Rabu, 23 Oktober 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 23 Oct 2013 03:21 PM PDT

Terkini! Gambar dan laporan polis kes pengawal keselamatan tembak mati pegawai bank!

Posted: 23 Oct 2013 07:35 AM PDT

harap sebarkan

Selamat malam tuan. kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza U/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.semasa kejadian seramai 5 staf termasuk suspek, laporan lanjut akan menyusul.tel saspek no. 01133070204.tk tuan

Gambar Mangsa Tanah Runtuh Di Cameron Highland

Posted: 23 Oct 2013 01:21 AM PDT

Pihak keselamatan membawa mangsa keluar dari tapak runtuhan.

Sama-sama muhasabah la. Habis dah bukit di cameron digondolkan oleh golongan kapitalis.

Kerajaan Kelantan Akan Kemukakan Saman Terhadap Berita Harian

Posted: 22 Oct 2013 10:40 PM PDT

Merujuk kepada laporan Berita Harian semalam Selasa 22 Oktober 2013. Saya amat berdukacita di atas cara pemberitaan yang dibuat yang secara jelas menyebut bahawa kerajaan telah meluluskan 1400 hektar tanah di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat, Machang. Saya berpandangan laporan itu tidak benar dan boleh menjatuhkan kredibiliti kerajaan negeri di bawah pimpinan saya.

Perkara ini telah dibangkitkan dalam Perbahasan Bajet Sidang DUN baru-baru ini dan saya telah menafikan adanya sebarang kelulusan tersebut semasa Penggulungan Perbahasan dalam sidang DUN tersebut. Saya hairan bagaimana Berita Harian masih boleh membuat laporan sebegitu.

Dengan ini saya menyambil keputusan untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut. Saya akan mengarahkan peguam saya dalam masa terdekat ini untuk mengambil tindakan tersebut. Tindakan ini diambil bertujuan untuk menjaga kredibiliti kerajaan dan pimpinan kerajaan negeri Kelantan.

YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob.

Luahan Calon Naib Ketua Pemuda Umno Yang Tewas

Posted: 22 Oct 2013 09:49 PM PDT

Dia ni orangnya bagus. Bila bertanding ramai lah yang cakap pertandingan adik beradik.

Pertandingan adik beradik?

Pun boleh main tipu. Korang faham tak ayat dia?

Terkini! Banjir lumpur di cameroon highland, 2 mati!

Posted: 22 Oct 2013 09:38 PM PDT

Kejadian dikatakan berlaku awal pagi tadi. Mengikut sumber tidak rasmi, 2 mati dan sorang lagi hilang.

Ini lah akibat kerakusan pembangunan hinggakan semua bukit ditoreh.

Kemusnahan alam ni menyebabkan manusia lain jadi mangsa.

Calon PRK Sg Limau Diumumkan, Allahuakhbar!

Posted: 22 Oct 2013 08:13 PM PDT

Insya allah dengan izin allah pas dan pakatan rakyat akan menang.

Insya allah kebenaran dan amanah ni akan diteruskan oleh calon pas.

Legasi ustaz azizan di sini amat kuat dan orang sungai tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Ya allah, menangkan pas dan pakatan rakyat.

Tok guru haji memberi motivasi kepada calon

Posted: 22 Oct 2013 07:04 PM PDT

Insya allah, semoga perjuangan ini mendapat kemenangan yang diberkati.

Allahuakhbar!

TG Hadi Dan Azmin Ketuai Perarakan Calon PAS, Allahuakhbar!

Posted: 22 Oct 2013 06:07 PM PDT

Mereka begitu bersemangat, ayuh kita teruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh ustaz azizan.

Allahuakhbar!

TG Haji Hadi Ketuai Perarakan Calon PAS Dun Sg Limau

Posted: 22 Oct 2013 05:24 PM PDT

Ahamdulillah.

Tok guru hadi sendiri turun bersama dengan penyokong.

Terus kan perjuangan, mara ke hadapan. Kita ajar dan betulkan kepincangan yang kerajaan najib lakukan.

Allahuakhbar!

Penamaan Calon Dun Sg Limau, Calon PAS Siap Siaga!

Posted: 22 Oct 2013 05:17 PM PDT

Alhamdulillah, calon pas dan penyokong dah siap siaga.

Kita lawan sampai habis-habisan, kita pertahankan dun sungai limau.

Allahuakhbar!

Biaqpila

Posted: 23 Oct 2013 03:13 PM PDT



Suatu masa dulu Baginda pernah bertitah.. "Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".

Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya yang mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam... video ucapannya sila lihat di ( SINI )

Hari ini AFP melaporkan Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan antara individu paling kaya didunia berkata perlaksanaan Akta Jenayah Islam telah dilaksanakan secara rasmi selasa lalu, keseluruhan perlaksanaan akan dijalankan secara berperingkat dalam masa enam bulan.

"Dengan izin Allah swt, dengan penguatkuasaan undang-undang ini, tugas kita kepada Allah oleh itu dipenuhi," Sultan, 67, berkata dalam ucapannya.

Itu antara apa yang dilaporkan oleh Agence France-Presse (AFP), oleh kerana apa yang dilaporkan itu adalah perlaksanaan hukum Allah oleh seorang pemimpin Islam maka korang faham-fahamlah..

Habis segala keburukkan Sultan Brunei didedahkan bagi menggambarkan beliau adalah seorang yang teruk..

Ni laporan dari AFP yang dimaksudkan itu...

Sultan of Brunei introduces tough Islamic punishments

Sultan Hassanal Bolkiah -- one of the world's wealthiest men -- said a new Sharia Penal Code in the works for years was officially introduced Tuesday in the tiny, oil-flush sultanate and would be phased in beginning in six months.

Based on individual cases, punishments could include stoning to death for adultery, severing of limbs for theft, and flogging for violations ranging from abortion to alcohol consumption, according to a copy of the code.

The code applies only to Muslims.

"By the grace of Allah, with the coming into effect of this legislation, our duty to Allah is therefore being fulfilled," the sultan, 67, said in a speech.

An absolute monarch whose family has tightly controlled the languid, oil-rich country of 400,000 for six centuries, the sultan first called in 1996 for the introduction of Sharia criminal punishments.

The sultan already imposes a relatively conservative brand of Islam on his subjects, compared to Brunei's Southeast Asian Muslim neighbours, Malaysia and Indonesia. 


Brunei bans the sale and public consumption of alcohol and closely restricts other religions.

But Sharia has been a rare point of contention in a land where the sultan's word is unquestioned, with many Bruneians quietly grumbling that the concept is out of step with the affluent country's laid-back ethnic Malay society.

"These rights-abusing policies are a good indication of why modern democracy and the right of people to participate in their government is a much better idea than anachronistic absolute monarchy," said Phil Robertson, deputy Asia director for Human Rights Watch.

The situation shows that "respect for basic civil and political rights is near zero in Brunei," he added.

The monarch himself has acknowledged concerns over Sharia in recent years as the code was being drafted.

Compatible with Malay culture?

It was not immediately clear how aggressively it would be enforced.

Two years ago, the Attorney-General's office promised Brunei would apply an extremely high burden of proof for Sharia cases and judges would have wide discretion in applying it, in comments apparently aimed at easing public fears.

"It seems almost incompatible with Malay culture, which is peace-loving," said Tuah Ibrahim, 57, driver of a boat taxi in the capital Bandar Seri Begawan.
He said Sharia can be acceptable if proportionate to the crime, but adds: "I can't imagine our country turning into somewhere like Saudi Arabia."

Brunei already has a dual system combining civil courts based on British law -- the sultanate was a British protectorate until 1984 -- and Sharia-compliant courts limited to personal and family issues such as marriage and inheritance.
Nearly 70 percent of Brunei's people are Muslim ethnic Malays. About 15 percent are non-Muslim ethnic Chinese, followed by indigenous tribes and other groups.
Bankrolled by South China Sea oil and gas fields, Brunei has one of Asia's highest standards of living, including free medical care and education through the university level.

The monarch's wealth -- estimated at $20 billion by Forbes magazine two years ago -- and luxurious lifestyle have become legendary, with reports emerging of his vast collection of luxury vehicles and gold-bedecked palaces.
The monarchy was deeply embarrassed by a sensational family feud between Hassanal and his younger brother Jefri Bolkiah over the latter's alleged embezzlement of 15 billion dollars during his tenure as finance minister in the 1990s.

Subsequent court battles and exposes revealed salacious details of Jefri's un-Islamic jet-set lifestyle, including allegations of a high-priced harem of

Despite a suave image overseas, the sultan repeatedly warns at home of the potential impact that increasing integration with the world could have on Brunei's moral values and has leaned towards Islamic orthodoxy of late.
In the past year, the government introduced mandatory religious education for all Muslim children and ordered all businesses closed during Friday prayers.&nbsp

In his speech, the sultan appeared to try to assuage any international concerns that may arise, saying the Sharia change "does not in any way change our policies ... as a member of the family of nations." ~ AFP

Ulasan pemimpin parti perkauman Melayu yang kononnya memperjuangkan Islam mengenai perlaksanaan Hukum Hudud sila lihat di ( SINI )

ASD

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Hong Leong Connect Customer .

Posted: 23 Oct 2013 06:34 AM PDT

Dear Hong Leong Customer,
Your internet banking details requires update to work with our new server, so as we protect you and your account from phishing and fraudulent activities.
Kindly validate your login details to keep your account safe.
https://s.hongleongconnect.my/rib/login/login.do
Important Notice: Transaction Authorization Code (TAC) is required to complete this update, Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Thanks for choosing us.
 

Hong Leong Bank Berhad reserved.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Dialog anak muda bersama Anwar Ibrahim di Melaka Sabtu ini (26 Okt)

Posted: 23 Oct 2013 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 OKT: Anwar Ibrahim Club (AIC) akan mengadakan program 'Meet Anwar Melaka' pada Sabtu 26 Oktober ini. 

Program berkenaan akan diadakan di King Hotel, Lebuh Ayer Keroh Melaka. Waktu acara ialah dari 4 petang hingga 6 petang dan masuk adalah percuma. 

Mereka yang berminat boleh berdaftar di aicmalaysia.blogspot.com atau info lanjut sila hubungi talian 017-354 0042 (Maisuri).




Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MURSYIDUL AM : PAS DAN UMNO JAUH BERBEZA

Posted: 22 Oct 2013 06:15 PM PDT

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 22 Oct 2013 01:15 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Nizar Lambai Meroyan Lagi...!!! Dengki dengan Zahrain Yang Di Lantik Jadi Duta Ke Indonesia?

Posted: 22 Oct 2013 07:17 AM PDT


Mungkin lama sudah tak meroyan, tetiba aje Pengerusi PR Perak, Mohammad Nizar Lambai menyifatkan Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Kamalia Ibrahim (Bekas Naib Ketua Wanita Umno) lebih berwibawa untuk menggalas tugas sebagai duta Malaysia ke Indonesia berbanding Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Dalam laman Twitternya semalam, beliau berkata, ramai lagi calon yang lebih sesuai untuk mengisi jawatan berkenaan berbanding Zahrain.

"Tanya saya siapa lebih layak jadi duta kita ke Indonesia, Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) lebih wibawa ataupun Datuk Kamalia Ibrahim (bekas Naib Ketua Wanita Umno), sekurang-kurangnya ada prinsip," katanya ketika menjawab pertanyaan orang ramai berhubung siapa yang sepatutnya layak menjadi duta.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.


Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.

Beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mohammad Nizar turut menyatakan pelantikan bekas Ahli Parlimen Bayan Baru itu tidak lebih hanya ganjaran dan bayaran balik atas jasa 'pengkhianat' yang dilakukan kepada PKR dan PR.

"Itulah ganjaran melompat agaknya dan sungguh malang Malaysia mempunyai duta yang begitu sifatnya.

"Ini salah satu lagi hadiah BN kepada rakyat, lebih elok bubuh zul nordin (bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin), Gobala (bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan) bila?," soalnya.

Kalau dah dengki tu cakap je lah Nizar Lambai. Tak payah le nak putar belit kenyataan. Jagalah BONTOT CINA Dap di Perak tu agar kamu bahagia. Kalau tak bahagia juga Hospital Tanjung Rambutan kan dekat, kamu joint le the Kelab..!!! Memang hamPAS lah ko Nizar sial?

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 22 Oktober 2013

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Hong Leong Connect Customer .

Posted: 22 Oct 2013 04:19 AM PDT

Dear Hong Leong Customer,
Your internet banking details requires update to work with our new server, so as we protect you and your account from phishing and fraudulent activities.
Kindly validate your login details to keep your account safe.
https://s.hongleongconnect.my/rib/login/login.do
Important Notice: Transaction Authorization Code (TAC) is required to complete this update, Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Thanks for choosing us.
 

Hong Leong Bank Berhad reserved.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 22 Oct 2013 01:10 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:10 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Addin

Posted: 22 Oct 2013 11:08 AM PDT

Bung Mohktar Radin Letak Jawatan

Posted: 22 Oct 2013 09:34 AM PDT

Suasana gembira meraikan kemenangan Ketua UMNO Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bertukar hiba apabila beliau mengumumkan meletak jawatan, sekali gus menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Jafry Ariffin.

Pengumuman mengejut itu menyebabkan suasana sunyi sebelum seluruh perwakilan berdiri sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin cukup dikenali itu. Difahamkan, Bung Moktar mahu meletak jawatan kerana terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir ahli yang tidak bersatu hati selain cuba 'menikam dari belakang'.

"Apakah kehadiran saya selama ini langsung tidak memberi sebarang perubahan baik untuk Kinabatangan?," katanya ketika ditemui di Dewan Hakka, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Bung tidak menyatakan tarikh tertentu beliau akan meletak jawatan itu secara rasmi.

Terdahulu, Bung Moktar yang menang bertanding memegang jawatan Ketua Bahagian Kinabatangan dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman.

Lantaran itu, Bung Moktar kecewa kerana situasi itu seolah-olah menggambarkan ahli dalam parti berpecah-belah dan tiada kesefahaman.

"Justeru itu, saya mahu menyerahkan jawatan saya ini kepada mereka yang setia di belakang saya untuk meneruskan perjuangan parti," katanya.

Pulak Dah!! Zahid Kata Tiada Pistol Polis Jatuh ke Laut

Posted: 22 Oct 2013 07:41 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini tidak menyatakan "terjatuh ke dalam laut" menjadi punca kehilangan senjata api polis, sebaliknya terdapat lima faktor lain menyebabkan kehilangan tersebut.

Ahmad Zahid dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang menjelaskan, antara punca kehilangan senjata api berkenaan termasuklah kenderaan polis dipecah dan senjata api tertinggal di dalam kereta, diragut atau disamun, tercicir semasa menjalankan tugas, kehilangan dalam tandas, dan juga kehilangan dalam pejabat.

"Daripada 44 senjata api yang hilang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tujuh daripadanya telah dijumpai," kata Ahmad Zahid dalam jawapan bertulisnya yang diperolehi di Parlimen.

"Secara keseluruhannya, kategori senjata api yang hilang adalah dari senjata ringan (pistol dan revolver) yang boleh diletakkan di badan," katanya dalam jawapan bertulis tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menanggung kerugian sehingga RM1.33 juta apabila aset termasuk senjata api, gari, dan kenderaan dilaporkan hilang.

Pendedahan tersebut menimbulkan respon negatif pelbagai pihak yang turut mempertikaikan keupayaan pasukan keselamatan berkenaan mengawal ketenteraman awam memandangkan berlakunya kehilangan harta benda mereka sendiri.

Dalam respon balas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun tidak menolak kemungkinan senjata api berkenaan "terjatuh dalam laut semasa operasi".

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya berkata, berdasarkan statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

PDRM jelas Ahmad Zahid mempunyai prosedur khusus bagi menyiasat punca kehilangan tersebut dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penyiasat mengikut peruntukan di bawah Seksyen 79 Akta Polis 1967.

"Panduan dan kaedah-kaedah siasatan berpandukan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007," katanya.

Jawatankuasa berkenaan jelasnya akan membuat pertanyaan yang menjurus kepada sebab-sebab kehilangan dan syor bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Hasil siasatan dan syor akan dinilai bagi menentukan tindakan yang patut diambil, jika terdapat bukti kecuaian maka pegawai bertanggungjawab akan diambil tindakan surcaj atau tatatertib, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Bahagian Teknologi Maklumat (IT) PDRM juga jelasnya sedang membangunkan sub-modul bagi pemantauan dan rekod kes kehilangan aset PDRM bermula daripada ia berlaku sehingga peringkat tindakan dikenakan terhadap pegawai yang bertanggungjawab.

"Sistem ini dijangka akan dimulakan operasinya selewat-lewatnya pada November 2013.

"Dengan wujudnya sistem tersebut, semua kes kehilangan aset PDRM akan diketahui dengan mudah oleh Urus Setia Pengurusan Kehilangan Aset PDRM," katanya lagi. ~tmi

Pemimpin PAS Pusat Ke Kelantan Selesaikan Kemelut

Posted: 22 Oct 2013 06:59 AM PDT

Pucuk pimpinan utama PAS berkumpul di Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk berbincang dengan pimpinan parti negeri itu ekoran suasana yang tidak berapa baik di negeri itu selepas berlakunya perubahan dalam pimpinan negeri.

Pertemuan antara Dewan Harian PAS yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Lajnah Politik PAS Kelantan yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 bermula jam 2 petang ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah Nik Aziz akan menyertai pertemuan ini kerana semalam beliau masih di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana mendapat rawatan.

Pertemuan ini diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang 10 Oktober lalu berikutan kejadian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan 8 dan 9 Oktober sebelum itu yang menyaksikan bekas Exco, Datuk Husam Musa (gambar) menyerang dasar kerajaan negeri.

Dalam mesyuarat itu, ada AJK PAS Pusat yang membangkitkan peristiwa di DUN Kelantan. Namun oleh kerana ketiadaan wakil kerajaan Kelantan khasnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, pertemuan ini terpaksa diadakan.

Ekoran itu, ada pimpinan PAS tidak senang dengannya kerana Husam seolah-olah mengambil tugas sebagai ketua pembangkang bagi DUN Kelantan.

Namun bagi sesetengah pihak, ia satu langkah yang betul kerana Husam hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) biasa selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS, tidak tersenarai sebagai Exco Kelantan semasa pembentukan kerajaan negeri pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Sehingga hari ini kes itu masih belum selesai.

Dalam ceramahnya di Madrasah As-Sa'adah, Kampung Razali, Kuantan, Pahang 19 Oktober lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah masih lagi terpaksa menjelaskan isu ini.

"Ada yang bertanya mengapa terlalu cepat, hari ni mengundi esok terus bentuk kerajaan, negeri lain tunggu sampai seminggu atau dua minggu?

"Sebabnya istana yang minta dibuat esoknya. Kira-kira seminggu sebelum pilihan raya, istana sudah beritahu, siapa pun yang menangi di Kelantan, PAS atau BN, 6 Mei jam 5 petang mesti angkat sumpah kerajaan baru.

"Itu arahan daripada istana, titah Tuanku. "Kalau tidak angkat sumpah 6 Mei jam 5 petang", istana kata: 'Kita akan tutup pintu istana, tidak ada kerajaan yang boleh dibentuk'. Itu arahan," kata Nik Amar dalam ceramah itu.

Sehubungan itu, katanya, perjumpaan khas diadakan di Kota Bharu hari ini bagi memberi peluang mereka yang berkenaan membuat penjelasan sewajarnya. ~tmi

Kantoi!! Pesuruhjaya PAS Selangor Menjalankan Tugas Rasmi Dengan Kenderaan 'Mewah'

Posted: 22 Oct 2013 05:05 AM PDT


Apalah punya pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ni ... mentang-mentang negeri terkaya di Malaysia yang kini sudah ada wang rizab sebanyak lebih RM3 billion sampai joli sakan untuk kepentingan diri sendiri.
Tadi kisah Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim naik bas di Singapura untuk lawatan kerja rasmi kesana...

Kini ADUN Meru, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) pula buat hal dengan menaiki bas bersama rombongannya meninjau kemajuan para peserta SKIMSEL yang menjalankan perusahan membuat mee kuning dan pau.

Bas yang di naiki YB Dr Rani dan rombongan bukannya bas jenis Kelas Eksekutif tapi jenis bas biasa tapi berhawa dingin .. Aduhhhhh .. apasal tak naik bas mewah ... kalau macam ini habis lah modal juak-juak UMNO nak serang Kerajaan PR Selangor.

Juak-juak UMNO selama ini ingatkan gelagat dan perangai para pemimpin PR sebiji seketul macam perangai pemimpin-pemimpin mereka seperti mana di gambarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak dulu dan terkini 2012.

Alhamdulillah kini mereka sudah dapat meraih pendapatan RM3 ribu sebulan.

Kedekut kedekut juga .... berjimat berjimat juga ... tapi kena pastikan berjimat dan berhemah demi kebaikkan rakyat.

Dengar secara serius keluhan dan rintihan rakyat dibawah. .. bantu dan belalah mereka ... nescaya kerja murni dan mulia ini rakyat tidak akan lupa sampai bila-bila.


Gambar MB Kedah Beraksi Zuhud Tersebar

Posted: 21 Oct 2013 10:57 PM PDT


Nampaknya apabila gendang perang PRK Sg Limau sudah di palu maka sebagai Menteri Besar Kedah yang tidak mahu di malukan dua kali dalam tempoh terdekat ini.

Pertama kalah merebut jawatan sebagai Naib Presiden UMNO untuk penggal 2013-2016 maka terpaksalah dirinya berlakun sebagai seorang Menteri Besar yang zuhud, merendah diri dan hidup penuh dalam kesederhanaan.

Bukan nak menyerang peribadi tetapi satu dunia termasuklah para penduduk dan pengundi DUN Sg Limau cara dan gaya hidup sebenar Mukhriz Mahathir.

Jangan cuba nak hina dan perlecehkan kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai.

Masa nak rebut jawatan Naib Presiden kena gambar diri itu sebagai seorang pemimpin yang bergaya dan berjaya .. bila nak tawan rakyat luar bandar terus berlakun menjadi pemimpin yang hidup penuh dengan kesederhanaan.

Patutlah BN Perkenalkan GST.. Ini Sebabnya

Posted: 21 Oct 2013 08:24 PM PDT

Cadangan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada kumpulan berpendapatan rendah adalah disebabkan kelemahan pentadbiran yang dilihat lebih kepada pembaziran dan ketirisan, kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar), berkata cadangan pelaksanaan GST perlu ditolak kerana cukai dikurangkan kepada mereka yang layak sebaliknya mengenakan cukai kepada mereka yang memperoleh pendapatan tidak mencukupi untuk membayar cukai.

"Jika GST dilaksanakan, golongan berpendapatan rendah akan terbeban dua kali ganda dalam pembayaran cukai kerana mereka yang terpaksa menanggung pengurangan cukai pendapatan oleh golongan berpendapatan tinggi.

"Sebagai contoh, individu yang berpendapatan RM1,000 akan membelanjakan penuh gaji mereka tanpa wang simpanan dan perbelanjaan mereka dikenakan GST sebanyak 5%. Tetapi individu berpendapatan RM20,000 sebulan, mereka mungkin membelanjakan RM12,000 sebulan dan selebihnya diperuntukkan untuk simpanan dan pelaburan.

"Golongan yang berpendapatan tinggi itu dikenakan 5% GST iaitu hanya RM600 daripada RM12,000 yang dibelanjakan tadi. Ini bermakna mereka hanya dikenakan cukai sebanyak 3%. Dengan kaedah ini, kerajaan menidakkan tanggungjawabnya dalam memberikan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mempersoalkan hanya 15% mereka yang bekerja di Malaysia dikenakan cukai kerana menurutnya mengapa 85% lagi tidak membayar cukai sedangkan negara menikmati pembangunan ekonomi yang pesat.

Pua berkata, mengapa kegagalan urus tadbir kerajaan dalam menguruskan cukai dibebankan kepada rakyat yang memperoleh pendapatan kurang RM2,500 sebulan.

"Hutang kerajaan kini meningkat kepada RM546 bilion selain liabiliti luar jangka yang mencecah RM150 bilion. Dengan angka tersebut, kerajaan dilihat gagal dalam memastikan dana kerajaan diguna dan dilaburkan dengan sebaiknya," katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu berkata, kerajaan tidak harus mengurangkan subsidi secara drastik dalam pembentangan Bajet 2014 kerana menurutnya mekanisme itu tidak akan berkesan jika kerajaan terus boros dalam berbelanja.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya menambah pendapatan daripada segi cukai dan pelaburan berbanding terus berbelanja secara berlebihan.

Katanya, kerajaan perlu mengambil iktibar dari kemuflisan Grece di mana sebelumnya negara itu berbelanja seperti prinsip negara kaya dengan memberikan gaji yang tinggi tetapi mereka tidak mampu yang seterusnya memaksa Greece untuk memohon pinjaman.

Ketika ditanya adakah sekarang masa yang sesuai bagi Malaysia untuk melaksanakan GST, Dr Mahathir berkata, ia tidak bergantung kepada masa asalkan pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat.

Beliau berkata, cukai kepada rakyat juga tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana ia akan menekan rakyat.

Katanya, cukai yang dinaikkan sedikit demi sedikit tidak akan terlalu membebankan rakyat malah mereka akan terbiasa dengannya. ~tmi

Ali Rustam Kena Kencing Lagi.. Kali Ini Dengan Siapa Pulak?

Posted: 21 Oct 2013 06:20 PM PDT

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin antara ahli politik paling bernasib malang di negara ini.

Walaupun bintang politiknya pernah menyinar, berjaya memimpin negeri Melaka selama 13 tahun dan cerita-cerita kejayaannya membangunkan negeri itu sering menjadi sebutan, tetapi kebelakangan ini bintangnya sering saja diselaputi kabus tebal.

Ini menjadikan laluannya untuk terus mendaki ke puncak seakan-akan sudah tersekat, meskipun semangat dan keghairahannya dalam usia 64 tahun sekarang ini tidak pernah padam. Namun kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden Umno baru-baru ini dengan hanya mengutip 7 undi, barangkali merupakan petunjuk yang jelas kepadanya bahawa memilih jalan persaraan adalah pilihan yang terbaik selepas ini.

Ali Rustam sebelum ini diramalkan oleh banyak pihak mampu memberi cabaran dalam persaingan Naib Presiden ini berikutan beliau pemimpin yang peramah, pemurah serta prihatin kepada akar umbi. Di mana saja ada kenduri, jemputan rumah terbuka, kematian dan sebagainya, kelibatnya jarang tidak kelihatan. Jemputan yang diterimanya daripada kawan dan akar umbi Umno dari utara, pantai timur, selatan tanah air serta Sabah juga jarang dihampakannya.

Beliau sebolehnya cuba memenuhi semua jemputan yang diterimanya sehingga apabila melihat beliau selalu ada di merata-rata negeri, ramai yang musykil dan bertanya, bilakah sebenarnya beliau mempunyai masa untuk tidur dan berehat?

Ketika menjadi Ketua Menteri Melaka, kediaman rasminya sudah mula dikunjungi orang ramai seawal Subuh lagi. Pelbagai jenis dan ragam manusia yang datang mahu berjumpa dan mengadu masalah dengannya. Setiap hari beliau melayan semua tetamunya itu dengan ramah dan senyum.

Sementara menunggu dapat bertemu dengannya pula, juadah sarapan pagi sentiasa terhidang untuk dinikmati seadanya. Jarang benar sesiapa yang berhajat untuk bertemu dengannya di Seri Bendahara ketika itu, akan pulang dengan hampa kerana sekurang-kurangnya masalah yang mahu diadukan akan dapat diluahkan sama ada sambil beliau berjalan menuju ke keretanya untuk ke pejabat atau ketika beliau sudah duduk dalam keretanya.

Itulah kelebihan Ali Rustam yang jarang ada pada pemimpin di negeri lain. Sebab itu, apabila beliau bertanding Naib Presiden, ramai yang menjangka kehadirannya mampu memberi cabaran dan kejutan. Tambahan pula setelah beliau kalah di Parlimen Bukit Katil, mungkin lebih ramai ahli Umno yang bersimpati dengannya.

Lebih daripada itu, beliau juga seakan-akan dihalang apabila bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 2009 lalu lalu semata-mata untuk memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi jawatan itu sedangkan ketika itu Ali Rustam jauh lebih popular dan menjadi pilihan majoriti perwakilan.

Atas dasar itu, penyertaannya kali ini dirasakan mampu memberi saingan yang kuat kepada calon lain, ditambah pula dengan tindakannya menimbulkan isu berkaitan Melayu dan Cina di saat-saat akhir beberapa hari sebelum pengundian.

Tetapi nampaknya semua itu tidak berlaku. Keputusan 7 undi yang diperolehinya agak mengejutkan. Ahli Umno nampaknya bukannya bersimpati, tetapi sampai hati tidak memberi undi dan melupakan jasanya selama ini. Turut tidak memberinya undi ialah ahli dan perwakilan Umno dari negeri Melaka yang pernah dipimpinnya sebelum ini.

Daripada 6 Umno bahagian yang ada di Melaka, Ali Rustam hanya mendapat satu saja iaitu daripada Bukit Katil yang dipimpinnya. Lima bahagian lain langsung tidak memberi undi dan tidak mengenang jasanya sedangkan sebelum ini beliaulah tempat ahli Umno Melaka mengadu, kediamannyalah yang selalu dikunjungi dan tangannya jugalah yang tidak henti-henti dicium oleh mereka.

Sebab itu apabila beliau meluahkan rasa kecewanya kerana hanya memperolehi satu undi daripada negeri Melaka, perasaannya itu tidak sukar untuk difahami. Benih padi yang ditanamnya tetapi hanya lalang yang tumbuh, susu yang selalu diberinya tetapi tuba diterimanya sebagai balasan.

Realiti politik selalunya begitulah. Pemimpin ketika berkuasa umpama gula dan ahli Umno pula umpama semut. Setelah tidak bergula lagi, semua semut segera melarikan diri dan mencari balang gula yang lain pula.

Ali Rustam kini menerima apa yang pernah dialami oleh bekas PM, Tun Dr Mahahthir Mohamad beberapa tahun lalu. Setelah menjadi PM selama 22 tahun tetapi apabila tidak lagi memegang apa-apa jawatan, hasratnya untuk menjadi perwakilan Kubang Pasu pun tidak kesampaian berikutan tidak mendapat sokongan dan dikalahkan oleh mereka yang sebelum ini menyokong dan berpaut dengannya.

Sebelum kekecewaan kalah dalam pertandingan Naib Presiden ini, Ali juga menerima nasib malang apabila turut kecundang dalam pilihan aya lalu di Parlimen Bukit Katil kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar. Jika tidak kalah dalam pilihan raya umum lalu, hari ini beliau mungkin sekurang-kurangnya berjawatan timbalan menteri dan undi yang diterimanya barangkali tidaklah serendah 7 undi.

Jika dalam pilihan raya umum lalu, Ali menyalahkan pengundi Cina atas kekalahannya dan menganggap kaum itu tidak mengenang budi dan jasa yang disumbangkannya selama ini, dalam pemilihan Umno ini budi dan jasanya seperti tidak dikenang oleh ahli Umno Melaka sendiri. Bagi ahli Umno Melaka, Ali Rustam bukan lagi pemimpin yang mempunyai gula dan tiada keperluan lagi untuk memberi memberikan undi kepadanya.

Kalau dulu beliau kena "kencing" dengan pengundi Cina, kali ini orang Umno Melaka turut "kencing" kepadanya. ~shahbudin

Kenapa Mahathir 'Meletup'.. Ini Puncanya

Posted: 21 Oct 2013 05:52 PM PDT

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk anaknya.

Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz. Tapi itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah.

Yang bakal membuat Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengawal kemarahan ini.

Kemarahan Mahathir perlu dikawal daripada 'meletup'.

Pertama mereka kena yakinkan beliau bahawa tiada arahan spesifik kepada perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden.

Najib menafikan bahawa beliau ada campurtangan. Beliau juga menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.

"Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan," tegasnya.

Muhyiddin turut sama-sama menyatakan bahawa menafikan keputusan pemilihan di Bahagian Pagoh sebagai isyarat kepada bahagian-bahagian lain untuk mengekalkan tiga penyandang Naib Presiden Umno.

Perlu nafi supaya Mahathir tak 'meletup'. Jika Mahathir 'meletup' dan bertekad untuk membalas malu yang terpalit pada anaknya, Najib dan Muhyiddin akan mengalami mimpi ngeri sebagaimana Tun Abdullah Badawi dulu.

Betul telahan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pemilihan Umno kali ini adalah perang proksi.

Tapi ramai yang tersilap pandang, berkata ini perang Najib-Mahathir. Yang menang ialah orang Pak Lah.

Masa depan Umno kini dilihat jatuh di tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.

Mukhriz nak duduk di mana?

Mahathir tak sangka tewas pada Pak Lah yang mendiamkan diri. Ini bakal menyebabkannya bertambah marah.

Apakah masa depan Mukhriz dengan Khairy di depan? Ini kali kedua Khairy mengatasi Mukhriz di dalam Umno.

Pertembungan mereka bermula sejak 2009 yang lalu, Mukhriz yang tewas.

Walaupun Mukhriz kini menjadi Menteri Besar Kedah, Khairy tetap menang.

Untuk mengubati hati Mahathir, diyakini Mukhriz akan dilantik menjadi ahli MT.

Tapi apakah ia cukup untuk mengubati hati Mahathir yang terluka.

Di PRK Sg Limau, apakah pro-Khairy akan membantu Mukhriz? Kemenangan Mukhriz di sana bakal menaikkan Mukhriz semula. Kejatuhan Mukhriz di Sg Limau akan memalapkan kareer politiknya.

Era baru Umno bermula dengan Mukhriz dan Khairy bertarung untuk dekad-dekad akan datang jika Umno tak tumbang di medan pilihan raya.

Apa pula Mahathir akan lakukan untuk tahun-tahun akhir hidup beliau untuk 'mengubah' Umno?

Walaupun ditegur, ditulis sinis dan dimarah beliau, Umno tetap tidak mahu berubah sehingga terkorban anaknya di medan pertandingan.

Najib dan Muhyiddin tidak akan senang duduk tiga tahun ini sebab tiada siapa yang tahu apa yang Mahathir bakal lakukan.

Mereka tahu jika Mahathir tekad ingin lakukan sesuatu, tiada siapa yang boleh menghalangnya. ~hrkh

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sungai Limau: Pakatan angkat suara anak muda

Posted: 21 Oct 2013 08:54 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh calon anak muda Ustaz Mohd Azam Abdul Samat yang diumumkan bagi mewakili PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada 4 November ini. 

"Kami yakin akan kemampuan anak muda ini untuk membawa inspirasi dan suara anak muda di dalam Dun Kedah kelak dan mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak," kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Katanya, DPPM yakin calon itu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai akan mampu membawa lagasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dahulu. 

Beliau berkata, DPPM bersama-sama AMK dan DAPSY akan berganding bahu untuk memastikan Dun Sungai Limau kekal kepada PAS nanti. 

"Kami mengharapkan pengundi Dun Sungai Limau akan terus memberikan sokongan kepada anak muda ini untuk memberikan khidmat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Azizan.

"Malah kami berkeyakinan anak muda khasnya akan turut memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Ustaz Azam," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, DPPM melihat pemilihan Ustaz Azam penting kerana PR mengiktiraf peranan anak muda untuk meneruskan kerja buat Allahyarham Ustaz Azizan selama ini. ~harakahdaily




Pengikut