Jumaat, 27 Julai 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Himpunan Aman selamatkan umat Islam Rohingya

Posted: 27 Jul 2012 08:06 AM PDT

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 umat Islam berhimpun secara aman bagi menunjukkan bantahan terhadap kezaliman yang dilakukan  oleh tentera Myanmar terhadap penduduk Islam di Rohingya.

Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah itu, mengajak rakyat khususnya di negeri ini berdiri teguh dengan mempertahankan hak yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk Islam di negara tersebut.

 
Ketua Pemudanya, Lahirul Latigu yang ditemui pada perhimpunan itu berkata, umat Islam khusunya di negeri ini perlu bersatu dan menunjukkan kebersamaan terhadap umat Islam di negara-negara lain. Sudah tiba masanya, untuk umat Islam kembali menyelami penderitaan dan kesengsaraan yang dialami umat Islam di negara-negara bergolak.

"Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya ini merupakan isu sejagat umat Islam yang lain. Kita mesti bersama dengan mereka... menyokong serta menghulurkan apa-apa yang boleh disumbangkan hatta dengan harta sekalipun.

"Kita juga mendesak, kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang digembar-gemburkan, adalah amat malang sekiranya kerajaan hanya mahu melihat tidak berdaya berbuat apa-apa," jelasnya.

Sebahagian umat Islam yang menunjukkan komitmen melawan sebarang bentuk penindasan

Katanya, kerajaan Malaysia harus melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar.

"Kita mahu, kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar melihat secara tegas. Katakan secara tegas kepada Myanmar untuk tidak berlaku kekejaman terhadap umat Islam di sana," ujar Lahirul.

Perhimpunan aman yang berlangsung di Masjid Bandar dekat Kota Kinabalu berakhir dengan beramai-ramai mengaminkan bacaan doa dan doa qunut nazilah yang diketuai oleh Murtaza Othman yang juga Exco Tarbiyah, Pemuda PAS Sabah.  

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR UCAP TAHNIAH

Posted: 27 Jul 2012 07:13 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di atas kelulusan pemberian pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor  bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, kerajaan negeri juga turut meluluskan bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor mengutamakan kebajikan rakyat Selangor terutamanya bagi menghadapi hari lebaran adalah satu tindakan yang murni dan menunjukkan pengiktirafan kerajaan negeri di atas segala khidmat yang telah diberikan oleh seluruh kakitangan awam negeri Selangor. 

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin RM20 juta yang dibelanjakan untuk proses pemberian bonus ini adalah hasil daripada kecekapan dan kehebatan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengurus tadbir ekonomi negeri Selangor dengan baik berbanding semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dahulu. Inilah yang dikatakan kerajaan yang berkebajikan dan prihatin rakyat, punyai sumber kewangan yang kukuh dan mampu untuk membantu rakyat berbeza dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional di peringkat pusat yang suka membuat janji manis dan pengumuman yang nampak menarik tetapi penuh dengan kepalsuan dan akhirnya akan menambah koleksi hutang negara.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kakitangan awam negeri Selangor yang telah memberikan khidmat yang cemerlang untuk mempastikan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor menjadi bertambah baik dan berkualiti. Semoga dengan pemberian bonus ini sedikit sebanyak akan menceriakan sambutan hari lebaran seluruh kakitangan awam negeri Selangor.

MOHD SANY BIN HAMZAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Benarkah Lt Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap?

Posted: 26 Jul 2012 05:21 PM PDT

Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.

Maka pada tahun 1875 berlakulah perang Bukit Putus antara Inggeris yang dibantu oleh Datuk Klana Sungai Ujung dengan angkatan perang Seri Menanti yang dipimpin oleh Datuk Siamang Gagap. Kerana bilangan musuh lebih ramai ditambah pula dengan senjata meriam akhirnya angkatan perang Seri Menanti kalah.

Kekalahan itu menyebabkan Inggeris berjaya campur tangan di Seri Menanti namun Datuk Siamang Gagap tidak mahu tunduk kepada Inggeris. Beliau akhirnya meninggalkan Seri Menanti untuk meneruskan perjuangan menentang Inggeris.

Ada yang mengatakan Datuk Siamang Gagap pergi ke Pahang lalu bergabung dengan Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi ada pula mengatakan beliau pergi menunaikan haji ke Mekah dan meninggal disana.

Namun ada mengatakan beliau bersembunyi di sebuah kampong bernama Juaseh yang terletak tidak jauh dari pekan Bahau. Menurut ceritanya Datuk Siamang Gagap meninggal di sana dan ada sebuah kubur lama yang dipercayai kubur Datuk Siamang Gagap.

Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang.

Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.

Rumah EXCO Melaka dimasuki pencuri

Posted: 26 Jul 2012 05:20 PM PDT

27 Julai 2012 : Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Latiff Tamby Chik, 63, kerugian RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga penjenayah, Selasa lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.25 malam di Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, dekat sini, suspek berusia 20-an hingga 30-an berkenaan masuk ke banglo setingkat itu dengan memecahkan tingkap hadapan dan jeriji besi sebelum menggeledah rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata ketika kejadian banglo itu tidak berpenghuni kerana Adun berkenaan menunaikan solat Tarawih manakala isterinya, Datin Umul Khair, 52, berada di rumah jiran.

"Bagaimanapun ketika suspek yang tidak bertopeng itu keluar, mereka terserempak dengan isteri mangsa yang menjerit sebelum ketiga-tiga penjenayah itu melarikan diri menaiki BMW putih diletakkan di hadapan rumah mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati beberapa barangan berharga milik mangsa hilang termasuk jam tangan jenama Rolex dan Chopard serta wang tunai dianggarkan bernilai RM200,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ustaz Salleh Man Dilantik YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang

Posted: 26 Jul 2012 11:39 PM PDT

YDP Agong telah perkenan perlantikan YB Dato Salleh Man sebagai YDP MAINPP yang baru berkuatkuasa 27 Julai 2012 – 31.12.2013. Sidang media pengumuman berkenaan telah dibuat oleh TKM 1 Dato’ Mansor yg turut dihadiri YB Dato’ Abdul Malik selaku Exco Agama, YB Dato Salleh , YB Makhtar Shafiee selaku Timbalan YDP MAINPP dan Dato Sazali [...]

Rabu, 25 Julai 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu

Posted: 25 Jul 2012 08:24 PM PDT

KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.


Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Pemuda alukan Lajim sertai PAS

Posted: 25 Jul 2012 08:21 PM PDT

BEAUFORT: PAS bersedia menerima kemasukan orang ramai termasuk tokoh masyarakat dan politik untuk menjadi ahli parti tanpa mengira latar belakang dan kedudukan seseorang.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, PAS sudah menunjukkan keterbukaan dengan menerima kemasukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti tersebut tanpa sebarang halangan dan latar belakang.


 
"PAS sudah banyak pengalaman yang dilalui. PAS juga menerima pelbagai latar sama ada doktor, peguam, professional malah orang kampung yang tidak berpendidikan pun PAS terima kalau dia mahu jadi ahli.

"PAS tidak pernah halang kemasukan mereka", ujar beliau.

PAS katanya, turut menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin untuk menyertai PAS sekiranya beliau dipecat oleh Umno.

"PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk bersama perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.


"Beliau (Lajim) sudah pun mengakui bahawa Pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan dan memperbetulkan apa yang diseleweng Umno. Ini kata beliau, dan PAS amat berterima kasih terhadap pandangan beliau ini," katanya.

Beliau diminta mengulas terhadap kenyataan Datuk Seri Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dalam sebuah akhbar tempatan Daily Express kelmarin yang tidak kisah dipecat oleh Umno serta bersedia menyertai sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP berdasarkan kehendak para penyokongnya.

Katanya Lahirul, pimpinan Umno dan rakyat di negeri Sabah sebenarnya tidak perlu gusar dan takut-takut untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Umno kerana parti tersebut sudah tidak mampu mengubah dan berubah apa-apa yang sepatutnya dimiliki oleh negeri ini.

"Apa yang ada dalam Umno kini hanyalah rasuah, kronisme, putar belit dan sebagainya.

"Kenapa perlu dipertahankan Umno dan Barisan Nasional lagi,  seandainya ada Pakatan Rakyat yang mampu mengubah landskap politik dan kehidupan rakyat Sabah.?" Jelas Lahirul.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Muslimeen United

Posted: 25 Jul 2012 01:49 PM PDT

Oleh: Tukang Lawan


Betul ke rosmah bini najib guna jet rasmi negara untuk tujuan peribadi??, kalau betul kes berat dah nei, ni dah sama macam penyalahgunaan kuasa. sebab ikut peraturan rosmah tak boleh guna ikut suka.
Kalau Penyalahgunaankuasa, siapa yang salahguna kan kuasa tu?
Dah tentulah najib yang salahguna, rasanya dialah laki kepada rosmah FLOS (first lady of shooping) . rosmah kan belum lagi dilantik sebagai perdana menteri, mana boleh guna jet negara ikut suka hati.
Kalau semua harta negara rosmah nak guna hebatlah dia, dialah agaknya bini perdana menteri paling hebat dalam sejarah abad kini, dari manusia biasa, jadi bini menteri sekarang berlagak macam ""pemansuri"".
Banyak-banyak bini menteri, rosmah la paling hebat bergaya dan kaya , dikatakan oleh ramai orang rosmah itu lebih kaya dari perdana menteri ini negara.
Mungkin rosmah ada projek dan bisnes luar negara, oleh sebab itulah dia jadi kaya, mungkin sebab duit tabung rosmah dah najib banyak guna, kalau begitu terpaksa la benar rosmah guna  apa saja harta negara. walaupun dia tahu rosmah tak boleh guna ikut suka.

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 25 Jul 2012 01:37 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:37 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


CALON - APA KATA BOB LOKMAN

Posted: 25 Jul 2012 12:09 AM PDT

ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.   Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam."Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu."Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara."Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua.

Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut," katanya.


SH

Pengikut