PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 22 Nov 2010 03:23 PM PST Khir Toyo :Bahaya Kerajaan Suka Berbohong Posted: 22 Nov 2010 04:13 AM PST  1. Antara inti pati ucapan saya dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu ialah mengingatkan kerajaan negeri agar memberi fakta dan angka yang benar dan bukan membuat anggaran tanpa realiti. 2. Setelah saya menerangkan secara panjang lebar mengenai isu-isu dalam industri air dalam sidang Dewan Negeri Selangor, Tan Sri Khalid mengumumkan kesediaan untuk tidak mengambil sesen pun dari aset yang kononya bernilai hampir RM 10 bilion itu. Tan Sri Khalid juga dilaporkan berkata kerajaan negeri berpendapat kenaikan sebanyak 15% memadai bagi membolehkan industri air kekal berdaya saing. 3. Nah, dari tidak setuju naik langsung dan kononnya kenaikan ini agenda Barisan Nasional mengkayakan kroni, tiba-tiba Khalid bersetuju pula kenaikan 15%. Sebab itu kata orang berfikir dulu sebelum bercakap. 4. Mengenai isu air ini juga saya terbaca beberapa kenyataan kerajaan negeri yang kononnya Pakatan Rakyat mencadangkan konsensi air negeri Selangor ini diberikan kepada satu syarikat sahaja bagi menjimatkan kos. Ini merupakan satu lagi pembohongan kerana kajian untuk menstrukturkan semula industri air ini telah dilakukan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)atas permintaan kerajaan negeri sejak 2006 lagi. 5. Jika dibaca dalam artikel saya sebelum ini Sokong Penstrukturan semula air Selangor saya telah membri bukti yang jelas mengenai kewujudan kajian dan juga usaha-usaha menyatukannya (consilidation) telah dijalankan sejak 2007 lagi yakni sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih lagi. 6. Justeru amatlah aneh dan pelik sekali bila dalam risalah-risalah mengenai air yang mereka keluarkan menyatakan bahawa mereka yang mencadangkan usaha penstrukturan semula industri air ini. Malah kerajaan persekutuan juga telah merancang penstrukturan semula air ini sejak 2006 dengan menubuhkan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). 7. Kerajaan Negeri juga menyatakan saluran air dari pahang tidak perlu kerana mereka mampu membersihkan Sungai Klang. Saya khuatir jika ini juga menjadi satu lagi kenyataan "tidak boleh pakai" daripada kerajaan Selangor. 8. Membersihkan sungai Klang bukan satu kerja mudah, murah dan dapat dilakukan dalam waktu yang singkat. Sungai Klang bukan sahaja menghadapi masalah pencemaran sampah sarap tetapi juga bahan buangan klinikal, industri dan kumbahan. Ini menjadikan air sungai Klang sangat tidak selamat dan sukar dibersihkan. Sungai Thames London yang dianggap sungai mati pada tahun 50-an mengambil masa lebih 20 tahun untuk dipulihkan. Bolehkah industri bekalan air bersih di Lembah Klang mengambil masa yang sama sedangkan kajian menunjukkan kita akan menghadapi masalah bekalan air bersih pada 2014? 9. Apa akan jadi jika projek ini gagal dan dalam masa yang sama loji air Langat 2 tidak dibina? Jika dilihat banyak kenyataan kerajaan negeri yang berdolak dalik termasuk dalam isu pembersihan sungai Klang yang diuar-uar sejak dua tahun lalu, saya fikir banyak masalah akan timbul dalam beberapa tahun mendatang. 10. Dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu juga YAB Menteri Besar beberapa kali menyatakan sokongan beliau terhadap KL Greater dan Menara Warisan semasa berucap di dalam Dewan. Anehnya beberapa hari kemudian keluar pula kenyataan akhbar Pejabat Menteri Besar kononnya Tan Sri Khalid tidak bersetuju dengan pembinaan menara warisan 100 tingkat tersebut. 11. Justeru saya tertanya-tanya siapakah yang menentukan pendapat dan pandangan Menteri Besar Selangor sekarang? Tan Sri Khalid atau orang di sekeliling terutamanya Setiausaha Politik beliau. 12. Saya berharap pimpinan kerajaan negeri Selangor hari ini segera sedar bahawa mereka bukan lagi pembangkang tetapi kerajaan yang memerintah. Kenyataan dan pandangan yang dibuat harus mengambil kira fakta dan kebenaran agar kredebiliti kerajaan negeri tidak dipertikaikan. 13. Jika sesiapa yang membaca Sinar Harian hari jumaat lalu (19 November 2010) mengenai kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar bahawa pendapatan Negeri Selangor ialah RM 11 bilion dan hanya RM 600 ribu diperuntukkan kepada belanja pengurusan, ia merupakan kenyataan yang sangat mengelirukan. 14. Mengikut maklumat pendapatan tahun ini hanyalah sekitar RM 1.03 bilion (sehingga September 2010). Manakala anggaran pendapatan tahun hadapan yang dibentangkan oleh Tan Sri Khalid hanyalah RM1.43 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak RM830 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, mankala sebanyak RM600 juta selebihnya diperuntukkan untuk pembangunan negeri. 15. Justeru saya tertanya-tanya pendapatan tahun bila yang dinyatakan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 11 bilion ini dan dari mana pula datang kononnya belanjawan pengurusan hanyalah RM 600 ribu? 16. Adalah Amat berbahaya apabila pelabur dan rakyat terpaksa menunggu beberapa hari untuk melihat sama ada kenyataan awal kerajaan negeri akan berubah atau tidak dalam sekeip mata kemudiannya. 17. Lebih merbahaya jika rakyat tidak lagi boleh mempercayaai kenyataan kerajaan negeri kerana masih terbawa-bawa sikap suka memutar belit fakta dan berbohong sama seperti ketika tidak memegang kuasa dahulu. 18. Teringat saya bidalan orang tua-tua dahulu, "siakap senohong, gelama ikan duri, sikap suka berbohong, lama-lama jadi pencuri." Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Sudah Ada NGO, Individu Minat Sertai BN - Ahmad Maslan Posted: 22 Nov 2010 12:21 AM PST Link artikel: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/22/mstar_berita/20101122122831&sec=mstar_berita PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan sistem keahlian terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat menyertai parti itu
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkembangan terkini itu membimbangkan pakatan pembangkang yang mendakwa parti-parti komponen semakin hilang pengaruh sehingga terpaksa membuka keahlian terus BN. ""Kewujudan sistem keahlian itu sebenarnya menunjukkan transformasi politik yang menakjubkan dilakukan oleh Dewan Tertinggi BN. "Ini ternyata mencabar parti pembangkang berikutan langkah bernas itu mengukuhkan BN apabila mendapat sokongan rasmi dan lebih terbuka daripada rakyat," katanya. Beliau mengulas dakwaan pembangkang itu selepas Dewan Tertinggi BN pada Sabtu membuat keputusan bersetuju meminda perlembagaan bagi membolehkan sistem keahlian terus diperkenalkan berkuat kuasa serta-merta. Pindaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi membolehkan sesiapa sahaja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu. Pindaan tersebut adalah: Ahli bersekutu - sesiapa sahaja yang ingin menyertai BN boleh memohon secara terus bagi menjadi ahli bersekutu. Bagaimanapun hak dan keistimewaannya tidak akan sama seperti ahli parti komponen lain. Ahli bergabung – terbuka kepada badan bukan kerajaan (NG) dan pertubuhan politik untuk bekerjasama dengan BN. Kelab Sahabat BN – terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan BN. Kelab Rakan Muda BN – terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum menjadi pengundi. Dalam pada itu, Ahmad Maslan turut menolak dakwaan pakatan pembangkang bahawa langkah itu terpaksa dibuat kerana untuk menutup kelemahan parti komponen BN. Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang hanya remeh-temeh yang mahu menuntup kebimbangan mereka terhadap pengaruh BN di kalangan rakyat. "Kewujudan sistem keahlian itu sebenarnya menunjukkan transformasi politik yang menakjubkan dilakukan oleh Majlis Tertinggi BN. "Ini ternyata mencabar parti pembangkang berikutan langkah bernas itu mengukuhkan BN apabila mendapat sokongan rasmi dan lebih terbuka daripada rakyat," katanya. Menurut beliau, kata-kata negatif yang dilemparkan parti-parti pembangkang terutama melibatkan isu perkauman tidak lagi berasas apabila pengenalan keahlian terus lebih bersikap terbuka. "Sebelum ini ada yang mengatakan BN hanya sebuah parti untuk satu-satu kaum sahaja. Tetapi keahlian terus ini membuka penyertaan untuk semua rakyat bersesuaian dengan hasrat 1Malaysia. "Lebih ramai yang menyertai BN adalah lebih bagus kerana parti ini melibatkan semua kaum. Saya yakin kesannya akan mengukuhkan BN sekali gus menjejaskan parti pembangkang. "Apa saja tohmahan atau kenyataan mereka sekadar psikologi politik bagi menutup kebimbangan terhadap pengukuhan BN dan parti komponen," katanya. Sementara itu, rata-rata pemimpin pembangkang berpendapat, langkah itu adalah untuk menutup kelemahan parti komponen dalam BN yang semakin tidak mendapat sokongan rakyat. Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata, keputusan terbaru itu bukan satu inovasi yang perlu dibanggakan. Dalam pada itu, Salehuddin berkata, sama ada rakyat atau NGO yang mahu menyertai BN, itu terpulang kepada pilihan masing-masing. Namun katanya, perkara tersebut masih belum dapat mempengaruhi mereka untuk menyertai mana-mana parti komponen BN. "Saya juga yakin keputusan yang dibuat Najib itu tidak memberi kesan langsung kepada prestasi dan pengembangan Pakatan Rakyat," katanya lagi. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan pendekatan baru BN membuktikan parti komponennya semakin lemah dan 'longgar'. "Ia tidak menjejaskan kedudukan PKR mahu pun Pakatan Rakyat kerana kebanyakan NGO bersikap berkecuali tanpa mengira mana-mana parti, sama ada parti komponen kerajaan atau pembangkang. "Mereka lebih fokus dalam memperjuangkan nasib rakyat maka penyertaan dalam BN mungkin mempengaruhi matlamat sebenar penubuhan NGO," katanya. Bagaimanapun Mustaffa tidak menolak sekiranya terdapat NGO dengan berani akan menyertai BN atas dasar kepentingan. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata, keahlian terus sebenarnya melambangkan parti pemerintah tidak yakin terhadap komponen partinya sendiri sehingga terpaksa menghasilkan idea baru bagi mendapatkan sokongan pihak luar. Ini kerana katanya, ramai yang tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti komponen itu seperti MCA, MIC dan Gerakan apatah lagi menyokongnya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | TAK PERLU LAGI GEMBAR-GEMBURKAN KISAH ANUWAR DAN PKR ? Posted: 21 Nov 2010 04:25 PM PST Lebih baik kita buat kerja yang belum selesai.
Tak ada faedah? Buang Masa ? Malah sia-siakan idea kita?
Kadang-kadang bila kisah parti maka kita lupa kisah lama?
Banyak agenda kita yang belum selesai lagi?
Lagi pun sekarang ini ramai yang telah cerita?
Termasuk mereka yang keluar PKR dan Bebas?
Secara logiknya mereka lebih banyak berita dan cerita?
Puak UMNO duk diam-diam, tak usah ulas pergolakan dalam PKR Puak-puak UMNO terutama para pemimpinnya tak usahlah nak bagi komen-komen pasal pergolakan dalam PKR. Biarlah Zaid nak letak jawatan ke, Anwar nak pilih Azmin jadi second-man dia ke. Hishamuddin, Zahid, Shafie atau waima Muhyiddin sekalipun tak usahlah nak jadi nasi tambah, nak kondem PKR itu. Lagipun itu perihal rumahtangga PKR. UMNO tak usah "masuk campur".
Samalah juga kalau ada pergeseran dalam UMNO, sudah pasti puak2 UMNO pun tak suka kalau Anwar, Lim Kit Siang, Karpal, Hadi Awang atau Nik Aziz nak bagi komen dan jadi nasi tambah perihal UMNO. Sudah pasti orang UMNO kata itu masalah rumah tangga mereka, biarlah mereka selesaikan.
Ini aku nampak ramai pemimpin UMNO yang mencari peluang nak popularkan diri dengan memberi komen-komen perihal apa yang berlaku dalam PKR. Kalau mereka tak bagi komen atau tak jadi nasi tambah pun rakyat memang tahu itulah PKR, parti kacau-bilau rakyat.
Media pun satu, dah tahu itu masalah dalam PKR kenapa pula nak tanya pendapat pemimpin-pemimpin UMNO dah sah-sahlah mereka akan bantai Anwar, Azmin dan PKR habis-habisan. Dah bagi bola tanggung apa lagi smash lah! Kalau nak tanya sangat pandangan orang lain, tanyalah orang PKR sendiri atau bekas-bekas pemimpin PKR. Barulah adil!
Pemimpin UMNO jagalah parti mereka agar UMNO kembali di hati rakyat. Jagalah akar umbi dan jagalah bahagian serta cawangan masing-masing. Yang penting jaga hati rakyat dan pengundi. Tak usah sibuk-sibuk nak ulas atau komen masalah dalam parti orang. Rakyat boleh nampak, boleh baca dan boleh dengar. Tak usahlah pemimpin UMNO ni nak jadi radio rakyat pulak.
Itulah pesan aku. Sebab aku memang menyampah kalau baca komen-komen Hisham, Zahid, Syed Ali Habshee, Shafie Apdal dan lain-lain sebab komen-komen yang diberikan tak membina langsung. Nada pun sama. Lagi menyampah ada. Mana tidak, mereka tak pernah berada dalam PKR dan tak tahu masalah sebenar dalam parti itu, sebaliknya mereka hanya baca surat khabar atau tengok TV saja, alih-alih nak bagi komen. Tak betullah tu.
Biarlah PKR dengan masalahnya dan orang UMNO perkuatkan diri untuk hadapi PRU-13 nanti. UMNO tak boleh harapkan kelemahan dalam parti lawan untuk menang PRU nanti sebaliknya UMNO dan BN perlu perkuatkan diri. Itulah sebaik-baik jalan untuk pastikan BN terus berkuasa selepas PRU-13 nanti.
|
| DAFTAR WAJIB BACA .............PERPUSTAKAAN MALAYSIA BILA LAGI? Posted: 21 Nov 2010 04:08 PM PST Daftar wajib dibaca "Hidup ini terlalu singkat sedangkan terlalu banyak buku yang perlu dibaca dan diambil manfaat," kata Geoffrey Chaucer, sasterawan klasik Inggeris.
Manakala Saidina Ali Abi Talib pula pernah berkata "Tanyalah aku tentang pelbagai perkara selagi aku masih hidup". Kenyataan Saidina Ali dan Chaucer ini merujuk kepada kesungguhan pencarian ilmu tanpa henti dan budaya membaca yang tidak pernah berakhir.
Budaya membaca dan pencarian ilmu merupakan gabungan harmonis yang tidak pernah terpisah kerana ia merupakan wahana pembinaan manusia yang beradab tinggi. Itulah sumbangan 'makhluk' bernama buku yang tidak pernah henti mencerdaskan manusia sepanjang zaman.
Inilah yang menjadi intipati falsafah kepada buku 1001 Books You Must Read Before You Die yang disunting oleh Peter Boxall, seorang pensyarah Kesusasteraan Inggeris di Universiti Dussex.
Dalam daftar ini, beliau menyenaraikan buku-buku sebelum pra-tahun 1700 bermula dengan buku Aesop's Fables (Dongeng Aesip) yang dikatakan ditulis pada tahun 620 Sebelum Masehi sehinggalah buku Never Let Me Go yang ditulis oleh pengarang Jepun, Kazuo Ishiguro pada 2005. Senarai daftar buku ini disusun secara kronologi mengikut abad bermula pada pra-abad 1700 Masehi, 1700, 1800, 1900 dan 2000 Masehi.
Buku-buku yang tersenarai itu meliputi pelbagai tema kehidupan manusia daripada kasih sayang, konflik, percintaan, peperangan dan kekuasaan. Memang bukan semua senarai buku itu kita persetujui kerana Boxall tidak memasukkan langsung karya-karya pengarang Muslim, melainkan pengarang kontroversi seperti Salman Rushdie. Walau apa pun senarai tersebut, buku-buku itu dikira masih mampu memberi semangat dan inspirasi kepada pembaca. Ia bergantung bagaimana cara kita menerimanya. Ternyata buku yang disenaraikan itu mempunyai kekuatannya sendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan buku-buku yang tersenarai itu lebih representatif mewakili tradisi sejarah dan perkembangan intelektualisme Barat.
Ini mudah difahami kerana setiap tradisi bangsa sama ada Timur mahupun Barat mempunyai daftar karya-karya mewakili zamannya atau tradisi intelektualisme sesuatu bangsa.
Sebenarnya ada beberapa senarai klasik dan berpengaruh yang bertujuan memberi panduan kepada pembaca untuk menghargai dan membaca karya-karya bermutu. Antaranya, Books of the Century yang disenaraikan buku 'wajib' baca oleh Perpustakaan Awam New York sempena 100 tahun usia perpustakaan tersebut pada 1995.
Antara yang tersenarai adalah karya-karya Albert Enstein, Leo Tolstoy, Stephen King. Senarai yang agak klasik ialah Books That Changed The World (1956) yang ditulis oleh Robert D. Downs yang membahas serta menyenaraikan 16 buku yang dianggapnya telah mengubah dunia.
Namun ada senarai yang tidak memasukkan kitab-kitab suci agama seperti al-Quran, Injil, Bhagavadita yang ternyata memang mempengaruhi setiap penganut agamanya sepanjang zaman.
Sementara daftar buku lain yang penting yang wajar disebut ialah Books That Changed Our Minds (1939) oleh Bernard Smith dan Malcom Cowley, Books That Changed the World (2006) oleh Melvyn Bragg. Biography online 50 Books That Changed the World yang turut menyenaraikan novel-novel bersiri Harry Potter oleh J.K. Rowling sebagai buku berpengaruh.
Ada dua senarai daftar yang menarik perhatian penulis iaitu The Big Read: Book of Books BBC (2003) yang membuat survey tentang karya-karya sastera yang dibaca oleh rakyat Inggeris. Sebanyak 7,000 judul buku sastera atau novel telah dicalonkan dan berdasarkan undian, akhirnya disenaraikan 100 buah karya sastera yang dibaca. Senarai tersebut memasukkan novel-novel popular, serius, kontroversi dan klasik. Senarai ini turut memasukkan karya penulis bukan Barat seperti Vikram Seth dan Gabriel Garcia Marquez.
Menurut editor projek buku ini, Nicky Munro, daftar ini dilakukan kerana ingin mengetahui dengan jelas karya sastera atau novel jenis apa yang dibaca rakyat Inggeris dan dalam masa yang sama mengukur minat membaca rakyatnya. Didapati rakyat Inggeris membaca 45 naskhah buku setahun.
Namun begitu, daftar ini hanya mengambil kira novel-novel sastera dan tidak termasuk karya-karya umum atau bukan sastera. Sungguhpun begitu, ia tetap menjadi ukuran penting kepada pengukuran budaya membaca rakyat Inggeris.
Daftar kedua yang dikira penting ialah The Western Canon: The Books and School of the Ages yang ditulis oleh Harold Bloom. Walaupun daftar itu disiapkan pada 1994, namun ia berpengaruh sehingga kini kerana berjaya mempertahankan dan meneruskan tradisi unggul dalam wacana kesusasteraan di mana Bloom menyenaraikan karya-karya pengarang kesusasteraan Barat yang telah sampai ke tahap menghasilkan 'maha karya' yang diistilahkan sebagai kanun (canon). Kanun bermaksud senarai terbaik tentang sesuatu pengajaran untuk mencapai sesuatu tujuan.
Dalam kata lain, ia merujuk kepada penghasilan teks 'maha karya' dalam mencapai status klasik atau unggul. Manakala pengarangnya digelar canonical writer iaitu pengarang yang telah mencapai tahap individualisme seperti William Shakespeare, James Joyce dan Dante. Bloom turut memasukkan Octavio Paz dan Pablo Neruda dari tradisi Amerika Latin serta Wole Soyinka dan Nadine Gordimer dari tradisi Afrika.
Manakala dari Asia, hanya dimasukkan R.K Narayan dan meminggirkan sebahagian besar pengarang Asia lain seperti Pramoedya Ananta Toer dan Khalil Gibran. Kepentingan daftar atau senarai tersebut ingin menunjukkan buku-buku berpengaruh mempunyai daya tarik dan estetika dalam memberi sentuhan emosi, intelektual dan spiritual kepada para pembaca.
Dalam konteks Malaysia, kita sebenarnya menunggu senarai daftar buku yang 'wajib' dibaca oleh rakyat Malaysia yang mampu mengikat mereka dengan tradisi intelektualisme dan budaya.
Sehingga kini, kita tidak tahu dengan jelas apa sebenarnya dibaca oleh rakyat Malaysia walaupun dikatakan minat membaca rakyat Malaysia semakin meningkat daripada lapan hingga 12 buku setahun .
Jumlah ini tentunya tidak memadai apatah lagi dalam konteks kita menuju negara maju menjelang tahun 2020. Bukan saja kita harus maju dari segi pembangunan fizikal dan pendapatan berkapita tinggi tetapi tahap intelektualismelah yang merefleksikan 'roh' kemajuan sebenar sesuatu bangsa atau negara.
Dalam konteks Malaysia, kita memang telah mempunyai senarai daftar 'Karya-Karya Agung Melayu' yang dihasilkan oleh Yayasan Karyawan. Yayasan itu menyenaraikan karya-karya agung yang perlu dibaca oleh rakyat Malaysia seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Memang karya-karya agung Melayu mencerminkan khazanah intelektual bangsa tetapi karya agung dan karya sastera besar yang lain seperti Salina dan Ranjau Sepanjang Jalan hanya dipelajari dalam konteks pengajian bahasa dan sastera dan tidak 'merakyat' kepada disiplin ilmu yang lain.
Selain karya-karya agung dan karya sastera, kita juga memerlukan daftar buku-buku umum yang merentas pelbagai disiplin ilmu yang ditulis oleh penulis Malaysia. Mungkin buku klasik Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti Malay Dilemma dan Menghadapi Cabaran dapat dimasukkan senarai yang dicadangkan. Dengan kata lain, perlu ada senarai daftar buku-buku 'wajib' oleh pihak-pihak berkaitan, misalnya Perpustakaan Negara Malaysia.
Daftar ini diperlukan bukan sahaja untuk memahami budaya bangsa tetapi memahami citra sejarah dan perkembangan pemikiran intelektualisme yang membangunkan sebuah negara yang bernama Malaysia.
Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN shaharomtm@yahoo.com
|
| Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah? Posted: 21 Nov 2010 04:01 PM PST ZAINI HASSANkhir69@yahoo.com.my MINGGU lalu saya menulis mengenai kuasa media melalui estet keempat - the fourth estate - dalam struktur pemerintahan negara. Saya menulis, media ialah kuasa. Estet keempat itu berada dalam doktrin kekuasaan bersama-sama estet pertama, eksekutif (perdana menteri dan menteri-menteri); estet kedua, legislatif (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN); dan estet ketiga, judisial (badan kehakiman).
Hanya orang yang bijak sahaja yang akan menghargai peranan media - tidak kiralah sama ada media itu menyebelahi dirinya atau pun tidak. Pas, dalam tahun-tahun 80-an dulu paling gemar membakar akhbar Utusan Malaysia apabila tidak bersetuju dengan tulisan akhbar itu. Sambil membakar mereka akan menjerit-jerit dan memaki hamun akhbar yang diasaskan pada 1939 itu. Itu dulu. Pas dan para pemimpinnya kini sudah mula membaca Utusan Malaysia kembali. DAP pula memboikot akhbar itu sampai ke hari ini apabila ia cuba mempersoalkan dasar parti itu, terutama ke atas orang-orang Melayu. (Nota: Yang lucunya para pemimpin DAP tetap membaca Utusan Malaysia secara senyap-senyap. Untuk rekod, Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw masih baca akhbar jawi terbitan Kumpulan Utusan).
Hari ini, mereka tidak lagi membakar akhbar. Membakar akhbar adalah perbuatan kuno. Mereka kini menggunakan laman-laman blog melancarkan perang saraf ke atas akhbar-akhbar arus perdana (MSM). Istilah MSM dipopularkan oleh laman-laman blog yang rata-rata antikerajaan bagi mengapi-apikan masyarakat supaya memboikot MSM.
Seperti juga taktik parti pembangkang, matlamat mereka ialah untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada MSM kepada medium baru mereka itu. Mereka mahukan perhatian. Perhatian ialah kuasa. Ramai golongan muda yang terpengaruh, sudah termakan dengan taktik itu.
Kolum saya minggu lalu itu bertajuk Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah? telah dipetik oleh laman blog The Malaysian Insider dalam ruangan Breaking Views. Kerana ia adalah laman maya, maka adalah orang yang menghantar secara pantas komen mengenai tulisan itu.
Baca dan renunglah antara komen-komen itu (nota: ejaan, bahasa dan mutu tulisan tidak diubah):
- "written by Abdul Said, May 13, 2009:
Sungguh memberangsangkan dan aku sudah lama tidak membeli akhbar arus perdana yang telah lama dibawa arus." - "written by Mat Bodek, May 13, 2009:
Anjing Kurap umNo menyalak... woof! woof!" - "written by harun, May 13, 2009
bagusla utusan dah sedar. bahawa dlm dunia media ni selain dari tulisan2 korg yg memutar belit fakta dan bersikap berat sebelah, masih ada media2 lain yg mampu memberi pandangan sebenar, paling kurang pon menyamai dengan persepsi masyarakat. jadi sebelom berkubur baiklah utusan berubah, tukarlah peraturan sape2 nk jd ketua editor kene sain borang keahlian umno, tulisan2 tu kritikal la sket terhdap kerajaan, kalau x, sile lah gali lubang kubur sendiri."
- "written by Nina Wansem, May 13, 2009 Akhirnya sedar jugak Utusan Malaysia ni ye.. Ingat kan dah buta hati.. Pekak dan tuli..
Anyway.. Aku pun tak ingin nak beli your newspaper.. Even when i saw someone old.. really old.. read your paper.. I feel sorry for them.. Not knowing the truth...
Kalau aku beli nasi lemak pun yang bungkus with Utusan Malaysia or Berita Harian - i will tell them I just wrap it in a plastic... No need newspaper.. Am so utterly disgust..."
- "written by amoker, May 13, 2009
he wanted to put an academic justice in his article but obviously he is just another BN dog that is doing exactly what his master wants . The mass media in malaysia just does not get it. It is not about agresiveness, evil twists of the new media. It is because the mainstream media have lost is legitimacy. Who wants to watch RTM, bernama or TV3 on Perak? The newspapers are showing BN as angels and Pakatan as devils. We just watch a simple, non edited video clip and have a different perspective ... that the mainsteam media was spinning again. Without credibility, there is no power. So, his article of blaming the new media is running away from the core issue ... that mainstream media have credibility issue. People (like me) have stop buying and watching with confidence. That is the real death."
Daripada komen-komen itu kita tahu menilai siapa mereka ini. Mereka ialah golongan muda yang menjauhkan diri daripada media arus perdana atas banyak faktor. Pertama ialah kerana mereka terlepas untuk menjiwai peranan sebenar media arus perdana akibat kemunculan mendadak medium blog sekitar beberapa tahun ini.
Jika dulu kita akan melalui proses bacaan media ringan (akhbar tabloid) di peringkat sekolah dan kolej; kepada bacaan berat (akhbar arus perdana) di peringkat pascasekolah dan kolej - kini tahap ini telah diambil alih oleh medium blog (dengan terlalu cepat).
"Golongan muda yang obses dengan media baru ini akan menjadi terlalu taksub dengan medium itu. Mereka yang terdedah secara luas kepada media baru ini akan menjadi opinion leader kepada kumpulan-kumpulan mereka pula dan keadaan ini akan bercambah dan bercambah…,'' kata Dr. Rahmat Ghazali, doktoran falsafah menerusi kajiannya mengenai kewartawanan dalam talian.
Kebanyakannya adalah disebabkan kemunculan blog-blog antikerajaan yang terlalu sensasi dan mengujakan. Tulisan-tulisan menarik yang tidak dikawal oleh undang-undang telah menyebabkan pembaca obses, taksub dan mempercayai 100 peratus apa yang mereka baca dan lihat tanpa mereka sendiri sedari.
"Hasil kajian dalam Malaysiakini, Harakah Online dan laman-laman blog yang lain, 99 peratus kandungannya terdiri daripada soal politik. Ia ditulis secara sensasi dan terlalu tebal dengan sifat antikerajaan.
Lama-kelamaan golongan ini akan taksub dan obses dengan apa yang mereka baca,'' kata pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu.
Apabila sudah terpengaruh dan taksub, mereka akan melihat sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai musuh. "Itulah yang berlaku sekarang. Budaya blog ini sudah menguasai fizikal dan mental golongan itu. Jika kita tidak bertindak seperti apa yang dilakukan oleh Singapura, China atau Arab Saudi, kita bimbang mereka ini akan bertindak lebih daripada itu,'' katanya merujuk kepada budaya anakisme (memberontak dan merusuh).
Beliau berpendapat, tidak salah untuk mendapatkan jutaan maklumat dari sumber tidak bertapis itu, tetapi "apakah keupayaan minda kita sudah bersedia untuk menapisnya sendiri?"
Seperti yang saya katakan di permulaan tulisan ini, kita tidak sepatutnya memboikot mana-mana medium komunikasi ini, namun ia haruslah diterima secara berhemah dan matang. Masyarakat kini bukan seperti masyarakat Barat atau di Amerika Syarikat yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi.
Ketidaktentuan yang berlaku sekarang adalah disebabkan kerana "nafsu kita yang terlalu gelojoh mahu menerima perkara baru, tapi pemikiran kita belum bersedia, akibatnya kita begitu mudah dieksploitasi,'' jelas Dr. Rahmat.
II. Media: Dari satu sudut pandangan berbeza (Sepucuk surat yang dihantar untuk ruangan Forum baru-baru ini)
SEMASA saya aktif dalam gerakan Reformasi dan juga parti Pas, Utusan Malaysia saya gelarkan Utusan Meloya. Jika saya membeli pun saya akan membaca berita-berita yang tiada berkaitan politik Malaysia. Saya bersandarkan maklumat-maklumat dari Internet, SMS, Harakah dan beberapa media dari parti pembangkang, juga ceramah-ceramah anjuran parti pembangkang. Selepas pilihan raya umum tahun lepas dan ketika itu kemenangan pakatan rakyat yang dikuasai DAP di Negeri Perak, saya mula membeli akhbar itu untuk saya mendapatkan maklumat-maklumat tentang perkembangan politik Malaysia terutama bagi negeri tumpah darah saya, Perak. Ruangan Pendapat dan Forum merupakan ruangan yang menjadi kegemaran saya. Pada ruangan inilah yang banyak menyedarkan saya mengenai tanah air ini, perjuangan kemerdekaan, perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu. Bagaimana sengsaranya kita apabila kuasa tidak ada lagi di tangan kita ketika itu. Kerap kali saya sebak, sedih, terharu dan kadang kala menangis sendirian apabila mengenangkan nasib bangsa Melayu ketika ini yang saling bersengketa, bermusuhan dan berpuak-puak.
Pada masa dulu, saya adalah salah seorang yang memboikot Utusan Malaysia dan menyokong usaha-usaha pihak tertentu untuk memburuk-burukkan akhbar keramat ini. Tapi mulai saat dan detik ini Utusan Melayu merupakan salah satu nadi perjuangan saya. Tidak saya relakan akhbar keramat ini diperlekehkan, dihina, dicaci. Ini sumpah pendekar Melayu. Membujur lalu, melintang patah.
ZAINI HASSAN khir69@yahoo.com.my- JAMAL LULKHIR (PASIR SALAK) |
| FIKIR-FIKIRKAN........ Posted: 21 Nov 2010 03:41 PM PST Siapa yang benar, Anwar atau mereka?Mengapa mereka tinggalkan parti AAA? |
| MENGAPA PERLU BERDIALOG SECARA SEDERHANA? Posted: 21 Nov 2010 03:39 PM PST Berdialoglah secara intelek, matang
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Rakyat Malaysia bertanggungjawab menjadi peneraju dalam menyebarkan suara kesederhanaan dan perbualan yang membina dalam laman-laman web sosial berikutan kadar penggunaannya yang tinggi di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, interaksi melalui ruang siber memberi gambaran mengenai diri sendiri sebagai seorang individu mahupun rakyat Malaysia.
"Kekuatan kita tidak boleh hanya terletak pada bilangan rakan atas talian yang dikumpul, tetapi terletak pada bilangan dialog yang intelek, matang dan terbuka bersama mereka.
"Kita perlu menjadi peneraju dalam membimbing perhubungan melalui media sosial ke arah perbualan yang membina sama ada melalui Facebook, Twitter atau mana-mana laman web sosial yang menjadi pilihan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk 'Kepimpinan Kita Dalam Media Sosial Atas Talian' yang disiarkan laman blognya www.1Malaysia.com.my.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, adalah diakui wujud kumpulan kecil yang menyebarkan ideologi dan kelakuan ekstrem melalui laman web sosial dan ia tidak boleh dibiar menenggelamkan suara sederhana dan wasatiyyah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak terpengaruh untuk bertindak balas kepada provokasi kesat dan tidak matang dengan pendekatan yang sama.
Sebaliknya kata beliau, pendekatan yang menggambarkan integriti dan budaya sebagai rakyat Malaysia adalah kaedah terbaik untuk menangani kelompok berkenaan.
"Kita perlu mara ke depan, menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama bagi menyebar luas suara kesederhanaan.
"Ini merupakan satu ukuran kepada perkembangan kita ke arah membina mentaliti kelas pertama dan menterjemahkan semangat 1Malaysia dalam erti kata sebenar," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri mengalu-alukan pandangan rakyat mengenai usaha mempromosikan budaya atas talian yang sederhana dan cara untuk mengatasi kelakuan ekstrem dalam laman web sosial melalui perbincangan yang seimbang.
"Saya mengalukan perbincangan yang membina melalui laman web, Facebook dan Twitter saya. Diharapkan perkara sama dilakukan dalam ruang lingkup rangkaian sosial anda," katanya.
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM saiful.hasam@utusan.com.my |
| MASIH ADAKAH TANAH MELAYU DI PENANG? Posted: 21 Nov 2010 03:34 PM PST
BERITA UTAMA Kenapa tanah Melayu mudah tergadai?
LAPORAN media mengenai nasib penduduk Melayu Pulau Pinang mula berkocak semula. Ia gara-gara tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula 'menceroboh' tanah didiami dan dimiliki penduduk Melayu.
Walau apa pun status tanah tersebut, sama ada tanah persendirian, tanah syarikat, tanah ceti, tanah tol atau tanah pemaju, nampaknya segala pembangunan yang dijalankan seolah-olah mahu mengusir penduduk Melayu dari menetap di bahagian pulau.
Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Tengah di Jelutong, Kampung Genting di Balik Pulau, Kampung Permatang Tepi Laut di Batu Maung dan Kampung Teluk Kumbar menyaksikan betapa ramainya penduduk Melayu telah dan bakal diusir keluar dari tanah yang didiami mereka sejak lama dahulu.
Apa sebenarnya berlaku? Benarkah mereka dihalau keluar dari tanah mereka? Wartawan Utusan Malaysia, ROHANA MAN dan NURUL HUDA HASSAN serta jurugambar, ZHAFARAN NASIB mengupas isu yang hangat diperkatakan sekarang.
KEMELUT dan nasib penduduk Melayu di Pulau Pinang yang terpinggir telah lama kedengaran. Tetapi ia kini semakin lantang kedengaran disebabkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula mengambil satu demi satu tanah untuk tujuan pembangunan.
Ya...kita tidak boleh menolak pembangunan. Tetapi soalnya, pembangunan yang bagaimana perlu dilakukan agar keadilan sosial dapat dinikmati semua kaum di negeri itu.
Apa yang jelas adalah pembangunan 'berat sebelah' iaitu sekadar membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dimiliki majoriti penduduk Melayu.
Menitip pantun lama yang berbunyi:
Pulau Pinang bandar baru,
Kapten Light menjadi raja;
Bila terkenang zaman dahulu,
Jatuh berlinang air mata.
Hakikatnya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang mula dibangkitkan selepas pilihan raya 1969. Sejak kira-kira 40 tahun lalu iaitu sewaktu Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional yang diterajui UMNO, Gerakan, MCA dan MIC memerintah, memang banyak hal ehwal berkaitan nasib Melayu Pulau Pinang diperkatakan termasuk dalam isu tanah.
Namun kita perlu faham bahawa masalah berkaitan tanah Melayu di Pulau Pinang memang rumit untuk diselesaikan kerana ia melibatkan banyak perkara terutama berkaitan status. Ini kerana sebanyak 60 perkampungan Melayu di Pulau Pinang merupakan tanah ceti atau tanah tumpang. Kesemua kampung itu kini mempunyai kira-kira 7,000 penduduk. Begitulah status tanah di Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah, Kampung Permatang Tepi Laut dan Kampung Teluk Kumbar. Kesemua tanah itu kini telah dan akan menjadi milik pemaju.
Ia jadi begitu selepas tanah yang diwarisi daripada nenek moyang telah digadai kepada ceti. Ceti pula menjual tanah itu kepada pemaju.
Memang menyedihkan kerana rupa-rupanya selama ini, orang Melayu menumpang teduh di atas tanah yang asalnya milik mereka, tetapi terpaksa keluar dari kampung selepas mendapat perintah mahkamah.
Dalam kes Kampung Jalan Pokok Asam, ia akan dimajukan dengan projek kediaman bertingkat berharga RM800,000 seunit oleh pemaju dari Kuala Lumpur.
Ya...kita akui tanah telah tergadai dan penduduk tidak boleh berbuat apa-apa untuk kekal di kampung masing-masing. Namun, jika benar-benar kerajaan negeri yang dikuasai DAP prihatin terhadap nasib rakyat, tentu kerajaan negeri campur tangan dalam isu yang melibatkan nasib dan masa depan penduduk Melayu Pulau Pinang.
Setakat hari ini, apa yang kita nampak penduduk kampung terpaksa berjuang sendirian untuk mendapatkan keadilan terutama dalam soal pampasan. Malah, lebih teruk ada penduduk tidak mendapat apa-apa pampasan. Di mana tanggungjawab sosial yang sepatutnya dipikul kerajaan negeri?
Di sebalik itu, banyak pihak tertanya-tanya kenapa begitu mudah tanah Melayu Pulau Pinang tergadai? Adakah salah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sehingga tahun 2008? Marilah kita berfikir jauh ke hadapan.
Banyak pihak menuduh UMNO yang menjaga kepentingan penduduk Melayu Pulau Pinang menjadi punca kenapa banyak tanah Melayu tergadai. Ia satu tuduhan tidak berasas kerana UMNO tidak memiliki tanah-tanah tersebut. Ia adalah hak milik penduduk yang mewarisinya daripada nenek moyang mereka.
Ketika mahu menjual tanah-tanah tersebut, mereka tidak merujuk perihal itu kepada pemimpin UMNO. Justeru, kenapa UMNO dipersalahkan? Penduduk menjual tanah atas kehendak sendiri selepas 'kelabu mata' melihat habuan lumayan yang bakal diterima.
Namun banyak juga faktor lain yang perlu dilihat iaitu kebanyakan anak-anak muda tidak mahu lagi tinggal di kampung. Mereka meninggalkan ibu dan bapa sendirian di kampung. Oleh kerana 'tiada sesiapa' lagi di kampung, maka ibu bapa ikut berhijrah ke tempat lain untuk menetap bersama anak-anak.
Akhirnya, tanah kampung dijual dan ini juga merupakan salah satu punca kenapa semakin banyak tanah milik Melayu tergadai di Pulau Pinang.
Soalnya, kenapa tanah Melayu mudah sangat tergadai? Ia bertitik tolak daripada pendidikan dan pemikiran generasi nenek moyang yang ketika itu kurang bijak membuat keputusan yang betul dalam soal tanah.
Ilmu yang cetek mengenai selok belok tanah yang dipajak, tanah yang digadai dan tanah yang berpindah milik kurang difahami.
Faktor ekonomi yang rendah menjadi antara punca kenapa penduduk sanggup menggadai tanah. Mungkin mereka berharap generasi berikutnya dapat menebus semula tanah yang digadai. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku apabila tanah tidak ditebus sekali gus memaksa ceti menjualnya kepada pemaju.
Dalam majlis forum bertajuk Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaiannya? baru-baru ini, seorang ahli panel memberitahu harga tanah di Georgetown sekarang adalah RM400 sekaki persegi. Melihat angka yang besar itu, siapa yang tidak kelabu mata?
Menurutnya, harga itu adalah harga semasa pada Mac dan April 2010. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa mereka yang berpendapatan rendah, majoritinya Melayu tidak akan mampu membeli rumah di bahagian pulau.
Trend pemaju di pulau itu sekarang adalah membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dibayar oleh orang Melayu. Menurut Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, purata pendapatan per kapita mengikut kumpulan etnik bagi tahun 2004 menunjukkan kaum bumiputera memperoleh RM2,856 berbanding kaum Cina RM4,268 dan kaum India RM2,687.
Meneliti itu, nampaknya orang Cina juga ramai yang tidak mampu memilikinya, apatah lagi kaum bumiputera. Yang mampu adalah orang luar dari Korea dan Singapura yang semakin banyak membeli pangsapuri mewah di pulau tersebut.
Memetik kertas kerja bertajuk Ekonomi-Permasalahan Melayu Pulau Pinang oleh Amir Hussin Baharuddin dalam buku bertajuk Melayu Pulau Pinang terbitan USM: "Dulu kita tidak pernah bimbang penghijrahan orang Melayu Pulau Pinang ke tempat lain kerana penghijrahan mereka dilakukan secara sukarela untuk membaiki taraf hidup. Tetapi pada hari ini kita amat bimbang kerana Melayu Pulau Pinang dipaksa berpindah secara tidak sedar, dari rumah yang selesa ke flat yang seperti sangkar burung merpati atau dari dusun yang disayangi ke rumah pangsa tanpa tanah untuk bercucuk tanam. Mereka menjadi mangsa pembangunan. Melayu Pulau Pinang semakin terpinggir, mereka sudah tidak boleh bertahan lagi, mereka kabur dan terhimpit."
Justeru, kita seluruh anak Melayu di negara bertuah ini seharusnya berkongsi sama masalah yang melanda saudara sebangsa dan seagama mereka di Pulau Pinang yang nampaknya semakin terhimpit dengan mencari titik penyelesaian, bukannya menuding jari mencari kesalahan pihak lain semata-mata mahu menutup kelemahan sendiri.
Hanya 1.16% tanah milik Melayu
Bangunan Perodua yang turut berpindah milik ini terletak di Jalan Dato' Keramat, Georgetown.
DAERAH Timur Laut merupakan kawasan yang paling pesat membangun di negeri Pulau Pinang. Ia kini muncul sebagai pusat komersial terbesar di negeri itu sekali gus menyaksikan kaum Cina menumpu di daerah tersebut.
Penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China.
Kesannya adalah apa yang kita lihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.
Perkembangan itu memperlihatkan kaum Melayu yang telah ada di pulau tersebut 'ditolak' ke kawasan yang lebih jauh dari pesisir pantai Timur Laut. Ini menyebabkan banyak kaum Melayu menumpu ke kawasan Barat Daya yang mana Balik Pulau merupakan salah satu kawasan majoriti berpenduduk Melayu.
Situasi tersebut sekali gus menjawab kenapa kaum Melayu hampir tidak memiliki tanah di daerah Timur Laut.
Ini dibuktikan dengan statistik terkini yang menunjukkan hanya 1.16 peratus kaum Melayu memiliki tanah di daerah tersebut, berbanding kaum bukan Melayu sebanyak 19.84 peratus. Peratusan lain tanah dimiliki oleh syarikat, agensi dan kerajaan negeri.
Faktor yang menyebabkan kaum Melayu kurang mampu memiliki tanah di daerah tersebut adalah kerana harga tanah yang terlalu tinggi. Jika ada pun kaum Melayu memiliki tanah yang 'sekangkang kera' itu, ia adalah tanah yang diwarisi daripada datuk dan nenek moyang mereka sejak ratusan tahun lalu.
Untuk memiliki tanah baru adalah mustahil bagi kaum Melayu Pulau Pinang memandangkan ada tanah terutama di Georgetown berharga RM400 sekaki persegi.
Ini menyebabkan kaum Melayu tidak ramai yang tinggal di daerah tersebut yang juga merupakan pusat komersial utama di Pulau Pinang.
Jika diteliti dari aspek ekonomi, memang satu kerugian besar kepada kaum Melayu yang tidak mampu membeli rumah dan tanah di daerah tersebut. Ketidakmampuan itu juga adalah kerana harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh kaum Melayu.
Rata-rata seunit rumah bertingkat iaitu pangsapuri kos sederhana dan pangsapuri mewah ditawarkan pada harga antara RM300,000 hingga RM500,000 seunit. Malah, ada yang menjangkau harga melebihi RM1 juta seunit. Rumah atas tanah pula seperti rumah berangkai, rumah teres dan banglo pula ditawarkan pada harga yang lebih mahal, iaitu melepasi tujuh angka.
Harga yang terlalu tinggi itu bukan sahaja menyebabkan kaum Melayu tidak mampu memilikinya, malah kaum Cina juga begitu. Ini kerana kebanyakan penduduk Cina yang kaya dan profesional kini lebih suka berhijrah ke luar negara.
"Saya ada banyak kawan berketutunan Cina yang bekerja sebagai jurutera di kilang-kilang di sekitar Bayan Lepas berhijrah ke luar negara, khususnya Australia," kata seorang penduduk, Fatimah Ariffin yang telah bermastautin di Pulau Pinang sejak 21 tahun lalu.
Faktor semakin ramai golongan profesional Cina dan kaya raya berhijrah ke luar negara diakui oleh Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk.
Faktor berhijrah ke luar negara dan mempunyai anak yang sedikit dalam kalangan penduduk Cina menyebabkan jumlah penduduk majoriti Pulau Pinang hari ini adalah kaum Melayu.
Sumber daripada Jabatan Perangkaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan Statistik Penduduk Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus.
"Sungguhpun majoriti penduduk Pulau Pinang sekarang adalah kaum Melayu, tetapi jumlah mereka di bahagian pulau masih tidak dapat mengatasi jumlah penduduk Cina.
"Ini kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah yang terlalu mahal di pulau terutama di daerah Timur Laut. Ia sekali gus memaksa mereka memiliki hartanah di Seberang Prai.
"Mereka (orang Melayu) hanya berulang-alik dari seberang ke pulau untuk bekerja. Selain itu, kebanyakan kaum Melayu di daerah ini adalah kakitangan kerajaan. Dengan gaji kakitangan kerajaan, mana mereka mampu membeli rumah di sini," katanya.
Menurutnya, kaum Melayu juga didapati lebih selesa tinggal di tanah besar kerana selain faktor harga rumah yang jauh lebih murah, mereka juga boleh memiliki rumah atas tanah seperti rumah teres, rumah berangkai atau banglo.
Katanya, faktor keselesaan hidup di rumah atas tanah turut mempengaruhi kaum Melayu berpindah ke tanah besar.
Keadaan itu juga katanya membuatkan kehadiran orang Melayu di daerah Timur Laut tidak ada kesan untuk mewujudkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melayu di situ.
"Dari aspek politik, apa yang patut wakil rakyat Barisan Nasional buat adalah mempertahankan kerusi yang sedia ada. Ini kerana kajian mendapati agensi amanah yang dianugerahkan tanah untuk bumiputera di daerah itu tidak mempunyai tanah yang cukup untuk bawa masuk orang Melayu (pengundi) ke Timur Laut," katanya.
Beliau juga berkata, kebanyakan tanah milik agensi amanah bumiputera pula terletak di kawasan yang tidak strategik sekali gus gagal menarik minat kaum Melayu untuk menetap di situ.
"Orang lebih suka tinggal di kawasan yang ada aktiviti ekonomi yang aktif. Kawasan seperti itu pula banyak terletak di pusat-pusat komersial di tengah bandar, sedangkan tidak ramai Melayu mampu tinggal di bandar.
"Keadaan ini menyebabkan lama kelamaan kehadiran orang Melayu di bandar dengan sendirinya akan terhakis," katanya.
Agak menakutkan melihat nasib orang Melayu di Pulau Pinang hari ini kerana di bawah kepimpinan kerajaan DAP sekarang, agensi amanah yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum Melayu di negeri itu menghadapi kesukaran untuk menjalankan projek.
"Projek-projek yang dijalankan oleh pihak swasta pula semuanya lebih menjurus kepada meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Ini menyebabkan mereka hanya mendirikan projek pangsapuri mewah yang berharga lebih daripada RM300,000 seunit.
"Pada harga itu, tentulah orang Melayu tidak mampu membelinya. Lama kelamaan juga, orang Melayu dengan sendirinya akan berpindah ke seberang, sekali gus menghakis pemilikan hartanah di bahagian pulau,"tambahnya.
Azeem menegaskan, oleh kerana faktor yang menolak orang Melayu keluar ke seberang adalah ekonomi maka meningkatkan pencapaian ekonomi kaum Melayu perlu menjadi agenda utama pemimpin Melayu hari ini.
"Selagi orang Melayu tidak ada kuasa ekonomi dan kuasa beli sebagaimana kaum Cina, maka selagi itulah orang Melayu Pulau Pinang akan ketinggalan dan terus terpinggir," katanya |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan