Ahad, 31 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 31 Oct 2010 03:30 AM PDT

KEDAH online


BELUM PANAS LAGI...

Posted: 30 Oct 2010 04:09 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 31 Oct 2010 03:09 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


TAHNIAH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM....2-1 JADI KENANGAN PAHIT BUAT NEG 9

Posted: 30 Oct 2010 08:31 PM PDT

MUSTAFFA KAMIL AYUB KIAN HAMPIR UNTUK BERSAING SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PKR

Posted: 30 Oct 2010 08:00 PM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 30 Oct 2010 07:30 PM PDT

Anwar Ibrahim


Program Kempen DSAI diPRK Batu Sapi

Posted: 30 Oct 2010 12:30 PM PDT

Ahad 31 Ogos 2010

9.oo pg- Sarapan bersama rakyat

lokasi- Taman Mesra

11.00 pg- Sidang Media di bilik gerakan KEADILAN

3.00 ptg- Ceramah di Sanbay Hotel

4.00 ptg- Ceramah di JDM Taman Mawar

6.00 ptg – Solat Maghrib di Masjid Kg Forest

8.00 mlm- Ceramah di Kg Bakau

9.00 mlm- Ceramah di Kg Karamunting Hap Seng

10.00 mlm- Ceramah di Dewan Hakka

Perbicaraan Anwar : Pokoknya Soal Kebenaran Dan Kredibiliti.

Posted: 30 Oct 2010 01:04 AM PDT

Dari TV Selangor

Tiga hakikat terserlah pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, yang semakin menguatkan hujah dan persepsi bahawa perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sudah hilang kredibiliti dan kewibawaan.

Pertama,seorang doktor yang enggan merujuk kepada nota-notanya dan lebih rela memberi jawapan yang samar-samar dan tidak jelas.

Kedua,seorang Ketua Pendakwaraya yang tidak mengemukakan kepada mahkamah laporan kimia secara keseluruhan.

Ketiga,dubur atau rektum pengadu Saiful Bukhari Azlan di dapati kosong sungguhpun beliau sebelum itu mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari dan malah tidak mandi kerana “mahu menyimpan bukti.”

Amalan doktor merujuk kepada nota-nota pemeriksaan dalam memberi keterangan di mahkamah adalah amalan biasa bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Keengganan doktor pakar Razali Ibrahim berbuat demikian bersabit pemeriksaan awal terhadap Saiful Bukhari Azlan menimbulkan kecurigaan peguam Anwar, Karpal Singh.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, maka peguambela Anwar berhak mendapatkan akses kepada nota-nota itu dan sekali gus boleh memperincikan latar belakang dan sejarah perubatan Saiful. Nota-nota itu penting untuk membolehkan kebenaran diketahui . Nota-nota itu penting untuk memastikan ketelusan dan kewibawaan dalam perbicaraan.

Untuk seorang hakim, tentunya keperluan menegak kebenaran mengatasi adalah perkara pokok dalam segala pertimbangan. Rakyat biasa tentu memikirkan apa salahnya mengemukakan nota-nota doktor kepada mahkamah supaya kebenaran terserlah dan keadilan dilaksanakan sepenuhnya.

Karpal yakin Dr Razali yang merupakan saksi pendakwaraya tidak mahu merujuk kepada nota-notanya kerana ia akan membuktikan percanggahan serius antara keterangan yang diberi di mahkamah dan hasil pemeriksaan awal ke atas Saiful.

Pihak Pendakwaraya “mati-mati” menegaskan peguam-peguam Anwar tidak berhak mendapatkan nota-nota itu selagi Dr Razali tidak menggunakan dalam memberi keterangan.

Yusuf turut mempertahankan tindakannya tidak menyerahkan laporan penuh kimia kes itu kepada mahkamah sebagai hak pendakwaraya.

Sayugia diingatkan pasukan peguambela Anwar sudah pun dinafikan hak untuk mendapatkan beberapa bahan bukti termasuk kenyataan Saiful kepada polis dalam usaha untuk menyediakan pembelaan tuntas.

Hakim Zabidin Mohd Diah kini diminta untuk memutuskan sama ada peguambela berhak untuk mendapatkan nota-nota klinikal. Pada 22 November, beliau juga akan memutuskan sama ada laporan kimia “separa siap” yang dikemukakan oleh pendakwaraya boleh diterima oleh mahkamah.

Pasukan peguam Anwar sebelum ini telah hilang permohonan untuk mendapatkan bahan-bahan bukti yang relevan termasuk kenyataan Saiful kepada polis.

Hakim juga memutuskan untuk meneruskan kes ini walapun mendapati ada asas kepada dakwaan Saiful menjalin hubungan sulit dengan pendakwaraya – satu amalan luar biasa yang dilihat menjejaskan kredibiliti pendakwaan terhadap Anwar. Pada masa sama, pengadu Saiful Bukhari Azlan juga mengaku berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Saiful mengadakan pertemuan di sebuah hotel dengan seorang pegawai polis yang pernah dituduh mereka cipta bukti terhadap Anwar pada perbicaraan pertama beliau tahun 1999.

Jelas Mahkamah kali ini, seperti pada tahun 1999, berdepan dengan soal kredibiliti dan kebenaran.

Keputusan Hakim Zaibin Mohd Diah pada 22 November lagi akan berkait rapat dengan dua isu asas ini.

PR Tembus Kubu Kuat BN Batu Sapi

Posted: 30 Oct 2010 12:55 AM PDT

Dari Suara Keadilan

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno.

Anwar yang tiba di Sandakan semalam untuk membantu memantapakan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini berkakat kejayaan di Batu Sapi seterusnya akan mempunyai kesan yang besar pada peringkat negeri Sabah dan seluruh negara untuk membuat perubahan kerajaan pusat.

“Saya tinjau di beberapa kawasan Batu Sapi dan dapati sesetengah kawasan amat keterbelakang dari segi pembangunan seperti Semenanjung 30 tahun dahulu. Ini jelas membuktikan walaupun BN sudah memerintah Sabah hampir 50 tahun parti itu gagal membantu rakyat malah membiarkan rakyat terus dihimpit kemiskinan.

“Walaupun kita berjaya menembusi kawasan-kawasan ini cabaran kita ialah merayu kepada mereka supaya berani membuat perubahan sebagaimana pengundi Sibu.

“Lihat sahaja insiden jambatan runtuh semalam yang melibatkan calon kita, Ansari Abdullah. Berbilion bilion balak di ambil dari Sabah, tidak boleh kalah satu atau dia batang balak di korbankan untuk membuat jambatan bagi orang miskin di Batu Sapi? Adakah nilai orang Islam di Batu Sapi hanya RM200 sahaja setiap kali datang pilihan raya?” kata Anwar pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat pagi tagi.

Anwar berkata rakyat menyambut baik apabila mendengar penerangan mengenai kejayaan dasar pembangunan ekonomi dan kebajikan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Rakyat Batu Sapi dan Sabah juga berpeluang menikmati dasar air percuma, bantuan kepada warga emas, pelajar universiti dan mikrkredir kalau mereka memilih Pakatan Rakyat mewakili mereka di Parlimen.

“Kita cakap apa yang kita sudah buat bukan janji kosong macam Umno-BN

Ditanya mengenai tahap sokongan pengundi dan masyarakat Cina, Anwar berkata beliau yakin sokongan akan bertambah dalam beberapa hari sebelum hari mengundi terhadap Pakatan Rakyat daripada 40 peratus setakat ini.

Mengenai Parti Maju Sabah, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah bersikap lunak dan berlembut terhadap parti tersebut tetapi presidennya, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkeras dan mengambil sikap tidak mahu berkompromi.

“Kita berbincang secara baik tetapi Sapp tidak mahu menunjukkan komitmen mereka menentang Barisan Nasional. Jadi kita tidak tahu sejauh mana parti ini serius untuk membuat reformasi dan perubahan walaupun pada mulanya mereka menjadi bebas namapakm sedikit harapan tetapi tidak lagi sekarang,” tegas Anwar lagi.

Sebelum itu Anwar menemui pengundi di Lupak Meluas dan menyeru mereka melipat gandakan usaha untuk menyebarkan mesej Pakatan Rakyat kepada rakyat Batu Sapi.

“Anak-anak muda harus sebarkan pesanan ini kepada kawan-kawan, ibubapa dan jiran mereka supaya angin perubahan yang ingin di bawa oleh Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan mereka,” kata beliau.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 30 Oct 2010 07:12 PM PDT

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


PULANGKAN SEGERA WANG BANTUAN WARGA EMAS

Posted: 30 Oct 2010 03:53 PM PDT

Umno Pulau Pinang yang suatu ketika dulu sibuk mengutip semula Wang Bantuan Warga Emas sumbangan kerajaan negeri yang didakwa oleh mereka datang dari sumber yang haram, namun sehingga kini wang tersebut masih belum dipulangkan kepada Kerajaan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Sdr. Lim Guan Eng mengesahkan bahawa belum ada lagi mana2 wakil pimpinan Umno hadir untuk memulangkan wang yang mereka kutip dari warga emas Pulau Pinang. Kenapa mereka (Umno) mengambil masa begitu lama untuk memulangkan wang yang mereka kutip dari senarai warga emas atau apakah ini "wayang" bikinan mereka sendiri.

Jelas selama ini Umno yang hampir kepupusan di Pulau Pinang
melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan. Inilah kebangsatan Umno. Sentimen perkauman, agama dan isu Raja2 Melayu adalah talian hayat Umno jika mereka semakin nazak.

Tindakan Umno dengan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang dilihat sebagai tindakkan gopoh apabila melihat sokongan kepada umno sudah berkurangan dan sudah tentu
mereka cuba memainkan sentimen perkauman sempit dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal dengan harapan sokongan orang Melayu Pulau Pinang kembali kepada Umno.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 30 Oct 2010 09:14 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


(GAMBAR) UMNO tipu kelulusan pendidikan calon

Posted: 30 Oct 2010 05:46 AM PDT

Klik gambar untuk besarkan


UMNO menggunakan taktik kotor dengan membohongi rakyat tentang status kelulusan pendidikan calon BN. Semasa penguguman calon tempoh hari, menyatakan bahawa calon BN berkelulusan SPM sahaja. Tetapi melalui penyebaran risalah di DUN Galas menyatakan calonnya berkelulusan Sarjana Muda Pengajian di UUM.

bak kate penduduk di Galas "kalo tok tipu buke UMNO namo nyo".

Sumber: http://demokrasi93.blogspot.com/

Hanya Pakatan Rakyat Pilihan Rakyat Batu Sapi Bawa Reformasi Di Sabah

Posted: 30 Oct 2010 05:39 AM PDT

Pengundi Batu Sapi tidak mempunyai pilihan selain memenangkan calon Pakatan Rakyat sekiranya mereka serius untuk membuat perubahan di Sabah di atas kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji membangunkan negeri ini selepas menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat yang berjaya memerintah lima buah negeri selepas Pilihan Raya Umum 2008 telah membuktikan bahawa kewangan dan hasil negeri telah diurus dengan baik dan telus untuk dikembalikan kepada rakyat.

"Kita hanya ada dia alternatif iaitu Pakatan Rakyat atau BN. Selepas 2008 rakyat kini boleh melihat dengan sendiri bagaimana kita memerintah Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah bersama Kelantan yang sudah lama diperintah oleh PAS.

Bagaimanapun rakyat maklum Umno dan BN telah guna cara tidak demokratik untuk rampas Perak. Rakyat boleh tengok pemerintahan yang berbeza dengan BN yang sudah perintah lebih 50 tahun di Selangor.

Kita tunjukkan kepada rakyat hasil Selangor digunakan untuk menaiktaraf pembangunan negeri.

"Pakatan Rakyat bukan cakap tak serupa bikin tapi cakap dan bikin. Di Selangor kita buktikan kepada rakyat bagaimana dasar kerajaan mengatasi masalah kemiskinan rakyat, kita berikan air 20 meter padu percuma, program khairat kematian dan bantuan usia emas, program ke universiti dan bantuan kepada sekolah Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat.

"Oleh itu saya menggesa rakyat Batu Sapi jika mereka mahukan reformasimke arah perubahan di Sabah yang lebih baik, pilihlah pasukan yang baru. BN tidak boleh bawa apa-apa perubahan kerana mereka bukan berjiwa rakyat," kata Khalid pada sidang media di Bilik Gerakan Utama pagi tadi.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Pokok Sena berkata rakyat boleh melihat bukti kejayaan Pakatan Rakyat dengan membaca laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan walaupun pendapatan berkurangan kerana kerajaan mengurangkan cukai tanah tapi kerajaan negeri berjaya menambah pendapatan daripada sumber lain.

"Kita kurang pendapatan daripada cukai tanah tapi pendapatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) naik secara mendadak daripada 0 peratus kepada jumlah yang amat memberangsangkan.

Ini menunjukkan dengan pengurusan yang cekap dan efisien kita mampu menjana pulangan yang baiuk kepada kerajaan negeri yang kemudiannya menggunakan hasil pendapatan ini untuk program pembangunan rakyat.

"Hasil batuan Kedah juga meningkat 32 peratus dan bukti ini kita yakin akan menggerakkan gelombang baru perubahan yang bakal melihat pemerintahan pusat beralih kepada Pakatan Rakyat," kata Mahfuz.

Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/

Video dari TV6 TVMalaysia.net:PRK DUN Galas,Penyokong Umno Caci Tok Guru Nik Aziz

Posted: 30 Oct 2010 05:32 AM PDT



Caci tok guru dan mempersendakan bacaan doa dari al-quran....ayah/atok sapa lanih nih...semoga sebelum mati sempat bertaubat..

Ehsan: TV 6/ TV Malaysia.net

Sumber: http://warta365.blogspot.com/

Standard Kuli Pilihan Asli jah PRK N45 Galas

Posted: 30 Oct 2010 05:15 AM PDT

Orang nya tersohor, keturunan raja lagi bangsawan, hayat politik nya 100% bergantung pada kaum Asli yang di dalam hutan2, maaf bukan niat aku nak perkecilkan kaum asli, kerana masa ini sudah ramai orang Asli yang terpelajar dan lepasan pengajian tinggi, aku nak tekan kan pada orang Asli yang masih tinggal di pinggir2 hutan dalam kawasan parlimen Lu Musang.

Tiada beza nya melayu Umno felda dan Orang Asli pinggir hutan yang aku maksud kan, sudah sekian lama Kuli mewakili Orang Asli di Lu Musang dan Galas, kaum masih lagi ketinggalan berbanding melayu Umno, kuasa yang kuli dapat dari orang asli semata2 untuk melayu umno, lihat saja berapa ramai melayu2 umno memiliki lesen kontrak untuk mendapat kan kerja dari KERAjaan, melalui ketua bahagian umno mereka ini berlumba2 untuk mendapat kan kontrak kerja di mana2 agensi KERAjaan tengah, orang Asli dapat apa ?.

2 3 hari lalu seolah2 kuli pulak menjadi calon PRK N45 galas, meredah hutan belantara hanya kerana untuk menemui kelompok2 Asli demi menagih undi berserta dengan upah dan habuan sekali di berikan, 3 4 jam perjalanan kuli menggunakan pacuan 4 roda, kenapa musim pilihanraya saja kuli menunjuk kan keperihatinan nya, perlu di ingat kuli tidak lagi menteri dan hanya MP biasa, kuli banyak ruang masa untuk menjaga kebajikan pengundi2 sebelum ini tapi tidak pulak.

Hidup kuli=Hidup Asli, hidup asli=hidup kuli, berpisah tiada, walau pun keturunan kuli anak raja tapi karier politik kuli di hidup kan oleh orang Asli.

Sumber: http://guanomanikurai.blogspot.com/

Bekas calon BN maki hamun rombongan MB

Posted: 30 Oct 2010 05:08 AM PDT

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, sebentar tadi.


(GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas)

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
"Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP," kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

(Gambar: Bekas Adun Galas, Haji Omar (baju batek biru) menyambut Nik Aziz dan rombongan dengan mesra tetapi Mohd Nor yang ada di situ memaki orang)

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah," kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

"Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi," katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Aksiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah. -Hrkh

Sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com/

Pemilihan PKR: Mustaffa Kamil ‘kuasai’ Perak, mula rapatkan jurang

Posted: 30 Oct 2010 04:56 AM PDT

Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub yang ketinggalan pada hari pertama pengundian pemilihan pusat PKR semalam — di bawah sistem pemilihan langsung — mula mendekatkan jurang undi bagi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh sokongan besar di Perak.

Sebanyak sembilan cabang melangsungkan pemilihan di Perak hari ini — pada hari kedua pengundian.

"Nampaknya pengundian hari ini campur-campur dengan Mustaffa dapat undi dalam jumlah yang banyak di Perak," kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider.

Misalnya di Bagan Serai, Mustaffa mendapat 217 undi manakala Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim masing-masing dapat 22 dan 27 undi.

Pada hari pertama semalam Zaid kuasai pengundian dengan Azmin di tempat kedua.

Selain Bagan Serai, lapan cabang di Perak, negeri yang pengerusinya Mustaffa, mengundi hari ini ialah Gerik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas dan Sungai Siput.

Sumber: http://bloglistpolitik.blogspot.com/

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO TAMAN PAROI JAYA

Posted: 31 Oct 2010 03:04 AM PDT

UMNO TAMAN PAROI JAYA


Piala Malaysia 2010

Posted: 30 Oct 2010 08:23 AM PDT

Syabas dan tahniah kepada pasukan N Sembilan kerana berjaya memasuki final Piala Malaysia buat kali kedua berturut turut. Mutu dan semangat berpasukan yang seharusnya dipertingkatkan lagi bagi musim yang akan datang. Semoga pasukan N Sembilan akan berusaha dengan lebih gigih pada musim akan datang. Syabas dan tahniah

Hamidah Osman

Posted: 30 Oct 2010 11:28 PM PDT

Hamidah Osman


Merokok, Kesihatan Dan Pilihanraya

Posted: 30 Oct 2010 10:45 AM PDT




1. Kementerian Kesihatan kini memperkenalkan kempen terbaru larangan merokok yang akan menarik untuk dipraktikkan terutama bagi menjelaskan pendirian kita terhadap perokok.

2. Iklan yang berkumandan di radio yang didengar berulang kali semasa perjalanan Kak Midah dari Kota Bharu ke Gua Musang menarik untuk diulang. Intonasinya mungkin berlebihan.

3. Kak Midah rasa sangat terganggu apabila melihat anak muda belasan tahun menghisap rokok, lebih-lebih lagi apabila orang dewasa menghisap rokok di depan kanak-kanak dan remaja.

4. Budaya merokok sambil mendegar ceramah politik sangat luar biasa di Kelantan terutama bagi anak-anak mudanya.

5. Segala mesej tentang bahaya yang boleh membawa maut akibat merokok musnah apabila kanak-kanak melihat orang dewasa yang mereka hormati dan kagumi, terutama sekali ibu bapa mereka, saudara mara atau guru menghisap rokok di depan mereka.

6. Di Malaysia terdapat tiga juta perokok , golongan ini sedang menyumbang kepada beban ekonomi yang sangat besar kepada negara. Banyak duit negara akan habis kerana penyakit yang hidapi.

7. Satu kajian mendapati beban kos merawat kanser paru-paru, sakit jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan tabiat merokok ialah RM2,924.8 juta setahun.

8. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan, pada tahun 2000 kerugian akibat kebakaran yang berpunca dari api rokok di seluruh dunia mencecah AS$27 bilion (RM102.6 bilion).

9. Dianggarkan, tiga juta perokok dewasa di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Ia seperti membakar RM8.59 juta sehari.

10. Baru-baru ini kerajaan menaikkan harga rokok kotak 20 batang sebanyak 70 sen. Tujuannya supaya mereka merasai kesan kenaikan itu, golongan muda juga membelanjakan jumlah wang yang sangat banyak untuk merokok iaitu RM270,000 sehari.

11. Merokok bukan hanya merosakkan hidup anda, ia turut merosakkan hidup semua orang di keliling kita. Keluarga, anak-anak serta sahabat handai turut terseksa kerana menyedut asap rokok yang anda hembus dan terpaksa menanggung beban penyakit anda.

12. Terdapat penceramah politik yang hebat memperjuangankan Islam, tetapi akhir sesi ceramah terus menghidupkan api untk merokok. jika perkara sekecil ini tidak dapat diatasai, bagaimana untuk mengawal nafsu yang lebih besar nanti Tuan Haji.

Selamat Berkempen
dan Kurangkan Merokok

Kak Midah
Kampung Baru Kampung Pulai Gua Musang
Kelantan

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 30 Oct 2010 11:05 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


SEJARAH SEBENAR KENAPA PAS DITENDANG DARI BN!

Posted: 30 Oct 2010 11:44 AM PDT

Ucapan ialah dari Allahyarham Tun Hussien Onn  - 9hb Disember 1977

(di petik dari laman web http://kedahkekl.blogspot.com/2010/07/sejarah-sebenar-kenapa-pas-ditendang.html )

"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."


FAKTA TAMBAHAN.

Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

FAKTA yang tidak diceritakan oleh PAS:

1. Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3. Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8. Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10. Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11. Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12. Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14. Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16. Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18. Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

**end**

BN Tawan Kg.Istimewa Batu Sapi, Sandakan.

Posted: 30 Oct 2010 01:46 AM PDT

Malam tanggal 28 Oktober saya bersama rombongan Parti Barisan Nasional yang di Ketuai oleh Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Musa Aman mnghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Balairaya Kampung Istemewa, Batu Sapi, Sandakan.

Kehadiran calon BN Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin mendapat sambutan lebih 500 orang penduduk di kampung itu, jelas dapat dilihat dari setiap riak wajah penduduk di kampung itu memberi gambaran jujur mereka amat menyenangi pilihan calon parti BN yang dipilih. 

Pengikut