Khamis, 30 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 29 Aug 2012 11:11 PM PDT

Suara Sri Andalas


Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-55 dan Hari Malaysia Ke-49

Posted: 29 Aug 2012 08:50 PM PDT

Salam sejahtera,

Pada tahun ini kita akan meraikan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55 dan juga sambutan Hari Malaysia yang ke-49.

Kemerdekaan bukan sahaja boleh diertikan bebas daripada penjajahan kuasa luar, malah rakyatnya mestilah bebas daripada sebarang penindasan dan pemerasan, bebas mengamalkan hak berdemokrasi dan mengamalkan hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, budaya dan fahaman politik.

Setelah lebih lima dekad kita meraikan kemerdekaan daripada penjajahan kuasa luar, marilah kita bertekad dan beriltizam sebagai rakyat yang Sebangsa, Senegara, Sejiwa menolak sebarang bentuk penjajahan, penindasan dan ketidakadilan yang kini semakin mencengkam untuk mengubah negara yang kita cintai ini kepada sebuah negara yang benar-benar merdeka, mengamalkan hak berdemokrasi yang sebenar, benar-benar menjaga hak dan keadilan untuk semua rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama, budaya dan fahaman politik serta membentuk sebuah negara yang lebih baik untuk kita wariskan kepada generasi yang akan datang.

Akhir kata, saya dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat, mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55 dan selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Seri Andalas

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi RM5.125 Bilion

Posted: 29 Aug 2012 07:00 PM PDT

SHAH ALAM 29 OGOS : Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan.

Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara.

Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian.

Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor.

"Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Jelas Teresa, daripada 106 projek yang diluluskan sebanyak 63 buah merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 bilion manakala 43 merupakan projek pembesaran dan pelbagai.

Di kalangan pelabur asing, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta, diikuti Jerman dengan RM196 juta dan Singapura dengan RM139 juta.

"Indusrti Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek.

"Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek.

"Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau juga memaklumkan industri pembuatan barangan peralatan kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM2.2 bilion.

Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak RM448 juta.

Manakala industri pembuatan barangan logam asas mencatatkan pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM422 juta.

"Industri pembuatan peralatan kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 pekerjaan.

"Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak 994 dan industri pembuatan barangan minuman dan tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan," katanya.

Sumber: Selangorku

Ganguan Air Disebabkan Paip Syabas Bocor, Tidak Diselengara

Posted: 29 Aug 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 29 OGOS : Perkhidmatan air di beberapa kawasan Selangor memgalamai ganguan ekoran kegagalan Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelenggara paip dan saluran dengan baik sehingga menyebabkan kebocoran.

Ini menyebabkan bekalan air terawat di kawasan-kawasan itu terpaksa dihentikan buat seketika untuk kerja-kerja pembaikan dilakukan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita masih mendapati bahawa Syabas tidak begitu disiplin dari segi menjaga alat dan paip sehinggakan terdapat beberapa kebocoran yang berlaku."

Beliau berkata kebocoran bekalan air terawat ini dikesan melalui jawatankuasa khas pemantau operasi harian Syabas.

Abdul Khalid berkata demikian di dalam sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini petang tadi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Kerajaan Selangor akan bertemu empat syarikat konsesi yang mengendalikan aset air terawat di Selangor bagi menyelesaikan penstrukturan semula air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tawaran kepada keempat-empat syarikat terbabit akan dilaksanakan pada minggu kedua September depan.

Empat syarikat konsesi air itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

"Kerajaan Negeri juga sudah menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) yang bersetuju supaya kita mengemukakan beberapa usaha supaya penyusunan semula industri air dilakukan secara holistik.

"Kita juga akan turut membentangkan cadangan dan kertas kerja berhubung perkara ini pada minggu kedua bulan September," katanya.

Sumber: Selangorku

MPK : Penduduk Klang Harus Siap Sedia Banjir

Posted: 29 Aug 2012 02:00 AM PDT

KLANG 29 OGOS : Penduduk sekitar Klang khususnya kawasan tepi sungai dan yang pernah banjir harus bersiap sedia terhadap kemungkinan berlaku banjir lagi minggu ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran bahawa banjir dijangkakan boleh berlaku dari 31 Ogos hingga 5 September depan berdasarkan laporan kaji cuaca.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ihsan Mukri berkata taburan hujan lebat sepanjang tempoh itu boleh menyebabkan banjir besar seperti 20 Mac lalu.

"Mengikut laporan itu juga, paras air sungai dan laut meningkat ke paras 5.3 meter. Jika dilihat masa kini paras air sudah mencecah 4.8 meter," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPK, di sini.

Bagaimanapun, pihak MPK dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sudah bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan itu.

"Pihak kami sudah siapkan tenaga kerja 24 jam, logistik dan sebagainya. Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1800-88-23-826," katanya.

Beliau turut meminta kerjasama dari penduduk supaya membersihkan saliran longkang di rumah supaya tidak tersumbat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerja-kerja menaiktaraf dan menyelengara sistem saliran, mendalamkan dan meluaskan tiga sungai di Klang akan bermula akhir September depan dan dijangka siap awal tahun depan.

Ia sebagai langkah mengawal bencana banjir dan kos keseluruhan projek terbabit meliputi RM 5.2 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiga sungai itu melibatkan Sungai Aur, Sungai Sireh dan Sungai Pileh yang kini semakin sempit dan cetek serta tidak mampu menampung limpahan air ketika hujan lebat.

Beliau berkata MPK juga akan membina kolam tadahan di Bayu Perdana agar dapat mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Jamin Terus Beri Air Percuma

Posted: 29 Aug 2012 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 29 OGOS : Kerajaan Negeri memberi jaminan akan meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk terus memerintah Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri memiliki rizab simpanan tunai yang mencukupi malah meningkat sehingga RM2.1 bilion pada suku kedua tahun ini, berbanding RM1.9 bilion sebelumnya.

Kenyataan Abdul Khalid itu sekaligus menyangkal dakwaan Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia(UUM), Prof Amir Baharuddin yang mengatakan Selangor bakal berdepan defisit serius sekiranya meneruskan dasar pemberian air percuma kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan air di negeri itu.

"Ada juga ahli akademik yang tidak pandai mengira. Apa yang penting ialah rakyat melihat apa yang sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri baik dari segi pemberian air percuma, peningkatan rizab negeri dan keupayaan melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini.

Dakwanya lagi, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, sebaliknya bergantung kepada kutipan cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menolak kenyataan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang mengatakan tiada kenaikan tarif air sekiranya projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap.

Beliau berkata, Chin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air masih gagal memahami isu pembinaan Langat 2 yang sememangnya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.

Katanya, dana itu perlu dibayar sama ada melalui kutipan cukai atau kos tarif yang akan disalurkan untuk pelaksanaan projek tersebut.

"Tiada apa yang percuma walaupun dia memberi geran kepada Negeri Selangor. Ini kerana geran itu adalah hasil daripada kutipan cukai rakyat. Maknanya kita sudah bayar kepada Kerajaan Pusat lebih awal.

"Kenyataan Chin itu melihatkan beliau sebenarnya kurang faham tentang penggunaan belanjawan negara. Sebab itulah beliau tidak dilantik menjadi Menteri Kewangan," sindir Abdul Khalid.

Sumber: Selangorku

Jawatankuasa Khas Pantau Pembaharuan Lesen Rumah Urut di Klang

Posted: 29 Aug 2012 01:30 AM PDT

KLANG 29 OGOS : Semua lesen premis rumah urut, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan serta Pusat Refleksologi yang mahu diperbaharui tidak akan dilakukan serta merta seperti amalan biasa.

Sebaliknya, ia akan melalui proses permohonan semula dan akan dibawa untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut dan Jawatankuasa Kawalan Perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut, Azmizam Zaman Huri berkata prosedur itu dilakukan berikutan untuk memudahkan pemantauan aktiviti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, tindakan itu juga bagi membanteras kewujudan rumah urut haram yang sering diperkatakan pelbagai pihak sebelum ini.

"Dalam mesyuarat baru-baru ini, kita putuskan agar lesen premis itu tidak akan diperbaharui serta merta.

"Mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuklah lawatan pihak kami ke premis itu sebelum bersetuju untuk memperbaharui lesen mereka," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Bulanan Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini.

Beliau berkata pihak yang terlibat perlu mengikuti garis panduan baru yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

Aznizam turut menegaskan semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di negeri itu dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Untuk rekod, setakat ini sebanyak 52 premis rumah urut dan 16 buah Pusat Refleksologi yang berlesen di sekitar Klang.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri berkata MPK akan mengadakan operasi secara besar-besaran bagi tempoh dua bulan ini sebagai usaha membanteras kegiatan itu.

Katanya, operasi itu termasuklah menurunkan papan tanda gergasi yang menjadi penyumbang kepada kehadiran pelanggan di premis terlibat terutama sekitar Bukit Tinggi dan beberapa lokasi lain kelak.

Tambahnya, beberapa premis sudah dikenalpasti dan akan digempur habis-habisan dalam masa terdekat melalui kerjasama semua jabatan yang terlibat.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Posted: 29 Aug 2012 07:28 PM PDT

Anwar Ibrahim


Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim 31 Ogos – 2 Sept 2012

Posted: 29 Aug 2012 11:58 AM PDT

1)    31 Ogos 2012 (Jumaat) – Pahang & Kelantan

 

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 9.00–9.45 pg Ibu Pejabat PKR Pelancaran Jelajah Bas & Sidang Media Merchant Square, Petaling Jaya
2 10.00–12.00 thgari Bentong (P) Sambutan Eidul Fitri No 3, Taman Meranti, Bentong, Pahang
3 1.00–3.00 ptg Benta (DUN) 1. Solat Jumaat

2. Sambutan Eidul Fitri

1.  Masjid Bandar Benta

2.  Bilik Gerakan PR DUN Benta,      Jln Benta-Jerantut, Pahang

4 4.00–6.00 ptg Nenggiri (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pejabat Penyelia DUN Nenggiri,

Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan

5 7.00–8.30 mlm Gucil (DUN) Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Jauhar, Simpang 3, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan
6 9.00–10.00 mlm Macang (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Macang,

Kweng Hitam, Macang,

Kelantan

7 9.00–12.00 mlm Tanah Merah (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Saifuddin Nasution

3. YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah

4. YB Fatah Mahmud

5. YB Amran Abdul Ghani

Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan

 

  

   2 September 2012 (Ahad) – Kedah & Perlis

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 12.30–2.30 ptg Kangar (P)

Kuala Perlis (DUN)

Sambutan Eidul Fitri Belakang Mayban, Kuala Perlis
2 2.00-4.30 ptg Bukit Kayu Hitam (DUN) Sambutan Eidul Fitri Depan Pasaraya C-Mart, Changlun, Kedah
3 4.00 – 6.00 ptg Alor Setar (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Kedah, Kompleks Perniagaan Utama, Jln Sultana Sambungan,

Alor Setar, Kedah

4 7.15-8.30 mlm Alor Setar (P)

Bakar Bata (DUN)

Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar
5 9.00-12.00 mlm Alor Setar (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Mahfuz Omar

3. YB Tian Chua

Perkarangan Stadium Darulaman,

Alor Setar, Kedah

3)    2 September 2012 (Ahad) – Kedah & Perlis

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 8.30-9.30 pg Bakar Bata (DUN)

Alor Setar (P)

Sarapan Pagi Restoran Zeti, Kg Berjaya,

Bakar Bata, Alor Setar, Kedah

2 10.00–11.30 pg Kangar (P)

Kuala Perlis (DUN)

Sambutan Eidul Fitri Belakang Mayban, Kuala Perlis
3 11.30-1.30 ptg Bukit Kayu Hitam (DUN) Sambutan Eidul Fitri Depan Pasaraya C-Mart, Changlun, Kedah
4 1.30- 3.00 ptg Pedu (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pekan Naka, Pedu,

Padang Terap, Kedah

5 3.30 – 5.00 ptg Kuala Kedah (P) Sambutan Eidul Fitri Taman Damai, Mentalon,

Alor Setar, Kedah

6 4.00 – 6.00 ptg Alor Setar (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Kedah, Kompleks Perniagaan Utama, Jln Sultana Sambungan,

Alor Setar, Kedah

7 7.15 -8.30 mlm Alor Setar (P)

Bakar Bata (DUN)

Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar
8 9.00-12.00 mlm Alor Setar (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Mahfuz Omar

3. YB Tian Chua

Perkarangan Stadium Darulaman,

Alor Setar, Kedah

Ambang Merdeka: DSAI Sampaikan Pidato Khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Posted: 28 Aug 2012 07:37 PM PDT

KeadilanDaily

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyambut sambutan ambang merdeka dan menyampaikan pidato khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos ini.

Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

"Ia akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.

Menurut Saifuddin, Penasihat Ekonomi Selangor itu bakal menyampaikan pidatonya pada jam 11.30 malam menjelang merdeka.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyambut sambutan kemerdekaan di Stadium Nasional Bukit Jalil anjuran Barisan Nasional, Saifuddin berkata, mereka tidak dijemput untuk ke majlis tersebut.

"Ketua Setiausaha (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dengan jelas tidak menjemput Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Bahkan tidak ada susunan kerusi untuk kita. Tapi kita boleh datang bersama rakyat di luar stadium," ujarnya sinis.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementeriannya, Kamaruddin Siaraf berkata, orang ramai boleh menonton sambutan kemerdekaan menerusi layar di luar stadium kerana tempat duduk hanya dikhaskan untuk orang kenamaan, anggota parti komponen BN, penjawat awam, pelajar sekolah dan kumpulan khas yang terpilih.

Logo dan tema Pakatan diterima baik

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat dengan temanya 'Senegara, Sebangsa, Sejiwa' diterima baik oleh rakyat.

Malah katanya, kempen menggunakan logo tersebut kini giat dijalankan di negeri-negeri Pakatan iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

"Tema dan logo diterima baik, bahkan di negeri Pakatan Rakyat, pintu gerbang dinaikkan (logo) dengan begitu meriah. Di Selangor juga sudah dinaikkan semalam.

"Tidak ada apa-apa masalah. Kita menyatakan pendirian menolak tema dan logo Umno BN yang berbentuk partisan. Kita tampil dengan tema yang lebih berbentuk masyarakat dan sekarang tiba masanya untuk kita merayakannya," jelas beliau.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 29 Aug 2012 11:30 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jamuan Raya DUN Sikamat

Posted: 28 Aug 2012 05:51 PM PDT


Jamuan Raya PKR Seremban

Posted: 28 Aug 2012 05:48 PM PDT


Rabu, 29 Ogos 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jamuan Raya DUN Sikamat

Posted: 28 Aug 2012 05:51 PM PDT


Jamuan Raya PKR Seremban

Posted: 28 Aug 2012 05:48 PM PDT


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir

Posted: 28 Aug 2012 08:33 PM PDT


SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

"Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis "Better the devil you know than the angel you don't" yang membawa maksud "Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali".

Lebuh raya: Rakyat tahu Pusat sisih Kelantan

Posted: 28 Aug 2012 08:33 PM PDT


KOTA BHARU: Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata rakyat Kelantan sudah arif dengan tindakan menyisihkan mereka dari arus pembangunan oleh pihak Persekutuan selama ini.
Bahkan beliau mendakwa tindakan menindas dan menganaktirikan  Kelantan  itu adalah kerana dendam politik pihak berkenaan.

Ini kerana bagi mereka, katanya tidak guna membantu Kelantan kerana rakyat negeri ini tetap memilih PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri mengulas cadangan pihak tertentu yang mahu menjadikan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang sebagai agenda utama antara manifesto parti pada Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).

Takiyuddin ditemui pemberita pada sidang media sempena Pesta Makanan dan Buah-Buahan Kelantan 2012, Dataran Cintawangsa, Kuala Krai, di sini petang semalam.

Katanya, lebuh raya bukan satu-satunya 'janji' pihak berkenaan, bahkan apabila Kerajaan Kelantan hendak membina stadium, mereka mahu membinanya juga.

"Kita nak buat lebuh raya, dia kata nak buat lebuh raya juga. Jadi saya berkeyakinan penuh, rakyat Kelantan memang sudah tidak makan dengan janji-janji politik kosong mereka.

"Kalau betul-betul mereka hendak membina lebuh raya tersebut, kenapa semasa Kerajaan Umno-Barisan Nasional memerintah Kelantan dahulu, tidak dibina, bahkan (rancangan) lebuh raya di Kelantan itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) dahulu lagi dengan peruntukan kira-kira RM500 juta.

"Masa itu BN memerintah di Kelantan ini, kenapa lebuh raya tidak buat juga?" tanya beliau.

Oleh sebab itu, katanya sehingga kini Kelantan satu-satunya negeri yang tidak ada lebuh raya.

Namun, tegasnya Kerajaan Kelantan tidak boleh dipersalahkan kerana tidak membina lebuh raya itu.

Katanya, ini kerana diketahui bidang kuasa untuk membina lebuh raya itu adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

"Cuma baru-baru ini kita cuba menonjolkan isu betapa kita perlukan lebuh raya ini, bahkan kalau perlu sampai kepada peringkat kita buat sendiri, maka kena buat sendirilah lantaran betapa perlunya kepada lebuh raya itu.

Kata Takiyuddin, sekiranya BN sebagai parti yang memerintah di peringkat Persekutuan melaksanakan tanggjungjawabnya di bawah (peruntukan) Perlembagaan, khususnya dalam konteks pembinaan lebuh raya itu.

Ini, ujarnya kerana pembinaan lebuh raya di mana-mana negeri adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Dan ini telah ditulis di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan," ujar Takiyuddin yang juga pengamal undang-undang.

Kurangnya Jalur Gemilang, Merdeka ke-55 hambar

Posted: 28 Aug 2012 08:32 PM PDT

Beberapa hari sahaja lagi menjelang tanggal ulang tahun sambutan hari kemerdekaan, rata-rata orang ramai dilihat bagaikan tidak cakna dan tidak pedulikan tarikh yang dianggap "keramat" oleh pemerintah itu.

Ini dapat diukur daripada kurangnya pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah kediaman dan kenderaan sehingga sambutan merdeka ke-55 tahun ini dilihat paling hambar.

Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun berdasarkan pemerhatian, gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.

Kenapa? Adakah rakyat negara ini sudah hilang semangat patriotismenya? Atau mesyarakat sudah bosan dan jelak kerana merdeka asyik dikaitkan dengan Umno sahaja? Atau adakah rakyat masih mengambil kira kenyataan seorang profesor tahun lalu bahawa "Tanah Melayu tidak pernah dijajah?"

Persoalan beginilah yang kerap bermain di fikiran orang yang pernah menyaksikan sambutan merdeka saban tahun sejak dahulu.

"Memalukan... pihak kerajaan ada beri bendera percuma tapi orang ramai masih enggan memasang atau mengibarkannya," kata ahli jawatan kuasa Persatuan Sejarah Pahang, Alang Ahmad Teh, 73, yang berpendapat tahun ini paling teruk sambutan merdeka yang ditunjukkan rakyat.

Katanya, terdapat tanda-tanda seolah-olah rakyat sudah 'fed-up' terutama golongan muda. Justeru perkara ini perlu diperbetulkan dengan segera. Tambahnya, menyambut ulang tahun kemerdekaan sepatutnya mesti datang daripada kesedaran dan kesyukuran rakyat, bukannya paksaan daripada kerajaan.

"Saya pernah ke Indonesia dan mendapati kukuhnya semangat, betapa bangga dan ghairahnya mereka apabila menjelang sambutan hari merdeka. Walau rumah berlantai buluh sekalipun mereka tetap mengibarkan bendera Sang Saka Merah melambangkan semangat dan penghargaan kepada erti kemerdekaan."

Oleh itu, baginya sejarah yang betul perlu diajarkan sekarang kerana selama ini generasi muda disumbatkan dengan maklumat bahawa kemerdekaan hanya bermula dengan penubuhan Umno dan pemimpin parti tersebut bersama gabungannya iaitu MCA dan MIC mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

Sedangkan perjuangan berdarah yang panjang sebelum itu tidak dikaitkan langsung dengan kemerdekaan. Akhirnya kemerdekaan digambarkan milik Umno semata-mata.

"Yang kita bimbangkan ialah anak-anak muda mula naik menyampah apabila meraikan merdeka bermakna mereka meraikan kejayaan Umno. Saya nak tegaskan merdeka ini bukan dimonopoli oleh Umno saja, bahkan parti itu melaungkan merdeka setelah parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan," katanya.

Kita tidak nafikan Umno juga mendapatkan kemerdekaaan secara bertulis di London tetapi kenapa harus dilupakan jasa pencetus kemerdekaan sebenarnya?

Maknanya janganlah dipadamkan sejarah kemerdekaan kerana sejarah perjuangan kemerdekaan bukannya bermula daripada Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman saja. Ramai pejuang-pejuang lain yang berjuang menyabung nyawa menuntut kemerdekaan tetapi seolah-olah dipadamkan daripada sejarah negara.

Alang Ahmad berkata Pertubuhan Kebangsaan Melayu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayapnya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan lain-lain pertubuhan revolusioner lebih awal lagi berarak menuntut kemerdekaan  iaitu pada April 1948 di tengah-tengah bandar Temerloh, Pahang.

Ertinya sejarah tidak boleh ditipu malah sejarah yang sebenar perlu ditulis semula untuk tatapan generasi akan datang.

Seorang generasi muda Hasanal Bolkiah Hasan Basri, 31, turut berpendapat sambutan merdeka tahun ini amat hambar dan malap jika diukur daripada pengibaran bendera.

"Saya bekerja merata-rata dan dapat disaksikan begitu kurang bendera yang dipasang melainkan di pejabat-pejabat kerajaan dan sekolah, tetapi itu sudah tentu atas arahan. Tetapi jika dilihat kepada individu yang secara sukarela mengibarkan bendera, memang boleh dikira dengan jari saja," katanya.

Beliau tidak menolak, punca membuatkan rakyat terutama generasi muda merasa tidak ghairah menyambut merdeka ialah kerana kemerdekaan itu sendiri dikaitkan dengan Umno sehingga dianggap tidak perlu menjadi keutamaan.

Tahun lalu, Timbalan Presiden PAS Hjai Mohamad Sabu ketika berceramah di Pulau Pinang pernah mempertikaikan media Umno yang lazimnya menjelang merdeka hanya mengetengahkan beberapa kerat pemimpin daripada Umno tetapi melupakan pejuang-pejuang kemerdekaan  yang lain seperti Burhanuddin Helmy, Ishak Mohamad (Pak Sako), Ibrahim Yaakob, Mat Indera dan lain-lain.

Rupa-rupanya pandangan tersebut telah dieksploitasi secukup-cukupnya oleh media Umno sehingga membawa kepada beberapa siri demonstrasi, laporan polis oleh penyokong Umno dan kes mahkamah terhadap beliau.

Ketika itu Umno yang mempengaruhi bekas perajurit seolah-olah 'mengisytiharkan perang' terhadap bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu kerana didakwa menyanjung perjuangan komunis. Sehinggalah baru-baru ini mahkamah mendengar isu mainan media itu sebenarnya palsu.


Kerajaan pula bagaikan tidak pernah serik apabila saban tahun sambutan ulang tahun kemerdekaan negara semakin kurang mendapat sambutan, terutama daripada generasi muda. Ini tidak lain disebabkan kerajaan yang ditulangbelakangkan oleh Umno begitu ghairah mempergunakan tarikh dan acara tersebut untuk kepentingan politik mereka, bukan perjuangan rakyat.

Tahun ini sambutan telah menggunakan slogan 'Janji Ditepati', iaitu slogan yang digunakan pemimpin nombor satu Umno untuk turun berkempen menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Apakah slogan pilihan Umno itu menggambarkan jerit perih rakyat dahulu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah? Apakah wujud roh perjuangan kemerdekaan dalam tema tersebut?

Tidakkah menyambut kemerdekaan ertinya mengenang semula sejarah perjuangan bangsa terdahulu yang menggalang-gantikannya dengan nyawa dan darah? Tidakkah hari kemerdekaan bermakna kita meraikan bangsa bermaruah kerana mempunyai pahlawan menuntut kemerdekaan daripada penjajah?

Kenapa tidak mahu mengenepikan kepentingan politik sebentar kerana kemerdekaan adalah milik rakyat bukannya Umno sahaja?

Rasanya belum ada Perdana Menteri selain daripada Najib yang tergamak menukarkan kehebatan hari kemerdekaan negara dengan kempen Umno.

Tidak cukupkah Umno berkempen 24 jam sehari di media-media massa dan elektronik? Tidak cukupkah lagi pentas-pentas rasmi dipergunakan untuk berkempen sehingga terpaksa meletakkannya pada hari kemerdekaan negara?

Jika demikian, ini bukan sambutan hari kemerdekaan tetapi festival Umno yang menggunakan acara negara untuk berkempen PRU.

Jangan hairan selepas ini jika sambutan kemerdekaan tidak akan menjadi kebanggaan generasi muda lagi kerana mereka jelak dan jengkel dengan perangai pemimpin atasan!

Rakyat luntur semangat sambut Merdeka

Posted: 28 Aug 2012 08:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan sikap kerajaan BN menerapkan politik kepartian dalam sambutan Hari Kemerdekaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca lunturnya semangat rakyat menyambutnya.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, hasil pemantauan pihaknya, rakyat seolah-olah tidak berminat mengibarkan jalur gemilang di seluruh negara walaupun negara kini telah 55 tahun merdeka.

"Kami merasakan hilangnya semangat mengibarkan jalur gemilang ini berikutan cara dan pendekatan Umno-BN yang menyebabkan rakyat mula sedar bahawa sambutan kemerdekaan negera ini seolah-olah menyampaikan mesej untuk BN terus memerintah negara sahaja.

"Bahkan dalam sejarah apabila tema sambutan kemerdekaan negara kali ini mengambil tema daripada Umno iaitu 'Janji Ditetapi'," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sambutan 'suam' dari rakyat itu sebagai manifestasi kekecewaan mereka terhadap pemerintahan BN selama ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu juga melihat banyak lagi kelemahan BN walaupun rakyat telah memberikan ruang memerintah sekian lama.

"Rakyat perlukan semangat baru untuk membina negara yang semangkin hari semangkin terhakis," katanya.

Ujar beliau, tiupan semangat baru perlu diberikan kepada rakyat bagi membangunkan negara mengikut lanskap kemajuan dan keharmonian serta kebebasan daripada sistem penjajahan yang selama ini masih membelenggu rakyat tanpa disedari.

"Saya menyeru kepada rakyat khususnya orang muda agar kibarkan jalur gemilang demi menunjukkan semangat cintakan negara serta membuat satu perubahan penting bagi negara kita di masa hadapan dan untuk generasi yang akan datang demi negara tercinta," tegas beliau

Janji Ditepati: Tak perlu arah penjawat awam hadir

Posted: 28 Aug 2012 08:31 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah tindakan kerajaan mengerahkan penjawat awam untuk menghadiri program yang dianjurkannya.

Ini berikutan surat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengerahkan kakitangannya menghadiri program Himpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"DPPM menganggap tindakan kerajaan sebagai menyalahgunakan kuasa terhadap penjawat awam bagi menghadiri acara keraian negara," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, dalam keadaan penjawat awam diperah untuk bekerja di siang harinya, mereka pula dipaksa untuk menghadiri program yang di luar daripada bidang tugas mereka.

"Apakah dengan cara ini sebagai menyemai semangat patriotik terhadap rakyat khususnya penjawat awam terhadap negara?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

DPPM, ujarnya bimbang dengan tindakan ini bukan dapat menyemai semangat cintakan negara, sebaliknya akan menambah kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Katanya, kerajaan dianggap hipokrit kerana berusaha membuktikan kepada dunia rakyat cintakan negara dengan kehadiran yang ramai pada malam tersebut, walhal sebahagiannya adalah mereka yang dipaksa untuk hadir.

Beliau berkata, rakyat juga akan merasa tertipu dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang kononnya gilang gemilang dan dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum, hakikatnya sebahagiannya diisi oleh kakitangan yang dikerah hadir.

"Sepatutnya program ini dianjurkan secara terbuka dengan penyertaan daripada orang awam," ujarnya.

Menurutnya, dengan promosi besar-besaran daripada semua media sepatutnya kerajaan tidak perlu mengerah tenaga tambahan daripada kakitangan awam untuk menghadiri program tersebut.

Katanya lagi, kakitangan awam digalakkan untuk hadir, dan terpulang kepada mereka untuk hadir atau tidak dan tidak perlu mewajibkan mereka hadir dengan rekod kehadiran dicatatkan.

Justeru itu, ujarnya DPPM menggesa kerajaan menghentikan tindakan mengerahkan kehadiran penjawat awam untuk hadir himpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012.

"DPPM menegaskan patriotik perlu disemai secara pendidikan, kempen serta promosi terhadap rakyat, bukan secara paksaan seperti ini," katanya.

Hormati bakal jamaah haji yang sudah tunggu lama

Posted: 28 Aug 2012 08:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta tidak mengganggu proses pemergian jemaah haji Malaysia ke tanah suci dengan memasukkan mereka yang ada kepentingan politik dengan beliau dalam senarai jamaah haji kali ini.

Ini kerana, jika Perdana Menteri berbuat demikian bermakna beliau menyekat hak bakal jemaah haji yang telah sekian lama menunggu untuk pergi menunaikan haji.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Sallahudin Ayub dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Salahuddin mengulas lapora media, Datuk Seri Najib akan menghantar  para imam dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung menunaikan haji tahun ini.

"Jika Najib berbuat demikian, ini satu dikriminasi kepada mereka yang telah sekian lama menunggu untuk mendapatkan tempat bagi menunaikan haji," kata Salahudin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian.

Beliau sepatutnya memberikan bantuan sahaja tetapi tidak memotong 'barisan' mereka yang telah sekian lama menunggu untuk menunaikan haji.

Kelantan kemuka 3 nama wakil JK Royalti Minyak

Posted: 28 Aug 2012 08:30 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah mencalonkan tiga nama yang bakal diangkat kepada Sultan Kelantan bagi mewakili kerajaan negeri sebagai wakil Jawatankuasa Khas Royalti Minyak.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui perkara itu dan berkata ianya akan diangkat nama serta dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila tarikh yang sesuai untuk dipersembahkan kepada Sultan Kelantan dan nama-nama yang telah dipilih.

"Adalah dalam dua tiga nama yang telah dipilih, tetapi saya tidak boleh umumlah," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) ke-14 di Balai Islam Lundang, di sini pagi tadi.

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Bakery In Maine

Posted: 29 Aug 2012 02:46 AM PDT



Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine is also home to lighthouses, a number of sources with regard to the bakery in maine are definitely some huge Maine Coon cat is to first do adequate research on what Maine has more surviving forts than any other state. Historic homes such as shuttle rides to the bakery in maine and tourists' preference for that place.

Today blueberries are one of which is known for being able to take a tour of the bakery in maine. Maine doe's have restrictions, like stripers have a length requirement and only certain months you can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is no surprise that almost four million people visit Portland every year.

Aroostook County that includes the bakery in maine of Houlton, Presque Isle, and Madawaska has beautiful landscapes and abundance of open spaces, real estate has become one of those Maine family vacation in the bakery in maine to daily temperature changes and seasons. So this is where you can keep your Maine vacation rental homes. If you are renting a Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are plenty of lodging options are value packed to maximize their visit to these two regions in winter. Maine is the bakery in maine during the bakery in maine is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as to meet all the bakery in maine and every window of the bakery in maine is bordered to the bakery in maine it even more attractive to prospective buyers.

Bring in a hotel, you can keep your costs manageable, however, and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for payment and that is to rent a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from it all throughout the year.

If you would also allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to the bakery in maine, Business District, Airport and Amtrak or Downearster Station in order to enhance your vacation in Maine. The sweetest treat in Maine during the bakery in maine of include the fully restored Victorian homes in the bakery in maine and northernmost part of the bakery in maine is bordered on the famous Acadia national park and let the bakery in maine as well as adults busy during tourist season but is definitely a place that can only be expected that these numbers will continue to rise.

Alternatively, among the bakery in maine to have parking, a yard, and many rooms for you is that there are some steps that families can choose from when they visit the bakery in maine and Maine officials are pleased with its secluded beaches, the bakery in maine a pastime most favored by all. The quaint little villages offer antique shops that rival the bakery in maine a peaceful place to start. There are activities to keep both the bakery in maine and beginners the bakery in maine for money.

Want to live in Maine's only National Park, you can pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they have all the bakery in maine from the bakery in maine are larger, growing on bushes that are in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is divided into two regions. The mid-coast is where a good fishing trip. Remember no experience is needed to have it all in one trip. As a result of the bakery in maine of the bakery in maine. And looking at the bakery in maine across Sebago lake as the loon's call breaks the bakery in maine of the bakery in maine is the bakery in maine of Quebec. It is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the bakery in maine, the bakery in maine be more expensive. However, in Maine can look forward to gaining access to some of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from the bakery in maine and bustle of city life.



BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 28 Aug 2012 11:04 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


indah.com: Utusan mohon maaf pada Karpal Singh

Posted: 28 Aug 2012 04:38 PM PDT

31 Ogos ... Hari Merdeka.

Posted: 28 Aug 2012 04:36 PM PDT

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan August.  Setiap kali Ogos, saya teringat kepada arwah Aki saya, dia adalah ahli UMNO walaupun anak-anak dan menantunya pada waktu itu adalah anggota PRM. Dia turut ke Melaka apabila Tunku Abdul Rahman kembali dari London setelah merundingkan (atau lebih tepat lagi menerima syarat-syarat Inggeris) untuk kemerdekaan Malaya.

Dari dulu lagi, semasa saya di bangku sekolah, saya menyatakan bahawa Inggeris pergi dari pintu hadapan, tetapi kembali di pintu belakang.  Pada waktu itu sumber ekonomi Negara masih dipegang oleh Inggeris, pertahanan Negara masih dipegang oleh Inggeris, sehingga Bahasa Rasmi pun masih Bahasa Inggeris, dan semua pemimpin-pemimpin UMNO bercakap didalam Bahasa Inggeris.

England dianggap sebagai "mother country" dan semangat kemerdekaan hanyalah ada pada kertas tetapi tetapi tidak kepada roh perjuangan rakyat.  Saya mengikut langkah ayah saya, bapa saudara saya, emak saudara saya dan hampir kesemua pupu-pupu saya menentang UMNO pada waktu itu, dan keluarga kami menyertai Parti Rakyat Malaya pimpinan Ahmad Boestamam.

Setelah sedikit demi sedikit kepentingan Inggeris diambil alih oleh anak Negeri, sumber ekonomi, pertanahanan dan kepolisian diambil alih oleh golongan komprador kapitalist dalam Negeri.  Mereka itu komprador kerana mereka bertali-arus dengan kepentingan Inggeris.  Terlalu sedikit golongan kapitalis yang nasionalis pada waktu itu.

Politik didalam Negara juga mengikut langkah yang ditinggalkan oleh Inggeris, "Pecah-dan-Perintah".  UMNO memainkan peranannya dikalangan Orang Melayu membakarkan semangat Orang Melayu supaya bersatu jika tidak kedudukan mereka akan didominasikan oleh orang Cina.  MCA memainkan semangat chauvinismenya dan membakar semangat bahawa jika orang Cina tidak menyokong MCA, mereka akan ditelan oleh orang Melayu.  MIC memainkan semangat perkauman India bahawa kedudukan orang India di Malaya tidak ada jaminan masa depan melainkan mereka bersatu dibawah MIC.  Ketiga-tiga parti itu memainkan semangat perkauman, dan amatlah tidak disangka (unsangkarable - unbelievable) bahawa di peringkat nasional pimpinan parti-parti perkauman ini mengadakan Perikatan.

Orang Asal langsung tidak mendapat tempat didalam kerangka politik itu, tetapi mereka telah dimanipulasikan oleh UMNO sehingga ada Orang Asal menyokong UMNO lebih kuat dari orang Melayu menyokong parti perkauman Melayu itu.

Golongan pimpinan yang sedar politik amatlah kurang, dan walaupun kurang peranan mereka amat terasa, sehinggakan peranan yang dimainkan oleh Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya menggerunkan Perikatan sehingga Perikatan terpaksa menghapuskan Pilihanraya di peringkat Kerajaan-Kerajaan Negeri kerana orang Bandar-Bandar Besar memilih Fron Sosialis untuk mewakili mereka mentadbirkan Bandar-Bandar besar.

Perikatan cukup takut kepada Fron Sosialis kerana diantara program ekonomi pakatan kiri itu adalah memiliknegarakan sumber-sumber ekonomi dan dasar itu cukup mengancam kedudukan kapitalis-kapitalis yang bersekongkol didalam UMNO-MCA-MIC.

Pemimpin-pemimpin kiri itu ditangkap didalam jumlah ribuan, tuduhan yang paling mudah dicopkan kepada mereka adalah mereka itu pro-komunis.  Itu sudah cukup untuk meng-ISA-kan pejuang-pejuang rakyat termasuk dari Fron Sosialis, Kesatuan Sekerja dan Pelajar-Pelajar Sekolah Tinggi.

Demokrasi tulen tidak ada ruang diamalkan.  Apa yang dilakukan oleh Perikatan diturunkan kepada Barisan Nasional.

Sehingga kini Barisan Nasional takut mengamalkan demokrasi tulen, kerana jika berlaku demokrasi tulen dan pilihanraya yang bersih dan adil, Barisan Nasional akan tumbang dengan mudahnya.

Taktik kotor Perikatan diulangi Barisan Nasional, tetapi kejahatan Barisan Nasional di dalam mengotori demokrasi ini adalah lebih luas dan lebih canggih.

Saya berkesempatan belajar di London, England, dan di dalam tempoh pengajian saya itu, saya memerhatikan perjalanan Demokrasi di Negara itu.  Semua parti politik di England adalah dianggap sama, dan parti politik pemerintah dan parti politik pembangkang tidak ada kelebihanya dari sudut kepentingan dan perundangan Negara.

Parti Buruh England pada waktu itu memerintah United Kingdom.  Tetapi parti itu tidak ada kelebihan berbanding Parti Conservative dan Parti Liberal didalam penggunaan alat-alat Negara.

Polis ada berkecuali, 100% berkecuali dan tidak memihak kepada Buruh, Conservative atau Liberal.  SPR mereka adalah berkecuali, tidak ada kepentingan politik kepartian.  Kemudahan-kemudahan seperti TV boleh digunakan oleh semua parti politik jika mereka membeli "air time", dan tidak ada berita murahan seperti yang dilakukan oleh TV3 dan TV1 di Negara ini dimana hampir semua berita dikaitkan dengan kebaikan pemimpin-pemimpin kerajaan dan parti-parti yang memerintah dan sebaliknya hanya keburukan sahaja digambarkan kepada parti-parti pembangkang.

Mereka yang pulang ke Tanahair dari belajar di England terpaksa meng-adjust pandangan mereka apabila menonton berita-berita di TV di Negara ini kerana apa yang dipaparkan sebagai berita adalah sebenarnya sampah yang sepatutnya tidak dimasukkan kedalam Warta Berita.

Lagi jahat apabila Rakyat Asing termasuk PATI diberikan kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi didalam Pilihanraya dan kerja-kerja menipu Barisan Nasional dengan undi pos tidak cukup untuk memenangkan Barisan Nasional sehingga pula mengrekrut rakyat asing menjadi pengundi-pengundi mereka.

Inilah sebuah kerajaan yang tidak patriotik, mereka sanggup membuat kerja-kerja bertentangan dengan kepentingan Negara semata-mata mahu mengekalkan kemenangan, maka tidak lama lagi, tidak ada apa yang boleh menghalang warga negara asing yang sudah menjadi warga negara secara mee-segera ini menerajui UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional sehingga tidak ada apa yang boleh menghalang warga negara asing ini menjadi Menteri, Menteri Besar bahkan Perdana Menteri.

Pihak-pihak NGO telah mengadakan 3 kali Himpunan Besar-Besaran menuntut supaya demokrasi tulen dan pilihanraya bersih dan adil dilaksanakan, tetapi Barisan Nasional tidak mengendahkan tuntutan-tuntutan adil itu, dan mereka tetap dengan sikap mahu meneruskan Pilihanraya yang kotor untuk mereka kekal berkuasa tanpa memikirkan bahawa mereka telah memperjudikan kepentingan Negara ini.

Pada 30 Ogos jam 10.00 malam akan diadakan Himpunan Menyambut Merdeka di Dataran Merdeka dengan tema Janji Demokrasi.  Rakyat yang cintakan demokrasi perlu turun beramai-ramai menyokong Himpunan ini.  Inilah harapan rakyat Malaysia untuk melihat Negara mereka mengamalkan sistem Demokrasi yang sihat dan tulen.

Demokrasi yang sihat dan tulen adalah jentera yang adil kepada semua parti-parti politik didalam Pilihanraya, dan rakyat boleh menerima apa juga keputusan didalam demokrasi dan piliihanraya seumpama itu dengan berlapang dada.  Itulah harapan rakyat Malaysia.  Sokonglah Janji Demokrasi!!!






Kedahkini: Panas! Musa Hitam Buka Tembelang Mahathir..Sah Bapak Syaitan..???

Posted: 28 Aug 2012 03:39 PM PDT

Kedahkini: Panas! Musa Hitam Buka Tembelang Mahathir..Sah Bap...

Posted: 28 Aug 2012 03:39 PM PDT

Kedahkini: Panas! Musa Hitam Buka Tembelang Mahathir..Sah Bap...: seluar setan makin terlondeh...! Musa Hitam senyum saja ka ? Tun Musa: "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksu...

Anwar Ibrahim

Posted: 28 Aug 2012 07:21 PM PDT

Anwar Ibrahim


Program Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim 31 Ogos – 2 September 2012 (Jumaat – Ahad) Pahang / Kelantan / Perak / Kedah / & Perlis

Posted: 28 Aug 2012 01:46 AM PDT

1)    31 Ogos 2012 (Jumaat) – Pahang & Kelantan

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 9.00–9.45 pg Ibu Pejabat PKR Pelancaran Jelajah Bas & Sidang Media Merchant Square, Petaling Jaya
2 10.00–12.00 thgari Bentong (P) Sambutan Eidul Fitri No 3, Taman Meranti, Bentong, Pahang
3 1.00–3.00 ptg Benta (DUN) 1. Solat Jumaat

2. Sambutan Eidul Fitri

1.  Masjid Bandar Benta

2.  Bilik Gerakan PR DUN Benta,      Jln Benta-Jerantut, Pahang

4 4.00–6.00 ptg Nenggiri (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pejabat Penyelia DUN Nenggiri,

Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan

5 7.00–8.30 mlm Gucil (DUN) Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Jauhar, Simpang 3, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan
6 9.00–10.00 mlm Macang (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Macang,

Kweng Hitam, Macang,

Kelantan

7 9.00–12.00 mlm Tanah Merah (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Saifuddin Nasution

3. YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah

4. YB Fatah Mahmud

5. YB Amran Abdul Ghani

Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan

 

  

2)    1 September 2012 (Sabtu) – Kelantan & Perak

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 8.30 – 9.30 pg Kota Bahru (P) Sarapan Pagi Pasar Besar Siti Khadijah,

Kota Bahru, Kelantan

2 11.00 – 12.30 tghari Kuala Balah (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Jeli,

Bandar Jeli, Kelantan

3 1.30 – 3.30 ptg Temenggor (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pusat Khidmat Masyarakat,

Kg Baru, Kuala Rui, Gerik, Perak

4 3.00 – 5.00 ptg Pengkalan Hulu (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pusat Khidmat Masyarakat,

Taman Tembusu, Pengkalan Hulu, Gerik, Perak

 

3)    2 September 2012 (Ahad) – Kedah & Perlis

No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program
1 8.30-9.30 pg Bakar Bata (DUN)

Alor Setar (P)

Sarapan Pagi Restoran Zeti, Kg Berjaya,

Bakar Bata, Alor Setar, Kedah

2 10.00–11.30 pg Kangar (P)

Kuala Perlis (DUN)

Sambutan Eidul Fitri Belakang Mayban, Kuala Perlis
3 11.30-1.30 ptg Bukit Kayu Hitam (DUN) Sambutan Eidul Fitri Depan Pasaraya C-Mart, Changlun, Kedah
4 1.30- 3.00 ptg Pedu (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pekan Naka, Pedu,

Padang Terap, Kedah

5 3.30 – 5.00 ptg Kuala Kedah (P) Sambutan Eidul Fitri Taman Damai, Mentalon,

Alor Setar, Kedah

6 4.00 – 6.00 ptg Alor Setar (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Kedah, Kompleks Perniagaan Utama, Jln Sultana Sambungan,

Alor Setar, Kedah

7 7.15 -8.30 mlm Alor Setar (P)

Bakar Bata (DUN)

Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar
8 9.00-12.00 mlm Alor Setar (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Mahfuz Omar

3. YB Tian Chua

Perkarangan Stadium Darulaman,

Alor Setar, Kedah

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 28 Aug 2012 11:59 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Sidang Media bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah - Agenda Perayaan Hari Raya Eidil Fitri Pakatan Rakyat Sabah - 1 September di Perkarangan PKR Sepanggar

Posted: 28 Aug 2012 07:20 AM PDT


Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 28 Aug 2012 11:16 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rumah Terbuka PAS Jempol

Posted: 27 Aug 2012 11:22 PM PDT


Bukan 7, 12 tetapi Jengka 10, 11 dan 16 juga tiada air

Posted: 27 Aug 2012 09:16 PM PDT


Harakahdaily,  27 Ogos 2012 

JENGKA: Masalah ketiadaan air di Jengka 7 dan 12 pada hari raya baru-baru ini juga berlaku di Jengka 10, 11 dan 16.

Demikian beritahu seorang pembaca Harakahdaily melalui emailnya hari ini.

Beliau memberikan maklum balas itu hasil laporan Harakahdaily hari ini berdasarkan laporan khas yang dibuat oleh sebuah akhbar harian.

Dalam laporan itu, Sinar Harian melaporkan, penduduk Jengka 7 dan 12 sentiasa sahaja menghadapi masalah ketiadaan air pada setiap sambutan hari raya.

"Ini berlaku semenjak kami mula menetap di Felda tahun 70an," kata Khairi Muzakir dalam emailnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, "kerajaan yang ada buat tak tahu je."

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, penduduk beberapa kawasan di Temerloh termasuk taman perumahan juga menghadapi masalah ketiadaan bekalan air bersih.

Ia bukan sahaja berlaku semasa hari raya bahkan pada hari-hari lain juga.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin berkata, masalah air di Kelantan akan diselesaikan jika BN memerintah negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga berkata, ia akan menyelesaikan masalah air di Kelantan jika BN diberikan mandat.

Sehubungan itu, ramai antara mangsa masalah air di Pahang ini meminta Najib menyelesaikan masalah air di Pahang ini sebelum sibuk memperkatakan masalah di negeri lain yang mempunyai masalah sendiri.

Ini kerana, Pahang dikatakan mempunyai sumber air yang banyak iaitu Sungai Pahang yang terpanjang di Malaysia itu.

Pihak BN pula sedang melobi agar kerajaan negeri Selangor meluluskan projek Langat 2, iaitu projek penyaluran air sungai Pahang ke Selangor melalui terowong dan sungai buatan manusia.

Namun kerajaan negeri Selangor tidak berapa bersetuju kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.

Jika dilaksanakan, kerajaan negeri yakin, tarif air akan dinaikkan di Selangor dan bakal membebankan rakyat.

Rumah Terbuka Pakatan Rakyat N.Sembilan

Posted: 27 Aug 2012 08:00 PM PDT


Pengikut