kenaikan Harga Barang

Posted: 15 Dec 2010 10:15 PM PST


KUALA LUMPUR 16 DIS : Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pendedahan kontroversi Wikileaks tidak seharusnya menenggelamkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember lalu.

Katanya, pendedahan Wikileaks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat dan Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan skandal pembunuhan Model Mongolia Altantuya Shaaribuu tidak seharusnya mengalihkan perhatian rakyat yang sememangnya marah dengan tindakan kerajaan itu.

"Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, umum mengetahui tentang ketakutan BN terhadap kemarahan rakyat dengan kenaikan harga keperluan dan ia telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawahan termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.

"Isu WikiLeaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini.

"Banyak jawapan Pak Pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf Menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah. Antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran," katanya.

Idris juga mendakwa media arus perdana pula diarahkan supaya jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya mereka dikehendaki mengunakan istilah penyelarasan.

"PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti facebook, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

"Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Subjek Sejarah Diperkenal Dalam SPMU Walau Buku Teksnya Penuh Fakta Mengelirukan

Posted: 15 Dec 2010 10:06 PM PST


KUALA LUMPUR 16 DIS : Mata pelajaran Sejarah akan diperkenal dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini bagi memberi peluang kepada murid memperbaiki keputusan dan berupaya memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ketika ini SPMU hanya ditawarkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata format peperiksaan dan pentaksiran ke atas murid juga akan direka bentuk semula untuk lebih memotivasikan mereka ke arah mempelajari dan menghayati sejarah terutamanya sejarah tanah air.

Pada Oktober lepas, kerajaan mengumumkan selain Bahasa Melayu, Sejarah juga akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat untuk mendapat sijil
SPM bermula tahun 2013.

Terdahulu negara dikejutkan dengan pendedahan bekas penulis buku, Dr Ranjit Singh Malhi yang pernah menjadi penasihat buku teks sejarah kepada Kementerian Pelajaran mendedahkan, kebanyakan fakta yang terkandung dalam buku tersebut dibanjiri dengan fakta salah dan diputarbelitkan.

Beliau juga memaklumkan pernah membuat memberitahu pegawai kementerian berkenaan bersabit hal itu, namun beliau dituduh sebagai 'anti nasional'.

Kenyataan Dr Ranjit it turut dipersetuji oleh Ng How Kuen yang menulis buku sejarah untuk Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK).

Ng melahirkan kebimbangannya bahawa seseorang pelajar itu akan terpaksa menerima sesuatu versi sejarah yang ditetapkan atau menghadapi risiko gagal dalam keputusan keseluruhan peperiksaan tersebut.

Menurut Ng, berdasarkan fakta-fakta yang salah dan diputarbelitkan itu, sudah tiba masanya kandungan fakta buku-buku teks berkenaan dikaji semula.

"Kita selalu terpaksa menerima atau mengikut kurikulum yang disediakan oleh Kementerian pelajaran dan sekali gus membolehkan parti pemerintah memiliki kelebihan dalam mentafsir sejarah kita," ujar Ng.

Malah Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari turut menyelar tindakan pihak tertentu yang cuba menyembunyikan mahupun memadamkan fakta sejarah negara.

Menurut Dr Aziz, dalam mendokumentasikan sejarah sesebuah negara, sentimen-sentimen seperti politik haruslah diketepikan bagi menjamin ketelusan maklumat berkenaan.


Sumber: TVSNEWS

Kerajaan Selangor Nafi Tamatkan Kontrak Alam Flora

Posted: 15 Dec 2010 10:03 PM PST


SHAH ALAM 16 DIS: Kerajaan Selangor menafikan dakwaan bahawa anak syarikat kerajaan negeri itu, Worldwide Holdings Sdn Bhd, akan mengambil alih kontrak pengurusan sisa pepejal dari Alam Flora Sdn Bhd.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri masih memberikan kontrak pengurusan sisa pepejal kepada Alam Flora dengan kontrak disambung pada setiap bulan.

"Isu ini memang sentiasa dibincangkan memandangkan satu pertiga daripada pendapatan keseluruhan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diperuntukkan bagi perkhidmatan menyelia sisa pepejal," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco negeri semalam.

Beliau menafikan dakwaan bahawa surat penamatan perkhidmatan sudah dihantar kepada Alam Flora.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyebut kerajaan negeri akan menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal sejak 1998 oleh Alam Flora dan diberikan kepada anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata tidak timbul isu sama ada Kerajaan Selangor akan mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada Alam Flora.

Kerajaan negeri, katanya, memberikan keutamaan kepada syarikat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk menguruskan sisa pepejal di negeri itu.

"Jika Alam Flora berjaya membuktikan perkhidmatan mereka lebih baik, jadi kita akan kekalkan mereka dan sehingga hari ini kita masih menggunakan perkhidmatan Alam Flora," katanya.- Bernama.

PAS: Kerajaan Bakal Lupus Aset Melayu Kampung Baru

Posted: 15 Dec 2010 09:58 PM PST


KUALA LUMPUR 16 DIS: Hasrat kerajaan untuk memansuh dan membubarkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) dan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS) apabila Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dikuatkuasakan kelak, dikesali PAS Wilayah Persekutuan.

Rang Undang-undang Akta tersebut telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Selasa lalu oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan Mac akan datang.

Seksyen 57(1) dan (2) Rang Undang-undang tersebut secara jelas menyatakan berkenaan pembatalan dan pembubaran enakmen dan Lembaga MAS tersebut dan perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.

Memetik laporan Harakahdaily, Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

"Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang," ujarnya.

Tambahan pula, jelasnya tafsiran "kepentingan orang Melayu" yang dimaksudkan dalam akta tersebut hanya merujuk kepada budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja dan tidak secara jelas menyatakan berkenaan pemilikan hartanah mesti kekal di tangan orang Melayu.

Ini, tambahnya diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 akta tersebut bahawa perbadanan boleh berurusan dengan "mana-mana orang" untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

Kesudahannya, kata beliau jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal.

Pembubaran Lembaga MAS juga, katanya merupakan satu tindakan yang langsung tidak menghormati badan tersebut yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya dan terus berkhidmat untuk penduduk Kampung Baru sehingga kini.

Menurutnya, tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Tegasnya, Umno jelas sekali lagi mengkhianati amanah untuk menjaga survival dan milikan tanah orang-orang Melayu di negara ini.

"Selepas tanah-tanah rezab orang Melayu semakin hari semakin mengecil jumlahnya, kini kampung-kampung tradisi dan warisan orang Melayu pula cuba diintai oleh tauke-tauke elit yang mendambakan keuntungan maksimum di kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur ini," katanya.

Beliau menambah, cadangan penubuhan Majlis Penasihat di bawah Seksyen 19 Akta tersebut yang diwakili oleh lima belas orang wakil masyarakat Kampung Baru pula sekadar melepaskan batuk di tangga dan jelas menampakkan ketidakjujuran dan ketidaktelusan Kerajaan.

Ini, katanya kerana akta tersebut menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan tidak terikat untuk mengikut apa-apa, nasihat daripada wakil-wakil penduduk Kampung Baru tersebut.

Oleh itu, jelasnya peranan Majlis Penasihat tersebut hanya sebagai gimik politik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung di kaca mata kerajaan.

PAS Wilayah Persekutuan, tegasnya mengulangi pendirian membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru tersebut dan menyokong penuh saranan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali untuk menubuhkan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil-wakil penduduk Kampung Baru dan mereka yang berkepentingan langsung dalam pembangunan Kampung Baru tersebut.

"Proses pembangunan Kampung Baru perlulah dilakukan dengan telus dan mengikut pandangan dan suara hati anak-anak Kampung Baru sendiri," ujarnya.


Sumber: TVSNEWS

Pengantungan Anwar Paku Terakhir Kepada Keranda Umno-BN

Posted: 15 Dec 2010 09:54 PM PST

kerandaKUALA LUMPUR 16 Dis - Hari ini Umno-Barisan Nasional berjaya membunuh demokrasi di Malaysia untuk sekian kalinya.

Umno-BN menang dalam satu lagi langkah strategi mereka untuk menjatuhkan karier politik Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggantung beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Turut dimangsakan termasuk Ketua Whip Pakatan Rakyat di Parlimen iaitu Azmin Ali, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ini ekoran dakwaan Anwar yang mengaitkan konsep 1 Malaysia yang menjadi projek kesayangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan One Israel, di mana kedua-dua gagasan menyatukan rakyat ini dicipta oleh firma pelobi antarabangsa yang pro Zionis-Israel, Apco Wordwide.

Ada beberapa intrepetasi penting langsung daripada Umno-BN yang akan memberi kesan jangka panjang kelak kepada politik Malaysia.

Pertama ia menunjukkan institusi Parlimen yang dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai benteng paling kukuh dan terakhir untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan politik negara ini kini telah disah sepenuhnya jatuh dalam kawalan penguasa Umno-BN.

Ini tidak lagi bebas dan sekarang boleh dikatakan salah satu komponen rasmi BN di mana Umno menjadi bos besarnya.

Institusi yang amat penting ini tidak lagi boleh diharapkan untuk mengotakan janji keramatnya kepada rakyat untuk menjunjung Perlembagaan dan melindungi kesucian sistem demokrasi negara ini yang sekian lama telah membajai usaha menegakkan keadilan.

Seluruh jentera institusi ini termasuk kerusi Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tergadai kepada Umno-BN yang hanya perlu menekan butang kuasanya untuk mendapatkan apa dihajati.

Bagi Umno-BN Parlimen tidak perlu menjadi institusi demokrasi seperti yang difahami oleh negara-negara Komanwel yang lain; ia hanya perlu bertindak sebagai anjing suruhan yang tidak sedikit pun membantah terhadap kerakusan kuasa pihak eksekutif.

Interpretasi kedua daripada episod yang malang ini ialah rakyat kini berdepan dengan kerajaan yang amat zalim yang sanggup menggunakan apa sahaja instrumen untuk menjamin pegangan eratnya ke atas tampuk kekuasaan termasuk tunduk kepada permainan Zionis-Yahudi.

Pengantungan Anwar menunjukkan Najib lebih rela mempertahankan sebuah syarikat yang dikuasai antara lain oleh bekas ketua perisikan Israel dan bekas anggota diplomatik negara Zionis itu daripada memberi keadilan setimpalnya kepada Ketua Oposisi Parlimen Malaysia untuk membela dirinya dalam dakwaan terhadap beliau.

Apco kini lebih berkuasa daripada Parlimen Malaysia.

Dengan hanya berbekalkan sepucuk surat penjelasan tanpa perlu dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa parlimen itu, Apco mampu menyakinkan anggota jawatankuasa (tidak termasuk Karpal dan Sivarasa) bahawa pihaknya benar dan Anwar salah.

Kalau diteliti sebenarnya Apco yang menjatuhkan hukuman pengantungan itu ke atas Anwar bukannya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Ketiga, Apco kini boleh mendabik dada bahawa ia bukan lagi sekadar syarikat pelobi yang dibayar berjuta-juta ringgit menggunakan dana rakyat Malaysia tetapi angkuh kerana mampu menyusup masuk secara terang-terangan ke dalam pusat kekuasaan negara di Putrajaya malah mempengaruhi keputusan-keputusan penting dan strategik kerajaan Malaysia.

Keempat, tindakan Umno-BN tersebut akan memberi persepsi amat negatif kepada dunia luar bahawa demokrasi Malaysia lebih teruk daripada pemerintahan diktator sesetengah negara Afrika atanpun beberapa negara Eropah semasa era perang dingin.

Malaysia tidak lagi dilihat sebagai sebuah demokrasi negara membangun yang 'vibrant' dan berpotensi besar menjadi setaraf dengan negara-negara maju di Barat tetapi hanya sebagai sebuah negara kaya yang dikuasai oleh sebuah rejim despot yang menggunakan demokrasi untuk menghalalkan segala tindakan yang bercanggah dengan demokrasi itu sendiri.

Apa pula implikasi yang bakal diterima oleh Malaysia dan rakyat akibat perbuatan tidak bertamadun Umno-BN ini?

Dari segi politik, Umno-BN mengorek lebih dalam lagi kubur yang bakal menimbusnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Rakyat cukup marah tetapi kemarahan dan kebencian rakyat dipendam sehingga ke peti undi kelak.

Bagi rakyat Umno-BN boleh buat sesuka hati mereka pada detik-detik akhir kematian mereka tetapi tidak akan mengubah nasib yang bakal diterimanya.

Umno-BN kini bagai seorang yang kelemasan terkapai-kapai mencari apa sahaja yang boleh dijadikan pautan untuk menyelamatkan diri.

Sambil ketawa rakyat hanya melihat Umno-BN sedikit demi sedikit tenggelam di makan pusaran air yang buas tanpa memberi sedikit pun bantuan hatta sebatang ranting kering pun.

Ekonomi Malaysia yang teruk dilanda kemerosotan kemasukan pelaburan luar akan terus merudum malah pelabur asing akan menyisihkan negara ini sejauh mungkin.

Ini kerana tidak mungkin pelaburan mereka akan terjamin dan selamat sekiranya institusi seperti Parlimen pun boleh dimanipulasi sedemikian rupa bagi tujuan agenda politik kotor Umno-BN.

Dengan jatuhnya Parlimen dalam kawalan Umno-BN maka sempurnalah penguasaan mutlak mereka ke atas kesemua institusi penting dalam negara ini termasuk PDRM, badan kehakiman, SPR, SPRM, Jabatan Imigresen, mahkamah (termasuk mahkamah syariah), JPN, institusi Raja, Jabatan Peguam Negara serta media.

Namakan sahaja sistem pemerintahan Malaysia yang diamalkan sekarang - kuku besi, diktator, 'banana republic', totalitarian, fasis, tirani - semua elemen ini ada dalam Umno-BN namun untuk dilabel sebagai demokrasi amat jauh sekali.

Samada Anwar di gantung daripada Parlimen atau bebas menghadiri sidang tidak lagi menjadi mempengaruhi keputusan rakyat pada PRU nanti.

Hakikatnya tindakan hari ini hanya menjadi antara paku yang dihentak ke keranda Umno-BN; malangnya ia juga menjadi paku terakhir dan muktamad sebelum keranda diturunkan ke dalam lubang kubur.

Laporan Karpal, Sivarasa Berhubung Usul Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Gantung Anwar

Posted: 15 Dec 2010 09:22 PM PST

anwar_sumpahLaporan oleh YB Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan YB Sivarasa Rasiah (Ahli Parliamen Subang) sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengenai Usul yang dirujukkan oleh Dewan pada 22.4.10 berhubung dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen bagi Permatang Pauh):

1. Laporan ini dibentangkan oleh kami kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ["Jawatankuasa"] selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat 83(12)(a) berhubung dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat berdasarkan penyertaan kami sebagai ahli-ahli Jawatankuasa pada empat (4) mesyuarat yang telah diadakan berhubung dengan perkara yang dirujukkan pada 17.5.10, 8.6.10, 9.6.10 dan 3.12.10, untuk dibentangkan kepada Majlis sebagai sebahagian daripada laporan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa kepada Majlis di bawah Peraturan-peraturan Mesyuarat 86(1).

2. Laporan dibentangkan bertentangan dengan siasatan oleh Jawatankuasa selaras dengan Usul untuk merujuk Dato Seri Anwar Ibrahim ["DSAI"], Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, kepada Jawatankuasa yang telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz ["Menteri Nazri"] kepada Majlis dan diluluskan oleh Majlis pada 22.4.2010 walaupun ahli-ahli pembangkang telah melangkah keluar daripada Majlis.

2.1. Usul telah ditimbulkan oleh Menteri Nazri bagi kenyataan berikut yang telah dibuat oleh DSAI dalam Dewan Rakyat pada 17.3.2010.

"1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib 1Malaysia"

2.2. Kenyataan, apabila dibaca dari segi konteks, menunjukkan bahawa APCO Worldwide ["APCO"] telah memberi nasihat kepada Perdana Menteri berhubung dengan konsep 1Malaysia beliau.

3. Tujuan laporan ini adalah untuk membuka mata ahli-ahli Majlis mengenai persendaan terhadap keadilan yang telah dilakukan terhadap DSAI dengan menolak hak beliau untuk:-

3.1. mempunyai peguam undang-undang bagi mewakili beliau dalam pembelaannya;

3.2. mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksaan balas; dan

3.3. memanggil saksi-saksi dan mengemukakan pembelaan beliau sendiri; dan

3.4. juga untuk menunjukkan pandangan kami berhubung dengan implikasi apabila didapati bahawa DSAI adalah bersalah atas pelanggaran hak dan kebebasan dalam keadaan-keadaan kes ini.

4. Ia akan menjadi jelas daripada laporan berikut bahawa terdapat penafian yang melampau dan secara terang-terangan terhadap DSAI berhubung dengan hak kepada satu perbicaraan yang adil di hadapan Jawatankuasa oleh Speaker Dewan Rakyat (dalam keupayaan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa) ["Speaker"] dan ahli-ahli Jawatankuasa yang bekerjasama rapat dengan pemerintah Barisan Nasional, dan yang secara kolektif membentuk majoriti dalam Jawatankuasa. Untuk rekod, ahli-ahli Jawatankuasa adalah:-

4.1. Speaker Dewan

4.2. YB Beluran - Barisan Nasional ( yang juga merupakan Timbalan Speaker)

4.3. YB Muar - Barisan Nasional

4.4. YB Alor Gajah - Barisan Nasional

4.5. YB Batang Sadong - Barisan Nasional

4.6. YB Subang – Pakatan Rakyat

4.7. YB Bukit Gelugor – Pakatan Rakyat

5. Ini adalah rayuan kepada ahli-ahli Majlis untuk mengenepikan kesetiaan parti dan untuk mencetuskan objektif dalam meluluskan penghakiman ke atas ahli rakan Dewan Rakyat. Sebagai ahli-ahli majlis pada ogos ini, kami sepatutnya sentiasa bertindak selaras dengan prinsip keadilan asasi dan keadilan prosedur.

6.Kami juga mesti sedar bahawa prosiding ini akan menimbulkan ancaman yang teruk dan tidak pernah berlaku sebelum ini kepada hak untuk kebebasan bersuara dalam Dewan Rakyat. Sekiranya kenyataan dibuat oleh DSAI dianggap sebagai pelanggaran hak dan kebebasan, maka kami akan melakukan membuat kerosakan yang melampau dan kekal kepada hak asasi dalam kebebasan bersuara yang dinikmati oleh ahli-ahli Parlimen dan tanpanya yang mana Parlimen tidak akan dapat berfungsi secara bermakna. Ia akan menimbulkan kesan yang kekal ke atas imej awam Parlimen Malaysia di sini dan di seluruh dunia. Kami akan menyatakan dengan lebih ketara lagi mengenai perkara ini apabila kami membincangkan merit-merit berhubung dengan usul selanjutnya.

Kronologi Fakta

7. Peristiwa-peristiwa material dinyatakan secara ringkas di bawah. Keterangan mengenai apa yang telah berlaku dalam mesyuarat Jawatankuasa adalah tidak menyeluruh, dan bagi penerangan sepenuhnya, rujukan akan dibuat kepada minit-minit.

17.3.2010

DSAI membuat kenyataan dalam Dewan Rakyat berhubung dengan perkaitan di antara APCO, Kerajaan Malaysia dan konsep 1Malaysia

Rujuk Hansard 17.3.2010

22.3.2010

YB Kota Belud mendakwa bahawa DSAI telah mengelirukan Dewan Rakyat yang bercanggah dengan Peraturan 36(12) Peraturan-peraturan Mesyuarat.

Menteri Nazri bercakap bagi pihak kerajaan mencadangkan agar DSAI diberi tempoh 1 minggu untuk menjelaskan maksud beliau dan untuk membetulkan sebarang kesilapan dakwaan dari segi fakta.

Rujuk Hansard 22.3.2010

30.3.2010

DSAI menyediakan penjelasan terperinci kepada Dewan Rakyat dengan mengemukakan asas berhubung dengan kenyataan beliau yang menentang perkaitan di antara APCO, Kerajaan Malaysia dan konsep 1Malaysia, serta juga perkaitan di antara APCO dan kerajaan Israel.

Beliau selanjutnnya telah mencabar Perdana Menteri Najib ("PM") untuk menafikan mengikut kategori bahawa mana-mana individu yang mempunyai hubung kait dengan APCO atau firma-firma bersekutunya telah terlibat dalam mewujudkan konsep 1Malaysia. Tiada jawapan telah diberikan oleh PM.

No: 1 Petikan Hansard 30.3.2010

22.4.2010

Menteri Nazri berucap bagi pihak Kerajaan menimbulkan usul untuk merujuk DSAI kepada Jawatankuasa kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila membuat kenyataan berikut:-

"1999 Satu Israel. 2009 APCO memberi nasihat mengenai konsep 1Malaysia Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib".

Usul selanjutnnya mencadangkan agar Jawatankuasa mengesyorkan hukuman sewajarnya terhadap DSAI, untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam perkara ini ["Usul Kerajaan"].

Atas penjelasan yang telah dipohon oleh ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain mengenai sama ada Usul Kerajaan yang mengandaikan bahawa DSAI adalah bersalah kerana mengelirukan Dewan Rakyat, Speaker (pada muka surat 5 dan 11) menyatakan bahawa prosedur berikut akan diikuti berhubung dengan rujukan kepada Jawatankuasa:

a) Usul Kerajaan pertamanya hendaklah didebatkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat;

b) Sekiranya usul tersebut diluluskan, Jawatankuasa kemudiannya akan menyiasat perkara tersebut dengan memanggil semua saksi yang berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat pada semua dokumen berkenaan;

c) Jawatankuasa akan membuat keputusan dan pengesyoran mereka kepada Dewan Rakyat

d) Dewan Rakyat kemudiannya akan membuat perdebatan mengenai sama ada pengesyotan tersebut boleh diterima.

No: 2 Petikan Hansard 22.4.2010

17.5.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pertama

Ia telah dipersetujui oleh ahli-ahli Jawatankuasa bahawa semua saksi berkenaan akan dipanggil. DSAI tidak dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Pertama tersebut dan oleh yang demikian beliau tidak menghadirkan diri.

No: 3 (Agenda bagi Mesyuarat PRPC)

7.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengesahkan (sebagai balasan kepada surat bertarikh 25.5.10 daripada Setiausaha Jawatankuasa) bahawa beliau akan hadir dan memberikan keterangan dalam perbicaraan Jawatankuasa pada 8.6.2010. Beliau juga meminta untuk diwakili oleh peguam, perbicaraan disiarkan kepada umum, untuk dibenarkan mengemukakan senarai saksi-saksi beliau dan meminta bagi senarai saksi-saksi yang akan di panggil oleh Jawatankuasa.

No: 4 (surat DSAI bertarikh 7.6.2010)

8.6.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kedua

Jawatankuasa menimbangkan permohonan oleh YB Puchong dan ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain untuk hadir semasa prosiding Jawatankuasa. Permintaan telah ditolak melalui undi 4:2 (empat ahli Barisan Nasional ("BN" ) iaitu YB Alor Gajah, YB Batang Sadong, YB Beluran (Timbalan Speaker) dan YB Muar mengundi untuk menolak; kami, dua ahli Pakatan Rakyat mengundi untuk memberikan kebenaran untuk hadir).

Kami menyokong permohonan atas dasar bahawa ia adalah amalan sedia ada menurut autoriti Amalan di Parlimen Erskine May ("Erskine May "Parliamentary Practice") (lihat muka surat 755, Edisi ke 23, Lexis-Nexis Butterworths) untuk berhak hadir pada prosiding-prosiding Jawatankuasa yang mana orang awam tidak dibenarkan melainkan kehadiran mereka menghalang urusan jawatankuasa. Kami tidak mendapati sebarang alasan bagi halangan tersebut akan berlaku.

DSAI kemudiannya dipanggil dan membuat permohonan untuk diwakili oleh peguam. Permohonan itu ditolak atas dasar undi yang sama seperti mana di atas yang menafikan permintaan bagi representasi mengikut undang-undang. Empat ahli BN mengundi untuk menolak representasi oleh peguam; kami pula mengundi memihak kepadanya. Walau bagaimanapun DSAI dimaklumkan oleh Speaker bahawa peguam beliau dibenarkan hadir bagi memberi nasihat.

No 5 – Erskine May muka surat 755

8.6.2010

Kami kemudiannya dimaklumkan pada hari tersebut bahawa Jawatankuasa berhasrat untuk memulakan prosiding pada 9.6.2010 dengan memeriksa Menteri Nazri dan wakil daripada APCO.

8.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengesahkan bahawa Jawatankuasa telah bersetuju untuk membenarkan peguan DSAI hadir bagi menasihati beliau. Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa akan teruskan prosiding memulakannya tanpa kehadiran beliau pada hari berikutnya, iaitu pada hari Rabu 9.6.10 untuk mendengar keterangan saksi-saksi dan meminta agar beliau dibenarkan hadir dalam prosiding pada 9.6.2010 bersama peguam beliau untuk tujuan mempunyai akses kepada keterangan diberikan oleh saksi-saksi tersebut dan hak untuk memeriksa balas mereka.

No: 6

(surat DSAI bertarikh 8.6.2010)

9.6.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Ketiga

Ia telah dinyatakan dalam agenda bagi mesyuarat jawatankuasa ketiga bahawa Menteri Nazri dan Brad Staples, Ketua Eksekutif APCO bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika ["CEO APCO"] akan dipanggil untuk memberikan keterangan mereka dihadapan Jawatankuasa.

Walaupun tidak dimaklumkan secara rasmi mesyuarat tersebut, DSAI bersama dengan peguamnya, Dato Ambiga Sreenevasan, telah menghadiri mesyuarat tersebut. DSAI kemudiannya terus memperbaharui permohonan beliau untuk diwakili peguam. Permohonan peguam beliau untuk bercakap bagi pihak beliau dan mengemukakan kepada Jawatakuasa, hanya atas isu ini telah dinafikan oleh Speaker.

Kebenaran untuk membenarkan DSAI untuk diwakili oleh peguam sekali lagi telah ditolak selepas undi yang sama seperti sebelumnya - 4:2 menentang.

Walau bagaimanapun, Speaker bersetuju untuk membenarkan DSAI sendiri hadir apabila keterangan saksi diberikan di hadapan Jawatankuasa dan selanjutnnya memeriksa balas saksi-saksi. DSAI kemudiannya meninggalkan mesyuarat tersebut.

Selepas beberapa pertengkaran yang panas pada mesyuarat tersebut, mesyuarat kemudiannya ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Speaker.

No: 7 (Agenda bagi Mesyuarat Jawatankuasa)

9.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengemukakan senarai saksi-saksi yang beliau kehendaki untuk panggil bagi memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat 83(9).

No: 8 (surat DSAI bertarikh 9.6.2010)

20.8.2010

CEO APCO menghantar surat bertarikh 19.8.10 kepada Speaker mengatakan antara lainnya bahawa:-

a) beliau telah datang dari Brussel ke Kuala Lumpur untuk memberi keterangan di hadapan PRPC pada Jun 2010 tetapi beliau telah dinafikan peluang untuk berbuat demikian;

b) APCO menyediakan sokongan komunikasi kepada Kerajaan Malaysia; dan

c) APCO tidak terlibat dalam pembentukan 1Malaysia atau 1Israel.

Atas alasan-alasan yang tidak diketahui, surat ini tidak dibawa untuk perhatian segera Jawatankuasa tetapi hanya dikemukakan di hadapan Jawatankuasa pada mesyuarat (keempat) berikutnya yang diadakan pada 3.12.10 ditetapkan melalui notis yang bertarikh 30.11.10.

No: 9 (surat DSAI bertarikh 19.8.2010)

3.12.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Keempat

Notis telah diberikan kepada kami melalui surat bertarikh 30 November 2010 yang tidak membayangkan sebarang agenda khusus bagi mesyuarat. DSAI tidak dimaklumkan berhubung dengan mesyuarat tersebut dan oleh yang demikian beliau tidak menghadirkan diri.

Agenda menunjukkan pada pagi semasa mesyuarat tersebut hanya perbincangan yang telah diadakan "Perbincangan mesyuarat Jawatankuasa ..."

Surat tersebut di atas oleh CEO APCO yang bertarikh 19.10.2010 yang dialamatkan kepada Speaker telah ditunjukkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa.

YB Muar mencadangkan agar Jawatankuasa membuat keputusan mengenai perkara berdasarkan surat daripada CEO APCO dan jawapan oleh Menteri Koh Tsu Koon dan Menteri Nazri yang bertarikh 22.10.09, 18.3.10 dan 29.3.10 bagi pihak Jabatan Perdana Menteri kepada 3 soalan oleh ahli Majlis ("jawapan Jabatan PM") tanpa mendengar sebarang keterangan daripada mana-mana saksi yang dicadangkan sebagaimana diputuskan sebelum ini. Beliau berpendapat bahawa dokumen-dokumen ini adalah mencukupi bagi Jawatankuasa untuk membuat keputusan.

Speaker juga menimbulkan perkara tersebut berhubung dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 82 dan khususnya 82(11) .

Kami membantah atas dasar, antara lainnya, bahawa Speaker telah memberikan jaminan dalam Dewan Rakyat bahawa Jawatankuasa akan ,menyiasat perkara ini dengan memanggil semua saksi berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat kepada semua dokumen berkenaan, Jawatankuasa juga telah menimbangkan perkara tersebut dan membuat keputusan untuk memanggil saksi-saksi termasuk DSAI. Fakta semata-mata berhubung dengan surat oleh APCO tidak boleh digunakan sebagai asas bagi mengubah semua yang tersebut dan melanggar peraturan asasi berhubung dengan keadilan dan keadilan asasi. Nota-nota prosiding Jawatankuasa akan menunjukkan pertikaian yang dibuat oleh beberapa ahli.

Usul YB Muar telah diletakkan untuk diundi dan diluluskan oleh undi 4:2 yang serupa seperti sebelum ini.

Kami memaklumkan Speaker bahawa kami tidak lagi dapat mengaitkan diri kami selanjutnya dengan prosiding memandangkan pelanggaran yang melampau ke atas ketidakadilan prosedur dan ketidakadilan yang melampau telah dilemparkan ke atas DSAI dengan menafikan beliau akan hak asas beliau untuk didengar. Kami kemudiannya menarik diri daripada prosiding pada masa tersebut.

Ketidakadilan Prosedur

8. Daripada kronologi di atas, ia adalah bukti bahawa Jawatankuasa telah menafikan DSAI akan hak beliau untuk:-

8.1. mempunyai peguam undang-undang untuk hadir bagi membantu beliau dalam pembelaannya;

8.2. mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksaan balas; dan

8.3. memanggil saksi-saksi dan untuk mengemukakan pembelaan beliau.

8.4. Mendengar keterangan beliau secara persendirian mengenai fakta-fakta dan isu-isu yang ditimbulkan oleh beliau

Hak kepada peguam undang-undang

9. DSAI telah membuat permohonan kepada Jawatankuasa untuk diwakili oleh peguam undang-undang yang hadir untuk membantu beliau dalam pembelaan beliau semasa prosidingnya.

10. Permohonan DSAI adalah wajar memandangkan fakta bahawa Usul Kerajaan adalah usul bahawa DSAI telah bertindak dalam menghina Dewan Rakyat atas kenyataan yang dikatakan mengelirukan Dewan Rakyat.

10.1. Ia adalah penting bahawa sekiranya didapati bersalah, hukuman yang mungkin dikenakan ke atas DSAI termasuk hukuman penjara sehingga 60 hari[1]

10.2. Fakta bahawa Usul Kerajaan mungkin mengenakan sanksi sedemikian ke atas DSAI dalam perlaksanaan beliau dalam peranan Ahli Parlimen dan sebagai Ketua Pembangkang sendiri secara jelas menunjukkan keperluan untuk memberikan kepada DSAI, peluang sepenuhnya unutk mempertahankan diri beliau.

11. Adalah penting untuk diperhatikan bahawa Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat secara khusus memperuntukkan agar DSAI boleh diwakili oleh peguam undang-undang dalam prosiding di hadapan PRPC, dengan syarat bahawa kebenaran tersebut adalah yang pertama diberikan oleh Jawatankuasa.

11.1. Peraturan 83(7A) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan bahawa mana-mana pihak yang menjalankan siasatan dalam bentuk subjek melalui Jawatankuasa Terpilih boleh diwakili oleh peguam, sekiranya kebenaran diberikan oleh Jawatankuasa Terpilih.

12. Menolak hak DSAI untuk diwakili oleh peguam undang-undang dengan demikian mempersendakan peruntukan ini. Sekiranya budi bicara untuk membenarkan representasi undang-undang tidak akan dilaksanakan dalam keadaan-keadaan kes penting ini yang melibatkan Ketua Pembangkang sedikit sebanyak dan dengan implikasi teruk sedemikian bagi kebebasan bersuara di Parlimen, bilakah sebenarnya ia akan dilaksanakan?

13. Ia jelasnyata pada 9.6.10, apabila Speaker menolak untuk membenarkan peguam undang-undang DSAI, Dato Ambiga Sreenevasan, yang telah hadir pada prosiding tersebut, untuk mengemukakan kepada Jawatankuasa mengenai kepentingan dalam membenarkan DSAI hak untuk diwakili pada prosiding tersebut, sebelum undi dibuang.

14. Memandangkan pertuduhan pengataan yang ditujukan terhadap DSAI kerana menghina mungkin akan menarik sanksi-sanksi penal, pertuduhan tersebut dianggap seolah-olah seperti kesalahan jenayah dalam Mahkamah Undang-undang. Oleh yang demikian, DSAI sepatutnya diberikan hak dan peluang sepenuhnya untuk mempertahankan diri beliau terhadap kesalahan tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam kesalahan jenayah. Ini adalah hak asas yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan serta juga Konvensyen Antarabangsa.

14.1. Artikel 5(1) dan 5(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah akan diberi kebenaran untuk meminta nasihat dan untuk dipertahankan oleh pengamal undang-undang mengikut pilihan beliau.

14.2. Artikel 14(3) International Covenant on Civil and Political Rights menyatakan bahawa mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah adalah berhak kepada jaminan minimum ("minimal guarantee"), antara lainnya, mempunyai kemudahan bagi penyediaan pembelaan beliau dan untuk berkomunikasi dengan peguam yang telah beliau pilih.

Lihat: Lampiran 12 International Covenant on Civil and Political Rights

15. Pada hakikatnya, dalam kebanyakan Parlimen moden dengan sistem yang bermakna yang mengamalkan demokrasi berparlimen, hak untuk diwakili oleh peguam undang-undang apabila hadir di hadapan Jawatankuasa Terpilih adalah dijamin.

15.1. Sebagai contoh, dalam Parlimen New Zealand, mana-mana orang yang memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Terpilih adalah berhak untuk meminta nasihat peguam undang-undang di sepanjang prosiding tersebut. Selanjutnya, peguam undang-undang mereka malahan adalah berhak untuk menghujah dan menimbulkan bantahan bagi pihak mereka, dengan kebenaran Jawatankuasa Terpilih.

15.2. Di sini, DSAI bukan sahaja hadir sebagai saksi semata-mata, beliau sebenarnya pesalah yang tindakannya dikatakan sebagai perkara subjek dalam siasatan ini.

Lihat: Lampiran 13 Keadilan Asasi di hadapan Jawatankuasa Terpilih Parlimen New Zealand

16. Kami berpendapat bahawa tidak ada alasan yang munasabah sama sekali telah diberikan oleh Speaker atau mana-mana ahli Jawatankuasa yang mengundi untuk menolak kebenaran tersebut.

17. Kami menerima bahawa Jawatankuasa pada 8.6.10 telah memutuskan untuk membenarkan DSAI, dengan hak terbatas beliau untuk mempunyai peguam beliau hadir dan memberi nasihat kepada beliau di mana perlu. Walau bagaimanapun, hak tersebut bukan merupakan hak yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 83(7A).

18. Walau apapun, penafian serius hak DSAI untuk mempunyai peguam undang-undang telah dianggap sebagai (situasi yang berbentuk) akademik apabila Jawatankuasa pada 3.12.10 mengambil keputusan yang lebih drakonian dalam menafikan beliau akan hak untuk hadir secara sendiri, mengemukakan bukti dan memanggil saksi-saksi bagi mempertahankan diri beliau.

Hak untuk mendengar dan menguji bukti

19. DSAI juga telah dinafkan akan hak beliau untuk mendengar bukti terhadap beliau serta juga untuk menguji bukti sedemikian.

19.1. Keadaan ini berlaku walaupun beliau telah menerima jaminan daripada Speaker semasa prosiding dalam Majlis pada 22.4.10 dan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kedua dan Ketiga pada 8.6.2010 dan 9.6.10 bahawa beliau akan dibenarkan untuk mendengar semua keterangan saksi yang diberikan di hadapan Jawatankuasa dan peluang untuk bertanyakan soalan kepada saksi-saksi.

20. Satu-satunya "bukti" yang tersedia terhadap DSAI pada masa kami menarik diri daripada prosiding tersebut terdiri daripada:-

20.1. 3 jawapan Jabatan PM yang dibuat oleh Menteri Koh dan Menteri Nazri; dan

20.2. surat yang bertarikh 19.8.2010 daripada CEO APCO.

Lihat Lampiran 14 – 3 jawapan Jabatan PM oleh Menteri Koh dan Menteri Nazri bertarikh 22.10.09, 18.3.10 dan 29.3.10.

21. Adalah amat tidak boleh dipercayai bahawa majoriti daripada Jawatankuasa secara keseluruhannya, berpuashati dalam mengandungi menerima kebenaran dan ketepatan akan semua pengataan yang dibuat oleh CEO APCO tanpa keperluan untuk mendengar daripada beliau secara peribadi atau mengajukan mana-mana soalan selanjutnya kepada beliau.

21.1. Dalam hubungan ini, ia hendaklah diperhatikan bahawa pengataan yang dibuat oleh CEO APCO bukan merupakan kenyataan yang dibuat di bawah kenyataan bersumpah dan oleh mana-mana pandangan munasabah, secara jelas mungkin dianggap sebagai kenyataan yang mementingkan diri sendiri apabila mengambil kira realiti kontrak mereka dengan Kerajaan dan jumlah besar yang telah mereka bayar.

21.2. Jawatankuasa mempunyai kuasa penuh di bawah Seksyen 18 Akta Dewan-Dewan Parliamen (Hak & Kebebasan) 1952 yang dikehendaki saksi-saksi memberi keterangan secara bersumpah. (Lihat Lampiran 15)

21.3. Ia juga hendaklah diperhatikan bahawa sebagai ahli-ahli Jawatankuasa sendiri, kami, walaupun mempunyai soalan untuk ditujukan kepada beliau, peluang kami telah dinafikan untuk berbuat demikian.

21.4. Kami juga memerhatikan bahawa APCO pada sekurang-kurangnya dalam 2 keadaan tertentu, telah membuat kenyataan palsu yang boleh ditunjukkan seperti di bawah:

21.4.1 Pertama, pada 30.3.10, apabila Bernama menyiarkan kenyataan mereka menafikan bahawa mereka bekerja dengan kerajaan Israel. Ini telah didedahkan sebagai kenyataan palsu dalam artikel Straits Times yang bertarikh 31.3.10 di mana ia telah mendedahkan bahawa berdasarkan rekod-rekod Jabatan Keadilan AS ("US Justice Department"), mereka telah melakukan kerja untuk kerajaan Israel pada 1992.

Lihat Lampiran No: 16 artikel Bernama yang bertarikh 30.3.10 dan Straits Times yang bertarikh 31.3.10

21.4.2 Kenyataan palsu kedua terkandung dalam surat APCO yang bertarikh 19.8.10 di mana penulis CEO Brad Staples yang sepatutnya hadir sebagai saksi membuat kenyataan palsu dalam perenggan kedua "... Saya tidak dibenarkan untuk memberi keterangan". Ini sama sekali adalah palsu. Beliau mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa prosiding bagi hari tersebut telah ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan. Beliau sepatutnya telah dipanggil untuk memberi keterangan pada tarikh tersebut. Tidak ada soalan yang ditimbulkan Jawatankuasa dan Jawatankuasa menolak untuk mendengar keterangan beliau walaupun ia ditimbulkan.

21.5 Berdasarkan dua kenyataan palsu boleh ditunjukkan ini yang dibuat oleh APCO, kredibiliti surat secara jelas boleh dipersoalkan. Ia adalah tidak munasabah untuk hanya menerima pengataan kosong yang dibuat bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembentukan 1 Malaysia. Ia akan menjadi jelas kepada mana-mana orang/orang-orang yang munasabah bahawa kenyataan APCO adalah untuk kepentingan diri sendiri dan mungkin dengan mudah diperolehi atas permintaan Kerajaan.

21.6 Berhubung dengan jawapan bagi pihak Jabatan PM oleh Menteri Koh dan Nazri, kami memerhatikan bahawa tidak ada seorangpun daripada mereka, dan tidak di mana-mana sekalipun secara jelas menyatakan bahawa APCO tidak terlibat dalam penubuhan konsep 1 Malaysia walau dalam apa cara sekalipun. Ini adalah seiring dengan dengan sikap membisu PM untuk mencabar isu yang dikeluarkan oleh DSAI, yang dari segi kategorinya menafikan bahawa mana-mana individu yang mempunyai hubung kait dengan APCO atau firma-firma bersekutunya telah terlibat dalam mewujudkan konsep 1Malaysia. Tidak ada jawapan telah dibuat sehingga kini sepanjang pengetahuan kami yang dikeluarkan oleh PM.

21.7 Tidak terdapat juga penafian khusus dalam jawapan Menteri Nazri kepada andaian YB Tanah Merah dalam soalan beliau bahawa APCO telah dibayar oleh Perdana Menteri untuk melancarkan konsep 1 Malaysia. Jawapan Menteri Nazri kelihatan cuba untuk menumpukan kepada "promosi" dan mengelakkan sebarang rujukan kepada "pelancaran" dalam soalan.

21.8 Jawapan mereka turut mengulangi bahawa tidak ada syarikat komunikasi sama ada syarikat tempatan atau asing telah dilantik untuk mempromosikan secara khusus konsep 1Malaysia tetapi mendakwa pada masa yang sama bahawa APCO telah dilantik untuk melaksanakan "perkhidmatan komunikasi komprehensif". Ia mungkin menjadi soalan yang jelas mengenai bagaimana untuk mengasingkan promosi konsep 1Malaysia daripada menyediakan perkhidmatan komunikasi komprehensif. Ia juga jelas daripada jawapan mereka bahawa APCO adalah satu-satunya syarikat (sama ada syarikat tempatan atau asing) yang memainkan peranan utama dalam mengendalikan komunikasi komprehensif atau keseluruhan bagi Kerajaan. Kami juga memerhatikan bahawa kedua-dua Menteri juga mengelak daripada menjawab bahagian soalan-soalan yang bertanyakan tentang berapa banyak kos bagi perkhidmatan tersebut walaupun selepas itu dalam Majlis, Nazri sendiri telah mengesahkan bahawa kos perkhidmatan APCO berada pada sekitar RM 76 juta.

21.9 Dengan menafikan DSAI akan hak beliau untuk memeriksa balas semua individu ini, Jawatankuasa telah 'mencacatkan' dengan teruk keupayaan DSAI untuk mempertahankan diri beliau. DSAI tidak akan dapat mengemukakan sebarang soalan kepada mereka bagi menguji ketepatan kenyataan mereka. Ini adalah pelanggaran secara terang-terangan akan peraturan keadilan asasi dan secara jelas merupakan sesuatu yang tidak adil kepada beliau.

Hak untuk memanggil saksi-saksi dan hak untuk didengar

22. Ia juga penting bahawa DSAI telah dinafikan akan hak beliau untuk memanggil saksi-saksi beliau sendiri dalam perkara ini dan hak beliau sendiri untuk didengar.

23. Ini secara jelasa tidak konsisten dengan:-

23.1. representasi dibuat oleh Speaker kepada Dewan Rakyat pada 22.4.2010 di mana beliau telah memberi kepastian kepada majlis bahawa Jawatankuasa akan menyiasat perkara dengan memanggil semua saksi berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat pada semua dokumen berkenaan, dan

Lihat: Lampiran No: 1 Hansard 22.4.2010, muka surat 5 dan 11

23.2. keputusan oleh Jawatankuasa pada Mesyuarat Pertama pada 17.5.2010 bahawa semua saksi berkenaan akan dipanggil.

24. Berhubung dengan hak untuk memanggil saksi-saksi, ia adalah penting bahawa Peraturan 83(9) Peraturan-peraturan Mesyuarat secara nyata membenarkan DSAI untuk memanggil saksi-saksi tersebut.

24.1. Dalam pematuhan dengan prosedur yang dinyatakan di bawah Peraturan 83(9) Peraturan-peraturan Mesyuarat, DSAI telah menulis kepada Speaker pada 9.6.2010, iaitu memberikan notis saksi-saksi yang beliau berhasrat untuk panggil bagi memberikan keterangan di hadapan PRPC.

Lihat: Lampiran 7 Surat DSAI yang bertarikh 9.6.2010

24.2. Ia hendaklah diperhatikan bahawa Jawatankuasa tidak mempunyai budi bicara untuk menolak dalam mendengar keterangan saksi-saksi ini kecuali dan melainkan PRPC berpendapat bahawa saksi-saksi tersebut bersikap degil atau akan menyediakan keterangan yang tidak relevan (Peraturan 83(11) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat).

24.3. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa tidak boleh mengambil pendirian bahawa saksi-saksi DSAI bersikap degil atau keterangan mereka adalah tidak relevan memandangkan surat DSAI tidak pernah dikemukakan di hadapan Jawatankuasa dan senarai saksi tidak pernah dibincangkan oleh kami.

24.4. Sekurang-kurangnya, Speaker sepatutnya membawa surat DSAI yang melampirkan senarai saksi untuk perhatian Jawatankuasa bagi perbincangan kolektif dalam menentukan sifat keterangan yang akan diberikan oleh individu-individu ini dan yang berkaitanya kepada prosiding yang ada.

24.5. Di bawah Artikel 14(3) International Covenant on Civil and Political Rights, jaminan minimum yang lain hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah untuk memeriksa, atau telah memeriksa, saksi-saksi terhadap beliau dan untuk mendapatkan kehadiran dan pemeriksaan saksi-saksi tersebut bagi pihak beliau di bawah syarat-syarat yang sama seperti saksi-saksi terhadap beliau.

Lihat: Lampiran 14 International Covenant on Civil and Political Rights

24.6. Kebergantungan oleh Speaker dan Jawatankuasa ke atas Peraturan-peraturan Mesyuarat 82(11) bahawa Jawatankuasa mempunyai budi bicara untuk menolak mendengar sebarang keterangan yang tidak relevan adalah taksiran salah. Sekurang-kurangnya DSAI sepatutnya didengar secara peribadi mengenai apakah bukti yang beliau perlukan daripada saksi-saksi tersebut dan mengapa Jawatankuasa kemudiannya boleh memutuskan sama ada keterangan tersebut adalah relevan di hadapan Jawatankuasa yang dari segi undang-undang boleh menolak untuk memanggil mereka.

25. Penolakan oleh majoriti daripada Jawatankuasa untuk memanggil saksi-saksi yang diperlukan oleh DSAI, atau malahan untuk menimbangkan kesesuaian mereka untuk memberikan keterangan, adalah pelanggaran yang jelas ke atas Peraturan-peraturan Mesyuarat. Kegagalan selanjutnya untuk melayan saksi-saksi DSAI dalam cara yang sama sebagaimana saksi-saksi yang lain, yang mana keterangan mereka telah diambil kira sebagai secara jelas bersifat tidak jujur di pihak majoriti Jawatankuasa.

26. DSAI telah mengatakan dalam ucapan beliau dalam Majlis bahawa perhubungan di antara orang-orang penting dalam APCO, firma-firma bersekutunya dan penasihat-penasihat dan orang-orang yang terlibat dalam program 1 Malaysia di pejabat Perdana Menteri Najib telah bermula dengan bagus sebelum kontrak ditandatangani pada Ogos 2009 di antara APCO dan Kerajaan. Beliau telah memberi keterangan mengikut keadaan dalam ucapan beliau di Parlimen dengan menyatakan, antara lainnya, bahawa laporan media yang boleh dipercayai mengatakan bahawa APCO telah membantu Najib menyusun strategi 100 hari beliau termasuk pesanan 1 Malaysia dan inisiatif-inisiatif beliau yang lain. Ia serupa dengan yang dilaporkan bahawa APCO telahpun mempunyai pegawainya yang diletakkan di pejabat Najib sejak hari-hari awal pentadbiran (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 34. Pada pandangan kami, dengan mengikut mana-mana standard munasabah, ini adalah lebih daripada asas yang mencukupi bagi mengatakan bahawa APCO sebenarnya terlibat dalam pesanan 1 Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi melalui fakta bahawa Kerajaan secara rasmi telah mengupah APCO dari Ogos 2009 dengan tugasan "komunikasi komprehensif" bagi "rangkaian meluas inisiatif pemulihan" (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 33)(Lihat Lampiran 1). Ia sekarang telah diketahui umum bahawa Kerajaan sendiri telahpun membayar sehingga RM 76 juta bagi perkhidmatan APCO tersebut.

27. Dari segi perhubungan APCO dengan Kerajaan Israel, DSAI dalam Majlis, telah mengemukakan perkara-perkara khusus berhubung dengan perhubungan secara kontrak di antara APCO dan Israel dan juga memberikan butir-butir mengenai hubung kait rapat di antara orang-orang penting dalam APCO dan tokoh-tokoh kanan dalam penubuhan perisikan dan pertahanan Israel. Beliau juga menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan firma seperti APCO mengambil kira reputasinya bagi memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan seperti bekas diktator Nigeria, Sani Abacha, Presiden sepanjang hayat Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev antara lainnya. Menimbulkan isu-isu ini secara jelas adalah dalam peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Pemimpin Pembangkang yang mengambil kira bahawa Malaysia, dari segi sejarah merupakan pengkritik hebat Israel khususnya atas layanan mereka terhadap penduduk-penduduk Palestin. Tujuan beliau dalam menimbulkan isu ini adalah untuk memastikan agar Kerajaan mengambil langkah berhati-hati berhubung dengan perhubungan Kerajaan dengan APCO mengambil kira situasi APCO sebelum ini yang telahpun terbukti.

28. Ia mungkin akan menjadi jelas kepada mana-mana tribunal munasabah yang menyiasat kebenaran pengataan DSAI bahawa APCO memberi nasihat mengenai 1Malaysia yang ia merupakan perkara asasi kepada siasatan sedemikian untuk membenarkan saksi-saksi yang berkenaan kepada fakta-fakta sebagaimana dikatakan oleh DSAI untuk dipanggil dan diperiksa secara bersumpah. Malahan, Jawatankuasa mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.

29. Hanya selepas memeriksa saksi-saksi tersebut, Jawatankuasa secara munasabah dapat merumuskan satu pendapat mengenai sama ada terdapat fakta-fakta mencukupi yang telah dibuktikan atau sebaliknya untuk menunjukkan asas bagi pengataan DSAI bahawa APCO memberi nasihat mengenai 1Malaysia. Begitu juga, hanya selepas itu ia boleh memutuskan sama ada penafian kosong APCO dalam suratnya yang bertarikh 18.8.10 bahawa ia tidak terlibat dalam 1 Malaysia sebenarnya adalah penafian yang boleh dipercayai.

30. Ia adalah hak yang suci dilindungi di bawah Perlembangaan Persekutuan kami dan sebenarnya adalah salah satu daripada rukun suci ("hallowed tenets") daripada prinsip-prinsip keadilan asasi bahawa tidak ada orang yang boleh dijatuhkan hukuman tanpa haknya untuk didengar.

31. Prinsip ini adalah berdasarkan maxim latin Audi Alteram Partem – yang bermaksud paling ringkas – untuk mendengar di pihak satu lagi. Ia juga adalah prinsip undang-undang yang dipelihara dengan baik yang telahpun mempunyai akar umbinya sejak zaman purba Greek lagi. Seawal Abad Keenam Belas, hakim-hakim berbangsa Inggeris telah membuat rujukan nyata kepada maxim di atas. Ia telah diringkaskan dengan sebaiknya melalui ungkapan terkenal oleh Hakim Fortescue pada 1723 dalam Kes Dr Bentley bahawa semua pelajar undang-undang diajar apabila membaca mengenai undang-undang:

"… even God himself did not pass sentence upon Adam before he was called to make his defence"

Diterjemahkan sebagai:

"… malahan Tuhan sendiri tidak menjatuhkan hukuman ke atas Adam sebelum beliau dipanggil untuk memberikan pembelaannya"

32. Jawatankuasa hendaklah menyedari mengenai situasi duluan yang berbahaya yang ia telah putuskan dengan cuba untuk menjatuhkan hukuman ke atas DSAI tanpa memberikan beliau, hak dan peluang untuk didengar khususnya dari segi hak dan kebebasan fakta dan keadaan berhubung dengan pengataan yang dibuat terhadap beliau. Isu-isu dari segi fakta telah dipertikaikan secara 'panas'. Dalam situasi ini, mereka sepatutnya disiasat.

33. Penolakan oleh majoriti Jawatankuasa untuk membenarkan DSAI akan hak dan peluang untuk :-

33.1 mempunyai peguam undang-undang untuk hadir bagi dalam pembelaannya;

33.2 mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksan balas; dan

33.3 memanggil saksi-saksi dan untuk mengemukakan pembelaannya sendiri.

Memberi maksud kepada mala fides, dengan terang-terangan melanggari keadilan asasi dan akan menjadikan mana-mana keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa sama sekali tidak selamat dan arbitrari.

34. Sebagaimana dianalisis di atas, ia adalah tidak mungkin bagi mana-mana tribunal munasabah dan tidak berat sebelah untuk mendapati bahawa DSAI bersalah dalam mengelirukan majlis di bawah Peraturan 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atas dasar bahawa Usul Kerajaan adalah berdasarkan keterangan yang kurang memuaskan (sekiranya ia boleh dipanggil sebagai keterangan pada asalnya) dalam bentuk surat daripada APCO dan jawapan diberikan oleh Menteri Koh dan Nazri.

Implikasi teruk bagi kebebasan bersuara untuk Ahli-ahli Parlimen

35. Sebagaimana dinyatakan di atas, kami menarik diri daripada prosiding pada mesyuarat keempat Jawatankuasa selepas majoriti Jawatankuasa memutuskan untuk meneruskan dengan siasatan tanpa memanggil mana-mana saksi termasuk DSAI dalam pembelaan beliau. Hakikatnya mengikut hati nurani, kami tidak boleh mengaitkan selanjutnya dengan prosiding yang begitu cacat dan tidak adil dan sekarang ini telah dipercepatkan lagi untuk membuat tindakan sewenang-wenangnya ke atas hak-hak asas DSAI dengan sasaran utama adalah untuk mencapai keputusan bersalah dan pengesyoran bagi hukuman yang cepat. Majoriti Jawatankuasa bukan lagi merupakan penanya yang munasabah dan mempunyai objektif tetapi sekarang jelas bertindak secara fide untuk tujuan yang tersembunyi.

36. Kami tidak menganggapnya sebagai satu ilusi bahawa keputusan bersalah akan diberikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang selebihnya berhubung dengan usul yang dirujukkan oleh Majlis mengenai DSAI. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai pengetahuan mengenai hukuman yang majoriti Jawatankuasa telah syorkan.

37. Prosiding ini telah dimulakan disebabkan oleh DSAI membuat kenyataan tertentu dalam Majlis berhubung dengan perhubungan di antara APCO dan Kerajaan dan Kerajaan Israel. Apa yang kelihatan mengujakan adalah rujukan kepada APCO dalam memberi nasihat mengenai 1Malaysia yang sekarang dianggap sebagai "kesalahan melanggar" dalam perkara yang dirujukkan kepada Jawatankuasa oleh Majlis.

38. Sebagaimana dinyatakan di atas, DSAI telah mengatakan dalam ucapan beliau dalam Majlis bahawa perhubungan di antara orang-orang penting dalam APCO, firma-firma bersekutunya dan penasihat-penasihat dan orang-orang yang terlibat dalam program 1 Malaysia dalam pejabat Perdana Menteri Najib telah bermula lebih awal sebelum kontrak ditandatangani pada Ogos 2009 di antara APCO dan Kerajaan sendiri. Beliau telah membuat keterangan mengikut keadaan yang mencukupi dalam ucapan beliau di Parlimen dengan menyatakan, antara lainnya, bahawa laporan media yang boleh dipercayai mengatakan bahawa APCO telah membantu APCO telah membantu Najib menyusun strategi 100 hari beliau termasuk pesanan 1 Malaysia dan inisiatif-inisiatif beliau yang lain. Ia serupa dengan yang dilaporkan bahawa APCO telahpun mempunyai pegawainya yang diletakkan di pejabat Najib sejak hari-hari awal pentadbiran (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 34. Pada pandangan kami dengan mengikut mana-mana standard munasabah, ini adalah lebih daripada asas yang mencukupi bagi pengataan bahawa APCO sebenarnya terlibat dalam pesanan 1 Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi melalui fakta bahawa Kerajaan secara rasmi telah mengupah APCO dari Ogos 2009 dengan tugasan "komunikasi komprehensif" bagi "rangkaian meluas inisiatif pemulihan" (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 33). Ia sekarang telah diketahui umum bahawa Kerajaan telah membayar sehingga RM 76 juta bagi perkhidmatan APCO tersebut.

39. Dari segi perhubungan APCO dengan Kerajaan Israel, DSAI dalam Majlis telah mengemukakan perkara-perkara khusus berhubung dengan perhubungan secara kontrak di antara APCO dan Israel dan juga memberikan butir-butir mengenai hubung kait rapat di antara orang-orang penting dalam APCO dan tokoh-tokoh kanan dalam penubuhan perisikan dan pertahanan Israel. Beliau juga menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan firma seperti APCO dengan mengambil kira reputasinya yang telah memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan seperti bekas diktator Nigeria, Sani Abacha, Presiden sepanjang hayat Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev antara lainnya. Menimbulkan isu-isu ini secara jelas adalah dalam peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Pemimpin Pembangkang yang mengambil kira bahawa Malaysia, dari segi sejarah merupakan pengkritik hebat Israel khususnya atas layanan mereka terhadap penduduk-penduduk Palestin. Tujuan beliau dalam menimbulkan isu tersebut adalah untuk memastikan agar Kerajaan mengambil langkah berhati-hati berhubung dengan perhubungannya dengan APCO apabila mengambil kira situasi APCO sebelum ini yang telahpun terbukti dan memanggil bagi pembatalan kontrak dengan APCO. Beliau juga telah menimbulkan kebimbangan tentang pelanggaran serius atas keselamatan berhubung dengan sistem IT untuk pihak polis melibatkan ejen-ejen perisikan Israel.

40. Pada pandangan kami, pengataan oleh DSAI ini adalah sepenuhnya dalam skop dan kuasa beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang akan lakukan. Sebenarnya, beliau berkewajipan untuk berbuat demikian.

41. Perkara melanggar yang kelihatan akan dianggap sebagai perkara yang mengujakan di mana APCO memberi nasihat kepada Kerajaan mengenai 1 Malaysia secara jelas merupakan ulasan politik yang adil mengambil kira fakta-fakta mengikut keadaan yang telah beliau kemukakan sebagai sokongan sebagaimana dikemukakan di atas.

42. Dengan menggunakan Peraturan-peraturan Mesyuarat 36(12) berhubung dengan kesalahan "mengelirukan Parlimen" terhadap DSAI secara jelas merupakan pengeliruan yang lengkap dan penyalahgunaan yang ketara ke atas kaedah tersebut. Dengan menggunakan Peraturan-peraturan Mesyuarat 36(12) dalam konteks ini akan mengakibatkan ancaman serius kepada kebebasan bersuara ahli Majlis.

43. Kebebasan ini tidak boleh dipandang ringan. Ianya dilindungi oleh statut dalam bentuk Akta Majlis Parlimen (Hak dan Kebebasan dan Kuasa) 1952 (Disemak 1988, Akta 347)(Lihat Lampiran 15). Seksyen 3 dibaca seperti berikut:

Freedom of speech and debate.

There shall be freedom of speech and debate or proceedings in the House and such freedom of speech and debate or proceedings shall not be liable to be impeached or questioned in any court or tribunal out of the House.

Diterjemahkan sebagai:

Kebebasan bersuara dan berdebat.

Akan terdapat kebebasan bersuara dan berdebat atau prosiding dalam Majlis dan kebebasan bersuara dan debat atau prosiding sedemikian tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di luar Majlis

44. Imuniti bagi ahli-ahli akan apa-apa yang dikatakan atau dilakukan di hadapan Majlis adalah diperuntukkan dalam Seksyen 7 seperti berikut:

7. Immunity of members from civil or criminal proceedings for anything done or said before the House.

No member shall be liable to any civil or criminal proceedings, arrest, imprisonment, or damages by reason of any matter or thing which he may have brought by petition, bill, resolution, motion, or otherwise, or have said before the House or any committee.

Diterjemahkan seperti berikut:

7. Imuniti ahli-ahli daripada prosiding sivil atau jenayah bagi apa-apa yang dilakukan atau dikatakan di hadapan Majlis.

Tidak ada ahli yang bersalah atas mana-mana prosiding sivil atau jenayah, penahanan, hukuman penjara, atau kerosakan atas alas an mana-mana perkara atau keadaan yang beliau mungkin mulakan melalui petisyen, rang undang-undang, resolusi, usul, atau sebaliknya, atau telah dikatakan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa.

45. Ia juga diperuntukkan dalam seksyen 32 undang-undang yang sama bagi mengelakkan sebarang keraguan bahawa ahli-ahli Parlimen di Malaysia mempunyai hak dan kebebasan, imuniti dan kuasa yang sama sebagaimana dimiliki oleh ahli-ahli House of Commons di United Kingdom dengan itu memelihara semua hak dan kebebasan dan imuniti common law yang diberikan kepada ahli-ahli parlimen.

46. Ahli-ahli Majlis sepatutnya memahami sepenuhnya bahawa Kaedah 36(12) Peraturan-peraturan Mesyuarat bertindak untuk melarang ahli-ahli Parlimen daripada mengelirukan Majlis dan adalah terpakai kepada semua ahli Parlimen, melalui konvensyen, konvensyen yang ditubuhkan dalam Parlimen Komanwel yang serupa seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia adalah yang pada kebiasaannya digunakan terhadap Menteri Kabinet Kerajaan bagi memastikan agar mereka tidak mengelirukan Parlimen.

46.1 Ia adalah untuk memastikan agar Menteri Kabinet menunjukkan tahap keikhlasan dan kejujuran yang paling tinggi apabila mengemukakan jawapan mereka kepada pertanyaan tertentu dalam Parlimen dan adalah perkara utama kepada konvensyen perlembagaan "Tanggungjawab Menteri" kepada Parlimen.

46.2 Ciri asasi mengenai penggunaan kaedah adalah bahawa Menteri/ahli yang melanggar hendaklah secara mengetahui mengelirukan Majlis dengan menyatakan fakta-fakta yang beliau ketahui sebagai palsu. Ini dengan mudah boleh ditunjukkan oleh satu contoh disebut dalam Erskine May "Amalan Dalam Parlimen" (lihat muka surat 132)(Lihat Lampiran 17) yang berlaku dalam House of Commons pada 1963 di mana Lord Profumo, yang pada masa itu adalah Setiausaha Pertahanan, secara diketahui telah membuat kenyataan palsu dalam Majlis bahawa perhubungan beliau dengan pelacur kelas atasan, Christine Keeler tidak mengandungi kata-kata yang kurang sesuai. Soalan ditanya oleh beliau adalah relevan disebabkan oleh wanita yang sama yang telah dikenali mempunyai hubungan sulit dengan atase pelayaran daripada Kedutaan Soviet. Selepas itu ia telah didedahkan kepada umum bahawa beliau sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan Cik Keeler dan kemudiannya telah meletak jawatan sebagai Menteri. Majlis kemudiannya telah mendapati beliau bersalah atas penghinaan melampau dalam mengelirukan Majlis.

47. Peraturan tidak pernah dihasratkan untuk digunakan sebagai alat bagi menghukum mana-mana ahli Majlis bagi menyediakan tafsiran yang berbeza berhubung dengan fakta-fakta yang serupa atau menyatakan sesuatu dari sudut pandangan politik.

48. Ahli-ahli Kerajaan mungkin terkejut dengan kenyataan bahawa syarikat perhubungan awam dengan hubung kait diketahui dengan Israel jugalah yang memberi nasihat mengenai 1Malaysia. Itu adalah sebahagian daripada pertikaman lidah dalam debat di Parlimen dan hendaklah diiktiraf sedemikian rupa.

49. Kenyataan DSAI bukan sahaja merupakan ulasan politik yang adil tetapi juga telah disokong oleh pengataan-pengataan mengikut fakta. Malangnya beliau kemudiannya telah dihalang daripada mengemukakan dokumen dan keterangan oleh beliau sendiri dan melalui saksi-saksi bagi mewujudkan fakta-fakta tersebut.

50. Pendirian Kerajaan dalam memilih untuk membesar-besarkan kesan yang timbul daripada ulasan tersebut, dan selanjutnya melancarkan satu usul bagi penghinaan berbelakangkan ulasan sedemikian, boleh dilihat sebagai apa yang sebenarnya adalah – satu percubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dalam Dewan Rakyat.

51. Sekiranya kami memilih untuk menutup mata sekarang dan membenarkan penggunaan berterusan ke atas Peraturan-peraturan Mesyuarat 36(12) terhadap DSAI, ia mungkin membentuk keadaan duluan yang berbahaya yang mungkin bertindak untuk mengurangkan keupayaan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menjalankan secara berkesan peranan perlembagaan mereka sebagai pemeriksaan terhadap Kerajaan. Bagi sistem sekatan dan imbangan untuk berfungsi, ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah dibenarkan untuk meneliti secara bebas dan berkesan tindakan Kerajaan tanpa ketakutan didakwa.

52. Atas semua alasan di atas, kami mendorong semua ahli Majlis untuk menolak sebarang keputusan bersalah oleh Majlis berhubung dengan pengataan terhadap DSAI yang mengelirukan Majlis.



Yang benar,



................................................ ..............................................

Karpal Singh R.Sivarasa

Ahli Parlimen bagi Bukit Gelugor Ahli Parlimen bagi Subang


[1] Seksyen 29 Akta Majlis Parlimen (Hak dan Kebebasan dan Kuasa) 1952( "Akta 347") (Lampiran No 15)

Dr Tan Cabar Kewangan 43 Anak Syarikat Felda Diaudit Badan Bebas

Posted: 15 Dec 2010 12:50 AM PST


KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke semua 43 anak syarikat agensi itu dan mendedahkannya untuk tatapan rakyat.

Kata Dr Tan langkah ini perlu bagi membersihkan imej 'bankrap' yang didakwa dihadapi Felda setelah rezab tunainya menjunam kepada RM1.2 bilion walaupun harga pasaran antarabangsa minyal sawit mentah berada pada paras tinggi sejak tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu di Putrajaya yang mengatakan pihak yang mendakwa Felda bankrap adalah pengkhianat.

"Malangnya apa andalah (Najib) yang menjadi petualang sebenar yang telah merompak wang simpanan kepunyaan golongan peneroka. Saya yakin pada pilihan raya umum ke-13 nanti rakyat akan menentukan nasib 60 kerusi parlimen yang berada di dalam tanah-tanah rancangan Fekda di seluruh negara.

"Daripada maklum balas lawatan saya ke beberapa kawasan Felda, para peneroka kini amat marah dengan dengan kerajaan kerana mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan oleh Felda. Mengapa kini secara tiba-tiba mahu beri wang tunai kepada peneroka setelah isu bankrap di bongkar?" kata Dr Tan dalam kenyataannya.

Seterusnya Dr Tan menyenaraikan beberapa isu bersangkutan Felda yang perlu dijawab oleh agensi itu:

1. Pada tahun 2001, rizab tunai Felda adalah RM4.5 bilion TANPA sebarang bebanan hutang. Baru-baru ini seorang Timbalan Menteri mengatakan rizab tunainya telah menjunam kepada RM1.2 bilion. Berdasarkan harga tinggi minyak kelapa sawit mentah sejak tiga tahun lalu Felda sepatutnya mempunyai rizab tunai sekurabg-kurangnya sebanyak RM8 bilion.

2. Ibu pejabat baru Felda di KLCC dikatakan berharga RM662 juta. Jelaskan bagaimana bangunan bertaraf enam bintang inbi akan membantu peneroka Fekda yang muiskin yang hanya berpendapatan bersih kira-kira RM500 sebulan. Mengapa wang pendahuluan sebanyak RM235 juta dibayar kepada pemaju sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan pembinaan ibu pejabat baru dibuat secara rahsia di pejabat Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda?
Baru-baru ini Datuk Ahmad Maslan berkata pembinaan itu merupakan keputusan pelaburan yang bijak kerana telah memperolehi keuntungan atas kertas sebanyak RM300 juta. Bagaimana beliau boleh membuat rumusan itu apabila bangunan itu masih dalam pembinaan dan masih belum dijual.

3. Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion dalam projek Felda Global Ventures dan sehingga kini telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta. Ini termasuk pelaburan dalam Twin Rivers Project di Amerika Syarikat sebanyak RM500 juta serta projek membela lembu RM600 juta million.

Sekiranya Felda telus dedahkan apa sebenarnya terjadi kepada projek ini.

Malah peneroka Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar apabila lembu yang diimpot bagi tujuan projet itu terpaksa di tempatkan di dalam kandang berhawa dingin 24 sehari!

4. Mengapa Felda perlu buat pinjaman dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) untuk projek di bawah Felda Global Ventures? Felda tidak pernah sebelum ini meminjam dari EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua pencarum EPF perlu diingatkan wang anda telah digunakan untuk membiayai semua projek yang dimulakan oleh Najib dan kini dipertikaikan.

5. Saya melawat satu skim felda dekat Kemaman pada Ogis lalu dan bercakap dengan beberapa peneroka yang mahu menyaman Felda berhubung Tabung Tanam Semula. Setiap daripada mereka telah menyumbang kepada tabung tersebut sejak 17 tahun dan kini berjumlah RM17,000. Apabila mereka menanam semula, wang peribadi digunakan tanpa menyentuh simpanan dalam tabung itu. Sudah tiga tahun mereka menunggu tetapi masih dinafikan oleh pengurusan Felda.

Jika Felda mengatakan ia tidak bankrap mengapa payah sangat untuk mengembalikan wang peneroka yang jumlahnya tidak seberapa?

Sumber: Suara Keadilan

Selepas Ketua Pembangkang, Tiga MP Pakatan Rakyat Akan Digantung

Posted: 15 Dec 2010 12:27 AM PST


KUALA LUMPUR 15 DIS : Parlimen hari ini sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung dari Dewan Rakyat selepas didakwa menghina dewan.

Keputusan menggantung tiga ahli parlimen pembangkang itu dilakukan tanpa mengemukakan 7 hari notis.

Keputusan itu dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul tersebut terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R.Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin Ali yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen pembangkang.

"Semalam mereka mahu menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh. Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan keatas kami kerana saya tidak diberikan notis," kata beliau kepada media.

Ujarnya lagi, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi 7 hari notis sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata sekurang-kurangnya ahli parlimen yang digantung dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," jelas beliau.

Azmin diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, merupakan ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar Parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lepas.

Mereka dikatakan telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

Tindakan mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.


Sumber: TVSNEWS

Zulkifli Noordin

Posted: 15 Dec 2010 09:05 PM PST

Zulkifli Noordin


PEMBOHONGAN APCO!

Posted: 15 Dec 2010 06:50 PM PST






Salam 2 all.

Hari ini Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.

Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan. Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO ini. Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Ianya langsung tiada kena mengena dengan APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel.

Dan jika kita melihat APCO Worlwide, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington.  Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut,  Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!!

Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

10 Muharram 1432

16 Disember 2010

WAKA WIKI-LEAKY LICKY

Posted: 13 Dec 2010 03:25 AM PST

Salam 2 all.

Pendedahan oleh WikiLeaks baru-baru ini yang menyatakan bahawa Bahagian Risikan Australia dan Singapura mendedahkan mereka mempunyai "bukti teknikal" bahawa Anwar sememangnya mengamalkan kegiatan homoseksual dan dia "terperangkap dengan kegiatannya" sememangnya menggemparkan. WikiLeaks juga mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew "mengetahui dan mempercayai Anwar mengamalkan kegiatan homoseksual".

Teman mengambil sikap bahawa sebarang maklumat daripada WikLleaks hendaklah ditapis terlebih dahulu. Ini adalah kerana ianya bersumber daripada golongan kafir. Surah Al Hujurat: 6 mengingatkan umat Islam (yang mafhumnya) "sekiranya datang kepada kamu sesuatu berita daripada golongan fasik maka janganlah kamu percaya (dan terus menerimanya), sebaliknya hendaklah kamu memeriksanya dahulu. Janganlah kamu bertindak terhadap sesuatu golongan akibat daripada itu, kelak nanti kamu yang menyesal".

Oleh itu teman mengambil pendirian untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang didedahkan oleh WikiLeaks, sebaliknya hendaklah kita memeriksanya terlebih dahulu. Apatah lagi jika difikirkan begitu banyak maklumat yang diperolehi oleh WikiLeaks, tetapi tiada satupun mengenai zionis Israel la'natullah didedahkan. Sudah pasti komunikasi antara risikan Amerika dan zionis Israel berlambak-lambak, tapi sepatah haram pun tak disebut atau didedahkan. Ini menambahkan keyakinan teman maklumat daripada WikiLeaks perlu ditapis dan disahihkan terlebih dahulu.

Namun apa yang teman ingin bangkitkan disini ialah sikap pembohongan dan cakap tidak serupa bikin yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, pemimpin anugerah tuhan!

Pertama, apabila didedahkan bahawa Bahagian Risikian Australia (dan Singapura) mempunyai maklumat "bukti teknikal" pemimpin anugerah tuhan ini mengamalkan kegiatan homoseks dan mempercayai beliau memang terlibat dan terperangkap dalam amalan tersebut, Anwar terus mengambil sikap memaki dan mengkritik Australia (dan Singapura) sebagai telah "dibeli" oleh Malaysia!

Walhal baru sahaja minggu lepas apabila Ahli Parlimen Bebas Australia Senator Nick Xenophon (South Australia) dijaja sampai ke Parlimen kerana menyokong beliau. Malahan Anwar penuh kagum menyatakan Australia menyokong beliau kerana beberapa Ahli Parlimen Australia menyokong beliau, walaupun latarbelakang mereka sangatlah meragukan. Antaranya Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/ lesbian. Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheist yang tidak percayakan tuhan atau apa-apa agama. Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sama seks (kahwin laki dengan laki, perempuan dengan perempun). Itu latarbelakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah tuhan.

Dan Anwar berkokok keliling kampung mengisytiharkan Australia menyokong beliau. Tetapi bila WikiLeaks mendedahkan Australia mempunyai "bukti teknikal" beliau mengamalkan kegiatan homoseks, dan terperangkap dengan kegiatan itu, tiba-tiba pemimpin anugerah tuhan ini membuat u-turn dan memaki Australia konon telah dibeli oleh Malaysia. Inilah politik cakap tak serupa bikin pemimpin anugerah tuhan ini. Kalau menyokong dia, very good! Tapi kalau menentang dia, very bad!!

Kedua, teman masih ingat bagaimana untuk meyakinkan kami dahulu berkenaan 16 September, Anwar memberitahu teman bahawa Bahagia Risikan Singapura (dan Indonesia) mengesahkan kepada beliau bahawa beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (termasuk UMNO) akan melompat kepada Pakatan pembangkang. So don't worry, by 16th Sept we will take over Putrajaya!! 

Anwar tahu mustahil untuk kami membuat cross-check untuk mengesahkan maklumat itu. Takkan kami nak pergi jumpa Bahagian Risikan Singapura & Indonesia. Kita pun tak tahu nak hubungi siapa. Satu kesilapan besar yang teman sedar sekarang ialah kami percaya bulat-bulat apa yang Anwar kelentong, tanpa periksa terlebih dahulu. Teman harap kawan-kawan dalam PAS tidak melakukan kesilapan yang sama.

Rupa-rupanya pendedahan WikiLeaks membongkar sebaliknya. Selama ini Singapura (dan Australia) memantau kegiatan homoseksual pemimpin anugerah tuhan ini. Dan mereka ada "bukti teknikal" mengenai kegiatan itu! Apa yang merisaukan teman apa 'bukti teknikal' yang Bahagian Risikan Singapura ada tentang kegiatan homoseksual itu? Adakah dalam bentuk video, gambar, dokumen dan lain-lain? Apakah benar mereka ada 'bukti teknikal' itu? Dan adakah mereka akan menggunakannya untuk memeras ugut dan akan meletakkan keselamatan negara dibawah ancaman jika pemimpin anugerah tuhan itu menjadi pemimpin negara?

Apapun, yang penting bagi teman pendedahan itu membongkar pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin anugerah tuhan ini. Ini penting kerana ada yang bertanya kenapa selama ini teman menyokong pemimpin anugerah tuhan ini dan tidak berkata apa-apa. Sebenarnya teman selama ini tidak sedar bagaimana kami semua dikelentong oleh Anwar. Termasuk berkenaan 16 Sept dan banyak lagi lain-lain hal yang kini teman tahu adalah suatu pembohongan semata-mata. Tun Mahathir pun boleh kena kelentong dengan pemimpin anugerah tuhan ini dekat 20 tahun! Inikan teman kena kelentong 12 tahun!!

Perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan selama ini juga terbukti suatu pembohongan apabila untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri, dan kerana memerlukan sokongan DAP, maka PAS diperdaya untuk menerima Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang bulan Disember 2009 yang menyatakan agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang jika mereka memerintah. Ini semua terbongkar akhir-akhir ini. Dan yang sedihnya ada pak jangoat memperdaya kepimpinan dan ulama' PAS untuk menerimanya, hanya kerana bernafsu nak menduduki kerusi Putrajaya!

Apapun yang jelas, kesan pendedahan WikiLeaks itu membongkar dan membuktikan sifat dan perangai sebenar pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan; iaitu manusia yang cukup kuat pembohongan politiknya dan cakap tak serupa bikin. Doa teman semoga kepimpinan dan ulama' serta ahli PAS akan segera menyedari mereka sedang dibawak "syibran-bissyibrin", selangkah demi selangkah ke lubang biawak. Kembalilah kepangkal jalan, kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Bantulah agama ALLAH dengan petunjuk Al Quran & Sunnah, dan ALLAH akan  membantu perjuangan Islam.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

09 Muharram 1432

15 Disember 2010

*Nota: gambar Senator Michael Danby, Ahli Parlimen Australia yang memperjuangkan hak gay & lesbian dan antara yang paling kuat menyokong Anwar pemimpin anugerah tuhan!

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 15 Dec 2010 07:53 PM PST

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


KONTRAKTOR MELAYU PULAU PINANG TERUS TERBELA DIBAWAH PAKATAN RAKYAT

Posted: 15 Dec 2010 08:21 AM PST

Kontraktor Melayu mendapat 100 peratus nilai projek Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan 98 peratus nilai projek Jabatan Kerja Raya negeri (JKR) di bawah peruntukan kerajaan Pulau Pinang.
Itulah pendedahan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sekaligus menafikan dakwaan Umno Pulau Pinang yang mengatakan jumlah kontraktor melayu yang mendapat projek2 kerajaan negeri menurun. Kenyataan beberapa pemimpin Umno yang mendakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan DAP mendikriminasikan kontraktor melayu sebenarnya segaja dibuat untuk memberi gambaran buruk kepada kerajaan negeri tersebut. Bahkan kenyataan tersebut mungkin diberikan setelah beberapa kontraktor2 belaan Umno gagal mendapatkan projek yang dibuat secara tender terbuka.
Kerjaan Negeri Pulau Pinang yang memperkenalkan urustadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka dan ianya juga telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka.
Yang tak mampu saing hanya kontraktor Umno yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik Umno dan hidup sebagai kontraktor kroni yang telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini.

PENDEDAHAN : SIAPA DRs ZAID YUSOF

Posted: 15 Dec 2010 07:20 AM PST

Gambar ini menunjukan Drs. Zaid Yusof sedang berbual rancak dengan 2 individu.
Salah seorang dari 2 individu tersebut adalah Special Branch (SB) yang sememangnya dahagakan maklumat2 penting untuk mereka laporkan kepada ketua mereka dan seterusnya akan memberikan maklumat tersebut kepada pimpinan Umno.
Jika perbualan/pertemuan ini adalah pertemuan biasa, ianya tidak menjadi isu namun jika pertemuan ini ada menyentuh atau memberi maklumat2 sulit parti maka wajarlah Drs Zaid Yusof digelar "PETUALANG" atau "PENGKHIANAT" parti. Dan tidak keterlaluan jika beliau dilabelkan sebagai "Perisik Umno" kerana beliau diberitakan masih lagi menjawat jawatan di dalam organisasi Umno.
Jika sebelum ini Drs Zaid begitu lantang mengatakan bahawa Datuk Chua Jui Meng yang dilantik oleh Presiden sebagai Pengerusi MPN Johor sedangkan tindakan atau gerakerja yang dilakukan oleh datuk Chua jui Meng sedikit sebanyak telah mengusarkan pimpinan Umno/BN sehinggakan Dr. Puad Zakarshi mengatakan bahawa impian PKR Johor akan menawan negeri Johor adalah angan2 kosong namun kenyataan Dr. Puad Zakarshi sebenarnya ingin menyembunyikan kegusarannya apabila melihat kesepaduan PKR, PAS dan DAP Johor semakin akrab.
Kepada Drs. Zaid Yusof, jika anda tidak keluar dari parti kami (Parti Keadilan Rakyat) percayalah bahawa kami (AMK) akan megeluarkan kamu dari parti ini seperti ANJING KURAP. Parti ini tidak memerlukan petualang seperti kamu untuk mejadi pimpinan dalam parti ini...

PENDEDAHAN WIKILEAKS : NAJIB "TUNDUK" DENGAN DAKWAAN SINGAPURA... KENAPA???

Posted: 14 Dec 2010 09:07 PM PST

Beberapa hari yang lalu, akhbar/media arus perdana semalam amat bernafsu memaparkan berita yang dicedok dari Wikileaks kemudian diputarbelitkan. Wikileaks dalam pendedahannya menyatakan bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi "pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. "
DS Anwar telah menyangkal dakwaan atau kenyataan tersebut dan mencabar Lee Kwan yew menjadi saksi dalam perbicaraan Kes Liwat yang melibatkan DS Anwar Ibrahim jika benar mantan Presiden Singapura itu mempunyai bukti.

Namun penafian lemah Najib berhubung dakwaan dari WikiLeaks yang mendakwa bahawa mengenai pembabitan Najib dalam siri pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Sharibu menimbulkan tanda tanya. Bahkan Najib mengambil sikap endah tak endah apabila beliau dilabelkan oleh Kerajaan Republik Singapura sebagi ANTI CINA dan meramalkan bahawa akan adanya rusuhan kaum. Najib pula ketika diminta mengulas dakwaan tersebut memberitahu bahawa pendedahan tersebut tidak perlu diendahkan.

Persoalannya "Kenapa Najib bersikap demikian....?"

Anwar Ibrahim

Posted: 15 Dec 2010 07:38 PM PST

Anwar Ibrahim


Altantuya: Najib Perlu Perjelas Laporan Wikileaks

Posted: 14 Dec 2010 08:57 PM PST

Dari Harakah

Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.

“Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

“Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan,” kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri.

Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu.

Sementara itu, ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia.

“Perdana Menteri diberi gambaran yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri Singapura.

“Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu,” kata beliau.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan Malaysia.

“Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya.

“Kita bimbang tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri.

Mereka juga akan membantu memulakan kempen untuk mendapatkan kesemua kabel-kabel ini untuk dinilai secara adilnya oleh rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR petang tadi ke Kedutaan Singapura bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik pulau itu.

Baru-baru ini laman web antarabangsa, Wikileaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu.

'Maklumat' itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh.

Sekatan Polis, Namun Ribuan Dengar Anwar

Posted: 14 Dec 2010 08:52 PM PST

Dari Harakah

Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks.

Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, "Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat."

"Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu.

Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan.

Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok.

Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu.

"Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini," kata Tian.

Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu.

Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang.

Penafian Suara:Dua Lagi MP Pakatan Rakyat Digantung

Posted: 14 Dec 2010 08:48 PM PST

Dari Malaysiakini

Ahli parlimen Pakatan Rakyat R Sivarasa (PKR-Subang) diarahkan keluar Dewan Rakyat sehingga esok kerana didakwa mengenkari arahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sivarasa, yang bangkit pada akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ‘perangkap seks’.

Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan beliau digantung sehingga esok.

Anwar (PKR-Permatang Pauh), kemudian bangkit dan mempertahankan Sivarasa bersama Azmin Ali (PKR-Gombak). Ini menimbulkan pertikaman lidah yang hangat antara speaker dan juga ahli parlimen Pakatan Rakyat yang juga mula campur tangan.

Pandikar kemudian mengarahkan Azmin pula supaya keluar dewan.

Pertikaman lidah masih berlansung dengan Sivarasa enggan meninggalkan dewan.

Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim,Wangsa Maju,14 Dis 2010

Posted: 14 Dec 2010 08:42 PM PST

Ihsan Media Rakyat


PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 15 Dec 2010 11:43 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Ceramah Perdana: MENEBUS MARUAH BANGSA

Posted: 15 Dec 2010 09:13 AM PST

CERAMAH PERDANA
'MENEBUS MARUAH BANGSA'
16 DISEMBER 2010/ KHAMIS
8.30 MALAM
DATARAN MUHIBBAH KG ISMAIL, AMPANGAN, SEREMBAN.

Orang ramai dan para penyokong PR dijemput hadir. DSAI dijangka berucap tepat jam 9.00 malam.

Menyusun saf & kekuatan

Posted: 15 Dec 2010 08:39 AM PST

Semalam (15 Disember 2010) dua pengumuman penubuhan dan kemunculan parti politik telah disiarkan oleh media. Parti KITA (Kesejahteraan Ikatan Tanah Air) yang nama asalnya adalah AKIM dipimpin oleh Zaid Ibrahim. Manakala sebuah parti baru dari Sabah iaitu Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF).

Namun, kemunculan sebegini adalah suatu yang lumrah berlaku dalam suasana politik lebih-lebih lagi semboyan ke arah PRU 13 kian rancak digetarkan yang kian dirasai hampir dekat.

Khabar-khabar politik ini tidak harus melemahkan seluruh anggota PKR. Ia seharusnya menjadi sebagai pemangkin semangat perjuangan dan memperkukuhkan saf organisasi disamping mempertajamkan semangat kerjasama-setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

PKR sedang rancak diserang dengan fitnah dan manipulasi oleh media-media kawalan Umno-BN ketika ini. Suasana seperti ini persis penghujung tahun 2007 lalu sehingga Najib Razak waktu itu dengan angkuh mengatakan PKR akan berkubur selepas PRU 12. Laungan angkuh itu kembali dilontarkan walaupun berbeza patah ayatnya.

PKR Negeri Sembilan tenang berhadapan dengan suasana yang menyerang ini. Namun itu tidak bermakna PKR Negeri Sembilan berdiam diri tanpa melakukan persiapan. Langkah penyusunan saf dan kekuatan sedang rancak berlangsung. Sebijak Umno Negeri Sembilan menyembunyikan keretakan dalamannya, begitu jugalah PKR lebih bijak menyusup segala ruang lompang yang dicipta oleh krisis dalam Umno Negeri Sembilan.

Perebutan jawatan Menteri Besar negeri ini antara beberapa pemuka Umno Negeri Sembilan kedengaran walaupun dinafikan. Jika tidak berbunyi maka tak akan pulak orang bercerita. Siapa yang berceritanya? Biarlah ia menjadi rahsia politik sehingga pertempuran PRU 13 bermula.

Umno-BN Negeri Sembilan juga tidak boleh berasa selesa walaupun berjaya dalam usaha menyekat pembangkang sejak akhir-akhir ini. Kejayaan ceramah perdana anjuran PR NS "Semboyan Halilintar ke Putrajaya" menghadirkan kegusaran kepada mereka.

Harus diingat dan dijadikan panduan, Umno-BN juga mempunyai beberapa kerusi DUN yang dimenangi majoriti bawah daripada dua ribu undi. Dun-dun tersebut adalah Klawang, Chennah, Pertang, Labu, Lenggeng, Pilah, Juasseh, Johol dan Jeram Padang. Kesungguhan dalam memantapkan strategi dan gerak kerja pilihanraya dalam PR Negeri Sembilan tidak mustahil dun-dun tersebut bakal ditawan dalam PRU-13 nanti.

Maka sekali lagi kita laungkan SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA!

blog.yusmadi.com

Posted: 15 Dec 2010 11:22 AM PST

blog.yusmadi.com


Parlimen: Soalan Saya berkaitan APEX

Posted: 15 Dec 2010 06:54 AM PST

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Menteri, mohon sikit penjelasan. Tadi Menteri mengatakan mengenai antara asasnya ialah mengenai aspek development di dalam kayu ukur APEX tadi. Soalan saya, apakah penilaian Universiti APEX ini terhadap satu lagi pendekatan iaitu impak sosial setempat. Sejauh mana setakat fakta yang Menteri ada ianya memberi impak sosial kerana pada pandangan saya, impak sosial terhadap Balik Pulau, separuh daripada Pulau Pinang itu tempat kelompok masyarakat yang agak marhaen, agak kurang terserlah. Mohon penjelasan.

Dato' Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam mana-mana literature review dengan izin, tentang keupayaan dan keberkesanan universiti penyelidikan, impak sosial daripada penyelidikan itu sangat mustahak. Sebagai contohnya, kajian yang dibuat oleh Charles and West dan beliau terbitkan sebuah buku tentang The American Research University mengkaji perkembangan apa yang dipanggil The Great University of The US dengan izin, daripada perang dunia kedua sampai ke sekarang. Satu daripada komponen utama yang menyerlahkan keupayaan universiti itu ialah sejauh mana research itu dapat meninggalkan impak secara langsung kepada komuniti tempatan.

Dalam konteks ini ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua, pertama ialah dalam pengetahuan saya, USM memang dalam mission statement nya itu ada program outreach, bukan
outreach yang dilakukan oleh mahasiswa seperti Bakti Masyarakat tetapi outreach yang memastikan kerja-kerja yang dilakukan oleh para pensyarah dan fakulti itu ada dampaknya kepada masyarakat. Saya tidak dapat hendak sebutkan dengan detail tetapi saya tahu.

Yang keduanya mereka ada program di bawah konsep kelestarian yang termasuk soal green technology dengan izin dan juga soal alam sekitar. Mungkin tak kena Balik Pulau sangat tetapi mungkin di kawasan yang lain sebab saya tahu misalnya ada komuniti tempatan yang mempunyai hubungan yang agak akrab dengan USM. Kalau USM boleh melahirkan beberapa program utama negara daripada segi konsepnya seperti Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN, maka yakinilah bahawa USM sentiasa ada kesinambungan daripada segi idea dan pelaksanaannya kerja-kerja yang ada impak dan dampak sosial.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua ialah kita di KPT meminta setiap universiti untuk bekerjasama dengan kolej komuniti untuk menjadikan kolej komuniti itu sebagai jambatan yang akan membawa hasil-hasil penyelidikan yang bersesuaian untuk dipraktikkan secara langsung dalam komuniti tempatan. Terima kasih.

BULETIN RAKYAT

Posted: 15 Dec 2010 11:15 AM PST

BULETIN RAKYAT


PELUANG UNTUK PELAJAR MISKIN DI UNIVERSITI ANTARABANGSA MADINAH

Posted: 15 Dec 2010 09:17 AM PST

Yayasan Universiti Antarabangsa Madinah menawarkan sejumlah 770 tempat untuk pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Madinah cawangan Malaysia. Kelulusan STA diperlukan.
Golongan berpendapatan rendah diutamakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Yayasan Universiti Antarabangsa Madinah, Ust Dato' Nazry @ Bahrudin Abd Rahman, 019-3578811.

ANWAR DI NAFIKAN HAK BERKENAAN USUL GANTUNG 6 BULAN

Posted: 15 Dec 2010 09:05 AM PST

PARLIMEN KUALA LUMPUR: Para pemimpin utama Pakatan Rakyat kesal dan kecewa dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa gagal mengawal perjalanan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mereka juga mendakwa Pandikar kerap membuat keputusan yang tidak konsisten termasuk menerima usul yang dibuat menteri sesuka hati atas alasan menggunakan kuasa Speaker.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Speaker seolah-olah tidak berpendirian teguh dengan membiarkan prosedur parlimen diperalatkan oleh kuasa majoriti.
"Prosedur parlimen dipermainkan oleh kuasa majoriti," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
Ketua Umum PKR itu berkata, beliau tidak diberi peluang menjawab terhadap usul menggantung beliau selama enam bulan kerana membangkitkan isu Apco dan Umno.
Dinafi hak pertahan diri
"Saya tidak diberi hak untuk mempertahankan diri sedangkan saya telah siap dengan hujah-hujah," katanya.
Ketua Pembangkang parlimen juga mendakwa keputusan yang dibuat oleh Speaker sentiasa berubah.
"Hari ini beliau menerima usul untuk mengantung tiga ahli Parlimen iaitu R Sivarasa (PKR – Subang); Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) dan Azmin Ali (PKR – Gombak) dengan hujah-hujah yang tidak munasabah.
"Kalau tindakan di ambil ke atas mereka kerana bercakap dengan blogger dan media, apa salahnya panggil mereka untuk memberi keterangan. Panggil mereka, ambil keterangan dua jam," katanya.

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 15 Dec 2010 11:12 AM PST

Gwo-Burne for Kelana Jaya


PARLIMEN: INSTITUSI PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Posted: 14 Dec 2010 10:06 PM PST

JAWAPAN BERTULIS PARLIMEN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 15 DISEMBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH[KELANA JAYA] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan institusi yang dibuka khusus untuk pelajar Bumiputera sahaja, dan poulasi pelajar di institusi-institusi ini berdasarkan kepada pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi sejak 1969 serta apakah pecahannya berdasarkan kepada kawasan bandar / Luar Bandar, Malaysia [...]

PARLIMEN: STATISTIK HUKUMAN MATI

Posted: 29 Nov 2010 02:23 AM PST

JAWAPAN LISAN DEWAN RAKYAT TUAN GWO-BURNE LOH PADA 29 NOVEMBER 2010 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan individu yang telah dijatuhkan hukuman dan sedang menanti hukuman mati. JAWAPAN: Tuan Yang Dipertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan. Dimaklumkan untuk tahun 2010 iaitu sehingga 30 September 2010 hanya [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 15 Dec 2010 11:12 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3

Posted: 14 Dec 2010 11:23 PM PST

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek "SEKOLAHKAN MEREKA" dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Projek "SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN" ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 15 Dec 2010 09:16 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Ceramah Isu Semasa

Posted: 15 Dec 2010 08:51 AM PST


Tempat: Markas PAS Kampung Kerunai Gerik Perak

Masa: 9.30 Malam

Tarikh: 20/12/2010

Hari: Isnin

Penceramah: Mat Sabu - AJK PAS Pusat & YB Khalil Idham Lim - Ketua Penerangan PAS Perak

Agenda: HI TEA bersama MAT SABU di Markas PAS Felda Bersia Gerik Perak Jam 5.00 Petang

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut

Tiada ulasan:

Pengikut