Sabtu, 5 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 04 Jan 2013 11:13 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Ubah Keputusan Pemilihan CEC: Sandiwara DAP Semata-mata? #tolakPR

Posted: 04 Jan 2013 10:04 PM PST




Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih tebal dengan sikap perkauman.

Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8 orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.

Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja yang terpilih, sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula adalah anak beranak, selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.

Menyedari impak negatif dari senario itu disamping kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama Zairil Khir Johari.

Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP, sebaliknya ia dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja.

Gagal dengan idea lantikan tersebut, akhirnya DAP mencipta rekod tersendiri apabila pergi lebih jauh dengan mengubah keputusan pemilihan rasmi oleh perwakilan parti semata-mata untuk menutup kritikan umum terhadap keputusan asal yang jelas menonjolkan sikap perkauman parti itu.

Tiba-tiba sahaja selepas dua minggu proses pemilihan berakhir, nama Zairil dipindah naik mencanak dari tempat ke 65 ke kedudukan 20 bagi memperlihatkan kononnya ada juga seorang pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli dan perwakilan DAP untuk menduduki CEC.

Usaha songsang DAP memanipulasi dan menipu proses pengiraan undi demi menaikkan nama Zairil tidak pun membantu parti itu. Macam tikus baiki labu jadinya.

Dalam keadaan baru berpeluang memerintah beberapa negeri sudah pandai meminda keputusan rasmi pemilihan, tak sukar dibayangkan kelak betapa buruknya nanti proses pilihanraya negara ini jika DAP dan kuncunya dalam PR diberi peluang memerintah.

Alasan kononnya Zairil menjadi mangsa semasa proses pengiraan undi disamping ralat dan kesilapan ketika memindahkan keputusan pemilihan tentunya akan diterima bulat-bulat dan ditelan begitu sahaja oleh penyokong dan pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR.

Tapi alasan yang setara dengan pemikiran kanak-kanak tadika PASTI ini tidak pun berupaya mengubah pandangan umum terhadap DAP, dulu dan kini DAP tetap rasis sama ada dalam tindakannya mahupun dasarnya.

Lagipun Zairil yang dikenali sebagai Melayu Celup itu darah keturunannya 100% Cina, merupakan anak kandung kepada Christine Lim Bin Abdullah dan statusnya yang betul ialah anak tiri kepada bekas Setiausaha Agung UMNO, Mohammad Khir Johari.

Penggunaan nama Zairil Khir Johari hanyalah satu taktikal strategik untuk mencapai kepentingan peribadi dengan memperalatkan populariti dan jasa bakti ayah tirinya disamping dilihat bermanfaat untuk menjayakan propaganda DAP yang mahu mengabui mata masyarakat Melayu Islam.

Hakikat dan realiti sudah terbentang di depan mata, tiada seorang pemimpin Melayu Islam pun yang menjadi pilihan majoriti ahli DAP kerana pada fikiran mereka yang rasis itu, orang Melayu Islam tidak layak untuk menjadi pemimpin utama DAP apatah lagi terlibat langsung untuk memandu arah tuju parti.

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 04 Jan 2013 09:41 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


BN Selangor Perlukan Manifesto Berasingan

Posted: 04 Jan 2013 05:52 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 04 Jan 2013 07:29 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS!MANA PERGINYA BAJET TU...UNTUK RAKYAT atau SENDIRI

Posted: 03 Jan 2013 07:18 PM PST






PANAS!!!!!
KALI INI AKU TAKNAK CERITA PASAL PUAK FUCKatan..
AKU NAK CERITA PASAL RM dan PERUNTUKAN.
AL-KISAHNYA...AKU DIFAHAMKAN BAHAWA BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR TELAH MEMPERUNTUKKAN SEJUMLAH AMAUN KAT KETUA-KETUA BAHAGIAN UNTUK ADAKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU!PERGHH..BESAR GAK BAJET TU...TAPI YANG MENGHAIRANKAN AKU SEKARANG NI..TAKDE PULAK AKU NAMPAK ADA PROGRAM..HEHEHEHE...MANA PERGINYA DUIT TUUU????
BELI PERABUT KE BANG...ALAHAI,BELUM TENTU JADI CALON KO DAH BUAT HAL..CAMNE RAKYAT TAK MARAHKAN UMNO/BN..KERANA NILA SETITIK,ROSAK SUSU SEBELANGA!
TAK CUKUP KE PENDAPATAN YANG KO DAPAT TIAP BULAN?AKU NAK INGATKAN KO YER..WALAUPUN AKU ORANG UMNO/BN AKU SEBAGAI AHLI PARTI YANG SAYANGKAN AGAMA,BANGSA dan NEGARA AKU BERHAK TEGUR MANA YANG TAK BETUL..YANG SALAH TETAP SALAH!
BERIYA-IYA PEMIMPIN ATASAN DAN BAWAHAN PERJUANGKAN SLOGAN BN MAMPU BERUBAH TAPI YANG KAT TENGAH TAK BERUBAH!!PLEAS TAKE NOTE YE PARA PEMIMPIN YANG KAT PERINGKAT PERTENGAHAN TU..
ATAU SEKADAR KITA MIMPI UNTUK DAPATKAN BALIK SELANGOR.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

(Surah An-nisa' : 58)
NASIHAT AKULAH KANNN....PEMIMPIN TERSEBUT TOKSAH DIANGKAT JADI CALON NANTI..BUAT ROSAK PARTI JE...DAN KALAU PEMIMPIN DAH SEDO DIRI,TAUBATLAH SEGERA...

MB SELANGOR ADA FORMULA TANGANI KRISIS AIR YANG BERLAKU SEKARANG

Posted: 03 Jan 2013 05:58 PM PST

 Khalid bebal
GEMPAR!BILA BEKALAN AIR DIBEBERAPA KAWASAN DILEMBAH KLANG TERPUTUS SEJAK BEBERAPA HARI LALU SERTA "MUNGKIN" AKAN BERLANJUTAN MINGGU HADAPAN..
PERGHH!SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?KERAJAAN NEGERI SELANGOR ATAUPUN PIHAK SYABAS?
KORANG BACA NI DULU...


Saya percaya bahawa kini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid "Gagap" Ibrahim mampu menarik nafas lega apabila "keldai"nya yang terbaru, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengeluarkan kenyataan yang menyebelahi dirinya.
LUAS berkata baru-baru ini bahawa sumber air larian iaitu sumber dari takungan air hujan di dalam parit, longkang, lombong dan seumpamanya di Selangor cukup untuk menampung kegunaan rakyat Selangor sehingga tahun 2030.
Mungkin dengan kenyataan bodoh itu Khalid fikir dia boleh menipu minda rakyatnya dan menafikan dakwaan yang mengatakan Selangor kini sedang semakin teruk dilanda masalah bekalan air di segenap pelosok negeri Selangor.
Terkini, kawasan Gombak dan Kuala Lumpur pula yang menjadi mangsa permainan Khalid dan LUAS di mana ia akan menyebabkan seramai hampir 90,000 orang pengguna di kawasan terbabit akan menghadapi masalah gangguan bekalan air bersih.
Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau sekali lagi diaktifkan di ibunegara dan Gombak setelah kod yang sama diaktifkan di beberapa kawasan di sekitar Cheras dan Pandan baru-baru ini.
Di Cheras dan Subang Jaya sebelum ini mengalami gangguan bekalan air disebabkan oleh kekurangan sumber air mentah meskipun hujan lebat turun setiap hari.
Tak semua sumber air sedia ada di Selangor boleh diproses. Contohnya, air lombong tak boleh diproses sehingga memenuhi kriteria air bersih yang digunapakai sekarang dan jika mahu digunakan juga ia memerlukan kos yang sangat tinggi dan tidak kos efektif untuk jangka masa panjang.
Manakala di Gombak dan Kuala Lumpur pula disebabkan oleh rumah pam yang gagal berfungsi akibat terlebih operasi akibat permintaan yang semakin tinggi setiap hari. Iyalah, robot kalau di suruh kerja lebih kapasiti pun akan rosak juga. "Laptop" kalau digunakan tanpa henti pun akan "hanged" juga, kan?
Sebanyak 28 kawasan di Kuala Lumpur yang terjejas ialah di Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Jalan U-Thant, Jalan Ampang Hilir dan Bandar Permaisuri.
Manakala di negeri Selangor sendiri terdapat 54 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air antaranya di  Jalan Ampang, Bandar Baru Ampang, AU1 hingga AU5 Keramat dan Wangsa Melawati. Turut terlibat Kampung Kemensah, Pinggiran Ukay, Ukay Heights, Desa Setapak, Kampung Ampang Campuran dan Sri Rampai.
Dari pemerhatian saya, kawasan-kawasan seperti Cheras, Subang Jaya, Gombak dan Kuala Lumpur itu melibatkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kawasan industri yang sangat aktif.
Kawasan-kawasan itu juga di anggap sebagai kawasan yang maju, moden, sofistikated, elit dan didiami oleh pelbagai golongan seperti golongan profesional, ternama, berpengaruh, sederhana dan berpendapatan rendah.
Malah saya percaya, beberapa pemimpin politik Pakatan Haram dan ADUN-ADUN mereka juga ada yang tinggal di kawasan terbabit.
Persoalannya, apa yang Khalid buat untuk mengatasi masalah tersebut? Sudah "berbuih" mulut berkata dan sudah "lenguh jari" rakyat menulis di Twitter, Facebook dan sebagainya mengadu berkenaan gangguan air yang mereka hadapi.
Tapi Khalid masih "buat bodoh sengal", sebok dengan "penstrutkturan air" dan "air cukup sampai 2030". Dia ada sebut cadangan seperti teknologi membran, memproses air hujan, air bawah tanah, lombong dan "storm water", tapi satu haram apa pun dia tak buat! Cakap saja lebih!
Sebenarnya, Khalid boleh selesaikan masalah ini pada tahun 2008 dulu dengan membenarkan loji Langat 2 dibina mengikut jadual yang disarankan oleh pakar-pakar industri air. Tapi mungkin kerana takut kena marah dengan Anwar dan Azmin, dia menolak pembinaan Langat 2 meskipun dia sedar loji berkenaan adalah demi kepentingan rakyat Selangor.
Persoalannya,takkanlah nak tunggu rakyat bawa kain baju dan seluar dalam mereka ke depan pintu pagar rumah Khalid "Gagap" untuk dibasuh, barulah MB itu nak terhegeh-hegeh nak buat loji Langat 2?
Kesimpulannya, sumber air mentah yang holistik sedang diusahakan Kerajaan Pusat, loji-loji yang sedia ada pula terpaksa beroperasi lebih kapasiti sampai rosak teruk. Sampai bila masalah ini akan berlaku? Sampai Khalid turun "takhta" Menteri Besar?
sumber :http://www.mykmu.net/?p=2599

HAMIM Ledang

Posted: 04 Jan 2013 03:38 AM PST

HAMIM Ledang


Program Agensi Bersama Masyarakat

Posted: 03 Jan 2013 11:01 PM PST


















Program Agensi Bersama Masyarakat
KEMAS Daerah Ledang Tahun 2012
Dewan Jubli Intan Tangkak, Ledang
23 Disember 2012

sumber : fb  KEMAS Daerah Ledang

Jumaat, 4 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 04 Jan 2013 03:09 PM PST

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. InsyaAllah...

FB TAZKIRAH

Kerabu Bersuara ®

Posted: 04 Jan 2013 03:04 PM PST

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Isu amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkitkan menjelang pilihan raya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih daripada 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja.

Kedua belah pihak - kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, 'kelebihan' kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian.

Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak?

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

"Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

"Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekalian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.

"Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

"Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Fatwa-fatwa Pantai Timur

Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional.

Amanat Haji Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kampung Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah inisiatif orang PAS sendiri.

Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang PAS mengkafirkan Umno? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-PAS juga mengkafirkan Umno. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan Umno ketika itu kemudiannya masuk Umno dan mendapat pelbagai jawatan.

Saya sendiri pernah berjumpa orang PAS yang mengkafirkan Umno. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya 'sekular' dan seumpamanya.

Ertinya, kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa PAS terutamanya dari Pantai Timur telah mencetuskan fenomena tersebut.

YB Dr Mujahid Yusuf, seorang ahli Parlimen PAS, tokoh reformis dalam PAS dan anak bekas presiden dan mursyidul am PAS dalam bukunya Menuju PAS Baru menghuraikan isu ketika itu dengan menyebut:

"Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak Islam... penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan 'fatwa' sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah 'Amanat Haji Hadi' telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini." (ms 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).

Mungkin Abdul Hadi sendiri tidak pernah menyebut Umno kafir secara jelas, namun sikap kebanyakan tokoh PAS yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun seakan membiarkan orang awam PAS mengkafirkan orang Umno sehingga berlaku dua imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu, amat mendukacitakan.

Konteks

Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan PAS ketika itu bukanlah asing jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada tahun 70-an dan 80-an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran di sana-sini.

Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh rejim-regim Arab yang sangat zalim dan khianat.

Mereka juga biadap terhadap Allah dan rasul-Nya. Mereka yang membaca buku-buku cuba menyamakan hal tersebut dengan keadaan setempat.

Isu takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur Tengah sehingga mursyidul am al-Ikhwanul al-Muslimin menulis buku Du'aah La Qudah (Pendakwah Bukan Hakim) bagi tujuan menangani isu ini.

Fatwa-fatwa ulama juga dibaca kepada masyarakat. Antaranya, fatwa Mufti Saudi masa itu al-Sheikh 'Abd al-'Aziz 'Abdillah bin Baz yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan Islam, dalam erti kata lain menjadikan seseorang kafir.

Abdul Hadi ketika itu antara yang mempopularkannya. Dalam fatwa itu antaranya menyebut:

"Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad SAW itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum Allah (aturan-aturan taghut), dan mengetepikan hukum Rasulullah SAW, maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir.

"Sebagai contoh: Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum Muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain.

"Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini...."

Walaupun ini hanyalah kaedah umum yang perlukan perbahasan dan perinciannya, malangnya kalangan orang PAS ketika itu telah menggunakannya ketika secara 'borong' untuk mengkafirkan setiap penyokong Umno.

Ia disuburkan lagi dengan kuliah-kuliah agama PAS yang menegaskan persoalan ini tanpa perbahasan yang mencukupi. Menerangkan tentang batasan iman dan kufur adalah suatu kewajipan, namun mengkafirkan individu memerlukan penelitian dan kecermatan.

Suatu perkara yang tidak boleh disembunyikan juga, Umno pada era 70-an dan 80-an bukanlah seperti Umno hari ini. Ucapan-ucapan yang tidak selaras dengan Islam, ataupun dengan seakan menghina Islam kadang-kala kedengaran di sana-sini. Proses Islamisasi dalam Umno belum berlaku ketika itu.

Sikap angkuh dan dominasi yang melampau juga wujud. Orang PAS dapat merasai sikap tidak adil kepada mereka, bermula dari JKKK di kampung sehingga ke atas.

Ini menyuburkan lagi kecenderungan menghukum Umno dengan fatwa-fatwa yang keras. Ini tidaklah menghalalkan PAS mengkafirkan keseluruhan Umno, namun itulah realiti ketika itu. Sikap Umno ketika itu juga menyumbang kepada keadaan itu.

Pada masa tersebut kematangan PAS dan gerakan Islam yang lain juga amat terhad. Mereka belum ada pengalaman pemerintahan. Bahkan saya percaya, Abdul Hadi ketika itu tidak begitu mendalami hakikat Perlembagaan Malaysia seperti hari ini.

Hari ini jika kita membaca Mujahid menulis dalam bukunya Rejuvenasi PAS, beliau membincangkan tajuk 'Islam Dalam Kerangka Perlembagaan', kita mendapati tokoh PAS ini melihat perlembagaan dengan harmoni yang mempunyai ruang untuk Islam. Hal ini 30 tahun lepas tidak pernah diungkapkan dalam PAS.
Ulama Umno juga mesti dikritik

PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Hadi termasuk diri Abdul Hadi sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan Amanah lama Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf perlembagaan.

Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan PAS sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kaca mata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian.

Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan Umno maka Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil.

Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.

Di samping PAS, jangan lupa dalam Umno juga ada yang 'kaki pengkafir dan penyesat' orang lain. Seorang dua guru pondok yang masuk Umno, ada yang menghukum akidah menteri besar Kelantan sesat bahkan kufur.

Di Arab Saudi, tokoh penghukum sesat umat iaitu al-Madkhali terkenal menyesatkan begitu ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan aktivis umat.

Golongan ulama muda Umno amat terpengaruh dengan aliran ini maka kita boleh tonton dalam Internet dan tulisan mereka di akhbar menyesatkan tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, Muhammad al-Ghazali, al-Qaradawi dan lain-lain. Ini juga mesti dikritik.

Media-media Umno juga kebelakangan ini sering menjadikan isu akidah sebagai isu politik seperti yang PAS lakukan dalam era 80-an. Umno hendaklah berhati-hati, jangan ulangi perkara yang sama. Umno hari ini seakan menuju PAS era Amanat Hadi.

Kembali pada politik membina negara

Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar.

Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'kafir' atau 'musuh Allah' sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut dalam Majmu'at al-Fatawa:

"Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang dari Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir.

"Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bidaah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa."

Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tabung masjid, tongkat khatib kini jadi sasaran pencuri

Posted: 03 Jan 2013 07:24 PM PST



Sinar Harian 4 Jan 2013 , DUNGUN – Tindakan biadab penjenayah menceroboh masuk selain mencuri harta benda masjid dilihat satu fenomena baru yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Timbalan Pengerusi Masjid Kampung Baru Kuala Abang, Mustapa Awang berkata, sehingga kini, sudah empat kali masjid dibina sejak lebih tiga tahun lalu itu dipecah masuk pencuri.

Mustapa berkata, peti tabung masjid menjadi sasaran utama pencuri kerana setiap kali berlakunya kes kecurian, peti tabung yang digunakan untuk menyimpan wang derma jemaah turut lesap.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Kuala Abang, Mohd Nasir Hashim berkata, sebelum ini, sebatang tongkat digunakan oleh Khatib untuk membaca khutbah yang diletakkan di mimbar masjid, juga turut hilang dikebas pencuri.

Katanya, kejadian seumpama itu bukan pertama kali, malah sudah beberapa kali berlaku biarpun ada usaha dilakukan ahli jemaah untuk mengunci pintu utama masuk ke masjid yang mampu menampung lebih 1,000 jemaah pada satu-satu masa itu.

Menurut Nasir, sebelum ini besi penutup longkang juga turut hilang beberapa kali dikebas pencuri.

"Kita juga sudah tidak tahu bagaimana hendak mengatasi masalah ini.

"Mungkin dengan pemasangan kamera litar tertutup dapat membantu mengenal pasti suspek yang sering mencuri harta benda masjid, sekurang-kurangnya risiko kecurian dapat dikurangkan," katanya.

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Jan 2013 07:22 PM PST


BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 03 Jan 2013 11:31 PM PST

Suara Sri Andalas


Hormati Sumbangan Keng Yaik, Benarkan Penstrukturan Semula Industri Air

Posted: 03 Jan 2013 01:30 AM PST

SHAH ALAM 3 JAN : Kerajaan Pusat seharusnya menghormati usaha mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik sebagai pemimpin yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara dengan membenarkan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Tambahan pula, mendiang Keng Yaik memainkan peranan penting dengan mengkaji semula dasar penswastaan perkhidmatan air Kerajaan Persekutuan yang dilihat tidak menyebelahi kepentingan rakyat.

"Kerajaan Negeri komited dan berusaha keras untuk meneruskan usaha mendiang yang ingin membetulkan industri perkhidmatan air dengan melaksanakan kehendak WSIA sepertimana diperjuangkan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik."

Demikian menurut satu kenyataan daripada Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan serius bagi melaksanakan penstrukturan semula industri air.

"Kerajaan Persekutuan perlu menghormati usaha mendiang dengan mengembalikan hak air kepada rakyat dan membenarkan kerajaan Selangor menguruskan perkhidmatan air untuk kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Datuk Seri Peter Chin Kah Fui perlu memikul tanggungjawab ini selaras dengan kuasa yang ada padanya mengikut WSIA," ujar kenyataan itu lagi.

Mendiang Keng Yaik merupakan Menteri Kabinet yang bertanggungjawab memperkenalkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) yang mengembalikan hak air kepada kerajaan negeri.

"Beliau pernah mengetuai kementerian yang berlainan seperti kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

"Namun beliau sentiasa berusaha gigih membuat kajian dan persediaan supaya setiap keputusan yang dibuat relevan dengan perubahan semasa," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun, Menteri Besar berkesempatan menziarahi keluarga mendiang Keng Yaik sebagai tanda penghormatan terakhir.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Sedia Pelan Bantuan Atasi Gangguan Air

Posted: 03 Jan 2013 01:15 AM PST

SHAH ALAM, 2 JAN : Kerajaan Negeri menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia bagi mengatasi gangguan bekalan air dibeberapa kawasan di negeri ini.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Kerajaan Negeri meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang.

Sehingga kini, sebanyak tujuh lori tangki air dihantar oleh PBT-PBT di Selangor ke Wilayah Persekutuan khusus ke kawasan yang terjejas teruk akibat kegagalan Syabas menyelenggara rumah pam air dan membuat pemeriksaan berkala.

"Menteri Besar juga meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

"Pelan bantuan juga disediakan termasuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang bermasalah," katanya.

Gangguan bekalan air ini juga menurut Faekah membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Ini juga akibat projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan BN Selangor.

"Konsesi air bukan diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni.

"Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu," kata Faekah dalam kenyataan medianya.

Ujar beliau, ini menguatkan azam Kerajaan Negeri untuk terus mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Setakat ini, Kerajaan Pusat sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Kerajaan Negeri.

Jelas Faekah, gangguan bekalan air dijangka berlarutan dan menjejaskan lebih 100,000 akaun pengguna.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Pusat Gagal Tunai Janji Bina Hospital

Posted: 03 Jan 2013 01:00 AM PST

PETALING JAYA 2 DIS : Kementerian Kesihatan didakwa gagal menunaikan janji dalam melaksanakan pembinaan hospital dan klinik yang mencukupi mengikut jumlah penduduk.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri berkata, selepas dianalisa Umno-BN hanya mampu menyediakan pembinaan hospital kira-kira hanya 58 peratus.

Sebelum ini, kementerian terbabit menjanjikan menyediakan hospital dengan nisbah dua katil bagi setiap penduduk yang mana dianggarkan sebanyak 60,000 buah katil.

Namun, hasil analisa, setakat ini hanya terdapat 34,794 buah katil daripada 125 buah hospital di negara ini.

Manakala, lebih 10 buah hospital masih dikategori sebagai projek sakit selain masih tidak dibangunkan sedangkan majlis pecah tanah sudah dijalankan.

"Daripada penelitian pihak kami juga, lebih 50 peratus bangunan sudah usang yang mana usianya sudah mencecah lebih 50 tahun.

"Banyak hospital yang dijanjikan dengan perkhabaran baik untuk dibangunkan, ditukar menjadi kompleks hospital baru, namun hakikatnya tiada. Janji ini dilafazkan ketika ingin meraih undi setiap kali pilihan raya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Antara projek hospital yang dijanjikan untuk dinaik taraf ialah Hospital Tanjung Karang, Hospital Parit Buntar, Hospital Sri Aman dan Hospital Lawas, Sarawak.

Manakala, antara projek pembinaan yang masih belum didirikan ialah Hospital Shah Alam, Hospital Dungun, Hospital Pendang, hospital Bandar Baru, Hospital Petra Jaya, Hospital Bera dan Hospital Rembau.

Yahya menambah biro kepenggunaan menyimpulkan bahawa punca kegagalan pembinaan hospital adalah disebabkan terlalu banyak penyelewengan, salah guna dan ketirisan wang rakyat.

"Jika dihitung, jumlah penyelewengan dan salah guna wang rakyat bernilai lebih RM153 bilion.

"Antaranya, skandal PKFZ, komisyen kapal selam, 'bailout' konsortium perkapalan milik Mirzan Mahathir, kerugian pembelian aset oleh Sime Darby, pembelian Eurocopter dan sebagainya," katanya.

Jelasnya, dengan menganggarkan sebuah hospital berkapasiti 100 buah katil dengan nilai projek RM100 juta setiap satu, kekurangan kapasiti katil berjumlah 25,000 itu hanya memerlukan 250 buah hospital.

"Daripada jumlah itu, jumlah anggaran kos pembinaan bernilai RM25 bilion sahaja yang mana sekitar 15 peratus daripada jumlah kehilangan wang rakyat sebanyak RM153 bilion itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Yahya mendakwa Kementerian Kesihatan akan menukar skim rawatan pesakit yang mana hospital atau klinik kerajaan akan hanya memberi rawatan sahaja manakala ubat tidak akan dibekalkan kepada pesakit.

"Ia kerana kos ubat yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dianggarkan lebih RM1.2 bilion setiap tahun.

"Perbelanjaan itu dikatakan tinggi dan meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun, maka sistem baru itu akan diperkenalkan di mana pesakit terpaksa menanggung kos ubatan itu sendiri," katanya.


Sumber: Selangorku

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 03 Jan 2013 11:14 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Denai Semalam yassinsalleh: Tapi Aduhai, Maaflah Dzulkifli Ismail dan Pak Sama...

Posted: 03 Jan 2013 12:49 PM PST

Denai Semalam yassinsalleh: Tapi Aduhai, Maaflah Dzulkifli Ismail dan Pak Sama...: Dulu sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan rakyat yang tidak berpelajaran jadi penerima sejarah tanpa bantah. Makan...

Kedahkini: Terkini!! Bubar UPKO Bahagian Kota Marudu - Senato...

Posted: 03 Jan 2013 12:39 PM PST

Kedahkini: Terkini!! Bubar UPKO Bahagian Kota Marudu - Senato...: Berita Terkini: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepim...

Kedahkini: TERKINI! MAHKAMAH PERANCIS KELUAR SEPINA ORANG KA...

Posted: 03 Jan 2013 12:35 PM PST

Kedahkini: TERKINI! MAHKAMAH PERANCIS KELUAR SEPINA ORANG KA...: Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia ...

Anwar Ibrahim

Posted: 03 Jan 2013 07:29 PM PST

Anwar Ibrahim


[Media Statements] The Latest Insult to Prophet Muhammad PBUH

Posted: 03 Jan 2013 06:33 PM PST

We deplore in the strongest terms the latest act of sacrilege against Islam by the publication in France of a comic book on the life of the Prophet Muhammad which is clearly aimed at provoking Muslims and causing unrest. This must be strongly condemned by world leaders.

The portrayal of the image of the Prophet is forbidden in Islam let alone caricaturing him in any way. This is blasphemy and highly offensive to Muslims. A clear line must be drawn between freedom of expression and hate crimes. This is yet another instance of the rise of Islamophobia in France and other parts of Europe.

The French government must act swiftly to hold to account the culprits responsible for this latest act of profanity.

ANWAR IBRAHIM

[Kenyataan Media] Mengecam Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW

Posted: 03 Jan 2013 05:14 AM PST

Saya mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terbaru terhadap Nabi Muhammad dengan melakar kisah kehidupannya dalam sebuah majalah satira yang diterbitkan di Perancis baru-baru ini. Karya tersebut, yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi umat Islam serta cuba untuk membangkitkan kekacauan sewajarnya ditarik semula dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Allah SWT melarang sama sekali menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam apa jua cara, melainkan seperti yang telah digambarkan dalam Al Quran. Sewajarnya diletakkan suatu batas yang membedakan di antara penghinaan dan penyelewengan agama dengan kebebasan bersuara dan hak untuk berkarya.

Perancis perlu bertanggungjawab dengan bertindak terhadap mereka yang sengaja mencetuskan provokasi ini dengan kadar segera. Hak kebebasan berkarya bukan alasan untuk disalahguna oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

ANWAR IBRAHIM

[KENYATAAN MEDIA] Perancangan Ekonomi Khusus Demi Menjamin Kestabilan Harga Komoditi Utama Negara

Posted: 02 Jan 2013 07:49 PM PST

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

3 JANUARI 2013

PERANCANGAN EKONOMI KHUSUS DEMI MENJAMIN KESTABILAN HARGA KOMODITI UTAMA NEGARA

Kejatuhan harga komoditi pertanian utama negara iaitu kelapa sawit dan getah membawa kesan yang besar kepada jutaan rakyat yang bergantung kepada aktiviti pertanian dan perladangan.

Harga minyak kelapa sawit mentah susut 23% dalam tempoh setahun. Harga purata terkini iaitu RM2,477 per tan metrik (minggu pertama Januari 2013) jatuh merudum berbanding harganya setahun yang lalu, iaitu RM3,225 per tan metrik . Harga ramalan minyak sawit mentah di pasaran hadapan (crude palm oil futures) juga tidak memberangsangkan, iaitu diramalkan hanya mencecah RM2,666 per tan metrik dalam bulan Januari 2014.

Begitu juga dengan harga komoditi getah yang turut terjejas. Harga tawaran getah beku gred SMR CV bagi minggu pertama Januari 2013 ialah RM9.61 per kilogram, berbanding harga RM10.87 per kilogram bagi tempoh yang sama setahun lalu (iaitu penurunan harga sebanyak 12%).

Kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah yang berterusan sejak setahun yang lalu ini sudah tentu membawa kesan ekonomi yang buruk kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Jumlah keluarga Malaysia yang terlibat di dalam skim penerokaan tanah kelolaan FELDA dianggarkan mencecah 112,000 keluarga yang melibatkan sejuta rakyat Malaysia . Jumlah keluarga yang ekonominya berasaskan komoditi getah adalah 400,598 pada tahun 2009 melibatkan anggaran dua juta rakyat Malaysia.

Tambahan pula, industri kelapa sawit adalah hasil eksport kedua terbesar negara (selepas minyak dan gas) yang mencecah lebih RM100 bilion setiap tahun.

Justeru, kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak menangani masalah kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah sejak setahun lalu membawa kesengsaraan ekonomi kepada sebahagian besar rakyat dan melemahkan kedudukan dagangan negara.

Setakat ini, pentadbiran Dato' Seri Najib tidak pernah sekali pun membentangkan rancangan khusus untuk membendung kejatuhan harga ini dan mengurangkan beban kepada keluarga yang terkesan dengan masalah tersebut. Sebaliknya, beliau lebih terbawa-bawa untuk menyenaraikan hartanah rakyat melalui Felda Global Ventures Berhad (FGV) walaupun telah diberi amaran tindakan itu akan membawa kerugian kepada rakyat.

Keperitan akibat kegagalan pentadbiran beliau menangani masalah kejatuhan harga komoditi dan kedegilan untuk terus menyenaraikan FGV kini dirasai oleh segenap pihak. Sedang keluarga yang bergantung kepada kegiatan ekonomi berasaskan kelapa sawit dan getah susut pendapatan bulannya, kakitangan FELDA yang dianggarkan berjumlah 30,000 menanggung kerugian apabila harga saham FGV terus susut di bawah paras RM4.62 sesaham (iaitu harga lantai dan kos penyenaraian semasa FGV disenaraikan).

Pada masa yang sama, dasar-dasar pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang menganugerahkan permit eksport kelapa sawit yang tidak telus kepada pihak berkepentingan telah menyebabkan lambakan minyak kelapa sawit mentah dalam pasaran dalam negara. Ini berlaku apabila syarikat yang tidak mempunyai permit eksport tidak mampu menjualnya di pasaran antarabangsa kerana cukai yang dikenakan kerajaan menjadikan komoditi mereka lebih mahal berbanding kargo dari negara lain. Akibatnya, keluaran syarikat-syarikat ini dilambakkan dalam negara hingga menyebabkan harga kelapa sawit terus jatuh, di samping kejatuhan sedia ada di peringkat pasaran antarabangsa.

Oleh itu, KEADILAN mengambil pendirian bahawa masalah kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah ini adalah masalah nasional yang memerlukan tumpuan segera. Satu perancangan khusus dan praktikal bagi tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang perlu dilaksanakan segera bagi menjamin kestabilan harga komoditi utama negara.

Secara amnya, KEADILAN menggariskan prinsip-prinsip berikut sebagai asas program penstabilan harga dan jaminan kebajikan yang boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak:

  1. Satu Tabung Kebajikan Komoditi Negara wajar ditubuhkan dengan sumbangan asas sebanyak RM100 juta setahun oleh Kerajaan Persekutuan. Tabung ini bertindak sebagai skim jaringan sosial (dalam bentuk pinjaman mudah, takaful perlindungan, bantuan pendidikan dan lain-lain) untuk membantu keluarga-keluarga yang ekonominya bergantung kepada komoditi utama apabila harga komoditi mula jatuh di bawah paras minima yang ditetapkan dari setahun ke setahun;
  2. Kerajaan Persekutuan wajib bekerjasama erat dengan industri perladangan bagi mencari jalan menyelesaikan fenomena pergantungan kepada pekerja Indonesia yang memberi kesan besar kepada kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar kelapa sawit utama dunia. Kadar upah yang semakin lumayan di Indonesia menimbulkan kesukaran kepada industri perladangan Malaysia untuk terus bersaing dengan pesaing Indonesia;
  3. Kerajaan Pakatan Rakyat akan merombak semula sistem permit eksport yang memberi keuntungan berganda kepada sesetengah pihak dan menjejaskan harga keluaran kelapa sawit negara. Matlamat utama sebarang sistem permit atau cukai melibatkan keluaran kelapa sawit negara adalah menjamin kestabilan harga dan merancakkan industri hiliran berteknologi tinggi di Malaysia; dan
  4. Hubungan diplomatik dan persaudaraan dengan kerajaan dan rakyat Indonesia perlu diperkukuhkan kerana Indonesia merupakan pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia. Hubungan dengan kerajaan dan rakyat Indonesia yang retak di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak menyukarkan sebarang usaha pelarasan dan kerjasama untuk berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran komoditi dunia.

KEADILAN juga telah memohon YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengetuai satu pasukan khas merangka program-program terperinci (berdasarkan asas-asas yang digariskan di sini) yang boleh dilaksanakan sejurus selepas Pakatan Rakyat berkuasa untuk menjamin kestabilan harga komoditi dan kebajikan rakyat.

Kepakaran YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang pernah menerajui gergasi perladangan negara iaitu Guthrie sudah tentu akan menyumbang kepada fokus KEADILAN untuk menyelesaikan masalah kejatuhan harga komoditi berpanjangan yang diabaikan oleh pentadbiran sedia ada.

ANWAR IBRAHIM

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MENTERI, RAIS YATIM MEMANG SUKA BERBOHONG !

Posted: 03 Jan 2013 08:26 PM PST

Pengikut