Isnin, 25 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DPP PADANG TERAP

Posted: 25 Oct 2010 09:15 PM PDT

DPP PADANG TERAP


MAJLIS KHATAN PERDANA DPPPT 2010

Posted: 25 Oct 2010 06:27 AM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 25 Oct 2010 09:14 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ADUN MAHARANI EDAR ' MASK ' DI BANDAR MUAR

Posted: 24 Oct 2010 11:06 PM PDT

Beberapa hari yang lalu,Indeks pencemaran udara (IPU) bagi Muar, Johor dilaporkan pada keadaan amat berbahaya manakala bagi kebanyakan tempat  pula ia diletakkan dalam keadaan tidak sihat.
Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya. Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.Sekolah-sekolah di Muar ditutup pada hari Khamis 21 Oktober 2010.

YB. Dr. Hj. Mohammad Taslim,ADUN Maharani,  mengambil inisiatif mengedarkan topeng hidung dan mulut  percuma  kepada orang ramai di Perhentian Bas Muar dan di Pejabat Pos Muar pada pagi  Jumaat 22 Oktober 2010. Beliau diiringi oleh Ust. Hj. Abu Bakar Lajat (YDP PAS  Muar) dan  AJK DUN Maharani dan PAS Kawasn Muar.Sdr Ahmad Jimin turut bersama mewakili YB Dr Sheikh Ibrahim (ADUN Sg Abong). Terima kasih YB Dr Sheikh di atas sumbangan  YB dan wartawan  The Star dan Sinar Harian yang membuat liputan.

Pada hari sebelumnya YB Dr Mohammmad bersama dengan YB Gwee (ADUN Bentayan) telah mengedarkan topeng percuma kepada orang ramai dan pesakit di Klinik Kesihatan Maharani di hadapan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Sila ambil,percuma...

Satu untuk Pak Cik !

'Ha..begini cara memakainya,' terang YB Dr Mohammad.
Us Abu Bakar dan Tn Hj Abd Rahman turut mengiringi.

Tuan punya restoran pun perihatin dengan kesihatan mereka.

YB Dr Mohammad memasangkan topeng dengan 
diperhatikan oleh Sdr Abd Razak dan Us Abu Bakar.

Penumpang bas juga diberi 'face mask'

Satu untuk adik,jangan tak pakai.Jaga kesihatan.


Pemandu bas prihatin,moga selamat dalam perjalanan.

Nak ke mana Sdr Rozi ni? Oh mengedarkan topeng dalam bas...

Special...topeng untuk Sdr Ahmad,PA YB Dr Sheikh

Konvoi Posmen dari Pejabat Pos Muar keluar bertugas.

'Ini cara nak pakai topeng,' terang Tn Hj A Rahman Lajim

Terima kasih Tuan Posmen.Selamat bertugas,kesihatan kena jaga !

Rakan kita ini penyokong tegar Pakatan Rakyat !

Berita di atas dilaporkan dalam Sinar Harian pada hari Sabtu 23 Oktober 2010.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Oct 2010 09:13 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Simpang maut perlu lampu isyarat

Posted: 25 Oct 2010 08:33 PM PDT


Sinar Harian 26 Okt 2010
KUALA KLAWANG - Simpang empat menghala ke Masjid Jamek Jelebu, dekat sini kini ibarat menunggu mangsa berikutan ketiadaan lampu isyarat di kawasan berkenaan.

Jalan Kuala Klawang-Genting Peras itu yang menjadi laluan utama bagi penduduk ke pekan.

Lebih membimbangkan, pengguna jalan raya dilihat memberanikan diri untuk masuk ke simpang tanpa bantuan lampu isyarat sehingga menyebabkan pernah berlaku kemalangan sebelum ini.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, persimpangan berkenaan merupakan jalan utama ke pekan dan pejabat-pejabat pentadbiran kerajaaan, serta terdapat beberapa sekolah di kawasan berhampiran.

Malah, bangunan tinggi juga dikatakan menghalang pandangan pemandu dan meningkatkan tahap risiko kemalangan.

Imam 1 Masjid Jamek Jelebu, Nordin Salleh berkata, sebelum ini pernah belaku kemalangan teruk sehingga menyebabkan kematian selepas terbabit dalam kemalangan di simpang berkenaan.

Lebih membimbangkan, katanya, bilangan pengguna kenderaan melalui jalan itu semakin bertambah dari hari kesehari.

"Sebelum ini, sering berlaku kemalangan akibat jalan yang sibuk serta pengguna jalan raya yang kian bertambah dari hari ke hari.

"Hal ini membimbangkan terutamanya pelajar sekolah yang berhampiran sering lalu lalang di persimpang tersebut untuk pergi dan pulang ke sekolah,''katanya kepada Sinar Harian di sini.

Nordin berkata, dengan adanya lampu isyarat, ia akan mengurangkan sedikit kebimbangan para pengguna jalan raya yang berulang alik menggunakan jalan berkenaan.

"Saya mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan strategik dalam menangani isu keselamatan pengguna jalan raya di kawasan ini.

"Ini untuk kebaikan semua pihak. Malang tidak mengenal usia, nama, pangkat dan semuanya adalah tanggugjawab kita bersama," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8334687.asp

Bimbang setiap kali hari hujan

Posted: 25 Oct 2010 08:32 PM PDT

Sinar Harian 26 Okt 2010

GEMAS – Penduduk di Taman Sungai Gemas di sini gusar dan bimbang setiap kali hujan lebat berikutan lokasi penempatan itu adalah kawasan banjir.

Buktinya, kejadian paling buruk dicatatkan pada 2006 apabila kediaman mereka ditenggelami air sehingga paras bumbung.

Seorang penduduk, S Tanapacchiam, 72, berkata, kejadian banjir berlaku sekurang-kurangnya dua tahun sekali terutama pada penghujung tahun sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan mereka agak bimbang dengan masalah itu.

Menurutnya, ada juga penduduk yang tidak berani untuk membeli barangan mahupun perabot kerana masalah banjir yang agak teruk sering berlaku di penempatan berkenaan kerana tidak mahu menanggung kerugian.

"Terbaru, air lumpur dari longkang naik di hadapan beberapa rumah sebaris dengan kediaman saya. Bagaimanapun, mujurlah air lumpur tidak masuk ke dalam rumah sehingga memaksa kami untuk menyelamatkan barangan.

"Saya sekeluarga yang akan menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi, tidak dapat membuat persiapan kerana bimbang semuanya akan musnah disebabkan banjir," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Taman Sungai Gemas, di sini.

Sementara itu, Norizan Abdullah, 41, berkata, ada pihak daripada syarikat swasta yang datang membuat tinjauan di loji kumbahan di taman berkenaan yang terletak betul-betul di hadapan kediamannya bagi memastikan air kumbahan tidak melimpah keluar pada musim banjir.

Menurutnya, loji kumbahan itu tidak digunakan lagi berikutan kejadian banjir besar pada 2006 yang lalu demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

"Kini loji berkenaan sudah dibina tembok batu dan kita sukar untuk mengagak bila air akan naik dan melimpah ke kediaman.

"Mujurlah ada sistem siren yang boleh memberi peringatan kepada penduduk jika air sudah berada pada tahap bahaya," katanya.

Bagaimanapun, Norizan berkata, mereka tetap masalah banjir dan kemungkinan limpahan air di loji berkenaan menemui jalan penyelesaian demi kebaikan penduduk taman terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8332480.asp

Konvoi Anak Muda Rembau ke Penang 5 ke 7 Nov 2010

Posted: 24 Oct 2010 09:32 PM PDT


KONVOI ANAK MUDA REFORMASI
Dari Rembau ke Permatang Pauh
5 hingga 7 November 2010 (Jumaat-Ahad)

Anjuran :
SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia)
Yayasan AMAN
United Sharks Bikers 250 Malaysia
bersama
Belia Senawang, DACS ARC, AMK Rembau dan AMK Permatang Pauh

Pertanyaan hubungi Yaser 012-6794704

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Poster program di https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcvTv1fUgrizHhVH453zxSobli7gkHaOBtY8t-UpDB25eylLd9uG1OTqc54dnz0SLPl6-lEe1T8yTXwt3-xyc5jCQINrNOUj3F6E_-P96TqPFH96dQnsel5CU1FmNaPohBAgcbW_19hsE/s1600/motor.jpg

PAS Youth Wing for Lembah Pantai

Posted: 25 Oct 2010 09:12 PM PDT

PAS Youth Wing for Lembah Pantai


Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

Posted: 24 Oct 2010 10:40 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

"Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.

n12selinsing

Posted: 25 Oct 2010 09:11 PM PDT

n12selinsing


SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Posted: 25 Oct 2010 12:45 AM PDT

Keadaan rumah mangsa selepas kebakaran

25 oKT 2010; Pihak pengurusan PASTI Bagan Serai bersama Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Bagan Serai, menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Maahad Al_Ridzuaniah Telok Medan yang melibatkan sebuah rumah seorang guru KAFA. Rumah yang di huni oleh Ustazah Asmah Bt Mat Kahar,33 bersama 3 orang anak beliau hangus dijilat api pada Khamis lalu. YB Husin bersama rombongan dari Jawatankuasa PASTI Bagan Serai yang di ketuai oleh Sdr Azraei selaku pengerusi PASTI Bagan Serai. Sumbangan berupa sedikit wang tunai dan barangan keperluan harian dan barangan keperluan sekolah anak-anak beliau. Ustazah Asmah sekarang menumpang dirumah adik beliau yang juga guru di SABK Al-Ridzuaniah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh

Posted: 25 Oct 2010 07:22 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh


Fathul Bari : Kenapa Ilmu Tidak Sehebat Namamu?

Posted: 25 Oct 2010 07:03 PM PDT


Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS:
Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO

Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya.

Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam.

Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.



Hujah Bahawa Datin Seri Rosmah Mansur Hanya Penaung Bukan Penganjur

Fathul Bari bin Mat Jahya mempertikaikan sikap PAS yang dianggap salah kerana menurut beliau, Datin Seri Rosmah Mansur bukanlah penganjur sebaliknya hanyalah penaung kepada majlis IFF tersebut.

Namun bagi Ulamak Pelapis PAS, Fathul Bari selaku seorang yang berpendidikan agama sepatutnya jelas mengenai sikap yang perlu diambil oleh seseorang muslim apabila terlibat dengan program-program maksiat sebagaimana yang telah berlaku dalam IFF.


(Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (left) and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, speaking with Prince Albert II of Monaco at the International Islamic Fashion Festival. — Reuters picture)

Pakaian menjolok mata dengan tidak mengendahkan arahan Allah agar wanita muslimah menutup aurat ditambah dengan penghinaan nama Nabi Muhammad yang ditulis secara terbalik dan ditonjolkan di bahagian dada wanita yang memperagakan fesyen tersebut sangat jelas untuk dihukumkan sebagai satu majlis maksiat dan menghina Islam.

Menerusi firman Allah Taala di dalam Surah al-Nisa' ayat 140, Allah menegaskan larangan untuk orang Islam bersama-sama di dalam majlis yang menghina ayat-ayat Allah. Umat Islam disuruh untuk menegur maksiat yang berlaku di dalam mana-mana majlis. Sekiranya mereka tidak mempunyai kemampuan, maka mereka wajib untuk meninggalkan majlis maksiat kerana kebersamaan di dalam majlis berunsur maksiat adalah satu maksiat. Ini jelas terpampang dalam kenyataan para ulama tafsir sewaktu mereka menghuraikan ayat 140 daripada Surah al-Nisa'.

Adakah boleh diterima secara waras bahawa Datin Seri Rosmah Mansur selaku seorang muslimah sebenarnya tidak mengetahui bahawa majlis seperti itu adalah satu majlis maksiat? Adakah beliau boleh dianggap sebagai seorang yang tidak mengetahui sama sekali bahawa pakaian-pakaian yang dipamerkan dalam majlis tersebut adalah pakaian yang menyongsang daripada kehendak agama Islam?

Ulamak Pelapis PAS beranggapan bahawa Datin Seri Rosmah Mansur menyedari bahawa IFF adalah bercanggah dengan tuntutan Islam yang sebenar. Sekiranya Fathul Bari beranggapan sebaliknya, ini bermakna Datin Seri Rosmah Mansur begitu sangat jahil dalam memahami kehendak Islam dan ini adalah sangat-sangat malang sekiranya berlaku kepada seorang wanita Islam apatah lagi kepada isteri kepada seorang Perdana Menteri.

Sekiranya Fathul Bari mempertikaikan PAS kerana menyelar keterlibatan Datin Seri Rosmah Mansur dalam satu program maksiat, maka Ulamak Pelapis PAS ingin bertanya di manakah suara orang-orang berpendidikan Islam di dalam UMNO seperti Fathul Bari dalam membantras maksiat sebagaimana yang berlaku dalam IFF dan konsert Adam Lambert yang diizinkan oleh kerajaan UMNO untuk dibuat di Malaysia? Ulamak Pelapis PAS kesal dengan sikap orang-orang berpendidikan agama di dalam UMNO yang membisu dalam membantras gejala maksiat di dalam negara sebaliknya begitu lantang mengecap tindakan rakyat yang bangkit menyuarakan isi hati mereka yang tidak berpuas hati apabila agama dipersenda.

Hujah Bahawa Nasihat Kepada Pemimpin Tidak Boleh Secara Terang-Terangan

Ulamak Pelapis PAS ingin menjelaskan kepada umum bahawa para ulama Islam telah menyatakan bahawa apabila maksiat yang dibuat secara terang-terangan, maka tidak menjadi satu kesalahan untuk umat Islam memprotes maksiat tersebut secara terang-terangan.

Sekalipun ada hadith Rasulullah yang meminta supaya nasihat diberikan secara senyap-senyap dan bukan secara terang-terangan, hadith ini sebenarnya ditujukan kepada kesilapan yang dibuat secara senyap-senyap. Ini kerana apabila seseorang itu melakukan dosa dan maksiat secara sembunyi-sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain, maka orang yang mengetahui kesalahan tersebut tidak boleh sama sekali menghebahkan kesilapan si pelaku kerana Islam meminta umatnya agar menutup keaiban manusia.

Namun sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan adalah secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku dalam majlis IFF, maka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan perlanggaran Syariat yang berlaku adalah dibolehkan oleh Islam agar umat Islam mengetahui bahawa majlis yang dibuat secara terbuka tersebut adalah bercanggah dengan Islam.

Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan enam keadaan yang mana seseorang itu dibenarkan oleh Islam untuk mengumpat dan menyatakan kejahatan atau keburukan orang lain:

Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah ataupun pihak yang berautoriti agar kezaliman dapat dibanteras.

Perbuatan mengumpat dan mendedahkan kesalahan adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran: "Si Fulan melakukan kemungkaran. Maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"
Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya secara terang-terangan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat tentang kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.

Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.



Sejarah Islam Bukti Bahawa Kesalahan Pemimpin Yang Dibuat Secara Terangan Ditegur Secara Terangan

Sejarah Islam sendiri telahpun mendedahkan kepada kita berkenaan dengan sikap umat Islam dahulu yang berani menyatakan kesilapan para pemerintah secara terang-terangan sekalipun mereka diancam dengan kematian.

Apabila Marwan bin al-Hakam yang merupakan pemerintah Bani Umayyah ketika itu cuba untuk membaca khutbah terlebih dahulu sebelum solat hari raya, tindakan beliau telah ditegur secara terang-terangan oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Said al-Khudri.

Apabila Marwan bin Hakam tetap mahu berkhutbah dahulu sebelum solat hari raya, Abu Said al-Khudri telah merentap baju pemerintah tersebut agar dia tidak meneruskan niatnya untuk membaca khutbah sebelum solat. Dalam masa yang sama, seorang lelaki lain yang turut berada di situ telah menegur Marwan secara keras dengan berkata:

"Wahai Marwan. Engkau telah menyalahi Sunnah Nabi. Engkau telah mengeluarkan mimbar pada hari raya sedangkan sebelum ini mimbar tidak pernah dikeluarkan pada hari raya. Engkau telah mulakan dengan khutbah sebelum solat hari raya".

Lantas Abu Said al-Khudri bertanya kepada orang ramai siapakah lelaki berkenaan. Selepas mana hadirin memberi tahu nama lelaki tersebut kepada Abu Said al-Khudri, Abu Said telah berkata:

Adapun orang ini, dia telahpun menunaikan kewajipannya. Saya telah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran dan dia mampu untuk mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah Iman".

(Lihat kisah ini dalam Sahih Muslim: Hadith ke-9 daripada Kitab Solat al-`Idayn. Lihat juga Sunan Abi Daud Kitab al-Solat Bab al-Khutbah Yawm al-`Id).

Antara contoh lain adalah Sultan al-`Ulama Izzuddin bin Abd al-Salam dan Ibnu al-Hajib al-Maliki. Dua tokoh ulama kurun ke-6 ini begitu berani mendedahkan kesilapan Raja Syria ketika itu di atas pentas mimbar Jumaat. Mereka berdua begitu lantang dalam khutbah mereka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan dosa Raja Syria yang bersubahat dengan tentera Salib dalam menyerang Mesir sehingga raja tersebut tergamak membenarkan tentera Salib masuk ke kota Damsyik bagi tujuan membeli peralatan senjata daripada umat Islam. Al-Imam Izzuddin yang merupakan ulama besar dalam mazhab Syafi`e akhirnya telah dibuang negeri dan beliau akhirnya berhijrah ke Mesir dan tinggal di sana sehingga beliau meninggal dunia.

Ini adalah beberapa contoh kecil yang ada di dalam lipatan sejarah Islam. Maka apabila tindakan PAS mendedahkan kepada umum tentang kesilapan para pemimpin UMNO dipertikai oleh Fathul Bari, Ulamak Pelapis PAS sebenarnya sangsi dengan tahap keilmuan Islam yang dimiliki oleh beliau. Adakah Fathul Bari tidak pernah mengetahui perbahasan seperti ini ataupun beliau sebenarnya sengaja menidakkan fakta ini demi menjaga kepentingan peribadi beliau di dalam UMNO.

Ulamak Pelapis PAS meminta agar orang-orang yang berpendidikan agama di dalam UMNO menginsafi dan bertaubat kepada Allah S.W.T. serta bersikap tidak mengkhianati ilmu Islam yang dipelajari hanya semata-mata kepentingan keduniaan.

LAJNAH KEAHLIAN DAN ULAMAK PELAPIS
Dewan Ulamak PAS Pusat
Kuala Lumpur

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 25 Oct 2010 07:13 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Penamaan Calon N.45 Galas : Penyokong PAS Dan Pakatan Rakyat Diminta Berkumpul Di Perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra Seawal Jam 7.00 Pagi

Posted: 25 Oct 2010 07:44 AM PDT

GUA MUSANG, 25 Okt : Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas esok, bandar Gua Musang mulai sesak.

PENYOKONG-penyokong PAS berarak sambil membawa bendera parti  ketika proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan  Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, hari  ini. Pilihan raya kecil DUN itu yang akan berlangsung pada 11 Okt ini,  menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional  (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.

Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.

Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.

Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.

"Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.

"Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.

Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.

Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.

Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.

Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.

Dalam pada itu, PAS malam ini mengadakan beberapa program menjelang esok.

Di peti undi Pulai, Tuan Guru Nik Aziz menghadiri satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula dijadual menyampaikan ceramah di Pasti Terasil.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pula berceramah di Kampung Baru Gua Musang bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.

Manakala di Pusat Sivik pula berlangsung forum Bertani Satu Ibadah anjuran kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti bertanding supaya mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing.

Penyokong calon BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati kira-kira 180 meter dari Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, tempat penyokong calon Pakatan Rakyat berkumpul.

sumber : harakahdaily

Isu IFF : Ulama' Pelapis PAS Bidas Kedangkalan Ilmu Ulama' Muda UMNO

Posted: 25 Oct 2010 07:04 AM PDT

Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya.

Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam.

Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.

Hujah Bahawa Datin Seri Rosmah Mansur Hanya Penaung Bukan Penganjur

Fathul Bari bin Mat Jahya mempertikaikan sikap PAS yang dianggap salah kerana menurut beliau, Datin Seri Rosmah Mansur bukanlah penganjur sebaliknya hanyalah penaung kepada majlis IFF tersebut.

Namun bagi Ulamak Pelapis PAS, Fathul Bari selaku seorang yang berpendidikan agama sepatutnya jelas mengenai sikap yang perlu diambil oleh seseorang muslim apabila terlibat dengan program-program maksiat sebagaimana yang telah berlaku dalam IFF.

baca artikel penuh...di sini.

Bandar Gua Musang Alami Gangguan Bekalan Elektrik

Posted: 25 Oct 2010 03:51 AM PDT

GUA MUSANG : Bekalan elektrik di Bandar Gua Musang hari ini terganggu selama sejam berikutan beban penggunaan yang tinggi apabila bandar itu menjadi tumpuan ramai menjelang pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Zulkffli Abd Rahaman berkata penggunaan elektrik meningkat apabila bandar ini dipenuhi penduduk dari serata negeri dan ini menambah beban terhadap proses penyaluran bekalannya.

"Gangguan seperti ini tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

Selain itu, katanya, beberapa gangguan kecil selama beberapa minit yang berlaku hari ini juga turut berpunca dari kerosakan kabel elektrik di bandar berkenaan.

"Sedikit kerosakan kabel telah berlaku semalam yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di bandar Gua Musang malam tadi.

"Bagaimanapun ia sedang dalam proses pembaikan dan gangguan kecil yang berlaku hari ini mungkin juga disebabkan proses pembaikan yang sedang dijalankan pihak kita," katanya.

Zulkffli berkata TNB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dan meminta penduduk bersabar sekiranya beberapa gangguan masih lagi berlaku sementara proses pembaikan selesai.

sumber : mstar.com

DPPK PARIT

Posted: 25 Oct 2010 07:13 PM PDT

DPPK PARIT


Bas Bawa Siswa UIAM Terbalik, 17 Cedera

Posted: 25 Oct 2010 04:25 AM PDT

Khalid Samad

Posted: 25 Oct 2010 07:11 PM PDT

Khalid Samad


Urus Tadbir Ekonomi Negara Pincang

Posted: 25 Oct 2010 05:41 PM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyelar Bajet 2011 yang menunjukkan defisit secara 14 kali berturut-turut.

Khalid sewaktu membahaskan bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sudah kehilangan idea dan tidak mampu menghasilkan bajet yang mengandungi kaedah menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara.

"Walaupun kerajaan menyebut defisit hanya 5 peratus lebih sedikit sahaja, hakikatnya peratusan itu bukan berdasarkan kepada jumlah bajet tetapi ianya berdasarkan kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 5.2 peratus atau 2 atau 3 peratus atau 4 peratus daripada KDNK, ia merupakan angka yang cukup besar," katanya.

Menurut beliau juga, berdasarkan bajet yang dibentangkan, pinjaman kerajaan menunjukkan angka yang sangat besar iaitu sebanyak RM46 bilion.

"Kalau kita lihat dalam buku ucapan Bajet 2011, kita akan melihat di muka surat yang mengadungi carta pai jumlah penjaman dan penggunaan daripada aset-aset kerajaan, ianya adalah sebanyak 22 peratus adalah daripada pinjaman.

"Jumlah pinjaman ini adalah sebanyak RM46 bilion. Ini merupakan satu jumlah yang cukup besar dan apabila kita lihat bahawa kita pun pada masa yang sama membayar hutang negara sebanyak RM18 bilion.

"Ini bermaksud kita pinjam untuk bayar pinjaman negara. Ini merupakan satu keadaan yang sangat parah kerana kalau tidak ada pinjaman RM46 bilion itu dengan cara pengurusan kewangan yang dilakukan oleh BN, kita tak akan ada duit untuk membayar pinjaman yang telah kita buat sebelum ini," jelasnya.

Tegasnya juga, kerajaan telah menunjukkan cara pengurusan kewangan yang sangat tidak bertanggungjawab apabila hutang negara melonjak melebihi RM400 bilion dalam keadaan pendapatan kerajaan dan negara semakin berkurangan.

"Hutang bertambah, peratusan wang yang kita gunakan untuk servis pinjaman semakin bertambah, pendapatan semakin menguncup," katanya lagi.

Ujarnya juga, meskipun laporan audit negara dikeluarkan pada setiap tahun, namun kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan untuk memulihkan ekonomi negara.

"Bajet ini tidak mengambil kira masa depan anak cucu kita. Kita telah dianugerah Allah satu negara yang begitu kaya dengan hasil minyak dan sebagainya tapi kerana boros, pengurusan yang tidak cekap, penuh ketirisan, walaupun dilaporkan ketua audit negara setiap tahun, tapi tak ada kesungguhan BNuntuk mengubah keadaan ini," katanya.

Selanjutnya dari HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Oct 2010 07:01 PM PDT

Rembau Hari Ini


Konvoi Anak Muda Rembau ke Penang 5 ke 7 Nov 2010

Posted: 24 Oct 2010 09:33 PM PDT


KONVOI ANAK MUDA REFORMASI
Dari Rembau ke Permatang Pauh
5 hingga 7 November 2010 (Jumaat-Ahad)

Anjuran :
SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia)
Yayasan AMAN
United Sharks Bikers 250 Malaysia
bersama
Belia Senawang, DACS ARC, AMK Rembau dan AMK Permatang Pauh

Pertanyaan hubungi Yaser 012-6794704

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Poster program di https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcvTv1fUgrizHhVH453zxSobli7gkHaOBtY8t-UpDB25eylLd9uG1OTqc54dnz0SLPl6-lEe1T8yTXwt3-xyc5jCQINrNOUj3F6E_-P96TqPFH96dQnsel5CU1FmNaPohBAgcbW_19hsE/s1600/motor.jpg

Tak mampu bayar sewa berbulan di kawasan selamat UMNO Rembau

Posted: 24 Oct 2010 08:33 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

Terkejut lihat gerai terbakar
Sinar Harian 25 Okt 2010

PEDAS - Seorang ibu tunggal terkejut apabila melihat gerai makannya sedang terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Norlia Ramli, 34, berkata, kejadian itu disedari jiran tinggal berhampiran dengan gerainya, lalu memaklumkan kepada dia yang ketika itu tidur di rumah ibunya.

Menurutnya, ketika itu, api sedang marak, bagaimanapun mujurlah beberapa jiran mengambil tindakan berani berusaha memadamkan kebakaran sebelum bomba datang memadamkan sepenuhnya kebakaran terbabit.

"Selepas selesai memadam api saya masuk semula ke dalam gerai dan mendapati peralatan dapur, barang makanan dan tong gas habis terbakar.

"Dinding kedai yang diperbuat daripada kayu papan turut terbakar tetapi hanya sebahagian sahaja," katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Batu 2, Pedas Hilir, dekat sini.

Norlia berkata, akibat kejadian itu, dia sedih kerana kebanyakan peralatan dan perkakasan terbakar.

Katanya, secara jujur, dia tidak memiliki wang untuk membeli semula barang dapur kerana kesempitan hidup.

"Dengan keadaan diri yang hanya bergantung kepada pendapatan hasil meniaga goreng pisang untuk membesar dan menyekolahkan anak-anak memang wang sedia ada belum cukup menampung kehidupan kami sekeluarga," katanya.

Malah, katanya, bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terpaksa dibahagi dua dengan bekas suami kerana tiga daripada lapan anaknya dijaga bekas suami.

Menurutnya, dia pula perlu menjaga lima anak dan empat daripadanya sudah bersekolah.

"Pendapatan meniaga goreng pisang ini tidak menentu terutamanya jika musim hujan hasil jualan tidak memberangsangkan. Kejadian kali ini juga menyebabkan saya tidak dapat berniaga jika barang dapur tidak dapat dibeli," katanya.

Lebih merunsingkan, katanya, rumah mesra rakyat yang diduduki kini juga tidak berbayar sejak beberapa bulan lalu kerana hasil jualan digunakan untuk menampung kehidupan mereka anak beranak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8329517.asp

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 Oct 2010 03:37 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR PELANCARAN PPR) RASUAH UMNO DAH START DI GALAS

Posted: 25 Oct 2010 01:38 AM PDT

BN dah start bagi rasuah "gula-gula" kepada penduduk Dun Galas....



Orang yang bijak adalah ...orang BN nak bagi apa pun .... ambik je... yang penting pangkah PAS.....

sumber dari blog pro UMNgOk...


MASIH INGATANKAH KELANTAN vs N9 TAHUN LALU?

Posted: 25 Oct 2010 12:46 AM PDT

NAMPAKNYA SEUMPAMA ULANGAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2009 YANG LALU APABILA MENEMUKAN SEMULA 2 PASUKAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN...

Masih ingatkah lagi peristiwa pada perlawanan pada 2009 yang lalu? Bukan nak memburukkan penyokong sendiri... cume nak beri ingat agar kita sama-sama bersikap professional... ingat sikit Tuhan tak kiralah dia tu BN ke ape ke....

... penyokong memanjang pagar stadium sebab jam 4 petang pintu masuk tak bukak lagi... sapa suruh bukak lambat... lain kali bukak la awal.....
... rempuhan para penyokong sebaik sahaja pintu dibuka oleh pihak berkuasa...



4/5 stadium dipenuhi penyokong Kelantan.... pastikan mereka dok jauh-jauh... takut ade yang kene cucuh merecun pulak...

Padan muka gambor Annuar Musa kene bakar....
... mungkin pasukan keselamatan perlu lebih bekerja... jangan duk kawat je...
akhirnya kerusi jadi mangsa....


... Harapan aku selalu penyokong RED WARRIORS agar kejadian dulu tidak berlaku lagi... aminnnn

JURULATIH DIGANTUNG... PENYOKONG CADANG BERDEMO DEPAN FAM

Posted: 24 Oct 2010 11:31 PM PDT

KOTA BHARU: Kontroversi ketua jurulatih B Sathianathan digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kian memuncak di Kelantan.


Insiden ini memberi gambaran pengurusan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors sudah mula 'mencipta rasa benci' terhadap badan induk itu ketika saat genting menentang Negeri Sembilan di final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Rasa marah itu seperti 'menggegar' bumi negeri Pantai Timur itu dan terkini Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan bercadang berdemonstrasi di depan Wisma FAM bagi menunjukkan sokongan kepada ketua jurulatih yang digantung dan didenda itu.

"Tindakan seperti itu seolah-olah menunjukkan wujudnya tangan-tangan ghaib yang ingin melihat moral pemain Kelantan terjejas menjelang final Sabtu ini," kata Presiden kelab berkenaan, Marhashim Mat, semalam.

Apapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang turut kecewa dengan perkembangan ini meminta pengurusan pasukan dan penyokong setia bersabar dan memberi sokongan moral kepada pemain Kelantan sebelum final ini.

"Saya terperanjat sebab kes itu (membabitkan komen Sathia mengenai stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lalu) sudah berlaku dua atau tiga bulan lalu dan ketika kita berada di saat genting memerlukan jurulatih.

Tapi tiba-tiba kami tidak dapat khidmatnya.
"Saya minta pemain bermain dengan baik, jika mereka sayang kepada presiden dan jurulatih, mereka perlu berjanji untuk menang," katanya selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam kelmarin.

.... BILA TARIKHNYA... FINAL DAH DEKAT NIE???

FILEM CUTI-CUTI CINTA AJAR BUDAK SEKOLAH BAHASA KOTOR

Posted: 24 Oct 2010 10:38 PM PDT

Nora : U kata muka I tak cantik?


Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..



Nora : Haa?

Farid : Nasi lemak 50 sen.. (sambil menunjuk ke arah ***** Nora Danish)
 
Nora: Aaa..


Nasi lemak 50 sen...!!! Dialog yang sering disebut-sebut oleh budak-budak termasuk yang bersekolah rendah. Apakah nie yang kita ingin ajarkan kepada generasi kita... anak kita??? Apakah skrip tersebut wajar disebut ulang setipa kali promosi di TV??? Aku berani cakap dialog tersebut akan jadi mainan mereka mengutuk rakan-rakan sekelas (perempuan).


 
Hmm tak tahu sama ada ini skrip asal atau skrip spontan si Farid Kamil kepada Nora Danish. walau apapun pastinya ia mencermin gaya bahasa dan style percakapan sesetengah generasi muda masa kini.... dan itulah yang selalu dimain cakap oleh anak-anak kita... tak kira dimana pun hatta didalam kelas hari ini.



Filem cuti-cuti cinta arahan Ahmad Idham yang mengenengahkan pelakon popular masa kini Farid Kamil yang akan berganding bahu dengan Nora Danish serta di perkuatkan dengan Zed Zaidi. Filem selama 86 minit ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober 2010 nanti.

NURUL IZZAH : JIKA TAK TUNAI BAIK PM JADI MAK JENIN JE LA..

Posted: 24 Oct 2010 10:26 PM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mencabar Datuk Seri Najib Razak menunaikan tiga perkara dalam 30 hari bagi membuktikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu bukan omong-omong kosong.

Sekiranya PM gagal menunaikan tiga perkara yang dituntutnya, Umno-BN pimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno boleh menyimpan Putrajaya jika mahu, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat menentukan peneraju baru negara pada keseluruhannya — Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana Parlimen masih bersidang, saya meminta Perdana Menteri mengubah ucapannya (ketika Perhimpunan Agung Umno) dalam bentuk tindakan dalam tempoh 30 hari," kata beliau.

"Perdana Menteri berkata hak orang Melayu sudah terkunci kemas dalam Perlembagaan. Oleh itu, di Parlimen, Perdana Menteri mesti memansuhkan undang-undang yang antidemokratik seperti ISA, AUKU, yang tidak lagi diperlukan untuk melindungi hak-hak itu.

"Bukankah Umno percaya pada kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk memegang kunci utama ini demi (kepentingan) semua rakyat Malaysia?" kata beliau.

Oleh itu, jelas Nurul Izzah, memandangkan orang Melayu perlu berhadapan dengan pertarungan minda dan kemahiran, Perdana Menteri harus memastikan bahawa kebebasan media perlu untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

"Bukankah ini akan memperkayakan minda dan jiwa rakyat untuk berhadapan dengan era moden," kata beliau lagi dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Tambahnya lagi, oleh kerana Perdana Menteri menekankan bahawa orang Melayu boleh bersaing dengan memperlihatkaan hasil terbaik seperti kaum-kaum lain, Perdana Menteri harus menjamin pilihan raya yang bebas dan adil.

Kata Nurul Izzah lagi, bukankah Umno-BN sewajarnya mencontohi semangat Laksamana Hang Tuah sebagai pahlawan tulen Melayu yang memilih untuk berjuang di padang yang sama rata dan adil.

"Biar tanda aras ini menjadi ujian kepada legitimasi Umno dan sama ada Presiden Umno mempunyai kepimpinan moral yang beliau memperlihatkan dalam ucapannya, dan semangat juang Hang Tuah atau akan ikut sifat seakan-akan Mat Jenin," katanya.

YB R*****N P***L SUH YB KAPAR JANGAN DEDAH PASAL TANAH 29 JUTA???

Posted: 24 Oct 2010 10:16 PM PDT

Minggu lepas Yb Kapar, Manikavasagam ade buat press conference, keluar kat paper SINAR. Yb Kapar tu ade simpan bukti dan dokumen Yb Rahman Palil memang terlibat dengan deal tanah yang dah kalut dalam kes Sosilawati & 3 yang lain...

Ikut cerita kawan kawan lawyer, kat tangan Yb Kapar ade Power Of Attorney yang palsu, ade dokumen transfer ownership, bukti bukti lain yang invlove Ample Quality Sdn Bhd dengan Southern Symphony Sdn Bhd. Rahman Palil dengan suspek utama membunuh Sosilawati [lawyer ade title Datuk tu laa] director Ample Sdn Bhd. Allahyarhamah Datuk Sosilawati director Southern Symphony Sdn Bhd, transaction jula beli tanah Batu Feringgi. Blog nie ade buat artikel jugak kalau nak baca lagi boleh pergi kat URL bawah nie ;

http://lydiausm72.blogspot.com/2010/10/panaaass-yb-rahman-palil-memang-ada.html

Tajuk : Panaaass..!Yb Rahman Palil Memang Ada Deal Beli Tanah Batu Feringgi Dari Sosilawati Harga 29 Juta..?

Yb Kapar nak buktikan memang ade penipuan dokumen untuk pindah milik tanah yang dalam transaction semua yang terlibat...


Dengar cerita, Rahman Palil suruh secretary dia call Yb Manikavasagam, mintak tolong Yb Kapar, "slow down laaa..., jangan la bising bising..."

Kalaulah betul kisah nie, ntah la! Ape rase anak anak Sosilawati kalau betul ade Yb orang melayu terlibat berkawan dengan pembunuh kejam sampai mati sorang usahawan yang ade future dalam ekonomi Malaysia..??

Duit punya pasal...! Nak kaya, peduli ape?
 
Sumber Asal http://lydiausm72.blogspot.com/2010/10/latest-info-rahman-palil-suruh.html

BATU SAPI : BN PERTARUH WANITA SEBAGAI CALON

Posted: 24 Oct 2010 05:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Empat parti politik utama selesai mengumumkan nama bakal calon masing-masing termasuk seorang wanita untuk bersaing pada pilihan raya kecil serentak di Galas dan Batu Sapi.



Buat pertama kali, pilihan raya kecil sejak Mac 2008 menyaksikan seorang calon wanita diturunkan oleh parti politik utama.


Barisan Nasional (BN) meletakan sandaran pada Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Elopura Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.


Tsen, 54, merupakan balu kepada penyandang kerusi itu yang meninggal dunia awal bulan ini.

Datuk Edmund Chong Ket Wah iaitu penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas.

Pengumuman Tsen dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersama pemimpin komponen BN Sabah pada sidang akhbar di Hotel Sanbay, Sandakan 3 petang tadi.


Semalam, SAPP pula memilih presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon pilihan raya kecil berkenaan.


Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi dan kerusi Dewan Undangan Negeri Galas akan diadakan Selasa ini dan pengundian 4 November.


Dalam pada itu, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Ansari Abdullah dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan Tsen.


Pengumuman pemilihan Ansari sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hakka, Sandakan.


Ansari, seorang peguam kanan profesional, juga merupakan ketua cabang PKR Tuaran.


Beliau mengakui pilihan raya kecil Batu Sapi kali ini adalah sengit, namun yakin mampu memberi saingan kepada BN berdasarkan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-12.

"ROGOLLAH SAYA.. TAPI JANGAN CABUT TAYAR MOTOR SAYA"

Posted: 24 Oct 2010 05:33 PM PDT

Lucu... tapi itu lah hakikatnya.... Mungkin nilai 'tayar' motosikal itu lebih mahal daripada "dara" . "maruah" atau "keperawanan"nya.
Saya petik:


[SH] Klang - Kerana takut motosikalnya dirosakkan, seorang gadis bersetuju membiarkan dirinya dirogol abang angkatnya di kebun kelapa sawit di Sabak Bernam, dua tahun lalu.

Mangsa terpaksa bersetuju dirogol apabila lelaki itu mengugut mencabut tayar motosikal mangsa.

Pekerja ladang itu merogol remaja itu kira-kira jam 3 petang, 18 Disember 2008, dalam kereta.

Bagaimanapun, lelaki itu ditangkap empat jam selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah.

Pekerja ladang, Hamiruddin Abd Haris, 27, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana merogol adik angkatnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali memerintah hukuman kuatkuasa semalam.

Dalam rayuannya, Hamiruddin, memohon mahkamah mengambil kira keadaannya yang miskin dan ayahnya yang sakit.

Hamiruddin disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 25 Oct 2010 03:17 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


PAS cadang badan selaras selesai isu Islam

Posted: 25 Oct 2010 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan menubuhkan satu badan khas yang berfungsi untuk menyelaraskan segala bentuk penyelesaian terhadap isu-isu yang timbul berkaitan agama Islam.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, terdapat banyak isu kontroversi yang memerlukan satu bentuk penyelarasan dan tindakan-tindakan yang proaktif oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terutamanya dari segi pengurusan dan pengundangan syariah.

"Adakah pihak kementerian telah mewujudkan satu badan penyelaras di antara peguam-peguam muslim dan juga peguam sivil berkaitan isu-isu seperti hak sepencarian pasangan-pasangan yang bercerai yang asalnya dulu Islam dan mereka kembali kepada agama asal.

Begitu juga dengan isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini yang menimbulkan satu perdebatan yang agak serius," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya, belum ada badan di bawah Jakim atau Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mempunyai autoriti untuk menyelaras isu-isu sedemikian.

"Adakah pada masa akan datang Yang Berhormat sendiri merasakan perlu untuk kita menyelesaikan isu-isu yang serius dan memerlukan tanggungjawab lebih besar daripada pihak Jakim?" soalnya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri meminta Perdana Menteri menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan agensi agama Islam negara ini bagi menghasilkan lebih banyak produk halal inovatif, pengurusan syariah, perundangan dan perbankan Islam yang mampu memberi impak positif kepada rakyat dan syiar Islam.

Menteri JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapannya memberitahu, bagi keperluan industri halal, beberapa standard halal sedang dibangunkan, misalnya standard tulang, kuku dan bulu serta standard farmeseutikal sedang di peringkat akhir.

Selain Jakim dan dan agensi-agensi yang terlibat sedang menuju ke arah mewujudkan Standard vaksin.
Dari aspek perundangan Islam pula, kerajaan sentiasa menjalankan kajian dari semasa ke semasa terhadap undang-undang yang sedia ada bagi tujuan penambahbaikan atau mewujudkan undang-undang baru yang selaras dengan kehendak semasa.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 25 Oct 2010 03:13 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Musafir ke Galas bersama Motor HD

Posted: 25 Oct 2010 10:54 AM PDT



Ayuh bersama-sama kita memenangkan Calon PAS Dr Zul di PRK Dun Galas...lagi seronok bawa motor besar Harley Davidson yang mahal tu sekali...Tabik bro...Tahniah dan syabbas...ye lah buat apa beli kenderaan mahal-mahal tapi kalau tak digunakan untuk berjuang di Jalan Allah...kat Galas jalan pun dah sesak dengan kenderaan, memang sesuai sekali bawa motosikal senang cilok...

Rancangan Makan Tambahan tipu murid

Posted: 25 Oct 2010 10:49 AM PDT

'Sandwich kosong' untuk pelajar, sardin lesap - Mkini

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak," petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah "kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya," petik laporan itu.

Tabung dah kering

Posted: 25 Oct 2010 10:44 AM PDT

Borang bertimbun, PTPTN hadapi defisit RM46bilion - Mkini


Hampir 82 peratus permohonan yang diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2008 dan 2009 masih belum diproses.

Menurut Lapran Ketua Audit Negara, 61 peratus daripada 103,525 borang yang diterima pada 2008 dan semua 124,070 borang yang diterima pada 2009 masih belum diproses.

Pasukan audit juga mendapati borang yang tidak lengkap disusun dalam keadaan yang tidak teratur di pejabat Unit Perjanjian di ibu pejabat PTPTN.

Malah, laporan itu juga menyiarkan gambar bagi membuktikan dokumen berkenaan hanya ditutup dengan kanvas dengan penerangan ngambarnya menjelaskan ia bertujuan melindung dokumen itu daripada siling yang bocor.

"Pada pendapat kami, PTPTN sepatutnya melengkapkan perjanjian pinjaman pelajar dengan menandatanganinya pada kadar segera.

"Sebagai tambaha, (borang) perjanjian mesti disimpan dalam cara yang teratur bagi memudahkannya dicari," petik Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan kepada ahli parlimen hari ini.

Menurut laporan itu, PTPTN akan menghadapi aliran tunai defisit RM45.89 bilion menjelang tahun 2016.

Apa erti maju kalau banyak hutang

Posted: 25 Oct 2010 10:34 AM PDT


Oh hutang, siang takut dikejar along, malam pula tak lena tidur

Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan

TV9 jadi TV Al-Hijrah

Posted: 25 Oct 2010 10:27 AM PDT


TV-Al Hijrah disiarkan mulai 1 Disember 2010-Mkini

Stesen televisyen baru bercorak Islam, TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember ini.

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun.

Majlis memperkenalkan stesen televisyen itu dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif TV-Al Hijrah, Bukhari Che Muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan TV-Al Hijrah di Kompleks Pusat Islam di Kuala Lumpur pada 7 Disember nanti.

Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jamil Khir berkata, pada peringkat awal, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan operasi televisyen itu.

Beliau berharap kemunculan TV itu dapat menangkis segala tohmahan yang dilemparkan orang ramai terhadap media yang dikatakan menjadi punca peningkatan gejala sosial di negara ini.

"Bila berlaku gejala sosial membabitkan remaja, kesalahan itu dibebankan kepada media, jadi kita mahu media ini (TV-Al Hijrah) dapat mengubah perkara itu (gejala sosial) menerusi pengisian program-program yang membina jiwa kalangan remaja," katanya.

Mengulas impak kewujudkan TV-Al Hijrah, Jamil berkata, kemunculan saluran tv berkenaan merupakan satu alternatif bagi memberi lebih banyak pilihan kepada penonton di negara ini.

"Kita akan jadi satu daripada rakan pilihan. Dalam erti kata lain, orang dapat memilih seperti kedai makan yang mempunyai banyak pilihan, selain memenuhi selera penonton dengan hidangan yang disediakan untuk mereka (penonton)," katanya.

Di peringkat awal, katanya, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi membolehkan stesen televisyen berkenaan beroperasi.

Jamil Khir berkata, sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda.

Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV-Al Hijrah, katanya.

- Bernama

Esok Penamaan Calon PRK Galas

Posted: 25 Oct 2010 10:13 AM PDT


Galas: Bandar Gua Musang mula sibuk
Nazri Abdullah Harakah

GUA MUSANG, 25 Okt: Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas esok, bandar Gua Musang mulai sesak.

Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.

Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.

Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.

"Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.

"Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.

Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.

Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.

Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.

Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.

Guru terbeban buat kerja kerani

Posted: 25 Oct 2010 09:59 AM PDT


Atasi guru dibebani tugas kakitangan sokongan
Hazayani Zakaria - Harakah

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden meminta kerajaan memberikan perhatian terhadap masalah kekurangan kakitangan sokongan di sekolah-sekolah sehingga menyebabkan guru-guru dibebani dengan tugas pentadbiran.

Taib ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini memberitahu, di Kedah sahaja, lebih 3,000 pegawai dan kakitangan bukan guru diperlukan untuk melakukan tugasan di pejabat namun masih belum dapat dipenuhi.

"Kita terima bahawa kerja-kerja profesional memberikan nilai tambah kepada seseorang guru dalam perkhidmatan.

"Tetapi kita lihat ada dengan sebab mengutamakan nilai tambah ini menjejaskan tugas-tugas utama mereka sebagai seorang guru dan pendidik," kata beliau.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa belum ada satu penyelarasan dari pihak kementerian mengenai pengambilan guru-guru di seluruh negara.

"Kita belum nampak satu penegasan atau satu ketetapan terutama sekali dari segi perangkaan guru-guru yang diperlukan di seluruh negara dan saya minta apakah kerajaan sedar dan akan mengatasi keadaan ini," katanya.

Sebelum itu, beliau dalam soalan asalnya meminta Mentri Pelajaran menyatakan adakah kerajaan sedar beban tugas guru-guru di sekolah bukan sahaja mendidik dan mengajar, tetapi juga dibebankan dengan tugas pengkeranian dan penjagaan stor.

Beliau ingin tahu sama ada perkara tersebut termasuk dalam bidang tugas perguruan dan langkah selanjutnya untuk mengatasinya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Fuad Zarkashi dalam jawapannya memberitahu, KPM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas menangani isu beban tugas guru (JKMIBTG) 2010 yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan beban guru bertambah dan mencadangkan langkah-langkah penyelesaian bagi isu tersebut.

nota : kadang-kadang kerani lebih berkuasa dari guru, guru terpaksa guna duit poket sendiri dulu untuk jalankan program sekolah...nak buat tuntuntan minta dengan kerani keluar duit (cek) terpaksa menyembah macam minta sedekah...jumpa berkali-kali...lambat dan leceh...padahal bukan duit dia...

Tak ada rekod kajian ilmiah ke?

Posted: 25 Oct 2010 09:46 AM PDT

SATU LAGI PENCAPAIAN NEGARA


LAUNGAN HEBAT MEMECAH REKOD


SATU MALAYSIA SEJUTA PUISI CATAT REKOD – berita hairan

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) menerusi pembacaan rangkap puisi 1Malaysia terbanyak sempena acara 1Malaysia Sejuta Puisi di sini, semalam.

Pada acara itu, 360 pembaca puisi pelbagai bangsa di kalangan kakitangan PNM, pensyarah dan pelajar UPSI, penyair, selebriti serta pengguna perpustakaan membacakan 10,118 rangkap puisi moden dan tradisional selama 34 jam 36 saat tanpa henti bermula sejak 12 tengah malam Sabtu lalu.

Bikinlah rekod yang mengharumkan nama Malaysia dari segi kajian dan pembangunan berbentuk ilmiah sesuai dengan UPSI dan maruah perputakaan negara. Bebudak sekolah pun boleh baca puisi...tak ada ruh langsung...

kan baik kalau solat sunat atau baca Quran ke sampai 36 jam tanpa henti...baru dapat pahala

Selamat menghadapi SMRA

Posted: 25 Oct 2010 09:27 AM PDT

Alunan lagu terkini dan terhangat "Maher Zain :Open Your Eyes" mengejutkanku...seawal 6.30 pagi menerima panggilan anak daraku...."Ummi...Che'a tertinggal fail pink...ada nota kat dalam fail"...

"Bang...nampaknya..abang kena hantar fail ni..Che'a perlukannya"
"Ok..nanti abang hantar lepas hantar Mas dan Fateh"

Macam-macam perkara berada dipemikiranku...ye-lah hari ini hari pertama puteriku hendak menduduki peperiksaan SMRA...doaku moga puteriku memperolehi kecemerlangan di dalam SMRA nya..dan dapatlah dia melanjutkan pelajarannya ke KELANTAN...

Sepanjang perjalanan dari T6 ke Simpang Renggam...hatiku di sapa kerisauan....mudah-mudahan puteriku diberikan ketenangan dan kemudahan oleh Allah untuk menjawab peperiksaannya.

Puteriku akan menjalani peperiksaan SMRA bermula dari 25/10 - 29/10/2010...

Berdegap-degup jantung..seolah-olah diri sendiri yang akan menduduki peperiksaan..ye-lah semua soalan bahasa pengantarnya Bahasa Arab....

Begitu jugalah perasaan emak dan ayah..suatu ketika dulu ketika aku menduduki peperiksaan...hanya keputusan cemerlang sahaja yang dapat menggembirakan hati kedua-duanya....

Sekarang tiba masanya ...aku pula merasakannya...begitu cepat dan pantasnya masa berlalu...sedar-sedar aku sudah memilik puteri yang sedang meningkat remaja....


Doa Ummi dan Abi ,moga Che'a (puteri kami) dan Fateh (putera bongsu kami)...memperolehi kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat dan sentiasa memperolehi ketenangan,kelapangan dan kefahaman di dalam menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.... Amin.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Oct 2010 03:10 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PESANAN ANAFAKIR YANG ELOK UMNO FIKIR

Posted: 25 Oct 2010 01:53 AM PDT

Model politik baru dan model ekonomi baru..pada saya itu mcm terbalik,sepatutnya model baru politik dan model baru ekonomi.Kalau model politik baru, maka ada model politik lama,begitu juga model ekonomi baru, itu bermaksud ada model politik lama.Politik itu tidak berubah,camna nak beza politik lama dgn baru?

Model politik baru, maknanya dulu ada model politik lama..mana model politik lama tu?.Bagaimana bentuknya?.UMNO perlu tukar gaya berpolitiknya tu..kalau setakat ubah model maka lama2 dia akan jadi lama juga.

Saya lebih mngharapkan UMNO lebih mengamalkan politik berdamai,politik bersangka baik dengan musuh politiknya sbb jika berlaku pertukaran kerajaan pun lawan itu akan menjadi pemerintah kepada Malaysia juga.Utk apa berperang?. Mengamalkan politik sengketa rasanya tidak bertamadun.Kita sepatutnya menawar perkhidmatan yg paling baik,bertanding untuk tunjukkan siapa yg boleh bagi 'service' terbaik utk rakyat bukan 'berlakon' sahaja. Tidak juga mengamalkan sikap 'menghitam' musuh dengan niat ingin 'memutihkan' diri kita.

Jika kita benar2 berkhidmat utk rakyat,tiada apa kita perlu risau.Rakyat akan melihat dan tahu menilai.Namun jika kita berpura2 berkhidmat sdgkan pada dasarnya tidak demikian maka pasti kita akan takut dgn bayang2 sendiri sbb selama ni kita cuma berpura2,hipokrit dgn rakyat.

Buatlah model politik macamana pun jika idealisme perjuangan masih mengamalkan pendekatan bermusuh, memburuk2kan lawan.mereka2 cerita,melakuka cara 'pembunuh upahan' membayar pihak tertentu utk jadi kambing hitam atau memutihkan diri kita,sampai bila matlamat yg baik jika caranya tetap salah..hasilnya tetap kotor.

Politik baru jika insan yg berpolitik itu masih dengan model lama,yg 'tua, rambut kusut masai, kulit kendur, mata kabur, gigi gugur, uban bertabur' maka itu tidak akan ke mana.Politik model baru haru seiring dng transfomasi batang tubuh ahli politik itu sendiri.Pentarbiahan kepimpinan wajar didahulukan sebelum apa2 model ingin dibina jika tidak,model tinggal model kerana ahli politik yg sama akan tetap dengan cara lama yg sudah sebati dan tepu dlm diri mereka.

DS Najib boleh membina pelbagai mekanisme dan apa2 model namun jika org bawahannya masih dgn 'kiblat' lama angan2 baik akan terus jadi angan2 yg teramat2 sukar utk dilamat ke alam nyata.

SELAMAT BERHIMPUN kepada perwakilan UMNO. Jgn jadi sekadar berhimpun sudahlah..bila tiba musim banjir kita berbicara pasal pusat pemindahan banjir,berbincang soal bekalan makanan, soal penyakit berjangkit,selepas musim itu tamat, kita pun lupakan semua apa yg dibincangkan tadi.Sekarang musim hampir PRU maka semua yg dibicara menjurus kepada mencari kemenangan maka pelbagai model,pelbagai cara; pelbagai pendekatan, pelbagai cadangan yg amat2 lunak diutarakan.Namun setelah habis berhimpun, yg mendengar 'balik asal' kekal dgn model lama dulu2.Kalau menang dlm PRU pun cadangan, mode dan apa2 sahaja yang baik akan dilupakan.

Biasa lah org berhimpun..sembang2,cakap2, tunjuk hebat pidato lepas tu balik umah tersenyum sbb berjaya menipu org dgn olahan dan ucapan kita yg berapi,penuh semangat, boleh dipraktik,logik dan wajar dilaksanakan sdgkan jauh dalam sudut hati..itu cuma 'permainan politik' semata2. Semoga Pehimpunan Agung UMNO sdg berlangsung itu tidak seperti gambaran saya di atas.

Sebab kata org,tidak boleh diletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada org politik utk menjaga kebajikan kita kecuali kita yg berusaha sendirian..benarkah begitu, tuan?.Jika benar..maka tak perlu pemimpin politik,biarlah kaki tangan awam dan swasta uruskan negara..

KESAL ! HILANGNYA LAPORAN ASAL ,PENDAKWA BERITAHU BELIAU TIDAK TAHU MENAHU

Posted: 25 Oct 2010 12:05 AM PDT


Liwat II: Laporan asal pemeriksaan gagal dikemuka
Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikejutkan dengan pendedahan seorang doktor pakar bedah am, bahawa wujud sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.

Menurut Dr Razali (kiri) beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Dr Razali Ibrahim juga mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar yang memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 menyediakan laporan awal mengenai hasil pemeriksaan itu.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab "ya".

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaibidin Mohamad Diah kemudian mengarahkan Dr Razali untuk mendapatkan laporan berkenaan.

Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful yang dimaksudkan oleh Dr Razali.

"Ini kali pertama saya mendengar mengenainya," beliau memberitahu mahkamah.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Perbicaraan kes liwat ini kemudiannya ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan laporan perubatan awal berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Seorang lagi, peguam Anwar, Sankara Nair berkata Mohd Saiful menjalani pemeriksaan awal pada 28 Jun dan satu laporan awal disiapkan tetapi tidak diketengahkan kepada mahkamah.

Apa yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah hanya laporan yang memuatkan hasil pemeriksaan oleh Dr Razali dan dua pakar lain iaitu Dr Khairul Nizam dan Dr Siew Sheue Feng yang dibuat pada 13 Julai.

"Pemeriksaan awal telah dijalankan pada 28 Jun dan kami pasti wujud nota-nota mengenai lalar belakang perubatan Saiful dan hasil wawancara dengan beliau, " kata Sankara.

Sankara berkata laporan awal itu penting untuk membuat perbandingan mengenai maklumat yang terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan kemudian kepada mahkamah.

Beliau menyifatkan maklumat tertentu dalam laporan perubatan yang dibentangkan di mahkamah agak terbatas, contohnya sejarah perubatan Saiful dinyatakan sepintas lalu menerusi dua perenggan.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya. - Malaysiakini

* Konspirasi mula terdedah...

NAK WAJIBKAN SEJARAH, SILA BETULKAN FAKTA DULU

Posted: 24 Oct 2010 09:10 PM PDT

Kenapa tiba-tiba baru Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddin Yassin nak menyatakan yang subjek Sejarah menjadi subjek teras bagi pembelajaran di peringkat menengah menjadikan subjek ini wajib lulus bagi pelajar yang mengambil SPM ? Kenapa pada tahun 2013 ? Memang perkara ini telah disentuh oleh Timbalan Perdana Menteri itu semasa di Perhimpunan Agung UMNO namun janganlah disebabkan mahu menonjolkan idea baru sanggup mewajibkan lulus Matapelajaran sejarah atau tawarikh .
Jika Menteri pelajaran ini bersungguh menjadikan matapelajaran ini wajib lulus maka dalam masa 2 tahun ini kerahkan semua pihak termasuk Dewan Bahasa Pustaka dan Kementeriannya serta NGO yang berkaitan dan yang berminat bersama-sama membaiki buku-buku sejarah yang tidak betul atau lari fakta contohnya sejarah yang mungkin terubah disebabkan politik. Misalnya pastikan fakta-fakta seperti Dato Seri Anwar adalah TPM yang ke berapa, dan Menteri Pelajaran yang ke berapa dan sebagainya. Jangan disebabkan bekas menteri tersebut telah menjadi musuh politik maka kesan sejarah mereka mahu dibuang begitu sahaja. Sejarah dari fakta parti-parti politik yang telah berjuang semasa menuntut kemerdekaan juga wajar diperbetul mana yang tidak betul atau tidak tepat.
Selama ini Sejarah tidak menjadi pilihan bagi para pelajar diperingkat sekolah menengah menjadikan generasi muda kini yang buta sejarah. Kita tidak mahu kecetekan pengetahuan muda-mudi kini berkenaan tokoh-tokoh utama negara kita. Sampaikan ada yang sudah tidak kenal siapa itu Tunku Abdul Rahman mahupun Tun Abdul Razak. Kedua-dua negarawan ini masih baru berbanding Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Raja Chulan yang merupakan tokoh-tokoh nasionalis yang lebih lama tentulah tidak dikenali langsung oleh golongan remaja kini. Untuk mengelakkan sejarah negara kita terkubur begitu sahaja maka langkah tersebut di atas amatlah dialu-alukan.

Mengapa belajar sejarah ini sangat penting?
Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.

PELEBURAN KWSP, RM880 JUTA RHB BANK, ADIK KM SARAWAK ....PRU13???

Posted: 24 Oct 2010 07:39 PM PDT


Bank Milik KWSP Beri Pinjaman RM880 Juta Kepada Adik KM Sarawak
nota : maaf tajuk di atas buka peleburan tapi pelaburan.

KUALA LUMPUR 19 Okt - Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.

Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia.

Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai.

Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta.

Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana.

Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga.

Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)".

Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008.

Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta.

Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM78 juta dalam tempoh sebulan.

Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd

RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura. - SK

Siti Zailah | Home

Posted: 25 Oct 2010 03:10 PM PDT

Siti Zailah | Home


JUMLAH KES RASUAH YANG DIDAKWA TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2010

Posted: 24 Oct 2010 07:20 PM PDT

TERDAPAT 1012 KES RASUAH DIDAKWA DIMAHKAMAH TELAH DIDAKWA SEJAK TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2010.KES YANG MENANG 807 (68.2 PERATUS) DAN YANG KALAH SEBANYAK 376 (31.8 PERATUS)

Dewan Pemuda PAS Putrajaya

Posted: 25 Oct 2010 03:09 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Putrajaya


Umno peralat JHEOA kawal penempatan Orang Asal?

Posted: 24 Oct 2010 06:32 PM PDT

GUA MUSANG, 25 Okt: Umno kini hanya bergantung sepenuhnya kepada kaum Orang Asal bagi merealisasikan hasrat merampas Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November ini. Keadaan itu terbukti apabila Umno dikatakan memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) bagi mengawal hampir kesemua perkampungan masyarakat terbabit yang  terletak di pedalaman Gua Musang. Penasihat Jentera Pilihan [...]

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 25 Oct 2010 01:06 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Pertahankan PutraJaya

Posted: 24 Oct 2010 02:18 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 25 Oct 2010 01:05 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


GAMBAR KENANGAN SEMASA LAWATAN DPPNK KE KULIM

Posted: 25 Oct 2010 07:56 AM PDT

PEMUDA BESUT

Posted: 25 Oct 2010 01:03 PM PDT

PEMUDA BESUT


Adik ipar Blair peluk Islam

Posted: 24 Oct 2010 09:12 PM PDT


LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

"Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

"Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari," katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh 'pengalaman suci' ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

"Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam," katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

"Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?" katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

"Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini," katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Berita GALAS: Latar belakang pendidikan calon BN jauh lebih rendah - Muhyidin

Posted: 24 Oct 2010 08:11 PM PDT

Dupahang's Weblog

Posted: 25 Oct 2010 11:19 AM PDT

Dupahang's Weblog


SAZMI TERKUBUR BERSAMA ISU LOJING, KINI ISU LADANG RAKYAT PULA KEMBALI

Posted: 25 Oct 2010 06:30 AM PDT

http://propartiislammalaysia.blogspot.com/ Ingatkah anda pada Sazmi Miah?Ditakdirkan beliau menang di Parlimen Machang pada tahun 2004 dan dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada zaman Abdullah Badawi.Beliau juga adalah adalah ahli politik yang menggemparkan negara lewat tahun 2007 dalam pendedahan beliau mengenai isu penggondolan tanah di Lojing. Beliau ketika itu cuba menjadi masuk [...]

Melayu hanya di PWTC sahaja ?

Posted: 25 Oct 2010 06:19 AM PDT

Oleh; Chegu Zul Penulis amat bersetuju dengan saranan Presiden Umno Dato Najib Tun Razak agar semua orang berhenti membahaskan hak orang Melayu. Jelas beliau Hak Melayu dan bumiputera dalah sesuatu yang ada dalam perlembagaan. Kita juga jadi hairan, jika kerajaan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Hak Melayu kenapa dan mengapa terlalu banyak ruang dan laporan yang dibenarkan [...]

Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO

Posted: 25 Oct 2010 06:08 AM PDT

Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS: Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya. Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri [...]

Muhyiddin, Janjimu Lebih Diperlukan Di Batu Sapi

Posted: 25 Oct 2010 03:53 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Pedana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan  PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan  bulan jatuh ke riba. Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar bertapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat [...]

Fakta PengKhianatan UMNO selama 52 Tahun Memerintah!!

Posted: 25 Oct 2010 03:27 AM PDT

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu: 1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu. 2. Melemahkan sistem kehakiman negara. 3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu. 4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu. 5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu. [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 25 Oct 2010 11:18 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 25 Oct 2010 04:38 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita36/bicarahanafiah&Rumah%20053.jpgKUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini, 25 Oktober, membenarkan saya meneruskan saman terhadap Ketua Polis Kemaman, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Saya dimaklumkan oleh peguam saya Tetuan Haris & Co, mahkamah yang mendengar bicara Writ kes tersebut telah membenarkan perbicaraan diadakan.

"Hakim telah memberikan kebenaran untuk kes dibicarakan,"kata paguam.

Bekas Timbalan Yang diPetua PAS Kemaman (kini YDP), Ismail Harun dan bekas Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang dan saya akan menjadi saksi sepanjang kes ini berlangsung.

Turut hadir memberikan sokongan moral adalah Haji Yahya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu.

DUN Lembah Jaya

Posted: 25 Oct 2010 11:13 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Mangsa Kebakaran Di Kg. Baru Ampang Diberi Perhatian

Posted: 24 Oct 2010 08:11 PM PDT


24 Oktober 2010, Bandar Baru Ampang - Seramai 5 keluarga mangsa kebakaran di Kg. Baru Ampang menerima sumbangan berupa wang tunai serta barangan lain seperti selimut, bantal dan pakaian yang disampaikan oleh YB Tuan Hj. Khasim Abdul Aziz di Pusat Khidmat JKKK Kg. Baru Ampang jam 12.30 tengah hari. Sementara itu menurut YB Khasim kesemua mangsa akan menginap sementara di rumah yang telah disediakan di FLat Desa Lembah Permai.

Dalam kejadian pada hari sabtu 23 Oktober kira-kira jam 4:00 ptg sebanyak 4 lot rumah di Jalan 6, Kg. Baru Ampang terbakar mengakibatkan 5 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Di dalam ucapannya YB Khasim berharap semua mangsa akan terus bersabar di atas musibah yang menimpa kerana semua yang berlaku adalah kehendak Allah dan pasti ada hikmahnya. Turut hadir di dewan tersebut ialah Pengerusi Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya Puan Hjh. Rohainah Hj. Hasan, Ketua Kg. Ampang Campuran Tuan Hj. Saleh Daud serta AJK beliau, Ketua Kg. Ampang Indah Tuan Hj. Misbah Samad dan Ahli Majlis MPAJ Cik Lee Shok Jing.


Berbincang sesuatu dengan Cik Lee Shok Jing, Ahli Majlis MPAJ



Shok Jing menerangkan lebih lanjut ucapan YB Khasim kepada mangsa

Barangan sumbangan

YB Khasim membantu mengagihkan sumbangan


Batu Gajah Mari

Posted: 25 Oct 2010 11:06 AM PDT

Batu Gajah Mari


Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO

Posted: 25 Oct 2010 08:35 AM PDT

Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS:
Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO

Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya.

Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam.

Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.

Hujah Bahawa Datin Seri Rosmah Mansur Hanya Penaung Bukan Penganjur

Fathul Bari bin Mat Jahya mempertikaikan sikap PAS yang dianggap salah kerana menurut beliau, Datin Seri Rosmah Mansur bukanlah penganjur sebaliknya hanyalah penaung kepada majlis IFF tersebut.

Namun bagi Ulamak Pelapis PAS, Fathul Bari selaku seorang yang berpendidikan agama sepatutnya jelas mengenai sikap yang perlu diambil oleh seseorang muslim apabila terlibat dengan program-program maksiat sebagaimana yang telah berlaku dalam IFF.

pic_iff_rm
(Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (left) and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor,

speaking with Prince Albert II of Monaco at the International Islamic Fashion Festival. — Reuters picture)

Pakaian menjolok mata dengan tidak mengendahkan arahan Allah agar wanita muslimah menutup aurat ditambah dengan penghinaan nama Nabi Muhammad yang ditulis secara terbalik dan ditonjolkan di bahagian dada wanita yang memperagakan fesyen tersebut sangat jelas untuk dihukumkan sebagai satu majlis maksiat dan menghina Islam.

Menerusi firman Allah Taala di dalam Surah al-Nisa' ayat 140, Allah menegaskan larangan untuk orang Islam bersama-sama di dalam majlis yang menghina ayat-ayat Allah. Umat Islam disuruh untuk menegur maksiat yang berlaku di dalam mana-mana majlis. Sekiranya mereka tidak mempunyai kemampuan, maka mereka wajib untuk meninggalkan majlis maksiat kerana kebersamaan di dalam majlis berunsur maksiat adalah satu maksiat. Ini jelas terpampang dalam kenyataan para ulama tafsir sewaktu mereka menghuraikan ayat 140 daripada Surah al-Nisa'.

Adakah boleh diterima secara waras bahawa Datin Seri Rosmah Mansur selaku seorang muslimah sebenarnya tidak mengetahui bahawa majlis seperti itu adalah satu majlis maksiat? Adakah beliau boleh dianggap sebagai seorang yang tidak mengetahui sama sekali bahawa pakaian-pakaian yang dipamerkan dalam majlis tersebut adalah pakaian yang menyongsang daripada kehendak agama Islam?

Ulamak Pelapis PAS beranggapan bahawa Datin Seri Rosmah Mansur menyedari bahawa IFF adalah bercanggah dengan tuntutan Islam yang sebenar. Sekiranya Fathul Bari beranggapan sebaliknya, ini bermakna Datin Seri Rosmah Mansur begitu sangat jahil dalam memahami kehendak Islam dan ini adalah sangat-sangat malang sekiranya berlaku kepada seorang wanita Islam apatah lagi kepada isteri kepada seorang Perdana Menteri.

Sekiranya Fathul Bari mempertikaikan PAS kerana menyelar keterlibatan Datin Seri Rosmah Mansur dalam satu program maksiat, maka Ulamak Pelapis PAS ingin bertanya di manakah suara orang-orang berpendidikan Islam di dalam UMNO seperti Fathul Bari dalam membantras maksiat sebagaimana yang berlaku dalam IFF dan konsert Adam Lambert yang diizinkan oleh kerajaan UMNO untuk dibuat di Malaysia? Ulamak Pelapis PAS kesal dengan sikap orang-orang berpendidikan agama di dalam UMNO yang membisu dalam membantras gejala maksiat di dalam negara sebaliknya begitu lantang mengecap tindakan rakyat yang bangkit menyuarakan isi hati mereka yang tidak berpuas hati apabila agama dipersenda.

Hujah Bahawa Nasihat Kepada Pemimpin Tidak Boleh Secara Terang-Terangan

Ulamak Pelapis PAS ingin menjelaskan kepada umum bahawa para ulama Islam telah menyatakan bahawa apabila maksiat yang dibuat secara terang-terangan, maka tidak menjadi satu kesalahan untuk umat Islam memprotes maksiat tersebut secara terang-terangan.

Sekalipun ada hadith Rasulullah yang meminta supaya nasihat diberikan secara senyap-senyap dan bukan secara terang-terangan, hadith ini sebenarnya ditujukan kepada kesilapan yang dibuat secara senyap-senyap. Ini kerana apabila seseorang itu melakukan dosa dan maksiat secara sembunyi-sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain, maka orang yang mengetahui kesalahan tersebut tidak boleh sama sekali menghebahkan kesilapan si pelaku kerana Islam meminta umatnya agar menutup keaiban manusia.

pic_iff_fathulbari
(Saudara Fathul Bari bin Mat Jahya)

Namun sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan adalah secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku dalam majlis IFF, maka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan perlanggaran Syariat yang berlaku adalah dibolehkan oleh Islam agar umat Islam mengetahui bahawa majlis yang dibuat secara terbuka tersebut adalah bercanggah dengan Islam.

Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan enam keadaan yang mana seseorang itu dibenarkan oleh Islam untuk mengumpat dan menyatakan kejahatan atau keburukan orang lain:

  1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah ataupun pihak yang berautoriti agar kezaliman dapat dibanteras.
  2. Perbuatan mengumpat dan mendedahkan kesalahan adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran: "Si Fulan melakukan kemungkaran. Maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
  3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"
  4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
  5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya secara terang-terangan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat tentang kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.
  6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Sejarah Islam Bukti Bahawa Kesalahan Pemimpin Yang Dibuat Secara Terangan Ditegur Secara Terangan

Sejarah Islam sendiri telahpun mendedahkan kepada kita berkenaan dengan sikap umat Islam dahulu yang berani menyatakan kesilapan para pemerintah secara terang-terangan sekalipun mereka diancam dengan kematian.

Apabila Marwan bin al-Hakam yang merupakan pemerintah Bani Umayyah ketika itu cuba untuk membaca khutbah terlebih dahulu sebelum solat hari raya, tindakan beliau telah ditegur secara terang-terangan oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Said al-Khudri. Apabila Marwan bin Hakam tetap mahu berkhutbah dahulu sebelum solat hari raya, Abu Said al-Khudri telah merentap baju pemerintah tersebut agar dia tidak meneruskan niatnya untuk membaca khutbah sebelum solat. Dalam masa yang sama, seorang lelaki lain yang turut berada di situ telah menegur Marwan secara keras dengan berkata:

"Wahai Marwan. Engkau telah menyalahi Sunnah Nabi. Engkau telah mengeluarkan mimbar pada hari raya sedangkan sebelum ini mimbar tidak pernah dikeluarkan pada hari raya. Engkau telah mulakan dengan khutbah sebelum solat hari raya".

Lantas Abu Said al-Khudri bertanya kepada orang ramai siapakah lelaki berkenaan. Selepas mana hadirin memberi tahu nama lelaki tersebut kepada Abu Said al-Khudri, Abu Said telah berkata:

Adapun orang ini, dia telahpun menunaikan kewajipannya. Saya telah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran dan dia mampu untuk mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah Iman".

(Lihat kisah ini dalam Sahih Muslim: Hadith ke-9 daripada Kitab Solat al-`Idayn. Lihat juga Sunan Abi Daud Kitab al-Solat Bab al-Khutbah Yawm al-`Id).

Antara contoh lain adalah Sultan al-`Ulama Izzuddin bin Abd al-Salam dan Ibnu al-Hajib al-Maliki. Dua tokoh ulama kurun ke-6 ini begitu berani mendedahkan kesilapan Raja Syria ketika itu di atas pentas mimbar Jumaat. Mereka berdua begitu lantang dalam khutbah mereka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan dosa Raja Syria yang bersubahat dengan tentera Salib dalam menyerang Mesir sehingga raja tersebut tergamak membenarkan tentera Salib masuk ke kota Damsyik bagi tujuan membeli peralatan senjata daripada umat Islam. Al-Imam Izzuddin yang merupakan ulama besar dalam mazhab Syafi`e akhirnya telah dibuang negeri dan beliau akhirnya berhijrah ke Mesir dan tinggal di sana sehingga beliau meninggal dunia.

Ini adalah beberapa contoh kecil yang ada di dalam lipatan sejarah Islam. Maka apabila tindakan PAS mendedahkan kepada umum tentang kesilapan para pemimpin UMNO dipertikai oleh Fathul Bari, Ulamak Pelapis PAS sebenarnya sangsi dengan tahap keilmuan Islam yang dimiliki oleh beliau. Adakah Fathul Bari tidak pernah mengetahui perbahasan seperti ini ataupun beliau sebenarnya sengaja menidakkan fakta ini demi menjaga kepentingan peribadi beliau di dalam UMNO.

Ulamak Pelapis PAS meminta agar orang-orang yang berpendidikan agama di dalam UMNO menginsafi dan bertaubat kepada Allah S.W.T. serta bersikap tidak mengkhianati ilmu Islam yang dipelajari hanya semata-mata kepentingan keduniaan.

LAJNAH KEAHLIAN DAN ULAMAK PELAPIS
Dewan Ulamak PAS Pusat

Bukan 6 Abu tapi 6 Jahanam !!

Posted: 25 Oct 2010 03:42 AM PDT



oleh Khalil Samad

Dalam ucapan penanguhan DS Zahid Hamidi, Naib Presiden umNO itu tokoh yang dimaksudkan oleh Presiden parti itu datangnya dari sebuah keluarga jawa dan daerah yang banyak buah kelapa daripada durian telah memberikan ucapan menyebut bebarapa sirah nabi dan huraian Al – Quran bagi menyakinkan bahawa umNO adalah sebuah parti yang berciri – ciri Islam yang tulin.

Teman hayati ucapannya tapi bukan untuk mengambil intipatinya kerana teman melihat banyak yang dangkal daripada kebenarannya yang sebenarnya…lebih – lebih lagi teman melihat perwakilan dan pemerhati didepannya tidak ambil kisah ucapannya malah pimpinan tertinggi yang berada dipentas utama pun masing – masing berbual diantara satu sama lain.

Naib Presiden Umno DS Ahmad Zahid Hamidi pula menceritakan mengenai "enam Abu" di zaman Rasulullah dan menyamakannnya dengan Umno, tetapi berkata ada juga Abu Lahab dalam parti itu.

"Abu yang keempat ialah Abu Lahab. Golongan ini ada di kalangan Umno dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang dilakukan.
Lihatlah betapa hebatnya Zahid menyamakan sahabat Rasullulah dengan kalangan Umno sahaja. Beliau berkata selain Abu Jahal, ada lima lagi Abu iaitu:
  • Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
  • Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi
  • Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
  • Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
  • Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.
Umno ternyata mempunyai banyak abu daripada arang. Umno juga kini dipimpin Jawa, Turki dan paling kritikal ialah Lanun. Teruk betul Umno diklasifikasi oleh pimpinan tertingginya sendiri.. Presiden dan Naib Presiden.

Teman cadangkan lain kali supaya DS Zahid layak bagi kamu menceritakan kisah ` 6 Jahanam `daripada ceritakan kisah – kisah ` Abu ` yang ada dalam sirah nabi kerana perjalanan cerita itu banyak yang mengisahkan cirri – cirri umNO dalam filem lakunan Allayarham P. Ramlee itu.

Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka.

Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut.

Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara.

Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting. Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua.

Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh.

Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya.

Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan…

Maka berakhirnya episode kejahatan ` 6 Jahanam ` yang dilakukan Mumbala, Jagindas, Sujamang, Katipang, Paragas dan Kerambit.

Cerita ini amat layak untuk umNO contohi kerana mereka menganggap bahawa Putrajaya itu semacam emakbapak mereka yang punya atau pun harta peraik umNO semata – mata.

Kesimpulannya Zahid sendiri mungkin elok diberi gelaran ` Abu Jagindas ` ataupun ` Abu
Katipang ` kerana nama itu layak baginya diatas sikapnya berdolak dalik dalam isu di Pulau Pinang dan urusan pertahanan negara.

Teman Abu Dawood atau Abu Ala Al – Maududi.

Najib mahu ikut Hang Tuah atau Mat Jenin?

Posted: 25 Oct 2010 12:46 AM PDT


Oleh Nurul Izzah Anwar

Saya mengalu-alukan ucapan dasar presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2010 yang menjelaskan hasrat parti itu untuk memegang ideologi yang lebih sederhana. Saya harap ahli-ahli Umno turut sama komited memegang agenda Melayu yang progresif.

Umno nampaknya mengiktiraf pendirian dan hala tuju Parti Keadilan Rakyat. Sayang sekali, cadangan indah yang dilontarkan pada pembukaan perhimpunan tidak pula disusuli dengan arus pemikiran yang sama, tetapi terbatal pula apabila Perdana Menteri menjamin penerusan agenda Melayu yang hanya memanfaatkan kumpulan tertentu dengan pengumuman penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan penubuhan kaukus Parlimen tentang agenda Bumiputera yang akan berperanan mengkaji dan mengeluarkan laporan penuh tentang dasar-dasar pro-Bumiputera dan juga penerima faedahnya.

Saya akan terus memanjangkan perkara ini dalam persidangan parlimen akan datang kerana saya percaya rakyat, melalui Parlimen perlu dimaklumkan hasil dasar-dasar ini. Ia bukan hak eksklusif Umno. Sebagai contoh, orang-orang Melayu ingin tahu siapa yang menerima saham-saham DEB bernilai RM53 billion. Dan mengapa pula hanya RM2 billion yang tinggal.

Siapa Melayu terpilih yang menerima majoriti kontrak kerajaan, komisyen, projek dan konsesi tol dan kemudahan awam? Adakah mereka kumpulan yang sama.

Mengapa pinjaman PTPTN tidak boleh ditukar kepada biasiswa? Saya pernah membuat cadangan ia mampu dilakukan dengan menggunakan 30 peratus keuntungan tahunan Petronas dan pembahagian semula ekuiti Bumiputera untuk dana pendidikan kebangsaan. Adakah keuntungan Petronas hanya untuk Melayu yang sudah kaya? Siapakah mereka sebenarnya? Ucapan itu akan hanya kekal sebagai satu lagi propaganda untuk menipu rakyat.

Ucapan Najib juga penuh dengan puisi, laungan perang parti, momokan dan yang paling penting pengakuan politik bahawa hak keistimewaan Melayu itu sudah termaktub dalam Perlembagaan dan kuncinya dipegang oleh Raja-Raja Melayu.

Maknanya, hak keistimewaan Melayu tetap terjamin walaupun apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.

Bagaimanapun, demi menegakkan keperluan wujudnya Umno, Perdana Menteri mungkin berasa sudah terlepas cakap dan tanpa segan silu mengisytiharkan hanya Umno yang melindungi hak Melayu dalam ucapan penggulungannya. Seperti yang disebut Perdana Menteri bahawa beliau dan para pemimpin Umno akan turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa 'kunci istimewa' itu dipegang Raja-Raja Melayu. Itulah juga yang akan dilakukan pimpinan Pakatan Rakyat dan hakikat ini akan dijelaskan dengan lebih mendalam lagi, khususnya kepada orang-orang Melayu.

Perisytiharan terbuka tentang terjaminnya kedudukan Melayu itu telah membuka pintu politik harapan dan kebebasan dan menenggelamkan usaha menakut-nakutkan rakyat. Inilah permulaan kepada perjuangan sebenar memenangi hati orang-orang Melayu.

Dalam ucapannya juga Perdana Menteri menyebut dua nama penting dalam kebudayaan Melayu. Pahlawan Hang Tuah dan Mat Jenin yang suka berangan-angan itu.

Perdana Menteri memetik kata-kata Hang Tuah, 'Takkan Melayu Hilang di Dunia'. Hang Tuah pada saya adalah simbol keberanian, keadilan yang sebenarnya selari dengan pandangan Ketua Wanita Umno yang mahu mempromosikan Kemuliaan Melayu. Laksaman Hang Tuah tidak sekali-kali akan memukul curi lawannya.

Oleh itu dalam persidangan Parlimen yang masih berjalan ini, saya menggesa Perdana Menteri untuk menterjemahkan ucapannya kepada tindakan. Beliau telah berkata "Hak istimewa Melayu itu terkunci rapat dan termaktub dalam Perlembagaan." Beliau boleh sahaja meminta Parlimen menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak. Bukankah Umno yakin terhadap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu yang memegang kunci perlindungan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri juga berkata yang orang Melayu sudah boleh bersaing dengan yang terbaik. Maka bertindaklah untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan adil dan bersih. Bukankah ini rentak pahlawan Hang Tuah yang bertempur dengan musuh secara adil?

Perdana Menteri turut mengisytiharkan bahawa dalam era moden ini, orang Melayu berada dalam persaingan idea. Jadi moleklah kalau kebebasan akhbar diberikan jaminan bagi mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan. Disinilah akan berlakunya tempat pertembungan idea.

Biarlah ketiga-tiga perkara ini menjadi ujian kepada Presiden Umno sama ada dia ingin mengambil sifat berani dan adil Hang Tuah atau sekadar mengikut jejak langkah Mat Jenin. Mengikut ceritanya, Mat Jenin terjatuh dari pokok kelapa kerana sibuk berangan untuk membina istana (yang mungkin diubahsuai dengan kos RM65 juta).

Kalau Mat Jenin yang dipilih Perdana Menteri, eloklah Umno simpan sahaja Putrajaya, biar rakyat mengambil semula negara mereka.

Cukuplah!


Antara Konvensyen UMNO & Ijtima' PAS

Posted: 25 Oct 2010 12:11 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita36/ijtimakb.jpg

Konvensyen UMNO Terengganu kali pertama hanya untuk menyelamatkan kepimpinan mereka yang berperang pun gagal. Apatah lagi ingin mendengar suara rakyat marhain dibawah. Amat sukar untuk dilaksanakan oleh UMNO-BN. Dengan ciri UMNO yang mempunyai 2 lidah dan 1 telinga itu menjadi sukar mendengar suara pimpinan pertengahan mereka sendiri. Kepimpinan mereka lebih suka membuat keputusan senyap-senyap dan memaksakan ianya dilaksanakan. Ahli bawahan hadir hanya untuk menadah telinga untuk di sogok oleh kepimpinan UMNO yang dikatakan bijak bistari.

Pas membudayakan ahli dan kepimpinannya dengan cara yang berbeza daripada UMNO-BN. Tanggung-jawab berkerja dijalan Allah adalah tanggung-jawab bersama. Masing-masing perlu melaksanakan fungsi masing-masing dan tanggung-jawab ini adalah ibadah dan pengorbanan. Salah satu caranya didalam kepimpinan Pas di Terengganu dalam memupuk amal perjuangan ini adalah dengan mengadakan ijtima Thanawi. Konvensyen kepimpina Pas Terengganu disemua peringkat secara tahunan.

Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu kali ke 14 yang diadakan di Kg Tanjung, Batu Rakit menutup tirai petang semalam dengan jayanya. Sudah 14 kali ijtima' atau Konvensyen yang diadakan oleh Pas Terengganu silih berganti antara daerah demi daerah. Setiap Pas kawasan menjadi tuan rumah secara bergilir.
Sebelum memerintah telah diadakan Ijtima ini untuk menghimpun kepimpinan peringkat negeri dan kepimpinan disemua peringkat hatta ke grass-root parti hingga ke peringkat cawangan. Masing-masing boleh menyuarakan pandangan, kritikan, komentar secara berdepan. Ia menjadi satu wadah bagi muhasabah Pas Terengganu pada tahun berkenaan dan dalam masa yang sama merangka gerak-kerja perjuangan ditahun mendatang.

Ijtima pertama diadakan di Rusila, marang dan satu pembentangan kertas kerja berkait Pusat khidmat dibentangkan. Sehingga kini semua Dun menggerakkan Pusat Khidmat demi menjadi pusat aktiviti dan berkhidmat untuk rakyat. Briged khidmat juga diwujudkan dibawah Lujnah Kebajikan Pas Terenganu.
Ketika Pas memerintah 1999-2004, Ijtima diadakan di Bari-Setiu, Bkt Keluang-Besut, Seberang takir-Kuala Terengganu. Ia nampaknya lebih terbuka dan penglibatannya menggamit rakyat Terengganu yang meluas. Bahkan Kerajaan Terengganu pimpinan Pas mengadakan dialog rakyat secara terbuka. Rakyat boleh meluahkan pandagan dan kritikan secara berdepan dengan pimpinan. Ketelusan kepimpinan Pas Terengganu itu tidak pernah dibuat oleh dek orang meskipun pejuang demokrasi dan yang mendakwa pejuang kebebasan suara rakyat. Tanpa rasa takut, malu atau bimbang kerana mereka yakin bahawa mereka memerintah dengan telus, amanh dan bertanggung-jawab. Sebab itu mereka sanggup berdepan dengan rakyat. Dialog bersama dengan pegawai dan kakitangan juga diadakan. Sehingga ke peringkat daerah-daerah.
Kesediaan Pas menjadi pendengar yang baik bagi rakyat menyalurkan pandangan dan rasa hati adalah saluran bagi melahirkan kebertanggung-jawaban bersama, rasa kekitaan bahkan berkongsi rasa amanah dengan kepimpinan Allah Swt terhadap manusia sebagai khalifah diatas mukabumi ini. Kelemahannya kerana rakyat yang berada dibawah pemerintahan UMNO sekian lama dicengkam, ditutup mata dan telingga mereka, dilatih hanya untuk mendengar dan taat semata menyebabkan ketelusan kepimpinan Pas disalah-gunakan. Bahkan kekadang dipergunakan oleh UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pas.

Selepas Umno kembali berkuasa, Ijtima ini diteruskan seperti biasa. Bahkan semasa Datuk Ahmad Said merasakan kerusi MB Terengganu terlalu panas, beliau terpaksa memberikan Dewan Berlian di Kemaman untuk Pas mengadakan ijtima'. Apa peduli dengan kontreversi. Ia hanya sekadar buih-buih yang menambah serinya ombak di pantai. Sekadar sementara. Tetapi matlamat Ijtima' adalah untuk menghimpunkan semua tenaga kepimpinan disemua peringkat untuk digarap bagi meneruskan agenda perjuangan. Ucapan Presiden dalam membentangkan ucap-utama untuk diambil tindakan dan perjalanan yang merupakan perngarahan kerja secara langsung dnegan petugas parti. Kerja –kerja secara berterusan perlu dilakukan dalam rangka mengembeling public opinion dan membina imej kepimpinan dalam Pas kepada masyarakat bahawa Pas adalah alternative terbaik kepada UMNO dalam pru-13 nanti.

Dengan tema tahun ini "Demi kedaulatan Islam, Perkasakan Jihad", Pas mengharapkan agar komuniti setempat khususnya Dun batu Rakit dan Parlimen setiu bahkan umumnya negeri Terengganu akan turut bangkit untuk mempersadakan bersama gelombang rakyat bagi menggasak UMNO keluar dari Putrajaya.
Diharapkan hala tuju perjuangan ini akan digerakkan juga diperingkat pas kawasan hatta dun-dun maupun keperingkat cawangan-cawangan agar keterlibatan serta mengambil faham amal perjuangan ini merata kesetiap umbi masyarakat dan rakyat. Pas Terengganu mendidik dan mentarbiyyah ahlinya sama seperti kepimpinan pusat dengan sidang muktamarnya. Mendengar, membahas, berwacana, bertaaruf, mengukuhkan ukhuwwah serta berkongsi kekuatan bagi mengembelingkan perjuangan.

Sambutan mesyarakat amat membanggakan bagi ijtima ke 14 ini. Bermula dengan agenda masyarakat setempat dan program kepemudaan yang disertai semua lapisan masyarakat. Tidak ketinggalan dalam ijtima kehadiran Dewan himpunan Penyokong Pas. Ucapan Dr Chandra yang mewakili DHPP yang menyokong dasar-dasar Pas dan sanggup bersama-sama dengan kepimpinan ulama dan matlamat mendaulatkan islam amat membanggakan. Apatah lagi disaat MIC dan MCA yang sudah teramat goyah dalam kepimpinan UMNO-BN. Dalam ceramah pelancaran yang membariskan Presiden Pas, MB Kedah YAB Datuk Seri Azizan dan juga Ketua DAPSY, YB Antony Loke telah menarik ribuan pendengar setempat khususnya dikalangan golongan muda. Ini menampakkan tanda-tanda jelas satu gelombang dan kebangkitan rakyat telah mula meresap bagi meneggelamkan keresahan rakyat akibat kepimpinan UMNO Terengganu yang bercelaru dan kehilangan arah. Hanya tarikh keramat PRU ke 13 sahaja yang dinantikan.

Ust Saiful Bahri Penulis adalah TPJ III PAS Terengganu

Najib perlu tarik balik kenyataan !!

Posted: 24 Oct 2010 06:16 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLP7IfCMmgJHMAyGVg3xtDN-Tjy1RxaJo9s58g_amQuzOvonOQNG0n6JJLuFa2Jsli1GTzt54b00Jc-xTV3uGnySxNjZl1hMq6aIOjFYbEg8yxkiuBat7auVZF1HYcrEzjJtPE53erfUI/s1600/perdaya.gif

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik kenyataannya yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO dua hari lalu yang menunjukkan seolah-olah UMNO sanggup buat apa sahaja untuk pertahankan kuasa sebagai pemerintah.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR mahu Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memberi jaminan jika perubahan kerajaan Persekutuan berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kuasa secara terhormat.

Beliau berkata, kenyataan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO itu jelas mengundang persepsi negatif dalam kalangan rakyat kerana ia seakan-akan menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa.

"Kenyataan Najib itu bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak merdeka hingga kini.

"Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan Persekutuan dalam PRU akan datang, UMNO dan BN wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan," katanya.

Katanya, hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana harus diberi mandat untuk memerintah negara ini.

Pada ucapan dasar Presiden, Najib meminta ahli UMNO pertahan Putrajaya daripada sebarang cubaan merampasnya.

Antara lain, beliau berkata: 'Walau berkecai tulang dan badan, walau berkecai jasad dari nyawa, walau apa pun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan'.

Kalau pendidikan diambil kira..

Posted: 24 Oct 2010 06:14 PM PDT


Tarap pendidikan Antara calon PAS/PAKATAN RAKYAT dan Calon UMNO/BN sangat jauh berbeza. Calon PAS berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan manakala calon BN hanya kelulusan SPM.


Biodata Calon PAS:

Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed
Umur : 44 Tahun
Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966
Nama Isteri : Zainab binti Jalar
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980

Kelayakan Akademik :

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.


Pengalaman Kerja :

  1. 1992 - Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
  2. 1993 - Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
  3. 1994 - Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
  4. 1996 - Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.


Kerjaya Politik :

  1. 2003 - 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
  2. 2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
  3. 2005 - 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
  4. 2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
  5. 2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
  6. 2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
  7. 2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.


*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7

Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.

Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan



Biodata Calon BN

Abdul Aziz Yusuf dilahirkan pada 16 Jun 1961 di Kg. Bertam Baru Gua Musang. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Roshana Hashim, beliau dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Dari segi latarbelakang pendidikan, Abdul Aziz memulakan pendidikan rendahnya di SK Bertam, Gua Musang. Pendidikan menengahnya di SMK Jerantut, Pahang dan kemudian masuk ke aliran teknik SMK Teknik Kuantan. Kelulusan tertinggi beliau adalah Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurus Pejabat Operasi Kesedar di RPT Sg. Terah. Beliau mendapat tiga anugerah kehormat iaitu, Ahli Kelantan, Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Pangkuan Negara.
Dalam parti, beliau kini adalah Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta merupakan Ketua Cawangan UMNO RPT Limau Kasturi.


Pemuda Guchil

Posted: 25 Oct 2010 09:23 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Oct 2010 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Konvoi Anak Muda Rembau ke Penang 5 ke 7 Nov 2010

Posted: 24 Oct 2010 09:34 PM PDT


KONVOI ANAK MUDA REFORMASI
Dari Rembau ke Permatang Pauh
5 hingga 7 November 2010 (Jumaat-Ahad)

Anjuran :
SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia)
Yayasan AMAN
United Sharks Bikers 250 Malaysia
bersama
Belia Senawang, DACS ARC, AMK Rembau dan AMK Permatang Pauh

Pertanyaan hubungi Yaser 012-6794704

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Poster program di https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcvTv1fUgrizHhVH453zxSobli7gkHaOBtY8t-UpDB25eylLd9uG1OTqc54dnz0SLPl6-lEe1T8yTXwt3-xyc5jCQINrNOUj3F6E_-P96TqPFH96dQnsel5CU1FmNaPohBAgcbW_19hsE/s1600/motor.jpg

Tak mampu bayar sewa berbulan di kawasan selamat UMNO Rembau

Posted: 24 Oct 2010 08:32 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

Terkejut lihat gerai terbakar
Sinar Harian 25 Okt 2010

PEDAS - Seorang ibu tunggal terkejut apabila melihat gerai makannya sedang terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Norlia Ramli, 34, berkata, kejadian itu disedari jiran tinggal berhampiran dengan gerainya, lalu memaklumkan kepada dia yang ketika itu tidur di rumah ibunya.

Menurutnya, ketika itu, api sedang marak, bagaimanapun mujurlah beberapa jiran mengambil tindakan berani berusaha memadamkan kebakaran sebelum bomba datang memadamkan sepenuhnya kebakaran terbabit.

"Selepas selesai memadam api saya masuk semula ke dalam gerai dan mendapati peralatan dapur, barang makanan dan tong gas habis terbakar.

"Dinding kedai yang diperbuat daripada kayu papan turut terbakar tetapi hanya sebahagian sahaja," katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Batu 2, Pedas Hilir, dekat sini.

Norlia berkata, akibat kejadian itu, dia sedih kerana kebanyakan peralatan dan perkakasan terbakar.

Katanya, secara jujur, dia tidak memiliki wang untuk membeli semula barang dapur kerana kesempitan hidup.

"Dengan keadaan diri yang hanya bergantung kepada pendapatan hasil meniaga goreng pisang untuk membesar dan menyekolahkan anak-anak memang wang sedia ada belum cukup menampung kehidupan kami sekeluarga," katanya.

Malah, katanya, bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terpaksa dibahagi dua dengan bekas suami kerana tiga daripada lapan anaknya dijaga bekas suami.

Menurutnya, dia pula perlu menjaga lima anak dan empat daripadanya sudah bersekolah.

"Pendapatan meniaga goreng pisang ini tidak menentu terutamanya jika musim hujan hasil jualan tidak memberangsangkan. Kejadian kali ini juga menyebabkan saya tidak dapat berniaga jika barang dapur tidak dapat dibeli," katanya.

Lebih merunsingkan, katanya, rumah mesra rakyat yang diduduki kini juga tidak berbayar sejak beberapa bulan lalu kerana hasil jualan digunakan untuk menampung kehidupan mereka anak beranak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8329517.asp

Bersama Cegah Jenayah

Posted: 24 Oct 2010 08:32 PM PDT


Sesiapa yang ada maklumat kumpulan samun yang sedang mengganas di Senawang ini harap hubungi pihak polis

Samun kedai buah
Sinar Harian 25 Okt 2010

SEREMBAN – Empat penjenayah berjaya melarikan diri selepas merompak sebuah kedai buah-buahan di Taman Tasik Jaya, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, keempat perompak berumur lingkungan 18 hingga 19 tahun itu turut menetak seorang pekerja di kedai terbabit, sebelum mengambil wang hasil jualan.

Dua daripada perompak itu bagaimanapun meninggalkan sebuah motosikal yang dinaiki mereka dan terus melarikan diri di kawasan gaung berdekatan sebaik saja menyedari kehadiran polis.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8330884.asp

Kedai Bundle di Senawang kena samun

Posted: 24 Oct 2010 05:38 PM PDT

Penyamun tetak kepala pekerja kedai
Harian Metro 25 Okt 2010

SEREMBAN: "Keempat-empat remaja itu dilihat melepak di kedai pakaian terpakai (bundle) berdekatan sebelum mereka merompak kedai mangsa dengan bersenjatakan parang beberapa minit kemudian," katanya seorang saksi kejadian yang enggan dikenali.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, seorang pekerja sebuah kedai buah berusia 30-an parah ditetak di kepala oleh sekumpulan penjenayah dalam kejadian rompakan di Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan empat remaja berusia antara 18 hingga 19 tahun yang melarikan wang perniagaan premis berkenaan sejurus seorang daripada mereka menetak mangsa.

Menurut saksi kejadian itu, mangsa ditetak selepas dikatakan enggan mengikut arahan suspek dan dia yang terkejut segera menghubungi polis.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamuntetakkepalapekerjakedai/Article/index_html

Tiada ulasan:

Pengikut