Isnin, 16 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 15 Jul 2012 11:17 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Orang Asal di beberapa buah perkampongan di Pahang

Posted: 15 Jul 2012 08:44 PM PDT













Biarlah gambar foto ini menceritakan sendiri kehidupan OA, gambar-gambar ini diambil dari Kg Penderas, Kg Lubok Wong, Kg Seboi, Kg Paya Pelong dan Kg Bangas.

Anwar Ibrahim

Posted: 15 Jul 2012 07:07 PM PDT

Anwar Ibrahim


Bapa Altantuya Ragui Najib Yang Tidak Membantu Siasatan Scorpene

Posted: 15 Jul 2012 05:44 AM PDT

Malaysia Chronicle

Bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang telah dibunuh di Malaysia telah mempersoal kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu keberatan untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan rasuah Scorpenes di Perancis. Ini menandakan masa untuk Najib sebagai pemimpin negara untuk bangkit dan membersihkan namanya dan kerajaan Malaysia di mata dunia.

Kata-kata Setev bukan sahaja terang dan jelas untuk semua tetapi mempunyai implikasi yang mendalam bagi Malaysia sendiri, yang telah diheret ke dalam skandal yang sudah berlaku sejak 6tahun tahun yang lalu. Jika Najib tidak berani untuk mempertahankan namanya sendiri, pasti dia menyembunyikan sesuatu atau memang sebenarnya bersalah atas dakwaan yang dibuat keatasnya. Inilah yang dikatakan oleh Setev.

Dan jika ini adalah benar, maka rakyat Malaysia mungkin terpaksa menuntut perletakan jawatan daripada perdana menteri yang terpalit skandal ini jika dia enggan membersihkan namanya dan bertanggungjawab kepada mereka yang menjadi mangsa dan masyarakat global.

Diam tanda bersalah?

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada media di Malaysia pada hari Khamis dan dibaca pada sidang media oleh Ahli parlimen PKR Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne, Setev berkata, amat mengejutkan apabila pentadbiran Najib tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membantu atau turut serta dalam siasatan Scorpenes ‘.

Anak perempuannya yang berusia 28 tahun itu dipercayai telah dibunuh kerana pengetahuannya tentang urus niaga kapal selam Scorpene, di mana DCNS, pembekal senjata Perancis telah dituduh merasuah pegawai Malaysia termasuk Najib untuk membolehkan penjualan sejumlah RM7.3bil kepada kerajaan Malaysia.

Setev juga menyatakan bahawa dia terkejut apabila Parlimen Malaysia – yang akan dikawal oleh parti Umno Najib – telah menolak usul baru-baru ini untuk membahaskan bukti baru dalam perbicaraan di Perancis yang menunjukkan rakan rapat Najib yang juga perunding bagi Scorpenes, Razak Baginda mungkin telah menjual maklumat rahsia ketenteraan kepada DCNS.

“Oleh kerana ia melibatkan pembunuhan anak perempuan saya, saya mengikuti perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis dengan teliti. Perkembangan terkini memberitahu maklumat mengenai sebuah syarikat di Hong Kong yang dinamakan Terasasi dimana Razak Baginda adalah pengasas dan juga pengarahnya, terbabit dalam menjual rahsia ketenteraan kepada sebuah syarikat Perancis, “kata Shaariibuu.

Menyembunyikan bukti

DCNS kini dalam perbicaraan di Paris atas tuduhan rasuah dalam pembelian Scorpenes oleh Malaysia. Polis Perancis telah menemui beratus-ratus dokumen yang masih lagi diteliti oleh mahkamah Perancis. Setakat ini, wang yang digunakan untuk pembayaran rasuah Scorpenes telah mengarah kepada Baginda, ramai yang menyifatkannya sebagai orang kuat Najib dan Umno.

Namun demikian, pihak berkuasa Malaysia termasuk Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi dan pegawai tentera telah menafikan rahsia tentera laut telah dijual. Dan walaupun perbuatan itu adalah pengkhianatan yang tinggi, tiada seorang pun dalam kerajaan Malaysia berani untuk menggesa agar suatu penyiasatan dibuat. Gaya bersahaja mereka 'menyapu kotoran di bawah karpet' telah mencetuskan kemarahan rakyat.

Beberapa pemerhati politik berkata Najib dan Umno akan terus menutup mata dan mengulangi penafian mereka kerana pilihan raya umum ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Kepada ayah Altantuya, ia mungkin nampak seperti mereka memperlekehkan kes pembunuhan anak perempuannya, tetapi bagi Najib, kedua-dua kes Scorpene dan Altanutya akan mendatangkan masalah yang serius dan boleh mengakibatkan kehilangan keyakinan pengundi dan integriti peribadinya.

Kami ada bukti Altantuya pergi ke Perancis

Setev juga menyangkal dakwaan yang diputar belit oleh media Umno bahawa Altantuya tidak pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007. Scorpenes telah dibeli pada tahun 2002 dan Altantuya pula dibunuh pada tahun 2006.

“Kami mempunyai bukti bahawa dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti kami dikehendaki berbuat demikian. Saya berharap melalui kes ini dan usaha mereka di Perancis dan Malaysia, kita akan menemui kebenaran dan berharap perancang sebenar di sebalik pembunuhan anak perempuan saya akan dijumpai, “kata Setev.

Setev, juga menambah bahawa beliau bersedia untuk membantu dalam siasatan Scorpene dan boleh memberikan maklumat yang berguna yang akan membawa memberi maklumat yang berkemungkinan besar akan membantu siasatan kes. Dia juga sudah berada dalam senarai saksi untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah Perancis.

Ada kaitan- Altantuya dan Scorpenes

Sengaja membuat laporan yang salah, media Malaysia telah memetik rekod imigresen Perancis dan menegaskan bahawa ia menunjukkan dia tidak pernah memasuki Perancis. Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen mahkamah yang terbaru menunjukkan bahawa dia telah berbuat demikian, mengukuhkan dakwaan Setev. Terdapat juga testimoni rasmi pegawai DCNS yang berkata bahawa dia telah bertemu dan dia telah diperkenalkan kepadanya sebagai penterjemah Baginda.

Ada sebab-sebab yang jelas mengapa Najib dan Umno akan bersungguh-sungguh menjauhkan kes pembunuhan Altantuya daripada kes Scorpenes. Dalam kes Scorpenes, sekurang-kurangnya Najib dan Umno hanya didapati bersalah kerana rasuah sahaja.

Bagaimanapun, apabila hubungan antara pembelian Scorpenes dan Altantuya dibuat, ia akan menjadi sukar bagi mahkamah Malaysia untuk menolak agar kes dibuka semula. Bahkan perbicaraan semula apabila bukti baru terbongkar di Perancis dianggap penting dan menjadi motif utama di sebalik pembunuhan itu. Najib dan pegawai tertinggi Umno mungkin mendapati diri mereka dalam senarai suspek baru.

Berikan kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat Mongolia

Setev juga merayu kepada pentadbiran Najib untuk “tulus dan ikhlas” dalam memberi bantuan kepada pasukan Mongolia yang akan tiba di Kuala Lumpur untuk menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Altantuya, yang boleh bercakap dalam 4 bahasa, termasuk Bahasa Rusia, telah ditembak di hutan di Shah Alam oleh dua bekas pengawal peribadi Najib. Mereka juga meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 untuk mencegah pengenalan mayatnya. Walaupun kedua-dua polis telah dikenakan hukuman gantung kerana membunuh, rakyat ternyata tidak puas hati dengan penghakiman ini.

Pertamanya, Baginda telah dibebaskan dengan penuh kontroversi apabila bersubahat dalam pembunuhan itu. Dia dilihat telah dilepaskan dengan mudah, tanpa mendapat tahu perkara sebenar dari dirinya sendiri mahupun diperolehi polis atau pihak pendakwa. Kedua, kebanyakan mereka yang mengikuti kes itu percaya bahawa perancang sebenar di sebalik pembunuhan itu masih belum didedahkan.

“Saya harap demi keadilan dan saling hubungan antara Mongolia dan Malaysia, kerajaan Malaysia akan memberi bantuan penuh ikhlas kepada pasukan Mongolia yang akan tiba di Malaysia Ogos ini untuk menyiasat pembunuhan anak perempuan saya.”

Respectable Leader Must Have Sense Of Passion & Respect For Dignity Of Man & Woman

Posted: 15 Jul 2012 05:33 AM PDT

BULETIN RAKYAT

Posted: 15 Jul 2012 11:02 AM PDT

BULETIN RAKYAT


BOLEH PUN BUAT PERHIMPUNAN AMAN..... TAHNIAH PDRM!!!

Posted: 14 Jul 2012 06:52 PM PDT

 *Rakyat berjaya membuktikan perhimpunan berlangsung aman tanpa provokasi mana-mana pihak dalam Perhimpunan Oren Selamatkan Felda hari ini. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat. "Pertama sekali kita ucap terima kasih kepada pihak polis kerana beri ruang yang sangat baik dan hari ini kita nak buktikan perhimpunan tanpa provokasi akan berjalan dengan baik. Dalam negara demokrasi, hak rakyat untuk berhimpun secara aman,"

MENGAPA INSAF SETELAH BERKHIDMAT DGN KERAJAAN NAJIB...

Posted: 14 Jul 2012 06:37 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pesara kerajaan termasuk pegawaitertinggi menyertai PAS kerana parti tersebut memperjuangkan Islam, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, di Malaysia, hanya PAS yang konsisten memperjuang kandasar-dasar Islam dan ini menjadi sebab mengapa ramai pesara kerajaan tertarikuntuk menyertai parti tersebut.
"Islam adalah agama yang mempunyai keserasian dengan fitrah manusia.
"Fitrah manusia memihak kepada kebenaran.
"Sesiapa sahaja sama ada mereka pesara kerajaan atau bekas polis mempunyai mempunyai fitrah untuk bersama-sama Islam dan kebenaran," kata Salahuddin (gambar) dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.

Berlakunya trend dalam politik Malaysia, di mana terdapat kecenderungan bagi pesara-pesara kerajaan termasuklah pegawai-pegawai tinggi seperti bekas ketua setiausaha kementerian, bekas duta dan bekas pemimpin anggota keselamatan yang beragama Islam - menyertai PAS selepas tamat bertugas.
Baru-baru ini, bekas orangnombor tiga Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, membuat kejutan apabila memilih untuk menyertai PAS.
Fauzi menyerahkan boring keahliannya kepada presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalamsebuah majlis menyambutnya.
"Baguslah dia (Fauzi) sertai PAS.
"Lepas ni bolehlah dia ajarPAS tentang undang-undang dan peraturan negara," kata bekas ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas tentang kemasukkan bekas anggotanya itu ke dalam parti PAS.
Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut.
Tambah Salahuddin lagi, bukan sahaja bekas polis, ramai juga pimpinan tentera menyertai PAS menjelang pilihan raya tahun 2004 dahulu.
"Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan Datuk Ramli Buyong, Naib Presiden Kanan Felcra Berhad baru-baru ini menyertai PAS.
"Sebelum ini, bekas duta, Datuk Yeop Adlan telah lama menyertai PAS," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu lagi.
Musa Hassan  menegaskan beliau pernah menolak lamaran parti pembangkang dan tidak akan menyertai politik.
Walaupun pernah dilamar oleh salah satu parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), bekas KPN itu menolaknya kerana merasakan lebih baik untuk tidak berada dalam politik.
"Orang seperti saya (bekasKPN) lebih baik tidak menyertai politik," kata Musa dalam wawancara ekslusif bersama TheMalaysian Insider baru-baru ini.
Prof. Datuk Dr. Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),tidak bersetuju jika dikatakan terdapat trend bekas pengawai tertinggi kerajaan menyertai parti pembangkang seperti PAS.
"Jika katakan terdapat trend, itu 'over statement' ramai pesara-pesara kerajaan termasuk pegawai tertinggi menyertai Barisan Nasional (BN), cuma tidakdi 'high light'," kata pensyarah UKM itu.
Menurut Dr. Agus, kemasukkan bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaanmenyertai PAS membuktikan tidak semua penjawat awam akan mengundi BN dalam pilihanraya dan mereka adalah "silent voters" yang lebih merbahaya.
"Jika terdapat polisi atau dasar kerajaan dibuat dan tidak dipersetujuioleh penjawat-penjawat awam, mereka-mereka ini akan menjadi 'silent voters' yang tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang.
"Golongan ini (silent voters) lebih merbahaya kerana kelihatan sepertimenyokong kerajaan dan buat program untuk kerajaan tetapi mengundi menentangkerajaan," kata Dr. Agus lagi.
Kemasukkan bekas pegawai -pegawai kanan kerajaan kedalam PAS menambahkanlagi kekuatan kepada parti tersebut.
PAS adalah musuh tradisi Umno zaman berzaman. Ditubuhkan selepaspenjajah British mengharamkan pergerakkan Islam Hizbul Muslimin pada tahun 1948.
PAS pernah dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Helmy – tokoh nasionalis yanglebih awal dari Umno dalam menentang penjajahan. Partinya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) turut diharamkan British pada tahun 1948.
Selepas PRU 2008, PAS menjadi semakin kuat. Perpecahan akibat pertembungan garis pro dan anti kerajaan perpaduan tidak melemahkan partitersebut.
Pilihan raya umum ke 13 menjadi medan pertembungan antara PAS dan Umnodan kita akan dapat melihat siapakah yang lebih disokong rakyat, terutamanya bagi orang-orang Melayu.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 15 Jul 2012 09:03 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


HIMPUNANN HIJAU KE PUTRA JAYA DARI STADIUM KUALA SELANGOR - SIARAN LANGSUNG TV SELANGOR

Posted: 15 Jul 2012 06:47 AM PDT

Video Adam Hamid Sertai PAS

Posted: 15 Jul 2012 01:39 AM PDT

Hari Koperasi....Penonton berpusu pusu keluar ketika Najib berucap

Posted: 14 Jul 2012 10:07 PM PDT

AWAS!!! blog menyamar penyokong PAS dan Pakatan Rakyat

Posted: 14 Jul 2012 09:19 PM PDT

Awas blog menyamar penyokong PAS dan Pakatan Rakyat -BLOG PROPAGANDA AMNO/APCO


http://suarapakatanrakyat.com/ 

http://penyokongpas.wordpress.com/


MOHON SEBARAN 

Penjelasan, pengumuman, Pemberitahuan kali ke berapa tah....

Untuk makluman rakan-rakan serta para penyokong Pakatan Rakyat.

2 BLOG PALSU INI ADALAH SATU KERJA JAHAT UMNO BARISAN NASIONAL kerana semua media mereka tidak berjaya untuk menyampaikan fitnah lagi, maka mereka menghasilkan laman web ini. Sila jauhikan diri anda dengan laman web ini.

1. http://penyokongpas.wordpress.com/

2. http://suarapakatanrakyat.com/

Admin juga memohon anda serta rakan-rakan dapat membantu admin untuk share penerangan ini di wall-wall fb anda, pages yang anda miliki, blog yg anda tulis dan acc twitter anda, kita tidak mahu ada seorang pun tidak tahu perkara ini.

Insyaallah kita akan dapat melawan fitnah jahat UMNO BN lagi jika rakan-rakan dapat share pencerahan ini

Sekian Terima Kasih
by, 


Pakatan Rakyat Suppor

Sertai Pas, azam baru pelakon Adam Hamid

Posted: 14 Jul 2012 09:01 PM PDT



NURUL AINI MOHAMED ALI


KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan.

"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.

"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.

Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.

Ditanya adakah hanya mengikut trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air, beliau lantas menafikan.

"Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," ujarnya.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ketua pemuda Umno Johor bertukar dalam permainan politik pilihan raya, kata sumber

Posted: 16 Jul 2012 12:38 AM PDT

Pemuda UMNO Johor yang sedang kacau bilau, ini tanda2 awal sebelum PAS dapat tawan Johor pada PRU akan datang ———————————————————————————————————————————————————————————- KUALA LUMPUR, 16 Julai – Perebutan kuasa di Johor telah menyebabkan ketua pemuda Umno negeri ditukar dengan calon lebih neutral pada hujung minggu lalu kerana menteri besar, Datuk Abdul Ghani Othman membuat percubaan untuk kekal [...]

Ahad, 15 Julai 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 15 Jul 2012 03:03 PM PDT


by: Hilal Asyraf
http://www.langitilahi.com/

Ramadhan semakin menghampiri.

Apakah ada antara kita yang mendengar 'loceng-loceng' yang menyatakannya?

Ramadhan semakin menghampiri, semakin mendekat, tetapi apakah persediaan kita? Ramai antara kita tidak peduli. Seakan-akan Ramadhan itu bukan sesuatu yang penting buat kita. Mengapa?

Kerana kita telah di'doktrin' oleh suasana yang silap dalam melayani Ramadhan Yang Mulia.

Ramadhan Sebagai Bulan Susah Payah.

Didoktrin di dalam kehidupan kita, bahawa Ramadhan adalah bulan bersusah payah. Bulan kepenatan dan keletihan. Bulan di mana manusia perlu berlapar dan dahaga seakan tidak wujudnya makanan. Bulan yang dilihat sebagai tidak produktif, bulan yang melemahkan dan tidak punya apa-apa keistimewaan dari segi material.

Kita melalui Ramadhan, hanya dengan satu pancaran harapan – Lepas Ramadhan, akan datang Syawal.

Ya. Dengan itulah kita melalui Ramadhan. Menunggu untuk 'dibebaskan' dari segala keletihan dan kepenatan.

Jika perasan, kita didoktrin sedemikian.

Kerana itu, kehadiran Ramadhan bukan satu keistimewaan buat kebanyakan kita. Bukan sesuatu yang dinanti-nantikan buat kita. Tetapi adalah satu bebanan. Satu kesukaran. Satu kepayahan buat kita.

Sedangkan Itulah Bulan Yang Dirayakan.

Ramai yang tidak tahu, bahawa apa yang kita namakan sebagai 'AidulFitri' itu hakikatnya dirayakan sehari sahaja, yakni pada 1hb Syawal. Dan tidaklah pula ianya dirayakan pada 2hb Syawal, 3hb Syawal dan sehingga 30hb Syawal. Tidak. Hakikatnya, hari raya itu sehari sahaja. 2hb Syawal dan seterusnya, kita telah disunatkan untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal.

Syawal hakikatnya bukan hari raya utama ummat Islam. Yang utamanya adalah 'AidulAdha', kerana ia dirayakan selama empat hari. 10hb, 11hb, 12hb, dan 13hb Zulhijjah. Haram berpuasa pada keempat-empat hari tersebut.

Ya. Sehari sahaja 'AidulFitri' hakikatnya. Namun masyarakat kita sakan merayakannya hingga ke hari 30hb Syawal. Bagai nak runtuh dunia kita rayakannya. Sedangkan, apakah itu 'AidilFitri'? Maksudnya adalah Perayaan Fitrah. Mengapa dinamakan sedemikian?

Kerana ia adalah untuk merayakan mereka yang berjaya melalui tarbiyah, memproses diri di dalam Ramadhan Al-Mubarak. Yang membersihkan diri dan mensucikan diri mereka di dalam bulan itu. Yang mempertingkatkan diri serta menaikkan lagi kualiti hati mereka di dalam bulan itu.

Bukan kepada mereka yang pada 15hb Ramadhan, sudah sibuk hendak menyambut Syawal!

Yang diraikan hakikatnya adalah Ramadhan. AidulFitri meraikan itu. Kita hakikatnya bukan meraikan AidilFitri. Kerana AidilFitri itu hakikatnya tidak punya apa-apa, melainkan sekiranya kita melalui Ramadhan dengan jayanya!

Mentaliti Yang Perlu Diubah.

Maka Ramadhan itu perlu kita tekankan pada diri dan keluarga, bahawa ianya adalah Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Peningkatan diri. Bulan di dalamnya wujud pelbagai fadhilat dan kelebihan. Bulan yang Allah SWT sediakan agar ummat Islam kembali mengecas keimanan masing-masing, memperkuatkan diri masing-masing.

Bulan yang hakikatnya merupakan 'perayaan jiwa-jiwa' kerana ianya memberikan makanan kepada mereka. Bulan untuk memperbanyakkan kebaikan, agar jiwa yang jauh menjadi kembali rapat kepada Tuhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan diikat syaitan-syaitan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(menghitung nak memperbanyakkan amalannya), maka akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang pernah dilakukan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya. Ramadhan inilah hakikatnya yang patut kita nampak sebagai 'habuan', 'hadiah', 'anugerah'. Allah SWT memberikannya kepada kita. Dalam setahun, Allah SWT berikan kita sebulan untuk mempertingkatkan diri kita, memperkuatkan diri kita, dalam suasana yang kondusif, bersama 'tambahan-tambahan' yang mengiurkan.

Penutup: Maka Apakah Jiwa-jiwa Masih Tidak Mahu Memperdulikan?

Maka apakah jiwa-jiwa yang do'if lagi lemah, banyak kekurangan dan dosa ini, masih tidak mahu memperdulikan panggilan Tuhannya?

Apakah hamba yang hina ini, mahu melemparkan hadiah pemberian Tuhannya?

Sesungguhnya inilah dia hamba-hamba yang celaka.

Marilah kita muhasabah semula.

Jangan jadi hamba yang sombong dengan Dia.

Ramadhan menghampiri, dan kita masih tidak peduli.

Jangan.

Mari peduli. Persiapkan diri. Jadikan Ramadhan kali ini yang paling bermakna sekali!

Muslimeen United

Posted: 15 Jul 2012 01:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS terus menjadi wadah pilihan utama artis berhijrah apabila pelakon dan pengarah muda berbakat besar Adam Hamid menyertai PAS sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan malam tadi.
Penerbit filem 'Cinta Terakhir' itu pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Angin, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang.

Malam tadi pemuda kacukan Kelantan-Pakistan itu meneruskan fenomena artis tanah air berhijrah ke dalam PAS. Borang keahliannya diserahkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang menariknya beliau yang menjadi ahli PAS seumur hidup memberitahu media, berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan kepada syariat.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang. Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya seperti yang dilaporkan media.

Berkenaan peluang dan kerjayanya selepas menyertai PAS, beliau berkata tidak gentar jika disenaraihitamkan kerana hanya menyerahkan segalanya kepada takdir namun usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.

Sementara itu Adam yang memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada usia 18 tahun, berkata beliau telah menjadi penyokong Pakatan Rakyat sejak lama.

"Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya menyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," tegasnya.

Ketabahan dan keazaman yang kuat membuat Adam mengharungi apa juga badai yang mendatang di dalam perjalanan seninya. Adam yang juga bekas handyman ini menguasai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen. Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair utk slot RTM pada tahun 2001. -Hrkh

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


GSF junjung kasih Agong berkenan terima memorandum

Posted: 14 Jul 2012 06:40 PM PDT



KUALA LUMPUR, 14 Julai: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini.

Koordinator GSF, Mazlan Aliman berkata, penerimaan baik memorandum peneroka itu membuktikan isu peneroka bukan 'isu jalanan' tetapi mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.

"Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hari ini detik yang paling bersejarah kerana selama lapan bulan kita berhubung dengan perdana menteri bagi menyatakan pandangan kita tapi langsung tak ada respons.

"Tapi hari ini pegawai perhubungan awam istana bersedia terima memorandum seperti yang dijanjikan, ini menandakan keyakinan Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira isu penyenaraian FGVH," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan memorandum ke Istana Negara, petang tadi.
Terima kasih polis
Mazlan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan kerjasama penuh dalam memantau perhimpunan dan perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

"Kita nyatakan penghargaan kepada PDRM yang beri kerjasama bukan sahaja dalam memantau pergerakan peserta himpunan namun mereka mengiringi sampai ke pintu istana bagi memudahkan kami menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Namun tegasnya, memorandum tersebut tidak akan berakhir di setakat ini sahaja tetapi tindkan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diteruskan kerana berhubung kenyataannya yang menggelarkan 'haram jadah' kepada peneroka.

"GSF selepas ini akan mulakan beberapa prosiding penting iaitu menyaman Najib yang menyabut 'haram jadah' dan berada di peringkat akhir untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah terhadap suruhanjaya sekuriti kerana tidak memberi respons terhadap aduan kita," katanya.

Tunggu campurtangan Agong

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menunggu tindakan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia disifatkan sebagai bahaya kepada aset bumiputera.

"Kita harap Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.

"Sekarang hak rakyat mahu disenaraikan dalam senarai bursa saham. Ini satu penyenaraian yang berbahaya dan kepada peneroka," tegasnya.

Enam orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum ke istana kira-kira jam 3.20 petang.

Kenderaan mereka daripada jalan Dutamas 1 diiringi kenderaan polis masuk ke kawasan istana.

Juara tilawah jadi inspirasi anak Kelantan

Posted: 14 Jul 2012 06:39 PM PDT


KOTA BHARU, 14 Julai: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nikdul  AbAziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada anak jati Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali (gambar kiri) yang telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 tahun 1433H.

Menulis di laman Facebook beliau, Nik Aziz berharap kejayaan Ustaz Muhamad Anuar akan menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan.

"Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan.. tahniah!" tulis beliau.

Muhammad Anuar Ghazali, 36, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara kategori qari di Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir malam tadi.

Muhammad Anuar memperdengarkan bacaan Surah al-Hud, memperoleh markah 95.33 peratus. mengalahkan qari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus dan qari Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin (90.16 peratus).

Bagi kategori qariah (wanita) dimenangi peserta Maghribi Hasnae Khoulali, 19, yang memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus sama seperti markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga.

Hasnae menewaskan qariah Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa dan qariah Malaysia, Che Aminah Che Awang menerusi cara bacaan, tajwid, kefasihan serta suara dalam menentukan perkiraan markah mereka.

Penyampaian hadiah kepada qari disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sementara Raja Permaisuri Agong pula kepada qariah

Juara mendapat hadiah wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Oren buktikan perhimpunan aman tanpa provokasi

Posted: 14 Jul 2012 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Julai: Rakyat berjaya membuktikan perhimpunan berlangsung aman tanpa provokasi mana-mana pihak dalam Perhimpunan Oren Selamatkan Felda hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat.

"Pertama sekali kita ucap terima kasih kepada pihak polis kerana beri ruang yang sangat baik dan hari ini kita nak buktikan perhimpunan tanpa provokasi akan berjalan dengan baik. Dalam negara demokrasi, hak rakyat untuk berhimpun secara aman," kata beliau ketika ditemui selepas penyerahan memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Istana Negara petang tadi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan perhimpunan dan perarakan dengan baik sehingga memorandum berjaya diserahkan kepada pihak istana.

Perhimpunan bermula dengan solat Zuhur di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan berarak sehingga Jalan Dutamas 1.

Polis hanya membenarkan peserta yang berjumlah kira-kira 5,000 berkumpul di situ dan menutup laluan.

Mereka berkumpul sambil mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat, wakil-wakil NGO sementara enam wakil ke diiringi kereta polis ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

"Walaupun peringkat awalnya kita cadang nak berarak sampai istana tapi hasil perbincangan dengan pihak polis mereka hanya membenarkan kita berhenti di sini (Jalan Dutamas 1) dan pihak polis iring kita untuk hantar memorandum, adi keseluruhan berjalan dengan baik," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Polis akui Himpunan Oren berlangsung aman

Posted: 14 Jul 2012 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pihak polis mengakui Himpunan Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berlangsung dalam suasana aman.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, pihak polis akan memastikan hajat dan matlamat mana-mana pihak ditunaikan kerana itu adalah hak mereka.

Ketika ditanya mengapa anggota FRU tidak ditugaskan mengawal dalam Himpunan Oren hari ini,  beliau berkata keadaan tidak memaksa mereka berbuat demikian.

"Kita buat penilaian sendiri, kalau keadaan tidak mamaksa...dan sebagainya, kita bukan suka mencari...cuma jangan mencetuskan perkara yang melanggar undang-undang," katanya ketika ditemui media di hadapan Pintu 3 Istana Negara sebaik sahaja rombongan GSF beredar selepas mengadap Agong.

Bagaimanapun, Wan Abdul Bari enggan memberitahu jumlah anggota keselamatan yang bertugas dalam himpunan ini walaupun berkali-kali ditanya pihak wartawan.

"Tak pelah itu soal keselamatan, anggota hari ini mencukupi untuk menghadapi apa-apa kemungkinan tidak perlu saya bagitahu jumlah anggota polis yang bertugas hari ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan dua orang wakil dari GSF yang tidak dibenarkan masuk ke istana kerana nama mereka tidak ada di dalam senarai asal yang difakskan ke pihak istana sebelum ini.

"Nama-nama yang terdapat dalam faks dihantar pada Istana kita benarkan, setelah kita sahkan nama betul mereka kita benarkan mereka masuk. Yang mana saya boleh sahkan, pihak istana bersedia terima memorandum GSF," katanya.

Justeru katanya, keadaan di hadapan istana dalam keadaan yang baik dan tidak ada perkara yang tidak diingini dan memudaratkan berlaku.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Peguam Mohd Harris Abdullah yang menggantikan tempat Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid dan Wakil NGO Raja Abd Rahman, tidak dibenarkan masuk ke istana kerana pertukaran itu dimaklumkan pada saat-saat akhir.

Tarik balik karikatur hina pemimpin Pakatan

Posted: 14 Jul 2012 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menerima satu 'mock up' komik karikatur yang menghina pemimpin Pakatan Rakyat, selain berbaur fitnah.

Naskhah karikatur yng dianggarkan setebal 50 muka surat itu diterima oleh salah seorang exco Pemuda PAS dan diserahkan kepada Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan, hari ini.

Ketika menunjukkan karikatur itu kepada wartawan, Nasruddin berkata pihaknya tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab di sebalik penerbitan karikatur tersebut.

"Karikatur ini diterima oleh salah seorang exco kami yang berada di Kuala Lumpur. Kami percaya, ia belum diterbitkan lagi dan mungkin ada pihak yang ingin kami tahu lebih awal," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, karikatur yang dihantar melalui pos itu jelas menghina dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat dengan pemaparan karikatur yang jelek dan tidak bermaruah.

Sambil tidak menuntut sesiapa untuk menjelaskan penerbitan karikatur itu, Nasruddin menyebut terdapat cetakan pada belakang naskhah komik tersebut yang tercetak 'Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Umno Malaysia, Tingkat 38, PWTC'.

Beliau yang kesal dengan penerbitan komik karikatur itu bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang kesimpulan dengan cetakan tersebut, sebaliknya meminta pihak yang bertanggungjawab menerbitkan karikatur itu menarik semula komik tersebut,

Selain itu, beliau juga menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat untuk bertemu bagi berhujah secara matang, dan tidak bertindak tidak matang dengan menghina sedemikian.

"Saya percaya, jika inilah sikapnya (membuat fitnah), rakyat akan semakin meluat," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar memantau perkara tersebut dengan kadar segera.

Noh kata tidak salah terlibat projek udang

Posted: 14 Jul 2012 06:37 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) mengakui mempunyai pegangan dalam projek penternakan udang di Tanjong Karang tetapi menegaskan ia bukan satu kesalahan.

"Jadi, seorang menteri perumahan tidak boleh beli rumah. Apakah itu juga konflik kepentingan?" soal beliau balik apabila ditanya wartawan mengenainya.

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, beliau mendakwa ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak dimilikinya, beliau belum lagi dilantik sebagai menteri pertanian.

Dewan Negeri Selangor baru-baru ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) (gambar) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.

Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

"Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan itu.

"Tambahan pula, tanah itu bukan milik saya sendiri. Ya, saya menjalankan perniagaan penternakan udang bersama dengan ahli perniagaan lain, ini pun tidak boleh ke?" katanya ketika menjawab soalan wartawan selepas melancarkan satu program Bank Pertanian semalam.

"Saya mesti menegaskan bahawa perniagaan ini dikongsi dengan orang lain. Ia adalah sesuatu yang saya lakukan sebelum menjadi menteri. Saya membuat perniagaan itu bukan kerana Kementerian Pertanian, jadi apa yang salahnya?" kata Noh sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Cina itu.

Mengenai sama ada perniagaan penternakan udang itu akan menimbulkan isu konflik kepentingan kerana kedudukan portfolio beliau, Noh menyangkal.

Sebab beliau menjalankan perniagaan penternakan udang ialah keinginan untuk merasai kehidupan seorang petani dan beliau sendiri berminat dalam pertanian.

Sementara itu, pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa ia berniaga dengan Noh dalam projek usahasama ternakan udang itu.

Bercanggah dengan Noh, Chu sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa menteri berkenaan hanyalah pemilik sebahagian projek penternakan udang itu seluas 100 ekar di Tanjung Karang, dan syarikatnya adalah penyewa.

Jenayah: Hishammuddin kena debat dengan Musa

Posted: 14 Jul 2012 06:36 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hendaklah berani berdebat dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai kadar jenayah untuk membuktikan kerajaan tidak berbohong.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rakyat kini mendapat gambaran bahawa kerajaan berbohong apabila mendakwa indeks kadar jenayah negara berjaya diturunkan sebanyak 10.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Bila perkara itu diumumkan, Musa terus kata, kadar jenayah dalam negara ini semakin meningkat dan bukannya semakin berkurangan.

"Beliau juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Sebagai bekas Ketua Polis Negara, Musa mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai perkara itu dan apabila beliau menafikan, itu dengan sendirinya memberi pengertian bahawa kerajaan berbohong," katanya.

Jika Hishammuddin berani berdebat dengan Musa, kata Mahfuz, rakyat boleh membuat penilaian sipakah yang bercakap benar.

"Bukan itu sahaja, perdebatan itu juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai indeks kadar jenayah negara ini, sama ada betul-betul turun atau tidak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Rakyat juga, katanya lagi, boleh menilai sama ada Hishammuddin seorang ahli politik yang bercakap benar atau tidak.

"Musa pula bukan ahli politik dan tidak seperti Hishammuddin, beliau dilihat tidak mempunyai kepentingan politik," kata Mahfuz.

Beliau berharap Hishammuddin mempunyai keberanian untuk menghadapi Musa dalam perdebatan mengenai indeks kadar jenayah itu dan membuktikan bahawa kerajaan yang diwakilinya tidak berbohong semata-mata untuk bermain politik dalam perkara itu.

"Jika indeks kadar jenayah negara tidak turun seperti yang didakwa oleh kerajaan melalui kenyataan polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) itu, pada masa itu rakyat bolehlah mengukuhkan lagi keputusan mereka bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasionallah yang mesti diturunkan," tegas Mahfuz.

Pengikut