Isnin, 18 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 18 Oct 2010 03:22 AM PDT

KEDAH online


Umno Bakal Hilang Kuasa Dalam PRU-13

Posted: 17 Oct 2010 09:50 PM PDT

ADAKAH KITA MUDAH LUPA DIRI....??

Posted: 17 Oct 2010 09:40 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 17 Oct 2010 11:22 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ha...ha... jangan ingat kartun tak bisa berbicara

Posted: 17 Oct 2010 07:34 PM PDT
















Jawatankuasa Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau

Posted: 17 Oct 2010 07:15 PM PDT

Penasihat:
Suhaimi bin Said
Pengerusi
Ramli Lugan
Timbalan Pengerusi
Daud Busu
Naib Pengerusi
Basri Hok
Setiausaha
Kin Kasim
Ketua Penerangan
Wan Kisam Daud
Ketua Wanita
Nyah Kasim
Anggota Jawatankuasa
Ramli Harun
Chim Ni
Ahmad Dagu
Bibah Kin
Atan Daud
Badol Embong
Bahari Ngan
Suzilah Yaakob
Osman Hijau
Mustafa Sik
Majid Sulaiman
Peter anak Mudam
Zainal Cok
Jaafar
Hazani Eng
Sarimah Yusof
Jahidin Husin
Jamil Yak
Noriah Hasan
Ahmad Abu
Ali Namah
Hassan Majid
Rosli Panjang
Azmi Kahar
Bueh Abdullah
Manan Acan
Awang Indad
Basri Osman
Samah Atil
In bt Hok
Kun
Syafei Deris
Ramli Lugan telah menggariskan tugas untuk Jawatankuasa ini seperti berikut:
(a) mengrezabkan Sabtu dan Ahad untuk menjalankan kerja-kerja sosial dan parti mengziarahi rumah ke rumah dengan jadual yang akan disiapkan;
(b) menambah keanggotaan parti hingga melebihi 60% dari semua kampong;
(c) kerja-kerja gotong-royong dan kebajikan untuk anggota-anggota
(d) mengadakan Majlis Ceramah di semua kampong sekurang-kurang sebulan sekali.
(e) menyiapkan Markas PKR di Kg Pian secara gotong royong, barang-barang binaan sudah disediakan dan menunggu arahan untuk menjalankan gotong royong.
(f) mengadakan kursus-kursus untuk kefahaman anggota-anggota didalam bidang politik, organisasi dan kepimpinan.

JK Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau sedia memberi khidmat

Posted: 17 Oct 2010 06:38 PM PDT

Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas
Chim Ni, AJK dari Kg Penderas, Jahidin Husin dari Kg Paya Mendoi, dan Bakar Panjang dari Kg Seboi.

Nazmi Majid dari Kg Lubok Wong, Wan Kisam Daud dari Kg Pian dan Roslan Nong dari Kg Penderas
Nyah Kasim dari Kg Penderas selaku Ketua Wanita dan Ehoh bt Boas
Chim Ni (kiri) Tuan Rumah
Shafei Deris mewakili Kg Paya Pelong
Ramli Lugan, Pengerusi Biro Orang Asal Cabang Kuala Krau dan Daud Busu selaku Timbalan Pengerusi


===
Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau telah berjaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasanya yang pertama pada 17hb Oktober 2010 di Kg Penderas dipengerusikan oleh Sdr Daud Busu yang terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau.
Seramai 33 orang telah dilantik menduduki Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sdr Ramli Lugan, yang juga Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau.
Didalam ucapannya yang bersemangat Ramli mengajak semua Orang Asal di Kuala Krau supaya menyedari dan menginsafi kedudukan mereka sebagai Orang Asal yang semakin terpinggir dari arus pembangunan dan mereka telah tertipu dengan manipulasi UMNO memperdayakan mereka selama lebih 50 tahun.
Sdr Ramli mengingatkan bahawa perjuangan Orang Asal menuntut keadilan akan hanya berjaya jika PR berjaya mentadbirkan Negara ini dan mengambil alih kuasa dari UMNO/BN.
Beliau mengajak supaya Jawatankuasa yang terpilih pada mesyuarat pertama Biro Orang Asal Kuala Krau supaya merezabkan setiap hari Sabtu dan Ahad untuk menjalankan kerja-kerja massa dan sosial untuk Orang Asal di perkampongan Orang Asal di Kuala Krau.
Sdr Ramli mengatakan bahawa disesetengah kampong Orang Asal Kuala Krau lebih 60% dari penduduk sudah menyertai keanggotaan PKR dan ada beberapa buah kampong lagi keanggotaan PKR hanya sampai ke tahap 30-40% sahaja. "Kita akan ubah keadaan ini, dan kita akan jadikan PKR sebagai parti utama didalam perkampongan Orang Asal di Kuala Krau, dan kita mulakan kerja ini secara bergotong royong dengan menziarahi setiap buah rumah didalam perkampongan kita. Kita tentukan masa depan penduduk Orang Asal dengan gerak kerja kita sendiri melalui Parti Keadilan Rakyat." kata Ramli.
Mengenai DUN Galas, JK Biro Orang Asal Kuala Krau sanggup memberikan khidmatnya seperti yang telah diberikan semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dahulu jika khidmat Biro ini diperlukan.
Mengenai pemilihan PKR Pusat, Orang Asal Kuala Krau akan menyokong YB Azmin Ali sebagai Timbalan Pengerusi dan untuk MPP pula mereka akan menyokong calon-calon dari Pahang dan selain itu rakan-rakan pimpinan Pusat yang sentiasa memberikan khidmat mereka kepada Orang Asal Kuala Krau khususnya Felicia Ling, Elizabeth Wong, YB Zuraidah, YB Fuziah Salleh, dan lain-lain, manakala untuk AMK, Orang Asal Kuala Krau berterima kasih kepada CheguBard yang sentiasa hadir ke kampong-kampong kami, dan kami akan balas khidmatnya, kata Ramli Lugan lagi.



Suara Sri Andalas

Posted: 17 Oct 2010 11:19 PM PDT

Suara Sri Andalas


Dr Xavier Bertanding Jawatan Naib Presiden PKR

Posted: 16 Oct 2010 06:00 PM PDT

Petaling Jaya - YB Dr Xavier Jayakumar telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat pada Pemilihan Peringkat Pusat 2010. Borang pencalonan dan ucapan penerimaan beliau telah diserahkan kepada Ibu Pejabat PKR pada Hari Penerimaan Pencalonan yang berlangsung semalam.

Bertempat di sekitar berhampiran ibu pejabat parti, penyokong-penyokong beliau telah pun hadir seawal pukul 9 pagi bagi menyatakan sokongan kepada beliau.

Kira-kira pukul 10.30 pagi Dr Xavier Jayakumar telah hadir ke tempat pencalonan. Bersama-sama penyokong setianya dari cabang Kota Raja, beliau berarak bersama-sama calon lain iaitu calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden parti iaitu YB Azmin Ali dan calon bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, YB Shuhaimi Shafiei.





Dr Xavier kemudiannya menyampaikan ucapan penerimaan pencalonan sebagai naib presiden.



Dr Xavier sempat beramah mesra dan bertanya khabar dengan ahli-ahli parti dan calon-calon lain sebelum bertolak ke Dewan Sivik MBPJ bagi menghadiri program Pidato Manifesto YB Azmin Ali Reformasi Menuju Putrajaya.


Lawati Facebook YB Dr Xavier Jayakumar untuk melihat foto-foto pada hari Penerimaan Pencalonan serta video-video pada hari tersebut.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 17 Oct 2010 11:14 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Soalan saya di parlimen

Posted: 17 Oct 2010 09:46 PM PDT

Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ]
PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
memandangkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat
telah menggubal satu Enakmen Pembebasan Maklumat (Freedom of
Information Enactment) dalam sidang DUN Selangor yang lepas, sama
ada Kerajaan Persekutuan bercadang membuat undang-undang yang
sama di Parlimen.
minta MENTERImenyatakan

Anwar Ibrahim

Posted: 17 Oct 2010 07:20 PM PDT

Anwar Ibrahim


Lumrah ‘Desparado’ Muncul Tatkala Pilihanraya

Posted: 17 Oct 2010 07:08 PM PDT

Dari Harakah

Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa menyerahkan memorandum taubat kepada ibu pejabat Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kerja orang jahat yang kecewa.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan bagi meraikan 105 orang bakal jemaah haji dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, petang tadi.

“Mereka ini adalah orang upahan yang telah diasuh untuk mencemarkan imej baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukanlah perkara baru yang berlaku setelah melihat kekuatan yang ada pada PKR semakin menggugat kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Dakwaan mereka adalah sebagai mengisi kehendak orang atasan bagi memenuhi hasrat mencemarkan Pakatan Rakyat (PR) menjelangnya pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. Tidak menghairankan banyak lagi desperado yang akan muncul sepertimana skrip yang telah mereka rancang, ” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Semalam sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Cabang PKR Pulau Pinang dan Perak telah menyerahkan memorandum taubat meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera bertaubat.

Memorandum satu muka surat itu didakwa telah dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang yang mewakili Pulau Pinang dan Perak.

Namun begitu, Mansor berkata bahawa sebenarnya hanya enam orang sahaja yang mengiringi menghantar memorandum tersebut. Manakala Nor Hilmi Ismail yang mendakwa mewakili 3 cabang PKR adalah anak kepada seorang pegawai khas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

“Mereka ini bukannya ahli PKR dan tindakan ini adalah dipercayai didalangi oleh sebahagian dari mereka yang kalah dan kecewa dalam mencapai hasrat mereka.

"Oleh kerana itu satu siasatan akan dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan keahlian mereka terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan,” tambahnya lagi.

Mansor menyangkal dakwaan pihak terbabit dan menyeru masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan yang semakin liar cuba direncanakan oleh pihak lawan bagi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Menurutnya lagi, menjelang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas, maka pelbagai dakwaan akan timbul sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini, termasuklah keluar parti beramai-ramai dan pengakuan sumpah palsu yang sudah menjadi lumrah dan mainan Umno BN.

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan

Posted: 17 Oct 2010 03:19 PM PDT

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan


Bajet 2010: Bonus Tiada Tetapi Projek Mega Boleh Buat

Posted: 17 Oct 2010 07:02 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. Najib cuba memperbodohkan rakyat khususnya penjawat awam kononnya dengan bayaran bonus itu kerajaan akan mengalami masalah kewangan kerana terlalu banyaknya jumlah.

Tetapi pada masa yang sama kerajaan hendak melaksanakan projek-projek mega seperti projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat dan lain-lain projek bernilai bilion ringgit.

Nampaknya kerajaan amat berkira dengan kakitangan awam yang banyak berjasa tetapi boros melaksanakan projek mega yang belum tentu manfaatnya kepada rakyat khususnya kakitangan awam.

AMK Shah Alam

Posted: 17 Oct 2010 01:08 PM PDT

AMK Shah Alam


Chegu Bard adalah Calon Yang tidak di"bayangi sesiapa!

Posted: 17 Oct 2010 04:54 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 17 Oct 2010 11:25 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Pemilihan PKR 2010: Pemilihan Pimpinan Pusat

Posted: 16 Oct 2010 07:54 PM PDT

Semalam (16 Oktober 2010) telah berlangsung Hari Penerimaan Pencalonan bagi jawatan-jawatan peringkat pimpinan pusat yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Proses tersebut bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan terkawal tanpa berlaku sebarang gangguan.

Bagi pemilihan peringkat pimpinan pusat, seramai enam (6) calon untuk jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dari Negeri Sembilan iaitu:

1. YB Aminuddin Harun
2. YB Ravi Munusamy
3. YB Chai Tong Chai
4. Nordin Ismail
5. Haji Muhammad Kamel Yassin
6. Haji Baharuddin Arif Siri

Bagi Pemilihan peringkat Wanita Pusat, calon-calon dari Negeri Sembilan yang mengesahkan bertanding adalah:
1. Aisah Lamsah (Naib Ketua Wanita Pusat)
2. Fathillah Nurani Salleh (Exco Wanita)

Bagi Pemilihan peringkat AMK Pusat, calon-calon dari Negeri Sembilan yang bertanding adalah:
1. Badrul Hisham Shaharin bagi jawatan Ketua AMK Pusat.
Jawatan Naib Ketua AMK Pusat:
1. Nazree Yunos

Jawatan Exco AMK Pusat:
1. Rebin Birham
2. Haji Ramlan Roes
3. Zulrisyah Noor Kalam Zulkifli
4. Norazizi A. Aziz
5. Satchinathan
6. Saufi Miad
7. Yaser

Persaingan bagi jawatan Ketua AMK pusat bertambah menarik apabila Rafizi Ramli menarik diri dan Shamsul Iskandar Akin membuat 'u-turn' untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK pusat. Ramai menjangkakan kemenangan besar kepada Shamsul Iskandar, namun persaingan kental masih boleh diberikan oleh Badrul Hisham melalui kempen-kempen 'kental' beliau.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 17 Oct 2010 11:01 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jenayah sihir, ahli politik, Melayu akan hilang kuasa

Posted: 16 Oct 2010 05:53 PM PDT

Perlukah digubal peraturan mana-mana ahli politik Melayu yang beragama Islam tidak layak menjadi calon pilihraya, AJK parti peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat sekiranya terlibat dalam sebarang aktiviti sihir ? Melayu harus berfikiran maju, amalan sihir adalah amalan kuno. Melayu akan hilang kuasa jika bergantung kepada sihir barang sedikit pun. Kalau nak menang pilihanraya atau pemilihan parti minta hanya kepada Allah yang Esa.

Lima syarat penentu jenayah sihir
Kosmo 17 Okt 2010

KUALA LUMPUR – Perbuatan sihir boleh dianggap perlakuan jenayah jika turut dilengkapi lima syarat.

Kelima-limanya ialah peralatan yang digunakan, pelaku, perbuatan dan niat seseorang penjenayah sihir berkenaan.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail (gambar) berkata, elemen-elemen itu sama seperti yang terdapat pada perbuatan jenayah bukan sihir.

Jika kelima-limanya saling melengkapi ia boleh dijadikan rujukan utama dalam menguatkuasakan Akta Sihir, katanya.

"Dalam jenayah biasa, peralatan bermaksud alat yang digunakan untuk melaksanakan niat jahat seperti pistol, parang atau objek lain.

"Dalam pelaksanaan sihir pula alatnya ialah makhluk halus terdiri daripada jin, syaitan dan iblis yang menjadi 'peluru' yang ditembak ke arah mangsa," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Malang si bomoh
Harian Metro 17 Okt 2010

GEMENCHEH: Malang bagi seorang bomoh apabila dibelasah dan dilarikan dari rumahnya, di sini, sebelum ditinggalkan dengan hanya berseluar dalam di tepi jalan di sekitar Tangkak, Johor, semalam.

Harian Metro difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit datang ke rumah bomoh berkenaan di sebuah perkampungan di sini kerana tidak berpuas hati dengan cara rawatan yang dilakukan bomoh terbabit terhadap seorang ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara bomoh terbabit dengan kumpulan lelaki itu menyebabkan mangsa dilarikan dengan sebuah kenderaan selepas dibelasah. Bomoh berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan ditemui orang ramai kira-kira empat jam kemudian, berada dalam keadaan separuh bogel yang kemudian menghubungi Balai Polis Tangkak untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan polis ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

"Polis menerima laporan daripada seorang jiran mangsa yang memberitahu terdengar bunyi bising di rumah bomoh berkenaan dipercayai akibat berlaku pergaduhan dan polis yang bergegas ke rumah mangsa mendapati kediaman itu kosong.

"Kira-kira jam 10.30 pagi, pihak kami menerima laporan daripada Balai Polis Tangkak menyatakan mangsa ditemui di tepi jalan dan dihantar ke Hospital Tangkak," katanya.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang menyiasat punca kejadian serta motif pergaduhan itu.

Berikutan itu, beliau meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat atau mengetahui punca kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411221 atau 06-4411222.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Malangsibomoh/myMA/myArticle/

Kisah Kolonel Jihad Melayu ditahan ISA dibukukan

Posted: 16 Oct 2010 05:50 PM PDT



Dari Blog Lobai Tampin
Kolonel Jihad : kisah benar seorang rakyat Malaysia yang juga bekas anggota ATM yang pernah berkhidmat di Bosnia. Juga bekas Pejuang Bosnia yang memerangi Pengganas Serbia dan juga bekas tahanan ISA yang dituduh menjadi Pejuang Al - Qaeda. Kisah benar Lt. Kol. (B) Abdul Manaf Kasmuri http://coloneljihad.blogspot.com/

PROLOG

Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003. Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku.

" Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan. Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya?

Kisah selanjutnya di http://lobaitampin.blogspot.com/2010/10/kolonel-jihad.html

Untuk membeli emel maklumat: Nama, alamat, no telefon ke
abuhamka@gmail.com atau jamesrck@yahoo.com atau sms ke 0162151671, berharga RM26 (termasuk pos) WM dan RM28 (EM).

Pembayaran: Bank-in ke Maybank
162786050509 Fairuza Abdullah

Buku ini juga boleh ditemui di kedai-kedai buku seperti MPH dan lain-lain.

Keadilan Cabang Rasah

Posted: 17 Oct 2010 09:18 AM PDT

Keadilan Cabang Rasah


Kepimpinan Cabang Rasah selepas Pemilihan Cabang 2010

Posted: 16 Oct 2010 11:47 PM PDT

Selepas pemilihan peringkat cabang selesai dilaksanakan pada 18 september 2010 lalu, kepimpinan Cabang Rasah adalah seperti berikut:

Ketua: Haji Muhammad Kamel Yassin
Timbalan Ketua: Sdr. Tangam Raju
Naib: Sdr. Mathuraiveran Sinnathamby

Semua AJK menang tanpa bertanding terdiri daripada sebelas (11) orang iaitu;
1. Mohamad Bin Yusof
2. Amni Binti Idris
3. Anuar Bin Abdul Mulup
4. Zamri Bin Samsuri
5. Amri Binti Idris
6. Viganeswaran Suppan
7. Siti Salwany Binti Abu Hassan
8. Rajagopal Somoo
9. Arasu Soman
10. Marvin Madahvan
11. Lai Yoon Hin

Jawatan-jawatan lantikan seperti Naib Ketua 1 & 2, Ketua Penerangan, Bendahari & Setiausaha akan dimaklumkan kemudian.

Pemilihan PKR 2010: Pemilihan Pimpinan Pusat

Posted: 16 Oct 2010 10:40 PM PDT

Pemilihan PKR 2010 peringkat pimpinan pusat akan berlangsung hujung bulan Oktober hingga awal bulan November 2010. Pada 16 Oktober 2010 lalu, telah diadakan Hari Penerimaan Pencalonan di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Pada pemilihan peringkat pimpinan pusat kali ini, beberapa calon daripada Cabang Rasah telah mengesahkan bertanding. Antara calon-calon yang bertanding adalah:

Ahli Majlis Pimpinan Pusat
1. Haji Muhammad Kamel Yassin
2. YB Chai Tong Chai

Exco AMK Pusat
1. Zulrisyah Noor Kalam Zulkifli

Bagi pemilihan peringkat pusat kali ini, diharapkan semua anggota Cabang Rasah dapat menghadirkan diri ke pusat penggundian Cabang Rasah yang bakal berlangsung di Pejabat MPN N.Sembilan pada 28 Oktober 2010 nanti untuk mengundi bcalon-calon di atas.

Tiada ulasan:

Pengikut