Ahad, 9 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 09 Jan 2011 03:13 AM PST

Zulkifli Noordin

Posted: 08 Jan 2011 09:30 PM PST

Zulkifli Noordin


HELLO, ARE YOU MR. POO-SINGH?

Posted: 07 Jan 2011 11:01 PM PST

(Allahhumma Ya ALLAH, berikanlah ke'adilan kepada mereka yang teraniaya, berikanlah yang haq kepada mereka yang dizalimi)

Salam 2 all.

Teman melihat gelagat Karpal Singh saperti cacing kepanasan dengan pendedahan bahawa beliau telah pada tahun 1997 mendedahkan tentang perlakuan homoseks dan liwat oleh manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Akhirnya dalam kenyataan yang disiarkan oleh media portal FMT yang pro-pembangkang, Karpal mengaku memang beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai keterangan mengenai kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim, tetapi kononnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membebaskan Anwar menutup isu tersebut.

Samada Karpal dah pening, ataupun sengaja memutarbelit cakap beliau tidaklah teman tahu. Tetapi apa yang jelas, Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membuat keputusan saperti berikut:

YA Dato' Abdul Hamid bin Hj Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempengerusikan sidang tersebut memutuskan bahawa:

"To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law
".

"Sebagai ringkasan penghakiman, setelah membaca rekod rayuan, kami mendapati ada keterangan yang boleh mengesahkan bahawa perayu (Anwar & Sukma) terlibat didalam kegiatan homoseks dan kami lebih mempercayai bahawa kejadian liwat di Tivolli Villa memang berlaku, namun Mahkamah ini, sebagai Mahkamah undang-undang, hanya boleh mensabitkan kesalahan keatas perayu jika Pendakwaraya berjaya membuktikan pertuduhan, melampaui keraguan menasabah, berdasarkan bukti dan keterangan yang boleh diterimapakai mengikut prinsip perundangan keterangan sedia ada".

Mana-mana peguam dan mereka yang biasa dengan sistem perundangan kita tahu bahawa kesimpulannya ialah pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan bukan kerana tiadanya kegiatan meliwat itu, tetapi adalah kerana sebab teknikal. Itulah kesimpulannya, tetapi hakikatnya Mahkamah Persekutuan percaya dan yakin kegiatan liwat itu berlaku!

Pokok pangkalnya, kenyataan Karpal menggunakan keputusan kes Mahkamah Persekutuan itu yang kononnya menutup kegiatan homoseks dan liwat Anwar terhadap Azizan dan lain-lain adalah langsung tidak menasabah. Malahan keputusan Mahkamah itu sebenarnya memperkuatkan lagi dakwaan Karpal Singh yang mendakwa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat. Mari kita ingat semula apa yang disebut oleh Karpal:

1. Pada 22.10.1997, Karpal Singh mengejutkan negara apabila mendedahkan didalam Parlimen bahawa beliau mempunyai dokumen dan bukti yang Anwar Ibrahim sebagai pemimpin UMNO dan Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya. Karpal mendesak Kerajaan supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap dakwaannya;

2. Karpal Singh juga telah membuat ucapan didalam satu majlis anjuran DAP di Federal Hotel Kuala Lumpur mendedahkan sekali lagi bahawa beliau mempunyai bukti dan keterangan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya Azizan Abu Bakar;

3. Karpal Singh juga telah menemui Azizan dan Umi Hafilda dan telah memberikan nasihat kepada mereka mengenai aduan kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim yang dibuat mereka;

4. Karpal Singh juga telah memberitahu kepada beberapa pemimpin PAS mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga menyebabkan ada diantara mereka secara terbuka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi";

5. Karpal Singh juga membuat kenyataan mendesak Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, yang juga rakan sekelas beliau semasa pengajian undang-undang di Universiti Malaya Singapura, supaya mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim atas kegiatan homoseks & liwat terhadap pemandunya itu;

6. Kita jangan lupa pendedahan di WikiLeaks bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang kegiatan homoseksual & liwat Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu. Dan kita tahu Kuan Yew adalah mentor dan idola kepada Kitsiang, Anak Laki Kitsiang dan ramai pemimpin DAP yang lain;

7. Pada 08.02.2009, Karpal Singh mengherdik Anwar Ibrahim dan mendesak supaya manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini "bertaubat & berundur" setelah pembongkaran pembohongan isu 16 Sept didedahkan kepada umum.

Berdasarkan rentetan diatas, dan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, adalah jelas Karpal Singh sebenarnya mempunyai maklumat dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Malah kenyataan beliau semasa berucap di Hotel Federal tersebut sangat jelas, iaitu, "I have the evidence in my hand that the Deputy Prime Minister (Anwar Ibrahim) was involved in sodomy - saya ada didalam tangan saya keterangan bahawa Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) terlibat dengan meliwat".

Karpal Singh selalu mendabik dada menyatakan bahawa beliau akan "make sure of his facts before making any public statement - saya akan memastikan fakta saya sebelum membuat sebarang kenyataan umum!". Sudah pastilah mengikut rentetan diatas jelas bahawa Karpal Singh memang mempunyai bukti dan keterangan yang mencukupi bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat!

Berdasarkan itu, adalah wajar sebagai seorang peguam veteran untuk Karpal Singh menawarkan diri kepada Pendakwaraya untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar Ibrahim meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori Azlan yang sedang dibicarakan sekarang.

Mungkin akan ada yang bertanya kes ini melibatkan pertuduhan Anwar meliwat Saiful, sedangkan Karpal bercakap tentang Anwar meliwat Azizan. Sebenarnya dari segi undang-undang, Pendakwaraya boleh dalam membuktikan sesuatu kes baru dengan mengemukakan karakter, latarbelakang, sejarah lampau dan lain-lain dengan tujuan membuktikan Orang Kena Tuduh mempunyai sikap atau "trend & pattern" yang sama dalam perlakuan jenayahnya, dan memanggil sebagai saksi orang yang mempunyai maklumat atau bukti dan keterangan sedemikian!

Contohnya Seksyen 8 (1) dan Seksyen 8 (2) Akta Keterangan untuk tujuan membuktikan motif, persediaan dan perlakuan lampau, maka keterangan mengenai perlakuan lalu seseorang itu, samada yang diketahui oleh dirinya atau agennya (saperti Karpal peguam Anwar) adalah relevan dan boleh dikemukakan. Ataupun Seksyen 9 Akta Keterangan yang memperuntukkan bahawa fakta yang diketahui oleh seseorang yang boleh memperjelaskan fakta lain (dalam kes ini perangai atau fe'el homoseks & meliwat) adalah relevan untuk dikemukakan untuk membutkikan pertuduhan meliwat itu sendiri.

Jadi didalam kes ini, pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim ialah melakukan kesalahan meliwat Saiful Bukhori Azlan, seorang kakitangan beliau sendiri, sama saperti Azizan pemandunya.

*Nota: fakta Saiful adalah kakitangan, pekerja dan staf Anwar Ibrahim ini sepatutnya secara langsung menolak dakwaan adanya konspirasi pihak lain terlibat termasuk Kerajaan kerana bagaimana mungkin Kerajaan berkonspirasi untuk membuat Anwar meliwat Saiful. Anwar yang interview Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja (sebagai pembantu am pejabat), Anwar yang bayar gajinya, malah ada keterangan Anwar pernah membawa Saiful ke beberapa destinasi luar negeri saperti Hong Kong, Bangkok & Singapura. Bukan Kerajaan yang bayar tambang dan duit hotel Saiful tetapi Anwar sendiri! Dan bagaimana Kerajaan hendak memaksa Anwar meliwat Saiful? Tidak masuk akal langsung! Dan WikiLeaks sendiri mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat. Jangan lupa Anwar pernah membawa Saiful ke Singapura. Tetapi apa "bukti teknikal" yang dipunyai oleh Bahagian Risikan Australia & Singapura itu teman pun tak tahu sebab mereka masih merahsiakannya! Adakah mereka akan menggunakannya dimasa hadapan wallahua'lam.

Jadi "trend & patternnya" sama. Keterangan dan bukti yang Karpal Singh tahu dan ada ialah Anwar meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Pertuduhan sekarang ialah Anwar meliwat kakitangannya Saiful Bukhori Azlan.

Atas dasar itu sahaja Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri menjadi saksi didalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful. Sekiranya enggan, maka Pendakwaraya wajib memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk hadir memberi keterangan sebagai saksi.

Sekiranya Karpal Singh menafikan mempunyai keterangan dan bukti mengenai kegiatan liwat & homoseks Anwar saperti yang didakwanya didalam Parlimen pada 22.10.1997, maka ternyata Karpal Singh berbohong dan tindakan "perjury" dan "contempt of Parliament" wajib diambil terhadap Karpal Singh. Jika beliau menyatakan beliau mempunyai bukti & keterangan bahawa memang Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat saperti yang didakwanya didalam Parlimen itu, maka kita perlu mempersoalkan mengapa Karpal Singh mahu terus menjadi Peguam membela Anwar? Adakah beliau mempunyai agenda politik yang jahat, atau ada sebab-sebab lain? Wallahua'lam, tepuk dada tanyalah kepala otak sendiri!

Seperkara yang perlu teman sebut juga disini ialah, mengikut Peraturan 3 (a) & (b) Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, seseorang peguam tidak sepatutnya menerima apa-apa arahan untuk membela seseorang jika ianya akan memalukan beliau. Memalukan itu bermakna keadaan bilamana Peguam tersebut mempunyai maklumat sulit berkaitan perkara yang sama kerana pernah menasihatkan mana-mana pihak lain".

Didalam kes ini, Karpal pernah memberikan khidmat guaman dengan menasihatkan Azizan Abu Bakar mengenai aduan beliau berkenaan kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim terhadap Azizan, dan hasil daripada itu Karpal memperolehi maklumat sulit mengenai kegiatan itu. Malahan Karpal Singh sendiri menyatakannya secara terbuka didalam Parlimen dan dalam ucapan-ucapan dan tindakan lainnya. Malah didalam kenyataan yang disiar melalui media portal pro-pembangkang FMT, Karpal mengakuinya. Maka Karpal Singh tidak sepatutnya menerima atau meneruskan kedudukan sebagai peguam membela Anwar Ibrahim didalam kes liwat terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan; kerana ini akan meletakkan Karpal dalam keadaan memalukan - very embarassing position!

Malahan Peraturan 28 Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, memperuntukkan bahawa, "seseorang Peguam tidak sepatutnya hadir di Mahkamah (mewakili seseorang tertuduh) sekiranya dia punya sebab mempercayai bahawa dia boleh menjadi saksi berkaitan sesuatu fakta yang material, dan jika semasa perbicaraan berlangsung, menjadi jelas kepada beliau bahawa beliau boleh menjadi saksi, beliau sepatutnya berhenti daripada terus mewakili seseorang itu didalam apa-apa prosiding jika ia boleh menarik diri tanpa menjejaskan kliennya".

Jadi adalah jelas bahawa Karpal sepatutnya menawarkan diri sebagai saksi bagi kes pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan dan tidak meneruskan untuk mewakili Anwar Ibrahim sebagai peguam. Dan jika itu berlaku ianya tidak akan menjejaskan pembelaan Anwar Ibrahim kerana beliau mempunyai pasukan peguam yang ramai. Cuma teman paling hairan kenapa Majlis Peguam, yang biasanya cukup kuat melalak dan memekak dalam kes-kes lain, mengambil sikap membisu terhadap tindak tanduk Karpal Singh dalam kes ini. Teman mengambil peluang ini mencabar Majlis Peguam untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu yang serius ini.

Dan dari segi politik, teman hairan mengapa Karpal Singh, Pengerusi DAP berkeras mahu terus mewakili Anwar dan bertindak sebagai peguam Anwar dalam keadaan fakta dan bukti yang jelas bahawa beliau sendiri yang bukan sahaja mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar, tetapi juga mendakwa mempunyai bukti dan keterangan mengenainya. Sudah pasti rumusannya jelas, Karpal dan kepimpinan DAP mempunyai agenda politik yang licik. Tambahan pula mentor dan idola kepimpinan DAP saperti Kitsiang & Anak Laki Kitsiang iaitu Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar, malahan Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & meliwat itu.

Apakah mereka telah, sedang dan akan menggunakan maklumat dan keterangan itu untuk "memeras Anwar"? Adakah saperti kata orang Perak, dema dah pegang teloq Anwar? Kita tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi agenda mereka, tetapi kita khuatir kalau itu tujuan mereka, bayangkanlah betapa bahayanya keselamatan dan kedudukan negara ini jika manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan itu menjadi Perdana Menteri Malaysia!!

Dan teman juga hairan dengan sikap dan pendirian kepimpinan PAS. Dengan maklumat , bukti dan keterangan yang begini punya jelas dan terang, tidakkah mereka menyedari bahawa satu konspirasi dan pakatan syaitan yang jelas sedang berlaku. Pakatan Syaitan yang boleh menjahanamkan Islam, rakyat dan negara ini. Tidakkah mereka sedar inilah orang yang sama yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan negara Islam, over my dead body! Dan yang lebih menyedihkan, bagaiman boleh ada pemimpin PAS yang mengisytiharkan secara terbuka akan membela Karpal Singh sehingga mati!".

Tidakkah mereka sedar kesilapan besar yang dilakukan oleh para kuffar dan musyrik dizaman para Rasul dan Nabi termasuk zaman Rasulullah saw, ialah enggan menerima dan menginsafi kebenaran yang terbukti jelas dihadapan mereka; malah sebaliknya mengambil sikap menentang para Nabi & Rasul itu termasuk Rasulullah. Dan teman cukup yakin mereka tahu sebab para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS adalah ahlul-kitab belaka!

Teman menyeru kepada PAS supaya bangkitlah sebagaimana akan bangkitnya pejuang Islam yang tulis, serulah kepada yang ma'ruf dan cegahlah kemungkaran besar ini, dan berimanlah kepada ALLAH. Jika ada dikalangan segelintir para pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini menentang, maka hukumnya jelas. Cantaslah mereka, campakkan mereka jauh daripada wadah perjuangan Islam. Yakin dan percayalah firman ALLAH, "bantulah agama ALLAH, dan ALLAH pasti akan membantu kamu!".

Secara umum, berdasarkan pernyataan diatas, teman menegaskan bahawa:

1. Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar meliwat kakitanganya sendiri Saiful Bukhori Azlan;

2. Jika Karpal Singh enggan, hendaklah Pendakwaraya memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina memaksa Karpal menjadi saksi memberi keterangan dalam kes ini;

3. Saiful Azlan Bukhori, sebagai mangsa, boleh melalui peguam beliau juga membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk menjadi saksi, dan memberi keterangan dan mengemukakan dokumen dan/ atau bukti mengenai kenyataan beliau bahawa beliau mempunyai bukti & keterangan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat;

4. Jika Karpal memberi keterangan menafikan mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sebagaimana yang didakwanya di Parlimen pada 22.10.1997 (dan diperkuatkan dengan lain-lain ucapan dan tindakan beliau selepas daripada itu), tindakan menghina Parlimen hendaklah dikenakan terhadap Karpal Singh. Dan jika itu berlaku, maka akan terbongkarlah pembohongan Karpal Singh;

5. Jika Karpal Singh memberi keterangan mengaku mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar, dan memberikan butirannya kepada Mahkamah, maka beliau hendaklah berhenti daripada terus mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978;

6. Majlis Peguam hendaklah menyatakan pendiriannya secara terbuka mengenai status Karpal Singh ini dan teman mencabar Majlis Peguam supaya tidak mengamalkan sikap "talam dua muka" tetapi sebaliknya hendaklah tegas dan konsisten berdasarkan undang-undang sedia-ada; dan jika terbukti bahawa Karpal wajib menjadi saksi, maka teman cabar Majlis Peguam supaya mendesak Karpal Singh supaya memberikan keterangan dan bukti sebagai saksi didalam kes Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhori Azlan;

7. Teman berpendapat bahawa mana-mana rakyat dan warganegara boleh membuat lapuran polis mengenai kenyataan dan kedudukan Karpal Singh ini supaya boleh satu siasatan dibuat oleh pihak polis mengenai kesahihan dakwaan Karpal beliau mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Jika daripada siasatan itu didapati ada keterangan baru diperolehi mengenai kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar, maka Pendakwaraya perlu mengkaji dan mempertimbangkan untuk mengenakan pendakwaan baru terhadap Anwar sesuai dengan keputusan Mahkamah Persekutuan saperti yang dicatat diatas;

8. Kepada para ulama', 'ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, pertimbangkanlah dengan aqal yang waras dan jiwa yang tawaddhu' mengenai keadaan ini. ALLAH memberikan kita aqal, dan ALLAH memberikan kita Al Quran & Sunnah Rasulullah saw sebagai pedoman kita untuk menentukan samada sesuatu itu hak ataupun batil, Islam atau tidak. Dan pertimbangan berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw itulah yang benar, dan akan membawa kita kepada ketaqwaan;

9. Sesuai dengan sabda Rasullulah saw, "addeenul nasihah-agama itu nasihat", maka teman mengemukakan nasihat teman kepada para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, mufaraqahlah, berpisahlah daripada Pakatan Syaitan ini. Kembalilah kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan undang-undang Islam. Teman tidak meminta PAS bergabung dengan UMNO, ataupun mengujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Malahan teman sendiri secara peribadi tidak bersetuju, kerana untuk kebaikan dan kebajikan Islam dan umat Islam, PAS perlu bergerak bersendirian, dan UMNO perlu bergerak sebagaimana yang ia bergerak sekarang, tetapi didalam isu yang menjadi kepentingan umat dan agama, kita umat Islam yang mempunyai Satu Tuhan, Satu Rasul, Satu Kitab, Satu Qiblat, dan Satu Aqidah wajib dan mestilah bertindak dengan Satu suara, Satu nada!

10. Dan kepada Karpal Singh, janganlah poosingh-poosingh. Mr. Singh. Be courages, be a Singh! Singh is king, not poosingh-poosingh lah Mr. Karpal Singh!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
03 Safar 1432
08 Januari 2011

Anwar Ibrahim

Posted: 08 Jan 2011 07:18 PM PST

Anwar Ibrahim


Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Posted: 08 Jan 2011 12:57 AM PST


Awang Selamat Yang Biadab- Mana KDN ?

Posted: 08 Jan 2011 12:54 AM PST

KENYATAAN AKHBAR
8 JANUARI

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang tulisan Awang Selamat selama ini. Saya cuba untuk tidak ambil pusing walaupun cukup meluat membacanya. Namun tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad lalu sudah melampaui batas-batas kewarasan apatah lagi ia terpampang di dada akhbar perdana. Akhbar yang suatu ketika dulu menjadi rujukan saya terutama ketika mahu mengambil peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am kini bertukar menjadi alat adu-domba. Mengenangkan hal itu maka saya membuat keputusan ini menulis atas dasar tanggungjawab kepada anak-anak yang mengalami keadaan yang sama dengan saya 25 tahun lalu; untuk lulus cemerlang dalam Pengajian Am.

Tulisan Awang Selamat atas tema Biadab sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Awang Selamat sengaja mencetuskan kontroversi. Sekali gus memutikkan bibit kebencian dan syak wasangka. Hampir serupa dengan tindakan akhbar perdana pada 1992 dan awal 1993 dahulu. Cuma hala gayanya yang berbeza. Kalau dulu, istana menjadi sasaran herdik Utusan dan Berita Harian, kini Kerajaan Pakatan menjadi tumpuan. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dijadikan batu loncatan lantas diperbesarkan sedangkan PR Selangor menganggap ia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan.

Malangnya bukan penyelesaian yang didambakan Awang Selamat. Tulisan berbaur hasutan dan fitnah ini sengaja mahu menimbulkan permusuhan antara Istana dengan Kerajaan Negeri yang mereka lihat begitu baik dan teratur. Tulisan tidak bertamadun ini cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu adat dan Perlembagaan.
Awang Selamat tidak ubah sebagai pecacai Umno yang menggunakan media untuk membolehkan Umno/BN merampas semula Selangor sekali gus meneruskan penyelewengan serta salah guna kuasa yang mereka amalkan sepanjang memerintah Selangor.

Persoalannya, siapakah individu yang bersembunyi di sebalik nama Awang Selamat ini? Mana perginya sifat profesionalisme seorang wartawan? Selaku akhbar utama negara dengan barisan ahli lembaga pengarah yang saya kira dari golongan cerdek pandai, mengapa tiada seorang pun yang menasihatkan Awang Selamat agar menjaga maruah seorang wartawan dan maruah akhbar perdana itu sendiri? Atau semuanya telah hilang rasa malu pada dhamir masing -masing?

Seorang yang berfikiran waras maklum bahawa dalam soal perlantikan SU Kerajaan Negeri tidak timbul langsung isu penderhakaan terhadap DYMM Sultan Selangor. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membabitkan masalah pentadbiran antara Kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif. Isu bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi; kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.

Tahukah Awang Selamat DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan UMNO/BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993. Jangan Awang ingat Tuanku akan terpedaya dengan tulisan bermuka-muka tersebut.
Sejarah jelas membuktikan pihak mana yang suatu ketika beriya-iya benar mahukan supaya kekebalan Raja-raja Melayu dihapuskan. Malah, lebih dahsyat lagi mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta dan istana diraja.

Pastinya selaku wartawan Awang pernah membaca laporan Berita Harian, pada 19Januari 1993 menyiarkan berita seorang Ahli Parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal lama "malah tahta mereka mungkin akan beralih ke muzium.

Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama telah pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja. Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut.

Ketika itu pergerakan Pemuda UMNO begitu ghairah mahukan Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas dan tidak berganjak dengan pendirian menghapus kekebalan raja-raja. Jika Awang seorang nasionalis, pasti beliau masih ingat bahawa pada ketika itu kakitangan dan pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar tidak dibenarkan berurusan dengan istana negara kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para pegawai juga dibenarkan untuk menolak undangan ke istana untuk menghadiri majlis bersama Raja-raja Melayu.

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya cuba melupakan peristiwa tersebut walau ianya adalah sebahagian dari sejarah negara. Namun apabila karenah manusia berubah, setelah 17 tahun berlalu, tiba-tiba hari ini pihak yang berusaha dan berjaya "menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-raja Melayu", kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati raja dan sultan.

Lebih dahsyat lagi mula bercakap soal penderhakaan kepada Sultan dan berselindung di sebalik nama Istana untuk mengaburi niat jahat mereka. Namun pekung mereka cukup busuk dan membusukkan. Rakyat melihat jelas ini adalah usaha terdesak mereka bagi mengembalikan sokongan terhadap mereka yang kian merosot dan parti mereka bakal menjadi parti picisan.

Awang Selamat terpilih menjadi Tok Selampit dan tukang karut. Amat menghairankan dimana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan.

PR Selangor menjunjung penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan. Titah Tuanku Sultan ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari sangat mengujakan. Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air bahawa tohmahan mereka salah. Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Dato Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara.

Kerajaan Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan melaga-lagakan hubungan baik antara pimpinan negeri dan pihak Istana. Saya mendesak UMNO/BN samada atas kapasiti mereka atau dengan bertopengkan GAPS dan PERKASA berhenti memainkan sentimen ini kerana sangat memalukan sebuah parti yang begitu ghairah dengan berbagai slogan akhirnya menggunakan taktik kotor sebegini untuk mendapatkan semula sokongan. Saya juga mendesak

Kementerian Dalam Negeri jangan lagi memekakkan telinga dan berpura-pura tidak melihat tindakan Awang ini penuh dengan unsur hasutan dan fitnah melampau.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 08 Jan 2011 11:09 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Menteri Umno Semua, Baca Pendedahan Panas ni

Posted: 07 Jan 2011 03:14 PM PST

Dari Blog Singalautmetro
DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA!

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!"

Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:" Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.

"Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.

Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya.

Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.

"Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya.

Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi.

Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa.

Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/dukacita-seorang-melayu-miskin-bahasa.html

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 08 Jan 2011 11:03 PM PST

Ahli Parlimen Kota Belud


Posted: 08 Jan 2011 07:48 PM PST

I like to share this article, appearing in MalaysaKini, written by Joe Fernandez. It can be read here

"Sabah PKR is once again in turmoil following repeated attempts by the party headquarters to forge 'consensus' on someone to head the local chapter.

Apparently only eight division chiefs attended a meeting chaired by PKR secretary-general Saifuddin Nasution on Friday. Even outgoing state chief Ahmad Thamrin Jaini, a Bajau-Suluk, did not turn up.

This is the second such meeting that Saifuddin has chaired in recent days. Saifuddin could have been left nothing less than shocked and speechless by the level of animosity during the first meet.

Three Muslim chiefs, vying for the state chief's post, were going at each other hammer and tongs. The Dusuns - including the Kadazans and Muruts - and the Chinese quickly lapsed into a discreet silence when they realised the situation was hopeless.

The three Muslim chiefs were convinced that the party headquarters would appoint only one of their kind to head the Sabah chapter. They pointed to Sarawak where a Christian native was the head.

pkr convention 281110 saifuddin nasution ismail and anwar ibrahimSaifuddin (left in photo) should have known better than to tread naively into the political minefield in Sabah. Yet, he tried again naively to chair a second meet, which was even more poorly attended than the first.

The pathetic attendance at Friday's meet gives the lie to public claims that 20 division chiefs support Thamrin, 16 support former Sabah Umno activist Karim Ghani, an Indian-Dusun/Bajau, and 15 support Tuaran division chief Ansari Abdullah, an Indian-Bajau.

The question that arises is why the party headquarters, in keeping with its oft-cited claim that the Sabah and Sarawak chapters are autonomous, is not willing to allow a secret ballot of the 26 division chiefs in Sabah and Labuan to select the new state chief.

pkr congress pc 271110 wan azizahPKR president Wan Azizah Wan Ismail, in line with the party constitution, should endorse whoever is elected. She should not be led by the nose on this matter, as previously, by de facto party chief Anwar Ibrahim.

This was the advice from former vice-president Jeffrey Kitingan, a Dusun from Tambunan, when his election as the state chief by a majority of the division chiefs in late 2009 was not endorsed by Anwar.

Instead, Anwar chose Thamrin. The word from the party headquarters at that time, before the decision on Thamrin was made, was that Anwar had thundered during a party political bureau meet: "There's no way in hell that I would allow Jeffrey Kitingan, a Christian, to head Sabah PKR."

Nasty allegations torpedoed

Jeffrey, Anwar reportedly further alleged, was a racist and the most corrupt person in Sabah. The de facto party chief made reference to the time that Jeffrey headed the Sabah Foundation "when he denied scholarships to poor Muslim students".

NONEJeffrey (right) later explained that these "poor Muslim students" were not locals but the children of illegal immigrants with MyKads that they were not entitled to hold.

Anwar also feared that it would not be that easy for the party headquarters to work with Jeffrey since "he was always harping on illegal immigrants, state rights, autonomy and the Malaysia Agreement".

When Anwar's purported remarks leaked out, he went into damage control mode and reluctantly agreed to lawyer and land rights activist Baru Bian, a Christian native, heading the Sarawak chapter.

He later trumpeted Baru's appointment as proof enough that he was "not anti-Christian or anti-native". "Sabah was a different matter since the Muslims there were now in a clear majority," explained Anwar then without making any distinction between Dusuns who were also Muslims, other local Muslims and illegal immigrants.

NONEBaru's (left) predecessor was Mustapha Kamil of Perak who was removed at the same time as Azmin Ali who headed Sabah after Anwar made way for him.

Anwar's purported remarks, subsequently confirmed by members of the team that put together the Sabah Peace Plan, confirmed Jeffrey's belief that Anwar was "anti-Christian", "anti-native" and wanted to impose "proxies, stooges and traitors" on Sabah PKR as its leaders.

Anwar had never ditched his belief in 'ketuanan Melayu' (Malay political supremacy) even in Sabah and Sarawak, Jeffrey decided.

Nevertheless, he agreed to stay on as party vice-president. On Dec 31, he finally threw in the towel after having decided to stay out of the recent party elections. He was not willing to listen to pleas by several senior party activists at the party headquarters, Sabah and Sarawak that he should not allow his politics to be held to ransom by Anwar.

Consensus wears new clothes

Again, Sabah PKR has been in turmoil ever since Jeffrey's resignation in late 2009. His stand is that the state chief, no matter who, should be democratically elected. He was willing in 2009 to accept fresh polls for the post but the party headquarters, in fact Anwar, would not hear of it.

He wanted a consensus on the matter followed by the president - read Anwar - making a final decision on the matter. The choice need not necessarily be the candidate put forward as the party constitution also gives the president the power to appoint the state chiefs.

The Sabah Peace Plan - drafted by Tian Chua, Chua Jui Meng, David Yeoh, Michael Bong and John Soh - was quickly put in place by Anwar. However, it did not go on to pacify the locals as it was honoured in the breach.

In return for Jeffrey accepting Thamrin's appointment as state chief, Kota Kinabalu division chief Christina Liew was to be appointed deputy state chief, Moses Iking state secretary, Bernard Solibun treasurer, and Raymond Tombung Boin information chief. There were also to be other appointments suggested by Jeffrey. The man himself had hinted magnanimously that he may let "the other side" decide on these more minor appointments.

NONEIn the end, only Liew (right in photo) was appointed. There was an ominous silence from the party headquarters as Thamrin went on to appoint others not endorsed by Jeffrey in the state line-up.

To add insult to injury, Iking is one of the two division chiefs and senior party activist suspended for a year by the party for their abortive involvement in the Parti Cinta Sabah (PCS). Nine other division chiefs involved in PCS were given warning letters.

The Sabah Peace Plan had pledged that there would be no witch hunt against those involved in filing an application, withdrawn the next day, to register PCS.

Who can fit the bill?

The pertinent point to keep in mind when deciding on the next Sabah PKR state chief is the forthcoming general elections. Whoever is chosen must be able to work with the majority of division chiefs and the other partners in Pakatan Rakyat, DAP and PAS, and forge consensus with the Sabah Progressive Party (Sapp).

Both Ansari and Thamrin do not fit the bill. Thamrin has been a lackluster leader since late 2009 when appointed state chief in preference to Jeffrey. Thamrin is among the 18 division chiefs in Sabah who voted for Jeffrey in late 2009.

NONEAnsari (left) had a troubled chapter as Sabah PKR chief, being unable to win the support of the Dusuns in particular, and had to be replaced by Anwar for two months. It's difficult to believe that after all that has happened in Sabah PKR, he still wants to be state chief. His recent loss in Batu Sapi should have told him something.

Karim Ghani left Sabah Umno after Batu Sapi because he wanted the state chief to be democratically elected, not appointed, as pledged when he brought the party to the state.

By right, he should not agree to be part of a process where the state chief in Sabah PKR is not democratically elected.

Next comes the question of how PKR will fare during the next polls. It's unlikely that the party will win any Muslim seats. Any party wins will come in Chinese and Dusun areas. It's not likely that even Dusun Muslim and other local Muslims will vote for the party or PAS.
Karim Ghani may be able to pull in a few votes from the ex-United Sabah National Organisation (Usno) members, as in Batu Sapi, but this may not translate sufficiently into seats.

The question of the illegal immigrants on the electoral rolls voting for PKR, as proven by Batu Sapi, does not arise.

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

Posted: 08 Jan 2011 07:18 PM PST

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


PM BERJUMPA DENGAN SEMUA WAKIL RAKYAT BN !!!

Posted: 08 Jan 2011 05:00 PM PST


Barisan Nasional(BN)mencatat sejarah baru apabila buat kali pertama semua ahli Parlimen parti itu mengadakan pertemuan empat mata secara bergilir-gilir dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh lapan jam bagi menyampaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing.

Pertemuan bersejarah di Perdana Suite, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu merupakan sebahagian rangka Pelan Transformasi Politik (PTP) sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri demi memastikan BN dapat melaksanakan khidmat kepada rakyat dengan efektif.Perjumpaan tertutup itu bagaimanapun tidak membabitkan ahli Parlimen berstatus menteri yang mempunyai sesi pertemuan lain di samping tujuh ahli Parlimen yang tidak hadir atas sebab munasabah dan kesemua wakil rakyat tersebut sudah memberi penjelasan bertulis kepada Najib.Pertemuan antara Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dengan 105 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam bukan petanda Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat ini.

laporan dari UTUSAN menyebut Sesi berkenaan bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir kira-kira 5.30 petang dengan Tiga ahli Parlimen dari Sarawak iaitu,Ahli Parlimen Mas Gading,Datuk Dr. Tiki Lafe,Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar(Santubong)serta Datuk Fadillah Yusuf(Petra Jaya)menjadi kumpulan wakil rakyat pertama berjumpa dengan Perdana Menteri.

Sebaik sahaja semua wakil rakyat dari Sarawak selesai mengadakan pertemuan,sesi seterusnya membabitkan ahli Parlimen dari Sabah sebelum disusuli ahli Parlimen dari Semenanjung dimulakan dengan Johor kira-kira pukul 12 tengah hari.Dalam pertemuan itu,Datuk Seri Najib yang ditemani Setiausaha Agung BN,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi masa lima minit kepada setiap ahli Parlimen untuk menyampaikan segala masalah membabitkan rakyat di kawasan masing-masing bagi membolehkan kerajaan mencari penyelesaian.

Hadir sama sebagai membuktikan komitmen kepada pembaharuan politik yang cuba dilaksanakan Datuk Seri Najib adalah Bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi serta beberapa bekas menteri kanan antaranya Tan Sri Syed Hamid Albar(Kota Tinggi) dan Tan Sri Rafidah Aziz(Kuala Kangsar).Malah,Tun Abdullah Ahmad Badawi turut memuji pendekatan kerajaan sebagai amat baik serta mempunyai fokus dan beliau berkeyakinan,jika komitmen sebegitu sampai ke peringkat akar umbi,BN akan kembali menjadi sebuah parti yang kuat.Pada masa sama,beliau yakin,jika kesungguhan Perdana Menteri untuk melakukan transformasi politik itu berjaya diterjemahkan oleh seluruh kepimpinan UMNO dan BN, parti tersebut akan berupaya menawan kembali semua negeri yang terlepas ke tangan pembangkang pada 2008 lalu.

POST BY DR.ME...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 08 Jan 2011 03:14 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Palanivel confident of Tenang’s Indian votes

Posted: 08 Jan 2011 04:34 AM PST

 

January 02, 2011
Palanivel: There are 14 divisions and we have already received the list to identify the voters. — Picture by Choo Choy May
LABIS, Jan 2 — MIC President Datuk G. Palanivel today expressed confidence that the party would be able to increase the Indian community's support for Barisan Nasional (BN) during the Tenang by-election. Palanivel said since 1,100 of the 1,754 Indian voters in Tenang were members of MIC, there was every reason to be confident of their support for the by-election, scheduled on Jan 30.
"Maybe there will be an increase in the number when the final electoral list is released. From the current list though, 1,100 of the 1,754 Indian voters registered in Tenang are MIC members.
"There are 14 divisions and we have already received the list to identify the voters. We are confident of ensuring that all the registered voters will be able to come and cast their votes," he told reporters here after launching the MIC election machinery for Tenang, here today.
Palanivel said efforts were also being carried out to ensure about 80 Indian voters who are currently working or staying outside Johor or Tenang, to return and cast their votes on polling day.
Meanwhile, the MIC president also wanted sensitive contents from the controversial book 'Interlok', removed from the Form Five Malay literature classes or have certain portions referring to caste systems removed.
The book, written by Abdullah Hussein, highlights the daily struggles of individuals from three major races — Malays, ethnic Chinese and ethnic Indians — in the country before Independence, had sparked a row among Indians in the country.  
"We are not asking for a total ban but remove the sensitive contents or text as it may turn out to be a racial issue," he said. — Bernama

Najib temui 105 MP BN, mahu peranan dipertingkat

Posted: 08 Jan 2011 04:21 AM PST

 

Najib temui 105 MP BN, mahu peranan dipertingkat

January 08, 2011
Najib Razak menjawab soalan pemberita selepas selesai mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN di PWTC hari ini. – Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 8 Jan – Datuk Seri Najib Razak berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan input hasil pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang diadakan hari ini, tetapi masih ada ruang untuk mereka meningkatkan peranan dan perkhidmatan bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat. Perdana Menteri berkata beliau mendapati sebahagian masalah yang timbul berada di luar daripada kemampuan wakil-wakil rakyat berkenaan untuk menyelesaikannya.
"Inilah tujuan sebenar (pertemuan ini) kerana berdasarkan kepada ungkapan kita iaitu BN mendahulukan rakyat.
"Mereka yang berfungsi dan berperanan sebagai MP (Ahli Parlimen) perlukan sokongan daripada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri untuk membolehkan mereka membawa masalah rakyat kepada pucuk pimpinan dan kerajaan dan di mana kita boleh bantu selesaikannya supaya mereka lebih berkesan (dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat)," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata 105 daripada 112 Ahli Parlimen BN yang dijemput termasuk timbalan menteri hadir pada pertemuan itu.
"Ini merupakan jumlah kehadiran yang sangat baik, yang tak hadir pun dah tulis surat beri sebab. Kita tak jemput menteri kerana menteri ada masa (lain) untuk berjumpa (dengan saya) secara berasingan," katanya.
Najib berkata pertemuan hari ini adalah satu kaedah di mana beliau dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dapat bertemu dengan para ahli Parlimen BN untuk mengetahui apakah permasalahan di kawasan mereka supaya wakil-wakil rakyat berkenaan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan.
Program yang bermula sejak pukul 9.30 pagi hingga kira-kira 5.30 petang itu berjalan begitu baik dan ia amat berguna untuk beliau mendapat perspektif dan kedudukan keadaan Parlimen yang diwakili BN, kata Perdana Menteri.
Ditanya sama ada pertemuan itu boleh diambil kira sebagai satu petanda bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi, Najib berkata pertemuan ini adalah sebahagian daripada proses transformasi politik yang telah dimulakan.
"Kita ambil keputusan (ini) di mana saya umumkan dalam sejak Perhimpunan Agung UMNO, kita akan lancarkan program yang berbentuk transformasi politik... bagi menunjukkan kesungguhan kepimpinan BN daripada peringkat tertinggi sampailah ke peringkat akar umbi dengan pelbagai kaedah dan program," katanya.
Sebelum ini, katanya proses transformasi politik sudah bermula dengan pindaan perlembagaan Umno, kursus, Konvensyen BN, pindaan perlembagaan BN dan terkini pertemuan hari ini.
Najib berkata proses transformasi politik penting untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat.
"(Pertemuan) ini lebih untuk saya dengar apa hasrat, masalah dan rintihan rakyat dan bagaimana saya nak bantu selesaikan masalah rakyat yang dibawa oleh ahli Parlimen," katanya.
Menjawab satu soalan, Najib berkata, beliau juga akan bertemu dengan ketua-ketua bahagian di kawasan Parlimen yang tidak diwakili oleh BN, kelak.
Ditanya sama ada pertemuan ini sebagai satu langkah menilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Anggota Parlimen BN, Najib berkata: "Saya tidak menetapkan secara khusus daripada segi KPI, tapi kita ada cara dan kaedah mengukuhkan strategi setiap ahli Parlimen, dan ini kita jadikan asas sebelum kita membuat pertimbangan, apabila sampai masanya." – Bernama

SOI LEK SHOULD NOW PUT HIS WORTH WHERE HIS MOUTH IS!

Posted: 08 Jan 2011 04:14 AM PST

Saturday, December 25, 2010

SOI LEK SHOULD NOW PUT HIS WORTH WHERE HIS MOUTH IS!

Soi Lek Using Up First Of His Nine Lives At This Press Conference Witnessed By The Late Sulaiman Taha.

1. We begin by reciting Al-Fatiha for the soul of my comrade Datuk Sulaiman Taha, the State Assemblyman for the seat of Tenang who passed away recently. May he rest in peace and his family be granted the courage to manage their great loss by the Almighty. We also thank his family for their sacrifice and the great service that he rendered on behalf of Barisan Nasional.

2. Straight up with the statistics, this was the result for the state seat of Tenang in 2008. YB Dato Sulaiman Taha (BN): 6,367; Hj Mohd Saim b Siran (PAS): 3,875; Majority for BN: 2,492. Total number of voters: 14,592

3. Ethnic breakdown: Malays: 7,042; Chinese: 5,635; Indian: 1,754; Sabahans : 6; Sarawakians: 5; Orang Asli: 139; Others: 11 (as at 30th June 2010).

4. Party branches in the State seat of Tenang;

UMNO: 20 branches with 4,768 members of whom only 4,072 are registered voters; MCA: 6 branches with 3,800 members of whom 1,700 are eligible voters; MIC: 11 branches with 1,450 members of whom 1,170 can vote; Gerakan: 4 branches with 432 members of whom 241 are voters and PPP: 7 branches with 975 members of whom only 690 can vote.

5. The total number of BN branches in Tenang are 48 with 11,428 members strong but only 7,873 are registered voters.

6. State seat of Tenang is under the Parliamentary constituency of Labis where Dr Chua Soi Lek comes from which his son YB Chua Tee Yong is serving replacing him.

7. Over the past year Soi Lek has been very vocal questioning the position of the Malays and UMNO in the leadership hierarchy of this Nation forgetting the fact that the Malays were the ones who put his son into Parliament in Labis while the Chinese looked the other way.

8. Far before the Barisan Nasional Convention was held early this month at the MCA Headquarters, I had a premonition that Soi Lek would abuse Prime Minister Najib and UMNO's graciousness by show-boating, taking jabs and potshots at the coalition's Managing Partner UMNO, trying to act like his party was the saviour of Barisan Nasional when they weren't even worth the shirt on their backs ever since 2008!

9. If BN's Chairman Najib Razak started the Convention with a perfect upswing and most inspiring speech that just needed a basic follow-through by component members to complete the beautiful stroke, it was Chua Soi Lek from MCA who just had to break the momentum shanking the message that should have shown unity, cooperation and renewed vigour heading towards the general election that is already in clear sight!

10. As it is God's Will, The Passing Of Sulaiman Taha Forcing A By-Election Of A State Seat In Labis Will Be An Acid Test For Soi Lek Because If He Can't Even Bring Back The Chinese Numbers In His Own Back Yard Being The President Of The Largest Chinese Party In The Nation, He Would Yet Again Be A Disgrace To The Malaysian Chinese Association And Should Just Return To Being A General Practitioner In A Small Village Clinic Taking Blood Pressures And Pushing Panadols And Medical Chits.

*Statistics were provided by Abib from UMNO Johor.

Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?

Posted: 08 Jan 2011 04:05 AM PST

 


Sebahagian bloggers mesra–kerajaan yang menghadiri forum di Petaling Jaya, baru-baru ini.


MALAM Rabu minggu lalu saya berpeluang menemui para blogger mesra-kerajaan yang hebat-hebat dalam satu forum di Petaling Jaya. Mereka merupakan blogger yang berhempas-pulas siang dan malam menyajikan pelbagai maklumat bagi membantu kerajaan, UMNO, BN dan orang Melayu.
Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi).
Sebagai wartawan akhbar yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan konvensional melebihi 20 tahun, saya melihat revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek mereka. Dalam dunia propaganda dan perang psikologi media di Malaysia, mereka ini cukup bernilai.
Bagi saya, yang menjadi ahli panel forum malam itu, mereka sebenarnya ialah penggerak utama (the prime-movers) dalam peperangan siber di negara ini. Diakui pada sebelum, ketika dan selepas reformasi itu dulu, kemunculan mereka ini cukup memudaratkan kerajaan memerintah.
''Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir," kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.
Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah mengakui kekuatan media baru itu. Pemikiran rakyat ketika itu -- sama ada faktanya sahih atau tidak – telah dibentuk oleh media tersebut.
Persepsi rakyat terhadap kerajaan, para pemimpin parti, UMNO dan BN ketika itu, dicorak oleh mereka. Bagi yang tidak boleh mencapai siber, bahan-bahan daripadanya dicetak dan diedarkan ke seluruh pelosok bandar dan kampung.
Revolusi wartawan siber ini telah diwujudkan dengan begitu cepat dan amat menarik sekali. Mereka berupaya merunsingkan semua pihak.
Namun sebagai pemimpin bijak, Dr. Mahathir ketika itu tidak kalut. Malah beliau mewujudkan koridor raya multimedia bagi memberi ruang yang lebih luas bagi medium baru ini berkembang.
Hari ini peranan blog kewartawanan baru itu menjadi satu fenomena. Ia amat penting dalam perang propaganda politik dan sosial di negara ini. Dr. Mahathir sendiri melalui chedet.com berkecimpung menulis melalui laman siber itu. Blognya adalah blog paling popular di negara ini.
Tapi siapa prime-movers yang dimaksudkan itu? Mereka boleh ditentukan dalam beberapa kategori. Jika diikut format blog Rocky's Bru (yang dianggap oleh para bloggers mesra-kerajaan sebagai penghulu mereka), ia terbahagi kepada yang utama; Journo-Bloggers, Socio-Political (So-Po), So-Po Anonymous (penulisnya tidak dikenali), Politicians (Ahli-ahli Politik), Blog Gambar dan lain-lain.
Journo-Bloggers sendiri terdiri daripada wartawan dan bekas wartawan media konvensional yang menulis blog di atas kapasiti peribadi. So-Po pula terdiri daripada pelbagai pihak termasuk para profesional dan bergerak aktif meluahkan perasaan dan mendedahkan fakta-fakta yang cukup mengancam. Antaranya Zakhir Mohd atau Big Dog melalui blognya Thirteen Million Plus Ringgit, Syed Azidi AlBukhary melalui blognya yang cukup anti pemerintah dulu, Sheih Kickdefella.
Begitu juga dengan Syed Akbar Ali melalui blog OutSyed The Box – yang analisis terbarunya cukup analitikal dan tidak termampu ditulis oleh wartawan akhbar arus perdana (sekarang).
Beliau menggarap corak pemilihan DAP secara cukup menarik. Bagaimana Teresa Kok dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor – walaupun corot di tempat kelima ke bawah. Sayang sekali tulisan seperti itu tidak dapat dilakukan oleh wartawan akhbar dengan cepat. Syed Akbar – seorang bekas ahli bank, lulusan luar negara dan kini berniaga kedai emas – berjaya membuat analisis mengalahkan wartawan Utusan Malaysia sendiri!
So-Po Anonymous (yang tidak berselindung lagi dan mulai dikenali) seperti Parpu Kari melalui House PK merupakan blogger terhebat memainkan peranan mempertahankan kerajaan semasa daripada pihak pembangkang. Parpu Kari kini berada di tempat ke-3 paling popular mengikut ranking Alexa untuk blog dan portal politik sehingga 28 November ini.
Begitu juga Ruang Bicara Faisal atau rbf online (ranking ke-10), cukup berbisa dengan berita dan analisis sempoi warna-warni politik semasa.
The Unspinners (ke-6), yang kononnya merupakan sekumpulan bloggers yang tidak dikenali juga memainkan peranannya yang tersendiri. Juga Jebat Must Die yang baru-baru ini menggarap secara bersiri dengan begitu detail dan akademik peristiwa di sebalik Tragedi 13 Mei.
Tabik juga kepada Husin Lempoyang, seorang blogger yang cukup kritis pemikirannya. Juga blogger Apanama serta Lydia USM (Lawyer Garang) yang cukup garang dengan coretannya.



Blog GAP atau Gerakan Anti-PKR yang diasaskan oleh seorang bekas hardcore ahli PKR yang taksub kepada Anwar Ibrahim dan kini berpatah arang 360 darjah. Ia kini berkedudukan ranking ke-5 paling popular.
Tidak ketinggalan blogger foto Minaq Jinggo yang berjaya merakamkan gambar bersejarah Nik Aziz membahagi-bahagikan wang kepada pengundi di Galas. Gambarnya dipetik oleh Utusan Malaysia dan menjadi panas selama kempen itu berlangsung. Pas akhirnya kalah di situ.
Itu hanyalah sekadar yang tersebut. Banyaklah lagi yang tidak tersebut. Banyak yang akan berkecil hati kerana nama-nama blog mereka tidak tersebut. Yang nyata mereka ini terlalu hebat. Bahan-bahan berserta analisis mereka cukup membantu kerajaan daripada tekanan dan serangan pihak pembangkang, yang juga mempunyai jentera siber yang cukup konsisten, terancang dan sistematik.
Dalam forum itu saya membangkitkan satu persoalan: ''Bayangkan sekiranya anda semua yang berada dalam dewan ini swing atau berpatah balik ke sebelah sana (pembangkang), apa akan jadi kepada kerajaan, UMNO, BN, PM...?"
Apa akan jadi jika Anuar, Parpu Kari, GAP, RBF, Kickdefella atau Syed Akbar, Big Dog (yang terlalu kuat UMNOnya) berpatah mengasak kerajaan...???
Semua dalam dewan itu terdiam. Penganjurnya dari pihak kerajaan juga turut terdiam. Para bloggers sebenarnya amat pasrah. Mereka yang saya panggil sebagai penggerak utama propaganda itu sebenarnya amat berkecil hati. Mereka mengadu tiada siapa yang mengambil berat terhadap mereka. Tiada siapa yang mengkoordinasi mereka.
Semasa berdialog mereka merungut. Mereka memberontak. Ada yang diam kerana memikirkan perjuangan menentang sebelah sana amat mustahak sekali. Tapi sampai bila mereka boleh bertahan?
Peranan mereka dipandang sepikah? Bukan semua mereka bekerja tetap, profesional atau berniaga emas seperti Syed Akbar. Yang gagal bertahan akan tutup kedai.
Blog AIDC yang hebat menghentam pembangkang hampir-hampir mati (sudah mati pun) kerana tiada bantuan. Kos untuk mengekalkan jentera pelayarnya sahaja sekitar RM26,000 sebulan. Siapakah yang menjaga mereka?
Apakah pihak-pihak tertentu sedar perkara ini?
Bukan tujuan saya untuk mendapatkan atau mencari jawapannya. Kita sedar pihak tertinggi ada bertemu mereka. Tapi mana susulan (follow-up)? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan.
Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?

umno bahagian cheras

Posted: 08 Jan 2011 01:12 PM PST

umno bahagian cheras


SUK Selangor ; Guan Eng perancang, Anwar pengacau dan Khalid dicucuk hidung

Posted: 07 Jan 2011 09:01 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE


NAMPAKNYA 'kebencian' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru, Datuk Haji Mohamad Khusrin Haji Munawi tidak akan kesudahan.

Sikap keras kepala Khalid amat ketara apabila beliau tetap berdegil menolak Khusrin walaupun perlantikan itu diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada hemat saya, sikap sedemikian jelas membuktikan bahawa Khalid sanggup menderhaka kepada Sultan, walaupun perlantikan beliau selaku Menteri Besar juga atas perkenan Sultan.


Jarang terjadi di mana seorang Menteri Besar menderhaka kepada Sultan tetapi dalam masa yang sama masih juga memegang jawatan tersebut.


Lazimnya apabila seseorang Menteri Besar itu dilihat tidak sehaluan dengan Sultan atau Raja, maka mereka akan meletakkan jawatan bagi mengelak berlakunya krisis pentadbiran, sepertimana pernah berlaku di Pahang di zaman Datuk Rahim Bakar dan ketika Tan Sri Haji Mohamad Nasir di Kelantan.

Dalam isu panas di Selangor itu, Khalid hanyalah sekadar 'pembaca skrip' yang diolah sebegitu rupa oleh mentornya di Pulau Pinang, iaitu Lim Guan Eng, pengamal politik rasis paling hebat di Malaysia.

Pemimpin DAP sebenarnya mengambil kesempatan di atas kelemahan dan masalah peribadi Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berdepan dengan perbicaraan kes liwat.

Justeru itu, nampaknya Guan Eng memperalatkan Anwar manakala Anwar pula memerangkap Khalid supaya menolak Mohamad Khusrin sebagai SUK. Ini bermakna Khalid seumpama bola kempis ; melambung tidak, melantun pun tidak.

Realitinya, Guan Eng dan rakan-rakanya dalam DAP begitu seronok melihat pemimpin Melayu seperti Khalid, bergaduh dengan sultan mereka.

Inilah sebenarnya perancangan halus DAP supaya orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan akhirnya DAP yang mengaut laba politik.

Khalid pada pandangan saya tidak begitu cerdik berpolitik, oleh sebab itu dia sanggup membiarkan dirinya menjadi keldai serta dicucuk hidung oleh Guan Eng.

Malah Anwar juga turut memperbodohkan Khalid dengan menjadikannya sebagai 'kambing hitam' dalam isu perlantikan SUK. Oleh sebab itu Anwar berdiam diri melihat pertelagahan antara Khalid dengan Sultan Selangor.

Anwar juga sudah tentu bertepuk tangan melihat Khalid dimurkai oleh Sultan kerana cita-citanya untuk menjadikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor sudah terbuka.

Malang sungguh seorang Menteri Besar bersifat burung kakak tua itu berterusan diperkudakan oleh pemimpinnya sendiri.

Ini bermakna, dalam pergolakan perlantikan SUK Selangor, Guan Eng merupakan perancang utama manakala Anwar pula selaku pengacau atas arahan DAP.

Di luar, Anwar nampak seperti garang tetapi hakikatnya beliau terpaksa tunduk dan melutut kepada kehendak DAP. Sebabnya, banyak rahsia 'pelik' berkaitan peribadi Anwar masih tersimpan dalam kocek DAP terutama Karpal Singh.

Anwar sudah tentu takut jika Karpal Sing membocorkan rahsia besarnya berhubung kegiatan liwatnya kepada orang ramai.

Ini bermakna taring Anwar sudah dicabut oleh DAP dan beliau sekadar menyalak atas kepentingan peribadi walaupun terpaksa mengkhianati aspirasi perjuangan bangsanya sendiri.

Inilah dua elemen yang dipergunakan oleh DAP untuk melenyapkan umat Melayu dan institusi raja-raja Melayu.

Strategi DAP hapuskan umat Melayu

Oleh sebab itu, saya melihat kemelut pertikaian perlantikan SUK di Selangor hanyalah helah politik yang dirancang oleh DAP, parti rasis yang begitu sangat anti-Melayu.

Para pemimpin DAP amat memusuhi orang Melayu dan raja-raja Melayu. Mereka amat licik dan bergerak seperti 'api dalam sekam'.

Matlamat utama Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai DAP ialah mahu meminda perlembagaan undang-undang tubuh kerajaan negeri dengan menjadikan Selangor sebagai langkah percubaan.

Jika mereka berjaya di Selangor dengan memperalatkan Khalid yang berterusan bermusuh dengan Sultan, maka langkah seterusnya akan dilakukan pula di Pulau Pinang.

Saya amat bimbang, jika strategi dengan memperkudakan pemimpin Melayu seperti Khalid di Selangor dan Pulau Pinang ini berjaya, maka peranan Sultan atau raja-raja Melayu termasuk Gabenor akan terhapus.

Malah sokongan rakyat kepada Sultan, raja-raja Melayu dan Gabenor juga akan turut terhakis. Inilah impian DAP untuk berkuasa di negara ini.

Jika Sultan dan raja-raja Melayu sudah ditolak oleh DAP, maka kesan yang lebih buruk sudah tentu akan menimpa di atas kepala orang Melayu.

Inilah yang sudah terjadi Pulau Pinang. Rumah, kedai dan warung peniaga Islam diroboh sesuka hati oleh kerajaan pimpinan Guan Eng. Orang Melayu ditindas secara halus menggunakan strategi politik.

Saya amat bimbang jika strategi jahat untuk melupuskan bangsa Melayu yang sedang digunakan oleh DAP dengan sokongan PKR ini berjaya, masa depan umat Melayu akan terus terancam.

Strategi untuk memusnahkan bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu yang sedang digunakan oleh DAP kemungkinan menggunakan khidmat pakar undang-undang daripada Singapura.

Kekhuatiran itu berasas kerana sejarah kelahiran DAP adalah daripada perut PAP, pimpinan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura. Ini bermakna nafas mereka masih sama walaupunberubah sempadan !

Pengikut