ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG Posted: 03 Nov 2010 03:04 AM PDT Rakyat, KEADILAN Dan Anwar. Posted: 02 Nov 2010 07:08 AM PDT Walaupun saya cenderung menyokong pembangkang sebelum Reformasi, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998, saya pada mulanya keliru tentang apa yang berlaku dan signifikannya kepada rakyat Malaysia. Tetapi selepas Gerakan Reformasi memuncak, saya sedar gerakan ini bukan mengenai kes Anwar semata-mata, tetapi suatu kebangkitan rakyat yang selari dengan zamannya. Apabila saya mula terlibat membantu KEADILAN menerusi Unit Pendidikan Politik-Institut Kajian Dasar sekitar 2001, saya menyedari bahawa KEADILAN lah parti masa depan Malaysia: sebuah gerakan pelbagai kaum yang progresif dan memartabatkan ketuanan Rakyat. Sebab itu saya memilih menyertai KEADILAN. Perjuangan KEADILAN berasaskan 17 perkara dasar yang menjadi asas matlamat dan perjuangan parti. Ramai ahli nujum yang mengatakan KEADILAN akan gulung tikar selepas Pilihan Raya Umum 2004 yang meninggalkan KEADILAN hanya kerusi tunggal Permatang Pauh. Apabila Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun tersebut, ramai anggap sudah tiada gunanya KEADILAN wujud kerana ikonnya sudah bebas. Tetapi mereka tersilap. Setahun kemudian di Kongres KEADILAN pertama yang saya hadiri di Kuala Lumpur, usul Agenda Ekonomi Malaysia diluluskan oleh Kongres. Anwar mula bercakap mengenai menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan pendekatan yang menekankan merit dan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan. Waktu itu semua kata tindakan itu gila. Tetapi Anwar menjelajah seluruh Malaysia mempertahankan pendirian tersebut. Selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan KEADILAN muncul parti pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara, tiba-tiba pendirian tersebut menjadi arus perdana. Mana tidaknya, UMNO yang dahulu menuduh Anwar pengkhianat Melayu pun bersetuju dengan pandangan tersebut. Pada Pilihan Raya Umum 2008 KEADILAN masuk ke gelanggang Pilihan Raya dengan 5 Janji Anwar yang mewakili manifesto komprehensif tentang agenda parti sekiranya menang di Putrajaya. Tahun 2010 KEADILAN bersama-sama PAS dan DAP telah menggagaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang bersejarah. Kini KEADILAN sekali lagi mempelopori sejarah politik negara dengan konsep satu anggota satu undi. Justeru untuk menuduh KEADILAN taksub pada Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Reformis yang mengasaskan parti ini bangkit bukan kerana Anwar sebagai individu, tetapi kerana nilai-nilai yang diwakilinya. Meninggalkan kes Anwar hanya pada pasukan guamnya Oleh Nik Nazmi. | |
Suara Sri Andalas Posted: 02 Nov 2010 11:33 PM PDT Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Sambutan Deepavali Posted: 02 Nov 2010 05:00 PM PDT Pada tarikh 5 November ini, masyarakat yang beragama Hindu akan meraikan sambutan perayaan Deepavali. Bersempena dengan Pesta Cahaya yang penuh warna-warni ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Hindu. Semoga dengan kehadiran Deepavali ini, akan membawa kebahagiaan serta mengukuhkan perhubungan antara kita masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. Saya berharap saudara dan saudari akan meraikan hari yang penuh bermakna ini dengan keluarga dan sahabat handai. Bersempena dengan hari yang bahagia ini juga, marilah kita meneruskan amalan kita rakyat Malaysia kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Semoga dengan amalan yang berterusan ini, kesejahteraan dan nilai-nilai murni dapat diteruskan. Deepavali sebagaimana yang kita tahu, merupakan sambutan meraikan kemenangan unsur-unsur kebaikan mengatasi unsur-unsur kejahatan. Dengan sinar cahaya yang membawa penuh harapan ini, adalah menjadi hasrat saya supaya kita semua akan lebih bersemangat untuk menghadapi segala cabaran akan datang demi mencapai matlamat dan impian yang kita impikan. Semoga dengan semangat dan keyakinan ini akan membuatkan kita lebih prihatin dan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama. Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman dan membuat perjalanan semoga sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah serta berhati-hati di jalan raya. Sekali lagi, saya dan keluarga saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. YB DR XAVIER JAYAKUMAR EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR | |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 02 Nov 2010 11:09 PM PDT Umno-BN Manipulasi 500 Kad Pengenalan: Ku Li Dalang Menyogok Undi Posted: 02 Nov 2010 01:27 AM PDT GALAS 2 NOV: PAS mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) menggunakan senjata terakhir jentera parti itu dua hari menjelang Pilihan Raya Kecil(PRK) Dun Galas dengan memanipulasi 500 kad pengenalan individu yang tidak keluar mengundi.
Dakwaan itu diutarakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media menyifatkan taktik keji Umno-BN untuk menambah undi di saat akhir sekiranya majoriti memihak kepada calon PAS.
Justeru beliau berkata, PAS mengambil serius perkara ini dan akan menempatkan pasukan keselamatan di seluruh kawasan Galas bagi melakukan pemantauan menjelang pilihan raya nanti.
"Ada usaha-usaha dibuat pihak tertentu untuk membuat 500 kad pengenalan bagi menggantikan pengundi bagi pihak orang tidak keluar mengundi dan dipungut kad pengenalan mereka. Ini kita ambil perhatian yang berat dan pasukan keselamatan kita akan terus memantau 24 jam," jelas Abdul Halim di Markas Induk PAS pagi tadi.
Tambah beliau lagi, jentera PAS turut akan mengedarkan poster 'AWAS Pengundi' di sekitar Galas memaklumkan kepada umum serangan terdesak Umno-BN.
Abdul Halim juga menjangkakan jentera Umno-BN mula bergerak memperhebatkan taktik bertemu calon-calon pengundi menawarkan wang saguhati memenuhi hasrat kemenangan seperti yang berlaku di Manik Urai.
Beliau menyatakan jentera PAS telah merangka strategi menangkis serangan agresif bertubi-tubi Umno-BN dengan menempatkan kamera pemantau selain mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah(Ku Li) sebagai dalang menyogok pengundi menjadikan pengundi atas pagar dan penyokong PAS sebagai sasaran.
Tambahnya Ku Li berusaha keras untuk membuktikan kepada Umno-BN bahawa beliau masih mampu mengalas tugas memimpin parti itu di daerah jajahan Gua Musang walaupun telah 30 tahun menjadi wakil rakyat parti itu.
"Saya yakin Ku Li akan mempertahankan maruah beliau justeru menunjukkan kepada Umno bahawa beliau masih mempunyai kekuatan di Gua musang dan akan disokong oleh TPM walaupun tidak dengan ceramah tapi dengan barangan dan kewangan untuk membantu Ku Li bagi mencapai matlamat mereka. Kita sudah ada cara bagaimana untuk menyekat strategi ini," jelas beliau lagi.
Ditanya media sejauh mana keyakinan PAS menjelang pilihan raya kecil, Abdul Halim berkata sehingga ke hari ini beliau optimis dan berharap taktik kotor parti lawan akan menemui kegagalan.
"Nampak mood itu optimis. Kita pergi mana-mana, orang Cina, Melayu, India dan orang Asli tahu sekiranya calon BN menang mereka tidak boleh buat apa-apa. Tapi yang boleh hanya calon PAS yang menjadi ejen menyelesaikan masalah mereka," tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, pengumuman kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen oleh kerajaan malam tadi adalah tanda-tanda kerajaan Umno-BN akan ditolak pengundi menjelang pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi.
Menyifatkan ianya sebagai waktu yang salah untuk menaikkan harga minyak, beliau mempersoal kebijaksanaan kerajaan dalam waktu kritikal sebegini.
"Bagi kita pihak pakatan pembangkang saya rasa salah 'timing' untuk pilihanraya Galas dan Batu Sapi. Jadi sepatutnya naik selepas ini. Jadi ini akan menjadi satu isu dan kesannya akan berlaku. Saya tidak tahu kebijaksanaan itu," ujarnya sinis.
Sumber: TVSnews
| Kase terus desak hapus saman ekor Posted: 02 Nov 2010 01:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Nov: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) hari ini terus mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghapuskan segera saman ekor yang masih direkodkan berjumlah RM1.8 bilion dan memutihkan semua nama pemilik kenderaan sama ada individu, syarikat atau pertubuhan. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, desakan itu dibuat berikutan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 jelas membuktikan desakan Kase selama ini adalah benar dan berasas. "Pembentangan Rang Undang-Undang ini sudah jelas menunjukkan bahawa tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan saman ekor selama ini adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang. "Malah tindakan JPJ yang turut terlibat menyenarai hitam pemilik kenderaan kerana dikatakan mempunyai saman ekor tertunggak juga menyalahi undang-undang dan peraturan yang terpakai," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi. Turut bersama dalam sidang media tersebut Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat). Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Pengangkutan membentangkan untuk bacaan kali pertama RUU berkenaan. Pembentangan ini adalah untuk kali kedua apabila pembentangan pertama pada Mac tahun ini ditarik balik kerana terdapat bantahan daripada pelbagai pihak. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, saman ekor yang dirujuk oleh Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga PDRM bermaksud notis kepada pemilik kenderaan di bawah seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987). Saman ekor ini juga hanya dikeluarkan oleh PDRM ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja. "Rang Undang-Undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 yang baru dibentangkan telah memasukkan dan memperkenalkan beberapa peruntukan baru yang jelas menunjukkan bahawa tindakan PDRM dan JPJ sebelum ini adalah tidak wajar dan menyalahi peruntukan undang-undang negara yang sedia ada," katanya lagi. Pindaan ini menurut Mahfuz, telah memasukkan tiga peruntukan iaitu takrif imej yang dirakamkan, takrif kesalahan yang berjadual dan takrif kesalahan yang dirakamkan melalui kamera. Justeru, kemasukan takrifan baru itu sekaligus menunjukkan bahawa tindakan PDRM sebelum ini menggunakan alat pengesan had laju dan mengeluarkan saman ekor berdasarkan bukti alat pengesan tersebut adalah tidak sah. Katanya, imej yang dirakamkan yang digunakan selama ini sebenarnya tidak boleh diguna pakai bagi membuktikan kesalahan yang disyaki telah dilakukan. Ini, ujarnya menunjukkan bahawa tindakan PDRM mengeluarkan saman ekor dan tindakan JPJ menyenarai hitam kenderaan kerana saman ekor tertunggak jelas bertentangan dengan undang-undang seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes Leonard Lim Yew Chang lawan Director of JPJ Negeri Sarawak. "RUU ini turut memperkenalkan kesalahan yang dirakamkan melalui kamera yang memperuntukkan tiga jenis kesalahan iaitu memandu kenderaan selain bas di lorong bas, memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan tidak mematuhi lampu isyarat," ujarnya. Tambahnya, salah satu kesalahan yang termasuk dalam kesalahan yang dirakamkan melalui kamera adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan yang merupakan kesalahan yang dikeluarkan saman ekor sebelum ini. "Jika kesalahan ini hanya baru dimasukkan ke dalam pindaan RUU yang dicadangkan ini, bagaimana PDRM boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan saman ekor kepada pengguna jalan raya yang disyaki melakukan kesalahan tersebut?" soalnya. Sepatutnya, kata beliau pengguna jalan raya yang dikatakan telah melakukan kesalahan memandu melebihi had laju itudisaman secara kendiri iaitu melalui seksyen 53 APJ 1987, bukannya melalui saman ekor. Sumber: Harakah Daily
| MITP: Kerajaan bakal rugi RM83.45 juta Posted: 02 Nov 2010 01:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Nov: Kerajaan bakal menanggung kerugian RM83.45 juta dan tanah seluas 20 ekar dalam skandal terbaru PKFZ 'dalam pembikinan'. Ianya merujuk kepada projek usahasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan Bindforce Sdn Bhd, bagi menubuhkan Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) yang bernilai RM243.38 juta. Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad pada sidang media di parlimen hari ini merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara. "Saya bangkitkan perkara ini kerana inilah projek yang dikatakan projek usahasama swasta, tetapi kerajaan menggung kerugian akibat 'etter of undertaking," katanya yang juga AJK PAS Pusat. Bindforce memegang ekuiti 60 peratus bernilai RM29.05 juta manakala LKIM memegang 40 peratus dengan nilai RM11.62 juta. Ianya akan dibangunkan atas tanah seluas 20 ekar yang diberi sewa oleh LKIM dengan perjanjian konsesi swasta secara Bina Operasi Pindah (BOT) selama 30 tahun yang dibuat pada 16 September 2004. Kos pembinaan dibiayai oleh MITP melalui pinjaman RM240 juta dalam bentuk bon dari OSK Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pula didakwa mengeluarkan surat sokongan kepada OSK Trustee Berhad pada 15 September. OSK Trustee pada 6 Januari 2010 kemudiannya didakwa mengisytiharkan 'event of defefault' terhadap MITP. LKIM sebelum itu mengeluarkan Letter of Undertaking menyatakan perjanjian akan dikuatkuasa jika terdapat event of default di pihak MITP. Sehubungan itu, OSK juga turut menuntut sejumlah RM208.62 juta termasuk faedah. Dengan milikan 40 peratus ekuiti, kerajaan terpaksa menanggung RM83.45 juta dari tuntutan OSK tersebut. "Tanggungan pinjaman bon RM83.45 juta, surat sokongan merupakan liabiliti kepada kerajaan pusat, dan tanah 20 ekar LKIM tidak dapat dituntut semula kerana dicagar MITP dan kini MITP tidak aktif," katanya. Tindakan tersebut juga jelasnya menjadi off balance sheet bajet kerajaan dan dalam masa sama melebarkan lagi defisit fizikal negara. "Berapa banyak projek ETP dan RMK serta Bajet 2011 yang akan diberi jaminan undertaking oleh kerajaan pusat atas nama inisiatif Public Private Partnership?" soalnya. Sumber: Harakah Daily
| Melaka Maju: Ali Rustam tipu rakyat? Posted: 02 Nov 2010 12:57 AM PDT BUKIT KATIL, 2 Nov: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju. Sebelum ini, kerajaan negeri menjaja nama OECD sebagai badan bebas yang memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu. Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab (gambar) berkata perkara itu adalah serius melibatkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka. "Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri," katanya. Katanya, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya. "Malah pengisytiharannya pula dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, apakah kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri," kata Yusof semasa ditemui di Pusat Aduan Rakyat Dun Bukit Baru, di sini pagi ini. Yusof juga mencadangkan isu ini dibawa di dalam sidang Dun yang sedang berlangsung sekarang. "Saya cadangkan satu usul tergempar di bawa ke sidang Dun untuk dibincangkan di kalangan Ahli Dewan dan satu ketetapan mesti diambil oleh Dun untuk mengembalikan maruah dan integriti kerajaan negeri serta rakyat negeri ini. "Ini bukan isu kecil dan main-main, ia melibatkan maruah dan imej kerajaan serta rakyat," ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil dan Penyelia Dun Bukit Baru. OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju sebagaimana yang disiarkan di laman web The Malaysianinsider. Dalam laporan itu, wakil OECD Jon Hall menjelaskan kepada portal Malaysiainsider melalui email bahawa media mungkin salah faham tentang pengisytiharan status negeri maju. Beliau menerangkan bahawa OECD tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan tersebut. "OECD tidak pernah memberi pengiktirafan terhadap deklarasi Melaka maju, disebabkan kami tidak landasan yang betul untuk berbuat demikian. "Sebagaimana saya cuba jelaskan dalam ucapan saya pada Rabu (20 Oktober), di mana tidak definisi rasmi ke atas sebuah negeri maju, jadi OECD tidak berada di kedudukan yang betul untuk menggariskan kriteria negeri maju," katanya. Hall, yang menguruskan OECD dalam projek global bagi mengukur pembangunan masyarakat menghadiri sambutan pengisytiharan Melaka negeri maju pada 20 Oktober lepas di Stadium Hang Jebat. Dalam program tersebut Perdana Menteri telah mengisytiharkan Melaka sebagai negeri maju melalui teleconference.
Sumber: Harakah Daily
| Tidak Ada Alternatif Kepada Barisan Nasional Selain Pakatan Rakyat Posted: 02 Nov 2010 12:55 AM PDT Boleh Datuk terangkan sebab-sebab mengapa keluar Umno?Saya pengasas Umno di Sabah, Ketua Penerangan Umno Sabah, saya juga dilantik Senator mewakili Umno serta pernah menjadi Naib Presiden Usno. Apa yang dijanjikan kepada kami ketika menyertai Umno. Pada 1976 Usno kalah, 1981 tinggal tiga kerusi, 1985 16 kerusi, 1986 pula 12 kerusi, jadi ciri-ciri ini tidak membolehkan Usno berkuasa lagi. Jadi sayakan kita hanya berboleh berkuasa melalui Umno dengan meresapkan Usno ke dalam Umno dan saya janji kepada Usno ketika itu dua perkara melalui Umno iaitu berkuasa dan dijaga. Sebelum itu selepas pilihan raya 1985 kita ada persetujuan dengan PBS (Parti Bersatu Sabah) untuk menumbangkan Berjaya tetapi apabila Berjaya tumbang, PBS khianat kepada Usno tidak menunaikan janji. Pada 1990 pula PBS khianat kepada Barisan Nasional dan dalam 1994 apabila Usno sudah berkumpul di dalam Umno dan lawan PBS, 'kapal' PBS pecah. Pairin dan kawan-kawannya berada dalam air hampir nak mati tapi Umno pergi 'kahwin' dengan PBS dan letakkan balik Pairin dan kawan-kawan di kapal besar BN sementara kami di suruh duduk di hujung 'dapur'. Oleh sebab saya pengasas Umno di Sabah, apa yang boleh saya katakan, seperti kita kahwin orang jalang, apa yang diberitahu ibu bapa kita. Takkan nak beritahu suami saya, isteri saya orang jalang, sudah tentu akan dipuji hingga ke langit. Tetapi kalau benar suami atau isteri kita jalang, tidak pelihara kita, tidak tunai janji akhirnya akan meletup juga. Bila meletup bercerai, itulah 18 Oktober saya umumkan saya keluar dari Umno. Yang pasti saya sudah bercerai dengan Umno, pada saat saya buat pengumuman itu ramai bekas ahli-ahli Usno hubungi saya dan lantik saya sebagai penasihat, mereka mahu hidupkan semula Usno. Parti Keadilan Rakyat pun ajak saya sertai mereka, Sapp (Parti Maju Sabah) pun begitu, jadi tindakan saya keluar Umno memberi kesan begitu besar di Sabah tanpa mengira bangsa, agama kerana saya hanya perjuangkan apa yang sepatutnya kepunyaan Sabah. Minyak kami hanya dapat lima persen, itu harta kami tapi saya katakan beri kami 20 persen. Apa pandangan Datuk terhadap prinsip perjuangan Pakatan Rakyat yang juga menjanjikan royalti minyak 20 persen kepada Sabah dan Sarawak?Itulah saya katakan tadi, buah itu berduri, cium bau durian, rasanya pun rasa durian, perlukah akhirnya saya cakap ini durian, tidak perlu. Orang semua tahu. Kalau saya minta minyak naik daripada 5 persen kepada 20 persen, kalau saya minta siapa yang memerintah (kerajaan pusat) hari ini, besok turunkan harga minyak, saya minta otonomi, saya minta Usno dihidupkan semula, kalau Pakatan Rakyat kata daripada 28 permintaan saya itu, mereka bagi 10 saya ikut. Permintaan saya ini tidak mungkin Barisan Nasional bagi, itu antara sebab saya keluar. Kalau dia (BN) nak bagi hidup (semula Usno) tenntu dia sudah beri hidup, kalau dia nak beri minyak, sudah berpuluh tahun (kami menunggu). Jadi sebab saya keluar dari BN - untuk perubahan. Kenapa Datuk ambil masa yang panjang untuk keluar Umno?Saya orang tua, 'start' lambat tetapi sekali dah 'start' tak berhenti (ketawa). Sudah dekat 20 tahun, bukan tempoh yang lama dalam politik. Orang Usno minta saya buat kajian apa terjadi kepada orang-orang, pemimpin Usno setelah masuk Umno. Saya buat kajian dan kesimpulannya orang-orang Sabah tidak mahu Umno dan kedua minta dihidupkan semula Usno. Saya tanya mengapa mahu hidupkan semula Usno sebab kalau sudah sokong Umno tidak perlu lagi Usno. Mereka kata mahu hidupkan Usno kerana tidak mahu Umno. Mereka kata kepada saya, "Datuk yang 'responsible bawa Umno ke Sabah". Janjinya dulu dua perkara - kami berkuasa dan kepentingan kami dijaga tetapi apabila kami berkuasa kami disuruh duduk di dapur. Pairin, Kurup, Dompok semuanya di letakkan di tempat yang mana kami pejuang-pejuang, kalau kamu duduk ditempat tinggi berilah kami duduk diatas bangku tapi tidak begitu, diketepikan sahaja. Jadi apabila kesimpulannya begitu, rupa-rupanya saya yang dilihat bertanggungjawab bawa Umno masuk dan janji kepada kami tidak dikotakan hampir 20 tahun. Semua pejuang-pejuang dan pemimpin Usno disingkir dan dipinggir oleh Umno. Jadi pendam rasa hampir 20 tahun tapi selepas 18 Oktober saya dengar CNN pun laporkan berita saya keluar Umno, YB Anwar (Ibrahim) pun bangkitkan dalam Parlimen, jadi seluruh Malaysia keributan kerana pengasas, penaja, ketua penerangan Umno sabah keluar parti. Saya masih Pengerusi Nippon Paint, jadi kalau saya keluar sudah tentu saya kena 'potong'. Kalau 'potong' saya orang Melayu kenapa tidak pecat Timbalan Ketua Menteri orang Cian, dia juga keluar dari LDP dan jadi bebas. Bekas anggota Usno kata kalau saya bertanggungjawab bawa Umno masuk sabah saya juga bertanggungjawab hantar Umno pulang. Apa perlu saya buat? Jadi misi saya sekarang kerana saya yang bawa datang, insyaAllah satu hari saya juga akan hantar Umno pulang. Apa pandangan Datuk mengenai senario politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13?Di Malaysia cuma ada dua parti yang akan bertanding di pilihan raya umum akan datang iaitu BN dan Pakatan Rakyat, tidak ada parti lain. Yang boleh memerintah Malaysia cuma dua, BN atau Pakatan Rakyat. Kalau mahu terus budaya cium tangan, angkat kaki, 'please stay with BN' tapi kalau mahu perubahan, 'reform' undilah Pakatan Rakyat. Bukan soal saya suka YB Azmin atau YB Anwar tapi isunya begini, kalau saya tidak mahu BN, Pakatan Rakyatlah pilihan saya, 'no choice' Kalau ada 'Parti Karim Ghani' saya undi parti itu (ketawa) tapi tidak ada 'third force', cuma dua ini sahaja. Panggillah apa konsep sekali pun, sistem dua parti atau apa sahaja tapi hakikatnya dua sahaja pilihan rakyat Malaysia - BN atau Pakatan Rakyat. Anggota parti seperti Sapp, mereka parti negeri. Kalau ditakdirkan mereka memerintah, dia nak sekolah, dia nak minyak, dia nak hospital dia terpaksa minta daripada kerajaan 'federal' tapi kalau dia tidak selari satu tim dengan kerajaan 'federal' jadi macam Kelantan waktu belum ada Pakatan Rakyat, seperti PBS waktu belum dalam BN. Jadi saya minta orang Sabah khususnya dan rakyat Malaysia, kalau mahu 'business as usual', mahu angkat kaki cium tangan, please duduk dengan BN. Mahu perubahan sokonglah Pakatan Rakyat. Itu sahaja, tidak payah gaduh, tidak payah maki hamun. Dalam kajian saya, dulu di Semenanjung kalau kita cakap pasal PAS depan orang Cina terus mereka palingkan muka tapi sekarang mereka kata 'we don't care, Cina, India, Kadazan ke, kalau BN lawan Pakatan Rayat, kita akan sokong Pakatan Rakyat'. 'The wind of change have come'. Sebagai tokoh politik yang disegani di Sabah, apa peranan yang akan dimainkan Datuk setelah keluar daripada Umno?Saya mahu sabah juga sealiran dengan kerajaan 'federal'. Oleh sebab saya tidak mahu lagi kerajaan BN, ke mana saya hendak pergi, ke mana saya hendak minta rakyat Sabah sokong? Saya sudah tinggalkan BN sudah tentu saya akan minta rakyat sokong sebelah sana (Pakatan Rakyat). Sekarang ini tidak ada lagi parti yang mampu memerintah Malaysia kecuali Pakatan Rakyat - kalau tidak mahu masuk KEADILAN, bole masuk PAS, tidak mahu PAS masuk DAP asalkan jangan kita gaduh sama sendiri. Boleh puji PAS bagus KEADILAN, DAP bagus tapi jangan kata sesama sendiri, yang tidak bagus hanya BN. Apa pandangan Datuk peranan Usno sekiranya parti itu berjaya dihidupkan semula?Fakta pertama yang harus kita ingat 95 peratus ahli umno di Sabah sekarang adalah bekas ahli Usno. Yang saya dijanjikan iaitu berkuasa dan dijaga tidak ditunaikan BN. Kalau Usno dihidupkan apa akan jadi kepada Umno, sudah tentunya mati. Jadi saya fikir tidak ada orang akan beri senjata untuk bunuh dirinya sendiri. Kemungkinan Usno dihidupkan tipis, tidak mungkin di bawah BN tetapi kalau semangat perjuangan dan prinsip Usno itu betul, tidak ada siapa boleh jel dia, kunci dia, Usno akan terus hidup. Bekas ahli Usno minta Pakatan Rakyat hidupkan semula Usno, kembalikan Amanah Saham Sabah. Saya katakan kalau hari ini Pakatan Rakyat memerintah, rakyat Sabah boleh datang ambil sijil saham itu. Beza dengan amanah saham Tun Mustapha dulu, kali ini amanah saham Sabah akan beri sijil kepada setiap rakyat Sabah yang berumur 18 tahun ke atas. Duit cukup sebab ada 20 persen royalti minyak, tidak ada masalah langsung pasal duit. Apa gesaan Datuk kepada bekas ahli Usno yang berada dalam Umno?Saya datang ke Sandakan untuk pilihan raya kecil dan di Sandakan saya akan katakan hanya dua sahaja parti yang boleh memerintah. Saya sudah tinggalkan BN dan siapa yang boleh tawarkan apa yang saya minta untuk Sabah itulah yang saya minta rakyat Sabah sokong. Saya tidak mahu bertaekwando tapi mahu bersilat. Bila kita bersilat kita gunakan tenaga musuh untuk mengalahkan musuh. Apa pandangan Datuk berhubung ucapan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu yang lalu?Bagi saya ucapan Datuk Seri Najib itu yang membangkitkan isu mempertahankan hak Melayu, raja Melayu tapi pelikmya saya tidak pernah dengar KEADILAN atau DAP atau PAS kata mereka mahu hapuskan hak istimewa Melayu, hak Raja, agama, tidak pernah saya dengar sekalipun. Jadi kenapa Najib mahu teriak-teriak pasal apa? Najib bangkitkan soal perkauman yang sudah tidak laku, orang Sabah sudah tidak mahu dengar, apa yang mereka mahu dengar adakah royalti minyak akan dinaikkan, mahu bagi otonomi atau tidak, kami tidak mahu mahu Ketua Menteri di cucuk hidung seperti apa yang berlaku sekarang, kami mahu pilih Ketua Menteri sendiri yang sealiran dengan kerajaan yang kita pilih. Saya nampak di Malaysia, Umno sudah mati. Umno bagai bunga yang cantik, manis, kembang, disembah oleh semua orang. Bunga yang kembang akan kuncup, yang kuncup akan kereput, yang kereput akan kering dan yang kering akan mati. Umno yang dulu kuat, disembah dan tidak ada orang berani lawan kemudiannya berpecah dua dengan PAS. Kalau dalam pilihan raya kawasan itu 'solid' pengundi Melayu PAS menang. Umno dan BN hanya boleh memang kalau ada 35 persen Cina dan India. Lepas itu KEADILAN wujud, orang Melayu pun masuk KEADILAN, kebanyakannya dari Umno, jadi Umno kuncup lagi. Bila Cina dan India tinggalkan Umno, mati tak Umno? Jadi di Semenanjung Umno sudah mati! Di Sabah katakan kepada rakyat, " Kalau kapal isu sudah pecah, kamu mahu tunggu lagi? Kalau kamu tunggu jangan salahkan orang kalau kamu mati". Ini saya cakap daripada pengalaman saya. Pada tahun 1975 saya pegawai tinggi kerajaan (Setiausaha Tetap Kementerian), bila Usno dipecah belahkan oleh Tun Razak, saya bilang Usno akan mati dan akhirnya benar-benar mati. Begitu juga di Semenanjung, Umno sudah mati atas sebab yang saya katakan tadi. Umno selalu berkata, "Melayu bersatu, bersatu!" Atas alasan apa? Kalau Melayu itu bersatu dalam KEADILAN atau bersatu dalam PAS pernah dengarkah kita mereka mahu hapuskan hak Melayu, Sultan, agama? Jawapannya tidak ada. Retorik-retorik begini kalau kita fikir memang bunyinya bagus. Bersatu, bersatu memang ada dalam Islam, Islam suruh kita bersatu tetapi tidak ada dalam Islam suruh kita bersatu dalam Umno atau PAS. Tetapi kalau orang Melayu bersatu dalam KEADILAN atau PAS apa yang terkandung di dalam Perlembagaan tidak boleh terkacau. Tetapi Perlembagaan sekalipun siapa kata tidak boleh dipertikai. Kalau ada dua pertiga majoriti boleh dipersoalkan, ini bukan Al Quran, ini kita tidak boleh persoalkan. Yang penting kerajaan yang akan ditubuhkan itu stabil. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, mahukah orang Melayu dalam Pakatan Rakyat katakan, "hapuskan hak Melayu, Bahasa Melayu, Sultan? 'No way' mereka akan berbuat demikian. Kalau BN memerintah bolehkah mereka mengatakan, "kami mempertahankan matahari naik dan timbul, kami berjuang biar pun nyawa habis kami akan pertahankan. Itu retorik yang bagus didengar tapi kalau kamu tidak pertahankan matahari tetap naik dari timur. Begitu juga di Malaysia sudah termaktub di Malaysia dalam Perlembagaan hak-hak orang Melayu, tidak boleh digugat. Adakah Najib kini terlalu 'desperate' sehingga terpaksa berucap dalam nada yang demikian?Ya, terlalu 'desperate', antaranya mahu bikin lagi dua menara. Menara sekarang pun saya dengar kosong, sekarang mahu bikin lagi menara RM5 bilion. Nanti bila 'negotiate' kontrak bukannya' negotiate down' tetapi 'negotiate up'. Dalam Umno-BN ada budaya, ada sistem, ada praktik. Pemimpin-pemimpin termasuk Najib berkata, "the change in leaders only result in the change of style', sistem, budaya, praktik tetap sama. Sistem nepotisme, kronisme, korupsi; budaya cium tangan angkat kaki tidak akan berubah. Kalau mahu berubah semua ini satu sahaja iaitu alternatif kepada BN ialah Pakatan Rakyat. Pada pandangan Datuk sejauh mana BN yakin menghadapi PRU-13 nanti?Saya dengar ada ura-ura nak bubarkan Parlimen awal tapi kalau BN bubarkan Parlimen, saya yakin Pakatan Rakyat tidak akan bubarkan Dewan Undangan Negeri di mana ia berkuasa. Ini satu dilema. Kalau BN bubarkan Parlimen tetapi negeri Pakatan Rakyat tidak turut bubar masa itu Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat masih berkuasa, jadim itu satu kemudaratan kepada BN. Yang kedua, konsep 1Malaysia perlukan pilihan raya seluruh negara serentak tapi kalau nak serentak menjelang April DUN Sarawak mesti bubar, kalau Sarawak bubar tapi Parlimen tak bubar apa maknanya 1Malaysia? Kalau Sarawak bubar negeri Pakatan Rakyat bubar apa jadi dengan konsep 1Malaysia? Sebab itu saya tidak setuju sama sekali kerana satu Malaysia 13 negeri. Waktu kita sertai Malaysia, satu Malaysia bukan 13 negeri tapi 5 wilayah - Sabah, Sarawak, Brunai, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Jadi ada lima komonen - semuanya hak yang sama, perkongsian yang sama dan status yang sama kata Tunku Abdul Rahman. Kalau kongsi seratus peratus kami Sabah sepatutnya dapat 20 peratus. Bila Brunai tak ikut jadi setiap satu komponen ada saham 25 peratus dan bila Singaoura kena tendang, sepatutnya kami dapat 33 peratus tapi dalam konsep 1Malaysia bila ada 13 negeri, pembahagiaan sudah jadi pak pandir, pembahagiaan bujang lapuk - satu Sabah, satu Sarawak , 11 Semenanjung. Ini bukan yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak. Keranna itu saya minta kita kembali kepada semangat 1963, saya tidak minta satu sen lebih atau satu sen kurang. Saya tahu kerana saya terlibat dalam proses penilaian samada mahu sertai Malaysia atau tidak dalam 'Cobbold Report'. Saya juga terlibat dalam menterjemahkan memorandum yang dikemukakan dan saya juta terjemahkan 'Cobbold Report', jadi saya tahu semua ini. Masa itu Tunku janji disebabkan kita miskin, pernah dijajah dan tidak membangun, maka jika kita sertai Malaysia, Sabah dijanjikan bebas daripada penjajahan, kaya seperti Semenanjung dan juga maju seperti Semenanjung. Tapi 47 kemudian kami yang paling miskin. Kami bukan miskin - kami ada kayu balak, minyak dan segalanya. Jadi Malaysia bagi kami adalah 'a failed promise as far as Sabah is concerned'. Ini mesti diperbetulkan sebab saya sayang Malaysia. Saya percaya kalau Pakatan Rakyat memerintah, kalau 28 perkara yang saya tuntut, kalau 10 ditunai cukup bagus tapi 3 atau 4 pun alhamdulillah. Sumber: Suara Keadilan | Ansari: Saya Janji Pindah Ke Batu Sapi Kalau Pakatan Rakyat Menang Posted: 02 Nov 2010 12:50 AM PDT SANDAKAN 2 Nov - Calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah berjanji akan berpindah ke kawasan ini sekiranya beliau diamanahkan oleh rakyat untuk mewakili mereka di Parlimen pada 4 November nanti.
Ansari berkata inilah komitmen yang beliau berikan kepada pengundi Batu Sapi bagi memastikan mereka akan mendapat perkhidmatan terbaik dari beliau serta menguatkan hubungan dengan pengundinya di kawasan parlimen ini.
"Saya berjanji kepada rakyat Batu Sapi saya akan berpindah ke sini supaya rakyat saya dapat bertemu dengan rakyat sekerap mungkin. Saya mahu berdamping dengan rakyast Batu Sapi bagi menyelesaian sebanyak mungkin masalah yang mereka hadapi dan menjadi suara mereka di Parlimen.
"Saya tinggal di Kota Kinabalu sekarang tetapi ini tidak menghalang ramai rakyat Sabah dari kawasan jauh datang berjumpa saya berhubung pelbagai masalah yang mereka ingin saya bantu. Jadi kalau saya berpindah ke Batu Sapi ini akan memudahkan lagi rakyat terutamanya rakyat miskin datang berjumpa saya," kata Ansari kepada Suara Keadilan.
Berhubung Debat Perdana anjuran Parti Keadilan Rakyat yang diadakan Ahad lalu, Ansari membidas sikap yang ditunjukkan oleh calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin serta calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglina Yomng Teck Lee yang mengelak diri untuk mendebatkan isu-isu berhubung masalah rakyat di Batu Sapi.
"Tindakan mereka sebenarnya menafikan hak rakyat Batu Sapi untuk mendapat maklumat apakah rancangan dan agenda mereka untuk membangungkan keadaan hidup mereka. Malah pada masa yang sama Teck Lee berada di Dewan Hakka untuk berdebat dengan Ketua Menteri.
"Oleh kerana beliau tidak datang di tempat kami adakan debat saya sendiri ke Dewan Hakka untuk menawarkan diri berdebat dengan beliau setelah Musa Aman tidak muncul. Itu pun Teck Lee tidak mahu berdebat dengan saya. Jadi sekarang jelas kepada rakyat Batu Sapi kedua-dua calon tidak berminat untuk berjuang hak-hak rakyat tetapi hanya mahukan undi rakyat dan tidak pedulikan masalah mereka," tegas beliau lagi.
Beliau juga mengkritik tindakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menganjurkan sesi latihan askar Wataniah sepanjang pada hari Ahad lalu di tengah-tengah bandar Sandakan.
"Saya nak tanya Zahid apa tujuan buat latihan sepanjang hari di tengah-tengah bandar? Adalah beliau mahu menakut-nakutkan pengundi Batu Sapi? Kalau askar Wataniah tidak ada kerja lebih baik arah mereka ke kampung-kampung Melayu yang miskin membaiki jembatan dan jeti yang sudah uzur. Mereka boleh minta kayu balak dari Yayasan Sabah untuk baiki infrastruktur di Batu Sapi. Sumber: Suara Keadilan
| Harga Petrol Dinaikkan Lagi Posted: 02 Nov 2010 12:43 AM PDT KUALA LUMPUR Nov 2 — Harga petrol runcit bagi gred premium, RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen atau 2.4 peratus kepada RM2.15 seliter, berkuatkuasa hari ini. Menurut agensi berita Reuters, kenaikkan itu adalah sebahagian daripada pengumuman kerajaan untuk mengurangkan subsidi yang diumumkan kerajaan, awal tahun ini. "RON 97 tidak diberikan subsidi oleh kerajaan sejak harga minyak mentah dunia naik, dan harga petrol telah diubah," kata Hashim Othman, Presiden Pengusaha Pam Minyak Malaysia.
Sumber: Suara Keadilan
| |
Anwar Ibrahim Posted: 02 Nov 2010 07:08 PM PDT Jelajah Kempen DSAI DiPRK Batu Sapi,3 Nov 2010 Posted: 02 Nov 2010 10:02 AM PDT Rabu 3 Nov 2010 8.00 pg- Lawatan Pasar Batu 8 9.00 pg- Sarapan pagi bersama rakyat di PASTI Taman Mawar 10.00 pg- Lawatan Pasar Taman Mawar 11.00 pg- Sidang Media 3.00 ptg- Sg.Kayu 6.00 ptg- Solat Maghrib di Masjid Lupak Meluas 6.30 PTG- Ceramah di Lupak Meluas 8.30 mlm- Grand Finale 1 Bandar Karamunting (PPH) 9.30 mlm- Grand Finale 2 Yu Yuan Secondary School,Batu 4 | Tidak Ada Alternatif Kepada Barisan Nasional Selain Pakatan Rakyat Posted: 02 Nov 2010 03:04 AM PDT Dari Suara Keadilan Ikuti temuramah eksklusif bekas penaja Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengenai politik Sabah dan masa depan Barisan Nasional serta prospek Pakatan Rakyat dalam landskap politik Malaysia. Bahagian Pertama Boleh Datuk terangkan sebab-sebab mengapa keluar Umno? Saya pengasas Umno di Sabah, Ketua Penerangan Umno Sabah, saya juga dilantik Senator mewakili Umno serta pernah menjadi Naib Presiden Usno. Apa yang dijanjikan kepada kami ketika menyertai Umno. Pada 1976 Usno kalah, 1981 tinggal tiga kerusi, 1985 16 kerusi, 1986 pula 12 kerusi, jadi ciri-ciri ini tidak membolehkan Usno berkuasa lagi. Jadi sayakan kita hanya berboleh berkuasa melalui Umno dengan meresapkan Usno ke dalam Umno dan saya janji kepada Usno ketika itu dua perkara melalui Umno iaitu berkuasa dan dijaga. Sebelum itu selepas pilihan raya 1985 kita ada persetujuan dengan PBS (Parti Bersatu Sabah) untuk menumbangkan Berjaya tetapi apabila Berjaya tumbang, PBS khianat kepada Usno tidak menunaikan janji. Pada 1990 pula PBS khianat kepada Barisan Nasional dan dalam 1994 apabila Usno sudah berkumpul di dalam Umno dan lawan PBS, ‘kapal’ PBS pecah. Pairin dan kawan-kawannya berada dalam air hampir nak mati tapi Umno pergi ‘kahwin’ dengan PBS dan letakkan balik Pairin dan kawan-kawan di kapal besar BN sementara kami di suruh duduk di hujung ‘dapur’. Oleh sebab saya pengasas Umno di Sabah, apa yang boleh saya katakan, seperti kita kahwin orang jalang, apa yang diberitahu ibu bapa kita. Takkan nak beritahu suami saya, isteri saya orang jalang, sudah tentu akan dipuji hingga ke langit. Tetapi kalau benar suami atau isteri kita jalang, tidak pelihara kita, tidak tunai janji akhirnya akan meletup juga. Bila meletup bercerai, itulah 18 Oktober saya umumkan saya keluar dari Umno. Yang pasti saya sudah bercerai dengan Umno, pada saat saya buat pengumuman itu ramai bekas ahli-ahli Usno hubungi saya dan lantik saya sebagai penasihat, mereka mahu hidupkan semula Usno. Parti Keadilan Rakyat pun ajak saya sertai mereka, Sapp (Parti Maju Sabah) pun begitu, jadi tindakan saya keluar Umno memberi kesan begitu besar di Sabah tanpa mengira bangsa, agama kerana saya hanya perjuangkan apa yang sepatutnya kepunyaan Sabah. Minyak kami hanya dapat lima persen, itu harta kami tapi saya katakan beri kami 20 persen. Apa pandangan Datuk terhadap prinsip perjuangan Pakatan Rakyat yang juga menjanjikan royalti minyak 20 persen kepada Sabah dan Sarawak? Itulah saya katakan tadi, buah itu berduri, cium bau durian, rasanya pun rasa durian, perlukah akhirnya saya cakap ini durian, tidak perlu. Orang semua tahu. Kalau saya minta minyak naik daripada 5 persen kepada 20 persen, kalau saya minta siapa yang memerintah (kerajaan pusat) hari ini, besok turunkan harga minyak, saya minta otonomi, saya minta Usno dihidupkan semula, kalau Pakatan Rakyat kata daripada 28 permintaan saya itu, mereka bagi 10 saya ikut. Permintaan saya ini tidak mungkin Barisan Nasional bagi, itu antara sebab saya keluar. Kalau dia (BN) nak bagi hidup (semula Usno) tenntu dia sudah beri hidup, kalau dia nak beri minyak, sudah berpuluh tahun (kami menunggu). Jadi sebab saya keluar dari BN – untuk perubahan. Kenapa Datuk ambil masa yang panjang untuk keluar Umno? Saya orang tua, ‘start’ lambat tetapi sekali dah ‘start’ tak berhenti (ketawa). Sudah dekat 20 tahun, bukan tempoh yang lama dalam politik. Orang Usno minta saya buat kajian apa terjadi kepada orang-orang, pemimpin Usno setelah masuk Umno. Saya buat kajian dan kesimpulannya orang-orang Sabah tidak mahu Umno dan kedua minta dihidupkan semula Usno. Saya tanya mengapa mahu hidupkan semula Usno sebab kalau sudah sokong Umno tidak perlu lagi Usno. Mereka kata mahu hidupkan Usno kerana tidak mahu Umno. Mereka kata kepada saya, “Datuk yang ‘responsible bawa Umno ke Sabah”. Janjinya dulu dua perkara – kami berkuasa dan kepentingan kami dijaga tetapi apabila kami berkuasa kami disuruh duduk di dapur. Pairin, Kurup, Dompok semuanya di letakkan di tempat yang mana kami pejuang-pejuang, kalau kamu duduk ditempat tinggi berilah kami duduk diatas bangku tapi tidak begitu, diketepikan sahaja. Jadi apabila kesimpulannya begitu, rupa-rupanya saya yang dilihat bertanggungjawab bawa Umno masuk dan janji kepada kami tidak dikotakan hampir 20 tahun. Semua pejuang-pejuang dan pemimpin Usno disingkir dan dipinggir oleh Umno. Jadi pendam rasa hampir 20 tahun tapi selepas 18 Oktober saya dengar CNN pun laporkan berita saya keluar Umno, YB Anwar (Ibrahim) pun bangkitkan dalam Parlimen, jadi seluruh Malaysia keributan kerana pengasas, penaja, ketua penerangan Umno sabah keluar parti. Saya masih Pengerusi Nippon Paint, jadi kalau saya keluar sudah tentu saya kena ‘potong’. Kalau ‘potong’ saya orang Melayu kenapa tidak pecat Timbalan Ketua Menteri orang Cian, dia juga keluar dari LDP dan jadi bebas. Bekas anggota Usno kata kalau saya bertanggungjawab bawa Umno masuk sabah saya juga bertanggungjawab hantar Umno pulang. Apa perlu saya buat? Jadi misi saya sekarang kerana saya yang bawa datang, insyaAllah satu hari saya juga akan hantar Umno pulang. Apa pandangan Datuk mengenai senario politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13? Di Malaysia cuma ada dua parti yang akan bertanding di pilihan raya umum akan datang iaitu BN dan Pakatan Rakyat, tidak ada parti lain. Yang boleh memerintah Malaysia cuma dua, BN atau Pakatan Rakyat. Kalau mahu terus budaya cium tangan, angkat kaki, ‘please stay with BN’ tapi kalau mahu perubahan, ‘reform’ undilah Pakatan Rakyat. Bukan soal saya suka YB Azmin atau YB Anwar tapi isunya begini, kalau saya tidak mahu BN, Pakatan Rakyatlah pilihan saya, ‘no choice’ Kalau ada ‘Parti Karim Ghani’ saya undi parti itu (ketawa) tapi tidak ada ‘third force’, cuma dua ini sahaja. Panggillah apa konsep sekali pun, sistem dua parti atau apa sahaja tapi hakikatnya dua sahaja pilihan rakyat Malaysia – BN atau Pakatan Rakyat. Anggota parti seperti Sapp, mereka parti negeri. Kalau ditakdirkan mereka memerintah, dia nak sekolah, dia nak minyak, dia nak hospital dia terpaksa minta daripada kerajaan ‘federal’ tapi kalau dia tidak selari satu tim dengan kerajaan ‘federal’ jadi macam Kelantan waktu belum ada Pakatan Rakyat, seperti PBS waktu belum dalam BN. Jadi saya minta orang Sabah khususnya dan rakyat Malaysia, kalau mahu ‘business as usual’, mahu angkat kaki cium tangan, please duduk dengan BN. Mahu perubahan sokonglah Pakatan Rakyat. Itu sahaja, tidak payah gaduh, tidak payah maki hamun. Dalam kajian saya, dulu di Semenanjung kalau kita cakap pasal PAS depan orang Cina terus mereka palingkan muka tapi sekarang mereka kata ‘we don’t care, Cina, India, Kadazan ke, kalau BN lawan Pakatan Rayat, kita akan sokong Pakatan Rakyat’. ‘The wind of change have come’. Sebagai tokoh politik yang disegani di Sabah, apa peranan yang akan dimainkan Datuk setelah keluar daripada Umno? Saya mahu sabah juga sealiran dengan kerajaan ‘federal’. Oleh sebab saya tidak mahu lagi kerajaan BN, ke mana saya hendak pergi, ke mana saya hendak minta rakyat Sabah sokong? Saya sudah tinggalkan BN sudah tentu saya akan minta rakyat sokong sebelah sana (Pakatan Rakyat). Sekarang ini tidak ada lagi parti yang mampu memerintah Malaysia kecuali Pakatan Rakyat – kalau tidak mahu masuk KEADILAN, bole masuk PAS, tidak mahu PAS masuk DAP asalkan jangan kita gaduh sama sendiri. Boleh puji PAS bagus KEADILAN, DAP bagus tapi jangan kata sesama sendiri, yang tidak bagus hanya BN. Apa pandangan Datuk peranan Usno sekiranya parti itu berjaya dihidupkan semula? Fakta pertama yang harus kita ingat 95 peratus ahli umno di Sabah sekarang adalah bekas ahli Usno. Yang saya dijanjikan iaitu berkuasa dan dijaga tidak ditunaikan BN. Kalau Usno dihidupkan apa akan jadi kepada Umno, sudah tentunya mati. Jadi saya fikir tidak ada orang akan beri senjata untuk bunuh dirinya sendiri. Kemungkinan Usno dihidupkan tipis, tidak mungkin di bawah BN tetapi kalau semangat perjuangan dan prinsip Usno itu betul, tidak ada siapa boleh jel dia, kunci dia, Usno akan terus hidup. Bekas ahli Usno minta Pakatan Rakyat hidupkan semula Usno, kembalikan Amanah Saham Sabah. Saya katakan kalau hari ini Pakatan Rakyat memerintah, rakyat Sabah boleh datang ambil sijil saham itu. Beza dengan amanah saham Tun Mustapha dulu, kali ini amanah saham Sabah akan beri sijil kepada setiap rakyat Sabah yang berumur 18 tahun ke atas. Duit cukup sebab ada 20 persen royalti minyak, tidak ada masalah langsung pasal duit. Apa gesaan Datuk kepada bekas ahli Usno yang berada dalam Umno? Saya datang ke Sandakan untuk pilihan raya kecil dan di Sandakan saya akan katakan hanya dua sahaja parti yang boleh memerintah. Saya sudah tinggalkan BN dan siapa yang boleh tawarkan apa yang saya minta untuk Sabah itulah yang saya minta rakyat Sabah sokong. Saya tidak mahu bertaekwando tapi mahu bersilat. Bila kita bersilat kita gunakan tenaga musuh untuk mengalahkan musuh. Apa pandangan Datuk berhubung ucapan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu yang lalu? Bagi saya ucapan Datuk Seri Najib itu yang membangkitkan isu mempertahankan hak Melayu, raja Melayu tapi pelikmya saya tidak pernah dengar KEADILAN atau DAP atau PAS kata mereka mahu hapuskan hak istimewa Melayu, hak Raja, agama, tidak pernah saya dengar sekalipun. Jadi kenapa Najib mahu teriak-teriak pasal apa? Najib bangkitkan soal perkauman yang sudah tidak laku, orang Sabah sudah tidak mahu dengar, apa yang mereka mahu dengar adakah royalti minyak akan dinaikkan, mahu bagi otonomi atau tidak, kami tidak mahu mahu Ketua Menteri di cucuk hidung seperti apa yang berlaku sekarang, kami mahu pilih Ketua Menteri sendiri yang sealiran dengan kerajaan yang kita pilih. Saya nampak di Malaysia, Umno sudah mati. Umno bagai bunga yang cantik, manis, kembang, disembah oleh semua orang. Bunga yang kembang akan kuncup, yang kuncup akan kereput, yang kereput akan kering dan yang kering akan mati. Umno yang dulu kuat, disembah dan tidak ada orang berani lawan kemudiannya berpecah dua dengan PAS. Kalau dalam pilihan raya kawasan itu ‘solid’ pengundi Melayu PAS menang. Umno dan BN hanya boleh memang kalau ada 35 persen Cina dan India. Lepas itu KEADILAN wujud, orang Melayu pun masuk KEADILAN, kebanyakannya dari Umno, jadi Umno kuncup lagi. Bila Cina dan India tinggalkan Umno, mati tak Umno? Jadi di Semenanjung Umno sudah mati! Di Sabah katakan kepada rakyat, ” Kalau kapal isu sudah pecah, kamu mahu tunggu lagi? Kalau kamu tunggu jangan salahkan orang kalau kamu mati”. Ini saya cakap daripada pengalaman saya. Pada tahun 1975 saya pegawai tinggi kerajaan (Setiausaha Tetap Kementerian), bila Usno dipecah belahkan oleh Tun Razak, saya bilang Usno akan mati dan akhirnya benar-benar mati. Begitu juga di Semenanjung, Umno sudah mati atas sebab yang saya katakan tadi. Umno selalu berkata, “Melayu bersatu, bersatu!” Atas alasan apa? Kalau Melayu itu bersatu dalam KEADILAN atau bersatu dalam PAS pernah dengarkah kita mereka mahu hapuskan hak Melayu, Sultan, agama? Jawapannya tidak ada. Retorik-retorik begini kalau kita fikir memang bunyinya bagus. Bersatu, bersatu memang ada dalam Islam, Islam suruh kita bersatu tetapi tidak ada dalam Islam suruh kita bersatu dalam Umno atau PAS. Tetapi kalau orang Melayu bersatu dalam KEADILAN atau PAS apa yang terkandung di dalam Perlembagaan tidak boleh terkacau. Tetapi Perlembagaan sekalipun siapa kata tidak boleh dipertikai. Kalau ada dua pertiga majoriti boleh dipersoalkan, ini bukan Al Quran, ini kita tidak boleh persoalkan. Yang penting kerajaan yang akan ditubuhkan itu stabil. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, mahukah orang Melayu dalam Pakatan Rakyat katakan, “hapuskan hak Melayu, Bahasa Melayu, Sultan? ‘No way’ mereka akan berbuat demikian. Kalau BN memerintah bolehkah mereka mengatakan, “kami mempertahankan matahari naik dan timbul, kami berjuang biar pun nyawa habis kami akan pertahankan. Itu retorik yang bagus didengar tapi kalau kamu tidak pertahankan matahari tetap naik dari timur. Begitu juga di Malaysia sudah termaktub di Malaysia dalam Perlembagaan hak-hak orang Melayu, tidak boleh digugat. Adakah Najib kini terlalu ‘desperate’ sehingga terpaksa berucap dalam nada yang demikian? Ya, terlalu ‘desperate’, antaranya mahu bikin lagi dua menara. Menara sekarang pun saya dengar kosong, sekarang mahu bikin lagi menara RM5 bilion. Nanti bila ‘negotiate’ kontrak bukannya’ negotiate down’ tetapi ‘negotiate up’. Dalam Umno-BN ada budaya, ada sistem, ada praktik. Pemimpin-pemimpin termasuk Najib berkata, “the change in leaders only result in the change of style’, sistem, budaya, praktik tetap sama. Sistem nepotisme, kronisme, korupsi; budaya cium tangan angkat kaki tidak akan berubah. Kalau mahu berubah semua ini satu sahaja iaitu alternatif kepada BN ialah Pakatan Rakyat. Pada pandangan Datuk sejauh mana BN yakin menghadapi PRU-13 nanti? Saya dengar ada ura-ura nak bubarkan Parlimen awal tapi kalau BN bubarkan Parlimen, saya yakin Pakatan Rakyat tidak akan bubarkan Dewan Undangan Negeri di mana ia berkuasa. Ini satu dilema. Kalau BN bubarkan Parlimen tetapi negeri Pakatan Rakyat tidak turut bubar masa itu Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat masih berkuasa, jadim itu satu kemudaratan kepada BN. Yang kedua, konsep 1Malaysia perlukan pilihan raya seluruh negara serentak tapi kalau nak serentak menjelang April DUN Sarawak mesti bubar, kalau Sarawak bubar tapi Parlimen tak bubar apa maknanya 1Malaysia? Kalau Sarawak bubar negeri Pakatan Rakyat bubar apa jadi dengan konsep 1Malaysia? Sebab itu saya tidak setuju sama sekali kerana satu Malaysia 13 negeri. Waktu kita sertai Malaysia, satu Malaysia bukan 13 negeri tapi 5 wilayah – Sabah, Sarawak, Brunai, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Jadi ada lima komonen – semuanya hak yang sama, perkongsian yang sama dan status yang sama kata Tunku Abdul Rahman. Kalau kongsi seratus peratus kami Sabah sepatutnya dapat 20 peratus. Bila Brunai tak ikut jadi setiap satu komponen ada saham 25 peratus dan bila Singaoura kena tendang, sepatutnya kami dapat 33 peratus tapi dalam konsep 1Malaysia bila ada 13 negeri, pembahagiaan sudah jadi pak pandir, pembahagiaan bujang lapuk – satu Sabah, satu Sarawak , 11 Semenanjung. Ini bukan yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak. Keranna itu saya minta kita kembali kepada semangat 1963, saya tidak minta satu sen lebih atau satu sen kurang. Saya tahu kerana saya terlibat dalam proses penilaian samada mahu sertai Malaysia atau tidak dalam ‘Cobbold Report’. Saya juga terlibat dalam menterjemahkan memorandum yang dikemukakan dan saya juta terjemahkan ‘Cobbold Report’, jadi saya tahu semua ini. Masa itu Tunku janji disebabkan kita miskin, pernah dijajah dan tidak membangun, maka jika kita sertai Malaysia, Sabah dijanjikan bebas daripada penjajahan, kaya seperti Semenanjung dan juga maju seperti Semenanjung. Tapi 47 kemudian kami yang paling miskin. Kami bukan miskin – kami ada kayu balak, minyak dan segalanya. Jadi Malaysia bagi kami adalah ‘a failed promise as far as Sabah is concerned’. Ini mesti diperbetulkan sebab saya sayang Malaysia. Saya percaya kalau Pakatan Rakyat memerintah, kalau 28 perkara yang saya tuntut, kalau 10 ditunai cukup bagus tapi 3 atau 4 pun alhamdulillah. | ‘Hilang Layak Undi Awam’ Teramai di Negeri Pakatan Posted: 02 Nov 2010 02:51 AM PDT Dari Malaysiakini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi ‘hilang layak undi awam’ yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi "hilang layak undi awam" ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). “Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN,” kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat. Mengikut kebiasaannya, tegas beliau, apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam. “Bilangan 18,493 undi "hilang layak undi awam" adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan itu baru diwujudkan dalam rang suku ketiga tahun ini. Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang. “Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah,” tambahnya. Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit. “Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu. “Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab,” katanya. Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang. Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan. “Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB Yahya Abdullah (Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi "hilang layak undi awam" yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang. “Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi. “Undi daripada pengundi "hilang layak undi awam" yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi,” tambahnya. Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur. “Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang. “Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini. “Kewujudan pengundi "hilang layak undi awam" ini akan menambahkan bilangan pengundi pos. “Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya? “Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat,” kata Suhaizan. Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi "hilang layak undi awam". | PRK Batu Sapi: Pentas Menilai Pembangunan Daif BN di Sabah Posted: 02 Nov 2010 02:47 AM PDT Dari TV Selangor Pilihan Raya Kecil Batu Sapi membuka peluang kepada rakyat, media dan juga para pemimpin parti dan negara menilai sendiri pembangunan di kawasan ini. Dalam satu sidang media pagi tadi yang diadakan di Bilik Gerakan Utama PKR Bandar Ramai-Ramai di sini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pilihan raya ini merupakan satu kesempatan untuk rakyat melihat perbezaan sebenar pembangunan antara kawasan kaya dan kawasan miskin di sini. “Beberapa kawasan di Batu Sapi mewakili kawasan paling miskin di negara ini, oleh itu, komitmen kita dalam Pakatan Rakyat ialah merubah pendekatan dan dasar pembangunan pusat,” jelas beliau. Beliau juga menyuarakan kegembiraan kerana dapat menonjolkan seorang calon yang cukup lantang, Ansari Abdullah, seorang peguam yang mampu membela nasib warga tempatan di sini dan tidak diselubungi apa-apa kontroversi selain isu remeh yang dibangkitkan oleh para penceramah Umno-Barisan Nasional(BN) berkenaan Ansari jatuh ke laut. “Dia dah bagi penjelasan bahawa bukan dia jatuh, jeti yang jatuh. Saya semalam pergi kampung, jalan tu memang dah lama, tinggal ronggeng, terpaksa ronggeng untuk masuk laluan ini. “Memalukan, memang memalukan pimpinan negeri Sabah dan Malaysia bila rakyat dilayan begitu rupa,” tegas beliau. Katanya lagi, penduduk di kampung-kampung pedalaman Batu Sapi yang sememangnya miskin diberi layanan oleh kerajaan Umno-BN seolah-olah mereka ini rakyat kelas ketiga. “Sudah miskin tetapi masih ditekan begitu rupa juga hanya kerana RM50 di saat akhir yang dijanjikan,” kata beliau lagi. | Program DSAI DiPRK Batu Sapi,2 Nov 2010 Posted: 02 Nov 2010 02:41 AM PDT Selasa 7.30 mlm- Jamuan Makan Malam di Restoran Kenalanmu Seafood.Batu 4 Jalan Utara, depan Bandar Indah. 8.30 mlm- kG.Istimewa Tengah,Rumah En. Malik. 9.30mlm- Kg.Bahagia,Rumah En.Zain | Warga Batu Sapi Perlukan Pembelaan Posted: 01 Nov 2010 07:37 PM PDT Hal yang amat memprihatinkan adalah tahap kemiskinan ketara di kalangan ribuan keluarga di Batu Sapi dan kawasan sekitar Sandakan. Hasil balak dan royalti minyak mencecah berbilion ringgt. Namun di Kampung Gas, Kampung Bukara, Kampung Forest dan Pulau Singa yang kami lawati mempamerkan kehidupan merempat yang sungguh menyayat hati. Sebentar tadi kami singgah di pasar BDC – luar biasa daif! Peniaga kecil Muslim mencari nafkah hidup tanpa sebarang prasarana dan pembelaan. Pemimpin UMNO yang sering melalak sebagai jaguh pembela Melayu perlu membeliak mata menyaksikan penganiayaan masyarakat yang dipinggirkan olih pemimpin mereka sendiri. Kami sekadar menjelaskan dan mendoakan agar rakyat insaf dengan menolak keangkuhan dan rasuah BN. Saudara Ansari Abdullah diharap akan mendapat dukungan rakyat agar suara mereka akan dikumandangkan di Parlimen dan di seluruh negara. ANWAR IBRAHIM Batu Sapi, 1 November 2010 | |
Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan Posted: 02 Nov 2010 03:30 PM PDT Rosmah telah melanggar protokol kerajaan Posted: 02 Nov 2010 04:01 AM PDT SANDAKAN 2 Nov - Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong membidas tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang membaca ucapan Datuk Seri Najib Razak bagi pihak kerajaan Malaysia di majlis sambutan perayaan Deepavali peringkat nasional. Dr Tan menegaskan perbuatan Rosmah telah melanggar protokol kerajaan dan membelakangkan Kabinet Malaysia seterusnya urusan pentadbiran kerajaan yang bukan dalam bidang tugasnya sebagai seorang isteri pemimpin negara. "Ini adalah majlis rasmi kerajaan Malaysia peringkat kebangsaan mengapa Rosmah masuk campur? Mengapa Najib membenarkan isterinya membaca ucapan rasminya pada satu majlis rasmi anjuran kerajaan. "Semasa saya dalam kerajaan, jawapan di Parlimen umpamanya hanya boleh di jawab oleh Menteri, kalau Menteri tidak ada tugas itu diberi kepada Timbalan Menteri atau pun Setiausaha Parlimen. "Kita faham Najib tidak sihat tetapi mengapa tidak diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin atau Menteri Kanan. Oleh kerana ini perayaan Deepavali sepatutnya diwakili oleh Datuk Dr S Subramaniam bukannya hantar Rosmah yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan. Justeru Dr Tan yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat menasihati Rosmah supaya sedar akan kedudukan beliau sebagai hanya isteri Perdana Menteri dan jangan memandai-mandai berlagak seolah-olah wakil rasmi Perdana Menteri. "Sekarang ini sahlah apa yang dikatakan oleh rakyat sejak Najib memegang jawatan, sebenarnya Rosmah yang menjadi 'Perdana Menteri" dan bukannya Najib. "Amat malang bagi seorang Perdana Menteri daripada Umno yang takutkan isterinya," kata beliau lagi. Rosmah dibidas kerana dilihat gilakan kuasa membaca ucapan Perdana Menteri di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield Ahad lalu. sumber: suarakeadilan | |
Wee Choo Keong Posted: 02 Nov 2010 03:16 PM PDT The net profit for ASTRO as at 31-01-2010 was RM689 million! Posted: 02 Nov 2010 04:00 AM PDT None of the questions posed by me here regarding the monopoly by Astro regarding Pay TV when I was debating the 2011 Budget debate last week have been answered. We all know that Astro is a monopoly in the Pay TV industry and there was no or very little control over it. So far we [...] | Only 123,000 units of netbook computers were given out Posted: 01 Nov 2010 10:09 PM PDT YB Datuk Joseph Sallang Gandum, the Deputy Minister of Ministry of Information, Multimedia & Culture, Culture informed Parliament in his reply as follows: First phase 8 companies were involved in the supplying of 123,000 units of notebook computers. The 8 companies were appointed by way direct negotiation! The names of the 8 comapnies (names not [...] | |
Angkatan Muda Keadilan Melaka Posted: 02 Nov 2010 03:15 PM PDT |
Wee Choo Keong Posted: 02 Nov 2010 01:02 PM PDT The net profit for ASTRO as at 31-01-2010 was RM689 million! Posted: 02 Nov 2010 04:00 AM PDT None of the questions posed by me here regarding the monopoly by Astro regarding Pay TV when I was debating the 2011 Budget debate last week have been answered. We all know that Astro is a monopoly in the Pay TV industry and there was no or very little control over it. So far we [...] | Only 123,000 units of netbook computers were given out Posted: 01 Nov 2010 10:09 PM PDT YB Datuk Joseph Sallang Gandum, the Deputy Minister of Ministry of Information, Multimedia & Culture, Culture informed Parliament in his reply as follows: First phase 8 companies were involved in the supplying of 123,000 units of notebook computers. The 8 companies were appointed by way direct negotiation! The names of the 8 comapnies (names not [...] | |
BULETIN RAKYAT Posted: 02 Nov 2010 11:25 AM PDT Aktivis reformasi desak JPP PKR dikaji semula - beri impak negatif kepada parti Posted: 02 Nov 2010 12:41 AM PDT Aktivis Reformasi menyatakan kekesalan tentang kesalahan maklumat dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang berlaku hari ini, yang telah menimbulkan kekeliruan berhubung pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010. Aktivis Reformasi merasakan apa yang berlaku hari ini selepas rentetan demi rentekan isu teknikal yang berlaku sebelum ini menunjukkan kelemahan ketara Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) dan pihak Sekretariat Ibu Pejabat sebagai pengendali pemilihan Parti 2010. Kesilapan melaporkan keputusan pemilihan Parti bagi jawatan Timbalan Presiden antara YB Azmin Ali dan Dato' Zaid Ibrahim memperlihatkan kelemahan kedua-dua badan tersebut. Perkara ini berlaku apabila Timbalan Setiausaha Agung Parti, Puan Syarifah Shahidah pagi tadi melalui akaun twitternya telah mengeluarkan keputusan yang menggambarkan bahawa Dato' Zaid Ibrahim sedang mendahului YB Azmin Ali dan disiarkan sebagai keputusan rasmi dalam kolum rasmi pemilihan 2010 di website Parti. Ini menyebabkan media dan portal internet melaporkan bahawa Dato' Zaid kekal mendahului undi Timbalan Presiden selepas hari ketiga. Namun apa yang berlaku setelah menyedari kesilapan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution telah memberikan angka yang sebenar iaitu YB Azmin mendahului undi bagi jawatan Timbalan Presiden. Kami melihat kelemahan kedua-dua badan tersebut adalah pada perkara paling asas mengumumkan keputusan pemilihan. Hal ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi YB Azmin Ali dan juga bagi pihak Dato' Zaid Ibrahim yang sedang merebut jawatan nombor dua Parti. Dan ianya juga memberi kesan psikologi dan mental kepada para penyokong kedua-dua pemimpin utama yang giat berkempen di bawah. Kesilapan demi kesilapan teknikal yang berlaku disebabkan JK Pemilihan Pusat dan Sekretariat Ibu Pejabat Parti telah memberi impak yang negatif, imej buruk yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan Parti untuk mentadbir negara. Akan lebih malang lagi jika rakan Parti Pakatan Rakyat PAS dan DAP mula hilang keyakinan kepada kemampuan Parti untuk bersama Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami mendesak Pimpinan Parti, khususnya Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil perhatian pandangan aktivis reformasi. Kita mengkritik kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak adil dan telus, dan sepatutnya kita memberi contoh kepada SPR bagaimana hendak mengendalikan pilihanraya dengan adil dan telus. Pimpinan Parti mesti mengambil langkah segera berhubung perkara ini, jangan sampai kita diberi pepatah "Seperti ayam yang berkokok berdegar-degar tetapi ekor penuh tahi".
Salam reformasi. Emel: dari Salam Reform | KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR 2010 SELEPAS 68 CABANG BERMESYUARAT, ZAID BERSAING HEBAT DENGAN AZMIN, MUSTAFFA KAMIL AYUB MENYUSUR BELAKANG Posted: 02 Nov 2010 12:17 AM PDT KUALA LUMPUR 1 Nov. - Keputusan pemilihan kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menunjukkan Naib Presiden, Azmin Ali berada di hadapan dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden parti itu. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, Azmin mendahului dengan 522 undi apabila mendapat 3,051 undi berbanding Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (2,529 undi). Seorang lagi calon yang juga timbalan presiden parti, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,149 undi. Keputusan yang diumumkan beliau berbeza dengan apa yang tertera pada laman web rasmi PKR, http://keadilanrakyat.org dan laman Twitter Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman pagi ini yang menyiarkan keputusan Zaid mendahului dengan 632 undi. Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu tidak dapat lagi diakses mulai tengah hari ini. Menurut Saifuddin Nasution, kesilapan itu berlaku ketika proses memasukkan data ke laman web berkenaan. Berdasarkan keputusan laman web yang disiarkan pagi ini, Zaid mendapat 3,683 undi berbanding Azmin (3,051 undi) dan Mustaffa Kamil (1,271 undi). Sebanyak 68 cabang selesai mengadakan pengundian yang berlangsung sejak Jumaat lalu sehingga semalam. Pengundian pemilihan pusat itu berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk peratusan keluar mengundi yang rendah antara sembilan hingga 20 peratus sahaja. Pemilihan membabitkan 222 cabang PKR yang diadakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad akan berakhir pada 21 November ini sebelum diikuti Kongres Nasional Tahunan PKR pada 27 dan 28 November ini di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, tiada sebarang kesilapan proses memasuk data ke laman web PKR bagi pertandingan merebut empat kerusi naib presiden yang menyaksikan 17 calon bertanding. Keputusan rasmi seperti yang disiarkan dalam laman web itu menunjukkan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua mendahului pencabar terdekatnya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan 78 undi. Beliau mendapat 3,621 undi manakala Nurul Izzah (3,543 undi) dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (2,895 undi). Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman pula memperolehi 2,852 undi diikuti Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan (2,080 undi); Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar (1,679 undi); Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa (1,553 undi); R. Suresh Kumar (1,237 undi) dan Yahya Sahri (1,178 undi). Pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian memperoleh 659 undi; calon PKR di Batu Sapi, Ansari Abdullah (646 undi); bekas Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong (626 undi); Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff (615 undi); Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam (492 undi); Pengerusi PKR Sarawak, Dominique Ng (284 undi); Setiausaha PKR Johor, Saiman Marjuki (166 undi) dan Ketua PKR Cabang Papar, James Ghani (106 undi). Bagi kerusi Ketua Wanita PKR, penyandangnya, Zuraida Kamaruddin mendapat 1,160 undi mengatasi dua pencabarnya, Animah Ferrar (408 undi) dan Suraya Sudin (403 undi). Bagi pemilihan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin memperoleh 1,133 undi, mendahului 104 undi berbanding penyandang jawatan itu, Shamsul Iskandar Md. Akin (1,029 undi). | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 02 Nov 2010 11:03 AM PDT Kereta langgar sikit dah terbakar, RON 95? Posted: 02 Nov 2010 02:36 AM PDT LAGI CERITA KERETA TEBAKAR: DIDATANGKAN KHAS DARI SARAWAK UNTUK KITA RENUNGKAN BOLEH dikatakan hampir setiap hari ada sahaja kereta terbakar! Ini kejadian baru berlaku kira-kira jam 7 pagi semalam, di Batu 14, Jalan Kuching Serian di Sarawak. MyVi disondol tak datangkan kudis. Tapi Naza Sutera boleh terbakar. Renung-renungkanlah. Rentung. Kemalangan tak besar mana pun, tapi habis Naza Sutera terbakar. Ada faktor lainkah? Sebuah kereta jenis Naza Sutera dipandu seorang wanita 20-an secara tidak sengaja terlanggar bahagian belakang kereta jenis MyVi yang dipandu juga oleh seorang wanita. Mengikut logik, kemalangan yang dikasifikasikan sebagai 'geselan' itu tidak memberi impak yang besar kepada kedua-dua kenderaan terbabit. Bagaimanapun, ada yang kurang logik dan sukar dipercayai berlaku apabila pemandu Naza Sutera itu turun dari keretanya untuk berbincang dengan pemilik MyVi yang disondolnya dan melihat lebih dekat kesan pada kereta berkenaan. Namun belum sempat kedua-duanya berbincang, enjin kereta Naza Sutera mengeluarkan bunyi 'lain macam' dan sekelip mata api menyambar memusnahkan kereta berkenaan. Pemilik Naza Sutera itu dibawa menaiki MyVi yang disondolnya ke tempat lebih selamat sebaik sahaja kebakaran itu berlaku. Ini yang perlu kita renungkan. Kenapa kebelakangan ini sering sangat kebakaran kenderaan berlaku. Malah dalam kes kemalangan yang bergesel itu pun, kereta terbabit boleh rentung dan musnah. Salahkah kalau kita memohon pihak berkuasa menjalankan semula ujian keselamatan terhadap minyak Ron95? Salahkah kalau kita sendiri mula mencurigai sesuatu yang tidak kena? (Dipetik dari SUD) Gambar kereta tersebut di http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/lagi-cerita-kereta-tebakar-didatangkan.html | Adakah kita mengundang Bala Tsunami di Port Dickson? Posted: 02 Nov 2010 02:35 AM PDT Dari Blog Singalautmetro. PORT DICKSON BANDAR HAB HIBURAN BERDADAH, BUKAN LAGI BANDAR TENTERA MAHU atau tidak, malu atau tidak kita kena menerima hakikat, Port Dickson semakin laju dan maju menjadi bandar hab berdadah (istilah untuk lokasi pesta hiburan mentedarah dadah) berbanding mahu dilihat sebagai bandar tentera, seperti diungkap pada kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang dulu. Semakin banyak kes kumpulan berpesta dadah dikesan menjadikan hotel dan rumah penginapan di sekitar bandar itu. Terbaru awal pagi tadi apabila sekumpulan 17 orang ditahan kerana meracau dan lalok selepas berpesta dadah di dalam bilik sebuah hotel di bandar itu. Meriahnya pesta itu boleh dilihat daripada jumlah 9 wanita yang ditahan berbanding 8 lelaki. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baljeet Singh mengesahkan tangkapan itu. Menambahkan makna meriahnya pesta yang mereka adakan ialah dengan wujudnya gangguan sehingga menjejaskan keharmonian penghuni bilik hotel yang lain. Tangkapan pagi tadi bukan kali pertama dilaporkan. Sebelum ini media mewah dengan berita seumpama itu, termasuk juga berita khalwat dan zina. Maknanya, hotel dan rumah penginapan di Port Dickson adalah satu lokasi yang amat menarik keinginan orang luar untuk datang ke situ berpesta-pestaan. Pelancong atau pengunjung sudah menganggap Port Dickson bandar hab berdadah yang selamat dan murah! Kalau dilakukan operasi serentak ke atas setiap bilik di hotel di Port Dickson, tentu banyak lagi pesta serupa akan dapat dikesan. Percayalah! Apakah kegiatan berpesta dadah ini terutama yang berlaku pada malam minggu atau musim cuti akan terus dibenar dan didiamkan oleh kerajaan negeri, ketika laungan untuk menjadikan bandar itu sebagai bandar tentera semakin senyap pula laungannya. Satu ketika dulu Baitul Hilal yang menjadi tempat melihat anak bulan juga sering menjadi mangsa pesta maksiat dan dadah. Kini dengan meningkatnya bilangan hotel yang tegak bagai cendawan tumbuh, mampukah kita berdepan serangan penyakit sosial ini dan membendungnya agar tidak terus berleluasa? Cerita bandar hab berdadah ini hanyalah cerita di atas karpet yang boleh disapu. Tentang cerita di bawah karpetnya yang tersembunyi begitu banyak sub-gejala sosial seperti kegiatan menyewa bilik untuk melampiaskan nafsu oleh golongan muda pula, bagaimana? Bukalah mata kita. Bandar Port Dickson jangan terus dijadikan bandar bacang yang licin kulitnya tapi sarat dengan ulat di dalamnya! http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/port-dickson-bandar-hab-hiburan.htmlUtusan Malaysia 1 Nov 2010 Sembilan pasangan ditahan berhibur di bilik hotel PORT DICKSON 31 Okt. - Keghairahan sembilan pasangan anak muda berhibur di sebuah bilik hotel yang diubah menjadi kelab malam mini, tersentak apabila diserbu sepasukan polis di sini awal pagi tadi. Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 3.15 pagi itu dijalankan setelah polis menerima aduan bunyi bising daripada penghuni lain di hotel terbabit. Ketua Polis daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, berikutan itu, 18 orang berusia belasan tahun hingga awal 30-an ditahan. Katanya, pemeriksaan air kencing mendapati 17 daripada mereka positif menggunakan dadah. "Berdasarkan serbuan dilakukan kita tidak menemui dadah yang digunakan mereka ketika berhibur di bilik hotel itu namun polis kini sedang menyiasat sumber dadah itu diperoleh. "Dalam ujian air kencing itu, salah seorang daripada mereka dibebaskan selepas didapati negatif dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, siasatan awal mendapati kumpulan anak muda terbabit yang berasal dari luar negeri ini memasuki hotel berkenaan semalam. Difahamkan, ada di kalangan mereka yang ditahan itu adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, semua yang ditahan direman dua hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1)(a) kerana kesalahan memasukkan dadah di dalam badan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm | |
s Posted: 02 Nov 2010 09:32 AM PDT |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 02 Nov 2010 09:17 AM PDT GALAS...ANAK RANTAU PULANGLAHHHH... Posted: 02 Nov 2010 08:08 AM PDT Perang Galas menanti letupan akhir.. berbagai spekulasi terus bertiup. Siapa menang siapa kalah sangat memberi kesan kepada masa depan parti masing masing. Ia satu permulaan dan penanda aras untuk PRU 13.
Galas ialah kubu kuat umNO sejak beberapa musim. Parlimennya milik umNO selamanya sejak diwakili Tengku Razaleigh yang kini dipilih mengepalai jentera umNO. Umum mengakui pengaruh Tg Razaleigh sebagai anak raja dan MP yang lama sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada umNO. umNO Kelantan nampaknya sangat memahami bahawa kemenangan umNO lebih mudah jika Tg Razaleigh adalah jeneralnya sekalipun umNO pusat mencurigai peranan anak raja itu.
Namun Galas juga telah mula berwarna hijau sejak 2008 lalu. ADUN yang mewakili PAS telah menunjukkan teladan dan meninggalkan nama yang harum untuk generasi selepasnya memikul galas . Namun hakikat yang tak boleh ditolak ialah Galas kawasan pedalaman yang jauh dari sumber maklumat semasa . Ini tentunya memberi kelebihan kepada umNO dan kerajaan yang memiliki seluruh jentera penerangan pusat... sampai hadiah bank Agro yang tak de kene mengena dengan galas pun diserahkan di Galas.
Harapan PAS ialah terhadap anak rantau. Mereka berpendidikan. Mereka berpengaruh. Mereka punyai kelebihan dan kebijaksanaan membuat penilaian... namun apakah mereka melihat Galas dan PRK ini sesuatu yang penting??? TG Nik Aziz telah mengarahkan agar anak rantau Galas kembali untuk mengundi sekalipun dengan merangkak...Demikianlah pentingnya undi anak rantau. Mungkin bagi sebahagian orang menganggap prk ini tidak merubah apa apa, namun harus diingat bahawa ia adalah lonjakan kekuatan dan motivasi dan persediaan merintis jalan ke Putrajaya.Kelantan mungkin tidak akan mengalami apa apa perubahan ...namun jalan ke Putrajaya mungkin saja bermula di Galas... kalau tidak umNO tidak akan bermatian mencurah segalanya di Galas...malah sanggup menggadaikan dan menjilat kembali ludah mereka di kaki Tg Razaleigh demi kemenangan Galas..
Kebetulan bagi penduduk di luar Kelantan khususnya Kuala Lumpur, jumaaat adalah cuti Depavali. Cuti umum yang bersambung dengan hujung minggu. Mereka cuma perlu sehari untuk manafaat seminggu di Kampung halaman... ini peluang yang jarang datang. SPR boleh sahaja memilih jumaat cuti umum untuk pilihanraya, tetapi mereka tidak lakukannya atas sebab yang hanya mereka yang tahu...
Kalau warga kota boleh mengambil cuti untuk rumah terbuka, melancong, atau bersantai di rumah, tentu sahaja mereka bersedia untuk mendengar arahan seorang Tuan Guru, Menteri besar dan seorang pemimpin yang disayangi untuk pulang mengundi. Tak perlu Tuan Guru mengarahkan mereka ambil MC atau sebarang jalan untuk cuti... demi masa depan malaysia dan harapan rakyat seluruhnya.... mereka mesti pulang..Jangan jadikan kenaikan harga minyak 5 sen penghalang...malah jadikan ia satu isyarat protes buat umNO BN yang tak pernah pedulikan nasib rakyat... umNO mesti digulingkan!!! Pengundi di Galas adalah orang yang paling sesuai menyambut kenaikan harga minyak dan hub maksiat dengan undi protes.... buat seluruh pengundi GALAS di perantauan.. PULANGLAHHHHH UNDI ANDA DITAGIH OLEH PAS!!! UNDI ANDA MENGAJAR KESOMBONGAN umNO ... ANAK RANTAU ...PULANGLAH..... Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/ | BUKTI PIALA MALAYSIA BUKAN UMNO PUNYA Posted: 02 Nov 2010 05:02 AM PDT Ni bukti jelas lagi nyata bahawa Piala Malaysia bukan milik UMNO Kelantan tetapi milik 'sume' rakyat Kelantan... nanti pasti ada puak-puak UMNgOk yang jahil akan berkata... "tengok tue orang Pas conteng muka... mesti tak sembahyang"... jawapan kepada puak jahil nie..."KAWE MUSAFFIR... KAWE BOLEH BUAT SOLAT JAMAK TAKHIR".... Credit gambar kepada Kelab Penyokong Kelantan Apa pun steady la Tok Guru kerana turut support Kelantan malam tue... Sumber: http://dppwm.blogspot.com/ | Galas: 12 Orang Dengar Ceramah Umno-APCO? Kah Kah Kah... Posted: 02 Nov 2010 04:55 AM PDT Umno terdesak ganggu ceramah PASGara-gara ingin mengganggu-gugat program Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda, ceramah mini anjuran Umno yang diadakan di hadapan program terbabit di Sungai Terah dihalang SPR malam tadi. Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran tetangganya walaupun pengerusi majlis mendakwa kehadiran melebihi 50 orang. Kira-kira 10 minit tayangan filem Ketika Cina Bertasbih ditayangkan, ceramah mini Umno pun bermula dengan menggunakan pembesar suara yang lebih lantang berbanding program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu.
Bagaimanapun, tidak sampai setengah jam, ceramah yang hanya dihadiri 12 orang, termasuk enam orang Puteri Umno selebihnya anggota keluarga dan jiran terdekat terpaksa dihentikan dengan arahan SPR.
Tindakan itu dilakukan SPR memandangkan pihak terbabit tidak mempunyai permit sebagaimana yang ditetapkan.
Sepanjang ceramah itu berlangsung, golongan muda yang rata-ratanya terdiri dari pengundi 'bertakbir' beramai-ramai sewaktu pemimpin mereka berceramah yang kebanyakkannya menyelar pimpinan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.
Gangguan ceramah PAS sejak akhir-akhir ini berlaku hampir setiap malam apabila dianya diadakan di tempat yang sama dengan program PAS.
Pada malam sebelumnya kejadian yang serupa berlaku pada majlis ceramah PAS yang diadakan di Ladang Chin Tek.
Kejadian berlaku apabila majlis ceramah PAS disampaikan oleh Datuk Nasuruddin Daud, di mana Umno memasang karaoke dengan tujuan untuk mengganggu ceramah PAS. Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/ | GALAS : MARI LIHAT SIRI PEMBOHONGAN UMNgOk Posted: 02 Nov 2010 03:44 AM PDT | TAK SALAH MENIRU...YANG SALAHNYA TAK TAHU MALU... Posted: 02 Nov 2010 03:40 AM PDT Dr Zamry menyatakan bahawa Perak akan melaksanakan sistem dinar emas . Pendekatan itu dilihat sesuatu yang bercanggah dengan pendirian pusat yang menentang Kelantan apabila dinar emas dilancarkan...
Apapun tahniah le untuk Zamry kerana secara baiknya menurut jejak Kelantan...tapi yang heran nya dia kata bukan ikut Kelantan malah Perak dikatakan lebih dahulu dari segi perbincangan... betul ke??? Bile Zamry ni jadi Mneteri besar??? jangankan selepas pilihanraya 2008... selepas dirampas pada 2009...itupun dengan ehsa dan rampasan... Ditanya sama ada penyediaannya akan mengikut model yang diperkenalkan di Kelantan pada 12 Ogos lepas, Zambry berkata negeri itu akan menggunakan pendekatan yang berlainan. "Sebenarnya kita yang memulakan dahulu dari segi perbincangan dan juga proses, tetapi Kelantan telah memperkenalkannya terlebih dahulu, tetapi apa jua kerja baik tak apalah, mungkin kita akan gunakan pendekatan-pendekatan yang lain," katanya. sumberNak tergelak aku membacanya...tak sedar diri betul la mamat sorang ni... macam ni punye Menteri besar pun nak disokong lagi ke???tak habis habis menipu...tak tau malu plak tu... apapun... kalau ikut yang baik tu tak salah...tak payah malu... memang dah banyak pun kerajaan ikut apa yang PAS khususnya di Kelantan buat...PAS tak mintak royalti pun...yang baik tu ikut le... cuma jangan malu nak mengaku...
Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/ | PRK Galas : Puteri Reformasi Dan Pemimpin PR Terus Dekati Rakyat Posted: 02 Nov 2010 03:21 AM PDT Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turun padang hari ini bertemu rakyat di Pekan Baru Galas untuk memastikan sokongan berterusan kepada calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed. Menurut Puteri Reformasi itu, komitmen daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah berbelah-bahagi kepada rakan seperjuangan menuntut perubahan justeru membantu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Nik Aziz. "Ini penting kerana di peringkat negeri Kelantan kita perlu memastikan konsisten perubahan itu dengan pengukuhan kepimpinan Nik Aziz. Jadi saya fikir setakat ini sokongan yang diberikan amat memberansangkan dan kalau pergi, kita pergi bersama. Ada wakil dari kaum Cina, India dan Melayu memudahkan hubungan dan pertuturan dengan penduduk setempat," jelas beliau kepada krew TV Selangor. Turut bersama Izzah, Adun DAP Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ketua Keadilan Padang Terap, Senator Zamri Yusuf yang sama mendekati rakyat di kawassan ini. Izzah turut memuji inisiatif PAS menawarkan RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi setelah mendapat nasihat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) namun sebaliknya berlaku di kalangan parti Umno-BN. Kata beliau lagi, kemenangan majoriti besar adalah kuasa mutlak menentukan kejayaan PAS di Gua Musang justeru tidak perlu gusar dengan taktik serangan tipu helah pemimpin-pemimpin Umno-BN. "Sekarang ini kita berhadapan dengan masalah pengundi luar yang mungkin tidak dapat pulang jadi kadar peratusan yang pulang itu amat penting memastikan PAS menang. "Saya sangat optimis dan pada masa yang sama kita perlu pastikan majoriti untuk PAS itu besar supaya kalau ada tipu helah sekalipun dapat dikurangkan, Insyallah," ujar Izzah. Respon masyarakat di sekitar Galas rata-rata bersenang hati dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bertemu penduduk tatkala pilihanraya kecil 4 November ini. Menurut Bahagian Penerangan PAS Galas, ceramah perdana yang akan berlangsung di padang bola Pekan Baru jam 9 malam ini akan menyaksikan gabungan pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Hadri yaziz | Tuan Guru Nik Aziz Islamkan 3 Orang Asal Posted: 02 Nov 2010 03:12 AM PDT LOJING,2 Nov - "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam. Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai. Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu. Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau. Calon PAS yang merupakan seorang doktor, sempat memberi penerangan ringkas mengenai bahaya penyakit stroke dan darah tinggi. | BRAVO AZMIN, CHEGU BARD !! Posted: 02 Nov 2010 12:05 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BRAVO Azmin !! Hari ketiga menyaksikan Azmin mendahului Zaid Ibrahim di dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Aku tidak peduli apa yang KJ Ketua Pemuda Umno sebut, kurangnya ahli PKR hadir mengundi sebagai bukti PKR akan runtuh. Sebabnya, aku dah jemu dengar cerita PKR akan runtuh semenjak mula-mula parti ini bertapak. Apa yang aku tengok dan terbukti semua lihat, yang mahu runtuh dan karam adalah Umno. Berbalik kepada pemilihan jawatan kedua tertinggi dalam PKR sekarang. Calon popular, Azmin pada ketika ini masih mendahului saingan terdekatnya Zaid. Kedua-duanya telah berkempen dengan berbagai cara, cuma yang boleh dipuji kedua-duanya tidak menggunakan kuasa `RM' (bukan Rosmah Mansor, tau!!). Ikut cerita, memang la ada kedua-duanya gunakan duit kununnya membeli undi. Kalau tanya penyokong Zaid, tentu Azmin yang gunakan duit. Begitulah sebaliknya jika ditanya pada penyokong Azmin. Apa yang pasti, tiada seorang pun berani bawa bukti ke pihak bertanggungjawab di dalam PKR untuk siasat dakwaan mereka. Justeru itu, kita anggap kedua-duanya bebas dari palitik wang yang sering menjadi amalan Umno itu. Kedua-dua tokoh tersebut memang hebat pada pandangan ahli-ahli PKR di akar umbi. Sdr Mustafa Kamil Ayub juga tokoh yang hebat malah dilihat lebih hebat dari Zaid Ibrahim kerana beliau bergelumang susah dan senang bersama parti. Beliau wujud ketika era reformasi lagi bukan ketika parti ini sudah menjadi kuat seperti sekarang. Tetapi, sedikit kekurangan yang ada pada Sdr Mustafa Kamil adalah kerana beliau gagal di Cabangnya sendiri. Tetapi itu bukan syarat untuk dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR, apatah lagi beliau dilihat tidak banyak kontroversi sepanjang kempen berjalan. Azmin Ali pula memang tokoh yang diharapkan boleh menggugat Umno di masa akan datang seandainya DS Anwar terkurung di dalam penjara. PKR memerlukan tokoh seperti Azmin yang boleh menaikkan semangat, berani dan teruji di dalam menghadapi gelombang reformasi alaf baru nanti. Tentu sekali Umno tidak mahu melihat Azmin berada di kerusi nombor dua, apatah lagi di sayap AMK pula Chegu Bard hampir pasti menjadi Penerajunya. Kedua-dua tokoh ini berkeupayaan membangkitkan semangat rakyat untuk terus menghumban Umno/Bn dari tampuk kekuasaan mereka sekarang. Sehubungan itu, tidak hairanlah media-media kepunyaan Umno dan kerajaan sekarang sentiasa mencari jalan untuk memburukkan imej Azmin. Bagi mereka Azmin adalah bayang-bayang kepada DS Anwar. Kita tidak melihat Azmin bertanding di bawah pengaruh DS Anwar, tetapi jika mereka menyebut Azmin adalah bayang-bayang DS Anwar, kita mungkin boleh menerimanya. Apa pun keputusan pemilihan nanti, setiap penyokong wajib menghormatinya. Jangan dicari kelemahan sebesar hama tetapi tidak melihat kebaikan sebesar gajah. PKR bukan parti para Malaikat, begitu juga pemimpinnya. Pemilihan yang julung kalinya berasaskan `satu kepala, satu undi' yang diperkenalkan oleh parti ini sudah tentunya mempunyai beberapa kelemahan. Menjadi kewajipan pihak berkenaan di dalam parti untuk memperbaikinya agar di masa akan datang, segala masalah yang timbul akan dapat dikurangkan. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan