Selasa, 29 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 29 Jan 2013 01:27 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


29 Jan 2013 Jadual Anwar Ibrahim di Perak

Posted: 28 Jan 2013 05:26 PM PST

7.00 - 8.30 malam-Solat & Tazkirah Maghrib-Lokasi: Asrama Anak Yatim Nurul Ikhsan, Kampung Talang Tengah, Sungai Siput

8.30 -12.00 malam-Ceramah Perdana Demi Rakyat-Lokasi: Taman Chandan Puteri, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

8.30-12.00 malam-Ceramah Perdana Merdeka Rakyat-Lokasi: Kampong Temoh Stesen, Tapah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 28 Jan 2013 11:19 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


DEATH KNELL FOR BN: EU willing to recognize Anwar, PR as the NEW GOVT if they win GE13

Posted: 28 Jan 2013 02:17 PM PST

"Peneroka-peneroka tidak pernah ditipu oleh Felda!" - Dialog bersama peneroka-peneroka di Felda Kahang Barat

Posted: 28 Jan 2013 12:31 PM PST

Kebanyakan peneroka-peneroka Felda merasakan bahawa mereka sudah hidup senang dan merasa marah apabila ada pihak-pihak lain mengatakan bahawa mereka telah ditipu oleh Felda, dan inilah yang diluahkan oleh Pak Toni, seorang ahli UMNO dan peneroka di Felda Kahang Barat, Sembrong semasa Majlis Dialog yang diadakan di Felda Kahang Barat pada 27hb Januari 2013.

Dialog ini dimulakan dengan pendedahan ringkas oleh Sdr Zabidie Abas yang menerangkan bahawa kewangan Felda kini sudah berada di hujung tanduk; kekayaan Felda telah dirompak.

Penyenaraian Felda Global Ventures menyebabkan peneroka-peneroka Felda dibebankan dengan hutang baru apabila saham-saham sejumlah 800 unit yang diperuntukkan kepada peneroka-peneroka tidak dapat dijual-beli apabila harga saham FGV merundum dan terkini jatuh dibawah harga jauh lebih rendah dari semasa disenaraikan.

Sebelum peneroka-peneroka diberikan saham FGV, mereka diminta menandatangani di 73 tempat didalam Borang yang diserahkan kepada mereka; borang tersebut adalah di dalam Bahasa Inggeris dan peneroka-peneroka tidak dibenarkan membawa borang itu keluar untuk diberikan kefahaman  kepada mereka oleh peguam atau pihak-pihak yang boleh memberikan kefahaman kepada mereka.

Pihak pengurusan Felda mendesak peneroka-peneroka supaya menandatangani borang itu jika mereka berhajat kepada "Durian Runtuh" yang akan diberikan oleh Felda.

Setelah penyenaraian berlaku , harga saham jatuh dan untuk mengelakkan keresahan dan penentangan daripada peneroka-peneroka, Felda telah mengambil alih hutang peneroka-peneroka sejumlah RM3640 dari bank-bank yang mengeluarkan pinjaman kepada peneroka-peneroka untuk membeli saham 800 unit tersebut.

Bagaimanapun, peneroka-peneroka kena membayar balik kepada Felda dengan jumlah bayaran sebanyak RM5000.00 dan untuk agar peneroka-peneroka tidak terasa akan bebanan hutang yang baru itu, mereka dikehendaki membayar kepada Felda sebanyak RM50.00 sebulan.

Tahukah peneroka-peneroka sekonyong-konyong ditipu oleh Felda, mengharapkan mereka menjadi kaya-raya hasil dari pemerolehan saham FGV rupa-rupanya mereka terbeban dengan hutang baru?  Peneroka-peneroka tidak sedar kerana mereka masih dibuaikan dengan mimpi bahawa mereka masih akan menjadi kaya raya apabila harga saham ini naik nanti.

Didalam keadaan harga saham ini jatuh, ada sekelompok golongan yang akan mendapat kemudahan membeli saham-saham FGV seperti  golongan korporat termasuklah golongan korporat Yahudi dari luar negara dan akhirnya kepentingan Felda dikuasai oleh golongan yang mampu termasuklah golongan Yahudi; dan ini melibatkan 1/4 daripada tanah-tanah yang sebelum ini diuruskan oleh Felda.

Sdr Zabidie mengajak peneroka-peneroka supaya membuat perubahan di dalam PRU-13 ini bagi menyelamatkan Felda dan peneroka-peneroka.

Setelah ucapan ringkas oleh Sdr Zabidie itu, majlis dialog dibuka kepada peneroka-peneroka yang hadir untuk mengemukakan pandangan dan soalan.

Dengan agak konfiden seorang peneroka yang digelar dengan panggilan Pak Toni yang bangganya mengaku bahawa dia adalah seorang ahli UMNO yang sudah menjadi peneroka Felda di Kahang Barat selama lebih 30 tahun.

Beliau mempertikaikan apa yang telah dinyatakan oleh Sdr Zabidie dan menyatakan bahawa Felda tidak pernah menipu peneroka-peneroka; tidak ada apa cacat celanya dengan Felda.

Pak Toni menyatakan bahawa Kerajaan BN mahu menghulurkan pertolongan kepada peneroka-peneroka dengan penyenaraian FGV; dan beliau mempertikaikan bahawa Felda telah menipu peneroka-peneroka.

Apa yang dinyatakan oleh Pak Toni itu sebenarnya merupakan pegangan kepada golongan terbesar dikalangan peneroka-peneroka Felda.  Dan pegangan inilah jika tidak ditangani dengan baik dengan penerangan-penerangan berfakta menjadikan peneroka-peneroka mudah dimanipulasi oleh Felda dan UMNO, dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Toni sebagai seorang peneroka dan ahli UMNO yang telah mempersudikan diri beliau hadir ke Majlis Dialog anjuran PKR Ranting Kahang Barat.

Saya memulakan jawapan saya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Toni dan saya menyatakan bahawa pandangan Pak Toni itu adalah pandangan dari kebanyakan peneroka-peneroka Felda dan dengan soalan yang dikemukakan oleh Pak Toni itu dapatlah saya menerangkan satu persatu manipulasi yang dimainkan oleh Felda secara lembut sehingga penipuan yang dilakukan oleh Felda tidak dirasai oleh peneroka-peneroka.

Saya bertanyakan kepada peneroka-peneroka yang hadir mengenai peratusan perahan KPG yang diberikan oleh Kilang Felda di Kahang Barat; jawapan yang saya terima ialah antara 21 hingga 22%.  Tetapi perahan ini, kata mereka, dibuat selepas dialog diantara peneroka-peneroka Felda disitu dengan PKR hampir setahun yang lalu apabila peneroka-peneroka Kahang Barat bersetuju untuk mengemukakan saman kepada Felda mengenai isu perahan, tetapi sebelum itu peratusan perahan hanyalah diantara 18 hingga 19% sahaja.

Saya nyatakan bahawa di kebanyakan rancangan lain yang telah pun memfailkan saman terhadap Felda peratusan perahan buah sawit peneroka-peneroka boleh mencecah sehingga 27% apabila buah-buah sawit itu dihantar ke makmal Felda di Sg Tekam untuk dianalisis.

Perbezaan antara 18% dan 27% selama lebih 15 tahun telah menyebabkan peneroka kerugian sebanyak RM400,000.00 hingga RM500,000.00 bagi setiap seorang.  Maka apakah durian runtuh yang diperolehi peneroka-peneroka dan keluarga mereka sebanyak RM15,000.00 itu boleh dianggap sebagai durian runtuh?

Didalam penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah didalam kes tuntutan perahan KPG oleh peneroka-peneroka Kemahang 3 di Negeri Kelantan telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah bahawa "Felda telah menipu peneroka-peneroka" dan dikekalkan sehingga Mahkamah Persekutuan.  Selepas kes inilah kita boleh nyatakan secara terbuka bahawa Felda telah menipu peneroka-peneroka.

Apabila FGV disenaraikan dan Felda menggadaikan pegangannya keatas Felda Plantation yang melibatkan lebih 850,000 ekar tanah selama 99 tahun kepada FGV, Felda memperolehi RM5.6 billion, dan wang ini boleh diagihkan kepada peneroka-peneroka Felda dengan setiap daripada mereka memperolehi RM50,000.00, maka apakah tidak dikatakan penipuan apabila Felda hanya mengagihkan RM15,000.00 sebagai durian runtuh?  Ke poket mana dan siapakah baki sebanyak RM35,000.00 lagi itu?  Pernahkah Felda membuat sebarang penerangan kepada peneroka-peneroka?  Tidakkah ini satu penipuan?

Peneroka-peneroka diberikan pinjaman oleh Felda ketika memasuki tanah-tanah rancangan termasuk kos rumah kediaman, kos penanaman, penjagaan dan pengurusan ladang dan lain-lain kos yang dikenakan seperti baja, racun, jalan ladang dan kos pembangunan sosial di tanah-tanah rancangan.

Dan pinjaman ini serta bayaran CAC berjaya dibayar oleh peneroka-peneroka.  Tetapi apabila tanah-tanah ladang mereka perlu ditanah semula, peneroka-peneroka "diwajibkan" menanam melalui Felda/Felda Technoplant dengan dikenakan hutang yang baru.

Bagi mereka yang menyedari awal bahawa hutang baru ini sangat membebankan mereka, mereka memilih untuk menguruskan ladang mereka dan melakukan tanaman semula bersendirian.  Mereka berjaya mengelakkan bebanan tanggungan hutang yang mereka tidak pernah diberikan sebarang penyata.

Mereka yang sedar dan melakukan tanaman semula dan pengurusan kebun mereka bersendirian tetapi mereka ini disisihkan oleh Felda dengan dinafikan berbagai hak di rancangan, namun, oleh kerana mereka ini tidak dibebani hutang, mereka berjaya memperolehi pendapatan jauh lebih besar daripada peneroka-peneroka yang membuat tanaman semula melalui Felda.

Bukan semua kebun yang ditanam semula melalui Felda/Felda Technoplant itu berjaya; dan berlaku di sesetengah rancangan Felda, tanaman semula mereka gagal.  Walaupun tanaman semula di kebun mereka gagal, Felda tetap juga memberikan sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan, dan bagi peneroka-peneroka ini hutang mereka dengan Felda sudah melebihi RM150,000.00 dan mereka tiada mempunyai sumber untuk menejelaskan hutang mereka itu.

Semasa proses untuk tanam semula diusahakan, sesetengah peneroka meminta supaya mereka dibenarkan menanam semula secara bersendirian tetapi dihalang oleh Felda, tetapi setelah Felda gagal menjalankan tanam semula untuk peneroka-peneroka itu, Felda kini meminta kerjasama dari peneroka-peneroka itu mengambilalih pengurusan kebun masing-masing dengan melakukan tanam semula secara bersendirian.  Nasi sudah jadi bubur, inilah yang menimpa peneroka-peneroka yang malang itu, dan Felda sudah berlepas tangan dengan meninggalkan peneroka-peneroka malang itu terbeban dengan hutang melebihi RM150,000.00 dan ada diantara mereka sudah pun mencecah angka melebihi RM200,000.00.  Dengan umur masing-masing yang sudah melebihi 75 tahun, mampukah mereka menjelaskan hutang yang dibebankan oleh Felda?

Di sesetengah rancangan Felda seperti di Kota Gelanggi, peneroka-peneroka telah pun selesai menjelaskan hutang mereka dan membayar CAC melalui Felda untuk Kerajaan Negeri lebih dari 15 tahun lampau, tetapi Felda masih gagal mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri supaya geran tanah bagi peneroka-peneroka tersebut; ini adalah helah Felda supaya peneroka-peneroka itu melakukan tanam semula melalui Felda/Felda Technoplant dan hanya dengan cara tanam semula melalui Felda/Felda Technoplant sahaja Felda boleh mengaut untung daripada setiap tanah kebun yang ditanam semula itu.  Ini adalah penipuan oleh Felda.

Sehingga ke peringkat itu, Pak Toni sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memberikan pandangannya; saya serahkan pembesar suara kepada Pak Toni.

Beliau menyatakan bahawa kalau Pakatan Rakyat memerintah sama juga, katanya, hutang-hutang peneroka kekal begitu juga.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Pak Toni, kerana tanpa soalan yang seumpama itu, mungkin saya terlupa untuk menjelaskan "Janji Palong" yang dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berkunjung ke Felda Palong 6.

Diantara yang dinyatakan di dalam Janji Palong itu ialah Kerajaan Pakatan Rakyat akan memansuhkan hutang peneroka-peneroka Felda.

Asas pemansuhan ini adalah kerana sesungguhnya peneroka-peneroka tidak berhutang kepada Felda, sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka.

Kajian telah dibuat di kawasan Palong, Negeri Sembilan bahawa setelah 8 tahun selepas tanam semula, dengan diperhetungkan pendapatan dan kos pembangunan dan pengurusan, lebihan yang memihak kepada peneroka-peneroka adalah sebanyak RM150,000.00 dan isu ini sudah pun difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Di sinilah terletak ketaksuban ahli-ahli UMNO seperti Pak Toni yang menyatakan bahawa beliau tidak setuju jika hutang beliau dimansuhkan; tetapi sebaliknya beliau juga berkata bahawa beliau tidak faham kenapa jika beliau meninggal dunia dengan menanggung hutang, roh beliau tergantung dan tidak masuk syurga jika hutang di dunia ini tidak dilangsaikan.  Beliau mengaku tidak faham dari segi ugama.

Saya memberi jaminan kepada Pak Toni bahawa hutang peneroka-peneroka Felda akan tetap dimansuhkan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah samada peneroka-peneroka itu setuju atau pun tidak kerana Pakatan Rakyat tidak akan membezakan diantara peneroka-peneroka itu walaupun mereka itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

Dan akhir sekali saya menjelaskan bahawa Janji Palong ialah untuk memansuhkan Felda Plantation dan tanah seluas 850,000 ekar tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada generasi kedua dan ketiga Felda.  Golongan majoriti dari kalangan generasi kedua dan ketiga ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan sesetengahnya masih menumpang ibu bapa mereka; masa depan mereka gelap; dan dengan pengagihan tanah dari Felda Plantation kepada mereka itu, akan memberikan jaminan hidup yang cerah kepada mereka.

Majlis dialog itu dihadiri oleh pihak PKR termasuklah Sdr Yusof, selaku Ketua Cabang, Sdr Onn Abu Bakar selaku penyelaras kawasan Parlimen Sembrong, Sdr Zabidie Abas mewakili Jawatankuasa Biro Felda, Sdr Jalil selaku Ketua PKR Ranting Felda Kahang Barat, Hendon Jaafar, AJK Biro Felda, dan Ahli-Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Sembrong; manakala dipihak peneroka pula turut hadir mereka dari berbagai aliran pegangan politik.




Anwar Ibrahim

Posted: 28 Jan 2013 07:11 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Ayah Mahathir Dari Mana?

Posted: 28 Jan 2013 12:35 AM PST

BULETIN RAKYAT

Posted: 28 Jan 2013 11:06 AM PST

BULETIN RAKYAT


terus bagi sumbangan tanpa jawatan ~ ust nasharuddin

Posted: 28 Jan 2013 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Jan - Nasharuddin Mat Isa hari ini mengatakan beliau terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam dan berkata organisasi hanyalah satu wadah, tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan.
Beliau berkata jawatan yang diberi adalah hak milik parti dan beliau sedia memperjuangkan kedaulatan Islam walaupun tanpa jawatan.
"Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti di teruskan, sama ada berjawatan atau tidak.
"Jawatan tersebut adalah lantikan parti, jika parti ingin mengambilnya kembali, itu adalah hak parti," kata bekas timbalan presiden PAS itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider petang ini.
Ahli parlimen Bachok itu berkata, beliau masih belum mendapat surat pemecatan rasmi dari Majlis Syura, sebaliknya mengetahui berita pemecatan tersebut melalui media.
"Sehingga di saat SMS ini dihantar, saya masih belum menerima sebarang surat perlucutan jawatan tersebut.
"Cuma, setakat ini, saya hanya mengetahui pemecatan itu melalui media dan bukannya saluran rasmi parti," katanya lagi.
Semalam, Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Majlis Syura hari ini menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.
Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau d

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 28 Jan 2013 11:51 PM PST

Razlan's


Mesir bergolak lagi.

Posted: 28 Jan 2013 08:07 PM PST

Siapa kah yang untung sekiranya perkara seperti ini berlaku di Maaysia.

Sudah pastinya tidak ada pihak yang mendapat untuk selain dari satu pihak yang sengaja manu mencapai cita-cita peribadi iaitu Anwar Ibrahim.

Arab Spring tidak boleh dinafikan oleh Pakatan Pembangkang bahawa itulah agenda dan impoan mereka untuk melihat Malaysia menghadapi krisis keamanan yang akhirnya pada pandangan dan idaman mereka akan membawa untuk kepada Pakatan Rakyat.

Siapa yang boleh menyangkal Arab Spring bukan agenda Bersih? Siapa yang dapat Shamsul Iskandar yang menyeru untuk bangkut dan lumpuhkan negara pada kempen Bersih sebelum ini?

Pelabur hari ini mengambil jalan tunggu dan lihat untuk melanur di Malaysia, Peniaga Cina juga menyi,pan duit untuk menunggu apakah kesudahan Pilihanraya ke 13.

Dalam lubuk hati mejoriti rakyat Malaysia, mereka mahukan kestabilan dan mahukan keamanan diteruskan di negara ini. Mereka sudah pandai memilih yang mana janji dan yang mana tipu.

Semoga dijauhkan negaraku Malaysia daripada perancangan si kitol!

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 28 Jan 2013 01:14 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kalimah Allah : NGO Selar Sikap Bacul Nik Abduh?

Posted: 28 Jan 2013 08:07 AM PST



Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang masih mempertahankan keputusan rakan di dalam pakatan disifatkan sebagai 'bacul' dalam memperjuangkan Islam.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Mohamad Abduh jelas memperlihatkan parti ini takut untuk memperjuangkan Islam dan sanggup menggadaikannya.

"Kenyataan ini juga menggambarkan bahawa DPP sanggup menggadaikan apa sahaja yang selama ini diperjuangkan oleh oleh mereka semata-mata untuk menjaga hati rakan dalam pakatan terutama dalam isu yang seharusnya dipertahankan oleh mereka.

"Selain itu, kenyataan itu juga boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam. Terutama apabila Majlis Syura Pas membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya boleh untuk umat Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada KLPos di sini hari ini.

Sebelum ini, Nik Mohamad Abduh membuat pengakuan bahawa parti itu tidak boleh memaksa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menerima keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu kalimah Allah membuktikan Pas bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Menurut Wan Khairul, kenyataan tersebut menunjukkan sayap parti itu 'baculdan dayus' dan langsung tidak memikirkan kesan serta impak kepada masyarakat.

"Sepatutnya kita mengharapkan pendirian tegas dari DPP berhubung isu ini agar rakan-rakan dalan pakatan tidak lagi mempermainkan isu sensitif dan banyak menimbulkan kekeliruan," katanya.-KLpos

Warna-warni Politik
Torashah

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 28 Jan 2013 07:14 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


LIVE: CERAMAH KEBANGkitan RAKYAT...MARIAH MAHMOD YANG MENG-GHAIRAHKAN??

Posted: 27 Jan 2013 07:41 AM PST

bukak ajelah tudung tu..kalau cakap ikut sedap mulut..

RASA MENGANTUK BELUM LAGI HILANG..NI GARA-GARA CERAMAH UMUM YANG KONONNYA MENJAWAB TOMAHAN BN anjuran PAS pis pus KUALA LANGAT YANG TELAH DILANGSUNGKAN DIPADANG AWAM BATU 9,KAMPUNG MEDAN,TELOK PANGLIMA GARANG SEBENTAR TADI.
"ORANG RAMAI" yang TAK ramai

TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT,MAHFUZ OMAR,AJK PAS PUSAT,MARIAH MAHMOD,DR YUNUS dan SRIKANDI PAS YANG HANYA DIKENALI SEBAGAI AISYAH ADALAH DIANTARA 150 ORANG YANG HADIR PADA MALAM NI..KIRA OKLAH TU..MASIH JUGAK ADA ORANG YANG SUDI NAK DENGAR...TAK PUN,YANG HADIR PUN TERDIRI DARIPADA AHLI KELUARGA MASING-MASING,KALAU SORANG BAWA MAK,AYAH,ABANG,KAKAK dan ADIK..MAUNYA TAK 150 ORANG..HEHEHEHE
SI MARIAH MAHMOD NI..PERGHH BOLEH TAHAN GAK LAZERNYA MULUTNYA..HEHEHE..ASYIK NAK NYALAHKAN KERAJAAN BN/UMNO AJE..YE TAK YE,KALAU TAK FITNAH DITABURKAN,APA LAGI NAK DITABUR KAT RAKYAT..DENGO AJELAH..BELIAU DALAM UCAPANNYA MENYATAKAN BAHAWA SEJAK ZAMAN TUN MAHATHIR LAGI WARGA ASING DIBERIKAN KAD PENGENALAN AGAR MEREKA TU MENGUNDI BN..HEHEHE..LOGIK JUGA KAN..HARTUIII..KALAU CAMTULAH..RAMAILAH WARGA ASING KAT MALAYSIA NI ADA I/C YER..YANG MAT BANGLA KAT STESEN MINYAK TU PUN AGAKNYA ADA NI/ JUGAK KOT..SENANGLAH KERJA POLIS,JABATAN PENDAFTARAN NEGARA dan IMIGRESEN MALAYSIA..TAK YAH SUSAH-SUSAH BUAT KERJA TANGKAP PENDATANG..SEBAB SEMUA ADA I/C MAAA..CAKAP TAK GUNA AKAL GINILAH CARANYA..
YANG MENARIKNYA,SI MARIAH NI SESUKA ATI AJE MENGATAKAN BN TAKDE ETIKA UNTUK MENANG PRU NANTI..ETIKA???SAPA YANG TAKDE ETIKA..SEBELUM AKU TERANGKAN SAPA YANG TAKDE ETIKA,AKU RASA BAIK AKU SCHOOLKAN DULU SI MARIAH NI TENTANG MAKSUD ETIKA.
Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. 
bila nak abis ni......

JADINYA...BILA DAH OLAH MAKSUD ETIKA SEPERTI YANG AKU TERANGKAN DI ATAS,AKU RASA TENTU KORANG DAPAT BERFIKIR SEKETIKA,PARTI MANA YANG TAKDE ETIKA UNTUK MENANG DALAM PRU 13 AKAN DATANG!PARTI MANA YANG KECUT NAK BERSUARA TENTANG ISU KALIMAH ALLAH?PARTI MANA YANG TAK BERETIKA BILA PECAT ATAS ALASAN MELANGGAR DISPLIN klik sini USTAZ NASA DIPECAT DENGAN ZALIMNYA.  
HANYA KERANA IKUT PERDANA MENTERI  KE GAZA??..
NI BARU SIKIT...SEBAB..YANG SEDIKIT NI PUN DAH MENUNJUKKAN BAHAWA YANG BERCAKAP SERTA PARTI YANG DIBAWA OLEH BELIAU INI PUN DAH MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA INI MEMANG TIDAK BERETIKA..NAK KATA ORANG LAIN PULA..SO..HARKTUIII!

SI MARIAH NI SEKALI LAGI MENEGASKAN BAHAWA ISU AMANAT HAJI HADI,ISU KRISTIAN DAN ISU DAP SENGAJA DIPERBESAR-BESARKAN OLEH UMNO DAN DAPAT LIPUTAN YANG LUAS DIMEDIA-MEDIA..ALOWWW..KALAU TAK UMNO YANG PERJUANGKAN ATAU MAINKAN ISU INI SIAPA LAGI YANG NAK PERJUANGKAN!SIAPA YANG NAK PERJUANGKAN AGAMA ISLAM DAN KALIMAH ALLAH?NAK HARAPKAN PAS?HAMPAS JAWAPNYA..NAK HARAP PKR?JAWAPNYA PARTI KEHANCURAN RAKYAT LAH JADINYA..JADI UMNOLAH YANG MEMBELA AGAMA,BANGSA dan NEGARA!UMNOLAH YANG PERJUANGKAN SEMUA ITU!JANGANLAH JADI BANGANG SANGAT WAHAI MARIAH OII..TAKKAN NAK JADI KETUA KAU TU..KEJAP KATA INI..PASTU BILA RAKYAT DAH MULA BISING,KATA PULA "AMBO TAK GHOYAT"..BELIAU JUGA MARAH..KENAPA NEGARA ASING YANG BENARKAN KALIMAH ALLAH TAK BANTAH...HEEE..BODOH JUGAK DIA NI..KALAU KO RASA NAK DUDUK NEGARA ORANG LAIN..KO PERGILAH DUK KAT SANA..SEBAB MEREKA TAK BISINGKAN..SO,KAMI UMAT ISLAM SERTA RAKYAT NEGARA MALAYSIA TETAP BERTEGAS BAHAWA KALIMAH ALLAH ADALAH UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA DAN MARIAH...BEBAWAKLAH NGUCAP YE....JAUH BENO PESONGNYA KO NI..ASTAGFIRULLAHHHH...

ALAHAI...BR1M PUNYA JADI HAL GAK KE..PATUT SI MARIAH AND THE GENG BERSYUKUR SESANGAT..PASAL KERAJAAN BAGI SUMBANGAN KEPADA RAKYAT,BUKAN RAKYAT BAGI SUMBANGAN MASA CERAMAH UNTUK PEMIMPIN MEREKA..HEHEHE..BAGI SALAH..TAK BAGI PUNN SALAH..AKU PUN TAK PAHAM DENGAN PERANGAI JUAK FUCKATAN NI..SI MARIAH KATA HAMPIR 80% RAKYAT KHUSUSNYA ORANG MELAYU YANG GAJI BAWAH RM1.5K....DAN BELIAU KATA JIKA RAKYAT KAT MALAYSIA NI KAYA TAK PERLU BR1M...HEHEHE JIKA RAKYAT KAYA..MEMANGLAH TAK PAYAH OIII MARIAH......KERAJAANKAN DAH KATA..BAWAH RM3K YANG LAYAK..SO TAK PAHAM GAK..ALA..KALAU DORANG DAPAT PUN..DUITNYA NANTI SEDEKAH GAK TABUNG MILO KORANG GAK..YAMG SEDAP ORANG ATASAN KORANG LER..BAK KATA MARIAH LAGI..KRONI..HAHAHAHA,..TAPI..NAK CAKAP SIKITLAH..YANG AMIK PUN ORANG KO JUGA..

LAGI SATU KEHEBATAN MARIAH NI...DIA BOLEH TAFSIR MASA DEPAN WO..DIA BOLEH KATA BAHAWA PRU13 NI TUN M PUNYA PERCATURAN..HAHAHA..TUN M DAH PENCEN LER..TUN M BAGI NASIHAT SERTA IDEA PUNNN SALAH GAK KE...TAPI SEKURANG-KURANGNYA TUN M DAH PENCEN..BOSS KO TU BILA NAK PENCEN?HARKTUII.


pssssttt: CAKAP SERTA BERI PENJELASAN MEMANG SENANG DAN MUDAH..LEBIH-LEBIH LAGI KALAU BAB TAMBAH RENCAH..LAGI BEST CERITA TU..SESUKA ATI AJE BERCAKAP TENTANG HAL ORANG TAPI HAL DALAM KAIN KO SENDIRI KO TAK PEDULIKAN,JANGAN ANGGAP KO HEBAT..ALLAH..(NI TUHAN AKU..TUHAN UNTUK ORANG YANG MASIH PERTAHANKAN NAMA ALLAH UNTUK ORANG ISLAM..BUKAN SEPERTI KO WAHAI MARIAH and THE GENG AL-JUBURI! ) ALLAH LAGI HEBAT!

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


29 Jan 2013 Jadual Anwar Ibrahim di Perak

Posted: 28 Jan 2013 05:26 PM PST

7.00 - 8.30 malam-Solat & Tazkirah Maghrib-Lokasi: Asrama Anak Yatim Nurul Ikhsan, Kampung Talang Tengah, Sungai Siput

8.30 -12.00 malam-Ceramah Perdana Demi Rakyat-Lokasi: Taman Chandan Puteri, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

8.30-12.00 malam-Ceramah Perdana Merdeka Rakyat-Lokasi: Kampong Temoh Stesen, Tapah

Isnin, 28 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 28 Jan 2013 03:25 PM PST

MB Perak: Awasi kes sabotaj parti

Posted: 27 Jan 2013 04:19 PM PST

NORMAWATI ADNAN

 

TAIPING – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti, namun pihaknya melihat ia bukan sesuatu yang serius.

Belaiu berkata, Barisan Nasional (BN) Negeri telah membuat persiapan awal termasuk perjumpaan dan perbincangan bersama semua barisan kepimpinan parti bagi memastikan peletakan calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berjalan lancar.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, secara keseluruhannya, semua ahli parti termasuk parti kompenan menunjukkan semangat tinggi apabila tidak lagi mempersoalkan siapa calon yang bertanding, sebaliknya bersedia menyokong pencalonan yang dapat memberi kemenangan kepada BN.

"Setiap kali pilihan raya, kita bukanlah menjangkakan (sabotaj dalaman), mungkin akan ada, tetapi saya tidak melihat ia sebagai perkara serius.

"Proses perbinca-ngan dan saling bertukar pandangan ini sudah dibuat sekian lama, jadi soal sabotaj dalaman ini bagi saya tidak berlaku dalam konteks BN Perak," katanya kepada media selepas merasmikan program Himpunan Kasih Sayang dan Jalinan Mesra Komuniti 1Malaysia di Kompleks Rakan Muda Kamunting, di sini, kelmarin.

Mengulas mengenai kerusi mengundi Parlimen Taiping, Zambry yakin BN dapat merampas kembali kerusi berkenaan daripada DAP.

"Saya sangat positif, melihat kepada sambutan dan gerak kerja yang dilakukan semua pihak menunjukkan kita berada dalam keadaan cukup baik," katanya.

Isu Nasha: Pas yakin tidak terjejas

Posted: 27 Jan 2013 04:17 PM PST

RUZY ADILA IDRIS

 

SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.

"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

"Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu," katanya.

Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan.

Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Mengulas lanjut keputusan Majlis Syura itu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan pengguguran itu diambil selepas mendapati Nasharudin gagal memberikan komitmen terhadap tugasnya sebagai anggota Majlis Syura.

Katanya, disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.

"Siapa calon penggantinya itu biarlah Majlis Syura yang tentukan pada mesyuarat yang akan datang dan akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas... tunggulah," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan Nasharudin tersenarai lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang,  Tuan Ibrahim juga enggan ulas lanjut.

"Maaf ya, saya tidak dapat komen sama ada beliau akan terus disenarai atau tidak.

"Keputusan mengenai calon, semuanya bergantung kepada Presiden Pas," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Sinar Harian Online turut cuba mendapatkan respons Nasharudin berhubung perkara ini tetapi gagal.

SYABAS Guna Dana Awam Untuk Kepentingan Sendiri

Posted: 27 Jan 2013 04:14 PM PST


Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 08

SHAH ALAM  : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

"Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.

"Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya," katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.

Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

"Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi," katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.

Kenyataan Muhyiddin Berkenaan Langat 2 Kelirukan Rakyat

Posted: 27 Jan 2013 04:07 PM PST


MB PC Songkok 01

CHERAS : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang.
Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

"Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut?

"Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja," katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan tetap meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.

Dakwanya, Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan yang diperlukan.
Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan Syabas gagal dalam pengurusan bekalan air Selangor sudah dijangka Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu.

Berikutan itu, beliau berkata, rancangan penstrukturan semula operasi air dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah itu, namun skim berkenaan ditolak.

Pengawal Kunci Air Antara Penerima Penghargaan Maulidur Rasul

Posted: 27 Jan 2013 04:05 PM PST


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KLANG,: Dua petugas Pengawal Kunci Air Sungai Bertik, Sungai Udang dan Kampung Delek menerima Penghargaan Jasamu Tetap Dikenang Sepanjang Zaman dalam Sambutan Maulidur Rasul 1434/2013 Peringkat DUN Selat Klang di sini.

Pengawal Kunci Air Sungai Udang dan Kampung Delek, Hasanuddin Selamat dan Pengawal Kunci Air Sungai Bertik, Mohd Nazri Jailani merupakan antara 51 penerima penghargaan sempena sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Penghargaan tersebut diberikan atas peranan dan jasa besar yang dimainkan mereka bagi mengelak banjir besar melanda kampung-kampung sekitar Sungai Udang dan Sungai Bertik.

Demikian menurut Dr Halimah Ali ketika menyampaikan ucapannya di majlis sambutan yang diadakan di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek di sini.

"Kalau tidak kerana mereka, tentu kita masyarakat di sini kerap hadapi banjir, oleh itu jasa mereka sangat besar," kata beliau yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Sementara itu Nazir Masjid Nurul Amin, Basir Bakar yang turut menerima penghargaan berkata, menganggap penghargaan yang diterimanya itu sebagai pendorong untuk beliau lebih bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat Kampung Delek.

"Terima kasih kerana berikan sumbangan ini, sesungguhnya tugas yang saya jalankan adalah amanah dari Allah dan masyarakat kampung ini," kata Basir.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Manakala Pengerusi Surau Hj Mokhtar, Mokhtar Ahmad pula memberitahu, penghargaan yang diterimanya menjadikan beliau lebih bersemangat untuk menegakkan syiar Islam di Selat Klang.

Dalam majlis itu seramai 51 orang yang terdiri daripada Nazir Masjid, Pengerusi Surau, Siak, Bilal, Bilal Jenazah dan Pengawal Kunci Air dari seluruh Dun Selat Klang diberikan penghargaan.

Sebelum itu, dianggarkan hampir dua ribu penduduk Kampung Delek dan kampung-kampung berhampiran hadir dalam majlis sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan 'Ya Rasullullah, Kami Sayang dan Taat Padamu'.

Majlis itu dimulakan dengan perarakkan 914 perserta dari 31 kontingen badan bukan kerajaan (NGO), sekolah, masjid dan surau dari seluruh Selat Klang sejauh hampir dua Kilometer sebelum berakhir di perkarangan Masjid Nurul Amin.

Dalam majlis tersebut pelbagai program menarik turut diadakan seperti program Adik dan Al-Quran Bersama Ustaz Zamri 'Mantop' atau nama sebenarnya Zamri Zainuddin, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, Bicara Ilmu oleh Ustaz Dr Zulkifli, Marhaban dan lain-lain lagi.

Keluarga Sugumar tuntut anggota polis dikena hukuman setimpal

Posted: 27 Jan 2013 04:04 PM PST

Oleh: Aliff Fikri

KAJANG 26 Jan: Keluarga Sugumar Cheliah mendesak anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan mangsa di Taman Seri Nanding, Hulu Langat dikenakan hukuman setimpal.

Dalam kejadian petang 23 Januari lalu, Sugumar dikejar 4 anggota polis sebelum mangsa dibelasah  dalam keadaan tangan bergari.

Sepupu mangsa, Ananthakannan berkata, tindakan Hospital Serdang enggan membenarkan keluarga masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman membuktikan wujud komplot terancang dalam kes tersebut.

"Kita yakin polis telah bekerjasama dengan pihak hospital untuk menyembunyikan kenyataan sebenar agar anggotanya terlepas dari hukuman dan hidup bebas.

"Saya juga tidak mempercayai dakwaan pihak hospital yang menyatakan Sigumar mati kerana serangan jantung.

"Ia tidak logik sama sekali. Mengapa ketika beliau mati terdapat beberapa kesan calar ditubuhnya dan mengapa beliau mati dalam keadaan tergari? Ini perlu dijawab," katanya ditemui di depan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Bapa saudara mangsa, A Kuppusamy pula kesal dengan tindakan polis terhadap mangsa yang ternyata tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Adakah begini caranya anggota polis menjalankan kerja?.

"Inikah dia polis yang digambarkan mesra rakyat sehingga sanggup membelasah anak saudara saya sampai mati?.

"Saya sama sekali tidak boleh menerima dengan apa yang berlaku, polis yang terlibat perlu dihukum dan dikenakan tindakan segera," katanya.

Muhyiddin 'puas hati dengan persediaan BN Sarawak'

Posted: 27 Jan 2013 03:56 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dan yakin dengan persediaan jentera pilihan raya parti komponen BN di negeri ini, kata Setiausaha BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi.

Beliau berkata keyakinan tersebut dizahirkan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, selepas mendengar taklimat tertutup lebih dua jam dengan pemimpin BN negeri, di sini, semalam.

"Dalam taklimat tadi semua parti komponen senada menyatakan telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa sahaja.

"Semua parti telah memberikan angka-angka dan statistik yang diperlukan, kita yakin boleh menang dengan begitu baik dalam pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas taklimat tertutup itu.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari ke negeri itu.

Mengulas mengenai senarai akhir calon, Rundi berkata perkara tersebut tidak dibincangkan sebaliknya lebih tertumpu kepada kesiapsiagaan BN negeri bagi menghadapi PRU ke-13.

Sementara itu, Pengerusi BN Sarawak merangkap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut menyuarakan keyakinan bahawa BN akan memperolehi majoriti mudah dua pertiga pada PRU nanti.

"Secara umumnya, saya yakin akan ada hasil yang baik pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dengan parti komponen BN menyandang 29 kerusi manakala dua oleh parti DAP. – Bernama

Akhirnya Mahathir juga akan mengkafankan Umno!

Posted: 27 Jan 2013 03:47 PM PST


 Oleh DR KHAIRUDDIN ABD MALIK

Negara akan menghadapi pilihanraya paling lewat menjelang pertengahan Jun 2013.Logik demokrasi negara-negara lain pilihanraya umum ke 13 sepatutnya telah berlaku jauh lebih awal. PRU 12 pada March 2008, UMNO/BN mendapat mandat pemerintahan melalui PM ketika itu, Dato Abdullah Badawi(Pak Lah).

Apabila Dato' Najib 'menyingkirkan' Pak Lah (melalui permainan politik kotor dalaman UMNO yang didalangi oleh Mahathir-Muhyiddin) dan kemudiannya menjadi PM, sepatutnya Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Kerajaan mahkamah Dr Zambry di Perak juga dibentuk tanpa mandat terus daripada rakyat. Ramai wakil-wakil rakyat lompat yang dulunya menang atas tiket parti tertentu dan telah menukar sokongan juga perlu diberikan kesempatan untuk mencari mandat baru daripada rakyat.Namun PRU 13 terpaksa dilewatkan dengan pelbagai alasan.

Apa alasannya? UMNO sebagai tunggak kekuatan BN sebenarnya sangat tidak demokratik dan sangat kuat mengamalkan 'demokrasi bomoh'.

Saya berkesempatan bertemu dengan seorang bergelar dato' yang pernah menjadi pimpinan UMNO dan kini mempunyai talian rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO.Beliau menceritakan khidmat bomoh tempatan dan Indonesia sangat-sangat laris menjelang PRU 13 ini.Diperingkat tertinggi mereka menemui bomoh untuk menelek peluang UMNO/BN mengekalkan kuasa dan mencari-cari tarikh sesuai PRU 13. Diperingkat lebih rendah, mereka melanggan bomoh untuk meminta bantuan agar terpilih menjadi calon PRU nanti.

Yang pasti lima bulan lagi PRU 13 pasti berlaku samada bomoh setuju atau tidak.Jadi kenapa PRU tetap dilewatkan sedangkan Najib dan Zambry sangat inginkan 'endorsement' bahawa mereka sebenarnya memang layak menerajui kerajaan yang ada.Inilah sebenarnya peranan doa mangsa-mangsa kezaliman UMNO/BN.Dimana sahaja, terlalu ramai yang menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN.

Kezaliman peristiwa pembunuhan Memali, kezaliman pembunuhan warga Mongolia Altutuya, kezaliman merampas kerajaan PR Perak dengan rasuah dan culik wakil rakyat.Kezaliman merobohkan masjid dan surau, kezaliman merampas royalti minyak Kelantan, kezaliman merampas tanah dan kuburan penduduk Pengerang di Johor.

Kezaliman membiarkan kemiskinan melarat di Sabah,kezaliman ramai rakyat ditahan ISA, kezaliman rakyat yang mati semasa tahanan lokap polis dan lokap SPRM, kezaliman terhadap Dato' seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Jangan lupa kezaliman terhadap mahasiswa-mahasiswa universiti yang dibuang atau gantung daripada universiti atas alasan-alasan yang remeh.

Dengan segala kekuatan doa-doa mangsa kezaliman tersebut kini UMNO/BN seperti orang yang kena tangkap dalam serbuan sedang berkhalwat intim dibilik hotel.Bila para penguatkuasa serbu segala-galanya terdedah. Tutup atas bawah terdedah, tutup tengah dada terserlah..tetapi tetap tak mengaku salah.Kononnya dah nikah di Siam atau memang dah rancang nak kahwin!Segala buruk laku UMNO tidak mungkin dapat disorok lagi.

Kezaliman UMNO tiada tolok bandingnya.Lihat sahaja kes pembunuhan Altutuya. Tergamak mereka bunuh dan letupkan jasad seorang perempuan muda yang mengandung dan ada dua orang anak kecil.Untuk kes Royalti minyk Kelantan tergamak mereka ambil wang milik rakyat Kelantan melebehi 10 bilion dan gembira bersorak melihat kesesakan lalulintas dan banjir besar di Kelantan sambil menempelak Kerajaan PAS sebagai puncanya.

Kezaliman tak mungkin berterusan. Harganya mahal dan balasan terhadap kezaliman berterusan UMNO/BN sedang terpampang satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tentang kerakusan dan salahguna kuasa Najib dan rakan-rakan assobiyahnya sangat mengejutkan.
Hari ini Deepak dan Musa Hassan. Besok ramai lagi. Saya difahamkan bekas pengarah beberapa agensi-agensi penting kerajaan akan tampil lagi.Mereka semua terganggu untuk terus bersubahat menyimpan rahsia kezaliman yang mereka pendam.

Tidur lena kah Najib, Rosmah, Mahathir, Musa Aman dan Taib Mahmud ?
Muhyidin pun tidak terkecuali kerana sikap baling batu sembunyi tangan beliau akhirnya akan makan tuan juga.

Nasihat saya bertaqwalah dan bergantung kepada takdir Allah, jangan sekali-kali percaya Mahathir mampu mencaturkan segala-galanya. Mahathir pernah mengharubirukan UMNO, tunggu sahaja episod terakhir Mahathir mengkafankan UMNO.Salam perjuangan...Selamatkan Malaysia.

DUNIACACAMARBA

Posted: 28 Jan 2013 03:23 PM PST

Nasharuddin Tidak Tersenarai Sebagai Calon PAS - Nik Aziz

[Bernama] KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.

Nasharuddin pada Isnin dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong PAS akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.

Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar PAS.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, Isnin.

Beliau berkata bukan semua anggota parti itu "pak turut".

Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya. 

Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik - PM

[Bernama] KUALA LUMPUR: Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.

"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.

"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.

Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.

Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.

Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.

"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.

"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya. 

Hasan Ali: Lucut Nasha 'gembirakan' parasit dalam Pas

[SH] SHAH ALAM – Tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pimpinan 'parasit' dalam parti itu.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa, berita pemecatan itu sudah lama dinantikan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menyenangi tindak tanduk Nasharudin yang sebelum ini menghentam secara terbuka Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kerana didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

"Parasit dalam pimpinan Pas memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas beliau (Nasharudin). Golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keputusan Majlis Syura adalah di luar bidang kuasa mereka.

"... keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah tertunai," dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemecatan Nasharudin dari Majlis Syura, Hasan turut mendakwa pimpinan parasit juga tidak menyenangi tindakan Nasharudin apabila beliau telah mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama PR.

Dakwanya lagi, ketidakpuasan mereka membuak lagi apabila melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu ulama di Mekah dan Palestin sambil melabelkannya sebagai pro-Umno.

"Saya yakin selepas ini, Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli Pas.

"...kedudukan beliau kini lebih lemah daripada saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu itu adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Lajnah Politik dan mewakili Pas dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor," jelasnya yang dipecat awal tahun lalu.

Beliau menambah, berita mengenai pengguguran itu tidak memeranjatkan malah, usaha untuk menjatuhkan karier politik Nasharudin dakwanya telah bermula sejak beliau kecundang dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar 2011.

"Rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pimpinan Pas terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh dan campur tangan dalam urusan kepimpinan Pas," dakwanya.

"Penyingkiran Nasharudin juga menjadi satu kerugian besar buat Pas apabila ramai pemimpin parti itu masih tidak setanding dan tidak mempunyai kualiti yang sama sepertinya. Beliau boleh diletakkan di kerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia sama ada di Timur ataupun Barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia," katanya.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan berita itu dan menyatakan keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan badan itu.

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti yang diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Karpal dalam isu hudud.

Laporan lain oleh SH:

P/s: Bersungguh-sungguh UMNO membela Nasharuddin. Cuma kalau nak luah rasa kecewa, mahu membela Nasha, lihatlah fakta dan sebab dia dipecat. Jangan melulu!

Kalau rasa Nasha, pemimpin yang penting dan berwibawa, apa kata BN mencalonkannya dalam PRU13 nanti?

Pengikut