PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH Posted: 06 Oct 2010 03:05 AM PDT |
DunSemarang Posted: 06 Oct 2010 01:11 AM PDT Pertandingan Futsal Parlimen Ayer Hitam. Posted: 05 Oct 2010 08:16 AM PDT
Gelanggang Futsal Taman Mekar Partandingan Futsal 1 Belia 1 MalaysiaAnjuran PK W Rakyat Parlimen Ayer Hitam dan Pejabat Belia Sukan Daerah BP kerjasama Per.Pemuda /Puteri UMNO Parlimen Ayer Hitam. Futsal akan diadakan Pada 16 Oktober 2010 Tempat Gelanggang Futsal Taman Mekar . Kategori Lelaki/wanita . Maklumat lanjut 0137882834 shahrul belia PSD. (Sumber berita Shahrul Belia PSD/Pt Surau Darat) ByM69
Sejarah Futsal Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brasil. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brasil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropa hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.
Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brasil. Brasil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun pd 1984.
Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brasil, tahun 1982, berakhir dengan Brasil di posisi pertama. Brasil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan futsal internasional pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universitas Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.
Tags: Apa itu Futsal Posted in Sekilas Futsal by Info Kaos Futsal. (ByM69) | Majlis Meraikan Bakal Haji Parlimen Ayer Hitam Posted: 05 Oct 2010 06:12 AM PDT
AJK Bersama, MAJLIS MESRA SAKINAH YPK DARUL TA'ZIM MAJLIS MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI 1431H PERINGKAT PARLIMEN AYER HITAM MAJLIS SAMBUTAN SEMPENA AIDIL FITRI. kami AJK Bersama, Majlis Mesra SAKINAH YPK Daruk Ta'zim, akan mengadakan majlis tersebut pada 10 Oktober 2010 . Sehubungan itu besarlah harapan kami jika pihak tuan puan dapat hadir di majlis tersebut. (Hj Adris b Suif.Pengerusi Bersama,Program Memurnikan Kasih, Menyuburkan Sayang. Klik Surat jemputan.(sumber dari Sabaruddin AK) By M69 | Perjumpaan Hari Raya SRS Dun Semarang dan Balai Polis Ayer Hitam Posted: 05 Oct 2010 05:28 AM PDT JAMUAN HARI RAYA SRS DUN SEMARANG DAN BALAI POLIS AYER HITAM.
Tarikh ; 06 Oktober 2010. Masa : 8.00 malam. Tempat : Perkarangan Balai Polis Ayer Hitam. Semua Ketua SRS dan Ketua Unit SRS di jemput hadir meraikan Sambutan Hari Raya bersama Pegawai dan Kakitangan Balai Polis Ayer Hitam. Semuga dengan adanya program tersebut akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara Balai Polis Ayer Hitam dan masyarakat di Dun Semarang. (Sumber dari Sabaruddin AK Pt Hamid) By M69 | |
ahmadmaslan.blogspot.com Posted: 05 Oct 2010 09:21 PM PDT |
umno bahagian cheras Posted: 05 Oct 2010 01:06 PM PDT Syed Ali bidas Mahfuz hina Tengku Razaleigh Posted: 05 Oct 2010 01:50 AM PDT DAKWAAN Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa UMNO memperalatkan Tengku Razaleigh Hamzah hanya rekaan dan perang saraf parti itu menjelang pilihan raya kecil DUN Galas. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebagai tidak masuk akal dan sengaja direka untuk mengalih perhatian pengundi. "Sepatutnya Mahfuz membetulkan terlebih dahulu kepincangan dalam PAS terutama dalam isu perebutan wakil mereka untuk menjadi calon," katanya. Beliau menjelaskan, UMNO tidak pernah memperalatkan Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang bagi memenangi pilihan raya kecil di kawasan berkenaan. Katanya, UMNO tidak pernah mengetepikan sumbangan mana-mana pemimpin UMNO malah pengorbanan mereka sentiasa dihargai. Oleh sebab itu katanya, Tengku Razaleigh juga boleh diletakkan sebagai calon di DUN Galas berdasarkan kepada pengalaman dan ketokohan beliau. "Apa yang penting, UMNO mesti menang di Galas dan jika keadaan memerlukan Tengku Razaleigh adalah calon yang dilihat berkemampuan memberikan kemenangan," ujarnya. Syed Ali menyifatkan dakwaan Mahfuz bahawa UMNO menjadikan Tengku Razaleigh seperti kukur kelapa merupakan penghinaan keterlaluan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu. Katanya, sikap angkuh Mahfuz yang menjadikan Tengku Razaleigh sebagai bahan perbandingan merupakan perb uatan yang tidak mencerminkan kematangan beliau berpolitik. Mengulas kenyataan Mahfuz seperti disiarkan oleh portal berita Harakahdaily hari ini (Selasa), Syed Ali menegaskan bekas Menteri Kewangan itu bukan pemimpin 'murahan' yang sanggup membiarkan dirinya dipergunakan. "Saya melihat Tengku Razaleigh adalah pemimpin UMNO yang banyak pengalaman, berprinsip dan sentiasa komited kepada perjuangan parti dan rakyat," katanya. Oleh sebab itu kata beliau, Tengku Razaleigh sanggup menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya UMNO bagi DUN Galas kerana beliau ingin melihat UMNO sentiasa kekal di hati rakyat. Katanya, jika Tengku Razaleigh berkecil hati dengan UMNO, sudah tentu beliau tidak akan menerima perlantikan tersebut yang dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. "Ini menunjukkan beliau mempunyai prinsip yang jelas demi kebaikan UMNO dan rakyat Kelantan," ujarnya. "Sudah menjadi tabiat pemimpin PAS terutama Mahfuz yang sentiasa berprasangka buruk terhadap pemimpin UMNO walaupun parti mereka sendiri bergemulang dengan pelbagai kekotoran. Menurut Syed Ali lagi, PAS sebenarnya mahu menghalang Tengku Razaleigh mengetuai jentera pilihan raya UMNO di Galas kerana bimbang pengundi di Galas akan menolak calon mereka. | Tengku Razaleigh tidak sesuai bertanding di Galas – Syed Mehdhar Posted: 04 Oct 2010 10:47 PM PDT "HENTIKAN spekulasi Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Galas," kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah.
Beliau berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak sesuai diletakkan bertanding di peringkat DUN Galas kerana ketokohan, karisma dan pengalamannya masih diperlukan di peringkat nasional. Katanya, pihak pembangkang terutama PAS sengaja menyebarkan cerita kononnya hanya Tengku Razaleigh layak bertanding di DUN Galas jika UMNO ingin meraih kemenangan. "Ini semua taktik Pas untuk pecahbelahkan UMNO dan malangnya kita (pemimpin UMNO) terus terikut-ikut dengan dakyah yang mereka sebarkan itu," ujarnya lagi. Sebaliknya kata beliau, peluang sebagai calon DUN Galas sewajarnya diberikan kepada tokoh muda yang memiliki ciri-cri kepimpinan terpuji dan disenangi masyarakat setempat. "Saya kurang bersetuju jika Tengku Razaleigh bertanding di DUN Galas, sebaliknya berikanlah peluang kepada tokoh muda yang berktrampilan, amanah dan mempunyai moral yang baik," tambahnya. Malah Syed Mehdhar yakin Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu juga tidak akan bersetuju jika dirinya dinamakan sebagai calon UMNO di Galas. Katanya, calon muda UMNO bagaimanapun perlu menepati ciri-ciri pemimpin Islam yang baik dan tinggi akhlaknya supaya mampu memberi saingan sengit kepada calon PAS. Sebagai contohnya jelas beliau, calon berkenaan harus dilihat cara bagaimana dia memimpin keluarga dan mendampingi masyarakat. "Bukan bermakna Tengku Razaleigh tidak diperlukan, tetapi beliau adalah tokoh hebat UMNO yang sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau sebenarnya lebih berperanan di peringkat pusat. Bagaimanapun katanya, Tengku Razaleigh yang dilantik sebagai pengarah jentera Pilihan Raya DUN Galas mempunyai pertimbangan terbaik dalam soal menentukan calon. "Tengku Razaleigh merupakan tokoh beriwabawa,disegani, banyak pengalaman dan tahu selok-belok politik di Gua Musang dan Galas amnya, berikan rang kepada beliau membuat apa jua keputusan," katanya. Dalam pada itu Syed Mehdhar mengingatkan jentera pilihan raya UMNO supaya tidak keterlaluan dalam berkempen dan elakkan daripada melakukan serangan peribadi. "UMNO tidak perlu meniru cara PAS berkempen yang dipenuhi dengan unsur ganas, fitnah dan penuh dengan provokasi," jelasnya. Katanya, iklim politik di Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain dan pendekatan UMNO di DUN Galas hendaklah berhemah dan disenangi pengundi tempatan. | 'Ingatan Sultan Johor perlu dijadikan iktibar ' - Syed Ali Posted: 04 Oct 2010 08:21 PM PDT ORANG Melayu digesa menolak segera golongan 'cetek akal' yang berselindung disebalik pertubuhan politik memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Katanya, orang Melayu tidak harus berterusan berdiam diri apabila ada usaha dilakukan pihak tertentu mencabuli Perlembagaan Persekutuan, mempertikaikan hak Melayu dan mempersoalkan kuasa serta kedudukan Raja-Raja Melayu. "Orang Melayu perlu segera bangkit mempertahankan hak mereka kerana sejak akhir-akhir ini ada usaha terancang pihak tertentu untuk melenyapkan kekuasaan Melayu menerusi gerakan politik," tegasnya. Menurut beliau, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menegaskan golongan 'cetek akal ' sebagai dalang yang merosakkan kedamaian sesebuah negara perlu diberikan perhatian serius. Sehubungan itu katanya, pemimpin politik perlu menerima peringatan tersebut secara positif dengan mengelak daripada berterusan mempersoalkan Perlembagaan sedia ada. "Titah baginda merupakan amanat dan ingatan kepada seluruh bangsa Melayu supaya berwaspada dan seterusnya menolak kumpulan yang memperjuangkan kepentingan kaum dan cuba mengubah Perlembagaan sedia ada," tegasnya. Katanya, ingatan itu juga mencerminkan sikap baginda yang amat prihatin terhadap masa depan orang Melayu dan kestabilan politik di negara ini. Sambil menyifatkan titah Sultan Johor itu sebagai kena pada masanya, Syed Ali menambah bukan Melayu juga harus mengambil iktibar daripada peringatan tersebut dengan berpegang kepada falsafah ' di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'. "Bukan Melayu juga harus memahami konsep perpaduan dengan turut berpegang kepada Perlembagan Persekutuan bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada negara ini tidak dipertikaikan," katanya. Beliau bagaimanapun menyelar sikap pemimpin pembangkang yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk meraih kuasa politik tanpa mengambilkira perpaduan dan kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Ketika berucap merasmikan Seminar Perlembagaan Malaysia Peringjkat Negeri Johor di Johor Bharu semalam, baginda mengingatkan jangan mudah sangat demi untuk kepentingan sesuatu pihak, Perlembagaan dipinda sesuka hati. Kerana akhirnya nanti Perlembagaan ini akan menjadi tidak bermakna dan mungkin tinggal sekeping kertas sahaja. Menurut Syed Ali, Perlembagaan Persekutuan yang diterima pakai sehingga ke hari ini dibuat dengan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu dan ianya tidak boleh dipinda sesuka hati. "Bukan Melayu yang masih tebal dengan sikap rasis diingatkan bahawa orang Melayu sentiasa berada di belakang Sultan atau Raja mereka dan sebarang usaha untuk mengugugat kedudukan itu pasti akan ditentang habis-habisan," tegasnya.
Beliau berkata, kebimbangan Sultan Johor itu dikhuatiri suatu hari kelak akan menjadi kenyataan jika pemimpin Melayu masih lagi bersikapin pentingkan diri sendiri dan mengutamakan agenda politik perkauman. Katanya, sebelum ini Raja-Raja Melayu telah tampil dengan memberi pelbagai peringatan terhadap kepentinganmasa depan Melayu yang semakin terjejas berikutan sikap sesetengah pihak yang mencetuskan ketegangan dalam masyarakat. | |
PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS Posted: 05 Oct 2010 11:20 AM PDT JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA Posted: 05 Oct 2010 12:21 AM PDT UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Rakyat 1Malaysia. Tarikh : 9hb. Oktober 2010 Hari : Sabtu Waktu : 7.30 malam hingga 11.30 malam Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur.
Ketua UMNO Bahagian Cheras yang juga Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengalu-alukan seluruh warga UMNO Bahagian Cheras, guru-guru dan pelajar sekolah serta orang ramai termasuk di sekitar kawasan Parlimen Cheras tanpa mengira agama dan bangsa hadir memeriahkan majlis tersebut. Antara tetamu dijangka hadir ialah menteri-menteri kabinet serta pemimpin-pemimpin UMNO termasuk rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN). | MENERUSKAN LEGASI PEMIMPIN YANG TERDAHULU Posted: 04 Oct 2010 08:24 PM PDT Pihak yang mengambil kesempatan terus memperbesar-besarkan perang mulut yang berlaku antara sebuah akhbar dengan seorang pemimpin yang disukainya. Saat-saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka yang menahan lukah di pergentingan. Perkara ini adalah suatu yang biasa dalam politik. Saling ingat mengingati barulah ada check and balance. Tetapi ia terus berlarutan seolah-olah tidak kesudahan. Orang lain bertepuk tangan melihat kita bertelingkah dalam serba-serbi. Sikap terlalu defensif tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih baik dibawa berbincang, kerana itu lebih menepati kehendak Islam dan membawa banyak manfaat kepada perpaduan umat Islam. Cukup sudahlah kita berpecah disebabkan oleh perbezaan parti politik dan ideologi, janganlah pula terbawa-bawa kepada sentimen sebegini. Bincanglah apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa yang betul, siapa yang salah. Cerminlah diri masing-masing, apakah sumbangan kita selama ini?
Sudahkah kita lupa kata-kata seorang ahli falsafah Cina yang berbunyi, jika anda mahu menjadi pemimpin negara, terlebih dahulu pastikan keluarga sendiri berada dalam keadaan baik. Bagi memastikan keluarga sendiri baik, pastikan diri sendiri perlu baik. Bagi memastikan diri sendiri baik, pastikan hati dijaga demgan baik. Bagi memastikan hati sentiasa baik, ia perlu bermula dengan keikhlasan. Cuba tanya pada diri kita, apakah kita ikhlas menjadi seorang pemimpin?
Nilai balik apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara? Atau mungkinkan penyertaan kita dalam politik sekadar untuk membuncitkan perut dan membesarkan poket? Inilah pertanyaan-pertanyaan yang perlu dijawab oleh setiap pemimpin yang diberikan amanah oleh rakyat hari, tidak kira sama ada pemerintah atau pembangkang. Jika ada jawapannya, tidak perlulah terlalu risau akan pilihan raya umum akan datang.
Seringkali kita dengar, mereka yang menyertai politik, tidak ada agenda agama, bangsa dan negara. Agenda utama mereka adalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat, setelah itu mudah untuk mendapatkan tender dan projek melalui kroni-kroni yang akan dibela. Pemikiran seperti ini perlu dibuang jauh-jauh jika ada.
Tagline Gagasan 1Malaysia, "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan", perlu difahami oleh setiap wakil rakyat tanpa berkecuali. Rakyat perlu diutamakan dalam segala hal. Tanpa rakyat siapalah pemimpin kerana kerajaan adalah dari rakyat untuk rakyat (dengan izin Allah). Itulah falsafah demokrasi yang saya fikir tidak bercanggah dengan sumber ajaran Islam jika diurus dengan baik berpandukan perlembagaan. Janganlah memperalatkan gagasan 1Malaysia untuk menutupi atau mengaburi tindakan kita, tetapi laksanakan gagasan tersebut sebagaimana yang dicitrakan oleh Perdana Menteri.
Malangnya, ketika Perdana Menteri mengajak rakyat memahami keutamaan, masih ramai umat Islam lebih menekankan hal remeh temeh daripada isu pokok. Bergaduh tidak tentu pasal. Mempertahankan kepentingan peribadi daripada kepentingan umum. Niat tidak lain, supaya dirinya nampak hebat, wal hal diri dan sumbangannya tidak seberapa. Ada kalanya kita menjadi pemimpin, bukan kerana kita bagus atau berwibawa, tetapi kadangkala kerana bernasib baik. Sedangkan ramai yang lebih layak daripada kita. Tetapi disebabkan mereka tidak pandai membodek dan mengampu, mereka tidak terpilih sebagai pemimpin.
Sedangkan mereka yang berfikiran seperti pandir dan tidak ada daya intelektual, begitu cepat naik dan berkuasa kerana nasib menyebelahi mereka, bukan kewibawaan dirinya. Sedangkan orang sebegini, boleh dikatakan kosong. Keluarga tidak terjaga dan terbela. Diri sendiri penuh dengan kontroversi dan sebagainya. Jika dikorek-korek nanti, keburukan yang dilakukan, lebih banyak dari kebaikan dan boleh dibuat buku. Bagaimana kita boleh harapkan orang sebegini boleh menjaga rakyat. Justeru, mereka yang ingin menjadi pemimpin atau dipilih menjadi wakil rakyat, mesti pandai menjaga diri dan keluarga terlebih dahulu. Selepas itu, barulah senang untuk bercakap soal menjaga rakyat dan menjaga kerajaan. Inilah aspirasi dan inspirasi 1Malaysia Perdana Menteri.
Jika tidak, kita akan menjadi bahan kutukan orang. Saya sudah tidak mampu lagi mendengar kata-kata seperti, "keluarga sendiri berterabur, tidak terjaga, bagaimana nak jadi pemimpin dan , menjaga rakyat". Inilah kata-kata yang sindiran kerap kedengaran. 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sudah tentu tidak mahu memimpin yang sebegini. 1Malaysia mahukan pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berakhlak mulia untuk meneruskan legasi pemimpin yang terdahulu. Ingatlah wahai saudaraku, rakyat hari ini bukan seperti dahulu, mereka sudah boleh membezakan mata dia intan, mana dia kaca.
Jika dahulu, tunggul kayupun kalau diletakkan sebagai calon mereka akan undi. Hari ini, tunggul kayu tersebut akan campaknya jauh entah ke mana, malah tidak lagi dipandang untuk menjadi kayu api.
Sudah sampai masanya gagasan 1Malaysia meletakkan KPI atau tanda aras untuk mereka yang mahu menjadi pemimpin. Pertama, saya ingin cadangkan supaya pemimpin tersebut boleh memimpin dirinya sendiri, meletakkan Allah ditempat pertama, diikuti dengan Rasulullah dan keluarganya. Setelah dirinya terpimpin berasaskan prinsip tersebut, barulah akan terpancar integritinya, tidak rasuah dan tidak korup.
Kita tidak mahu pemimpin yang rumahtangganya berantakan, anak-anaknya pula bertaburan. Ingatlah pesanan yang mengatakan rakyat (termasuk anak-anak) menilai (lebih terpengaruh) dengan apa yang kita buat, bukan apa yang kita cakap. Tidak ada gunanya jika cakap tidak serupa bikin. Hanya pandai bercakap tetapi apa yang dicakap tidak ditunaikan atau dikotakan. Kata mesti dikota.
Kedua, pemimpin mereka mempunyai ilmu. Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah ilmu memahami keutamaan. Keutamaan jamaah (rakyat) berada di hadapan berbanding keutamaan diri. Jangan terlalu menjaga dan mementing diri sendiri atau terlalu mengikut emosi sehingga melupakan kepentingan rakyat. Memperbesarkan perkara kecil sehingga tertinggal perkara besar. Terlalu menjaga politik diri sendiri supaya tercalon lagi, sehingga terlupa akan agenda anak bangsa sendiri. Berikanlah laluan kepada mereka yang benar-benar mahu dan mampu memimpin.
Ketiga, pemimpin sebaik-baiknya mesti bebas atau tidak dilihat daripada dosa besar dan dosa kecil. Paling baik tidak melakukan apa-apa dosa. Sudah tentu ini adalah mustahil sebab kita bukan Rasul atau Malaikat. Kita tidak dapat lari daripada kesalahan. Namun, jangan lah kita terjebak dalam dosa-dosa yang rakyat boleh mempertikaikan kredibiliti kita. Misalnya seperti minum arak, kaki perempuan, kaki judi dan macam-macam kaki lagi. Ingatlah, rakyat melihat apa yang kita buat.
Keempat, pemimpin mesti mempunyai jiwa agama dan dapat menjaga amanah bangsa. Tidak semestinya mereka mempunyai latar belakang agama atau lulusan pengajian Islam. Kepemimpinan Islam boleh terdiri daripada mereka yang professional. Kadangkala sedih juga bila melihat bila ada 'orang agama' menjadi pemimpin, kepemimpinan dan pandangan mereka terlalu jumud dan tidak berpijak di bumi nyata. Sikit-sikit berhujah berbalik kepada Quran dan Hadis, tetapi modus operandi entah di mana. Justeru, orang agama perlu diprofesionalkan.
Apapun jika golongan professional mahu menjadi pemimpin, mereka mesti mempunyai jiwa agama atau mengulamakan professionalism nya itu. Jangan sampai pemimpin kita tidak boleh dilihat menjadi imam. Paling kurangpun pemimpin tersebut mesti boleh memimpin bacaan doa, keupayaan berdoa adalah petanda awal menunjukkan kita mengerjakan sembahyang. Dengan makna, pemimpin tersebut mesti bersolat sebagai asas utama nilaian akhlaknya dengan Tuhan. Ingatlah, sesiapa yang sensitif dengan Allah, pasti dia akan sensitif dengan orang lain (rakyat).
Inilah 'kalahnya' UMNO dengan pemimpin sebuah parti yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam. Pemimpin parti Islam ini telah menarik ramai professional, termasuk orang UMNO yang berjiwa Islam. Profesional ini boleh menjalankan tanggungjawab ulama seperti membaca khutbah, menjadi imam, baca doa, sembahyang mayat dan sebagainya. Banding dengan sebahagian pemimpin UMNO hari ini, ada yang membaca al-Quran pun tidak betul. Bagaimana mereka boleh berdoa? Mungkin ada yang tersinggung dengan tulisan saya ini, saya pohon ampun dan maaf. Hari ini professional parti Islam ini begitu berpengaruh sehingga menimbulkan kebimbangan pemimpin bersifat 'taliban' dalam parti Islam tersebut. Sebenarnya UMNO tidak ketandusan orang agama dan professional, resepinya semua sudah ada. Hasil yang mahu dilihat adalah, laksanakan kata-kata keramat rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Berkata benar walaupun pahit. Jika UMNO mahukan meneruskan legasinya pada masa akan datang, UMNO tidak ada pilihan melainkan mesti dapat dilihat bersih, cekap, amanah dan dapat dilihat melaksanakan ciri-ciri kepimpinan Islam tersebut. Di sinilah yang dikatakan 'kekuatan' parti Islam yang sukar ditandingi UMNO.
Mereka sanggup berjemur, berjaga dan bercekang ketika pilihan raya dan melakukan kerja suka rela, tanpa meminta sebarang habuan. Tetapi tidak UMNO. Ada sebahagian mereka yang tidak ikhlas. Wang dan harta telah mengaburi mereka. Kerja sedikit, mereka mahukan habuan. Sudah sampai masanya kita latih mereka yakni kerja kerana Allah demi menjaga amanah agama, bangsa dan negara.
Jika inilah pemimpin UMNO yang bakal lahir, jangan harap parti-parti lain dapat menambah kerusi. Tetapi jika perkara asas ini diabaikan, maka tunggu kekalahan yang bakal menjelma. UMNO mesti serius dalam meletakkan kepentingan agama di hadapan berbanding kepentingan bangsa. Kebaikan mesti diutamakan daripada keburukan. Manakala jika berlaku pertembungan dua keburukan, maka kita mesti tahu memilih antara dua keburukan tersebut, mana satukah yang kurang mudaratnya. Misalnya, antara menyentuh (atau makan) babi dengan makan rasuah (atau riba). Sudah tentu implikasi makan rasuah atau makan riba, lebih buruk daripada menyentuh (makan) babi, sebab makan babi melibatkan dosa individu, sedangkan makan rasuah melibatkan orang ramai dan boleh meruntuhkan agama dan negara, sehingga sampai ke tahap boleh diperangi. Jangan pulak ada yang salah faham sehingga sanggup makan babi selepas ini.
Jika semua ini dapat difahami keadaan tidaklah seteruk hari ini. Teringat saya bila membaca buku Syed Hussein Alatas, bertajuk Mitos Pribumi Malas, antara punca kelemahan umat Islam (Melayu) hari ini, disebabkan oleh ada sebahagian pemimpin yang dipilih itu lemah, tidak ada daya intelektual. Ketiadaan daya keintektualan ini menjadikan mereka ini hanya mampu menjadi pengampu dan pembodek. Justeru, sudah sampai masa kita dapat membezakannya agar boleh bangun menjadi bangsa hebat dan digeruni.
Nukilan : Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis di Mingguan Malaysia 3 Oktober 2010 | |
Apo Kono Eh Jang! Posted: 05 Oct 2010 07:09 AM PDT Tak Patut – Lelaki ‘Bermadu’ Sindir Negarawan Sakit Posted: 05 Oct 2010 04:55 AM PDT Azmin. azmin..kerusi terbang. samseng, tumbuk menumbuk dan segala macam huru hara dalam pemilihan Cabang PKR di seluruh negara terutama di sekitar Selangor nampaknya tidak mendapat perhatian Azmin sebagai Naib Presiden dan bakal Timbalan Presiden. Sebaliknya keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri nun jauh beribu batu di Australia pula yang menjadi intipati kandungan ucapannya. Apa kait mengait pun kita tak dapat nak mengagak. Setakat jadi hulubalang kepada seseorang dan seluruh tenaga ditumpukan kepada memperjuangkannya saja, takde sebesar kuman pun jasa Azmin kepada rakyat dan negara ini dibanding dengan orang yang disiniskannya sebagai 'tersungkur di Australia itu. Oleh itu usahlah berlaku biadap dengan menyindir seorang negarawan yang terlalu besar jasanya kepada negara ini. Hari ini banyak pihak yang menghentam Azmin atas sikap kurang ajarnya kepada Tun Dr Mahathir, daripada PERKASA sendiri sampai kepada NGO=NGO melayu yang kebelakangan ini tumbuh macam cendawan pula, tidak seperti sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir dahulu. Politik pembangkang kebelakangan ini memang sudah memasuki era tidak beretika, habis semua perkara berkaitan kematian, pembunuhan sehingga kepada keadaan kesihatan bekas pemimpin dijadikan isu politik asalkan ada peluang untuk menghentam kerajaan. Sejauh mana taktik ini berjaya menimbulkan kebencian kepada kerajaan, kita masih belum pasti lagi sebab setakat yang kita nampak, strategi politik sedemikian hanya menguntungkan pembangkang untuk jangka masa pendek tetapi bukan untuk jangka masa panjang. Sikap keterlaluan dalam mempolitikkan hal hal kematian dan keadaan kesihatan pemimpin apatah lagi yang berjiwa besar seperti Tun Dr Mahathir hanya akan menjerat diri sendiri juga nanti.
Yang menjadi pelik kepada kita semua, dengan Tun Dr Mahathir tidak lagi aktif dalam politik mahupun dalam kerajaan selepas persaraannya, kenapa beliau masih menjadi saluran untuk Azmin melepaskan kemarahannya? Jika pun Azmin marah kepada PERKASA, kenapa kemarahan itu dilempar kepada Tun Dr Mahathir, kenapa tidak dilemparkan kepada Ibrahim Ali yang mengasaskan PERKASA? Jadi kita berpendirian, Azmin memang sengaja menyebut keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir ini dengan maksud untuk menghinanya.
Tun Dr Mahathir sudah berusia 85 tahun kini, menjalani 2 kali pembedahan pintasan jantung, dengan masing-masing pada 1989 dan 2007. Sudah tentu dengan latar belakang kesihatannya itu disamping faktor umur, kita tidak mengharap Tun Dr Mahathir untuk sentiasa kelihatan cergas sepanjang masa. Pendek kata, bila beliau jatuh sakit, itu bukanlah satu perkara yang luar biasa, sebaliknya memang biasa bagi orang dengan usia sepertinya. Tapi apa tiada hati perut langsungkah Azmin Ali untuk menghina Tun Dr Mahathir bila berada dalam keadaan yang sedemikian?
Apa pun masalah peribadi antara 'madu' Azmin dengan Tun Dr Mahathir, itu tidak sepatutnya berkenaan apatah lagi menjadi peribadi kepada Azmin sebab awak yang memilih jalan untuk sehidup semati dengannya, bukan ada sapa yang paksa pun. Malah ramai pejuang asal reformasi seperti Ruslan Kasim, Ezam dan beberapa ramai lagi yang sudah meninggalkan perjuangan individu dalam PKR dan kembali menyokong BN/UMNO – menunjukkan ada ruang untuk buat pilihan. Oleh itu kenapa Azmin mengambil personal pertelingkahan peribadi 'madu'nya dengan Tun Dr Mahathir pun tidak dapat dipastikan, politik, politik sajalah.
Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin berjiwa besar lebih pandai membezakan masalah peribadi dengan pertelingkahan pendapat. Sebab itu bila arwah Fadhil Nor meninggal dunia, beliau yang juga Perdana Menteri ketika itu membenarkan sebuah penerbangan ehsan TUDM untuk menghantar jenazah arwah balik ke Kedah. Bila Karpal Singh mengalami masalah kecing manis ketika di tahan di bawah ISA, Tun Dr Mahathir mengizinkan Karpal Singh dirawat di sebuah hospital yang lebih baik di Kuala Lumpur atas permintaan mendiang Manjeet Singh (adik Karpal). Walau pernah ditahan dibawah ISA dan bertelingkah pendapat dengan Tunku Abdul Rahman atas krisis UMNO 1987, Tun Dr. Mahathir masih mengisyhtiharkan hari kelepasan umum apabila Tunku meningal dunia pada 1990. Itu tanda Tun Dr. Mahathir ahli politik yang matang, boleh membezakan antara perjuangan politik dengan masalah peribadi.
Kita tahu, Azmin mahu beli hati pemimpin DAP agar dapat duduk jawatan Menteri Besar Selangor dalam masa akan datang, sesuai dengan kedudukkannya sebagai Pengerusi PKR Selangor. Sekarang semua pimpinan DAP tidak nampak Azmin sebagai melayu liberal sebagaimana Zaid Ibrahim sebab itu mereka lebih selesa dengan Khalid gagap sebagai MB walaupun tanpa jawatan Pengerusi PKR Selangor. Sebab itu PERKASA jadi modal Azmin Ali untuk menonjolkan keliberalannya sedangkan semua pun tahu imej Azmin sebagai pejuang melayu zaman 'madunya' berkuasa dulu masih tidak dapat dihakis lagi. Tapi, jika mahu beli hati sekalipun, kenapa orang sakit dhina sedemikian rupa?
Politik tak matang dan tanpa moral ini makin menjadi-jadi dalam pembangkang terutama PKR. Dengan jawatan Timbalan Presiden PKR hampir dalam tangan. bila agaknya Azmin nak matang?
| |
Khairy Jamaluddin Posted: 05 Oct 2010 01:12 AM PDT Forum Gaji Minimum Posted: 04 Oct 2010 05:00 PM PDT Pemuda Barisan Nasional ("Pemuda BN") bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 ini bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang. | |
Hamidah Osman Posted: 04 Oct 2010 11:18 PM PDT Sikap Azmin Keterlaluan Posted: 04 Oct 2010 10:40 PM PDT Dua ADUN UMNO Kelantan - Datuk Noor Zahidi Omar dan Datuk Md Alwi Che Ahmad melawat Nik Aziz ketika beliau sakit tidak lama dahulu. ADUN BN dan UMNO tidak mengatakan bukan-bukan kepada Nik Aziz. Kurang Bijak Kerana Berpolitik
1. Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang sewenang-wenangnya menyifatkan Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne itu sebagai 'pemimpin yang sedang tersungkur' di Australia.
2. Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan cabang Gombak.
3. Pada ketika pemimpin pakatan pembangkang seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sakit, pemimpin Barisan Nasional serta blogger pro UMNO dan BN ucapkan yang baik untuknya. Malah mendoakan kesejahteraan beliau. 4. Beginilah sikap angkuh dan sombong pemimpin PKR, tanpa memikirkan sumbangan dan perasaan orang lain, apatah lagi Tun Dr Mahathir merupakan negarawan yang bukan hanya dihormati dinegara kita, tetapi negara luar.
5. Apakah Azmin tidak memikirkan perasaan keluarga Tun Dr Mahathir ketika membuat kenyataan demikian?
6. KetiKa negara lain meyiarkan berita keadaan kesihatan dan simpati atas Tun Dr Mahathir, rakyat Malaysia sendiri menyindir pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan agamanya.
7. Apakah sumbangan Azmin kepada negara hingga kini ?
8. Janganlah kerana cara politik sempit menjadikan kita bukan manusia yang rasional. Tanamkan sifat kasih sesama manusia apatah lagi orang yang lebih berusia. Kak Midah Ipoh | Moga Tun Dr Mahathir Cepat Sembuh Posted: 04 Oct 2010 09:54 PM PDT 1. Mari kita sama-sama mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia kembali sihat walafiat. 2. Kita semua masih memerlukan pemikiran dan pengalaman beliau serta panduan dan nasihat-nasihatnya. 3. Sumbangan yang Tun Dr. Mahathir Mohamad berikan kepada bangsa, agama dan negara menjadikan kita bangsa yang berbangga bila menyebut nama Malaysia diluar negara. 4. Didoakan moga sembuh dan kembali sihat. Kak Midah Sekeluarga Batu gajah | PKR : Diambang Kuasa Atau Diambang Pepecahan ? Posted: 04 Oct 2010 05:36 AM PDT Kalut Nak Berkuasa
1. Jika masih ingat beberapa tulisan Kak Midah awal tahun lalu PKR Semakin Hilang : Anwar Gagal Memimpin dan tindakan beberapa pimpinan kanan PKR keluar parti dan mengistiharkan diri menjadi bebas.
2. Kekalutan atau istilahnya 'chaotic' merujuk kepada kecelaruan, kekecohan, dimaksudkan dengan celaru ialah fenomena dalam dinamik apabila pergerakan tidak menentu. Pergerakan celaru ini biasanya terhasil apabila terdapat darjah kebebasan yang berganding yang besar bilangannya,
3. Istilah ini sesuai mengambarkan suasana politik PKR dan DAP kebelakangan ini.
4. Pemilihan cabang-cabang mereka dilihat semakin 'mengharukan' dengan tindakan-tindakan liar para penyokongnya. Adalah sesuatu yang luar biasa apabila berlaku pergaduhan, membawa lari peti undi, membaling kerusi, memukul wartawan dan sebagainya dalam pemilihan parti.
5. Kekalahan beberapa pemimpin kanan dilihat bahawa penolakkan serta gesaan perubahan semakin kuat bergolak dalam PKR.
6. PKR hanyalah satu nama yang kini tidak menggambarkan sifatnya yang sebenar. Ia jelas terbukti semasa proses pemilihan parti itu sekarang yang memperlihatkan banyak berlaku tipu muslihat dan keganasan bagi memenangkan pihak-pihak tertentu. 7. Apakah ini demokrasi ala PKR yang diperjuangkan selama ini ?
8. Rakyat harus sedar, inilah jenis parti - dianggotai oleh para penunjuk perasaan jalanan, yang sanggup merosakkan harta benda awam demi orang yang mereka puja. Anwar Ibrahim nampaknya dalam suasana sekarang tidak bersuara langsung.
9. Sebagai rakyat yang matang dan telah melihat banyak proses demokrasi berlaku, PKR dilihat bukanlah sebuah parti yang mempunyai hala tuju yang jelas.
10. Rakyat sepatutnya tidak boleh memperjudikan anak cucu mereka hanya berasaskan kepada sikap kasihan kepada Anwar. Orang macam Anwar ini akan datang dan pergi.
11. Jika kita sayangkan agama, bangsa dan tanah air, maka fikirlah secara jujur dan rasional. 12. Kak Midah yakin, selepas ini kita akan mendengarkan 'dendangan lagu' bahawa kekalutan PKR ini didalangi oleh UMNO. Mereka akan memainkan lagu bahawa kejadian semua ini merupakan tajaan orang UMNO. 13. Kuasa di tangan anda. Salah percaturan akan hancurlah apa yang dibina lebih 53 tahun ini. Perlembagaan yang menjadi tonggak negara ini pun bisa tumbang.
Kak Midah Ipoh
| |
umno bahagian cheras Posted: 04 Oct 2010 01:14 PM PDT ‘Mesyuarat agung PKR seperti aksi filem Tamil’ Posted: 04 Oct 2010 12:28 AM PDT "PERGADUHAN dan kekecohan mesyuarat agung cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti aksi dalam filem Tamil," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Beliau menyifatkan kekecohan yang berlaku dalam PKR sekarang ini sebagai politik budak mentah dan tidak bertamadun.
"Itulah gambaran dapat diberikan berhubung tindakan penyokong PKR menyerang petugas media baru-baru ini," katanya.
Menurutnya, tindakan ganas penyokong parti serpihan itu juga membuktikan pemimpinnya gagal menerapkan nilai-nilai moral di kalangan ahli-ahlinya.
Beliau berkata, bersikap ganas atau menyerang petugas media merupakan perbuatan tidak boleh dimaafkan kerana ianya melanggar etika kewartawanan. Mengulas amaran Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kepada PKR bahawa ahli-ahlinya akan memboikot parti itu kerana insiden 'serangan' ke atas ahlinya, Syed Ali berkata tindakan itu sebagai wajar. "Saya menyokong kenyataan Presiden NUJ, Hata Wahari berhubung isu tersebut. Penyokong PKR bertindak seolah-olah mereka boleh berbuat sesuka hati walaupun melanggar undang-undang," tegasnya. Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, perbuatan dilakukan penyokong PKR itu juga mencerminkan tahap sebenar kualiti pemikiran dan kepimpinan mereka didalam politik. "Jika dilihat kepada beberapa insiden kekecohan perjalanan mesyuarat agung cabang PKR terutama di Selangor, ianya seperti perlakuan aksi pergaduhan samseng dalam filem Tamil di kaca televesyen," katanya. Sambil menyifatkannya sebagai amat memalukan, Syed Ali menegaskan PKR sebenarnya tidak mempunyai contoh kepimpinan yang baik untuk dicontohi. "Jika penasihatnya sendiri diheret ke mahkamah atas tuduhan meliwat, bagaimana contoh yang baik untuk dijadikan teladan," soal beliau.
Sehubungan itu, beliau mengajak penyokong dan ahli-ahli PKR supaya meninggalkan parti itu kerana perjuangannya tidak bermatlamat membela nasib rakyat. | Sifatkan Mahathir tersungkur di Australia : Azmin Ali tidak berpekerti Melayu – Syed Ali Posted: 03 Oct 2010 08:15 PM PDT CALON Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali disifatkan sebagai tidak berperkerti sebagai seorang pemimpin Melayu apabila menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad 'tersungkur' di Australia. "Pemimpin Melayu yang berbudi bahasa, berpekerti mulia dan bersopan tidak sanggup mengeluarkan kata-kata berupa cercaan terhadap mereka yang sedang sakit, apatah lagi membabitkan seorang bekas Perdana Menteri," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Beliau menegaskan, sikap Azmin itu jelas menunjukkan beliau bukannya seorang pemimpin politik berhemah sebaliknya di dalam dikepalanya bersarang sifat dendam, hasad dengki dan pentingkan diri sendiri. Menurutnya, pemimpin politik Melayu yang bermoral tidak menyerang pemimpin lain yang uzur atau sakit, malah di dalam Islam digalakkan menziarahi atau mendoakan kesejahteraan untuk mereka. "Tetapi dalam isu ini, Azmin menunjukkan betapa rendahnya moral beliau sebagai sebahagian daripada pemimpin kerdil Melayu yang sanggup mencerca seorang negarawan tanahair," tegasnya. Sebaliknya, jika seorang pemimpin Melayu beragama Islam itu tinggi moralnya, dia akan mendoakan kebaikan atau paling tidak berdiam diri tanpa mengeluarkan kata-kata penghinaan atau bersifat cacian. Beliau kesal Azmin dengan sifat sombong dan angkuhnya menyifatkan perkataan paling lunak untuk merujuk kepada bekas Perdana Menteri yang sedang menerima rawatan di Austarlia itu sebagai 'tersungkur'. Katanya, kenyataan itu juga boleh disamakan dengan mereka yang tidak tahu untuk bersyukur kepada Allah swt di atas kejayaan kepimpinan Dr. Mahathir membangunkan rakyat dan negara. Syed Ali berkata, pemimpin PKR itu sepatutnya mencontohi pekerti ditunjukkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang berlapang dada mengunjungi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika terlantar sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan tidak lama dulu. "Semua orang tahu pertelingkahan politik antara Nik Aziz dengan pemimpin UMNO tetapi kerana Najib ada moral dan bersangka baik, dia sanggup menziarahi dan mendoakan kesejahteraan untuk Nik Aziz," jelasnya. Sebaliknya kata beliau, Azmin mencontohi perlakuan 'sifunya', Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat memusuhi Dr. Mahathir kerana dendam politik. "Azmin tidak tahu bersyukur kerana hasil kepimpinan mantan Perdana Menteri itulah membolehkan beliau termasuk Anwar berpeluang memiliki sedikit kuasa politik," katanya. Azmin selepas berucap sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak Ahad lalu, menjelaskan bahawa istilah tersungkur yang agak lunak untuk didengar kerana kedegilan Dr. Mahathir bersekongkol dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang memperjuangkan fahaman perkauman sempit. Menurut Syed Ali, tuduhan Azmin kononnya Dr. Mahathir sebagai pengamal fahaman rasis juga sebagai tidak berasas kerana prinsip kebangsaan yang ada pada bekas Perdana Menteri itu membolehkan Melayu kekal berkuasa sehingga kini. "Azmin terlalu mentah untuk bercakap soal rasis kerana beliau sendiri hidup atas ehsan Anwar yang sanggup mengkhianati Melayu kerana cita-cita politik untuk berkuasa," katanya. | |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 03 Oct 2010 03:06 PM PDT Kit Siang terus phobia jika Melayu diminta bersatu... Posted: 03 Oct 2010 11:21 AM PDT
Takut benar Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan sesiapa sahaja yang buat kenyataan minta orang Melayu bersatu.
Terbaru, pemimpin veteran parti pembangkang itu macam 'angin satu badan' dengan kenyataan timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin yang berkata hak orang Melayu untuk menerajui negara ini.
Lim bukan sahaja membidas Hamim malah turut mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwanya sebagai juara mempertahankan jentera kerajaan BTN.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu sebenarnya sudah lama 'bengang' dengan BTN.
Malah sebelum ini beliau hentam BTN mengenai modul latihan di biro berkenaan yang didakwanya berbaur rasis selain mempertikai peruntukan kerajaan bagi organisasi itu terus meningkat.
Beliau juga pernah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menutup BTN dengan alasan mengekang gagasan 1 Malaysia.
Dan apabila Datuk Maslan Ahmad mempertahankan BTN, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu teruk juga kena lanyak malah Muhyiddin yang membela Maslan pun kena hentam.
Nampak gayanya, Lim begitu takut dengan BTN dan soal orang Melayu yang patut bersatu demi agama, bangsa dan negara.
Beliau macam histeria apabila perkara itu dibangkitkan malah kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu itu juga dikritik dengan lantang olehnya.
Apa yang Lim takutkan jika orang Melayu bersatu seperti disarankan Muhyiddin, Mahathir dan Hamim?.
Adakah kaum lain termasuk Cina tidak pernah bersatu dalam menangani sesuatu isu di negara ini?
Ramai tahu betapa peniaga-peniaga Cina bersatu dalam banyak hal terutama mendesak kerajaan akur kepada tuntutan mereka seperti mendesak kenaikan harga barang dan sebagainya.
Tidak perlulah dikaitkan kaum Cina bersatu dalam perkara lebih besar kerana setiap kaum tahu matlamat masing-masing.
Sebenarnya, Lim cuba memecahkan lagi penyatuan orang Melayu kerana beliau tahu Dr Mahathir pernah menyatakan, orang Melayu di negara ini berpecah kepada tiga kumpulan.
Kalau hendak jelas ia adalah kepada UMNO, PAS dan PKR.
Bayangkan kalau gesaan Melayu supaya bersatu menjadi kenyataan, apa akan jadi?
Perkara inilah yang hendak dielakkan Lim dan pemimpin pembangkang lain yang sudah ada sifat Melayumophobia.
Sebabnya mudah kerana penyatuan orang Melayu akan menyebabkan agenda mereka untuk menguasai negara ini terkubur.
Mungkin sekarang, Lim dan rakan-rakannya sudah mula nampak peluang mereka apabila anaknya sudah menguasai Pulau Pinang dan mungkin dapat menguasai Perak jika parti itu letak boneka Melayu dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.
Lim sebenarnya sedang bermimpi beliau bakal jadi Perdana Menteri.
Sebab itu, ramai pemimpin dan orang Melayu sudah nampak wayang DAP dan mereka dengan tegas menyatakan orang Melayu perlu bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.
Apatah lagi kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.
"Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas," kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno, di ibu negara Isnin.
"Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran," tambah beliau.
Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasama dengan masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.
"Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC," katanya lagi.
Cuma dalam kenyataan terbarunya, Lim cuba melaga-lagakan Najib dengan pegawai BTN terbabit kononnya dengan jelas apa dikatakan Hamim menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib diperlekehkan oleh musuh-musuh dalam kumpulannya sendiri.
"Kenyataan ini adalah bukti terbaharu bahawa musuh utama 1 Malaysia Najib ialah daripada kem sendiri, bukan sahaja dari UMNO tetapi juga BTN dalam kerajaan," kata beliau.
Lim menambah, apabila BTN terus-menerus menggunakan pendekatan ofensif, tidak sensitif dan kempen percambahan fikiran yang bersifat rasis, bukan sahaja di kalangan kakitangan awam tetapi diperluaskan meliputi aktivis politik dalam lingkungan Umno termasuk Puteri Umno, maka adalah jelas Najib berhadapan dengan tentangan terbuka, yang mempunyai sokongan Muhyiddin.
Peliknya, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.
Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.
Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.
"Saya merujuk kepada artikel dalam portal berita yang memetik timbalan pengarah BTN menggunakan kata-kata kesal ke atas bukan Melayu pada mesyuarat tertutup Puteri Umno hari ini.
"Saya ingin menekankan bahawa BTN adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Jika seorang pegawai dari agensi itu didapati mengeluarkan kenyataan seumpama itu, ia boleh dilihat sebagai menggambarkan pandangan kerajaan," katanya.
Subramaniam menggesa Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan susulan.
Kepada Lim dan Subramaniam, jawapan kepada kegusaran anda, sedarlah ' di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung'.
Jika Melayu ditegah atau dihalang bersatu kerana kaum, mereka pasti boleh bersatu demi Islam.
Oleh: ROSLAN BIAN-28/9/2010 |
| PAS buang tabiat menjelang Galas…dah mula jual nama Ku Li Posted: 03 Oct 2010 11:13 AM PDT
Berbeza dengan senario menjelang pilihanraya kecil yang lampau…PAS nampak macam darah gemuruh sikit untuk berdepan dengan Galas walaupun kerusi itu miliknya.
Antaranya ada di kalangan pemimpin PAS membuat kenyataan yang bernada pelik. Kata orang ' buang tabiat' bunyinya.
Mungkinkah mereka goyah mengenangkan kejutan ketika pilihan raya kecil DUN Manik Urai tak jauh dari situ Julai tahun lalu apabila calon mereka Fauzi Abdullah hanya menang tipis dengan 65 undi.
Dari pemerhatian ada tanda-tanda yang jelas apa buat PAS cukup tak sedap badan macam demam tak kebah ialah faktor Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dilantik sebagai Pengarah pilihanraya BN untuk pilihanraya kecil itu.
Sebab itu, tiga pemimpin PAS buat kenyataan pelik fasal PRK Galas.
Selasa, Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berrkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas kononnya atas dasar perpaduan Melayu.
Rabu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib pula kata Tengku Razaleigh Hamzah akan sokong calon mereka.
Harakahdaily.net pula memetik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.
"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.
"Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku.
Sama ada sudah buang tabiat atau sudah merepek agaknya pemimpin-pemimpin PAS apabila mereka sedar PAS bukan lagi ada jalan mudah untuk menang di Galas.
Logik ke Tengku Razaleigh , ahli parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO Bahagian itu sejak sekian lama tiba-tiba hendak sokong calon PAS dalam PRK Galas?
Walaupun beliau nampak macam memihak PAS dalam isu royalti Petronas untuk Kelantan, ini tidak bermakna bekas Menteri Kewangan itu sanggup korbankan prinsip dan kesetiaannya selama ini dengan UMNO dengan menyokong calon PAS.
Kenyataan Harun dan Takiyuddin hanya menggambarkan parti itu sudah kecut perut untuk bertembung UMNO atau BN di Galas tidak lama lagi.
Semua itu hanya perang psikologi PAS untuk meminta UMNO menyerahkan kerusi tanpa bertanding atas alasan perpaduan Melayu dan jimat wang selain pendapat mengatakan Tengku Razaleigh akan sokong calon mereka.
Menariknya dalam PAS berangan-angan Tengku Razaleigh akan sokong calon mereka, pemimpin veteran UMNO itu telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO-BN untuk PRK Galas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO, Rabu.
"Dengan restu Presiden, (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.
Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.
Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.
"Saya yakin peluang kita untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah," kata Muhyiddin.
Dengan persetujuan Ku Li menggalas beban PRK Galas, PAS boleh lupakan cita-cita mereka berharap pemimpin UMNO itu akan menyokong calon mereka.
Nampak sangat sebelum bertarung, PAS sudah kalah.
Walaupun BN menang di Galas dan tidak menggugat kerajaan PAS Kelantan, tetapi keegoan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu pasti akan koyak.
Dengan perlantikan Tengku Razaleigh itu, desas desus mungkin beliau jadi calon BN kawasan itu kira boleh padam.
Semua sedang menanti siapa calon yang 'direstui' beliau untuk mengembalikan kegemilangan Gua Musang yang selama ini terus maintain 3-0 untuk ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan itu yang 'pecah' dengan kejatuhan Galas pada PRU 12 Mac 2008.
Oleh: ROSLAN BIAN-29/9/ |
| Air Kedah dan Pulau Pinang naik jua akhirnya Posted: 03 Oct 2010 10:28 AM PDT Ketika bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid mengumumkan penswastaan bekalan air di negeri Kedah sewaktu UMNO menjadi kerajaan, Pas dengan beberapa pemimpinnya menentang keras usaha tersebut dengan alasan penswastaan akan membebankan rakyat.
Beberapa pemimpin Pas telah menghimpunkan ratusan ahlinya untuk berdemonstrasi di hadapan Wisma Darulaman bagi membantah rancangan tersebut.
Kerajaan di bawah pimpinan UMNO telah membatalkan rancangan tersebut demi kesejahteraan rakyat.
Belum pun rakyat Kedah lupa akan peristiwa tersebut, tiba-tiba Jabatan Bekalan Air Kedah diswastakan oleh kerajaan Pas di bawah Syarikat Bekalan Air Kedah (SADA). Caj air pun akan dinaikkan sebanyak 27 peratus.
Di mana rasionalnya kalau Pas menentang UMNO menswastakan bekalan air di negeri Kedah sebelum mereka menjadi kerajaan, tetapi kini mereka melakukan sebaliknya.
Pemimpin jenis apakah ini?
Mungkin benarlah apa yang dikatakan oleh orang-orang Kedah sekarang SADA bermaksud Syarikat Air Datuk Azizan.
ANAK SELUANG
Kulim
Jangan salahkan kami – Azizan
Oleh NAZARUDIN SHAHARI nazarudin.shahari@utusangroup.com.my
ALOR SETAR 2 Okt. – Kerajaan negeri Kedah hari ini tidak mahu dipersalahkan dalam isu kenaikan tarif air di negeri ini mulai semalam, sebaliknya menuding jari kepada Kerajaan Pusat sebagai punca tindakan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaitkan kenaikan tarif air itu berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat pada 2006 bertujuan menyelesaikan masalah pinjaman oleh kerajaan-kerajaan negeri berkaitan bekalan air.
Beliau berkata, penstrukturan semula itu dilaksanakan melalui Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Akta Industri Perkhidmatan Air yang diluluskan oleh Parlimen.
Katanya, penstrukturan semula melibatkan pengambilalihan aset air Kedah oleh syarikat milik penuh kerajaan iaitu Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) dan sebagai balasan PAAB akan mengambil alih liabiliti air kerajaan negeri Kedah.
Menurutnya, PAAB kemudiannya menyewa pajak aset air itu kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada kadar sewa tahunan yang ditetapkan.
"SADA yang dikorporatkan pada 1 Januari lalu terpaksa menyelaraskan semula tarif air seperti yang diminta oleh SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) kerana hutang RM1.7 bilion yang ditanggung sebelum ini.
"Kerajaan negeri tidak mampu membayar RM50 juta setahun ke atas hutang itu dan jalan penyelesaiannya adalah pengkorporatan dan kadar air terpaksa diselaraskan semula," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri Persatuan Alumni Maktab Mahmud di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas bantahan oleh pelbagai pihak ekoran tindakan SADA menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai semalam.
"Sekiranya Kerajaan Pusat tidak kacau, kerajaan negeri tidak mahu naik tarif air," ujarnya.
Beliau juga menyifatkan kenaikan bagi pengguna domestik tidak begitu tinggi berbanding pengguna industri dan komersial.
"Jangan dinilai kenaikan berdasarkan peratusan tetapi daripada aspek kuantiti iaitu lima tong drum bersamaan 50 sen sahaja," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya menuding jari kepada Kerajaan Pusat berhubung isu itu dengan mendakwa kenaikan tersebut mendapat kelulusan daripada SPAN.
Beliau berkata, walaupun kenaikan tarif air diluluskan oleh Kerajaan Pusat, kerajaan negeri masih mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan tindakan itu.
"Kerajaan Pusat hanya meluluskan dasar dan terpulang kepada budi bicara kerajaan negeri membuat keputusan akhir," katanya.
Kerajaan negeri didakwa gagal urus Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
PULAU PINANG 2 Okt. - Kenaikan tarif air dan Surcaj Penjimatan Air (WCS) di Pulau Pinang seperti diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini, didakwa satu langkah untuk menutup kelemahan pengurusan air di negeri ini.
Pada masa sama tindakan itu jelas menunjukkan Guan Eng selaku Pengerusi PBA Holdings Bhd. gagal menguruskan dan tidak cekap menerajui syarikat pembekalan air itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kenyataan Ketua Menteri yang menyatakan surcaj diperkenal disebabkan rakyat negeri ini membazir tidak boleh diterima.
Menurutnya, ini kerana, sejak Guan Eng memegang jawatan Pengerusi PBA Holdings Bhd. pada tahun 2008, keuntungan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn. Bhd. menurun dengan mendadak.
"Ini dapat dilihat apabila keuntungan PBA Holdings menurun daripada RM47.64 juta pada tahun 2006, RM43.97 juta (2007), RM31.29 juta (2008), sehingga RM14.81 juta tahun lalu.
"Itu sudah jelas menunjukkan Guan Eng tidak berkebolehan menerajui syarikat air di negeri ini, bagi menutup kekurangan keuntungan itu mereka menaikkan tarif air dan kenakan surcaj sehingga membebankan rakyat," katanya di sini hari ini.
Baru-baru ini, PBAPP mengumumkan kenaikan tarif air bagi sektor perniagaan sebanyak 27 peratus bagi menampung peningkatan kos berkuat kuasa pada 1 November ini.
Syarikat itu turut mengumumkan surcaj ke atas pengguna domestik yang menggunakan air lebih daripada 35,000 liter sebulan sebagai usaha mengurangkan pembaziran air dan subsidi, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, beliau yakin rakyat tidak akan dibebankan dengan kenaikan tersebut sekiranya syarikat pembekalan air diuruskan oleh mereka yang pakar dan cekap.
"Dulu mereka umum beri rebat sebanyak RM17 juta kepada 170,000 keluarga pada tahun lalu dan ia sebenarnya turut menyumbang kepada pembaziran dan kini mereka pula dibebankan dengan pengenalan surcaj," ujarnya.
Perkara itu turut dipersetujui Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang menyifatkan ia sebagai satu lagi pembohongan Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang.
"Inilah yang terjadi apabila negeri ini hanya 'diurus' oleh Guan Eng seorang. Mana pergi Exco-exco yang lain, takkan tiada siapa membantah perkara seperti ini.
"Mereka pandai cakap Kerajaan Pusat zalim sebab tarik subsidi, naikkan harga itu dan inilah walaupun kita ada alasan tetapi kini di Pulau Pinang apa jadi, Guan Eng sebenarnya yang membebankan rakyat," tegasnya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng, berkata, mereka membantah pengenalan surcaj tersebut kerana membebankan rakyat yang mempunyai ahli keluarga ramai dan berpendapatan rendah.
"Saya akui memang kita perlu berjimat tetapi pendekatan yang dilaksanakan kerajaan negeri menjejaskan golongan yang tidak sepatutnya menanggung beban itu.
"Ia seperti menarik balik keistimewaan rakyat negeri ini. Jika selama ini kita menikmati harga air yang rendah tetapi mulai bulan depan kita semua berdepan bayaran yang tinggi untuk penggunaan air," katanya
Surcaj Pembaziran Air: Wujudkah Pembaziran atau..........? Posted: Friday, 24 September 2010 | Dihantar oleh Tamingsari | Isu kenaikan tarif atau surcaj pembaziran adalah satu keputusan yang tidak adil kepada rakyat pulau pinang. Kerajaan Guan Eng yang terkenal sebagai kerajaan yang tidak berakuantabiliti telah menguatkuasakan arahan ini dan pastinya ia akan terkesan kepada pihak-pihak tertentu.
Mangsa kepada keadaan ini pasti buat rakyat yang punyai keluarga yang ramai,bayangkan satu rumah lebih dari 8-9 orang,sudah pasti pengunaan air adalah tinggi.Masjid dan rumah ibadat lain.Perniagaan yang memerlukan air yang banyak sudah pasti akan terkesan akibat kenaikkan tarif ini.
PBA dibawah kerajaan negeri ternyata gagal diurus dengan baik. Cekap ,Akauntabiliti dan Telus hanyalah retorik . Pada 2007 keuntungan dicatatkan berjumlah RM43.9 juta,ini satu peningkatan yang amat tinggi ketika pemerintahan dibawah kepimpinan BN.Inilah bukti dibawah kerajaan BN pengurusan yang baik berjaya memperolehi keuntungan yang tinggi pada masa yang sama langsung tiada kenaikkan tarif air.
Pada 2008 sejak pemerintahan pakatan haprak PBA dipengerusikan oleh Guan Eng sendiri telah mencatatkan keuntungan yang menurun kepada RM31.3 juta. Pengurusan PBA dibawah akauntan buruk berlidah biawak ini bukan bertambah baik malah makin teruk apabila pada tahun 2009 keuntungan menurun lebih dari pada 50% kepada RM14.8 juta.
Inilah hadiah pakatan kepada rakyat Pulau Pinang. PBA satu syarikat milikan kerajaan negeri mengalami kerugian yang besar dibawah sistem CAT Guan Eng.Ini ternyata satu kegagalan dibawah urus tadbir yang benar benar tidak Cekap, Akauntibiliti yang lemah dan langsung tidak Telus.
Ketua menteri berlidah biawak ini memberikan alasan kononnya kenaikkan tarif adalah untuk menghukum penguna air.Sebaliknya tidak mendedahkan sebab yang sebenar mengapa pihak PBA perlu menaikkan tarif air.
Sudahlah gagal menunaikan janji pilihanraya,sebaliknya mungkir janji dan telah menyusahkan rakyat.Inikah contoh kerajaan negeri yang berkebajikan? Pisau nampak kerajaan negeri ini lebih kepada berkeanjingan yang membuli rakyat negeri Pulau Pinang |
| ANTARA KEPENTINGAN NASIONAL DAN ETNIK Posted: 03 Oct 2010 05:57 AM PDT Apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal pada tahun 1948, asas politik yang diletakkan adalah politik perwakilan kaum. Setiap parti politik ditubuhkan untuk mewakili kaum yang terlibat dalam proses politik Tanah Melayu iaitu Melayu, China dan India. Setiap pemimpin politik mewakili suara dan kepentingan kaum masing-masing. Persekutuan antara kaum-kaum ini membentuk Parti Perikatan yang kemudiannya muncul sebagai parti pemerintah sehingga sekarang ini dan bertukar nama menjadi Barisan Nasional. Komponen daripada Barisan Nasional ini ialah parti-parti politik yang mewakili kepentingan kaum Melayu, Cina dan India.
Apabila kemerdekaan dicapai sehinggalah wujudnya Malaysia pada 1963, politik perkauman terus menjadi asas kepada proses politik di Malaysia baik dalam entiti parti pemerintah mahupun entiti parti pembangkang. Secara positif, politik perkauman ini menyumbang kepada konsep dan prinsip integrasi nasional dan menolak prinsip asimilasi seperti yang diamalkan oleh beberapa Negara tetangga yang turut berada di dalam gelombang kemerdekaan. Proses integrasi ini dapat membina penyatuan tanpa membuang keperibadian asal mana-mana kaum. Namun kesan negatifnya juga turut wujud apabila perjuangan untuk menegakkan kepentingan kaum masing-masing mula melahirkan sentimen-sentimen perkauman dan akhirnya mewujudkan pihak pelampau perkauman.
Dalam mengukuhkan perpaduan sebuah negarabangsa yang baru dan diasaskan kepada sifat-sifat majmuk itu, maka satu keperibadian yang bersifat nasional atau keperibadian kebangsaan diwujudkan. Ia diwujudkan bagi mengikat sifat-sifat majmuk yang berdasarkan keperibadian etnik ini di bawah satu keperibadian nasional yang dapat dipegang dan dihormati oleh semua warganegara. Walau bagaimanapun keperibadian kebangsaan yang diasaskan kepada keperibadian rumpun alam Melayu mengalami satu proses yang panjang untuk ditanam di dalam hati setiap warganegara terutamanya warganegara daripada etnik bukan Melayu sebagai keperibadian kebangsaan yang menjadi identiti kepada semua rakyat Malaysia.
Hal ini berlaku kerana pemikiran politik berasaskan kepentingan kaum yang menjadi acuan kepada pembinaan negarabangsa Malaysia ini sering melihat segala tindakan politik melalui sudut pandang perkauman. Ia sentiasa melihat sesuatu tindakan secara prejudis dan bias. Politik perkauman yang menjadi asas kepada proses politik ini sebenarnya adalah salinan kepada kerangka kolonialisme Barat yang berasaskan prinsip 'pecah dan perintah' (divide and rule). Kerangka pemikiran ini menjelaskan tentang kekuasaan politik yang dapat diperolehi melalui eksploitasi terhadap seberapa banyak perbezaan yang dapat diwujudkan di dalam masyarakat atau rakyat. Saling tidak memahami dan perasaan curiga menjadi senjata yang amat berkesan dalam menguasai ruang politik.
Dua peristiwa yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan gelung pemikiran lama yang berasaskan kerangka kolonialisme itu masih menjadi penguasa yang amat perkasa dalam ruang politik Malaysia. Peristiwa warga China didera oleh polis tiba-tiba menjadi isu nasional yang sangat besar adalah contoh tentang bagaimana sentimen perkauman itu telah mengatasi kepentingan nasional. Kes penderaan yang boleh dikatakan sebagai kes terpencil ini diangkat seolah-olah ia menjadi amalan pihak berkuasa yang melakukan diskriminasi terhadap etnik tertentu. Tanpa memikir dan mempertimbangkan kesan terhadap masyarakat dan Negara, isu ini menjadi sentimen parti politik untuk meraih sokongan daripada kaum tertentu yang diwakili mereka. Ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap politik yang prejudis dan berkecenderungan chauvinistik dari era lama itu masih kukuh dalam pemikiran dan aplikasi politik Malaysia dalam abad ke-21 ini.
Peristiwa Moorty semakin jelas memperlihatkan bahawa pemikiran politik perkauman (agama) yang dibawa dari era lama itu terus menjadi sandaran dalam menentukan keutamaan tindakan-tindakan politik. Situasi atau isu yang dapat dimanfaatkan untuk mendapat sokongan politik daripada kaum yang diwakili segera menjadi agenda paling penting dalam perjuangan politik melangkau kepentingan nasional. Memorandum dan usul untuk meminda perlembagaan yang melibatkan kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil di atas perjuangan memenangkan kepentingan kaum telah membelakangkan bukan sahaja perlembagaan yang menubuhkan institusi Negara tetapi juga rukunegara itu sendiri. Tindakan ini dilihat tidak mempedulikan kepentingan nasional yang memperjuangkan kepentingan untuk semua kaum tetapi lebih selesa untuk memberikan keutamaan terhadap kepentingan kaum yang diwakili hatta memusnahkan ikatan Negara yang diasaskan kepada kontrak sosial yang dipersetujui sebagai dasar pembinaan Negara bangsa Malaysia.
Kedua-dua isu ini memperlihatkan realiti politik pada hari ini sedang melebarkan jurang perbezaaan masyarakat dan akhirnya meraih keuntungan politik terhadap perpecahan dan perluasan jurang antara masyarakat tersebut. Sehingga hari ini sentimen perkauman menjadi senjata yang sangat perkasa kepada mana-mana parti politik untuk menguasai ruang politik Malaysia. Oportunis-oportunis politik sentiasa menjadikan sentimen perkauman sebagai 'tangan dewa' untuk mencapai cita-cita politik mereka. Bahkan dalam suatu keadaan pemimpin tua yang didesak untuk berundur juga bertindak memainkan sentimen perkauman untuk mempertahankan kuasa beliau di dalam parti dan beliau berhasil.
Pemikiran politik yang berasaskan tradisi lama yang dipertahankan oleh golongan 'old guards' ini adalah jelas berasaskan politik perkauman dan sering menjadikan agenda kaum lebih penting daripada agenda nasional. Hal ini dapat diterima dan difahami dalam era abad ke-20 yang lalu sebagai asas memahami sifat-sifat majmuk Negarabangsa yang baru ditubuhkan. Tetapi ia menjadi sesuatu yang janggal dan ketinggalan zaman apabila masih menjadi asas kepada proses politik Malaysia pada abad ke-21 ini.
Malaysia telah melalui satu bentuk pembinaan masyarakat majmuk yang telah sampai kepada peringkat terhapusnya dikotomi 'peribumi dan pendatang' yang menjadi tembok pemisah besar pada suatu ketika dahulu. Generasi yang ada di Malaysia pada hari ini adalah generasi yang lahir dan membesar di Negara ini dan mengecapi sepenuhnya suasana kehidupan di dalam Negara Malaysia. Generasi hari ini tanpa mengira apa kaum pun tidak mempunyai sebarang tanahair yang lain selain daripada Malaysia. Maka adalah suatu hal yang malang apabila kerangka pemikiran politik yang berasaskan kepentingan kaum itu masih menjadi teras amalan politik dan kehidupan di Malaysia.
Malaysia hari memerlukan kehadiran golongan 'young guards' yang dapat memansuhkan kerangka-kerangka pemikiran politik lama dan usang serta tidak sesuai lagi untuk menjadi asas kepada pembinaan Negara pada abad yang lebih memperhatikan persaingan global ini. Suatu bentuk kerangka pemikiran politik yang meletakkan individu sebagai unit universal dilihat lebih praktikal daripada meletakkan individu sebagai unit parochial yang terikat kepada batas biologi dalam konteks persaingan dan komunikasi global hari ini.
Kewajaran ini adalah berasaskan proses semulajadi yang sentiasa berlaku dalam kehidupan alam dan manusia iaitu proses evolusi dan kelahiran suasana-suasana baru. Kerangka pemikiran baru ini harus melihat sesuatu tindakan daripada aspek nasional atau keseluruhan dan bukan lagi dari sudut pandang terpencil dan etnosentrik yang usang. Menerimapakai sentimen-sentimen perkauman daripada kerangka pemikiran politik golongan 'old guards' adalah satu tindakan yang melangkah ke belakang dan menafikan evolusi politik dan masyarakat yang berlaku. Jika ini masih terus berlaku maka masyarakat dan kehidupan politik di Malaysia akan melalui suatu lagi bentuk proses semulajadi, iaitu – proses pemfosilan. |
| 50 warga emas Bayan Baru pulangkan wang ihsan RM100 Posted: 03 Oct 2010 05:43 AM PDT Oleh Yoges Palaniappan October 02, 2010 GEORGE TOWN, 2 Okt — Sekitar 50 orang warga emas di kawasan Bayan Baru memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang atas alasan mendakwa pembayaran itu bersumberkan wang judi.
Mereka memulangkan wang diterima masing-masing kepada Ketua Umno Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu pada satu majlis ringkas di pejabatnya hari ini.
Pembantu khas Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim, Ismail Abdul Ali juga antara mereka yang memulangkan wang hari ini.
Zahrain meninggalkan PKR, parti komponen Pakatan Rakyat awal tahun ini dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Dia memulangkan RM1,000 yang dibayar kepada keluarga wasiat ekoran kematian ibunya Julai lalu.
Ismail berkata beliau berterima kasih kepada Umno yang menimbulkan perkara itu baru-baru ini.
"Saya tidak mahu duit ini. Saya menggesa (Exco) Abdul Malik tidak memainkan isu ini meskipun saya adalah pembantu khas kepada Ahli Parlimen Zahrain," kata Ismail merujuk kepada Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim yang mempertahankan dana wang ihsan bukan daripada hasil aktiviti judi.
Seorang warg emas Habsah Saib, 81, berkata dia mengubah fikiran untuk memulangkan wang ihsan selepas mendapati ia datang daripada sumber-sumber yang tidak halal.
"Saya boleh bayar wang ini sekarang ketika saya masih hidup, tetapi tidak berupaya untuk buat apa-apa apabila saya sudah mati. Saya tidak mahu wang ini," katanya lagi.
"Saya bersama dengan Umno selama 53 tahun, saya tidak pernah dengar mereka lakukan begini," katanya.
Abdul Rahim berkata warga emas terbabit rasa terganggu selepas mendapati wang ihsan datang daripada sumber-sumber judi.
Beliau menambah, pemimpin-pemimpin Umno bahagian akan berbincang dengan kepimpinan Umno sebelum menentukan tindakan susulan.
"Kami mungkin akan memberikannya sebagai derma atau kepada kuil-kuil, tetapi apa pun duit itu tidak boleh diberikan kepada orang Islam, kita perlu beri kepada kafir," katanya.
Ketua Umno Taman Brown Datuk Hamid Araby Md Salih berkata, umat Islam di negeri itu tidak akan menerima wang ihsan jika tahu bahawa ia datang daripada sumber hasil judi.
"Exco agama Malik tidak berguna dan harus meletakkan jawatan... beliau telah membohongi rakyat tetapi tidak boleh menipu Allah," katanya.
"Saya mencabar kerajaan negeri menghentikan aktiviti ini dengan segera," katanya lagi.
Ini kali ketiga majlis seumpama diadakan oleh pemimpin Umno.
Dalam laporan pagi tadi, sambil menafikan Umno Pulau Pinang bersandiwara, setiausahanya menyifatkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat negeri itu sebagai "bodoh tidak bertempat" apabila mencabar kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat kerana terus-menerus mempertikaikan 'kesucian' wang ihsan.
Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di Pulau Pinang agar memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima mereka ekoran dakwaan Umno bahawa dananya bersumberkan hasil judi.
"Mereka (Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang) ini tidak tahu pucuk pangkal, sebab itu pakai cakap sahaja.
"Apa yang kita bangkitkan adalah isu tabung wang ihsan bukan soal gaji wakil rakyat, mereka ini bodoh tidak bertempat.
"Kalau nak cabar kita pulangkan gaji dan elaun bagaimana dengan kakitangan awam di negeri ini? Bukankah mereka juga patut pulangkan wang itu?," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
ADUN Penaga itu juga berkata, pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di negeri itu untuk memulangkan semula wang ihsan tersebut.
Tambahnya, semalam sembilan orang warga emas telah memulangkan wang ihsan tersebut di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga.
Dakwaan kerajaan negeri menggunakan sumber dari punca judi bagi menghargai warga emas melalui pemberian wang ihsan RM100 dan juga program miskin tegar telah dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Umno pusat pertengahan bulan lau.
Kerajaan negeri juga didakwa menggunakan wang dari dana Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang sebagai sumber kepada pemberian wang penghargaan tersebut.
Di sebalik dakwaan tersebut Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa bercakap kepada media pada 25 September di Teluk Air Tawar, turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah dan pembohongan yang cuba ditimbulkan oleh Umno di Pulau Pinang./td> |
| JUDI : ANTARA HALAL DAN HARAM? Posted: 03 Oct 2010 05:20 AM PDT Judi dan kelas — Awang Selamat October 03, 2010
Isu kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan wang daripada sumber perjudian bagi membayai program membasmi kemiskinan telah membawa satu polemik terbuka antara pemuda UMNO dan DAP. Isu ini membawa kepada perdebatan terbuka bila penerima wang tersebut mula memulangkan kepada kerajaan negeri.Saperti biasa DAP mula mengatakan UMNO terlibat dalam isu ini. Kini soal halal dan haram menjadi topik perbincangan antara orang Islam dan bukan Islam. Tentunya bila gajah dengan gajah bertempur, sudah pasti pelanduk tersepit ditengah-tengah. Situasi menjadi kelam kabut bila ada di kalangan cerdik pandai agama yang mengatakan duit itu halal.Makin kelirulah orang Pulau Pinang. Tidak cukup dengan isu tersebut dikaitkan pula dengan soal gaji pula. ADUN UMNO diminta pulangkan duit gaji kerana ada unsur haram kata Pemuda DAPSY.
3 OKT — Sekali lagi reputasi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi tanda tanya besar. Terbaru, dalam isu kerajaan negeri menggunakan wang daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan.
Sebelum ini, beliau bermati-matian menafikan kerajaan pimpinannya berbuat demikian.
Tetapi apabila bukti penerimaan wang itu didedahkan, beliau akhirnya terpaksa mengaku.
Apa yang turut mengecewakan ialah sikap pemimpin PKR dan Pas dalam kerajaan negeri yang sama bersubahat dengan Guan Eng.
Awang faham mereka mahu menjaga kedudukan. Namun ia tidak bermakna yang haram mahu dihalalkan. Haram tetap haram.
Seperti biasa apabila isu seperti itu dilihat menjejaskan imej pembangkang maka pihak lain termasuk UMNO pula dituduh dan dijadikan sasaran.
Mengalihkan dan mengelirukan isu sebenar memang kepakaran DAP dan PKR. Amat mudah untuk mengenal karakter pemimpin mereka walaupun berselindung di sebalik kostum badut.
Nasihat Awang kepada Guan Eng, berhentilah daripada menjaja falsafah Khalifah Umar Abdul Aziz, kalau beliau sendiri kelihatan tidak bersih.
Janganlah mempergunakan Islam sekadar untuk meraih sokongan. Ironinya, ramai orang Islam di negeri itu merasa tertekan di bawah kepimpinan beliau. Itu belum bercakap tentang ketidakadilan dan penyisihan kaum secara terancang.
Selama ini pemimpin DAP kerap melaung-laungkan tentang mentality pengurusan kelas pertama jika mereka memerintah sama ada di negeri mahu pun pusat. Kononnya akan setaraf dengan Singapura.
Yang Awang nampak dalam pentadbiran Guan Eng - bercakap dan berjanji — mungkin bertaraf kelas pertama tetapi dari segi pengurusan, belum ada kelas. — Mingguan Malaysia
Judi hak bukan Islam? Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan.
Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33. Pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman's Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII. 54 dan pandangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ ethics_s.htm).
Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi. (http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa.
Jadi, di manakah hujah untuk menghalalkannya. Sila layari http://gospelway.com/morality/gambling.php.
Saya berasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar. Saya memuji langkah Pemuda Umno yang begitu tegas menolak tindakan menghalalkan judi. Ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia.
Namun, jangan pula kita terpengaruh dengan agenda dan propaganda negeri ultra kiasu yang awal-awal lagi membuat gimik mengharamkan judi. Sebenarnya mereka mahu meniru negeri ultra kiasu di selatan Johor, yakni membuka kasino terbesar di Asia sebagai sumber pendapatan. Cuma masa masih tidak mengizinkan. Mereka masih belum mendapat apa yang dicitakan. Jika mereka sudah dapat, saya yakin gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz akan dibuang entah ke mana./td> |
| |
Dato Hj Rosol B Wahid Posted: 03 Oct 2010 07:07 AM PDT Malaysia,Syawal dan Galas... Posted: 02 Oct 2010 11:21 PM PDT Salam bloggers....Masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...mungkin menjadi pemimpin kecil di kalangan rakan rakan dan rakyat ini ada terkasar bahasa terlanjur kata...kemaafan jua dipinta...Juga keampunan dari Allah jua matlamat akhir sebagai seorang hamba...
Terima kasih kepada seluruh rakyat dan rakan -rakan yang jauh dan dekat yang sudi datang beraya ala kadar ke teratak saya...Sebagai tuan rumah, perkara yang paling seronok apabila mengadakan rumah terbuka ialah semua juadah, lauk pauk dan makanan yang disediakan tidak berbaki dan bersisa...dan kadang-kadang tuan rumah sendiri pun tak dang nak makan...terima kasih...Yang menariknya rumah terbuka saya kali ini ialah kehadirannya amat memberangsangkan...Percubaan saya untuk golek kambing boer En Hamidi nampaknya sesuatu yang istimewa. Walaupun idea golek kambing ini datang secara tidak dirancang...
Itulah sebenarnya sesuatu yang tidak dirancang memberi impak yang baik dan mungkin ianya akan lebih baik kalau dirancang dengan teliti dan baik...Atau tidak mustahil apa yang dibuat secara adhoc memberi kesan yang lebih baik...apakah ini terjadi secara kebetulan...Mungkin kebetulan atau coincidence ini terjadi sebab telah tersurat dan saya selalu kaitkan kebetulan itu dengan keikhlasan dan keberkatan...
Berkaitan dengan keberkatan...alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana sepanjang syawal ini saya tidak putus-putus dijemput untuk sambutan hari raya sama ada di peringkat cawangan, JKKK, jabatan dan orang perseorangan. Terimbau saya 10 lima belas tahun dahulu betapa sukarnya untuk nak adakan sambutan sebegini....Ertinya masyarakat kita hari ini mampu untuk celebrate selama 30 hari...kata mereka oleh kerana puasa 30 hari maka raya pun mestilah 30 hari...maka sukarlah bagi mereka yang kurang rajin puasa enam untuk mencukupkannya. Ramai yang menjadikan alasan rumah terbuka untuk tidak puasa sunat 6 hari ramadan..
Beberapa hari lagi kita terutamanya orang politik akan terlibat dengan pilihanraya kecil Galas. AlFatihah untuk YB yang baru kembali ke rahmatullah. Moga rohnya dikumpulkan bersama mereka yang beriman. Macam macam spekulasi tentang calon di war warkan...Tetapi yang pasti ialah apalah malangnya zaman PM DS Najib ni kerana terlalu banyak... Dan yangbpaling pasti ialah rakyat Galas akan menggalas satu tanggungjawab lagi untuk memilih calon yang terbaik bagi mewakili mereka nanti...
...Hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam...Fikir fikirkanlah...
Apabila disebut hari | |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 02 Oct 2010 03:09 PM PDT PRK GALAS : BN MULA SELASA Posted: 02 Oct 2010 02:20 AM PDT Jentera BN Galas akan mula kerja pada hari selasa. |
| KERAJAAN VS RAKYAT Posted: 02 Oct 2010 02:14 AM PDT Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun.
Rakyat Pulau Pinang tidak akan terima duit Program Penghargaan Warga Emas sebanyak RM 100 setiap tahun. |
| Pemilihan PKR: Anwar tidak terima pencalonan untuk sebarang jawatan Posted: 02 Oct 2010 02:06 AM PDT Pemilihan PKR: Anwar tidak terima pencalonan untuk sebarang jawatan
Lim Hong Siang | Sep 13, 2010 10:01:16 pm
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah memutuskan untuk tidak menerima sebarang pencalonan bagi sebarang jawatan parti yang dipertandingkan dalam pemilihan yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini. Dengan kata lain, Anwar tidak akan bertanding untuk jawatan Presiden PKR, sebagaimana yang diharapkan sesetengah anggotanya dalam parti.
Pandangan Penulis : Insiden disengajakan ? |
| Kula letak jawatan dalam DAP Perak? Posted: 02 Oct 2010 01:59 AM PDT Regina Lee Okt 2, 10 1:04am
Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang timbalan pengerusinya, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.
Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini.
Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini".
Kulasegaran membayangkan kemungkinan melepaskan jawatan di peringkat negeri, tetapi menegaskan beliau masih ahli parti itu.
Menurutnya, beliau tidak berniat untuk meninggalkan DAP tetapi menimbang kemungkinan meletak jawatan di peringkat negeri.
"Cukuplah. Dalam sidang akhbar esok, saya akan menjelaskan semua, " tulis Kulasegeran dalam Twitternya pada jam 12.45 pagi - beberapa jam selepas Twitter awal. ' Bagaimanapun, menurut satu sumber, Kulasegaran nampaknya telah mengubah fikirannya selepas dipujuk oleh beberapa pemimpin pusat DAP.
Bagaimanapun, beliau dijangka meneruskan hasratnya untuk mengadakan sidang akhbar itu pada jam 10.30 pagi ini di ibupejabat DAP Perak untuk memperjelaskan apa yang berlaku semalam |
| Galas: PAS tetap tanding, sedia hadapi sesiapa termasuk Ku Li Posted: 02 Oct 2010 01:53 AM PDT Nik Aziz: Cadangan calon, rendahkan darjat Ku Li | Okt 2, 10 2:22pm | | | Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai tidak wajar. Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN. "Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul. "Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di Kota Bharu hari ini. |
| DAP Perak Bermasalah : Kula batal sidang akhbar pada saat akhir Posted: 02 Oct 2010 01:38 AM PDT
Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran telah membatalkan pada saat akhir, sidang akhbar berhubung apa yang dipercayai krisis dalam kepimpinan DAP negeri itu.
Difahamkan beliau telah dipujuk oleh pimpinan tertinggi DAP supaya bertenang untuk tempoh seminggu ini.
Puak 'Ngeh-Nga' - panggilan yang diberikan kerana pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham (kiri dalam foto bawah) dan setiausahanya, Nga Kor Ming (kanan) adalah sepupu - terlibat dalam konflik dengan ramai pemimpin DAP di negeri itu sejak beberapa tahun lalu kerana tidak selesa dengan gaya kepimpinan autoritarian kedua-duanya.
Kulasegaran mengakui bahawa beliau meninggalkan mesyuarat malam tadi selepas berlangsung selama 90 minit kerana ia menemui jalan buntu. "Saya kecewa kerana tiada penyelesaian bermakna dapat dicapai dengan kepimpinan negeri," katanya. Kulasegaran mengesahkan bahawa beliau dan beberapa pemimpin lain tidak senang dengan usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk memperkukuhkan penguasaan mereka ke atas DAP Perak.
Pandangan Penulis : Satu lagi episod drama dari DAP ? | | | |
|
| TERKINI : PENCALONAN TIM. PRESIDEN PKR Posted: 02 Oct 2010 01:33 AM PDT
Timbalan Presiden : Azmin 91, Zaid 34, Mus 16, Tian 4, Khalid 4 Ketua AMK : Cikgu Bad : 35 , Shamsul : 29 |
| TEKNOLOGI TABLET MUDAH ALIH - TERBARU. Posted: 02 Oct 2010 01:17 AM PDT PERBANDINGAN saiz skrin Galaxy Tab dan iPad
HP SLATE
|
| Tun Mahathir dimasukkan ke Hospital Melbourne Posted: 02 Oct 2010 12:51 AM PDT Tun Mahathir dimasukkan ke Hospital Melbourne
2010/10/02 MELBOURNE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini, malam tadi bagi rawatan "batuk dan selesema".
Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth. Kami doakan agar Tun cepat sembuh. |
| Persatuan Ulama Malaysia PP sokong pemulangan duit judi oleh warga emas Posted: 01 Oct 2010 10:50 PM PDT Saturday, October 2, 2010
Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang hari ini membidas tindakan pemimpin kerajaan negeri yang beragama Islam serta kerana tidak menyiasat dengan terperinci berhubung dana yang diterima untuk program membasmi kemiskinan tegar dan wang ihsan kepada warga emas. Sudah tentunya yang beberapa pemimpin yang berkenaan seperti Malik Itik , Salleh Man , Mansor dan beberapa pemimpin Pemuda Pakatan seperti Syed Mikael yang hebat mempertahankan Guan Eng lidah biawak .
Pemimpin-pemimpin Melayu beragama Islam dalam kerajaan negeri seolah-olah 'membutakan mata' dan 'memekakkan telinga' apabila perkara tersebut dibangkitkan oleh rakyat PP sekali gus menerima bulat-bulat penerangan yang diberikan Guan Eng dan konco2nya sebelum ini.
Timbalan Yang Dipertua II persatuan itu , Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dalam satu kenyataannya nyata kesal dengan cara pemimpin beragama Islam menangani isu tersebut mahu mereka memainkan peranan lebih tegas terutama yang membabitkan hal agama.
Pada masa sama, beliau turut menyokong tindakan penerima bantuan program berkenaan serta wang ihsan sebanyak RM100 dari Penaga yang memulangkan wang tersebut adalah tepat sekiranya mereka meragui sumber dana itu.
"Jika saya sendiri pun akan memulangkan wang kerana ragu-ragu mengenainya, malah kenyataan dikeluarkan kerajaan negeri juga berbelit-belit dan menyebabkan rasa ragu-ragu itu semakin menebal.
"Mula-mula kerajaan negeri nafi tetapi lepas itu mengaku ada terima, namun ia diasing-asingkan, bukankah itu sahaja sudah cukup buat kita ragu-ragu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Jadi , jika Persatuan Ulama sudah menyatakan bahawa sokongan terhadap tindakan memulangkan wang judi jika ragu2 mengenainya , Malik Kassim dan pemimpin2 Pemuda Pakatan yang menjadi balaci Guan Eng tak perlu la bising dan menghina mereka ini bersandiwara atau dipengaruhi pihak lain .
Ikuti juga luahan warga emas ditipu oleh Guan Eng lidah biawak mengenai wang RM 100 ini. Ternyatan mereka bukan bodoh dan tahu bahawa nilai RM100 yang diterima dari Lim Guan Eng serta DAP adalah terlalu kecil untuk dibanggakan. Jelas sekali warga emas seperti pakcik ini bukanlah bodoh seperti yang dituduh oleh blogger-blogger tak cukup ajar didalam PAS. |
| ADUN-ADUN UMNO negeri akan saman Guan Eng? Posted: 01 Oct 2010 10:48 PM PDT
Akibat tak tahan dengan tekanan yang diterima berikutan pemulangan wang RM100 oleh warga emas, kerajaan DAP P.Pinang melalui wakilnya, Ng Wei Aik telah meminta semua ADUN UMNO memulangkan kembali gaji serta elaun yang diterima daripada kerajaan negeri.
Kata Ng Wei Aik, ini kerana dikhuatiri wang gaji serta elaun tersebut juga dari sumber hasil wang haram dan sumber judi.
Bagi saya, ini adalah tindakan yang paling bodoh malah boleh dikatakan teramat-amat bodoh daripada kerajaan DAP P.Pinang.
Bodoh yang pertama ialah, dengan kenyataan wakil DAP Ng Wei Aik ini, jelas menimbulkan keraguan sama ada memang benarlah selama ini kerajaan negeri DAP mengutip sumbangan (BUKAN CUKAI) dari 253 premis judi dan maksiat di P.Pinang untuk bayar gaji serta elaun pentadbiran negeri.
Bodoh yang kedua dilakukan oleh Ng Wei Aik dan DAP P.Pinang ialah, semua kakitangan pentadbiran negeri termasuklah ADUN UMNO wajib menerima elaun serta gaji kerana mereka BERKERJA. Jadi , yang salah bukan ADUN-ADUN tersebut sebaliknya kerajaaDAP negerilah yang tak berakal!
Dan jika kerajaan DAP negeri membayar gaji dan elaun mereka menggunakan sumber haram dari hasil judi, itu adalah salah kerajaan DAP negeri dan Lim Guan Eng serta DAP boleh disaman dan diambil tindakan kerana menganiaya orang islam kerana sengaja menyalurkan duit judi yang ternyata HARAM.
Ini berbeza pula dengan hal sumbangan kepada warga emas melalui Program Membasmi Kemiskinan di P.Pinang. Warga emas ini tidak berkerja untuk kerajaan DAP negeri dan sumbangan diberi kepada mereka diatas dasar sukarela. Dan mereka berhak memulangkannya pada bila-bila masa apabila mereka syak sesuatu yang tak kena dengan sumber wang tersebut.
Saya rasa, kesebelas ADUN UMNO P.Pinang boleh memulangkan gaji dan elaun mereka kepada kerajaan negeri jika kerajaan DAP negeri mengatakan ia dibayar menggunakan sumber HARAM termasuklah wang sumbangan kelab judi.
Tetapi, Lim Guan Eng dan juga kerajaan negeri harus menggantikan wang gaji dan elaun tersebut dengan "wang yang halal" kerana ADUN UMNO P.Pinang telah berkerja dan berkhidmat untuk rakyat didalam negeri diatas kapasiti sebahagian dari kakitangan kerajaan negeri P.Pinang.
Dan, saya sarankan agar semua ADUN UMNO negeri P.,Pinang mengambil tindakan saman malu kepada Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang kerana menimbulkan keraguan mengenai sumber gaji dan elaun yang mereka terima selama ini.
Sebagai umat Islam, kita dilarang untuk menggunakan hasil yang diragui sumbernya. Apatah lagi apabila dikatakan ia dari hasil wang perjudian seperti dari kelab lumba kuda ini.
Gaji dan elaun semua wakil rakyat UMNO P.Pinang digunakan untuk menyara keluarga. Jadi, nampaknya Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang sengaja mahu menghina umat Islam dengan memberi gaji dan elaun kepada kakitangan negerinya menggunakan hasil dari sumber HARAM/td> |
| Sekiranya DAP Perintah Malaysia? Posted: 01 Oct 2010 10:43 PM PDT Apakah Ini Yang Akan Berlaku? Sekiranya DAP Perintah Malaysia?
Saya agak tertarik dengan sebuah rencana yang dipaparkan di mykmu.net. Banyak yang boleh kita fikirkan dalam tulisan tersebut. Bahkan saya yakin, sekiranya DAP memerintah negara ini - ia akan menjadi lebih dahsyat dan zalim daripada PAP di Singapura. Baca tulisan di bawah :
Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat bagi ahli-ahli DAP)
* ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik). Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar. * Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan. * Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas). * Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan * Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang Berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan. * Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah) * Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada PRU 1997 (ugutan) * Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera. * Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua Cina. * Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China (ethnic residential quotas 1989). * Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura. Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula. * Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india menyewa rumah mereka. * Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore. Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahuoun India * Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi Melayu. * Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu. Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.
Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia. Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara. Di Singapura, Lee Kuan Yew juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.
Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam…..hehehe. |
| Burung Kakak Jua (KJ) ... dah termalu Posted: 01 Oct 2010 10:40 PM PDT Sesama Melayu dia berani dan konon hero, Kat Dong Jiao Zhong, Suqiu, Hua Zhou, dan Hindraf tak ada telo
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu tiada hak untuk menentukan hala tuju perjuangan Umno ataupun mendesak membuang mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.
Khairy, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang secara konsisten mendesak agar parti itu menjauhkan diri daripada Perkasa mengulangi pendirian beliau tentang keperluan untuk beralih daripada 'kebergantungan' pada pertubuhan bukan kerajaan itu.
"Pendirian saya dalam isu ini sangat jelas dan tidak berubah. Umno tidak harus mempunyai sebarang kaitan dengan Perkasa," kata Khairy kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Rembau ini enggan mengulas dakwaan berubahnya pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam isu berkaitan dengan keperluan menjauhkan diri daripada Perkasa.
"Mereka (Perkasa) terus-menerus berkata bahawa mereka tiada apa-apa motif politik, jadi mengapa mereka harus mengugut parti-parti politik, parti komponen terbesar (Umno) dalam kerajaan (BN) yang memerintah?
"Mengapa menggesa agar Presiden Umno memecat Ku Nan (Tengku Adnan)? Ku nan adalah pemimpin kanan parti dengan mempunyai rekod prestasi yang baik. Mengapa minta ketua Umno menyingkirkan setiausaha agung?" katanya.
Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung BN.
"Jika anda konsisten dengan pendirian anda, tak mengapa. Tetapi anda terus meniupkan retorik ekstremisme apabila anda mengikat kerjasama dengan beberapa pemimpin Umno... anda sebenarnya menyusahkan perdana menteri," kata Khairy yang juga Ketua Pemuda BN.
Beliau memberi amaran kepada kumpulan itu agar berhenti daripada mempengaruhi Umno dari segi arah tuju parti.
"NGO tiada hak atau kedudukan politik untuk berbuat demikian," katanya.
"Berhenti daripada mengatakan kami apa yang kami perlu lakukan dalam menentukan hala tuju politik kami. Saya akan terus dengan pendirian saya," kata Khairy.
Semalam, Perkasa melahirkan pandangan agar Najib mempertimbangkan untuk memecat Tengku Adnan daripada jawatan setiausaha agung Umno dan BN.
Dalam gesaannya, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa Presidennya Datuk Ibrahim Ali sudah tentu telah memecat beliau jika membuat kenyataan yang menjatuhkan imej badan berusia dua tahun itu.
"Saya setiausaha agung agung Perkasa kalau buat kenyataan menyusahkan Perkasa, sudah tentu Presiden saya Datuk Ibrahim Ali akan pecat saya serta-merta.
"Tak tahulah Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) kalau dia masih nak simpan setiausaha agung macam ini," kata Syed Hassan berpendapat kenyataan Tengku Adnan bahawa BN memutuskan untuk menjauhkan Perkasa bukan kecil telah menjejakan imej perikatan itu dan juga Umno.
Malah, semalam Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga mendesak Umno agar bekerjasama dengan Perkasa dan badan-badan bukan kerajaan Melayu lain yang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera.
Keputusan itu diambil oleh Dewan Tertinggi Penawar semalam di sebalik pandangan bahawa Umno dan BN harus menjauhkan diri daripada Perkasa jika tidak mahu sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 terhakis.
Presiden Penawar Tan Sri Adam Kadir berkata, pihaknya juga duka cita dengan kenyataan Tengku Adnan dan mahu beliau memohon maaf atau dipecat.
Sebelum ini, Perkasa dalam siri kenyataan berkontroversi membabitkan Khairy beberapa bulan lalu pernah meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno kerana menyokong pendirian rakan sejawatannya dari MCA dalam berkaitan soal biasiswa.
Sepenuhnya di Apa Yang Tersirat
Khairy ni ketinggalan zaman. Konon terbuko, globalisasi dan liberal. Apabenda jadahnya.
Politik negara maju bukan lotak kuaso pada parti politik ajo. Itu pemikiran lama sebelum PRU12. Pemikiran yang KJ ado saham buek BN kalah. Pemikiran orang kaki tido.
Kuasa politik terlotak pado orang perseorangan, kumpulan pendesak, NGO dan pelbagai kumpulan lain. Itu namanya demokrasi inklusif. Bukannyo kek UMNO yang hanya 30% ahli mendaftar.
Hai KJ ... poei belaja jauh2 ruponyo pemikiran kek zaman dulu. Apo dibelajarnyo jauh2 tu. Pandai macam burung kakak tuo. Menurut apo diajar omputih dan singapork. Posted by Anak Omak at 11:32 AM 0 comments: |
| Artikel Mengenai PAP dan DAP Yang Wajib Disimpan Oleh Blogger Posted: 01 Oct 2010 10:29 PM PDT Posted: Saturday, 2 October 2010 | Dihantar oleh Tamingsari | Label DAP, PAP, Singapura Semalam, blog The Unspinners telah memaparkan artikel ini dari MyKMU. Hari ini Taming Sari berminat mahu meletakkan artikel ini kerana ia ada informasi berguna yang boleh kita gunakan kelak.
Kepada semua blogger, Taming Sari cadangkan, artikel ini disimpan dan diedarkan kepada pengundi Melayu semasa PRU13 nanti supaya mereka sedar, DAP dan PAP ada agenda yang sama merampas hak mereka.
Menurut MyKMU:
Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat DAP)
a. ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik). Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar.
b. Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan
c. Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).
d. Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan
e. Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan.
f. Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah)
g. Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada PRU 1997 (ugutan)
h. Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera. Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua cina.
i. Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China ( ethnic residential quotas 1989)
j. Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura.
Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.
Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india menyewa rumah mereka.
Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore. Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahuoun India
Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi melayu.
Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu. Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.
Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia. Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara.
Di Singapura, LKY juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.
Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam.
Manakala ini komen paling menarik di dalam Blog The Unspinners mengenai artikel di atas menjelaskan keadaan sebenar Malaysia ke arah apa yang berlaku di Singapura.
sani said...
Cuma Melayu liberal dan Melayu dungu aje tak nampak permainan pecah perintah cina ni terhadap Melayu di Malaysia.Taktik pecah perintah ini sentiasa berjaya digunakan oleh penjajah sejak zaman berzaman.dan selalu berjaya digunakan oleh golongan minoriti untuk menguasai dan memerintah golongan majoriti!
Cina tak boleh menang secara sendiri macam diorang buat selama ni.Datang pengkhianat anwar dia pun offer diri jadi agen pemecah undi Melayu.Jadi 90% undi bukan Melayu + 30% undi Melayu dah cukup untuk menumbangkan kerajaan Melayu yg memerintah.BN akan tumbang tapi siapa pula yg menang wahai pak2 kadok yg pandir? Perasan pandai tapi bodoh.
Lain kali kalau nak jatuhkan kerajaan yg korang tak puas hati janganlah segala syaitan,komunis,serbia,yahudi,dajjal,gay korang ambik jadi geng.Buatlah pakatan yg halal supaya diredhai Allah,bukan suka2 hati guna konsep machiavelli tanpa pikir masa depan.Asalkan matlamat menjatuhkan kerajaan yg sedia ada tercapai sudah,apa akibat pada agama,bangsa dan negara belakang cerita..
Inilah perancangan pap dan dap sejak dulu,mastermind dia lky dah lama plan.Taktik dan strategi dia sama saja masa nak rampas s'pura dulu.Slogan Malaysian Malaysia,hak kesamarataan,demokrasi terpimpin dan apa lancau lagi slogan yg muluk2 yg cuma budak2 mentah tak cukup pengalaman hidup dan orang2 tua tak sekolah aje yg terpedaya.
Kemudian desak itu desak ini,protes itu protes ini,demo sana demo sini,timbulkan ketegangan kaum dengan provokasi demi provokasi sampai kaum pribumi naik resah dan lemas dan terpaksa menurut saja desakan mereka untuk meredakan keadaan walaupun sebenarnya menambahburukkan keadaan.
Cuma yang berbeza masa tu tak ada anwar ibrahim.Pas pula masa tu masih berbangsa Melayu dan masih sanggup bersatu bila keadaan memerlukan(tak macam sekarang).
Segala2 yg cina perlukan (terutamanya sokongan sebahagian Melayu) sudah tercapai.Jadi cuma tinggal satu step saja untuk cina menguasai Malaysia iaitu memenangi PRU13!
Kata Taming Sari: Takut..... Hilanglah keris Taming Sari kalau berlaku semua pekara ini.
Wallahhulam |
| WAJIB BACA : SUARA KETIGA POLITIK MALAYSIA? Posted: 01 Oct 2010 10:24 PM PDT
Di mana-mana saja saya pergi, akan ada orang memberitahu bahawa parti politik dan pemimpin politik semuanya sama saja. Selepas PRU12 lalu sehingga kini, suasana politik tidak berubah. Corak permainan politik masih sama, tidak ada banyak yang berbeza.
Kita melihat politik pertentangan ini hampir setiap hari — sama ada antara parti-parti politik atau dalam parti politik itu sendiri. Ada yang mengatakan bahawa ia sudah sampai ke tahap yang menjengkelkan!
Bukan sedikit yang ilusi dengan agenda perubahan yang dicanangkan oleh parti-parti politik. Malah, saya tidak terperanjat sekiranya jumlah ini semakin bertambah; lantaran politik kuali mengatakan cerek hitam. Sebahagian orang politik kelihatan selesa untuk tidak menjadi baik, cukup sekadar kelihatan baik.
Kajian saya sebelum ini, melibatkan 1,383 responden mengesahkannya. Sebanyak 51.6% responden mengatakan pemimpin-pemimpin politik (tanpa mengira apa parti sekali pun) gagal memainkan peranan dengan baik dan seperti yang diharapkan rakyat. Hanya 24.0% responden sahaja yang setuju bahawa Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi. Manakala, sekitar 35.9% bersetuju bahawa UMNO telah berubah menjadi lebih baik.
Rakyat mempunyai hanya dua pilihan. Pilihan pertama, terus menjadi pengikut dan berharap pemimpin dan parti politik untuk berubah. Walaupun seperti menunggu buah tidak gugur, maka mereka harus terus menunggu dan menunggu.
Atau, mereka boleh mengambil laluan kedua — menjadi pemimpin kepada perubahan; mewujudkan gerakan "suara ketiga" dalam politik di negara ini.
Inilah pilihan yang ada di depan kita sekarang.
Biar saya sebutkan bahawa "suara ketiga" bukan bermaksud parti politik ketiga untuk bersaing dengan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang cuba mempromosi idea sistem dua parti.
"Suara ketiga" juga bukanlah calon Bebas yang bertanding di celah-celah gergasi politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Dan, "suara ketiga" tidak semestinya merupakan sebuah NGO untuk mengimbangi suara parti-parti politik.
"Suara ketiga" lebih merupakan satu suara kolektif rakyat yang non-partisan khusus dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka. Ia lebih bersifat satu gerakan massa untuk mencorakkan dan mempengaruhi politik negara tanpa perlu terlibat dalam politik partisan.
Walaupun begitu, ini bukan bermaksud "suara ketiga" tidak boleh menjadi sebuah NGO, tidak boleh meletakkan calon Bebas atau pun tidak boleh membentuk sebuah parti politik atau menyokong parti politik ketiga. Namun, itu bukanlah keutamaan, atau pun matlamat — sekurang-kurangnya buat masa ini.
Keperluan kepada "suara ketiga" semakin mendesak akhir-akhir ini apabila parti-parti politik semakin mengambil pendekatan terlalu kanan atau kiri, sehingga kelompok pertengahan yang merupakan majoriti rakyat negara ini berasa terpinggir.
Satu perkara yang pasti, walaupun parti-parti politik mengambil pendekatan ekstrem kanan atau kiri, akhirnya mereka masih memerlukan undi kelompok moderat atau pertengahan sekiranya parti-parti politik itu ingin menang PRU13 akan datang. Maka, di sinilah letaknya "nilai" kelompok yang kita namakan "suara ketiga" itu.
"Suara ketiga" boleh mengadakan manifesto politik sendiri – membuat tuntutan kepada parti-parti politik untuk berubah; beralih dari politik pertentangan kepada politik muafakat; dan, dari politik emosi kepada politik fakta. Di Amerika Syarikat, "tea party" telah berjaya mempengaruhi parti-parti politik untuk menerima agenda mereka.
Dalam konteks di Malaysia, "suara ketiga" tidak semestinya bertindak dan bekerja seperti "tea party." Malah, seperti yang pernah disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kita mesti membangunkan acuan sendiri – termasuklah dalam soal ini.
Kehadiran media sosial memudahkan kita untuk melakukan mobilisasi. Saya tidak mengatakan ialah adalah sesuatu yang mudah, namun ia boleh "facilitate" proses ini dengan lebih berkesan.
Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin mendengar pandangan anda dalam soal ini. Sila berikan pandangan anda dan kemukakan cadangan bagi mewujudkan satu proses demokrasi yang sihat; untuk semua rakyat Malaysia! |
| ARTIKEL UNTUK DI BACA : ISU KONTRAK SOSIAL CABAR KUASA POLITIK MELAYU Posted: 01 Oct 2010 10:17 PM PDT Kaum Lain mula tuntut hak persamaan apabila lihat orang Melayu mula berpecah.
Sewaktu aku sedang menyusun akhbar untuk dijual, bagi membayar bil internet, maklum saje lah individu 'marhean', tanpa ada apa-apa pertolongan pun dari sesiapa, aku terpandang satu artikel yang ditulis oleh Imlan Adabi dalam berita harian ruangan rencana yang bertarikh 23 Ogos 2010 Isnin. Tulisan ini aku amati dan berfikir sebentar antara kaitan tulisan ini dengan isu yang menimpa dua orang pengetua sekolah dan seorang Timbalan Pengarah BTN. Dua-dua peristiwa ini nampaknya digunakan sepennuhnya oleh DAP dan juga komponen BN atas alasan 'rasis'. Setakat ini nampaknya isu ini memihak kepada mereka dari segi moral politik.
Dulu waktu zaman kanak-kanak aku, biasa le kita berkawan dengan lain-lain kaum sama ada mereka berasal dari kampung atau pun estate berhampiran. Sekolah bersama walau pun ada yang bersekolah Jenis Kebangsaan tetapi bila balik aku naik bas bersama-sama. Tidak dinafikan waktu dalam bas, kami berbual dan ada juga bergaduh dan bertumbuk, maklum sajalah masing-masing keras kepala dan tak mahu mengalah. Waktu bergaduh macam-macam perkataan keluar, kadang kala lebih teruk dari yang dicakapkan oleh 2 individu di atas, tetapi esoknya dah berkawan semula. Tak ada pun keluar dari mulut kita tentang 'rasis'. Dan tak ada pun parti pembangkang waktu itu yang ambil kesempatan untuk memperjuangkan parti dan idealogi mereka.
Kini suasana dan zaman berubah, cakap pun tak boleh sebarang cakap.nanti kena saman. Lebih teruk lagi kena tindakan tatatertib oleh majikan. Campurtangan pihak Legislatif dalam Eksekutif nampaknya semakin berleluasa sehingga Tan Sri Muhyiddin kata pada Lim Kit Siang bahawa sebagai ahli politik beliau tiada kuasa untuk ambil tindakan. LKS pun satu dah lama jadi ahli parlimen tapi masih tak faham pun peraturan dalam pentadbiran. Tapi LKS tentunya dah dapat moral politik dari kes tersebut.
Sejak 2008, lebih tepat lagi PRU ke 12 2008, isu kontrak sosial menjelma lagi. Cuma kali ini isu yang dibangkitkan sewaktu Melayu lemah, jadi dah tentu kadang-kadang emosi menguasai diri. Disini cuba kita amati artikel ini, mungkin dapat membantu dan menambah ilmu dan pemahaman kita mengenai kontrak sosial dari pelbagai persektif dan kepentingannya kepada kewujudan sebuah negara bangsa yang harmoni.
SEJARAH KONTRAK SOSIAL.
Dua ahli falsafah British, Thomas Hobbes dan John Locke pada abad ke 17, telah mengemukakan teori kontak sosial. Mereka tidak senang melihat telatah feudal yang menguasai rakyat. Tindakan buruk istana sering dikaitkan dengan agama, kononnya tuhan (bagi pengikut Kristian) menyeru manusia taat kepada istana dan tidak mempertikaikan salah laku raja. raja bebas melakukan apa sahaja. Mereka menentang keputusan istana dianggap berdosa kerana tidak patuh pada arahan tuhan.
Sejak berkurun, manusia ditindas jiwa mereka. Segala urusan keperibadian tidak wujud kerana rakyat diarah setia kepada sistem feudal dan penguasa agama yang memperalatkan kedudukan mereka.
Pada abad ke 18 pula, Jean Jacques Rousseau mendewakan teori kontrak sosial kerana kecewa dengan sikap istana dan paderi yang mengongkong fikira rakyat. Rousseau mendesak masyarakat Perancis diberi keadilan, mempunyai jati diri dan hak asasi.
Bagi masyarakat yang matang, kontrak sosial adalah penawar untuk membendung perhambaan sesama manusia yang wujud sejak zaman jahiliah.
Menjelang abad ke 20, teori kontrak sosial menjelajah hampir ke seluruh dunia. Ketika banyak institusi istana runtuh dan diganti sistem demokrasi mahupun ketenteraan dan republik, kontrak sosial menjadi jaminan mengikat hubungan antara pemerintah dan rakyat. Pemerintah diberi mandat menerusi peti undi, dan sepatutnya menjalankan tugas dan tanggungjawab meningkatkan prasarana, taraf ekonomi, sosial dan kesihatan di wilayah di bawah pentadbiran mereka.
Rakyat pula perlu setia, kepada negara, bertugas dan membantu kerajaan memajukan sesebuah wilayah. Sistem perundangan dan perlembagaan digariskan supaya semua pihak membantu negara. Rakyat juga berhak menentukan sesebuah kerajaan, atau digulingkan melalui proses pengundian pada pilihan raya akan datang.
Teori Kontrak Sosial tidak pernah membezakan rakyat dari segi kaum, agama dan status sosial. Persamaan ini dianggap oleh pejuang demokrasi sebagai asas membangunkan sistem siasah tulen di sesebuah negara.
PERSEPSI KONTRAK SOSIAL MAKA KINI.
Bagaimana pun isu Kontrak Sosial sering diperkatakan selepas keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008. Ia mempunyai citra tersendiri kerana pelbagai pihak menafsir dari sudut berbeza.
Ada yang mendakwa kontrak sosial wujud ketika negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 memberi hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum.
Ada yang mendakwa bangsa Melayu, Cina, India dan kaum lain setaraf dari segi Perlembagaan. Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan : Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Bagaimana pun hak istimewa bangsa Melayu yang tercatat pada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bukan dianggap sebagai'hak' (right) tetapi keistimewaan (privileges).
Jika tafsiran ini benar, tentunya bangsa Melayu tidak boleh mendabik dada dengan istilah hak istimewa yang dimiliki. Bangsa Melayu perlu sedar nasib bagai telur dihujung tanduk di negara asal usul moyang mereka. Perpecahan dan kurang penguasaan dari segi ekonomi, politik dan sosial menjejaskan masa depan Melayu sendiri.
Isu kontrak sosial bagai menafikan hak keistimewaan Melayu. Sistem merit memberi keistimewaan kepada kecemerlangan secara terbuka tanpa membabitkan isu kaum dan agama. Bangsa yang tertinggal bakal dipinggirkan oleh Sejarah dinegaranya sendiri. Sistem kuota yang dikaitkan dengan "hak Melayu" tidak lebih dari slogan politik kepartian.
Ada pengamal undang-undang menafsirkan hak istimewa Melayu bukan bermaksud hak ketuanan Melayu. Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut ketuanan Melayu. Istilah ketuanan Melayu hanya dicipta dalam bentuk siasah untuk mengekalkan kuasa. Ia tidak dicatat dalam mana-mana peraturan, jesteru tindakkan mengungkapkan ketuanan Melayu secara terbuka dianggap tidak mematuhi semangat pembentukkan Malaysia.
Dari segi sejarah, ungkapan ketuanan Melayu muncul pada 1966, apabila seorang timbalan Menteri berucap pada satu majlis di Singapura. Ucapannya kurang mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra kerana ia tidak tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Hanya pada tahun 1987 isu ketuanan Melayu dibangkitkan semula apabila ada pihak mempertikaikan hak istimewa Melayu secara terbuka.
Pada masa yang sama, juga sudah ada pihak berani mengemukakan cadangan menyaman seorang Sultan yang dikatakan kerap mengganggu pentadbiran sebuah negeri.
Kemelut secara terbuka itu menyebabkan suhu politik negara menjadi panas dan akhirnya memaksa Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad mengadakan operasi lalang pada 27 Oktober 1987. Seramai 106 ahli politik datahan dan permit penerbitan akhbar Watan, The Star dan Sin Chew Jit Poh digantung.
Bagaimana pun isu kontrak sosial tidak pernah reda, daripada diperkatakan. Ia mungkin senyap seketika dan kembali bergema setiap kali ada pihak merasakan Melayu semakin lemah, di negaranya sendiri. Kontrak Sosial muncul pada 1987, ketika dua kumpulan bergeser merebut jawatan Presiden UMNO.
Pada 1998, isu kontrak sosial, mengiringi gerakan reformasi apabila seorang tokoh siasah, didakwa dimahkamah, kerana kaitan salah laku seks dan rasuah.
Isu sama juga muncul kini kerana ada pihak berani membuat sembah durhaka dan institusi istana dianggap tidak relevan. Selagi ada pihak berasakan hak mereka tidak dipedulikan atau perlu diperjuangkan, selagi itulah isu kontrak sosial menjadi mentera lunak di pentas politik.
Kewarasan berpolitik sering diketepikan apabila isu kontrak sosial diperkatakan dengan pelbagai niat. Ada pihak berani mempertikai kuota ekonomi bumiputera dan status syarikat berkaitan kerajaan (GLC) semata-mata kerana cita-cita siasah. Kontrak sosial sudah menjadi keramat hidup uang menghantui ahli politik Malaysia.
|
| Senarai calon pilihan raya ke 12 negeri: Melaka Posted: 01 Oct 2010 08:31 PM PDT P134 MASJID TANAH (40,606) M:81.83% C:14.21% I:3.81% L:0.14% 1. Datuk Wira Abu Seman Yusop (BN) 2. Abdul Ghani Abdul Rahman (Pas) Penyandang: Datuk Wira Abu Seman Yusop (BN) Majoriti: 18,399 undi
N1 KUALA LINGGI (8,933) M:71.86% C:26.19% I:1.88% L:0.07% 1. Ismail Othman (BN) 2. Julasapiyah Kassim (Pas) Penyandang: Datuk Abdul Rahman Palit (BN) Majoriti: 4,028 undi
N2 TANJUNG BIDARA (7,613) M:93.81% C:4.93% I:1.26% L:0.00% 1. Imran Abdul Rahman (Pas) 2. Datuk Ab. Karim Ab. Sulaiman (BN) Penyandang: Datuk Ab. Karim Ab. Sulaiman (BN) Majoriti: 3,267 undi
N3 AYER LIMAU (8,737) M:89.80% C:5.07% I:5.10% L:0.03% 1. Amiruddin Yusop (BN) 2. Abu Hussin Tamby (PKR) Penyandang: Datuk Idderis Kassim (BN) Majoriti: 4,018 undi
N4 LENDU (7,978) M:74.71% C:19.44% I:5.40% L:0.45% 1. Datuk Idderis Kassim (BN) 2. Datuk Mohd. Amir Yaakub (Pas) Penyandang: Datuk Abdul Haziz Abdul Ghani (BN) Majoriti: 3,259 undi
N5 TABOH NANING (7,345) M:79.94% C:14.32% I:5.55% L:0.19% 1. Abdul Halim Said (Pas) 2. Latipah Omar (BN) Penyandang: Datuk Nawi Ahmad (BN) Majoriti: 3,571 undi
P135 ALOR GAJAH (54,097) M:57.81% C:30.01% I:12.09% L:0.09% 1. Tan Lay Siang (DAP) 2. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN) Penyandang: Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN) Majoriti: 22,548 undi
N6 REMBIA (10,946) M:63.39% C:22.54% I:13.94% L:0.13% 1. Norpipah Abdol (BN) 2. Md. Yusof Abdullah (PKR) Penyandang: Datuk Abdul Wahab Abdul Latip (BN) Majoriti: 4,776 undi
N7 GADEK (10,749) M:53.68 % C:35.09% I:11.06% L:0.17% 1. Datuk Abdul Ghafaar Atan (BN) 2. S.Kanageswari (PKR) Penyandang: Datuk Abdul Ghafaar Atan (BN) Majoriti: 4,686 undi
N8 MACHAP (10,358) M:39.22% C:45.90% I:14.64% L:0.25% 1. Lai Meng Chong (BN) 2. Ginie Lim Siew Lin (PKR) Penyandang: Lai Meng Chong (BN) (Pilihan Raya Kecil 2007) Majoriti: 4,081 undi
N9 DURIAN TUNGGAL (8,919) M:67.99% C:23.60% I:8.26% L:0.14% 1. Abdul Ghani Abdul Rahman (Pas) 2. Datuk Ab. Wahab Ab. Latip (BN) Penyandang: Datuk Wira Hamdin Abdollah (BN) Majoriti: 2,660 undi
N10 ASAHAN (13,125) M:58.27% C:29.45% I:12.14% L:0.14% 1. R. Perumal (BN) 2. Amdan Sudin (Pas) Penyandang: Datuk R. Raghavan (BN) Majoriti: 4,455 undi
P136 TANGGA BATU (60,188) M:69.98% C:24.70% I:3.39% L:1.93% 1. Datuk Idris Haron (BN) 2. Zainon Jaafar (PKR) Penyandang: Datuk Idris Haron (BN) Majoriti: 19,244 undi
N11 SUNGAI UDANG (15,488) M:86.15% C:5.33% I:1.58% L:6.94% 1. Datuk Yaakub Md. Amin (BN) 2. Ir. Zulkefly Othman (PKR) Penyandang: Datuk Yaakub Md. Amin (BN) Majoriti: 6,452 undi
N12 PANTAI KUNDOR (11,889) M:78.75% C:20.21% I:0.77% L:0.27% 1. Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (BN) 2. Kamis Saat (Pas) Penyandang: Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (BN) Majoriti: 4,152 undi
N13 PAYA RUMPUT (16,589) M:56.24% C:34.85% I:8.69% L:0.22% 1. Datuk Tahir Hassan (BN) 2. Taha Ahmad (PKR) Penyandang: Datuk Tahir Hassan (BN) Majoriti: 6,474 undi
N14 KELEBANG (16,222) M:54.34% C:43.02% I:2.31% L:0.33% 1. Datuk Seet Har Cheow (BN) 2. Koh Sze Choon (DAP) Penyandang: Seet Her Cheow (BN) Majoriti: 4,177 undi
P137 BUKIT KATIL (75,777) M:53.16% C:40.99% I:5.52% L:0.33% 1. Khalid Jaafar (PKR) 2. Datuk Md. Sirat Abu (BN) Penyandang: Prof. Datuk Dr. Mohd. Ruddin Ab. Ghani (BN) Majoriti: 27,252 undi
N15 BACHANG (23,153) M:49.46% C:45.57% I:4.67% L:0.31% 1. Wendy Ngo Kim Hua (BN) 2. Lim Jak Wong (DAP) Penyandang: Datuk Chua Peng Song (BN) Majoriti: 4,004 undi
N16 AYER KEROH (24,504) M:35.74% C:55.89% I:7.89% L:0.48% 1. Chiew Hong Lan (BN) 2. Khoo Poay Piong (DAP) Penyandang: Datuk Seah Kwi Tong (BN) Majoriti: 2,987 undi
N17 BUKIT BARU (15,904) M:59.52% C:35.94% I:4.20% L:0.34% 1. Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (BN) 2. Bakrin Sidek (Pas) Penyandang: Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (BN) Majoriti: 5,992 undi
N18 AYER MOLEK (12,216) M:86.25% C:9.50% I:4.18% L:0.07% 1. Datuk Md. Yunos Husin (BN) 2. Salim Tahir (Pas) Penyandang: Datuk Md. Yunos Husin (BN) Majoriti: 3,857 undi
P138 KOTA MELAKA (84,805) M:33.49% C:61.77% I:3.49% L:1.26% 1. Wong Nai Chee (BN) 2. Sim Tong Him (DAP) Penyandang: Wong Nai Chee (BN) Majoriti: 219 undi
N19 KESIDANG (15,502) M:33.00% C:64.46% I:2.26% L:0.28% 1. Datuk Koh Nai Kwong (BN) 2. Goh Leong San (DAP) Penyandang: Datuk Koh Nai Kwong (BN) Majoriti: 1,701 undi
N20 KOTA LAKSAMANA (18,930) M:10.87% C:85.65% I:3.24% L:0.23% 1. Lee Kiat Lee (BN) 2. Betty Chew Gek Cheng (DAP) Penyandang: Betty Chew Gek Cheng (DAP) Majoriti: 3,642 undi
N21 DUYONG (15,585) M:44.57% C:51.26% I:3.79% L:0.38% 1. Gan Tian Loo (BN) 2. Damian Yeo Shen Li (DAP) Penyandang: Gan Tian Loo (BN) Majoriti: 3,282 undi
N22 BANDAR HILIR (18,771) M:12.48% C:77.52% I:4.35% L:5.65% 1. Chock Choon Sin (BN) 2. Tay Kok Kiew (DAP) Penyandang: Goh Leong San (DAP) Majoriti: 356 undi
N23 TELOK MAS (15,047) M:70.02% C:27.95% I:1.62% L:0.41% 1. Datuk Latiff Tamby Chik (BN) 2. Abdul Rahman Jaafar (Pas) Penyandang: Datuk Wira Amid Nordin (BN) Majoriti: 4,566 undi
P139 JASIN (56,121) M:70.74% C:19.04% I:10.15% L:0.07% 1. Ir. Zulkefly Othman (PKR) 2. Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN) Penyandang: Datuk Mohd. Said Yusof (BN) Majoriti: 21,334 undi
N24 BEMBAN (13,544) M:59.36% C:25.85% I:14.66% L:0.13% 1. Chua Kheng Hua (BN) 2. Ho Kia Kim (DAP) Penyandang: Datuk Chong Tam On (BN) Majoriti: 4,438 undi
N25 RIM (9,288) M:57.59% C:26.19% I:16.11% L:0.11% 1. Mohd. Yazed Khamis (BN) 2. Azmi Kamis (PKR) Penyandang: Datuk Ramlah Abas (BN) Majoriti: 3,950 undi
N26 SERKAM (13,636) M:88.83% C:7.75% I:3.39% L:0.03% 1. Ghazale Muhamad (BN) 2. Kamarudin Sidek (Pas) Penyandang: Datuk Ahmad Hamzah (BN) Majoriti: 4,347 undi
N27 MERLIMAU (10,471) M:64.69%C:21.11% I:14.16% L:0.04% 1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) 2. Jasme Tompang (Pas) Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) Majoriti: 5,087 undi
N28 SUNGAI RAMBAI (9,182) M:80.70% C:16.27% I:2.98% L:0.05% 1. Hassan Abdul Rahman (BN) 2. Aminuddin Abdul Jalil (Pas) Penyandang: Datuk Abu Pit (BN) Majoriti: 3,068 undi |
| Welcome YB Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hj Hamzah Posted: 01 Oct 2010 08:22 PM PDT
YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj HamzahThe Malaysian Rubber Board is proud to announce the appointment of YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hj Hamzah as its new Chairman with effect from 1 May 2010. He succeeds YBhg Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.
YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj Hamzah is the Member of Parliament for Jasin since March 2008 and is the Committee Member of Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka since 2001. His experiences include being Chairman to EV Marine, PKNM Oil & Gas, Ekspo Melaka Sdn Bhd and Equatorial Hotel Sdn Bhd. He also is the Deputy Chairman of Southern Hospital, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Malacca International Trade Centre and Inkubator K-ekonomi. In addition, YB Datuk Wira Ahmad is a board member of Teknologi Pembuatan Melaka Sdn Bhd and Advisory Committee member to the Jasin Community College.
YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj Hamzah served in the Malaysian armed forces as an officer with the post of Captain from 1968-1978. From 1997-1999 he was appointed as a Melaka Government Exco member holding the portfolio of Agriculture and Rural Development and from 1999-2004 holding the portfolio of Industrialisation, Science and Technology. From 2004 - 2008 again he held the post of State Exco for Industrialisation, Trading, Entrepreneur Development and Corporation.
The appointment of YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj Hamzah as the new MRB Chairman would certainly push MRB to greater heights in its research and development work for the Malaysian rubber industry. |
| SELAMAT HARI LAHIR. Posted: 01 Oct 2010 08:14 PM PDT
MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KEPADA
YB DATUK WIRA AHMAD HAMZAH AHLI PARLIMEN JASIN / KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN |
| SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT JIWA PARADOX.. Posted: 01 Oct 2010 07:58 PM PDT
Seluruh kepimpinan PPUBJ dan juga Ketua Pemuda Cawangan merakamkan ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Sdra Sharidan (JP) .semoga kekal ke anak cucu. Tahniah. |
| TAHNIAH KEPADA NKP & EXCO PEMUDA PPUBJ Posted: 01 Oct 2010 07:47 PM PDT Seluruh kepimpinan PPUBJ mengucapkan syabas dan tahniah kepada Naib Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin (PPUBJ) Sdra. Azman Abdullah dan juga Exco PPUBJ Sdra. Nizam Omar di atas perlantikan mereka sebagai Naib Presiden MAYC Kebangsaan dan Timbalan Presiden Belia 4B Malaysia. Semoga dengan perlantikan tersebut ianya dapat juga memberi manfaat kepada kepimpinan PPUBJ. Perlantikan tersebut adalah seiring dengan wawasan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin Sdra Zaidi Attan untuk membawa kepimpinan Pemuda ke tahap yang lebih berdaya maju. TAHNIAH. | PENGUNDI GALAS :MASA DEPAN ANAK CUCU Posted: 01 Oct 2010 07:25 PM PDT Selepas Manek Urai, Kelantan sekali lagi akan menghadapi pilihan raya kecil, kali ini N45 Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Gua Musang.
DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah paru-paru pada 27 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 apabila mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753 undi.
Mohamad Saufi pada Pilihan Raya Umum 2004 berjaya mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729.
Justeru, pilihan raya kecil yang akan diadakan membuka peluang kepada BN dan UMNO untuk merampas semula kerusi DUN Galas. Ini kerana, Galas merupakan satu-satunya DUN dalam Parlimen Gua Musang yang berjaya dimenangi oleh pakatan pembangkang.
Dua lagi DUN iaitu Nenggiri dan Paloh dimenangi oleh BN yang turut menguasai kerusi Parlimen Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah sejak sekian lama.
DUN Galas mempunyai 10,330 pengundi dengan 65.81 peratus adalah Melayu, Cina (22.03 peratus), India (1.18 peratus) dan lain-lain (10.32 peratus). Bagaimanapun, pada pilihan raya lalu hanya 8,323 pengundi atau 80.57 peratus yang keluar mengundi.
Sebagaimana kawasan lain di Gua Musang, Galas disifatkan kawasan tradisi BN. Bagaimanapun, angin perubahan yang berlaku dalam politik tanah air pada 2008, menyaksikan Galas terlepas kepada pembangkang.
Mengambil kira senario politik negara mutakhir ini, terutama perkembangan politik di negeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang termasuk Kelantan, BN dilihat mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Galas.
Pemilihan Tengku Razeleigh yang cukup sinomin dengan rakyat dan daerah Gua Musang sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, menguatkan lagi persediaan jentera parti dalam menghadapi Pas.
Sememangnya, bagi Pas, pelantikan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li, merupakan satu cabaran berat untuk mereka dalam usaha mengekalkan kerusi berkenaan yang sempat diduduki tidak sampai tiga tahun.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron dalam satu pertemuan dengan pemberita, mengakui Pas berhadapan cabaran berat berikutan pelantikan Ku Li.
Malah katanya, Pas mengakui ketokohan dan kemampuan Ku Li yang pernah mencipta rekod dengan menumbangkan kerajaan Pas Kelantan pada tahun 1978.
"Kemenangan kita dulu pun kemenangan tipis, kali ini kita terpaksa mengatur strategi berlainan," akuinya.
Pas jelas bimbang sekiranya Galas jatuh, ia mengukuhkan lagi usaha BN untuk menumbangkan kembali kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sedangkan Pas akan meraikan ulang tahun ke-20 pemerintahannya tidak lama lagi.
Selain Abdul Fatah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut mengakui parti itu berdepan cabaran besar untuk mempertahankan Galas.
Lantaran itulah, Pas sangat berhati-hati dalam soal memilih calon dan sehingga kini masih merahsiakannya walaupun mengakui sudah ada senarai, kerana tidak mahu 'berputih mata.'
Sebenarnya, menang atau kalah pada pilihan raya kecil tersebut tidak memberi impak kepada kedudukan kerajaan negeri pimpinan Pas yang ketika ini menguasai 39 daripada 45 kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Bagaimanapun, Pas sudah pasti ingin mempertahankan kerusi tersebut bagi menjaga maruah mereka sebagai sebuah kerajaan, selain untuk menepis persepsi 'menang kerana nasib' pada pilihan raya lalu.
Pas juga sudah tentu ingin meneruskan 'perjuangan yang belum selesai' Chek Hashim kerana pembangunan yang ada di Galas ketika ini pun hasil usaha BN sebelum ini.
Selain itu, pilihan raya tersebut juga mungkin boleh dijadikan kayu pengukur oleh Pas untuk melihat sokongan rakyat terhadap parti itu yang diselubungi oleh pelbagai isu di peringkat nasional dan negeri.
Antaranya, sikap berdolak-dalik Pas mengenai dasar perjuangan parti untuk menegakkan sebuah negara Islam, kenyataan kontroversi Muryidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu-isu melibat wakil rakyat DAP dan penyatuan orang Melayu.
Jadi tidak hairanlah apabila ada pimpinan Pas yang secara terbuka mencadangkan UMNO tidak bertanding di Galas dan memberi kemenangan 'percuma' kepada parti itu atas alasan penyatuan Melayu.
Ironinya, pemimpin Pas jugalah yang sering meletakkan pelbagai syarat dalam menyahut hasrat UMNO untuk menyatukan orang Melayu.
Di pihak BN, pelbagai kemelut yang berlaku dalam kerajaan Pas Kelantan dan pakatan pembangkang, sudah pasti menguntungkan mereka untuk melengkapkan kemenangan di Gua Musang.
Sebagaimana Pas, UMNO juga begitu optimis untuk mencapai kemenangan di Galas dan impian itu dijangka tercapai dengan kekuatan UMNO bahagian di bawah kepimpinan Ku Li.
Kemenangan di Galas juga sebenarnya penting kepada BN untuk mengukur sokongan rakyat kepada parti itu selepas pilihan raya 2008 yang menyaksikan BN Kelantan hanya memenangi enam kerusi DUN.
Melihat kepada pembangunan yang ada di Galas dan Gua Musang amnya, maka, rakyat tempatan sebenarnya tidak ada sebab untuk menolak UMNO dan BN pada kali ini.
Ini kerana, sepanjang di bawah pemerintahan BN, Gua Musang termasuk Galas merupakan antara daerah yang pesat membangun di Kelantan, jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain yang berada di bawah pentadbiran Pas.
Sebagaimana dijelaskan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noor Zahidi Omar baru-baru ini, pengundi di Galas kini cukup bijak untuk membuat keputusan demi masa depan mereka dan tidak harus terikut-ikut dengan sentimen luaran.
Malah, melihat perkembangan politik yang berlaku sejak akhir-akhir ini terutama melibatkan kerajaan negeri, Pas dan pakatan pembangkang lain, katanya, pengundi di Galas sewajarnya mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
"Kita yakin pengundi di Galas cukup bijaksana untuk buat keputusan yang terbaik," katanya.
Bagi pemerhati politik pula, pengundi di Galas tidak seharusnya mensia-siakan peluang yang ada untuk 'membetulkan' kesilapan lalu dengan tidak menjadikan masa depan anak cucu mereka sebagai taruhan. |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan