Selasa, 15 April 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 14 Apr 2014 03:17 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dibelasah selepas tegur rakan lakukan mukaddimah zina

Posted: 14 Apr 2014 07:01 AM PDT

Gambar hiasan
Niat baik seorang wanita cuba menasihati rakannya supaya tidak membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa didiami dibalas dengan derita apabila dia cedera teruk ditendang dan dipijak berulang kali.

Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 28 tahun cedera di kepala dan badan selepas diserang rakan serumahnya itu di Pandan Indah, di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur di biliknya terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu.

Menurutnya, mangsa yang membuka pintu bilik terkejut apabila terserempak seorang lelaki dipercayai kekasih rakan serumahnya itu.

"Mangsa kemudian memanggil rakan serumahnya itu sebelum menegur perbuatan dosa berkenaan.

Teguran itu bagaimanapun menyebabkan suspek tidak berpuas hati.

"Suspek yang berusia 20-an memaki hamun namun mangsa hanya mendiamkan diri," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak menumbuk dan menendang mangsa sambil diperhatikan teman lelakinya itu.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut memijak kepala dan perut mangsa sebaik mangsa terjatuh.

Mangsa cuba merayu supaya tidak diapa-apakan namun rayuannya tidak diendahkan.

"Suspek dikatakan memukul mangsa hampir 10 minit sebelum berhenti sebaik ditenangkan teman lelakinya itu.

Pasangan itu kemudian bergegas meninggalkan rumah itu," katanya.

Katanya, suspek mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya dia masih mencampuri urusannya.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dibawa rakan lain ke Hospital Ampang (HA), di sini," katanya.

"Mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

DAP lobi 46 ahli parlimen bukan Islam tentang hudud Pas

Posted: 14 Apr 2014 06:01 AM PDT

Hasrat Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk melobi 87 ahli Parlimen beragama Islam bagi menyokong usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan bakal mendapat tentangan DAP.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar), berkata setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4).

"Seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS.

"Kami memerlukan sokongan 25 ahli Parlimen lagi melalui cara melobi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam bagi menyokong kami membantah rang undang-undang ini," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Segambut, hari ini.

Usul persendirian hudud yang akan dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS akan dapat ditentang DAP sekiranya mereka mendapat sokongan melebihi dua pertiga ahli Parlimen iaitu seramai 75 orang.

Annuar pada Sabtu menyatakan kesediaannya untuk melobi ahli Parlimen Umno selain sebelumnya pernah menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang persendirian hudud.

"Jika PAS ingin membawa perkara ini melalui undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan dan saya sedia melobi ahli Parlimen Umno supaya menyokong.

"Saya sudah bercakap dengan sebahagian besar ahli parlimen Umno dan mereka positif menyokong," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Lim berkata usaha melobi ahli parlimen bukan Islam BN bukan sahaja digerakkan DAP malah oleh parti komponen BN sendiri.

"Usaha ini tidak dilakukan sendirian. Kami akan menggesa ahli parlimen MCA dan MIC untuk sama-sama memujuk ahli parlimen BN yang lain," katanya.

Thomas berkata usaha melobi itu akan dilaksanakan pada masa terdekat dan mereka kini dalam proses mengumpulkan maklumbalas dan membuat persediaan.

Ketika ditanya adakah MCA pernah menyatakan sokongan secara peribadi untuk menentang hudud, Lim berkata: "MCA menyatakan dalam media beberapa kali tujuh ahli parlimennya tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian hudud.

"Saya juga difahamkan Gerakan dan MIC turut tidak menyokong usul itu," katanya.

Lim berkata berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali semalam, apa yang difahami kesemua ahli parlimen PKR turut akan memberi tentangan terhadap hudud.

"Menurut kenyataan Azmin apabila ditanya media, beliau berkata PKR akan mengikut apa yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerangka dasar bersama.

"Maknanya PKR tidak bersetuju PAS membawa usul persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan untuk dibawa ke Parlimen," katannya.

Azmin ketika ditemui media semalam berkata PR tetap tidak akan berganjak dengan pendiriannya mengenai isu hudud seperti yang dipersetujui melalui konsensus antara DAP-PAS-PKR sejak 2011.

Katanya, pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedia ada kekal dan sudah dipersetujui semua pihak.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata sehingga kini PR masih menunggu penjelasan PAS Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu. – 14 April, 2014.

Alasan jumpa bakal mertua, gadis dirogol teman lelaki

Posted: 14 Apr 2014 01:36 AM PDT

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun diperdaya kononnya mahu dibawa berkenalan dengan bakal keluarga mentua sebelum dirogol teman lelakinya di sebuah pangsapuri di Pandan Indah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek berusia lewat 20-an memberi alasan dan memujuk mangsa kononnya mahu dibawa pulang ke rumah untuk dipertemukan dengan ahli keluarganya.

Menurut sumber, mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek sejak tiga minggu lalu melalui media sosial 'WeeChat' sebelum membuat temu janji.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya bertemu dengan lelaki terbabit berhampiran kawasan perumahannya di Serdang, Selangor.

"Mereka kemudian berbual seketika sebelum suspek mengajak mangsa pulang ke rumahnya dengan alasan untuk diperkenalkan kepada ibu bapa," katanya.

Katanya, mangsa yang teruja dengan dakwaan itu bersetuju mengikut teman lelaki baru dikenalinya itu.

Sumber itu berkata, mangsa yang tiba ke rumah suspek bagaimanapun terkejut apabila mendapati rumah itu tidak berpenghuni sebelum meminta supaya dihantar pulang.

"Bagaimanapun, suspek menarik tangan mangsa masuk ke dalam biliknya sebelum merogol remaja itu Mangsa cuba melawan dari diperkosa namun dipukul berulang kali oleh suspek.

"Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah selepas merogol mangsa," katanya.

Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, berhubung kejadian itu.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan pihak polis yakin lelaki terbabit akan ditahan dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

'Alah, gambar cium mulut aje, bukan romen buka baju pun...'

Posted: 14 Apr 2014 12:01 AM PDT

Astaghfirullah… kronik sangat dah generasi muda sekarang ini.

Bayangkan, gambar panas begini bukan sahaja sewenang-wenangnya dikongsikan di Facebook tanpa malu untuk tatapan orang ramai, malah mendapat LIKE sampai ratusan pula.

Tak cukup dengan itu, ada pula yang bagi komen teringin mahu lakukan aksi sama.

Kata budak yang teringin tu:

Masalah sekarang ni cuba korang tengok betul-betul gambar ni, benda cium mulut je bukan beromen sampai buka baju seluar gile! Macamlah korang tak pernah cium mulut kan? Mustahil weh.

Dari situ dapat dilihat, 'setakat' cium mulut adalah perkara biasa bagi budak-budak zaman sekarang.

Apa nak dikata lagi?

Ibu bapa silalah pantau aktiviti anak-anak anda untuk memastikan mereka tak terjebak dengan aktiviti tak bermoral di luar.

Jangan lupa, pastikan juga anda jadi salah seorang 'Friend' di Facebook anak-anak anda agar tahu dengan siapa dia berkawan dan sekaligus mengelak mereka mengepos gambar bukan-bukan seperti ini!

- MYNEWSHUB

Sumber: hotisusemasa.blogspot.com

Susulan kes suara azan, lelaki 'dihambat' pindah dari rumah

Posted: 13 Apr 2014 11:01 PM PDT

SUSULAN laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 56 tahun kerana mendakwa terganggu oleh suara azan fardhu subuh dan juga suara mengaji pada kira-kira pukul 5.45 pagi, 8 Mac lepas, semalam dia menerima tetamu.

Dengar ceritanya di laman sosial, sekumpulan orang didakwa dari sebuah parti politik telah pergi membuat lawatan dan bersua dengan tuan empunya rumah Mohd Said Mohamed Jaid.

Beberapa keping gambar berkaitan lawatan itu juga sudah disebarkan di laman sosial dan turut dilaporkan di laman blog.

Kumpulan itu dapat berjumpa dengan Mohd Said pada pukul 11.40 pagi dan difahamkan tuan rumah itu yang hanya menyewa diminta berpindah jika berasa terganggu oleh azan dan mengaji Al-Quran.

Mereka juga dilihat menggantung poster manila kad yang tertulis "Kalau tak nak dengar azan, pindah saja, tak payah nak report polis,".

Antara kata-kata lain yang ditampal di pagar rumah berkenaan ialah "Duduk dan pindah dalam hutan kalau tak mau dengar azan faham, jangan campur masyarakat.. Kawan dengan monyet atau jadi orang utan.. Faham…," menurut poster itu.

Di laman sosial berkenaan, tidak pula dijelaskan apa yang diperkatakan oleh Mohd Said ekoran ketidakpuasan hatinya itu.

Kerana lebih adil rasanya untuk sertakan juga luahannya yang menyebabkan sehingga dia tergamak membuat laporan polis berkenaan hal itu.

BenciAzan
Pada rangkaian gambar berkenaan terdapat juga gambar beberapa anggota polis dilihat berada di hadapan rumah itu berkemungkinan meminta kumpulan berkenaan agar beredar dari kawasan rumah itu. – MYNEWSHUB.MY

Aurat: Raja Azmi makin jahil agama selepas pulang dari umrah?

Posted: 13 Apr 2014 07:01 PM PDT

Sebenarnya, mudah saja. Kalau tak ada ilmu bab agama usahlah kita pandai-pandai keluarkan kenyataan mengikut logik fikiran semata-mata.

Itulah yang boleh dikatakan terhadap komen berani mati yang dikeluarkan oleh Raja Azmi dalam program hiburan terbitan TV9, Galaksi.

Apabila ditanya oleh wartawan mengapa dia tidak menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan umrah, Raja Azmi menyatakan dia mahu mencukupkan solat lima waktu dahulu kerana baginya itu lebih penting.

Tak apalah kalau dia tidak kisah orang tahu solatnya compang camping pada usia sudah 55 tahun, namun ayat seterusnya dari mulut pengarah dan produser filem ini agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama.

Raja Azmi dirakam berkata, "Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak penting.

"Kalau betul (tak pakai tudung) satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak Mi tak boleh terimalah semua tu."

Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu.

Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap lantang Raja Azmi menjawab, "Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh."

Sebenarnya jika sudah tahu kita bersalah tidak mengikut hukum agama atas apa alasan sekalipun, sebaik-baiknya tidak perlu menegakkan benang yang basah.

Apa pun marilah kita sama-sama berdoa semoga Raja Azmi dan kita semua sentiasa diberikan hidayah olehNya. MYNEWSHUB


Sumber Video: Facebook TF Crew

Engku Emran 'ngorat' Erra kembali

Posted: 13 Apr 2014 06:31 PM PDT

SHAH ALAM - Hasrat bekas suami pelakon dan pengacara Erra Fazira, untuk memenangi hatinya terbukti apabila gambar anak perempuan mereka memakai baju putih dengan tulisan #prayformomandayah telah dimuatnaik di laman Instagram semalam.

Bekas suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin turut menyatakan hasrat dan keinginannya untuk memujuk dan memulihkan kembali rumah tangga mereka.

Menurutnya, anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5 turut bersetuju dan teruja apabila beliau menyatakan hasrat mahu memikat kembali hati ibunya.

"Saya perlu mulakan langkah terlebih dahulu, sejak tiga hari lalu saya cuba hantar mesej pesanan ringkas kepadanya dan luahkan perasaan sayang saya pada dia.

"Saya mengaku saya masih menyayangi dia dan saya tidak malu untuk berusaha memujuknya untuk kembali," katanya dalam status pada gambar yang disiarkan di laman instagram miliknya.

Menurutnya, insiden perceraian yang terjadi pada 18 Febuari lalu adalah satu kesilapan dia mahupun Erra.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari yang lalu dengan talak satu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun namun dia tidak bersedia untuk mendedahkan punca perceraian mereka.

Emran pada sebelum ini turut memuat naik beberapa keping gambarnya dan Erra menerusi akaun miliknya iamkumbre untuk mengimbas semula saat-saat indah perkenalan mereka.

Hashtag #prayformomandayah dan juga #prayforerrakumbre diwujudkan buat peminat yang menyokong penyatuan semula pasangan ini.

Menurutnya lagi, dia turut berharap agar semua pihak serta peminat turut mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Hudud: PBB kritik Brunei

Posted: 13 Apr 2014 06:15 PM PDT

Rupert Colvile
PEJABAT Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara itu, lapor AFP.

Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan.

Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan.

Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati.

"Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa," katanya.

Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.

Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati.

Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.

#MH370: CIA tahu hal sebenar

Posted: 13 Apr 2014 06:01 PM PDT

Seorang tentera Australia melakukan misi pencarian melalui udara menggunakan helikopter Tiger 75, S-70B-2 Seahawk. Foto EPA
WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

"Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja," katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

"Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons," katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

"Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

"Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal," katanya menurut laporan Mirror.

Isu suara azan: Penjelasan mengapa laporan polis dibuat

Posted: 13 Apr 2014 04:01 PM PDT

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.

Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

Pakcik Mohd Said Mohamed Jaid ketika rumahnya didatangi orang ramai yang tidak berpuas hati. Kredit photo: Ohartis.com

Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang


Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - TengokTVonline

Cucu Tok Selampit

Posted: 14 Apr 2014 01:26 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Bukti Kerjasama Orang Ramai Dan Kakitangan Awam Dapat Elak Kejadian Tidak Diingini - Tahniah @SPADchannel

Posted: 14 Apr 2014 02:12 AM PDT



CTS amat tertarik dengan perbualan atau lebih kepada aduan permasalahan seorang pelayar laman sosial Twitter yang mengadu kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), menerusi akaun Twitter @SPADchannel. Aduan yang dibuat adalah berkaitan Go KL City Bus yang mengalami tayar yang tiada bunga yang boleh mengundang kemalangan. Tahniah kepada pelayar Twitter berkenaan yang peka dengan keselamatan orang awam dan bertanggungjawab membuat aduan. 

Sikap sensitif masyarakat ini dapat mengelakkan sesuatu kemalangan dari berlaku. Tahniah juga buat kakitangan SPAD yang bertugas mengawal selia akaun Twitter yang bertindak cepat (kurang dari 5 jam) untuk menyelesaikan aduan berkenaan. Kalau semua kakitangan awam bertindak sebegini, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang indah untuk didiami.

'Blue Wave Army' - Ini Penjelasan Datuk Ahmad Maslan

Posted: 13 Apr 2014 10:56 PM PDT

Media maya semalam 'havoc' dengan kenyataan spontan Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab soalan pemberita mengenai perlunya diwujudkan 'Blue Wave Army' untuk melawan 'Red Bean Army'. Untuk merungkai kekusutan Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan kenyataan pendek dan ringkas seperti berikut:

"Saya tidak jaga media sosial BN. Itu kerja DS Ahmad Shabery Chik. Yang juga ketua Biro / Jabatan Media Sosial BN. Bila media tanya saya semalam lepas rasmi Konvensyen UMNO Cheras & Penerangan GST, elok ke BN ada jentera media sosial, saya kata memanglah elok. Apa namanya tak jadi hal. Pemberita itu sebut 'Blue Wave Army'. Dan nama itu sebenarnya bukan baru. Saya response BWA ke atau apa-apa nama. Terpulanglah. Yang penting media sosial BN utk terangkan isu & serang pembangkang mesti ada secara aktif. Dan saya juga sebut media sosial BN jangan memfitnah seperti pembangkang. Sebarkan cerita kebenaran Kerajaan & BN dengan pantas. Itu sudah memadai utk masa ini. Salam.

ABM,
14/4/14"

The Straits Times Guna Keputusan Soal Selidik @tm_insider Untuk Burukkan Kerajaan Malaysia Isu #MH370 ?

Posted: 13 Apr 2014 08:16 PM PDT


Tidak dapat dipastikan apakah motif akhbar terkemuka negara jiran Singapura, The Straits Times mengunakan hasil kajian yang dilakukan oleh sebuah akhbar pro pembangkang, The Malaysian Insiders, untuk membuat rumusan bahawa separuh daripada Rakyat Malaysia percaya bahawa Kerajaan telah menyembunyikan fakta berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370.

CTS memang tidak pernah percaya dengan soal selidik yang dilakukan secara online. Pertama, kredibiliti keputusan berkenaan yang diperolehi daripada badan yang pro pembangkang amat diragui sama sekali. Keduanya, dari segi responden. Berapa ramai responden? Hanya 1,029 orang! Adakah 1,029 orang yang melayari portal The Malaysian Insiders mewakili keseluruhan Rakyat Malaysia?

SPAD Akan Buat Siasatan Terperinci Kemalangan Bas Dua Tingkat Di Bentong - Raub

Posted: 13 Apr 2014 01:00 AM PDT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas yang terbabit dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di KM11, Jalan Bentong-Raub berdekatan kawasan Bilut tengah malam Sabtu lalu yang menyebabkan tiga penumpang maut. Bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan membawa 68 penumpang termasuk pemandu terlibat dalam kemalangan selepas melanggar tiang elektrik di sebelah kanan jalan sebelum terbalik.

Sebagai tindakan segera, SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat berkenaan, ia berhubung dengan makluman awal yang mengatakan bahawa pemandu tidak memberi tumpuan kepada pemanduan kerana kerap mengunakan handphone di ketika sedang memandu dan melalui siasatan awal juga, ujian air kencing terhadap pemandu bas yang berumur 35 tahun juga negatif.

SPAD juga tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas pengendali sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang termaktub dalam pekeliling serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Dalam kemalangan itu, selain tiga yang maut, sembilan lagi penumpang parah apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu jalan dan terbalik. Bas yang boleh memuatkan sehingga 69 orang termasuk pemandu itu hanya membawa 68 orang ketika kejadian.

Untuk makluman berikutan tragedi bas di Tanah Tinggi Genting tahun lalu, pihak SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi, Pekeliling berkenaan memberi penekanan serius kepada aspek keselamatan kenderaan yang beroperasi di tanah tinggi. Selain itu, Pekeliling mengenai SPAD ICOP-Keselamatan juga telah dikeluarkan pada 9 September 2013 yang mengkehendaki pengendali bertanggungjawab memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Sehingga kini, sebanyak 2,300 syarikat pengendali bas telah menghadiri latihan SPAD ICOP–Keselamatan yang telah dijalankan sejak Disember 2012. SPAD juga telah mengaudit 24 syarikat bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalanraya dan telah menggantung sebanyak enam lesen pengendali dan membatalkan dua permit pengendali yang didapati bersalah atas kesalahan di bawah SPAD ICOP-Keselamatan dan APAD 2010.

THE FLYING KICK

Posted: 14 Apr 2014 01:25 PM PDT

THE FLYING KICK


AHLI PARLIMEN DAP KOTA KINABALU KATA ORANG ISLAM MENYUSAHKAN!!!

Posted: 14 Apr 2014 02:06 AM PDT

APA MASALAHNYA? SOKONG SAJALAH PAS NAK BENTANG HUDUD!!!

Posted: 13 Apr 2014 10:45 PM PDT

PAS BERANI BENTANG UNDANG-UNDANG HUDUD SEBAB UMNO BACK-UP!!!

Posted: 13 Apr 2014 06:29 PM PDT

tun faisal dot com

Posted: 14 Apr 2014 01:08 PM PDT

tun faisal dot com


5 Flash Mob & demontrasi bantah tarif air di Pulau Pinang, Selangor bila lagi? #PRperintahRakyatsusah

Posted: 13 Apr 2014 05:00 PM PDT




Nota: Memang wajar demo-demo seperti ini diteruskan di negeri-negeri PR kerana pemimpin mereka selalu menggalakkan demo dan mengatakan bahawa demo-demo seperti inilah yang akan merangsang ekonomi negara dan negeri. Selepas ini, rakyat Selangor juga wajar berdemo setiap hari selagi masalah air negeri Selangor tidak diselesaikan. Buatlah demo juga di Shah Alam untuk memperjuangkan nasib 105 pekerja Quality Hotel dan mendesak kerajaan PR Selangor menjelaskan bagaimana sebuah hotel di tengah-tengah bandar Shah Alam boleh mengalami kerugian. Teruskan berdemo, tapi jangan lakukan di Kuala Lumpur, lakukan di negeri PR yang menggalakkan demo seperti ini..


Baru @CMLimGuanEng tahu Penduduk Penang buat 5 Flash Mob dan Demo bantah kenaikan Tarif Air

Terkini! Penduduk-penduduk Pulau Pinang mula bangun. Mereka sudah tidak sanggup ditindas lagi. Gambar-gambar berikut menceritakan segalanya. Cadanagan Kerajaan DAP Pilau Pinang untuk nenaikkan kadar tarif air di negeri itu mendapat bantahan orang ramai. Flash mob dan demo kecil membantah cadangan berkenaan telah diadakan di Pekan Penaga, Seberang Perai oleh penduduk-penduduk Penaga. Mereka menggelarkan himpunan ini sebagai Himpunan Anak-Anak Penaga. Ini baru penduduk Pekan Penaga, belum lagi merebak ke satu pulau

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/04/terkini-baru-cmlimguaneng-tau-penduduk.html#OBMCTZMAGGDd7xaO.99










Apa Yang Tersirat

Posted: 14 Apr 2014 01:08 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MH370: Amerika Sepatutnya Beritahu Di Mana Pesawat itu

Posted: 14 Apr 2014 05:32 AM PDT

Mengapa Amerika tidak beritahu di mana pesawat itu? Sedangkan pada 13 Mac, Pentagon berkata, pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Negara itu memerlukan lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat itu tidak mendarat di Diego Garcia.


FLIGHT MH370 FACTBOX

Flight MH370 took off from Kuala Lumpur International Airport en route to Beijing at 00:41 on Saturday 8 March (16:41 GMT Friday).

About 50 minutes later, the aircraft lost contact with air traffic control.

No distress call was made.

On board, there were 12 Malaysian crew members and 227 passengers from 14 countries. That included 153 Chinese and 38 Malaysians.

Two Iranian male passengers, Pouria Nour Mohammad Mahread and Delavar Syed Mohammad Reza, were travelling on fake passports. Neither had any apparent links to terrorist groups.

No debris from the plane has been found in the international search.

MH370: Sekurang-kurangnya Perlu Dua Bulan Lagi Mengetahui Khabarnya

Posted: 14 Apr 2014 04:44 AM PDT

The underwater search zone is currently a 1300-square-kilometre patch of the seabed, about the size of Los Angeles.
The sub takes six times longer to cover the same area as the ping locator, and will need about six weeks to two months to canvass the current underwater zone. The signals are also coming from 4500 metres below the surface, which is the deepest the sub can dive. The surface area being searched on Sunday for floating debris was 57,506 square kilometres of ocean extending about 2200 kilometres north-west of Perth. Up to 12 planes and 14 ships were participating in the hunt.

MH370: Pemetaan Dasar Laut Bermula

Posted: 14 Apr 2014 03:14 AM PDT

How does Bluefin-21 work?
Bluefin-21 is a probe equipped with side-scan sonar. Such technology uses acoustic sounds to create a picture of the sea floor.
After emitting a sound the submarine then waits to receive a response, before calculating the distance from those results.
The bottom of the search area now being combed, while extremely deep - some 4,500m - it is not especially mountainous.
That said, despite the area being generally flat experts have warned that the search is a long and painstaking process.

MH370: Bakal Misteri Selamanya

Posted: 13 Apr 2014 05:05 PM PDT

Masuk hari ke-37, kehilangan MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, setakat ini tiada sebarang clue, kecuali "pancaran" kononnya daripada "kotak hitam" pesawat itu yang kali terakhir dikesan pada 8 April.

Pesawat yang berlepas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac tujuan Beijing, seharusnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama di destinasi terakhirnya itu; sebaliknya dinyatakan berakhir di Lautan Hindi.

Berbagai terori menyelubungi kehilangan pesawat itu, termasuk ianya telah dirampas dan di daratkan di suatu lokasi. Kalau menurut Russia, pesawat itu di daratkan di perbatasan Pakistan yang dikawal Taliban. Para penumpang dan kru masih selamat, namun dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan, selain ada kumpulan yang diseludup ke Aganistan untuk dijadikan persiai.

Selain itu, banyak yang percaya, bahawa pesawat itu sebenarnya didaratkan di Diego Garcia, 3,500 km daripada Kuala Lumpur; bekalan minyak kapal itu mencukupi untuk di terbangkan ke Pengakalan Amerika itu. Selepas penumpang dan kru diturunkan, pesawat diterbangkan dengan drone lalu dihempaskan di lokasi liputan pencarian. Liputan pencarian ini, merupakan satu kawasan yang amat sukar, selain kedalaman laut, akan tetapi juga terdapatnya gaung dasar laut yang bernama Diamantina Trench yang mempunyai kedalaman 19,000 kaki. Selain itu, kawasan itu mempunyai dasar laut yang berlumpur; sehingga boleh menimbusi sebarang objek keras yang berat; atas sebab pemetaan dasar laut akan sukar mengesan sebarang objek.

Kini, pancaran daripada "kotak hitam" jika benar pesawat itu dihempaskan di lokasi itu tidak akan dapat dikesan lagi, memandangkan bateri beacon itu sudah tamat. Bateri sesebuah kotak hitam adalah 30 hari, walaupun secara teorinya boleh mencapai 40 hari. 

Melihat keadaan yang ada, kehilangan pesawat MH370, akan selama-lamanya misteri.

PEJUANG BANGSA

Posted: 14 Apr 2014 11:15 AM PDT

PEJUANG BANGSA


RAKYAT P.PINANG BERANG , BANGKIT BANTAH KENAIKAN TARIF AIR KERAJAAN DAP @dzainalabidin

Posted: 13 Apr 2014 05:30 PM PDT



Cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan kadar tarif air di negeri ini terus mendapat bantahan pelbagai pihak apabila sekumpulan penduduk yang menggelarkan diri mereka 'Himpunan Anak-anak Penaga' berkumpul secara aman membantah cadangan itu hari ini.

Wakil kumpulan itu, Mohd Sukor Md Yusof, 42, berkata cadangan menaikkan kadar tarif air itu hanya menambah beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Selama ini pun, rakyat sudah dibeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak dua kali iaitu pada 2010 dan 2013.

"Sekarang kadar tarif air pula mahu dinaikkan sebanyak 100 peratus yang dijangka hujung tahun ini, ia sangat membebankan pengguna terutama mereka yang mempunyai keluarga besar," katanya kepada pemberita selepas bantahan aman itu di sini.

Bantahan oleh kira-kira 40 penduduk jati Penaga diadakan di kawasan pekan Penaga di sini dengan sebahagian mereka memegang sepanduk membantah cadangan kenaikan tarif air itu.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri memberi kebenaran kepada PBAPP untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang, yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.
   
Lim yang juga pengerusi PBAPP berkata sekiranya tarif air di negeri ini dinaikkan, kadarnya masih merupakan yang terendah berbanding di negeri lain, iaitu RM0.31 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama.
   
Menurutnya langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini, gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.

Mohd Sukor turut mendesak kerajaan negeri supaya menghapuskan surcaj WCS itu kerana ia mengakui bahawa kaedah itu gagal mendidik rakyat berjimat dalam menggunakan air.

Beliau berkata kerajaan negeri juga mungkir janji apabila cuba menaikkan tarif air kerana menerusi manifesto yang dilancarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, ia menyatakan tiada kenaikan kadar caj perkhidmatan air di negeri ini.


Dari Kau Seja Bah Tu...

Posted: 14 Apr 2014 09:48 AM PDT

Dari Kau Seja Bah Tu...


Daftar Harga Terbaru HP Samsung Galaxy S5 SM-G900I

Posted: 13 Apr 2014 12:15 PM PDT

Harga HP - Samsung merupakan salah satu vendor HP yang sangat digemari di Indonesia. Apalagi dengan memberikan fitur-fitur yang sangat lengkap kepada penggunanya. Sehingga samsung apat mengerti betul keiinginan para penggunanya.

Hape Samsung yang terkenal dengan Operating System Android nya kini sudah sangat berkembang pesat. Tak lagi Samsung hampir mengusai seluruh pengguna Android di Indonesia. Android kini sudah tidak asing lagi di Indonesia, mulai dari harga termurah hingga termahal juga banyak diperjual belikan.

Tetapi, sebagai user yang sangat mengerti betul dengan teknologi, anda pasti bisa dapat memilih dan memilah yang sangat cocok dengan anda. Mungkin Samsung Galaxy S5 adalah salah satu target yang menjadi incaran anda.

Daftar Harga HP Samsung Galaxy S5 yang ditawarkan dengan harga Rp. 8.499.000,- ini sangat cocok bagi anda - anda penggiat teknologi khususnya Handphone Android.

daftar harga terbaru hp samsung galaxy s5
Rp. 8.499.000,-
Spesifikasi HP Samsung Galaxy S5 SM-G900I :


TAHUN
Tahun : 2014

GENERAL
Network : GSM 850 / 900 / 1800 / HSDPA 850 / 900 / 2100, LTE 800 / 850 / 900 / 1800 / 2100 / 2600

LAYAR
Tipe : Super AMOLED Capacitive Touchscree, 16M colors
Ukuran : 1080 x 1920 pixels, 5,1 inches (~432 ppi pixel density) Multitoch, Corning Gorilla Glass 3 - TouchWiz UI

DIMENSI
Ukuran / Berat : 142 x 72,5 x 8,1 mm / 145 gr

AUDIO
Fitur : Vibration, MP3, WAV ringtones
Jack : 3,5 mm Jack Audio
Speakerphone : Ya

MEMORY
Internal : 16 / 32 GB storage, 2 GB RAM
External : MicroSD up to 128 GB

DATA
3G : HSDPA, 42,2 Mbps; HSUPA, 5,76 Mbps; LTE, Cat4, 50 Mbp UL, 150 Mbps DL
EDGE : Ya
GPRS : Ya
WLAN : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, DLNA, Wi-Fi Direct, Wi-Fi Hotspot
Bluetoth : v4.0 with A2DP, EDR, LE
Infrared : Ya
USB/ Port : microUSB v.30 (MHL 2), USB On-the-gp, USB Host, NFC

KAMERA
Primer : 16 MP, 5312 x 2988 pixels, autofocus, LED flash, Dual Shot, Simultaneous, HD video and image recording, geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization, HDR.
Sekunder : 2 MP, 1080p@30fps, dual video call
Video Record :  2160p@30fpd, 1080@60fps, video stabilization, dual-core rec.

BATERAI
Talk Time : Up to 21 hours
Tipe : Li-Ion 2800 mAh battery
Standby : Up to 390 hours

FITUR
OS : Android OS, v.4.4.2 (KitKat)
CPU : Qualcomm Snapdragon 800, Quad-core 2,5 GHz Krait 400
Browser : HTML5
GPS : A-GPS suppoert and GLONASS
Messaging : SMS (threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
Fitur Tambahan : Fingerprint sensor - IP67 certified - dust and water resistant - Water resistant up to 1 meter and 30 minutes

FITUR LAIN
Video Player : MP4/DivX/XviD/WMV/H.264/H.23 player
MP3 Player : MP3/WAV/eAAC+/FLAC player
TV : TV-out (via MHL 2 A/V link)

Sekian dulu Daftar Harga HP Samsung Galaxy S5 yang dapat saya berikan. Semoga dapat menjadi referensi anda dalam memilih HP idaman anda, dans emoga informasi yang diberikan sangat bermanfaat bagi teman - teman semua.

Isnin, 14 April 2014

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Nasib malang institusi pendidikan di Kedah

Posted: 14 Apr 2014 06:20 AM PDT

OLEH ZULKIFLI YAHAYA  

KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.

Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama.

Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.

Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

 

Maktab Mahmud

Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.

Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan  buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.

Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.

Semua masih ingat, sebaik sahaja BN mengambil alih Kedah pada Mei 2013, kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hampir dilelong. Pusat pentadbiran dan beberapa buah fakulti penting sudah diarah pindah ke tapak asal di Alor Setar. Bahkan program perubatan sudah diserahkan kepada pihak lain. Mujur rektor yang baru dilantik ialah orang berjiwa akademik bukan orang politik, maka masa depan KUIN menjadi lebih baik.

Dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU13, mereka mencanangkan mahu menjadikan Kedah sebagai hab pendidikan terulung di rantau ini. Sebaliknya selepas mendapat mandat, bidang pendidikan terpinggir.

 

Kisah AIU

Berita terbaru yang mengejutkan adalah sebuah universiti terkemuka di Bandaraya Alor Setar iaitu Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), akan ditutup pada pertengahan tahun ini.

AIU mempunyai 600 pelajar dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan, mempunyai lebih 100 kakitangan termasuk pensyarah. Bagaimana nasib pelajar dan kakitangan? Tiada siapa dari kalangan pemimpin kerajaan Pusat atau negeri dapat menjelaskannya. Mukhriz jauh sekali mahu mengulas, seolah-olah tidak berminat bercakap mengenai isu pendidikan. Ini yang membezakan beliau dengan Almarhum Ustaz Azizan.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia. Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

AIU menawarkan tiga program termasuk diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.

Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak juga dilaporkan telah mengosongkan jawatan tersebut. Isu sebahagian pensyarah KUIN yang didera dengan tidak dibayar gaji beberapa bulan masih belum dilupakan, apakah selepas ini akan muncul pula golongan pensyarah yang menderita kerana hilang pekerjaan?

 

Malang rakyat Kedah

Hendak dikatakan punca penutupan adalah disebabkan masalah kewangan, tidak munasabah. Syed Mokhtar yang banyak berinfaq kepada universiti tersebut sangatlah kaya.  Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion).  

Selama ini pun beliau tidak pernah menjadikan AIU sebagai projek pelaburan atau perniagaan. Beliau menyumbang dengan murah hati dan pihak yang sepatutnya berfikir mengenai maju mundur universiti tersebut adalah pihak kerajaan. Maka penutupan AIU jika berlaku adalah terjemahan kepada kegagalan kerajaan BN dalam menangani isu pendidikan.

Bukan mudah untuk melihat tertegaknya sebuah institusi pengajian peringkat antarabangsa di negeri Kedah, namun setelah dibangunkan terpaksa ditutup pula. Kerajaan BN pula tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya. Malang sungguh rakyat Kedah mendapat sebuah kerajaan yang tidak prihatin mengenai isu pendidikan.

Macam kata Mukhriz setiap projek yang nak dibuat kerajaan negeri mesti ada untung. “Kita tak mahu curah air ke daun keladi,” katanya. Maksudnya jangan buang duit buat pelaburan yang tidak untung dari segi wang ringgit.

Tidak berkudis pun rasa hati pemimpin BN di Kedah apabila institusi pendidikan di negeri ini menjadi mangsa satu demi satu. Itulah BN.

PAS: Tahaaluf siasi dan hudud

Posted: 14 Apr 2014 06:18 AM PDT

Oleh NASRUDIN BIN HASSAN

1.Tahaaluf Siasi ialah Kerjasama Politik. Ia dijalin dengan parti yang berbeza ideologi untuk bekerjasama dalam mendepani perkara yang disepakati bersama seperti membasmi rasuah, menentang kezaliman dan menolak penindasan. Terdapat di sana perkara yang tidak disepakati, maka ia urusan perjuangan dan tindakan parti masing-masing. 

 2.Tahaaluf Siasi adalah kerjasama politik. Justeru itu, ia hanya mencakupi urusan politik tanpa sekali-kali melibatkan dasar dan prinsip parti yang diperjuangkan. Masing-masing parti yang menjadi kompenan tahaaluf siasi tidak boleh mencampuri, memaksa apatah lagi menghalang dasar perjuangan yang dianut oleh parti-parti kompenan yang lain.

3.Tahaaluf Siasi adalah kerjasama politik bukan kerjasama dasar perjuangan, juga bukan kerjasama fikrah, ibadah dan akidah. Ia kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing-masing namun bekerjasama di antara satu sama lain dalam perkara yang dimeterai bersama.

4.Hudud ialah Kanun Jenayah Syariah Islam yang adil dan bijaksana justeru ia adalah bersumber daripada Allah SWT Tuhan yang mencipta manusia dan sekelian alam. Suatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara muhkamat lagi muktamad di dalam al-Quranil Karim dan ia merupakan sebahagian daripada Syariat Islam yang wajib ditegakkan oleh hamba Allah SWT sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

5.Hudud adalah hukum Islam dan ia sebahagian daripada keseluruhan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS malah termaktub di dalam perlembagaan PAS bahawa Islam adalah dasar PAS. Benar, ia bukan agenda dan perjuangan Pakatan Rakyat tetapi ia adalah dasar dan agenda perjuangan PAS. Insya-Allah PAS akan mengemukakan Private Bill di Parlimen ke arah implementation Kanun Jenayah Syariah Islam II (Hudud) di Kelantan setelah sekian lama ia di luluskan di DUN Kelantan.

6.Hudud adalah juzuk Islam yang tidak boleh diperkecilkan. Ia adalah solusi kepada isu nasional yang sekian lama buntu ditangani oleh undang-undang dan peraturan manusia. Ini adalah masa terbaik untuk PAS mengemukakannya ke Parlimen, sementelah pula Menteri di Jabatan Menteri membuka laluan agar Private Bill dibentang pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ahli Parlimen muslim sewajibnya menyokong demikian juga Ahli Parlimen non muslim diharapkan turut memberi sokongan kerana ia adalah undang-undang Allah SWT yang adil untuk semua.

7.Justeru, membentang "Private Bill" Kanun Jenayah Syariah Islam (Hudud) ke Parlimen tidak akan menjejaskan Tahaaluf Siasi atau kerjasama politik PAS dengan parti-parti rakan yang lain. Sebagaimana Tahaaluf Siasi juga bukanlah penghalang untuk PAS membentang Private Bill tersebut ke Parlimen.

Khairy membela tak bertempat, ‘salahkan’ anak muda

Posted: 14 Apr 2014 06:16 AM PDT

Oleh RAYUSA
WALAUPUN mungkin bukan kerana terlalu mengenang budi dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan selepas rombakan Kabinet pasca PRU13, yang pasti, Khairy Jamaluddin tetap keras membela Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Memang Khairy mengakui tinjauan Merdeka Centre bahawa rasa tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan Najib bertambah sedikit, tetapi beliau mempertahan dan menegaskan kepercayaan pengundi terhadap bosnya itu. Bagi Ketua Pemuda Umno itu, keyakinan responden pada kecekapan kerajaan dalam mengendalikan pelbagai isu termasuk agama dan antara kaum masih pada tahap yang tinggi. Katanya, sekadar beberapa angka dan rumusan tidak boleh diambil untuk menyimpulkan bahawa sokongan kepada BN telah merosot.

Khairy menganggap sedemikian kerana BN turut menerima banyak reaksi positif dalam tinjauan tersebut. Beliau memberi contoh dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang, 23 Mac lalu, BN sedang melalui musim yang agak mencabar akibat kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan sebagainya yang pasti memberi kos politik terhadapnya.
Tegas beliau, BN telah menjangka hal tersebut, tetapi terpaksa melakukannya.
Soalnya, kalau sudah menjangka akan menerima kesan buruk, mengapa melakukan juga? Adakah tiada pilihan sehingga terpaksa melakukannya?
Siapa yang memaksa kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan atau mengurangkan subsidi?
Tinjauan Merdeka Centre pada Mac lalu mendapati 44 peratus daripada 1,005 responden memberi jawapan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib. Ia menunjukkan peningkatan empat peratus berbanding hasil tinjauan pada Disember tahun lalu. Namun begitu, kepercayaan pengundi kepada Najib kekal pada tahap 52 peratus.
Mengenai sokongan golongan muda kepada BN di Dun Kajang, Khairy mengakui kemerosotan dialami akibat faktor nasional meskipun jentera mereka lebih baik berbanding semasa PRK Dun Sungai Limau.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu lagi, faktor kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan penurunan sokongan telah dijangka. Namun begitu, katanya, strategi untuk menaikkan semula sokongan sedang diusahakan.
Tidak menghairankan kalau Khairy membela Najib. Walau bagaimanapun, pembelaan beliau itu "tidak kena" dan sia-sia sahaja kerana imej Najib memang sedang merudum dan akan bertambah tenat.
Apatah lagi, sebagaimana bosnya yang memberi kenyataan bercanggah baru-baru ini dalam tragedi MH370, Khairy menyebut perkataan "mungkin" seolah-olah masih belum pasti.
Katanya, "Mungkin musim politik sekarang melibatkan kos sara hidup," padahal beliau telah menganggap faktor tersebut suatu kepastian.
Khairy juga seperti belum pasti mengenai jalan penyelesaian. Beliau menggunakan perkataan "mungkin" lagi. Katanya, Pemuda Umno mungkin perlu meningkatkan penerangan terhadap generasi muda supaya mereka memahami langkah kerajaan (untuk mengatasi masalah itu).
Beliau mendakwa PRK Dun Kajang juga tidak memberi banyak peluang kepada BN kerana "tempat" dipilih oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai sokongan ramai anak muda.
Kata Khairy, Pakatan pasti memilih kawasan yang ramai pengundi muda menyokongnya.
Beliau berpendapat PRK Dun Kajang tidak memberi gambaran keseluruhan (kemerosotan pengundi muda) dan BN mengambil iktibar.
Bagaimana ayat sedemikian boleh terpacul dari mulutnya sedangkan selama ini Khairy selalu mendakwa sokongan anak muda terhadap BN semakin bertambah di seluruh negara? Nampaknya, sambil mengharap sokongan anak muda, beliau seperti menyalahkan golongan tersebut.
Mereka seolah-olah dijadikan "kambing hitam" pula atas kekalahan BN itu.
Mengapa Khairy semacam mengeluh? Perkara tersebut tidak aneh kerana kebijaksanaan strategi memang diperlukan dalam berpolitik. Tiada salahnya jika masih bersih dan tidak melanggar peraturan. Beliau perlu sedar kerajaan BN yang selama ini bermain politik secara kotor dan tidak bermaruah.
Mengenai krisis sokongan anak muda, Pemuda Umno, kata Khairy, akan menubuhkan makmal "BN Youth Lab 2.0" pada bulan ini bagi mengenal pasti dan mengkaji kecenderungan pengundi muda terhadap BN.
Mengulas sokongan golongan muda dalam PRK Dun Balingian yang dimenangi oleh calon BN, Khairy berkata sokongan mereka padu dan Pemuda Umno akan memastikan hal itu berterusan agar Sabah dan Sarawak menjadi "simpanan tetap" BN dalam PRU14 nanti. Jadi, Khairy tidak boleh "mendabik dada" mengatakan anak muda seluruh negara semakin menyokong BN. Berdasarkan keputusan PRK Balingian, hanya anak muda Sabah dan Sarawak sahaja yang masih setia memilih BN.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 14 Apr 2014 03:13 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:13 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Alhamdulillah...Haji Hadi rasa lega ...

Posted: 14 Apr 2014 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah tinggi membenarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

 Keputusan itu dibuat selepas timbalan pendaftar, Mohamad Nasruddin Mohamed mendapati writ saman yang difailkan oleh plaintif Mohd Shamsul Mat Amin pada 27 Februari lalu tidak mengikut prosedur mahkamah.

 Plaintif, Mohd Shamsul juga tidak hadir berikutan kematian ibunya malam tadi dan diwakili peguamnya, A Vasudevan.

 Asmuni memberitahu, dalam sesi pendengaran itu, mahkamah bersetuju dengan dua hujah yang dikemukakan pihak defendan bahawa penyampaian writ saman oleh plaintif itu tidak sempurna, justeru menetapkan tarikh 18 Mei depan untuk pembelaan dan pengurusan kes sebelum perbicaraan penuh dimulakan.

 "Mahkamah telah membuat keputusan membatalkan (penghakiman ingkar tersebut). Selepas ini akan ada pendengaran penuh kes tersebut.. namun tarikhnya lama lagi," kata Asmuni.

 Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.  Baca sepenuhnya di sini

Biaqpila

Posted: 14 Apr 2014 03:10 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:10 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


UMNO DAH JUMPA SENJATA BARU LAWAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 14 Apr 2014 08:25 AM PDT

'Elemen Islam' jadi perisai lawan PAS

Jika Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 1 Mei 2014 bagi membantah perlaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) atau lain-lain isu yang berkaitan pembelaan terhadap hak rakyat, maka kemungkinan yang tidak dapat disangkal ialah kerajaan BN akan menganjurkan program keagamaan bagi menyainginya. Ia mungkin program Cinta Rasul, Salawat Perdana atau forum keagamaan yang mengundang tokoh-tokoh hebat.
Baru-baru ini PAS Kedah menganjurkan Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0. Himpunan dirancang kira-kira dua bulan lalu. Tak semena-mena dalam masa tidak sampai dua minggu, Umno menganjurkan program Cinta Rasul juga di Baling walaupun lokasi berbeza. Program kilat itu mengundang habib kecil untuk memimpin salawat ke atas junjungan nabi SAW serta penceramah pro Umno. Atas rasa ketidakyakinan bahawa program tersebut mendapat sambutan, mereka mengadakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk motorsikal baharu.
Sewaktu Pakatan mengadakan himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang bulan lalu, Umno pula mengadakan program salawat perdana di Putrajaya yang mengundang habib besar sebagai penarik kehadiran orang ramai. Trend terkini, program-program berselawat sebegitu mendapat sokongan besar dari umat Islam khususnya yang mencintai agama. Mereka yang membanjirinya bukan anak-anak muda perempit atau yang ghairah menghadiri konsert maksiat tetapi golongan muda yang ikhlas mencintai Rasulullah SAW serta perjuangan yang dibawanya. Golongan ini lebih selesa mengenakan jubah, serban dan ridak.

Maka para pemimpin Umno hadir 'tumpang tui' program sebegitu juga dengan watak golongan yang mencintai agama Allah. Perdana Menteri, menteri, menteri besar dan exco turut berjubah dan beridak, malah ada menteri besar yang turut berserban. Isteri Perdana Menteri yang hadir juga kelihatan menutup aurat dengan sempurna.

Dahulu suasana seperti ini tidak pernah kelihatan. Imej Islam bagi para pemimpin Umno digambarkan melalui sepasang baju Melayu dan songkok hitam. Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Mahathir hampir tidak pernah dilihat berjubah. Hanya sekali beliau dikesan berkopiah putih apabila hadir bersama Almarhum Ustaz Fadzil Noor di satu program yang diadakan di Darul Aitam Walmasakin, Alor Setar. Beliau dipaksakan memakai kopiah oleh penganjur.
Suasana berubah kini. Jubah dan serban yang dianggap symbol ekstrimis Islam suatu masa dahulu kini dipakai dengan selesa oleh para pemimpin parti sekular Umno termasuk anak Tun Mahathir sendiri. Biar apa pun niat yang terkandung dalam hati kecil sipemakai maka bukan tugas kita untuk mentafsirkannya kerana andai terselit niat untuk mengejeknya ia semacam menghina sunnah Rasulullah SAW, sedang orang yang menghina sunnah Rasulullah tempat yang layak baginya adalah neraka, waliyazubillah.
Cuma yang membuka persoalan di sebalik pakaian sunnah bahkan program-program berbentuk keIslaman itu ialah sikap istiqomah mereka. Hadir dalam program sebegitu dengan pakaian sunnah dan isteri menutup aurat, selepas itu hadir pula dalam program lain dengan anak perempuan dan isteri bertelanjang rambut. Hadir program cinta Rasul, selepas itu benarkan pula penganjuran program anti Rasul. Dalam program cinta Rasul, luar program cinta rasuah – khazanah kekayaan negara dirembat semahunya untuk kroni dan sanak saudara. Isteri kenamaan dapat memakai cincin, jam tangan dan beg tangan yang mahal-mahal. Memegang jawatan dalam parti yang memerintah adalah lesen untuk membina empayar kekayaan. Rakyat dhaif dan marhaen terpaksa membayar kos yang tinggi apabila harga pengurusan negara dinaikkan dengan tidak munasabah demi untuk mendapat lebihan wang bagi disalurkan kepada para penyamun berlesen. Istilah lunaknya disebut ketirisan dan ungkapan kasarnya, rasuah! Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar menganggarkan RM30 billion wang rakyat hilang akibat ketirisan. Adakah ini perangai golongan cinta Rasul?
Separuh abad PAS yang membawa perjuangan Islam dicop sebagai golongan yang memperalatkan agama untuk tujuan politik, sekalipun PAS dan elemen Islam adalah sinonim dan tulen. PAS tidak pernah berlakon dengan amalan Islam. Apabila tiba-tiba Umno sebuah parti sekular yang memperjuangkan nasionalisme Melayu sempit mempamerkan elemen Islam, maka apakah mereka sebenarnya yang memperalatkan Islam untuk tujuan politik?
Sokongan majoriti masyarakat bukan Melayu/Islam terhadap Pakatan kini sangatlah jelas. Sukar untuk dipecahkan lagi. Umno sedar hal tersebut. Pilihan yang ada bagi Umno ialah menguat serta menambahkan sokongan orang Melayu terhadap mereka. Dahulu Umno agak takut dengan serban dan jubah kerana ia simbol ekstremisme. Kini bagi bagi Umno, kalau PAS yang berserban dan berjubah pun boleh diterima oleh masyarakat bukan Islam sudah tentu Umno yang berketayap dan berjubah lebih-lebih lagi akan disukai oleh orang Melayu yang berjiwa Islam.
Tiada salahnya bagi umat Islam menyanjungi para pemimpin Umno yang mengenakan pakaian sunnah dan menganjurkan program cinta rasul tetapi yang salahnya ialah cepat sangat mempercayai Umno hanya kerana perubahan luarannya. Jangan terpedaya, Umno tetap Umno.
Kalau dahulu BN/Umno menghadapi program besar Pakatan dengan pancutan air kimia dan gas pemedih mata kini tindakan tidak bertamadun itu bukan pendekatan terbaik bagi parti tua yang memerintah negara itu. Berkali-kali tembakan gas mereka hanya mampu membawa sokongan 47 peratus dalam PRU13.

Pendekatan kini ialah bersaing dengan Pakatan melalui penganjuran program berimej Islam. Saya percaya kaedah ini akan digunakan oleh BN sehingga PRU14 nanti.
Dalam perang Siffin antara dua kumpulan sahabat, satu kumpulan yang dikatakan hampir kalah menjulang Al-Quran untuk menghentikan pertempuran. Apapun tindakan dibuat mereka adalah betul kerana berijtihad. Kita yang sudah terlalu jauh dengan Rasulullah SAW dan para sahabat tidak berhak menilai pertikaian mereka.
Hari ini, jelas pemerintah yang batil sedang berhadapan dengan golongan rakyat yang menuntut hak dan keadilan. Dalam keadaan tenat dan hampir kalah tiba-tiba mereka menjadikan elemen Islam sebagai perisai maka golongan yang cerdik jangan tertipu.

notautara via kedahlanie

PBB KECAM BRUNEI LAKSANA HUDUD

Posted: 14 Apr 2014 12:28 AM PDT

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara itu, lapor AFP.Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan.

Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan.

Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati.

"Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa," katanya.

Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.

Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati.

Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.

kl-today

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Disamun depan rumah lepas keluar duit dari bank

Posted: 13 Apr 2014 09:11 PM PDT




14 April 2014 SEREMBAN – "Macamana penjenayah tahu pelanggan keluar duit banyak dari bank?" – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila disamun sekumpulan lelaki di hadapan rumahnya di Taman Nuri Indah, di sini, Khamis lalu.

Kejadian berlaku sebaik saja mangsa pulang dari mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank di Jalan Rasah, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wang berjumlah RM16,000 yang diletakkan dalam beg sekolah anaknya dilarikan penjenayah terbabit yang menceroboh masuk dari pagar rumahnya.

"Saya betul-betul terkejut dengan kejadian itu dan percaya suspek mengekori saya sebaik sahaja keluar dari bank kerana sebelum itu saya mengesyaki ada motosikal dan sebuah kereta mengekori saya, tetapi disebabkan mahu cepat saya tidak mengambil serius," katanya yang telah membuat laporan polis.

- SINAR

Adakah ini bermakna harga daging boleh naik RM39.90 sekilo?

Posted: 13 Apr 2014 04:03 PM PDT


Soba yolah tak. Kok lombu naik ghogo jangan makan lombu, bolo lombu. Sapo yang bolo lombu tu, kono bayalah lobih duit untuk upah pengawal keselamatan untuk jago lombu. Lombu nijam dah pandai naik keto.

HARGA DAGING LEMBU TAKKAN NAIK HINGGA RM40 SEKILOGRAM

13 April 2014 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan tidak berlaku kenaikan harga daging lembu segar sehingga RM40 sekilogram pada Jun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, daging lembu merupakan antara barangan yang termasuk dalam Skim Kawalan Harga mengikut musim perayaan.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar semalam yang menyebut mengenai ramalan pemain industri mengenai harga daging lembu bakal meningkat sehingga RM40 sekilogram kerana kekurangan bekalan daging lembu segar.

- UTUSAN

Pengikut