Selasa, 10 April 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apakah harapan Pakatan Rakyat di DUN Chembong?

Posted: 09 Apr 2012 09:22 PM PDT





DUN N26 Chembong dalam Parlimen adalah antara DUN yang bewarna-warni dalam senario politik di Negeri Sembilan. Sebelum PRU 11 tahun 2004, DUN Chembong adalah di dalam Parlimen Telok Kemang. Hanya pada PRU 11 barulah DUN Chembong dimasukkan dalam Parlimen Rembau.

Semasa PRU 7 tahun 1986 calon BN hanya dicabar oleh calon Bebas dan Nasma (Parti Nasionalis Malaysia). Kedua-dua calon Bebas dan Nasma ini hilang deposit.

Semasa PRU 8 tahun 1990 calon BN dicabar oleh calon Semangat 46. Calon BN dengan majoriti besar.

Semasa PRU 9 tahun 1995 calon BN dicabar oleh calon Bebas. Sekali lagi calon Bebas hilang deposit.

Semasa PRU 10 tahun 1999 calon BN dicabar oleh calon Parti Keadilan Nasional. Calon PKN tewas, akan tetapi mendapat 38.35% undi.

Manakala semasa PRU 11 tahun 2004, calon BN dicabar oleh calon PAS. Calon PAS tewas, dengan undi yang menurun ke 19.29% undi sahaja.

Pada PRU 12 tahun 2008, calon BN dicabar oleh calon PAS. Calon PAS tewas, dengan undi yang sedikit meningkat ke 29.56%.

Apakah Pakatan Rakyat di Chembong untuk PRU 13? Untuk memenangi DUN Chembong harus memperolehi lebih 50% undi, sedangkan pencapaian terbaik pencabar BN sebelum ini ialah pada tahun 1999 dengan 38.35% undi.

Keselamatan murid terancam

Posted: 09 Apr 2012 05:59 PM PDT



MENYEBERANGI jalan raya yang sibuk dan berdepan risiko kemalangan adalah perkara biasa yang terpaksa ditempuhi pelajar Sekolah Agama Labis untuk menimba ilmu berikutan ketiadaan jejantas mahupun lampu isyarat di kawasan berkenaan.

LABIS 9 April - Sebahagian besar murid Sekolah Agama Labis terpaksa 'menggadai' nyawa melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi dan balik dari sekolah sejak lebih 10 tahun lalu terutama mereka yang tinggal di kawasan berhampiran seperti Taman Perling, Taman Wira dan Kampung Sungai Gatom.

Khuatir dengan situasi itu yang boleh mengundang kecelakaan, penduduk merayu pihak berkuasa membina jejantas bagi kemudahan murid dan orang ramai yang ingin melintas jalan berkenaan.

Burhannuddin Ibrahim, 53, berkata, sekiranya kerajaan tiada perancangan membina jejantas di kawasan berkenaan, pemasangan lampu isyarat dan lintasan pejalan kaki mungkin mampu mengatasi masalah itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti

Posted: 09 Apr 2012 04:58 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana  Menteri  untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan. 

Ini kerana, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang,  jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.

"Bukan RM 43 bilion  seperti disebut," kata Husam yang juga Exco Ekonomi dan Kebajikan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau mempertikaikan, mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap?

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" soal beliau.
Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Antara tindakan yang boleh diambil, kata Husam  ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

Dengan itu, katanya, kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual  pembayaran tahunan yang tertentu.

Bagi beliau, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekaligus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan PM tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi undertaking dan menjadual semula pinjaman.

Jangan petik buah putik, jangan tunggu buah buruk

Posted: 09 Apr 2012 04:57 PM PDT

Setelah tiga tahun dilancarkan, Government Transformation Programme (GTP) yang diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mula dibentangkan hasilnya kepada rakyat. Semasa program 'Jelajah Janji Ditepati' di Johor baru-baru ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pencapaian GTP berdasarkan 6 National Key Result Area (NKRA) telah melebihi target yang disasarkan dalam tempoh yang singkat.

Antara yang dibentangkan di dalam laporan itu ialah Malaysia diisytiharkan sebagai negara paling aman di asia tenggara dan juga negara paling selamat antara 19 buah negara. Sudah pasti prestasi sebegini menyerlahkan kemajuan cemerlang yang dicapai di bawah NKRA Mengurangkan Jenayah. Turut dicatatkan, berlaku pengurangan sebanyak 39.7% Jenayah Jalanan dan 11.1% Jenayah Indeks.

Namun begitu, sehingga ke saat mayat Dirang yang ditemui rentung dalam sebuah lubang berhampiran kediamannya pada 8 Mac lalu, angka-angka ini ternyata tidak mampu melegakan hati rakyat. Saban hari, kes rompakan, rasuah, ragut, lari dari rumah, pembunuhan, rogol dan buang bayi berselang-seli menjadi tajuk utama di dada akhbar dan siaran berita di televisyen.

Keadaan ini sudah pasti menimbulkan tanda tanya dan rasa sangsi rakyat terhadap laporan yang telah diuar-uarkan. Lebih membimbangkan adalah, adakah kami semua selamat untuk menjalani kehidupan seharian? Ataupun pasti sekali kami juga akan menjadi mangsa, cuma 'tunggu' giliran?

Tidak dapat dinafikan bahawa masalah jenayah ini ada hubungkaitnya dengan keadaan ekonomi sesebuah negara dan rakyatnya. Antaranya berpunca daripada tekanan hidup akibat peningkatan kos sara diri dan bebanan hutang. Secara tidak langsung, ia menjadi punca kepada individu-individu tertentu untuk melakukan sesuatu tindakan luar jangka yang membahayakan orang lain.

Lebih parah lagi apabila rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa jenayah-jenayah yang sering dibawa kepada muka pengadilan hakikatnya lebih tertumpu kepada rakyat bawahan. Apabila melibatkan orang kenamaan atau berjawatan, semacam ia selesai dalam diam.

Ini membuktikan kegagalan sistem kehakiman dan undang-undang dalam menangani masalah ini dan barangkali juga ia adalah cara golongan atasan untuk mengalih perhatian umum terhadap penindasan yang berlaku.

Program atau rancangan hiburan yang tidak dikawal dan melampau juga telah  menyumbang kepada berkembangnya budaya hidup yang merosakkan seterusnya kemungkinan berlakunya pelbagai jenayah.

Sebagai contoh,  penganjuran konsert artis antarabangsa, Girls Generation dari Korea Selatan baru-baru ini yang terkenal dengan penampilan yang menjolok mata dan tarian mengghairahkan. Hal ini pasti sekali memberi pengaruh negatif kepada anak-anak muda khususnya dalam cara pemakaian dan pergaulan mereka.

Di sisi yang lain pula, berlaku gejala sosial meruncing yang akhirnya menjerumuskan mereka sehingga ke tahap melakukan penzinaan dan pembuangan serta pembunuhan bayi. Hiburan yang diketengahkan sepatutnya mestilah dalam kerangka untuk membina perpaduan dikalangan masyarakat serta sebagai medium pendidikan dan lebih penting daripada itu mestilah mematuhi norma masyarakat setempat dan batasan agama.

Tentang keselamatan di jalan raya juga seharusnya diberi perhatian. Soal infrastruktur atau sikap pengguna, kedua-duanya perlu diselesaikan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Saman umpama tidak lagi berkesan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaan perlu segera mengambil langkah proaktif dalam hal ini.

Menyedari hakikat ini, kerajaan perlu menilai kembali usaha yang dijalankan agar hasilnya selepas ini bukan sahaja sekadar mampu membentangkan angka-angka yang sedap mata memandang dan telinga mendengar, tetapi mestilah sehingga hilang rasa ragu dan sangsi serta lahir perasaan percaya dan yakin rakyat Malaysia bahawa Malaysia benar-benar sebuah negara yang aman dan selamat.

Apa yang lebih menarik, mutakhir ini menunjukkan bagaimana respon anak muda terhadap ceramah-ceramah agama di Youtube khususnya oleh Ustaz Azhar Idrus, mendapat sambutan yang cukup menghangatkan.

Ini membuktikan bahawa anak-anak muda hari ini sudahpun menunjukkan isyarat dan menyatakan kesediaan mereka untuk menerima Islam sepenuhnya sebagai cara hidup mereka, termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam.

Tinggal lagi, bagaimana usaha kerajaan untuk memanfaatkan peluang ini bagi menyediakan suasana yang lebih kondusif pada masa hadapan ke arah pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam yang pasti dapat menjamin keselamatan negara dan rakyat Malaysia untuk hidup bahagia di dunia dan selamat di akhirat. Jangan Petik Buah Putik, Jangan Tunggu Buah Buruk.

Wallahua'lam


Penulis ialah Pengerusi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) dan Naib Presiden Gamis

Apabila artis dan sasterawan sertai PAS

Posted: 09 Apr 2012 04:57 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.

Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.

Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.

Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.

Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.

Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.

"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.


(Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia)

Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.

Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.

"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.

Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.

Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.

Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..

"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kita bantah, seperti kita menderhaka...

"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu dan berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.

Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.

Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV.

"Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...

"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.

Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.

Mengapa arah pindah RM308,700 ke akaun CEO TH?

Posted: 09 Apr 2012 04:56 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail.

Ketika bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan apakah alasan arahan pindahan wang itu.

"Mengapa? Untuk apa? Adakah ini bonus kepada CEO TH kerana kepandaiannya mengurus pelaburan TH dalam Silverbird?

"Kalau benar pindahan wang itu adalah bonus untuknya, adakah pelabur-pelabur TH kerugian berjuta-juta ringgit, CEO pula dapat bonus?!" kata beliau.

Dalam ucapannya mengenai TH di Dewan Rakyat pula, Mahfuz membangkitkan beberapa isu yang penting dalam permaslahan TH iaitu kerugian yang dihadapi anak syarikatnya, Silverbird Bhd akibat penyelewengan wang syarikat, penggunaan wang TH berjumlah kira-kira RM500 juta untuk kompleks bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dan arahan pindahan wang tersebut.

Mengenai Silverbird, beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa penyelewengan kewangan di dalam syarikat tersebut tidak disedari oleh wakil-wakil TH dalam Lembaga Pengarah Silverbird?

"Apa tindakan disiplin dan tata tertib yang diambil oleh TH terhadap wakil-wakilnya dalam lembaga pengarah Silverbird?

"Adakah elaun Ahli Lembaga Pengarah diambil tetapi tidak ada akauntabiliti?" soal Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan mengapa TH tidak menempatkan wakilnya dalam pengurusan Silverbird sebagai Pengarah Eksekutif?

"Jika terdapat wakil Tabung Haji dalam pengurusan Silverbird kemungkinan pemyelewengan tersebut tidak berlaku," katanya.

TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu.

Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta.

Silverbird kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 iaitu syarikat bermasalah yang mesti mengemukakan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia.

"Apa tindakan pemantauan Jabatan Perdana Menteri terhadap isu ini dan terhadap kealpaan lembaga pengarah dan pengurusan TH sehingga menyebabkan kerugian berjuta wang pendeposit-pendeposit TH?

"Mengapa CEO TH tidak dipertanggung jawabkan terhadap kerugian Tabung Haji dalam Silverbird?

"Atau adakan JPM juga menghadapi Sindrom JK?!" katanya.

Mahfuz bagaimanapun tidak menjelaskan adakah sindrom JK itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengenai pembinaan kompleks pejabat kerajaan dengan menggunakan dana TH, beliau mempersoalkan adakah kerajaan akan menyewa kompleks tersebut daripada TH?

"Kalau sewa, berapa sewanya dan berapa tahun pula baru dapat diperoleh semula kos binaan dan membuat untung?

"Kalau TH sewa kepada kerajaan, sila bentangkan perjanjian penyewaan dalam Parlimen," katanya.

Mahfuz juga mahu dibentangkan resolusi lembaga pengarah TH dalam pembinaan kompleks tersebut.

Tahniah PM ‘lantik’ Najib pangku Menteri Wanita

Posted: 09 Apr 2012 04:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana 'melantik' dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

'Pelantikan' itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai senator, semalam.

"DPPM merasakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat sesuai dengan dirinya memandangkan tidak ada lagi pemimpin Umno dari kalangan wanita yang layak menggantikan tempat Datuk Seri Shahrizat," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Menurutnya, mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam Umno mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin Umno yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri.

Katanya, kehebatan Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuktikan bahawa sememangnya beliau pemimpin serba boleh sehinggakan portfolio yang berkaitan dengan wanita juga beliau perlu jaga.

"Pelantikan ini melengkapkan tiga portfolio kabinet yang dipegang oleh beliau iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya kepada Harakahdaily.

Malah, ujarnya DPPM juga mencadangkan supaya Najib membolot semua jawatan Menteri Kabinet yang lain.

"Cadangan ini penting supaya membolehkan beliau dikenali dan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia.

"Menteri-menteri kabinet yang lain boleh dikesampingkan, kerana yang pentingnya Datuk Seri Najib popular dan diminati ramai, bukan pemimpin-pemimpin Umno yang lainnya," kata Riduan lagi.

Paling penting, kata beliau adalah untuk memastikan Najib menang dalam PRU ke-13, tidak kisah apa jadi kepada Umno atau pemimpin yang lainnya.

Mungkin juga, ujarnya Datuk Seri Najib boleh mengagih-agihkan tugasan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada isterinya.

"Mana-mana program yang tidak sempat dihadirinya boleh diserahkan kepada isterinya, kerana isterinya juga bukan calang-calang orang.

"Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara," katanya lagi.

Selain itu, kata Riduan banyak idea dan projek negara serta peruntukan-peruntukan besar boleh 'disalurkan' melalui isterinya.

"Ini barulah dinamakan 'perkongsian bijak' antara suami dan isteri yang boleh mem'faraid' kan portfolio menteri antara keduanya," katanya.

Guna kedudukan Exco dapatkan tanah kerajaan?

Posted: 09 Apr 2012 04:55 PM PDT

TUMPAT, 9 April: Pada tahun 1950-an seramai 45 penduduk mendirikan rumah sebagai tempat berteduh di atas tanah milik kerajaan di pekan ini.

Malangnya selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan pada 1980-an tiba-tiba tanah tersebut dipindah milik kepada seorang pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.

Sedangkan tanah berkenaan terletak berhampiran Pasar Tumpat dan Masjid Ismailiah menjadi kediaman penduduk Melayu sejak sebelum merdeka lagi.

Semasa pilihanraya 1980-an, Foo Chow Yong calon tunggal daripada MCA menang di kerusi Dun Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

Difahamkan dengan kedudukan sebagai anggota Exco membolehkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung.

Mengulas isu berkenaan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim (gambar) berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga.

Katanya, berdasar maklumat banyak tanah dimiliki keluarga pemimpin berkenaan di jajahan Tumpat.

"Ketika itu pemimpin Umno dan BN boleh melakukan apa sahaja termasuk mengambil tanah-tanah diduduki rakyat bagi kepentingan peribadi.

"Mereka tidak kira tanah tersebut diduduki penduduk kampung atau tidak. Mungkin ini yang berlaku di Tumpat sekarang apabila 45 keluarga terpaksa berpindah biar pun sebelum merdeka sudah menduduki tanah berkenaan," katanya di sini.

Kes berkenaan dibawa ke mahkamah oleh keluarga pemilik tanah. Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 26 Mac lalu. Bagaimanapun penduduk berharap mendapat perintah membolehkan tempoh perpindahan dilanjut dan dibayar pampasan.

Prosiding kes berkenaan dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, esok. Adun Kelaboran menyediakan khidmat peguam bagi mewakili penduduk.

Dfahamkan sebahagian besar penduduk Melayu yang tinggal ditanah milik keluarga Foo Chow Yong merupakan penyokong Umno.

"Mereka datang menemui saya menceritakan isu berkenaan apabila keluarga mendiang Foo mengarahkan mereka supaya berpindah di atas tanah yang mereka diami sebelum merdeka.

"Penduduk akur tanah tersebut bukan lagi menjadi milik mereka biar pun lebih awal meneroka di situ, namun mereka menuntut keadilan dibayar pampasan setimpal dan tempoh masa berpindah lebih sesuai," kata Mohd Zaki.

Difahamkan perkampungan Melayu itu akan hanya tinggal nama sahaja sedikit masa lagi apabila rumah-rumah diroboh bagi membolehkan bangunan perniagaan dibina.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Rajahmas

Posted: 09 Apr 2012 11:46 AM PDT

Rajahmas


Himpunan Belia di Putra Jaya menggugat Pembangkang?

Posted: 09 Apr 2012 07:13 AM PDT


Syabas kepada kepimpinan kerajaan berkat usaha untuk meraikan para belia akhirnya akan menjadi kenyataan. Difahamkan pihak kementerian menyasarkan kunjungan seramai 2 juta orang sekaligus menjadikan himpunan belia kali ini sebagai Karnival Belia yang terbesar di dunia..

Selain itu, wakil persatuan hotel turut berkesempatan memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong asing sempena karnival itu yang diadakan dari 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya kelak.

Mari bersama kita sertai, jangan ragu-ragu dan jangan bimbang... Tidak ada risalah-risalah, banner atau berbagai jenis ceramah yang boleh meracuni pemikiran orang lain. Semua program yang disusun pemimpin kerajaan sedikitpun tidak ada agenda untuk memburuk-burukkan pembangkang. Sama sekali tidak ada. Kalau tak percaya, silalah hadirkan diri..

Pulak... Pemuda penganut PAS akan mati syahid PRU13 nanti?

Posted: 08 Apr 2012 06:33 PM PDT




Inilah galakan pemimpin PAS yang nak tengok pemudanya mati masa pilihanraya. Sama ke perjuangan penganut parti menentang pemerintah kerajaan Islam dengan peperangan tentera Islam menentang kafir Quraish?

Sebenarnya ia lebih menguntungkan parti dan boleh menjadi modal untuk menyalahkan kerajaan kononnya pemerintah telah berlaku zalim dan membunuh rakyat yang tak berdosa. Masih ingat lagi lakonan mati pendemo BERSHIT2 sebelum ini?



Senang-senang jer suruh pengikut mati, yang jawab soal kubur nanti bukan yang menyuruh itu. Asalkan boleh diputarbelitkan kerajaan BN zalim bunuh rakyat, salah ke betul belakang kira. Kalau nak sangat mati syahid, pergilah ke Semenanjung Gaza baling batu kat kereta kebal Israel bukan baling batu kat anggota keselamatan Malaysia.

PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Apr 2012 11:05 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Populariti Aaron Aziz berguna untuk politik BN di PRU 13 ?

Posted: 09 Apr 2012 10:16 AM PDT


Tajuk yang GPB pilih ini pasti ramai  tertanya-tanya mengapa populariti Aaron Aziz berguna untuk politik BN di PRU 13 .   Jawapannya mudah , beliau kini merupakan artis paling berpengaruh dan popular sekarang ini gara-gara filem  Ombak Rindu dan KL Gengster serta kemenangan di ABP 2011 kelmarin .

12 juta pengundi muda merupakan penentu kemenangan parti BN atau Pakatan di PRU 13.

Bayangkan kalau BN atau Pemuda UMNO  menampilkan Aaron Aziz dalam program sebagai contoh  , memang ramai giler peminat beliau yang majoriti golongan muda  akan turun .  Pengaruh beliau sudah tentunya boleh mempengaruhi sokongan politik jika beliau menyokong parti pemerintah negara ini iaitu BN .

Persetankan lah status beliau daripada Singapura ke  ... GPB cuma lihat Aaron Aziz ini sebagai orang Melayu yang kini berjaya mengembangkan bakatnya di sebuah negara rumpun Melayu juga.  Malah beliau juga semakin gembira tinggal di sini dan ingin memohon Penduduk Tetap (PR) di Malaysia .




GPB memang tak setuju langsung kenyataan   rasa tidak puas hati Timb Presiden SENIMAN , Zed Zaidi yang juga ahli Pemuda UMNO  selepas ABP 2011 ini .

Jangan lah  kita mempunyai sifat dengki seperti ini ,  sudah rezekinya meraih kejayaan di sini bukannya merosakan industri seni tanahair  .

Kenapa Kerajaan DAP cuba tangguh umum siapa YDP MAIPP ? @dzainalabidin

Posted: 09 Apr 2012 07:38 AM PDT


Isu perlantikan  YDP MAIPP terus dipersoalkan umat Islam kenapa ia dilengahkan pengumumannya . Hal ini kerana pihak Istana Negara telah perkenankan calon baru untuk mengisi jawatan berkenaan .

Adakah Guan Eng dan regim DAP cuba menipu umat Islam sekali lagi dalam isu ini ? Kalau Malik Kassim dicalonkan ....umumkan sahaja la kepada rakyat !

Kerajaan regim DAP mendapat bantuan PAP di Singapura ?

Posted: 09 Apr 2012 06:32 AM PDT



Pendedahan berani oleh akhbar Utusan Malaysia   tentang hubungan DAP dengan parti PAP di Singapura  tidak boleh disangkal dan dinafi lagi.

Adakah pertemuan pertemuan sulit Guan Eng dengan 30 MP Singapura sebagai bukti paling besar  betapa akrabnya hubungan DAP dengan parti PAP iaitu abang besar mereka  ?  Yang puak-puak PAS dan PKR seperti biasa la tak tahu perkara ini dan hanya sebagai sang pencacai saja di PP.



KUALA LUMPUR, April 8 — Utusan Malaysia today accused DAP secretary-general Lim Guan Eng of meeting up with 30 Singaporean MPs to strengthen his party's ties with the island republic's ruling People's Action Party (PAP).


The Umno daily's editors, using the Awang Selamat pseudonym, wrote that the Singaporean MPs met Lim in Penang "a few days ago" and questioned why Pakatan Rakyat's (PR) media organs did not give this any coverage.


"Awang wants to ask, what is the purpose of this visit? Is it to do with strengthening ties between the Penang DAP government and PAP Singapore?" the Umno paper asked.


It reminded readers that DAP and PAP had "historical ties" that began when Singapore was still a part of Malaysia over 40 years ago.


"DAP was formed to replace PAP which was under Lee Kuan Yew at the time, when Singapore left Malaysia in 1965.


"This is one of the reasons PAP wanted to control the country's politics and go against Malay rights... the Malaysian Malaysia concept which was Kuan Yew's idea was kept alive by DAP," claimed Awang.
Awang stressed that DAP-PAP ties are at its most "strategic" stage today, saying that proof of this was Penang Chief Minister Lim's "frequent" visits to Singapore.


"If this true, Awang is puzzled, what is the agenda... what else is this for, (except) to take care of PAP's feelings, if we know the game they are playing."-MI






** Dikhabarkan Ah Beng ada pejabat khasnya di Singapura ?? Adik pi minta tolong abang ..tak kan tolong kot...tambah-tambah  untuk jatuhkan musuh lama PAP iaitu  UMNO ...

#ABP 2011 : Rozita Che Wan pulang awal telah terjawab ...

Posted: 09 Apr 2012 05:53 AM PDT




Kenapa dengan Rozita Che Wan? Dikhabarkan bahawa pelakon yang popular dengan bulu mata palsu bertingkat itu telah pulang awal sebaik saja tamat acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011).

Maksudnya, Rozita Che Wan langsung tidak masuk ke dalam Arena All Star atau mungkin belumpun panas punggungnya duduk di dalam dewan berkenaan dia telah bergegas turun dari kota keriangan berkenaan.

Daripada apa yang didengar, Rozita Che Wan yang sememangnya cukup menawan dengan persalinan kombinasi rona biru dan perak pada malam berkenaan hanya menunjuk muka untuk slot glamor berkenaan bagi memenuhi impian pereka fesyen Rizman Ruzaini yang telah menyiapkan pakaiannya.

Namun daripada kiriman SMS yang dikirimkan Rozita Che Wan kepada salah seorang editor portal murai.com.my sebentar tadi, pelakon Kiah Perkasam itu terpaksa bergegas ke KLIA untuk terbang ke Milan, Itali pada malam ini juga.

Daripada kiriman SMS itu juga, dia akan berada di sana selama dua minggu untuk bercuti sambil merehatkan fikirannya sebelum kembali sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama kembalinya ke tanah air.

Kiranya, Rozita Che Wan pulang awal bersebablah dan pendirian pelakon cantik itu kerana walaupun terpaksa bergegas untuk mengejar penerbangan dia tetap hadir ke ABPBH 2011 untuk memberikan penghormatan pada majlis berkenaan. MURAI.COM

Pak Janggut tentu bengang Bersih 3.0 sudah kena hijack oleh video ini ??

Posted: 09 Apr 2012 04:13 AM PDT


Demo Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka pastinya akan menjadi lagi mimpi ngeri buat warga kota . Semua aktiviti  perniagaan sudah tentu akan lumpuh  sama sekali pada hari berkenaan .

GPB tertarik dengan satu video ini yang menentang Bersih 3.0 ini ...anti demo Bershit ini wajar  saksikan !


Jika Fadzil Noor masih hidup, PAS tak ikut telunjuk PKR -DAP !

Posted: 09 Apr 2012 01:18 AM PDT




 Dua pemimpin PKR didakwa membawa pengaruh buruk kepada Pas hingga menyebabkan parti itu tersasar dari landasan perjuangan sebenar.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut mempersoalkan kepimpinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang didakwa tidak membantu mantapkan perjuangan Pas.

Beliau berkata, Pas tidak akan mengikut telunjuk PKR dan DAP sekiranya bekas Presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Noor masih hidup.

"Jika ditakdirkan Allahyarham Datuk Fadzil masih ada, Pas sudah tentu tidak akan masuk Pakatan.

"Malah, sebelum meninggal beliau berpesan pada saya untuk terus perjuangkan Islam, hidup dan mati untuk Islam. Tetapi, di bawah pengaruh Anwar, negara Islam sudah jadi negara kebajikan. Orang Pas, PKR dan DAP sudah menjadikan Putrajaya sebagai zikir harian mereka," katanya.

Fazura VS Neelofa, siapa rebut Anugerah wanita paling cantik di ABP2011 ?

Posted: 09 Apr 2012 12:23 AM PDT


Semalam di ABP 2011 , Hero Malaya  Rosyam Noor secara live memuji Fazura sebaga artis wanita paling cantik  .  Di ketika semua media , blogger menumpukan kepada  aksi Neelofa semasa di karpet merah , Fazura  dipuji melambung sekali ketika di dalam Arena Of Stars .

Adakah pujian ini sinis atau jenaka ?

Tapi GPB yakin ia tidak melunturkan semangat ribuan  peminat Neelofa termasuk blogger tersohor Penang , Dr MIM .  Bagi mereka , Neelofa tetap paling menawan dan cantik dikalangan artis wanita di ABP 2011 malam tadi. Tayangan free lurah dendam paling dalam  itu telah memukau ramai mata jutaan  pria ...


Itu yang  blogger MPP  gelarkan Neelofa sebagai artis yang memenangi Anugerah Lurah Paling Dalam ABP 2011 .KLIK DI SINI



kecantikan Fazura mendapat pujian Rosyam ..

Pencacai Anuwar tak mahu percaya penari tiang ada di Permatang Pauh !

Posted: 08 Apr 2012 11:05 PM PDT


GPB  menerima banyak  komen dari pencacai Anuwar  yang tak mahu percaya bahawa ada aksi menari tiang oleh China Doll di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh . Malah ada satu  blog terkenal pencacai Pakatan  sanggup dan bersusah payah  membuat satu  artikel untuk mempertikaikan ketulenan dan kesahihan  gambar di bawah ini .

Senang saja jawapan GPB , kalau murtad pun depa tak percaya berlaku dan tak penting ..inikan pulak penari tiang dalam kawasan pemimpin mereka serta negeri ditadbir seorang Khalifah .

Depa minta GPB namakan lokasi pub terbabit yang menawarkan aksi tiang ini ....senang saja GPB nak jawab sewajarnya depa perlu tanya Amir Ghazali  , Ketua AMK Permatang Pauh merangkap Ahli Majlis MPSP .

Sebabnya beliau lebih afdal kerana berada dalam PBT yang mengeluarkan lesen hiburan kepada pub berkenaan .

Tak kan Amir tak tahu benda ni ??  Besar sangat ka Parlimen Permatang Pauh sampai  tak boleh cari .... Habis tu dok dalam ahli majlis buat apa kerja ?






Jawatan YDP MAIPP : Guan Eng seperti baling batu sembunyi tangan @dzainalabidin

Posted: 08 Apr 2012 09:49 PM PDT



Kesian Salleh Man , nama yang harum dan disebut-sebut menjawat jawatan YDP MAIPP ..tiba-tiba hari ini tak dapat dan diberikan kepada rakannya dari PKR iaitu Malik Itik . Semasa bertanding di PRK Prmtg Pasir, Anwar janji kepada penyokong taksub PAS bahawa jika beliau menang makan jawatan YDP MAIPP akan disandang Salleh Man .

Tapi hari ini bila jawatan itu ada kekosongan , pesuruhhaya PAS PP ini terus kempunan . Menurut sumber , nama Salleh Man telah dicadangkan oleh Mansor Othman untuk mengisi jawatan YDP MAIPP tetapi last minute nama Malik Itik naik dan di rekemen oleh kabel besar punya iaitu Ah Beng .

Hari ini Ah Beng DAP cakap tak nak masuk campur pulak dalam isu perlantikan ini kononnya ini berkaitan hal ehwal Islam. Macam musibat betul lidah biawak ini ..dia sendiri menyokong kuat Malik , tiba-tiba hari ini cakap tak tahu pulak .

Kalau Salleh Man tak dapat juga jawatan YDP MAIPP ini .memang penyokong PAS ini bangang bin bahalol la sebab tak nak sedaq lagi bahawa parti mereka jelas dipinggirkan regim DAP di P.Pinang !




Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mahu campur tangan dalam isu pelantikan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang baru.


Menurutnya, beliau tidak mahu mengulas isu berkaitan dengan hal ehwal Islam dan menyerahkkanya kepada pemimpin Islam yang bertanggungjawab.


"Biarlah, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dan pihak berkaitan sahaja yang mengulas isu ini.


"Saya adalah pemimpin bukan Islam dan tidak sesuai untuk mengulas isu-isu Islam," kata beliau kepada media selepas menyerahkan dana RM300,000 untuk pembinaan kuil Sri Bala Thandayuthabani di atas bukit, Jalan Air Terjun, kelmarin.KLIK DI SINI 

Dah 10 kali diserbu , lubuk China Doll terus gah beroperasi di P.Pinang !

Posted: 08 Apr 2012 05:07 PM PDT




FAKTA :  Dah 10 kali serbuan oleh IPD Timur Laut , tetapi terus beroperasi ...Apa maknanya ini ?

Siapa yang keluarkan lesen hiburan ?? Jawapannya PBT ( MPPP)   dan dibawa kerajaan regim DAP ..Selagi lesen ada dan pusat hiburan tak disita, ia akan terus berjalan seperti biasa..

Ini membuktikan pusat hiburan , maksiat  dilindungi taiko besar punya iaitu regim DAP . Yang peniaga2 kecil terus diberi notis roboh ...itu lah beza darjat pusat hiburan dengna gerai penjaja di PP  ...




GEORGE TOWN: Sebuah pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu malam tadi.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.


"Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.


Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu.


Gan berkata serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing.Katanya operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.


"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan pemilik premis itu," kata Gan.


Katanya pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - BERNAMA


Komen GPB 

GPB tak sangka ramai penyokong Anugay  marah tentang cerita Pub di Permatang Pauh terdapat penari tiang itu.  Minta ditunjukkn bukti mana Pub terbabit ...hahaha .

Pi tanya Amir Ghazali la .. apa guna  dia  sebagai Ahli Majlis MPSP  ??  Makan elaun buta ka ...hahaha..

#ABP2011 : Woi Shark , gua menang malam ini bro ...

Posted: 08 Apr 2012 01:07 PM PDT



Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 sebentar tadi.

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi.



Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.

Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.

Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront Palarae dan Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz.

Trofi Bintang Paling Popular 2011 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohamad Azlan Abdullah, diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid, pada majlis kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, di sini.

Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, Hot FM dan NSTP e-media.

ABPBH 2011 ialah edisi ke-25 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara ini yang terbabit dalam bidang perfileman, drama TV, muzik dan penyiaran.

SENARAI PEMENANG ABPBH 2011

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Penyanyi Wanita Popular – Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak

Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As'ari

Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla

Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan

Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Tahniah ! Akhirnya syarikat telco Bumiputra ditubuhkan di Malaysia ...

Posted: 08 Apr 2012 12:09 PM PDT






Tanjong Clixster Mobile (Clixster), syarikat telekomunikasi milik Bumiputera menyasarkan dua hingga tiga tahun untuk berdiri sebaris dengan syarikat telekomunikasi (telco) utama negara.

Clixster di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa) telah diluluskan semasa persidangan tahunan Angkasa ke-27, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azlan Khamis berkata, bagi merealisasi hasrat itu, pelbagai strategi diatur bagi meningkatkan keupayaan syarikat untuk bersaing di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

"Buat permulaan, Clixster menyasarkan pengguna percubaan menerusi ahli Angkasa yang mempunyai 8.4 juta ahli di seluruh negara," katanya di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kira-kira 60,000 pek permulaan Clixster akan dipasarkan di Terengganu yang diletakkan di kedai serbaneka T'Shoppe.

Katanya, Clixster, yang menggunakan perkhidmatan kad prabayar, dijangka dilancarkan sebelum persidangan Tahunan Angkasa yang ke-28 pada Mei ini.

Beliau memberi jaminan perkhidmatan yang diperkenal itu lebih mudah berbanding telco lain dan mendapat liputan menyeluruh, namun buat permulaan fokus utama adalah kawasan majoriti Bumiputera seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 09 Apr 2012 07:47 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


Sejarah komunis di Selangor

Posted: 09 Apr 2012 06:48 AM PDT

Rahmat Serangan Jepun
Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Thailand, Patani dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang pada 11 Januari 1942.

Serangan Jepun 1941-1945 merupakan ' rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komunis. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina.

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

Rejimen Menuntut Kemerdekaan yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di Selangor pada Mac 1942. ( First Independent Regiment ). Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India , walaupun Bintang tiga bermaksud tiga kaum iaitu Melayu , Cina dan India. [...baca selanjutnya]

TERIMA KASIH BN - Bantuan daripada Kerajaan BN sebanyak RM3000 kepada bekas anggota polis yang berkhidmat semasa darurat.

Posted: 09 Apr 2012 06:32 AM PDT

Bantuan daripada Kerajaan BN sebanyak RM3000 kepada setiap daripada 72,000 orang bekas anggota polis yang berkhidmat semasa darurat akan selesai diagihkan Jun ini.

Inilah tanda kerajaan BN menghargai keringat darah para pejuang tanah air yg terdahulu.

Kepada para pejuang yg telah 'terkorban', semoga roh diberkati. Al-fatihah

PRU-13 BN sedia 'bertempur' di alam siber.

Posted: 08 Apr 2012 07:57 PM PDT

Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di alam siber kini bersiap sedia berdepan taktik pembangkang yang dijangka menjadikan media baru sebagai medium melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, BN tidak mahu terikut-ikut dengan strategi pembangkang menabur fitnah sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dengan menggunakan kebenaran fakta.

''Pembangkang sudah tidak ada cara lain, mereka sedang tercari-cari isu dan bila tiada, mereka akan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dalam ceramah dan alam siber dengan harapan pemimpin berkenaan tidak akan turun padang.

''Sebab itu, jentera kita melalui media-media baru perlu bersiap sedia menangkis segala tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas program anak angkat Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Sungai Dulang, Bagan Datoh, semalam.

Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjung Karang 2012

Posted: 08 Apr 2012 09:35 AM PDT

Tanjung Karang, (31/03/2012) - Karnival Mesra Belia 1Malaysia anjuran Parlimen Tanjung Karang iaitu dibawah selian Dato Seri Hj.Noh Bin.Hj.Omar dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, JBSN Selangor dan PBSD Kuala Selangor telah diadakan dua hari bermula 30 Mac telah menerima sambutan yang menggalakkan dari penduduk Kuala Selangor.

Pelbagai pengisian aktiviti diadakan bermula jam 7 pagi hingga 12 malam bertempat di Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjung Karang. Diantara aktiviti yang dijalankan seperti pameran dari agensi kerajaan dan swasta, paintball, paramotor, berbasikal keliling kampung, indoor games, pertandingan cybergames, senamrobik,acara sukan, perbarisan, ceramah agama dan banyak lagi.

Karnival seperti ini sememangnya amat bermanfaat terutama kepada penduduk setempat dalam mendapatkan maklumat dan menimba pengetahuan baru.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan juga sempat meluangkan masa bersama penduduk setempat dan belia-belia dalam perlawanan bola sepak persahabatan. Diakhir karnival ini penduduk setempat di sajikan dengan konsert yang melibatkan artis-artis terkenal seperti Kumpulan Kristal,Mawi,Mila,Faizal, Zizi, Kumpulan Bunkface dan lain-lain.

Pengikut