Khamis, 27 Jun 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 26 Jun 2013 11:41 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Peniaga Cina akan uji larangan KM Melaka Jumaat ini

Posted: 26 Jun 2013 05:44 AM PDT


Pada setiap malam Jumaat , Sabtu dan Ahad, Jonker Walk di Melaka ditutup untuk sebarang lalu lintas. Ini memboleh para peniaga melakukan urusan perniagaan.Malangnya perniagaan disekitar Jonker Walk dimonopoli 100% oleh peniaga cina. Tiada ruang langsung diberikan kepada peniaga Melayu.

Penutupan Jonker Walk juga menyebabkan berlakunya kesesakan yang teruk di bandar Melaka sehingga ke Ayer Keroh. Rungutan rakyat yang mahu Jonker Walk tidak ditutup kepada lalu lintas telah mendapat perhatian KM Melaka, dan atas alasan itu beliau mengarahkan penutupan sementara Jonker Walk selama sebulan sebelum keputusan rasmi dibuat setelah kajian trafik dilakukan di dalam tempoh tersebut.

Penutupan Jonker Walk telah menimbulkan kemarahan para peniaga cina. Hampir 100 peniaga cina telah melakukan demonstrasi HARAM bagi membantah penutupan Jonker Walk. DAP melakukan provokasi rasis kononnya KM Melaka membuat keputusan balas dendam terhadap pengundi cina yang hampir  97% menyokong parti mereka pada pru yang lepas. Hari ini dilaporkan oleh akhbar Sin Chew , bahawa larangan berniaga di Jonker Walk oleh KM Melaka ini akan dicabar , pada Jumaat ini. 

Mereka akan berkeras berniaga seperti biasa dan mencabar larangan kerajaan negeri.Kita lihat, apa tindakan kerajaan negeri terhadap mereka yang terang-terangan cuba melanggar undang-undnag negeri.

Jika kerajaan Cina DAP biole meruntuh premis perniagaan milik Melayu sesuka hati. Menutup bazar ramdahan yang rata-ratanya dijalankan oleh peniaga Melayu sesuka hati, berlandaskan kepada undnag-undang, mengapa tidak kerajaan negeri Melaka?Adakah undang-undang hanya terpakai terhadap kaum Melayu, tidak terhadap kaum Cina? 

Sumber: JDTNews
http://www.jdtnews.com/index.php/umum/88-peniaga-cina-akan-uji-larangan-km-melaka-jumaat-ini

Hot!!!!!! NFCorp saman Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan MalaysiaKini?

Posted: 26 Jun 2013 04:41 AM PDT

KENYATAAN MEDIA OLEH

WAN SHAHRIZAL WAN LADIN
PEGUAM
WAN SHAHRIZAL, HARI & CO

KUALA LUMPUR --- Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) telah memfailkan saman terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pandan – Mohd Rafizi bin Ramli, dan MKini Dotcom Sdn Bhd – Pemilik portal berita MalaysiaKini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Jun 2013.

Pengurusan kes ditetapkan dihadapan Penolong Pendaftar Puan Siti Nur Shafrida binti Hashim hari ini.

Melalui saman ini, pihak plantif menuntut kerugian akibat daripada pembohongan, putar belit maklumat, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh kedua-dua defendan.

Mohd Rafizi Ramli pada 7 Mac 2012 di satu sidang media di ibu pejabat PKR mendakwa bahawa lapan pinjaman telah diambil untuk pembelian hartanah di KL Eco City dengan menggunakan wang deposit pinjaman kerajaan sebagai 'jaminan' di bank tersebut.

Pada sidang media tersebut, Rafizi Ramli telah mengedarkan maklumat sulit perbankan daripada Public Bank Berhad, sekali gus melanggar undang-undang BAFIA untuk menyokong pembohongan dan fitnah beliau.

Rafizi Ramli mendakwa bahawa Datuk Seri Dr Mohamad Salleh bin Ismail hanya mempunyai simpanan yang sedikit di dalam akaun bank beliau, tidak layak untuk mendapatkan pinjaman, gagal membuat bayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011, dan dengan itu mempunyai kecenderungan untuk menggugat deposit pinjaman kerajaan.

Walau bagaimanapun, hakikatnya tiada sebarang pinjaman pernah diambil daripada pihak bank untuk pembelian lapan hartanah di KL Eco City.

Peguam Datuk Seri Dr Salleh, Wan Shahrizal Wan Ladin juga menegaskan bahawa, "Tidak akan wujud sebarang kegagalan dalam membuat pembayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011 seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli kerana Perjanjian Jual Beli (S & P Agreement) untuk lapan hartanah KL Eco City hanya ditandatangani pada 15 Disember 2011, sekali gus menegaskan bahawa tiada sebarang pinjaman yang diambil dari bank untuk hartanah KL Eco City pada masa yang dinyatakan.

"Oleh itu, Rafizi Ramli perlu menjustifikasikan dakwaan beliau khusus berkenaan perkara ini melalui pembelaannya."

Dalam pernyataan tuntutan, pengerusi NFCorp telah menuntut gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi teruk, faedah, kos-kos dan relif-relif lain yang mana mahkamah rasakan sesuai serta manfaat untuk diberikan.

Datuk Seri Dr Salleh juga telah memohon untuk mendapatkan satu perintah injunksi terhadap defendan-defendan bagi menghalang mereka daripada berterusan membuat kenyataan, ucapan, penerbitan semula dan idea berkenaan pembelian 8 hartanah KL Eco City dengan menggunakan maklumat-maklumat peribadi perbankan plaintif untuk berbohong, mengelirukan, menipu dan menimbulkan amarah rakyat.

Rabu, 26 Jun 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 26 Jun 2013 03:09 PM PDT


DAP dedah menteri dengan ijazah palsu, desak letak jawatan.


KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP hari ini mendedahkan dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming berkata, kedua-dua mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen tadi, Dr. Ong berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan.

Beliau berkata Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA).

"Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media," katanya.

Sementara itu, Ewon memperolehi Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan dari Golden State University (USA) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Open Commonwealth berpangkalan di British Virgin Islands.

Kian Ming menegaskan kedua-dua institusi itu telah disenaraikan sebagai institusi yang tidak dibenarkan dan tidak sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine di Amerika Syarikat.

"Apa yang lebih ironik adalah hakikat bahawa kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan, akreditasi yang betul, pensijilan, dan piawaian," kata beliau.

"Jadi bagaimana kedua-dua mereka ini boleh diamanahkan dengan tanggungjawab yang serius dalam membentuk pembangunan modal insan dan pengurusan pensijilan. Ini sudah tentu memberi malu besar kepada yang berdegar-degar melaungkan transformasi," sinisnya.

Turut hadir dalam sidang media adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping.

Zairil menambah, tindakan ini jelas menunjukkan pimpinan UMNO tidak berkelakuan jujur sehingga sanggup menipu dalam ijazah.

"Dengan ijazah palsu ini mereka sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri.

"Jadi bolehkah kita mempercayai orang menipu ini dengan memikul tanggungjawab sebagai Menteri akan menjaga harta intelek yang diamanahkan dengan baik?," soalnya. – Roketkini.com

roketkini

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


Addin

Posted: 26 Jun 2013 11:20 AM PDT

Ahli Parlimen Ini Bakal Di Halau Bagai Anjing Kurap?

Posted: 26 Jun 2013 10:14 AM PDT

Februari lalu Senator dari Australia, Nick Xenophon telah dihalang dan ditahan dari memasuki Malaysia kerana dikatakan menyibuk dalam hal rumah tangga Negara kita kata macai-macai UMNO. 

Menurut Anwar Ibrahim "Beliau datang ke sini untuk memantau dan mengamati proses demokrasi dalam pilihanraya.

Penahanan Xenophon ketika tiba di Malaysia pada pagi hari kejadian itu jelas bercanggah dengan prinsip demokrasi dan ia membuktikan Pilihanraya Umum (PRU) 13 tidak akan berjalan dengan telus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi..

Kalau yang nak datang memerhatikan pilihanraya pun kena halau balik.. korang agak Ahli Parlimen British ni boleh masuk Malaysia tak?

Dia bukan nak perhati Pilihanraya tapi nak bincangkan isu mengenai penipuan yang telah berlaku dalam PRU13 yang lalu..

British MP to discuss GE13 fraud claims when he visits KL, says Suaram 

Suaram's reports on the allegations of widespread electoral fraud during GE13 has drawn response from Britain that it stands "ready to support the process of reform where it can".

The British Minister of State, Foreign and Commonwealth Office, Hugo Swire, also said Britain "has "consistently underlined its support for further political and economic reform in Malaysia", according to a press release by Suaram yesterday.

Suaram said Swire, as the minister responsible for relations with Malaysia, made these statements in a letter to William Cash, chairman of the All Party Parliamentary Group on Malaysia.

The MP is due in Malaysia this week on a trade visit. Cash gave a digital copy of Swire's statement, dated June 13, 2013, to Suaram.

In it, Swire further advised Cash that the British government "made clear our belief (to the Government of Malaysia) that allegations of irregularities made by opposition parties and civil society groups should be investigated fully".

Cash had been initially approached by the Labour MP for Rutherglen & Hamilton West, Tom Greatrex,, who was given reports of the electoral fraud allegations from Suaram.

According to Suaram, Greatrex referred the Foreign Office to "widespread concerns and worrying allegations about the conduct of aspects of the general election that took place in Malaysia in May", during a parliamentary sitting.

Suaram said, referring to Hansard records, Greatrex pointed parliamentarians to "intimidation at polling places, phantom voters and incomplete electoral rolls".

The Labour MP asked Ministers to inform the House "as to whether they will be taking those issues up with the Malaysian Government".

Hansard records Swire's reply as: "I am going to Malaysia next week and I can confirm that I shall be looking into this at first hand."


~anak sungai derhaka

Betul Ke Ni!! Menteri BN Ni Ada Ijazah Palsu?

Posted: 26 Jun 2013 08:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP hari ini mendedahkan dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming berkata, kedua-dua mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen tadi, Dr. Ong berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan.Beliau berkata Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA).

"Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media," katanya.Sementara itu, Ewon memperolehi Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan dari Golden State University (USA) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Open Commonwealth berpangkalan di British Virgin Islands.

Kian Ming menegaskan kedua-dua institusi itu telah disenaraikan sebagai institusi yang tidak dibenarkan dan tidak sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine di Amerika Syarikat."Apa yang lebih ironik adalah hakikat bahawa kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan, akreditasi yang betul, pensijilan, dan piawaian," kata beliau."Jadi bagaimana kedua-dua mereka ini boleh diamanahkan dengan tanggungjawab yang serius dalam membentuk pembangunan modal insan dan pengurusan pensijilan.

Ini sudah tentu memberi malu besar kepada yang berdegar-degar melaungkan transformasi," sinisnya.Turut hadir dalam sidang media adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping.Zairil menambah, tindakan ini jelas menunjukkan pimpinan UMNO tidak berkelakuan jujur sehingga sanggup menipu dalam ijazah."Dengan ijazah palsu ini mereka sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri."Jadi bolehkah kita mempercayai orang menipu ini dengan memikul tanggungjawab sebagai Menteri akan menjaga harta intelek yang diamanahkan dengan baik?" soalnya. ~roketkini


MCA Belasah KM Melaka

Posted: 26 Jun 2013 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: MCA membantah keputusan Kerajaan Melaka menutup pasar malam Jonker Walk di negeri itu.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mengkaji semula keputusan berkenaan.

"Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kerajaan negeri mendengar bantahan dan rintihan rakyat.

"Kami tidak bersetuju dengan tindakan itu. Kami sangat harap isu ini dapat diselesaikan segera," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai keputusan Kerajaan Melaka baru-baru ini menutup Jonker Walk yang menjadi lokasi pelancongan popular di negeri itu walaupun mendapat bantahan peniaga pasar malam di situ.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong melahirkan rasa kecewa dengan alasan yang diberikan kerajaan negeri bahawa penutupan Jonker Walk dibuat kerana kewujudannya mengakibatkan kesesakan lalulintas.

"Jonker Walk bukanlah punca kepada kesesakan lalulintas yang berlaku di bandaraya Melaka," katanya.

Wee yang juga pakar dalam bidang pengurusan trafik juga menawarkan diri untuk membantu kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu berkenaan jika ia menjadi punca penutupan Jonker Walk.

Sebelum ini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjelaskan penutupan pasar malam di kawasan itu hanya bersifat sementara iaitu selama empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. ~mStar


Penjelasan 231 Kes Kematian Dalam Lokap.. Versi Zahid Hamidi

Posted: 26 Jun 2013 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR - Statistik menunjukkan hanya dua daripada  231 kes kematian dalam tahanan yang direkodkan sejak 2000 hingga Mei lalu didapati berpunca daripada kecederaan yang dilakukan polis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 196 kematian tahanan adalah disebabkan penyakit seperti HIV/AIDS, asma dan sakit jantung, 29 menggantung diri, dua akibat bergaduh sesama sendiri dan dua tergelincir dalam lokap.
   

"Bagi statistik mengikut kaum pula, 97 yang mati ialah bangsa Melayu, 49 Cina, 51 India, 25 warga asing dan sembilan bangsa lain," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Soalan Johari menyentuh beberapa laporan kes kematian dalam lokap polis yang menjurus kepada gesaan supaya masalah itu diatasi segera.

Kes kematian seumpama itu antara lain melibatkan A. Kugan, 23, yang ditemui mati di lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, Selangor pada 2009; N. Dharmendran, 32, di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013; dan R. Jamesh Ranesh, 40, di Pulau Pinang pada 27 Mei 2013.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kes kematian dalam tahanan dan memberi jaminan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai penguatkuasa yang didapati terbabit.

"Setiap aduan berkaitan kecederaan atau kematian semasa dalam tahanan akan disiasat dengan tindakan sewajarnya diambil oleh KDN sama ada dari sudut tatatertib atau dicadangkan kepada pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid menarik perhatian untuk memantapkan lagi pengurusan tahanan dan mengelakkan kes kematian, langkah-langkah seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup, mewujudkan lokap tahanan berpusat dan mewujudkan Mahkamah Koroner telah diambil.

Ia juga menyaksikan penubuhan sebuah jawatankuasa khas polis yang dipengerusikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai penambahbaikan pengurusan lokap dan tahanan polis.
   
Sementara itu, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata Sekolah Wawasan yang diilhamkan kerajaan merupakan wadah terbaik bagi memupuk perpaduan kaum bermula di peringkat persekolahan.

"Dengan adanya Sekolah Wawasan, Kementerian Pendidikan yakin kejayaan integrasi kaum boleh direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan (murid) secara bersama," katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).

Shamsul Anuar ingin mengetahui langkah terbaru kementerian dalam usaha menanam semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
   
Menjawab soalan tambahan Datuk Ir Nawawi Ahmad (Langkawi-BN), Idris berkata kementerian tidak berhasrat memaksa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan memasuki Sekolah Kebangsaan.

"Apa yang sedang dilaksanakan ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan, kerana ramai yang tidak tahu di situ juga ada tenaga pengajar yang boleh mengajar bahasa-bahasa berkenaan (bahasa Cina dan India).

Idris berkata bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar, kementerian juga menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.

"Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia, serta Hubungan Etnik," katanya. ~bernama

Lagi Pemimpin Umno Berlidah Biawak.. Ini Buktinya

Posted: 26 Jun 2013 02:04 AM PDT

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berbohong apabila menyatakan bahawa Jonker Walk hanya akan ditutup selama empat minggu untuk tempoh percubaan.

Pua dalam satu sidang media di bangunan Parlimen berkata, beliau mendakwa demikian berdasarkan satu surat pekeliling yang dikeluarkan kepada Datuk Bandar Melaka, yang menurutnya bertentangan dengan kenyataan Idris.

Menurut surat pekeliling daripada anggota majlis kerajaan negeri Melaka itu, Jonker Walk perlu kekal dibuka kepada lalu lintas dan bukannya untuk tempoh percubaan.

Pekeliling itu juga menyatakan bahawa pengusaha gerai tidak lagi dibenarkan untuk membuka gerai di mana-mana tempat di jalan berkenaan. ~malaysiakini

KM Melaka Buat U Turn?

Posted: 26 Jun 2013 12:29 AM PDT

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri mengeluarkan arahan untuk menghentikan operasi perniagaan di Jonker Walk seperti yang dibangkitkan ADUN Kesidang Chin Choon Seong.

Sebaliknya, kerajaan negeri hanya memutuskan untuk membuka semula jalan di sekitar kawasan pasar malam tersebut yang sebelum ini ditutup pada waktu malam setiap hujung minggu, katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. "Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup.

"Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Malah, ada pengguna jalan raya yang mendakwa terpaksa mengharungi kesesakan selama empat jam untuk perjalanan dari plaza tol Ayer Keroh ke bandar Melaka, katanya. ~malaysiakini

(Gambar) Harumnya Masyitah Si Penyikat Anak Firaun

Posted: 25 Jun 2013 10:27 PM PDT

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda..

"Pada saat malam terjadinya Isra' saya mencium bau harum, sayapun bertanya, "Ya Jibril, bau harum apakah ini?"

Jibril menjawab,"Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir'aun (Masyithah) dan anak-anaknya."

Saya bertanya, "Bagaimana demikian?"

Jibril bercerita,"Ketika dia menyisir rambut putri Fir'aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca "Bismillah (dengan nama Allah)."


Putri Fir'aun : "Hai, dengan nama bapakku?"

Masyithah : "Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu."

Putri Fir'aun : "Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?"

Masyithah : "Ya."

Putri Fir'aun : "Akan aku lapor*kan pada ayahku."

Masyithah : "Silahkan!"


Putri Fir'aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir'aun pun kemudian memanggil Masyithah.
Fir'aun bertanya, "Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?"

Masyithah menjawab, "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah."

Kemudian Fir'aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.

Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir'aun,"Saya mempunyai satu permohonan."

Fir'aun : "Katakanlah."

Masyithah :,"Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan."

Fir'aun : "Akan aku penuhi permintaanmu."


Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu.

Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,"Terjunlah Ibu! Ayo terjunlah, adzab dunia lebih ringan daripada adzab Akhirat." Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya.

Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma'uz Zawa'id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza'. Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir'aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

(Pengajaran yang dapat dipetik):

  • Anjuran untuk tetap sabar dan teguh ketika muncul fitnah.

  • Balasan itu sesuai dengan jenis amal yang dikerjakan.

  • Bagi yang bersabar dalam memegang teguh agama dan tidak takut dicela orang niscaya memperoleh pahala dan gan*jaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah dalam QS: Az-Zumar: 10,

  • "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas."

  • Seorang muslim diperbolehkan mengajukan permintaan yang mengandung kebaikan sekalipun kepada thaghut, sebagai*mana kisah ini. Wanita tukang sisir anak gadis Fir'aun meminta agar tulang tubuhnya dan anak-anaknya dikubur menjadi satu.

  • Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa memberi jalan keluar untuk para waliNya dari musibah atau bencana yang menimpa.

  • Ketetapan karamah Allah yang diberikan bagi orang shalih dan shalihah.

  • Karamah termasuk dalam kategori peristiwa langka dan luar biasa.


Sumber

ADUN Kuala Besut Meninggal Dunia

Posted: 25 Jun 2013 09:08 PM PDT

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.

Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.

Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Keputusan Kes Kematian A Kugan

Posted: 25 Jun 2013 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 JUN: Keputusan kes A Kugan, mangsa yang mati dalam tahanan polis akan diketahui hari ini setelah berlarutan empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk V T Singham akan menyampaikan penghakimannya berhubung saman kecuaian yang difailkan keluarga Kugan bagi menuntut keadilan terhadap mangsa yang mati pada 2009 itu. Kes ini menjadi perhatian KEADILAN, yang berterusan mendapatkan pembelaan untuk keluarga Kugan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar individu yang menjadi tumpuan dalam kes ini. Pada ketika itu, Khalid yang merupakan Ketua Polis Selangor menerima banyak tekanan kerana cuba menyembunyikan kes kematian dalam tahanan.

Dalam sidang akhbar pertamanya, Khalid mengatakan Kugan mati disebabkan terdapat cecair dalam paru-parunya.

Sebaliknya bedah siasat kedua mendapati Kugan, 22, dipukul teruk, kebuluran dalam tahanan dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.

Khalid juga tidak mencadangkan inkues diadakan dan tiada siasatan dalaman oleh pihak polis untuk les ini.

Keluarga Kugan memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, dan menamakan Khalid sebagai individu bertanggungjawab cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Peguam Latheefa Koya yang juga Pengarah Guaman KEADILAN mewakili keluarga Kugan.

Ibu mangsa, N Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat anaknya, iaitu bekas anggota polis, V Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Indra mendakwa, defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis.

Kugan ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009 kerana didakwa terlibat dalam sendiket mencuri kereta. Beliau ditahan satu malam di lokap Balai Polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Empat hari kemudian, Kugan ditemui mati.

Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan. Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu.

Dalam saman sivil itu, Navindran mendakwa beliau dijadikan kambing hitam dan mengatakan terdapat 12 lagi orang yang terlibat dalam soal siasat Kugan.

10 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan di hadapan Hakim Singham. ~keadilandaily

Runtuh Lagi.. Tapi Bukan Di Terengganu

Posted: 25 Jun 2013 08:02 PM PDT


PUTRAJAYA: "Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat," kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam.

Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ.

Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan.

"Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan.

"Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. "Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini.

"Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh," katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam. ~harian metro


 

Palanivel Ke Jakarta Hari Ini Untuk Padamkan Api

Posted: 25 Jun 2013 06:31 PM PDT

PUTRAJAYA - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel akan ke Indonesia hari ini untuk bertemu rakan sejawatannya Balthasar Kambuaya bagi mencari penyelesaian segera terhadap kebakaran yang menyebabkan Malaysia dilanda jerebu tebal, selain Singapura dan Indonesia sendiri.

Palanivel berkata Malaysia bersedia menawarkan sokongan teknikal bagi meningkatkan usaha memadam kebakaran di negara itu yang menyebabkan kualiti udara di negara ini semakin merosot.

"Mula-mula sekali, kami perlu ambil tindakan segera untuk memadam kebakaran yang berlaku. Kami bersedia memberi bantuan kepada Indonesia dalam bentuk tenaga
manusia, kepakaran teknikal, peralatan, pembenihan awan dan pesawat pengebom air.

"Sebenarnya, kini, jerebu menjadi isu nasional. Ia sudah merebak hingga ke Borneo apabila terdapat terlalu banyak tompok panas di Indonesia. Kami perlu berbincang untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Palanivel berkata masalah jerebu merupakan masalah rentas negara dan sempadan yang menjejaskan kesihatan, pelancongan, perniagaan dan ekonomi.

Di samping pertemuan itu, Palanivel berkata kementerian berkenaan juga akan cuba mengadakan perjumpaan dengan para wakil syarikat perladangan Malaysia di Indonesia, yang disyaki menyumbang kepada keadaan berjerebu sekarang.

"Laporan mendakwa syarikat Malaysia terlibat dalam kegiatan pembakaran secara haram. Jika ini benar, kerajaan Indonesia perlu menguatkuasakan undang-undang dan mendakwa mereka.

"Pendakwaan boleh dilakukan kemudian, tapi perkara lebih penting sekarang ialah mengawal kebakaran hutan di tengah Sumatera," katanya. ~bernama


Punca Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Sekat Oleh Kadi Daerah Segamat Tersebar

Posted: 25 Jun 2013 05:51 PM PDT

SEGAMAT: "Kenapa penganjuran tarian gelek sebelum ini pejabat kadi tidak bertindak? Tetapi apabila kuliah agama Ustaz Azhar Idrus pula mahu disekat?"

Inilah antara perkara yang dibangkitkan Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod kepada Kadi daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman berhubung larangan membenarkan Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di sebuah madrasah, di Segamat, 22 Jun lalu.

Beliau turut mencabar pihak kadi tersebut untuk menahan Ustaz Azhar pada malam tersebut jika benar bersalah dan bertegas untuk meneruskan majlis ilmu tersebut yang kemudiannya mencatat kehadiran lebih dari 10,000 hadirin.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Firdaus berkata beliau kesal dengan keadaan itu, yang mana kuliah agama yang membawa kepada kebaikan cuba disekat, sebaliknya tidak berbuat apa-apa terhadap tarian gelek yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Kadi daerah itu menghantar surat kepada pihak penganjur kuliah ini agar menghentikan majlis itu atau berhadapan dengan tindakan undang-undang dari Kadi Daerah.

"Ini yang berlaku di Johor, mereka takut dengan ustaz-ustaz yang ada nama yang mereka anggap boleh mempengaruhi orang ramai.  Kalau pengaruh untuk perkara baik, tiada masalah.  Tapi, isu tauliah yang dibangkitkan bagi menyekat kuliah agama," tegas beliau yang membantu adiknya menguruskan madrasah tersebut.

Arahan pembatalan ini dikeluarkan oleh Kadi Daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman pada 20 Jun lepas.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tiada menerima apa-apa permohonan kebenaran dan pihak kami juga tiada mengeluarkan apa-apa kebenaran dan tauliah bagi program tersebt.

"Justeru itu adalah dikehendaki agar tuan menangguhkan ceramah tersebut atau pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," tulis Kadi daerah itu dalam suratnya bertarikh 20 Jun yang ditujukan kepada Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud, Kampung Tasik, Segamat.

Bagaimanapun, kata Firdaus, majlis ilmu itu tetap diteruskan dengan kuliah diberikan oleh Ustaz Azhar dan pihak madrasah tidak menerima sebarang surat susulan ekoran keingkaran terhadap arahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan isu tauliah yang diberikan kepada pendakwah di setiap negeri dikaji semula.

Biarpun mengakui keperluan pentauliahan untuk mana-mana pendakwah bagi mengelakkan sebarang penyebaran ajaran sesat, Firdaus berkata sudah sampai masanya ia dipermudahkan dengan mekanisme-mekanisme tertentu.

"Kita akui bukan mudah seseorang itu diberikan tauliah, kita akui itu. Cuma mungkin perlu dipermudahkan dengan penyelarasan di seluruh negara," kata beliau.

Cadang beliau, biarpun pemberian pentauliahan itu terletak di bawah kuasa undang-undang negeri, ia mungkin boleh digunapakai di mana-mana negeri di seluruh negara.

"Mungkin apabila seseorang pendakwah itu mendapat tauliah dari negeri Selangor, tauliah itu juga turut terpakai di negeri-negeri lain di Malaysia," kata beliau. ~harakahdaily


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pemandu Bas Semakin Biadap

Posted: 25 Jun 2013 06:57 PM PDT




Aduan Rakyat 25 Jun 2013 aduanrakyat.com.my

Disebabkan kadar tambang murah daripada syarikat penerbangan sejak akhir-akhir ini, saya tertanya-tanya bagaimana syarikat perkhidmatan bas ekspress terus bertapak pada masa ini. Pada jangkaan saya, sudah tentu pihak perkhidmatan bas telah menaiktaraf servis mereka terhadap pelanggan dan juga meningkatkan ketepatan masa bertolak. Dalam minda saya juga, sudah tentu penumpang bas akan mendapat layanan mesra daripda pemandu selain kualiti dan ketepatan masa terjamin.

Disebabkan teka-teki yang bermain di sudut minda saya, setelah hampir 5 tahun tidak menaiki bas, saya mengambil keputusan untuk menaiki bas daripada Sungai Nibong, Pulau Pinang ke KL Central, jam 10.30 malam pada hari Rabu yang lalu bersamaan dengan 19 Jun 2013, saya telah memilih bas Mayang Sari Express.

Jangkaan saya meleset apabila mendengar pemandu bas tersebut En. Ali (bukan nama sebenar) tidak mahu menurunkan pelanggan ke KL Central, walaupun setelah dipujuk oleh penjual tiket tersebut, pemandu tersebut tetap berdegil dan mengatakan beliau hanya akan turunkan penumpang di Pudu dan menyatakan bahawa perkhidmatan bas tersebut ke KL Central telah lama ditamatkan.

Justeru itu, penjual tiket tersebut cuba untuk berbincang dengan pemandu bas yang lain, yang akan menurunkan penumpang mereka di KL Central. Akhirnya penjual tiket tersebut dapat meyakinkan Ali supaya menurunkan penumpang di Perhentian Simpang Pulai untuk menaiki bas lain ke KL Sentral.

Namun sebelum bertolak Ali menempik dengan penuh biadap sekali kepada penumpangnya di dalam bas "Jangan makan dalam bas! Nanti bau makanan masuk dalam air-cond, air-cond rosak! Bodoh sungguh lah manusia ni!!!" tempiknya.

Saya hanya mampu beristighfar melihat telatah beliau yang sungguh angkuh dan kurang ajar. Dalam hati hendak saja saya katakan, 'jika tidak kerana ada penumpang yang bodoh ini, mungkin En. Ali tiada pekerjaan'. Namun disebabkan kelakar mendengar beliau menyatakan bau makanan akan merosakkan air-cond, saya senyum sendiri sahaja.

Walaupun bertolak 20 minit lambat, bas kami tiba di Pudu tepat jam 3.00 pagi. Sekali lagi apa yang dijanjikan oleh Ali kepada penjual tiket tersebut tidak dikotakan, beliau meneruskan perjalanan tanpa henti terus ke Stesen Pudu. Dengan hanya melaungkan "KL! Kuala Lumpur! KL!, bas ini akan gerak terus ke Johor dan tak singgah mana- mana hentian di KL lagi! Sapa tak turun, tinggai!".

Dalam fikiran saya, bagaimanakah keadaan bas yang menunggu di Perhentian Simpang Pulai? Kedua, sepatunya beliau telah memaklumkan lebih awal kepada penumpang yang bas ini tidak akan singgah di mana-mana hentian dan tidak akan singgah di KL Central, hentian terakhir adalah di Pudu.

Saya turun dengan hati yang hampa kerana sayalah salah seorang penumpang yang sepatutnya turun di KL Central.

Hal ini menjadikan saya teringin untuk mengkaji keadaan di bas lain. Saya mengambil bas Seasons Express pada hari Sabtu (21 Jun 2013), jam 6.30 petang. Bas ini akan bertolak dari Pudu ke Sungai Nibong, Pulau Pinang dan dipandu oleh En. Mahmud (bukan nama sebenar).

Saya merasa lega apabila mendapati bas tersebut telah berada di Platform, 5 minit awal. Namun saya mula rasa tertekan apabila, setengah jam berikutnya bas masih tidak bertolak sehingga pelanggan yang duduk di sebelah saya mula merungut atas kelewatan tersebut.

Setelah menunggu hampir 45 minit, barulah bas tersebut bergerak, mungkin pihak syarikat cuba memenuhkan penumpang sehingga membiarkan pelanggan terpaksa menunggu sehingga hampir satu jam.

Tidak ada apa-apa layanan biadap daripada Mahmud selain mengingatkan penumpang- penumpang supaya tidak makan di dalam bas dengan nada sedikit tegas, namun masih menjaga adap beliau. Sehinggalah bas tersebut berhenti di Perhentian MYDIN Mall, pelanggan dikejutkan dengan suara Mahmud "Saya bagi masa setengah jam saja, lambat tinggai!" tempiknya.

Ada segelintir penumpang yang ketawa kecil mendengar kenyataan tersebut, memandangkan bas tersebut bertolak 45 minit lambat. "Saya cakap betul ni!, Lambat, Tinggal!!! Saya takkan kira orang dah! Saya jalan ja!!!" tempiknya sekali lagi.

Para penumpang mengiyakan sahaja. Saya teru ke Surau, dan sempat menjamah sedikit makanan. Belum sempat saya menghabiskan makanan alarm saya menunjukkan setengah jam sudah tamat. Saya terus berlari ke bas dan kemuadiannya melihat Mahmud juga menaiki bas dan meneruskan perjalanan kembali tanpa mengira dan melihat penumpangnya!

Astagfirullahala'zim. Tergamam saya. Apa yang saya tahu, Pakcik dan Makcik yang duduk di sebelah saya mungkin dalam lingkungan 60-an ke 70-an belum menaiki bas. Beg mereka juga masih di dalam bas. Betapa biadapnya Mahmud terhadap penumpangnya.

Terdetik dalam fikiran saya 'Tidak ada makna beliau pergi meninggalkan penumpangnya begitu saja untuk menunjukkan beliau tepati masa kerana beliau telah membiarkan kami menunggu hampir 45 minit untuk bertolak!'

Setelah saya sampai di Juru, saya dapati bas ini akan singgah di Butterworth dahulu. Sekali lagi saya ditipu, Setahu saya, saya membeli tiket terus ke Sungai Nibong, Pulau Pinang. Nasib baiklah ada beberapa penumpang yang akan ke destinasi yang sama. Ada juga penumpang yang bangun untuk mengesahkan adakah bas ini akan singgah ke Pulau Pinang. Mungkin mereka risau melihat perangai Mahmud yang tidak bertanggungjawab itu. Namun, soalan penumpang tersebut yang ditanya dengan penuh sopan santun, dijawab dengan herdikan. Mahmud hanya menjerit " Duduk diam-diam kat tempat sudah, sampai Penang aku panggil la!!!"

Sakit hati saya dengar tempikan beliau, namun tiada apa-apa yang kami dapat lakukan. Saya dapati semua pelanggan hanya mediamkan diri, termasuk saya. Mungkin kerana jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Melihat Mahmud yang berperangai seperti orang sakit otak itu, saya juga bimbang aklan dihalau keluar dari bas walaupun kita yang membayar perkhidmatan tersebut. Betapa biadapnya pemandu bas sekarang.

Saya boleh katakan yang saya akan serik menaiki bas. Pada pendapat saya, pemandu bas lima tahun yang dahulu lebih berhemah daripada segelintir yang ada sekarang. Walaupun ada pemandu bas yang garang, namun mereka jarang mengeluarkan kata cacian kepada para penumpang. Mereka juga akan mengira setiap penumpang sebelum meneruskan perjalanan.

Seperti kes saya, Ali dan Mahmud sepatutnya berterima kasih kepada pelanggan yang masih ingin menaiki bas. Mereka mungkin akan hilang sumber rezeki jika pelanggan makin berkurangan. Dengan layanan yang diberikan oleh mereka, mungkin ada pelanggan lain yang akan melaporkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kedua pemandu ini. Ingatlah bahawa setiap rezeki yang masuk itu, sebahagiannya adalah daripada hasil jualan tiket tersebut. Jika kamu tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang diberikan, seeloknya berhentilah jadi pemandu dan carilah kerja lain yang tidak perlu berurusan dengan manusia.

Bagi saya, Ali dan Mahmud bernasib baik kerana semua penumpang hanya mendiamkan diri. Cuba bayangkan juka ada penumpang yang berada dalam keadaan tertekan, atau ada di kalangan penumpang yang membawa barangan merbahaya, mungkin kedua-dua pemandu ini akan ditikam, ditembak atau dicurahkan asid. Beringatlah sebelum terkena.

Saya mohon syarikat bas berkenaan untuk menasihati pemandu-pemandu ini kerana kedua-dua mereka amat biadap dan sangat tidak bertanggungjawab. Mungkis kes ini akan berlaku kepada orang lain pula, jadi saya mohon syarikat yang terlibat memberikan nasihat sewajarnya kepada kedua-dua pemandu ini.
Terima kasih.

DARWINA, Pulau Pinang


Graduan TESL UITM Sabah 2011 masih menunggu

Posted: 25 Jun 2013 06:55 PM PDT



June 18th, 2013

Saya graduan TESL dari Universiti Teknologi Mara UiTM Cawangan Sabah yang telah tamat pengajian pada Mei 2011, masih menunggu sessi temuduga dari KPM dan SPP. Graduan seperti kami telah tercicir dan lansung tidak dipedulikan oleh KPM. Saya telah menerima surat dari KPM sebanyak 4 x, mengatakan bahawa tidak ada kekosongan untuk opsyen guru bahasa Inggeris setakat ini. Bagaimana mungkin ini terjadi, SPP telah membuka sessi temuduga untuk graduan 2012, bahkan guru opsyen bahasa Inggeris turut dibuka? mengapa kami graduan yang telah lama tamat pengajian dipinggirkan berbanding graduan yang baru tamat pengajian?

Saya merayu kepada KPM, tolong perhatikan masalah saya dan kawan2 yang masih meletakkan harapan unutk menjadi seorang guru. Berilah kami peluang untuk di temuduga. Saya sejujurnya belum pernah menerima apa2 panggilan temuduga guru dari KPM mahupun SPP.

Saya berharap, Graduan TESL UITM Cawangan Sabah Mei 2011 mendapat peluang temuduga serta berita gembira dari pihak KPM dan juga SPP.

By: Lee Tzu Tzu

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Banks In Ogunquit Maine

Posted: 25 Jun 2013 04:50 PM PDT



There is no best time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the banks in ogunquit maine. The capital city of Maine that have been restored and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters have a blast at the banks in ogunquit maine and rivers. Maine looks more like a Christmas card setting during the banks in ogunquit maine of May through July and with a chance to explore marine life by going on your vehicle, you may ever enjoy. Considering the banks in ogunquit maine of vacation rentals, shopping ideas, etc.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are available to the banks in ogunquit maine. The sinuous Moxie waterfalls are a specialty. Apart from being famous for being home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of uninhabited areas with lots of woods and lush green forests. Baxter State Park, the banks in ogunquit maine, the banks in ogunquit maine, the banks in ogunquit maine, the banks in ogunquit maine and York's Wild Kingdom, just to name a few fisheries you can probably rent a Maine Vacation Home Rental. For much less than staying in a place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as an ideal location for vacations in all tourist spots around Maine. Most of the banks in ogunquit maine of the banks in ogunquit maine a pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be a little while, this is where a good guide can come in handy for your whole family. No matter if you are ready to commit to a more urban setting for your whole family. No matter if you are fishing for. Don't forget even the banks in ogunquit maine at an All You Can Eat American Buffet in Miller's Restaurant, located on site. Thus, visitors and tourists can choose to stay overnight in Maine. This is true especially for those who are interested in extreme sports enthusiasts. Bingham, which is in the banks in ogunquit maine and activities that the winter season should not miss.

You could collect various brochures and Maine officials are pleased with its secluded beaches, the banks in ogunquit maine is forested with lakes and streams that flow through it for some of Maine's historical attractions in the banks in ogunquit maine and the banks in ogunquit maine can participate in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of Maine's historical attractions in Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and forts that tourists can visit and learn about the banks in ogunquit maine is advisable to consult a real Maine summer vacation. Enjoy your independence as the banks in ogunquit maine is regarded as the loon's call breaks the banks in ogunquit maine of the banks in ogunquit maine are large, old homes that have become very popular time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should make reservations in advance when visiting during early October.



Pengikut