Isnin, 4 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 04 Oct 2010 03:34 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


AZMIN PERTAHAN GOMBAK, PADANG SERAI MILIK GOBALAKRISHNAN, TAN SRI KHALID MENANG BERGAYA DI KUALA SELANGOR,

Posted: 03 Oct 2010 10:42 AM PDT


PETALING JAYA: Calon kegemaran untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berjaya mempertahankan pengaruhnya di cabang Gombak apabila mendapat undian majoriti untuk jawatan ketua cabang.

Keputusan rasmi kira-kira 10 malam tadi memutuskan Azmin yang juga ahli parlimen kawasan tersebut memperoleh 324 undi, manakala pencabar tunggalnya Bakar Ninggal hanya mendapat 60 undi.

Di Kedah pula, perebutan tiga penjuru bagi jawatan ketua cabang Pedang Serai terjawab apabila ahli parlimennya, N Gobalakrishnan berjaya memenangi pertaruhan tersebut setelah dua minggu tertangguh akibat masalah 'teknikal'.

Menurut Gobalakrishnan ketika dihubungi, beliau berjaya memperolehi undi sebanyak 412 undi berbanding pencabarnya Shamsul Anuar Abdullah yang hanya mendapat 217 undi. Manakala calon ketiga V Sandrasekharan mendapat hanya 159 undi.

Kemenangan itu sekaligus memberikan nafas baru kepada cabang Padang Serai setelah penyandang ketua cabang terdahulu yang dikenali sebagai 'Cikgu Hamid' bertindak keluar PKR dan menyertai Umno pada tahun lalu.

Sementara itu, pengerusi tetap yang juga calon Naib Presiden Yahya Sahri mendapat mandat daripada akar umbi untuk menerajui cabang Tanjong Karang apabila diumumkan menang tanpa bertanding.

Berlainan pula bagi nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam apabila tewas kepada peguam Lim Boo Chang yang menyapu bersih undian bagi jawatan ketua cabang Bukit Gelugor.

Di cabang Ampang, sumber dalaman parti menjangkakan kemenangan besar bagi Ketua Wanita PKR Pusat yang juga ahli parlimen kawasan tersebut Zuraida Kamaruddin berikutan kemenangan barisan pasukannya merebut jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang.

Keputusan seri di Pandan
Di cabang Pandan pula, keadaan menjadi agak rumit apabila pengiraan undi antara Nik Md Zain Nik Mohamad dan Zakaria Abdul Rahim mendapati kedua-duanya mendapat undi yang sama dengan 105 undi bagi merebut jawatan ketua cabang.

Pengawas Jawatakuasa Pemilihan Pusat (JPP) Mohd Yusof Mohd Amin berkata, berikutan persamaan jumlah undi pihaknya telah menerima bantahan daripada kedua-dua pihak dan ini akan diputuskan oleh JPP kelak.

"Perkara ini adalah diluar jangkaan kerana jumlahnya tetap sama walaupun pihak kami sudah melakukan pengiraan undi semula," katanya ketika dihubungi.

Di Sarawak, mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di cabang Sarikei, Sibu, Selangau, serta Kanowit dilaporkan berjalan dengan lancar pada hari ini.

Namun MATC terpaksa ditangguhkan di Sibuti kerana bilangan keahlian yang tidak mencukupi, dan cabang Baram akibat ketiadaan pengawas JPP kerana dikatakan 'sibuk dengan persiapan Konvensyen Nasional November ini'.

Timbalan Presiden: Azmin 'berpengaruh' di Selangor
Peluang Azmin merebut jawatan Timbalan Presiden PKR semakin cerah apabila enam daripada lapan cabang di Selangor yang bermesyuarat hari ini mencalonkan beliau untuk jawatan tersebut.

Menariknya, di cabang Ampang wujudnya pertandingan untuk pencalonan jawatan timbalan presiden apabila Azmin menang besar sebanyak 164 undi mengalahkan pesaingnya Khalid Ibrahim yang hanya mendapat 43 undi.

Manakala pencabar terdekatnya Zaid Ibrahim tidak mendapat sebarang pencalonan bagi timbalan presiden di Selangor, namun masih mendapat sokongan di cabang Padang Serai, Bukit Gelugor dan Gelang Patah.

Zaid turut mendapat pencalonan ketiga bagi jawatan presiden di Pontian walaupun beliau hanya berminat untuk bertanding timbalan presiden.

Di bawah merupakan pencalonan terkini yang diterima di setiap cabang yang bermesyuarat hari ini:

SELANGOR:
Tanjong Karang
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Yahya Sahri, Nurul Izzah Anwar, Suresh Kumar, Dr Xavier Jeyakumar
Ketua Cabang: Yahya Sahri (menang tanpa bertanding)

Kuala Selangor
Presiden: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Naib Presiden: Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Suresh Kumar, Mustafa Kamil Ayub

Selayang
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Tian Chua, Fuziah Salleh, Lee Boon Chye, Yahya Sahri

Gombak
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Mansor Osman, Dr Lee Boon Chye, Dr Xavier Jeyakumar, Baru Bian

Ampang
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali (164) Khalid (43)
Naib Presiden: Shamsul Iskandar, Fuziah Salleh, Abdullah Sani, Yusmadi Yusoff

Hulu Langat
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Dr Xavier Jeyakumar, S Manikavasagam, R Sivarasa, Tan Sri Khalid Ibrahim

Serdang
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar, R Sivarasa, Mustaffa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar

Pandan
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Mustaffa Kamil Ayub
Naib Presiden: Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, R Sivarasa

KEDAH:
Padang Serai
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: N Gobalakrishnan, Datuk Dr Jeffrey Kittingan, Mustaffa Kamil Ayub, Nurul Izzah Anwar
Ketua Cabang: N Gobalakrishnan

PULAU PINANG:
Bukit Gelugor
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: Mansor Othman, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar
Ketua Cabang: Lim Boo Chang

JOHOR:
Gelang Patah
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: Shamsul Iskandar Mohd Akin, Fuziah Salleh, Datuk Dr Chua Jui Meng, Nurul Izzah Anwar

Kulai
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Datuk Zaid Ibrahim, Tian Chua, Saiman Marzuki, S Manikavasagam

Pontian
Presiden: Datuk Zaid Ibrahim
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Fuziah Salleh, Mustaffa Kamil Ayub, Dr Lee Boon Chye, Saiman Marzuki

SARAWAK:
Sibu - tiada pencalonan untuk jawatan Pusat
Sibuti- tangguh
Baram- tangguh

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 04 Oct 2010 03:01 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


BERATUR DGN BAIK - PEMILIHAN CABANG HULU SELANGOR 2 OKT 2010 11 AM

Posted: 03 Oct 2010 11:46 PM PDT

AMARAN DARI DS ANWAR - JANGAN GUNA MEDIA ARUS PERDANA

Posted: 03 Oct 2010 11:32 PM PDT

Suara Sri Andalas

Posted: 03 Oct 2010 11:13 PM PDT

Suara Sri Andalas


Kemahiran Adalah Jalan Keluar Kemiskinan : Tan Sri Khalid Ibrahim

Posted: 02 Oct 2010 02:00 AM PDT

KUALA SELANGOR, 2 OKT – Latihan kemahiran adalah jalan penyelesaiannya. Itu tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan kira-kira 200 pelajar Kolej Antarabangsa INPENS di Kuala Selangor hari ini.

Khalid Ibrahim berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Kemahiran Teknikal Kolej Antarabangsa INPENS sessi kemasukan Julai 2010 kepada 184 orang daripada 10 bidang kursus kemahiran teknikal.

"Untuk mengatasi masalah kemiskinan ialah bukan kepada cara kebajikan, jawapan ialah kepada pekerjaan, kebolehan dan keupayaan, rakyat yang mempunyai kemahiran sudah dapat bekerja di luar negara," katanya.

Turut hadir di majlis penyerahan surat tawaran ini ialah Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr  Xavier Jayakumar, Pengerusi Kolej Antarabangsa INSPENS Datuk Md Mydin Md Sheriff, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor Tuan Haji Haris Kassim.

Pada masa ini, pelajar di Kolej Antarabangsa INPENS dibiayai oleh kerajaan negeri sebanyak RM6550.00 seorang bagi program kemahiran teknikal peringkat sijil kemahiran selama enam bulan pengajian.

Sepanjang tempoh tersebut para pelajar dibiayai sepenuhnya termasuk makan dan minum, yuran pengajian, elaun penginapan dan elaun sara diri sebanyak RM150.00 sebulan.

Elaun sara diri ini telah dinaikkan daripada RM100.00 kepada RM150.00 bermula sesi pengambilan Januari 2010 lepas berikutan peningkatan kos dan kenaikan harga barangan keperluan harian.

Khalid Ibrahim juga sempat meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk turun padang melawat persekitaran kolej yang boleh menempatkan kira-kira 500 pelajar pada satu-satu masa.

Perancangan Kolej INPENS ialah untuk meningkatkan kapasiti di mana boleh memuatkan kira-kira 1000 pelajar apabila projek penambahbaikan akan bermula tidak berapa lama lagi.


Sumber: Selangorkini

AMKBayanBaru

Posted: 03 Oct 2010 09:32 PM PDT

AMKBayanBaru


Pemilihan 2010 Cabang Bayan Baru- Ucapan Ketua Angkatan Muda Bayan ra

Posted: 03 Oct 2010 09:42 AM PDT

Salam, selesai sudah pemilihan Cabang Bayan Baru. Pertama sekali kita panjatkan syukur pada Allah SWT kerana memberi kemudahan untuk kita selesaikan semua keperluan sebagai sebuah parti yang berdaftar di Malaysia.
Isyaallah , mohon dipermudahkan segala urusan untuk memantapkan parti dan menghadapi PRK ke 13.
Saudara dan saudari yang dihormati, saya menyeru agar semua dapat menyatu dan merapatkan kembali saf setelah selesai pemilihan. Buang apa yang menjadi hambatan dan halangan dalam menyatupadukan kekuatan di peringkat cabang. Saya percaya dan yakin kita dapat menjadi pasukan yang kuat untuk memastikan Parlimen Bayan Baru terus diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat dan 3 DUN dibawah Parlimen Bayan Baru- Batu Maung,Pantai Jerjak dan Batu Uban dipertahankan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Saudara dan saudari, ahli Parti Keadilan Rakyat , saya menyeru agar kita kembali menyorot Deklarasi Permatang Pauh untuk menajamkan dan memantapkan lagi kefahaman kita tentang erti perjuangan. Parti Keadilan Rakyat yang dulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional ditubuhkan hasil kesedaran dan jerih perih rakyat yang dahagakan keadilan dalam negara Malaysia tercinta. Tidak dinafikan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab tercetusnya gelombang reformasi dan mencipta sejarah tersendiri dengan terbentuknya gagasan ADIL seterusnya Parti didaftarkan serta terus melepasi onak duri politik di Malaysia.
Rakyat melihat akan Parti Keadilan Rakyat dan rakan dalam Pakatan Rakyat
merupakan alternatif terbaik selepas kegagalan Barisan Nasional dalam mengagihkan serta memastikan kekayaan negara diperolehi oleh rakyat terbanyak.
Saudara-saudari semua, sekali lagi saya menyeru agar kita rapatkan saf serta mempebaharui tekad dalam memperjuangkan semagat keadilan dalam menghadapi PRK ke 13.
Sekian.

Ahmad Azrizal Tahir
Ketua AMK Cabang Bayan Baru Sessi 2010-2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 03 Oct 2010 11:15 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jin ifrit bakar rumah dan kereta di Selangor

Posted: 02 Oct 2010 11:27 PM PDT

Sesungguhnya ALLAH lebih Maha Berkuasa dari segala makhluk yang ada di alam nyata dan alam ghaib. Hanya kepada ALLAH kita memohon bantuan dan berserah.

Kebakaran aneh
Harian Metro 3 Okt 2010
SABAK BERNAM: Lapan bulan sepanjang tahun ini menjadi tempoh paling kritikal dan menyeksakan buat sebuah keluarga di Sungai Besar, di sini, selepas saban hari berdepan kejadian aneh yang membawa kepada kesudahan memilukan apabila rumah dan dua kereta mereka terbakar.

Mangsa, Abas Awang, 49, berkata kejadian aneh yang berlaku di rumahnya di Parit 6 Timur, di sini, sejak Februari lalu menyebabkan kehidupan isteri dan seorang anak gadisnya tidak tenteram.

"Pada mulanya, lampu rumah padam sendiri, barang di rumah seperti pakaian dan peralatan dapur termasuk pisau bertaburan, malah sesekali berterbangan.

"Selepas itu, penggera kereta dan hon berbunyi sendiri, malah ada ketikanya enjin kereta hidup sendiri walaupun kunci ada di tangan saya.

"Selang beberapa bulan, berlaku pula kebakaran kecil pada pakaian dan dinding rumah, hinggalah kemuncaknya pada awal Ramadan lalu, rumah saya hangus terbakar, selain sebuah motosikal dan kereta.

"Bagaimanapun, kereta itu hanya terkena tempias kebakaran dan masih boleh digunakan selepas diperbaiki, " katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui baru-baru ini.

Kebakaran itu membuatkan Abas dan keluarganya berpindah sementara ke rumah mentua, tetapi kejadian aneh seperti di rumahnya tetap berlaku.

"Seminggu selepas menetap sementara waktu di rumah mentua, berlaku kebakaran kecil di dalam bilik dan selepas memadam kebakaran itu dan memastikan keadaan selamat, kami sekeluarga keluar rumah untuk mencari pengamal perubatan bagi membantu mengatasi masalah itu.

"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, penduduk memberitahu, rumah mentua saya hangus terbakar. Saya dan keluarga menetap sementara waktu di balai raya pula, tetapi kejadian aneh tetap berlaku," katanya yang turut membuat catatan mengenai kejadian aneh itu di buku nota.

Menurut Abas, ketika menetap di balai raya, berlaku juga kebakaran kecil di bahagian tertentu, menyebabkan dia mengambil keputusan 'menginap' di khemah di luar dewan.

"Saya sekeluarga rela tinggal di khemah kerana bimbang balai raya pula yang terbakar. Alhamdulillah, balai raya itu tidak menerima nasib sama seperti rumah saya dan mentua.

"Namun, kejadian aneh sekali lagi berlaku apabila dalam tempoh dua minggu sebelum Aidilfitri, sebuah lagi kereta yang dibawa isteri ke sekolah terbakar dengan sendirinya. Mujur kebakaran sempat dikawal dan kereta itu yang terbakar di bahagian kusyen belakang masih boleh digunakan selepas diperbaiki dengan kos kira-kira RM2,000," katanya.

Akibat kejadian aneh itu, Abas dan keluarganya menjadikan khemah di luar balai raya berkenaan sebagai kediaman, termasuk ketika menyambut Aidilfitri, sebelum rumahnya yang diperbaiki boleh diduduki semula pada Aidilfitri keenam.

"Kebakaran kecil tetap berlaku, tetapi paling mengejutkan saya, kereta yang terbakar di sekolah dulu, terbakar sekali lagi di depan rumah. Hancur luluh hati saya apabila terpaksa berdepan musibah itu.

"Kereta itu terbakar di bahagian kusyen belakang serta bumbung dan keadaan kereta sangat teruk kerana dipenuhi asap hitam. Bingung saya memikirkannya," katanya.

Pesara tentera itu berkata, sejak kejadian aneh itu berlaku dia mendapatkan bantuan lebih daripada 10 pengamal perubatan.

"Semuanya tidak berkesan. Ada pengamal perubatan mengakui tidak mampu menyelesaikan masalah yang saya hadapi dan ada pula yang turut berdepan kejadian aneh, berlaku kebakaran kecil di bahagian karpet kereta ketika dalam perjalanan ke rumah saya.

"Kali terakhir saya meminta bantuan seorang ustaz dan setakat beberapa hari ini tidak berlaku kebakaran, namun gangguan tetap ada. Saya bimbang meninggalkan rumah dalam keadaan kosong, takut terbakar lagi," katanya.

Abas tidak mahu menaruh prasangka kepada sesiapa di atas kejadian aneh yang berlaku, sebaliknya reda kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

"Pengamal perubatan mengakui kejadian yang berlaku mungkin berpunca daripada perbuatan ilmu hitam, tetapi saya hanya berharap kejadian aneh ini berakhir.

"Saya sudah berusaha mengatasi masalah ini seperti membuat laporan polis dan mencuba menggunakan khidmat pengamal perubatan. Selebihnya saya bertawakal dan berserah kepada Allah SWT," katanya.


Abas mengucapkan terima kasih kepada penduduk, termasuk anak muda yang sanggup berkawal di balai raya dan rumahnya.

Abas juga mengalu-alukan kepada sesiapa saja yang sudi membantunya menyelesaikan 'misteri' yang dihadapinya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kebakarananeh/myMA/myArticle/

Angkara jin Ifrit
Harian Metro 3 Okt 2010

SABAK BERNAM: "Ini ujian yang memerlukan kesabaran dan Allah akan menaikkan darjat orang yang sabar di akhirat. Ujian itu ada hikmahnya juga kerana Allah mahu kita semakin rapat dengan-Nya menerusi usaha mempertingkatkan lagi ibadat kepada-Nya.

Hisham yang juga penduduk setempat turut menyaksikan kejadian kebakaran secara tiba-tiba yang berlaku kepada kereta Abas ketika berkunjung ke kediaman Abas pada Aidilfitri keenam.

Menurutnya, ia sememangnya kejadian aneh kerana kereta mangsa terbakar sendiri.

"Ketika berkunjung ke rumah Abas, secara tiba-tiba kereta jenis Perodua Kelisa itu terbakar. Saya sendiri melihatnya.

"Ketika itu tiada sesiapa berada berdekatan kereta itu. Kebakaran bermula daripada bahagian kusyen belakang dan api berjaya dipadamkan sebelum keseluruhan kereta terbakar," katanya.

Menurut Hisham, berdasarkan pengalamannya, kejadian aneh itu boleh dikaitkan dengan angkara jin Ifrit kerana jin itu pembawa api.

"Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, jin Ifrit mengejar Nabi dengan membawa api, lalu malaikat Jibril mengajar Nabi ayat Tammah dan akhirnya api jin terpadam dan jin itu tersungkur.

"Seperkara lagi, jika apa yang berlaku itu adalah angkara manusia, diharap sesiapa yang terbabit segera bertaubat kerana melakukan sihir itu dosa besar lagi syirik.

"Dosa syirik menghapuskan semua amalan kebaikan kita, lebih-lebih lagi doa orang teraniaya tiada hijab," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AngkarajinIfrit/myMA/myArticle/

PD Bandar Tentera Darat atau Bandar Maksiat

Posted: 02 Oct 2010 11:18 PM PDT

Dari Blog Singalautmetro
TAUKE RESORT/KONDOMINIUM DAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON/PELATIH JURURAWAT SANGAT KAMCING. BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING. PROJEK usahasama ini sebenarnya telah lama menjadi bualan orang, terutama penduduk dan pekerja resort serta kodominium di tepi pantai Port Dickson. Projek melibatkan segelintir pelajar Politeknik Port Dickson/pelatih jururawat dan tauke tempat penginapan di pantai peranginan itu menjayakan musim penggalakan maksiat!

Setiap kali hujung minggu atau cuti semester, ada sahaja projek usahama termeterai! Banyaklah bilik yang sebahagian besarnya kosong, kembali penuh. Diskaun untuk menginap secara berpasangan, tanpa larangan datang melimpah ruah. Banyaklah pasangan terutama bermotosikal masuk kondominium yang sebahagian besarnya kelihatan seperti bangunan yang hidup segan mati tak mahu. Mereka datang berpasang-pasang, bermodalkan duit pinjaman masuk melampiaskan nafsu semahu-mahunya.

Ini bukan cerita fitnah untuk memburukkan institusi pengajian tinggi, apatah lagi untuk memburukkan anak bangsa sendiri. Minggu lalu, cerita 'rakan kongsi' ini terbongkar apabila seorang saudara lelaki menarik keluar adik perempuannya dari sebuah bilik di kondominium yang dihuni bersama teman lelakinya.

Desak punya desak, terbongkarlah cerita rupanya bukan adik perempuannya sahaja yang sering berbulan madu dengan teman lelakinya, tetapi banyak pasangan melibatkan pelajar institusi itu dengan pasangan lelaki yang telah bekerja duduk berenak-enak di kondominium itu.

Menurut cerita teman yang terlalu bengang itu, dia bertanyakan hal serupa kepada petugas yang menyewakan bilik di kondominium berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu memang perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pelajar.

Malah petugas itu mengakui pula tanpa segan silu yang perniagaannya banyak bergantung kepada kedatangan pelajar, terutama pada cuti hujung minggu atau permulaan cuti semester.

Modus operandi dalam projek usahasama menggalakkan maksiat itu rupanya jarang diketahui orang. Rupanya tauke kondominium tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di bangunan itu. Sebaliknya banyak pihak berniaga dengan memajak beberapa bilik daripada tuan punya kondominium. Bilik-bilik yang dipajak itu kemudian disewa pula kepada pasangan, termasuk pelajar politeknik dan sebuah kolej jururawat berdekatan untuk dijadikan tempat pertemuan dengan pasangan masing-masing!

Berbalik kepada saudara lelaki seorang pelajar (kini telah berhenti) politeknik tadi. Dia ternyata amat berang kerana petugas yang berniaga menyewakan bilik di kondominium itu tidak langsung mempunyai tanggungjawab sosial, sebaliknya hanya mementingkan keuntungan.

Katanya, mereka sepatutnya menegur golongan muda terutama yang sedang belajar agar tidak menyewa bilik berkenaan. Sebaliknya, sikap mereka yang kadang-kala memberi diskaun termasuk memberi sewa mengikut jam amat tidak bertanggungjawab. Ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar yang mash muda hanyut dalam gejala sosial.

Selepas ini pihak berkuasa, terutama jabatan agama negeri itu mesti bertindak lebih tegas. Periksa bilik di semua kondominium yang dari luar nampak macam bangunan tidak bernyawa. Tapi di dalamnya ada yang sedang bersenyawa!

Projek usahasama di antara golongan muda dengan tauke/pemajak bilik kondominium ini untuk merancakkan lagi kadar maksiat di Port Dickson mesti dihentikan segera.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/tauke-resortkondominium-dan-pelajar.html

Pendidikan Seks di seluruh Sekolah di Malaysia, seronoknya

Posted: 02 Oct 2010 04:29 PM PDT

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Pendidikan SEKS akan diajar diseluruh sekolah di Malaysia untuk menangani pembuangan bayi. PENDIDIKAN SEKS HANYA SEKADAR UNTUK KAWAL KES BUANG BAYI, BUKAN UNTUK MENCEGAH ZINA, BUKAN UNTUK MENCEGAH SEKS BEBAS. PENDEKATAN ISLAM DIPINGGIRKAN DI NEGARA ISLAM UNTUK MENANGANI KES BUANG BAYI.

SEMUA PIHAK SIBUK POLITIK, UMNO, PAS DAN PKR. MELAYU HANCUR BUKAN SEBAB PERPECAHAN TAPI SIBUK POLITIK TAK BERTEMPAT !

*******************

Saturday October 2, 2010
Sex education to go national

PUTRAJAYA: The Government will extend sex education in schools nationwide to address baby dumping, said Tan Sri Muhyiddin Yassin. The Deputy Prime Minister said creating an accurate understanding of reproductive health among the young was vital in reducing baby dumping.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F2%2Fnation%2F7145488

BURUK BAIK PENDIDIKAN SEKS UNTUK ORANG MELAYU, SILA BACA DI BAWAH INI :

Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil
http://amkns.blogspot.com/2010/08/objektif-utama-pendidikan-seks-ialah.html

Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/jom-ajar-pelajar-kita-berzina-cara.html

Muhyiddin sokong Pendidikan Seks Cegah Kehamilan ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/muhyiddin-sokong-pendidikan-seks-cegah.html

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-sex-di-sekolah-untuk-kurang.html

Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-seks-untuk-pelatih-plkn.html

Ahad, 3 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 03 Oct 2010 09:23 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Wang Hasil Tidak Halal telah difatwakan. Kerajaan P.Pinang lebih mengetahui & berilmu

Posted: 03 Oct 2010 06:48 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Oct 2010 09:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Lagi kes budak mati lemas di Port Dickson

Posted: 03 Oct 2010 05:11 PM PDT

Lagi kes budak mati lemas di sebuah resort di Port Dickson pada 3 Oktober 2010. Kali ini melibatkan kanak-kanak berusia 6 tahun Mohd Haqfiz Muhaimin.

Dad unknowingly finds son's body in pool
New Straits Times 4 Oct 2010

PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his own son.

Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a body in it.

Norain, however, found the body of his son, Mohd Haqfiz Muhaimin, 6.

Norain, who was at the resort to attend a school reunion, said Haqfiz, his second child, had his eyes on the pool as soon as he arrived at the resort.

"I wasn't paying attention when my son went to the pool.

"I was taking out the bags from the car while my wife and two other children had gone to the chalet," said Norain, a Malaysian Maritime Enforcement Agency officer in Batu Kurau, Perak.

"I heard people shouting and I ran and jumped into the pool but I did not expect to find my son lying at the bottom.

"God loved him more and we accept the fact that Haqfiz is no longer with us."

The incident occurred about 6.30pm on Saturday when the family from Parit Keroma in Muar arrived at the resort.

Norain's reunion involved 10 of his former classmates and their families.

He said Haqfiz had wanted to go to the pool but his wife, Umni Kelsom Ahmad, 31, insisted that his elder sister go with him.

"He, however, did not wait for anyone and ran to the pool. I noticed that there were three or four others in the pool.

"I tried in vain to resuscitate him."

He said he was disappointed that there was no lifeguard on duty.

Umni Kelsum said she went to the pool to look for her son but did not see him there.

"I thought he had gone to play with his friends, who are the children of my husband's former classmates," she said crying.

http://www.nst.com.my/nst/articles/10pooli/Article

Syarikat Air N.Sembilan disaman RM2.5 Juta

Posted: 02 Oct 2010 11:25 PM PDT

Saman RM2.5 juta
Sinar Harian 2 Okt 2010
SEREMBAN – Akibat melakukan kerja menanam paip air di tanah milik persendirian, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berdepan dengan tindakan saman oleh sepasang suami isteri di sini, semalam.

Pasangan itu memfailkan saman terhadap Sains di Mahkamah Tinggi, dekat sini kerana mendakwa syarikat terbabit menceroboh tanah milik mereka.

Ini berikutan syarikat terbabit didakwa menjalankan kerja-kerja menanam paip air di tanah milik pasangan berkenaan.

Plaintif pertama, Syarifah Raduwan Syed Aziz, 57, dan suaminya yang merupakan plaintif kedua, Syed Aman Syed Hassan, 72, menuntut ganti rugi sebanyak RM2.5 juta.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Rosidi Hassan & Co. di pejabat pendaftar mahkamah tersebut, 10 pagi semalam.

Sains dinamakan sebagai defendan pertama dan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban sebagai defendan kedua oleh plaintif.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8243092.asp

PD Bandar Tentera Darat atau Bandar Maksiat

Posted: 02 Oct 2010 11:21 PM PDT

Dari Blog Singalautmetro
TAUKE RESORT/KONDOMINIUM DAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON/PELATIH JURURAWAT SANGAT KAMCING. BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING. PROJEK usahasama ini sebenarnya telah lama menjadi bualan orang, terutama penduduk dan pekerja resort serta kodominium di tepi pantai Port Dickson. Projek melibatkan segelintir pelajar Politeknik Port Dickson/pelatih jururawat dan tauke tempat penginapan di pantai peranginan itu menjayakan musim penggalakan maksiat!

Setiap kali hujung minggu atau cuti semester, ada sahaja projek usahama termeterai! Banyaklah bilik yang sebahagian besarnya kosong, kembali penuh. Diskaun untuk menginap secara berpasangan, tanpa larangan datang melimpah ruah. Banyaklah pasangan terutama bermotosikal masuk kondominium yang sebahagian besarnya kelihatan seperti bangunan yang hidup segan mati tak mahu. Mereka datang berpasang-pasang, bermodalkan duit pinjaman masuk melampiaskan nafsu semahu-mahunya.

Ini bukan cerita fitnah untuk memburukkan institusi pengajian tinggi, apatah lagi untuk memburukkan anak bangsa sendiri. Minggu lalu, cerita 'rakan kongsi' ini terbongkar apabila seorang saudara lelaki menarik keluar adik perempuannya dari sebuah bilik di kondominium yang dihuni bersama teman lelakinya.

Desak punya desak, terbongkarlah cerita rupanya bukan adik perempuannya sahaja yang sering berbulan madu dengan teman lelakinya, tetapi banyak pasangan melibatkan pelajar institusi itu dengan pasangan lelaki yang telah bekerja duduk berenak-enak di kondominium itu.

Menurut cerita teman yang terlalu bengang itu, dia bertanyakan hal serupa kepada petugas yang menyewakan bilik di kondominium berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu memang perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pelajar.

Malah petugas itu mengakui pula tanpa segan silu yang perniagaannya banyak bergantung kepada kedatangan pelajar, terutama pada cuti hujung minggu atau permulaan cuti semester.

Modus operandi dalam projek usahasama menggalakkan maksiat itu rupanya jarang diketahui orang. Rupanya tauke kondominium tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di bangunan itu. Sebaliknya banyak pihak berniaga dengan memajak beberapa bilik daripada tuan punya kondominium. Bilik-bilik yang dipajak itu kemudian disewa pula kepada pasangan, termasuk pelajar politeknik dan sebuah kolej jururawat berdekatan untuk dijadikan tempat pertemuan dengan pasangan masing-masing!

Berbalik kepada saudara lelaki seorang pelajar (kini telah berhenti) politeknik tadi. Dia ternyata amat berang kerana petugas yang berniaga menyewakan bilik di kondominium itu tidak langsung mempunyai tanggungjawab sosial, sebaliknya hanya mementingkan keuntungan.

Katanya, mereka sepatutnya menegur golongan muda terutama yang sedang belajar agar tidak menyewa bilik berkenaan. Sebaliknya, sikap mereka yang kadang-kala memberi diskaun termasuk memberi sewa mengikut jam amat tidak bertanggungjawab. Ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar yang mash muda hanyut dalam gejala sosial.

Selepas ini pihak berkuasa, terutama jabatan agama negeri itu mesti bertindak lebih tegas. Periksa bilik di semua kondominium yang dari luar nampak macam bangunan tidak bernyawa. Tapi di dalamnya ada yang sedang bersenyawa!

Projek usahasama di antara golongan muda dengan tauke/pemajak bilik kondominium ini untuk merancakkan lagi kadar maksiat di Port Dickson mesti dihentikan segera.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/tauke-resortkondominium-dan-pelajar.html

DUN CHINI

Posted: 03 Oct 2010 07:22 PM PDT

DUN CHINI


PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI RAYA DUN CHINI N23

Posted: 03 Oct 2010 07:04 PM PDT
















Dr Azman Ibrahim

Posted: 03 Oct 2010 07:02 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Umno Besut Tak Cerdik?

Posted: 02 Oct 2010 08:59 PM PDT

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan

Posted: 03 Oct 2010 07:01 PM PDT

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan


Masalah Perparitan Sekitar Perumahan awam Kuala Kedah

Posted: 03 Oct 2010 09:23 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Oct 2010 03:16 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KENYATAAN SERIUS DARI CEO BN TAU!

Posted: 03 Oct 2010 01:47 AM PDT

Pelabur risau datang kerana rasuah

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS memandang serius apabila Tan Sri Azman Hashim menyebut kos tinggi rasuah adalah penyumbang kepada sebab pelabur risau datang ke negara ini.

"Jika selama ini pihak pemimpin Umno BN hanya menganggap adalah fitnah pembangkang semata-mata, sekarang kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peniaga yang terkenal di negara ini adalah bukti mengapa keadaan ekonomi negara kita dipandang serong oleh pelabur," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang telah berusaha untuk menunjukkan prestasi yang baik dengan memerangi rasuah dan salah urus tadbir di negara ini.

"Maka tidak hairan kepada kita pelabur begitu yakin untuk datang walaupun berlainan ideologi dengan kerajaan Pusat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pelabur, katanya tidak kira apa pegangan ideologi kepada sebuah kerajaan, asalkan iklim pelaburan yang aman daripada rasuah.

Menurutnya, masalah rasuah jika tidak diatasi segera ia akan menjadi barah kepada ekonomi negara ini.

Maka sebab itulah, katanya rakyat mesti memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah peringkat Pusat, berdasarkan pencapaian cemerlang dan berjaya meyakinkan pelabur kerana tidak ada rasuah dan tumbuk rusuk.

Beliau menambah, PAS juga bersetuju dengan kenyataan Azman supaya menghentikan mempolitik bangsa dan agama kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan pelabur.

Azman selaku Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana pada Forum CEO yang dianjurkan oleh yayasan itu menarik minat 400 peserta dari industri berkenaan.

Selain mempolitikkan bangsa dan agama, Azman berkata cabaran kritikal terhadap Wawasan 2020 adalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah akibat "polisi yang kerap-kali ditukar" dan "kos tinggi rasuah".

Idris berkata, PAS sebagai sebuah parti yang mendahulukan keamanan dan kedamaian mengesa semua pihak untuk mengambil nasihat yang dikemukakan oleh tokoh veteran bank di negara ini supaya negara ini berada di atas landasan yang baik.

"Usahlah bermain dengan politik perkauman, yang dianggap tidak sesuai lagi," katanya.

PAS, tegasnya tetap memperjuangkan konsep yang universal seperti yang diajar oleh ajaran Islam tanpa perlu adanya diskriminasi dengan membantu mereka yang wajib dibantu walaupun berlainan bangsa, ideologi dan agama.

"Inilah politik keharmonian yang dipraktikkan oleh PAS," ujarnya lagi.

Begitu juga, tambahnya dengan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris yang berpunca daripada dasar yang berubah-ubah dan kegagalan kerajaan BN yang mengatur dengan baik.

Menurutnya, apabila dasar yang dibuat lebih kepada untuk memenuhi tembolok kroni akhirnya wang rakyat hangus hampir RM5 bilion apabila pelaksanaan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris gagal.

"Inilah akibat hanya mendengar pemimpin Umno yang zero IQ dari segi pendidikan tanpa mengambil kiran bantahan daripada tokoh pendidikan di negara ini," ujarnya.

AKHIRNYA MASUK PPP BILA DAP,PKR & PAS KATA PI !

Posted: 03 Oct 2010 01:38 AM PDT


Terdapat satu maklumat yang mengatakan bahawa Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh yang mengumumkan keluar Democratic Action Party (DAP) pada 15 Jun 2010 yang lalu akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Sama ada maklumat yang kami perolehi ini betul atau salah, tunggu saja pengumuman secara rasmi yang akan dibuat hari ini, 3 Oktober 2010.

Malaysiakini melaporkan tindakannya keluar parti beberapa bulan lepas: Keshvinder kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada akhbar atas talian itu lagi.

PENGERUSI SYABAS CONTOH TERBAIK ?

Posted: 02 Oct 2010 11:24 PM PDT

Memang elok benor kalau Struktur gaji Pengerusi Syabas dikajiperiksa adakah gajinya setimpal dengan bakat dan tugasnya?

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kerajaan akan mewujudkan langkah-langkah bagi memastikan struktur gaji di Malaysia setara dengan nilai sebenar bakat seseorang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Saya berpendapat bakat sumber manusia di Malaysia mempunyai nilai di bawah pasaran. Maka, kami perlu mencari satu mekanisme, yang boleh meningkatkan tahap gaji di negara ini," katanya.

Ini merupakan antara langkah-langkah yang akan diambil kerajaan bagi menarik diaspora rakyat Malaysia, kata beliau ketika diwawancara Martin Soong dalam rancangan The CNBC Conversation.

Najib berkata, kerajaan juga akan mengumumkan beberapa perkara penting sedikit masa lagi dalam hal pengwujudan Talent Corporation (perbadanan bakat) yang akan menarik rakyat Malaysia yang berada di luar negara, untuk menggalakkan mereka kembali berkhidmat di negara ini.

Daripada segi untuk mengurangkan pengaliran keluar dana, beliau berkata, setakat ini, terdapat beberapa petunjuk awal yang positif.

"Dalam suku pertama tahun ini, aliran kekayaan adalah sedikit sebanyak setara. Ini adalah satu petanda baik. Kemungkinannya adalah sudah wujud lebih keyakinan dan semakin jelas daripada segi hala tuju negara ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata perolehan kerajaan kini adalah berdasarkan kepada tender terbuka atau terhad.

Sebagai sebahagian daripada tindakan besar yang diinstitusikan oleh kerajaan bagi membanteras rasuah, beliau berkata proses secara rundingan terus telah banyak berkurangan.

Beliau berkata, kerajaan akan terus komited untuk membanteras rasuah, yang menjadia sebahagian besar agenda nasional dan Program Transformasi Kerajaan(GTP).

"Kami akan mengukuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi kami perlu menghasilkan lebih banyak keputusan, iaitu sabitan. Ini adalah satu proses, satu perjalanan, kami komited melakukannya (membanteras rasuah). Kami pastinya akan memfokuskan kepada bagaimana hendak melaksanakannya," kata Najib. - Bernama

KALAU ORANG HILANG NI LESAP DI BANTING, PASTI KENA TUAM DENGAN 'PEGUAM'

Posted: 02 Oct 2010 04:22 PM PDT

Yang teman tau, Soosai ni pernah jadi orang hilang di India, tapi boleh timbul semula tapi rupanya hilang buat hal dengan membunuh dan menipu. Memang nasib baik dia hilang di India, kalu hilang di Malaysia iaitu di Banting 'for sure' kulluhum orang tua-tua kata.
Polis India Dakwa Michael Soosai Minggu depan.
CHENNAI, 2 OKT: Polis di selatan India telah mengumpul bukti kukuh untuk mendakwa Michael Soosai, yang terkenal kerana kegiatan penipuannya, atas tuduhan membunuh seorang pemandu lori berasal dari Malaysia di Chennai pada 2004.
Soosai, 47, yang menjadi buruan polis Malaysia dan Interpol selama hampir satu dekad, dipercayai membunuh N. Subramaniam di Cheyyur, berhampiran daerah Kanchipuram, Tamil Nadu, berikutan perbalahan keluarga.
"Semua proses mahkamah sedang diambil dan Soosai akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. Mungkin dalam masa seminggu lagi," kata Penolong Pesuruhjaya Polis M. Selvarajan kepada Bernama hari ini.
Polis bandar raya ini telah menjalankan siasatan lanjut tentang kegiatan jenayah Soosai, yang ditangkap di sebuah hotel di Chennai pada awal September tahun ini bersama isterinya Rajeswari.
Apabila polis menggeledah rumahnya di negeri Andra Pradesh baru-baru ini, tempat di mana Soosai menjalankan kegiatan penipuannya, para penyiasat menemui lebih banyak dokumen palsu.

"Kami menjumpai tiga sijil kelahiran anak-anaknya, yang semuanya dipalsukan. Dokumen ini kononnya dikeluarkan Pihak Berkuasa Perbandaran Hyderabad, tapi apabila kami buat pemeriksaan, semuanya palsu.
"Namanya dalam sijil kelahiran ialah Rajasingam. Kami juga sedang menyiasat akaun banknya dengan sebuah bank India di sini," kata pegawai polis itu.
Polis Coimbatore berkata Soosai telah mendapatkan khidmat seorang peguam India dan memohon dibenarkan diikat jamin, tetapi ditolak oleh mahkamah.
"Kami membantah keras permohonannya untuk diikat jamin, dia ada enam kes, lima perbuatan menipu dan satu melakukan pembunuhan," kata Selvarajan.
Soosai dan Rajeswari masih ditahan di penjara Coimbatore.
Lelaki berkenaan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia kerana melakukan sekurang-kurangnya 20 kes penipuan, kebanyakannya melalui pemalsuan cek.
(Bernama)

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 03 Oct 2010 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Gambar Hari Kedua Ijtima Tarbawi

Posted: 02 Oct 2010 05:37 PM PDT

 7000 orang hadir bersama forum Mursyidul Am
 Sambutan dari orang kampung
 Memenuhi setiap ruang termasuk bawah khemah peniaga


 Kuliah Subuh oleh Ketua Pemuda Pusat

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 03 Oct 2010 11:07 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman

Posted: 02 Oct 2010 08:03 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Oct 2010 11:04 AM PDT

Batu Gajah Mari


Sekitar Hi-Tea bersama Mat Sabu di Markas PAS Kampar

Posted: 02 Oct 2010 09:47 PM PDT

PAS Kawasan Kampar telah mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Pimpinan di Markas PAS Kawasan Kampar. Pemimpin jemputan Khas yang diundang ialah Ajk PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu. Kira-kira 100 orang telah menghadiri majlis tersebut. Turut hadi ialah Adun Keranji YB Chen Fok Chai dan pengarah pilihanraya PKR Perak, Tuan Haji Ismail Yusof.







pemuda Kampar

Adun Keranji menyampaikan ceramah dengan penuh semangat

Tuan Haji Ismail Yusof memberi ceramah

kehadiran Tuan Haji Mat Sabu



Mat Sabu memberi ceramah




jamuan rakyat

rakyat berkesempatan beramah mesra bersama pemimpin

Bertandinglah Perkasa kalau berani..

Posted: 02 Oct 2010 06:24 PM PDT

SHAH ALAM Okt - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dicabar untuk meminta Umno membenarkan badan itu meletakkan calonnya di pilihan raya kecil Galas, sekiranya benar mereka popular dan memperjuangan membela orang Melayu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang melontar cabaran itu kepada Presiden APerkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu sentiasa mendabik dada bahawa pertubuhannya mendapat sokongan pada pengundi Melayu.

"Kalau benarlah dakwaan beliau, buktikan, jangan cakap sahaja. Letak calon di Galas dan kalau tak menangpun setidak-tidaknya cubalah dapat balik wang deposit pilihan raya, itu pun sudah cukup," kata Khlaid ketika ditemui media tegas Khalid di majlis jamuan rumah terbuka PAS Shah Alam, Seksyen 24 petang tadi.

Tambah beliau, oleh kerana majoriti penduduk DUN Galas adalah orang Melayu kerusi itu pernah menjadi kubu kuat Umno satu ketika dulu, Perkasa sepatutnya tidak berasa gentar untuk meletakkan calonnya di kawasan tersebut.

"Saya nak tengok Perkasa buktikan bahawa apa yang mereka katakan sebagai pejuang kepentingan orang Melayu itu benar. Jangan takut, tunjukkan kepada rakyat orang Melayu menyokong Perkasa," ujar Khalid.

Katanya lagi, Ibrahim yang seringkali melaungkan bahawa beliaulah pejuang Melayu tulen tidak perlu takut kerana Galas adalah tempat paling sesuai bagi membuktikan dakwaannya selama ini.

"Biarlah dia bertanding di situ dan kita lihat sejauh mana dakwaan Perkasa mewakili orang Melayu dan memperjuangkan orang Melayu itu diterima oleh orang Melayu," kata beliau.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Oct 2010 09:20 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PD Bandar Tentera Darat atau Bandar Maksiat

Posted: 02 Oct 2010 11:23 PM PDT

Dari Blog Singalautmetro
TAUKE RESORT/KONDOMINIUM DAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON/PELATIH JURURAWAT SANGAT KAMCING. BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING. PROJEK usahasama ini sebenarnya telah lama menjadi bualan orang, terutama penduduk dan pekerja resort serta kodominium di tepi pantai Port Dickson. Projek melibatkan segelintir pelajar Politeknik Port Dickson/pelatih jururawat dan tauke tempat penginapan di pantai peranginan itu menjayakan musim penggalakan maksiat!

Setiap kali hujung minggu atau cuti semester, ada sahaja projek usahama termeterai! Banyaklah bilik yang sebahagian besarnya kosong, kembali penuh. Diskaun untuk menginap secara berpasangan, tanpa larangan datang melimpah ruah. Banyaklah pasangan terutama bermotosikal masuk kondominium yang sebahagian besarnya kelihatan seperti bangunan yang hidup segan mati tak mahu. Mereka datang berpasang-pasang, bermodalkan duit pinjaman masuk melampiaskan nafsu semahu-mahunya.

Ini bukan cerita fitnah untuk memburukkan institusi pengajian tinggi, apatah lagi untuk memburukkan anak bangsa sendiri. Minggu lalu, cerita 'rakan kongsi' ini terbongkar apabila seorang saudara lelaki menarik keluar adik perempuannya dari sebuah bilik di kondominium yang dihuni bersama teman lelakinya.

Desak punya desak, terbongkarlah cerita rupanya bukan adik perempuannya sahaja yang sering berbulan madu dengan teman lelakinya, tetapi banyak pasangan melibatkan pelajar institusi itu dengan pasangan lelaki yang telah bekerja duduk berenak-enak di kondominium itu.

Menurut cerita teman yang terlalu bengang itu, dia bertanyakan hal serupa kepada petugas yang menyewakan bilik di kondominium berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu memang perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pelajar.

Malah petugas itu mengakui pula tanpa segan silu yang perniagaannya banyak bergantung kepada kedatangan pelajar, terutama pada cuti hujung minggu atau permulaan cuti semester.

Modus operandi dalam projek usahasama menggalakkan maksiat itu rupanya jarang diketahui orang. Rupanya tauke kondominium tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di bangunan itu. Sebaliknya banyak pihak berniaga dengan memajak beberapa bilik daripada tuan punya kondominium. Bilik-bilik yang dipajak itu kemudian disewa pula kepada pasangan, termasuk pelajar politeknik dan sebuah kolej jururawat berdekatan untuk dijadikan tempat pertemuan dengan pasangan masing-masing!

Berbalik kepada saudara lelaki seorang pelajar (kini telah berhenti) politeknik tadi. Dia ternyata amat berang kerana petugas yang berniaga menyewakan bilik di kondominium itu tidak langsung mempunyai tanggungjawab sosial, sebaliknya hanya mementingkan keuntungan.

Katanya, mereka sepatutnya menegur golongan muda terutama yang sedang belajar agar tidak menyewa bilik berkenaan. Sebaliknya, sikap mereka yang kadang-kala memberi diskaun termasuk memberi sewa mengikut jam amat tidak bertanggungjawab. Ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar yang mash muda hanyut dalam gejala sosial.

Selepas ini pihak berkuasa, terutama jabatan agama negeri itu mesti bertindak lebih tegas. Periksa bilik di semua kondominium yang dari luar nampak macam bangunan tidak bernyawa. Tapi di dalamnya ada yang sedang bersenyawa!

Projek usahasama di antara golongan muda dengan tauke/pemajak bilik kondominium ini untuk merancakkan lagi kadar maksiat di Port Dickson mesti dihentikan segera.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/tauke-resortkondominium-dan-pelajar.html

KHIDMAT MERU

Posted: 03 Oct 2010 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


KEJOHANAN BOWLING PIALA YB DR RANI

Posted: 03 Oct 2010 07:10 AM PDT









Satu Kejohanan Bowling Piala YB Dr Rani telah di adakan di Klang Parade.

Seramai 15 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang bermula dari jam 9.30 pagi dan berlanjutan sehingga jam 2 petang.

Antara peserta yang mengambil bahagian adalah dari DUN Meru, Selat Klang, Sementa dan Sungai Pinang.
YB Dr Rani berharap kejohanan tersebut dapat di laksanakan setiap tahun bagi memantapkan lagi ukhuwwah sesama ahli di samping memupuk semangat bersukan di kalangan mereka.

i n t a n h i j a u

Posted: 03 Oct 2010 07:11 AM PDT

i n t a n h i j a u


PELBAGAI KAUM HADIR RUMAH TERBUKA PAS CICELY

Posted: 02 Oct 2010 07:31 AM PDT



TELUK INTAN, 2 Oktober - Rumah terbuka masih diadakan walaupun syawal hampir ke penghujungnya. Petang tadi, PAS Cawanan Batu 3/Cicely denga kerjasama Kelab Penyokong PAS Teluk Intan telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri. Majlis telah diadakan di Bilik Gerakan UPU Cicely.

Apa yang menariknya ialah kehadiran yang begitu ramai kaum bukan Melayu ke majlis tersebut. Sememangnya Taman Cicely mempunyai peratusan bilangan kaum bukan Melayu yang tinggi.


Ucapan daripada YB....


Ucapan YDP..


Ucapan daripada wakil Kelab Penyokong PAS dari Bagan Serai.

Kehadiran orang ramai yang berbilang kaum pada majlis rumah terbuka itu membuktikan bahawa kaum bukan Melayu masih lagi bersama-sama PAS dan PR. Melayu, Cina dan India duduk makan bersama serta berbual mesra membuktikan keharmonian kaum tidak memerlukan konsep 1Malaysia untuk direalisasikan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, AJK PAS Kawasan dan pimpinan PAS cawangan-cawangan.


AJK cawangan menyambut kehadiran sebuah keluarga India.


Memilih juadah raya.

Turut memeriahkan suasana ialah kehadiran pimpinan Kelab Penyokong PAS serta ahli-ahlinya. Lebih mengkagumkan ialah dengan kehadiran rombongan Kelab Penyokong PAS Bagan Serai.

Antara yang menyampaikan ucapan ialah YDP PAS Teluk Intan, ADUN Changkat Jong, Ketua PAS Cawangan Cicely Sdr. Ahmad Kabir Mahdin dan wakil Kelab Penyokong PAS.


Isteri YB turut hadir.


Sdr. Haruddin, bendahari cawangan melayani tetamu.




Bekas nasi pun ada bulan...


YB Anuar beramah mesra dengan Wak Jamal.


Kerjasama menentukan kejayaan...

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 03 Oct 2010 03:13 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


SURAU AL- HAQ LANCAR PROGRAM KITAR SEMULA

Posted: 02 Oct 2010 09:08 AM PDT

Saya sungguh teruja apabila Surau Al-Haq menjemput saya meresmikan program kitar semula dikalangan kariah surau. Tahniah kepada pengerusi surau, Lt Kolonel Mohd Tayazi dan AJK nya.

Mereka berjaya mengerakkan ahli kariah untuk menghimpun kertas dan plastik untuk kitar semula dan pada masa yang sama menambah dana surau dengan menjual bahan-bahan tersebut. Insyaallah, saya diberitahu mereka akan mengumpulkan bahan-bahan kitar semula ini sebulan sekali. Sebenarnya banyak sungguh idea yang telah dijanakan untuk memastikan bumi (yang kita pinjam anak cucu kita) ini dapat kita selamatkan dan pulihkan jika kita mempunyai sikap mesra alam.

Tidak susah untuk kita membantu memelihara alam sekitar. Saya butirkan apa yang terlintas dikepala saya sahaja kali ini dan dapat kita amalkan bersama, bermula dengan diri sendiri:

1)jangan buang sampah merata tempat. Simpan sampah dlm poket sendiri/dlm beg/dlm kereta sehingga bertemu dgn tong sampah. Jangan buang, walau pun puntung rokok, ke luar kereta. Tidak macho begitu walaupun bawa kereta mewah!

2)Sisihkan sampah mengikut kategori di rumah dan di tempat kerja anda. Kalau di rumah sisa makanan, kulit buahan dan seumpamanya boleh dikompos untuk menjadi baja. Minyak masak yang terpakai (digunakan untuk menggoreng beberapa kali) juga boleh dikitar semula. Boleh menjana pendapatan dari bahan-bahan terbuang ini.

3)Untuk membeli belah, kurangkan menggunakan beg plastik, bawalah beg mesra alam yang boleh dipakai ulang kali. Pastikan ada beg-beg ini di dalam kereta anda setiap masa.

4)Guna pinggan mangkuk pakai buang (disposable) yang mesra alam yang diperbuat dari hampas tumbuhan (tebu). Jika di tanam akan hancur menjadi baja (biodegradable) dalam masa dua bulan. Pinggan mangkuk atau pembungkus makanan dari styrofoam atau plastik mengambil masa bertahun-tahun untuk hancur. Cacing pun tak boleh makan bahan ini!

5)Jika menggunakan bekas makanan plastik atau styrofoam, cuba kurangkan penggunaannya. Guna setakat yang perlu. "Caterer" majlis jamuan memberitahu saya yang jumlah bekas makanan biasanya 3 kali jumlah jemputan. Bayangkan jika jemputan anada 500 orang, dia perlu menyiapkan 1500 keping pinggan dan 1500 keping gelas! Belum masuk sudu dan garfu atau mangkuk. Jangan oleh kerana bahan-bahan ini murah, maka kita membazir dalam penggunaannya.

6)Kain rentang atau baner dari PVC boleh dijahit menjadi beg-beg untuk ke pasar yang tahan lama.

7)Menghijaukan bumi dengan menanam pokok-pokok untuk menggantikan pokok-pokok yang manusia tebang dengan meluas di seluruh dunia.

8)Jangan mencemarkan sungai-sungai dan parit-parit kita dengan sampah. Kalau pergi berkelah tu bawalah balik sampah tu.

Harapan saya surau-surau dan masjid dalam kawasan Kota Raja akan mengikut jejak langkah Surau Al-Haq. Bukan sahaja dapat membantu pemuliharaan alam sekitar, tapi boleh menambah dana surau disamping lebih mengeratkan silaturrahim diantara kita.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Oct 2010 01:18 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Galas: Umno mahu hina Tengku Razaleigh?

Posted: 03 Oct 2010 11:09 AM PDT

24 Syawal 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan cadangan Tan Sri Muhyidin Yassin agar Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon BN di Galas adalah satu penghinaan kepada Ketua Umno Gua Musang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, tindakan Umno itu juga adalah cubaan menghilangkan pengaruh Tengku Razaleigh yang dahulunya satu nama besar dalam sejarah Umno.

"Cadangan ini satu penghinaan kepada Ku Li selepas jadi menteri kini di minta duduk dalm Dun jadi Adun pembangkang pula," katanya.

Bagi beliau, nilai Razaleigh adalah jawatan Perdana Menteri dan tidak layak untuk jawatan yang lebih rendah daripada itu.

Oleh itu, apabila Muhyidin mencadangkan beliau menjadi calon, ia bukan untuk kepentingan Ku Li tetapi menjaga kepentingan politik Umno semata-mata.

"Muhyidin ingat Ku Li boleh menyelamatkan maruah Umno tetapi dalam masa yang sama dia tidak sedar ini satu penghinaan kepada Ku Li," kata Hatta lagi.

Selepas dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Dun Galas, Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dicadangkan menjadi calon pula.

Ini kerana, kata beliau, Muhyidin yakin hanya Razaleigh yang boleh memenangkan Umno dalam pilihan raya kecil ini.

Sehingga kini, Razaleigh yang masih berada di luar negara belum memberi sebarang respons sama ada menerima cadangan berkenaan atau sebaliknya.

Bagi PAS pula, mereka kini sudah mengenal pasti calon yang bakal diketengahkan dan senarai pendek calon akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatan kuasa parti petang esok.


Tengku Razaleigh calon BN di Galas tidak wajar: Nik Aziz

Posted: 03 Oct 2010 11:07 AM PDT

24 Syawal 1431H.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.

Menteri Besar Kelantan itu, menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni," katanya.


Tok Guru ‘Gilo’ Di Sekolah Padang Luas, Jerteh

Posted: 03 Oct 2010 10:38 AM PDT

24 Syawal 1431H
Dr. Azman Ibrahim

Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar 'klentong' penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau
mengikut poster yang tersebar bertajuk 'DAP Anti Islam'.

Entah

apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP. Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa'amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat. Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That's not my business. Ketika saya tiba 'Tok Guru' ini sedang berceramah.

Entah

berapa upah yang diterimanya malam tadi sehingga begitu bersemangat sekali 'Tok Guru' ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini. Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan 'gilo' (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan 'gilo' diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. "Baso gilo", "puak-puak gilo", "jenis gilo", "orang gilo", "Nik Aziz gilo", "gilo nok jadi PM", "menate gilo", "kena masuk hospital gilo", "penyakit gilo", "pemimpin gilo" dan macam-macam lagi jenis 'gilo' yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah 'Tok Guru' ni?

Rupanya benar sebagaimana

pernah dikhabarkan seorang sahabat dari Dewan Pemuda Pas Kelantan bahawa 'Tok Guru' ini pernah 'berfatwa' dalam satu ceramahnya di atas pentas UMNO di Tumpat. "Tuan-tuan sokonglah Umno. Ambo beri jaminan siapa yang sokong Umno, dia akan selamat dunia akhirat." Begitulah taksubnya 'Tok Guru' ini dengan Umno. Semalam dia kata "kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti." Ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah 'Tok Guru' ni?

Malangnya

Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang mengambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya. Intipati ceramahnya cuba untuk mengambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini. "Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo." Seranah 'Tok Guru' ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin. Mungkin tak sampai maklumat kepada dia, Umnolah yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada SAR.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab memberikan semula bantuan kepada SAR termasuklah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan kerajaan kafir harbi. Masih saya ingat, Saudara Misbah, bekas Setiausaha Politik MB Perak memaklumkan bahawa Dato' Ngeh Kho Ham, Pengerusi DAP Perak telah mencadangkan di dalam satu mesyuarat EXCO supaya diluluskan pemberian tanah 100 ekar kepada Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu supaya boleh diusahakan dan menjadi sumber ekonomi kepada pusat pengajian Islam ini. Sedangkan Allahyarham Pok Teh, Tok Guru Pondok ini yang telah kembali kerahmatullah beberapa hari lepas telah belasan tahun memohon tanah tersebut dari kerajaan Umno tetapi tidak dilayan, padahal Pok Teh adalah ahli majlis fatwa Negeri Perak.

Disamping kerajaan PR Perak telah memberikan hak milik Tanah kepada orang Cina, penduduk Kampung Baru yang dah hampir 2 generasi tinggal di situ tanpa dapat hak milik, Kerajaan PR Perak juga telah mengurniakan hak milik tanah kepada orang Melayu di Kampung Tersusun dengan jumlah yang jauh lebih banyak berbanding kepada orang Cina.

Buku Sejarah

Melayu Tingkatan Lima dibawanya dan ditujukkan kepada hadirin, "inilah dia rujukan Perlembagaan Malaysia yang telah dipertahankan oleh Umno puluhan tahun tapi dirosakkan oleh DAP, PAS dan PKR." Disambut dengan tepukan dan paluan gendang pemuda Umno. Saya sekadar ketawa di dalam hati. Kenapa Idris Jusoh tak bekalkan dia Buku Perlembagaan yang sebenar walaupun sekadar untuk ditunjukkan kepada hadirin sebab kalau baca pun belum tentu dia boleh faham. "Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang melayu, DAP ni kafir harbi yang menentang Negara Islam. Pemimpin DAP kata, nak tubuh Negara Islam, langkah mayat dia dulu! Gilonya pemimpin PAS sehingga baca doa untuk orang kafir harbi dalam khutbah Jumaat. Memang gilo sungguh!" Ujarnya, mungkin merujuk kes doa untuk YAB Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang dah diperjelaskan secara panjang lebar, bagaimana hukum berdoa untuk orang bukan Islam dan dah lama selesai. Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi. "Kalu kita lok (biar) Negara kita kepada puak-puak gilo ni, jawabnya orang Melayu akan jadi serupa Melayu Singapura. Hilang dari muka bumi." Akhir sekali dia 'berwasiat'. "Kita kena beri sokongan padu kepada Dato' Seri Idris, Dato' Abdullah Mohd Zain dan pastikan puak-puak gilo ni tak dapat walaupun satu undi dalam pilihanraya akan datang."

Astaghfirullah, begini sekali rendahnya akhlak dan peribadi 'Tok Guru' ni dan butanya dia dengan maklumat semasa. Nak banding dengan Tok Guru Nik Aziz yang dikatakannya 'gilo', jauh bumi dengan langit.

Moralnya, hinanya manusia yang menjadi penjilat kebatilan.

Dewan Pemuda PAS Sarawak

Posted: 03 Oct 2010 01:12 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Sarawak


Keadaan Tun Mahathir stabil

Posted: 02 Oct 2010 12:09 PM PDT

Oleh MAHATHIR JAMILmahathir.jamil@kosmo.com.my TUN MAHATHIR bersama Tun Dr. Siti Hasmah selepas beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN Kuala Lumpur pada 2007. KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Beliau yang menghidap selesema dan batuk dimasukkan ke [...]

Nik Aziz: Tak merokok antara kriteria jadi calon PAS di Galas

Posted: 02 Oct 2010 11:52 AM PDT

October 02, 2010 KOTA BARU, 2 Okt — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara kriteria calon PAS bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah kalangan mereka yang diterima penduduk seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan. "Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk [...]

Tabung Haji mungkin naikkan tambang haji tahun depan

Posted: 02 Oct 2010 11:42 AM PDT

October 02, 2010 YAN, 2 Okt – Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji kenaikan kadar menyeluruh tambang haji bagi tahun depan daripada pelbagai aspek. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kajian itu berikutan kenaikan kos penginapan dan tempat tinggal untuk jemaah haji di Mekah. Menurut laporan, kerajaan Arab Saudi [...]

Isteri bekas PM Singapura Kuan Yew meninggal dunia

Posted: 02 Oct 2010 11:41 AM PDT

TERKINI @ 09:45:52 PM 02-10-2010 October 02, 2010 SINGAPURA, 2 Okt — Isteri kepada bekas perdana menteri Lee Kuan Yew meninggal dunia di sini petang ini. Kwa Geok Choo, 89, yang juga ibu kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.40 petang tadi. Kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri menyebut, istiadat memberi [...]

Umno BN tidak tentang judi tapi lulus lesen

Posted: 02 Oct 2010 11:39 AM PDT

Mohd Ali Hashim TASEK GELUGOR, 2 Okt: Sepanjang perjuangan dalam politik negara, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menentang kewujudan judi dalam negara ini. Sejak menerajui negara, Umno dan BN banyak meluluskan lesen judi seperti Toto, Magnum, Empat Nombor Ekor, Genting dan juga kilang arak seperti Carlsberg serta rumah-rumah urut. Menurut Ahli Jawatankuasa PAS [...]

Galas: Muslimat Kelantan sedia galas tanggungjawab

Posted: 02 Oct 2010 11:32 AM PDT

Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 2 Okt: Dewan Muslimat PAS Kelantan telah bersedia untuk 'menggalas' tanggungjawab di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti. Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan yang sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya, bukan setakat pilihan raya kecil Dun Galas, sebaliknya Pilihan [...]

Nik Aziz: Cadangan calon, rendahkan darjat Ku Li

Posted: 02 Oct 2010 11:15 AM PDT

Sumber MalaysiaKini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai tidak wajar. Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin [...]

Pengikut