Sabtu, 17 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 16 Dec 2011 11:33 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Transformasi? Ya, berlaku di Palong

Posted: 16 Dec 2011 05:25 PM PST

Tiada siapa boleh menduga. UMNO yang berada didalam "comfort zone" tidak menduga. PKR yang sentiasa tertekan dan ditekan didalam rancangan-rancangan Felda tidak pernah menduga.

Dato Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menduga bahawa kehadirannya di Felda Palong 6 dalam siri lawatannya ke Negeri Sembilan berjaya menjemput lebih dari 2000 orang Peneroka Felda sekitar Palong dan menerima kemasukan lebih 350 orang anggota baru yang disampaikan oleh Ketua PKR Ranting Felda Palong 6, Sdr Ariffin, yang baru bulan lepas menyertai PKR dari UMNO.

YB Zuraida Kamaruddin tidak pernah menduga bahawa kehadirannya di Felda Palong 8 didalam siri lawatan kerjanya di DUN Palong berjaya mengumpulkan hampir 1000 orang peneroka Felda Palong 8.

Saya samasekali tidak menduga kebangkitan yang begini pesat di DUN Palong. Saya turut diundang semasa penubuhan PKR Ranting Palong 10, Palong 9, Palong 4, Palong 5, Palong 6 dan Palong 7 dan 8.

Dari minggu ke minggu saya dipanggil untuk Majlis Ceramah dan Majlis Dialog di DUN Palong. Peneroka-peneroka Felda di DUN Palong mempunyai pelbagai masalah yang didatangkan oleh Felda dan UMNO.

Kayu getah mereka dijualkan oleh Felda, JKKR dan UMNO dengan harga tak sampai dari separuh dari harga pasaran.

Mereka menjemput Sdr T.Kumar, Rebin dan saya kedalam Majlis Dialog, beberapa Majlis Dialog; dan mereka yang menyertai Majlis-Majlis Dialog ini terdiri daripada ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati.

Akhirnya, masalah-masalah mereka dibawa ke Mahkamah. Ada kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah dan kemenangan memihak kepada peneroka-peneroka. Banyak lagi kes-kes mereka yang sudah difailkan di Mahkamah, tetapi tarikh perbicaraan belum ditetapkan lagi.

Isunya, bukan siapa menang siapa kalah di Mahkamah, tetapi keupayaan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengadakan dialog dengan peneroka-peneroka yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO, dan akhirnya mereka menyertai PKR dan rantiing-ranting baru yang ditubuhkan adalah dipimpin oleh bekas ahli-ahli UMNO dan keanggotaanya terdiri daripada 100% bekas ahli-ahli UMNO.

Mereka tidak memperdulikan "durian runtuh", tidak memperdulikan bayaran RM100.00 bagi setiap anak yang bersekolah kerana itu melibatkan duit Kerajaan iaitu duit rakyat bukan duit UMNO, mereka tidak memperdulikan bayaran RM500.00 kepada mereka yang berpendapatan RM3000.00 kebawah. Itu semua bayaran "one-off" yang mereka sudah baca sebagai umpan Pilihanraya. Mereka akan ambil bayaran RM100 itu dan RM500 itu, dan mereka tidak lagi dapat dipancing dengan umpan yang begitu kecil

Mereka lebih berminat dengan lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda kepada mereka oleh Felda yang dikira sebanyak RM150,000.00 setelah 5 tahun ladang mereka mengeluarkan hasil.

Mereka lebih berminat dengan seruan PKR untuk penghapusan hutang mereka kerana mengikut kira-kira bahawa Feldalah yang berhutang dengan mereka. Mereka tidak mahu menanggung hutang atas angin yang dikenakan oleh Felda sebanyak lebih RM90,000.00 setelah 8 tahun kebun mereka ditanam semula, sedangkan pendapatan sebenar mereka adalah melebihin RM200,000.00 dan mengikut kira-kira itu, Feldalah yang berhutang dengan mereka.

Mereka lebih berminat agar Felda Technoplant/Felda menyempurnakan tanam semula kebun-kebun mereka kerana sehingga kini ada kebun-kebun mereka yang sudah melebihi 3 tahun selepas penebangan tidak ditanam semula oleh Felda walaupun mereka sudah menandatangani surat menyerahkan kebun masing-masing untuk ditanam semula oleh Felda.

Apalah sangat wang RM100.00 atau RM500.00 jika dibandingkan wang mereka yang tidak dikembalikan oleh Felda berjumlah beratus ribu ringgit.

Apalah sangat wang sebanyak itu jika dibandingkan dengan kegagalan Felda menyempurnakan tanam semula untuk kebun-kebun mereka.

Apalah sangat wang yang segelintir itu jika dibandingkan dengan hutang yang dibebankan oleh Felda sebanyak RM90,000.00 iaitu hutang atas angin yang Felda sendiri tidak berupaya mengeluarkan Penyata Kira-Kira keatas pendapatan dan tanggungan peneroka-peneroka.

Mereka mahu menuntut yang lebih asas, hak dan kepentingan mereka, bukan secebis wang yang bertujuan untuk memancing undi.

Anak-anak muda mahukan supaya Felda Plantation dibubarkan dan mereka mahukan tanah-tanah itu diagih-agihkan kepada mereka seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat didalam Buku Jingga. Tetapi tindakan Felda dan Kerajaan sangat mengeciwakan anak-anak muda kerana Felda Plantation dipajakkan kepada Felda Global Ventures untuk penyenaraian di Bursa Saham yang akhirnya akan menghapuskan peluang anak-anak muda untuk mendapatkan tanah sebagai Peneroka Baru.

UMNO boleh menipu rakyat di sesuatu ketika tetapi tidak boleh terus menerus menipu rakyat sepanjang zaman. Pembohongan dan penipuan UMNO sudah terdedah.

Apakah dia transformasi di Palong? Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda kini beralih bukan setakat mahu menyokong Pakatan Rakyat tetapi terus menyertai Parti Keadilan Rakyat sebagai anggota dan memimpin peneroka-peneroka bagi membawakan perubahan.

Transformasi? Ya, benar! Palong akan membawa perubahan dari UMNO kepada Parti Keadilan Rakyat!

Posted: 16 Dec 2011 05:25 PM PST

Keadilan Bahagian Tampin

Posted: 16 Dec 2011 12:40 PM PST

Keadilan Bahagian Tampin


Ketakutan gerombolan Umno telah menghampiri kemuncak!

Posted: 15 Dec 2011 11:44 PM PST

Mengapa Anwar Ibrahim begitu ditakuti oleh gerombolan Umno?

  1. Anwar Ibrahim menjadi ikon kebangkitan rakyat dan mencetuskan kesedaran rakyat tentang kebobrokan pimpinan BN.

  2. Tokoh yang berjaya menyatukan para pimpinan PAS dan DAP untuk membentuk gagasan rakyat menentang gerombolan Umno-BN dengan mewujudkan Pakatan Rakyat. Sebelum itu, ilham penyatuan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia juga cetusan idea Dato' Seri Anwar Ibrahim. Hasilnya, penyatuan kedua parti telah membentuk sebuah parti pelbagai kaum yang unggul di tanahair.

  3. Seorang pemimpin yang disegani dan dihormati sekalian rakyat tanpa mengira kaum hatta ahli-ahli Umno juga masih ramai yang menyokong beliau sehingga kini.

  4. Banyak rahsia pemimpin Umno diketahui oleh beliau.

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 16 Dec 2011 11:55 AM PST

Gwo-Burne for Kelana Jaya


Acara 18 Disember 2011

Posted: 16 Dec 2011 06:14 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 16 Dec 2011 11:45 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bob Lokman, Dato Fauzi 19 Dis 2011 di Seremban

Posted: 15 Dec 2011 07:53 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 19 Dis 2011, Isnin
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Taman Angsamas, Mambau (Jln Seremban-Mambau-Rantau)
Bersama :
Bob Lokman
Dato Fauzi (Bekas Timb. Menteri Pnerangan)
YB Taufek
YB Guna
CheGuBard

Semua dijemput hadir

BULETIN RAKYAT

Posted: 16 Dec 2011 11:25 AM PST

BULETIN RAKYAT


ABU - Satu Gerakkan Massa Dari Rakyat Untuk Rakyat !

Posted: 16 Dec 2011 01:29 AM PST

9 Disember, 2011: Kami merayu dan menyeru kepada semua; pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional, kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni, malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG!!!

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?

Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang –akibat sikap kita yang 'biarkanlah', 'tidak kisah' serta 'ignorant', dll– dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.

ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.

Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya hidup dengan mewah sekali.

Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.

Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik 'pecah' dan 'perintah' dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapi-apikan untuk memastikan kelangsungan jangkahayat politik UMNO/BN.

Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.

Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.

Kini, ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?

Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat 'dayus' dan 'bacul' kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.

Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia




Lewat hari ini, Edyes akan menampilkan laporan dari semua sidang media yang berlangsung di seluruh pelusuk negara, bersama gambar-gambar dan klip video. Nantikan...


Berikut adalah berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini;

Aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik telah bergabung untuk menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Dikenali sebagai 'Asalkan Bukan Umno' atau ABU, pergerakan itu berkata walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, tetapi ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.

Pergerakan ini telah dilancarkan dalam sidang akhbar yang diadakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini, manakala pelancarannya di Sabah dan Sarawak akan diadakan minggu depan.

ANYTHING BUT UMNO ~ABU BAKAL MENENTUKAN MASADEPAN RAKYAT MALAYSIA

Posted: 16 Dec 2011 12:57 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Dis: Lebih seribu hadir pada Rapat Rakyat sempena pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) di perkarangan Markaz Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, malam tadi.
Turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM)  S.Arutchelvam, penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam dan pimpinan Parti Progresif Sabah (SAPP) Benny Low.
Dipengerusikan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, beliau menegaskan, tiada makna sekiranya rakyat merungut  tentang pentadbiram negara, sekiranya mereka sendiri tidak bergerak menghapuskan punca masalah, iaitu Umno dan Barisan Nasional.
"Sebab itu kita akan jelajah ke seluruh negara. Ini pentas suara rakyat. Setiap isu yang dibawa mereka adalah perjuangan kita," kata CheGuBard mengingatkan hadirin dosa Umno paling utama – iaitu memperbodohkan orang Melayu.

"Kita akan bekerjasama dengan mana-mana gerakan rakyat. Di kampung, di bandar, di Felda, di kampus dan juga di Sabah dan Sarawak," kata CheGuBard yang turut melancarkan baju-T ABU.
Pada rapat tersebut, wakil masyarakat pelbagai latar belakang turut diberi peluang menyampaikan ucapan masing-masing.
Mereka terdiri dari suri rumah,  pekerja kilang, kontraktor kelas F, mahasiswa, eksekutif muda, orang Asal, peniaga pasar malam, malah jurulatih karate dan pengerusi Rela  (Ikatan Relawan Rakyat).
Wakil suri rumah dan kaum ibu, Teh Kamaruddin dari Sik, Kedah kecewa dengan sikap kerajaan 'menghukum' suaminya, seorang kakitangan awam kerana terlibat dalam gerakan Reformasi pada 1998.
"Suami dipaksa berpindah dari Sik ke Alor Setar, kira-kira 80 kilometer dari tempat asal. Kami tak boleh tinggal di bandar seperti Alor Setar kerana kos hidup yang tinggi," katanya yang komited akan meneruskan kempen ABU dikalangan suri rumah.
Yusof Tapa, seorang kontraktor kelas F dari Negeri Sembilan pula menyatakan sudah muak mendengar dendangan 'lagu' Umno yang kononnya mahu membela orang Melayu.
"Umno ini sifatnya dengki. Dia tak boleh tengok orang lain yang buat kerja dengan baik mendapat pulangan. Jadi dia 'senaraihitam' nama kita untuk masukkan kroni dia. Mana dia membela Melayu? soalnya.
Manakala wakil orang Asal, Arsian Toepoeloe dari Chenderiang, Perak berpengalaman sendiri diperdaya Jabatan hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
Katanya, isu tanah yang menjadi maruah orang Asal sehingga hari ini gagal diselesaikan.
"Senator orang Asal yang dibawa ke Dewan Negara itu bukannya mewakili suara orang Asal, tapi suara Umno. Masalah tanah tak selsesai.
"Kalau peneroka Felda dan Felcra boleh dapat tanah, mengapa kami orang Asal tiada hak? Ada Belanjawan 2012 sebut tentang kami?," soalnya.
Beliau mendedahkan, Akta Orang Asal juga digubal penjajah British, malah Umno tidak memberikan apa-apa kepada mereka.
"Nasib baik kerajaan Selangor ada juga beri geran," katanya disambut tepukan hadirin.

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 16 Dec 2011 11:07 PM PST

Razlan's


Apa salahnya beri kepada orang Melayu!

Posted: 16 Dec 2011 07:49 AM PST

Pada Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2010, agenda ekonomi Bumiputera telah menjadi topik utama dimana Usul Ekonomi telah dibawa sendiri oleh YB Senator Datuk Awag Adek.

Diantara usul yang diketengahkan adalah membawa syarikat-syarikat Bumiputera yang mempunyai potensi untuk dibantu di Senaraikan ke dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, juga semua lokasi-lokasi stretegik untuk hartanah akan dimajukan untuk kepentingan Bumiputera dan tidak lupa juga berkenaan dengan saham-saham yang berkepentingan Bumiputera dijaga.

Perkasa telah banyak menuntut agar orang-orang kerajaan lebih peka untuk membantu syarikat-syarikat yang berpontensi untuk dibantu bagi membolehkan mereka bersaing didalam perniagaan yang penuh dengan cabaran dan diskriminasi.

Pada Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2011 pula, di depan Timbalan Menteri MITI, YB datuk Mukhriz Tun Mahathir, kami telah menyahut untuk memberi amaran kepada semua pak-pak Menteri yang memegang kuasa untuk menjaga dan membantu syarikat-syarikat Bumiputera untuk membolehkan syarikat mereka ditingkatkan.

Menteri-menteri yang memegang kuasa dan yang mempunyai roh membantu Bumiputera sepatutnya diberikan KPI bilamana nanti habis penggal sahaja kita nak tahu berapa ramai peniaga Bumiputera yang telah dilahirkan oleh setiap kementerian, dan berapa ramai yang mereka bantu menaikkan syarikat Bumiputera ketahap yang tinggi.

GLC-GLC juga seharusnya membantu untuk merangka plan untuk turut sama membantu syarikat-syarikat Bumiputera berjaya dalam perniagaan, kita mendapati banyak rungutan dari orang Melayu yang mana peneraju GLC sering kali tidak memberi ruang dan peluang untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera.

Apasalahnya sekirang mereka yang memegang amanah ini merealisasikan impian YAB Dato Seri Najib untuk melihat dan bersama memajukan anak-anak Melayu yang berpontensi untuk berjaya seperti bangsa lain didalam bidang perniagaan.

Sebagai contoh, didalam bidang Telekomunikasi mana ada syarikat Bumiputera yang berjaya didalam bidang ini, padalah bidang ini bagaikan mencetak duit setiap saat dan amat malang sekali tidak ada satu pun syarikat ini dimiliki oleh Bumiputera.

Ada banyak lagi peluang yang boleh kita gunakan untuk membantu syarikat Bumiputera berjaya didalam pemberian lisen yang digunakan secara meluas di Malaysia, apa yang penting adalah bagaimana jati diri kemelayuan itu dipunyai oleh bangsa kita sendiri untuk melihat bangsa kita boleh pergi lebih jauh.

Jumaat, 16 Disember 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

ALHUSSEYN

Posted: 16 Dec 2011 04:12 PM PST

Bersyukurlah kau, wahai Zambry!

Posted: 16 Dec 2011 08:40 AM PST

Inilah pendekatan mesra rakyat, lebih dekat dan lebih mesra dengan rakyat oleh Zambry yang tidak mahu mengambil tindakan undang-undang kerana dikatakan 'Hitam Metalik' oleh Nga Kor Meng tempoh hari.Zambry mahu rakyat mengadili sendiri kenyataan Nga Kor Meng tersebut.

Mengikut kajian tidak rasmi, ramai rakyat perak bersetuju dengan kenyataan Nga Kor Meng - bahawa Ngah Kor Meng bercakap benar dan tidak berbohong.Ada ke sesiapa yang pernah kata Zambry itu puteh melepak? Berkatalah benar, walaupun pahit!Dan Zambry patut menerima hakikat tentang dirinya.Takkanlah nak marahkan Allah yang jadikan dia begitu?

Hujan Epal Di Coventry, England

Posted: 16 Dec 2011 04:00 AM PST


Satu kejadian aneh berlaku di Coventry, England, pada 15 Disember 15 lalu. Epal berjatuhan dari langit seperti turunnya hujan!

Kira-kira 100 biji buah-buahan yang jatuh dari langit dalam beberapa minit di Keresley di luar Coventry, lapor Daily Star.

Britain mengalami ribut minggu ini, dan pakar kaji cuaca berkata mungkin epal yang ada di atas tanah di sebuah dusun telah diterbangkan angin ribut dan membawa mereka ke Keresley.

Salah seorang daripada wanita yang berjalan dengan suaminya berkata epal menghempap bone kereta mereka.

"Semua orang terpaksa berhenti kereta mereka tiba-tiba," katanya kepada The Star. "Saya tahu kawasan itu dengan baik dan tidak ada pokok epal terdapat di sekeliling."

Britain mempunyai pengalaman sebelumnya . Great Yarmouth, di pantai timur di Norfolk, telah jatuh ikan pada tahun 2007, manakala katak yang pula telah turun pada tahun 1996 di Llandewi di Wales. Sumber

Dari Punk menjadi 'Angry Bird'

Posted: 16 Dec 2011 12:20 AM PST

Kesemua remaja yang ditahan terdiri dari 59 orang lelaki dan enam perempuan.Yang lelaki dibotakkan kepala, dipaksa membuang perhiasan diri dan yang bertindik harus mencabut tindikan pada tubuh.Kemudian mereka disuruh berendam ke dalam sungai.

Mahu jadi Mat Punk? Di Malaysia boleh tapi tidak sekali di Aceh.

Sesi bercukur beramai-ramai - percuma!

Macam program nak khatan beramai-ramai ...

Penulis difahamkan, beratus-ratus peminat punk rock Indonesia sebelum itu tiba di Aceh untuk menonton konsert bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka kemudian dibawa ke sebuah kem berdekatan bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.


Alamak! Ramainya Upin & Ipin!

Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza, namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah.

Jadi 'Angry Bird' pula kawan kita nih!

Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.

Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).

Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.

Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri.


Selamat Datang Ke Aceh! – Oleh SYAHRIL A. KADIR

DUNIACACAMARBA

Posted: 16 Dec 2011 03:54 PM PST

[Gambar] Geng Lembu SERANG Pejabat UMCO Cheras, Mengapa TAKUT Serang Che Det?

Posted: 16 Dec 2011 07:31 AM PST


Geng lembu "menyerang" UMCO Cheras kerana peribahasa "biawak hidup" yang dikaitkan dengan Sharizat dan NFC. Berpeluh juga ketuanya, Syed Ali mahu menjawab kepada geng lembu berkaitan dengan tulisan di blognya itu.

Sebelum ini, Bung Mokhtar yang menggesa Sharizat berundur diserang melalui tulisan di blog-blog pencacai.

Yang kita hairan, Che Det yang menggesa Sharizat berundur sebelum DIHALAU, saya ulang, DIHALAU keluar dari parti sendiri masih belum berani diusik oleh geng lembu. Baca di sini dan di sini. Mengapa geng lembu ini TIDAK BERANI menyerang Che Det?

Kah kah kah!

Akhirnya, Demi Undi dan Desakan Politik, Kerajaan tarik Penggunaan INTERLOK Sebagai Teks KOMSAS

Posted: 16 Dec 2011 07:00 AM PST

Saya sudah banyak kali menulis tentang INTERLOK yang dipolitikkan dan dijadikan isu perkauman oleh pemimpin dan NGO India. Tidak perlulah saya ulang apa-apa yang telah ditulis.

Selepas isu ini reda baru-baru ini, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan lima mulai tahun depan.

Menurut, S. Subramaniam, perkara itu telah diputuskan kerajaan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap keputusan itu akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Jelas penarikan ini ada kaitannya dengan PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Kita kecewa kerana karya yang ada nilai sejarah ini menjadi mangsa pihak-pihak yang mahu melupakan sejarah dan dimanfaatkan pula oleh pihak yang ada kepentingan dalam politik.


Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, teks KOMSAS untuk tingkatan tiga yang bakal digunakan tahun depan juga menghadapi masalah yang sama. Salah sebuah teks novelnya terpaksa dirombak kerana salah satu wataknya (bukan Melayu) digambarkan secara negatif. Oleh sebab takut mendapat bantahan kaum watak tersebut, maka novel itu dirombak/ditulis semula agar kontroversi yang berlaku pada Interlok tidak berulang. Anda bayangkan, sampai begitu sekali takutnya pihak kerajaan terhadap isu ini. 

Hal ini disindir secara sinis oleh seorang penulis di Facebook. Katanya, lebih kurang, jika begitu, biarlah watak orang Melayu sahaja yang "jahat", biarlah watak kaum lain baik-baik belaka.

Persoalan yang wajar kita difikirkan: Adakah dengan penarikan Interlok, orang yang melenting dengan novel ini dapat memadamkan sejarah silam?

P/s: Pengumuman ini bukan sahaja menghanguskan wang rakyat yang digunakan untuk menerbitkan buku ini untuk cetakan pertama, cetakan kedua selepas pembetulan, malah merugikan syarikat penerbitan buku silibus di negara ini. Bayangkan berapa banyak buku terbitan syarikat-syarikat tersebut yang terpaksa ditarik semula dan diubah suai selepas penarikan novel ini.

4 Tahun Jadi Habuan Nafsu Mat Rempit

Posted: 16 Dec 2011 06:00 AM PST

Saya petik:


[HM] BATU PAHAT: "Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja," kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.

Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.

"Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.

"Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu," katanya yang membuat pengakuan berani kepada wakil Harian Metro yang menemuinya di sini, baru-baru ini.

P/s: Kes seperti ini sudah menjadi kebiasaan di negara kita. Saya pernah kata "remaja di Malaysia sedang berlumba-lumba memecahkan teruna dan dara sebelum usia 18 tahun."

Remaja Dipaksa MELACUR Seminggu

Posted: 16 Dec 2011 05:06 AM PST

Saya petik:

Gadis diperdaya suami isteri, teman lelaki

[BH] SEREMBAN: Seorang gadis 19 tahun melalui pengalaman ngeri apabila dipaksa menjadi pelacur selama tujuh hari bulan lalu selepas diperdayakan sepasang suami isteri dan teman lelakinya sendiri. 

Mangsa dari bandar ini, dipaksa melacurkan diri di hotel bajet sekitar bandar ini dan Rantau serta Bahau di Jempol tetapi berjaya melarikan diri pada 27 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa yang berasal dari keluarga miskin dan tamat sekolah rendah, bukan saja dikurung dan tidak diberi wang, malah turut didera.

Katanya, teman lelaki mangsa bersama pasangan suami isteri itu berjanji membantu mendapatkannya kerja sebagai pembantu rumah.

"Mangsa bukan saja tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya dipaksa menjadi pelacur," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hamdan berkata, mangsa berjaya melarikan diri dari hotel bajet di Bahau dan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.


Berikutan itu, katanya, polis menahan teman lelakinya dan sepasang suami isteri berusia antara 24 hingga 28 tahun yang akan didakwa mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini.

P/s: Jangan mudah percaya cakap orang!

Mak Nyah Cun Diberi Peluang Bertugas Sebagai Pramugari

Posted: 16 Dec 2011 04:00 AM PST

Empat orang mak nyah diberi peluang bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand lapor Reuters.

Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugara serta pramugari, namun, mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.

Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. -DCM

Bapa Lapor Anak Khalwat, Imam "Lepaskan"

Posted: 16 Dec 2011 03:00 AM PST

Saya petik:


[SH] ALOR GAJAH - Sepasang kekasih ditahan di rumah sebuah kampung di sini kerana berkhalwat semalam setelah bapa lelaki yang sudah tidak tahan dengan perangai buruk anaknya itu, melaporkan kepada polis dan imam.

Bagaimanapun, imam yang tiba bersama beberapa ahli jawatankuasa masjid di situ pada jam 10.45 pagi, membebaskan pasangan berusia ­20-an dan 30-an itu selepas memberi nasihat.

Bapa lelaki itu yang bekerja sendiri dan berusia 60-an menghubungi polis serta imam apabila anaknya yang ­berusia dalam lingkungan 30-an ­berada di rumah itu bersama ­kekasihnya, isteri orang beranak dua.

Menurut sumber yang boleh ­dipercayai, bapa lelaki itu tidak senang dengan sikap anaknya yang sering membawa balik kekasih dan berdua-duaan dalam bilik.

Semalam, dia membuat ­keputusan menghubungi polis dan pihak masjid untuk menangkap ­pasangan itu.

Rombongan dari masjid, diketuai imam itu, tiba lebih awal dari yang ­dijadualkan, sementara anggota polis membuat persiapan ke rumah itu.

"Imam itu memberikan nasihat kepada pasangan itu dan melepaskan mereka," katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaludin, ketika ditemui berkata, dalam kes seperti itu, ­pasangan berkenaan sepatutnya ­ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, barangkali kes ini ada kaitan antara keluarga pasangan itu dan imam tersebut.

"Perkara ini tidak boleh ­ dipandang remeh. Siasatan secara telus akan dijalankan. Imam terbabit tidak boleh melepaskan pasangan kekasih itu dengan hanya memberi nasihat. Ini boleh dianggap salah laku dan ­boleh menimbulkan syak. Jika ­ ­perkara ini benar-benar berlaku, imam ­berkenaan boleh didakwa.

"Saya akan ke Balai Polis Kuala Sungai Baru untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian ini dan ia akan dibawa ke bahagian ­penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut," katanya.

P/s: Agak mengejutkan apabila si imam membebaskan pasangan yang mabuk berkhalwat dengan hanya memberikan nasihat. Sepatutnya, tindakan diambil kerana si bapa berdasarkan laporan di atas sudah tidak tahan dengan perangai anaknya.

Anwar Buka Pekung Che Det: Rayu Pinjaman Bank Dunia 1999

Posted: 16 Dec 2011 02:00 AM PST

Saya petik:

[MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing.

P/s: Kah kah kah!

Amaran Anwar: 8.3 Juta Rakyat Malaysia Akan Tergolong sebagai Miskin Menjelang 2020 Jika...

Posted: 16 Dec 2011 01:00 AM PST


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 16 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin menjelang 2020 jika ETP berterusan.

Anwar menyatakan bahawa tanggapan ETP bahawa pendapatan rakyat Malaysia akan berkembang pada 3.6 peratus dan inflasi akan berada pada tahap 2.8 peratus setahun untuk satu dekad akan datang (2010-2020) adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana berdasarkan statistik satu dekad yang lepas (2001-2010), pendapatan rakyat Malaysia hanyalah sekadar 2.6 peratus berdasarkan data Kementerian Sumber Manusia dan inflasi adalah jauh lebih tinggi, 4.4 peratus pada 2001-2005 dan 6.6 peratus pada 2005-2009.

"Jika pendapatan turut naik pada kadar 3.6 peratus setiap tahun seperti jangkaan ETP, menjelang 2020, masih terdapat 7.6 juta orang yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 setahun," kata Anwar dalam satu ucapan di Westin Hotel semalam bertajuk 'Debunking ETP: Widening Income Gap'.

Analisa tersebut, kata Anwar diperkuatkan lagi dengan data daripada National Employment Return Study 2009 (Penyelidikan Guna Tenaga Kebangsaan 2009) yang melibatkan sampel 24,000 pekerja dan 1.3 juta pekerja di mana ia mendapati sebanyak 33.8 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM700 sebulan.

"Jika ini diekstrapolasikan di peringkat nasional, ia menjangkakan 34 peratus tenaga kerja negara kita berada di bawah paras kemiskinan (RM700)," kata beliau.

(Anwar menunjuk inflasi tinggi antra 4.8 - 6.6 peratus dari tahun 2001 tetapi 2009 tetapi disasarkan ETP 2.8 peratus dari 2009 - 2020 yang sudah pasti tidak munasabah)

ETP sebelum ini menjangkakan bahawa lebih daripada 2.8 juta rakyat Malaysia akan mempunyai pendapatan RM4,000 sebulan menjelang 2020. Namun, kata Anwar, semua angka di atas telah membongkar dakwaan Najib bahawa Malaysia bakal menikmati jumlah pendapatan kasar berkapita (GNI) RM48,000 setahun adalah palsu.

"Jika inflasi, sebagaimana yang kita lihat pada tahun-tahun kebelakangan yang lepas, bertambah lebih daripada 2.8 peratus untuk tahun-tahun akan datang, pendapatan akan berkurangan dan sasaran GNI RM48,000 setahun hanya sekadar angka penyeri di atas risalah ETP," kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan.

Mengenai tahap kemiskinan negara yang masih berada di paras RM700, Anwar berkata angka tersebut adalah ketinggalan zaman kerana rakyat kini yang berpendapatan RM1,500 sebulan sudah menghadapi kesusahan hidup yang perit.

"Rakyat Malaysia inginkan pendapatan lebih tinggi. Tapi ETP memberikan mereka nilai ekonomi yang semakin kecil. Dalam analisis terakhir, ETP hanyalah satu unjuran kepada model ekonomi yang gagal dan dicemari rasuah dan budaya cepat kaya yang mengkayakan pemerintahan dengan mengorbankan majoriti," kata Anwar.

Anwar turut menambah ETP hanya mengkayakan golongan yang sedia kaya dan keuntungan ekonomi hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat di bawah ETP.

"Jadi, janji ETP membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi adalah palsu," tegas Anwar.

P/s: Apa lagi Najib nak kata?

[PANAS] Nasharudin Tidak Pernah Hadir Mesyuarat PAS, Hassan Ali Sekali Sekala

Posted: 15 Dec 2011 11:47 PM PST

Saya petik:


[HD] KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.

Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.

Ikuti pelbagai isu lagi yang dibangkitkan melalui wawancara penuh dengan Mustafa dalam Harakah cetak Sabtu ini.

P/s: Terburai lagi pekung geng perpaduang!

Gambar Didakwa Jurublog RBF yang Disaman Husam RM500 Ribu

Posted: 15 Dec 2011 10:00 PM PST

Saya tidak mengikuti kes ini. Menurut laporan Sinar Harian,  Datuk Husam Musa mengemukakan saman malu berjumlah RM500,000 terhadap jurublog  yang didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah, dua tahun lalu.

Beliau menuntut ganti rugi itu terhadap Mohd Faisal Rohban Ahmad, 37 berikutan penyiaran artikel bertajuk 'Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta', di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu 3 Oktober 2009.

Antara kenyataan fitnah itu termasuklah menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberikan 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seorang pihak ketiga bernama Tamrin Ghaffar.

Balak itu cuba dijual kepada seorang tauke dengan harga RM25 juta. Pembahagiannya pula adalah plaintif sebanyak RM10 juta, pihak ketiga pula RM10 juta dan Pas Pusat RM5 juta.

Plaintif mendakwa keseluruhan artikel tersebut juga sengaja memfitnahnya dengan mengatakan kawasan balak berkenaan tidak dapat dijual dengan harga RM25 juta dan hanya dijual dengan harga RM15 juta dan wang tersebut dibahagikan; plaintif mendapat RM5 juta, pihak ketiga RM6 juta dan Pas Pusat RM3 juta.

Artikel itu ternyata mahupun tersirat menuduh secara melulu bahawa plaintif adalah seorang yang korup dan tidak boleh dipercayai serta menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan. Ketika memberikan keterangan, Husam menegaskan artikel itu secara terang terangan memfitnahnya dan menafikan dakwaan itu kerana beliau bekerja keras untuk menjaga keharmonian rakyat Kelantan.

Dalam menghadapi saman malu daripada Husam, jurublog UMCO ini dikatakan baru-baru ini pergi mengerjakan haji di tanah suci Makkah. Hal ini jelas dinyatakan dalam kiriman jurublog kaki fitnah nombor satu negara seperti yang saya tampal di bawah ini.


Kalau benar si jurublog ini sudah menunaikan haji dan mungkin sudah bertaubat di tanah suci Makkah, maka buatlah kerja yang diredhai Allah, janganlah lagi memfitnah orang sampai lupa diri yang suatu hari nanti akan dihisap di Padang Masyar. Jangan lupa juga seksaan kubur.

Mati DIBELASAH Kerana Disyaki Jalin Hubungan dengan Isteri Orang

Posted: 15 Dec 2011 08:00 PM PST


Saya petik:

[Kosmo] ALOR SETAR – Angkara mengikut nafsu marah dan cemburu membuak-buak kerana mengesyaki isteri mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain, seorang lelaki bersama seorang anak lelakinya bertindak di luar dugaan membelasah sehingga mati kenalan isterinya itu.

Tragedi malang yang berlaku pada pukul 11 pagi itu di satu kawasan semak samun di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena di sini kelmarin menyebabkan Hamdan Saad, 54, yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan lain meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Hamdan didakwa mempunyai hubungan baik dengan seorang wanita yang berusia 40-an yang dipercayai isteri kepada suspek berusia 50 tahun dan juga ibu kepada pemuda berusia 22 tahun yang terlibat dalam kejadian itu.

Selepas dibelasah, Hamdan yang tidak bekerja dikejarkan ke HSB pukul 1 petang kelmarin namun meninggal dunia selepas 12 jam dirawat di HSB.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, mangsa yang dalam keadaan tenat ditemui oleh anaknya di dalam parit di ladang kelapa sawit iaitu kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dipukul.

Menurut beliau, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit ketika cuba keluar dari kawasan itu selepas cedera dibelasah.

"Selepas dipukul, mangsa sempat bercakap dan meminta bantuan daripada salah seorang anaknya menerusi panggilan telefon," kata beliau ketika ditemui di bilik mayat HSB di sini semalam.

Baharom memberitahu, mangsa kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Pekan Langgar di sini sebelum dihantar ke HSB.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada awal pagi ini (semalam) akibat masalah jantung yang mempunyai kaitan dengan dipukul dan mempunyai tekanan emosi," ujar beliau.

Pencuri Kereta KENA Belasah Sampai Parah

Posted: 15 Dec 2011 07:14 PM PST


Saya petik:

[Kosmo] BESUT – Seorang penjenayah yang menjadi mangsa belot rakan sendiri bukan sahaja ditinggalkan selepas cubaan mencuri kereta tidak berhasil malah dia cedera teruk selepas kepalanya dijadikan karung tinju oleh penduduk yang membelasahnya baru-baru ini.

Kejadian malang pukul 5 pagi Isnin lalu itu berlaku apabila suspek berusia 37 tahun tersebut bersama seorang lelaki dan seorang wanita cuba melarikan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback milik seorang lelaki berumur 32 tahun di Kampung Limbungan dekat sini.

Insiden disedari oleh pemilik kereta sebaik terdengar bunyi enjin kenderaannya yang dihidupkan oleh salah seorang suspek. Kesemua suspek datang ke situ dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara.

Sebaik keluar, dia mendapati seorang wanita berada di tempat duduk pemandu sebelum suspek terus melarikan keretanya.

Dia bersama penduduk kemudian berlari untuk mengejar wanita itu sebelum ternampak dua rakan wanita itu sedang menolak kereta Iswara mereka yang tiba-tiba rosak tidak jauh dari rumahnya.

Dua lelaki itu yang terkejut cuba melarikan diri sebelum salah seorangnya dapat ditangkap lalu dibelasah hingga kepalanya berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria ketika dihubungi memberitahu, polis menemui kereta mangsa yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Nail, Kuala Besut pada pukul 8.30 malam kira-kira enam kilometer dari rumah mangsa.

P/s: Nyaris tidak dibelasah sampai mati.

Gawat! Kaji Selidik Dedah Banyak Remaja Indonesia Terlibat Seks Pranikah

Posted: 15 Dec 2011 06:04 PM PST

Artikel di bawah ini saya olah daripada SidomiNews.


Pergaulan remaja Indonesia kini sangat membimbangkan. Seks tidak lagi dipandang tabu meskipun usia masih belasan tahun. Mereka melakukan itu demi nafsu, meskipun ada antara mereka  melakukannya untuk beberapa keping wang kertas. Inilah potret kehidupan remaja Indonesia yang terungkap pada kaji selidik hasil kerjasama lembaga internasional DKT dengan Sutra dan Fiesta Condoms.


Seperti ditulis Republika, ketertarikan remaja terhadap seks berpunca daripada keterbatasan mereka memperoleh informasi tentang seks. Orang tua cenderung menutupi dan menganggapnya sebagai tabu. Sehingga, orang tua jarang-jarang berdiskusi dengan anak tentang bahagian yang boleh dan bahagian yang tidak boleh berkaitan dengan urusan seksual. Akhirnya, remaja lebih memilih temannya sebagai rakan diskusi. 

"(Pendidikan) seks bisa dikemas dalam bentuk tidak vulgar atau cabul. Bukan zamannya menganggap seks tabu," kata Zoya Amirin, pakar psikologi seksual.

Hal yang tidak diinginkan pun terjadi. Remaja mulai mencuba melakukan seks. Daripada kaji selidik tersebut kebanyakan remaja melakukan seks bersama-sama dengan pasangan masing-masing dan yang mengerikan ada remaja yang menjalinkan hubungan sesama jenis. 


Secara peratusannya, remaja yang melakukan seks dengan pasangan ialah 88 peratus, remaja yang menjalinkan hubungan sekssual sesama teman sejenis 9 peratus. 


Lokasi pilihan untuk melakukan perbuatan terkutuk ini termasuklah di hotel murah, hotel, dan rumah.

Kaji selidik  ini dilaksanakan di Jakarta, Surabaya, Bandung, Bali, dan Yogyakarta. Jumlah responden yang dilibatkan sejumlah 462 orang yang berusia antara 15-25 tahun. Rata-rata remaja memperoleh pengalaman seks kali pertama ketika umur 19 tahun. -DCM

P/s: Saya sudah banyak kali membaca soal keruntuhan moral dalam kalangan remaja di Indonesia. Jadi tidak hairan jika ada macam-macam malapetaka di sana.

Saya juga kerap membaca perihal keruntuhan moral remaja di Malaysia. Setiap hari ada sahaja berita yang memerihalkan perilaku jahil remaja. Walaupun Malaysia kerap dilanda malapetaka kecil, saya berharap Allah tidak menurunkan malapetaka besar seperti yang berlaku di Indonesia!

Jimmy DEDAH Isteri Ketagih BERJUDI dan MEROKOK

Posted: 15 Dec 2011 04:57 PM PST

Saya petik:

[Kosmo] SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.

"Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.

"Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar," dakwanya.

Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.

Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.

"Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,"
dakwanya.

P/s: Besar dugaan dan kesabarannya!

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bob Lokman, Dato Fauzi 19 Dis 2011 di Seremban

Posted: 15 Dec 2011 07:53 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 19 Dis 2011, Isnin
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Taman Angsamas, Mambau (Jln Seremban-Mambau-Rantau)
Bersama :
Bob Lokman
Dato Fauzi (Bekas Timb. Menteri Pnerangan)
YB Taufek
YB Guna
CheGuBard

Semua dijemput hadir

Pengikut