Selasa, 28 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 28 Feb 2012 04:10 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Mengapa dana politik dan kempen harus ditangani secara professional..

Posted: 27 Feb 2012 06:03 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 27 Feb 2012 11:32 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan ke Tapak-Tapak Perumahan Generasi Kedua Felda Hulu Selangor

Posted: 27 Feb 2012 03:25 PM PST
















12 Jabatan Kerajaan di Negeri Selangor telah dijemput untuk sama hadir melawat tapak-tapak untuk perumahan di Felda Hulu Selangor pada 28hb Februari 2012. Kami dipinta berkumpul di TOL Bukit Tagar pada jam 9.30 pagi.

Sebaik sahaja kesemua wakil daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor telah berkumpul kami bertolak ke Felda Sungai Tengi Selatan. Di sana kami telah ditunggu ketibaan oleh JKK Felda Sungai Tengi yang membawa kami kepada dua tapak di sana. Sebahagian daripada tapak yang pertama sudah diceroboh. Setelah mendapat taklimat dari Ketua Kampong, kami pergi pula ke tapak yang kedua.

Kemudian, kami pergi ke Felda Sg Tengi; diatas tapak pertama sudah kedapatan pembinaan rumah-rumah kedai dan setesyen minyak yang dikatakan sudah digazetkan untuk tujuan-tujuan itu, tetapi tanah ini masih luas dan sesuai dengan penempatan anak-anak peneroka Felda di kawasan ini. Ketua kampong Sg Tengi kemudiannya membawa kami ke tapak yang kedua iaitu suatu tapak yang sudah ditanam dengan kelapa sawit.

Rombongan kami pergi pula ke tapak di Felda Suharto selepas minum pagi di warong Felda Sg Tengi. Di Felda Suharto terdapat 2 tapak untuk perumahan tersebut, dan salah satu daripada tapak itu sudah pun ditandakan sebagai tapak perumahan semasa Dato Seri Najib melawat kawasan ini semasa PRK Hulu Selangor dahulu tetapi tidak ada apa-apa perkembangan pun setelah itu.

Di Felda Suharto, Felda Sg Tengi dan Felda Sg Tengi Selatan sudah kedapatan lebih dari 300 orang anak-anak peneroka yang memohon untuk mendapatkan rumah apabila projek perumahan generasi kedua ini siap kelak. Dan kawasan tanah yang ada di ke tiga-tiga kawasan rancangan Felda itu mencukupi untuk keperluan tersebut.

Akhirnya kami menuju ke Felda Gedangsa. Di sana juga terdapat 2 tapak yang sesuai untuk perumahan. Di tapak yang pertama, selain daripada perumahan untuk generasi kedua, terdapat juga permohonan untuk mendirikan Dewan Orang Ramai dan permohonan itu sudah pun dihantarkan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Di tapak yang kedua, kami telah diberikan taklimat bahawa anak-anak peneroka Felda Gedangsa, sudah pun menyediakan pelan tapak untuk perumahan bagi anak-anak peneroka di sana, dan senarai pemohon-pemohon sudah pun disiapkan.

Setelah lawatan tapak ini, kami mengesan ada sesuatu yang tidak kena. Di kesemua kawasan-kawasan ini telah ditandakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk didirikan perumahan bagi anak-anak peneroka Felda.

Tetapi agensi kerajaan yang menyiapkan laporan menyatakan bahawa jabatan itu mengambil tindakan semata-mata untuk memenuhi permohonan daripada sebuah NGO (yang berkait rapat dengan UMNO), dan setelah kami membuat bantahan, wakil dari agensi tersebut tidak meneruskan lawatannya ke Felda Gedangsa.

Jam 2.00 petang 29hb Februari 2012 nanti satu mesyuarat akan diadakan di Pejabat Ahli Exco Kerajaan Selangor bagi membincangkan kedudukan tapak-tapak ini yang sudah di "ear-marked" oleh Kerajaan Selangor untuk perumahan bagi generasi kedua peneroka atas perancangan Kerajaan Negeri Selangor dan bukan dari permohonan Badan NGO.

Anwar Ibrahim

Posted: 27 Feb 2012 07:36 PM PST

Anwar Ibrahim


Nurul: Mata Saya Hampir Lebam Seperti Papa

Posted: 27 Feb 2012 04:20 AM PST

Malaysiakini

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat ‘mata lebam’ seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, “budak-budak muda” itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.

Anwar nafi jadi dalang pengkuatkuasaan akta 1996

Posted: 27 Feb 2012 12:16 AM PST

Keadilankini.com

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kenyataan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menuduhnya terlibat dalam kelulusan penguatkuasaan akta 1996 untuk membenarkan syarikat-syarikat swasta import dan eksport barangan ke Israel.

Menurut Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN itu,  Pemuda Umno sanggup berbuat apa untuk mengaburi mata rakyat.

"Pemuda Umno ni dia ada masalah, dia nak tutup semua keaiban mereka, sampai hari ini dia hanya bercakap. Itu memang cara pemuda umno memfitnah dan menipu," kata Anwar ketika ditemui di Perhimpunan Hijau 2.0 di Kuantan 26 Februari lalu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan Anwar yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lebih penting lagi Menteri Kewangan yang bertanggungjawab atas Jabatan Kastam pada 1996.

"Di bawah Akta Kastam 1967 memang ada larangan transaksi perdagangan dengan Israel. Walau bagaimanapun kelonggaran telah diberi kepada penguatkuasaan akta ini pada tahun 1996.

"Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional" katanya.

BULETIN RAKYAT

Posted: 27 Feb 2012 11:47 AM PST

BULETIN RAKYAT


APA SAJA ASALKAN MENANG DI SELANGOR ~ IDRIS AHMAD

Posted: 27 Feb 2012 01:09 AM PST

5 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR, 27 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat apa sahaja, asalkan menang pilihan raya."Terbaru beliau mengaku Umno melakukan kesilapan sewaktu memerintah Selangor selama 51 tahun sebagai usaha untuk menarik simpati rakyat supaya memilih BN untuk memerintah Selangor," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Rakyat Selangor pula, katanya mengatakan nasi sudah menjadi bubur."Nampaknya apa sahaja rakyat minta kepada Datuk Seri Najib beliau akan beri, termasuklah bulan atau matahari kalau beliau boleh beri," ujarnya

DALANG DISEBALIK PERANGKAP KHALWAT?

Posted: 27 Feb 2012 12:58 AM PST

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

ADA DALANG DLM PERANGKAP KHALWAT ~ DR BADRULAMIN

Posted: 27 Feb 2012 12:51 AM PST

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 27 Feb 2012 11:23 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


ABU kini di Port Dickson 4 Mac 2012

Posted: 27 Feb 2012 07:11 AM PST


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Serta Pelancaran Asalkan Bukan Umno – ABU peringkat Telok Kemang

Tarikh : 4 Mac 2012, Ahad

Masa : 8.30 mlm

Tempat : Pasti At Taqwa, Telok Kemang (depan stesen minyak Mobil)

Bersama :

Chegubard, Penyelaras SAMM

YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi

YB Ravi, ADUN Port Dickson

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Saufi 013-6777507 , Aiza 010-3428260

Mazlan Aliman 7 Mac 2012 di Senawang

Posted: 27 Feb 2012 12:42 AM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 7 Mac 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Penceramah :
~ Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
~ Mohd Nazree Mohd Yunus - Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan
~ Aiman Athirah Al Jundi - Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad - Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Rozmal Malakan - Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Nazri 012-6775537

Penyerang Asid kembali serang warga kota

Posted: 26 Feb 2012 04:59 PM PST



Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kini kes serangan asid tersebut berulang di Bandar Tun Hussein Onn.

Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/05/penyerang-asid-kembali-serang-warga-kl.html

Penyelia pusat kecantikan cedera parah disimbah asid di hadapan kedai miliknya

KUALA LUMPUR 26 Feb. 2012 - Seorang penyelia di sebuah pusat kecantikan cedera parah selepas disimbah sejenis cecair yang dipercayai asid ketika berjalan kaki di hadapan kedainya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita yang berusia 27 tahun tersebut dikatakan mahu ke tempat kerja sebelum berasa simbahan cecair di belakang badannya.

Mangsa yang ketakutan segera meluru masuk ke premis tempatnya bekerja tanpa sempat melihat suspek.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab memberitahu, wanita itu cedera dengan kesan melecur di belakang badan, tengkuk dan telinga kiri.

"Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara. Setakat ini kita belum dapat pastikan jenis cecair yang digunakan untuk menyimbah mangsa," jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, polis juga telah membuat pemeriksaan termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian tetapi tiada yang merakam insiden itu.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

Return of the serial splasher?
Monday February 27, 2012

KAJANG: A woman suffered severe burns on her face and body after she was splashed with corrosive liquid in what could be the possible return of the serial splasher.

Police are looking at the possibility that the splasher could be back after an almost 10-month hiatus.

In the attack which occurred at about 11am on Saturday, the woman in her 20s was splashed while standing outside a beauty parlour near a department store in Balakong.

A man came from behind and splashed the liquid on her back and face before fleeing.

It is unclear if the man was riding a motorcycle as police have yet to get a full statement from the victim who is receiving treatment at a private hospital.

Police are also not ruling out that the case is personal in nature as this is the first time a splashing incident has taken place here.

Kajang OCPD Asst Comm Abdul Rashid Abdul Wahab confirmed the incident and said police were looking into all possibilities.

The serial splasher struck fear in Klang Valley residents during a three-month period between March and May last year with more than 20 people suffering burns.

The attacks began on March 2 when eight students and a teacher from SK Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar, were splashed with a corrosive liquid by a motorcyclist.

The attacks, however, stopped shortly after police, who claimed they were close to catching the splasher, released a photofit of the culprit in May.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/27/nation/10811890&sec=nation

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 27 Feb 2012 09:14 AM PST

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


“Tsunami hijau” melanda Kuantan: Batal projek Lynas jika Pakatan berkuasa, janji Anwar

Posted: 26 Feb 2012 07:35 PM PST

Lebih 10 ribu manusia berbilang kaum berhimpun di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 pada pagi ini, dengan nada yang tegas melaungkan “Berambus Lynas!”.  Di samping itu, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim berjanji untuk membatalkan projek Lynas, seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pemerintahan. Tiada penangkapan berlaku dimaklumkan sehingga perhimpunan bersurai dengan aman pada jam 11.30 [...]

Anwar muncul di Pantai Teluk Cempedak…

Posted: 26 Feb 2012 07:32 PM PST

Merdekareview.com Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menarik perhatian penduduk di Kuantan, apabila muncul di Pantai Teluk Cempedak secara mengejut pada kira-kira jam 11 malam, tadi.  Beliau sempat memberi ucapan ringkas, menegaskan pendiriannya untuk menolak Lynas dan dasar-dasar yang tidak menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat. Beliau disambut dengan tepukan dan sorakan, juga laungan “Reformasi” apabila sampai di [...]

Samseng upahan Umno cuba kasari (tumbuk?) Nurul Izzah

Posted: 26 Feb 2012 07:25 PM PST

Keadilandaily.com PAHANG: Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang malam semalam (26 Februari). Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan Umno kebelakangan ini, kian berleluasa. Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, [...]

Samseng Umno ganggu Himpunan Hijau di Pulau Pinang

Posted: 26 Feb 2012 07:24 PM PST

Keadilandaily.com PADANG KOTA 26 Feb: Kira-kira 50 orang samseng dari Pemuda Umno dan Perkasa mengganggu himpunan Hijau 2.0 yang membantah operasi kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Himpunan itu pada mulanya berlangsung dengan aman, namun bertukar menjadi kecoh apabila kumpulan itu datang dan mengugut peserta himpunan tersebut. Sebahagian mereka [...]

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 27 Feb 2012 11:18 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Pergi DEMO HIJAU Dapat Duit Purple

Posted: 27 Feb 2012 12:30 AM PST


Fuiyooooo... masyuk juga join himpunan puak-puak Pakatan Haprak yer. Dapat duit jer yer!!!

Gambar ini diterima oleh rakan GR blogger Keris 7 Lok melalui sistem MMS. Gambar ini DIBERIKAN oleh seorang pendemo yang dibayar untuk turun ke MPK4. Mungkin ada yang dibayar oleh beberapa individu berkepentingan dalam himpunan dosa 2.0 ini.

Patutlah ada yang datang daripada jauh sebab mereka ada 'elaun'. Ramai mereka yang datang bukan dari warga masyarakat Kuantan tapi dari KL, Perak, Terengganu, Kelantan, Melaka...dari Sarawak pun ada tu...

Jelas terbukti Himpunan Dosa 2.0 ini hanyalah 'game plan' Pakatan Rakyat dan telah dipolitikkan oleh mereka. Semalam GR sudah tunjukkan keadaan sebenar suasana himpunan semalam sebab GR ada dilokasi himpunan dan tahu apa yang terjadi sebenarnya. Pembaca boleh lihat di SINI dan SINI

Sumber : GOSSIP RAKYAT

Puteri UMNO Bahagian Pandan

Posted: 27 Feb 2012 07:38 PM PST

Puteri UMNO Bahagian Pandan


Taklimat Kepimpinan 4 Peringkat.

Posted: 27 Feb 2012 04:07 AM PST

Salam Gurls, Dimaklumkan taklimat kepimpinan Bahagian 4 peringkat AJK Bhg/Wanita/Pemuda/Puteri akan diadakan esok; Selasa 28 Feb 2012 jam 8.30mlm bertempat di Pejabat Bahagian.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Pejabat Bahagian Pandan

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 27 Feb 2012 03:09 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PENYELEWENGAN SYIAH

Posted: 26 Feb 2012 11:29 PM PST


PENYELEWENGAN SYIAH

PENGENALAN

Perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dalam bidang syariah atau 
perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat 
ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim 
ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat. 
Walau bagaimanapun perbezaan pendapat dalam bidang  politik dan akidah lebih 
cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat Islam. Ia 
mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh 
Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah 
telah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam. 

LATAR BELAKANG SYIAH

Syiah Imam Dua Belas (Ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi
hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di
beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima  dan ia berkembang di
Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah
Zaidiyah.
Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta
orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan  bertaburan di sekitar Asia
Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH

1. KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali lebih
berhak menjadi imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang
oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri.
Sementara selain Syiah pula mengkaitkan pendapat ini dengan pandangan
yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak
menjadi khalifah selepas Rasulullah S.A.W

. 2. KEMUNCULAN PERGERAKAN ABDULLAH B. SABA' DI PENGHUJUNG
ZAMAN UTHMAN R.A.
 Abdullah b. Saba' adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas
golongan Syiah Al-Sabaiyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia
telah memeluk Islam pada zaman Uthman r.a, dan menjelajah ke kota-kota
Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam.

3. PEPERANGAN SIFFIN DAN MAJLIS TAHKIM
 Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a dalam peristiwa
Tahkim. Mereka melaungkan bahawa imam itu adalah hak umum bagi semua
kaum muslimin tanpa wujud keutamaan antara orang Arab dengan bukan
Arab, dan antara bangsa Parsi atau Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu
menjadikan imam hak di kalangan ahli bait Rasulullah S.A.W sahaja, dari
keturunan Saidina Ali r.a.

4. PEMBUNUHAN HUSSEIN R.A.
 Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk
merujuk kepada mereka yang menyokong Saidina Ali r.a dan keturunannya.
Kesimpulan : Sebahagian prinsip akidah bagi Syiah telah lahir pada tangan
Abdullah b. Saba', tetapi tidak timbul secara berkumpulan. Hanya selepas berlaku
peristiwa di atas, terutama selepas pembunuhan Hussein, Syiah mula muncul
sebagai suatu kumpulan yang berkembang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu yang
dilontarkan oleh Ibnu Saba' di dalam suasana pemikiran bagi puak Syiah ketika itu.
 
SYIAH DI MALAYSIA

Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang
merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Di Malaysia
terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu
iaitu :

Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang
memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai
tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200
hingga 400 orang.Syiah Ismailiyah Agha Khan
Kumpulan yang dikenali dengan nama  Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar
Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari
kelompok Bohra.
Syiah Ja'fariyah @ Imamah Ithna Assyariyyah. (Imam Dua Belas)
Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia  selepas  kejayaan
Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular
ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan samaada yang
berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang Pensyarah
universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah
Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH
1. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH
-  Khalifah diwasiatkan secara Nas.
- Imam adalah maksum.
- Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada
manusia.
- Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk
memberi keadilan.
- Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut
kemudharatan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara yang benar.
- Konsep al-Mahdiah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari
sebagai imam Mahdi al-Muntazar.
- Penyanjungan yang keterlaluan kepada Sayidina Ali.
- Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
-  Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala
Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
- Hanya Ali dan para Imam sahaja yang menghafal dan  menghimpun al-Quran
dengan  sempurna.
- Menghalalkan nikah mut'ah. - Menambah nama Saidina Ali dalam Syahadah.
- Menolak Hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah sekalipun
Hadis Mutawatir.
2. PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT
-  Menolak Ijmak Ulama.
-  Menolak Qias.
-  Mengamalkan nikah mut'ah
3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM
-  Menziarahi kubur Saidina Hussein, ganjarannya syurga.
-  Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian
 Saidina Hussein.
- Menghina isteri-isteri nabi S.A.W.
- Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan  tanpa sebarang
 sebab.
- Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku
 melalui nas.
- Sembahyang dhuha adalah bid'ah
- Islam bukanlah syarat wajib Haji.
- Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuh
 kedua-duanya.
  PERBEZAAN DI ANTARA SYIAH DAN SUNNAH
BIL SYIAH  SUNNAH
1.  Akidah
* Mengenal Allah wajib dengan akal
* Melihat Allah itu tidak harus dan
mustahil samaada di dunia atau di
akhirat.
* Sifat Allah itu ialah zatNya.
* Mengenal Allah wajib dengan syarak
(Allah lah yang mewajibkan manusia
mengenalnya).
* Melihat Allah adalah harus di dunia
dan di akhirat. Sesetengah
berpendapat harus di akhirat sahaja.
* Sifat Allah itu bukan zatNya.
2.  Kebangkitan nabi-nabi dan
terpelihara mereka dari salah dan
silap
* Wajib Allah bangkitkan Nabi-nabi
kerana ia menghampirkan manusia  
kepada Allah dan menjauhkan dari  
maksiat.
* Nabi-nabi terpelihara daripada dosa  
besar atau kecil.
 
* Tidak wajib ke atas Allah
membangkitkan Nabi-nabi untuk
menerangkan kepada manusia sumber
kebaikan dan keburukan.
* Dosa-dosa kecil harus dilakukan oleh
Nabi-nabi samaada sengaja atau
terlupa. Dosa besar pula
berkemungkinan dilakukan dengan
cara terlupa atau tidak disengajakan.
3.  Khalifah
* Khalifah ditentukan dengan nas
Nabi-nabi atau Imam yang
terpelihara dari dosa.
* Khalifah dan Imam dikehendaki  
terpelihara dari dosa.
 
* Khalifah ditentukan dengan pemilihan  
dan sudah mencukupi ikrar taat setia
dibuat walaupun oleh seorang sahaja.
* Terpelihara dari dosa bukanlah syarat  
untuk menjadi Khalifah.
  KITAB UTAMA
AWAS! Terdapat beberapa kitab utama Syiah yang telah dijadikan bahan rujukan,
antaranya:
1. Al-Sahabah, oleh: Haidar
2. Ahlu al-Bait, oleh: Dr. Mahfuz Mohamed
3. Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas
dan Ijtihad) oleh: Al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar.
4. Kasyf al-Asrar, oleh : Ayatullah al-Khomeini
5. Al-Hukumah al-Islamiah, oleh: Ayatullah al-Khomeini
6. Al-Sab'ah Min al-Salaf, oleh: Ayatullah al-Murtadza az-Zubaidi
7. Tahrir al-Wasilah, oleh: Ayatullah al-Khomeini
8. Al-Muraja'at, oleh: Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi
9. Al-Usul Min al-Kafi, oleh: Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi
10. Peshawar Nights, oleh: Al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin
11. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?,  oleh: Syeikh Muhammad Mar'i alAmin al-Antaki – diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim (thn 1993).
12. Mafatih al-Jinan, oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

PENGIKTIRAFAN KEPADA PEJUANG BANGSA.

Posted: 26 Feb 2012 11:10 PM PST


CADANGAN PPUBJ KEPADA PRESIDEN UMNO.


DAULAH BANGSA MELAYU TERCIPTA DI SINI.


PERHIMPUNAN BERSEJARAH OLEH WAKIL-WAKIL BADAN GABUNGAN YANG BERSATU UNTUK MENUBUHKAN UMNO DI ISTANA BESAR JOHOR PADA 
11 MEI 1946
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongress Melayu ketiga di adakan di Istana besar, Johor Bahru dan dirasmikan oleh YAM Tengku Mahkota Pemangku Sultan Johor Sultan Ismail. Dalam kongres ini, Baginda telah bertitah :-

".... Dengan hati yang sangat ria, saya melihat kedatangan tuan-tuan yang begini ramai dari semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini kerana hendak sama-sama muafakat menjalankan pekerjaan kongress dan hari ini nampaklah kepada saya dan kepada tuan-tuan sekelian juga yang kita bangsa Melayu yang sedia dan hendak bersatu dengan tujuan menguatkan pendirian bangsa kita dan memelihara tanah air kita. Kedatangan tuan-tuan ke mari ada memberi sukacita yang amat besar kepada saya dan saya menerima tuan-tuan sekelian dengan hati yang tulus ikhlas. Saya harap kerja-kerja yang hendak tuan jalankan di sini dalam dua hari akan jaya dengan cukup sempurna juga saya ucapkan selamat kepada tuan-tuan semua dan saya serukan persidangan mesyuarat ini dibuka dan dimulakan......."

Kongres ini dihadiri seramai 58 orang wakil dan 30 orang pemerhati. Disinilah piagam UMNO diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Dato' Onn Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertua sebulat suara. Dalam ucapan rasmi selepas penubuhannya, beliau menyatakan,

"...... Janganlah kiranya hendak mengejar pangkat sahaja dengan membelakangkan bangsanya kerana malangnya saya bercakap iaitu Tanah Melayu ini ada orang yang rupa Melayu, berkulit Melayu dan segalanya Melayu tetapi dukacita disebutkan hatinya bukan Melayu...."

".....alangkah malang ada orang Melayu yang tidak mengikut kerana kononnya segan kepada orang asing tetapi tidak segan kepada bangsanya sendiri. Saya tahu ada berbunyi pihak yang tidak menyebelahi pada Melayu hendak memberitahu kepada dunia bahawa bantahan-bantahan daripada kita itu bukan bantahan rakyat tetapi raja. Kita nafikan itu depada dunia yang menuntut hak bukan raja, melainkan rakyat. Ada dua tempat orang Melayu hendak bertenggek, satu kepada jiran, satu kepada musuh Melayu. Jika belum belum ada perasaan kebangsaan dan tanah air dan semata-mata kerana dirinya sendiri diminta supaya orang itu berfikir panjang dan bertaubatlah. Masuk ke dalam persatuan-persatuan dan bersatulah. Saya berharap dalam masa yang sedikit lagi jadi satu tujuan, kerana persatuan antara raja dengan rakyat tetapi rakyat dengan raja. Selamat belayar Kongres dan selamat datang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.


Seramai 29 Ketua wakil yang hadir menandatangani pengasas UMNO dalam piagam tersebut:-


1.  Dato' Onn Jaafar                                    -      Pergerakan Melayu Semenanjung Johor.
2. Kapten Ahmad Mohammad Don             -      Persekutuan Melayu Kluang.
3. Mohammad Rejab Darus                          -     Kesatuan Melayu Kedah.
4. Senu Abdul Rahman                                -      Saberkas.
5. Abdul Wahab Tok Muda Abdul Aziz       -     Persatuan Melayu Kelantan.
6. Ahmad Jamal                                            -     Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka.
7. Tunku Hussain Tunku Yahya                  -     Persekutuan Melayu Negeri Sembilan.
8. Mohammad Nor Sulaiman                        -     Persatuan Melayu Pahang.
9. Ahmad Malek                                             -     Persatuan Melayu Seberang Prai.
10.Ibrahim Mohamood                                  -     Persatuan Melayu Pulau Pinang.
11. Abdul Wahab Tok Muda Abdul Aziz      -     Perikatan Melayu Perak.
12. Mohammad Tahir Setia Raja                  -     Persatuan Melayu Perak.
13. Baharum Mohammad Mohidin               -     Persatuan Muslim Teluk Anson.
14. Raja Lop Shahruddin Raja Mohammad -     Persatuan Melayu Cendering.
15. Ahmad Abdullah                                      -     Psesekutuan Muhibah Malim Nawar.
16. Salleh Osman                                            -     Persatuan Melayu Perlis.
17. Mohammad Eunos Abdul Hamid             -     Persatuan Melayu Selangor.
18. Hamzah Abdullah                                     -     Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor.
19. Zainal Abidin Osman                               -     Ikatan Setia Kampung Baru.
20. Baginda Sulong Baginda Kassim            -     Per. Pinang Peranakan (dlm negeri Selangor)
21. Ali Arshad                                                  -    Dewan Perniagaan Melayu Malaya Neg Selangor
22. Raja Abdul Rahman Raja Yusof               -    Persatuan Penghulu Penghulu Selangor.
23. Omar Abu Hassan                                      -    Darul Ehsan Club Jeram.
24. Fatimah Musa                                            -   Persatuan Kaum Ibu Selangor.
25. Ahmad Mahdon Hassan                             -   Persekutuan Bawean Selangor.
26. Nordin Nawi                                               -   Persatuan Melayu Ulu Selangor.
27. Lop Salleh Long                                         -   Persatuan Melayu daerah Sabak Bernam.
28. Dr. Burhanuddin Mohammad Noor          -   Parti Kebangsaan Melayu Semalaya.
29. Abdul Rahim Ibrahim                                 -  Kesatuan Melayu Singapura.


Semoga Allah SWT mencucuri roh mereka yang telah meninggal dunia dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang solleh...Amin....


CADANGAN KEPADA PRESIDEN UMNO YAB DS NAJIB TUN RAZAK


Demikianlah senarai nama 29 pejuang-pejuang bangsa, agama dan tanah air yang telah mengabdikan diri mereka demi penyatuan satu bangsa yang dipanggil Melayu. Jelas, tanpa tandatangan mereka sudah pasti UMNO yang ada pada hari ini tidak akan wujud . Adat kita orang beradat, orang berbudi kita berbahasa. Apa kata sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke 66 ini....satu pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada keluarga 29 pejuang UMNO ini. Jika kita boleh memberi anugerah kepada pencapaian orang Melayu rasanya tidak salah jika kita memberi kepada mereka yang telah meletakkan asas penubuhan parti keramah ini agar ianya menjadi satu titik tolak kepada generasi muda Melayu untuk terus mengenang jasa mereka dahulu.                         



BILA SELUAR PAS TERLONDEH.......

Posted: 26 Feb 2012 08:57 PM PST


WAJIB BACA !!! 9 DARI 11 PARTI UNDI TENDANG PAS KELUAR DARI BN !!! SALAH UMNO ???

TEKS UCAPAN PENUH TUN HUSSEIN ONN 1977



"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.


Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Cikgu Asnah Turun Padang Bantu Mangsa Kebakaran Padang Assam Bayan Lepas

Posted: 14 Jan 2012 11:02 PM PST

Kebakaran yang berlaku pada jam 4.00 petang yang melibatkan 2 buah rumah,Setelah dimaklumkan oleh Pejabat Daerah , Cikgu Asnah Pegawai Penyelaras KADUN N38 Bayan Lepas,Yb Sim ADUN Pantai Jerejak , Penghulu Kawasan Bayan Lepas En Suhaimi bergegas ke tempat kejadian ,juga beberapa pengerusi JKKK iaitu Pengerusi JKKK Bayan Lepas Tuan Hj Rahim , Pengerusi Pekan [...]

Isytihar Harta : Exco Pulau Pinang Memang Tiada Harta

Posted: 12 Jan 2012 08:01 AM PST

Cuba tuan-tuan bandingkan dengan Exco kerajaan negeri-negeri BN. Jangan kata Exco, Adun-adun biasa pun mempunyai harta jutaan ringgit. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing. Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki [...]

Pengikut