Razlan's Posted: 07 Nov 2010 10:31 PM PST Kembalikan Perjuangan Pemuda UMNO Sebenar ! Posted: 07 Nov 2010 06:29 AM PST Pada Perhimpunan Agung 2010 yang lepas, ramai pihak yang terkejut dengan Ucapan dasar oleh YAB Presiden UMNO. Para hadirin tidak berganjak mengikuti ucapan selama hampir 2 jam itu.
Banyak perkara yang disentuh dan rata-rata menyambut baik ucapan DS Najib kerana keterbukaan beliau menyatakan pendirian membawa UMNO dan BN didalam menangani isu-isu perkauman yang telah dimainkan oleh pihak pembangkang dan komponen sendiri.
Yang paling menarik sepanjang perjalanan Perhimpunan Agung kali ini adalah bilamana DS Najib menutup dengan ucapan pengulungan yang mahukan semua pihak berani membicarakan apa yang hak dan tidak akan berganjak walau se inci untuk pertahankan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama semasa kemerdekaan.
Apabila mendengar ucapan DS Presiden, teringat beliau semasa menjadi Ketua Pemuda dulu, ucapan yang keras dan berani dan tidak akan berganjak bilamana hak kita dipertikaikan dan dipermainkan oleh bangsa lain.
Kalau kita nak berjuang, kita tidak perlu khuatir dengan ancaman dan desakan dari pihak-pihak lain kerana sebagai kerajaan dan ketua kepada kerajaan (UMNO) kita telah menerima mandat daripada rakyat dan harus diingat kita sememangnya tidak pernah mempertikaikan hak kaum lain.
Umum tahu Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia hari ini sudah tidak mempunyai taring, ini terbukti pada kali ini terdapat beberapa jurucakap telah memperingatkan kepada kepimpinan agar bertindak lebih agresif dan berani didalam menyatakan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO didalam hal-hal yang berkaitan dengan bangsa dan agama.
Pemuda UMNO hari ini lebih suka membuat kenyataan dan desakan dengan menggunakan media. Amat takut untuk membuat perhimpunan besar-besaran kerana tahu cengkaman di bawah amat lemah. Khuatir tidak mendapat sambutan dan itu dan ini.
Sememangnya kalau hendakan sambutan dan gelombang pemuda itu kuat, program-program kecil dan sokongan dari akar umbi diperlukan. Bukan perkara yang senang untuk kita menghimpunkan ramai pemuda sekiranya kita sendiri tidak membuat kerja-kerja untuk mendekati golongan ini.
Sebagai contoh paling dekat, didalam 2 tahun ini, langsung tidak ada satu pun program sukan di peringkat Pemuda Malaysia di anjurkan. Bagaimana golongan muda hendak mendekati mereka sekiranya tidak ada program yang boleh merapatkan pemimpin atasan dengan generasi muda.
Hari ini, golongan muda diluar sana melihat dan memerhatikan apakah hak mereka akan dipertahankan dan dimana pemimpin muda sekiranya bangsa dan agama mereka ditekan.
Didalam kita memperjuangkan Gaji Minimum dan Perumahan, pastinya ini akan mendapat sambutan daripada golongan muda, Pemuda BN memperjuangkan hak ini. Bukan Pemuda UMNO, dan sudah tentunya orang akan bercakap Pemimpin BN adadalah Ketua Pemuda UMNO dan Melayulah yang akan mendapat kebaikkannya.
Tetapi tidakkah mereka tahu kalau kita bawa perjuangan ini didalam Pemuda UMNO, kita mendapat perkara yang serupa bilamana ianya dijadikan dasar kerajaan ?
Kenapa didalam gerak kerja kita kali ini banyak pergunakan Pemuda BN daripada Pemuda UMNO ?
Didalam rencana besama Khairy di Utusan baru-baru ini, bilamana Tengku Adnan yang ditempelak kerana menegur Pemuda kerana lemah dan apabila ditanya apakah Pemuda UMNO buat selama mereka mentakbir? Jawapannya bukan Pemuda UMNO tetapi Pemuda BN itupun adalah 2 program besar.
Kadang-kadang kita merasa malu apabila melihat DS Najib bersuara seperti Ketua Pemuda yang mana hari ini, Presiden seharusnya menuteralkan keadaan. Desakan mesti datang daripada sayap dan DS Presiden sepatutnya berkata "Lihat Rakyat sudah bersuara, komponen semua mesti paham, desakan daripada akar umbi dan kita harus berhenti mempertikaikan isu keistimewaan ini" ini akan memudahkan kerja DS Presiden. Bukannya kita memberikan beban ini kepada DS Presiden !
Ayuhlah berubah, DS Najib sudah memberi lampu hijau dan sudah terang lagi disuluh, tidak perlulah kita takut PRU nanti bangsa lain tidak menyokong kita.
Keyakinan orang Melayu adalah segalanya, Kuat Melayu, kuatlah Malaysia, Terbela Melayu Terbelalah Malaysia. Adanya Pemuda UMNO adalah Pemuda BN, bukan sebaliknya. | |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 07 Nov 2010 02:21 PM PST Muhyiddin: Barisan Nasional now 'back in business' Posted: 07 Nov 2010 01:07 AM PST KUALA LUMPUR: The Barisan Nasional is now 'back in business," says Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. "The leaders in the government have begun to mobilise. It is important that BN political leaders also move in tandem, even faster, as was done in the government transformation programme," said Muhyiddin, who is Barisan deputy chairman. He said that Barisan had sprung back from the big challenge of the 2008 general election. "Do not underestimate us because the BN is now back in business. We may have been rattled a little two years ago, but the BN is back in business. "We want to serve the people. As such, we have introduced the New Economic Model, the Economic Transformation Programme .... All these are not for anyone else but the people of Malaysia," he said when opening the Gerakan national delegates conference here. Muhyiddin said the BN had to rise with renewed vigour built on the comradeship of its components and the confidence in three main pillars inter-racial consensus, political stability, and the BN's capability to implement its social and economic responsibilities. Muhyiddin also urged Barisan leaders to meet the people often and resolve their problems. "I suggest that all BN component party leaders go down to the ground and see the situation for themselves, then find solutions to the people's problems, and take the appropriate measures to help them. "This is to let the people know that the BN is the only party which continues to champion their interests and will ensure a better life for them," he said. Muhyiddin said he and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is Barisan chairman, would also go to every state to ensure that all the problems faced by the people were resolved before the next general election. "BN leaders are committed to what they want to do. We are determined to work to fulfil the needs of the people. This is the basis of what we do. I am happy that the initiative has begun, but there is a long way to go. "We cannot take lightly what the opposition is doing. Problems which crop up which are linked to social, economic, political and educational matters will be resolved by us. I give the undertaking that we will strive together," he said. Muhyiddin, who indicated that the next general election, due in 2013, would be held "soon", said the people would be the gauge for all the coalition's efforts and initiatives because they would determine whether the party would continue to be in power. "It is important (to know) that we have only two more years (before the next general election). I am saying this not because I know when the elections will be. I do not know. The prime minister knows better. "As politicians, we have to always remember that the people are the judge no matter how strong we are. What we have to determine is whether after five years the people will vote for the BN or not," he said. Muhyiddin said that if any component party of the BN faced problems and was weak, it would have an impact on the whole coalition. "If the Gerakan is unwell, I will be more unwell. If the Gerakan recovers, I will be in high spirits too," he said. He said that though the BN won the two by-elections (in Galas, Kelantan, and Batu Sapi, Sabah) on Thursday, it should not rest on its laurels because much work remained to be done to ensure that the people continued to support the BN Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | PANAS ! Mahfuz Omar PAS Ajar Geografi Di Sabah ! Posted: 06 Nov 2010 05:59 PM PDT Oleh PASEMBOQ
Si Mahfuz Omar ni memang layak digelar Mr Bean. Pangkat Naib Presiden PAS tapi akai tak dak.
Ni satu kan ?? Aku hairan apasal si Mahfuz Omar PAS ni boleh jadi Naib Presiden PAS . Tapi khabarnya, ahli-ahli PAS dah tak sokong dia sebab selalu sangat cemar nama baik parti dengan statement dangkal.
Nampak macam ahli-ahli PAS pun bangang macam Mahfuz Omar pada hal ahli-ahli PAS ok aja.
Ni dua kan ?? Ni gunting kan ??? Mahfuz ni suka main tembak hentam sembrono aja bila bagi ceramah. Merepek pun ada bodoh tu confirm la. HarakahDaily tulis tentang ceramah Mr Bean di Sandakan:-
Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawasan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok. Soalan, apa Mahfuz Omar ingat rakyat Sabah ni mundur dan bodoh sangat ka sampai tak tau orang Malaysia tak duduk atas pokok lagi? Hina sangat ka rakyat Sabah di mata parti PAS?
Celoteh Mahfuz lagi :-
"Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang, rumah batu hanya kepada pengampu BN," kata anggota Parlimen Pokok Sena itu. Aku tak tau la apa kena dengan Mahfuz PAS ni. Pembohong betui. Main suka kepala otak dia aja nak tipu rakyat. Macam aku kata tadi, apa dia ingat rakyat Sabah ni bodoh sangat ka nak percaya kata-kata dia tu?
Kedangkalan si Mahfuz ni ingatkan aku kepada Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat. Dia pun sama akai dengan Mahfuz. Klik sini
Kalau macam ini la anggapan parti PAS terhadap rakyat Sabah, confirm parti tu tak kan dapat sokongan di negeri itu. Jangan harap la!
Lagi satu, aku setuju dengan cadangan ahli PAS, memang dah time untuk gulingkan Mahfuz Omar ganti dengan yang lebih banyak akai daripada dia. Sokong! |
| TERIMA KASIH UMB....... Posted: 06 Nov 2010 05:52 PM PDT Keberkesanan Unit Media Baharu UMNO…
Benda yang baik kita kena puji, antaranya kewujudan Unit Media Baharu (UMB) UMNO, sejak beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini. Di Galas ini, ada anggotanya, yang jadi sama dengan wartawan, berkampung berhari-hari, tinggal anak bini. Sebab itu, antara analisis awal kekalahan yang dibuat PAS adalah kegagalan unit IT mereka untuk 'counters' serangan puak-puak UMB ini. Walaupun tak ramai pengundi Galas ini celik IT, tapi kejayaan UMNO kuasai 'ground' dunia maya kali ini menaikkan semangat jentera parti dan membentuk persepsi umum tentang pilihanraya ini. Bukan sahaja blog, tapi UMB menang dalam pertandingan sapa 'hebat' di Facebook dan juga Twitter. Semua serangan pembangkang di alam maya berjawab, dan diserang semula sampai pembangkang KO. Katanya, di Batu Sapi pun serupa. Memang ada kekurangan itu ini, tapi siapa yang sempurna. Kita semua perlu belajar dan terus belajar. Well done bro ! |
| PASCA PRK GALAS, PAS TIDAK MAHU TERIMA HAKIKAT! Posted: 06 Nov 2010 05:48 PM PDT Galas: istilah baharu Nik Aziz 'tekanan raya' Oleh: HELME HANAFI
Bagi PAS tak kira menang kalah …dosa sepanjang masa di pihak Barisan Nasional (BN). Parti itu sentiasa suci sekalipun semua orang berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ia melanggar etika kempen dan main kasar semasa hari pengundian pilihanraya kecil di Galas.
Maka tidak hairanlah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat berkisah tentang keraguannya tentang kemenangan calon BN ,Abdul Aziz Yusof dengan majoriti 1,190 mengatasi calon parti itu Dr Zulkifli Mohamad.
Ada istilah baru yang diciptanya 'tekanan raya' apabila mendakwa ada unsur ugutan dan sogokan terhadap pengundi.
Menteri Besar Kelantan itu lupa macam kata Tengku Razaleigh Hamzah ketika mendakwa berbagai-bagai penyelewengan pilihanraya – pembangkang boleh menang Kelantan,tawan Kedah,Perak,Pulau Pinang dan Selangor dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.
Tetapi itulah lagu biasa yang diputar balik setiap kali selepas pilihanraya apa lagi kalau kalah begini.
Bagi PAS ia merasa seolah-olah sentiasa kena menang kerana adanya perkataan 'Islam' pada nama parti itu.
Tindak-tanduk seperti Nik Aziz 'hulur' RM300 kepada saudara baru Orang Asli di Lojing semasa kempen menjadi suci atas nama 'zakat'.
SPR kata pemberian duit itu salah dalam konteks masa kempen pilihanraya.PAS kata itu zakat.
Jadi di mana nak diletak kedudukan SPR kerana membuat kenyataan mengenainya mengikut peraturan kempen pilihanraya yang ditetapkan?
Jawabnya mestilah SPR 'pilih kasih' pada BN.
Tawaran PAS nak beri RM250 seorang kepada pengundi luar disucikan dengan mendakwa ia dapat membantu SPR meningkatkan peratusan yang mengundi dalam pilihanraya kecil itu.
Bagaimana pula dengan aksi kasar para penyokongnya di hari pengundian. Perbuatan seorang muslimat PAS mengetuk seorang anggota Puteri disifatkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Halim Abdul Rahman 'hal kecil' sahaja.
Apa pula alasan nak diberi pada kehadiran kanak-kanak di celah-celah penyokongnya yang terpekik terlolong pada hari pengundian seperti gambar-gambar di atas yang dipetik dari laman Facebook Pewaris Bangsa.
Bukankah ini menyalahi etika pilihanraya.
PAS sentiasa ada alasan seperti ia senang-senang kata ia cuma ' putarbelit' kempen BN bila Orang Asli menjerit tentang isu Ladang Rakyat, tanah mereka dan sebagainya.
Alih-alih Tengku Razaleigh yang dituduh hilangkan fail sedangkan semua orang tahu soal tanah segala macam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Kita kecewa. Kalau rakyat terima sungguh (BN) sebagaimana kehendak dia tolak Pas itu tidak mengapa. Tapi kalau tolak Pas ambil BN kerana perkara 'tertentu', kerana ugutan, kerana sogokan, kerana apa-apa, maka dosa dia (BN) tanggung sampai ke akhirat. "Ini kerana dia tidak beri peluang kepada rakyat memilih. Kita sebut pilihan raya, tahu-tahunya jadi 'tekanan raya', itu berdosa," itulah antara kata Nik Aziz pada wartawan di Kota Bharu ketika diminta mengulas mengenai kekalahan PAS.
Tok Guru mengingatkan BN pada 'dosa' yang akan ditanggungnya.
Katanya setiap kegiatan manusia termasuk urusan politik tidak akan terlepas daripada agama dan undang-undang Allah.
Bukankah ingatan ini juga patut ditujukan kepada PAS dan penyokongnya?
Atau mungkin Nik Aziz merasa PAS ada keistimewaan 'kalis' dosa kerana adanya perkataan ' Islam' pada nama parti itu.- 6/11/2010 |
| Ketepi fahaman politik bantu mangsa banjir Posted: 06 Nov 2010 05:37 PM PDT Ketepi fahaman politik bantu mangsa banjir |
TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Haminah Hamidun bertanya khabar kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, semalam. |
ALOR SETAR 6 Nov. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dukacita dengan nasib rakyat negeri itu yang dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah dan meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik bagi membantu mangsa menghadapi bencana itu. Baginda berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, korporat serta individu agar menyampaikan bantuan dalam apa jua bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa. "Beta berasa dukacita di atas kejadian banjir yang melanda negeri Kedah khususnya kepada rakyat," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika bersama-sama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun mendengar taklimat mengenai banjir di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darulaman di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan puteri baginda yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Sultan Kedah juga berkenan menyerahkan sumbangan RM500,000 daripada kutipan zakat negeri Kedah dan bantuan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk dimanfaatkan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negeri. Pada majlis sama, YSB menerima sumbangan RM200,000 daripada seorang individu untuk digunakan bagi membantu mangsa banjir. Terdahulu, Sultan Kedah berkenan melawat mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti di sini. Baginda dan Sultanah Kedah meluangkan masa selama 45 minit bertanyakan khabar kepada mangsa banjir di pusat pemindahan itu kira-kira pukul 1 tengah hari.
Banjir: TPM minta Kedah jangan lepas tangan | Nov 6, 10 12:56pm | |
| Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.
Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.
"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.
"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Kolej-Kolej Komuniti Wilayah Johor di Pagoh hari ini.
Semalam, ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung yang juga Anggota Parlimen Alor Setar, berkata kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS kurang bersedia untuk menghadapi bencana banjir.
Timbalan Perdana Menteri, yang akan melawat Kedah esok bagi meninjau keadaan terkini bencana banjir di negeri itu, berharap usaha pemberian bantuan kepada mangsa ketika ini yang tidak tersusun, akan menjadi bertambah baik.
Katanya kerajaan negeri perlu mengukuhkan persediaan logistik terutamanya operasi lori dan bot untuk memindahkan mangsa bagi melicinkan operasi menyelamat.
Mengenai pemberian bantuan kepada golongan petani dan pesawah yang terjejas dengan bencana banjir, Muhyiddin berkata kerajaan akan memaklumkan mengenai bentuk bantuan selepas keadaan bencana itu reda.
"Kita (kerajaan) sememangnya memandang berat masalah yang ditanggung oleh petani dan pesawah dan kita akan mencari jalan untuk membantu mereka," katanya.
Tentang persiapan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian berharap bencana banjir itu akan reda sebelum bermulanya peperiksaan terbabit dalam tempoh dua minggu lagi.
"Kita akan lihat situasi dan berharap keadaan (banjir) akan reda, tetapi kita bimbang akan ada gelombang kedua. Kita kena ambil perhatian, tetapi walau apapun kita kena kekalkan persiapan," katanya.
Terdahulu ketika berucap, Muhyiddin meminta setiap rakyat memiliki sekurang-kurangnya satu bentuk kemahiran dan mempraktikkan pembelajaran seumur hidup sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara maju.
Dengan 80 peratus daripada tenaga kerja di negara ini hanya memiliki kelulusan SPM dan ke bawah, beliau berkata usaha 'upskilling' atau 'multiskilling' pekerja negara ini perlu diperhebatkan.
"Kita tidak boleh hanya bergantung kepada kelulusan akademik sahaja, tetapi soal kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat juga penting dalam usaha kita untuk menjadi negara maju," kata Timbalan Perdana Menteri.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Prof Madya Dr Kamaruddin Kasim.
--Bernama |
| HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT RETAK? Posted: 06 Nov 2010 05:30 PM PDT Hubungan Pas, pembangkang lain hanya kosmetik
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hubungan Pas dengan parti lain dalam pakatan pembangkang hanya bersifat kosmetik yang boleh rosak pada bila-bila masa kerana masing-masing mempunyai mempunyai dasar perjuangan yang jauh berbeza antara satu sama lain.
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali sebaliknya berkata, mereka hanya bersatu kerana berpegang kepada prinsip melawan musuh yang sama iaitu Barisan Nasional (BN).
"Ramai ahli dan penyokong Pas tidak bersetuju dengan kerjasama itu tetapi kerana konsep wala' atau mentaati keputusan pucuk pimpinan, terpaksalah mereka memendam rasa," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai rakaman video 'pertemuan panas' yang tersebar luas antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris.
Che Hamdan berkata, sebenarnya isu antara kedua-dua ulama itu lebih kepada masalah peribadi bekas pemimpin Pas yang kecewa dalam perjuangan dan memilih untuk menyertai UMNO.
Bagaimanapun, katanya, isu kerjasama antara Pas dan DAP seperti yang ditimbulkan oleh Mohd. Nor telah menjadi punca suasana dalam Pas bergelora atau lebih tepat lagi menjadi duri dalam daging. |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan