Jumaat, 1 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 01 Oct 2010 11:08 PM PDT

Salam Perjuangan


PAS BERSEDIA MENGGALAS KEMENANGAN DI GALAS

Posted: 01 Oct 2010 04:46 PM PDT

23 Syawal 1431 H | 2 Oktober 2010

Isu samada Tengku Ghazali Hamzah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN bagi PRK DUN Galas atau tidak, PAS mesti bersedia menghadapi sesiapa sahaja dalam PRK ini, dengan kekuatan sendiri. Isu Ku Li menjadi topik utama media kini, hanyalah satu percaturan peribadi beliau, berdasarkan beberapa tindakan beliau mutakhir yang dilihat tidak lagi menjadi pengikut setia BN. Terutama isu melibatkan royalti minyak Kelantan, isu rasuah, perancangan ekonomi negara dan keyakinan terhadap pentadbiran Najib.


Walaubagaimanapun bertolak di atas beberapa kenyataan Ku Li bahawa dia tetap bersama UMNO dan akan kekal bersama UMNO, PAS mestilah berusaha menyusun kekuatan parti bersama PR dalam menghadapi PRK kali ini. Menyedari pengaruh dan kekuatan Ku Li dalam kawasan Gua Musang, bukan bermakna beliau terlalu kebal untuk ditewaskan. Pengalaman PRU 12, dengan kejayaan menawan DUN Galas daripada BN adalah petanda bahawa pengaruh beliau semakin berkurangan, dan pengundi bertambah matang dalam membuat pilihan.

Dalam PRK kali ini, PAS memerlukan satu pendekatan baru dalam gerak. Oleh kerana kemenangan tipis 636 dalam PRU lalu, maka tumpuan semua parti politik ialah bagi menarik pengundi atas pagar yang menjadi penentu. Dengan status pengundi bercampur, di mana pengundi dari kalangan masyarakat asli dan Cina dilihat penting, maka tumpuan tentulah diberi kepada golongan ini; dan pengalaman PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun mampu dijadikan daya penarik bagi mendapatkan sokongan mereka.

Faktor calon mengatasi parti yang berlaku di DUN Manik Urai serta kegagalan tokoh luar mencorakkan mod pengundi dilihat masih menjadi fokus gerak kerja parti yang bertanding. Lantaran itu pemilihan calon amat penting kerana pengundi di kawasan Galas akan merasai kehadiran wakil rakyat selepas berakhirnya PRK. Mereka tentulah tidak ingin kalau wakil rakyat hanya menunjukkan muka bila perlukan undi, tetapi ghaib selepas diumumkan sebagai pemenang. Budaya masyarakat Kelantan yang bergelumang dengan pimpinan dilihat antara elemen penting kenapa mereka memilik Allahyarham Che Hashim dalam PRU lalu.

Apa yang menarik juga ialah kepesatan pembangunan bandar Gua Musang dilihat antara kejayaan kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut. Keghairahan untuk membangunkan kawasan ini antara kerajaan negeri di bawah PAS dan KESEDAR diterajui kerajaan Pusat, akan menceriakan lagi PRK kali ini. Apapun PAS dengan seluruh jentera parti di seluruh negara telah bersedia membantu bagi mengekalkan kemenangan di DUN Galas, bagi mengalas kemenangan di sana.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 01 Oct 2010 09:21 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SIDANG DEWAN NEGERI JOHOR - 30 SEPTEMBER 2010

Posted: 30 Sep 2010 11:01 PM PDT

Rumah PPR setanding kondominium


NUSAJAYA – Projek rumah awam Iskandar Malaysia yang dibangunkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) di Lima Kedai boleh diduduki menjelang suku pertama 2011.

Projek yang membabitkan kos RM200 juta pada tanah keluasan 60 ekar dilengkapi 1,500 rumah dengan 12 rumah kedai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, rumah awam tersebut disasarkan kepada golongan baru bekerja di Nusajaya dan keluarga muda.

"Sebanyak 1,500 rumah dengan nilai bagi setiap unit RM133,000, mempunyai tiga bilik tidur dengan keluasan lantai 1,200 kaki persegi dijamin akan memberi keselesaan kepada penghuninya.

"Harga yang ditetapkan mungkin lebih mahal berbanding Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibangunkan sebelum ini, tetapi Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa ia adalah setaraf dengan kondominium mewah," katanya bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) pada Mesyuarat Kedua bagi penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri ke-12, di sini.

Menjawab soalan tambahan Cheng Hau, Ahmad Zahri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Medan berkata, kos rumah awam tersebut agak mahal kerana faktor keluasannya yang lebih luas iaitu 10 peratus daripadanya berkeluasan 1,200 kaki persegi dan bakinya berkeluasan 900 kaki persegi, berbanding rumah PPR iaitu hanya 680 kaki persegi.

Beliau berkata, rumah awam Iskandar ini juga menggunakan teknologi IBS (Industrial Building System) iaitu konsep pasang siap bagi pembinaannya yang dilihat lebih cepat dan berkualiti.

Bagi soalan tambahan Dr Mohamad Taslim (Pas-Maharani) bagi kekosongan dan kelayakan bagi rumah tersebut, Ahmad Zahri berkata, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan.

Antaranya ialah dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkahwin, berusia 18 hingga 60 tahun serta pendapatan isi keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan dan tidak memiliki dan menyewa mana-mana Rumah PPR.

Katanya, kekosongan bagi menduduki rumah tersebut akan ditentukan oleh Irda.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8239358.asp

Perjuangan Rakyat

Posted: 01 Oct 2010 09:16 PM PDT

Perjuangan Rakyat


Ceramah Aidilfitri

Posted: 26 Sep 2010 06:20 AM PDT

Bersama memeriahkan program ceramah ini...


Batu9kgtengah's Blog

Posted: 01 Oct 2010 09:13 PM PDT

Batu9kgtengah's Blog


Ketua PKR Cabang Tanjong Karang Meninggal Dunia

Posted: 01 Oct 2010 08:12 AM PDT

Parit Serong, 1 Okt    : Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Abdul Kudus Omar, 70, telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) setelah mendapat rawatan sejak seminggu yang lalu.

Jenazah telah dibawa ke Masjid Kampung Parit Serong dari IJN  untuk disembahyangkan dan di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Serong.

Antara pimpinan negeri yang hadir member penghormatan terakhir kepada jenazahnya ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad dan lain-lain pimpinan.

Manakala di peringkat kawasan pula antara yang turut member penghormatan terakhir ialah Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis MDKS, Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis MDKS, Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Shafie Jali dan lain-lain lagi.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah


DUN CHINI

Posted: 01 Oct 2010 07:30 PM PDT

DUN CHINI


Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Posted: 01 Oct 2010 05:13 AM PDT

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya.

Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut 'pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, tindakan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA.

Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan 'hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi.

Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

PAS Kawasan Miri

Posted: 01 Oct 2010 07:26 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Pakatan Rakyat Miri bersedia hadapi PR DUN bila-bila masa

Posted: 01 Oct 2010 08:07 AM PDT

Setelah berehat sepanjang bulan Ramadhan ;seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Miri;kini dalam persediaan rapi dan mantap untuk menghadapi pilihanraya DUN Sarawak yang dijadual berlaku pada bila-bila masa.Dr Teo (Ketua PKR Miri )Tuan Haji Jofri(PAS),Fong Pau Teck(DAP) dan Edwin Dundang(SNAP) dalam mesyuarat dwimingguan Pakatan Rakyat Miri menyatakan kesediaan rapi dan penuh semangat untuk menghadapi BN .

Sambutan yang dingin dari penduduk Miri terhadap kehadiran Taib Mahmud pada 30 Sept semasa meraikan pembukaan projek perumahan di pesisir laut Kg Pulau Melayu,satu lagi projek kroni Taib,dengan "drama " yang dipamerkan penyokong SUPP jelas membuktikan penolakan rakyat Miri terhadap kepimpinan Taib. Biarpun Pakatan mempunyai kekangan dari sudut media dan kewangan,tetapi semangat dan strategi tersusun merupakan senjata ampuh bagi menumbangkan regim zalim Taib dan BN.

Berbeza program Pakatan yang mendapat sambutan hangat;Jamuan Makan Malam anjuran DAP yang mengumpul lebih RM6,200 sumbangan hadirin,Ramah Tamah Eid Fitri PAS Miri(Cawangan Senadin) dengan hampir 1,000 hadirin serta perubahan pimpinan PKR Cabang yang lebih kukuh dari PKR disamping sokongan mantap masyarakat bumiputera dibawah pimpinan EN Edwin Dundang;PR melangkah gagah menghadapi medan siasah ini bagi menjatuhkan Taib dan regimnya.






Jentera Pilihanraya Pemuda PAS dilancar semasa Ijtima Tarbawi Kebangsaan

Posted: 01 Oct 2010 08:03 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat kebangsaan di Ijtima' Tarbawi hujung minggu ini bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dan pilihan raya Negeri Sarawak.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kesempatan itu diambil untuk pemuda menyatakan kesediaan mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kemenangan PAS di Dun Galas dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak.

"Bersempena dengan ijtima' yang menghimpunkan pemuda di semua peringkat, kita akan adakan pelancaran gerak kerja.

"Kita akan adakan ikrar untuk pejuang untuk seluruh pemuda turun bagi mengekalkan kemenangan PAS di Galas dan membantu Pakatan Rakyat untuk menang di Sarawak," kata Nasrudin ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memberitahu, pemuda juga akan melancarkan kalendar bagi tahun 2011 yang diterbitkan oleh DPPP selain melancarkan laman wen rasmi DPPP versi baru.

"Pemuda juga akan melancarkan takwim tahun 2011 terbitan DPPP yang bercirikan Islam dan akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Menyentuh mengenai kehadiran peserta, beliau berkata, setakat ini seramai lima ribu pemuda dan pemudi telah mengesahkan kehadiran mereka ke ijtima' yang bertempat di Masjid Rusila, Marang.

Tambahnya, pendaftaran masih lagi dibuka sehingga ke petang Jumaat, sebelum majlis perasmian pada malamya.

Namun, pendaftaran di saat-saat akhir tidak digalakkan bagi mengelakkan kesulitan bagi pihak jawatankuasa penganjur.

"Kepada yang berminat untuk menyertai dan masih belum mendaftar, saya sarankan segera mendaftar di Sekretariat Pemuda Pusat atau negeri masing bagi memudahkan pihak pengurusan tempat, makanan dan logistik menyediakan kemudahan yang cukup termasuk khemah untuk mereka," pesannya.

Dijangkakan, wakil dari jemaah Ikhwanul Muslimin akan hadir sebagai tetamu undangan.

"Wakil Ikhanul Muslimin sudah memberikan persetujuan awal untuk hadir namun kita masih menunggu pengesahan kehadiran mereka," katanya.

Ijtima' bermula 1 hingga 3 Oktober itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS sementara Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan salah seorang pembentang kertas kerja yang telah disesuaikan untuk pemuda dan pemudi. PAS Kawasan Miri telah menghantar dua pimpinan Pemuda Kawasan.

DPPK PARIT

Posted: 01 Oct 2010 07:21 PM PDT

DPPK PARIT


Transformasi Ekonomi akan gagal di bawah Kerajaan pimpinan UMNO-BN

Posted: 30 Sep 2010 08:27 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 01 Oct 2010 03:29 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Masjid cengkarama?

Posted: 30 Sep 2010 08:39 PM PDT


Rumah usang di Taman Tampoi indah

Persekitaran gelap dan terbiar gagal tarik jemaah Taman Tampoi Indah -Bharian

TAMPOI: Jika kebanyakan masjid ceria dan diimarahkan jemaah yang mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan, Masjid Taman Tampoi Indah, di sini sebaliknya suram termasuk sepanjang Ramadan lalu berikutan kurangnya aktiviti keagamaan dan persekitaran yang gelap.

Bahkan, kesuraman masjid dan kawasan persekitaran yang gelap menyebabkan ia menjadi tumpuan sekumpulan remaja menjadikan kawasan wakaf di pekarangan masjid itu sebagai tempat untuk bercengkerama dan melakukan maksiat.

Ia bukan saja mencemari nama baik masjid yang sudah digunakan lebih dua tahun lalu tetapi juga memberi tanggapan negatif kepada masyarakat bukan Islam terutama yang berjiran dan tinggal berhadapan kawasan masjid berkenaan.

Penduduk, Samsir Selamat, 40, berkata beliau kesal kerana ketika sambutan Maulidur Rasul dan sepanjang Ramadan lalu, suasana masjid tidak ceria berikutan pekarangan luar masjid bergelap disebabkan kerosakan lampu yang tidak diperbaiki sejak hampir empat bulan lalu.

Beliau berkata, kelemahan pengurusan masjid itu dipercayai berlaku sejak separuh daripada ahli jawatankuasa masjid bagi sesi 2008/2010 meletakkan jawatan secara beramai-ramai pada November 2008 berikutan tidak sehaluan dengan kepemimpinan utamanya.

"Sebelum ini, ramai jemaah terutama golongan pesara yang datang untuk bersembahyang di masjid berkenaan tetapi kini tidak lagi dipercayai akibat kesuraman masjid sehingga menyebabkan ia kehilangan tarikan.

"Aktiviti keagamaan juga semakin berkurangan. Kalau sesetengah masjid mempunyai tazkirah atau majlis agama, masjid berkenaan agak kurang aktiviti berkenaan kecuali majlis tertentu dan ia diketuai oleh pengerusi surau itu sendiri," katanya ketika ditemui Edisi Johor di sini, baru-baru ini.
Samsir berkata, pada Ramadan lalu, masalah persekitaran masjid yang bergelap menyebabkan orang ramai tidak menyedari di dalamnya ada diadakan tadarus al-Quran sedangkan di kawasan tempat lain, persekitaran cukup terang dan ceria.

Beliau berkata, keadaan yang gelap itu menyebabkan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan kepada sekumpulan remaja menjadikan kawasan masjid itu sebagai tempat bercengkerama berikutan keadaan yang gelap dan pagarnya yang tidak berkunci.

maksiat

"Masjid suatu tempat yang suci dan sepatutnya pengurusan masjid peka bagi mengelak remaja menjadikan masjid sebagai tempat remaja melakukan maksiat dan gejala sosial kerana ia boleh mengundang pandangan serong terhadap Islam," katanya.

Mohd Saffaruddeen Ali, 36, pula berkata masjid yang mula digunakan pada Mac 2008 itu dikatakan mampu menerima sumbangan dalam jumlah yang banyak setiap minggu terutama pada solat Jumaat tetapi wang yang diterima itu tidak digunakan sebaik mungkin.

Beliau berkata, wang yang diterima sepatutnya digunakan untuk menyelenggara segala kerosakan pada kemudahan masjid tetapi kini difahamkan digunakan untuk membayar kakitangan masjid yang mendapat bayaran yang agak tinggi berbanding tempat lain.

"Selain itu, pengerusi masjid yang dilantik lebih memberi keutamaan kepada orang luar berbanding penduduk di kawasan taman berkenaan untuk jawatan noja dan imam dua. Walhal, sebelah masjid berkenaan adalah Rumah Pangsa Sri Indah yang dihuni 100 peratus orang Islam dengan sebahagiannya mampu mengisi jawatan itu," katanya.

Katanya, beliau juga bimbang dengan aspek keselamatan masjid berikutan pintu masuk utama masjid yang terletak di kawasan strategik itu tidak pernah ditutup dan ruang solat tidak dikunci menyebabkan ia terdedah kepada kegiatan jenayah.

"Kelemahan aspek keselamatan dan kedudukan masjid di tepi jalan ini menyebabkan kawasan masjid ini menjadi sasaran penjenayah sehingga pernah mengalami kecurian apabila sebanyak 32 besi penutup longkangnya dicuri pihak tidak bertanggungjawab pada awal tahun ini," katanya.

karpet busuk

Selain itu, Abdul Rahman Majid, 34, pula berkata beliau kesal kerana ruangan yang dikhaskan untuk perpustakaan di masjid itu tidak digunakan sepenuhnya dan kini dijadikan stor sementara sedangkan ruangan bacaan itu boleh dijadikan sebagai tempat tarikan bagi kanak-kanak ke masjid.

Beliau berkata, walaupun keadaan fizikal masjid itu didapati masih baru, kelemahan pengurusan masjid menyebabkan permaidani di ruangan solat sudah lusuh berikutan jarang dibersihkan dengan mesin hampa gas sehingga menyebabkan kebanyakan jemaah yang alah sering bersin.

Segar dari Mesir

Posted: 30 Sep 2010 08:30 PM PDT


Sembang-sembang traffic jam

Satu hari, seorang budak menaiki teksi.
Pakcik teksi: Kau orang Mesir ke?
Budak: Taklah. Aku orang Malaysia.
Pakcik Teksi: Tapi bahasa Arab kau bagus.
Budak: Sikit-sikit boleh la.

Maka, bermulalah perbualan mereka;
Pakcik teksi: Kau belajar di Azhar ke?
Budak: Tak, saya belajar di AinShams.
Pakcik teksi: Bahasa kau bahasa apa?
Budak: Bahasa Melayu. Macam indon sikit-sikit tapi tak sama. Bahasa paling senang kat dunia aku rasa.
Pakcik Teksi: Yeke? Aku rasa English paling senang, aku belajar English aku rasa senang. Bahasa Arab yang aku rasa paling susah sekali.


Budak: Dah tentulah, bahasa Arab lagila aku rasa susah.
Pakcik teksi: Oh, sebulan berapa kerajaan kau bagi duit belanja?
Budak: (Haih, apsal lak pakcik ni tanya pasal duit ni, kang jawab banyak tak pasal2 kena bayar mahal) Lebih kurang EGP1000 lah, lebih kurang la..(tak jawab betul-betul)
Pakcik teksi: EGP1000? Kau nak makan apa duit banyak tu sebulan. Kau bayar sewa rumah lagi, makan lagi, pastu kau naik teksi, kuliah lagi. Banyak nak kena guna duit, mana cukup banyak tu.

Budak: Memang tak cukup pun.. Sewa rumah mahal, makanan pun sekarang semua mahal.
Pakcik teksi: Kalau lah aku ada peluang kahwin dengan orang Malaysia, aku pindah Malaysia, aku tak nak duduk sini lagi.
Budak: Apsal pulak??
Pakcik teksi: Kat sini banyak sangat kezaliman. Kau tengok lah dengan jalan yang sibuk macam ni.

Budak: (Pandang luar. Memang sibuk pun. Sambil mata menjeling-jeling meter teksi) Dekat Malaysia pun semua barang mahal..Gula mahal, rumah mahal, semua lah. Kalau kau duduk sana pun belum tentu kau hidup senang. Harga petrol kat sini berapa?

Pakcik teksi: Dalam 0.98sen seliter. Dekat Malaysia berapa?
Budak: Kalau convert lebih kurang EGP3.50 seliter.
Pakcik teksi: Mahal, mahal.. Tapi kat sini guna jugak natural gas...bla..bla...(cerita pasal NGV) aku rasa yang tu lebih berpatutan.
Budak: Ye kot. Berapa kau beli teksi ni??

Pakcik teksi: Kalau kereta macam ni (Hyundai) EGP80,000 tapi kalau kau tambah meter harganya EGP120,00.
Budak: Mahalnya! Macam mana nak bayar tu?

Pakcik teksi: Mahal...Kau tau kat sini ada orang sebulan boleh dapat EGP50,000. Tapi ada orang bekerja penat-penat sebulan dapat EGP300 je.

Budak: EGP300 je? Nak buat apa 300 je, nak makan apa tu macam tu. Jauh betul beza orang kaya dengan orang miskin kat sini.

Pakcik teksi: Beza sangat. Ada orang ni sekali makan je bayar EGP300, orang lain penat-penat kerja untuk dapatkan EGP300. Kau tengoklah. Mesir 20 tahun yang dulu lebih baik dari sekarang. Sekarang ni Mesir dah jadi macam India.
Budak: Kenapa jadi macam tu?
Pakcik teksi: Sebab..... censored. bla..bla..bla..
Budak: HM tu berapa umur dia??
Pakcik teksi: Hahaha umur dia 84 tahun. Dia tu sampai bila-bila pun takkan mati.
Budak: (Sengih je)

Pakcik teksi: Kat sini banyak sangat benda tak baik. Terlalu banyak. Menipu, cakap kata-kata kesat, bla..bla..bla..
Budak: Kat negara aku pun lebih kurang lah, banyak sangat fasad. Keadaan remaja yang sangat teruk...

Pakcik teksi: Betul. Kat mana-mana tempat pun ada keburukannya.. samalah macam kat sini. Semuanya terikut-ikut dengan budaya barat.
Budak: Masa Ramadan semuanya baik..
Pakcik teksi: Betul, masa Ramadan semua jadi baik, bila habis Ramadan...

Hm...mari muhasabah diri balik. Di mana tarbiyah Ramadan kita..

Cina kecut?

Posted: 30 Sep 2010 07:43 PM PDT


Siketiak basah berjaya
Perang' PERKASA: Kolej Dong Zong kecut-mkini

Program Namewee di Kolej New Era di Kajang malam ini dibatalkan ekoran amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.

Menurut kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu, pembatalan itu disebakan mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada malam Selasa.

"Bagi menghindarkan dan melindungi keselamatan, program Namewee yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam ini dibatalkan," demikian menurut satu kenyataan.

Tahniah kepada PERKASA Sementara itu, pengurus Namewee, Fred Chong turut mengesahkan, persembahan ketiga dalam siri jelajah artis Cina daripada Muar itu dibatalkan. "Kolej New Era takutkan PERKASA.

Majlis itu dibatalkan dan PERKASA boleh dikira berjaya," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya alasan sebenar di sebalik tindakan mengejut itu. Bagaimanapun, tambahnya, demonstrasi tersebut seharusnya dibenarkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi seperti mana persembahan itu juga tiada sebab dibatalkan.

Manakala Namewee pula menulis dalam laman Facebook tentang kejayaan bantahan PERKASA itu.

"Saya ucapkan tahniah kepada PERKASA atas kejayaan itu. Semua promosi telah dibatalkan.

"Saya mahu beritahu, semua penganjur takutkan PERKASA, PERKASA menang tetapi Malaysia telah kalah," tulisnya.

Cara Muhyiddin lepas diri

Posted: 30 Sep 2010 07:38 PM PDT


Pensyarah: Pelantikan Ku Li lebih efektif jejas undi BN-mkini

Para penganalisis berpendapat, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas bergantung kepada peranan yang bakal dimainkan oleh veteran Umno itu.

Seorang pemerhati politik berkata, Tengku Razaleigh yang juga wakil rakyat bagi kawasan parlimen itu akan memberikan kelebihan kepada PAS berdasarkan keadaan semasa.

"(Tengku Razaleigh) lebih efektif dalam menjejaskan undi BN, bukannya menarik lebih banyak undi," katanya pensyarah fakulti ekonomi dan sains polisi UCSI Ong Kian Ming.

Jelasnya, perkara itu dilihat apabila Tengku Razaleigh giat bercakap mengenai isu royalti minyak dan ini membuka peluang kepada serangan oleh PAS kerana BN tidak banyak membuat penjelasan mengenai isu berkenaan.

"Kalau (Razaleigh) bijak, dia boleh (pengaruhi) BN atau Umno supaya bersetuju untuk menyemak semula pendirian mereka tentang isu royalti minyak," katanya lagi.

Bagaimanapun, timbalan presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perkiraan yang baik dengan melantik Tengku Razaleigh ke jawatan tersebut, katanya.

"Ia juga akan beri sedikit perlindungan kepada Muhyiddin sekiranya BN tewas," katanya lagi.

Bagi penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Mohammad Agus Yusoff pula berkata, 'faktor Ku Li' tetap memainkan peranan dalam pilihan raya kali ini.

"Ia bergantung kepada (ruang) autonomi yang diberikan kepadanya untuk mengetuai (jentera pilihan raya). Kalau hanya 'pengarah kosong', dia masih boleh boikot kalau dia mahu," kata Agus.

Katanya, pilihan raya kali ini bukan saja penentu untuk sokongan Umno di Galas, tapi juga kepada Tengku Razaleigh sebagai wakil parlimen Gua Musang.

"Dia sangat berpengaruh (sebab) itu kan kawasan dia?" katanya dan menambah Tengku Razaleigh kini perlu menjelaskan pendiriannya dalam dasar-dasar kerajaan.

Menurutnya, Tengku Razaleigh mempunyai pandangan berbeza berhubung isu-isu dasar dan pilihan raya kali ini merupakan peluang untuk veteran Umno itu menjelaskan pendiriannya.

Tengku Razaleigh yang masih berada di luar negara setakat ini masih berdiam diri sama ada akan menerima jawatan tersebut walaupun timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sebaliknya.

Beliau dijangka kembali negara ini pada 9 Oktober depan.

Peminat sokong Namewee

Posted: 30 Sep 2010 07:33 PM PDT

'Perang' PERKASA: Siswa berdemo sokong 'Nah'-Mkini

Kira-kira 100 mahasiswa Kolej New Era di Kajang hari ini berhimpun bagi menuntut pentadbiran universiti itu menarik balik pembatalan program Namewee di tempat mereka malam ini.

Kumpulan yang dipimpin oleh majlis perwakilan mahasiswa dan persatuan pengajian medianya antaranya bagi menyatakan sokongan kepada penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi itu.

Mereka mempertikaikan tindakan kolej berkenaan yang membuat pembatalan mengejut itu tanpa mendapatkan sebarang pandangan daripada mahasiswanya.

Kolej New Era tidak memaklumkan keputusan pembatalan itu sebelum membuat kenyataan kepada pihak media, dakwa mereka.

Kelepet wang tanam semula

Posted: 30 Sep 2010 07:27 PM PDT



Tanam semula: 11 lagi penyelewengan Felda
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.

Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.

Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.

Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.

"Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.

"Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda," ujarnya.

Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.

"RM8,500 Felda sudah ambil, separuh lagi yang sepatutnya diberikan kepada peneroka, tetapi tetap tidak beri," ujarnya.

Ketiga, katanya Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

Penyelewengan keempat, katanya Felda sewenang-wenangnya membuat potongan baru caruman tanam semula kali kedua antara RM114 hingga RM119.

"Kali pertama RM17 ribu tidak dibayar, kali pertama dipotong RM40 dan potongan kali kedua meningkat tiga kali ganda.

"Borang (tanam semula kali kedua) baru edar, tetapi dia dah potong dulu," ujarnya sambil menganggap Felda bertindak melampau ke atas peneroka.

Keempat, katanya Felda menyembunyikan maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjumlah RM1,000 bagi setiap hektar kebun sawit peneroka.

"Dia tak beritahu pun pada peneroka, rupa-rupanya ada insentif," ujarnya.

Keenam, katanya Felda tidak menyalurkan Bantuan Tanam Semula kepada peneroka sedangkan Risda memperuntukkan RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit).

"Bantuan ini adalah ketipan dari wang ses yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahan getah, Akta Penanaman Semula, 1952.

"Rupanya wang itu telah digunakan Felda, maknanya tidak amanah, wang yang disalurkan Risda tidak diserahkan (kepada peneroka)," ujarnya.

Ketujuh, katanya Felda tidak menyediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah.

"Bayangkan kos tanah semula di Pengeli Timur sahaja sudah mencecah RM62,740 dalam tempoh empat tahun dalam keadaan peneroka tidak diberitahu apakah potongan yang sebenar," ujarnya.

Kelapan, katanya Felda masih mengekalkan kadar faedah atas kos tanam semula 6.25 peratus hingga sekarang.

"6.25 peratus mengambil kira pinjaman yang dibuat oleh Felda melalui Bank Dunia (sedangkan) pada tahun 1996, hutang dengan Bank Dunia telah langsai."

Kesembilan, katanya hasil jualan kayu getah tua tidak disalurkan terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati.

"Felda khianat sebab Felda mengambil duit itu dulu, dia cek hutang-hutang yang peneroka pun tak tahu berapa hutang dia dan kemudian dia kata inilah baki," ujarnya.

Kesepuluh, beliau mempersoal tentang kos tanam semula Felda yang begitu mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya.

"Sepatutnya kos tanam semula kali kedua lebih murah sebab jalan pertanian, teres sudah sempurna , Felda tak perlu buat," katanya.

Kesebelas, ujarnya Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh.

Katanya, pendahuluan hasil yang diberikan sangat terdedah pada penipuan kerana tiada penyata lengkap mengenainya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya caruman wang tanam semula dikembalikan kepada rakyat serta-merta tanpa syarat.

"Untuk maklumat, lebih 4,000 peneroka sebelum akhir tahun ini akan menyaman Felda (kerana) selepas kemenangan peneroka (Felda Sungai Koyan 2 dan 3, dan Kemahang 3), imej Felda nampak buruk."

"Kalau mereka (Felda) masih enggan, sombong dan angkuh, mereka bersedialah menghadapi kesedaran peneroka nanti," nasihatnya kepada Felda.

Kemiskinan jadi perkauman

Posted: 30 Sep 2010 07:21 PM PDT


Ketinggalan melayu dalam ekonomi jadi pencetus perkauman

Perkauman: Orang kaya Umno peralat rakyat miskin
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Orang-orang kaya Umno yang mengapi-apikan perkauman dengan memperalatkan rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan negara untuk mengurangkan perkauman, beliau menyifatkan pandangan tersebut sebagai pandangan yang dangkal.

"Barangkali kerana pandangan sedemikianlah Umno, Utusan Malaysia, Perkasa malah Dr Mahathir sendiri memperalatkan cakap-cakap bahawa ekonomi orang-orang Melayu masih ketinggalan untuk mengapi-apikan perkauman.

"Mereka menghalalkan pemikiran dan tindakan mengapi-apikan perkauman dengan alasan orang-orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi tetapi pada masa yang sama mereka mahu memaksa rakyat mengekalkan kuasa Umno yang terbukti tidak berminat membantu orang-orang Melayu," kata Mahfuz.

Politik masjid

Posted: 30 Sep 2010 07:16 PM PDT


Mais: Pemuda PAS mohon Sultan bertindak
Harakahdaily

SHAH ALAM, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memohon perkenaan Sultan Sharafuddin Idris Shah agar mengambil tindakan setimpal ke atas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa kerana telah terlibat dalam program yang mempunyai unsur politik kepartian pada 10 Julai lalu.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, program tersebut dinamakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Gotong Royong Perpaduan Bersepadu Felda Soeharto Hulu Selangor yang diadakan di masjid tersebut yang dihadiri Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan a/l P Panchanathan.

Katanya, tindakan Mohamad Adzib itu bercanggah dengan arahan yang dipaparkan di masjid-masjid di Negeri Selangor di mana arahan tersebut ditandatanganinya sendiri.

Di samping itu, tindakan itu menjejaskan imej Mais dalam mana pengerusinya sendiri mengkhianati arahan tidak mempolitikkan masjid yang telah dikeluarkan.

Kata dua kepada Kuli?

Posted: 30 Sep 2010 07:09 PM PDT


Pengarah p'raya umpama kata dua buat Razaleigh
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Sept: PAS menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan raya Umno dan BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas sebagai kata dua kepadanya yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jelas ianya tindakan terdesak Umno kerana ternyata parti itu amat bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula Dun berkenaan.

Ini, katanya walaupunUmno tahu Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen.

PAS, tambahnya yakin perlantikan Razaleigh juga membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada veteran Umno itu sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada parti itu.

"Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk kepentingan Umno," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Masalah...masalah...

Posted: 30 Sep 2010 06:38 PM PDT


Bagi balik gaji ADUN

Posted: 30 Sep 2010 06:29 PM PDT


SEKETERIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG

Isu Pengembalian Wang Penghargaan Warga Emas :
11 ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Semua
Gaji Mereka Kepada Kerajaan Negeri

30 SEPTEMBER 2010

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan simpati kepada warga emas, khususnya di DUN Penaga, yang diwakili oleh Dato' Azhar Ibrahim yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Baru-baru ini, seramai 40 orang warga emas dari DUN tersebut telah memulangkan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul. Ini bukti jelas, bahawa UMNO sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga merasa hairan, kenapa dengan tiba-tiba UMNO Pulau Pinang menjadi begitu prihatin tentang permasalahan rakyat? Apa bukti hitam-putih yang menyatakan wang dapatan dari sumber judi itu disalurkan kepada Program Penghargaan Warga Emas dan umat Islam di negeri ini?

Ini menunjukkan sikap UMNO yang cukup gemar 'hentam keromo'. Jika kita lihat sendiri paparan surat balas dari Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club (yang dipaparkan dalam pisau.net), jelas sekali dinyatakan di situ ia adalah sumbangan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk Program Penghargaan Warga Emas.

Kami juga sudah mendapat penjelasan daripada YB Phee Boon Poh, selaku Exco Kebajikan Negeri, bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan sebanyak RM2.4 Juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK), tanpa mengganggu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas.

Kenyataan ini juga diperkuatkan dengan penjelasan dari Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang menyatakan wang sumbangan RM2 Juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

Justeru, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di sini ingin menyelar sikap hipokrit yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO, yang berlagak teliti dalam hal agama, walhal merekalah yang paling membelakangkannya. Jika benar mereka serius terhadap perjuangan menyelamatkan umat Islam dari menerima wang dari sumbangan judi, hiburan dan arak, mereka dicabar melakukan perkara-perkara berikut;


1. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia, (lidah rasmi parti itu) untuk memulangkan semua gaji mereka, kerana ada unsur judi dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan 4 nombor ekor di akhbar itu.

2. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua GLC-GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan gaji semula mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.

3. Mencabar agar 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang yang melabel diri mereka sebagai 'Pembela Agama, Bangsa & Negara' agar memberi contoh tauladan awal dan terbaik, dengan mengembalikan semua gaji dan elaun Wakil Rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri, sebab bagi mereka, seolah-olah tidak ada satu pun yang 'halal' dari Kerajaan Negeri.

Cabaran ini dibuat, untuk menjawab serangan-serangan UMNO, dan kita tahu ini adalah satu lagi 'peluru' terdesak UMNO yang dihalakan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Pulau Pinang. Ini juga isyarat jelas, betapa UMNO-Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang selama 52 Tahun cukup 'terpukul' dengan keupayaan Kerajaan Negeri berjimat sebanyak RM20 Juta untuk program ini, dan dengan wang penjimatan inilah, ia terus dikongsikan bersama dengan rakyat.

Cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada UMNO membuktikan diri mereka adalah 'Pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan. Kami juga menyeru agar UMNO benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di Televisyen dan di dada-dada akhbar.

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP)

YB NG WEI AIK
Setiausaha,
Pemuda Sosialis DAP
(DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOR B. HARUN
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang

TIPU dalam dan luar negara

Posted: 30 Sep 2010 06:03 PM PDT

PENIPU TERBONGENG !!!


KENA KENCING DI BRUSSELS



NAJIB KETUAI DELEGASI MALAYSIA KE SIDANG KEMUNCAK ASIA –EROPAH
- mstar

Najib Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)Kelapan di Brussels, Belgium selama dua hari yang bermula Isnin ini.

sila baca cerita ini :

Khabar baik Bang ,

I am going to write in English sebab takut nanti Bahasa saya tak make sense nanti. Nama saya xxxxxx dan saya ini ex-rakyat Malaysia. Saya sekarang tinggat di Belgium. I would like to tell you that I love your Tukar Tiup blog...I read it daily.

Anyway, my other reason to write to you is to tell you that NAJIS RAZAK will be be Belgium next weekend.

I know you probably would not care but I am very pissed. By right, the Ambassador of Malaysia in Belgium will give all the Malaysians residing in Belgium a ball-room function this coming October 3 in Hotel Conrad in Brussels.

But guess what, the Ambassador told us last weekend...that he would have to sacrifice some of the Malaysians invitation as our PM will be attending the function and so unfortunate that the PM will be bringing more than 60 of his delegates from Malaysia to join him on his Belgium trip.

60 MFuckers of his delegations to do what? That's a lot of people in an ENTOURAGE. So, now I know why most of us won't get invited. I have to thank the Ambassador for telling us the truth.

Lastly, I can't seem to ignore the fact that our PM and our current Government (The BAD GUYS from UMNO, BN, MCA and MIC) could have some connections with freemasonry or ILLUMINATI occult.

Hope to read more of your good stuff.

Sincerely,
xxxxxxx

nota:
nama di xxxx kan
agar peminat tak tahu
jantan ke betina

Lebih kurang terjemahan

Nama xxxxxx dan bekas-rakyat Malaysia. Saya sekarang tinggat di Belgium. Saya ingin memberitahu sdr bahawa saya suka blog Tukar Tiup ...saya membacanya setiap hari.

Apapun, alasan saya untuk menulis adalah untuk memberitahu sdr bahawa najis RAZAK akan ke Belgium hujung minggu depan.

Saya tahu mungkin sdr tidak akan peduli tapi saya sangat marah. Dengan kuasa, Duta Besar Malaysia di Belgium akan meraikan semua rakyat Malaysia yang berada di Belgium pada 3 Oktober di
ruang legar Hotel Conrad di Brussels.

Tapi cuba teka, Duta Besar memaklumkan kami hujung minggu lalu ... bahawa dia kena korban sedikit kerana jemputan dari Malaysia terdiri dari PM akan membawa lebih daripada 60 delegasi bersama
dalam lawatannya ke Belgium.

60 orang, banyaknya? delegasi untuk buat apa? rombongan. Jadi, sekarang saya tahu mengapa kebanyakan dari kita tidak akan mendapatkan jemputan. Saya patut berterima kasih kepada Duta Besar kerana memaklumkan kami cerita sebenar.

Terkini, saya tidak boleh mengabaikan fakta bahawa kami PM dan Kerajaan kita saat ini (The BAD GUYS dari UMNO, BN, MCA dan MIC) boleh mempunyai beberapa hubungan dengan freemasonry atau Illuminati.

Berharap untuk membaca lebih banyak cerita baik sdr.



PATUT LAH RAMAI BILA ADA SIDANG MEDIA

INGAT KAN WARTAWAN DUNIA

RUPA RUPA NYA... BAWA DARI RUMAH

MACAM MACAM DI BUAT NAK TIPU MELAYU

Sandiwara sedekah

Posted: 30 Sep 2010 05:56 PM PDT


SANDIWARA DI PENTASKAN SEMULA

WARGA EMAS PULANG WANG 'HARAM' HANYA SANDIWARA
– mkini

Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

TT kata

SUSAH BETUL JADI MELAYU MISKIN

SIANG DI TIPU GEROMBOLAN… MALAM DI TIPU TV3

NAK DAPAT DUIT SEDEKAH PUN…. SUSAH

DUIT RASUAH OKAY…. DUIT KOMISEN OK

DUIT DARI KERAJAAN PAKATAN TAK OK

SUDAH LAH MISKIN…. MELAYU PULAK

DUA KALI BALA

Tipu 99.9% Melayu

Posted: 30 Sep 2010 05:50 PM PDT

MACAM MACAM DI BUAT UNTUK TIPU MELAYU


DULU TOLONG
SEKARANG POLONG



PENYELEWENGAN FELDA BUKTI UMNO KHIANATI MELAYU – harakah daily

Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.

Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan Felda perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka tersebut yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.

TT kata

DI MALYSIA INI SEBENARNYA BUKAN CHINA TIPU MELAYU


BUKAN INDIA TIPU MELAYU

YANG TIPU MELAYU IALAH GEROMBOLAN

LIMA PULUH TAHUN…. INI LAH KERJANYA… MENIPU

FELDA FELCRA…. SEMUA AJEN MENIPU MELAYU

SELESAI GEROMBOLAN TIPU MELAYU… GEROMBOLAN TUDUH ORANG CHINA YANG TIPU MELAYU

CHINA MISKIN.. INDIA MISKIN DAN MELAYU MISKIN MULA GADUH

YANG SENANG LENANG GEROMBOLAN DAN ANAK BINI

Latarbelakang ulama hebat

Posted: 30 Sep 2010 05:41 PM PDT

Harakah

GRIK, 30 Sept:
Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh mendirikan pusat pengajian itu pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya pernah menjadi kontroversi. Setelah 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah seluas 45 hektar untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelum itu tetapi tidak diluluskan.

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu.

Beliau dilahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959.

Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.

Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam.

Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.

Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang.

Kini setelah madrasah tersebut melangkau usia lebih 35 tahun, bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Kebanyakan pengajian ilmu di madrasah Pak Teh adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab.

Kaedah pengajian di madrasah yang berasaskan sistem pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi. Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Syuzu (nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad (feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Di atas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para rasul dan nabi, syuhada dan solihin di atas kegigihannya memperjuangkan agama Allah.

Islam di gereja?

Posted: 30 Sep 2010 05:33 PM PDT


Gambar hiasan (KISAH yang wajib dibaca email dari seorang rakan)


Bismillahirrahmanir rahim

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidika agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim.

Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

pertanyaan

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Jawab pemuda Islam

Setelah membaca 'Bismillah…' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'
Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Oct 2010 03:15 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MB PENUNJUK LUCAH DAPAT DOKTOR KEHORMAT

Posted: 01 Oct 2010 03:08 PM PDT


Adnan Yaakob terima Doktor Kehormat Universiti Yarmouk, Jordan.


KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang pendidikan oleh Universiti Yarmouk, Jordan.

Majlis akan berlangsung di universiti itu di Irbid, Ahad ini.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, penganugerahan adalah sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan Adnan dalam bidang pendidikan yang sentiasa memberi galakan dan bantuan kewangan kepada anak-anak Pahang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Selain itu, ia bermatlamat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara Kolej Antarabangsa IKIP milik Yayasan Pahang dengan Universiti Yarmouk.

Adnan dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pahang dan IKIP berlepas ke Jordan hari ini.

Ketika di sana, kerajaan negeri Pahang akan turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Yarmouk ke arah penubuhan Kursi Pahang untuk membantu kajian dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dakwah dan telekomunikasi Islam.

Selepas ke Jordan Adnan dan rombongan akan berlepas pula ke Syria pada Isnin bagi bertemu pelajar sebelum berlepas pulang pada Rabu.

- BERNAMA

SAKSI 400 ORANG FELCRA & BUKTI RAKAMAN AUDIO PUN ADA

Posted: 01 Oct 2010 02:23 AM PDT

Beliau pernah mengamuk apabila YB Saifuddin PKR membangkit isu MP mabuk beberapa bulan yang lepas. Kali ini, YB ini terpalit pula dengan satu lagi kes haru biru. Patutkah beliau berseteru dengan pemandu sendiri. Beliau dikatakan telah memukul pemandu barunya kerana lewat sampai ke rumah TPM. Keterangan lanjut ada diberitakan dalam petikan berita di bawah ini.

Berita berkaitan saya petik dari HD dan rakaman audio pertengkaran antara Tajudin dengan pemandunya tentang hal ini ada disertakan di bawah ini. Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai.

Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan.

Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan.

Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini.

"Mana dia, hari ini ada dia datang...mana dia," tanya Tajudin di perhimpunan itu. Orang ramai yang menyertai perhimpunan itu menjawab,"Ada...dia ada."

"Saya yang buat laporan polis," kata pemandu berkenaan yang tampil ke depan di majalis perhimpunan itu.

"Mana dia laporan polis itu," tanya Tajudin.

"Mana dia tanda kena pukul," tanya Tajudin bertalu-talu.

"Ada, ini dia," kata pemandu itu.

"Mari sini," kata Tajudin..."Biarkan perkara ini diselesaikan di sini...mana dia tanda kena pukul itu...mana....mana," tekan Tajudin.

"Mana ada...dah lama," sampuk satu suara yang kedengaran dari rakaman itu.

"Kenapa polis tak datang sampai hari ini...kenapa tidak ada sebarang tindakan (terhadap dia)," tekan Tajudin lagi.

Ekoran itu, pemandu berkenaan tampil ke depan di majlis itu dan kedengaran berkata:-

"Majlis rasmi start pukul lapan, Datuk keluar rumah 9.05 malam....satu jam lewat...Datuk tahu saya orang baru. Dia tunjuk jalan, masuk kiri masuk kanan sampai jumpa jalan mati," kata pemandu itu diiringi tepukan kakitangan Felcra yang hadir di majlis itu.

Ekoran itu, ia telah menaikkan darah Tajuddin dan berkata, "Saya tidak minta tepuk...tak perlu tepuk, ini bukan majlis politik," dengan nada marah.

"Saya minta ambil tindakan mahkamah hari ini juga,....kenapa selepas enam bulan tidak ada tindakan," kata Tajuddin marah dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana memalukannya.

"Dia kata dia hormat tetapi dia buat laporan polis. Saya sabar hampir beberapa bulan kerana saya fikir dia budak tidak perlu ambil tindakan. Tetapi hari dia nak tunjukkan dia benar, saya tak takut," kata Tajudin.

Menurut sumber Harakahdaily, peristiwa yang membawa pergaduhan secara berdepan di hadapan kakitangan Ibu Pejabat Felcra ini berlaku pada 21 Oktober 2009 lagi.

Ketika itu, dua pemandu Tajudin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak tidak dapat membawanya kerana seorang sakit dan seorang lagi terpaksa cuti secara tergesa-gesa.

Pemandu ini telah diarahkan membawa Tajudin ke satu majlis di rumah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Namun, mereka tidak jumpa rumah berkenaan. Tajudin menyalahkan pemandunya dan memukul kepala pemandunya dan mengambilalih stering kereta.

Ekoran pukulan itu, pemandu itu membuat laporan polis pada keesokan harinya (22 Oktober) di Balai Polis Johor Bahru Central, Johor.

Ekoran kejadian di ibu pejabat Felcra pada 3 Mei itu, pemandu berkenaan dikatakan telah membuat sekali lagi laporan polis iaitu pada 4 Mei sehari selepas keajadian itu. Laporan kali ini dibuat di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam majlis pada 3 Mei itu, Tajudin yang berucap di majlis itu marah-marah kerana pemandu berkenaan telah membuat laporan polis kononnya dia telah dipukul kira-kira enam bulan sebelum itu.

"Ada laporan kata, saya pukul driver saya....seluruh orang di Perak pun tahu. Kononnya supaya menteri ke, perdana menteri ke tidak dengar cakap saya, dengar cakap dia," mula Tajudin mengaitkan isu ini dalam ucapannya itu.

"Budak driver ini bawa saya pada satu malam nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin...ada dalam blog pun...pembangkang gunalah ini, kita dok bagi buahnya," kata Tajudin.

"Nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin, dia tak tau jalan...pusing-pusing, dekat satu jam...aik bila nak sampai, majlis nak habis dah...nak suruh saya senyum je dalam motokar...siang tadi kamu tidak pergi recky, mana rumahnya, senang kita nak pergi. Sudahnya saya pula ambil stering bawa dia, dia jadi bos..kita pula jadi diriver dia, hotlah kita," Tajudin memulakan serangannya kepada drivernya itu dalam perhimpunan bulanan yang disertai oleh semua kakitangan ibu pejabat Felcra termasuk semua pegawai kanannya.

Di majlis itu, Tajudin yang akan tamat kontraknya pertengahan Oktober depan turut memperkenalkan CEO baru Felcra Berhad.

"Esoknya, dia boleh berani pergi buat laporan polis dan dakwa dia kena pukul...tak ada tanda pun," kata Tajudin.

Ekoran itulah, pemandu Felcra itu bangun dan memberikan penjelasan di majlis itu dengan di sambut tepukan gemuruh perserta perhimpunan bulanan di Auditorium Felcra Berhad itu.
Nota : Maaf audio x sempat diupload.

SYUKUR PADA ALLAH, AHLI PARLIMEN ISLAM AUSTRALIA

Posted: 01 Oct 2010 02:19 AM PDT


En.Ed Husic, adalah seorang Muslim yg pertama terpilih menjadi anggota Parlimen Australia, telah mengangkat di parlimen dengan menggunakan Al-Qur'an milik orang tuanya.
Husic,merupakan anak kepada orang tuanya bekas rakyat Bosnia, mengangkat sumpah di parlimen ke-43 di Canberra pada hari Selasa lalu, 28 September 2010.
Husic, yang merupakan anggota Partai Buruh, mengatakan bahwa terpilihnya dia sebagai anggota parlimen dan juga merupakan orang muslim pertama menjadi ahli parlimen Australia, dan ini adalah satu kehormatan besar baginya di antara 150-kursi parlimen yang ada.
"Memandangkan latar belakang saya yg juga berdarah Bosnia, ada beberapa orang yang melahirkan rasa satu kebanggaan atas terpilihnya saya," katanya kepada surat kabar The Australian.
Dalam salah satu pilihanraya umum yang terbaru ini beberapa jumlah kerusi dipertandingkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, baik dari Parti Buruh Berjaya memenangi 76 kursi yang diperlukan untuk menjadi mencapai mejoriti dan menubuhkan kerajaan.

PEJABAT PAS JENGKA 9 TEMPAT PERJUMPAAN

Posted: 01 Oct 2010 02:16 AM PDT

Perjumpaan Peneroka-Peneroka di Jengka 6
Peneroka-Peneroka Felda diberapa rancangan di dalam kawasan Parlimen Maran akan mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam PKR pada 3hb Oktober 2010 jam 10.00 pagi bertempat di Kedai Sdr Razali, bekas Pegawai MPOB di Felda Jengka 6.
Peguam-peguam yang akan hadir akan diketuai Sdr T. Kumar, Latheefah Koya dan beberapa orang lagi.
Ketua PKR Cabang Maran memberitahu bahawa seramai lebih 500 orang peneroka sekita kawasan Parlimen Maran telah pun menandatangani persetujuan untuk mengemukakan saman terhadap Felda berhubung isu perahan KPG yang dikatakan Felda membayar kurang dari KPG sebenar.
Turut serta didalam perjumpaan itu nanti adalah Sdr Rebin Birham, Ketua AMK Negeri Sembilan merangkap Anggota Exco AMK Pusat. Beliau adalah juga mempengerusikan jawatankuasa penyelidikan Biro Felda PKR Pusat.
Perjumpaan itu adalah terbuka kepada peneroka-peneroka yang berminat untuk menyertai kumpulan ini bagi memfailkan saman terhadap Felda.
Pada jam 2.00 petang pada 3hb Oktober itu juga rombongan peguam-peguam ini akan mengadakan perjumpaan dengan peneroka-peneroka Felda dari DUN Jengka, Pulau Tawar dan Kerdau di Felda Jengka 9, Majlis yang sepatutnya diadakan di Dewan JKKR Jengka 9 ini diubah kepada Pejabat PAS Cawangan Felda Jengka 9 kerana Ketua Kampong Felda Jengka 9 tidak membenarkan Dewan tersebut untuk digunakan.

TAN SRI MUHYIDDIN AKAN DIKENALI SEBAGAI MENTERI PENDIDIKAN SEK....S BUKAN SEKOLAH!

Posted: 01 Oct 2010 12:58 AM PDT

Pendidikan seks mungkin diperluaskan kata Muhyiddin
Kerajaan masih mempertimbangkan bagi menggabungkan pendidikan seks ke dalam sistem kebangsaan sekolah, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini satu daripada inisiatif (bagi menghalang gejala pembuangan bayi) bagi memberi pemahaman yang menyeluruh berhubung kesihatan reproduktif di peringkat sekolah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan telah melancarkan beberapa projek perintis pada peringkat sekolah dan mendapati keputusannya amat menggalakan.

"Kita telah membentuk jawatankuasa teknikal yang sedang mengkaji perkara ini dan akan menentukan cara terbaik memperluaskan program ini pada peringkat nasional," katanya

Malaysiakini Okt 1, 10 1:40pm

Sumber : http://malaysiakini.com/news/144133

PESANAN PENTING ! PENEROKA KENA BACA DAN CARI MAKLUMAT SEBELUM DITEKAN LUMAT

Posted: 30 Sep 2010 09:56 PM PDT

Tanam semula: 11 lagi penyelewengan Felda

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.

Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.

Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.

Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.

"Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.

"Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda," ujarnya.

Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.

"RM8,500 Felda sudah ambil, separuh lagi yang sepatutnya diberikan kepada peneroka, tetapi tetap tidak beri," ujarnya.

Ketiga, katanya Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

Penyelewengan keempat, katanya Felda sewenang-wenangnya membuat potongan baru caruman tanam semula kali kedua antara RM114 hingga RM119.

"Kali pertama RM17 ribu tidak dibayar, kali pertama dipotong RM40 dan potongan kali kedua meningkat tiga kali ganda.

"Borang (tanam semula kali kedua) baru edar, tetapi dia dah potong dulu," ujarnya sambil menganggap Felda bertindak melampau ke atas peneroka.

Keempat, katanya Felda menyembunyikan maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjumlah RM1,000 bagi setiap hektar kebun sawit peneroka.

"Dia tak beritahu pun pada peneroka, rupa-rupanya ada insentif," ujarnya.

Keenam, katanya Felda tidak menyalurkan Bantuan Tanam Semula kepada peneroka sedangkan Risda memperuntukkan RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit).

"Bantuan ini adalah ketipan dari wang ses yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahan getah, Akta Penanaman Semula, 1952.

"Rupanya wang itu telah digunakan Felda, maknanya tidak amanah, wang yang disalurkan Risda tidak diserahkan (kepada peneroka)," ujarnya.

Ketujuh, katanya Felda tidak menyediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah.

"Bayangkan kos tanah semula di Pengeli Timur sahaja sudah mencecah RM62,740 dalam tempoh empat tahun dalam keadaan peneroka tidak diberitahu apakah potongan yang sebenar," ujarnya.

Kelapan, katanya Felda masih mengekalkan kadar faedah atas kos tanam semula 6.25 peratus hingga sekarang.

"6.25 peratus mengambil kira pinjaman yang dibuat oleh Felda melalui Bank Dunia (sedangkan) pada tahun 1996, hutang dengan Bank Dunia telah langsai."

Kesembilan, katanya hasil jualan kayu getah tua tidak disalurkan terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati.

"Felda khianat sebab Felda mengambil duit itu dulu, dia cek hutang-hutang yang peneroka pun tak tahu berapa hutang dia dan kemudian dia kata inilah baki," ujarnya.

Kesepuluh, beliau mempersoal tentang kos tanam semula Felda yang begitu mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya.

"Sepatutnya kos tanam semula kali kedua lebih murah sebab jalan pertanian, teres sudah sempurna , Felda tak perlu buat," katanya.

Kesebelas, ujarnya Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh.

Katanya, pendahuluan hasil yang diberikan sangat terdedah pada penipuan kerana tiada penyata lengkap mengenainya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya caruman wang tanam semula dikembalikan kepada rakyat serta-merta tanpa syarat.

"Untuk maklumat, lebih 4,000 peneroka sebelum akhir tahun ini akan menyaman Felda (kerana) selepas kemenangan peneroka (Felda Sungai Koyan 2 dan 3, dan Kemahang 3), imej Felda nampak buruk."

"Kalau mereka (Felda) masih enggan, sombong dan angkuh, mereka bersedialah menghadapi kesedaran peneroka nanti," nasihatnya kepada Felda.

RAHSIA YANG WAJAR DIDEDAH !

Posted: 30 Sep 2010 07:21 PM PDT


Rakyat Selangor tak kira parti wajar tahu perkara yang telah berlaku semasa pemerintahan bekas MB UMNO Dr Khir Toyo ini. Ini bukan rahsia kalau dikira pemimpin negeri menggunakan wang rakyat. Sewajarnya rakyat tahu jika berlaku penyelewengan.
Kita harap penyiasatan dan pencarian bukti dan pendakwaan sehingga jatuh hukuman akan dapat memberi pengajaran pada manusia yang lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

SAPA NAK PUJUK & RUJUK ? PESALAH ARAK MAHU KEKAL BERSALAH

Posted: 30 Sep 2010 06:25 PM PDT

ARAK : PENGANGGUR KENA 6 SEBATAN DENDA RM5,000

KUANTAN lagi!, 30 Sept – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 ke atas seorang buruh atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai di sini pada Februari lalu.
Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamed Rezzal Mohamed Yussof (gambar), 24, mengekalkan pengakuan bersalah walaupun mahkamah telah memberikan masa untuk dia melantik peguam.
Abdul Rahman juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda itu.
Mengikut fakta kes, Mohamed Rezzal didakwa minum arak berjenama Tiger dalam tin minuman dengan isipadu 350 mililiter (ml) di tempat letak kereta di bumbung pusat beli-belah Kuantan Parade di sini pukul 5.30 petang, 13 Februari lalu ketika sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang mengadakan operasi penguatkuasaan.
Tertuduh yang memilih untuk tidak diwakili peguam syarie dituduh mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya beserta sebatan maksimum enam kali.
Dalam rayuannya tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dan tidak dipenjara dengan alasan ia boleh menggelapkan masa depannya.
Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman selaras dengan undang-undang untuk menginsafkan tertuduh dan orang lain supaya menjauhi perbuatan meminum arak yang jelas bertentangan dengan syarak.
Abdul Rahman berkata tertuduh pada sepanjang perbicaraan juga mengekalkan pengakuan bersalah sejak kes disebut kali pertama pada 24 Mei lalu.
"Walaupun diberi peluang untuk melantik peguam, tertuduh tetap enggan berbuat demikian serta mengekalkan pengakuan bersalah dan selepas mengambil kira pengakuan dan laporan air kencing yang mengandungi 254 miligram alkohol bagi setiap 100 ml air kencing seperti dikemukakan pihak pendakwaan, mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah," katanya. – Bernama

ALAMANDA BUKAN ALAM ANDA

Posted: 30 Sep 2010 06:08 PM PDT

Peniaga Melayu dah hilang kuasa di Putrajaya

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA WALAUPUN PUTRAJAYA DIKUASAI OLEH AHLI PARLIMEN UMNO DAN DIPENUHI PEJABAT KEMENTERIAN DARI KABINET BN YANG KUNUNYA DITERAJUI OLEH ORANG MELAYU (PEKEMBAR(UMNO)) NAMUN PENIAGA MELAYU TIDAK DIJAGA : ALAMANDA KUBUR PENIAGA MELAYU SELEPAS KLCC!!! MALAM tadi satu lagi talkin dibacakan untuk melengkapkan kematian seorang lagi peniaga Melayu yang beroperasi di kompleks beli-belah Alamanda, Putrajaya. Kini semakin sempurnalah pusat perniagaan itu menjadi kubur buat peniaga Melayu!


Selepas membelanjakan lebih RM300,000 untuk kerja ubahsuai premis bagi memulakan perniagaannya pada 2004, Zaida Abd Aziz, terpaksa menerima hakikat hayatnya untuk terus kekal berniaga di Alamanda tidak kesampaian.

Dengan syarat baru pengurusan kompleks beli-belah itu yang menghendaki peniaga membayar sewa sebanyak RM16,000 sebulan jika mahu membaharui kontrak perniagaan di situ, Zaida terpaksa akur dengan kerja-kerja pembunuhan secara halus itu.

Pemilik Zaida's Collection itu akhirnya terpaksa mengemaskan barang-barang dari kedainya malam tadi untuk dipindahkan ke luar selepas dia hanya diberi tempoh akhir 29 September untuk keluar kerana gagal mematuhi syarat baru kontrak perniagaan yang melampau di situ.

Sebelum ini dia menerima notis untuk keluar dari kompleks beli-belah itu sehingga 18 Ogos lalu, tetapi telah merayu sebanyak 6 kali. Dia diberi tempoh sehingga semalam sahaja. Dan syarat baru untuk meneruskan perniagaan ialah bersedia untuk membayar sewa sekali ganda berbanding sebelum ini yang hanya RM8,000 sebulan.

Zaida mengakui kadar sewa yang terlampau tinggi itu amat membebankan selain beberapa syarat seperti membayar peratusan tertentu berdasarkan keuntungan perniagaannya.

Kini semakin basahlah Alamanda dengan air mata peniaga Melayu. Difahamkan ada 28 peniaga lain sedang menerima nasibb serupa. Dan adakah kita akan gembira Alamanda terus menjadi kubur kedua pembunuhan peniaga Melayu selepas KLCC di Kuala Lumpur?

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/dukacita-melayu-di-tanah-sendiri.html

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Oct 2010 03:03 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


ARAK : PENGANGGUR KENE 6 SEBATAN DENDA RM5K

Posted: 30 Sep 2010 06:09 PM PDT

KUANTAN, 30 Sept – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 ke atas seorang buruh atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai di sini pada Februari lalu.
Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamed Rezzal Mohamed Yussof (gambar), 24, mengekalkan pengakuan bersalah walaupun mahkamah telah memberikan masa untuk dia melantik peguam.
Abdul Rahman juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda itu.
Mengikut fakta kes, Mohamed Rezzal didakwa minum arak berjenama Tiger dalam tin minuman dengan isipadu 350 mililiter (ml) di tempat letak kereta di bumbung pusat beli-belah Kuantan Parade di sini pukul 5.30 petang, 13 Februari lalu ketika sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang mengadakan operasi penguatkuasaan.
Tertuduh yang memilih untuk tidak diwakili peguam syarie dituduh mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya beserta sebatan maksimum enam kali.
Dalam rayuannya tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dan tidak dipenjara dengan alasan ia boleh menggelapkan masa depannya.
Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman selaras dengan undang-undang untuk menginsafkan tertuduh dan orang lain supaya menjauhi perbuatan meminum arak yang jelas bertentangan dengan syarak.
Abdul Rahman berkata tertuduh pada sepanjang perbicaraan juga mengekalkan pengakuan bersalah sejak kes disebut kali pertama pada 24 Mei lalu.
"Walaupun diberi peluang untuk melantik peguam, tertuduh tetap enggan berbuat demikian serta mengekalkan pengakuan bersalah dan selepas mengambil kira pengakuan dan laporan air kencing yang mengandungi 254 miligram alkohol bagi setiap 100 ml air kencing seperti dikemukakan pihak pendakwaan, mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah," katanya. – Bernama

TAPAK MASJID DI AYODHYA DI BAHAGI 3

Posted: 30 Sep 2010 05:34 PM PDT

Tak mustahil akan berlaku di Malaysia suatu hari nanti....

NEW DELHI, 1 Okt — Mahkamah India memutuskan kawasan sebuah masjid dirobohkan 12 tahun lalu akan dibahagi tiga antara masyarakat Hindu dan Islam sebagai langkah penyelesaian pertikaian enam dekad.
Rasional di sebalik keputusan itu, yang diputuskan oleh panel tiga hakim semalam, tidak jelas.
Bagaimanapun peguam-peguam yang terlibat dalam kes ini memberitahu, keputusan ketiga-tiga hakim berkenaan memang tidak disangkakan.
Pertikaian mahkamah itu bermula enam dekad lalu.
Perdana Menteri India Manmohan Singh pula menyeru rakyatnya agar bertenang ekoran keputusan mahkamah berhubung kawasan itu yang terletak di bandar Ayodhya, yang sebelum ini mencetuskan rusuhan membabitkan penduduk Hindu dan Muslim.
Kedua-dua pemimpin Hindu dan Islam mahu mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung.
Mahkamah Uttar Pradesh juga memutuskan bahawa masyarakat Hindu akan dibenarkan untuk mengekalkan kuil sementara yang telah dibina di kawasan masjid yang dirobohkan — keputusan yang kelihatan menggembirakan sami yang melaungkan "kuil ini kini milik kita."
Bagaimanapun seorang pemimpin parti nasionalis Hindu Bharat Janata berkata, tiada siapa yang kalah dan tiada siapa yang menang.
"Jangan melihat yang ini sebagai kemenangan kepada sesiapa," kata Yashwant Sinha.
"Ia penghakiman yang bijak dan mahkamah cuba untuk mengimbangkan semua pihak," kata penganalisis politik Anil Verma.
Tiada laporan keganasan ekoran keputusan itu tetapi kawalan ketat membabitkan 200,000 anggota polis berterusan hari ini bagi mengelakkan rusuhan kaum.
Kebanyakan parti-parti utama turut meminta ahli mereka agar bertenang.
India mengerahkan puluhan ribu anggota polis dan tentera udaranya berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan keganasan apabila mahkamah memberikan keputusan mengenai kes perebutan tapak masjid di Ayodhya.
Isu itu menghantui parti Kongres yang memerintah India kerana keputusan berkenaan pasti akan mengecewakan satu daripada blok penyokong terbesarnya.
Sebelum ini kerajaan merayu penduduk bertenang sebaik saja mahkamah di utara India itu memutuskan hak terhadap tanah yang menempatkan sebuah masjid yang dibina sejak abad ke-16.
Perebutan terhadap tapak masjid itu mencetuskan keganasan agama pada 1992 hingga menyebabkan lebih 2,000 orang terbunuh.
Keputusan mengenai perebutan itu, yang dianggap oleh Perdana Menteri sebagai cabaran keselamatan terbesar negara berkenaan akan diumum sejurus sebelum Sukan Komanwel bermula di sini 3 Oktober ini.
Masyarakat Islam dan Hindu bersengketa sejak lebih 100 tahun lalu mengenai sejarah Masjid Babri.
Kaum Hindu mendakwa masjid berkenaan dibina di tempat kelahiran Rama, dan didirikan selepas negeri itu dikuasai oleh umat Islam pada abad ke-16.
Mereka mahu membina sebuah kuil di tapak masjid berkenaan.
Umat Islam Uttar Pradesh pula mahu masjid yang dirobohkan pelampau Hindu itu dibina semula.
Mahkamah, dalam keputusannya memutuskan tiga isu penting — siapa pemilik tanah berkenaan, sama ada tapak itu benar menjadi tempat kelahiran Rama, dan sama ada Masjid Babri dibina selepas sebuah kuil Hindu dirobohkan dan sama ada ia dibina menurut rukun Islam.

BAKAR 'ANU' SUAMI KERANA SUAMI CURANG

Posted: 30 Sep 2010 05:28 PM PDT

Ini bukan di Malaysia tetapi di Australia.

Rajini Narayan, 46, memberitahu Mahkamah Agung di Aderlain Australia bahawa dia telah mencurahkan petrol ke atas kemaluan suaminya sebelum membakarnya. Dia bertindak demikian kerana mempercayai suaminya telah berlaku curang.
Suaminya, Satish Narayan, 47, walau bagaimanapun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius. Menurut laporan akhbar, kira-kira 75 peratus bahagian badan Satish melecur. Kejadian itu turut merosakkan kediaman mereka.
Rajini mendakwa dia telah didera oleh suaminya selama 20 tahun secara fizikal dan emosi, namun dia menegaskan tetap menyayangi dan menganggap suaminya sebagai "tuhan/idola".
Macam-macam!

MABUK PIL KUDA BARANGKALI NAJIB NIE

Posted: 30 Sep 2010 05:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.
Perdana Menteri berkata oleh itu rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.
 
Sementara itu Najib (gambar) berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengabaikan golongan miskin dan golongan kurang bernasib baik meskipun pelbagai program trasformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) diperkenalkan.
"Kita sentiasa meneliti apa yang dilakukan kini. Setiap gagasan kerajaan kita tidak lupa memasukkan aspek keperihatinan terhadap kategori miskin dan kurang bernasib baik," katanya. — Bernama

Kamparin

Posted: 01 Oct 2010 01:21 PM PDT

Kamparin


LABAIK ALLAHUMA LABAIK

Posted: 30 Sep 2010 08:25 PM PDT

Asalamualaikum/Salam sejahtera

Selepas selesai menyempurnakan rukun puasa bulan Ramadhan, maka dikuti tidak lama lagi sambutan musim haji.Tiap2 tahun sekitar 30,000 para hujjaj dari Malaysia akan berangkat keMekah menyempurnakan rukun haji.

Kalau perayaan aidil fitri baru2 ini perlu dilihat dlm konteks perintah al-Quran, 2:183 berserta isi kandungan lafaz takbir raya itu, kini rukun haji juga perlu dilihat dlm konteks kesemua ayat2 al-Quran yg memerintah dilaksanakan haji (khususnya surah al-Hajj) , isi kandungan lafaz takbir raya (sunat bertakbir hingga 13 Zulhijjah) , sejarah haji dan isi kandungan lafaz Talbiah haji.

Talbiah sunat dilafazkan sebaik2 sahaja kita berniat dan memulakan perjalanan meninggalkan rumah dibaca sepanjang perjalanan dan berhenti tatkala melihat baitullah di Mekah.

Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)

Dalam menjiwai sumpah isi kandungan Talbiah ini saya melihat ada keseragaman dan tuntutan yang sama seperti terkandung dlm surah alFaatihah (salah satu rukun sembahyang) khusunya 3 perkara dasar ini:

i) Segala pujian mesti ditujukan KEPADA Allah dan tidak kepada mana2 makhluq
ii) Segala ni'mat mesti datang DARI Allah dan bukan dari mana2 makhluq
iii) Kerajaan/Pemerintahan mesti dikembalikan kepada Allah

Ketiga2 unsur penting yg dilafazkan dlm Talbiah ini dilaungkan dalam suasana "kembali" atau datang(labaik) kepada Allah. Ini sebenarnya simbolik kepada pertemuan dengan Allah atau apabila kita menghadapi maut nanti. Bahkan beberapa perbuatan dan sunat dalam mengerjakann haji itu sendiri melambangkan suasana maut dan menghadapi kematian seperti berihram(kain kapan), ukuf di Arafah (Padang Mahsyar) dll.

Marilah sama2 dalam kita baru memperolehi ketaqwaan selepas menyempurnakan rukun puasa, kita melaksanakan tuntutan haji sebagaimana yg disumpahkan dalam laungan Talbiah itu sendiri. Kita ungkapkan perkara yang sama dalam membaca al-Faatihah. Setiap kali memulakan solat bila kita bertakbiratul ihram kita juga akan bersumpah bahawa sesungguhnya solatku, nusukku(per'ibadatanku), hidupku dan matiku hanyasanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Diharap-doakan jika ini menjadi pegangan hidup mudah2han setiap perjuangan dan tindakan akan menjurus kearah mengagungkan agama Islam.

Wallahu a'lam

Batu Gajah Mari

Posted: 01 Oct 2010 11:33 AM PDT

Batu Gajah Mari


UPDATE!! - TG Hadi rasmi Ijtima' Tarbawi

Posted: 01 Oct 2010 07:54 AM PDT



Presiden PAS baru sahaja merasmikan Ijtima' Tarbawi Pemuda Pas Peringkat Kebangsaan 2010. Lebih 4000 peserta telah menghadiri program tersebut. Masih ada lagi pemuda yag belum sampai dan sedang dalam perjalanan.


laporan selanjutnya menyusul

Gambar: Ijtima' Tarbawi- Kuliah Maghrib Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted: 01 Oct 2010 06:55 AM PDT



Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyampaikan Kuliah Maghrib sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS di Marang, Terengganu. Masjid tersebut telah dipenuhi oleh para peserta ijtima' tersebut.










gambar dan berita sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS akan diupdate dari masa ke semasa.

Pemuda PAS Batu Gajah di Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS

Posted: 01 Oct 2010 06:52 AM PDT


Pemuda PAS bersama YDP

Pulangkan gaji anda !!!

Posted: 30 Sep 2010 09:40 PM PDT

SEBAHAGIAN  daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang  memulangkan RM100 yang diberikan   kerana kesal dana sumbangan itu  dikatakan diperoleh daripada sumber judi pada  satu majlis khas di Pusat  Khidmat ADUN  Penaga,  Kepala Batas,  semalam.


PULAU PINANG : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

"Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah," katanya lagi

Dupahang's Weblog

Posted: 01 Oct 2010 11:29 AM PDT

Dupahang's Weblog


Pulang wang judi di PP: Kemuncak drama arahan Umno

Posted: 01 Oct 2010 05:32 AM PDT

Di Pulau Pinang, Umno sah mengarahkan drama 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan yang memulangkan balik wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri. Antara media paling besar memainkan isu ini ialah akhbar lidah rasmi Umno yang kini sedang menjunam edarannya, Utusan Malaysia yang meletakkannya di muka depan. Tv3 juga menjadikan pakcik makcik seperti watak dalam [...]

SEMUA ADUN UMNO P.PINANG AKAN PULANGKAN GAJI DAN ELAUN MEREKA ?

Posted: 01 Oct 2010 01:16 AM PDT

Gaji Semua Adun Umno P. Pinang Juga Haram.. Kenapa Tak Pulangkan? “Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan [...]

Pas CawanganSurada

Posted: 01 Oct 2010 11:15 AM PDT

Pas CawanganSurada


Pas dan Perlembagaan

Posted: 30 Sep 2010 09:47 PM PDT

Hubungan kaum: Formula kekayaan Mahathir boleh bawa negara muflis

Posted: 30 Sep 2010 08:06 PM PDT

Mengapa paksa bukan Islam ikut cara Islam

Posted: 30 Sep 2010 07:42 PM PDT

Galas: Muhyiddin lari dari tanggungjawab, kata PAS

Posted: 30 Sep 2010 07:00 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 Oct 2010 09:20 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ada Pusat Maksiat di Taman Paroi Jaya Seremban

Posted: 30 Sep 2010 08:08 PM PDT


Port' memadu kasih dalam kereta
Harian Metro 24 Sep 2010
SEREMBAN : Keadaan bahagian depan Pusat Perniagaan Taman Paroi Jaya, dekat sini, yang gelap pada malam hari kerana tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan kawasan itu menjadi lokasi segelintir remaja melakukan kegiatan tidak sihat.

DI SINI...kawasan tepi jalan di hadapan kedai di Taman Paroi Jaya menjadi tempat remaja memadu kasih dalam kereta. Penduduk mendakwa kegiatan itu berlarutan sejak sekian lama terutama pada malam minggu dan kebiasaannya kegiatan terbabit dilakukan di dalam kereta di kawasan gelap tepi jalan atau di bawah pokok besar.

Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Paroi Jaya, Shahril Tahirul Zainal Abidin, 30, berkata pihaknya pernah terserempak pasangan remaja berpelukan di dalam kereta ketika menjalankan rondaan keselamatan di kawasan itu pada malam hari dan awal pagi.

Menurutnya, ada juga pasangan diserbu Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika mereka memadu kasih dalam kereta di kawasan terbabit.

"Ketiadaan lampu jalan juga menyebabkan jenayah seperti kes pecah kedai. Sehingga kini, tiga kejadian pecah kedai berlaku di situ dengan yang terbaru berlaku pada Ogos lalu membabitkan seorang pengusaha telekomunikasi mengakibatkan kerugian lebih RM4,000 selepas kedainya diceroboh dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.

"Sebelum itu beberapa pengusaha lain mengadu kedai mereka dipecah masuk pada malam hari dan awal pagi membabitkan kerugian antara RM1,000 hingga RM5,000," katanya.

Shahril Tahirul berkata, keadaan kawasan itu yang gelap dipercayai memudahkan penjenayah melakukan kegiatan tidak sihat kerana sebahagian pengusaha terbabit tidak tidur di kedai berkenaan.

Menurutnya, berikutan itu penduduk bimbang keselamatan mereka dan berharap pihak berkuasa memasang lampu jalan bagi memastikan jenayah dibanteras.

Katanya, permohonan bagi mendapatkan lampu jalan di situ pernah dikemukakan kepada pihak berkuasa kira-kira dua tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan.

"Saya mewakili penduduk taman ini berharap pihak berkenaan memberikan perhatian terhadap masalah ini dan memasang lampu jalan," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gedung Lalang, Ampangan yang merangkumi Taman Paroi Jaya, Mohamad Sahimi Ab Rani, 62, berkata pihaknya berharap pihak berkuasa meluluskan cadangan pemasangan lampu jalan di kawasan terbabit.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Port__8217_memadukasihdalamkereta/Article

JAMUAN AIDIL FITRI DUN PAROI

Posted: 30 Sep 2010 04:37 PM PDT


i n t a n h i j a u

Posted: 01 Oct 2010 07:08 AM PDT

i n t a n h i j a u


SELAMAT BERIJTIMA' KEPADA SEMUA PEMUDA PEMUDI

Posted: 01 Oct 2010 01:26 AM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut