Jumaat, 12 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 12 Nov 2010 03:13 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


CUCU MAT KILAU - JPP SEKADAR ROBOT UNTUK PUASKAN NAFSU PIHAK TERTENTU

Posted: 11 Nov 2010 09:46 PM PST

MUSTAFFA KAMIL AYUB BERSAING TERUS REBUT KERUSI TIMBALAN PRESIDEN...

Posted: 11 Nov 2010 08:05 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 11 Nov 2010 11:11 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pengalaman di Gold Coast 1hb - 8hb Nov 2010

Posted: 08 Nov 2010 09:23 PM PST
































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Inilah gambar-gambar semasa lawatan saya dan keluarga ke Gold Coast, Brisbane dan New South Wales, Insya Allah jika masa mengizinkan saya akan ceritakan satu persatu gambar-gambar itu kemudian nanti.

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 11 Nov 2010 09:09 PM PST

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan

Posted: 11 Nov 2010 01:11 AM PST

Oleh NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 11 Nov – Kerajaan negeri mewujudkan Skim Pinjaman Mikro Kredit Selangor di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan Selangor, untuk skim pembiayaan modal bagi tujuan memulakan perniagaan.

Antara penerima Skim Pinjaman Skim Mikro Kredit bersama Menteri Besar dan Exco Negeri Selangor baru-baru ini

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari memberitahu, dalam usaha menarik penglibatan golongan muda menceburi bidang keusahawanan, kerajaan negeri turut menganjurkan program-program kursus asas keusahawanan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Pusat Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undang Negeri, (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, berhubung skim-skim anjuran kerajaan negeri yang bertujuan mengalakkan dan memperkasakan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan.

"Kerajaan negeri juga tidak memfokuskan faktor umur dalam pembangunan usahawan," katanya.

Tambahnya lagi, fokus utama Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah membantu usahawan yang telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya dua tahun dan berdaya saing.

SUMBER: SELANGORKINI


Tingkatkan pendapatan, kurangkan kadar kemiskinan

Posted: 11 Nov 2010 01:07 AM PST

Oleh Hafizan Taib

SHAH ALAM, 11 Nov – Meningkatkan pendapatan melalui program keusahawanan dan pembangunan modal insan melalui pendidikan adalah antara strategi dirangka kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat.

Selain itu kerajaan negeri menerusi program jangka panjangnya menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan meningkatkan kualiti kesihatan keluarga miskin bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

Jumlah kemiskinan bandar dilaporkan mulai awal tahun ini sehingga Oktober lalu, adalah sebanyak 46,317 keluarga berdasarkan Pelan Garis Kemiskinan (PGK) baru yang diguna pakai selepas 4 Mac 2008, iaitu RM1,500.

Sebelum ini PGK digunakan adalah sebanyak RM731 dengan catatan 9,904 keluarga bagi seluruh negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjawab soalan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, menjelaskan, antara faktor yang menjadi penyebab kepada kemiskinan itu adalah penghijrahan, kematian ketua keluarga, keadaan ekonomi semasa, kehilangan pekerjaan serta sikap dan mentaliti individu.

Menurutnya, kerajaan negeri merangka beberapa strategi bagi menangani masalah ini supaya taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan, seterusnya mengatasi masalah kemiskinan di luar bandar.

Melalui strategi meningkatkan pendapatan melalui program keusahawanan, kerajaan negeri telah mewujudkan beberapa program seperti pinjaman mikro kredit, program bantuan peralatan, 'blueprint', kursus-kursus keusahawanan dan program peningkatan kemahiran.

"Program tersebut dilaksanakan dengan objektif untuk membantu golongan miskin dan berpendaptan rendah berdikari dan meningkatkan pendapatan melalui pelbagai aktiviti keusahawanan," katanya sewaktu Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Melalui pendidikan, kerajaan negeri memberi fokus kepada pembangunan modal insan bagi anak-anak golongan miskin yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran.

Katanya, Program Teknikal dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Antarabangsa INPENS, berjaya menempatkan anak-anak golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk meneruskan pelajaran di dalam pelbagai bidang kemahiran teknikal di peringkat sijil.

Kerajaan negeri juga menaik taraf kemudahan di Kolej Antarabangsa INPENS dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembinaan asrama yang akan dapat menempatkan seramai 500 orang pelajar.

Beliau berkata, pertambahan pengambilan pelajar mampu melahirkan ramai tenaga mahir dan dapat membantu anak-anak keluarga miskin dan berpendapatan rendah meneriman pendidikan teknikal dan vakasional.

Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri menyediakan kemudahan infrastruktur asas kepada keluarga miskin menerusi Program Rumah Kerajaan Prihatin dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada golongan sasaran berkenaan.

Tambahnya, program tersebut akan diteruskan bagi memastikan keluarga terbabit mendapat kemudahan asas yang diperlukan seperti rumah, di samping menerima akses kepada bekalan elektrik dan air bersih.

Bagi meningkatkan kualiti kesihatan keluarga miskin, program bantuan kesihatan diwujudkan dengan tiga jenis bantuan kesihatan diberi iaitu rawatan katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil.

Program bantuan kesihatan ini dapat mengurangkan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pembiayaan bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat.

Kerajaan Negeri membiayai kos rawatan bagi katarak mata sebanyak RM1,200 (one-off), rawatan dialisis buah pinggang sebanyak RM2,000 seorang (one-off) dan pembedahan kecil tidak melebihi RM5,000 bagi seorang pesakit.

SUMBER: SELANGORKINI


BN leaders help themselves to free laptops in 1Malaysia program

Posted: 10 Nov 2010 11:19 PM PST

November 10, 2010 – A Selangor state assembly backbencher has accused BN grassroots leaders of abusing the 1Malaysia Computer programme by eating into the quota set aside for secondary school students and the needy.

Sekinchan assemblyperson Ng Suee Lim said he has received numerous complaints of favouritism and cronyism in the approval of the free laptops under the programme, launched earlier this year under the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

Waving a list of names of people who have allegedly received the free laptops, Ng claimed that many on the list include division leaders and of the various BN component parties including Umno, MCA and Gerakan.

“All these names do not fulfil the set criteria,” he said when debating the Selangor state budget 2011.

Ng pointed out that free laptop recipients under the programme need to fulfill four criteria which include household income must be under RM3,000, the family does not have a computer, the family must have children in Forms One to Five, and each family is entitled to only one laptop.

“After going through the list, it turns out that the main condition is that as far as possible it must go to Umno, MCA, Gerakan and BN members.

“I am shocked with the way in which such contributions are distributed, which does not reflect transparency, instead using the programme solely to fulfil the agenda and political interests of Umno and BN,” he said.

Dubious approval of land

Ng also accused the previous BN-led state administration of abusing its position in the approval of four acres of land in Taman Sri Muda in Kota Kemuning for the Umno Kota Raja division.

He said the Klang district land committee, which was chaired by the Klang district officer at the time and made up of 10 BN state assemblypersons, had decided on May 25, 2006 to give four acres in the area to the Shah Alam city council and another three acres to the Umno Kota Raja division.

But after the state government consultative council met on Jan 31, 2007, it was decided that the Umno Kota Raja division would instead get four acres at a nominal land premium of RM1,000, while the Shah Alam city council would only get three acres, Ng claimed.

“Why is it that Umno Kota Raja was given land and given special treatment with a nominal premium of RM1,000? This case clearly exposes to us how state land was shamelessly given to political parties, especially Umno,” he said.

- Malaysiakini


ADUN BN tuduh PAS sesat

Posted: 10 Nov 2010 07:51 PM PST

SHAH ALAM, 11 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie kesal dengan sikap tidak profesional sesetenggah Adun Barisan Nasional (BN) sehingga menimbulkan situasi ketegangan dan menghina dewan.

Menurut Shuhaimi, inilah sikap mentaliti kebanyakkan ahli dewan yang diwakili BN berbahas dan berucap secara tidak rasional sehingga menimbulkan ketegangan dalam dewan.

"Seharusnya kita ahli dewan kita harus memikirkan perkataan dalam hujah yang sesuai untuk digunapakai sebab dalam dewan sesuatu yang diucapkan haruslah berlandaskan fakta, mengeluarkan fakta atau hentam keromo dan mengeluarkan kenyataan berniat jahat yang membawa maksud tersembunyi," katanya dipetik dari TVS bagi mengulas tindakkan Adun Batang Kali yang mengeluarkan kenyataan kesat menuduh Parti Islam Malaysia (PAS) adalah sebuah parti sesat, semalam.

Selain mengeluarkan kenyataan kesat, beliau enggan menarik balik kenyataan sebaliknya bertindak keluar dewan.

"Apa yang kita lihat tadi adalah sikap pengecut Adun-Adun daripada pembangkang itu bukan sahaja tuduhan yang tidak berasas tetapi satu tuduhan berat," katanya.

Tambahnya lagi, sebagai pemimpin yang berlatar belakangkan Islam seharusnya mempamerkan peribadi mulia bukannya menimbulkan ketegangan dan melabel sesebuah parti sesat apatah lagi parti yang dituduhnya itu adalah sebuah parti yang berpaksikan Islam.

"Jadi saya minta beliau memohon maaf esok dalam dewan kerana perkataan yang dikeluarkan itu dengan menuduh PAS sebuah parti sesat adalah satu kenyataan yang amat dikesali kerana kalau kita ada perbezaan hanya dari segi politik bukan daripada perbezaan beragama," katanya.


Zulkifli Noordin

Posted: 11 Nov 2010 09:04 PM PST

Zulkifli Noordin


BEGINDA MURTAD?

Posted: 10 Nov 2010 09:49 PM PST


(Cabutan Sijil Perkahwinan & Sijil Kelahiran menunjukkan identiti Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda yang berbeza dengan cabutan butiran rasmi SPR (saperti dilampir dibawah))
Salam 2 all.

Semalam teman telah dedahkan isu bagaimana seorang budak bernama Basil Anak Beginda yang beragama Islam membawa sosej babi ke sekolahnya St. Thomas. DAP dan PKR yang kononnya menjuarai isu ini cuba menutup fakta bahawa budak itu beragama Islam. Sebaliknya memainkan isu rasis dan keagamaan, dengan mendakwa budak itu telah dianiaya dan hak perlembagaannya di nafikan. Malahan mereka menuduh cikgu Islam itu iaitu Cikgu Iskandar Fadeli adalah rasis dan ekstremis.

Apabila teman dedahkan bahawa budak itu adalah anak seorang Islam yang bapanya ialah Nor Azman Bin Abdullah, maka mengikut hukum syara' jelas budak itu beragama Islam, DAP cuba memesongkan isu ini dengan mengeluarkan sijil kelahiran budak tersebut yang kononnya dicatat sebagai bukan Islam. Dan yang paling menyedihkan, segelintir Ahli Parlimen PAS telah menyokong tindakan DAP & PKR ini!

"Wamakaru wamakarallah, wallah hukhoirul maakirin - mereka (kafir & munafik) cuba menipu daya, tetapi ALLAH juga merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi semuanya!". Dan terbukti kebenaran ayat ALLAH itu. Sadaqallah hal 'adheem.

Tanpa kafir-kafir ini sedari, pendedahan dokumen sijil kelahiran itu telah membongkar satu lagi isu yang lebih besar. Nama bapa budak tersebut dicatat sebagai "Beginda Anak Minda" dan dalam ruang 'Agama' dicatat sebagai "Tiada Agama"!

Sejak semalam teman menerima banyak maklumat, termasuk beberapa dokumen saperti sijil perkahwinan Beginda ini dan cabutan maklumat pilihanraya lepas.

Saperti yang telah yang saya sebut semalam, saya mengenali Beginda ini secara peribadi semasa kes perbicaraan Anwar yang pertama dahulu. Beliau adalah salah seorang saksi utama kes itu, dan saya antara peguam yang mengendalikan beliau. Dan saya tahu beliau beragama Islam dengan nama Nor Azman Abdullah. Jadi persoalan sekarang ialah apa status sebenarnya Nor Azman @ Beginda ini? Adakah beliau punya pelbagai identiti? Kita cuba lihat fakta berikut:

a. 1998 - semasa kes Anwar, beliau dikenali sebagai Nor Azman Abdullah @ Beginda dan beragama Islam.

b. 25.12.1999 - menurut daftar perkahwinan No. 100554 Catatan No. 30/2009 bertarikh 29.07.2009 (pasal apa 10 tahun baru didaftar wallahua'lam), dicatat namanya sebagai "Beginda Anak Minda (600126-13-5269)" dan catatan agama sebagai "Tiada Agama" dan perkahwinan diakadkan pada hari Krismas "25 Disember 1999" di 'Rumah Nyawai Sg. Bebangan Kapit'.

c. pada 28.05.2000, lima bulan selepas itu, anak mereka bernama "Basil" dilahirkan. Mengikut catatan 'Daftar Kelahiran No. 103326 bertarikh 08.06.2000, nama bapanya dicatat sebagai "Beginda Anak Minda (600126-13-5269K)" dan diruang "Agama" dicatat "Tiada Agama".

d. Tetapi didalam Pilihanraya Umum Ke 10 yang diadakan pada 29.11.1999. Beliau bertanding sebagai calun PKR di kerusi P.188-Kapit atas nama Islamnya iaitu "Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda". Beliau tewas teruk dengan hanya mendapat 843 undi (dan hilang deposit), lawannya Alexander Nanta Linggi (BN) mendapat 12,157 undi;

e. Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2001 pula, beliau bertanding sekali lagi atas tiket PKR di kerusi N. 24 Engkilili. Sekali lagi beliau menggunakan nama "Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda", iaitu nama Islamnya. Sekali lagi beliau tewas teruk dengan hanya mendapat 173 undi (dan hilang deposit) kepada calun BN Toh Heng San (3,845 undi).

Dan kesemua ini berlaku dalam tempoh masa yang sama, diantara tahun 1998-2001! Apa yang jelas daripada fakta diatas, dua isu besar timbul iaitu:

1. apakah Nor Azman Abdullah @ Beginda mempunyai pelbagai identiti, sekurang-kurangnya berdasarkan fakta diatas menunjukkan beliau ada dua (2) identiti rasmi, satu hanya "Beginda Anak Minda" dengan catatan "Tanpa Agama", kedua nama Islam iaitu "Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda";

2. apakah agama Nor Azman Abdullah @ Baginda ini? Adakah beliau sudah murtad? Sebab semasa kes Anwar 1998, beliau membawa nama Muslim. Kemudian dalam PRU 10 (Nov 1999) beliau mengguna nama Islam 'Nor Azman Bin Abdullah'. Tiba-tiba berkahwin sebulan lepas itu (Dis 1999) dengan nama lain dan "Tanpa Agama", dan lima bulan selepas itu beranak dengan nama lain juga catatan "Tanpa Agama". Tau-tau dalam PRN Sarawak 27 Sept 2001, beliau balik menggunakan nama Islamnya "Nor Azman Abdullah @ Beginda"!!

Saya mengalu-alukan langkah Kerajaan mengarahkan Jakim untuk menyiasat status agama budak bernama Basil ini dan status agama bapanya. Namun berdasarkan pendedahan dokumen oleh DAP semalam, yang menimbulkan keraguan serius kepada identiti bapanya, saya mendesak supaya:

1. Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat apakah "Nor Azman Abdullah @ Beginda" dan "Beginda Anak Minda" ini mempunyai identiti rasmi yang berbeza? Sekiranya benar, ini adalh isu serius membabitkan keselamatan negara kerana memberi gambaran seorang warganegara mempunyai pelbagai identiti rasmi;

2. Pihak Berkuasa Agama Negeri Sarawak dan JAKIM menjalankan siasatan menyeluruh dan mendalam samada "Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda" ini telah melakukan jenayah murtad. Sekiranya benar, tindakan tegas perlu diambil untuk membendung perkara ini.

Teman bercadang menutup dengan satu nasihat kepada segelintir pak jangoat yang menyokong DAP/PKR dalam isu anak orang Islam membawa sosej babi ke sekolah ini, janganlah agama digadai sampai sebegitu rupa hanya untuk kepentingan politik yang sempit. Pak jangoat-pak jangoat ini malah membuat kenyataan bahawa "teman ini ekstremis dan berfahaman sempit" hanya kerana mendedahkan fakta budak yang membawa sosej babi itu beragama Islam. Mereka kata mereka lebih liberal. Kalau mempertahankan maruah dan martbat Islam dilabel ekstremis, teman bersedia dilabel lebih daripada itu. Teroris pun tak pe, daripada dilabel "Muslim liberal" yang bersekongkol dengan DAP kafir harbi yang niatnya tidak lain nak menghancurkan Islam (Al Baqarah: 120). Kepada pak jangoat-pak jangoat ini, bertaubatlah, Kembalilah kepada perjuangan Islam sebenar. Ni sampai hasil arak pun dah halal, hasil judi pun boleh pakai, anak bini pun boleh jadi gadaian politik, apa nak jadi dengan kamu semua.

Yang baik itu datang dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri. Niat saya tidak lain hanyalah untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar, dan moga ALLAH memerimanya sebagai sebahagian 'ibadah teman.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
03 Zulhijjah 1431
11 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Cabutan butiran Pilihanraya Umum Ke 10 Nov 1999 dan Pilihanraya Negeri Sarawak Sept 2001)

PILIHANRAYA UMUM 1999
BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.188-KAPIT

NAMA CALON : NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BAGINDA AK MINDA KEADILAN 843 HD
RICHARD NUJONG AK ABIT BEBAS 1,141 HD
ALEXANDER NANTA LINGGI BN 12,157 MNG

JUMLAH PEMILIH : 0
KERTAS UNDI DITOLAK : 227
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 14,422
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 54
PERATUSAN PENGUNDIAN : 65.75%
MAJORITI : 11,016


PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2001. - N.24 – ENGKILILI -

NORAZMAN ABDULLAH @BEGINDA KEADILAN 173 HD

TOH HENG SAN BN 3,485 MNG

JOHNICAL RAYONG NGIPA BEBAS 2,777

JUMLAH PEMILIH : 9,187
KERTAS UNDI DITOLAK : 72
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 6,512
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 5
PERATUSAN PENGUNDIAN : 70.88%
MAJORITI : 708

N37 Batu Maung

Posted: 11 Nov 2010 07:16 PM PST

N37 Batu Maung


Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis

Posted: 10 Nov 2010 08:31 PM PST

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.


Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.


HarakahDaily

Anwar Ibrahim

Posted: 11 Nov 2010 07:13 PM PST

Anwar Ibrahim


Calon Baru Dan Muda Untuk PRU-13: Anwar

Posted: 11 Nov 2010 06:24 AM PST

Dari TV Selangor

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk meletakkan muka baru dan muda sebagai calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.

Anwar berkata ini adalah selaras dengan parti itu sebagai parti “Reformasi”, dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.

Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.

Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 November lepas.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata campuran pembangkang, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, akan bermesyuarat selepas Hari Raya Haji untuk mengkaji semula keseluruhan program dan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mengenai dakwaan bekas calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkaitan penipuan dalam pemilihan parti, Anwar berkata beliau tidak terbabit dengan pemilihan itu dan menggesa Zaid mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti.

Anwar juga membidas beberapa media Malaysia seperti TV3 dan Utusan serta pemimpin Umno yang menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu jika pembangkang mengambil alih kerajaan.

Tanah P.Pinang: Tindakan Umno Mahu Tutup Kesalahan Disanggah

Posted: 10 Nov 2010 10:43 PM PST

Dari Harakah

Tindakan Farid Saad (Adun BN- Pulau Betong) mengajak rakyat terutamanya orang Melayu ‘tutup buku’ kesalahan Umno masa lampau yang menyebabkan penghakisan tanah orang Melayu di Pulau Pinang, disanggah.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid sependapat membidas cadangan itu walaupun Farid memberi alasan masalah itu akan diperbetul generasi baru Umno. Kedua-dua mereka membuat bidasan sewaktu menjadi panel dalam ‘Forum Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Penyelesaianya’ di sini semalam.

Bagi mereka istilah ‘tutup buku’ tidak wajar digunakan sebaliknya kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno sewaktu berkuasa di Pulau Pinang harus diperjelaskan dengan teliti agar generasi muda hari ini mengenal pasti parti mana yang merosakan bangsanya sendiri.

“Sekarang bukan masanya buat kajian bahkan kena menyedari kenapa boleh berlaku begitu walhal kepimpinan Umno berkuasa, menjadi Timbalan Ketua Menteri serta memegang Exco Tanah tetapi tidak mampu melakukan sesuatu kerana terlalu takut atau mungkin tidak bijak dalam urus tadbir tanah.

“Mana boleh lepas tangan atau tutup buku dalam hal ini kerana ia membabitkan maruah bangsa dan agama. Rakyat kena peka untuk mengajar kepimpinan yang bersalah dan menggangkat parti yang mampu mengambil alihan tugasan Umno, ” kata Mujahid.

Menurut mereka, memang tidak dinafikan model pembangunan yang tidak seimbang menjadi salah satu penyebab kenapa tanah Melayu terjual
kepada syarikat atau pemilik individu bukan Melayu.

Orang Melayu lebih gemar kepada wang ringgit yang ditawarkan ekoran mainan orang tengah yang terdiri daripada kepimpinan politik melayu yang kadang-kadang bercakap soal isu penghakisan tetapi dalam masa yang sama mereka merupakan pengkhianat.

“Paling malang ada juga kepimpinan Umno yang jadi pengkhianat bertindak sebagai orang tengah membeli tanah penduduk melayu untuk menyenangkan pembangunan akan datang, ” terang Azmi. Manakala seorang lagi ahli panel, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Yusuf Latiff pula mendedahkan sikap pentingkan diri kepimpinan Umno sehingga gagal mempertahankan tanah orang Melayu.

Katanya, ramai pemegang amanah tidak jujur dan senang dibeli serta bertindak mengucar kacirkan keadaan sehingga sanggup pula membuka ruang untuk kaum lain bertapak terutamanya Koperasi.

Beliau mengambil contoh Koperasi Tunas Muda yang dulunya begitu aktif menjaga kepentingan tanah orang Melayu tetapi kini memberi peluang
kepada kaum lain terutamanya dari segi usahasama pembangunan.

Katanya, kewujudan Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Koperasi Nusantara dan banyak lagi koperasi yang diterajui Umno, gagal kerana sikap tidak
amanah.

Walaupun pernah menerajui Koperasi tersebut di awal penubuhanya, beliau kurang senang terhadap operasi sekarang yang lebih mementingkan keuntungan bukan pembelaan terhadap penghakisan tanah orang Melayu.

“Sewaktu peringkat awal kita buat dengan niat yang betul tetapi apakan daya akibat tiada kejujuran dan amanah membuatkan semuanya berkecai, ”
tegasnya.

Bukan sahaja ahli panel, malah peserta yang menyertai program tersebut juga turut kecewa dan membantah cadangan ‘tutup buku’ itu sekaligus
menganggap perjuangan Umno sudah terlambat dan sia-sia.

Wee Choo Keong

Posted: 11 Nov 2010 03:34 PM PST

Wee Choo Keong


Three new stockbroking licences to be issued to eligible local, foreign or joint venture companies

Posted: 11 Nov 2010 08:46 AM PST

Tek ucapan perbahasan Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong, peringkat Jawatankuasa (Committee Stage) terhadap Belanjawan 2011 Maksud Beklan Maksud B10, Kementerian Kewangan, di bawah Kod 10000, Butiran 010100 dan 010300 pada 11 November, 2010. 3 LESEN BROKER SAHAM BARU UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT TEMPATAN, ASING DAN USAHASAMA YANG LAYAK BAGI MENINGKATKAN PENYERTAAN DALAM PASARAN RUNCI [...]

Wee Choo Keong

Posted: 11 Nov 2010 01:39 PM PST

Wee Choo Keong


Three new stockbroking licences to be issued to eligible local, foreign or joint venture companies

Posted: 11 Nov 2010 08:46 AM PST

Tek ucapan perbahasan Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong, peringkat Jawatankuasa (Committee Stage) terhadap Belanjawan 2011 Maksud Beklan Maksud B10, Kementerian Kewangan, di bawah Kod 10000, Butiran 010100 dan 010300 pada 11 November, 2010. 3 LESEN BROKER SAHAM BARU UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT TEMPATAN, ASING DAN USAHASAMA YANG LAYAK BAGI MENINGKATKAN PENYERTAAN DALAM PASARAN RUNCI [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 11 Nov 2010 11:49 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Program Berkhatan Kuala Pilah 25 Nov 2010

Posted: 10 Nov 2010 11:52 PM PST

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI
Tarikh : 25 November 2010 (Khamis)
Tempat : PASTI Az Zaki, Melang, Kuala Pilah
Sunat biasa : RM 100.00, Sunatron : RM 120.00
Doa selamat dan kenduri disediakan.

Sila hubungi :
Mahmuda Aliman 0197613686 (Kuala Pilah/Pasti)
Karim Shahimi 0176019792 (Sri Menanti)
Lina Jali 0192135059 (Senaling)
Hj Saharudin 0136769492 (Bandar Pilah)
Norhayatimah 0136790459 (Juasseh/Pasti)
Rosli Mohamad 0196241581 (Johol)

KORBAN PERDANA
Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu)
Tempat : Johol
1 bahagian RM 350.00

CERAMAH UMUM
Bersama Ust Taib Azamudin - YB Baling, Kedah
Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat :Kepis Baru, Johol

Maklumat lanjut di Blog Muslimat PAS Kuala Pilah http://muslimatpaskualapilah.blogspot.com

Curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor

Posted: 10 Nov 2010 06:36 PM PST

Seorang bapa juga suami berumur 39 tahun dari FELDA Aping Barat, Johor yang terdesak telah dikatakan mencuri duit tabung masjid di Kota Tinggi hanya semata-mata untuk membeli susu anak telah ditangkap oleh jemaah masjid. Menurut pihak polis bapa tadi tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan tiada rekod menagih dadah.

Kalau benarlah cerita ini, ianya sungguh menyedihkan. Mana pergi wang zakat ? Felda bankrap ke tidak ?

Berita ini adalah dari laporan akhbar New Straits Times 11 Nov 2010

'I stole to buy milk for my child'
NST 11 Nov 2010

KOTA TINGGI: Desperation led a 39-year-old man to steal money from a mosque's collection box to buy milk for his child.

District police chief Superintendent Osman Muhammad Sebot said the man was caught by four members of the Al Mutaqin mosque committee at Sedili Besar, near here on Saturday.

A villager was the first to spot the man, at 2.50pm, fishing out notes from the collection box using a thin wire with glue on its tip.

Osman said the villager called an assistant muezzin, who happened to be near the neighbourhood at the time.

The 19-year-old assistant muezzin sought help from three other mosque committee members, and they waited for the man as the latter rode his motorcycle towards Tanjung Sedili.

This led to a 5km-long chase before he was caught and brought to a police station.

Osman said RM395 was seized from the man, along with a metre-long wire and a tin of glue.

During police interrogation, the man claimed that RM280 of the seized money was his and would be used to pay off debts.

He claimed the remaining RM115 was stolen from the mosque.

"He told policemen that he wanted to use the money to buy milk for his child," said Osman.

The suspect from Felda Aping Barat has no previous criminal records, and tested negative for drug use.

http://www.nst.com.my/nst/articles/16stil/Article

MB N.Sembilan lebih pro dari Ketua Menteri Melaka

Posted: 10 Nov 2010 06:35 PM PST

Nampaknya Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengambil langkah yang pro aktif diatas laporan Ketua Audit Negara 2009. Sedangkan Ketua Menteri Melaka masih belum lagi memberi kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Antaranya isu Tanah dan Bangunan Majlis Agama Islam Melaka TERJUAL ke BC Lim Enterprise. Masalah perlombongan pasir yang menyebabkan hakisan dan pencemaran. Masalah tapak pelupusan sampah di kawasan Melayu.

Kita masih lagi menanti maklum balas Menteri Besar Negeri Sembilan perkara lain yang dilaporkan dalam Audit antaranya enyenggaraan jambatan dan jalan negeri adalah kurang memuaskan. Pengurusan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Laporan penuh di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

Artikel Tanah dan Bangunan Majlis Agama Islam Melaka TERJUAL ke BC Lim Enterprise pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

MB ulas laporan Ketua Audit Negara
Utusan Malaysia 11 Nov 2010

SEREMBAN 10 Nov. - Kerajaan negeri hari ini menjelaskan usaha telah dilakukan untuk membuka segera kawasan pelupusan sampah yang baru dekat Sendayan seluas 40.5 hektar bagi menampung lambakan maksimum di dua kawasan sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengambilalihan tanah itu melibatkan kawasan estet berhampiran juga di peringkat akhir perbincangan dan ia dibuka segera berikutan kedudukannya berhampiran Kualiti Alam Sdn. Bhd. (Waste Management Center), Bukit Pelanduk, Port Dickson.

"Kerajaan negeri membuat keputusan mengambil alih tanah 40.5 hektar, di mana menggantikan pusat pelupusan sampah di Mantin dan Bukit Palong, Port Dickson yang sudah sampai ke tahap maksimum," katanya selepas mempengerusi mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau yang mengulas Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 juga memberitahu, memang menjadi agenda utama kerajaan negeri menyelesaikan kawasan pelupusan sampah ini dengan segera.

"Kita ajukan permohonan melalui Mesyuarat Perumahan Negara supaya diberikan peruntukan untuk mendirikan Pusat Pelupusan Sampah Secara Berteknologi Tinggi sama ada menggunakan insinerator, mahupun teknologi lain.

"Sudah sampai masanya, pelupusan cara tradisional tidak lagi digunakan dan berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air segera membuat keputusan bentuk teknologi yang hendak digunakan dalam kaedah pelupusan sampah ini," katanya.

Katanya, jika apa juga teknologi yang hendak dipakai itu diputuskan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri sedia menerimanya dan ia dibangunkan di kawasan seluas 40.5 hektar itu.

"Memang berlaku pembakaran sampah ini, tetapi apa yang kita hendak lihat adalah apa yang berlaku selepas itu sama ada bahan berkenaan dikitar seperti batu bata, baja mahupun tenaga," katanya.

Sementara itu, Mohamad juga mengulas Laporan Ketua Audit Negara berhubung ketidakupayaan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menguruskan bayaran balik pinjaman di kalangan pelajar.

"Saya ingin menegaskan tidak berlaku pengurusan yang tidak baik dalam YNS terutama dalam aspek dapatkan balik pinjaman kepada pemohon sebelum ini.

"Kita melantik 10 panel peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang liat ini. Saya minta ibu bapa mahupun pelajar yang sudah tamat belajar dan bekerja, bayarlah balik pinjaman ini.

"YNS melakukan pelbagai cara untuk memburu peminjam ini, apatah lagi wang tersebut penting kerana ia merupakan dana pusingan yang membantu mereka memerlukannya," katanya.

Mengenai Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water) sebagaimana yang dilaporkan Ketua Audit Negara terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Mohamad berkata, kerajaan negeri meletakkan sasaran pengurangan sebanyak 35 peratus menjelang 2015.

"Paip air banyak yang pecah dan lama kerana berusia lebih 40 tahun. Selain itu, berlaku kecurian air dan bacaan meter tidak tepat. Ini antara berlakunya NRW," katanya.

Kata Mohamad, program penggantian paip dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah RM56 juta, sedangkan keperluan keseluruhan bagi tujuan berkenaan adalah melebihi RM800 juta.

"Selain itu, penggunaan meter lama turut menyumbang kepada NRW dan kerajaan menggantikan 25,000 unit meter baru. Kerajaan meluluskan tender terbuka bagi menggantikan 55,000 lagi meter air berkenaan. Terdapat 500,000 meter lama yang perlu diganti segera.

"Meter lama menunjukkan bacaan kurang tepat dan sebab itulah perolehan komersial tidak dapat dibuat. Tidak berlaku kenaikan tarif air, sebaliknya meter baru yang digunakan itu menunjukkan bacaan tepat, selepas sekian lama meter lama berfungsi secara tidak betul,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 11 Nov 2010 09:06 AM PST

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Youtube padamkan video berunsurkan perkauman, Dr Lee Boon Chye mendesak SKMM untuk penjelasan dan siasatan

Posted: 11 Nov 2010 01:53 AM PST

Pejabat Media Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye (Jom Ubah Msia) menerima sebuah video klip yang berkenaan dengan ucapan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa Dato Johari Abdul Ghani ketika beliau berucap di mesyuarat UMNO Bahagian Titiwangsa tahun 2010.   Beliau mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud racism yang berbunyi "tidak perlu undi orang cina dan [...]

巫统蒂蒂旺沙区部主席“不要华人和印度人选票”短片被删除

Posted: 11 Nov 2010 01:35 AM PST

(怡保11日讯)最近在网上受到网民热烈点击的"不要华人和印度人选票"短片遭Youtube管理人删除,短片管理单位Jom Ubah Msia在本年11月9日收到Youtube管理人的电邮,他们收到指示必须撤除该短片。   务边区国会议员李文材表示,该短片是务边国会议员媒体室(Jom Ubah Msia)从消息人士得到的短片,该短片有关巫统蒂蒂旺沙区部主席Dato Johari Abdul Ghani在2010年巫统代表大会上,发表"不要华人和印度人选票"的种族极端言论。   "我们在10月27日将该短片上载至网站面子书和视频分享网站(Facebook和Youtube),该短片在上载后至今共得到33万8千的高点击率,而媒体室只是针对演讲人的讲词配上马来文、华文和英文字幕翻译。"   他表示,较早前媒体室也曾经在本月1日受到两封信息,其中一封声称警方接获举报(Police Report Dang Wangi/038840/10),并以抵触1998年多媒体和通讯法令(Akta Komunikasi dan Multimedia 1998),要求管理人立刻撤下该短片;而他们给予的理由是这短片是专利权、散播种族憎恨的情绪、以及刻意破坏演讲人(Dato Johari)的名誉。   另外,同一天媒体室也收到自称为大马多媒体与通讯委员会(SKMM)的信息,以相同的法令第233条文要求撤下该短片,并列出可以被罚款马币5万令吉或监禁不超过1年,或两者兼施的惩罚。 也是人民公正党全国副主席,李氏表示,倘若该封信息是由大马多媒体与通讯委员会(SKMM)发出的话,明显他们已经成为巫统的代理人,为巫统"出头"偏帮巫统国阵发出警告信给短片管理人,但是至今却不见任何单位彻查或针对Dato Johari的极端言论采取任何行动。   另外,他怀疑是巫统指示Youtube撤除该短片,这是具政治动机和打压的举动,一定是心虚人士所举,而且Youtube应该以更专业的手法来处理该短片,不应该以单方面的投诉就撤下该短片。   陪同出席者包括迪遮区州议员兼人民公正党霹雳州副主席郑立慷、李文材医生政治秘书陈家兴、媒体室(Jom Ubah Msia)主任黄彩仪、公正党怡保东区理事阿末达米兹。   另外,人民公正党霹雳州副主席郑立慷表示,大马多媒体与通讯委员会(SKMM)此举乃抹杀涉及公众利益的知情权,反而偏帮和维护Dato Johari的私利,成为巫统的政治打压工具。   "我们也怀疑该信息是冒充信,因为心中根本没有列明发信人的名字和职位,倘若属实冒充信,SKMM就更应该加以重视此案件,彻查冒充者的身份。"   郑氏指出,巫统领袖已经不止一次发表种族极端言论,他们均没有为自己的言论负上责任,就连最近的国防部长Zahid Hamidi和前首相助理纳西沙发也同样发表种族极端言论。   他表示,如果Dato Johari坚决否认自己曾经说出该言论,我们挑战他立刻站出来解释,但是我们已经掌控确实的证据证实Dato Johari的这番言论。   另外,李氏和郑氏一致挑战国阵成员党立刻表态,是否认同巫统的种族极端做法,不要成为躲在巫统的背后,继续姑息巫统的嚣张和霸权。

李文材吁七区部党员本周六积极投票

Posted: 11 Nov 2010 01:23 AM PST

(怡保11日讯)人民公正党全国副主席李文材医生呼吁霹雳州七区部即务边、打巴、红土坎、安顺、巴眼拿督、巴西沙叻、丹绒马林的党员们,在本周六上午十时至下午四时积极出来投票,完成党员的责任以投选新届中央领导层阵容。   他表示,人民公正党首开先河的一人一票党选制度,成功创下马来西亚政党政治的新里程碑,全国党员可以以手中的一票选出心目中的领袖,包括区部领导层和中央领导。   他表示,在众多的候选人中的确难以作出决定,因为参与该次竞选均为具备领导者条件的候选人,但是党员们还是必须做出抉择,以投选出一支能够带领党员和人民继续改革议程的队伍。

Gambar: Protest Kilang Simen di Kota Bahru

Posted: 10 Nov 2010 09:57 PM PST

Kami bantah bina kilang simen

Posted: 10 Nov 2010 09:53 PM PST

Serah memorandum bantah operasi kuari

Posted: 10 Nov 2010 09:52 PM PST

Penduduk turut mendakwa ADUN kawasan berkenaan juga tidak diundang

Posted: 10 Nov 2010 09:51 PM PST

Ming Kai: Jalan rosak sudah dibaiki

Posted: 10 Nov 2010 09:49 PM PST

Mahu Gotong-royong diadakan

Posted: 10 Nov 2010 09:48 PM PST

Sumbangan Deepavali

Posted: 10 Nov 2010 09:46 PM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 11 Nov 2010 09:03 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Samad Majid: Wartawan RTM yang tak reti bahasa..(video inside)

Posted: 11 Nov 2010 06:10 AM PST

Jawapan dari YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah yang 'Paling Layak' kepada wartawan media seperti RTM & TV3 yang disiarkan Buletin Utama, TV3 semalam.

Hangpa (Media) nak putaq belit & nak perbodoh rakyat Kedah. La ni Baru Hangpa kenai sapa dia Ustaz Azizan!!! "Lain kali nak bekerja, bekerja cara orang Islam!!!"



Berita Berkaitan (Harakahdaily):-

Kedah belanja RM2 juta bantu mangsa banjir-

Banjir: Kedah bantu sampai pakaian dalam

Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 11 Nov 2010 07:11 AM PST

www.telokkemang.blogspot.com/


Jawapan Kepada Jawab Lisan

Posted: 10 Nov 2010 08:42 PM PST

Tarikh : 02.11.2010

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas (Telok Kemang) minta Menteri Kewangan menyatakan:

a) adakah wang KWSP digunakan oleh kerajaan bagi menampung kos tambahan kepada setiap projek yang mengalami kerugian; dan

b) senaraikan projek-projek tersebut serta jumlah suntikan kewangan dari KWSP dan berapakah jumlah pinjaman telah dibayar mengikut jadual kepada KWSP.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

a) Untuk makluman Yang Berhormat, KWSP menyediakan pinjaman secara langsung kepada Kerajaan dan syarikat-syarikat Kerajaan dari masa semasa untuk membiayai dan melaksanakan projek-projek Kerajaan yang penting dan yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara, menyediakan peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Berdasarkan rekod, wang KWSP tidak pernah digunakan untuk menampung kos tambahan kepada sebarang projek Kerajaan yang mengalami kerugian.

b) Setakat 30 oktober 2010, jumlah baki keseluruhan pinjaman KWSP yang digunakan untuk membiayai projek-projek Kerajaan ialah RM74.49 bilion. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM55.79 bilion (75%) merupakan pinjaman kepada badan berkanun dan syarikat Kerajaan dengan jaminan dan tanpa jaminan Kerajaan seperti Sarawak Hidro Sdn. Bhd., Perbadahan Tabund Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pembinaan PFI Sdn. Bhd dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd. (BPMB). Pinjaman ini adalah untuk projek-projek dalam sektor pendidikan, bekalan elektrik, peladangan, hartanah dan intitusi kewangan sementera baki pembiayaan RM18.7 bilion (25%) merupakan pinjaman langsung kepada Kerajaan bagi menyediakan skim pembiayaan perumahan kakitangan Kerajaan. Prestasi bayaran balik adalah baik dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Untuk makluman Yanb Berhormat, setakat ini pendedahan pinjaman kepada Kerajaan mahupun syarikat Kerajaan tidak pernah mengalami sebarang keingkaran pembayaran dan tiada pinjaman diklasifikasikan sebagai pinjaman tidak berbayar atau dengan izin "Non-Performing Loan" (NPL).

Tiada ulasan:

Pengikut