Sabtu, 15 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 14 Dec 2012 11:19 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Inaccurate News Report

Posted: 14 Dec 2012 01:03 AM PST

PRESS STATEMENT 

14th December 2012

Re: Sivarasa’s medical condition

I note that there are inaccurate reports about my health in several media reports yesterday consequent to the postponement of the Kugan family civil suit against the police and government where I appear as counsel for the Kugan family. The media reports were apparently based on what was said in court by my junior counsel and the inaccuracies are not occasioned by the reporters. 

There is clearly some unintended confusion in the facts stated in court.
It was stated that I had fainted in my home on Wednesday and was admitted to Subang Medical Centre. This is not the case.

I was experiencing severe laryngitis with loss of the voice on Wednesday evening. As a result I sought outpatient treatment with my physician at Sunway Medical Centre yesterday morning and was also advised to rest the voice.

I should be fit to continue the case on Monday 17th December 2012 barring which other counsel will proceed with the matter.

I reiterate that the inaccuracies are not the fault of the media reporters.  I take full responsibility as the leader of the legal team.

Sivarasa Rasiah

Anwar Ibrahim

Posted: 14 Dec 2012 07:27 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Al Mayadeen TV: Insight With Malaysian Opposition Leader, Anwar Ibrahim

Posted: 14 Dec 2012 11:13 AM PST

Courtesy of Al Mayadeen TV & Malaysia Chronicle
An interview with Beirut-based Al Mayadeen TV conducted in Kuala Lumpur Malaysia on November 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 14 Dec 2012 11:05 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Fitnah: Utusan diperintah bayar Karpal RM70,000

Posted: 13 Dec 2012 11:41 PM PST

dipetik dari Malaysiakini.com

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia milik Umno bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu.

Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.

Penulisnya, Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka ketika memberi keterangan dalam kes tersebut awal tahun ini.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak membebaskan Utusan daripada kesalahan fitnah.

Mahathir sindir Rosmah, ingatkan kedudukan Najib

Posted: 13 Dec 2012 06:46 PM PST


KUALA LUMPUR 13 Dis: Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan 'menjawab secara telus' isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.
Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.
Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.
"Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya," kata Mahathir dipetik.
Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan 'lampu hijau' untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib.
"Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah," kata Aisyah ketika dihubungi.
"Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir 'membenarkan' Rosmah ke depan," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.

"Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM.
"Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang," ujar Aisyah.

Tindakan Hishammuddin menukar status masyarakat India menyalahi undang-undang negara

Posted: 13 Dec 2012 06:44 PM PST


Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein Onn dalam satu kenyataan pada 12.12.12 telah memberikan bukti bahawa wujudnya agenda kerajaan Bn untuk menukar status masyarakat India 'tanpa kerakyatan' kepada bukan warganegara.
Ini adalah amat berbahaya, tindakan Kementerian Dalam Negeri dibawah Hishamuddin ini menyalahi undang-undang dan harus dipandang serius. Hishamuddin semalam mendakwa bahawa bahawa JPN Putrajaya hanya menerima 308 permohonan, yang mana 280 adalah untuk status pemastautin tetap. Ini adalah satu pembohongan terang-terangan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

308 Orang India Malaysia di JPN Putrajaya semalam mengisi permohonan untuk pengeluaran MyKad biru. Mereka tidak mengisi sebarang permohonan bagi penduduk tetap. Pemohon dari masyarakat India, semuanya dilahirkan di negara ini atau ada diantara ibu bapa mereka adalah warganegara.
Oleh itu, di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, ini menjadikan mereka warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang. Kerajaan telah menyalahi undang-undang apabila menafikan MyKad biru kepada mereka.
Jadi mengapa Hishamuddin sanggup menafikan hak mereka yang selayaknya merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sebagai penduduk tetap?
Malah, semasa perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat pada 12.12.12, kira-kira 500 kaum India tidak bernegara hadir di JPN Putrajaya dan turut disertai oleh kira-kira 1000 penyokong. Walaupun notis terlebih dahulu telah diberikan, JPN tidak dapat untuk memenuhi jumlah besar tersebut dan hanya 308 berjaya untuk dimasukkan ke dalam permohonan mereka.
Kami mencabar Hishamuddin untuk menguruskan borang permohonan tersebut, sekaligus menunjukkan kepada mereka bahawa ianya adalah borang permohonan MyKad dan bukannya borang kewarganegaraan.
Hishamuddin dan pemimpin politik Bn terus memilih untuk mengabaikan dan memperkecilkan penderitaan rakyat Malaysia yang tidak bernegara daripada mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah, pemimpin Bn yang kebudak-budakkan kemudiannya meminta Pakatan Rakyat untuk menguruskan 300,000 warga India tidak bernegara.
Ia sepatutnya adalah tanggungjawab mereka sebagai kerajaan Persekutuan untuk mencari dan mendaftarkan rakyat Malaysia tanpa kerakyatan di seluruh negara.
Kerajaan Persekutuan yang mempunyai sumber-sumber dan tenaga manusia sepatutnya berbuat demikian. Ia adalah satu pengabaian tanggungjawab oleh kerajaan Bn untuk meminta pembangkang menyelesaikan masalah ini.
Hakikat menunjukkan bahawa masyarakat India di Malaysia yang menghadapi masalah 'tidak ada kerakyatan' dalam tahap dan jumlah yang membimbangkan, sama ada di estet, kawasan bandar atau luar bandar, ia menunjukkan dengan jelas kegagalan dahsyat sistem kerajaan Bn.
Kami di Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi bahawa tidak ada seorang pun rakyat yang boleh dipaksa untuk tidak mempunyai kerakyatan  di negara ini.
N Surendran
Naib Presiden KEADILAN

Chua Jui Meng ditolak, dihimpit samseng MIC dalam pejabat JPN

Posted: 13 Dec 2012 06:43 PM PST


PUTRAJAYA 12 Dis: Kira-kira 30 samseng dipercayai dari MIC mengasari Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng di ruang pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya hari ini.
Mereka yang dibenar masuk dan berkumpul dalam pejabat tersebut, ketika ribuan rakyat berhimpun di pekarangan luar bangunan dan dihalang memasuki JPN, menolak bekas Menteri Kesihatan itu semasa beliau baru keluar dari bilik mesyuarat di situ.
Jui Meng (gambar, kiri) antara pimpinan Pakatan Rakyat yang dibenarkan masuk bertemu Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said untuk rundingan permohonan kad pengenalan biru.
Pemimpin KEADILAN lain yang turut dibenar masuk adalah Naib Presiden, N Surendran; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ahli Parlimen (MP) Subang, Sivarasa Rasiah.
Selebihnya diwakili MP Klang, Charles Santiago dari DAP, sementara PAS pula oleh MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
"Bila keluar dari bilik mesyuarat, kami bertembung dengan kira-kira 30 pemuda yang mula agresif menjerit-jerit kuat menyerang kumpulan kami. Mereka fokus dan tuju kepada saya.
"Saya ditolak. Cara mereka bercakap seperti menyoal, tetapi berniat nak takutkan kita. Mereka himpit saya dan saya angkat tangan (isyarat) supaya mereka berundur, tapi mereka buat (himpit) juga," katanya kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan.
"Kita (peserta Duduk Bantah) dihentikan oleh polis (untuk masuk ke JPN). Sedangkan ramai pimpinan termasuk Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat hadir nak suarakan pendapat mereka," kata Pengerusi KEADILAN Johor itu ketika ditemui Keadilan Dailyselepas diserang.
Jui Meng berkata, serangan berkenaan membuktikan 'virus' samseng politik Umno berjangkit kepada MIC.
"Sudahlah tak bela kaum India, malah bertindak ganas kepada kita yang nak perjuangkan hak kaum mereka. MIC seperti orang hilang akal.
"Kerajaan seolah-olah membenarkan tindakan agresif seperti ini," kata Jui Meng.
"Kenapa mereka (peserta himpunan) dihalang? Mengapa pula polis benarkan 30 pengacau itu masuk, tunggu dekat bilik mesyuarat dan serang. Sedangkan kita datang secara aman," sambungnya.
"Saya nak pesan pada mereka, walaupun mereka ramai tetapi kita akan teruskan (perjuangan). Di sini bukan hanya orang India sahaja, ada Melayu dan Cina. Tapi kita akui isu kad pengenalan ini isu penting orang India," katanya.
Sementara itu, Latheefa memaklumkan, video bukti serangan oleh kumpulan samseng itu ada padanya.
"Mereka datang dan berkata kepada Datuk Chua – "Tahniah apa yang Datuk buat, tapi mana 300,000 orang itu?" dengan nada kasar.
"Isunya bukan 300,000 itu ada atau tidak. Isunya ialah, tidak boleh ada rakyat yang tidak mempunyai kerakyatan," tegas
Latheefa.
Menurutnya, ekoran desakan rakyat yang berhimpun, hanya 500 borang diisi sejak meja pendaftaran dibuka pegawai JPN dengan bantuan sukarelawan KEADILAN kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Latheefa berkata, semua borang permohonan kad pengenalan biru itu berjaya dihantar hari ini.
"Peliknya, program MyDaftar yang dianjurkan MIC boleh selesaikan 14,000 borang dalam masa lapan hari. Kalau ikut nisbah, bermakna sehari boleh selesaikan 2,000 orang.
"Tapi kenapa hari ini hanya ambil 500 borang sahaja? Ramai yang dah balik sebab kecewa," kata Latheefa.

Isu Habibie: Indonesia hantar surat bantahan pada Najib

Posted: 13 Dec 2012 06:41 PM PST


KUALA LUMPUR 13 Dis: Badan perundangan Indonesia – Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) bakal menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan kenyataan bekas Menteri Umno, Zainudin Maidin menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai 'anjing imperialis'.
Menurut laporan akhbar bahasa Inggeris Indonesia, Jakarta Globe semalam, perwakilan MPR mengkritik dan bertegas di atas kenyataan Zainudin yang menurut mereka boleh mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan berkata, bekas Menteri Penerangan itu perlu mengetahui kaedah berkomunikasi dengan baik dan penuh sopan.
Katanya, kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.
"Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya (Zainudin).
"Kita berharap tindakan tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas Menteri Penerangan," katanya dipetik.
Zainudin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan MalaysiaIsnin lalu, dengan memanggilnya sebagai 'sombong' dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka 'anjing imperialis'.

"Saya tak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton (di Unisel) untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutama selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya," kata Zainudin pada rencananya di Utusan, menurut Jakarta Globe.
Sama membantah kenyataan Zainudin adalah Pengerusi parti pemerintah Indonesia – Parti Demokratik, Anas Urbaningrum.
"Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan. Dia tidak harus mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya. Ini tidak patut berlaku," kata Anas dipetik.
Menurut akhbar itu lagi, beliau menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainudin kepada Habibie ke atas penghinaannya.
Selasa lalu, Menteri Luar, Marty Natalegawa dilapor berkata, Jakarta tidak melayan tulisan tersebut dan menganggap ia cuma 'perkara remeh'.
Marty dilapor menyifatkan kenyataan Zainudin adalah 'gila' dan tidak berminat untuk membaca rencana tersebut.
Katanya, kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali semalam, mahu Zainudin mohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dan berkata, kenyataannya itu menambah ketegangan Malaysia-Indonesia.
Isu yang ditimbulkan Zainudin ini selepas Habibie memberi syarahan umum di Unisel pada 6 Disember lalu.

Lagi pendedahan Deepak: Adik Najib bayar Bala untuk tandatangan SD 2

Posted: 13 Dec 2012 06:40 PM PST


KUALA LUMPUR 13 Dis: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menamakan seorang adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun kedua (SD 2).
Deepak
Dedahnya, beliau turut bertanggungjawab mempertemukan Nazim dan Balasubramaniam, tetapi urusan pembayaran wang kepada Bala itu, dakwanya, dilakukan Nazim.
"Saya mengesahkan kenyataan saya sebelum ini bahawa Datuk Nazim menyertai pertemuan untuk memudahcara apa-apa yang perlu dilakukan.
"Penglibatan saya hanya untuk mempertemukan semua orang," dakwanya seperti dilaporMalaysiakini.
Bala pada awalnya menandatangani satu akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau kemudiannya menandatangani akuan berkanun kedua bagi menafikan akuan pertama yang dakwanya ditandatangani ketika keselamatan keluarganya menjadi taruhan.
Bala kemudian mendakwa dibayar tunai dan dijanjikan lebih banyak wang selepas bersetuju menandatangani akuan bersumpah kedua dan berpindah ke luar negara bersama keluarganya.
Deepak dalam wawancara semalam, mendakwa wang yang diterima Bala datang daripada "Datuk Nazim dan sumber-sumbernya".
Deepak dilapor berkata, beliau tampil mendedahkan perkara di sebalik kontroversi pembunuhan itu kerana risau "roh Altantuya tidak bersemadi dengan tenang" sehingga beliau dihantui "sumpahan Altantuya".

Retreat pemimpin KEADILAN rangka strategi terkini hadapi PRU-13

Posted: 13 Dec 2012 06:39 PM PST


KUALA LUMPUR 13 Dis: KEADILAN mengadakan retreat pemimpin tertinggi parti itu bermula hari ini dan esok di Selangor, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, program itu bertujuan merangka strategi terkini parti tersebut menjelang pilihan raya yang bakal diadakan selewat-lewatnya tahun hadapan.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, KEADILAN akan melaksanakan strategi yang diguna pakai oleh parti AK di Turki yang meletakkan anak-anak muda untuk mengetuai jentera strategik dan media baru untuk memantapkan lagi penguasaan mereka di internet.

"Dan dalam engagement saya dengan mereka, saya dapati juga keadaan tersebut boleh kita apply (laksanakan) dalam konteks Malaysia kerana anak muda ini, dia tidak berminat lagi dengan media tradisi ini, bahkan media parti pun dia dah tak berapa minat.
"Sebagai respon kepada ini, KEADILAN juga merekrut aktivis anak muda khusus untuk menangani kempen media baru ini. (Ia) masih di bawah saudara Nik Nazmi (Nik Ahmad), tetapi rekrut baru yang kita buat termasuk saudara Praba Ganesan, YB Sim (Tze Tzin) dan ada lagi beberapa recruitment terus kepada pejabat Ketua Pembangkang," katanya Saifuddin dipetik.
"Beberapa aktivis mahasiswa juga diberikan tugas khusus untuk kendalikan hal ehwal yang berkaitan kempen parti dalam menggunakan intrumen media baru," jelasnya.
Justeru, kata Saifuddin, KEADILAN akan mewajibkan semua bakal calon dan pemimpin partinya untuk menggunakan media sosial seperti facebook dan twitter dalam perjumpaan dua hari itu.
Menurutnya, langkah ini bertujuan agar pemimpin parti dapat berinteraksi dengan pengguna media sosial yang semakin meningkat, terutama di kalangan anak-anak muda.
"Pelaksanaan ini kerana, sama ada ianya pengundi bandar lebih-lebih lagi, semi urban, dan juga kawasan pendalaman, macam kawasan Machang umpamanya, 55,000 pengundi saya.
"Tetapi, pengundi Machang yang tinggal di luar, tinggal di Johor, di Pulau Pinang, mereka ini terdedah kepada segala macam maklumat," jelasnya dipetik Malaysian Insider.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TAHNIAH DARI KAMI : KHAS UNTUK SAHABAT KAMI

Posted: 14 Dec 2012 10:29 PM PST

HABIS UMNO KALI NIE..BERSIH RUPANYA TAK KOTOR!

Posted: 14 Dec 2012 06:34 PM PST

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 14 Dec 2012 11:04 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


[Video] @anwaribrahim kantoi lagi??? #TolakPR #1MalaysiaTolakFitnah @umbkl

Posted: 14 Dec 2012 05:00 PM PST



Deepak Jaikinshan dilihat semakin tersepit dengan serangan blogger blogger pro kerajaan sejak seminggu lalu. Turut cemas adalah Anwar Ibrahim yang mana kita telah mengetahui bahawa serangan rekayasa Fitnah jahat Deepak telah diarahkan oleh Anwar Ibrahim melalui R.Sivarasa peguam Deepak.

Pendedahan video rakaman sulit tempoh hari berkenaan kenyataan Deepak yang mana menyatakan dengan jelas Anwar Ibrahim dalang disebalik serangan fitnah ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor cuba dinafikan Deepak semalam melalui portal fitnah utama PAS iaitu harakdaily.

Gomo semalam lagi sudah mendapat maklumat bahawa Deepak dibawa ke pejabat Harakah untuk ditemubual yang mana jelas menunjukkan Konspirasi telah diatur oleh PAS bagi meneruskan rekayasa fitnah jahat ke atas pimpinan negara.

Gomo sebenarnya geli hati apabila membaca satu kenyataan Deepak yang mana menyatakan:

"I did not say that I met Anwar," he said. "What I said and what was written (in the blog) are two different things." He challenged the person who recorded the video to release the entire footage and the transcript of what he had said".

Deepak marah benar dengan Papa Gomo? Kau Spin apa ni Deepak "What I said and what was written (in the blog) are two different things." Ataupun Deepak sebenarnya nak menyerlahkan lagi kebodohan beliau kepada masyarakat?

Gomo bukanlah jenis yang gelojoh mahupun semberono dalam mengeluarkan bahan bahan yang penting. Apatahlagi dengan rakaman lain tentang apa yang Deepak katakan berhubung pengakuan beliau diarahkan Anwar Ibrahim dalam menfitnah Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Namun demikian Gomo lebih suka ataupun berminat untuk mengulas apa yang Deepak katakan tentang Bala.

Deepak menyatakan kepada portal pembangkang (Skrip Anwar Ibrahim) :

"Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita hari ini." - Msiakini, Harakah

Itu pengakuan Deepak sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita pembangkang semalam. Mungkin ada yang percaya dengan apa yang Deepak sampaikan tetapi Gomo ada pekara yang lebih besar untuk seluruh rakyat melihat sendiri apa yang Deepak katakan sebelum ini. Jom layan video dibawah ini.
Jelas didalam video diatas Deepak mengakui beliau tidak terlibat langsung dengan segala keterangan P. Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya. Malah Deepak sendiri megakui siatan SPRM ke atas beliau berjalan dengan telus tampa prejudis.

Ok lah mungkin ada yang masih menyatakan Deepak betu, Najib dan Rosmah terlibat dalam segala fitnah yang dilemparkan pembangkang. Jika demikian apakata anda menilai sendiri muka Deepak ni dengan teliti dan renungkan kenyataan beliau berhubung temubual yang dilakukan portal pembangkang Malaysiakini pada 6 April tahun 2011 yang lalu.

Jika 2011 Deepak menyatakan beliau tidak terlibat dan tidak ada kena mengena malah menafikan segala galanya jadi bagaimana pula sekarang tahun 2012 yang semakin hampir Pilihanraya Deepak pusing 360 darjah dan menyerang Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor? Apakah Deepak seorang yang boleh dipercayai keterangan beliau?

Apa yang jelas disini jelas menunjukkan Konspirasi terancang yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Segala fitnah ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebelum ini telah gagal jadi untuk mewujudkan fitnah terbaru maka Deepak dijadikan alat untuk membuat persepsi baru menfitnah Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

 

Pengakuan Deepak sebelum ini yang menyatakan berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan diarahkan oleh Sivarasa untuk menyebut nama Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor didalam mahkamah dikukuhkan lagi dengan fakta tentang sidang media yang diaturkan oleh pihak Harakah semalah. Apakah tidak ada perancangan jahat apabila Harakah membawa Deepak ke pejabat mereka untuk ditemubual?

Konspirasi Made By Anwar Ibrahim

Rakyat begitu mudah disogok dengan penipuan dan rekayasa jahat Pakatan pembangkang, jadi Gomo minta rakyat yang mempunyai akal dan minda yang sihat untuk menilai segala yang Gomo katakan. Jangan mudah kita percaya kepada plot cerita Deepak kerana yang pasti dan nyata Skrip telah digarap oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Isteri sepertimana fitnah fitnah yang dilakukan mereka sebelum ini.

Deepak Jaikinshan sendiri mengakui Anwar Ibrahim pelakon Porno video China Doll, so lu orang nak kata apa pasal Deepak ni?

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


sumber: Papagomo

[Video] Pembangunan Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi & Pembohongan Pembangkang #BN4WP #TolakPR @umbkl

Posted: 14 Dec 2012 05:00 AM PST

Korang kalau rasa malas nak baca artikel panjang-panjang pasal kes Flat 4 tingkat Kg Kerinchi tue bolehlah tonton video kat bawah ni. Simple je kot. Budak sekolah rendah pun boleh faham.


Manalah perginya dalang yang menghasut penduduk supaya tolak projek pembangunan ni ye? Senyap je atau mungkin sedang sibuk dengan kes saman beliau terhadap Utusan Malaysia kot.

Memetik sebahagian artikel dari blog REZQEENHILL (anda boleh baca selanjutnya di blog tersebut)

Nurul Izzah menghasut segelintir penduduk untuk membuat bermacam tuntutan yang tidak masuk akal. Bayangkanlah, pemaju telah bersedia memberi apartment baru 3 bilik dengan keluasan 900 kaki persegi untuk menggantikan flat usang tiada bilik keluasan 380 kaki persegi.

Anggaran harga rumah baru mereka ialah RM350,000!! Bukan murah tu!! Pemaju juga beri wang pampasan untuk perpindahan keluar dan masuk. Pemaju juga menanggung kos menyewa penduduk sepanjang projek dilaksanakan. Itu pun tak cukup lagi?
Kesian pakcik ni, kena tidur atas pangkin di luar rumah. Mana taknya, rumah takda bilik, kalau anak bini dah tidur kat dalam, mana cukup tempat tidur!
 

Penduduk gembira melihat suasana ruang tamu di rumah contoh. Ruang tamu je dah lebih besar dari rumah dulu!

Nurul cuba berlagak kononnya dia pejuang hak penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, padahal dia baru je tunjuk muka di situ sedangkan Dato' Raja Nong Chik telah 25 TAHUN MEMPERJUANGKAN HAK PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI!

93% dari kesemua penduduk iaitu 433 dari 468 keluarga telah menyokong pembangunan semula ini tetapi hak 34 individu yang menentang dijadikan tiket oleh Nurul Izzah untuk cuba menggagalkan pembangunan semula ini.
 
 
 
SP: Bersyukur dengan apa yang telah diberi..............

Belia Sokong Kerajaan #TolakPR @umbkl

Posted: 14 Dec 2012 01:00 AM PST




KUALA LUMPUR 13 :   Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu.

Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula lebih optimis terhadap hala tuju negara. 



"Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni, kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun terdapat belia beranggapan, jika faktor jenayah dan penderaan, tekanan disebabkan pekara-pekara tertentu dalam kalangan rakyat, sukar mendapat pekerjaan dan sistem pilihanraya yang tidak seimbang terus dipandang remeh, maka sokongan terhadap kerajaan BN boleh menjadi sebaliknya," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit mendaftar sebagai pengundi.

Namun katanya, lebih menarik sebanyak 73 peratus daripada belia yang terpilih iaitu bermula umur 25 tahun ke atas memperlihatkan peningkatan menjadi pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.



Jelas beliau, belia di Utara mencatat jumlah tertinggi penambahan penggundi baharu iaitu sebanyak 60 peratus manakala belia Wilayah Persekutuan dan Timur mencatat jumlah terendah iaitu masing-masing sebanyak 49 dan 44 peratus.

Beliau berkata, menurut hasil kaji selidik itu faktor tertinggi menyebabkan masih ramai golongan belia tidak daftar mengundi kerana tidak mempunyai masa dan benci kepada politik.

"Selain itu, faktor tidak pasti terhadap proses mendaftar dan tidak tahu dimana untuk mendaftar merupakan alasan kedua tertinggi golongan belia gagal menjadi pengundi," katanya. 


Sumber: Utusan

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 14 Dec 2012 07:36 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS! BANTUAN KEPADA IBU TUNGGAL,HANYA UNTUK AHLI PKR SAHAJA...INILAH NEGERI KEBAJIKAN KHALID and ANUAR

Posted: 14 Dec 2012 12:12 AM PST

2 PEMUSNAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

ERMM..MASIH TAK ABIS-ABIS LAGI ISU KAT SELANGOR DARUL EHSAN NI DI BAWAH PEMERENTIHAN AL-KHALID BERSAMA PENASIHAT EKONOMINYA AL-JUBURI..KORANG INGAT TAK,BAHAWA 3000 ORANG IBU-IBU TUNGGAL KAT SELANGOR NI PERNAH BUAT PROTES TENTANG MANIFESTO PARTI KENCING RAKYAT...
KESIAN..DAHLAH IBU TUNGGAL DAN ADA DIANTARANYA TAKDE PUNCA PENDAPATAN,KENA KENCING LAGI PULAK TU.ERMMM..DALAM SIDANG MEDIANYA,AL-KHALID NI MENEGASKAN BAHAWA IBU TUNGGAL TU KENA BUKTIKAN BAHAWA DIA UNDI PAKATAN RAKYAT...PERGHHH..KATA NEGERI BERKEBAJIKAN,TAKKAN KAT IBU TUNGGAL PUN KORANG NAK KIRA PARTI..SETIAP JUMAAT DOA NEGERI BERKEBAJIKAN..TAPI KORANG NI JENIS APA PUN AKU TAK TAU!

NAK TANYA SIKIT KAT PENTADBIRAN ATAS KERAJAAN SELANGOR NI,APA-APA PERATURAN atau ENAKMEN YANG DILULUSKAN DALAM SIDANG DUN SELANGOR APPLIES KEPADA ORANG PR SAHAJA KE?DIMANAKAH TERLETAKNYA SLOGAN NEGERI BERKEBAJIKAN YANG KORANG CANANG SANA-SINI?
SEMALAM JUGA DALAM  UCAPAN BELIAU SEWAKTU MERASMIKAN AGROFEST,YANG DIHADIRI KIRA-KIRA 800..HEHEHE..ULANG BALIK 800 ORANG AJE YANG MANA MEREKA TERPAKSA HADIRKAN DIRI..BELIAU MEMPERUNTUKKAN  DANA YANG TINGGI UNTUK BIDANG PERTANIAN KERANA RAMAI PETANI DAH MAJU DAN BERJAYA..ADUHAII...SELAMA INI PUN PARA PETANI DAPAT GAK DANA DAN KEMUDAHAN DARIPADA KERAJAAN..HEHEHE.MALAH LEBIH HEBAT LAGI..
BELIAU JUGA BERAZAM NAK ADAKAN AGROFEST NI LEBIH MELUAS LAGI DENGAN MENJEMPUT ASEAN UNTUK SERTAINYA DAN ANGGARKAN TUMPUAN KIRA-KIRA 500 RIBU ORANG..WOOOOWWW..KALAHKAN MAHA KE..AKU RASA BAIK,SIMPAN AJE HASRAT KO TU,NAK KUMPULKAN 1000 ORANG PUN PAYAH..PAS TU AKU NAK TANYA LAGILAH YANG KO NI TOKSAHLAH JANJI MACAM-MACAM..DAH MUAK!
YAAKOB SAPARI PULA BERTAMBAH KEMBANG IDUNGNYA BILA DIPUJI OLEH AL-KHALID NI..HAHAA..SELALU TURUN PADANG?
SAPA YANG SERING TURUN PADANG?

KESIMPULANNYALAHKAN,BAIK DARI SEMUA SEGI SERTA JANJI,SEMUA YANG DILAFAZKAN OLEH PAKATAN RAKYAT ADALAH TIPU SEMATA-MATA..
TAK USAHLAH PERCAYA..


GEMPAR! BN/UMNO KUALA LANGAT KUAT BERI RASUAH....

Posted: 13 Dec 2012 06:51 PM PST




MEMANG CUACA SEKARANG INI TIDAK MENENTU..NAMUN KITA JANGAN JANGKA IANYA AKAN BERLANJUTAN..ADAKALA CUACA BAIK DAN ADAKALA KURANG BAIK HINGGA MENYEBABKAN BERLAKUNYA MUSIBAH.
INILAH JUGA YANG BERLAKU DALAM DUNIA PKR..MENGATA UMNO/BN MENGAMALKAN RASUAH DAN SAMSENG!NAMUN BAK KATA PEPATAH LAMA "PAKU DULANG,PAKU SERPIH"..HAHAHA..
LIHAT BETAPA MUDAHNYA MEREKA MENGUASAI ORANG LAIN HANYA DENGAN WANG!DEMI KEPENTINGAN POKET SENDIRI.PEMIMPIN ATASAN MEREKA BERKATA.."KITA AKAN HAPUSSSSSKAN RASUAH BILA KITA PERINTAH"NAMUN HAKIKATNYA SEBELEUM PERINTAH DAH PANDAI MENGE"POW" SERTA MEMBERI RASUAH..
KITA LIHAT SAHAJA KES KEMATIAN MENDIANG TEOH BENG HOCK JUGA DISEBABKAN SIASATAN BERKAITAN AMALAN RASUAH BOSS DIA..
JADI..SAPA KATA PARTI PKR NI BERSIH DAN TAK AMALKAN RASUAH!
TAK KETINGGALAN JUGA PR DI KUALA LANGAT NI,MASIH DIBELENGGU DENGAN MASALAH TUDUHAN RASUAH dan SALAH GUNA KUASA DAN MEREKA NI PUN SEBENARNYA TAK SEBERSIH MANA PUN..LAGI TERUK ASYIK NAK BEREBUT KAWASAN,SAMPAI ADA "KEM" SENDIRI WOO,ANTARA ABDULLAH SANI DENGAN DAVID CHONG GARA-GARA GILAKAN KUASA.AKIBATNYA,RAKYAT MENDERITA..
JADI..KESIMPULANNYA,TOLAK PAKATAN KEMBALI KE BN.

Latheefa Koya Bertindak Agresif Terhadap Pegawai JPN Yang Bertugas

Posted: 13 Dec 2012 02:42 PM PST

BIADAP!KALAU KAU KATA KAU WARGANEGARA,MANA PERGINYA BUDI BAHASA KAU!DENGAN BANGSA SENDIRI PULAK TU!AMBOI..KALAU DENGAN KAFIR BUKAN MAIN LAGI KAU PUNYA BAHASA..
INILAH ORANG-ORANG FUCKATAN!

Pengikut