Sabtu, 22 Oktober 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 21 Oct 2011 11:54 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Video demo bantah kezaliman regim DAP oleh rakyat ditindas di KOMTAR !

Posted: 21 Oct 2011 07:56 AM PDT


Nampaknya rakyat P.Pinang yang ditindas kerajaan regim DAP semakin angin !

Kalau Guan Eng anggap blogger Penang dedahkan pasal  anaknya sebagai binatang , kini rakyat yang ditindas dan dizalimi pulak bangkit menentang kerajaannya . Seramai 200 orang terdiri 5 NGO berdemotrasi di depan Komtar selepas Jumaat tadi membantah kezaliman kerajaan DAP .

Apa yang disuarakan mereka adalah sifat tidak perikemanusiaan kerajaan regim  DAP terhadap rakyatnya terutama peniaga  . Ia bertentangan sekali dengan laungan kerajaan berjiwa rakyat yang selalu disebut Guan Eng dalam ceramahnya .

Antara isu yang membangkitkan kemarahan mereka ialah

1. Isu peniaga sukan air ( jet ski ) dan kuda di Batu Feringgi

2. Memutuskan  bekalan air secara drastik rumah penduduk miskin

3. merobohkan gerai peniaga Melayu




Guan Eng pemimpin tak perikemanusiaan ! 



Jom lihat gelagat pencacai PKR dan PAS gila meroyan di UIA ...

Posted: 21 Oct 2011 05:12 AM PDT


Di belakang tabir demontrasi haram seramai 200 orang  pertahan Aziz Bari adalah puak2 Budak JingGAY 13 dari AMK PKR .   Yang mejadi kepala merusuh  bukannya student UIA  tapi puak-puak haram jadah  ini lah .
Yang tengah gila bercakap ini bukan student UIA tapi bekas pelajar UKM, Hilman Idham 
Malaysian Insiders telah kantoi MENIPU dan BERBOHONG !! 



Bukti pembabitan puak2 JingGAY 13 di demo Aziz Bari ... 




Budak PKR dan PAS saja  membuat onar di UIA ..student tak pi menyibuk pun 



SIAPA DI BELAKANG TABIR AZIZ BARI ??

Adakah Aziz Bari yang digantung dari UIA ini boleh jatuh miskin  ke  ? Kalau tak keja UIA dia susah ke ? UIA saja ke sumber rezeki dia ?Kenal dulu siapa dibelakang Aziz Bari .. Yahudi & Kristian  semua support kuat !



AIDCNews – 19/10/11 – Laman akademimerdeka.org memperkenalkan Professor Abdul Aziz Bari sebagai Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).

Apa itu Akademi Merdeka ? IDEAS ? Siapa di belakang mereka ?

"AkademiMerdeka.org ialah projek pendidikan ide-ide libertarianisme yang diusahakan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.


"Misi AkademiMerdeka.org ialah untuk menjadi platform penyebaran faham libertarianisme di Nusantara, terutama di negara Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

"Editor AkademiMerdeka.org ialah Wan Saiful Wan Jan", lapor laman itu. Klik di sini

Menurut laman ideas.org.my, IDEAS ditubuhkan oleh 3 sahabat, Wan Saiful Wan Jan, Tunku 'Abidin Muhriz, dan Wan Mohd Firdaus Wan Mohd fuaad pada tahun 2006 bertujuan untuk membentuk sebuah Negara Liberal di Malaysia serta menerapkan nilai-nilai liberal di kalangan rakyat negara ini. Klik di sini

Pada asalnya dinamakan 'Malaysia Think Tank London' (MTTL), kemudian ditukar kepada Malaysia Think Tank (MTT) dan akhirnya ditukar kepada Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) pada 14 Disember 2009. Klik di sini

Aziz Bari dilantik sebagai felo utama IDEAS. Klik di sini

Menurut wikipedia, IDEAS adalah rakan kongsi kepada 'the Atlas Economic Research Foundation' di Washington, D.C. yang menerima dana daripada 'the International Policy Network' dan 'the Friedrich Naumann Foundation'.

Jadi siapa sebenarnya di belakang Aziz Bari dan apa agendanya di Malaysia ?

Awas ! Yayasan Kristian Di Belakang Dr Aziz Bari ?

PANAS ! DAP lahanat nak halang Himpunan di Stadium Shah Alam

Posted: 21 Oct 2011 04:07 AM PDT


Bila  umat Islam nak bersatu untuk  pertahan AGAMA , ada saja halangan oleh puak-puak Kafir yang mahu mengagalkannya . GPB  dikhabarkan  Teresa Kok  dari parti yang memang  anti Islam  DAPig   sedang berusaha mendesak pentadbiran Khalid Gagap menghalang umat Islam berhimpun seramai 100,000 orang esok .

Malah pihak  perbadanan Stadium Shah Alam juga diberi tekanan supay himpunan ini  tidak diadakan .

Untuk ketahui lebih lanjut  KLIK DI SINI 

Mahasiswa pencacai PKR lebih pentingkan Aziz Bari dari agenda Murtad !

Posted: 21 Oct 2011 12:13 AM PDT


Kira-kira 200 mahasiswa upahan berhimpun bagi mempertahankan kenyataan kurang ajar Prof kangkung Aziz Bari Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan "Hidup Aziz Bari", "Bebas Aziz Bari" dari belengu

Mereka berhimpun untuk menyokong kenyataan Aziz Bari bahawa Sultan tidak ada hak untuk mempertikaikan umat Islam yang murtad di Gereja DUMC





Perhimpunan itu didalangi oleh Sam ketot yang juga Ketua AMK difahamkan cuba berarak menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak sesama mereka.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang kerana memberi laulan kepada Aziz Bari untuk mengabdikan diri kepada politik Anwar Ibrahim.

PANAS ! Pendedahan Sekolah lama anak Guan Eg terima RM 2 juta !

Posted: 20 Oct 2011 09:31 PM PDT






- Pada 17 Sept, Guan Eng telah merasmikan pembukaan Bangunan Wawasan, iaitu satu blok baru di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee.


- Bangunan Wawasan yang lapan tingkat itu mempunyai dua dewan serbaguna, perpustakaan, unit ko-kurikulum, bilik muzik serta menyediakan kemudahan ICT.

- Ia juga diantara sekolah jenis kebangsaan yang mempunyai kemudahan lif berkembar.


- Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang atau Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC) telah menyumbang sebanyak RM2 juta untuk pembinaan bangunan tersebut.

- Presiden PCCC ialah Tan Sri Tan Kok Ping yang merupakan kawan baik Guan Eng dan sering kelihatan berdampingan bersama.


- Presiden PCCC ini adalah Pengarah Urusan Berjaya Sports Toto yang juga mempunyai kaitan dengan developer Berjaya Land serta taikun Vincent Tan.


sumber : Helen Ang


Komen GPB

Nampaknya persoalan mengapa Pengetua sekolah cina Heng Eee  ini backup Guan Eng  mungkin sudah terjawab bila melihat gambar dan maklumat di atas ini .

Kroni Guan Eng iaitu Presiden PCCC  telah menyumbang sumber kewangan jutaaan ringgit kepada sekolah terbabit  semasa anak CM bersekolah di situ . Itu yang declare di atas kertas ,belum di bawah meja lagi tak tahu la berapa ..

Persoalannya ,adakah ada game lu cover gua ada  dalam isu cabul ini ??

Politik baru ala Saifuddin, terganggu Prof Kangkung hina Raja dikenakan tindakan

Posted: 20 Oct 2011 08:26 PM PDT


Memang sah salah kenyataan Prof Kangkung ini  dan kurang ajarnya tidak pulak memohon maaf . Tapi mengapa Saifuddin pun yang terasa dalam sampai terganggu bila UIA kenakan tindakan . Memang wajar sebab beliau telah melalukan institusi pendidikan milik kerajaan ini .

Anwar confirm demam, Datuk Eskay cadang guna video seks sebagai Bukti !

Posted: 20 Oct 2011 07:29 PM PDT



GPB confirm Anwar demam  dan pening bila   Datuk Shazryl Eskay Abdullah meminta pihak pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkannya kepada media pada 21 Mac lalu sebagai bukti di mahkamah.

Ini merupakan hujah paling penting untuk menunjukkan Anwar boleh melakukan hubungan seks dan bukannya sampai tak boleh bongkok . Beliau pun sehingga hari ini tidak berani  saman Datuk Eskay tentang rakaman video terbabit .


Menurutnya, dua pakar forensik video dari Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan bahawa 99.9 peratus pelakunya ialah Anwar.


Untuk pengesahan lebih lanjut, katanya, kedua-dua pakar forensik video itu juga boleh dibawa sebagai saksi dalam kes liwat berkenaan.


''Dua dokumen dipamerkan di mahkamah ketika saya serta dua rakan (Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim) didakwa Jun lalu termasuk hasil kajian bagi menentukan kesahihan dan siapa pelaku dalam video berkenaan.


"Justeru, saya mencadangkan pihak pendakwaan menggunakan rakaman video itu dan laporan kesahihannya sebagai bukti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Pada 21 Mac lalu, trio 'Datuk T' menayangkan sebuah klip video seks didakwa melibatkan Anwar yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 kepada sekumpulan pengamal media.


Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan itu serta membuat laporan polis berkenaan penayangan tersebut sementara trio Datuk T telah dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah atas kesalahan menayangkan video lucah secara terbuka.


Sementara itu, kata Shazryl Eskay, video yang didakwanya melibatkan Anwar itu boleh digunakan bagi menyangkal keterangan pakar ortopedik Jerman, Dr. Thomas Hoogland bahawa Ketua Pembangkang tersebut tidak mungkin boleh melakukan aksi seks kerana masalah tulang belakang.


Menjawab satu soalan, katanya: "Anwar boleh kata beliau tidak rapat dengan saya atau apapun tetapi pepatah mengatakan sekeping gambar menceritakan segalanya, apatah rakaman beberapa video menunjukkan saya bersamanya dalam sebuah bilik seperti disahkan pakar video AS."

Bajet 2012 MPPP dibantah gara-gara RM 29.25 juta diperuntukan projek Kroni SPICE

Posted: 20 Oct 2011 05:51 PM PDT



Dua Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Lim Boon Chang dan Dr Lim Mah Hui membantah Bajet MPPP 2012 sebanyak RM29.25 juta untuk projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (Spice).

Boon Chang bangun menyatakan bantahannya selepas Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail menghabiskan ucapan Bajet MPPP 2012 di Dewan Persidangan Majlis Dewan Bandaraya Jalan Padang Kota Lama.

Dalam bantahannya, beliau menyuarakan terkilan berikutan persetujuan untuk meneruskan bajet buat projek berkenaan seolah-olah hanya berdasarkan kepada arahan Kerajaan Negeri.

Beliau juga menyatakan rasa sedihnya kerana bantahan sebelumnya yang dibuat melalui satu mesyuarat seperti tiada tindakan lanjut walaupun sudah ada perbincangan dengan pemaju dan MPPP.

"Kalau begini persetujuan yang dibuat dengan bajet tambahan RM29.25 juta lagi bagi tahun 2012 untuk Projek Spice, di mana autoriti kami sebagai Ahli Majlis?

"Sehingga ke hari ini juga selepas mesyuarat berkenaan, tiada salinan kontraktor diberi kepada kami semula.


"Saya membuat bantahan ini dari segi kepentingan pembayar cukai," katanya dalam mesyuarat berkenaan.

Tindakan Boon Chang membantah bajet berkenaan kemudiannya ditempelak seorang Ahli Majlis, Tan Hun Wooi dengan mengatakan Kerajaan Negeri berhak membuat arahan dan MPPP selaku Kerajaan Tempatan hanya menjalankan tugas.

"Lagipun pembentangan bajet ini sudah diluluskan sejak Mesyuarat Biasa Majlis (MBM) 2010 lalu," katanya.

Seorang lagi Ahli Majlis juga bangun bagi menyatakan sokongan kepada bajet berkenaan namun Patahiyah kemudiannya menghentikan soal jawab itu dengan mengatakan majlis berkenaan bukannya untuk berdebat.

"Saya tidak mahu panjangkan isu ini," kata Patahiyah apabila melihatkan ramai yang membantah semula kata-kata Boon Chang mengenai bajet buat Projek Spice itu.

Namun Boon Chang pada akhir majlis sempat berkata beliau begitu sedih kerana haknya sebagai Ahli Majlis seolah-olah dirampas.

"Saya mahu ingatkan, jangan anggap majlis (MPPP) sebahagian daripada Kerajaan Negeri," katanya.

Projek Spice sebelum ini menjadi kontroversi setelah BN Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perjanjian projek yang didakwa merugikan rakyat.

Dalam laporan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan berkata, pembinaan Spice di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemajunya.

Menurutnya, terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pemaju projek hingga menimbulkan persoalan kerana ada antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lalu akan menyebabkan hasil RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja.

Dalam masa sama BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan Spice kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel.

"Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi. Kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan.

"Beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.

"Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500, syarat itu jelas merugikan rakyat," kata Hock Nan. SH

Pandangan ustazSAID

Posted: 21 Oct 2011 09:17 AM PDT

Pandangan ustazSAID


Menyokong HIMPUN!

Posted: 20 Oct 2011 06:59 PM PDT


Salam,

Atas rasa kesedaran, blog ini menyokong Himpunan Sejuta Umat ( HIMPUN ) yang dianjurkan oleh gabungan NGO Islam esok di Stadium Shah Alam. Walaupun tidak dapat hadir dalam himpunan ini, namun semangat sebagai saudara Islam tetap bersama roh perjuangan saudara seagama.

Himpunan yang dianjurkan wajar disokong sebagai tanda keprihatinan umat Islam terhadap percubaan golongan tidak bertanggungjawab yang cuba mencabar perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa sebarang usaha untuk menarik umat Islam keluar agama adalah satu kesalahan.

Seharusnya peluang berhimpun ini digunakan oleh NGO Islam untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik, di samping meneruskan hubungan harmoni dengan kaum dan penganut agama lain. Hubungan baik yang sedia terjalin selama ini harus dikekalkan demi masa depan rakyat Malaysia.

Oleh sebab itu, sebarang percubaan untuk mengganggu-gugat keharmonian hubungan di antara penganut pelbagai agama di negara ini harus ditolak. Pihak penganjur sewajarnya memastikan tiada tindakan atau kata-kata provokatif dilakukan sepanjang perhimpunan ini.

Pada masa sama, cadangan memperkenalkan Akta Murtad yang dibuat sebelum ini wajar dijadikan kenyataan demi melindungi akidah umat Islam. Pihak berkuasa yang berkaitan seperti Pusat Zakat atau Baitulmal pula wajar bertindak proaktif membantu umat Islam yang susah, jika benar kebajikan menjadi senjata aktiviti memesongkan akidah umat ini.

Didoakan semoga objektif HIMPUN esok akan tercapai dan perhimpunan umat Islam ini dirahmati Allah.

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 21 Oct 2011 07:42 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


Maut ketika ingin melihat isteri di hospital kerana kemalangan

Posted: 21 Oct 2011 03:14 AM PDT

Tanjong Karang - Dua buah kereta bertembung menyebabkan seorang pemandu tersepit dan maut di tempat kemalangan, manakala seorang lagi pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Sebelum kemalangan pemandu yang maut itu dipercayai dalam perjalanan untuk melihat isterinya yang berada Hospital Tanjong Karang akibat kemalangan di Parit 7 Sekinchan dan mengalami cedera parah.

Menurut sumber orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Toyota yang dipandu laju dari arah Sekinchan ke Tanjong Karang gagal dikawal oleh pemandunya sehingga memasuki laluan yang bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah Tanjong Karang ke Sekinchan. Kemalangan berlaku di Parit 3 Sungai Burong pada pukul 2:00 petang tadi.

Jentera Bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa lebih kurang 20 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan maut itu sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Kemalangan turut menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas hampir 2 kilometer di kedua-dua arah, walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal lalulintas.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 21 Oct 2011 11:40 PM PDT

Suara Sri Andalas


Selangor Cadang Tubuh Skim Insurans Bantu Pekerja Yang Kehilangan Kerja

Posted: 21 Oct 2011 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 20 Oktober : Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil inisiatif  mengadakan rundingan dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi mewujudkan skim insurans untuk melindungi pekerja yang diberhentikan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata skim seperti ini mampu mengurangkan beban yang ditanggung  mereka yang kehilangan kerja sekiranya berlaku kegawatan ekonomi pada masa hadapan.

"Skim ini bukan berbentuk pampasan sepenuhnya tetapi cukup untuk membantu mereka yang kehilangan kerja berdepan dengan hari-hari yang sukar. Saya berharap dapat mengadakan perbincangan dengan MEF mengenai perkara ini," katanya ketika pada majlis makan tengahari bersama pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Bangunan SSAAS di Shah Alam, hari ini.

Menjawab soalan salah seorang tetamu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebajikan pekerja dan tidak berkompromi jika pekerja terbabit tidak dilayan secara adil oleh majikan.

"Oleh kerana itu kita menubuhkan dengan segera pasukan khas bagi menbantu pekerja di negeri ini yang hilang pekerjaan ketika ekonomi gawat pada 2008," katanya yang merujuk kepada pasukan khas yang dianggotai wakil agensi kerajaan, anak-anak syarikat kerajaan negeri,  MEF, MTUC, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) dan Agensi Pembangunan Industri Malaysia.

"Walaupun ekonomi semakin baik dan pemberhentian pekerja bukan lagi menjadi isu, pasukan khas ini akan digerakkan semula jika keadaan memerlukan," katanya.

Makan tengahari ini dihadiri lebih 60 ahli MTUC termasuk Presiden MTUC cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Gopal Krishnam, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Peralatan Pengangkutan dan industri bersekutu, Syed Shahir Syed Mohamud serta wakil MEF.


Sumber: Selangorkini

Anwar Ibrahim

Posted: 21 Oct 2011 07:08 PM PDT

Anwar Ibrahim


Gantung Aziz Bari, Zalimi Cendekiawan

Posted: 20 Oct 2011 08:47 PM PDT

KeadilanDaily

Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Pensyarahnya, Aziz Bari dilihat merendahkan golongan akademik dan menzalimi cendakiawan, Kata Presiden KEADILAN.

"Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat," kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya KEADILAN melihat tindakan pengurusan (UIAM) menggantung Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai merendah-rendahkan golongan akademik di negara.

Ini kerana katanya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya.

Beliau turut menyelar tindakan media dan politikus tertentu yang mempolemikan isu itu.

"Isu ini sepatutnya dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan dan bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.

"Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara,"
katanya,

Oleh itu, katanya, atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap pengurusan UIAM mengendalikan isu itu dengan penuh hemah tanpa mencemar budaya ilmu.

Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh universiti itu sejak beberapa hari lalu kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.

UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Kenyataan Media: UIA Digesa Menarik Balik Penggantungan Prof Dr Aziz Bari

Posted: 20 Oct 2011 08:36 PM PDT

Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar
perlembagaan terkemuka Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan.

UIA, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf
antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea.

Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini.

Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda
politik UMNO.  ”Transformasi” yang sering dilaung-laungkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji
kosong.

Universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan.

Tindakan menggantung Dr Aziz ini merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum.

Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan
serta-merta. Hak kebebasan akademia mesti dipertahankan.

YB ELIZABETH WONG

——

20 October 2011

The decision by the International Islamic University Malaysia (IIUM)
to suspend the renowned constitutional law expert Prof Dr Abdul Aziz
Bari is very disappointing.

As an international institution of higher learning, IIUM should be
defending the right of its academics to voice their opinions and
ideas.

Unfortunately, not only did IIUM fail to defend Dr Aziz when he was
attacked by UMNO politicians and media, it has chosen instead to
suspend him today.

With this, it is obvious that IIUM prioritises the UMNO political
agenda. The “transformation” so often touted by the Prime Minister
Datuk Seri Najib Razak has been proven to be empty slogans devoid of
sincerity.

Universities ought to be encouraging debate and the sharing of ideas
and opinion for the benefit of society as a whole. If a respected
academician such as Dr Aziz is punished for commenting on a matter
related to his expertise, then all academics will be cowed into
silence.

The suspension of Dr Aziz clearly proves why the rankings of our
institutions of higher learning continue to drop. I call on IIUM to
withdraw the suspension immediately. Academic freedom must be
defended.

YB ELIZABETH WONG

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 21 Oct 2011 11:45 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Najib kalau berani cuba naik keretapi di Malaysia ni

Posted: 21 Oct 2011 01:25 AM PDT



Kalau Najib seorang Perdana Menteri yang berani, cuba buat lawatan mengejut, jangan beritahu Menteri Pengangkutan dan jangan ada acara rasmi. Bawa 4-5 orang bodyguard cukup. Rasa sendiri betapa peritnya rakyat anda menaiki keretapi di Malaysia ini. Macamana nak galakkan rakyat naik perkhidmatan awam untuk kurangkan kesesakan lalu lintas, jika mutunya semakin teruk.

Minta Y.A.B Perdana Menteri turun padang ke Komuter KTMB
Aduan Rakyat
October 21st, 2011

Saya memohon Y.A.B Perdana Menteri sudi turun padang menjengok dan menilai kesulitan & kesusahan pengguna Komuter KTMB di KL Sentral terutama Laluan Batu Caves – Pel. Klang kerana:

Perkhidmatan Komuter semakin teruk , tidak cukop komuter, hari -hari rosak, tiada aircon , bersesak-sesak waktu puncak ( 6.30am -9.00am) & (4.00pm -7.00pm) , tidak menepati waktu…selalu tertangguh 30min -1 jam.

Pengurusan KTMB yang tidak komited & tidak prihatin setiap aduan pengguna & tiada tindakan untuk membaiki servis Komuter terutama laluan Pel.Klang -Batu Caves banyak tertangguh, lembab, kepanasan akibat kesesakan & sistem aircon tidak berfungsi.

Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 6.30am , 7.00am dibatalkan di Stesen Klang menyebabkan pengguna tiba lewat ke pejabat, bersesak -sesak dan berpeloh untuk kepejabat waktu puncak pagi.

Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 4.30pm, 5.00pm, 5.30pm, 6.15pm dibatalkan di Stesen Bank Negara menyebabkan pengguna tiba lewat ke rumah, bersesak -sesak dan berpeloh untuk balik ke rumah.

Alasan pengurusan KTMB paling mudah..adalah kekurangan komuter sebab rosak dan tiada spare-part tidak boleh diterima akal dan tidak profesional untuk mengurus pengangkutan awam yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat.

" RAKYAT DIDAHULUKAN…."

By: mat jebat

http://www.aduanrakyat.com.my/minta-y-a-b-perdana-menteri-turun-padang-ke-komuter-ktmb

Kerajaan Umno N.Sembilan sibuk roboh, bukan nak baiki

Posted: 21 Oct 2011 01:06 AM PDT



Inilah kerja kerajaan Umno di Negeri Sembilan. Sibuk untuk merobohkan papan tanda PKR, bukannya sibuk nak membela rakyat. Bukannya sibuk naik baiki jalan tanah merah di Felda Palong 8 yang sejak tahun 2009, dah 2 tahun tak dibaiki. Rakyat Negeri Sembilan, lihatlah sendiri macamana Umno memerintah N.Sembilan

Tak percaya tengok gambar jalan tanah merah yang dah 2 tahun tak dibaiki hingga masuk laporan akhbar dan gambar jentolak sedang merobohkan papan tanda PKR di Jempol , Negeri Sembilan

HIDUP RAKYAT !

Laporan dan gambar jentolak sedang roboh papantanda PKR pada pautan di bawah ini :
http://pkrjempol.blogspot.com/2011/10/jalan-kg-pasal-palong-8-rosak-sejak-dua.html

http://pkrjempol.blogspot.com/2011/10/tindakan-jahat-umno-bn-merobohkan-papan.html

Mulai Disember 2011 Pengutip Sampah mesti daftar LHDN

Posted: 20 Oct 2011 05:07 PM PDT



Nampaknya kaunter LHDN seluruh negara akan diserbu pada 1 Disember 2011 kerana 3.4 juta rakyat akan berebut-rebut untuk dapatkan RM500. Antaranya mereka terdiri dari pengutip sampah, pemanjat petai, penganggur, mereka yang muflis, nelayan, warga emas yang lumpuh, penjawat awam dan sekelian rakyat jelata.

RM500 siapa tak nak. Dah janji nak beri, pastikan semua 3.4 juta rakyat ini dapat. Kalau 3.4 juta perlu didaftar dalam masa sebulan , bermakna sehari perlu daftar sekitar 110,000 orang. Nampaknya semua cuti kakitangan LHDN akan dibekukan bermula 1 Disember 2011 nanti, dan semua kaunter LHDN akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu.

Jangan pula nak beri RM500 ini jadi macam Program Kupon Beras untuk keluarga miskin pada tahun 2009 yang akhirnya tak jadi seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html

Pendaftaran Isi Rumah Bawah RM3,000, Dis Ini
October 20, 2011

KANGAR – Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.

Pengerusi LHDN Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.

"LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember," katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan. – BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=621191

Keadilan Bahagian Tampin

Posted: 21 Oct 2011 11:28 AM PDT

Keadilan Bahagian Tampin


PKR Tampin komited bertanding di Tampin PRU 13

Posted: 20 Oct 2011 10:27 PM PDT


pangkah undi


PKR Cabang Tampin komited untuk bertanding dan meletakkan calon di Tampin untuk PRU-13 akan datang. Pada PRU 2004 dan 2008, PKR tidak bertanding di mana-mana kerusi Dun dan Parlimen di Tampin. Namun, setelah pengukuhan semula organisasi PKR Cabang Tampin sejak 2008 lalu, keberadaan PKR di Tampin harus diterjemahkan seiring dengan kewujudan PR Tampin melalui penyertaannya dalam PRU 13 secara lebih jelas.

PR Tampin mempunyai hubungan yang akrab sesama komponen yang terjalin sejak tahun 2009 lagi. Kemenangan DAP di Dun Repah telah memberi ruang terbaik kepada pengukuhan pengaruh politik PR di Tampin walaupun sejak sekian lama Umno-BN mendominasinya.

PKR Tampin meletakkan hasrat untuk bertanding samada peringkat Dun atau Parlimen. Untuk peringkat Dun seandainya diberi ruang, PKR Tampin selesa untuk bertanding di Gemencheh atas faktor kawasan campuran. Namun, keputusan tersebut diserahkan kepada pimpinan PKR Negeri Sembilan dan PR Negeri Sembilan untuk menentukan kedudukan yang terbaik kepada PKR Tampin bertanding.


Program Semasa

Posted: 20 Oct 2011 02:43 AM PDT

Program Sumbangan Fakir Miskin Sempena Deepavali
Pejabat DAP Dun Repah, Taman Indah, Tampin
23 Oktober 2011
7.oo malam

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 21 Oct 2011 09:01 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Ribuan sambut Zambry sembahyang Dhuha di Masjid Kg Melayu, Sg Rapat

Posted: 21 Oct 2011 05:09 AM PDT

Jika dibaca pada tajuk yang tertulis seperti diatas didalam akhbar perdana ataupun laman web Umno atau penyokongnya, tiada yang menghairankan memandangkan kedudukan Zambry yang dikatakan sebagai Menteri Besar Perak.

Tetapi apabila dilihat kepada gambar-gambar semasa program Sembahyang Dhuha Zambry bersama Imam, Bilal dan Guru Kafa sepertimana yang tertera pada banner yang digantung dimasjid tersebut, tidaklah sehebat mana sambutan yang diberikan kepada Zambry mahupun Hamidah sebagai penganjur program.

Jangankan rakyat warga penduduk Kg Melayu, Sg Rapat tersebut, ahli-ahli Umno disana pun tidak kelihatan.

Harap-harap semoga Zambry Abdul Kader sedarlah bahawa kuasa yang diperolehi dengan rampasan selamanya tidak akan direstui dan bertahan lama.






Sumber: http://ajijoi.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 21 Oct 2011 07:38 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


UCAPAN BAHAS BELANJAWAN 2012 - YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Posted: 20 Oct 2011 09:18 PM PDT

SENARAIKAN PROJEK

TERBENGKALAI SELURUH NEGARA

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 19 Okt: Kerajaan perlu menjelaskan punca utama kelewatan atau tertangguhnya projek-projek berkepentingan awam di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Katanya, selain kerajaan perlu menyenaraikan semua projek terbengkalai, syarikat yang bertanggungjawab juga perlu diberikan amaran.

"Untuk makluman selepas tertangguh, kos untuk memulihkan semula projek meningkat kepada 50 peratus dari harga tender asal. Sedangkan sebahagian besar wang yang diperuntukkan itu telah pun digunakan.

"Apa yang menyedihkan ialah projek-projek itu adalah untuk kepentingan rakyat dan orang miskin," katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat.

Kamarul berkata antara projek terbengkalai termasuk Hospital Shah Alam, Lebuhraya Seremban-Linggi di Negeri Sembilan, Kem Tentera di Skudai, Johor dan Pelabuhan Tuna di Pulau Pinang.

"Jangan ulangi untuk beri projek kepada syarikat tertentu dan broker sahaja kerana kesannya membebankan," tegas Kamarul.

Dalam pada itu, menyentuh kadar hutang semasa negara yang berjumlah RM 437 bilion dengan kadar faedah 5 peratus setahun, Kamarul menjangkakan Malaysia akan mempunyai hutang terkumpul RM 1 trilion pada tahun 2020.

"Apa langkah kerajaan untuk menyelesaikan hutang piutang, sedangkan belum tentu kita dapat mengawal jumlah hutang yang ada sekarang. Apakah pendapatan negara meningkat dengan kadar sama munasabah dengan hutang semasa?" soal Kamarul.

Tambahnya, budaya hutang kritikal dicerminkan melalui statistik 41 belia muflis setiap hari di negara ini kerana masalah kad kredit, hutang kenderaan dan bayaran pinjaman perumahan.

"Lebih separuh dari gaji mereka digunakan untuk membayar hutang. Ini sangat bahaya. Kita tak mahu generasi muda yang diharapkan untuk mentadbir negara ini terjebak dalam hutang.

"Apakah ini yang kita mahu ketika Malaysia mahu menjadi negara maju dalam masa 9 tahun?" soal Kamarul.

http://www.keadilandaily.com/senaraikan-projek-terbengkalai-seluruh-negara/

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 21 Oct 2011 11:48 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PROGRAM SEHARI PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 20 Oct 2011 11:47 PM PDT

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan satu program khusus untuk ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO bahagian Cheras di Nur Lembah Pangsun Eco - Resort, Hulu Langat, Selangor.



Program Sehari bersama - sama Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif akan di adakan pada Hari Ahad , 23hb Oktober 2011 bersamaan 25 Zulkaedah 1432.


Tujuan utama program ini di anjurkan adalah untuk memperkukuhkan hubungan ukhwah anatara ahli - ahli Puteri UMNO di samping mempersiapkan jentera Puteri UMNO bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


Pelbagai acara telah di aturkan di samping menjemput wakil dari Biro Tata Negara untuk memberi taklimat dan maklumat kepada ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Program "PUTERI DAY OUT" ini juga akan melibatkan ahli - ahli baru Pergerakan Puteri UMNO yang telah berdaftar ketika Program Road Tour Keahlian Puteri UMNO Cheras.


Kepada ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras yang telah mendaftarkan diri, di harap dapat hadir di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel pada hari dan waktu yang telah di maklumkan. Jika terdapat ahli - ahli Puteri menaiki kenderaan sendiri di maklumkan alamat tempat program akan di lakukan:-


NUR LEMBAH PANGSUN Training Camp & Eco Resort

Batu 19 UluPerdik,

41300 Hulu Langat, Selangor



::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


92 peratus kadar penyelesaian di MPPP dan MPSP diiktiraf

Posted: 21 Oct 2011 04:33 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng hari ini merakamkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atas kejayaan menyelesaikan 92 peratus urusan permohonan dan pembangunan yang melibatkan kepentingan rakyat. Beliau menyuarakan pengiktirafan itu pada Majlis Pelancaran Sistem Online Unit Pusat Setempat (OSC) di Kompleks MPSP, Bandar [...]

PAS cadang turun kadar faedah kad kredit ke 10% setahun, kata pemuda P.Pinang

Posted: 21 Oct 2011 04:30 PM PDT

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menurunkan kadar faedah maksimum kad kredit dari 17.5 peratus pada 10 peratus setahun bagi mengelakkan lebih ramai lagi golongan belia muflis. Demikian cadangan Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG) sebagai reaksi pada data Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) iaitu kira-kira 45,000 belia [...]

Pengikut