Isnin, 3 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 03 Jan 2011 03:31 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


PRK TENANG : BN MULA BIMBANG

Posted: 02 Jan 2011 07:32 PM PST



Apa salahnya kalau PAS mula berkempen di Tenang, kerana BN lebih dulu berbuat demikian cuma atas nama laksanakan tugas rasmi kerajaan.

Tindakan itu membuktikan BN mula risau kalau-kalau parti yang sudah lama bertapak itu gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi itu dan mungkin menjejaskan peluang BN mengekalkan pemerintahan dan menduduki Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti, PAS mempunyai banyak isu yang boleh dibangkitkan dan menyedarkan rakyat selain harga barangan naik serta perangai beberapa bapak menteri yang tidak senonoh hingga sanggup merogol, makan rasuah, membunuh dan sebagainya.

Disebabkan perangai yang tidak baik itu membuat BN sekarang ketandusan pemimpin untuk dicalonkan bertanding di Tenang nanti.

Sudah-sudahlah pengundi Tenang mengundi BN kerana ia boleh dianggap satu dosa kerana memberikan kemenangan kepada parti yang diperintah oleh pemimpin yang banyak melakukan kemungaran.

Jika diamati, betul juga dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa undi PAS dapat pahala kerana pengundi memilih calon berakhlak mulia, beriman, bertakwa yakni yang tahu dosa pahala yang pasti tidak melakukan perkara terkutuk seperti dilakukan beberapa menteri kerajaan.

Jangan kerana habuan yang diberikan kerajaan, sehingga rakyat atau pengundi lupa akan keberkatannya memilih pemimpin.

Saya masih ingat lagi mengenai khutbah Jumaat yang dibacakan di masjid seluruh Kelantan sehari sebelum pilihan raya umum 1990 mengenai panduan memilih pemimpin yang bakal menerajui negara.

Dengan kutbah itu rakyat sedar panduan memilih memimpin menyebabkan BN kalah teruk.

Ini adalah antara punca utama Kelantan masih kekal memerintah Kelantan, kerana Negeri Cik Siti Wan Kembang itu ditadbir seorang pemimpin yang berakhlak mulia, beriman selain bersih daripada rasuah apatah lagi untuk melakukan perkara terkeji seperti dilaku dan diamalkan pemimpin BN.

Kalau PAS masih gagal menang di DUN Tenang pada pilihan raya kecil nanti, saya tidak tahulah macam mana nak samakan pengundi di Negeri Johor itu berbanding Kelantan yang lebih arif mengenai panduan memilih pemimpin yang digariskan dalam Islam.

Mengenai kritikan Ketua Pemuda Umno Kelantan terhadap konsert Wali Band yang diadakan di negeri itu akhir bulan lalu, saya simpulkan di sini bahawa konsert itu ternyata lebih bagus daripada konsert sambutan baru yang diadakan di Dataran Merdeka kerana kumpulan penyanyi dari Indonesia itu menyampaikan lagu berunsur dakwah.

Adalah lebih baik Ketua Pemuda Umno Kelantan memperbetulkan soal dalaman parti itu termasuk pemimpin mereka yang berakhlak begitu buruk hingga tergamak merogol amah Indonesia seperti yang dihebohkan sekarang.

UMNO MENYALAK ISU DERHAKA? MARI TENGOK KERATAN AHKBAR INI

Posted: 02 Jan 2011 04:48 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRAT-A4JwkAcqNfsEXRjoYtWVprpOKtK4W2pT6N2XZwDS4gHz2w0voBQjcTiQHMjb4wwbG1XhDl-uOEWecBdZ7j01reUzmIPkOgRJrQ9_5NQoEwWNNar5Qg1Fb030xDBLu-H3TFb0uDCY/s1600/Utusan_Malaysia_20-1-93.jpg


tolong sedarkan noh omar yang sekarang sibuk menyalak kat selangor!
tolong simbah puak laknat umno yang sedang menggila dan tidak sedarkan diri di selangor.
bangun! bangun!

SIAPA LAKNAT YANG DERHAKA KEPADA SULTAN KITA SEBENARNYA?
UMNO LAKNAT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 02 Jan 2011 11:04 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


And more pictures from December 2010

Posted: 02 Jan 2011 08:51 AM PST


Press conference after being suspended from Parliament

My Speech at the Deepavali Celebration at Kg Kayu Ara

Press conference with Lawyers for Liberty re: Death in Custody Cases

At a wedding celebration at Kg Baru China Sg Buloh

Gambar-gambar sepanjang bulan Disember 2010

Posted: 02 Jan 2011 08:46 AM PST

Sidang Akhbar di Parliament
Sumbangan Cek kepada Sekolah Tamil
Perasmian Sambutan Deepavali

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 02 Jan 2011 09:28 PM PST

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Pengalaman bukan keutamaan, KSN bermotif politik pilih Khusrin

Posted: 02 Jan 2011 03:16 AM PST

Sumber: SELANGORKINI Online

SHAH ALAM, 1 Jan – Tindakan Putrajaya menggunakan kuasa mutlak melantik Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menghantar mesej bahawa kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam menentukan kenaikan pangkat pegawai kerajaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak professional dan bertindak atas motif politik apabila meminggirkan kerajaan negeri dan proses pemilihan yang ditetapkan demi melantik Khusrin sebagai SUK baru.

Khalid menegaskan bahawa Nota Amalan Perkhidmatan Awam  jelas meletakkan tanggungjawab pemilihan SUK kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan pejabat Menteri Besar sebelum memohon restu Sultan Selangor.

"Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan  Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.

"Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri akan memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat untuk proses dokumentasi pelantikan," ujar beliau.

Tan Sri Mohd Sidek mengabaikan segala proses itu dan sebaliknya membuat pengumuman mengejut  bahawa Khusrin adalah SUK baru bermula 1 Januari sungguhpun penyandang jawatan itu Datuk Ramli Mahmud hanya dijadualkan bersara penghujung Mac 2011.

Pelantikan sebegini memberi gambaran negatif kepada pegawai-pegawai kerajaan mengenai isu ketelusan dan kemampuan serta pengalaman calon untuk dinaikkan pangkat.

"Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen," ujar Khalid.

Khalid kesal kerana Putrajaya langsung tidak menimbang langkah kerajaan negeri membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk menemuduga lapan calon yang dicadangkan  oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

"Jawatankuasa itu memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan  paling kanan dalam pentadbiran awam Kerajaan Negeri Selangor," katanya lagi.

Khalid berkata tindakan Sidek mengumumkan pelantikan Khusrin tanpa merujuk kepada kerajaan negeri, bukan saja membelakangkan pejabat Menteri Besar tetapi mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Khalid menegaskan bahawa tindakan Sidek meluluskan pelantikan Khusrin dengan cara begitu  melanggar Perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


My Blog – 2010 in review

Posted: 02 Jan 2011 02:20 AM PST

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads This blog is on fire!.

Crunchy numbers

Featured image

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 7,400 times in 2010. That’s about 18 full 747s.

In 2010, there were 80 new posts, growing the total archive of this blog to 147 posts. There were 256 pictures uploaded, taking up a total of 463mb. That’s about 5 pictures per week.

The busiest day of the year was August 25th with 73 views. The most popular post that day was Penyampaian Sumbangan Untuk Masjid dan Surau.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were aduntamanmedan.blogspot.com, xavierjayakumar.blogspot.com, facebook.com, dun.selangor.gov.my, and wanitakeadilan.wordpress.com.

Some visitors came searching, mostly for haniza talha, perayaan ponggal, adun taman medan, pejabat adun taman medan, and peranan masjid masa kini.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Penyampaian Sumbangan Untuk Masjid dan Surau August 2010

2

Peranan Masjid yang perlu diperkasakan August 2009

3

Perayaan Ponggal sempena menyambut musim menuai January 2010

4

Kursus kemahiran bagi ibu-ibu tunggal dan wanita November 2008
6 comments

5

Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin June 2010
9 comments


Zulkifli Noordin

Posted: 02 Jan 2011 09:08 PM PST

Zulkifli Noordin


SUK SELANGOR: BERTINDAK TEGASLAH!

Posted: 02 Jan 2011 02:38 AM PST

(Appa..ini malam kita piki makan itu Yong Tau FOO, ala itu sup lumbu malayu boloh punya, kita kasi habis makan ma!)

Salam 2 all.


Teman teringat kata-kata pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan sejak mengenal beliau dalam penjara lagi. "Everything must be politicize..semua hal kita mesti politikkan. Kalau boleh sakit perut pun mesti dipolitikkan", dan tak lama lepas tu pemimpin anugerah tuhan itu terkena "racun arsenik". Dan habislah satu dunia riuh pasal racun arsenik!!


Sengaja teman buka kisah ini kerana melihat gelagat politiking melampau mereka di Selangor, beriya-iya dan bermati-matian dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Perkara yang sebenarnya langsung tiada isu. Sehingga ada yang sampai biadap dan kurang ajar mengugut Sultan Selangor. Pada teman barua yang mengugut Sultan Selangor itu patut disumbat dalam tahanan sahaja, tak pun diharamkan daripada duduk dibumi Selangor.


Apa masalah sebenarnya? Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri. Begitu juga diperingkat negeri lain dan Persekutuan yang dibawah kuasa SPA, Menteri Besar langsung tiada kuasa melantik atau memecat SUK. Ianya bidangkuasa mutlak SPA.


Mengapa dibuat begitu? Kerana kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa. Kerana untuk mengasingkan kuasa politik dan pentadbiran kerajaan. Kakitangan Kerajaan adalah kakitangan Kerajaan. Mereka berkhidmat untuk Kerajaan, tidak kira siapa yang menjadi Kerajaan. Dengan DYMM YDP Agong atau Sultan negeri-negeri sebagai payung mereka. Sebab itu semua urusan dibuat atas nama YDP Agong.


Cuba tengok sampul surat, samada ianya ditulis "Urusan Kerajaan" atau "Urusan Seri Paduka Baginda". Tak pernah ditulis "Urusan Perdana Menteri", apatah lagi "Urusan Menteri Besar". Sebab itu bila Kerajaan bertukar samada di Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan lain-lain, jentera Kerajaan tetap berjalan, kerana kakitangan Kerajaan adalah pentadbir kerajaan. Melaksanakan polisi Kerajaan, tidak kira siapa juga Kerajaan itu.


Begitu juga jawatan SUK Selangor. Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor sangat jelas dalam hal hal ini. Perlantikan dan pemecatan SUK adalah bidangkuasa SPA. Dan SPA tidak perlu merujuk kepada Perdana Menteri, apatah lagi Menteri Besar untuk kelulusan. Ini bukan perlantikan politik saperti Setpol MB, Pegawai Khas, Exco dan lain-lain. Jangankan kuasa, suara pun MB langsung tidak ada dalam soal perlantikan atau pemecatan SUK.


Kalau ikut logik kepala otak pembangkang, maka nanti perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Ketua Polis Negeri, Pengarah SPR Negeri, Pengarah SPRM Negeri, Pengarah Imigresen Negeri, Pengarah Bomba Negeri, Pengarah Kastam Negeri dan banyak lagi jawatan lain perlu dirujuk kepada Menteri Besar. Maka nanti hilanglah prinsip pengasingan kuasa yang menjadi amalan pentadbiran kerajaan selama ini, samada kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.


Sebab itu pada teman isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai SUK Selangor sengaja dipolitikkan. Kerana mereka sudah ketandusan isu politik. Perkara yang tidak jadi isu pun boleh diputar-belitkan sebagai isu. Apatah lagi apabila PKR dan Pakatan pembangkang kini dalam kelemasan nak mampus tenggelam. Apa pun akan diredah sebagai isu. Walhal jangankan zaman Pakatan pembangkang, zaman BN memerintah pun Menteri Besar tidak pernah dirujuk oleh SPA untuk perlantikan SUK. Bukan sahaja di Selangor, disemua negeri yang dibawah bidangkuasa SPA, memang bukan dan tidak menjadi amalan untuk SPA merujuk kepada mana-mana MB untuk perlantikan SUK. Yang penting perkenan Tuanku Sultan sebagai Ketua Kerajaan Negeri.


Soal pokoknya ialah Kerajaan datang dan pergi. Menteri Besar datang dan pergi. Hari ini Pakatan pembangkang esok BN. Hari ini BN esok orang lain. Tetapi perkhidmatan kerajaan tetap berjalan, kerana perkhidmatan Kerajaan hanya mentadbir dan melaksanakan dasar mana-mana Kerajaan yang memerintah.


Kalau benar mereka begitu beriya-iya nak mengikut undang-undang, teman nak tanya dibawah undang-undang mana mereka melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor? Dengan membazirkan duit rakyat untuk menyiapkan pejabat, kakitangan dan peralatan logistik untuk pejabat beliau. Adakah wahyu tuhan dah turun merestui perlantikan itu? Apa menafaat rakyat Selangor dapat daripada perlantikan itu? Ekonomi Selangor dok macam tu juga. Perampokan pasir berleluasa tanpa ada kesudahan. Agensi-agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor habis dipolitikkan, dengan perlantikkan ahli-ahli politik kejawatan Pengerusi dan Lembaga Pengarah anak-anak syarikat. Sekadar duduk memanaskan kerusi dan mengutip elaun bulanan? Sehingga bergaduh tarik janggut serban untuk berebut jawatan dalam syarikat!?


Sebenarnya yang menjadi dalang utama dalam memutarbelitkan isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin ini ialah kepimpinan cauvinis DAP. Mereka melihat ketegasan Datuk Ahmad Khusrin sebagai penghalang perlaksanaan agenda jahat, cauvinis dan sempit mereka. Setelah berjaya memperlembukan beberapa ekor Melayu bodoh di Selangor, mereka merasakan bahawa agenda mereka untuk merampas Selangor sudah dalam genggaman, apatah lagi bila ada bangsat Melayu yang rela diperkudakan dan dibaruakan mereka.


Tiba-tiba muncul pula Datuk Ahmad Khusrin, yang mendapat restu Sultan Selangor, yang terbukti berjaya menghalang mereka daripada melaksanakan agenda sempit, rasis dan cauvinis mereka. Dan pemilihan Datuk Ahmad Khusrin sebagai SUK Selangor adalah amat tepat, kerana beliau masak betul dengan perangai DAP dan lembu-lembu mereka di Selangor. Dan DAP serta lembu-lembunya tahu bahawa Datuk Ahmad Khusrin akan menjadi penghalang agenda jahat mereka.


Pada teman, Kebawah Duli Sultan Selangor perlu bertegas dalam isu ini. Ianya adalah bidangkuasa mutlak SPA dan hanya memerlukan perkenan Tuanku. Soal mengangkat sumpah rahsia dihadapan Menteri Besar adalah soal protokol, ianya bukan mengangkat sumpah jawatan. Menteri Besar, tidak kira daripada parti mana-mana pun, tidak berhak dan tidak punya kuasa untuk menolak mana-mana perlantikan yang dibuat oleh SPA dan diperkenan oleh Tuanku Sultan. Jika mereka masih berkeras, teman cadangkan tindakan berikut diambil:


  1. Perlantikan Datuk Ahmad Khusrin hendaklah disempurnakan pada tarikh yang ditetapkan dengan upacara mengangkat sumpah jawatan dihadapan Kebawah Duli Sultan Selangor sambil dipersaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor dan Mufti Kerajaan Negeri Selangor;

  1. Sekiranya MB Tan Sri Khalid masih ingkar, teman cadangkan supaya Kebawah Duli Tuanku memecat MB Selangor Tan Sri Khalid kerana Tuanku ada kuasa mutlak memecat mana-mana Menteri Besar, dan memanggil YB Dato' Hassan Ali daripada PAS untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru. Dengan majoriti ADUN Melayu beragama Islam yang menguasai Dewan Undangan Negeri Selangor, teman percaya satu kesepakatan boleh dicapai dan YB Dato' Hassan Ali boleh dan akan mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN Melayu beragama Islam untuk menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri;

  1. Mana-mana individu yang biadap dan kurang ajar, mempertikaikan kuasa dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor hendaklah dikenakan tindakan segera dengan pertuduhan jenayah. Jangan dibiar mereka ini terus menerus memaki hamun dan mempertikai kedudukan Tuanku kerana kelak nanti ia akan menjadi satu precedent dan barah jika dibiarkan. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri dibawah kereta Sultan berulang lagi;

  1. Khusus bagi mereka yang mengugut Tuanku Sultan, teman cadangkan pertuduhan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap mereka kerana pada teman perbuatan mengugut Tuanku Sultan Selangor tersebut adalah "perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu" yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati. Atau sebagai alternatif hendaklah mereka dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 121 (1B) kerana "merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri" yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat, iaitu sampai mati didalam penjara. Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat dinegeri Selangor khususnya melakukan perbuatan derhaka saperti itu. Bagi maksud ini, teman mencadangkan kepada mana-mana individu rakyat Selangor supaya segera membuat lapuran polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil;


  1. Jika keadaan masih juga sengaja ditegangkan, teman mencadangkan supaya Tuanku Sultan menitahkan supaya darurat diisytiharkan bagi negeri Selangor dan Menteri Besar serta Dewan Undangan Negeri yang ada hendaklah digantung, dan dilantik satu Majlis Gerakan Negeri untuk mentadbir Negeri Selangor sehingga Kerajaan baru yang mendapat mandat sah daripada rakyat dipilih semula melalui pilihanraya umum.

Sekali lagi teman mengingatkan bahawa sebenarnya soal perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bukannya satu isu. Sebaliknya ianya sengaja diada-adakan. Perkaranya jelas. Kuasa perlantikan dan pemecatan mana-mana SUK Negeri Selangor adalah terletak dibawah bidangkuasa mutlak Surahanjaya Perkhidmatan Awam dengan mendapat perkenan Tuanku Sultan sesuatu negeri. Sebenarnya isu ini sengaja digembar-gemburkan untuk menarik perhatian rakyat daripada masalah parah dan serius yang dihadapi oleh Pakatan pembangkang khususnya PKR. Apatah lagi dengan kata-dua yang diberi oleh YB Gobalakrishnan terhadap pemimpin anugerah tuhan dan adinda kesayanganya. Dengan terbongkarnya rahsia bagaimana kepimpinan DAP sebenarnya memperkudakan pemimpin anugerah tuhan ini untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis kepimpinan DAP. Dan banyak lagi isu dan masalah yang melanda, mereka sudah ketandusan isu, akhirnya mengheret institusi Raja-Raja Melayu.


Pada teman, ini sebenarnya agenda sempit dan cauvinis segelintir kepimpinan DAP dan lembu-lembu mereka, sengaja mencari alasan untuk menyerang institusi-institusi Kerajaan dengan menyerang individu-individu tertentu, dengan tujuan untuk melemahkan institusi tersebut. Mereka menyerang Pasukan Polis DiRaja Malaysia dengan menyerang Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan. Mereka menyerang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia denagn memperkudakan isu Teoh Beng Hock. Mereka menyerang institusi Suruhanjaya Pilihanraya dengan menyerang Tan Sri Rashid. Mereka menyerang institusi kehakiman dengan menyerang Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi. Mereka menyerang institusi perundangan dengan tidak habis-habis menyerang Tan Sri Abdul Gani Patail. Mereka menyerang YDP Agong dengan mempertikai soal kontrak pembinaan Istana Negara. Mereka menyerang Kebawah Duli Sultan Selangor dengan mempetikai perlantikan SUK kononnya. Mereka ini adalah bangsa yang diberi betis mahukan peha. Mereka ini adalah bangsa mentadak naik kejunjung. Mereka ini tidak faham bahasa demokrasi atau bahasa diplomasi. Mereka hanya faham bahasa lain!!


Maka teman menyeru umat Islam bangsa Melayu supaya sedar daripada sandiwara yang sedang dipermainkan oleh puak cauvinis dan rasis ini. Lihat apa yang mereka perbuat di Singapura. Belajarlah daripada sejarah kejatuhan Negeri Melayu Singapura, yang hari ini sejarahnya pun sudah ditukar. Yang boleh dikagum oleh orang Melayu sana sekadar surau dan masjid. Tetapi maruah diri, jatidiri, dan negerinya sudah tiada!! Insaflah.


Wallahua'lam & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Ahad

27 Muharram 1432

02 Januari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 02 Jan 2011 11:46 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hantu makhlus halus serang DUN Tenang Johor

Posted: 01 Jan 2011 05:35 PM PST

Dari Blog Singalautmetro. 1 Jan 2011- SEGAMAT: TENANG SEMAKIN TIDAK TENANG: LADANG BUKIT DATOK TENANG STATION, LABIS DISERANG HANTU BATERI!!!! INI kisah gempar yang sedang berlaku di sebuah ladang getah berdekatan Tenang, di kawasan pilihanraya kecil yang akan berlangsung 30 Januari ini. Lebih 450 penduduk yang mendiami rumah ladang di kawasan itu pelik dan kebimbangan berikutan kejadian hujan batu dan bateri, menyerang perumahan mereka sejak dua bulan lalu.

Pelbagai jenis batu seperti gravel, batu landasan keretapi dan bateri lampu suluh kini menyerang dinding dan tingkap kaca rumah mereka, sehingga banyak di antaranya pecah. Kesemua objek itu datang dari satu arah dan kejadian ini berlaku sambil disaksikan anggota polis!

Seorang penduduk, Ellan Senaya, 32, memberitahu HARIAN METRO, kejadian pelik itu berlaku sejak dua bulan lalu, dipercayai ada kaitan selepas seorang pengamal perubatan dikatakan menangkap makhluk halus dan memenjaranya di dalam botol. Botol itu kemudian ditanam berdekatan sebuah perkuburan India tidak jauh dari kawasan perumahan terbabit.

"Pada awalnya penduduk tidak menghiraukan kejadian itu kerana menyangka ia perbuatan budak nakal dan hanya mengenai bumbung serta melibatkan enam rumah sahaja" katanya.

Bagaimanapun, kata Senaya lagi, sejak akhir-akhir ini ia menjadi-jadi dan balingan pebagai objek keras itu telah banyak memecahkan cermin tingkap rumah penduduk.

Malah ia bukan sekadar omong kosong, apabila kejadian yang membimbangkan itu turut disaksikan beberapa anggota polis. Seorang anggota polis dari Balai Polis Tenang, dilihat terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian jam 12 tengah malam semalam.

Apabila anggota polis itu cuba menyiasat arah datang objek itu, semakin banyak pula cermin tingkap penduduk pecah akibat lontaran bertali arus!

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Aziz Mohd Ali, bagaimanapun menasihatkan penduduk bertenang buat sementara ini dan berwaspada serta tidak membuat sebarang spekulasi kerana polis sedang menyiasat kejadian itu daripada pelbagai aspek.

Sumber :
http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/segamat-tenang-semakin-tidak-tenang.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 02 Jan 2011 09:01 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Video Karam Singh Walia diugut : Apa hal yang berlaku? Mari tengok dulu

Posted: 02 Jan 2011 06:00 AM PST

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 03 Jan 2011 01:05 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PROGRAM 100 HARI DAN BUKU JINGGA BUKAN UNTUK RAKYAT

Posted: 02 Jan 2011 03:24 AM PST

Pakatan Pembangkang baru-baru ini telah menjaja buku jingga yang kononnya akan menjadi panduan asas kepada mereka dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang serta menggariskan 10 perubahan yang akan dilakukan sebagai permulaan reformasi menyeluruh dari aspek pengurusan negara, ekonomi, dan pendidikan. Benarkah ianya untuk rakyat ataupun hanya untuk memesongkan hati dan naluri rakyat yang amat memerlukannya?. Mari bersama kita meneliti program 100 hari pakatan pembangkang seperti dibawah:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

Bagi pendapat peribadi penulis, Pakatan pembangkang cuba untuk menggariskan objektif perjuangan partinya yang baru dan cuba meniru perancangan yang dibuahkan oleh Perdana Menteri dalam mentadbir Negara. Inilah pembuktian bahawa Pakatan Pembangkang kini khuatir dengan segala yang dirancang dan pendekatan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti NKRA, KPI, GTP dan pelbagai lagi. Menyedari hakikat ini Pakatan Pembangkang cuba untuk mewujudkan sebuah situasi yang sama kononnya mereka juga mempunyai perancangan dengan menwujudkan buku Jingga yang kononnya bermatlamat dan berobjektif. Sekiranya diteliti mungkin apa yang dibangkitkan Pakatan pembangkang hakikatnya tidak boleh digunakan untuk mentadbir negara. Perancangan ini hakikatnya boleh merosakkan ekonomi dan memberi implikasi buruk terhadap kewangan Negara.

Perkara pertama kononnya mereka ingin lakukan adalah untuk mereformasikan institusi-institusi kerajaan seperti SPR,SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM supaya dapat mengembalikan kewibawaan pentadbirannya. Perkara ini hanya bersifat untuk mempertahankan agenda mereka sahaja. Apa yang dapat dilihat semua institusi-institusi ini memang selalunya menjadi bahan politik Pakatan Pembangkang untuk meraih sokongan. Pakatan Pembangkang seperti yang diketahui umum mereka selalu memutarbelitkan fakta. Bagi mereka semua yang ada di dunia ini tidak betul kecuali mereka sahaja yang benar. Apa yang mereka buat tidak kira betul ada tidak ia tetap yang terbaik walhal hakikatnya ia boleh membinasakan rakyat. Kononnya merekalah yang paling suci. Hakikatnya di dalam pentadbiran negeri Pakatan Pembangkang pada hari ini seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan, semuanya tidak sesuci seperti yang diwar-warkan. Banyak penyelewengan, pergaduhan, jenayah, perjudian, pelacuran, dan lain-lain lagi isu yang akhirnya boleh memudharatkan rakyat dalam jangka masa panjang.

Persoalannya mampukah Pakatan Pembangkang ini memulihkan kewibawaan pentadbiran institusi kerajaan seperti yang mereka war-warkan di dalam buku jingganya?. Pentadbiran negeri yang dipimpin pakatan pembangkang kini pun kucar-kacir. Rakyat di negeri yang mereka perintah sehingga ke hari ini tidak dapat merasai apa yang pernah dijanjikan dahulu serta tiada perkara yang dilaksanakan kerajaan negeri pembangkang untuk kepentingan masa hadapan rakyat kecuali kebanyakannya demonstrasi dan ceramah umum sahaja. Yang meniaga kini semakin merudum perniagaannya. Yang meniaga kecil-kecilan pula dirobohkan tempat perniagaannya. Masjid dan Surau dijadikan tempat berpolitik tanpa memikirkan adab masjid atau surau. Sultan serta undang-undang tidak dihormati. Ini semua kian berlaku di negeri pimpinan pakatan pembangkang. Secara logiknya mampukah Pakatan Pembangkang memulihkan kewibawaan pentadbiran institusi kerajaan yang lain? Nampak seolah seperti kata peribahasa seperti ketam mengajar anak berjalan kehadapan sedangkan dia sendiri berjalan mengiring.

Keduanya berkenaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kerajaan telah pun memulakan kajian untuk mengkaji semula Akta tersebut untuk memastikan ianya tidak disalahgunakan. Seharusnya Akta ini tidak boleh dimansuhkan demi untuk memastikan keselamatan dalam Negara dapat dijamin dengan baik serta aman. Negara-negara maju yang lain juga mempunyai Akta untuk memastikan keselamatan Negara mereka. Singapura juga mempunyai Akta yang sedemikian. Penulis ingin menyeru kepada semua untuk mengkaji Negara-negara lain yang membangun apakah mereka mempunyai Akta ini dan apakah kesan sekiranya ianya tiada. Sebagai contoh di Thailand, negara jiran yang hampir dengan Malaysia yang tidak mempunyai akta tersebut, rakyat mereka sering berperang dan keamanan di Negara tersebut sukar untuk dicapai. Di Afghanistan, Iraq, dan Negara-negara Islam yang lain juga sering mempunyai masalah seperti peperangan, pembunuhan, terroris dan lain-lain lagi. Apakah kita menginginkan Malaysia sedemikian rupa?. Kita harus bersyukur kerana Malaysia mengecapi keamanan selama ini dan semuanya bukannya datang bergolek sahaja. Salah satu sebab kita mengecami keamanan adalah kerana Akta Keselamatan ini. Persoalan sebenar adalah bagaimana untuk memastikan ianya tidak disalahgunakan dan usaha mengkaji telah giat dijalankan oleh kerajaan persekutuan bagi mencapai tujuan tersebut.

Perkara ketiga dalam perancangan program 100 hari mereka adalah berkenaan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan lain-lain badan milik kerajaan yang kononnya akan diarahkan untuk mengambil alih aset lebuhraya bertol daripada entiti korporat yang menguasainya sekarang sekiranya mereka memerintah. Penulis menyeru supaya semua rakyat berfikiran wajar tentang perkara ini.

Khazanah Berhad dan KWSP wujud dari sumber wang rakyat. KWSP terang-terang berpunca dari duit caruman pekerja rakyat yang bekerja siang dan malam. Bayangkan susah payah rakyat simpan wang ini untuk kegunaan masa depan, dengan senang Pakatan pembangkang merancang untuk menggunakan duit tersebut bagi mengambil alih aset lebuhraya bertol. Apakah rasionalnya rakyat perlu korbankan duit simpanan masa depan mereka untuk mendapatkan tol percuma?. Kita perlu memahami bukan semua rakyat menggunakan lebuhraya bertol. Bagi yang tidak mampu kadangkala mereka menggunakan lebuhraya atau jalan lama yang tidak mempunyai tol. Sekiranya ia dilaksanakan rakyat berpendapatan tinggilah yang paling beruntung kerana mereka yang sering menggunakan lebuhraya bertol ini. Apakah ianya adil untuk rakyat yang berpendapatan rendah?..

Perkara keempat berkenaan subsidi. Pakatan Pembangkang menyatakan kononnya ingin merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Sedar atau tidak mereka tidak menyatakan dalam perkara tersebut mereka ingin memindahkan wang itu kepada entiti yang mana bagi menampung perbelanjaan rakyat. Secara tidak langsung perkara ini dengan sendirinya membuktikan pakatan pembangkang bersifat tidak telus. Kalau difikirkan semula dulu pun mereka janji bermacam-macam tapi bila dah dapat habuk pun tiada. Bayangkan apakah kerosakan yang akan dilakukan oleh doktrin-doktrin ini sekiranya mereka memperolehi wang subsidi ini. Wang subsidi ini hakikatnya bukanlah untuk kepentingan pihak swasta tetapi ianya untuk kepentingan rakyat. Rakyat yang akan merasa manfaatnya dari subsidi tersebut kerana dengan adanya subsidi ini pelbagai harga dapat dikurangkan untuk selaras dengan kemampuan rakyat. Mengapa perlu kita memindahkan subsidi ini sedangkan rakyat kini menikmati manfaatnya. Semoga tuhan menyelamatkan negara kita dari kemusnahan.

Ada juga kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha agong PAS yang ingin menggunakan duit subsidi IPP bagi menampung kos lebuhraya bertol dan pelbagai lagi untuk disalurkan kepada rakyat. Bagi pendapat saya, seandainya subsidi swasta yang mereka maksudkan adalah IPP secara tidak langsung ini akan melibatkan kenaikan bill letrik di seluruh Negara dan keseluruhan rakyat akan menerima kesannya. Apakah rakyat perlu membuat pengorbanan sedemikian besar semata-mata untuk kesenangan kerajaan negeri memerintah?. Apakah ianya lebih menyenangkan rakyat atau lebih menyusahkan rakyat?.

Perkara kelima ialah mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa. Memang benar kita perlu menghargai jasa guru tetapi apakah ianya mesti berupa imbuhan wang. Tidakkah kita terfikir ini seolah-olah seperti rasuah yang terselindung yang cuba dilakukan oleh Pakatan Pembangkang? Mengapa hanya guru yang difokuskan, mengapa tidak diberikan kepada doktor walhal mereka juga berjasa? Bagaimana pula dengan nelayan mereka juga berjasa kerana kalau tidak kerana mereka keseluruhan rakyat tidak dapat memakan ikan setiap hari dan jika difikir mereka lebih layak menerima imbuhan tersebut. Begitu juga dengan pengusaha ayam dan bahan makanan lain. Penjawat awam juga berjasa besar mengapa tidak menghargai mereka. Apakah tujuan pakatan pembangkang hanya menumpukan kepada guru sahaja? Tidakkah ianya seolah ada agenda yang tersembunyi? Terpulanglah kepada pemikiran anda masing-masing untuk menilai.

Perkara keenam pula berkenaan menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan. Perkara ini penulis ingin menyentuh sedikit berkenaan kewibawaan Menteri Besar. Menteri Besar mempunyai kuasa di negeri yang diperintahnya. Segala keputusan boleh dibuat sekiranya beliau sendiri mahu lakukan seperti isu air ini. Apa yang memalukan dalam sejarah dunia belum pernah ada seorang berstatuskan Menteri Besar yang tidak dapat menyelesaikan sesuatu isu mengambil pendekatan melakukan demonstrasi jalanan sedangkan kuasa ada ditangan beliau. Beliau boleh berbincang atau musyawarah dengan pembekal air untuk mencapai kata putus bersandarkan kepada kepentingan rakyat. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan negeri pembangkang ini tidak mampu menyelesaikan sebarang isu dengan cara yang baik untuk kepentingan rakyat. Apakah demonstrasi jalanan dan ceramah umum mampu untuk menyelesaikan masalah?.. Masihkah kita fikir Pakatan Pembangkang mampu untuk memerintah?..

Perkara ketujuh ialah dengan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar. Buat pengetahuan pembaca sekalian, kemudahan wifi ini berpunca dari asas jalur lebar yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama dahulu. Ianya mula dicetuskan sewaktu zaman pimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang memperkenalkan ICT kepada rakyat justru kerajaan ketika itu menyediakan asas technology jalur lebar ini yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia Berhad. Bermula dari Cyberjaya dan Multimedia Super Coridor (MSC) sebagai pusat kepada ICT dan akhirnya kini menjadi sesuatu yang perlu dikalangan rakyat. Dahulu penulis masih ingat Pakatan Pembangkang jugalah yang berusaha keras untuk menidakkan pembangunan Cyberjaya dan Putrajaya serta KLCC tetapi kini nampak seolah mereka cukup berterima kasih atas idea cetusan Presiden Barisan Nasional ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Pada waktu ini ramai pengusaha jalur lebar telah memulakan perkhidmatan wifi percuma di merata tempat dan semakin hari semakin banyak tempat telah ada kemudahan wifi percuma. Mungkin pemikir pakatan Pembangkang ini sahaja yang tidak mengetahuinya.


Tujuh perkara dari sepuluh perkara semuanya tidak berasas dan penulis fikir tidak perlulah penulis membahas lagi 3 perkara sekiranya 7 perkara pun tidak masuk akal untuk dilaksanakan. Apa pun yang ditulis dalam buku jingga pujaan pakatan pembangkang ini semuanya hanya karut semata-mata dan mungkin bertujuan untuk mengaburi mata rakyat dari realiti yang mereka hadapi pada waktu ini.

Penulis ingin menegaskan rakyat perlukan sebuah kerajaan yang menunaikan janji, membangunkan kerajaan negeri dengan berbelanja secara berhemah dan mengambil berat tentang rintihan mereka. Penulis fikir hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membuat sesuatu dasar mengikut kehendak dan aspirasi rakyat. Penerbitan Buku jingga ini seolah membuktikan bahawa Pakatan pembangkang tidak memahami aspirasi rakyat keseluruhannya dan secara langsung membuktikan mereka tidak mampu untuk memerintah. Kemungkinan mereka hanya memahami rintihan yang mereka dengar dari kalangan ahli mereka sahaja bukan rakyat.

Penulis fikir sesuatu perkara yang dirancang perlu diteliti dan dinilai terlebih dahulu untuk melihat dari skop keefisienannya terhadap pembangunan rakyat jangka masa panjang tidak kira siapa sahaja yang merancang. Sama ada perancangan dari segi ekonomi, sosial mahupun pembangunan Negara. Fikirkan dari skop yang lebih besar dan bukan berfikiran sempit. Apakah ianya mendatangkan faedah kepada rakyat secara keseluruhan dan faedah itu dapat bertahan pada tahun mendatang. Fikirkan siapakah yang mampu untuk merancang lebih baik untuk masa hadapan. Pada waktu ini hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu lakukan. Semuanya hasil usaha bersama gabungan parti dalam Barisan Nasional yang berbilang kaum. Semoga pemikiran kita semua terbuka untuk menilai dengan baik. Fikirkanlah yang terbaik untuk semua….

Sekiranya inilah yang terbaik boleh dibuat oleh pemikir-pemikir pakatan pembangkang, adalah lebih baik mereka semua memikirkan cara bagaimana untuk membantu rakyat keseluruhan dan lebih utama cara bagaimana untuk menunaikan janji pilihanraya PRU12 yang masih belum dilunaskan. Ianya lebih utama dari yang lain. Rakyat masih menunggu janji PRU12 yang kini sudah melebihi 3 tahun belum terlaksana.

-Rakyat tertipu

PERUTUSAN YAB. PERDANA MENTERI SEMPENA TAHUN BARU 2011

Posted: 02 Jan 2011 03:04 AM PST

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

  1. Alhamdulillah, sayugia kita bersama-sama mengatur setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT, lantaran izin dan atas kehendak-Nya jua, kita bakal menempuh gerbang 2011. Fajar tahun baru yang akan menjelang ini sekali gus melabuhkan tirai 2010 yang telah kita lalui dalam suasana tenang, aman damai, rakyat hidup rukun, serta ekonomi yang makin kukuh.
  2. Sesungguhnya waktu dan masa berpacu dengan amat pantas. Hari esok menjadi tanda pembuka lembaran kepada dekad yang seterusnya. Semasa saya memberikan perutusan tahun baru yang lalu, Malaysia sedang di ambang pemulihan ekonomi setelah mengalami pertumbuhan negatif untuk tiga suku yang pertama tahun 2009.
  3. Namun, hasil daripada tindakan kerajaan yang lekas dan pantas, negara kita kini bukan sahaja berada di landasan pertumbuhan yang mapan tetapi juga diletakkan pada trajektori yang betul ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi apabila tahun 2020 menyingsing tiba nanti.
  4. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

  5. Seperkara yang menjadi hakikat dan perlu difahami oleh setiap orang adalah, dalam menguruskan negara, terutamanya ehwal ekonomi, kerajaan senantiasa mengamalkan sikap penuh kebertanggungjawaban. Selama beberapa dekad, segala pencapaian yang diraih bukanlah terjadi secara kebetulan atau tiba-tiba. Akan tetapi, setiap sesuatu telah dirancang, direkayasa dan dilaksana secara tersusun serta tuntas dengan mengambil kira aspek jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
  6. Apatah lagi, sebagai sebuah kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan nubari rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular namun pada hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua.
  7. Justeru, dewasa ini, kita telah menyaksikan bagaimana negara-negara yang dianggap maju juga mula ditimpa masalah apabila mereka tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah serta tidak mendakap disiplin fiskal dalam merancang pembangunan negara dan kebajikan rakyat di negara masing-masing.
  8. Sememangnya, mana-mana kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar-dasar sekadar bersifat popular tetapi tidak bertanggungjawab ini mungkin akan mendapat pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek namun untuk tempoh masa panjang, rakyatlah sebenarnya yang akan menderita serta menjadi galang gantinya.
  9. Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang tahun 2010 kita telah memancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan. Segala yang telah dipersembah, merupakan peta laluan komprehensif lagi bersepadu demi kepentingan nasional yakni mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.
  10. Perjalanan kita dilengkapi dengan wahana-wahana panduan pentadbiran bermula dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan atau GTP bersama 6 NKRA-nya pada awal tahun 2010. Ia diikuti pelancaran Program Transformasi Ekonomi atau ETP dan 12 NKEA-nya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi dan diikuti oleh pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 dan kemudiannya Bajet Tahun 2011 yang menjadi bajet pertama bagi Rancangan Malaysia Ke-10. Ini menandakan kedua-dua fasa perancangan dan pelaksanaan telah pun mengambil tempat dan bermula.
  11. Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

  12. Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara. Sayangnya, terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan berwenang-wenang menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata ini tidak benar sama sekali.
  13. Saya mengajak kita mengkaji hal ini dengan memeriksanya secara profesional dan objektif. Apa yang jelas, bukankah dahulunya pihak yang sama mengkritik antara lainnya pembinaan Lebuhraya Utara Selatan atau PLUS, Menara Berkembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang, kini tersipu-sipu dan terkesima tanpa keberanian moral mahupun keikhlasan intelektual untuk mengakui bahawa mereka telah silap dan sepatutnya menelan kata-kata liar yang diluahkan.
  14. Pokoknya, masa yang berlalu telah menjadi penentu sebuah kebenaran. Ternyata, projek-projek yang dirancang dan dilaksana oleh kerajaan selama ini telah membawa manfaat kepada rakyat terbanyak. Di persimpangan ini, saya berharap agar rakyat mampu melihat dan menilai yang mana kaca dan yang mana intan. Persoalannya, jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka? Apatah lagi baru-baru ini, janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara.
  15. Pucuk pangkalnya, kerajaan yang ada sejak dahulu, telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan kerana lonjakan kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan terlaksananya keadilan sosial. Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat.
  16. Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

  17. Jika dikaji, matlamat membasmi kemiskinan telah dilakukan secara lebih sistematik apabila Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada awal tahun 70an. Sepanjang tempoh pelaksanaan ini dan dasar-dasar yang berikutnya, kayu ukur lebih definitif dan saintifik diutarakan untuk mengukur paras kemiskinan.
  18. Sejak itu, tanpa jemu kita telah berusaha kuat memerangi kemiskinan yang melibatkan separuh daripada rakyat Malaysia dan mengurangkan kadarnya kepada 3.8 peratus dalam tempoh hayat satu generasi sehingga berjaya melahirkan generasi peribumi kelas menengah serta profesional yang besar.
  19. Selanjutnya, kerajaan kini terus komited bagi membasmi kemiskinan dan menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi di dalam Negara. Oleh yang demikian, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Kerajaan mensasar untuk menyifarkan sebanyak 44,643 isi rumah miskin tegar yang telah didaftarkan di dalam Sistem eKasih mencecah penghujung 2009.
  20. Sehingga 20 Disember baru-baru ini pula, sebanyak 40,713 isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan tegar dan baki 3,930 isi rumah lagi sedang ditangani melalui pelbagai program seperti 1Azam.
  21. Sungguhpun pencapaian tersebut telah mencapai paras objektif yang ditetapkan, ini tidak bermakna bahawa kemiskinan tegar telah dibasmi sepenuhnya kerana insiden kemiskinan adalah bersifat relatif dan sentiasa berubah. Kerajaan juga tidak menafikan masih wujud tompokan kecil kemiskinan di kawasan-kawasan seperti pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  22. Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan termasuk di kalangan minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak, kawasan setinggan, kawasan perladangan, kawasan pekebun kecil, penempatan Orang Asli dan sebagainya akan terus dipertingkatkan di bawah pelaksanaan RMK-10.
  23. Sudah pasti, proses ini merupakan satu perjalanan yang tidak ada noktahnya bagi kerajaan. Kita akan sentiasa bersifat awas terhadap insiden baru kemiskinan tegar. Golongan yang telah berjaya keluar dari kemiskinan tegar akan dibimbing pula untuk meninggalkan belenggu kemiskinan relatif dan seterusnya daripada golongan 40 peratus pendapatan yang terkebawah. Ini memerlukan pendekatan yang sentiasa inovatif, kreatif dan dinamik.
  24. Untuk itu, kerajaan menyeru kepada semua pihak yang bertanggungjawab di semua peringkat, kampung, mukim, daerah, residensi dan negeri untuk memastikan jika ada kes-kes yang baru, ia dibawa kepada perhatian pihak yang berwajib agar mereka dapat dimasukkan ke dalam senarai e-kasih dan tindakan susulan dapat diambil.
  25. Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

  26. Segala yang kita rancang dan mahu laksanakan tidak akan menemui kejayaan tanpa sokongan dan kerjasama rakyat. Oleh kerana itu, kita telah merundingi setiap segmen masyarakat sebelum menggubal program transformasi yang telah kita lancarkan bagi memastikan ianya mencerminkan hasrat rakyat. Saya menyeru kepada semua agar marilah berganding dengan saya dan rakan-rakan di dalam kerajaan untuk meletakkan negara di tempat yang sepatutnya.
  27. Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini. Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya.
  28. Jelas, tawarikh dunia telah menunjukkan bahawa sekali tersilap melangkah, maka kita akan menderita sepanjang zaman. Janganlah nasib hari mendatang anak cucu kita didagang dan dipertaruhkan. Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuh keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan.
  29. Merenung detik-detik lampau, banyak sudah yang telah kita lakukan, di mana, pihak asing meramal tidak mungkin berjaya. Banyak sudah yang kita berjaya lunaskan, demi Malaysia yang tercinta sekalipun cuba dinafikan suara-suara sumbang oleh pihak-pihak tertentu.
  30. Beringatlah bahawa di waktu kita mencapai kemerdekaan dahulupun, kita tidak terfikir akan maju ke tahap ini. Demikian juga apa yang kita pernah kurang yakin untuk dicapai hari ini, akan pastinya jua mampu kita perolehi pada masa hadapan, jika kita tetap berusaha bersungguh-sungguh, jika kita yakin pada kebolehan diri sendiri dan jika kita terus bersama memelihara perpaduan, kestabilan dan keamanan negara.
  31. Akhir kata, seiring dengan hembusan hawa dan semangat tahun baru yang mendatang, kepada golongan belia, veteran, pertubuhan bukan kerajaan, penjawat awam, pihak swasta, pendek kata rakyat keseluruhannya, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang, marilah kita bersama-sama menyambut semboyan pertiwi menuju puncak kemajuan. Moga-moga kita berjaya. Insya-Allah. Selamat menyambut Tahun Baru 2011.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dato' Sri Mohd Najib

Perdana Menteri

31 Disember 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 02 Jan 2011 09:21 PM PST

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

Posted: 02 Jan 2011 07:17 PM PST

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


PENOLAKAN KHUSRIN BERMOTIFKAN POLITIK !!!

Posted: 02 Jan 2011 05:00 PM PST


Apa yang saya lihat sekarang ni Pembangkang sering mainkan isu berkenaan dengan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.adakah beliau membuat salah ??? nampaknya ini adalah bermotifkan Politik.

ini dinyatakan oleh Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri,Beliau juga menganggap,kebimbangan kononnya akan wujud krisis perlembagaan berikutan pelantikan berkenaan hanyalah andaian semata-mata.''Tiada krisis perlembagaan dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin sebaliknya segala yang terjadi akibat 'krisis minda' di kalangan pemimpin pakatan pembangkang,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup program anak angkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah semalam.

laporan dari UTUSAN MALAYSIA menyebut Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata,pemimpin pembangkang tidak mahu menerima hakikat bahawa SUK Selangor harus datang di kalangan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

''Pelantikan Mohammed Khusrin tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.Mengikut sejarahnya,Selangor merupakan antara Negeri Melayu Bersekutu dan ini bermakna,SUK dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)," katanya.

Mengulas mengenai pengharaman logo gagasan 1Malaysia di Selangor, Ahmad Zahid berkata, ia merupakan satu tindakan zalim kerana logo tersebut boleh digunakan di negeri-negeri lain.Katanya,Barisan Nasional (BN) juga tidak pernah mengharamkan logo-logo pakatan pembangkang di negeri-negeri yang ditadbirnya.

''Sudah tiba masanya rakyat Selangor menolak mentah-mentah kerajaan pakatan pembangkang dan digantikan dengan kerajaan BN supaya rakyat tidak menghadapi masalah," katanya.

POST BY DR MEE...

UMNO GOMBAK SELATAN BANGKIT SEMULA !!!

Posted: 02 Jan 2011 03:42 PM PST



Buat kesemua pengunjung2 Blog yang sekian lama mengunjungi Blog ini.Blog UMNO Gombak Selatan akan bangkit semula.3 blogger yang lahir dari UMNO Cawangan Gombak Selatan akan turut serta menyinari blog ini.Nantikan kemunculan kami.Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan akan kembali menyengat Gelombang Politik Tanah Air.


NANTIKAN 3 BLOGGER KELAHIRAN UMNO GOMBAK SELATAN...

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 02 Jan 2011 01:21 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kuasa punya pasal, Cikgu Rahim ( PAS ) sanggup mati pertahankan Karpal!

Posted: 01 Jan 2011 10:33 PM PST

Sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh pernah memberi amaran 'langkah mayatnya dahulu' jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Kini seorang wakil rakyat Pas turut memberi amaran 'langkah mayat saya dahulu' jika ada pihak yang ingin 'mengusik' Pengerusi DAP itu.

Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setia kawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Difahamkan juga Wan Abd. Rahim berkata demikian semasa berucap di konvensyen pakatan pembangkang di Dewan Millenium Kepala Batas pada 19 Disember lalu, yang mana, majlis tersebut turut dihadiri Karpal dan beberapa pemimpin pembangkang lain.

Karpal merupakan pemimpin DAP yang paling lantang menentang sebarang usaha Pas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang berteras hukum hudud dengan mengatakan Pas perlu 'melangkah mayatnya terlebih dahulu' jika mahu menyaksikan cita-cita itu tercapai.

Malah, nada Karpal tidak pernah kendur walaupun Pas telah bergabung dengan DAP dan PKR di bawah pakatan pembangkang. Beliau berterusan mempertahankan pendirian tegas tersebut kerana bagi Pengerusi DAP itu, Malaysia lebih sesuai dengan sistem sekular.

Apa yang boleh dikatakan ialah PAS memang sanggup mati demi kafir DAP! Inilah ciri-ciri puak khawarij! Sesama Islam dikafirkan....dikatakan munafik, kafir, dimaki hamun, dengan kafir sangat mesra bagai saudara!!!! MasyaAllah..

Warna-warni politik
Torashah..

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 02 Jan 2011 11:23 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TAHUN BAHARU DAN PERISTIWA

Posted: 02 Jan 2011 09:35 AM PST

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Dalam diam sudah tiga hari kita memasuki tahun 2011. Apa yang telah kita tinggalkan pun, semakin hari semakin hilang dari ingatan. Entah di mana silapnya, itulah yang sentiasa berlaku.

Ada juga yang menanam azam di tahun baharu, masuk di hari ketiga ini, ia semakin hilang dari perhatian. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya kita mempunyai azam sendiri, kita ada kemahuan dan kita ada keinginan. Saya merasakan masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut tahu baharu kepada anda semua. Mudah-mudahan tahun ini akan menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam politik Terengganu, tahun baharu telah meleraikan satu persoalan besar mengenai pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Terengganu. Tahniah kepada YAB Menteri Besar Terengganu yang telah diberikan semula amanah untuk memimpin parti. Bagi saya, ia telah membawa satu pengertian yang besar dalam kontekjs ia diumumkan menjelangnya tahun baharu.

Saya menaruh harapan yang kuat bahawa kepimpinan baharu parti akan dapat melaksanakan apa yang telah diamanahkan. Dan, sudah tentu kita semua - pemimpin dan ahli parti mestilah berganding bahu dalam memastikan kejayaan ini.

Tahun baharu juga kita raikan dengan kejayaan Malaysia dalam Piala Suzuki - meleraikan penantian selama 14 tahun. Lebih bertuah, enam pemain dalam pasukan Malaysia itu adalah anak Terengganu yang sudah tentu amat mengembirakan kita semua.

Esok, tahun baharu yang ketiga bermulanya alam persekolahan. Anak-anak dan ibu bapa yang mempunyai anak pertama kali ke sekolah akan lebih sibuk. Mudah-mudahan anak kita akan terus melakar kejayaan dan menjadi pewaris masa depan negara yang hebat dan berjaya dalam apa jua bidang dan perkara.

Itulah harapan saya, semoga ia menjadi nyata. Insya'Allah.

Pengikut