Rabu, 30 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 29 Jan 2013 07:28 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Saya Tidak Sekali-Kali Akan Korbankan Kepentingan Melayu & Islam Di Negara Ini

Posted: 29 Jan 2013 05:48 AM PST

[VIDEO] Kami Menang Untuk Tadbir Dengan Adil Bela Nasib Rakyat

Posted: 29 Jan 2013 05:41 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 29 Jan 2013 11:26 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Sekitar Dialog Ekonomi & Hi-Tea Rakyat Dun Pilah bersama DSAI

Posted: 28 Jan 2013 09:36 PM PST





Program Dialog Ekonomi & Hi-Tea Rakyat Dun Pilah Bersama DSAI
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Lokasi: Perkarangan Pejabat DAP Pilah, Jalan Melang (bersebelahan Econsave Kuala Pilah)

Lebih 6 ribu hadir di Ceramah Perdana JMR, Pasir Besar

Posted: 28 Jan 2013 09:24 PM PST


Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat yang berlangsung pada 27 Januari 2013 lalu telah dihadiri lebih daripada enam ribu orang. Ini merupakan ceramah raksasa JMR yang terakhir di Negeri Sembilan sebelum pembubaran parlimen yang dijangka berlaku pada penghujung Febuari ini.

Kali ini, Pasir Besar menjadi lokasi pilihan Dato Seri Anwar Ibrahim hadir menyemarakkan semangat perubahan buat rakyat Negeri Sembilan timur khususnya warga peneroka felda dan masyarakat kampung.

Walaupun pelbagai halangan yang sengaja diwujudkan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab samada melalui ancaman, ugutan dan halangan peraturan, namun program ini berjaya dilangsungkan dengan penuh aman dan pihak berkuasa turut memberi kerjasama yang baik dalam memastikan keselamatan orang ramai.


Pasir Besar merupakan sebuah pekan kecil yang berkedudukan strategik menghubungkan Bandar Bahau, Pekan Rompin, Gugusan Rancangan Palong, Gemenceh dan Gemas. Kehadiran orang ramai melibatkan kawasan-kawasan utama berhampiran Pasir Besar.

Jelas sekali pada malam tersebut, suasana rakyat untuk menghadapi PRU-13 dan membuat perubahan terpancar dengan kehadiran yang luar jangkaan. Semua pimpinan utama PR Negeri Sembilan hadir menjayakan program ini dengan tetamu kehormat iaitu Datuk Lajim Ukin.

Pimpinan utama PR Negeri Sembilan iaitu Pengerusi Keadilan NS, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi DAP NS-YB Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya PAS NS-YB Mohd Taufek Abdul Ghani menyampaikan ucapan pemecah semangat sebelum disambung oleh Datuk Lajim Ukin dan diakhiri oleh DS Anwar Ibrahim.

Jika kehadiran ini diterjemahkan dalam bentuk undi, tidak mustahil beberapa dun di Jempol dan Tampin seperti Jeram Padang, Palong dan Gemas mampu dimenangi oleh PR.

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 29 Jan 2013 11:31 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BERSYUKURKAH KITA

Posted: 28 Jan 2013 04:30 PM PST



Assalamualaikum.

Bersyukur, satu kata-kata yang mudah diucapkan namun ia tidaklah semudah untuk dihayati atau berada di hati setiap orang.

Kata orang dunia sudah jauh berubah. Perasaan manusia pun begitu juga. Turut berubah. Bagaimanapun perubahan manusia yang melalui perubahan itu semakin hari semakin jauh berbeza dengan orang dulu-dulu.

Orang dulu-dulu, mereka sangat kaya dengan akal budi, mudah berterima kasih dan tidak terlalu berburuk sangka. Oleh kerana itu, kehidupan mereka jauh lebih indah daripada apa yang sedang kita lewati sekarang.

Apa ertinya perubahan, pembangunan dan kejayaan jika kita tidak tahu bersyukur. Apatah lagi di saat kita memiliki dan mempunyai apa yang orang lain tidak mampu miliki.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sangat bertuah kerana berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN). Walaupun kerajaan BN dihina, dipandang keji, namun kerajaan BN tidak pernah terhenti dalam memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyatnya – tanpa mengira perbezaan idealogi politik pulak tu.

Namun hari ini, masih ada yang tidak tahu bersyukur. Jauh sekali mahu berterima kasih kepada kerajaan BN di atas segala usaha dan bantuan yang diberikan. Mengapa?. Sifat dan perasaan itu semakin terhakis disebabkan masyarakat kita dikelilingi oleh penghasut yang menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

Tidaklah terlalu aneh, namun agak pelik apabila kerajaan BN memberikan sesuatu kepada rakyat demi rakyat, ada yang memandangnya sebagai serong sedangkan apabila mereka hadir pada majlis golongan yang menentang kerajaan BN, mereka terpaksa mengeluarkan wang bagi membiayai parti tersebut – di situ tidak pula mereka rasa malu kerana menjadi rakyat yang terpaksa diperalatkan parti tersebut.

Jauh berbeza dengan BN, ia adalah sebuah parti yang mengutamakan rakyat. Bagi BN, mereka pantang melihat rakyat berada dalam kesusahan, maka bantuan akan segera dihulurkan. Saya tidak berhasrat untuk memperkatakan perkara ini secara detail di sini kerana saya akan mengupasnya dalam posting saya yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan, betapa sifat tidak bersyukur di kalangan segelintir orang kita sekarang adalah sesuatu yang boleh mencemarkan nilai keindahan hidup kita. Segelintir rakyat kita sekarang gagal menilai sesuatu kebaikan dengan bijaksana dan kerana itu, mereka kurang bersyukur.
Apa pun, saya yakin masih ramai di kalangan rakyat yang masih bersyukur dengan segala nikmat dan rakyat yang mereka kecapi. Rakyat yang mempunyai perasaan sedemikian akan tahu bahawa bukan semua kerajaan mampu melakukan perkara yang sama. Rakyat yang sedemikian akan mengerti bahawa hanya BN yang mampu menjadi kerajaan untuk rakyat, demi rakyat.

Saya sangat menghargai kepada rakyat yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih terhadap setiap pemberian, bantuan dan sumbangan yang kerajaan berikan kepada mereka. Sesungguhnya mereka adalah insan-insan yang terpuji yang wajar dicontohi.

 

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 29 Jan 2013 07:39 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Cina Kurang Ajar kena ludah di Johor..baik punya HARKKTUIII

Posted: 28 Jan 2013 10:48 PM PST

AKU PUN TAK TAU SAPA YANG SALAH DAN SAPA YANG BETUL..LAPORAN RAKAN BLOGGER AKU harkktuiiiii...NI BETUL PUNYA HARKTUIII   SEPATUTNYA KITA SEBAGAI MANUSIA YANG BERTAMADUN SEWAJARNYA MEMPUNYAI SIKAP HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN..JANGAN FIKIR KITA DAH PUNYAI PANGKAT DAN KEDUDUKAN KITA BOLEH LANYAK ORANG BAWAH SESUKA HATI..JANGAN JADI SEPERTI PAS YANG SESUKA HATI PECAT NASA...

MESEJ TG ABDUL HADI..BEKAS PENGARAH JSJ B.AMAN ENGKAR!

Posted: 28 Jan 2013 09:39 PM PST

BERSEDERHANA adalah sebaik-sebaik amalan yang dituntut oleh agama kita. ..... Tuan Guru Abdul Hadi: Ucapan Penangguhan Muktamar PAS ke-58 ... Malaysia Diperintah Dengan Prinsip Perundangan Islam....
TU KENYATAAN YANG TELAH DIKELUARKAN SERTA DIUCAPKAN OLEH TG ABDUL HADI 

AKHIR TAHUN LALU..ERMMM..PART NI MEMANG AKU SETUJU..TAPI ADAKAH KENYATAAN BELIAU ITU SAMPAI KE PERINGKAT AKAR UMBI?
BAGI AKU KAT AKAR UMBI..MEMANG SAMPAI,JELAS,NYATA dan TERANG.AKAN TETAPI KAT PERINGKAT ATASAN?TAK SAMPAI ATAUPUN TAK AMBIL PORT PUN..
KORANG BACA SINI BANGLO MEWAH ITU MILIK SAYA
APA KOMEN KORANG?HASIL SIMPANAN SERTA PEMBERIAN ANAK-ANAK..ERMMMM...DAN NAMPAK SANGAT YE YANG BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN TAK PERNAH BERSYUKUR.APAKAN TAK,MASA BELIAU MASIH BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN,PELUANG SERTA KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN KAT KAKITANGAN AWAM PANTAS DISAMBAR OLEHNYA..AKAN TETAPI BILA DAH BERGELAR "BEKAS"..IBARAT HABIS MADU SEPAH DIBUANG..TAK GITU..
BEGINIKAH CARA ORANG PAS MENSYUKURI AKAN SEGALA NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN KEPADA DIRI SENDIRI?DIMANAKAH KESEDERHANAAN YANG DILAUNG-LAUNGKAN ITU?
RENUNG-RENUNGKAN..

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Pertemuan TG Nik Aziz, Bishop buktikan dua agama boleh berbincang

Posted: 29 Jan 2013 07:18 AM PST

BAYAN BARU: Pertemuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Bishop Wilayah Utara bagi Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, Sebastian Josef di sebuah hotel semalam membuktikan dua agama boleh duduk berbincang dan berdialog. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berpendapat, kesediaan Tuan Guru Nik [...]

Dana Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU)

Posted: 29 Jan 2013 07:08 AM PST

Selasa, 29 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 29 Jan 2013 03:25 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:25 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Korang jangan gelak tengok serban dia ....

Posted: 29 Jan 2013 08:00 AM PST

Mastana Baba - dari Punjab di utara India – adalah sangat menakjubkan. Beliau dikenali sebagai Turbanator – kain serbannya adalah sepanjang 200 meter! 

Satu kerja nak melilitnya pada kepala dan satu kerja pula nak membukanya.Tapi yang paling menakjubkan ialah bagaimana dia boleh menanggung beban berat serban tersebut yang beratnya lebih 62 kilogram? 

Setiap malam pengikut-pengikutnya meleraikan lilitan kain 200 meters yang diperlukan untuk membuat serban dan mengawalnya sehingga Baba Mastana bangun pada keesokan harinya. 


 "Saya akan bersama serban saya ini di mana sahaja saya pergi, meminta orang ramai menjauhi keganasan, menjauhi keganasan dan menjauhi kebencian," katanya. 

 "Tiada siapa yang akan membunuh saya. Saya akan bersembunyi di sebalik serban saya, "katanya.

Polis Kejam - Enggan benarkan post mortem ke-2

Posted: 29 Jan 2013 04:05 AM PST

Hampir 50 orang mengadakan bantahan aman di hadapan ibu pejabat polis di Bukit Aman kerana tidak berpuas hati diatas tindakan polis yang enggan dan menolak permintaan pihak keluarga C Suguran untuk mengadakan post mortem ke-2 dan menyiasat kematian itu di bawah kes bunuh.

Pathologist Dr Mohd Azaini Ibrahim daripada Hospital Serdang Hospital membuat post mortem ke atas mayat  Sugumaran berkata bahawa dia telah mati akibat serangan jantung!

"Tidak ada kecederaan lain yang boleh menyebabkan kematiannya" jelas Abdul Rashid, OCPD Kajang

di sini

N. Surendran, Naib Presiden PKR menyifatkan tindakan ini adalah bertentangan dgn undang-undang; satu keputusan yang bermaksud untuk menutup kebenaran. 

Beliau juga mendakwa pihak polis tidak mahu mengambil tidakan keatas mereka yang melakukan pembunuhan dan polis melindungi mereka.

Susulan itu, PKR merancang untuk mengusung keranda ke pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendesak kerajaan bersetuju bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat C Sugumaran dan kematiannya disiasat sebagai kes bunuh. Baca di sini

Sila ikuti rakaman videoklip berikut : 

Kerabu Bersuara ®

Posted: 29 Jan 2013 03:17 PM PST

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Ibu Pejabat UMNO Malaysia Tingkat 38,
Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

29hb Januari 2013

Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.

Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.

Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.

Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.

Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.

Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.

Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.

Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.

Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.

Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.

Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.

Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ?

Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ?

Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.

Sekian

Warga-warga Johor

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


TG Nik Aziz pelawa rakyat P Pinang lawat Kelantan

Posted: 28 Jan 2013 03:49 PM PST


JELUTONG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengahari tadi.

Menurutnya, mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Negeri Kelantan perlu dinaik tarafkan menjadi negeri yang lebih maju setanding negeri lain.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen.  Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancung tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.

Justeru itu sambung beliau, tidak hairan tiba-tiba sahaja Perdana Menteri mengistiharkan  tujuh agenda pembangunan semula kelantan.

Agenda itu, sekadar manis di bibir dan sedap mata kerana jika diukur itulah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang jika wang royalti diperolehi.

Menyentuh  mengenai kepentingan menjagai rumah Allah s.w.t beliau yang juga Pengerusi Majlis Syura  Ulamak PAS begitu bangga dapat bersembahyang sunat di atas tapak masjid tertua di Pulau Pinang.

Sebagai umat Islam katanya, mesti memelihara masjid kerana masjid merupakan tunggak perpaduan.

"Hilangnya masjid maka hilanglah seri tunggak Islam maka sebab itu kita disuruh mengimarahkan masjid.

"Nak masuk ke masjid langkah kaki kanan manakala kaki kiri untuk ke tandas.

"Insya Allah jika kita amalkan perbuatan yang disuruh sepertimana dalam Al Quran hidup kita akan berkat buat selama lamanya," terangnya.

Hadir sama ke program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man,  Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husain, Adun Batu Maung, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kasim, Adun Batu Uban, Raveentharan, Yang Dipertua PAS Jelutong, Yaacob Omar, Yang Dipertua Bayan Baru, Ahmad Rasdan Mohd Nor, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan ramai lagi.
Batu asas dipecah

Sementara itu, batu asas pembinaan menara Masjid Jamek Batu Uban, Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh TG Nik Aziz telah dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.

Ketika menghubungi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim beliau sendiri mengesahkan tanpa memberitahu siapa punya angkara.

"Pagi tadi sebelum subuh salah seorang anak qariah ternampak batu asal yang siap dibina selepas Insyak semalam runtuh.

"Ia adalah permainan individu yang tidak senang dengan kehadiran Datuk Nik Aziz untuk melawat Masjid tertua di Pulau Pinang.  Apa pun kami sedang menyiasat," tegasnya.

Menurut Iszuree,  pembinaan menara masjid amat penting sebab selama ini masjid berkenaan tidak mempunyai menara.

Sempena lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang untuk berceramah pada malam ini di Sungai Nibung bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, maka pihak masjid menjemputnya untuk makan tengahari di samping bertemu rakyat Batu Uban.

Mereka berada dalam dilema kerana terpaksa pindah akibat pembangunan oleh sebuah syarikat kroni Umno untuk projek perumahan.

Boleh undi calon bukan Islam - Dewan Ulama

Posted: 28 Jan 2013 03:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.

Begitu juga menegakkan kerajaan yang adil lagi berkebajikan adalah wajib. Maka sebarang usaha yang boleh membawa kepada tertegak perkara yang wajib itu juga menjadi wajib.

"Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.

"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali," katanya kepada Harakahdaily.

Atas tujuan itu juga ujarnya, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti.

Apa yang jelas katanya, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam PRU13 adalah bertujuan menegakkan kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Umat Islam yang sedar tegasnya, tidak akan mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian kepada calon bukan Islam Pakatan Rakyat sehingga melupakan kezaliman dan kemungkaran pemerintah BN sedia ada sejak puluhan tahun.

"Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam," ujar beliau.

111 ahli Umno di Kemahang sertai PAS

Posted: 28 Jan 2013 03:48 PM PST




TANAH MERAH: Di Pasir Gudang sembilan bilik gerakan Umno ditutup, di Pengkalan Chepa ahli di peringkat cawangan mendesak ketua bahagian meletak jawatan.

Manakala di Bendang Nyiur Dun Kemahang malam tadi 111 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.

Kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur A, Ali Lizon Isa, 45. Turut menyertai PAS 11 lagi adik beradik dan emaknya Che Som Mamat.

Ali yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Beliau mengetuai sayap pemuda Umno di cawangan berkenaan sejak dua penggal lalu, sebelum itu memegang jawatan timbalan ketua pemuda Umno cawangan.

"Segalanya bermula selepas saya mendengar ceramah penceramah Umno Abdullah Saamah dari Geting, Tumpat tidak jauh dari rumah tahun lepas.

"Ketika itu penceramah yang disebut sebagai ustaz itu mencerca Menteri Besar Kelantan sehingga bagi saya langsung tidak masuk akal.

"Bermula dari situlah jiwa saya mulai pudar untuk terus berjuang bersama Umno kerana penceramahnya menabur fitnah tanpa berlapik langsung," katanya ditemui di program berkenaan.

Pada majlis itu beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Selain itu Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.

Bendang Nyiur sebelum ini dianggap kubu Umno. Malam tadi menyaksikan kehadiran begitu ramai penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang padang.

Ali yang bekerja sendiri kini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno.

Ketika ucapan ringkasnya sebelum itu Ali berkata, Umno sudah terlalu penat bagi menghadapi pelbagai kerenah ahli dan penyokong.

Sebelum ini pada 15 Januari lalu seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.

Mereka diketuai Sudin Nuh, 37 menyerahkan borang kepada Nasuruddin, yang juga Adun Meranti.

Pengikut