Khamis, 15 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 14 Mar 2012 07:39 PM PDT

Anwar Ibrahim


Kenyataan PenafianTidak Menjernihkan Pelbagai Persoalan Mengenai Intergriti Dan Ketelusan Perdana Menteri

Posted: 14 Mar 2012 06:54 AM PDT

Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan
yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:

1. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana
Menteri mengenai 8 bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar
sebarang keraguan dapat dirungkai secepat mungkin, seperti yang
disyorkan KEADILAN; dan

2. Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh
pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu
ini.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan tersebut, tetapi ketelusan dan operasi Pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan peribadi dan tugasan umum. Perdana Menteri menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya; maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salahguna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia.
Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana
Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul
ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial
negara.

Sebab itu KEADILAN berpendapat masih banyak persoalan yang belum dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel.

Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order (BEO) majlis tersebut diedarkan bersama-sama dengan kenyataan akhbar
ini.

Berdasarkan BEO tersebut, fakta-fakta berikut adalah tepat:

1. Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun
ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri;

2. Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini
dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini
menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri
tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya
disebut sebagai "majlis Pejabat Perdana Menteri"?

3. Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu
majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:

Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,700

Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738

Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300

Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795

Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800

Ca pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai RM12,720

JUMLAH RM79,053

4. Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah
daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan
Barat dan lain-lain.

Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1. Bilakah beliau akan mengemukakan 8 bukti yang disyorkan
KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2. Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri
membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri
Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri,
bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan
pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3. Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang
memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri
bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa
keputusan beliau selama ini?

4. Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk
majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia
mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap
tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang
diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC
sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Dato' Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarlah beliau juga membuat 'pengorbanan' seperti yang dilakukan oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

14 MAC 2012

Azmin: Kenapa Dialog Berhad jadi ‘anak emas’ Petronas?

Posted: 14 Mar 2012 06:39 AM PDT

Keadilankini

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali hari ini mempersoalkan status syarikat Dialog Berhad yang disifatkannya kini menjadi anak emas kepada pengurusan tertinggi Petronas sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi projek berjumlah USD20 bilion kepada syarikat tersebut.

Kata beliau dalam membahas titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Parlimen, selain daripada Program Tranformasi Ekonomi (ETP), terdapat satu perancangan yang hanya mendatangkan keuntungan kepada syarikat korporat dan sebaliknya menekan nasib rakyat di bawah.

“Perdana Menteri dalam janji awalnya ketikan mengambil alih pentadbiran negara telah menyatakan bahawa "…the era where the government knows the best is over." Ini menjadi lanjutan kepada janji dengan mengadakan tender terbuka dalam projek-projek kerajaan yang melibatkan kepentingan rakyat dan kerajaan. Namun begitu, hal yang berlaku adalah sebaliknya,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mendesak agar kerajaan memberi penjelasan berhubung projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) di Pengerang, Johor di mana kerajaan telah mengumumkan projek bernilai USD20 bilion itu secara tergesa-gesa.

“Apakah mekanisme untuk menjamin ketelusan faedah jangka panjang dan prinsip value for money dalam proses penganugerahan kontrak ini? Daripada sumber kuat dalaman Petronas dan juga daripada masyarakat industri oil and gas , projek yang bernilai USD 20 bilion ini akan dianugerahkan kepada Dialog Berhad. Sekiranya maklumat ini benar, apakah hubungan Dialog Berhad dengan pengurusan tertinggi Petronas?” soal beliau.

Tambahnya lagi, Dialog Berhad sekarang dilihat sebagai anak emas kepada pengurusan tertinggi Petronas, tetapi apakah Petronas telah menjalankan kajian sepenuhnya dan juga risiko pengurusan memandangkan projek ini mempunyai nilai yang besar.

“Saya juga ingin mengetahui status pengambilan tanah untuk projek RAPID yang melibatkan 7 buah kampung dan lebih 900 keluarga. Apakah nilai pampasan yang dibayar kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah tersebut,” sambungnya lagi.

Pada Oktober 2011, Dialog Berhad telah dianugerahkan kontrak Tanjung Langsat Storage Tank Terminal Facilities di Johor dengan nilai hampir RM 400 juta. Dialog Berhad diberikan pegangan saham sebanyak 40 peratus sedangkan MISC hanya diberikan 33.3 peratus dan China Aviation Oil (Singapore) diberikan 26 peratus.

Menurut beliau lagi, Petronas juga telah menganugerahkan Risk Service Contract bagi Balai Pembangunan Balai Cluster Marginal Field kepada Konsortium yang terdiri daripada Dialog Berhad, Petronas Carigali dan Australia ROC Oil.

Anwar: Bimbang Rakyat Asing Diberi Hak Mengundi

Posted: 13 Mar 2012 08:37 PM PDT

Keadilankini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa kebimbangan apabila rakyat asing diberi hak warganegara serta dimasukkan dalam senarai pengundi baru kemudian diberikan hak mengundi.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat terkini menunjukkan terdapat kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih setelah Mimos membuat kajian.

Tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.

“Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,”katanya.

Sementara itu dalam isu berlainan, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

“Untuk mengadakan pilihan raya berasingan kita perlu mendapat persetujuan bersama,” katanya.

Menurutnya lagi, keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.

“Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan,” katanya.

Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.

Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 14 Mar 2012 07:19 PM PDT

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


Rakyat Perlukan Bukti, Bukan Sekadar Penafian: Lapan Bukti Yang Perlu Dikemukakan Perdana Menteri

Posted: 13 Mar 2012 09:21 PM PDT


Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Dato' Seri Najib Tun Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.
Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.
Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:
Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinanPurchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan
Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.
Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 MAC 2012 
Sumber dari rafiziramli.com

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 14 Mar 2012 11:20 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Umum di GEMAS 17 Mac 2012

Posted: 14 Mar 2012 02:31 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : No 125 ,Felda Sungai Kelamah ,Gemas ,Negeri Sembilan.

Penceramah:
YB Abdullah Sani (Ahli Parliman Kuala Langat)
YB Hj Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi/ P'Jaya PAS NS)
YB Dato' Kamarul Bahrin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
YB S. Veerapan (ADUN Repah)

Turut hadir :
1. Zakaria Khalim ( YDP PAS Tampin)
2. Hj Baharudin Siri (Ketua PKR Cabang Tampin)
3. Hj Razakek Abd Rahim (Naib YDP PAS Tampin)
4. Dato' Syawal Salim (AJK PKR Tampin)

Anjuran Pakatan Rakyat MTD DUN Gemas

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 14 Mar 2012 03:28 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Dewan Undangan Negeri (DUN)

Posted: 14 Mar 2012 06:02 AM PDT

UMAT ISLAM KENA BACA INI.....

Posted: 14 Mar 2012 04:15 AM PDT


July 29th, 2010
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini, tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (nisbah 1:100). Namun, jika dicampur semua sekali,Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini boleh berlaku ?

Siapa mereka ini (Yahudi) ?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai "Manusia Abad ini" ialah seorang Yahudi, Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super – ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi, begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua. Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka cipta vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

  1. Stanley Mezor – mencipta mikrocip pertama.
  2. Leo Szilards – membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama.
  3. Peter Schultz – kabel gentian optik.
  4. Charles Adler – lampu isyarat.
  5. Benno Strauss – besi tahan karat – stainless steel.
  6. Isador Kisee – sistem suara di pawagam.
  7. Emile Berliner – mikrofon untuk telefon.
  8. Charles Ginsburg – alat pita rakaman.
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu :
  1. Ralph Lauren (Polo).
  2. Levis Strauss (Levi's Jeans).
  3. Howard Schultz (Starbuck's).
  4. Sergey Brin (Google).
  5. Michael Dell (Dell Computers).
  6. Larry Ellison (Oracle).
  7. Donna Karan (DKNY).
  8. Irv Robbins (Baskin & Robbins).
  9. Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia juga ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa ?
Jawapannya : Pendidikan, Pelajaran, Ilmu.

Mengapa pula umat Islam terlalu lemah ?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah ?
Ini jawapannya :
Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian "Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia" –  dan menakjubkan – tiada satu pun universiti – negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang – kurangnya sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara – negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNK – nya.
Kesimpulan : Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion, Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa ?
Jawapannya ialah : Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Wallahualam.
Sumber & Kredit

ISU AIR KELANTAN : APA PENYELESAIANNYA?

Posted: 14 Mar 2012 03:48 AM PDT


TAKTIKAL STRATEGI PEMBANGKANG PRU 13 TERDEDAH

Posted: 14 Mar 2012 03:41 AM PDT


PRU 13 – PKR Mengaku Guna Buku Panduan Agensi Asing NDI

AIDCNews – 14/03/12 – PKR mengaku pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya agensi asing yang diterapkan kepada ahli-ahlinya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Sinar harian yang memetik pengakuan itu dari Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata buku panduan yang digunakan oleh parti itu digunakan untuk menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.
Menurutnya, buku panduan yang diterbitkan oleh National Democratic Institute for International Affair (NDI), satu cabang kepada NED (National Endowment for Democracy), yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa UMNO.
"Buku panduan tersebut menerangkan bagaimana untuk menghadapi pilihan raya dengan bebas dan adil bukannya 'kempen kebencian'.
"Malah, sekiranya wujud usaha menggulingkan kerajaan pun, rakyat sendiri boleh menilai sama ada mahu menyokong ataupun tidak," katanya.
Nik Nazmi turut mempertahankan penggunaan buku panduan itu walaupun ia datangnya dari pihak asing.
"Adakah menjadi satu kesalahan, jika PKR menggunakan buku panduan dari luar negara yang bebas dan adil.
"Anda boleh menilai sendiri apabila membaca buku panduan ini kerana dari awal sehingga akhir kesemuanya tentang bagaimana menghadapi pilihan raya," katanya.
Dalam sidang media semalam, penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR dalam menghadapi PRU.
Dakwanya, Anwar turut mendapat bantuan NDI menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.
Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.
"PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya.
NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara AS yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat, Madeline Albright.
Mohd Zin mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.
"Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.
"Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR," katanya lagi.

SKANDEL ANUWAR GATE DENGAN YAHUDI

Posted: 14 Mar 2012 03:36 AM PDT


Ada Bukti menunjukan Anuar Ibrahim jalinkan kerjasama dengan YAHUDI malah menerima dana bagi membantu menguasai Malaysia, itu yang didedahkan didada Akhbar malah di BULETIN UTAMA TV3 13hb March 2012, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed dengan berani mendedahkan Kaitan Yahudi dan Anwar malah punyai bukti dengan apa yang didakwanya, malah lebih terperinci beliau mendedahkan dalam utusan malaysia :

SHAH ALAM 13 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, bukti-bukti yang sebahagiannya diterima daripada sumber dalaman PKR itu menunjukkan parti tersebut menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF).

Beliau berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar.

''Bukti yang ada menunjukkan Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar sememangnya menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan luar, selain menerima dana serta latihan bagi membolehkan mereka menguasai negara ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain itu KAF juga terbabit membantu Anwar dari segi dana dan buah fikiran bagi membantu merampas dan menguasai Politik Malaysia dengan menyediakan sebuah buku yang menggariskan kaedah bagaimana untuk PKR memenangi pilihanraya seterusnya menguasai negara Malaysia

KITAB NED rekaan yahudi ini sebenarnya bukan sahaja dari bahasa mereka malah telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Indonesia, Tagalog dan Thailand. KITAB ciptaan Yahudi ini mengariskan dua cara ' Pendekatan Politik (ceramah) dan Pembangunan Media bagi merealisasikan hasrat menjadi Perdana Menteri oleh Anwar. Nyata pendekatan menjurus seperti 'ARAB SPRING' yang pernah diucap oleh anwar memberi IDEA kepada rakyat khasnya golongan muda supaya ada tranformasi kepada adisi tempatan ke 'Malaysian Spring' mencontohi Kejatuhan Rejim dinegara-negara Asia Barat. memang ini lah strategi hasil dari KAF dan NDI... berita penuh (KLIK)

Jadi tak heran ler kalau kita diperlihatkan dengan Reformasi, Demostrasi Jalanan, Kebangkitan Mahasisa sewel dan macam-macam perhimpunan lagi termasuk anjuran dari sahabat Parti Yang diperkudakan parti PAS. Kempen berlarutan berunsur kebencian di tahap bahaya kerana berunsur subversif yang memang boleh mengugat negara dan keamanan Rakyat.

Berdasarkan maklumat yang ada KAF juga menaja ejen-ejen khas dalam pembangkang mengikuti latihan dan penyusunan propaganda, gerak kerja unit khas DUN, dan Unit Special Force yang bertanggug jawab untuk Perisian SisMap (sistem Pengkalan Data) bertindak mengodam e mail individu yang dikenal pasti terutamanya Agensi Kerajaan

Mengambil kesempatan dengan PAS yang dilihat menjadi pak turut dan pencacai kepada DAP, menjadikan pilihan terbaik bagi Anwar menjadikan ejen pelaksana seperti kehendak dalam kitab Yahudi yang menjadi panduan menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri. DAP diantara rakan yang lebih bijak nampaknya boleh cuci tangan dengan adanya pelaksana yang baik dari PAS kerana sasaran penting ialah bagi bangsa Melayu dan Islam yang menjadi majoriti dan pribumi yang punyai hak kenegaraan. Melihat dan tertawa nampaknya adalah menjadi rutin harian untuk mereka. Kalau tak berapa sedap story line cerita nie bolehlah diberi sedikit anjakan atau sokongan bagi menjadikan ada aksi hebat yang nampak real oleh rakyat

Pendedahan berani oleh BN Selangor dengan kaitan  Anwar bersama Yahudi ini cukup jelas, yang nyata kita tunggu pulak macamana respon Anwar nanti, Sebelum ini pun kita tahu dia masih berdolak dalik tentang tanggapan Pakatan Rakyat terhadap Yahudi @ Israel. Susah sangat ker nak kata dan lahirkan kebencian kepada YAHUDI, putar belit memanjang sebaliknya dia akan keluar negara untuk memberi kenyataan menyokong Israel, sebaliknya bila disedari oleh sekelunit dalam PAS terus berdalih malah Ending Story dalam Hangging. Penutup cerita yang tidak berkesudahan dengan pertemuan dengan TGNA tanpa ada sebarang resolusi kepada rakyat yang tertanya-tanya Ngaper susah benor nak nyebot HARAM JADAH ISRAEL!

Sekupang berharap sangat Anwar menyahut cabaran berdebat malah minta BN Selangor dedah dan dibahaskan supaya semua rakyat boleh menilaikan siapa sebenarnya musuh negara dan Agama, Tak ler jadi Bonggong bin Banggang asyik angguk jer sehinggakan 'Kucing  kencing di tayar kereta orang pun disalahkan UMNO jugak'... 

ADA MUTUT KA? u got ball's to speak the truth?... kata Red Indians hahaha  

21 fakta PAS bukan lagi parti Islam

Posted: 14 Mar 2012 03:32 AM PDT


Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".

 1) DULU… PAS kata: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)

SEKARANG… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2) DULU… PAS kata: "Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".
SEKARANG… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3) DULU… PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"
SEKARANG… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4) DULU… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau jadi TPM dahulu diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi"
SEKARANG… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.

5) DULU… PAS memperjuangkan Islam demi memartabatkan agama, bangsa dan negara seperti yang termaktub dalam slogan parti ketika itu.
SEKARANG… PAS mempergunakan Islam demi memartabatkan agama semua penyokong pakatan rakyat, menghapuskan bangsa bermakna ingin menyatukan budaya dan resam kaum serta tidak mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.

6) DULU… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"
SEKARANG… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".

7) DULU… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
SEKARANG… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.."

8) DULU… PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"
SEKARANG… PAS membuat kenyataan media Hudud bukan keutamaan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat - klik sini

9) DULU… PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".
SEKARANG… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah sekalipun menyebut Islam sebagai dasar dalam perlembagaannya.

10) DULU… PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".
SEKARANG… Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar. 

11) DULU… PAS kata: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".
SEKARANG… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12) DULU… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
SEKARANG… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13) DULU... Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.
SEKARANG.. PAS sudah memerintah Kelantan 21 tahun dan Kedah, Perak, Selangor sudah 3 tahun, peliknya mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14) DULU…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara
SEKARANG... PAS telah lesapkan 45juta duit koperasinya sendiri Ko-Hilal (ngko hilang?) termasuklah tabung bantuan Memali. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15) DULU… PAS kata: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"
SEKARANG.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".

16) DULU…PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"
SEKARANG.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? 

17) DULU…PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"
SEKARANG.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18) DULU…PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
SEKARANG.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, pernah bergabung tenaga dengan Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19) DULU…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
SEKARANG... PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20) DULU…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh membatalkan akidah seorang Islam.
SEKARANG... PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: "Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi" (Harakah)

21) DULU…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
SEKARANG.. PAS halal sertai DAP, biarpun sedar hakikatnya DAP sekali-kali tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

p/s: sekadar pandangan peribadi rajahmas, sebarang kesilapan sila maklumkan. Dipetik dan digubah semula daripada daripada http://www.mindaaktif.net. Kredit kepada pemilik blog. 

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


BN Akan Menang Besar PRU13

Posted: 14 Mar 2012 07:38 AM PDT

Dari : Blog Mutaligat Blog ini menjangkakan BN akan menang besar pada PRU 13 nanti. Keyakinan berdasarkan kepada situasi terkini yang menyaksikan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh agensi yang berkaitan dengan pilihanraya. Antara penyelewengan yang berlaku ialah:- 1) Penyenaraian begitu ramai pengundi awam menjadi pengundi Pos yang terdiri dari ahli keluarga askar [...]

Pengikut