Jangan ambil sikap mudah puas hati. Sikap inilah yang akan membawa rebah dan akan berada didalam keadaan sentiasa tidak bersedia.
Pilihanraya Umum sudah begitu hampir, entah Januari, Februari dan selewat-lewatnya Mac 2011.
Sudahkah kita semua membuat persediaan yang rapi? Jawatankuasa Pilihanraya, sudahkah ditubuhkan? PACA sudahkah dilantik? Berapa ramai tenaga Pilihanraya yang disediakan? Sudahkah senarai calon-calon disediakan? Jangan nanti Cabang-Cabang menghantar hanya nama Ketua Cabang untuk menjadi calon sehingga parti tidak ada pilihan dan terpaksa menerima sahaja Ketua Cabang untuk menjadi calon!
Kursus-kursus PACA dan Pilihanraya, sudahkan diadakan? Berapa orang yang terlibat untuk menjadi PACA dan jentera Pilihanraya?
Sudahkan Bilik-Bilik Gerakan ditubuhkan? Sudahkah dilantik petugas-petugas di Bilik-Bilik Gerakan itu? Sudahkah masalah logistik diselesaikan?
Berapa banyak kenderaan yang perlu digunakan? Sudahkah disenaraikan kenderaan-kenderaan itu?
Bendera-bendera dan banner-banner, sudahkah disediakan? Berapa banyak keperluan dan berapa banyak sudah disediakan?
Dari segi mental, sudahkah Cabang-Cabang bersedia menghadapi Pilihanraya ini?
Kita tidak lagi perlu meraikan sikap "cemas menang", "hampir menang", "kalah sedikit sahaja", tidak ada tak kalah tak menang, yang ada hanyalah "Kalah atau Menang", dan kalau kita mahu ke Putrtajaya, maka kita hanya perlu menang!
Bagaimana mahu menang jika sehingga sekarang tidak ada satu persiapan pun lagi yang sudah dibuat? Mahu buat persiapan semasa sudah diumumkan tarikh Pilihanraya dan Parlimen sudah dibubarkan? Masa itu sudah terlewat.
Buat kerja NOW! SEKARANG! Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja sudah tentu tidak menang, apatah lagi jika kawasan pilihanraya itu begitu sukar seperti di Kuala Krau!
Mesyuarat adalah satu elemen penting didalam sesebuah organisasi. Pengurusan mesyuarat adalah penting untuk seseorang memperbaiki pengendalian mesyuarat, samada anda hadir sebagai seorang ajk atau mempengerusikannya.
Persoalan pertama adalah keperluan kepada sesuatu mesyuarat. Mesyuarat bukan untuk mengisi ruang masa semata-mata, tatapi mengikut keperluannya.
Mesyuarat menjadi perlu untuk tujuan mengatasi masalah atau membuat keputusan, mesyuarat yang formal hendaklah ditetapkan tarikh dan masa dan tempat yang sesuai, mesyuarat yang terbaik adalah yang boleh meringkaskan masa dan mengurangkan kos untuk menjemput mereka yang betul-betul untuk sesuatu tujuan yang tetap, mesyuarat hanya untuk bermesyuarat merugikan masa menjadi satu habit yang tidak mempunyai tujuan yang tetap.
Mesyuarat yang sempurna hendaklah mempunyai tujuan dengan agenda yang tersusun untuk tujuan mengambil sesuatu keputusan yang boleh memperbaiki sesuatu, seperti organisasi, dan mengatasi sesuatu masalah, dan untuk tujuan-tujuan tindakan yang perlu dirancang dan dipersetujukan atau penentuan dasar.
Hendaklah sentiasa mempunyai tujuan yang tetap dari permulaan sebelum mesyuarat dipanggil, jika sesuatu isu itu boleh diatasi tanpa memerlukan mesyuarat, batalkanlah mesyuarat itu; mesyuarat itu perlu dirancang dengan baik agar natijah-natijah yang baik dapat digarap, dan jangan sekali-kali memanggil mesyuarat untuk mewujudkan keadaan kucar-kacir sehingga tidak ada kebaikan boleh tercapai, bahkan kerosakan akan berlaku; dan jika perlu diadakan mesyuarat-mesyuarat regula, cuba kaji samaada keburukannya yang akan timbul jika mesyuarat regular seperti mesyuarat bulanan itu tidak diadakan.
Pastikan semua Jawatankuasa hadir mesyuarat itu atau setidak-tidaknya korumnya mesti mencukupi dan diantara korum yang hadir ialah mereka yang memegang jawatan-jawatan penting. Buat persediaan-persediaan rapi untuk menjayakan mesyuarat itu kerana mesyuarat yang tidak ada persediaan rapi merugikan masa dan kos.
Mesyuarat bukan sahaja perlu mempunyai agenda, tetapi agenda yang kemas dengan tujuan tertentu untuk dicapai. Jangan terlalu bebankan dengan agenda-agenda sehingga mesyuarat itu hilang fokus.
Janganlah mesyuarat itu meleret-leret, dan hendaklah fokus kepada agenda yang dibentangkan.
Tindakan positif mengendalikan mesyuarat itu mengandungi tindakan-tindakan berikut:
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mukaddimah yang kemas. Bincangkan isu-isu didalam agenda. Dapatkan pandangan bagi setiap isu. Tuju kearah objektif-objektif. Ambil keputusan dan tamatkan mesyuarat - tepat, padat dan bermenfaat.
Tindakan negatif yang tidak menguntungkan sesuatu mesyuarat yang mesti dielakkan:
AJK (apatah lagi Pengerusi) hadir lewat, tidak berbincang mengikut agenda, pertengkaran berlaku, percakapan yang yang tidak kontributif digalakkan, perbincangan berakhir dengan deadlock, dan mesyuarat gagal membuat keputusan.
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.
Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.
"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.
"Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.
Dr Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.
Zon komersial sepenuhnya
Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.
Perancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).
Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.
CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.
Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.
Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan 'memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek".
Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.
Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.
"Malah, masjid akan diperbesarkan," katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.
Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.
Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.
Penjara Pudu
Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.
Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.
"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.
Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.
KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dipotong sebanyak RM10 di atas kegagalannya menguruskan dasar penswastaan dalam sektor berkaitan, secara tidak langsung telah membelakangkan masalah rakyat Selangor.
Beliau sewaktu mengemukakan usul berkenaan berkata, menteri tersebut gagal melaksanakan tarif yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi penswastaan dahulu dan untuk mendapatkan pulangan yang telah mereka janjikan, kerajaan terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat.
"Contoh empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion," katanya dipetik daripada Harakahdaily,
Menurutnya juga, sehingga kini masalah penstrukturan air di Selangor gagal diselesaikan kementerian berkenaan.
"Pertikaian di Selangor sehingga kini setelah dua tahun lebih Selangor di bawah Pakatan, sehingga kini persoalan penstrukturan air tidak dapat diselesaikan.
"Nyata dalam perkara ini wujud kecenderungan yang menyaksikan masalah yang terbit kerana air tidak diurus secara baik padahal Span telah diwujudkan," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai audit yang tidak dijalankan dengan baik menyebabkan banyak berlakunya kepincangan.
"Kita masih tidak dapat melihat satu audit ke atas tadahan air yang seperti tidak diletakkan kepentingan. Semua air mentah sehingga kini tidak diurus tadbir dengan baik," katanya lagi.
Beliau turut menegaskan, sekiranya menteri masih mahu memberikan penguruskan air kepada syarikat swasta khususnya di Selangor, ternyata mereka membelakangi rakyat.
"Jika kementerian masih bertegas untuk memberi kembali hak mengurus air kepada pihak swasta, khususnya di Selangor maka nyata menteri bersedia membelakangi rakyat dan tidak melindungi kepentingan umum," katanya.
Usul itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) setelah dibahaskan.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan) seramai 15 orang bagaimanapun bangun mempertikaikan keputusan itu bagi membolehkan undi belah bahagian diadakan.
Undi belah bahagian itu menyaksikan seramai 58 wakil BN tidak bersetuju manakala seramai 47 wakil Pakatan bersetuju.
IPOH 30 NOV: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang dipertikai statusnya oleh Pakatan Rakyat, kembali mencetuskan kontroversi apabila bertindak mengusir ADUN Hutan Melintang S Kesavan keluar dewan hari ini.
Menurut A Ganeson, Kesavan diusir atas alasan berkelakuan tidak sopan dan mengharu-birukan dewan dengan menuntut jawapan berhubung soalan yang dikemukakannya.
Pada sesi pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Walau dihalang Ganesan, ADUN Hutan Melintang itu berkeras berkata beliau adalah wakil rakyat, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan 'masalah rakyat'.
Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.
Apabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.
Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.
Tindakan itu menyaksikan ADUN pembangkang yang diketuai oleh menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan dewan.
Dalam satu satu sidang akhbar selepas berakhir Sidang DUN Perak di Ibu Pejabat DAP lewat tengahari tadi.
Beberapa perkara yang bercanggah dengan peraturan telah disuarakan dengan tidak puas hati oleh sebilangan ahli dewan dari Pakatan Rakyat.
Menurut Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Speaker Ganesan yang kurang arif berkaitan peraturan dewan telah menyebabkan Adun Hutan Melintang diusir keluar.
"Hal ini sangat mendukacitakan, beliau(Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan dimana rujuknya. Ini satu penganiyaan yang jelas lagi terang kepada anggota Dewan dari Pakatan Rakyat," katanya.
Jelas Nizar lagi, apakah kerana usul besar yg diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku keatas beliau.
Dalam sidang media yang sama, Kesavan menafikan beliau berlaku biadap kepada speaker dan mendakwa beliau meninggikan suaranya kerana pembesar suaranya telah dipadamkan.
Katanya, beberapa surat telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab, termasuk pejabat Zambry berhubung isu tanah itu, namun semuanya tidak dijawab.
SHAH ALAM 30 NOV:Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menerima suntikan hartanah bernilai lebih RM565 juta yang akan dibangunkan untuk manfaat rakyat negeri ini.
Dua bidang tanah berkenaan yang terletak di Bukit Beruntung dan Bestari Jaya ini dimiliki Talam Corporation (Talam) sebelum ini dan diserahkan kepada Pemerbadanan Menteri Besar sebagai sebahagian daripada penyelesaian hutang syarikat itu kepada kerajaan negeri.
Tan Sri Khalid hari ini menyaksikan pemeteraian perjanjian menjual dua hartanah berkenaan oleh Pemerbadanan Menteri Besar atau MB Incorporated (MBI) kepada PNSB.
Perjanjian ini adalah kemuncak rundingan untuk menguruskan hutang Talam kepada kerajaan negeri yang bernilai RM392 juta kepada anak-syarikat kerajaan negeri.
Pada April tahun ini, Talam menyerahkan hak,kuasa dan kepentingan kepada MBI untuk menguruskan jualan hartanah Talam sebagai bayaran penyelarasan hutang syarikat itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa tidak timbul soal kerajaan negeri menyuntik dana untuk menyelamatkan Talam.
"Ini bukan tindakan menyelamatkan (Talam), pihak yang mengatakan kerajaan negeri telah melunaskan Talam dengan cara melupuskan segala hutang Talam, sebenarnya tidak betul," tegas Tan Sri Khalid.
Khalid berkata, kerajaan negeri menjalankan penstrukturan semula pengurusan aset-aset tanah itu dengan tujuan untuk mempertahankan haknya.
Rentetan daripada itu, Talam menerusi syarikat-syarikatnya memberikan aset bernilai RM688 juta kepada MBI. Oleh kerana Talam mempunyai hutang tanggungan sejumlah RM 266 juta, nilai aset sebenar berjumlah RM 422 juta.
MBI hari ini menjual kepada PNSB 1,2752.92 ekar tanah di Bukit Beruntung yang bernilai RM333.4 juta dan 1,312.89 ekar di Bestasi Jaya dengan nilai RM181 juta ringgit.
"Melalui perjanjian ini, PNSB akan mempunyai bank tanah yang luas dan seterusnya dapat merancang, melaksana dan membangunkan pusat pertumbuhan ekonomi, pusat perdagangan atau industri baru di Selangor," tegas Tan Sri Khalid.
Beliau yakin PNSB mampu mendapatkan pulangan 'selesa' menerusi perancangan teliti untuk membangunkan tanah terbabit.
"Kita akan memilih perancang-perancang swasta yang berperanan memberi khidmat untuk cadangan untuk memastikan perancangan pembangunan akan mendatangkan hasil yang terbaik untuk PNSB," tambah beliau.
Khalid, berkata perjanjian hari ini hanya membabitkan sebahagian daripada tanah Talam yang diserahkan kepada MB Incorporated.
"Selainnya termasuklah tanah yang terlibat dalam projek Canal City yang gagal dilakukan pentadbiran terdahulu yang dijangka akan selesai suku penggal pertama tahun hadapan," tambah beliau.
KUALA LUMPUR 30 NOV: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jan untuk mendengar bantahan anggota parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj untuk tindakan undang-undang bagi satu perintah mandamus meminta kerajaan menentukan prosedur dalam pengagihan dana daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya.
Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak-pihak berkenaan dalam kamar hari ini.
Peguam kanan persekutuan Suzana Atan, yang mewakili responden, memberitahu pemberita bahawa Jabatan Peguam Negara telah membangkitkan bantahan permulaan itu atas alasan bahawa tidak ada perkara dalam permohonan Dr Jeyakumar serta menyalahgunakan proses mahkamah.
Peguam Dr Jeyakumar Datuk S.Ambiga berkata beliau memerlukan masa untuk menjawab penghujahan Jabatan Peguam Negara mengenai bantahan itu yang diterimanya pagi ini.
Pada 29 Okt, pegawai Parti Sosialis Malaysia (PSM) memfailkan permohonan kebenaran untuk satu semakan kehakiman terhadap kerajaan dan dua yang lain antara lain memohon satu pengisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan pilihanraya mestilah diberikan kepada semua angota Parlimen secara saksama mengikut Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam permohonannya, beliau menamakan Ketua pengarah Unit Pelaksanaan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengarah Kemajuan Negeri Perak (PPN Perak) dan kerajaan sebagai responden.
Beliau memfailkan saman undang-undang setelah permohonannya kepada pengarah PPN Perak untuk dana yang akan digunakan sebagai sumbangan kepada pojek kecil SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak-anak Yatim Nurul Ihsan serta dana untuk projek kecil bagi manfaat kampung-kampung Orang Asli, ditolak melalui sepucuk surat daripada pengarah itu pada 12 Okt.
Dr Jeyakumar berkata pemintaannya untuk dana itu sepatutnya diberikan kerana semua projek yang beliau pohon adalah jenis dalam peruntukan khas kawasan pilihan raya yang sepatutnya digunakan.
Beliau mendakwa bahawa responden itu tidak menggunakan budibicaranya dalam memberikan dana itu daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya yang berat sebelah dengan berpihak kepada para anggota daripada parti campuran Barisan Nasional (BN) dan prejudis terhadap anggota daripada parti-parti pembangkang.
Dr Jeyakumar memohon satu perintah mandamus untuk mendesak responden menjelaskan autoriti mereka dalam pengagihan dana daripada peruntukan khas kawasan pilihanraya, menggunakan budibicaranya dan bagi menentukan prosedur untuk peruntukan pembiayaaan sejak 2008.
Anggota Parlimen itu juga mahukan satu writ quo waran yang akan dikeluarkan kepada responden untuk mereka memberikan maklumat sebagai autoritinya menggunakan budibicaranya untuk melulus dan mengagihkan dana daripada dana persekutuan yang disatukan dan peruntukan khas kawasan pilihanraya.-Bernama.
SHAH ALAM 30 NOV: Kempen 'Kembalikan Hak Air Selangor diyakini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mendapat sokongan rakyatnya yang akan bersama kerajaan dalam menuntut hak air.
Memetik laporan Harakahdaily, sehingga kini katanya, kempen 'Kembalikan Hak Air Selangor' telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang.
Menurut Khalid, rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut.
"Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara.
"Jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya penswastaan air dihentikan.
"Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.
Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri.
Ia juga sebagai desakan agar empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak dalam satu badan milik kerajaan negeri untuk dikawal urus.
Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian 20 meter padu air percuma kepada isi rumah.
Jika penswastaan diteruskan, rakyat negeri ini akan menghadapi kenaikan tarif air sehingga 27 peratus.
Sebelum ini, kerajaan Selangor juga telah menghantar notis 14 hari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) agar memberhentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air negeri.
SHAH ALAM 30 NOV: Saksi ke-32 kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah mendakwa kereta putih Iswara yang digunakan oleh mangsa dikatakan sebagai pemandu lapor Malaysiakini.
Saksi tersebut Lokman Hakim R Daily berkata pemandu kelihatan tahu cara mengendalikan kereta dalam usahanya melarikan diri daripada - dirinya, - Lokman Hakim dan kawan-kawannya - semasa dia mengejar remaja itu selama 30 minit.
"Nampaknya dia pemandu berpengalaman," katanya ketika disoal balas oleh peguambela, M Athimulan.
Semalam, Lokman Hakim memberitahu mahkamah bahawa dia bersama dua lagi rakannya mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid pada kira-kira jam 12.15 pagi.
Mereka bertindak demikian selepas kenderaan itu melanggar kereta Toyota Celica rakannya yang diparkir di tepi sebatang jalan di Seksyen 7, Shah Alam.
Menurut Lokman Hakim, dia mengejar kenderaan itu untuk mendapatkan ganti rugi daripada pemandu kereta Proton Iswara berkenaan yang merosakkan bahagian bumper depan kenderaan Toyota Celica rakannya.
Diasak oleh seorang lagi peguambela, Salim Bashir, beliau setuju bahawa kereta Iswara itu dipandu dalam cara semberono dan berbahaya.
Pengakuan Lokman Hakim selaras dengan kenyataan sahabat Aminulrasyid yang juga saksi utama kes ini Azamuddin Omar yang pada sidang media beberapa hari selepas kejadian itu berkata mangsa memecut selepas kereta yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta lain.
Azamuddin, yang ketika kejadian duduk di kerusi penumpang hadapan berkata Aminulrasyid panik selepas melihat sekumpulan lelaki bermotosikal mengejarnya.
Lokman Hakim, apabila disoal-balas oleh DPP Mohd Dusuki Mokhtar, berkata beliau mengandaikan pemandu kereta putih itu seseorang yang berpengalaman berdasarkan cara beliau mengendalikan kereta tersebut.
"Kereta dipandu laju dan melanggar lampu isyarat," katanya.
Korporal Jenain Subi, 48, dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit.
IPOH 30 NOV: Isu Ketuanan Melayu yang dilontar oleh Presiden PKR, sewaktu kongres nasional ke-7 baru-baru ini menampakkan perbuatan jahat pemimpin konponen Barisan Nasional (BN) memanipulasi isu perkauman sebagai modal untuk mempengaruhi rakyat, ujar Drs Khalil Idham Lim.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh BN, peringatan tentang pentingnya perlembagaan dijaga, konsep ketuanan Melayu perlu dipelihara dengan baik, dan pelbagai lagi peringatan yang disebar melalui media BN kepada seluruh rakyat.
Tambahan pula ucapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimanipulasi dengan hebat sehingga menyimpang jauh dari maksud sebenarnya.
Sebagaimana yang disebut oleh Wan Azizah, Konsep tersebut wajib ditinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil 'VIP' Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.
"Kronologi hakisan ketuanan Melayu telah berlaku sejak pasca Tunku Abdul Rahman lagi, ia dimulai oleh Umno sendiri yang telah mencabar institusi diRaja sehingga menyifat serta meletakkan Institusi Raja-Raja sebagai bebanan bangsa satu ketika dahulu, dalam masa yang sama melaungkan bahawa mereka adalah pembela Melayu dan kaum lain," tulis Ketua Penerangan PAS Perak itu dalam blognya.
Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, golongan elit Melayu Umno telah mengaut keuntungan yang amat besar dengan keberkatan "ketuanan Melayu" yang mereka guna selama 50 tahun lebih.
Jika kita mahu entiti bangsa menjadi hebat serta dipandang mulia, jolokan tuan amat tidak sesuai, seolah-olah kita menggesa dengan tegas kepada bangsa lain supaya menghormati kita, katanya.
Khilafah Uthmaniah tidak pernah melaungkan ketuanan Turki semasa kegemilangan empayar itu sehingga ditakuti dunia barat suatu ketika dahulu, tegasnya lagi.
Selepas ini BN dijangka akan melakukan apa sahaja cara bagi mempertahankan Putrajaya dari dikuasai oleh Pakatan Rakyat, dan kita ingin menegaskan bahawa kita (Pakatan Rakyat) sentiasa bersedia ke arah itu.
GEORGETOWN 30 NOV: Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bertujuan menghapuskan kabel politik bagi mendapatkan kontrak kerajaan negeri.
Langkah ini juga menurut Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja.
"Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer," katanya.
Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.
"Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang.
"Biarlah Umno-Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan
Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan, jelasnya.
Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.
Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Guan Eng dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.
Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.
Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn. Bhd., IJM Contructions Sdn. Bhd., HRA Teguh Sdn. Bhd.
KUALA LUMPUR 30 NOV: Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.
Timbalan pendakwaraya (DPP) Manoj Kurup memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan untuk memindahkan kes berkenaan pada 30 Ogos lalu.
"Kita telah mempertimbagkan permohonan itu dan Peguam Negara bersetuju memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," katanya.
"Kita membuat permohonan mengikut Seksyen 418 di bawah Akta Kanun Jenayah."
Manoj dibantu oleh DPP Dzulkifli Ahmad, manakala Dr Ling diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong.
Hakim Suzana Hussin kemudian meluluskan permohonan itu dan mengarahkan kes berkenaan ke tarikh baru yang ditetapkan.
Beliau juga bersetuju wang ikat jamin RM1 juta ke atas Ling dikekalkan sehingga kes itu disebut semula.
Pada 29 Julai lalu, Ling, 67, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.
Mengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 418 Akta Kanun Jenayah dan beliau juga diberi pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, akta yang sama.
Ling, diiringi oleh dua anknya serta isteri, Toh Puan, Ena Ling di mahkamah hari ini dan berkata beliau mahu membersihkan namanya di mahkamah.
'Did my son beg for mercy before being shot?'Aidila Razak
Nov 29, 10
12:26pmShare 11There is nothing that she wants more than to see the person who killed her child be hauled up to court to face justice.
But for now, Norhafizah Mad Razali (left in pix) just cannot help thinking of her son's last moments before he was shot dead by police.
"I keep thinking what he was thinking, how he felt before the fatal shot. Did he plead for mercy? Was he crying in pain?" she said in tears, while her husband, Shapiei Zainal Abidin who in spite of his own wet eyes tried to offer comfort.
Their son, Mohd Shamil Hafiz Shapiei, was shot dead about 4am on Nov 13 on a street in Glenmarie in Shah Alam, Selangor. He was about a week away from turning 16.
He was shot once in the chest and in the middle of his forehead, an image which will not leave his parents' minds.
"Call it a mother's instinct...I don't know how or why, but the words just slipped out of my mouth when I saw his body: 'He has been murdered'," she said when met at the low-cost flat where they live in Kota Damansara.
The police have claimed they fired in self-defence, as Mohd Shamil and two others - Mohd Hanafi Omar (right), 22 and Hairul Nizam Tuah, 20, said to be from Cheras - had allegedly charged at police with machetes after attempting to rob a petrol station.
All three sustained similar gunshots to the chest and head, with Hairul Nizam also shot at the side of his head while Mohd Hanafi was shot at the top of his head.
All the bullets passed through the bodies, with exit wounds on Hairul Nizam's body at a lower part of his head and torso compared to the entry wound.
Headlines immediately after the incident screamed 'Teen Terrorist', with reports quoting the police as saying that Mohd Shamil was a seasoned criminal and a ringleader of Geng Minyak- a gang that had been targeting petrol stations across the Klang Valley.
If the manner in which the youths were shot dead was not enough to raise their suspicion, it was the police statements which have steeled the families' resolve to get more answers.
Hairul Nizam's sister Norliza Tuah took her concerns to their parliamentarian R Sivarasa (left) of PKR.
"I kept thinking of the way he was shot. The trajectory of the bullet (evident from the wounds) makes it seem like he was shot from a higher point. Did the police climb a tree to shoot him?
"My brother was afraid of the police and refused to drive if he didn't have his driver's licence on him because he was afraid of getting caught. How could he have charged at police with a machete?
"And where is this machete? I want to see it. We have not been shown anything that was found on (the deceased) and the police kept asking us what colour his helmet is, but he left his helmet at the cyber cafe."
Fourth person involved?
The helmet and the keys to the Hairul Nizam's motorcycle had been passed to Norliza on the morning of Nov 13 by his friends who had waited for him to return to the nearby cyber cafe where they were.
The friends told her that Hairul Nizam and Mohd Hanafi were there at 3.30am that day when someone in a Proton Waja - she does not know who - stopped by the cyber cafe and invited them out for supper.
"(Hairul Nizam) asked his friends to wait for him and said he would be back in a short while. They waited until morning but he never came back," she said.
The last time Norhafizah saw her son was at around 2.30am, when he came to the tomyam stall which she operates next to the flats.
"He always hung around with other youths who live here and played checkers. His father saw him at around 3am," she said.
Although only 15, Mohd Hafiz had much time on his hands as he was no longer attending school, having dropped out of Tahfiz (religious) school last year.
Norhafizah said he was not academically inclined and that he had asked her to search for a place for him to take up vocational training.
The teen's absence was noticed early in the morning as he has not returned home - something he had never done before.
"His sister was receiving an award for academic excellence (on Nov 13) and he told me he wanted to go to the ceremony. I called him several times but his phone was turned off," she said.
No drugs or alcohol found
Answers, albeit vague, were found in the morgue of Tuanku Ampuan Rahimah Hospital, where forensic pathologist Khairul Azman Ibrahim informed them of their worst nightmare.
"We asked the police officer who was there to tell us more but he only said that he was not at the scene of the incident. No one could answer us properly," said Norliza.
But what they did find out was that none of the youths were under the influence of drugs or alcohol when they died, leaving question marks over why they would charge at armed officers with machetes.
Just like slain teen Aminulrasyid Amzah's (right)family, who had in vain sought an apology from the police for labelling the 14-year-old a criminal, these families too cannot fathom that the youths were involved in criminal activity.
Also on their minds is the identity of the mysterious fourth person in the Proton Waja, in which police said the youths had sped off.
"That is for the police to find out, I don't want to speculate. I just want justice for my son, for my children," Norhaliza said.
Her second son has been taunted by his peers who have been telling him that his brother was a criminal, while her four-year-old is now asking his parents to buy him a gun.
"The little one keeps asking us where his brother is, and when we don't answer he says, 'He is dead, shot by police...police are bad'," she said.
More than clearing the name of their loved one, Hairul Nizam's family also wants this to be the case that changes the way police conduct operations.
"Someone has been charged in the Aminulrasyid case…(but) there is still something wrong with the system in which the police operate.If this could happen to our family, it could happen to another family too.
"Maybe the real Geng Minyak is still out there and my brother was the scapegoat," Norliza (left in pix) said.
The family has since filed a police report about their suspicion over the shooting.
An emergency motion on the issue, which Sivarasa attempted to raise in Parliament on Thursday, wasrejected.
Mohd Hanafi's family filed a similar police report today.
Senior Shah Alam police officers could not be contacted for a response.
(Pakatan 3A-Anwar-Azizah-Azmin bercita-cita mendirikan Dinasti Anwar berdasarkan konsep Ketuanan Anwar yang didakwa makhluk anugerah tuhan)
Salam 2 all.
Teman melihat respon kepada cubaan Pakatan 3A-Anwar-Azizah-Azmin mempertikai konsep Ketuanan Melayu sudah makan tuan. Desakan semakin kuat supaya Pakatan 3A ini mengembalikan semua pingat dan darjah kebesaran yang telah dianugerah oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka; dan supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka!
Pada teman, Pakatan 3A ini pada teman adalah spesis yang sengaja memilih memutarbelitkan konsep Ketuanan Melayu untuk kepentingan politik sempit mereka. Isunya bukan soal ekonomi atau kekayaan, walaupun mereka bertiga antara yang paling banyak mendapat menafaat dari konsep Ketuanan Melayu semasa memegang tampuk kekuasaan didalam UMNO dahulu.
Konsep Ketuanan Melayu bermakna negeri yang dahulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ini adalah dibawah pemerintahan, kedaulatan dan naungan Raja-Raja Melayu. Itu sahaja. Dan bagi maksud itu, Perlembagaan memberi hak dan keistimewaan kepada Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan umat Islam.
Tidak timbul soal bangsa Melayu lebih superior dari bangsa lain. Ini adalah kerana dengan sifat kemurahan dan bertolak ansur yang sangat tinggi bangsa Melayu, kita menganggap kaum lain adalah sama dengan kita, sebab itu kita berikan mereka kewargenegaraan. Pemberian kewarganegaraan itu satu pengiktirafan dari bangsa Melayu bahawa kaum lain adalah rakanwarga kita. Tetapi kedudukan Kesultanan Melayu dan hak istimewa bangsa Melayu tetap dipertahankan. Itu sahaja.
Kalau dilihat dari segi ekonomi dan kekayaan, ianya adalah pengetahuan umum bahawa kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina yang menguasai kekayaan negara. Mereka menguasai hampir semua industri dan perdagangan dalam negara ini. Barisan individu terkaya di Malaysia, teramsuk disenaraikan diperingkat dunia adalah kaum bukan Melayu. Jadi tidak timbul soal bangsa Melayu lebih superior daripada kaum bukan Melayu dalam negara ini!
Yang memutarbelit dan mempolitikkan konsep Ketuanan Melayu ini adalah Pakatan 3A ini. Cita cita dan nafsu mereka sebenarnya adalah untuk mendirikan Dinasti Anwar dengan konsep baru Ketuanan 3A. Sebab itulah Azizah mengisytiharkan "Anwar adalah anugerah tuhan untuk memimpin mereka!!".
Dan itulah yang terbukti apabila kita melihat segala penipuan, penyelewengan dan putarbelit serta pembohongan yang berlaku semasa proses pemilihan PKR baru-baru ini. Insiden yang membuat rakyat terbuka mata. Semuanya dilakukan untuk memastikan Dinasti Anwar tercipta dengan nyata dalam PKR. Apabila Anwar menjadi Ketua Umum (tanpa perlu bertanding jawatan yang tidak ujud sebab dia dianggap anugerah tuhan), Azizah yang menang free (kerana dia isteri makhluk anugerah tuhan ini), Azmin (anak emas yang menang dengan bantuan manusia anugerah tuhan ini), dan Nurul Izzah (anak sulung Dinasti Anwar ini).
Lengkap sudah Dinasti Anwar didalam PKR. Kini mereka mahukan Dinasti Anwar memerintah negara ini pula berdasarkan konsep Ketuanan 3A. Itulah cita-cita dan nafsu serakah mereka. Untuk apa mereka begitu ghairah mahu memerintah, wallahua'lam, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Tetapi apa yang jelas, bagaimana rosaknya UMNO dahulu kerana mereka, bagaimana rosaknya PKR sekarang kerana mereka, begitulah kelak akan rosak negara kerana Pakatan 3A ini. Sebab itu adalah menjadi tanggungajawab bagi semua rakyat yang cintakan negara ini menghalang mereka - saya ulangi, kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib menghalang orang gila daripada berkuasa!!
Adios amigos, wassalam.
Zulkifli Bin Noordin Rabu 24 Zulhijjah 1431 01 Disember 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Pandangan dua tokoh akademik negara mengenai isu Ketuanan Melayu yang disiarkan oleh media hari ini 01.12.2010)
PUTAR BELIT ISU KETUANAN MELAYU UNTUK KABURKAN CITA-CITA KETUANAN 3A
Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu. "Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya. Shamsul mengulas kenyataan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu. Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'. Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, Shamsul berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini. Katanya, Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Menurut beliau jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.
Kesan buruk "Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya. Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum. Sementara itu bagi pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara,. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. "Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya. Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum. "Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. - Bernama
("Kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-mereka yang mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A)
Salam 2 all.
Teman tertarik dengan titah Paduka Tuanku Sultan Selangor baru-baru ini melahirkan perasaan dukacita dengan sikap biadap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dalam negara ini. Institusi yang sudah dimartabatkan didalam Perlembagaan Negara itu kini menjadi bahan cemuhan dan diperkecilkan oleh segelintir petualang dan pengkhianat dikalangan bangsa Melayu sendiri!
Kebetulan semasa ucapan penutup Kongres PKR di Petaling Jaya Ahad lepas, Pakatan 3A iaitu Anwar, Azizah & Azmin berserta konco dan balaci mereka telah secara terbuka mempertikai institusi Ketuanan Melayu dan secara terbuka mengisytiharkan untuk memansuhkannya. Malahan Anwar dipetik oleh sebuah akhbar Cina tempatan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada ahlul cauvinis dan rasis Lim Kit Siang jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum! Bertambah parah apabila Azizah mengisytiharkan Anwar sebagai "anugerah Tuhan untuk memimpin negara!!".
Pada teman ini adalah cakap-cakap orang yang sudah desperado, yang sudah hilang kewarasan akal fikiran; pendek kata mereka sudah gilakuasa! Dalam menghadapi kemelut parti yang kian hancur, dalam menutup kelemahan peribadi dan "penyakit politik" yang dihadapi, mereka bisa melakukan apa sahaja demi survival politik dan gilakuasa mereka! Putrajaya at all cost!! Menggunakan politik sumbang pembohongan dan cakap tidak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan diri ke Putrajaya!!
Pada teman, Pakatan 3A ini serta konco dan balaci mereka adalah orang yang paling tidak layak nak bercakap mempertikai institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu. Semasa dipuncak kuasa didalam UMNO, Anwarlah antara pelopor kepada konsep Ketuanan Melayu. Dialah juaranya, dialah championnya. Konsep Ketuanan Melayu dicanang dan dikompang sebegitu rupa, sehingga ianya menjadi agenda besar mereka semasa bersemayam dipuncak kuasa.
Dan dengan paluan gendang Ketuanan Melayu, ramai rakan, teman, kroni dan ahli keluarga yang telah meraih keuntungan dan menafaat yang yang tiada taranya. Kita masih ingat budaya "pink form" dizaman Anwar menjadi Menteri Kewangan UMNO dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri UMNO. Ramai rakan taulan, kroni dan teman Anwar yang menjadi kaya raya kerana anugerah "pink form" ini. Ini terbukti apabila meletusnya perang kroni pada tahun 1996-1997, dimana Anwar, yang sudah tidak sabar untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, menyerang Tun Mahathir menggunakan isu kroni & nepotisma, dan Tun Mahathir membalas dengan mendedahkan senarai rakan, teman dan kroni Anwar yang mendapat limpah rahmat agihan kekayaan negara dari dasar "pink form" yang dipelopori Anwar menggunakan slogan Ketuanan Melayu!
Malahan teman masih lagi menyimpan beberapa dokumen yang membuktikan betapa kaya dan mewahnya golongan rakan, teman dan kroni pada masa itu. Ada diantara mereka, yang walaupun gaji dan pendapatan hanya seciput, tetapi mampu membeli perabut kulit yang diimpot dengan harga dan nilai ratusan ribu untuk menghiasi rumah mewah yang tersergam indah!!
Dan ini golongan yang hari ini mempertikai dan memperlekeh institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu! Sesudah mereka membuncitkan tembolok dan memenuhkan kantung dengan kompang Ketuanan Melayu, hari ini mereka menjadi saperti "anjing yang dilepaskan dari tersepit, menggigit kembali orang yang melepaskannya!".
Tidak cukup dengan menghina dan memperlekeh institusi yang memperkayakan mereka, kini mereka menambah penghinaan itu dengan mahu melantik jantan paling cauvinis dan rasis untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jika mereka memerintah negara ini! Pengumuman Anwar bahawa Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah satu penghinaan besar kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS. Nama Tuan Guru langsung tidak pernah disebut sebagai pemimpin yang berkelayakan.
Teman tahu Anwar memang cukup fobia dengan ketrampilan Tuan Guru dengan serban dan jubahnya, dengan ayat Quran dan hadis yang tidak pernah lekang dari mulut. Ini politikus kekampungan bagi Anwar, tidak layak disebut pun untuk memimpin. Sungguh malang bagi Tuan Guru Haji Hadi yang dipandang hina begitu rupa. Dan lebih malang bagi Tuan Guru Haji Hadi kerana terdapat segelintir pak jangoat dikalangan beliau yang kiblat sujud mereka adalah kepada Anwar bukannya Tuan Guru. Golongan yang menjulang Anwar tetapi menendang Tuan Guru sendiri! Bertambah naiklah tocang Anwar dan Pakatan 3A. Lim Kit Siang dicanang sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri, Tuan Guru dan PAS ditunggang dan diperkuda tanpa penghormatan sama sekali!
Ada pengikut pemimpin "anugerah tuhan' ini berkata, mengapa isu ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dibangkitkan hari ini! Sedangkan dahulu institusi Raja-Raja Melayu dihina. Cuma teman nak peringatkan sikitol yang bercakap itu, siapa dia dalang UMNO pada masa itu yang menghina institusi Raja-Raja Melayu itu. Siapa dalang yang beriya-iya membawa keris UMNO mengamuk sakan semacam Hang Musibat untuk menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an! Padanlah Tun Mahathir kata "Melayu mudah lupa", kerana ada orang yang buat-buat gila lupa seolah-olah tidak ingat siapa dalang dan petualang itu! Kini sebaliknya cuba menuding satu jari kepada orang lain, sedang tiga jarinya menuding ke diri sendiri!!
Bagi teman, kalau Pakatan 3A ini benar-benar ada maruah, dan ada harga diri, teman cabar mereka supaya memulangkan kembali kesemua anugerah pingat dan darjah kebesaran yang di anugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka selama ini. Mereka adalah orang yang paling tidak layak untuk terus bermuka-muka dan bermegah-megah dengan darjah kebesaran yang dianugerah oleh Raja-Raja Melayu, tetapi diwaktu yang sama memaki hamun dan memperlekeh insitusi Ketuanan Melayu.
Janganlah jadi saperti anjing yang menggigit tangan tuan yang memberinya makan! Kalau ada maruah, kalau ada harga diri, teman cabar mereka supaya serahkan kembali anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu itu. Dan kesemua macai dan balaci Pakatan 3A ini juga sepatutnya melakukan perkara yang sama. Kalau kamu semua mahu bersekongkol dengan Pakatan 3A ini mempertikaikan insititusi Ketuanan Melayu, memperkeleh institusi Raja-Raja Melayu, maka kembalikan semua anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu kepada kamu!
Malahan Anwar lebih-lebih lagi sepatutnya memulangkan darjah kebesaran yang diberi Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau. Sebagai seorang bekas banduan, yang pernah dihukum penjara atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar sepatutnya sedar diri bahawa untuk dia terus bermegah dengan darjah kebesaran anugerah Raja-Raja Melayu itu adalah satu penghinaan besar kepada institusi Ketuanan Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu. Darjah kebesaran Raja-Raja Melayu tidak sepatutnya digunapakai oleh golongan saperti ini. Apatah lagi kini Anwar sedang berdepan dengan pertuduhan meliwat kakitangan beliau sendiri. Pekerja yang beliau bayar gajinya mengadu diliwat oleh Anwar.
Ditambah pula dengan dua orang bekas pembantu khas Anwar yang membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk digunakan oleh Anwar dalam pembelaan kesnya meliwat staf dia sendiri Saiful Bukhori. Akuan Sumpah palsu yang antara lain cuba memalukan YAB Perdana Menteri dan isteri. Kini semuanya terbongkar! Kalau Anwar seorang yang ada maruah, kalau Anwar seorang yang ada harga diri, teman cabar Anwar supaya kembalikan pingat dan darjah kebesaran yang diberi oleh Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau! Janganlah insitusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu terus dihina dengan permasalahan peribadi yang beliau hadapi!
Dan kepada pengikut taksub Pakatan 3A ini, teman ingin memetik peringatan wakil AMK saudara K.Subramaniam semasa berucap dalam Kongres PKR Sabtu lepas, "sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".
Jadi kepada mereka yang masih taksub mengikut Pakatan 3A ini, teman berseru gunakanlah akal yang dianugerah ALLAH, berfikirlah dengan waras, apakah kepimpinan Pakatan 3A ini benar-benar "anugerah tuhan untuk memimpin kamu", apakah mereka sedang melakar budaya sihat yang tidak songsang dan diluar tabi'i, dan adakah cara kehidupan dan politiking mereka tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!
Persoalan pokok yang kamu para macai dan balaci wajib tanya ialah, "adakah Pakatan 3A ini mempertikaikan Ketuanan Melayu kerana mereka mahu mengujudkan Ketuanan 3A dinegara ini!!". Dari apa yang teman lihat, itulah yang diimpikan oleh Pakatan 3A ini, itulah cita-cita mereka, mereka mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A!! Sebab itu teman membuat seruan, "kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-orang yang bercita-cita mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan diganti dengan Ketuanan 3A !!". Tepuk dada tanyalah keimanan masing-masing.
Wassalam, adios amigos. Grasias & jazakallah.
Zulkifli Bin Noordin Selasa 23 Zulhijjah 1431 30 November 2010
Kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) hari ini sekali lagi digesa untuk memastikan konsep pengswastaan tidak membebankan rakyat dan bukan hanya menguntungkan syarikat kroni.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada konsesi air yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) di Selangor sebagai contoh jelas bagaimana rakyat Selangor di paksa membayar harga tinggi untuk air ketika negeri itu di bawah pimpinan Umno.
“Naik 31 peratus satu tahun. Kalau Pakatan Rakyat tidak menang harga air di Selangor naik 31 peratus. Ini yang dihalang oleh kerajaan Pakatan Rakyat, menteri jawab, ini terma dalam perjanjian. Saya setuju. Sebab itu kita katakan kita berunding semula dan minta SYABAS mengambilkira kepentingan supaya jangan dibebankan. Bukan isu nak tolak, nak rombak perjanjian syarikat itu, tidak,” katanya.
Kerajaan Persekutuan Umno-BN setakat ini enggan menarik balik konsesi yang diberikan kepada SYABAS sungguhpun syarikat itu melanggar terma-terma kontrak dan berkeras untuk menaikan harga air.
Ahad ini, warga Selangor akan keluar beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di pertuan Agong untuk menuntut supaya kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari SYABAS.
“Syarikat Kerajaan Negeri Selangor punya ekuiti. Benar, tetapi yang menentukan dasar pengeluaran ini ialah SYABAS dengan ‘golden share’ kerajaan persekutuan. Saya pernah jadi Menteri Kewangan jadi saya tahu apa dia ‘power of golden share’.
‘Jadi untuk ahli parlimen BN macam tak tahu langsung, itu tak betul. Tak berlandaskan fakta asas dalam membicarakan isu diparlimen ini. Yang dibantah kerajaan Negeri Selangor ialah kenaikan keterlaluan. Bukan naik dua, tiga peratus setahun naik 31 peratus,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Anwar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yakin dapat menawarkan bekalan air pada harga yang lebih rendah jika diberikan peluang menguruskan perkhidmatan air negeri itu.
“Kerajaan Negeri Selangor mengatakan mereka berupaya mendapatkan pinjaman, menguruskan syarikat ini dengan menjamin kos yang jauh lebih rendah.
Bagaimana kita jamin kos lebih rendah. Tentukan ada tender yang telus dan terbuka. ini akan menjamin kos yang rendah. pokoknya kerajaan negeri selangor tidak menaikkan tarif kerana ini akan membebankan jutaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah,” jelasnya lagi.
Anwar kesal dengan tindakan kerajaan persekutuan yang mempunyai agenda tersendiri apabila terus melindungi kepentingan SYABAS dan bukannya kebajikan rakyat di Selangor.
Saya harap menteri berlaku adil dalam hal ini dan terbuka dan telus. perbincangan sudah dua tahun. Kerajaan persekutuan berikan tawaran tidak munasabah kerana kawalan masih pada syarikat dan tidak ada jaminan tentang harga yang berpatutan kepada rakyat Selangor, hujahnya.
Menurut beliau, selain SYABAS di Selangor, syarikat yang menjadi penjana letrik bebas atau IPP juga mengaut keuntungan yang keterlaluan sehingga memberi kesan kepada prestasi Tenaga Nasional Berhad.
“Prinsip penswastaan harus dilakukan secara telus. Pengalaman kita denga IPP menunjukkan kos meningkat, subsidi kepada sayrikat meningkat dan jawapan di parlimen soalan yang kita bangkitkan dijawab dengan remeh dan hambar. Kita minta apa kerugian dan masalahnya ini untuk kerajaan melihat semula perjanjian itu kerana perlaksanaannya itu jelas merugikan negara,” tambah Anwar.
Anwar kesal kerana segala gesaan rakyat mahukan Umno-BN untuk mengkaji semula kontrak IPP tidak diendahkan.
“Kita minta bukan merungkai syarat perjanjian. Tetapi memberikan ruang supaya mempertahankan kepentingan pengguna. Saya dengar ucapan ahli-ahli parlimen Umno dan MIC maklumat tidak tepat. Bukan nak batalkan semuanya. Soalnya ialah kenaikkan harga yang tidak dapat dipertahankan dan menjadi beban kepada pengguna,” kata bekas Menteri Kewangan itu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memberi subsidi Petronas kepada syarikat konsesi penjana kuasa bebas (IPP) sebagai membelakangkan rakyat.
Anwar ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat berkata, subsidi sebanyak RM15.1 bilion berbanding subsidi minyak kepada rakyat yang hanya sebanyak RM11 bilion jelas tidak munasabah.
“Subsidi kepada IPP RM15.1 bilion, subsidi kepada rakyat hanya RM11 bilion. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan?” katanya yang juga ketua pembangkang di Parlimen, semalam.
Anwar turut mempertikai dasar penswastaan yang dilihat hanya memberi kepentingan kepada syarikat konsesi yang sedia kaya, sehingga kerajaan tidak berupaya untuk mengkaji dan membuat runding semula perjanjian yang termeterai.
“Kita tidak menentang penswastaan tapi perlu lihat kesan tarif dan kerugian kepada negara dan juga kepada Petronas ekoran keengganan kerajaan mengkaji dan runding semula dengan syarikat konsensi IPP. Sikap yang sama dilihat dalam isu air di Selangor,” kata beliau.
Dakwa beliau juga, kerajaan seolah-olah tidak mempunyai keupayaan untuk mengkaji dan mengadakan runding semula semua perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar mengkaji semula perjanjian dengan IPP dan juga syarikat konsesi air agar rakyat tidak terbeban dengan dasar penswastaan berkenaan.
Dalam pada itu, Anwar turut membidas P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) yang tidak memihak kepada pengundi Hulu Selangor kerana menyokong tindakan Syabas yang berhasrat menaikkan taraf air sebanyak 31 peratus.
Sebelum itu, usul memotong gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dikemukakan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor), namun tidak dipersetujui wakil Barisan Nasional.
Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah suatu topik yang banyak dibincangkan, namun tidak merojok kepada peruntukan-peruntukan yang ada didalam Perlembagaan Malaysia. Justeru, perbincangan-perbincangan itu lebih berkisar kepada emosi dan lari dari landasan undang-undang serta
menimbulkan kontrobesi yang boleh menggugat perpaduan kaum.
Politikus-politikus Melayu khususnya dari UMNO menjadikan peruntukan-peruntukan yang tidak jelas didalam Perlembagaan Malaysia sebagai satu “ransom” untuk membuat dan mendapatkan sesuatu seperti lesen-lesen, permit-permit dan peluang-peluang.
Orang-orang bukan Melayu pula beranggapan bahawa orang-orang Melayu sudah diberikan keistimewaan yang tidak diperolehi oleh mereka dan menganggap “keistimewaan” ini sebagai diskriminasi terhadap mereka.
Melayu dan bukan Melayu berbalah diatas perkara yang tidak ada, yang jelasnya Melayu atasan bersekongkol dengan bukan Melayu atasan mengaut harta kekayaan Negara untuk kepentingan mereka.
Sebenarnya, apa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Malaysia mengenai “Hak Keistimewaan Orang Melayu” itu adalah peruntukan umum dan tidak berbentuk khusus, dan tidak mutlak.
Mendiang Tun Tan Siew Sin, didalam Majlis Permesyuaratan pada tahun 1956 menyatakan seperti berikut:
“Pertamanya, prinsip berhubung dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu telah pun diperuntukkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Orang-Orang Melayutidak perlu dikehendakii melepaskan apa yang telah mereka ada seperti juga mereka tidak mengharapkan masyarakat lain itu melepaskan hak-hak yang ada pada mereka…”
Kedudukan untuk Orang Melayu yang tidak perlu dilepaskan oleh Orang-Orang Melayu adalah seperti berikut:
1. Tanah Rezab Orang Melayu
Perkara 89 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa jika mana-mana tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rezab orang Melayu sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi rezab orang Melayu……dengan proviso bahawa tanah seluas itu perlu diganti jika tanah rezab Melayu itu digunakan untuk lain-lain tujuan, dan tanah-tanah yang direzabkan ini tidak boleh melebihi tanah-tanah yang diberikan kepada umum.
Tanah untuk Rezab Melayu ini sesungguhnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang diberikan kepada umum, sebagai contoh tanah-tanah yang diberikan kepada Guthrie, Sime Darby, Harrison & Crossfield sahaja sudah jauh…jauh lebih besar dari tanah Rezab Melayu.
Di Semenanjung Malaysia, tanah orang-orang Melayu hanyalah ada 37% sahaja berbanding dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang bukan Melayu/bukan warga Negara sejumlah 63%.
Tanah-tanah Rezab Melayu ini sebahagian besarnya berada di luar bandar dan nilai ekonominya tersangatlah rendah jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang dimiliki secara “geran putih” (suatu deskripsi untuk pemilikan bebas).
Jika untuk tujuan mendapatkan modal dari institusi-institusi kewangan, tanah-tanah ini diberikan nilai yang sangat kecil dan tidak semua bank yang boleh menerimanya sebagai kolatoral. Begitu juga jika didirikan bangunan-bangunan diatas tanah-tanah itu, nilai bangunan itu jauh lebih rendah dari tanah-tanah yang lain.
Ini membawa erti bahawa Tanah Rezab Melayu ini hanyalah memberikan pemilikan kepada orang-0rang Melayu namun nilainya amatlah rendah. Tetapi telah berlaku penyelewengan bahawa Tanah Rezab Melayu ini telah dilepaskan Rezabnya tetapi tidak digantikan oleh pihak Kerajaan dengan keluasan tanah yang sama untuk direzabkan.
2. Perkara 153 – Perbezaan Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit, dsb untuk Orang Melayu
Perkara inilah yang disibukkan oleh pemuka-pemuka Melayu mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu. Mari kita tengok Artikel 153 ini samada ia memperuntukkan Hak Keistimewan Orang Melayu atau hanya sekadar memberikan sedikit kelebihan didalam perkara-perkara yang diperuntukkan.
Perkara ini menghendakki Yang Di Pertuan Agong menentukan perezaban bagi Orang Melayu mengenai jawatan didalam perkhidmatan awam, mengenai biasiswa, permit-permit perniagaan dan lesen-lesen dan pengrezaban untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Perkara 153 membawa maksud bahawa orang-orang Melayu diberikan perlindungan dengan perezaban berhubung dengan perjawatan didalam perkhidmatan awam (tidak termasuk swasta), biasiswa, bantuan dan lain-lain berkaitan pelajaran dan latihan, dan permit dan lesen tetapi tidak sekali-kali bertujuan mengurangkan hak, kepentingan, kedudukan dan perjawatan kaum-kaum lain.
Perkara 153 ini telah digunakan oleh UMNO/BN untuk meraih sokongan orang Melayu sehingga menjadi bahan ugutan kepada orang Melayu bahawa supaya memberikan sokongan kepada UMNO/BN seolah-olahnya jika orang Melayu itu tidak bersetuju dengan UMNO/BN hak-hak ini lucut dari orang Melayu itu, walhal, peruntukan ini telah disalahgunakan oleh UMNO/BN semata-mata untuk memperkayakan segelintir manusia Melayu; namun disalah tafsirkan oleh orang-orang bukan Melayu kononnya orang Melayu (kesemuanya) dilindungi oleh Artikel 153 ini dan menyebabkan hubungan kaum retak kerana ini.
Sebenarnya, hak keistimewaan Orang Melayu yang dilindungi oleh Perkara 153 ini tidak membawa erti besar kepada golongan terbesar orang Melayu, dan apabila dipergiatkan Dasar Ekonomi Melayu selepas 13 Mei, penyelewengan yang paling besar telah berlaku apabila segelintir manusia Melayu merompak kekayaan Negara atas nama Hak Istimewa Orang Melayu.
Melalui Dasar Ekonomi Melayu segelintir Orang Melayu berjaya menjadi jutawan dan korporat, dan kejayaan mereka itu hanyalah boleh dijadikan lambang kononnya Orang Melayu juga boleh berjaya dan boleh menjadi jutawan, walhal golongan Melayu yang ramai masih berada ditahap yang sukar dibidang ekonomi.
Hak Keistimewaan Orang Melayu telah berjaya menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai golongan kapitalis dan korporat untuk dibanggakan kononnya itulah pencapaian bagi orang-orang Melayu.
Perkara 3 didalam Perlembagaan Malaysia
Perkara ini memperuntukkan kedudukan Ugama Islam sebagai Ugama Persekutuan yang tidak membawa erti bahawa Islam itu menjadi ideologi atau pegangan Negara.
Dengan peruntukan Artikel 3 ini tidak membawa erti bahawa Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang berpandu kepada Quran dan Hadith, tetapi kekal sebagai Negara sekular seperti yang dinyatakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj seperti berikut: “Saya suka menjelaskan bahawa Negara ini bukanlah sebuah Negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya, kita cuma memperuntukkan Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi Negara”.
Dan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 menerima memorandum dari Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) berbuynyi:
“Agama bagi Malaya adalah Islam, kepatuhan kepada prinsip ini tidaklah menjadikan halangan kepada orang-orang bukan Islam bagi menyibar dan mengamalkan Agama mereka dan tidak boleh ditakrifkan bahawa Negara ini sebagai Negara bukan sekular”.
Bahawa Negara ini adalah Negara sekular adalah jelas dan tidak perlu diperjelaskan, maka jika UMNO mengatakan bahawa Negara ini adalah Negara Islam dan bukan Negara sekular, UMNO hanya bermaksud memperbodohkan Orang Melayu untuk meraih sokongan politik semata-mata.
Perkara 152 – Kedudukan Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) adalah diperuntukkan dibawah Perkara 152 Perlembagaan dan tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa yang lain. Artikel ini adalah jelas mengenai kedudukan Bahasa Melayu.
Perkara 32, 33, 38 – Kedudukan Raja-Raja Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong diperuntukkan didalam beberapa Peruntukan termasuk sabitan kuasa-kuasa didalam pelbagai bidang, Perkara 32 memperuntukkan kedudukan Kepala Utama Negara Bergelar Yang di Pertuan Agong, Perkara 33 jawatan Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Perkara 38 peruntukan mengenai Majlis Raja-Raja, peruntukan-peruntukan ini dikatakan “entrenched” dan tidak boleh dipersoalkan.
Maka, apakah yang riuh-rendah “keriau” mengenai “Hak Istimewa Orang-Orang Melayu itu” seolah-olah boleh menggugat kestabilan Negara dan perpecahan kaum?
Tiada siapa di Negara ini yang mempersoalkan peruntukan Perlembagaan mengenai kedudukan Orang-Orang Melayu; Parti Keadilan Rakyat bersama sekutunya PAS dan DAP telah menandatangani suatu Memorandum Bersama bahawa parti-parti itu mempertahankan semua peruntukan bersabit kedudukan Orang-Orang Melayu khususnya mempertahankan peruntukan-peruntukan mengenai Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang-Orang Melayu.
Hanya UMNO yang pernah menggugat Peruntukan Perlembagaan mengenai Raja-Raja Melayu apabila parti itu berjaya mengurangkan Kuasa-Kuasa Raja dan menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu didalam episod Pindaan Perlembagaan yang menggoncangkan kesetabilan Negara.
Parti-parti Pembangkang khususnya PAS pada waktu itu mempertahankan kuasa-kuasa Raja dan kekebalan Raja-Raja. UMNO sudah ada sejarah menggugat Kuasa Raja, adakah parti itu bersedia memberikan jaminan bahawa parti itu akan mempertahankan kuasa-kuasa Raja dimasa-masa yang akan datang?
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dipotong sebanyak RM10 di atas kegagalannya menguruskan dasar penswastaan dalam sektor berkaitan.
Beliau sewaktu mengemukakan usul berkenaan berkata, menteri gagal melaksanakan tarif yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi penswastaan dahulu dan untuk mendapatkan pulangan yang telah mereka janjikan, kerajaan terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat.
“Contoh empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion,” kata beliau.
Menurutnya juga, sehingga kini masalah penstrukturan air di Selangor gagal diselesaikan kementerian berkenaan.
“Pertikaian di Selangor sehingga kini setelah dua tahun lebih Selangor di bawah Pakatan, sehingga kini persoalan penstrukturan air tidak dapat diselesaikan.
“Nyata dalam perkara ini wujud kecenderungan yang menyaksikan masalah yang terbit kerana air tidak diurus secara baik padahal Span telah diwujudkan,” katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai audit yang tidak dijalankan dengan baik menyebabkan banyak berlaku kepincangan.
“Kita masih tidak dapat melihat satu audit ke atas tadahan air yang seperti tidak diletakkan kepentingan. Semua air mentah sehingga kini tidak diurus tadbir dengan baik,” katanya lagi.
Beliau turut menegaskan sekiranya menteri masih mahu memberikan penguruskan air kepada syarikat swasta khususnya di Selangor, ternyata mereka membelakangi rakyat.
“Jika kementerian masih bertegas untuk memberi kembali hak mengurus air kepada pihak swasta khususnya di Selangor maka nyata menteri bersedia membelakangi rakyat dan tidak melindungi kepentingan umum,” katanya.
Usul itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional setelah dibahaskan.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seramai 15 orang bagaimapun bangun mempertikaikan keputusan itu bagi membolehkan undi belah bahagian diadakan.
Undi belah bahagian itu menyaksikan seramai 58 wakil BN tidak bersetuju manakala seramai 47 wakil Pakatan Rakyat bersetuju.
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.
Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.
“Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.
“Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus,” katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.
Dr Lo’ Lo’ berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020. Zon komersial sepenuhnya
Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.
Perancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).
Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.
CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.
Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.
Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan ‘memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek".
Masjid diperbesarkan
Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.
Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan ‘booth’ di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.
"Malah, masjid akan diperbesarkan," katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.
Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.
Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.
Penjara Pudu
Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.
Menurut Lo’ Lo’ lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.
“Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential,” katanya lagi.
Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
PARLIMEN KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR mengecam Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai “pelacur politik.”
Arman membuat kenyataan tersebut ekoran ucapan Dr Wan Azizah dalam kongres PKR di Petaling Jaya Sabtu lalu yang mahu orang Melayu meninggalkan konsep Ketuanan Melayu kerana ia hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja.
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, kenyataan Arman Azhar itu berupa kurang ajar dan tidak mencerminkan budaya orang Melayu.
“Arman adalah anak muda yang dayus kerana menghina seorang pemimpin wanita yang banyak berjuang untuk rakyat sejak tahun 1999.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada konsep Ketuanan Melayu. Yang ada hanyalah keistimewaan Melayu.
Tiada Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan
“Arman tolong jelaskan adakah ada konsep Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail.
Yusmadi mencabar Arman untuk mengadakan debat terbuka mengenai masa depan orang Melayu pada tahun baru ini.
“Jangan jadi dayus hanya berani kepada wanita. Dia (Arman) tidak tahu dalam Perlembagaan tidak ada Ketuanan Melayu,” tambahnya.
Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang pula berkata, kenyatan Arman itu menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pengetahuan beliau.
Katanya, Arman juga cuba mengaitkan Ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu seolah-olah dia mahu berselindung di sebalik Raja-raja Melayu.
Manakala Azan mencadangkan Perkasa memecat Arman kerana telah merosakkan imej pertubuhan itu.
“Jangan menggunakan perkataan yang tidak menentu kerana boleh merosakkan imej pertubuhan,” katanya.
GEORGE TOWN (Nov 29, 2010): Villagers of Kampung Teluk Kumbar on the southern coast of Penang island were given a reprieve today when the deadline for the demolition of their houses was extended following intervention by Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.
The demolition stands to affect over 60 villagers who live in 15 houses in the area.
Yusmadi chaired an impromptu 70-minute open dialogue discussion with representatives of developer KL Metro Development Sdn Bhd and the residents.
Also present at the meeting were the police, the Penang Island Municipal Council as well as court bailiffs.
The developer then agreed to postpone the demolition to another date pending the decision of its board of directors to a proposed compensation deal for the villagers.
Yusmadi later said the villagers were to be given reasonable time to find low-cost houses to be relocated to.
The villagers were reportedly offered compensation of RM20,000 per house, but they were not satisfied and wanted a low-cost three-room house each instead.
The families were each served with a notice to vacate their houses to pave the way for the demolition earlier this month.
KL Metro Development project manager Wong Fok Ten said the 1.6ha land located between Gertak Sanggul and Balik Pulau is to be developed into a two-block hotel with seaside chalets, and work is expected to start next year.
SEBAHAGIAN daripada penduduk kampung berhimpun di pekarangan rumah mereka di Teluk Kumbar, George Town semalam.
GEORGE TOWN – Kira-kira 60 penduduk Kampung Teluk Kumbar dekat sini menarik nafas lega apabila pemaju KL Metro menangguhkan sementara operasi meroboh kediaman mereka semalam.
Keputusan penangguhan dicapai selepas perbincangan dibuat antara pihak pemaju, penduduk kampung dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff serta Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin.
Sebelum itu, kesemua penduduk kampung keluar berhimpun di pekarangan rumah masing-masing seawal pukul 9 pagi bagi membantah tindakan pemaju daripada terus meroboh penempatan berusia lebih 100 tahun itu.
Sebuah jentera turut kelihatan di kampung tersebut termasuk kawalan ketat oleh anggota polis.
Dalam perbincangan yang diadakan selama satu jam itu, penduduk menolak tawaran yang dijanjikan pemaju sebanyak RM30,000 bagi setiap unit rumah dan mencadangkan agar digantikan dengan sebuah rumah mampu milik.
Pemuda PKR (AMK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan digantikan dengan “biasiswa rakyat Malaysia” untuk golongan mahasiswa.
Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia.
“Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri. Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia.
“Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia,” katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam kongres PKR hari ini.
Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai “penghutang” selepas mereka tamat pengajian.
“(Apabila) tamat pelajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi,” katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan.
Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai “Universiti Masyarakat”.
“Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya,” katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini.
Petang ini, secara rasminya Dr Syed Husin akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya Azmin Ali yang memenangi pemilihan bagi jawatan tersebut.Beliau memilih bersara daripada jawatan politik bagi menumpukan usaha kepada bidang penulisan dan anggo keluarganya.
Pengumuman senarai Exco AMK Malaysia yang menang pemilihan pada 27 November 2010 lepas telah menyaksikan dua calon dari Negeri Sembilan berjaya menempatkan diri.
Haji Ramlan Roes telah berjaya mempertahankan jawatan Exco dan muka baru saudara Sachinathan dari AMK Cabang Rembau terpilih sebagai anggota Exco AMK Malaysia yang baru bagi sesi 2010-2013.
Semoga dengan adanya wakil AMK Negeri Sembilan sebagai Exco akan dapat membawa suara akar umbi dan menjalankan tugas dengan amanah.
Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilhan parti itu dengan majoriti besar.
Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya awal petang ini, Azmin mendapat 19,543 undi.
Bagaimanapun jumlah undi yang diterima pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub tidak diumumkan.
Bagi jawatan naib presiden, tiga pemenangnya ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Selain Nurul yang juga anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga lagi pemenang jawatan tersebut ialah ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.
SELAYANG, 28 Nov: Kira-kira 5.3 juta rakyat di seluruh negara kini hidup di belenggu dengan keadaan yang tidak berapa selamat kerana diancam dengan berbagai tekanan.
Rententan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah dengan menggadakan program Generasi Idaman Selangor (GeMS) sebagai langkah permulaan. Menurut Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatan Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal, Insan negeri dalam sesi dailog bersama ketua-ketua kampung dan jabatan serta agensi kerajaan daerah Gombak semalam berkata, program itu merupakan satu permulaan untuk dibentangkan kepada semua yang hadir bagi bersama menangani masalah gejala sosial di negara ini. Beliau telah meminta kepada semua yang hadir untuk menyediakan pelan induk dengan isi kandungan maklumat terperinci bagi mengenal pasti punca-punca berlakunya gejala sosial, tempat sarang maksiat, pembiakan sarang penagih dadah dan sebagainya di kalangan remaja sekolah dan belia. Katanya, segala maklumat itu harus diserahkan kepada penghulu dan semua data tersebut kemudiannya akan diketengahkan kepada pegawai daerah yang dilantik sebagai Pengerusi Program Jelajah Generasi Selangor (GeMS) dan seterusnya akan dibawa ke peringkat negeri. Tamnbahnya, semua data pelan induk di peringkat kawasan dan GeMS harus dihantar kepadanya pada 15 Januari 2011 dengan hasil kerja data yang tepat, bukan sekadar cantik tetapi mahukan data yang terperinci dan sahih. "Semoga dengan pembentangan 'master plan' daripada peringkat kawasan ini kita dapat tahu berapa banyak sarang maksiat, ponteng sekolah, penagih dadah, pembuangan bayi dan sebagainya telah berlaku. "Dan hasil tersebut kita akan mengambil tindakan selanjutnya. Semoga usaha murni ini akan dapat membendung masalah gejala sosial yang semakin menular," ujarnya. Menurutnya, kerajaan negeri begitu serius untuk menangani gejala sosial dengan mengadakan berbagai program di beberapa kawasan di Selangor. Jelasnya, antaranya rakyat telah mengikuti kem motivasi pelajar, Program Tuisyen Rayat Selangor (PTRS) , Kelab GeMS IPT, kem pemulihan akhlak dan pemantapan akidah, seminar keibubapaan, kursus jati diri, ceramah dan dailog mengikut kategori usia, kem kepimpinan remaja dan belia, seminar keluarga, kursus literasi komputer, 'grooming image' dan kem bina sahsiah. Semua program tersebut, katanya diadakan untuk mendekati remaja dan belia agar mereka tidak tersasar jauh daripada landasan yang sebenar. GeMS yang diadakan semalam adalah satu 'wake up call' dan katanya bukan bererti selepas ini tiada jenayah langsung. "Saya juga ingin menyeru agar rakyat di Selangor memberi kerjasama dengan pihak bertanggungawab sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti tidak sihat wujud di kawasan sekolah dan awam. Peranan ini harus dimainkan semua pihak. "Mereka harus membuat aduan kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya agar masaalah ini dapat ditangani sebaiknya," katanya.
Syaitan pun baca Quran, dan pernah mengajar sahabat Nabi SAW baca Quran. Tak percaya ? Bolehkah kita melarang syaitan baca Quran? Professor Yahudi dan bukan Islam juga ada mengajar orang Islam baca Quran dan Pengajian Islam. Malah ramai juga orang Melayu di Malaysia dapat PhD dalam Pengajian Islam dari Professor bukan Islam di barat. Apakah hukum kita belajar Islam dari bukan Islam?
Berfikiran terbukalah wahai orang Melayu di Malaysia ini. Media, jangan takut-takutkan orang bukan Islam, dan jangan dibodoh-bodohkan orang Melayu.
Professor Meir M. Bar-Asher was born in the village of al-Rashidiyya in south-east Morocco (1955), brought up and educated in Jerusalem. He has done his academic studies at the Hebrew University of Jerusalem. His Ph.D. dissertation on early Imami-Shi`i exegesis was submitted in 1991. During his Ph.D. studies he learnt for one year in the university Sorbonne in Paris. He teaches at the department of Arabic Language and Literature at the Hebrew University of Jerusalem, and until a few months ago he was the director of the Institute of Asian and African Studies there. PROFESSOR BAR-ASHER IS AN EXPERT ON QURANIC STUDIES. http://www.paideia-eu.org/index.php?link=6&sublink=4&event=136
Ph.D. Program in Islamic Studies Assistant Director of Graduate Studies: Frank Griffel (Fall 2010) / Gerhard Böwering (Spring 2011) Teaching Group in Islamic Studies: Gerhard Böwering, Frank Griffel The Yale University Ph. D. Program in Islamic Studies is devoted to comprehensive research on the religion of Islam and to training superior students for academic careers in that field. Students accepted into the program are offered full scholarships along with a multi-year stipend. Islamic Studies is one of ten fields in the Department of Religious Studies, where students and professors researching different religious traditions interact. In addition to Prof. Gerhard Bowering and Assoc. Prof. Frank Griffel, students also have the benefit of professors in the Near Eastern Studies, History, and Political Science Departments. http://www.yale.edu/religiousstudies/fields/islamic.html
KISAH: SYAITAN PUN BACA AL-QURAN?
Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah yang menceritakan kisah yang berlaku ke atas dirinya....
"Rasulullah s.a.w telah menugaskan saya untuk menjaga zakat Ramadhan. Tiba-tiba datang seseorang lalu mengambil sebahagian daripada makanan tersebut, lalu saya menangkapnya dan mengancam untuk membawanya mengadap Rasulullah s.a.w. Ia merayu "Tolonglah, saya sangat memerlukan makanan ini, anak-anak dan isteri sedang menunggu..."
Lalu saya pun membiarkannya pergi...
Apabila bertemu Rasulullah s.aw keesokan harinya, baginda bertanya " Wahai Abu Hurairah , apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap malam tadi ?" Saya menjawab "Dia mengadu bahawa ia sangat memerlukan makanan , saya pun bebaskan kerana terlalu kesiankan dia"
Baginda bersabda "Dia berbohong, dia pasti akan datang lagi!".
Saya yakin memang lelaki itu akan datang lagi kerana Rasulullah s.a.w yang menyatakan demikian,lalu saya pun mengintip pada malam berikutnya. Lelaki itu datang lagi dan mengambil makanan. Saya menangkapnya lalu berkata "Aku akan membawamu berjumpa Rasulullah s.a.w!" Lelaki itu merayu lagi, sebagaimana kali pertama dan berjanji tidak akan datang lagi.Lalu saya bebaskannya .
Apabila bertemu Rasulullah s.aw keesokan harinya, baginda bertanya " Wahai Abu Hurairah , apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap malam tadi ?" Saya menjawab "Dia mengadu bahawa ia sangat memerlukan makanan , saya pun bebaskan kerana terlalu kesiankan dia" Baginda bersabda "Dia berbohong, dia pasti akan datang lagi!".
Saya pun mengintip pada malam berikutnya. Lelaki itu datang lagi dan mengambil makanan. Saya menangkapnya lalu berkata "Aku akan membawamu berjumpa Rasulullah s.a.w!Ini kali ketiga, aku tidak akan lepaskan kamu lagi kerana kamu berjanji tidak datang , tetapi masih datang !" Lelaki itu berkata " Aku akan ajar kepada kamu sesuatu !" Saya bertanya " Apa dia?"
Lelaki itu berkata " Apabila kamu hendak tidur, bacalah Ayat Kursi , الله لا اله الا هو الحي القيوم hingga akhir ayat , nescaya Allah sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan sekali-kali mendekati kamu sehingga pagi " Saya pun melepaskan lelaki itu....
Apabila bertemu Rasulullah s.aw keesokan harinya, baginda bertanya " Wahai Abu Hurairah , apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap malam tadi ?" Saya menjawab "Dia telah mengajar kepada saya sesuatu yang menyebabkan Allah menjaga saya, lalu saya bebaskan dia." Sabda baginda "Apa dia?"
Saya menjawab " Lelaki itu berkata , apabila hendak tidur , bacalah Ayat Kursi , الله لا اله الا هو الحي القيوم hingga akhir ayat , nescaya Allah sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan sekali-kali mendekati kamu sehingga pagi"
BAGINDA BERSABDA "DALAM PERKARA INI , DIA TELAH BERKATA BENAR WALAUPUN SEBENARNYA DIA ADALAH SEORANG YANG SANGAT SUKA BOHONG. ADAKAH KAMU TAHU SIAPA LELAKI ITU ?" SAYA MENJAWAB " TIDAK" SABDA BAGINDA "ITU ADALAH SYAITAN ! "
Nampaknya hospital-hospital di Malaysia ini bukan lagi tempat yang paling selamat. Apatah lagi yang menyebabkan ianya tidak selamat lagi ialah pengawal-pengawal keselamatan. Apa agaknye komen Awang Selamat ?
PENGAWAL KESELAMATAN HOSPITAL TUMBUK PERUT WANITA HAMIL Berita Harian 2010/11/30
MUAR: Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dekat sini, ditahan polis selepas seorang wanita mendakwa suspek menumbuknya dalam lif hospital ketika dibawa menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rawatan sakit bersalin, awal pagi kelmarin.
Wanita berusia 26 tahun itu dibawa suaminya ke hospital berkenaan sebelum pengawal keselamatan terbabit membantu menolak kerusi roda untuk membawa mangsa ke wad bersalin, sementara menunggu suami mangsa meletakkan kereta di tempat yang dikhaskan untuk pelawat.
Bagaimanapun ketika menolak kerusi roda itu, suspek dikatakan menumbuk perut mangsa berulang kali sebelum mangsa dihantar ke wad bersalin. Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa yang berusia 33 tahun mengenai dakwaan berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an itu bertindak menumbuk perut mangsa berulang kali ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke wad bersalin ketika suami mangsa tiada.
"Suami mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu membuat laporan polis dan susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, suspek akan dirujuk ke Wad Psikiatri HPSF kerana dipercayai menghadapi masalah mental.
PENGAWAL KESELAMATAN DITUDUH BUNUH DUA RAKAN SEKERJA DI HOSPITAL KLANG 2010/09/08 KLANG: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Magistret Klang hari ini kerana dituduh membunuh dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini bulan lalu. Abdul Aziz Miew Yong, 36, yang berasal dari Sabah dituduh membunuh P Mailvaganam, 47, pada 27 Ogos 2010 di perkarangan meletak kereta hospital kerajaan itu pada jam 5.45 pagi. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengawalkeselamatandituduhbunuhduarakansekerjadiHospitalKlang/Article/index_html
BARU-BARU ini saya terlihat di kaca televisyen iklan mengenai hak bukan perokok bagi ekspresi ketidakselesaan dengan perokok. Pengalaman tiga kali diserang 'samseng perokok' menyebabkan saya pesimis dengan iklan itu.
Suami saya pernah menegur perokok yang merokok bersebelahan meja ketika menikmati hidangan di sebuah restoran kerana anak kami menghidap asma. Malangnya, kami dimarahi dengan suara yang tinggi. Kejadian serupa berlaku ketika berada di premis makanan sebuah pusat beli-belah apabila perokok di sebelah meja kami ingin menyalakan rokok. Walaupun bersedia memadamkan api rokok, kami diminta berpindah ke meja lain. Lebih mengecewakan, isteri perokok berkenaan yang memakai pakaian seragam Kementerian Kesihatan langsung tidak menunjukkan sokongan kepada permintaan kami sedangkan peraturan larangan merokok dalam premis adalah jelas.
Saya dan keluarga pernah ditempelak hanya kerana menegur perokok dan saya benar-benar terkesan dengan pengalaman itu.
Mengapakah saya perlu bertolak ansur dengan perokok dan bukan sebaliknya? Dianggarkan kira-kira 3 juta perokok berbanding 27 juta penduduk Malaysia. Tetapi mengapakah 27 juta penduduk yang tidak merokok perlu bertolak ansur dengan hanya 3 juta perokok? Dengan nisbah 1 perokok kepada 9 bukan perokok, sepatutnya perokok yang malu untuk merokok dan lebih prihatin dalam kalangan bukan perokok.
Terimalah teguran dengan terbuka dan jangan mudah melenting. Padamkan rokok atau berpindah ke tempat lain yang dibenarkan merokok. Mengapa 10 orang bukan perokok perlu menahan nafas kerana kebebalan seorang perokok yang boleh mengancam nyawa pesakit mengalami komplikasi sistem pernafasan.
Saya berpendapat perokok bertambah berani kerana tiada ketegasan daripada pihak berkuasa menangani perokok dan pemilik premis yang tidak memastikan undang-undang dipatuhi. Malah, perokok pula enggan bertolak ansur.
Pihak berkuasa perlu mempunyai pendirian tegas dan bukan terumbang-ambing seperti lalang jika serius ingin menangani isu ini. Buatlah kaji selidik berapa ramai terpaksa bertolak ansur terhadap perokok bertahun lamanya dalam bangunan dan tempat awam.
Undang-undang hanya tinggal tulisan tanpa tindakan menguatkuasakannya. Jika perlu undang-undang digubal bagi mengenakan tindakan sama terhadap pemilik bangunan yang membiarkan perokok berleluasa.
Sudah tiba masanya bukan perokok bangkit mempertahankan hak untuk mendapatkan udara bersih serta bebas di semua tempat. Pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menjadikan ia kenyataan.
Pemimpin negara Amerika Syarikat , Presiden Barack Obama telah mendapat kecederaan agak serius ketika bermain bola keranjang dengan rakyatnya. Bibir beliau disiku dan terpaksa menerima 12 jahitan. Adakah pemain yang mencederakan Barack Obama selepas itu dimarahi, dipecat, dipukul, dibunuh, dimaki hamun, disaman ? Tidak ! Malah rakyat yang menyiku Obama tidak meminta maaf pun, kerana katanya ini ialah adat permainan.
Obama cedera disiku main bola keranjang Berita Harian 2010/11/28
OBAMA memegang kain putih untuk disapu pada bahagian berdarah di bibirnya selepas kena siku bermain bola keranjang.WASHINGTON: Rumah Putih melaporkan bahawa Presiden Barack Obama menerima 12 jahitan pada bibirnya selepas mengalami kecederaan ketika menyertai satu permainan bola keranjang.
Setiausaha akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs, berkata Presiden Amerika Syarikat itu secara tidak sengaja kena siku seorang pemain dalam kejadian semalam. Presiden Amerika itu menerima jahitan daripada doktor di tingkat bawah kediaman rasmi beliau. Obama dilaporkan bersama sekumpulan ahli keluarga dan rakan ke Fort McNair awal pagi untuk menyertai perlawanan itu.
Obama adalah seorang peminat sukan terutama meminati pasukan dari tempat asalnya Chicago dan kadang kala turut bermain golf selain permainan bola keranjang.
Rumah Putih tidak mendedahkan siapa yang menyiku Obama. Tetapi, tidak lama selepas itu, pemain bertanggungjawab membuat kenyataan.
Dia ialah Rey Decerega, pengarah program bagi Institut Kongres Caucus Hispanik. "Saya tahu pada hari ini (semalam) bahawa presiden adalah seorang pesaing yang bersemangat tinggi dan ada semangat kesukanan.
"Saya gembira dapat bermain dengannya. Saya yakin beliau akan cuba kembali semula tidak lama lagi," katanya. – Agensi
Barack Obama Gets STITCHES After Basketball Injury (PICTURES) First Posted: 11-26-10 02:51 PM Updated: 11-28-10 07:33 PM
President Obama received 12 stitches after suffering an injury during a basketball game, according to a White House statement:
"After being inadvertently hit with an opposing player's elbow in the lip while playing basketball with friends and family, the President received 12 stitches today administered by the White House Medical Unit. They were done in the doctor's office located on the ground floor of the White House."
According to a pool report, Obama received a special type of fiber that should leave a smaller scar:
The medical unit that treated Obama used a smaller filament than typically used, which increases the number of stitches but makes a tighter stitch and results in a smaller scar. Obama was given a local anesthetic while receiving the stitches. UPDATE (5:30pm ET) -- The pool report, from Roll Call's Jen Bendery, has solved the whodunnit question:
The White House announced the culprit who elbowed Obama in the lip earlier today: Rey Decerega, who is the director of programs for the Congressional Hispanic Caucus Institute.
DECEREGA SAID IN A STATEMENT THAT THE GAME WAS ALL IN GOOD FUN (AND DIDN'T APOLOGIZE):
"I LEARNED TODAY THE PRESIDENT IS BOTH A TOUGH COMPETITOR AND A GOOD SPORT. I ENJOYED PLAYING BASKETBALL WITH HIM THIS MORNING. I'M SURE HE'LL BE BACK OUT ON THE COURT AGAIN SOON," DECEREGA SAID.
All stitches were in the president's upper lip. Scroll down for photos of Obama leaving the basketball game.
Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali (gambar kanan, berbaju biru) kini mengambil alih jawatan Timbalan Presiden dalam parti daripada Syed Husin Ali, dengan 19,545 undi, menewaskan Mustaffa Kamil Ayub. Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Zaid Ibrahim menarik diri daripada pemilihan sebelum ini kerana tidak berpuas hati dengan penjalanan pemilihan parti, yang didakwa beliau tidak adil. [...]
Ini kena tanya PM, Awang Adek dan tidak ketinggallan Mufti Harussani....
Dipetik daripada Blog Malaysian Waves.
Kandungan yang sangat2 menarik bagaimana Hawaii boleh mengharamkan semua bentuk judi termasuk judi yang bersifat kebajikan masyarakat. Ertinya seluruh pulau Hawai, tiada sebuah pun kedai judi. Tapi, kalau pergi pekan Rembau, pekan Kuala Pilah, bersepah kedai judi. Tapi, di Malaysia ni ngaku Islam sebagai agama rasmi sedangkan Hawaii ni negeri bukan Islam.
Saya suka cara Hawaii mengawal aktiviti judi dalam suasana negeri tersebut bukan negeri Islam. Mereka hanya mengizinkan judi yang bersifat sosial, yakni tiada siapa yang diizinkan membuat keuntungan dari aktiviti judi sama sekali. Mengapa konsep yang sama tidak boleh dipraktikan di Malaysia?
Ke hulu ke hilir UMNO mengaku memperjuangkan Islam tapi negeri Hawaii yang kafir lebih mulia dari segi aktiviti judi berbanding UMNO.
Terdedah lagilah kemunafikan UMNO.
Di Hawaii tiada kasino, tapi di Malaysia ?
Tahukah kita bahawa kegiatan perjudian adalah diharamkan sama sekali di sebuah negeri di Amerika Syarikat ? Di Hawaii tiada satu pun kasino. Malahan kasino atas kapal pun dilarang masuk ke perairan Hawaii. Maju saja Hawaii tanpa judi. Siap ada siri TV Popular Hawaii Five O lagi. Tahu tak apa makna Five O itu ?
Five O ialah FIFTY atau Limapuluh, iaitu negeri yang ke 50 menyertai Amerika Syarikat.
Bandingkan Hawaii dengan Malaysia, tak malu ke ? Hawaii yang terkenal satu dunia tak ada kasino, Malaysia ada Genting. Hawaii tak ada kedai judi berlesen, tapi pekan kecil Kuala Pilah, pekan kecil Rembau pun ada kedai judi.
Bukan sahaja kasino tak dibenarkan di Hawaii, loteri pun tak boleh. Silap haribulan cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium pun dianggap judi di Hawaii.
TAK PERCAYA ? Buatlah search sendiri, buatlah penyelidikan sendiri.
Close your eyes and think Hawaii – endless beaches of pristine white sand, lush tropical trees, luxurious hotels, exciting evenings, world class casinos…. STOP. You'll have to backtrack a bit because the casino bit doesn't fit into the classic Hawaiian fantasy. Did you know that there are only two states in the US that frown on any form of gambling… and Hawaii is one of them?!
The State of Hawaii doesn't allow any form of games for rewards or money – and that includes bingo! And if you think the police turn a blind eye, think again. According to the state's authorities, anybody contravening these laws are up against stiff punishment. Even cruise ships with casinos on board are barred from entering Hawaii's waters.
But that's not to say that Hawaiians are living in a little gambling-free bubble. It is a known fact that hundreds of thousands of residents from the Aloha State visit Vegas casinos each year, meaning that even though they can't play on home turf, top-notch gambling entertainment is only a plane-ride away. Of course, online gambling is also an option, despite the grey area in the legality of doing so from Hawaii.
So how do Hawaiins get their gambling fix in a state that doesn't even have a lottery in place? Thankfully, what is know as social gambling is allowed in the state, as long as everyone is on level terms and the house doesn't get a cut. This gives enough leeway for impromptu social gambling games to be set up in private homes, and there are even services offered that set up a mini-Vegas in a location of your choice – as long as it in within the limits of the law.
Another thing to note is that Hawaii's flower industry is literally flourishing thanks to demand from an interesting source – Las Vegas casinos and casino cruise ships. This means that even though casinos and gambling are outlawed in Hawaii, the state is still managing to make a killing from this very industry thanks to the demand for its exotic flowers.
PETALING JAYA 29 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno menipu orang Melayu bahawa parti tersebut memperjuangkan hak serta mendakwa meningkat taraf ekonomi orang Melayu tetapi bukti menunjukkan keadaan adalah sebaliknya.Merujuk kepada laporan Parlimen (Hansard) Anwar berkata daripada lebih 60,000 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan berdasarkan pendapatan RM800, lebih 90 peratus terdiri daripada orang Melayu.
Justeru itu beliau berkata Umno berusaha menymbunyikan kegagalan dan pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu dengan memfitnah bahawa Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu sekiranya mereka memerintah.
Walaupun diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara selama lebih 50 tahun, Umno telah memungkiri janji terhadap menjaga kebajikan serta hak orang Melayu.
"Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.
"Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan Melayu," kata Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivik MBPJ petang semalam.
Berhubung barisan kepimpinan pusat parti yang baru dipilih Anwar mahu mereka berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama anggota parti untuk merealisasikan usaha parti mempertahankan hak keistimewaan Melayu.
Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.
"Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ," kata beliau lagi.
Tegas Anwar kongres yang selesai semalam adalah penting untuk membuka lebaran baru dalam memastikan usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada PRU- 13 kelak.
Hebatnya UmNo memerintah Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai mengalami kerugian defisit RM 230 juta dari tahun 2000 - 2007. Purata hutang RM28.75.
PR memerintah, defisit RM28.75 juta bertukar jadi untung dan dijangka mencapai RM 15 juta untuk tahun ini.
Pandainya UmNo memerintah, Pahang, antara negeri yang terkaya, kini hampir bankrup.
Inilah masaalah yang dihadapi Malaysia hari ini. Dalam dunia ini tidak ada yang lebih baik dari segala - galanya melainkan UmNo shj.
Harakahdaily melaporkan:
SEBERANG PRAI, 30 Nov: Sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah mengalami kerugian dan defisit yang teruk iaitu sebanyak RM230 juta dalam tempoh lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2007."Sehingga kini kerajaan terdahulu masih gagal untuk menjelaskan perkara tersebut. Hanya apabila kerajaan negeri PR memerintah barulah defisit ditukar menjadi lebihan buat kali pertamanya pada 2008," kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Majlis Angkat Sumpah Pemangku Yang Dipertua MPSP di Dewan Kenangan, di sini, pagi ini. - Hrkh [Sungaijuru.com]
Rugi 8 tahun berturut-turut. Memang hebat Orang Umno ni. Kalau kira hitung panjang setahun rugi lebih kurang RM28.75juta.
Mungkin ada yang gatai mulut akan komen kata Yang jaga MPSP tu pegawai kerajaan bukannya parti Umno. Memang depa pegawai kerajaan, tapi aku yakin sangat-sangat perlantikan depa-depa tu majoritinya mesti guna kabel Umno.
Lagi satu, antara sebab utama kerugian tu, pasai banyak melibatkan pemimpn Umno sama-ada peringkat negeri, bahagian malah sampai peringkat ketua cawangan Umno pun terlibat sama.
Mana taknya, kalau muck-up harga gila-gila, pasai nak kena bagi sikit habuan kat orang tu, orang ni. Member yang dapat kontrek takkan nak rugi, takkan depa nak bagi untungdepa kat orang. Pasai tu la harga kontrak mahal dari yang sepatutnya.
Tu belum lagi dikaji cerita pasai bangunan baru MPSP, banyak jugak cerita yang pelik aku dengar. Walaupun cerita-cerita tu masih berstatus khabar angin pasai aku pun tak rajin nak siasat. tapi macam aku selalu sebut, "kalau khabar angin pun, tapi ceritanya panjang berdepa-depa, takkan takat seinci pun takdak yang betul."
Pasai tu la, walaupun baru setahun lebih ambil alih oleh Pakatan Rakyat, MPSP mampu buat untung. Dari rugi purata RM28.75juta setahun boleh bertukar jadi untung dan tahun ni pun dijangka untung lagi sebanyak RM15.34 juta
Kalau penyelewengan dan salah guna kuasa boleh disekat memang MPSP patutnya untung, bukan rugi. MPSP bukan lekeh punya kawasan, kawasan industri pun luas. Memang tak patut sangat boleh rugi 8 tahu berturut-turut.
Pencuri tidak mengaku dia pencuri, begitu jugak dengan penyagak. Sedar tidak sedar sememangnya mereka itu pencuri & penyagak... mungkin ini yang cuba dinyatakan.
Cuba lihak satu telahan daripada Firdaus Omar, bloggers KopitiamBangNan
PKR dan PAS ni memang tak boleh harap. 53 tahun memerintah Malaysia, entah apalah yang dibuat agaknya?
Temasik sudah jadi Singapura. Diberi begitu saja kepada Lee Kuan Yew.
Pulau Batu Putih, PAS dan PKR main2 di Mahkamah Dunia (Hague) sehinggakan Singapura sekali lagi memalukan kita semua.
Persekutuan Tanah Melayupun PAS dan PKR gadaikan dan kini namanya dah bertukar kepada Malaysia.
Punyalah celaka PAS dan PKR, dipindanya perlembagaan negara pada tahun 1983 dan 93 yang melibatkan Raja-raja Melayu. Kuntut dah kuasa Duli2 Tuanku Raja-raja kita dek kerja jahat PAS dan PKR. Patutlah Sultan Selangor murka.
Entah apalah yang PAS dan PKR buat selama 53 tahun? Nama saja parti melayu dan islam. Statistik terakhir menunjukkan peratus miskin tegar negara yang paling tinggi adalah milik orang melayu rupanya. 96.7% peratus yang hidup di paras kemiskinan ialah orang melayu.
30% sasaran ekuti untuk bumiputera masih tidak upaya dicapai setelah 53 tahun merdeka. Dari RM54b ekuiti dan saham bumiputera, hanya RM2b sahaja masih kekal milik mereka. Siapa kebas? Dah tentulah PAS dan PKR.
Habis dah bahasa melayu dan Utusan Melayu ditongganglanggangkan....ini sapa punya kerja kalau bukan Anwar dan Hj. Hadi?
Siapa yang menghancurkan sistem kehakiman negara kalau bukan PAS dan PKR? DAP jangan ceritalah. PKFZ jadi rugi berbillion2 RM tu kerja sapa kalau bukan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Khalid Ibrahim yang asalnya cuma bomoh siam jadi kaya raya buat rumah sampai RM24juta. Habis diangkut bibik2 dan tukang gunting rambutnya ke Disneyland guna duit rakyat masa jadi MB. Kalau tak jatuhkan dia...habis perbendaharaan Selangor.
Sehari semalam aku boleh tulis kat sini pasal kedurjanaan PAS dan PKR. Tapi lu orang fikirlah sendiri ya...
53 tahun di bawah PAS dan PKR (walaupun baru ditubuhkan 12 tahun yang lalu), memang jahanam orang melayu. Patut sangatlah kita semua pakat2 mengundi UMNO pada pilihanraya akan datang. Itupun orang melayu tak sedar2.
Sang Wira AAAH ni kira memang nak jadi wira pun. Bukan apa, kan sang ketuanya sedang nazak selepas pembedahan jantung. Inilah peluang terbaik hendak tunjuk hero.
Common laa brother, nak tanya sikit kepada Sang Wira ini, kalaulah kedua - dua pemimpin PKR ini dikatakan sebagai pelacur politik, adakah Perkasa ini layak ataupun boleh dipanggil Gigolo Politik? Sebab? Bukankah Perkasa ini diberikan behind the scene support by UmNo?
Sang Wira Perkasa ini juga lupa, awal penebuhan Parti UmNo yang disokongnya itu, Datuk Onn Jaafar pernah mencadangkan supaya UmNo itu keahliannya dibuka kepada semua bangsa.
Agak - agaknya, Sang Wira ada atau tidak tersenarai didalam 0.4% daripada 100% orang Melayu yang berjaya. Jadi, mana perginya lagi kedudukan 96% orang Melayu yang masih berada dibawah tahap kemiskinan? Agaknya itulah kejayaan UmNo selama 53 memerintah negara.
PERKASA : DR.WAN AZIZAH & AZMI PELACUR POLITK.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.
Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".
"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu," katanya.
"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina," katanya.
Arman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.
Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.
Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.
"Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini," katanya.
Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri."Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.
PERKASA - pelacur murahan
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin membalas bidasan PERKASA itu dengan melabelkan pertubuhan pelampau Melayu itu sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan Umno.
Menurut Shamsul yang dipetik oleh TV Selangor kenyataan PERKASA itu jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.
"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.
"Perjuangan PERKASA ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publisiti murahan," kata Shamsul petang tadi.
Menurutnya, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.
Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan