Rabu, 10 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 10 Nov 2010 09:38 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PAS MUAR BANTU MANGSA RIBUT

Posted: 10 Nov 2010 03:06 AM PST

Pas terus optimis bantu mangsa ribut


JALAN JUNID – Pas Kawasan Muar terus optimis menabur bakti dengan membantu dan mendekati masyarakat setempat terutamanya mereka yang ditimpa kesusahan.

Terbaru, mereka menziarahi sebuah keluarga yang menjadi mangsa ribut sehingga mengakibatkan kedai makan milik mangsa mengalami kerosakan teruk rentetan daripada kejadian tersebut.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Mohd Lajat menyampaikan sumbangan wang kepada keluarga itu bagi meringankan beban mereka dalam usaha meneruskan agenda membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan.

"Kami sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat dalam kesusahan sama ada melalui sumbangan dalam bentuk tenaga mahupun wang ringgit.

"Bantuan diberikan ini membuktikan kam sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan seterusnya mengurangkan jurang antara pemimpin dengan rakyat," katanya kepada Sinar Harian.

Menariknya, kunjungan itu turut disertai kira-kira lima ahli Unit Amal Pas Kawasan Muar bagi membantu membersihkan bumbung kedai yang tercabut dipukul ribut.

Sementara itu, mangsa ribut, Abd Rauf Abd Rahman berkata, dia terkejut melihat kepulan angin berpusing-pusing menghala ke kedai makan miliknya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu.

Menurutnya, ketika kejadian, terdapat empat pelanggan yang sedang menikmati hidangan.

"Semasa kejadian, keadaan kucar kacir dan peralatan seperti pinggan mangkuk bertaburan.

"Saya sangat bersyukur kerana tiada pelanggan yang cedera dan kerugian dianggarkan sebanyak RM 10,000," katanya.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8387966.asp


PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Nov 2010 09:34 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Penduduk kesal padang permainan tidak diselenggara

Posted: 10 Nov 2010 06:37 PM PST


Kelihatan padang bola sepak yang tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan di Desa Permai Serting Tengah, Jempol.
-------------------------------
Utusan Malaysia 11 Nov 2010

JEMPOL 10 Nov. - Rata-rata penduduk di sekitar Desa Permai Serting Tengah dekat sini, melahirkan rasa kecewa apabila kerja pembersihan di sebuah padang permainan di kawasan berkenaan terus diabaikan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan padang berkenaan amat daif dari aspek kebersihan sehingga mampu mencemarkan pemandangan dan imej bagi kawasan perumahan berhampiran.

Ketua Kampung kawasan terbabit, A. Rahman Ludin berkata, masalah padang yang tidak diselenggarakan dengan baik itu amat menyakitkan mata penduduk di situ, selain dikhuatiri mampu mengundang kepada masalah lain seperti menjadi tempat pembiakan ular berbisa atau nyamuk.

"Pada awalnya, kami tidak menghadapi sebarang masalah apabila kerja pembersihan dilakukan Majlis Daerah Jempol (MDJL).

"Sejak MDJL menswastakan kerja pembersihan kepada SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), masalah ini mula timbul. Rumput di padang tidak lagi diselenggara dengan baik," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan itu, rumput mula tumbuh meliar sehingga menyebabkan kawasan tersebut bertukar menjadi lalang dan semak.

"Paling merugikan apabila penduduk khususnya kanak-kanak tidak dapat menggunakan kemudahan padang tersebut untuk beriadah atau pun bersukan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan kawasan tersebut, Ramli Hussin, 55, berkata, masalah tersebut dapat diselesaikan segera oleh pihak terbabit.

"Jika ada aktiviti, kami terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi tujuan membersihkan padang ini.

"Baru-baru ini, SWM ada datang dan memotong rumput di padang. Namun ia tidak sempurna dan masih terdapat rumput yang panjang. Lebih menyedihkan, rumput yang di potong itu ditinggalkan begitu sahaja," katanya.

Katanya, masalah itu menyebabkan belia tidak dapat melakukan aktiviti bersukan di padang berkenaan.

"Macam mana hendak bersukan atau bermain bola sepak kalau padang dipenuhi lalang. Apabila rumput panjang, tiada siapa berani ke padang.

"Mereka bimbang dengan keadaan padang ini kerana ia mungkin mampu mengundang kemunculan bintang berbisa seperti ular di sekitar padang yang dipenuhi semak ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia

Posted: 09 Nov 2010 10:24 PM PST

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur.

Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).

Negeri yang paling tinggir kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur.

Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.

Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.

"Teringat saya kepada komen member saya, Topeng Perak satu masa dahulu. Beliau kata beliau pulang ke Kelantan tak sampai 2 minggu dah dapat kerja. Teman baik beliau, si Aduka Taruna, dalam kena hambat dengan polis pun boleh dapat kerja," tulis Abdul Rahman yang menggunakan nama penanya, Tulang Besi.

Tulisnya, negeri yang tidak mementingkan projek-projek gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya kerajaan Kelantan telah menjalankan projek-projek yang membantu peniaga-peniaga kecil dan sederahana.

"Kesannya, peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Kelantan mampu mengambil ramai pekerja menyebabkan kadar kemiskinan Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia. Projek-projek membantu kroni ditolak, tapi wang kerajaan negeri digunakan membantu rakyat yang majoritinya peniaga-peniaga kecil dan sederhana.

"Perkara yang sama kita lihat di Amerika sekarang ini. Didapati 90 peratus dari syarikat-syarikat yang mengambil pekerja baru di saat jatuhnya ekonomi Amerika adalah perniagaan yang bersifat kecil dan sederhana. Dikatakan peniaga-peniaga kecil dan sederhana inilah yang akan menyelamatkan ekonomi Amerika dari kehancurkan dan kemusnahan," tulis Rahman dalam Malaysian Wave.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29414:kadar-pengangguran-kelantan-paling-rendah-di-malaysia&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 10 Nov 2010 09:12 PM PST

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


Media suka berat sebelah..padan muka kena 'smash' dengan Ust. Azizan..

Posted: 10 Nov 2010 08:55 PM PST

11 November 2010

MB Smash Media Pencacai - "Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam"

"Cakap lain, tulis lain!"

ALOR SETAR - Menteri Be:sar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hilang sabar apabila Kerajaan Negeri terus didakwa bersikap lepas tangan dalam menangani isu banjir selain beliau sendiri dituduh tidak turun padang melawat mangsa.

Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.

"Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram," katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.

Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.

Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.

"Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menje-ngah mangsa, cuma wartawan tidak ikut," katanya.

Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.

Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.

"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.

Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.

Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.

"Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya," katanya.

Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.

Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.

Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: "Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."

"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam," katanya sambil berlalu pergi.

N.19 MTD PANCHING

Posted: 10 Nov 2010 07:47 PM PST

N.19 MTD PANCHING


Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis

Posted: 10 Nov 2010 05:36 PM PST

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.

DPPK PARIT

Posted: 10 Nov 2010 07:39 PM PST

DPPK PARIT


PERAK AKAN GUNA DINAR EMAS

Posted: 09 Nov 2010 11:41 PM PST

Hatta Ramli

Posted: 10 Nov 2010 07:24 PM PST

Hatta Ramli


PRK Dun Galas

Posted: 10 Nov 2010 12:00 AM PST





kegigihan seorang pejuang. Dr hatta ramli melawat barung2 merayu undi Pas...





Gambar pendaratan helikopter yang membawa peti undi di Post Orang asli...




sesuatu dibincangkan dgn YB Rohani,





muslimat perayu undi berehat setelah penat merayu undi..





kelihatan muslimin mencari tempat berteduh dari panas setelah penat merayu undi...

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 10 Nov 2010 03:29 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus


umat hari ini – sejenak ke dalam

Posted: 10 Nov 2010 08:49 AM PST

Salam Palestin, Sesekali, kita sayugia membenarkan apa yang kita keluhkan pada saat – saat tertentu bahawa memimpin kepada Islam yamg syumul atau negara Islam yang sifatnya tunduk kepada pengajaran al Quran dan qudwah al Rasul adalah cukup sukar dan meletihkan. Perjalanan menuju Allah memang sukar, sesukar yang digambarkan oleh nabi kita Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. [...]

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 10 Nov 2010 03:24 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Qurban Dun Kahang tukar tarikh

Posted: 10 Nov 2010 08:16 AM PST


Peserta qurban mendapat nasihat dari beberapa sahabat yang arif untuk menukar tarikh penyembelihan qurban PAS Kawasan Sembrong (Dun Kahang) dari hari sabtu 20 Nov 2010 /13 Zulhijjah 1431 yang sepatutnya masih termasuk dalam 3 hari tasyrik waktu penyembelihan qurban, minta di tukar hari Jumaat.

Walaupun agak ketat masa kerana solat jumaat tetapi itu lebih menyedapkan hati peserta qurban.

Masalah timbul bila kerajaan Saudi menetapkan tarikh wukuf pada 9 Zulhijjah itu pada hari Isnin, cepat satu hari maka Aidiladha jatuh pada hari selasa 10 Zulhijjah / 16 Nov 2010 sedangkan kerajaan Malaysia dan beberapa negara jiran tetapkan hari raya pada hari rabu 17 Nov 2010.

Bimbang hari sabtu dah tak termasuk hari berqurban dan akhirnya ibadah qurban menjadi sembelihan biasa saja. Bilakah agaknya pemimpin negara umat Islam akan bersatu...jauh sekali...nak tetapkan hari kebesaran Islam pun tak boleh, bertelagah sesama sendiri yang ada, patut regim yahudi laknatullah tak takut kepada kita...Wallahuaalam.

Usrah remaja dan mee kering memali

Posted: 10 Nov 2010 07:51 AM PST


Malam ni Usrah remaja masuk bab tafsir surah An-Nas dan hadis berbakti kepada kedua orang tua. Sdr Suhaiman Ketua Pemuda PAS Sembrong pun turut hadir. Jamuan air teh dan mee goreng basah. nyam-nyam...

Sebelum jadi mee goreng, mee tadi asalnya adalah mee kering yang macam bentuk persegi direndam dalam air panas selama 5 minit dan bolehlah dimasak menjadi mee goreng, mee hailam, mee rebus, mee bandung atau mee kari keluaran dari Kampung Memali, Kedah. ia memang sedap, halal dan tanpa asid borik yang merbahaya.

Makan-makan bukan masuk dalam silibus usrah tetapi antara kaedah yang paling ampuh untuk medekatkan hati-hati ahli usrah. Itu namanya seni dalam tarbiyah dan dakwah. Wallahuaalam.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 10 Nov 2010 03:21 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Ijtima' Tarbawi DPPKK 2010 - Melonjak Tarbiyyah Memimpin Kemenangan

Posted: 09 Nov 2010 09:26 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 10 Nov 2010 03:15 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR) BETAPA INDAHNYA HATI SULTAN MUHAMMAD KE V

Posted: 10 Nov 2010 01:28 AM PST

Betapa indahnya hati Sultan Muhammad ke V (sultan kesayanganku) bersama dengan Tengku Temonggong

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak."
(Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi di dalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169), Ad-Darimi di dalam Sunan-nya (1/98), Abu Dawud no. 3641, Ibnu Majah di dalam Muqaddimahnya dan dishahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Hibban.

FATWA HARUSSANI : TANPA NIAT MENGHALALKAN CARA

Posted: 10 Nov 2010 12:31 AM PST

Hari ini BH menyiarkan "fatwa" Mufti Perak berkaitan dengan dakwaan bahawa MB Perak terlibat dalam upacara syirik dan khurafat. Malangnya, hujah yang diutarakan oleh mufti ini sangat rapuh. Katanya, doa dan tolak tiang sahaja. Habis daun dan kain merah yang menyerupai tangkal itu mahu dipanggil apa oleh tuan mufti ini? Sedangkan tangkal itu sudah jelas bersifat syirik dan khurafat. Apa tujuan mereka meletakkan ancak pada tiang seri rumah itu? Bagaimana pula perlakuan MB ini merenjis-renjis pangkal tiang seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah ini?


Dalam berita di bawah ini, Harussani juga secara tidak langsung mendedahkan betapa jahilnya MB mahkamah yang disokongnya itu tentang agama. Katanya, "...Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik." Seorang MB Melayu Islam tidak tahu upacara ancak itu suatu perlakuan yang bersifat syirik dan khuarafat. Walhal seseorang itu tidak memerlukan PHD untuk mengetahui hukum agama tentang perbuatan yang ditegah oleh agama.


Saya petik:

[BH] IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.

Mengesahkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.

Katanya, selepas mendapat maklumat daripada Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak melakukan syirik dan khurafat kerana Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.

Bagaimanapun Zambry menjelaskan, beliau hanya menyempurnakan majlis berkenaan yang diatur penduduk dan menempelak Pemuda PAS Perak kerana mengambil kesempatan menggunakan agama untuk kepentingan politik, walaupun program dihadirinya begitu murni iaitu membabitkan pembinaan rumah kepada pasangan orang kurang upaya (OKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari pada sidang medianya kelmarin turut menjelaskan majlis berkenaan bermula dengan doa dan diikuti tepung tawar seperti adat Melayu sejak zaman berzaman.

Zambry semasa upacara ancak di Kampung Guar Manong
 

KORANG NILAI LA SENDIRI....

MELAYU BAKAL PUPUS MENJELANG 2020???

Posted: 09 Nov 2010 07:14 PM PST

Bila kerajaan Kelantan  mengumumkan cuti bersalin sehingga 90 hari maka pening la kerajaan BN khusunya Shahrizat sehingga berbulan-bulan membuat kajian, NAK BAGI KE TAK NAK 90 HARI???

Maka ketika bajet 2011 yang dibacakan oleh Najib baru ni, memang ramai yang suka. Antaranya cuti bersalin sehingga 90 hari, seronok la wanita-wanita dan bertepuklah sidang dewan. Tapi  sebenarnya mereka telah ditipu kerana maksimum cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan ialah 300 hari, maksudnya lebih kurang untuk 3 orang anak sahaja cutinya dan anak ke-4 cuti berbaki 30 hari sahaja.


Dibandingkan sebelum ini, 300 hari tapi setiap kali bersalin cuti bersalin ialah sehingga 60 hari. Bermaksud cuti bersalin dahulu diberi sehingga anak ke lima.

Maka kerajaan untung ke atas 2 orang anak. Dengan kata lain, tak ada apa yang menguntungkan pun di pihak ibu-ibu. Kerana pada hari ke 60-90 tu aku tengok kakak-kakak aku yg pernah bersalin tu dah sihat dah, dah mampu bekerja. Atau, ada agenda tersirat mahu menggalakkan setiap keluarga mempunyai 3 orang anak? Majoriti kakitangan awam ialah Melayu, bila kurang anak.. maka kuranglah orang Melayu.. in the future, tiada lah majoritinya bila dah jumlah kita mempunyai anak yang sikit.

Mahu tepuk tangan gembira lagi?

Tapi kerajaan Kelantan tak pula limit maksimumkan 300 hari tu sepanjang tempoh perkhidmatan.

BENARKAH ZAID BUKAN PEJUANG SEBENAR???

Posted: 09 Nov 2010 04:52 PM PST

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bukan pejuang sebenar, kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Mansor Othman (gambar).


Mansor yang bertanding bagi satu daripada empat jawatan naib presiden berkata Zaid tidak dapat menangani tekanan daripada anggota parti di peringkat akar umbi.

"Saya tidak fikir Zaid seorang pejuang sebenar kerana apabila beliau menghadapi tekanan, beliau menyerah kalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Semalam, Zaid dilaporkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dengan alasan pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.

Dalam kenyataannya semalam, Zaid juga mengumumkan beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (I) berkata, apabila Zaid mendapati bahawa peluangnya tipis untuk menang, beliau menarik diri.

"Beliau (Zaid) tidak menghadapi tekanan daripada pimpinan parti tetapi suara-suara akar umbi memberi petunjuk bahawa beliau mungkin kalah, jadi beliau menarik diri," katanya.

Mengenai dakwaan Zaid berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil, Mansor berkata jika ada, beliau sepatutnya membangkitkan perkara itu melalui saluran yang betul dan bukan melalui media.

"Kita sepatutnya tidak menggunakan media untuk menyerang parti, tetapi membawa isu berbangkit pada mesyuarat parti untuk penyelesaian," katanya.

Bagaimanapun, Mansor yang kecewa dengan keputusan Zaid, juga mengakui bahawa parti itu kini dalam dilema bagi menangani masalah anggota baru parti yang mencari kedudukan.

"Mereka masih baru di dalam parti dan apabila gagal dalam cubaan untuk mendapatkan jawatan dalam parti, mereka membenarkan diri mereka dikawal 'musuh' untuk menyerang parti," katanya. — Bernama

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 10 Nov 2010 01:36 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Penjelasan Isu Banjir oleh YAB Menteri Besar

Posted: 09 Nov 2010 07:29 PM PST

Ditulis oleh AMELIA HASHIM
Antara perkara yang disentuh oleh YAB Menteri Besar dalam wawancara oleh WARTA DARUL AMAN adalah seperti berikut:

- Kerajaan Negeri tidak gagal atasi masalah banjir

- Mengapa kelam kabut di peringkat awal?

- Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri bertungkus lumus, Muhyidin nak tuduh kita berlepas tangan?

- Kalau mahu maklumat datang Bilik Gerakan Banjir Negeri, bukan kutip dari Umno tepi jalan

- Kerajaan tempatan perlu kaji semula kelulusan Double Tracking Gamuda

- Pegawai Kerajaan Negeri 'boikot' lawatan TPM



Berikut adalah transkrip penuh penjelasannya:

Untuk makluman Kerajaan Negeri sudah menyalurkan bantuan pada hari pertama banjir dengan mengambil tindakan segera di mana kita memberi fokus tiga perkara dalam mengendalikan mangsa banjir dari segi penempatan mangsa iaitu Pengarah Operasi Peringkat Negeri ialah Setiausaha Kerajaan, Peringkat Daerah ialah Pegawai Daerah dan Penempatan ialah Penghulu-Penghulu Mukim.

Kita mengkoordinasi dengan semua agensi kerajaan termasuklah pihak PDRM, ATM, Bomba dan Penyelamat dengan Pertahanan Awam, Pasukan Relawan, JKR, perubatan dengan semua sekali serentak naik. Itu operasi kita dari hari pertama kita menghadapi banjir dan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan bekalan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semua penempatan peringkat awal ditanggung oleh Kerajaan Negeri sehingga pihak lain datang memberi bantuan termasuklah NGO dalam negeri dan luar Kedah. Pada peringkat awal sehingga hari ini pun memang Kerajaan Negeri sediakan peruntukan dan semua tu disalur melalui Pejabat Daerah.



Bagaimanapun pada peringkat awal memang kita hadapi sedikit masalah kerana air naik cepat dan kita bertindak berdasar kepada nasihat dari pihak agensi tertentu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, PDRM dan dan beberapa agensi lain seperti Bomba dan seumpamanya.

Tentang kejadian banjir kali ini air naik dengan pantas di tempat-tempat rendah dan bahaya. Berdasarkan maklumat inilah, kita sediakan tempat pemindahan. Keduanya kita maklumkan kepada penduduk supaya meninggalkan rumah mereka supaya datang ke tempat pemindahan

Bagi yang dapat menerima nasihat tapi terdapat juga yang masih berdegil tidak mahu berpindah. Mereka ini masih berat hendak meninggalkan rumah dan akhirnya air naik tinggi terpaksa juga berpindah. Dalam keadaan seperti ini beberapa masalah timbul bagi anggota penyelamat menjalankan tugas. Jalanraya sudah terputus. Jalan raya menjadi sungai kenderaan tidak boleh dilalui, kenderaan ringan tidak boleh pergi kenderaan beratpun tidak boleh sampai.

Maka kita kena pergi dengan motorbot Tentera atau Bomba. Tapi bila sampai separuh jalan tidak boleh pergi kerana tempat itu sudah tidak air. Di sebelah sana ada air jadi macam pulau. Jadi ini melambatkan. Itu yang mengatakan kita lambat memberi pertolongan. Kita memerlukan kerjasama dari semua penduduk. Kita nasihat. Tapi sudah usaha membantu. NGO dan orang ramai ikut membantu untuk bawa mereka yang terkandas.



Kemudian bila sampai ke tempat penempatan berlaku masalah lain pula. Kita buat persiapan untuk 3,000 tiba-tiba yang datang 4,000. Mulanya tidak mahu datang tetapi keadaan memaksa datang. Bila sampai kita hendak sediakan makan tengahari dan malam. Alhamdulillah semua nya kita dapat atasi dengan cepat. Ini masalah pada peringkat awal sahaja.

Akhirnya berlaku masalah bekalan elektrik terpotong. Air bersih tidak boleh dapat kerana air mentah ketika itu air tidak boleh dirawat lagi. Kita terpotong air bersih.

Pihak berkenaan tidak boleh pergi ke loji kerana jalanraya sudah jadi laut. Jadi dengan sebab itu kita terpaksa cari bantuan air. Ini kerana Sada tidak cukup lori dan peralatan. Dari sinilah terjadi sedikit masalah. Tapi selepas dua hari kita mendapat bantuan daripada Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Mereka hantar air bersih dan edar ke semua tempat penempatan dan hospital. Semua tangki berkerja 24 jam. Lebih 100 tangki di tempatkan di pusat-pusat pemindahan dan sekarang bila kebanyakan mangsa banjir pulang, mungkin mereka akan balik ke negeri mereka.



Di sinilah ada pihak-pihak tertentu kata kita tak buat kerja. Sebenarnya kita tidak gagal. Kita berjaya atasi masalah ini. Banjir satu kejadian yang tidak diduga. Tapi semua agensi Kerajaan Negeri dengan kerjasama dengan Kerajaan Pusat telah berjaya mengatasi masalah yang timbul dan bantuan dapat disalurkan seperti dijadualkan.

Ini yang kita buat. Makanan kita boleh masak tidak ada masalah. Makanan Kerajaan Negeri salurkan ke semua penempatan. Cumanya ada tempat-tempat yang lambat menerima kerana tak boleh keluar dia tak dapat makanan kita tak boleh hantar pasal jalanraya terputus. Itu saja. Sekarang ini masih kita menerima bantuan-bantuan dan kita meningkatkan peruntukan kita daripada RM 600 ribu kepada RM 2 juta bagi tujuan beri bantuan semasa mangsa berada di tempat pemindahan.

Selain itu kita menerima bantuan zakat sebanyak RM 500 ribu yang diserahkan oleh KDYMM Tuanku Sultan dan RM100 ribu sumbangan peribadi baginda.

Dakwaan Menteri Kebajikan Masyarakat yang menuduh kita hanya mengharap bantuan pusat adalah silap. Dia silap. Dia datang satu jam sahaja. Kita duduk 60 jam. Bagaimana dia boleh buat kenyataan tanpa datang ke Bilik Gerakan bencana Alam negeri. Dia tak hubungi pihak autoriti negeri. Bilik Gerakan utama negeri. Sama ada peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri atau pejabat Daerah. Dia hanya melawat tempat tertentu sambil mendengar laporan daripada Ketua Umno seorang dua.

Dia timbulkan mengenai kanak-kanak yang lemas. Itu kerana emak bapa dia tak jaga dia jatuh sungai. Itu kenyataannya. Kita kerja. Semua pegawai berjaga siang malam. Dia buat kenyataan sedap-sedap kononnya Kerajaan Negeri lepas tangan. Menteri itu dapat maklumat dari tepi jalan. Sepatutnya dia mai dengar di bilik Gerakan Negeri. Di situ ada Polis dan Tentera. Ada Jenderal yang duduk bersama kita. Ketua Polis, Ketua Bomba serta semua pengarah-pengarah berada bersama kita dalam Jawatankuasa Bencana Alam. Kenapa buat kenyataan yang tak cerdik.

Itu kenyataan politik. Hari ini (mereka dakwa) banjir disebabkan air datang dari Hatyaai. Itu tak betul. Kita cakap masalah banjir berdasar laporan dan kajian daripada pihak agensi yang terlibat. Agensi yang bertanggungjwab. Kepakarannya yang ada. Pengarah JPS dia tahu pergerakan air dan JKR kita dengar maklumat hari itu baru kita buat kenyataan.

Hujan bermula di Padang Terap bukan dari Hatyaai. Kemudian melimpah di Padang Terap dan tradisinya akan mengalir ke Daerah Pokok Sena. Dan mengalir ke Dehrang dari situ turun ke Wang Tepus, Jitra dari Dehrang turun ke Sungai Tajar dan akan pergi ke Sungai Haji Deris. Sebahagian pergi ke kawasan Pendang tapi tahun ini air tidak pergi ke kawasan Pendang. Tapi air pergi ke Dehrang terus Wang Tepus tembus sampai Changlon. Air memenuhi kawasan rendah di Jitra, Pekan Jitra barulah mengalir ke kawasan sebelah barat memenuhi Kubang Pasu, Pulau Kerengga, Pulau Timbul dan kawasan Tunjang, Megat Dewa dan kawasan sekitar Gunung

Daerah Pendang sikit sahaja. Masalah perjalanan air diganggu oleh landasan keretapi double tracking. Air tertumpu di Alor Setar. Landasan keretapi yang sedang dibina sepatutnya ada saluran yang lebih besar. Tapi saluran itu bilangan sikit dan kecil. Maka air lambat keluar memakan masa. Itulah sebabnya berlaku banjir di tempat-tempat yang tak pernah banjir rumah saya telah tenggelam kali ini. Ada yang sampai ke dada.

(Ada yang) Tinggal selama 20 tahun ada yang sudah 30 tahun tidak pernah banjir. Laporan pihak JPS mengatakan air tidak boleh bergerak kerana terhalang oleh landasan keretapi ini. JPS yang juga hak Kerajaan Pusat dan Krajaan Negeri. Pengarahnya Kerajaan Negeri yang bayar gaji walaupun dia pegawai persekutuan dia kerja di Kedah. Adakah TPM bercakap dengan Pengarah JPS atau Pegawai Mada?

Jadi kita sebut kita minta supaya jalan air yang sempit ini diperbesarkan. Kita panggil hari itu supaya (Gamuda) datang bincang. Petang baru datang dia mesyuarat dan dia setuju nak luaskan saluran air supaya mudah air mengalir ke laut. Dia memang korek hari itu. Kalau dia tak korek saya arahkan JPS buka saluran kepada orang awam. Bila dia buka saluran sekarang banjir cepat kering. Lepas buka (baru) kering. Memang saluran kecil.

Dalam hal ini dia kata dia rugi. Gangguan . Kenyataan KTM Berhad kata dia rugi. Ini cakap tak bertanggungjawab. Dia rugi kerana pentingkan keuntungan. Rakyat rugi dia tak sebut. Yang tak berniaga beratus juta punah wang habis. Rosak harta benda. Rakyat rugi ratusan juta. Terganggu kerja sampai sekarang. Kenapa tak cakap macam tu. Kenapa nak simpati dengan pihak Gamuda dan keretapi ini yang tak buat kerja dengan cara betul. Ini kerugian rakyat biasa yang setiap bulan kenak potong gaji bayar sewa rumah. Ada yang RM 700- 800 sebulan. Dapat gaji hanya hanya seribu atau lebih. Sekarang lepas banjir terpaksa baiki sana sini rumah rosak kerana tenggelam sampai lima hingga enam hari.

Ini tidak termasuk kemusnahan harta benda. Kenapa tak bercakap kerugian rakyat dia bercakap kerugian dia. Maka tak peliklah bila nanti rakyat akan saman dia lepas ni. Saya difahamkan rakyat akan buat tuntutan di mahkamah. Biar mahkamah putuskan air daripada mana. Kesilapan (dipihak) dia, memanglah banjir kerana hujan lebat. Landasan ini salah satu faktor yang menyebabkan lambat air nak turun.

Bila saya bercakap mula-mula pihak Keretapi Tanah Melayu menafikan. Bila petang pihak yang bina landasan iatu Gamuda datang baiki. Jadi dia dok ulang. Makna dia bercakap atas maklumat yang tak betul.

Saya bercakap fasal rakyat saya. Maka sebab itu saya arahkan semua kerajaan tempatan supaya kaji semula tentang kelulusan yang kita bagi kepada Gamuda tentang kelulusan landasan keretapi ini supaya disemak semula pesetujuan kita yang benarkan dulu. Ini kerana telah membebankan rakyat. Eesok ada mesyuarat saya akan arahkan semua PBT terlibat iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap supaya semak semula tentang kelulusan yang kita bagi ini. Kita tidak akan benarkan lagi sehingga mereka selesaikan masalah ini.

Pasca dari segi kerugian harta benda, rumah dan kereta. Keduanya kerosakan tanaman kita serahkan kepada pihak Mada. Memang Mada bertanggungjawab kerana yang ini kita tidka ada peruntukan. TPM akan minta senarai.

Pegawai dia bila datang Kedah tidak jumpa kita. Mai rumah kita kenalah tanya kita. Demokrasi dia laung-laungkan. Dia patut kena tanya saya. Maka sebab itu tak pelik tidak ada seorang pun pegawai Kerajaan Negeri pergi sambut dia di stadium. Yang ada cuma seorang iatu Pengurus Stadium. Ini kerana dia hendak dengar ucapan Umno bukan laporan Kerajaan Negeri.

Sepatutnya sebagai Negeri Persekutuan dia kena datang jumpa saya atau hubungi Kerajaan Negeri. Saya hubungi Menteri Besar negeri lain minta tolong. Kerana kami tak cukup peralatan. Minta lori air dari Perak, Selangor bawa lori air. Air kita ada di paip-paip yang kita telah baiki tapi kita tidak ada tangki. Yang ada tidak cukup. Terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Kerajaan Pusat ada duit banyak dia datang tolong. Kerajaan negeri tidak ada duit. Tapi tak payah ajar kita. Kita tahu apa nak buat. Dia mengatakan kita sensasikan cerita. Kita bagi bantuan tak tanyapun dia orang tu Umno atau Pas. Peruntukan diambil dari Kerajaan Negeri. Itu saja.

Saya tak tunggu bantuan Kerajaan Pusat. Sekalipun saya tak minta. Siapa kata saya minta?Sapa kata saya lepas tangan? Tan Sri Mahyudin kata saya lepas. Pernahkah pejabat saya hantar surat ke Kuala Lumpur minta selesaikan masalah. Tak ada. Saya cuna merayu NGO. Kalau berlaku gempa bumi di Pakistan, di Afghanistan dan Indonesia berduyun-duyun pergi tolong di sana. Kenapa tidak tolong rakyat di Kedah yang ditimpa bencana. Itu saja itu saya minta kepada NGO. Saya tak pernah tulis surat kepada PM tolong sat saya. Saya tak pernah tulis surat kepada Shahrizat mai sat tolong saya. Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa.

Saya sangat simpati dengan penduduk yang terkena banjir. Tempat pertama saya pergi di Padang terap. Semua pusat pemindahan saya pergi. Masjidnya, surau dan sekolah. Saya beramah mesra dengan mereka. Saya pergi Bilik Gerakan. Mereka yang bertugas gembira saya datang. Kanak-kanak nampak saya datang bersalaman. Kanak-kanak biasalah tetap gembira Cuma ibu dan bapa nampak runsing. Masa itu kita sediakan keperluan makan minum, selimut. Masalah makanan lambat siap dan tidak cukup bantal dan selimut adalah.

Tempat lain begitu juga. Alhamdulilah. Mereka nampaknya tenang. Layanan dari kita begitu baik dan para sukarelawan menolong mereka. Kadang-kadang makanan lambat. Itu biasalah kerana hendak siapkan makanan dengan jumlah yang banyak. Nak masak, nak bungkus sedikit terlambat pada hari pertama.

Ada yang pindah ke sekolah. Di Jitra ada yang pindah ke sekolah ingatkan selamat tiba-tiba malam air naik terpaksa pindah pula. Jadi terpaksa gunakan jentera-jentera kenderaan berat. Saya menghargai semua jasa dan kerjasama pegawai-pegawai kerajaan negeri. Saya waktu siang keluar pukul 4 petang balik 11 malam. Keluar 10 pagi balik petang. Malam pergi pula. Saya pindah dari satu Bilik Gerakan ke satu Bilik Gerakan saya hubungi Setiausaha Kerajaan dan DO-DO apa yang diperlukan atau ada apa kekurangan. Semua cukup tapi kita standby arah keluarkan duit Kerajaan Negeri.

Pelik juga tang mana saya lepas tangan. Itu political statement tapi pihak BN mengeksploit untuk kepentingan politik.

Mereka pasang bendera BN di stadium Sultan Abdul Halim tunggu TPM turun. Makanya itu lebih mencari publisiti daripada untuk kemanusian. Saya pergi tak bawa bendera Pas tak bawa bendera Kedah. Saya pergi nak jumpa bertanya khabar ada pihak Umno sendiri nak control dan Puteri-puterinya menafikan bantuan Kerajaan Negeri. Ini menghalang orang nak melawat. Itu tak bertamadun. Otak tamadun sempit. Politik sempit. Kita tak boleh buat begitu. Termasuklah Menteri yang dibodohkan oleh pemimpin Umno di Kedah. Dan rakyat akan menilai mereka nanti.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua sukrelawan dan pihak-pihak yang membantu. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang datang membantu. Saya ucapkan selamat datang. Bagi mangsa banjir Alhamdullilah kita selamat walaupun hilang harta benda tapi tidak hilang keluarga. Kita bersyukur.

Habis 4.30 Petang

Pejabat Menteri Besar Tingkat 3 Blok A.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 10 Nov 2010 01:13 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Kenapa sampai 19 butir peluru... kes adik Amirul

Posted: 10 Nov 2010 01:09 PM PST




Terfikir dihati aku, kenapa sampai begitu banyak peluru dihabiskan untuk menembak dua orang mangsa yang tidak melawan... Sedang sewaktu aku dalam tentera dulu, kami sentiasa dengan ungkapan 1 (satu) peluru 1(satu) musuh..., ini untuk 2 mangsa 19 butir peluru, hampir 10 butir untuk seorang....

Kemudian terfikir lagi, selalunya anggota polis yang aku dok nampak dibekalkan senjata api jenis pistol, kalau jenis pistol cowboy tu, isi pelurunya 6 atau 7 butir peluru sahaja,,,aku tak pasti berapa sebenar, sebab dalam tentera dulu aku tak pernah menggunakan pistol.

Kemudian malam tadi terfikir nak tanya Timbalan Pengerusi Surau Taman aku, sebab ia seorang anggota polis juga, tetapi entah, segan pulak.., lalu aku simpan begitu sahaja, bukan apa,,, aku dok tertanya-tanya kenapa sampai 19 butir peluru, sebab aku dok terbayang anggota polis menggunakan pistol, sudah tentu paling kurang 2 orang yang terlibat, sedangkan yang kena tuduh seorang... itu yang aku dok terbayang...

Rupa-rupanya jenis ni yang depa guna..., gajah pun boleh tembak dan mati kalau pakai yang ini..

baca DI SINI.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 10 Nov 2010 01:05 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


OECD HANYA BERI SURAT UCAPAN TAHNIAH MELAKA MAJU

Posted: 09 Nov 2010 08:04 PM PST

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam akhirnya mengakui Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) cuma hanya memberikan surat ucapan tahniah kepada pengisytiharan Melaka Maju 2010 bukannya pengiktirafan.

Beliau berkata demikian di dalam Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keduabelas setelah didesak
oleh wakil DAP yang meminta penjelasan Ketua Menteri Melaka mengenai pendedahan wakil OECD Jon Hall yang menafikan mengiktiraf Melaka Maju 2010.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan lisan ketiga yang dikemukakan Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng pada hari pertama persidangan, Ali Rustam mempertahankan pengisytiharan Melaka
Maju 2010 kerana diiktiraf OECD dan Perdana Menteri di samping melabelkan pihak yang mempertikaikannya sebagai irihati serta khianat.

"Sukalah saya tegaskan di sini bahawa kita tidak syok sendiri dalam mengumandangkan kejayaan kita itu, kejayaan dan tahap kemajuan
kita telah diukur dengan menggunakan khidmat nasihat serta kepakaran OECD dan badan tersebut telah mengiktiraf kemajuan kita.
"Kita telah berjaya mengatasi negara-negara OECD sebanyak 29 daripada 32 indikator dan ini bermakna kita berjaya mengatasi negara-negara
maju, kaya, besar dan kuat seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Jepun dan Kanada," kata Ali Rustam.

Betty dalam soalan tambahannya mempersoalkan mengapa diisytiharkan Melaka negeri maju sedangkan belum mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi dan Bandar Teknologi Hijau serta adakah pengisytiharannya berperingkat-peringkat kerana ianya tiada bermakna kepada rakyat yang kebanyakannya berpendapatan rendah.


Ali Rustam menjawab bahawa OECD tidak menggunakan ekonomi berpendapatan tinggi
serta teknologi hijau sebagai indikatornya sebab ianya perkara baru tetapi Melaka telah melepasi perkapita OECD dan sekarang Melaka sudah layak, malah beliau juga terperanjat dengan kehebatan Melaka.

"OECD cuma beri surat tahniah kepada Melaka Maju 2010 dan yang isytihar ialah Perdana Menteri, ikut suka kitalah nak maju macam mana. Kalau kita rasa negeri kita dah maju maka jadi majulah, Yang Berhormat tak setuju apa nak hairan," kata Ali Rustam ketika menjawab penjelasan yang diminta oleh Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong.


Sumber : Harakah edisi 1 - 4 ZULHIJAH 1431 • 8 - 11 NOVEMBER 2010 •

Batu Gajah Mari

Posted: 10 Nov 2010 11:37 AM PST

Batu Gajah Mari


Tahniah Malaysia kerana berjaya menghasilkan ibu antara termuda di dunia

Posted: 10 Nov 2010 04:31 AM PST

Terengganu Pecah rekod lagi! Tahniah Datuk Mat Said kerana dapat 'cucu baru'. Ini rekod Malaysia atau mungkin di dunia untuk tahun ini? Sejak UMNO-BN kembali berkuasa di Terengganu ini, macam-macam benda ajaib berlaku. Sejak slogan " kemajuan yang tak pernah kelihatan" ini ditaja, pelbagailah yang tak pernah terjadi sebelum ini, terjadi di Terengganu.

Sebelum ini 4 remaja lahirkan anak dan 16 yang lain mengandung dalam 1 sekolah di Kuala Terangganu pada tahun ini.. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Pelajar tingkatan 3 juga pernah memalukan daerah Dungun kerana membuang anak ke dalam tandas ketika baru dilahirkan. Bahkan sudah menular di kebanyakan sekolah-sekolah menengah. Di harapkan agar pihak JPN atau PPD menganjurkan pertandingan dan menyediakan anugerah Sekolah yang terbanyak melahirkan anak luar nikah!!

Kini bala itu menular lagi dan semakin membarah. Yang terkini dan paling mengejutkan bagaimana seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Daerah Dungun melahirkan anak luar nikah dengan pasangan dari kalangan keluarganya sendiri sedangkan beliau baru berusia 12 tahun! Pelajar sekolah rendah yang baru nak mengambil UPSR. Pelajar tersebut dikatakan mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dihospital. Rasanya Datuk Mat Said boleh mohon Malaysia Book of Records bagi mnyenaraikan Malaysia Boleh. Terengganu Boleh. Kita memecah rekord ibu termuda di Malaysia!.

Itu belum ajar pendidikan reproduksi (seks) ke sekolah-sekolah tu!.. kalau start ajar nanti bertambah alim le... bertambah le praktikal. Makin ramai le anak 1 Malaysia!!!

Alahai! Apa nak jadi ni Datuk Mat Said??? Janganlah dok sibuk berebut jawatan pengerusi Perhubungan UMNO terlupa masalah rakyat? Rakyat dah bagi amanah tu.. janganlah para YB dok sibuk berbalah terlupa nak jaga amanah pulak.

Awas Pemimpin Rakyat 5 Tahun Sekali.

Posted: 09 Nov 2010 11:11 PM PST

Tan Sri Muhyidin Yasin menggesa semua pimpinan parti komponen Bn diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. Pas berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak. Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab.

Pas berpandangan pemimpin Bn hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. Selepas pilihanraya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk , kerana kuasa membeli semakin berkurangan. Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas. Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan. Mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat. Peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta berbanding dengan Permata milik isteri tersayang RM111 juta. Begitu juga peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Maka tidak peliklah komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendak berlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihanraya. Pas menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada Pas dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Dupahang's Weblog

Posted: 10 Nov 2010 11:24 AM PST

Dupahang's Weblog


Asri mohon maaf cadang Anwar ‘bersara’

Posted: 09 Nov 2010 10:26 PM PST

http://kalamperantau.wordpress.com/ Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memohon maaf atas pandangan sebelum ini yang mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya "bersara politik." "Justeru, sebagai saudara Muslim, saya sekali lagi – seperti kenyataan awal – pohon kemaafan atas pandangan tersebut. "Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan [...]

Kecamukan dalam Felda sedang mengancam pengaruh Umno

Posted: 09 Nov 2010 10:13 PM PST

http://sanggahtoksago.blogspot.com/ KETIKA pembahas berucap dalam Perhimpunan Agung Umno ke 61 (usia Umno 64), antara nama yang sering menerima kritikan dan kecaman, ialah Ketua Penerangan, Dato’ Ahmad Maslan. Namun, yang menghairankan tidak pula Ahmad diberi peluang oleh Presidennya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menjawab ketika penggulungan. Berbeza dengan era kepimpinan Umno terdahulu, biasanya, mereka yang [...]

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru

Posted: 10 Nov 2010 11:07 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru


pengumuman kuliah

Posted: 10 Nov 2010 12:21 AM PST

kuliah ustaz roshidi husin 10 nov, malam ini lps isya dewan jkkk bayan lepas

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 10 Nov 2010 11:06 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Terengganu dijangka alami banjir besar

Posted: 10 Nov 2010 09:49 AM PST

Terengganu dijangka mengalami banjir besar bulan ini atau bulan depan sekiranya hujan turun melebihi paras normal.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana (JPBB) Terengganu berkata Jabatan Meteorologi meramalkan Terengganu akan mengalami jumlah taburan hujan 20 hingga 40 peratus melebihi paras normal pada musim tengkujuh sehingga Mac tahun depan akibat kesan Fenomena La Nina.


"Ia boleh menyebabkan berlaku beberapa episod hujan lebat serta bencana banjir di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.  


Keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa kejadian air pasang besar diramal akan berlaku di Terengganu dalam tempoh seminggu dua ini. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti 198 kawasan yang sering dilandar banjir di negeri ini.

Di Besut, katanya terdapat 30 kawasan, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Sebagai persediaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menyediakan sejumlah 341 pusat pemindahan yang berupaya menampung seramai 48,807 orang mangsa banjir dalam sesuatu masa.

Pusat itu ialah di Kuala Terengganu 27 buah, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (73), Marang (23) dan Setiu (32) buah.

Dalam masa sama, JKM telah mengenalpasti sebanyak 121 pangkalan hadapan di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu (3), Kemaman (16), Dungun (10), Besut (22), Hulu Terengganu (33), Marang (15) dan Setiu (22).
 

Bilik gerakan banjir negeri akan dibuka 24 jam apabila banjir berlaku lebih dari satu daerah, manakala bilik gerakan daerah pula akan dibuka sebaik banjir melanda daerah berkenaan.

- Bernama

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 10 Nov 2010 11:04 AM PST

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Program Penerangan & Dialog Bersama Jabatan Amal Indera Mahkota

Posted: 10 Nov 2010 02:29 AM PST

Program : Penerangan & Dialog Bersama Jabatan Amal Indera Mahkota
Tarikh : 08 November 2010
Tempat : Surau Kampung Seberang Sungai Ular, Kuantan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana program ini telah berjalan dengan jayanya. Walaupun hujan yang turun sejak dari petang agak lebat, ini tidak melemahkan semangat para anggota Amal Indera Mahkota untuk turun ke Kampung Seberang Sungai Ular, demi tidak menghampakan harapan penduduk setempat yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut "Apa Itu Jabatan Amal Indera Mahkota". Sambutan dari ahli jemaah setempat juga amat membanggakan.

Majlis dimulakan dengan kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh ustaz Suhaimi Saad yang merupakan Ketua DPP Negeri Pahang. Para jemaah cukup terhibur dengan penyampaiannya yang mantap dan sentiasa berlapik dengan hujah dalil dan nas.

Selepas jamuan ringan, program penerangan & dialog dimulakan dan ia dikendalikan oleh Ketua Pengarah Amal Indera Mahkota iaitu saudara Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz. Beliau memberi penerangan berkaitan Amal serta melayani pertanyaan dari pihak jemaah. Alhamdulillah, sesi dialog berlangsung dalam keadaan yang cukup harmoni dan penuh semangat ukhuwah.

Program penerangan & dialog ini adalah merupakan program yang kedua diadakan selepas di Surau Kubang Ikan di dalam Cawangan Cendor.

Di dalam program ini juga, pihak Jabatan Amal Indera Mahkota telah membuka kaunter Qurban dan Aqiqah Perdana anjuran Yayasan Amal Malaysia serta memasarkan serba sedikit barangan yang dibawa seperti kalendar, VCD ceramah, buku-buku dan lain-lain lagi, untuk mengisi dana Amal Indera Mahkota.

Insya-Allah, kami harapkan agar program seperti ini akan dipergiatkan lagi di cawangan-cawangan yang lain dalam Kawasan Indera Mahkota agar setiap orang kenal dengan Jabatan Amal yang membawa misi PAS sebagai "Duta Penyelamat dan Kasih Sayang."


Sebahagian anggota Amal Indera Mahkota sedang berehat di luar surau


Ketua DPP Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Saad sedang menyampaikan kuliah.


Tekun mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Saad


Jamuan ringan yang disediakan pihak surau. "Terima kasih daun keladi, Insya-Allah nanti kami datang lagi."





Ketua Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz sedang mengendalikan sesi penerangan dan dialog. "Ada apa-apa soalan?"





Ustaz Suhaimi sedang kusyuk mendengar penerangan dari Pengarah Amal Indera Mahkota


Anggota Amal Indera Mahkota sedang melayani salah seorang jemaah surau yang ingin membeli barangan yang di jual. "Ini untuk dana Amal Indera Mahkota."

Pemuda Guchil

Posted: 10 Nov 2010 09:32 AM PST

PAS Kawasan Setiu

Posted: 10 Nov 2010 09:10 AM PST

PAS Kawasan Setiu


Terengganu Dijangka Alami Banjir Besar-Semua Pihak Diminta Buat Persiapan Awal.

Posted: 10 Nov 2010 04:59 AM PST

KHIDMAT MERU

Posted: 10 Nov 2010 09:06 AM PST

KHIDMAT MERU


MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA DEEPAVALI

Posted: 09 Nov 2010 01:50 PM PST











Majlis Makan Malam Sempena Deepavali PKR Kapar mendapat sambutan yang cukup baik apabila Dewan Dato Ahmad Razali Sementa di penuhi hingga melimpah keluar oleh rakyat berbilang kaum.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis tersebut ialah Dato Seri Anwar Ibrahim,
YB Ronnie Liu, YB Dr Xavier, YB Dr Abd Rani, YB Azmin Ali, YB Sivarasa, YB Gobalakrishnan dan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat.
YB Manikavasagam dalam ucapan beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan tetap bersatu dan teguh menghadapi UMNO / BN kerana inilah yang di idamkan oleh rakyat.

DS Anwar pula menegaskan bukanlah mudah untuk berjuang dalam politik terutama apabila kita juga berhadapan dengan media perdana, agensi kerajaan dan musuh dalaman yang berusaha keras untuk memecahkan perpaduan yang wujud di kalangan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Nov 2010 09:05 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kelantan taja 100 pasangan kahwin

Posted: 09 Nov 2010 06:32 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEii47DQ2quuxpxOmi5rbJLsUrfLxeUjhUpp0L5TpgGWMwvhxACgKBLYyizBg3M30dN6r250nz-Vo05oU_nDg-LKPPZkfAURYeLsZqILVwn0pekamLgl8VWWGvc0WBmtLmVWL9n1-HVecEk/s1600/100+pengantin.jpg


KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini.

Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

"Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan," katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.

Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 10 Nov 2010 09:03 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


FOTO | Sekitar PRK di Galas

Posted: 09 Nov 2010 05:16 PM PST

oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura





















Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 10 Nov 2010 03:31 AM PST

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Sampaikan Maklumat Yang Betul ~ Adun Jeneri

Posted: 09 Nov 2010 08:23 PM PST

Jeneri, 7 Nov 2010 - "Sampaikan maklumat yang betul kepada rakyat", kata YB Cikgu Ya kepada MKK Mukim Jeneri dalam majlis penyampaian kifalah dan sumbangan fakir miskin.

DPP Padang Besar

Posted: 10 Nov 2010 03:24 AM PST

DPP Padang Besar


PAS Perlis rayu sumbangan bantu mangsa banjir

Posted: 08 Nov 2010 11:52 PM PST

Harakahdaily
KANGAR, 9 Nov: PAS Perlis merayu para dermawan untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Mangsa Banjir PAS Perlis ekoran banjir besar, baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, tabung itu dilancarkan bagi membolehkan sumbangan disalurkan kepada mangsa banjir memandangkan banyak lagi keperluan yang harus disalurkan kepada mereka pasca banjir.

"Sekarang ini kita memasuki fasa kedua selepas banjir dan banyak proses pemulihan yang perlu dijalani oleh mangsa yang terlibat. Untuk itu, PAS Perlis merayu para dermawan khususnya di luar Perlis untuk sama-sama memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir.

"Semasa banjir tempoh hari kita telah salurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada mangsa di pusta-pusat pemindahan banjir, tapi masih banyak lagi keperluan untuk kita berikan kepada mereka selepas banjir pulih," jelasnya.

Menurutnya lagi, PAS Perlis akan menyelaraskan setiap sumbangan yang diterima untuk diagihkan ke seluruh kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

"Bagi memudahkan proses pengagihan bantuan, setiap sumbangan perlualh disalurkan kepada Perhubungan PAS Perlis," katanya.

Para dermawan yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam: 09010010005759 atas nama Perhubungan PAS Perlis atau menghubungi talian 04-9761836 (pejabat).

Banjir: Pemuda Padang Besar turut membantu

Posted: 08 Nov 2010 11:47 PM PST

Bersama AJK Masjid Alwi dan DPP Pulau Pinang
selepas membersihkan Masjid Alwi, Kangar
Kerja-kerja membersihkan Masjid Alwi

Timbalan Ketua ikuti misi bantuan banjir di DUN Kayang

Tiada ulasan:

Pengikut