Sabtu, 27 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 27 Nov 2010 03:37 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Wanita KEADILAN Mahu Jawatan Ketua Umum Diwujudkan Untuk Anwar

Posted: 26 Nov 2010 09:34 AM PST

SYED HUSIN JADI TIMBALAN KETUA UMUM?

Posted: 26 Nov 2010 08:25 AM PST

KEDAH online

Posted: 27 Nov 2010 03:23 AM PST

KEDAH online


Posted: 26 Nov 2010 06:37 AM PST

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Nov 2010 07:46 PM PST

Anwar Ibrahim


Bar Council Views Seriously The Suppression of Evidence

Posted: 26 Nov 2010 12:01 AM PST

From Malaysiakini

Bar Council chairperson Ragunath Kesavan has joined the chorus of critics in expressing his disappointment over several recent court decisions in the Anwar Ibrahim’s sodomy trial which denied the defence access to documents that could be used as evidence.

“We are of the view it is paramount consideration for the court in determining the truth so justice is, and seen, to be served.

“It is the responsibility of all parties, including the judge, to ensure that the prosecution complies with full disclosure in terms of the information provided to the parties involved, and produced it in court," said Ragunath.

"In addition, a witness who takes the stand in a trial, whether called by the prosecution or the defence, is under an obligation to be independent and to speak the whole truth.”

According to Ragunath, it is only after all these elements are present that the judge could make an informed decision on the credibility of the witnesses, and the weight to be given to their testimony.

“Non-production of any documents and information merely gives rise to the perception, in the public mind, of a cover-up, and would surely erode public confidence in the criminal justice system.”

Repeated denials

The Anwar defence team led by Karpal Singh has been denied access to the initial medical reports on complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan, CCTV recordings, photographs taken during Saiful’s medical examination and statements of the prosecution witnesses.

The defence had apply for the supply of documents under Section 51A of the Criminal Procedure Code but despite making several applications and appeals – all the way up to the Federal Court – they were denied access.

An attempt was also made to review the apex court decision, but it proved futile. Former Court of Appeal judge NH Chan had criticised the Federal Court for not granting a review of its own decision.

Furthermore, prosecution witnesses from Hospital Kuala Lumpur had repeated refused to refer to their medical notes which they had taken during the examination of the complainant while being cross-examined by the defence.

High Cour judge Mohamad Zabidin Mohd Diah on Wednesday eventually decided to order the prosecution to hand over the notes to Anwar.

Azmin Ali : Gesaan Dr Syed Husin Penting Untuk Hadapi PRU-13

Posted: 25 Nov 2010 11:38 PM PST

Dari TV Selangor

Gesaan dan pandangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali terhadap peranan Wanita dan Angkatan Muda
Keadilan (AMK) sangat penting dalam usaha memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Dr Syed Husin sebagai pemimpin lama memahami denyut nadi rakyat yang perlu digalas pimpinan yang muda di dalam wanita dan AMK.

“Saya kira teguran yan dibuat itu adalah teguran yang membina dan saya yakin AMK dan Wanita akan menerima teguran ini demi kekuatan parti di masa yang akan datang,” ujar beliau.

Sementara itu, Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya berkata PKR perlu mengadakan sebanyak mungkin bengkel,kursus dan latihan ialah untuk menimbulkan kesedaran dan kekuatan organisasi dan perpaduan politik.

Ujarnya lagi, apabila anggota parti sudah menerima, memahami dan menghayati dasar dan matlamat parti yang sebenarnya, mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kekayaan serta martabat.

Azmin berkata salah satu tumpuan beliau yang terkandung dalam manifesto sebagai calon timbalan presiden adalah meningkatkan program latihan dan bengkel seperti
yang disarankan Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya pagi tadi.

“Program seperti ini dapat merapatkan lagi perpaduan pimpinan dan anggota parti dapat menghayati semangat dan idealisme perjuangan yang akan meningkat istiqamah supaya tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen luar.

“Saya menyambut baik gesaan beliau supaya parti meningkatkan dan memberikan tumpuan untuk meningkatkan program latihan atau pun kem-kem politik ini supaya
anggota parti dan pimpinan makna perjuangan yang sebenarnya,” jelas Azmin selepas selesai ucapan dasar Kongres Nasional Tahunan ke-7 timbalan presiden di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi tadi.

Tambah beliau, perkara itu akan ditumpukan selepas selesai kongres PKR,Ahad ini.

Ucapan Dasar Timbalan Presiden

Posted: 25 Nov 2010 08:38 PM PST

Klik Disini Untuk Membaca Ucapan Penuh:-Ucapan Tim Presiden-1

Ulasan Dari Merdeka Review

Pakatan Rakyat mempunyai banyak kekuatan yang tidak ada pada gabungan politik sebelum ini, dalam sejarah menentang musuh penjajah British, Perikatan mahupun Barisan Nasional sekarang, kata Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali. Bagaimanapun, beliau melihat cubaan pembentukan “Third Force” (Kuasa Ketiga) boleh memberi nafas kepada UMNO-BN.

“PAKATAN menyatukan parti-parti terbesar di luar pemerintahan sebagai hanya satu gabungan. Namun begitu, ia harus menarik juga parti-parti kecil yang masih belum menyertainya, dengan syarat mereka menyokong penuh Dasar Pakatan Rakyat yang telah disetujui pada 19 Disember 2009. Kini terdapat hanya satu gabungan yang boleh menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya akan datang.”

Beliau mengingatkan, “Namun, ada percubaan untuk membentuk apa yang disebut sebagai ‘Third Force’. Jika terbentuk, badan ini boleh memberi nafas kepada UMNO-BN. Ia akan juga menyulitkan PAKATAN untuk mencapai kemenangan besar. Perkara ini pelu ditangani dengan bijaksana.”

Syed Husin Ali berkata sedemikian dalam ucapannya ketika merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan, yang berlangsung di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi ini. Ini merupakan kali terakhir Syed Husin Ali yang menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR sejak tahun 2003 memberi ucapan perasmian Kongres Wanita dan AMK.

Sejarah PKR dan politik tanahair

Bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia mengisahkan sejarah kebangkitan Parti Keadilan Nasional lantaran pemecatan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan percantumannya dengan Parti Rakyat Malaysia kemudiannya. Dalam ucapan beliau yang setebal 28 muka surat, Syed Husin Ali juga mengimbas bagaimana gabungan tenaga rakyat berlaku sebelum kemerdekaan, misalnya PUTERA-AMCJA untuk menentang penjajah British.

Syed Husin Ali kemudiannya menceritakan bagaimana Fron Sosialis (SF), Harakah Keadilan (HAK), GAGASAN-APU dan Barisan Alternatif (BA) dibentuk selepas kemerdekaan untuk menentang kerajaan Perikatan, dan kerajaan UMNO-BN kini. Meskipun PKR mahupun Pakatan Rakyat turut mengalami penindasan dan kezaliman sebagaimana yang dilalui pakatan politik sebelumnya, namun Syed Husin agak optimis terhadap senario terkini.

“Sekarang ini saya lihat KEADILAN berada dengan asas yang kukuh, walaupun masih terdapat banyak lagi kelemahan serta masalah. Dalam usianya yang pendek, kita telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun Parti tidak berjaya diganggu gugat, sama ada dari dalam dan luar. Ia tetap berdiri kukuh. Saya yakin segala pengalaman yang dilalui – pahit, maung dan apatah lagi manis akan mematang dan memperkasakan lagi kita dan Parti kita.”

PKR bagai parti pelangi

Bagaimanapun, beliau sempat mengungkit beberapa masalah dalam parti. “Pertama, anggota-anggota Parti terdiri dari beberapa golongan pemimpin dan anggota yang pernah aktif atau mempunyai kaitan dengan badan-badan berlainan. Yang penting antaranya ialah: (i) UMNO, (ii) PRM, (iii) ABIM, (iv) JIM, (v) NGO-NGO lain, dan (vi) mereka yang tidak pernah ada kaitan dengan badan-badan tersebut. Sebenarnya KEADILAN menyerupai parti pelangi (rainbow party) yang mempunyai pelbagai warna.”

“Anggota-anggota Parti mempunyai latar belakang berlainan; mereka mempunyai orientasi politik yang berbeza-beza.”

Beliau menyambung, “Sehingga sekarang ada di antara mereka yang masih terbawa-bawa oleh pengaruh lama mereka. Bahkan masih ada, walaupun bilangannya sangat kecil, yang menimbulkan syak wasangka atau permusuhan dengan membangkitkan latarbelakang tertentu. Masalah besarnya ialah bagaimana hendak memupuk kesedaran bahawa kita semua, walau dari manapun asalnya, sekarang adalah anggota KEADILAN.”

“Kedua, dari segi kaum dan agama pula anggota-anggota Parti mempunyai banyak kelainan. Pada permulaannya majoriti anggota adalah Melayu dengan hanya segelintir Cina dan India. Akan tetapi setelah kebangkitan Hindraf, orang India menderu masuk. Orang Cina datang beransur-ansur.”

“Kini kita dapati lebih 50% anggota terdiri dari Melayu, hampir 30% India, hampir 20% Cina dan lebih 10% Iban, Kadazan dan lain-lain dari Sabah dan Sarawak. Masalahnya ialah macam mana hendak mengikis sikap perkauman sempit yang masih ada di kalangan sebahagian kecil saja. Parti pelbagai kaum adalah eksperimen baru KEADILAN. Masalah yang dihadapi banyak.”

Pastikan bilangan kecil berwang tidak kuasai parti

Syed Husin turut meluahkan kegusarannya, “Ketiga, anggota-anggota kita juga terdiri dari orang yang berbeza kedudukan ekonomi dan pangkat. Walaupun begitu, bilangan mereka yang kaya dan berpangkat masih kecil sekali.”

“Akan tetapi bilangan serta pengaruh mereka mungkin boleh bertambah. Bilangan paling besar masih terdiri dari yang bependapatan atau berkedudukan sederhana dan mereka yang berpendapatan serta bertaraf rendah.”

“Masalahnya di sini ialah bagaimana hendak memastikan agar bilangan kecil yang berwang dan berpangkat tidak akan dapat menguasai Parti, dengan wang dan pangkat, untuk kepentingan mereka sendiri. Jikalau ini berlaku bahayanya ialah KEADILAN akan berkembang menjadi seperti UMNO, terutama selepas mendapat kuasa.”

Ideologi bukan prasyarat yang wajib

Beliau sedar masalah besar tersebut perlu ditangani, “Apa dan bagaimana patut dilakukan? Sebagai langkah permulaan, untuk menghadapi kesemua masalah, Parti hendaklah mengadakan lebih banyak kursus politik bagi memahami dasar dan matlamat perjuangan Parti. Setiap anggota baru harus diberi kursus pengenalan tentang perjuangan Parti. Selepas itu perlulah diadakan kursus bertingkat-tingkat untuk pimpinan dan kader. Hal ini seringkali ditegas dan dicadangkan akan tetapi malangnya masih kurang sekali dilaksanakan.”

“Ada pihak mengatakan masalah KEADILAN ialah ia tidak mempunyai ideologi yang jelas. Oleh sebab sejarah dan komposisinya yang pelbagai KEADILAN belum dapat merumuskan ideologinya. Perlu ditegaskan ideologi bukan prasyarat yang wajib. Dan tidak ada gunanya kita mengambil saja satu ideologi dari luar dan kemudian memaksanya ke atas organisasi dan anggota.”

Syed Husin mencadangkan, “Lebih baik, dalam keadaan sekarang, Parti mempunyai dasar atau program perjuangan yang luas tetapi jelas dan diterima,difahami dan dihayati semua anggota. Ketika ini KEADILAN mempunyai matlamat atau dasar perjuangan yang tegas, sebagaimna yang tercatat dalam Perlembagaan Parti. Ia sering juga dihuraikan dengan terang dalam ucapan-ucapan para pemimpin Parti.”

Memohon maaf atas kekurangan diri

Meskipun diberi pengiktirafan oleh seluruh Wanita dan AMK terhadap sumbangan yang beliau curahkan untuk parti, Syed Husin Ali bagaimanapun memohon maaf atas kekurangannya ketika menyandang jawatan tersebut. “Sebagaimana saudara saudari maklum, saya telah diberi penghormatan dan kepercayaan menjadi Timbalan Presiden sejak 2003. Saya akui selama itu tidaklah banyak saya lakukan. Saya jarang turun padang, melawat Negeri dan Cabang. Tugas yang saya lakukan banyak di Pejabat. Saya cuba berada di situ hampir setiap hari kerja.”

“Saya melayan segera sebanyak mana panggilan telefon, kiriman emel atau sms. Saya bersedia menemui siapa saja untuk membincangkan masalah organisasi Parti. Saya cuba menyelesaikan setakat yang termampu. Kerja-kerja ‘low profile’ yang tiada ‘glamour’ ini perlu dilakukan.”

“Saya mengetahui tugas-tugas ini yang tiada unsur sensasi tidak menarik perhatian media. Ia juga tidak membuka peluang untuk menjadi lebih terkenal dan popular. Namun ia lebih sesuai dengan usia dan kebolehan saya. Misalnya, saya sedar tidak begitu petah dan lancar berpidato dalam ceramah-ceramah umum. Oleh itu, saya serahkan tugas ini kepada mereka yang lebih bertenaga dan lebih berbakat melakukannya.”

“Saya sedar ini acapkali juga menimbulkan kekecewaan dan salah faham kepada sesetengah anggota dan Cabang. Saya ketahui juga ia mengakibatkan sesetengah pihak berpendapat saya tidak efektif. Saya meminta maaf jikalau ini benar. Namun saya tidak pernah menyesal menumpu kepada kerja-kerja di pejabat yang bukan ‘high profile’ itu.”

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 26 Nov 2010 11:12 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Di Hawaii tiada kasino, tapi di Malaysia ?

Posted: 25 Nov 2010 11:42 PM PST



Tahukah kita bahawa kegiatan perjudian adalah diharamkan sama sekali di sebuah negeri di Amerika Syarikat ? Di Hawaii tiada satu pun kasino. Malahan kasino atas kapal pun dilarang masuk ke perairan Hawaii. Maju saja Hawaii tanpa judi. Siap ada siri TV Popular Hawaii Five O lagi. Tahu tak apa makna Five O itu ?

Five O ialah FIFTY atau Limapuluh, iaitu negeri yang ke 50 menyertai Amerika Syarikat.

Bandingkan Hawaii dengan Malaysia, tak malu ke ? Hawaii yang terkenal satu dunia tak ada kasino, Malaysia ada Genting. Hawaii tak ada kedai judi berlesen, tapi pekan kecil Kuala Pilah, pekan kecil Rembau pun ada kedai judi.

Bukan sahaja kasino tak dibenarkan di Hawaii, loteri pun tak boleh. Silap haribulan cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium pun dianggap judi di Hawaii.

TAK PERCAYA ? Buatlah search sendiri, buatlah penyelidikan sendiri.

Hawaii is one of the two remaining states in the US where all forms of gambling are considered illegal (the other being Utah). There are neither casinos nor state lotteries in Hawaii. Any form of betting or pari-mutuel betting is not considered legal. Even games and raffles for charitable purposes are outlawed. So long as there's an element of chance involving a reward or an item to be won, Hawaii Gambling Laws deem all of these as illegal
http://www.hawaiicasinos.org/

Hawaii: Not a Gambler's Paradise
Close your eyes and think Hawaii – endless beaches of pristine white sand, lush tropical trees, luxurious hotels, exciting evenings, world class casinos…. STOP. You'll have to backtrack a bit because the casino bit doesn't fit into the classic Hawaiian fantasy. Did you know that there are only two states in the US that frown on any form of gambling… and Hawaii is one of them?!

The State of Hawaii doesn't allow any form of games for rewards or money – and that includes bingo! And if you think the police turn a blind eye, think again. According to the state's authorities, anybody contravening these laws are up against stiff punishment. Even cruise ships with casinos on board are barred from entering Hawaii's waters.

But that's not to say that Hawaiians are living in a little gambling-free bubble. It is a known fact that hundreds of thousands of residents from the Aloha State visit Vegas casinos each year, meaning that even though they can't play on home turf, top-notch gambling entertainment is only a plane-ride away. Of course, online gambling is also an option, despite the grey area in the legality of doing so from Hawaii.

So how do Hawaiins get their gambling fix in a state that doesn't even have a lottery in place? Thankfully, what is know as social gambling is allowed in the state, as long as everyone is on level terms and the house doesn't get a cut. This gives enough leeway for impromptu social gambling games to be set up in private homes, and there are even services offered that set up a mini-Vegas in a location of your choice – as long as it in within the limits of the law.

Another thing to note is that Hawaii's flower industry is literally flourishing thanks to demand from an interesting source – Las Vegas casinos and casino cruise ships. This means that even though casinos and gambling are outlawed in Hawaii, the state is still managing to make a killing from this very industry thanks to the demand for its exotic flowers.

Posted in Casino, Gambling.

By reneek November 2, 2010
http://www.casinob.com/casino-blog/casino/hawaii-not-a-gamblers-paradise/

BULETIN RAKYAT

Posted: 26 Nov 2010 11:02 AM PST

BULETIN RAKYAT


SELAMAT BERKONGRES ! 26.27 & 28 NOV 2010 DEWAN CIVIK PETALING JAYA

Posted: 26 Nov 2010 09:46 AM PST

s

Posted: 26 Nov 2010 09:25 AM PST

s


kejohanan Badminton PeBT Zon 8 MPS

Posted: 25 Nov 2010 05:40 PM PST





Program korban di Batu Caves-Kg.Baru Batu Caves

Posted: 25 Nov 2010 05:31 PM PST


Program korban di Batu Caves-Masjid Sg.Tua

Posted: 25 Nov 2010 05:30 PM PST


Program korban di Batu Caves-Maahad Tahfiz Taman Jasa Utama

Posted: 25 Nov 2010 05:28 PM PST


Program korban di Batu Caves-Taman Jasa Utama

Posted: 25 Nov 2010 05:24 PM PST





PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

Posted: 26 Nov 2010 07:39 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


PENGORBANAN BESAR UMNO KEPADA SINGAPURA

Posted: 26 Nov 2010 03:08 AM PST

Bravo.......Siapa Pengkhianat Siapa? Dan Siapa Pengkhianat? UmNo tiada pasti Rakyat Sejahtera.

U= UmNo
P= Penipu / Pembohong
N= Number
O= One

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.
PERJANJIAN AIR 1990
Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebutPerjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061
ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA
Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah.
Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura.
Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura
Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun
PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS
Pengkalan TLDM di Woodlands terpaksa ditutup setelah 45 tahun beroperasi kerana pihak Singapura tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan yang berakhir pada awal 1998.
Sebagai ganti, Malaysia terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM195,000,000 untuk membina Pusat Latihan Rekrut TLDM (PULAREK) di Kota Tinggi Johor.
PULAU BATU PUTIH
Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice pada 1994.
Pihak Singapura telah mentadbir pulau tersebut dengan kawalan pihak tentera mereka sejak tahun 1850
Walupun keputusan belum diumumkan oleh ICJ (sehingga artikel ini ditulis), pihak Singapura melarang sebarang aktiviti dilakukan di kawasan pulau tersebut oleh pihak Malaysia seperti aktiviti nelayan dsb.
ISU CENTRAL PROVIDENT FUND (CPF)
Isu CPF warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga masih belum selesai.
Hanya warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh mengeluarkan wang CPF mereka sementara yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut walaupun telah berhenti bekerja di Singapura.
Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian setelah berumur 55 tahun.
ISU PULAU PISANG
Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka dan merupakan hak milik Malaysia.Singapura semenjak dahulu lagi menjaga operasi rumah api di situ dengan kawalan pihak tentera mereka tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia.
ISU PENAMBAKAN LAUT
Tindakkan Singapura menambak laut di persekitaran Pulau Tekong mendatangkan kesan negetif dan kerugian kepada Malaysia.
Ianya menyempitkan Selat Tebrau dan mengganggu aliran Selat Tebrau.
Hakisan mulu berlaku akibat kederasan arus di selat tersebut, dan ianya juga mengganggu ekologi kehidupan laut yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan.
ISU PENCEROBOHAN JET SINGAPURA DI RUANG UDARA JOHOR
Perjanjian penggunaan ruang angkasa Malaysia telah dibatalkan pada September 18, 1998, tetapi jet pejuang RSAF masih lagi menceroboh ruang udara Malaysia terutama ruang angkasa Johor
Dalam tahun 2002 sahaja, sebanyak 5 insiden sedemikian berlaku tanpa ada permohonan maaf secara rasmi dari pihak Singapura.
ISU JAMBATAN BENGKOK
Mantan PM Abdullah Ahmad Badawi, atas tekanan pihak Singapura telah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok walaupun telah dipersetujui semasa Mahathir Mohd menjadi PM Malaysia.
Akibat dari pembatalan itu, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM257.4 juta kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB)

MAK JANDA NAK JADI PERMAISURI

Posted: 26 Nov 2010 02:30 AM PST

Siapa mak janda yang di "syair"kan oleh Hishamuddin ni? 7 berkahwin & menjanda...nak upgrade body macam Celion Dion, muka nak macam Paris Hillton.....

Hishamuddin Rais Nov 25, 1011.

Macam-macam punya gila. Macam-macam punya sandiwara sedang dipentaskan. Lepas satu, satu, tak habis habis. Macam-macam punya cerita. Macam-macam punya labun.
Aku yang jadi tukang karut ini tak sempat nak berjanguk ada sahaja cerita baru yang wajib 'diselampitkan'.
Belum pun abis cerita Saifool, ada pula cerita budak sekolah mati kena terkam buaya di Shah Alam. Sebelum ini ada kes anak Cina cekik leher sendiri. Kes ini masih belum selesai.
Sudah bertahun-tahun laporan mahkamah tak siap-siap sampai uban aku tumbuh di ketiak. Agaknya sudah reput leher anak Cina dalam kubur tetapi siasatan macam mana dia cekik leher dia sendiri masih jadi satu misteri.
Kisah punya kisah, ada satu kisah yang jadi raja segala kisah. Inilah dia datuk dan nenek moyang dari semua kisah-kisah yang pernah dikisahkan. Inilah kisah benar. Kisah benar yang benar-benar belaka. Kisah Mak Janda yang ingin jadi permaisuri.
Al-kisah mengikut kata sahibul hikayat adalah seorang Mak Janda dari negeri Antah Berantah. Dari apa yang telah diceritakan, Mak Janda ini ditakdirkan pendek dan gempal ketika dilahirkan.
Dari zaman kanak-kanak lagi orang sekampung telah memanggil dia Minah Becok kerana mulutnya cukup becok. Becoknya bukan macam murai tercabut ekor tetapi macam Samy Vellu ditemubual RTM.
Maka orang orang kampung pun membuat pantun dan seloka:

Ada seorang Minah Becok
Badannya gempal kakinya tepok
Siang tidur malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Permaisuri

Maka mengikut tuan yang empunya cerita, Minah Becok ini pun membesarlah. Maka Si Minah ini berkahwin dan beranak. Mengikut cerita yang didengar melalui akhbar Baca Gembira, si minah ini telah tujuh kali berkahwin dan tujuh kali bercerai.
Berita kahwin cerai kahwin cerai ini sehingga sekarang masih belum digazetkan dalam Parlimen. Ia masih menjadi rahsia negara.

Tok bomoh misai berdenting

Tidaklah terhitung jumlah anak yang lahir sehinggakan orang kampung membuat pantun dan seloka:

Siang tidur malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Pemaisuri
Pilih jantan silih berganti
Memasang perangkap nak jadi bini menteri

Maka pada satu hari baik bulan yang baik, si minah ini telah pergi berjumpa tok bomoh untuk menilik dan melihat nasib. Ingin mencari ubat yang mujarab agar dapat menguruskan badan dan memaniskan muka.
Maka pada ketika dan waktunya sampailah si minah ini ke kampung tok bomoh. Sayangnya tok bomoh ketika itu tidak berada di rumah.

Lama juga si Minah ini menunggu. Untuk merehatkan badan si Minah duduk di tepi tangga sambil mengira bulu kaki. Mengikut tuan empunya cerita, tok bomoh ini bukan sahaja pandai menilik nasib malah tok bomoh ini cukup handal dalam hal tangkap menangkap jin.
Mengikut ceritanya tok bomoh ini baru sahaja dijemput untuk menangkap jin yang telah melarikan seorang anak dara sunti di Besut.

Tunggu punya tunggu tok bomoh pun sampailah ke rumah. Salam diberi tangan dijabat. Memang betul Tok Bomoh ini bukan kecil anak.
Misainya berdenting dan rambutnya panjang kerinting. Apabila masuk sahaja ke anjung rumah, si Minah ternampak banyak ijazah-ijazah dan surat tauliah terpampang di dinding.

Betul-betul di dinding tengah kelihatan tersimpan dalam bingkai kaca gambar tok bomoh sedang menerima ijazah dari sebuah kolej antarabangsa dalam bidang ilmu perikanan.
Macam mana dari menangkap ikan boleh beralih untuk menjadi pakar menangkap jin, wallahi alam bissawab, hanya Chua Soi Lek sahaja yang mengetahui.
Tok Bomoh terus bertanyakan apakah niat yang hendak dipinta oleh si Minah Becok. Maka si Minah pun bercerita yang dia mahu menguruskan badan macam Celine Dion dan mencantikkan muka macam Paris Hilton.
Minah Becok juga mahu tahu apakah ada jantan lagi yang sanggup menjadi suaminya kerana dia telah tujuh kali menjanda. Mendengar nama-nama ini tok bomoh duduk termenung dan terus menggaru lutut.

Kemudian tok bomoh mengambil beberapa majalah Voque dan Elle dan terus mencari muka Paris Hilton dan Celine Dion. Bila bertemu gambar yang dicari si bomoh mengangguk kepala dan mulutnya mula berkumat kamit sampai buih muncul di bibirnya.

Telur ayam Jusco

Selesai menjampi, tok bomoh ini terus mengeluarkan tujuh balang plastik yang tertutup rapi dengan kain hitam. Menurut tok bomoh, dalam botol plastik ini adalah tujuh ekor jin kafir tetapi telah berjaya disunatkan. Jin-jin ini telah ditangkap di Besut, Terengganu.
Mengikut tok bomoh jin-jin ini telah cuba melarikan seorang anak dara sunti. Kerana telah bersunat maka jin ini akan menjadi hamba suruhan tok bomoh ini.

Mengikut tok bomoh permintaan Minah Becok ini boleh dimakbulkan dengan bantuan jin-jin ini tetapi ada syaratnya. Permintaan ini perlu ada pengeras.
Perlu dibawa seekor ayam betina, seekor ayam jantan berkaki hitam, dua buah kelapa kuning, tiga butir telur ayam dara, seketul bara arang batu dan sebiji garam gunung.

Tok bomoh juga memerlukan dua tiket AirAsia ke Chiang Mai atau Saigon dan bilik hotel selama tujuh hari di sana.Bila mendengar ini maka Minah Becok tersenyum dan bersetuju. Si Minah meminta tujuh hari untuk menyediakan semua yang dipinta.
Maka orang-orang kampung pun membuat pantun dan seloka:

Minah Becok nak kuruskan badan
Celine Dion jadi ikutan
Dari janda nak jadi dara
Sanggup membuat apa saja
Minum garam makan bara

Si Minah dengan segera telah menyediakan semua permintaan Tok Bomoh. Dua tiket ke Saigon dan bilik hotel telah ditempah. Ayam, garam, buah kelapa dan bara arang batu semua telah didapati.
Genap tujuh hari maka pergilah sekali lagi Minah Becok berjumpa dengan tok bomoh. Tok bomoh menerkam dan terus membelek belek tiket AirAsia. Tok bomoh tersenyum puas.
Kemudian tok bomoh mengumpulkan semua barang pengeras dan mula membaca jampi dan serapah. Selang beberapa minit tetiba tok bomoh berhenti.
Tok Bomoh marah dan terus berkata: "Ini bukan telur ayam dara? Ini telur hang beli di Jusco."
Minah Becok mengigil takut. Dia terketar-ketar dan terus berkata:
"Di kampung saya, tak ada lagi ayam dara. Yang ada hanya ayam janda."

(bersambung )

PENGUNDI ATAS PAGAR MENOLAK PAKATAN RAKYAR PRU-13

Posted: 26 Nov 2010 02:20 AM PST

Baca dan analisa sendiri...........

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Memang sukar dan sengit. Mungkin keputusannya juga tidak dijangka nanti, mengulangi debaran 2008. Ya, tidak mudah bagi mana-mana parti politik berdepan pilihan raya umum ke-13. Tiada lagi jalan mudah seperti dahulu. Rakyat Malaysia kini benar-benar sudah ada pilihan untuk dipilih, tidak sepertimana pernah dikritik (sekali gus menyindir parti pembangkang) oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman dalam satu seminar di Universiti Malaya, pada Disember 2006.

Dato' Seri Najib Razak pastinya mengintai peluang terbaik untuk menebus maruah BN yang tercemar teruk pada Mac 208. Tarikh pilihan raya sentiasa menjadi senjata utama untuk memerangkap seteru politik. Selalunya, selepas tempoh 36 bulan, teka-teki pembubaran Parlimen akan bermula. Najib - melalui apa jua cara, seperti yang dilafazkannya dalam perhimpunan Umno lalu - tentunya mahu membuktikan bahawa dalam pilihan raya pertama yang diterajuinya, prestasi BN akan kembali melonjak, terutama bagi merebut empat negeri (termasuk Perak yang ditawan lebih awal melalui rampasan kuasa) yang terlepas kepada Pakatan Rakyat dan memulihkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sejarah menunjukkan setiap perdana menteri baru akan mencatatkan kemenangan gemilang ketika pertama kali mengepalai jentera kempen. Misalnya, dalam pilihan raya 1974,Barisan Nasional yang baru dibentuk atas inisiatif Tun Abdul Razak Hussein, yang menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra, menguasai 135 daripada 154 kerusi Parlimen,iaitu 87.66 peratus.

Tun Dr Mahathir Mohamad pula merakamkan detik-detik indahnya dalam pilihan raya 1982 apabila BN menang 85.71 peratus kerusi Parlimen. Manakala dalam empat pilihan raya selepas itu, yang juga diterajui bekas Perdana Menteri keempat itu, prestasi BN naik-turun, tetapi tidak pernah mengatasi rekod 1982. Pada 1986, majoriti kerusi BN diParlimen adalah 83.62 peratus; 1990, 70.55 peratus; 1995, 84.36 peratus; dan pada tahun 1999, 76.68 peratus.

Tanpa diduga, Presiden Umno yang dilihat paling lemah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengungguli kehebatan selepas mengejutkan parti-parti pembangkang dan memberikannafas baru buat Umno pada 2004. BN mencatatkan kedudukan paling selesa sepanjang, apabila menang lebih 90 peratus kerusi Parlimen. Keselesaan membawa padah, malah mengheret Abdullah jatuh!

Mac 2008, tsunami politik menggegarkan negara. BN hilang empat lagi negeri (kebanyakannya yang termaju di negara ini) dan buat pertama kali dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Jumlah kerusinya hanya 63.1 peratus. Undi popularnya sekitar 51 peratus sahaja. Asakan agar Abdullah berundur lebih kuat datang daripada dalam partinya sendiri. Tarikh persaraan beliau terpaksa dipercepatkan. Dan Najib - orang yang paling mendapat manfaat daripada pengunduran Abdullah itu - pastinya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Ramai pemerhati politik melihat pengundi kita semakin matang dan mampu menganalisis dan menghakimi dengan baik. Mereka dianggap tidak mudah tersilau lagi dengan propaganda murahan dan retorik memualkan, apatah lagi untuk gerun dengan ancaman dan ugutan. Selepas pilihan raya umum ke-10, yang menyaksikan pengundi Melayu bangun memprotes secara terbuka, timbul istilah "politik baru". Kawasan majoriti Melayu, terutama di utara dan pantai timur, "habis disapu" PAS. Isu-isu sejagat seperti ketelusan, good governance, antirasuah menjadi agenda perbincangan, merentasi isu-isu lapuk seperti sentimen perkauman.

Namun, empat tahun kemudiannya, "pantai berubah" dengan pantas. Imej "Mr Clean" Abdullah ternyata menarik imiginasi pengundi. Beliau diundi kerana potensinya dilihat begitu memikat, apatah lagi dengan keazamannya untuk membawa kelainan berbanding regim Mahathir. Timbul persoalan, apakah elemen "politik baru" yang muncul semasa teriakan reformasi sudah tidak relevan lagi? Apakah budaya politik kita merosot kembali?

Budaya politik baru ini rupanya tidak mudah disisihkan. Ia mengakar dalam diam. "Politik Malaysia tidak sama lagi selepas ini," kata bekas vokalis Blues Gang, Ito kepada saya, pada awal tahun 2000. Muntahan pemimpin tertinggi tidak ditelan bulat-bulat lagi. Wibawa media perdana menjunam. Zaman kerajaan tahu segalanya sudah berakhir.

Rakyat Malaysia menerima nasihat Abdullah agar tidak lagi membantah melalui demonstrasi jalanan, seperti fenomena 1999, tetapi menggunakan hak mereka dalam peti undi dengan begitu bijaksana. Kempen pilihan raya 2008, terutama pada minggu pertama begitu suram. Siapa sangka, rakyat sudah bersiap, malah tidak sabar-sabar lagi, untuk menghukum pemerintahan Abdullah.

Bagi A Kadir Jasin, BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji,mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu semasa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.
Kepemimpinan kerajaan dan BN dilihat sebagai mempersendakansuara dan aspirasi rakyat.
Keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Abdullah menjadi pertikaian. Faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi tidak begitu popular adalahpersepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekeliling Abdullah.

Saya masih ingat pandangan seorang penganalisis politik bergelar profesor dalam satu seminar di UKM pada awal 1990-an. Maksudnya lebih kurang, beruntunglah Umno yang ditakdirkan menang dalam pilihan raya pertama pada 1955, yang seterusnya mendapat kepercayaan majoriti rakyat tanpa henti. Tambahnya, jika PAS menang dalam pilihan raya awal itu, beliau yakin PAS bersama sekutunya akan terus memerintah Malaysia "sampai bila-bila".

Saya merasakan profesor berkenaan mahu menekankan soal kesetiaan pengundi kepada parti pemerintah. Waktu itu belum timbul ungkapan politik baru. Umno di kebanyakankawasan dianggap bakal menang mudah "walaupun meletakkan tunggul kayu". Faktor parti jauh mengatasi isu calon.

Era itu sudah berlalu. Pengundi yang kritis bakal "menyusahkan" siapa jua yang memerintah, termasuk Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasainya. Rekod menunjukkan momentum kemenangan oposisi sukar dilonjakkan dalam dua pilihan raya berturut-turut, sementalahan pula dipisahkan oleh seorang perdana baru. Memang Pakatan mahumembina sejarah baru, bukan meneruskan tradisi lama yang menguntungkan BN itu.

"Benar, kerajaan negeri terbatas kuasanya. Tapi jangan terlalu ghairah mencanang impian ke Putrajaya hingga diperolokkan orang," komen seorang pensyarah politik."Tunjukkan model terbaik dari segi kecekapan pengurusan, ketelusan pentadbiran, keikhlasan dan ketekunan berbakti. Perangi betul-betul politik wang. Saya dah takdengar kerjasama empat negeri Pakatan terutama untuk membangunkan ekonomi."

"Dalam politik tidak boleh membaca selapis. Sentimen perkauman masih tebal dan perlu ditangani dengan bijak walaupun heboh budaya politik baru. Macam mana PAS nak ganti Umno kalau majoriti orang Melayu masih sangsi dengan Pakatan? Mungkin ia hanya persepsi, tapi saya tengok persepsi itu tak berjaya ditanggalkan walaupun selepas hampir tiga tahun Pakatan ditubuhkan," syarahnya lagi. Saya sekadar mencatat.

Tiada ulasan:

Pengikut